Tuesday, September 19, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4844

8 Messages

Digest #4844

Messages

Tue Sep 19, 2017 8:00 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



MTUC bantah labur RM17 juta wang KWSP di Amerika Pejuang

bloglist-malaysia.blogspot.

agendsai

Perubahan Pejuang Perubahan

 

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mahu kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak sewajarnya menimbangkan semula pelaburan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semata-mata untuk tujuan mengukuhkan ekonomi Amerika Syarikat (AS).

Setiausaha Agung J Solomon berkata, kesatuan sekerja itu memandang berat langkah kerajaan Malaysia memberi komitmen untuk melabur AS$4bilion dari dana KWSP.

Katanya, komitmen itu tidak mengambarkan pendekatan positif di pihak kerajaan apabila ia mempertaruhkan dana pekerja untuk mengukuhkan ekonomi kuasa besar terutamanya apabila terdapat keperluan untuk mengukuh ekonomi negara sendiri.

"Dalam iklim ekonomi global kita tidak menolak atau mempertikaikan kerajaan memasuki pakatan perdagangan antarabangsa, tetapi sebelum bertindak begitu, kerajaan tidak boleh mengabaikan keutamaannya terhadap rakyatnyan sendiri terutama kebajikan pekerja dan menguruskan wang yang dimiliki oleh pekerja.

"KWSP milik pekerja dan ia harus dilaburkan untuk meningkatkan kebajikan pekerja agar tidak melabur dalam pasaran ekuiti AS untuk membantu infrastruktur dan pembangunan semula AS," ujarnya.

Solomon turut mendedahkan sebelum ini pada 2016 MTUC ujarnya pernah mengemukakan cadangan kepada perdana menteri agar KWSP membayar dividen lebih bai bagi tahun tersebut iaitu dengan membayar kekurangan dividen sebanyak 0.7% KWSP.

Bagaimanapun dakwanya, cadangan yang bertujuan bagi memastikan pendapatan tertinggi yang diperolehi oleh KWSP bagi tahun kewangan 2016 sejak kewujudannya dan memastikan dana yang munasabah terkumpul dalam akaun pekerja individu yang merupakan satu-satunya perlindungan sosial pekerjan untuk persaraan.

"Sayangnya, kami belum menerima respon kepada permintaan ini tetapi difahamkan dariapda akhbar dan media sosial megnenai pelaburan wang pekerja Malaysia untuk mengukuhkan ekonomi AS," ujarnya.

mdl

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Sep 19, 2017 8:00 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



'Terima Kasih Rakyat Malaysia' - Sumbangan Cecah RM 1 Juta Selepas 5 Hari
siakapkeli.my

Pusat tahfiz yang terlibat dalam tragedi kebakaran asrama yang mengorbankan 23 nyawa baru-baru ini mendapat sumbangan mencecah RM 1 juta hasil sumbangan dari pelbagai pihak.

Harian Metro melaporkan, sumber pengurusan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah berkata jumlah sumbangan yang disampaikan oleh orang persendirian, agensi kerajaan, swasta dan kumpulan individu itu mencecah RM1 juta selepas lima hari.

"Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menyumbang dan prihatin atas tragedi yang berlaku ini.

"Ini jelas membuktikan rakyat Malaysia prihatin dengan tragedi kebakaran yang berlaku pada Khamis lalu yang mengorbankan 23 nyawa.

"Malah, ia juga sebagai satu petunjuk yang masyarakat masih meletakkan kepercayaan kepada institusi tahfiz di negara ini," katanya sebagaimana lapor portal berkenaan.

Difahamkan, sumbangan tersebut akan digunakan untuk pengurusan tahfiz berkenaan.

Sumber: Harian Metro

"Saya Tidak Boleh Bagitahu," Anak-Anak Tahfiz Terselamat Kebakaran Ditempatkan Di Lokasi Rahsia
siakapkeli.my

Pelajar-pelajar tahfiz yang terselamat dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di sini, ditempatkan di satu lokasi rahsia, lapor Berita Harian.

Menurut Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyyah, Muhammad Zahid Mahmod, semua pelajar ini tidak dibenarkan pulang ke rumah masing-masing di mana mereka telah diberi arahan untuk tinggal di satu lokasi rahsia buat sementara waktu.

Beliau menyatakan tidakan itu diambil bagi melindungi mangsa diganggu dan didekati pihak tertentu.

Jawapan yang diberikannya ketika ditanya lokasi mangsa-mangsa terselamat itu dan berapa jumlah mangsa terselamat, beliau hanya menjawab "ia rahsia".

"Saya telah diberi arahan daripada Ketua Polis Negara dan pihak autoriti lain supaya tidak mengulas lanjut berhubung insiden kebakaran ini," katanya ketika ditemui di perkarangan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di sini, hari ini.

Muhammad Zahid dalam pada itu turut menafikan bahawa ada pihak yang memusuhi pihaknya sehingga menjadi ancaman kepada pusat tahfiz berkenaan.

"Sepanjang 16 tahun pusat tahfiz itu dibuka, tidak pernah sekali pun berlaku insiden yang pelik."

"Tragedi kebakaran ini sesuatu yang berlaku tiba-tiba dan mengejutkan. Saya tak boleh ulas lanjut," katanya. - Siakapkeli.my

'Kebakaran Asrama Tahfiz' - "Kes Selesai Dengan Penangkapan 7 Suspek" - Polis
siakapkeli.my

Kuala Lumpur - Polis mengesahkan bahawa kes kebakaran di asrama tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah telah selesai dengan penahanan tujuh suspek dalam kes terbabit.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata sedemikian ketika sidang media tergempar kes terbabit sebentar tadi.

Turut dinyatakan, ketujuh-tujuh suspek yang ditahan adalah bukan pelajar tahfiz berkenaan.

