8 Messages
Digest #4843
Messages
Thu Sep 14, 2017 8:07 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Tahfiz Terbakar Bawah MAIWP? - Secara Tiba-Tiba Website MAIWP Tak Dapat Diakses Kata Pemuda PKR
bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.org
Posted by Ameno World
Pagi tadi sebuah pusat pengajian agama, Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terletak di Jalan Keramat Ujung terbakar dan mengorbankan 23 orang. 21 yang terkorban darinya adalah pelajar di pusat tahfiz berkenaan yang dianggarkan berusia di antara 13 hingga 17 tahun manakala 2 mangsa adalah warden yang bekerja di pusat tahfiz itu.
Susulan dari tragedi malang itu, ramai pihak tampil menyalahkan pusat tahfiz berkenaan yang dikatakan cuai dalam mematuhi spesifikasi keselamatan yang sepatutnya bagi mendirikan sebuah pusat pengajian dan ada pihak yang memeriksa laman web MAIWP dan mendakwa pusat itu sebenarnya dibawah kelolaan MAIWP.
Exco Pemuda PKR, Wan Ji Wan Husin atau lebih dikenali sebagai Ustaz Wanji pula berkongsikan dua gambar screenshot yang mendakwa Pusat Tahfiz yang terbakar itu sebenarnya dibawah kelolaan MAIWP bagaimanapun ketika ini website MAIWP tidak dapat diakses.
"Sekolah tahfiz yang terbakar, didapati asalnya ada dalam senarai bawah kelolaan MAIWP yang boleh diketahuinya menerusi laman web MAIWP.
Namun, kemudiannya laman web tersebut tidak boleh dibuka balik," katanya di status facebook milik beliau.
"Dengan ini tertolak dakwaan yang mengatakan bahawa ia adalah sekolah tahfiz swasta, tp ia adalah sekolah tahfiz bawah kelolaan Majlis agama Islam," katanya lagi.
Dalam gambar yang dikongsikan oleh Ustaz Wanji, individu yang berbual di dalam mesej WhatsApp menulis "Bawah MAIWP rupanya. MAIWP baru ambil alih pada tahun 2015," katanya.
MAIWP ketika ini tidak mengesahkan bahawanya pusat tahfiz yang terbakar itu adalah dibawah kendalian agensi mereka
Read more: http://www.amenoworld.org/2017/09/tahfiz-terbakar-bawah-maiwp-secara-tiba..html#ixzz4sf00j4wV
TERKINI!! Kenyataan Media Ketua DPPM Mengenai Tragedi Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
bloglist-malaysia.
sedakasejahtera.
"TRAGEDI KEBAKARAN PUSAT TAHFIZ DARUL QURAN ITTIFAQIYAH : PEMUDA PAS RAKAM TAKZIAH, LANCAR DERMA KILAT"
1. Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini berkongsi kesedihan dengan seluruh warga Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyyah, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur yang mengalami tragedi kebakaran awal pagi ini. Setakat ini dilaporkan seramai 25 orang mangsa terdiri daripada pelajar dan tenaga pengajar disahkan terkorban oleh pihak berkuasa.
2. Seluruh negara tentunya terkejut dan simpati dengan tragedi yang menimpa anak-anak yang sedang menuntut ilmu ini. Pastinya ia satu ujian yang sangat besar terhadap keluarga mangsa yang terlibat. Tidak ada kalimah dan ucapan yang paling sesuai melainkan bersabar dan berdoa agar setiap kehilangan ini diberikan ganjaran yang besar oleh Allah SWT di kemudian hari.
3. DPPM memohon semua pihak agar mengelakkan sebarang kenyataan berbentuk prejudis dan mengandungi persepsi negatif. Kita serahkan kepada pihak berwajib untuk melaksanakan siasatan yang sewajarnya. Di pihak kami, satu kutipan derma kilat dilancarkan segera bagi membantu meringankan beban sedikit sebanyak mangsa yang terlibat.
4. Kepada mana-mana pihak yang igin menyalurkan derma melalui DPPM boleh salurkan sumbangan melalui akaun Maybank 563019256220 atas nama DANA PRIHATIN UMMAH.
"Sejahtera Bersama Islam"
"Mara Menuju Cita"
USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Video Klip Kebakaran Sangat Menggangu Emosi Keluarga, Sila Padam - Pakar Psikologi
siakapkeli.my
Kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datok Keramat yang menyebabkan 24 kematian, hari ini sememangnya menyantuh hati.
Akan tetapi tindakan sesetengah pihak yang menyebarkan gambar mayat dan video ketika kejadian berlaku dianggap sangat tidak menghormati mangsa. Video ketika api sedang marak di lokasi awal pagi tadi bersama azan subuh jelas kedengaran adalah antara video yang kerap dikongsi oleh netizen.
Menerusi aplikasi WhatsApp, seorang pakar psikologi dilaporkan telah menghantar pesanan yang meminta agar orang ramai berhenti menyebarkan video tersebut.
Malaysian Society of Clinical Psychology MSCP
Saya dengan rendah hati memohon ahli group tidak memforwardkan video kejadian kebakaran kepada kumpulan lain.
Pihak Psych HKL sedang menjalankan Paychological First Aid (PFA) utk mangsa terselamat dan pihak keluarga terdekat.
The video clip can be very traumatising and disturbing for those who are trying to cope with these challenging and difficult times.
Terima kasih.
Dr Zubaidah Jamil Osman
President
Malaysian Society of Clinical Psychology
Penyebaran video tersebut, mampu membuatkan mangsa truma dan menggangu pemulihan mereka.
Orang ramai yang melihat video itu masih tular di laman sosial sila ambil tindakan dengan menegur sipelaku supaya video itu dipadam. - Siakapkeli.my
"Anak Baru Tamat Belajar Di Situ, Ada Antara Mereka Adalah Sahabat Sahabat," Datuk Rizalman Tidak Dapat Tahan Sebak
siakapkeli.my
PETALING JAYA: "Saya tidak dapat bayangkan jika Umar adalah salah seorang mangsa kebakaran pusat tahfiz itu," kata Datuk Rizalman Ibrahim dalam nada tersekat-sekat apabila terkenangkan tragedi yang mengorbankan 24 nyawa pada awal pagi Khamis itu.
Umar Nail, 15, anak angkatnya juga pernah menuntut pelajaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Hujung di ibu negara selama empat tahun.
Rizalman berkata, Umar kini melanjutkan pelajaran di Sekolah Tinggi Islam As-Sofa, Seremban selepas mengambil keputusan untuk menerima tawaran itu kira-kira dua tahun lalu.
"Apa yang membuatkan saya lebih sedih apabila memikirkan jika saya tidak membuat keputusan untuk Umar meneruskan pelajarannya di Sekolah Tinggi Islam As-Sofa.
"Jika Allah beri qada dan qadar berlainan, saya tidak dapat bayangkan apa yang terjadi kepada saya dan dia," ujarnya.
Pereka fesyen terkenal ini tidak dapat menahan perasaan sedih setelah menerima berita tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran terbakar awal pagi tadi kerana beliau menganggap sebahagian besar warga pusat tahfiz adalah daripada hidupnya.
"Saya tidak dapat menahan rasa sedih apabila menerima berita ini. Pertama saya bayangkan wajah-wajah yang pernah menjadi sebahagian daripada hidup saya.
"Setiap kali saya menjemput Umar, saya akan bertemu dengan anak-anak ini dan mereka juga pernah berlakon dalam filem pendek saya, Pulang pada tahun lalu," kata Rizalman.