Selain itu, turut difahamkan bahawa enam dari tujuh suspek yang ditahan positif dadah jenis ganja.

Ketika ditanya mengenai motif kejadian, Datuk Amar menyatakan setakat hasil siasatan, motif suspek adalah untuk membakar bangunan asrama tahfiz berkenaan.

Turut disahkan, kejadian berpunca dari perselisihan faham akibat perbuatan ejek mengejek antara kedua-dua pihak.

'Kebakaran Asrama Tahfiz' - Bukan Litar Pintas Punca Kejadian, Ada Dua Tong Gas Kuning Misteri di Luar Asrama
siakapkeli.my

Kuala Lumpur - Terdapat elemen mencurigakan dalam kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung disini apabila ada mangsa yang terselamat mengatakan bahawa mereka ternampak tong gas kuning diluar bilik asrama.

Seorang warden di tahfiz berkenaan, Mohd Arif Mawardi berkata, sebelum tidur pada jam 11 malam, tiada tong gas di luar pintu asrama itu ketika dia melakukan pemeriksaan.

"Ketika kebakaran berlaku saya tidur di tingkat 2, bersama tiga lagi kakitangan dan terdengar bunyi kuat seakan ribut dipercayai kesan dari tong gas yang terbakar.

"Bagaimanapun saya pelik apabila naik untuk cuba menyelamatkan pelajar dan guru saya dapati ada dua tong gas warna kuning di tangga berhampiran pintu bilik asrama," katanya sebagaimana lapor BH Online.

Tambah Mohd Arif, dia juga pelik bagaimana dua tong gas bewarna kuning itu boleh berada di situ sedangkan empat tong gas pusat tahfiz berkenaan yang berwarna hijau diletakkan di dapur di tingkat bawah.

"Bukan nak kaitkan dengan punca kebakaran yang berlaku tapi berkemungkinan tidak seteruk ini sekiranya tong gas berkenaan tiada di situ," katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata hasil siasatan mendapati kebakaran itu bukan berpunca dari litar pintas.

Beliau berkata hasil siasatan Unit Forensik dan Suruhanjaya Tenaga mengesahkan keadaan litar elektrik pada suis utama bangunan pusat tahfiz itu adalah di dalam keadaan baik.

"Kita dapati cara api merebak agak pelik dan luar daripada kebiasaan dengan kadar api merebak adalah sangat cepat dan besar. Biasanya, jika disebabkan litar pintas, kotak fius utama akan 'tendang' dan ambil masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk api marak dan merebak.

"Berdasarkan maklumat mangsa yang selamat (saksi), kebakaran itu bermula dari luar bahagian pintu asrama itu yang menyebabkan mereka terperangkap. Tambahan pula ada dua tong gas di situ yang mungkin menjadi punca api lagi besar dan cepat merebak," katanya seperti dilaporkan BERNAMA.

Khirudin berkata, pihaknya percaya terdapat unsur lain dari luar bangunan yang menyebabkan kebakaran tersebut berlaku dan siasatan terperinci berpandukan ujian makmal sedang dijalankan.

"Biasanya kalau api bermula dari bahagian dalam, bilangan yang terkorban tidak ramai kerana mereka masih boleh keluar. Saksi beritahu mereka berusaha nak keluar tetapi api dah marak di luar pintu, sebab itu mereka terperangkap," katanya.

Dalam masa yang sama, beberapa pelajar yang terselamat turut melaporkan ada bau gas ketika kejadian itu berlaku.

Sumber: BH Online

'Kebakaran Asrama Tahfiz': Dendam Dipercayai Punca Kejadian, 6 Remaja Positif Dadah Ditahan - Sumber
siakapkeli.my

Perselisihan faham antara lima pelajar pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dengan tujuh remaja di kawasan Taman Datuk Keramat dipercayai punca kejadian kebakaran yang mengejutkan Malaysia baru-baru ini.

Harian Metro melaporkan, sumber polis berkata, beberapa hari sebelum kejadian, pelajar tahfiz ada mengejek tujuh remaja yang menghisap dadah di kawasan Taman Tasek Datuk Keramat.

Katanya, susulan dari itu, tujuh remaja itu berdendam dengan pelajar tahfiz dan pada hari kejadian, beberapa daripada mereka melompat masuk ke dalam pusat tahfiz itu.

"Kemudiannya, mereka mencuri dua buah tong gas dari kiosk berdekatan lokasi kejadian sebelum membocorkan gas pada tilam dan membakarnya dengan petrol di pintu utama asrama, " katanya.

Tujuh remaja berkenaan telah ditahan dan enam daripada mereka didapati positif dadah.

Sinar Online pula melaporkan, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh ketika dihubungi Bernama mengesahkan penangkapan remaja terbabit.

"Ya, saya sahkan kesemua penangkapan berkenaan," katanya ringkas.

Amar Singh berkata maklumat lanjut mengenai penahanan itu akan dibuat pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, dijadualkan pada 11 pagi esok kemudiannya ditukar malam ini.

Sumber: Harian Metro

Kebakaran Pusat Tahfiz, Tujuh Remaja Termasuk Lima Suspek Utama Dipercayai Ditahan Polis Bagi Membantu Siasatan
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR, 16 Sep: Tujuh remaja, termasuk lima suspek utama dalam kes kebakaran di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang mengejutkan rakyat Malaysia baru-baru ini dipercayai ditahan polis bagi membantu siasatan.

Sumber BH Online berkata, tindakan menahan kesemua mereka itu dibuat susulan pemeriksaan terhadap satu rakaman CCTV di sebuah stesen minyak di Jalan Dato Keramat yang merakamkan perbuatan suspek yang mencurigakan.

"Dalam rakaman itu terdapat kelibat dua lelaki menaiki motosikal Yamaha Lagenda membeli minyak petrol jam 1.30 pagi, beberapa jam sebelum kebakaran pusat tahfiz berkenaan.

"Mereka dipercayai menggunakan minyak petrol itu untuk membakar pusat tahfiz berkenaan," katanya.

Selain itu, sumber berkenaan juga berkata suspek dipercayai menceroboh masuk pusat tahfiz dengan membawa naik tong gas serta tilam ke tingkat tiga.

Suspek juga dipercayai mengunci pintu bilik asrama sebelum meletakkan tilam sebelum menyalakan api.

"Mereka juga dipercayai mengunci pintu bilik asrama sebelum meletakkan tilam dan menghalakan muncung tong gas ke arah pintu bilik asrama pelajar dan guru sebelum membakar minyak petrol," katanya.

Setakat ini, siasatan polis yang dikatakan menjurus kepada perbuatan khianat dan balas dendam sedang dijalankan bagi mendapatkan motif sebenar kejadian.

Menurut Berita Harian, mereka difahamkan, pagi tadi beberapa pengakuan dibuat oleh suspek terbabit semasa mereka ditahan di lokap Balai Polis Jinjang.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh tidak menafikan berhubung tangkapan itu namun enggan mengulas lanjut.

Difahamkan juga, satu sidang media akan diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pagi esok dan semua persoalan itu akan dijawab di sedang media itu.

Sumber: Berita Harian

'Kes Kebakaran Asrama Tahfiz': Seorang Pelajar Ditahan Bantu Siasatan
siakapkeli.my

Foto: Harian Metro.

Kuala Lumpur, 15 Sep - Seorang pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifiqayah ditahan oleh polis bagi membantu siasatan dalam kes kebakaran di asrama pusat tahfiz berkenaan baru-baru ini.

Sumber Harian Metro berkata, remaja terbabit dibawa ke lokasi kejadian semalam bagi proses mengumpul bukti.

Kata portal itu juga, remaja yang berjaket hitam itu dibawa dalam keadaan tidak bergari sebaliknya diiringi oleh dua pegawai polis yang dipercayai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Selain memeriksa petunjuk terbaru iaitu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tumpuan siasatan polis adalah pagar di bahagian tepi dan belakang pusat tahfiz.

Difahamkan, terdapat kesan potongan dan reggangan di pagar kawat yang memisahkan bahagian belakang pusat tahfiz dan Taman Tasik Datuk Keramat.

Sumber berkata, polis yang menjalankan siasatan sedang berusaha mengumpulkan segala maklumat bagi mengenalpasti punca sebenar kebakaran.

"Sejak pagi semalam, beberapa pegawai dan anggota meninjau keadaan pagar kawat yang dipercayai boleh menjadi laluan keluar dan masuk oleh penceroboh ke dalam pusat tahfiz ini.

"Malah, faktor pelajar cuba menyelinap keluar pada waktu malam dan awal pagi juga turut diambil kira sebagai membantu melengkapkan siasatan," katanya.

Sebelum ini, rakaman CCTV menjadi tumpuan siasatan apabila mendapat ada kelibat lelaki yang menceroboh masuk.

Sumber: Harian Metro

Ada Kelibat Lelaki Ceroboh Sebelum Pusat Tahfiz Terbakar - PPIM
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sebentar tadi telah mendedahkan satu maklumat yang amat mengejutkan hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di pejabat mereka bersebelahan pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, lapor Berita Harian.

Menurut Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, hasil rakaman CCTV menunjukkan ada kelibat seorang lelaki telah memanjat pagar sebelum menceroboh masuk ke dalam kawasan premis bersebelahan pusat tahfiz tersebut.

Beliau menyatakan kelibat lelaki berkenaan dirakam sekitar jam 3.10 pagi oleh sebahagian daripada 16 CCTV di pejabat PPIM.

"Suspek lelaki itu dikesan masuk melalui pintu pagar kiri sebelum melalui pekarangan pejabat PPIM dan menuju ke bahagian kanan yang juga bersebelahan dengan pusat tahfiz berkenaan."

"Kita tidak menolak kemungkinan kejadian ini ada kaitan dengan pencerobohan ke pusat tahfiz berkenaan.

"Kita sudah menyerahkan semua rakaman berkenaan kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan lanjut malah mereka meneliti semua rakaman sejak pagi tadi.

"Kita tidak tahu motif sebenar pencerobohan lelaki terbabit namun tidak menafikan kemungkinan turut menyasarkan pejabat PPIM," katanya dalam sidang media sebentar tadi. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Sep 19, 2017 8:02 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Luahan Hati Seorang Bapa Kepada Pelajar Tahfiz, Realiti Sekolah Tahfiz Di Malaysia
siakapkeli.my

Kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah sudah pasti meruntuhkan hati semua masyarakat. Kebakaran yang meragut nyawa 21 orang pelajar dan dua orang warden asrama tersebut menjadi bualan beberapa hari ini.

Segelintir pihak menyarankan agar pusat-pusat tahfiz tidak berdaftar ini ditutup keana dikatakan tidak selamat. Walaupun mereka ini sebenarnya kurang megetahui dan berpengalaman mengenai pusat-pusat tahfiz ini.

Namun begitu, tidak ketinggalan juga, seorang bapa kepada anak pelajar pusat tahfiz Sheik Amir Hussien meluahkan rasanya mengenai isu tahfiz ini.

Assalamualaikum

Rentetan tragedi Maahad Tahfiz baru ini izinkan saya untuk meluahkan rasa sebagai seorang ayah yang menghantar anaknya ke Mahaad Tahfiz.