Menurut Rizalman, salah seorang ustaz yang juga mangsa dalam tragedi tersebut adalah merupakan ustaz yang pernah mengajar Umar. Ustaz yang dikenali sebagai Ustaz Yusuf itu turut terkorban dalam tragedi kebakaran ini.
app-facebook
Rizalman Ibrahim
Inilah madrasah tahfiz anak saya Umar Nail ketika sebelum melanjutkan pelajaran beliau di STIAS.. banyak nyawa terkorban akibat kebakaran subuh pagi tadi.. semoga semua roh yang terkorban ditempatkan Allah SWT pada kedudukan yang setinggi tingginya di sisiNYA. Pada semua ibubapa serta kaum keluarga saya ucapkan takziah.
Cukup terharu kerana anak2 inilah yang selalu saya jumpa ketika menjemput mereka ketika adanya majlis berlangsung.
Sebaik sahaja berita sedih yang diterimanya, beliau terus berjumpa dengan pengetua pusat tahfiz tersebut.
"Salah seorang mangsa iaitu Ustaz Yusuf merupakan cikgu kepada Umar. Sepanjang Umar berada di pusat tahfiz tersebut, dia antara cikgu yang mengajar di kelas anak saya.
"Saya bukan sahaja mengenali seorang mangsa, tapi boleh dikatakan seluruh warga pusat tahfiz itu. Sebaik sahaja dapat berita ini, saya terus pergi ke lokasi untuk berjumpa dengan pengetua," katanya.
Beliau juga telah memaklumkan berita sedih itu kepada cikgu di tempat Umar bersekolah di Negeri Sembilan. Kesedihan yang dialami oleh anak angkatnya, Umar apabila menerima berita sedih ini tidak dapat dijangka oleh Rizalman.
Selain Umar anak angkat yang diambilnya daripada rakan dan kenalannya pada 2002, Aali Nail juga merupakan anak angkatnya sejak tahun lalu.
Sumber : mStar
"Mama Baru Hilang Abah, Kali Ni Mama Hilang Fahmi Pula Dalam Hidup Mama," Luahan Ibu Ini Betul-Betul Sentuh Hati Netizen
siakapkeli.my
Hari ini negara digemparkan dengan sebuah kejadian yang penuh tragis dan menyayat hati di mana telah berlaku sebuah kebakaran di sebuah asrama Maahad Tahfiz di Keramat Kuala Lumpur.
Kejadian itu mengorbankan 24 orang tahfiz pelajar temasuk dua orang guru selepas mereka tidak berjaya keluar dari asrama tersebut yang marak terbakar.
Berita ini mendapat perhatian ramai, rata-rata netizen melahirkan rasa simpati dengan kejadian ini dan menganggap ianya sebagai satu ujian daripada tuhan kepada hambanya.
Pelbagai kisah kita dapat baca hari ini, terbaca admin tadi satu luahan salah seorang ibu pelajar tahfiz yang terkoban di mana luahannya itu begitu menyentuh hati natizen.
"Ya allah.. mama baru kehilangan abah, kali ni mama kehilangan fahmie dalam hidup mama," tulis Puan Noridayu.
Ternyata luahan pendek itu cukup untuk membuatkan hati puluhan pengguna Facebook tersentuh.
Tidak dapat dipastikan sama ada 'abah' itu merujuk kepada bapa atau suaminya, yang pasti beliau baru sahaja hilang dua orang yang amat disayanginya dalam amsa terdekat.
"Salam takziah puan, anak syurga, dia tunggu puan di pintu syurga ,insyaAllah, puan antara organ yang terpilih oleh Allah untuk menerima ujian ini, beruntungnya jika puan dapat menerima ujian ini dengan redho, perit di dunia insyaAllah indah di syurga nanti, amin," kata Puan Siti Hawa Zainon .
"Allahu.
"Tidak dapat digambarkan keadaan mental puan, saya sendiri yang tidak ada apa-apa ikatan pun terasa teramat sayu apatah lagi puan..sebagai seorang ibu yang melahirkan.takziah saya ucapkan," tulis Lyn Nora pula.
Apa pun, bersama-sama kita sedekahkan Al Fatihah kepada mereka yang meninggal dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman, selain itu doakan juga semoga mereka yang cedera cepat sembuh. - Siakapkeli.my
Puteri Noridayu
4 jam yang lalu
Mama tk dapat nk bayangkan ya allah
"Semua dalam bilik asrama ada 35 orang, tetapi yang sempat turun bersama saya tujuh orang sahaja. Yang lain tak sempat" - Mangsa Terselamat
siakapkeli.my
"Saya orang pertama yang membuka 'grill' (pintu pagar) dan turun dari bilik asrama yang sedang terbakar tetapi hanya tujuh sahaja yang sempat turun." kata Muhammad Danial Amri Al-Haz Ali, 16, mangsa yang terselamat dalam kejadian kebakaran di Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, hari ini.
"Semua dalam bilik asrama ada 35 orang, tetapi yang sempat turun bersama saya tujuh orang sahaja. Yang lain tak sempat."
Dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi, dia terdengar guru menjerit untuk mengejutkan pelajar supaya menyelamatkan diri kerana dari kebakaran.
"Saya berlari mencari lorong yang boleh keluar dari bilik asrama kami (tingkat tiga), saya sempat berlari membuka pintu pagar dan turun.
Tambahnya lagi, selepas berjaya keluar daripada bangunan itu, dia telah meminta bantuan daripada penduduk setempat.
"Saya lihat api sudah marak di pintu asrama dan ketika itu ada rakan-rakan yang melompat untuk menyelamatkan diri," katanya ketika ditemui di Unit Kecemasan di Hospital Kuala Lumpur.
Dalam masa itu, seorang guru di pusat tahfiz berkenaan, Mohd Arif Mawardy, 24 berkata, dia terkejut apabila mendengar bunyi seakan-akan ribut di luar bangunan berkenaan.
"Saya terjaga dan melihat keluar tingkap namun tidak berlaku sebarang ribut tetapi melihat kepulan asap di tingkat tiga banguna berkenaan.
"Semua penghuni asrama ketika itu sedang nyenyak tidur dan saya menjerit mengarahkan pelajar keluar dari asrama," katanya ketika ditemui di Unit Kecemasan di Hospital Kuala Lumpur.
Mohd Arif berkata, dia ketika itu berada di tingkat dua bangunan berkenaan bersama tiga lagi guru cuba menyelamatkan pelajar di asrama yang terletak di tingkat tiga.
"Namun ada beberapa orang sahaja yang berjaya melompat keluar, selebihnya terperangkap di asrama berkenaan.
"Saya kemudian meminta tolong daripada penduduk setempat untuk membantu memadamkan kebakaran namun api yang sangat marak menyukarkan mereka.
Sumber- Harian Metro
"Bayi Itu Dihulur Kepada Saya", Mangsa Terselamat Kongsi Detik Selamatkan Bayi Guru Tahfiz
siakapkeli.my
Salah seorang mangsa yang terselamat dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pagi tadi berkongsi detik menyelamatkan bayi dalam insiden kebakaran tersebut.
Mohd Ihsan Husin, 16, berkata bayi tersebut adalah anak kepada guru tahfiz berkenaan yang dihulurkan kepadanya ketika dia berada di tingkat dua dan sudah berjaya menyelamatkan diri.
"Bayi itu dihulur kepada saya dari tingkat tiga sebelum saya bawa turun ke bawah.
"Keadaan kelam kabut dan saya tidak tahu apa berlaku kepada ustaz berkenaan.
"Sebelum kejadian saya terjaga daripada tidur kerana mendengar jiran menjerit api, lalu saya kejutkan rakan-rakan lain dan bergegas menyelamatkan diri dengan memecahkan gril pada pintu sebelum turun tingkat dua," katanya.
Mohd Ihsan adalah antara 13 mangsa yang terselamat dari kejadian kebakaran yang meragut nyawa seramai 24 orang itu.
Menurutnya, dia sudah belajar di pusat tahfiz berkenaan selama 4 tahun bercerita ketika kejadian asap sangat tebal manakala hanya terdapat satu pintu sahaja untuk keluar dan masuk.
"Selepas solat Isyak (malam tadi) ada kelas sehingga jam 10.30 malam, makan malam dan jam 11 malam kami diminta tidur.
"Saya ada ternampak dua tong gas berhampiran pintu bilik, agak pelik kerana sebelum ini tiada dan kami tidak dibenarkan memasak," katanya.
Sumber : BH Online
"Saya Dengar Ada Menangis Sambil Jerit Tolong Abang, Tolong Abang, Kami Dapat Naik Tingkat 1 Jer Sebab Api Marak Sangat - Saksi
siakapkeli.my
"Saya dikejutkan dalam 5 pagi. Terdengar teriakan orang menjerit, terbakar," kata Shahirman Shahril, 39, ketika menceritakan kejadian jeritan orang minta tolong ketika dikejutkan oleh kebakaran Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat.
"Jadi, ramai kawan-kawan usaha bantu dalam suasana masih gelap dan api sedang marak. Kami usaha bantu.
"Ada dua atau tiga pelajar tahfiz yang kami minta supaya terjun. Tapi, yang terjun semua melecur. Kami tak dapat bantu banyak kerana api marak.
"Ada beberapa kawan, jiran naik tingkat atas tapi semua sampai tingkat satu aje sebab api terlalu marak.
"Ada menangis, menjerit, kepanasan, tolong abang, tolong abang." Katanya lagi.
Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata berdasarkan laporan awal Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pelan kedudukan pusat tahfiz itu belum lulus kerana tidak ikut spesifikasi keselamatan.
"Saya dimaklumkan, 22 pelajar dan dua warden maut dalam kejadian ini. Ketika meninjau lokasi kejadian, saya nampak mayat kanak- kanak itu dalam keadaan berhimpit dua penjuru asrama.
"Mereka dipercayai gagal keluar berikutan api sudah marah dan hanya satu pintu manakala semua gril tingkap pula dikunci," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Unit forensik, bomba dan polis akan segerakan semua urusan untuk memudahkan pengebumian, tambahnya lagi.
Sumber-Harian Metro
Tergerak Hati Baca Surah Nuh Semalam, Ibu Tak Sangka Hari Ini Zatullah Pergi Untuk Selamanya
siakapkeli.my
KUALA LUMPUR: "Saya redha dia dah pergi" itulah luahan Kamizan Yusof,48, ibu kepada Mohd Zattullah Roslan, 11, yang merupakan salah seorang dari mangsa yang maut dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini.
Ibu mangsa yang tergerak hati untuk membaca surah Nuh semalam dan tidak menyangka ada kaitan dengan kejadian yang menimpa anak lelaki tunggalnya hari ini.
"Saya tidak pernah menolak apa-apa yang dia mahu dan Mohd Zattullah merupakan anak bongsu daripada dua adik beradik.," katanya ketika ditemui BH, di sini hari ini.
Kamizan berkata, dia mengetahui mengenai kajadian itu kira-kira jam 7 pagi tadi selepas dihubungi rakannya, Zubaidah Majid, 54, yang menetap berhampiran pusat tahfiz berkenaan.
"Sepanjang perjalanan, saya berdoa agar Mohd Zattullah selamat tetapi apabila tiba di sini, saya dimaklumkan dia maut dalam kebakaran.
"Kali terakhir berjumpa arwah Ahad lalu, untuk memenuhi permintaan makanan kesukaan arwah dan barang keperluannya,
Sumber: BH Online
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Thu Sep 14, 2017 8:07 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
3 sebab ekonomi negara sedang tenat menurut bekas timbalan Gabernor BNM
bloglist-malaysia.
jasduit.com
Mat Bihi
Ekonomi negara kita Malaysia sedang tenat. Dan ada 3 sebab kenapa ianya boleh dirumuskan sedemikian. Ini maklumat atau lebih tepat pandangan yang amat menarik dari seorang pakar ekonomi negara, bekas timbalan Gabernor Bank Negara Malaysia.
Lin See-Yan merupakan bekas timbalan gabernor bank negara Malaysia yang pakar dalam bidang ekonomi. Jadi semuanya pandangannya perlu diberikan pertimbangan yang sewajarnya oleh para pemimpin negara kita.
Berikut sedikit fakta tentang Lin See-Yan:
a.. Menjadi Timbalan Gabernor Bank Negara Malaysia dari tahun 1980 hingga 1994. Jawatan yang dia pegang kat situ bukan sekejap tu. Lebih kurang 14 tahun!
b.. Merupakan seorang Garaduan lulusan dari Harvard. Ini memang orang bijak sebab bukan senang-senang nak masuk Harvard. Sebab ramai orang bijak macam dia masuk Harvard lah yang membuatkan Harvard jadi macam tu, dan bukan sebaliknya.
c.. Pernah kerja di Jabatan Perdana Menteri dari tahun 2008 hingga 2010.
d.. Menjadi Pengerusi Malaysian Insurance Berhad dari tahun 1988 hingga 1994
e.. Merupakan ahli kepada The British Chartered Scientist
3 sebab ekonomi Malaysia sedang tenat
Bila dah baca senarai kelayakan Lin See-Yan kat atas tu, sekarang baru kita boleh tengok apa tanda-tandanya ekonomi negara sedang tenat. Dia bukan cakap main ikut sedap mulut seperti kebanyakan ahli politik kita yang ada sekarang.
Walaupun ramai ahli politik yang melenting dan mula tunjuk pencapaian CGPA mereka setiap kali ditembak kritikan, tak boleh nak lawan sangat dengan pengalaman dan kelayakan Cina Malaysia ni. Jadi kita tengok 3 sebab ekonomi dikatakan sedang tenat menurut beliau di bawah:
1.. Malaysia banyak hutang - Hutang negara amat tinggi sampai mencecah RM655.7 Billion sehingga bulan Jun 2016. Ini berdasarkan laporan dari Kementerian Kewangan 2016/2017. Ini bersamaan dengan 53.2% KDKN. Sekarang tak pasti pulak banyak mana hutang negara secara tepat.
2.. Nilai Matawang Ringgit lemah - Menteri kata nilai ringgit kita kukuh dan antara yang terbaik di rantau ini. Itu kata menteri yang tak lulus mengaji ekonomi. Tapi menurut pakar ekonomi ini, nilai matawang kita yang USD1 bersamaan dengaan RM4.18 itu adalah tinggi dan menyusahkan rakyat dan para peniaga. Masa dia bersara dari BNM, USD1 sama dengan RM2.50 saja.
3.. Negara bergantung pada tenaga buruh murah dari luar - Tengok kat luar sana berapa ramai warga Indonesia, Bangladesh, Nepal, Vietnam dan lain-lain lagi. Hampir kesemua kerja kat bawah sekarang bergantung pada tenaga buruh murah itu. Kita banyak keluarkan produk tak bernilai tinggi yang hanya boleh dijual murah, maka terpaksa bergantung pada tenaga buruh murah.
Ralat: Saya tersilap letak jumlah hutang negara sebelum ini sebagai USD655.7 billion. Sepatutnya angka adalah dalam ringgit Malaysia. Jadi saya dah betulkan jumlah sebenarnya kat atas tu. Mohon maaf atas kesilapan itu.