Ini adalah berikutan beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh ramai pihak mengenai kejadian tersebut. TPM mengatakan jangan gadaikan keselamatan untuk akhirat... ada selebriti yang begitu lantang marah dengan mudir dan pengurusan tahfiz... ada figura ternama yang minta semua tahfiz tidak di daftar ditutup serta merta... ramai pula yang mempertikaikan ibu bapa tidak mementingkan aspek keselamatan....

Sebenarnya saya juga tidak tahu banyak mengenai tahfiz sebelum saya menghantar anak saya ke tahfiz 3 tahun yang lalu. Naufal seawal usia 9 tahun telah menyatakan minat untuk masuk tahfiz... tanpa melengahkan masa kami mengambil Ä·eputusan untuk menghentikan sekolah akademiknya (walaupun dia cemerlang dalam akademik) dan mencari tahfiz yang sesuai.... baru kami sedar bukan senang mencari tahfiz....

1. kalau yang berdaftar biasanya akan hanya menerima pelajar 13 tahun ke atas

2. kalau yang cantik dan lengkap dan di kelolakan oleh ustaz selebriti biasanya mahal dan di luar kemampuan kami dan agak jauh dari rumah..

Akhirnya kami ketemu sebuah tahfiz yang baru di buka di pinggir TTDI Jaya.... rumah corner lot yang serba kurang.... tapi saya berbincang denga isteri mengambil keputusan untuk hantar juga... bukan tidak terdetik apa yang akan berlaku jika ada kebakaran kerana tidak ada pintu kecemasan...... tetapi seperti ibu bapa lain yang menghantar anak le tahfiz.... kami bukan menyerahkan anak kepada tahfiz tetapi mewakafkan anak ini untuk Islam dan yakin Allah mempunyai perancangan yang baik untuknya...

Tapi tahukah berapa kali kami pernah menangis bila menghantarnya pulang lepas bercuti..... dapatkah aku lihat wajah ini lagi ya Allah....

Tahun lepas kami mengambil keputusan untuk menukarkan tahfiz lain dan tidak berasrama... ulang alik dari pukul 7.30 pagi ke 9mlm... Hari pertama menghantar naufal ke tahfiz, kebakaran berlaku di tahfiz memusnahkan sebuah bilik... alhamdulillah semua pelajar berada di surau untuk solat maghrib... tapi kani tidak berputus asa dan meneruskan juga kerana menghantar anak ke tahfiz ujiannya bukan sedikit.

Kami bukan lah bercita cita untuk menjadikan dia imam Masjidil Haram atau pun imam masjid shah alam sekali pun.... seperti ingatan saya pada Naufal selalu... Naufal boleh jadi apa pun yang Naufal hendak apabila besar.... dari seorang doktor kepada peniaga minyak attar di sudut masjid. tetapi akhlak Naufal kena akhlak Al-Quran...

Mungkin ramai yang tidak tahu kebanyakan tahfiz mengenakan bayaran antara rm200 ke rm400 sebulan. ini termasuklah sewa, gaji guru.. gaji warden.. makan 4 kali sehari.. tempat tinggal dan sebagainya... congak la sendiri kalau cukup.

Biasanya pusat tahfiz akan cari sendiri dana bagi menampung lebihan perbelanjaan mereka. nak mengharapkan pusat zakat.. baitulmal.... mmphh macam2 syarat dan kelulusan.
nak mengharapkan koporat ada yang mengenakan syarat hanya yang ada aliran agama dan akademik yang dapat bantuan. belum lagi yang meminta kertas kerja dan kelulusan dan sebagainya...

Tahfiz dipandang sepi... anak2 tahfiz pula... seringkali dikata sejuk mata memandang.... jemputan ke majlis kenduri tahlil.. cukur jambul.. rumah baru dan sebagainya... dapat rm5 atau 10 seorang.. itu lah fungsi tahfiz di tengah2 masyarakat kita.. Tapi tahukah anda banyak mana zaman k anak2 dan remaja yang telah mereka korbankan untuk terus menjadi pewaris naskah mukjizat ini?

Dengan izin Allah.. mereka la yang akan memimpin kita sebenarnya.... Kami yang inginkan anak2 menjadi tahfiz faham benar tentang keperluan keselamatan tetapi adakah kami mempunyai pilihan?
kami bukan menghantar anak ke Yamaha muzik... Kumon atau Montesorri berjenama untuk kani demand itu dan ini dari pihak tahfiz... kami faham benar dengan kekangan kewangan tahfiz... sekali lagi kami berserah pada Allah..

Apabila sesuatu berlaku pada tahfiz kena begitu mudah menyalahkan ibu bapa dan ustaz tahfiz.... bukannya ustaz2 tu yang buat marketing supaya kami daftar.... kami yang mencari dan redha menghantar... kami yang memilih jalan itu.... bagi kami ustaz tahfiz banyak berkorban untuk mendidik jiwa2 kecil ini... kami terhutang budi... sehingga kini menghantar Naufal setiap pagi ... saya akan menciumnya dan memandang dalam matanya.... hati saya siapa yang tahu....

Kalau kerajaan ikhlas menolong kenapa tidak adakan aliran tahfiz di sekolah2 terpilih... Tahfiz tanpa akademik! ada bran? Kenapa tidak mudahkan proses pelesenan... kenapa campur adukan politik dengan sekolah tahfiz? jangan bimbang serban putih ini tidak menggugat.... Kenapa tidak ada menteri yang bangun mengatakan tahfiz akan di bantu ... dibinakan bangunan dan di selaraskan di bawah kem pendidikan....

Kenapa tidak ada suara2 untuk memartabatkan institusi tahfiz.... berdiri gah seperti sekolah chung hwa.... pin hwa.... hin hwa... kwang hwa (go visit this schools in Klang)... Sampai bila kita hendak melihat tahfiz... menumpang disurau... rumah2 kedai..... rumah2 corner yang di ubahsuai.... dan rumah2 banglo usang yang tak tahu bilakah pendawaiannya pernah diselenggara kali terakhir....? ustaz2nya memandu van buruk membawa anak2 ini ke kenduri sana sini.... sampai bila...
berapa banyak nyawa lagi?

Saya pohon sekali lagi ......
Jangan komen jika tidak tahu apa yang dialami oleh institusi pendidikan tahfiz.. Jangan salahkan mudir atau pengurusan tahfiz. Mereka telah banyak berkorban.... Jangan kata ibu bapa tidak peduli. kami punya kekangan kewangan juga untuk memilih tahfiz yang Bertilam empuk dan spinkler sana sini. Bantu la anak2 tahfiz... kita tidak tahu siapa di antara mereka yang akan solat dan talkinkan kita nanti...

Maafkan saya jika terkasar bahasa dan doakan Naufal.......

Wallahualam & Selamat Hari Malaysia

Sumber - Sheik Amir Hussien

Ada 2 Kesan Dahsyat Akan Berlaku Bila Kongsi Gambar Ngeri Mangsa - Dr Taufiq Razif
siakapkeli.my

Setelah insiden kebakaran yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah semalam, memang banyak perkongsian-perkongsian berkaitan tragedi itu sama ada dalam bentuk video dan gambar-gambar arwah anak-anak didik tahfiz yang terkorban.

Apa yang menyedihkan sekali adalah perkongsian yang dilakukan oleh golongan netizen tidak menjaga perasaan keluarga mangsa.

Kebanyakkannya perkongsian yang dibuat ialah gambar-gambar ngeri arwah pelajar-pelajar tahfiz yang meninggal dalam insiden itu.

Oleh yang demikian, seorang doktor telah menjelaskan kesan buruk yang akan berlaku sekiranya gambar-gambar ngeri arwah terus dikongsikan melalui mana-mana laman sosial.
Ada beberapa kesan buruk yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif.
__________________________________________________________ Kenapa Tak Boleh Share Gambar Orang Meninggal?

Terkejut besar saya bila saya perasan ramai yang share gambar ngeri arwah adik-adik tahfiz yang meninggal kebakaran pagi tadi.

Ada 2 kesan dahsyat yang akan berlaku kalau kita share dan upload gambar-gambar arwah sebegitu.

1. Kesan pada diri kita sendiri.

Kalau kita terbiasa tengok gambar-gambar ngeri dan ekstrim ni lama kelamaan akan ada kesan buruk pada kita jugak. Mula-mula hadir perasaan simpati tapi lama kelamaan bila dah terbiasa, kita mungkin akan kena SCHADENFREUDE, suatu perasaan seronok bila tengok gambar-gambar ngeri dan ekstrim.

2. Kesan pada keluarga arwah.

Ada seorang ayah kepada 2 orang pelajar tahfiz tu bagitahu. Dia cuma sampai kat tempat kejadian pukul 7 pagi tadi. Tu pun anaknya call dia pagi-pagi buta lepas subuh. Lepas beberapa kali call baru dia sempat angkat. " Ayah, datang cepat madrasah ni. Abang dah takdak dah. Terbakar! "

Bayangkan apa yang si ayah tu rasakan masa tu? Tahu tak orang yang mengalami kematian ahli keluarga secara mendadak sebegitu biasanya akan mengalami Post Traumatic Stress Syndrome ( PTSD )?

Orang yang kena PTSD ni biasanya akan :
- mengalami mimpi buruk yang berterusan
- mengalami tekanan perasan yang parah
- mengalami imbasan-imbasan kejadian tu bertalu-talu
- tekanan tu jadi lebih dahsyat lagi kalau terpapar dengan memori ataupun sesuatu yang mengingatkannya pada kejadian tu

Kemudian kita share gambar-gambar anak dia dalam keadaan yang menyayat hati tu tanpa rasa bersalah. Entah-entah setiap kali anak beranak arwah buka internet ja mereka akan menangis tersedu-sedu dan menjerit sebab tertengok gambar arwah yang kita share beramai ramai tu.

Jadi, tolong sebarkan info ni kat semua orang supaya semua orang boleh delete balik kalau mereka dah terlanjur share. Kita taknak tambah beban keluarga arwah dan kita taknak jadi penyebab tekanan perasaan pada keluarga arwah juga.

Jadi, kepada mereka yang masih ada gambar tu, sila, padam segera. - Siakapkeli.my

Susulan Gambar Viral, Ramai Hubungi Saya Ingat Saya Terkorban Dalam Kebakaran Tahfiz
siakapkeli.m

Malaysia masih lagi bersedih dengan tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat yang menyaksikan seramai 23 nyawa terkorban pada awal pagi Khamis yang lalu.

Namun, seorang lelaki mendapat kejutan 'lebih; yang tak disangka-sangka apabila dirinya dikatakan sebagai salah seorang mangsa yang terkorban dalam insiden memilukan itu.

Gambar lelaki tersebut yang duduk bersama-sama dengan pelajar tahfiz menjadi tular di media sosial, termasuk terpapar di dada akhbar tempatan pada Jumaat.

Mohd Zuhaiman Majid, 42, berkata, khabar bahawa dirinya dikaitkan dengan insiden tersebut hanya diketahui apabila diberitahu oleh seorang rakan pada tengah hari Khamis.

Tambahnya lagi, dia bukanlah guru yang dikatakan sebagai sebahagian daripada mangsa, sebaliknya gambar tersebut adalah gambar ketika beliau menghadiri satu majlis tahlil dan solat hajat yang diadakan di pusat tahfiz pada 26 Ogos yang lalu anjuran bekas pelajar MRSM, Kota Bharu.

"Ramai yang hubungi saya ingatkan saya salah seorang tenaga pengajar, malah ada yang turut menyangka saya menghantar anak saya ke sekolah itu.