Bahaya ekonomi negara tenat
Menurut beliau lagi, dalam masa terdekat ini, memang tak ada masalah. Kita semua memang tak terasa sangat masalah yang sedang berkumpul sedikit demi sedikit secara perlahan-lahan itu.
Tapi masalah akan datang dalam tempoh jangkamasa panjang bermula dari sekarang. Kalau tak buat apa-apa reformasi, bahangnya akan mula terasa dalam tempoh sederhana panjang dan akhirnya akan jadi barah selepas itu yang tentu amat sukar untuk dipulihkan semula.
Malaysia perlu fokus kepada industri pembuatan yang mengeluarkan barangan yang bernilai tinggi. Contoh mudah yang dia beri adalah dalam industri pembuatan kasut umpamanya.
Kita tak boleh buat kilang jahit kasut saja untuk jenama orang lain. Bila setakat nak jahit kasut, maka terpaksa ambil pekerja Bangladesh atau Indonesia sebab tak payah bayar mahal. Lagipun pemegang jenama kasut asal tak akan bagi kat Malaysia kalau kos jahit kasut tu mahal.
Negara sepatutnya berikan tumpuan dan gandakan usaha untuk design dan keluarkan kasut yang bermutu tinggi. Perlu lahirkan pereka bentuk kasut, perlu lahirkan pakar dalam menghasilkan bahan yang bermutu tinggi dan dikumpulkan semua sumber itu untuk mengeluarkan kasut yang bermutu tinggi.
Itu contoh mudah yang dia bagi. Kalau nak baca laporan asalnya yang lebih lanjut, sila pergi kat sini.
Apa pandangan anda dalam hal ini?
Bagilah komen sikit pasal ekonomi negara kita sekarang ini. Apa peranan kita dalam hal ini. Macam mana kita boleh pastikan negara tak menjunam dalam tempoh jangka masa panjang yang pakar ekonomi di atas tu kata?
Kerugian Urus Niaga Forex - "Ia Pengakhiran Yang Menyedihkan Dalam Khidmat Saya"
siakapkeli.my
Menurut Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, 70, bekas Penasihat Bank Negara Malaysia (BNM), dalam tempoh antara tahun 1986 sehingga 1993, memang berlaku kerugian dalam urus niaga mata wang.
Ujarnya lagi, BNM telah mempelajari dari kesilapan yang berlaku itu. Pengajaran yang pahit itu akhirnya terbukti penting dalam membantu BNM menggubal dasar-dasar untuk melindungi negara ketika Krisis Kewangan Asia 1997/1998 daripada serangan terhadap mata wang. Akhirnya negara berjaya menyelamatkan ratusan ringgit daripada krisis tersebut.
Nor Mohamed dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Jabatan Perbankan selepas dua tahun menyertai BNM pada September 1968. Katanya lagi, beliau tidak pernah pada bila-bila masa di antara tahun1986 dan 1993 ada berbincang dengan Menteri Kewangan dan Perdana Menteri mengenai transaksi tukaran asing Bank Negara.
Menurutnya, beliau tidak dapat mengingati jumlah keuntungan dan kerugian dalam transaksi urus niaga mata wang pada tahun berkenaan.
"Memang tidak dinafikan. Juga tidak boleh dinafikan saya turut bertanggungjawab bagi kerugian urus niaga mata wang. Saya terima hakikat saya turut bertanggungjawab bagi kerugian urus niaga mata wang dan telah meletakkan jawatan daripada Bank Negara Malaysia.
"Pada ketika itu, pada saya ia merupakan pengakhiran yang menyedihkan dalam khidmat saya selama 25 tahun kepada negara, menerusi Bank Negara Malaysia," katanya.
Kenyataan tersebut dibuat ketika beliau hadir memberi kenyataan saksi pada hari kelima prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang ditubuhkan bagi menyiasat kerugian urus niaga mata wang atau Forex ditanggung Bank Negara pada 1990-an.
Ujarnya lagi, pengalaman bertahun-tahun di unit Forex adalah perkara paling penting dan kejayaan Malaysia mengelak dari mengalami kesan krisis kewangan pada 1997/1998 adalah buktinya. Jika tidak, Malaysia mungkin menanggung kerugian bernilai berbilion ringgit.
Sumber : BERNAMA
Bekas Gabenor Bank Negara Dakwa BNM Alami Kerugian RM32 Bilion
siakapkeli.my
Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz mendakwan Bank Negara Malaysia (BNM) mengalami kerugian dalam urus niaga mata wang asing berjumlah RM32.074 bilion antara 1988 sehingga 1994.
Beliau mendakwa angka itu diperoleh berdasarkan maklumat laporan Accounting Treatment Of Losses Arising from Active Reserve Management 1988-1984 bertarikh 18 April 2007.
Beliau mengarahkan bekas Pengurus Akaun BNM, Abdul Aziz Abdul Manaf, menyediakan laporan itu pada 2007 ketika menjawat jawatan sebagai gabenor.
BNM sedang giat menyediakan akta baharu bagi menggantikan Akta Bank Pusat Malaysia 1958 pada ketika itu.
Zeti Aziz mengetahui mengenai kerugian urus niaga mata wang asing dialami BNM dari 1988 hingga 1994 apabila timbul berita berhubung kebimbangan serius mengenai pengurusan rizab di BNM, ketika bertugas sebagai ketua di pejabat BNM di London.
"Seterusnya saya menghubungi seorang pegawai kanan di Malaysia untuk mengetahui apa yang berlaku dan diberitahu BNM mengalami kerugian signifikan daripada aktiviti pengurusan rizab," katanya.
Beliau berkata demikian dalam keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Bagi Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing BNM Sekitar 1990-an di sini, hari ini.
Sumber-Berita Harian
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Thu Sep 14, 2017 8:07 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Ustaz Sekolah Tahfiz Meninggal Rupanya Baru Seminggu Berkahwin
siakapkeli.my
TIADA kata-kata yang boleh digambarkan buat Noor Fatihah Osman, 23, apabila kehilangan suami yang baru seminggu dinikahinya, selepas ditemui maut dalam kebakaran di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpu, hari ini.
Suaminya, Mohd Amirul Nizam Sukarno, 25, merupakan seorang guru yang juga warden di pusat tahfiz berkenaan.
Ibu saudara Noor Fatihah, Asmah Yaakob, 50, berkata setiap hari Allahyarham akan menghubungi isterinya yang sedang mengikuti pengajian hadis di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan.
"Namun hari ini beliau tidak membuat sebarang panggilan kepada Noor Fatihah. Isterinya yang tidak sedap hati cuba beberapa kali menghubungi suaminya, namun panggilan itu tidak dijawab," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Insiden yang berlaku di bangunan tiga tingkat itu telah meragut nyawa 22 pelajar dan dua guru di pusat tahfiz terbabit.
Difahamkan, Noor Fatihah menerima panggilan berhubung kejadian menimpa suaminya itu kira-kira 6 pagi, sebelum bergegas ke tempat kejadian.
Asmah berkata, pemergian Allahyarham amat memberi kesan kepada keluarganya.
"Kami sekeluarga amat rapat dengan arwah. Pemergiannya amat kami rasai. Kali terakhir saya bertemu Amirul ketika majlis perkahwinannya di Kelantan minggu lalu," katanya.
Menurut Asmah, Mohd Amirul Nizam seorang yang peramah dan sentiasa mengambil berat orang lain, beliau akan membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan.
Wartawan bagaimanapun, gagal mendapatkan respons daripada Noor Fatihah berhubung tragedi itu.