"Ingin saya jelaskan bahawa saya tidak terlibat dalam kebakaran itu. Saya bukan mangsa kebakaran. Harap semua tidak salah faham," katanya lagi.

Ujarnya yang berasal dari Kelantan, dia mengakui berasa terkejut sebaik sahaja menerima khabar tragedi tersebut dan tidak menjangka peristiwa sebegitu akan berlaku.

Menurut Mohd Zulhaiman, dia sempat solat berjemaah, membaca Yassin, mengadakan tahlil dan makan bersama-sama ketika bertemu dengan para pelajar dari tahfiz tersebut yang disifatkanya sebagai ceria dan berdisiplin.

"Banyak gambar saya ambil dengan mereka. Saya belek-belek gambar mereka, saya tengok muka mereka setiap seorang walaupun tak tahu yang mana terkorban.

"Saya anggap mereka macam anak sendiri. Saya terfikir macam mana keadaan mereka dalam kebakaran tu. Saya tak dapat bayangkan, saya jadi sebak," kata bapa kepada tiga anak ini.

Dia bagaimanapun berkata, ajal dan maut adalah ketentuan Tuhan dan berdoa agar semua mangsa yang terkorban ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

"Kepada semua keluarga mangsa, saya ucapkan salam takziah. Semoga terima kejadian ini dengan reda dan tabah," katanya.

Sumber : mStar

"Sekolah Tahfiz Kemudahan Tak lengkap, Selalu Terbakar, Baik Tutup Saja", Ustaz Tahfiz Bagi Jawapan Terhadap Segala Cemuhan
siakapkeli.my

Kita baru sahaja dikejutkan dengan kejadian yang amat memilukan apabila sebuah seokolah tahfiz di Jalan Dato' Keramat, Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terbakar dan meragut nyawa seramai 22 orang pelajar dan 2 orang warden.

Dari pemimpin, selebriti hinggalah para netizen, semuanya menzahirkan kesedihan dia atas tragedi yang tidak disangka-sangka ini. Lebih menyayat hati, mangsa yang terkorban adalah anak-anak kecil yang berjauhan dari ibu bapa dan keluarga demi mengejar akhirat.

Namun ada juga segelintir dari kita yang menimbulkan beberapa persoalan tentang aspek keselamatan dan pengurusan pondok tahfiz. Seorang lelaki yang dikenali sebagai Lokman Hakim tampil menjawab persoalan dan cemuhan yang dilemparkan terhadap institusi tahfiz yang ada di negara ini. Kami bawakan perkongsiannya untuk anda.

Menjawab pelbagai cemuhan, kritikan dari netizen berkaitan sekolah pondok, tahfiz dan sekolah agama swasta apabila berlaku sesuatu musibah.

Persoalan 1

Kebanyakan sekolah pondok, tahfiz ni kemudahan dia tidak lengkap, tahap keselamatan kurang sebab tu banyak berlaku kebakaran dan sebagainya.

Jawapan

Ia tidak dinafikan kebanyakan institusi-institusi ini kurang dari segi kemudahan dan keselamatan tetapi kami sebagai pengusaha institusi ini terus berusaha untuk menyediakan kemudahan yang terbaik buat para pelajar sehingga terpaksa menebalkan muka mengutip dana, sentiasa mengiklankan kutipan dana dan pelbagai cara kami lakukan bagi mencari dana. Ada juga pondok-pondok dan tahfiz yang mempunyai kemudahan yang begitu lengkap mengalahkan institusi kerajaan bahkan lebih baik lagi.

Persoalan kedua

Kalau sudah tak ada duit tak payah la buka. Lepas tu selalu iklan minta sumbangan.

Jawapan

Kami bukan buka kerana ingin mengejar kekayaan, kami bukan buka untuk kemewahan, tetapi kami buka adalah kerana rasa terpanggil untuk mendidik pelajar untuk menjadi seorang insan kerana zaman ini ramai dikalangan pelajar yang tidak kenal Allah, tidak pandai membaca Al-Quran, jauh dari agama.

Saya ambil contoh di PMTI kos pengurusan kami sebulan mencecah RM8000.00 ke RM9000.00. Pelajar hanya ada 20 org dan yuran sebulan RM300. Jika kami buka adalah untuk bisnes dan kaut keuntungan pasti kami akan rugi kerana terdapat defisit sebanyak RM3000.00 sebulan.

Tetapi kami korbankan masa, wang ringgit, rasa malu ini untuk memastikan operasi PMTI akan terus berjalan dengan lancar dengan pelbagai usaha antaranya mengiklankan sumbangan melalui Facebook, WhatsApp dan mencari penaja tetap bulanan.

Persoalan ketiga

Tutup sahaja sekolah-sekolah pondok, tahfiz. Banyak sangat kes kebakaran, buli sehingga menyebabkan kematian.

Jawapan

Janganlah kerana beberapa musibah yang menimpa sekolah-sekolah pondok dan tahfiz terus disuruh tutup. Untuk pengetahuan netizen, Sebagai contoh kami di PMTI, pelajar yang kami terima dan sedang dalam proses didikan ini kebanyakannya tidak pandai baca Al-Quran, tidak kenal huruf, bermasalah di sekolah lama iaitu sekolah kerajaan.

Alhamdulillah berkat doa ibubapa, usaha asatizah dan kesungguhan pelajar untuk berubah ramai yang sudah pandai baca Al-Quran, hadis malah penampilan diri pun turut berubah menjadi anak yang soleh. Adakah kami ini gagal dalam membentuk akhlak dan memberikan ilmu yang bermanfaat sehingga kami perlu menutup sekolah-sekolah ini.