Sumber: Harian Metro
PRESIDEN PKR ZIARAHI MANGSA KEBAKARAN
bloglist-malaysia.
wrlr.blogspot
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR
Sekitar lawatan Presiden KEADILAN, Dr Wan Azizah Wan Ismail ke lokasi kebakaran asrama dan mangsa kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Jalan Keramat Hujung, Kampung Dato' Keramat, Kuala Lumpur yang berlaku jam 5.10 pagi tadi.
Beliau yang juga Presiden Pakatan Harapan melawat waris mangsa berjumlah 23 kesemuanya dan beberapa mangsa lain sudah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.
Polis Sahkan Kesemua 24 Jasad Mangsa Tahfiz Rentung
siakapkeli.my
Sebanyak 24 jasad dalam keadaan rentung dan bertindih antara satu sama lain ditemui di tingkat paling atas pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terbakar pagi ini.
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata jasad ditemui di dua kawasan berasingan di tingkat yang menempatkan 36 pelajar, di bangunan tiga tingkat itu.
"Hasil siasatan mendapati keadaan 24 mayat rentung dan bertindih antara satu sama lain akibat kebakaran itu," katanya selepas membuat tinjauan di lokasi kejadian.
Amar Singh juga berkata pusat tersebut hanya mempunyai satu pintu keluar masuk dan menyebabkan sebahagian penghuni terperangkap serta gagal menyelamatkan diri.
Dipercayai keadaan tingkap di madrasah berkenaan tidak mempunyai aspek keselamatan yang boleh digunakan ketika kecemasan.
Kebakaran bermula di bahagian pintu masuk tersebut.
Amar Singh turut berkata seramai 14 pelajar dan empat guru yang sama menghuni di pusat berkenaan terselamat dalam kejadian itu.
Kesemua pelajar lelaki itu berumur antara 13 hingga 17 tahun.
Enam daripada 14 yang terselamat mengalami kecederaan kritikal dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur, tambahnya lagi.
Sementara itu, kesemua mayat akan dihantar ke Institut Forensik Negara untuk pengecaman oleh anggota keluarga dan bedah siasat.
Pihak polis juga sedang menyiasat dakwaan mengenai pusat tahfiz tersebut beroperasi tanpa permit.
Pusat tahfiz itu mempunyai 36 pelajar dan enam guru yang menginap di pusat tahfiz berkenaan.
Seramai 22 pelajar dan dua warden maut dalam kebakaran di pusat tahfiz itu di Jalan Keramat Ujung, di Kuala Lumpur pada 5.15 pagi tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata kebakaran di pusat tahfiz itu dipercayai berpunca daripada litar pintas.
Timbalan pengarahnya, Penolong Pesuruhjaya Bomba Abu Obaidat Mohamad hari ini berkata litar pintas itu dipercayai berlaku di hadapan pintu masuk bilik asrama tingkat paling atas bangunan tiga tingkat itu.
"Mereka dipercayai cuba menyelamatkan diri dari kawasan kebakaran di tengah bilik dan cuba menyelamatkan diri dengan keluar menerusi tingkap.
"Bagaimanapun, tingkap asrama tersebut dilengkapi jeriji menyukarkan mereka untuk keluar, tambahan pula hanya terdapat satu pintu sahaja untuk keluar dan masuk dari bilik asrama tersebut," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menzahirkan rasa sedih atas tragedi kebakaran pusat tahfiz itu.
"Innalillah.
Perdana menteri masih berada di luar negara selepas melakukan lawatan kerja di Amerika Syarikat dan mengadakan pertemuan dengan Presiden Donald Trump.
Sumber-Bernama
"Amiel Masuk Tahfiz Sebab Nak Bawa Ibu Dan Ayah Ke Syurga Firdaus," Surat Mangsa Kebakaran Kepada Ibunya
siakapkeli.my
Amiel Asyraf Abdul Rashid, 11, salah seorang pelajar tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat yang terkorban dalam kebakaran pagi tadi sempat memberi ibunya surat semalam.
Norhayati Khalid, 42, berkata anaknya memberikan surat itu kepadanya ketika menemuinya di pusat tahfiz itu.
"Saya bawakan makanan kegemaran dia, nasi goreng Pataya. Sebelum balik, dia beri saya surat,"
"Antara kandungan surat itu, dia mahu menolong masukkan saya ke syurga dan minta maaf, jika ada salah dan silap," katanya. Kandungan surat tersebut berbunyi,
"Ibu dan ayah Amiel minta maaf kalau ada buat salah apa-apa.
"Ibu ayah Amiel sayangkan ibu dan ayah. Terima kasih ibu dan ayah kerana menjaga Amiel selama ini.
"Amiel tak tahu macam nak balas jasa budi ayah dan ibu hanya ini saja yang Amiel mampu masuk ke tahfiz untuk menolong ibu dan ayah untuk masuk ke syurga Firdaus."
Tambah Norhayati, dia ke lokasi kejadian selepas mendapat panggilan pada jam 6 pagi mengenai kejadian tersebut.
"Bomba memaklumkan mungkin Amiel adalah seorang daripada mangsa kerana dia berada di katil tengah bilik yang terbakar," katanya.
Kebakaran tersebut telah meragut nyawa seramai 22 orang pelajar tahfiz dan dua orang warden.
Sumber : myMetro
Lemas Sebelum Sempat Keluar Akibat Jeriji Gagal Dibuka Punca Kematian Dalam Kebanyakan Kes Kebakaran
siakapkeli.my
Terperangkap di dalam rumah akibat jeriji yang gagal dibuka lalu lemas dalam asap sebelum sempat keluar menjadi punca dalam kebanyakan kes kematian dalam insiden kebakaran.
Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) berkata, dalam kebanyakan kes, penghuni hanya menyedari kebakaran berlaku apabila api sudah marak, keadaan ini menyebabkan mereka hanya mempunyai masa yang singkat untuk bertindak.
"Jadi kita tidak dapat buat apa-apa, kalau ada pemadam api pun tak sempat untuk padam sebab api sudah besar," kata Wan Mohd Nor.
Menurutnya, JBPM walau bagaimanapun belum bercadang untuk mewujudkan undang-undang yang mewajibkan setiap rumah kediaman memasang jeriji mudah dibuka, sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada mendidik masyarakat langkah berjaga-jaga sebagai kaedah terbaik.
"Kita yakin sekiranya kita ambil tindakan lebih agresif dari segi kempen menggunakan saluran yang betul, sambutan daripada orang ramai akan lebih baik. Jadi cara terbaik seperti yang berlaku di negara-negara lain juga melalui public education.
"Bagaimanapun kita tidak menolak kemungkinan, sekiranya langkah kita ini tidak berkesan, memang ada dicadangkan dalam ahli mesyuarat bahawa kita perlu lihat peraturan standard dan undang-undang berkaitan untuk ditambah baik pada masa akan datang," katanya lagi.
Ujarnya lagi, pihak bomba juga tidak diberi kuasa melalui undang-undang untuk menjalankan penguatkuasaan untuk membolehkan bomba menjalankan pemeriksaan dari rumah ke rumah.
"Jadi kita kena kira juga kalau kita ada undang-undang dari segi penguatkuasaan, adakah kita mampu untuk pergi rumah ke rumah, periksa sama ada dipasang jeriji mudah buka atau tidak," jelasnya.
Menurut beliau, syor JBPM agar setiap kediaman memilih untuk memasang jeriji yang mudah dibuka ketika kecemasan sudah lama dibuat, namun semakin dilupakan. Kini tiba masa untuk menegaskannya semula.
"Selalu kita pasang jeriji untuk keselamatan rumah daripada ancaman luar, tetapi kita sering lupa tentang keselamatan kita sebagai penghuni.