Dan banyak lagi persoalan, cemuhan, kritikan yang diberikan kepada kami seolah-olah kami buka sekolah-sekolah ini memang dikhaskan untuk membunuh, mendera pelajar-pelajar. Kami pun tidak mahu musibah-musibah ini. Kamu bekerja 8 jam sehari dengan gaji yang lumayan, tetapi kami bekerja 24 jam bagi memastikan didikan yang sempurna buat pelajar.

Kami bukan minta sumbang duit untuk kami hidup bermewah, kami hanya mahu bantu kami dalam melahirkan para da'ei, para huffaz , para alim untuk memastikan Islam terus subur dimuka bumi Allah ini

Al Faqir
Lokman Hakim Bin Mohamad Juni
SU Pondok Moden Tahfiz Idrisiah

Sumber : Lokman Hakim

Selepas Belajar Di Pusat Tahfiz Itu Setahun Lalu, Arwah Mula Tidak Tinggal Solat Dan Begitu Tertib - Sepupu
siakapkeli.my

Pendang: "Sebelum ini arwah sedikit nakal, tetapi sejak belajar di pusat tahfiz itu setahun lalu, nampak perubahan pada dirinya apabila dia tidak lagi nakal, tidak meninggalkan solat dan kelihatan sangat baik dan tertib."

Begitu kata Nurfazliyzawantie Mahamad Forzie, 14, mengenai sepupunya, Mohd Aidi Ahmad Zamzuri, 10, seorang daripada 23 mangsa yang terkorban dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur, semalam.

"Perubahan pada diri arwah begitu ketara dan saya kehilangan seorang sepupu yang baik walaupun kami hanya jumpa sekejap pada Aidilfitri lalu," katanya ketika ditemui di rumah datuk saudaranya di Kampung Banggol, Mukim Rambai, Kubur Panjang, di sini, semalam.

"Saya amat terkejut dan sebak apabila mengetahui cucu saudara meninggal dunia dalam kejadian berkenaan" kata Imam Masjid Kampung Banggol, Baha'udin Ahmad, 70.

Pada awalnya saya ada menonton berita pada jam 7 pagi semalam mengenai kebakaran di pusat tahfiz itu namun tidak menyangka ia membabitkan cucu saudara saya, katanya.

"Sejam lepas itu, seorang anak saudara memaklumkan kejadian menimpa arwah.

" Saya baru balik membeli sarapan di kedai berhampiran rumah ketika itu dan sedih dengan apa yang telah berlaku," katanya lagi.

Menurutnya, walaupun mangsa sekeluarga menetap di Kuala Lumpur tetapi mereka akan pulang ke kampung itu setiap tahun terutama pada hari raya.

"Bapa arwah, Zamzuri Zakaria membeli rumah di sini sebagai tempat persinggahan ketika pulang ke kampung dan akan menetap di sini selepas bersara sebagai anggota tentera," katanya.

Menurutnya, dia amat terkejut dengan kejadian menimpa Mohd Aidi dan kali terakhir mereka bertemu pada Aidilfitri lalu.

Baha'udin berkata, jenazah Mohd Aidi dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Islam di kampung itu sebaik selesai urusan di Hospital Kuala Lumpur.

Sumber: Harian Metro

"Mereka Datang Untuk Belajar, Bukan Mati Kerana Cuai," Naz Rahman Berang Dengan Jawapan Dari Pengetua Tahfiz
siakapkeli.my

Kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyyh semalam sangat menyentuh hati rakyat Malaysia. Rata-rata netizen masih lagi memperkatakan mengenai isu ini. Walaupun punca sebenar masih belum diketahui lagi dan siasatan secara terperinci sedang dijalankan.

Selepas kejadian semalam, Pengetua pusat tahfiz Muhammad Zahid Mahmod telah mengeluarkan satu kenyataan yang membuat netizen kurang senang. Manakala, seorang pengacara Nazrudin Rahman adalah salah seorang yang tidak setuju dengan kenyataan tersebut.

Seperti yang dilaporkan dalam Malaysia Gazette.

Menurut Nazrudin Rahman "mereka mati kerana mentaliti yang tak hiraukan piawaian."

Kenyataan daripada Naz Rahman itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, ada yang bersetuju manakala ada juga yang tidak bersetuju dengan menyatakan artis itu tidak faham akan maksud yang dikatakan oleh pengetua tahfiz berkenaan.

Apa pun, jangan pandai-pandai buat spekulasi, biar pihak berkuasa jalankan dahulu siasatan dan jawapan akan kita peroleh nanti. - Siakapkeli.my

Sumber -Nazrudin Rahman.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Sep 19, 2017 8:02 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Bibi Ramjani Ilias Khan Berjaya Rangkul Jawatan Presiden KAFA
siakapkeli.my

Kota Bharu- Bibi Ramjani Ilias Khan, diumumkan sebagai Presiden baharu Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bagi penggal 2017-2021 pada Kongres Tahunan KAFA ke-63.

Usahawan wanita ini merupakan wanita pertama yang berjaya merebut jawatan Presiden KAFA dengan undian sebanyak 32 undi sekali gus menewaskan Naib Presiden KAFA iaitu Muhammad Nasir yang memperoleh sebanyak 19 undi.

Meskipun pada awalnya proses pengundian terpaksa dilakukan dua kali kerana jumlah undi yang diperoleh Bibi Ramjani pada kali pertama meraih 32 undi dimana jumlah tersebut tidak memenuhi kehendak perlembagaan persatuan yang memerlukan undian majoriti 35 bagi jawatan presiden.

Bagaimanapun, keputusan muktamad 52 wakil Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) memilih Bibi Ramjani sebagai Presiden KAFA.

Datuk Seri Afandi Hamzah yang merupakan Timbalan Presiden KAFA memaklumkan proses pengudian berakhir pada jam 6 petang pada sidang media.

Datuk Seri Afandi turut berjaya mengekalkan jawatan sebagai Timbalan Presiden KAFA selepas menewaskan Datuk Rosmadi Ismail.

Sementara itu, jawatan Naib Presiden, dimenangi tiga calon baharu iaitu, Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali; Datuk Nik Izani Nik Ibrahim dan Nik Pakheruddin Nik Abdul Kadir.

Sumber- Berita Harian Online

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Sep 19, 2017 8:02 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"DBKL Cuba Alih Pandangan Dengan Berlagak Jadi Jaguh Agama," 5 Adun DAP Mohon DBKL Tarik Balik Penolakan Pesta Arak
siakapkeli.my

Penganjuran 'Better Beer Festival 2017' yang dirancang diadakan pada 6 dan 7 Oktober di Solaris Damansara telah ditolak permohonannya oleh Dewan Bandar raya Kuala Lumpur (DBKL).

Nampaknya isu penolakan penganjuran pesta arak ini telah menimbulakn rasa tidak puas hati beberapa orang pemimpin dari DAP yang menyifatkan tindakan DBKL ini adalah tidak wajar dan seperti cuba mengalih pandanagn dengan berlagak jadi jaguh agama.

Kenyataan ini telah dimuatnaik di laman Facebook milik MP Seputeh, YB Teresa Kok yang merupakan kenyataan bersama bersama 4 orang MP DAP yang lain iaitu, YB Tan Kok Wai - MP Cheras, YB Fong Kui Lun - MP Bukit Bintang, YB Datuk Dr Tan Kee Kong - MP Wangsa Maju
dan YB Lim Lip Eng - MP Segambut.

Lima adun ini meminta supaya pihak DBKL mengkaji semula penolakkan permohonan ''Better Beer Festival 2017" yang dijadualkan akan diadakan -ada 6-7 Oktober nanti di Solaris Damansara.

Berikut adalah kenyataan penuh mereka.

- Siakapkeli.my

Permohonan 'Better Beer Festival 2017' Ditolak DBKL
siakapkeli.my

Penganjuran 'Better Beer Festival 2017' yang dirancang diadakan pada 6 dan 7 Oktober di Solaris Damansara telah ditolak permohonannya oleh Dewan Bandar raya Kuala Lumpur (DBKL).

Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Khalid Zakaria, berkata, DBKL telah menerima permohonan berkenaan pada 28 Ogos lalu, dalam satu kenyataan hari ini.

Akan tetapi, pihak DBKL telah memutuskan untuk menolak permohonan aktiviti berkenaan.

"Permohonan aktiviti itu pada tempat, masa dan tarikh yang dinyatakan adalah tidak diluluskan.

"Sekiranya penganjur meneruskan aktiviti tersebut, DBKL berhak mengambil tindakan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada," katanya.

Sebelum ini, penganjuran 'Better Beer Festival 2017' itu telah mendapat bantahan keras daripada Pas yang menyifatkan ia boleh mengundang kemarahan umat Islam di negara ini.

Ini merupakan rancangan kali ketiga selepas pertama kali diadakan pada 2012 dan kali kedua tahun lalu.

Pada 2012, ia diadakan di Taps Beer Bar di Changkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur dengan kehadiran 200 pengunjung.

Manakala pada 2016 pengajuran telah dibuat di Publika Shopping Gallery, dengan menyediakan 150 jenama arak dan dihadiri 3,500 orang.

Dijangkakan pada penganjuran tahun ini, penganjur membawa 250 jenama arak berbeza daripada 43 syarikat arak untuk memenuhi cita rasa pengunjung.

Sumber - Sinar Harian

China Sendiri Galakkan Kempen Kurang Minum Arak, Kat Malaysia Pula Nak Melebih-Lebih.
bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.org
Posted by Ameno World
Oleh : Anas Abd Jalil

Pesta Beer yang akan dianjurkan itu tidak ada kena mengena dengan 'budaya' masyarakat, sebaliknya adalah anjuran syarikat kapitalis beer untuk mengekspoitasi market dengan menjual lebih banyak beer jenama keluaran mereka.

Jadi ia tidak ubah seperti jika Dunhill, Salem, Marlboro anjurkan pesta rokok. Kedua-dua pesta yang membenarkan pengekspoitasian pengguna oleh kapitalis arak dan kapitalis rokok seperti di atas tidak akan dipersetujui oleh mana-mana Marxist, namun Liberal tidak dapat melihat hal ini dalam konteksnya yang sebenar (termasuklah Agamawan yang berideologi Liberal).

Lainlah jika Pesta Beer itu adalah untuk memperkenalkan home brewed beer yang dihasilkan dari rumah dan pesta rokok itu adalah pesta memperkenalkan rokok daun tradisi, maka tidak wajarlah ianya diharamkan.

Jika nak minum beer dan nak merokok bersama teman-teman silakan, tapi jika mempertahankan pesta anjuran kapitalis dengan alasan ianya satu 'budaya', maka ini tidak wajar.

Di Uni Soviet sendiri dan di China banyak terdapat kempen oleh Parti Komunis supaya minuman keras dikurangkan, walaupun ia tidak di haramkan.

Mangatakan kononnya pesta beer adalah budaya satu-satu masyarakat adalah sama juga dengan bagaimana taukeh judi Malaysia menipu kita dengan kata bahawa judi itu budaya satu golongan etnis dan alasan ini kemudian digunakan untuk memberi lesen-lesen judi kepada kroni-kroni.

Tapi dalam masa yang sama judi diharamkan di China dan Taiwan, di Hong Kong hanya ada satu jenis judi iaitu lumba kuda itupun milik kerajaan. Di Singapore juga undang-undang berkaitan judi sangat ketat berbanding di negara kita yang sudah ditipu oleh taukeh judi dan politiak yang mendokong taukeh judi.