"Kita juga akan minta supaya ketika penyerahan kunci kepada pemilik kediaman, perlu disertakan bersama panduan pemasangan gril mengikut piawaian kita."
Selain itu, JBPM juga membuat saranan agar pemilik rumah memasang alat penggera asap sebagai persediaan mengesan kebakaran lebih awal.
"Sekiranya pengesan asap dipasang, sebarang kebakaran dapat dikesan ketika ia masih kecil. Jadi kita boleh bertindak sama ada untuk keluar dengan selamat ataupun menggunakan alat pemadam api untuk memadam kebakaran," katanya.
Sumber : Astro Awani
Kami Selamatkan Diri Terjun Ikut Tingkap - Mangsa
siakapkeli.my
"Masa itu saya sedang tidur dan terdengar bunyi gas dan ada bau gas," kata Muhd Izzarudin Roslan, 15, salah seorang mangsa yang terselamat.
Mangsa sedang tidur di tingkat tiga hostel pada 5 pagi. Semua 36 orang pelajar berada di situ.
"Ada kawan yang dah bangun, saya kejut yang lain ada budak yang tak bangun lagi.
Pada masa itu, api sudah di depan pintu dan katil sudah terbakar.
"Kami cuba buka pintu, dan tingkap tapi tak boleh buka." katanya lagi.
Mangsa keluar melalui tingkap tingkat tiga hostel tersebut.
Sumber- Bernama
Litar Pintas Dikatakan Punca Berlakunya Kebakaran
siakapkeli.my
KUALA LUMPUR 14 Sept. - Litar pintas di hadapan pintu masuk bilik asrama di tingkat dua bangunan dikatakan punca berlakunya kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi tadi.
"Perkara itu berkemungkinan berlaku kerana mayat-mayat pelajar dan guru tahfiz ditemukan di bahagian kiri dan kanan bilik asrama"
"Mereka dipercayai telah menyelamatkan diri daripada kawasan kebakaran di tengah bilik dan cuba menyelamatkan diri dengan keluar menerusi tingkap.
"Bagaimanapun, tingkap asrama tersebut dilengkapi jeriji yang menyukarkan mereka untuk keluar dan hanya terdapat satu pintu sahaja untuk keluar dan masuk dari bilik asrama tersebut," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.
Sumber: UTUSAN ONLINE
Pusat Tahfiz Terbakar, Lebih 20 Maut
siakapkeli.my
Kuala Lumpur: 14 Sep - Lebih 20 pelajar dan tenaga pengajar dilaporkan maut dalam kebakaran yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung awal pagi tadi, lapor BH Online.
Kata portal itu, Jabatan Bomba dan Penyelemat Kuala Lumpur berkata, kebakaran dipercayai bermula jam 5.10 pagi dari tingkat atas bangunan.
Difahamkan, semua mayat masih di lokasi kejadian.
Bomba berkata, 20 mangsa dilaporkan cedera manakala tiga kritikal. Mereka kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Polis menutup laluan di Jalan Keramat Hujung, yang menghubungkan Jalan Pasar Keramat ke Bukit Pawang, susulan kejadian berkenaan.
Sumber: BH Online
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Thu Sep 14, 2017 8:08 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Kempunan Lagi Nak Lihat Perlawanan Piala Malaysia Di Stadium Bukit Jalil
siakapkeli.my
Perlawanan akhir piala Malaysia 2017 akan diadakan di stadium Shah Alam melalui pemutusan daripada Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP).
Bagi memberi laluan kepada pasukan Malaysia ke Sukan SEA, FMMLP telah meminda tarikh serta lokasi perlawanan akhir piala Malaysia yang sepatutnya berlangsung pada 28 Oktober.
Namun demikian, 4 November 2017 iaitu tanggal baru bagi perlawanan akhir piala Malaysia tidak dapat diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil kerana stadium tersebut telah ditempah untuk acara lain.
Perkara ini nyata telah menghampakan ramai peminat sukan bola sepak yang mengharapkan perlawanan akhir dilangsungkan di Stadium Nasional.
Stadium Nasional juga ditutup kerana proses membaik pulih yang dilakukan untuk Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN.
Selain itu, Stadium Nasional juga terlibat dalam penjenamaan baru Bandaraya Sukan KL, yang akan melalui tiga fasa bagi menjadikan satu mercu tanda baru negara.
Firma seni bina terkenal dunia iaitu Populous ini merupakan syarikat yang akan mengubah imej Stadium Nasional. Satu firma yang terkenal dengan rekod cemerlang dalam mereka bentuk Stadium Emirates milik pasukan Arsenal, Stadium Olimpik London, serta Stadium Yankees di New York.
Kecemerlangan Stadium Nasional menjadi venue upacara pembukaan dan penutup Sukan SEA menyebabkan peminat bola sepak berharap perlawanan bola sepak diadakan di stadium tersebut.
Kelengkapan baru yang ada di Stadium Nasional seperti padang baru, ciri-ciri moden yang beru dipasang menjadikan ia seolah-olah sempurna untuk dijadikan lokasi bagi sesebuah perlawanan bola sepak.
Ianya juga seakan-akan mensia-siakan kemudahan baru yang ada di Stadium Nasional itu dengan mengadakan acara selain bola sepak di stadium tersebut.
Sumber : Stadium Astro
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Thu Sep 14, 2017 8:08 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Pelakon Hantu Kak Limah, Man Kadir @ Pak Jabit Meninggal Dunia Pagi Tadi
siakapkeli.my
Dunia hiburan tanah air sekali lagi menerima berita sedih apabila pelakon filem Hantu Kak Limah, Man Kadir atau lebih dikenali dengan nama Pak Jabit dilaporkan telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 7.10 pagi tadi.
Pemergian arwah telah dikongsikan di laman Facebook beliau oleh anaknya di mana memaklumkan mereka kini berada di Klinik Lanchang.
Allahyarham dipercayai mengidap penyakit jantung ke klinik berkenaan untuk mendapatkan rawatan selepas mengadu sakit dada awal pagi tadi.
Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Rantau Panjang, Lanchang dan dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam di situ.
Ngah Kadir — bersama Atan Salim.
UNTOK MAKLUMAN AYAH SY ABD KADIR @ PAK JABIT telah kembali ke rahmatuallah sebentar tdi 7.10 pagi ini....jenazah masih berada di klinik lancang....sy anak beliau..
Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. - Siakapkeli.my
PERGINYA SETIAUSAHA JKKK KAMPUNG PISANG.
bloglist-malaysia.
wasiatpejuang.
Di Terbitkan oleh ABU NAWAS II
Pak Jabit bukan baru berkawan dengan Pak Abu, mereka berkawan sejak zaman remaja lagi sewaktu kehanggatan muzik A-Go-Go hinggalah di usia tua mereka di mana Pak Jabit telah menjadi setiausaha kepada Pak Abu dalam JKKK Kampung Pisang.
Walaupun Pak Jabit sering tidak sependapat dengan ketuanya Pak Abu dalam berbagai hal di Kampung Pisang dan ada ura-ura mahu meminta Pak Abu melepaskan jawatannya kepada Pak Jabit namun Pak Jabit adalah seorang teman yang sangat setia kepada Pak Abu sehinggalah Pak Abu meninggal dunia.
Pak Abu telah 6 tahun meninggalkan Pak Jabit dan hari ini Pak Jabit pula mengikuti Pak Abu.
Man Kadir @ Ngah Kadir nama Fbnya atau lebih popular dengan nama Pak Jabit yang di ambil dari wataknya dalam filem Zombie Kampung Pisang dan filem2 Mamat Khalid yang di lakonnya selepas daripada filem tersebut.
Mungkin ramai yang hanya mengenali Man Kadir sebagai seorang pelakon filem dan aktivis Parti Keadilan Rakyat (PKR) sahaja namun sebenarnya Mak Kadir adalah bukan orang yang sebarangan di dalam politik dan seni.
Ketika saya bersembang dengan Ibnu Hashim di satu perjumpaan blogger yang di anjurkan oleh kerajaan negeri Kelantan pada satu ketika dulu, kami bercerita tentang Pak Jabit yang banyak berkisarkan tentang kehebatan Allahyarham di dalam penulisan.
Salah satu karyanya yang paling popular ialah sebuah novel yang tidak mungkin dapat di lupakan tajuknya bagi generasi 40an keatas.
"Hang tau tau sapa yang tulis novel …............
Power menang power... Novel tanpa nama yang sangat di cari2 oleh remaja pada tahun 80an dulu rupanya di tulis oleh Man Kadir.
Ketika saya berjumpa Allahyarham sebelum PRU yang lalu saya bertanyakan kepada beliau sendiri untuk kepastian dengan apa yang saya dengar tentang penulis novel tersebut namun Allahyarham mengelak untuk menjawab dan berkata ahhh mengarut.
Tapi saya yakin kalau di lihat dari segi gaya dan raut wajahnya yang sangat berseni itu, beliaulah yang menulis novel tersebut.
Allahyarham juga bukan sebarangan aktivis politik seperti kebanyakan orang yang berbangga dan selalu mengungkit-ungkit penglibatan mereka dalam aktivisme politik di zaman Reformasi tetapi sejarah allahyarham dalam pergerakan politik sudah sekian lama bermula dengan parti kiri PSRM tidak ramai yang mengetahuinya.
Saya pernah untuk membuat temubual dengannnya tentang sejarah perjuangannya dengan PSRM tetapi beliau lansung tidak mahu bercakap soal itu dan saya tidak pasti kenapa.
Inilah Pak Man Kadir yang tidak pernah mencari nama di dalam kerja buatnya dan lebih banyak berahsia dari pengetahuan orang sama ada dalam bidang penulisan mahu pun di dalam bidang politik.
Hari ini beliau telah pergi tidak kembali lagi untuk bercerita segalanya tentang sejarah kehidupannya yang bagi saya beliau adalah seorang yang sangat power seperti mana hebatnya pejuangan beliau di dalam seni dan politik.
Sleep my friend and you will see
That dream is my reality
They keep me locked up in this cage
Can't they see it's why my brain says Rage
- 4 Imam Besar
Suasana makam Almarhum Sultan Abdul Halim malam pertama dialam Barzakh
bloglist-malaysia.
kerabubersuara.
"Untung Sultan Kedah kami Sultan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sepanjang hayat amat memelihara amalan amalan yang dibawa oleh ulama terdahulu.
Apabila mangkat sahaja Rakyat jelata dijemput baca quran di Istana. Serata rata tempat masjid surau mengadakan tahlil untuk Tuanku Sultan yang disayangi.
Sebelum dan selepas urusan jenazah tahlil diadakan berkali kali. Talkin arab dibaca oleh Dato Syeikh Fadil Hj Awang Mufti Kedah dan melayu dibaca oleh Sheikh Roslan Imam Besar Masjid Zahir, setelah selesai talkin terus dibacakan tahlil dipimpin oleh Syeikh Alaudin Qadi Alor Setar, seluruh kerabat , pemimpin negeri dan rakyat jelata turut hadiahkan tahlil di acara pemakaman tadi.
Malam ini terus dibacakan Quran atas kubur untuk hadiah khusus kepada almarhum Tuanku Sultan Abdul Halim. Tahlil dan kenduri diadakan mulai malam ini oleh pihak kerabat.
Tuanku Abdul Halim hidup banyak kebajikan, sesudahkan mangkat diteruskan lagi kebagikan kepada beliau. Berkat didikan ulama ahli sunnah wal jamaah.
Moga Allah ampunkan dosa almarhum Tuanku Sultan Abdul Halim dan moga ditempatkan bersama orang beriman solihin Sidiqin aulia.
Sama sama kita doakan, Moga Kedah akan terus sebagai kubu kuat daulah ahli sunnah wal jamaah. Moga dibawa pemerintahan Sultan baru Sultan ke 29 Tengku Sultan Solahuddin akan lebih kukuh fahaman ahli sunnah wal jamaah..."
Fb- Ustaz Helmi Assyafie
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Thu Sep 14, 2017 8:09 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Dah Kena Cekup, Lelaki Hina Kemangkatan Sultan Abdul Halim Berjaya Ditahan Di Rumah
siakapkeli.my/
Seorang lelaki berusia 21, telah berjaya ditangkap yang dipercayai telah memuat naik posting berunsur penghinaan terhadap Almarhum DYMM Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Al-Haj yang mangkat pada petang Isnin lalu.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial CP Dato' Sri Acryl Abdullah Sani
suspek ditahan pada jam 12.27 tengah malam tadi di sebuah rumah di Genting Highland Pahang.
"Hasil siasatan, suspek akan direman selama dua hari bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Turut dirampas adalah seunit telefon bimbit jenama Apple Model iPhone 7 plus serta seunit laptop MSI Gaming G Series.
Sementara itu, pihak Jabatan Siasatan Jenayah juga sedang mengesan seorang lelaki Melayu yang turut memuat naik posting berunsur penghinaan terhadap kemangkatan Almarhum Sultan Kedah.
Kedua-dua kes sedang disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - Siakapkeli.my
Sumber- Polis Diraja Malaysia
Padah Hina Almarhum Sultan Kedah, Lelaki Ini Diburu Polis
siakapkeli.my/
Polis kini sedang memburu seorang lelaki atas kesalahan memuat naik kenyataan menghina Almarhum Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di akaun Facebooknya.
Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang baru dilantik sebagai Ketua Polis Negara berkata, pemuda tersebut dipercayai berasal dari Melaka.
"PDRM mengambil serius mengenai hal ini. Susulan itu polis bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengesan lelaki berkenaan," katanya lagi.
Lelaki tersebut sebelum ini telah memuat naik status menghina Alamarhum Sultan Abdul Halim Mua'adzam Shah. Kenyataan tersebut mengundang amarah dalam kalangan netizen yang kemudiannya menggesa polis menjalankan siasatan.
Sumber : Kosmo! Online
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Thu Sep 14, 2017 8:10 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Pelancong Malaysia Sila Peka Dengan Peraturan Masuk Baru Ke Thailand
siakapkeli.my
Menurut Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd Afandi Abu Bakar berkata, Thailand akan menguatkuasakan syarat baharu untuk memasuki negaranya melalui pintu masuk sempadan Malaysia-Thailand mulai 1 Oktober ini.
Beliau turut mengingatkan rakyat Malaysia supaya peka dan mematuhi peraturan baharu itu serta menggunakan dokumen perjalanan yang sah semasa berurusan di sempadan.
Tambahnya, pelancong yang membawa kenderaan sendiri perlu mengisytiharkan kenderaan serta penumpangnya dengan mengisi borang masuk kepada Jabatan Imigresen dan Kastam Thailand adalah antara peraturan yang baru diperkenalkan.
"Pemandu yang gagal mengisytiharkan kenderaan akan dikenakan denda sehingga empat atau lima kali ganda nilai kenderaan atau kenderaan ditahan dan penjara selama dua tahun," katanya.
Ujarnya lagi, pihaknya sedang berhubung dengan pihak berkuasa Thailand bagi mendapatkan maklumat lebih terperinci berkaitan peraturan baharu itu dan akan dimuat naik di laman web Kementerian Luar apabila memperolehinya.
Katanya, ada syarat-syarat kemasukan tersebut telah lama dikuatkuasakan namun pihak berkuasa Thailand berkata perubahan itu dibuat bagi memuda dan memperkemas daftar masuk rakyat asing ke Thailand.
Mohd Afandi berkata, dua buah kenderaan Malaysia telah ditahan pihak berkuasa Thailand berhubung kesalahan melanggar kesalah masuk dalam tempoh sepanjang tahun ini hingga Ogos lepas.
Tambah beliau, kira-kira 250 orang rakyat Malaysia sedang menjalani hukuman penjara di Selatan Thailand atas pelbagai kesalahan.
Sumber : Astro Awani
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Thu Sep 14, 2017 8:10 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Tidak Ada Rancangan Untuk Berpindah Daripada Rumah Flat Di Yishun - Presiden Singapura Puan Halimah Yacob
siakapkeli.my
SINGAPURA – Halimah Yacob merupakan presiden wanita yang pertama di Singapura dan beragama islam. Walaupun telah menjadi presiden Singapura, beliau tetap akan tinggal di rumah flatnya semasa tempoh pemerintahannya. Atas hal demikian, beliau menjadi presiden pertama yang tinggal di flat lembaga perumahan.
Kenyataan bahawa dia tidak merancang untuk berpindah daripada rumah flat yang merupakan rumah keluarganya itu dijelaskan melalui temuramah pemberita sejurus selepas pengesahan kemenangan dalam pilihan raya presiden baru-baru ini.
"Saya masih tinggal di Yishun," kata Cik Halimah Yacob, 63, apabila ditanya di mana dia akan tinggal selepas menjadi presiden.
"Ia adalah, tempat yang sangat bagus selesa dan saya telah tinggal di sana selama bertahun-tahun," katanya.
Menurut suaminya, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee, 63, tidak ada keperluan untuk mereka berpindah kerana rumah mereka sebesar "Penthouse".
Presiden baharu Singapura ini mempunyai dua orang anak lelaki dan tiga orang anak perempuan yang berumur diantara 26 dan 35 tahun.
Rumah flat yang diduduki oleh beliau selama lebih 30 tahun itu mempunyai empat bilik dan lima bilik rata.
Setelah disoal tentang keselamatan beliau, Puan Halimah hanya menjawab: "Saya akan serahkan kepada jabatan keselamatan saya fikir mereka tahu bagaimana untuk menjamin kawasan itu.."
Sebagai seorang ahli parlimen, sebermulanya dia bertanding dalam pilihan raya presiden dikhaskan untuk calon melayu, beliau sudahpun dikawal dengan beberapa peraturan keselamatan.
Beliau juga menjelaskan bahawa dengan tinggal di flat tersebut, kesihatannya sentiasa terjaga kerana dia akan sentiasa cuba untuk menaiki dan menuruni tangga berbanding menggunakan lif, jawab beliau apabila ditanya tentang status kesihatannya.
"Status kesihatan saya adalah sangat baik setiap pagi saya bersenam sekurang-kurangnya 45 minit.." ujarnya.
Beliau menambah bahawa beliau percaya dia akan mendapatkan latihan yang mencukupi di perkarangan Istana, di mana dia akan bekerja sebagai presiden.
"Saya fikir kawasan istana adalah sangat besar, jadi ia memberikan saya peluang untuk mengelilingi kawansan tersebut sekaligus mengekalkan kesihatan badan saya," katanya.
Puan Halimah akan mengangkat sumpah sebagai presiden kelapan Singapura dan presiden Melayu yang pertama sepanjang 47 tahun pada hari Khamis (14 Sept).
Sumber : Straits Times
----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Tuesday, September 12, 2017 11:05 PM
Subject: Fw: Halimah Diangkat Presiden Singapura
Halimah Diangkat Presiden Singapura Rabu Ini
bloglist-malaysia.blogspot
ekeleh.com
Hanya seorang pemohon bagi bertanding di Pilihan Raya Presiden 2017 diberikan Sijil Kelayakan, kata Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden (PEC).
Memetik laporan Berita Harian Singapura, difahamkan bahawa bekas Speaker Parlimen Republik berkenaan, Halimah Yacob adalah pemohon yang diberi sijil tersebut.
Ini bermakna Pilihan Raya Presiden tidak perlu diadakan dan Halimah akan diisytiharkan sebagai Yang Dipertuan Negara Singapura selepas pencalonan ditutup pada Hari Penamaan Calon, pada Rabu, 13 September ini.
Dalam kenyataannya, PEC berkata, lima individu memohon bagi Sijil Kelayakan.
Tiga daripada lima individu itu mengisytiharkan bahawa mereka anggota masyarakat Melayu dan memohon bagi Sijil Masyarakat Melayu.
Kesemua tiga individu diberikan Sijil Masyarakat Melayu ini, namun PEC memutuskan bahawa ia hanya akan mengeluarkan hanya satu Sijil Kelayakan.
Pilihan Raya Presiden 2017 dikhaskan bagi calon dari masyarakat Melayu, selepas Perlembagaan disemak tahun lalu.
Sumber :Sinar Harian
Halimah Yaacob sah bakal Presiden wanita Melayu pertama Singapura
bloglist-malaysia.blogspot
milosuam.net
BEKAS speaker wanita Melayu pertama Singapura, Puan Halimah Yaacob kini sah bakal memegang jawatan Presiden wanita Melayu pertama republik Itu.
Media tempatan Singapura melaporkan, Puan Halimah Yaacob menang tanpa bertanding jawatan itu berikutan dua lagi permohonan calon-calon lain telah ditolak.
Jabatan Pilihanraya Singapura pada hari Isnin mengeluarkan satu kenyataan media memaklumkan bahawa hanya satu sijil layak telah dikeluarkan untuk pertandingan jawatan itu.
Meskipun badan itu tidak menyatakan nama calon yang berjaya, tidak berapa lama selepas pengumuman itu dua lagi calon presiden iaitu Mohamed Salleh Merican dan Farid Khan mengesahkan bahawa permohonan mereka telah ditolak.
Antara syarat kelayakan untuk menjadi calon presiden, para pemohon dari sektor swasta seperti Mohamed Salleh dan Farid Khan perlu menunjukkan bahawa mereka pernah menguruskan sebuah syarikat yang memiliki ekuiti bernilai sekurang-kurangnya SD500 juta ataupun pengalaman dan kebolehan lain yang setanding.
Permohonan Salleh telah ditolak memandangkan pegangan saham ekuiti syarikat yang diuruskannya hanyalah bernilai purata sebanyak SD258 juta dalam jangka masa tiga tahun kewangan yang lalu. "Ia sangat jauh di bawah nilai yang diperlukan sebanyak SD500 juta" kata Presiden Jawatankuasa Pilihan raya dalam sebuah surat rasmi yang dihantar kepadanya.
Farid juga dilaporkan tidak layak untuk bertanding disebabkan nilai 500 juta ekuiti yang diperlukan itu.
"Mereka mengiktiraf saya yang memegang jawatan senior di dalam syarikat, namun syarikat itu sendiri tidak memenuhi syarat SG500 juta," kata beliau dipetik oleh media tempatan.
Halimah pula berjaya memenuhi syarat bagi melayakkan diri sebagai calon presiden kerana berpengalaman di dalam sektor awam dan pernah menjawat jawatan speaker sekurang-kurangnya selama tiga tahun.
Read more: http://www.milosuam.net/2017/09/halimah-yaacob-sah-bakal-presiden.html#ixzz4sSbwdCTp
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment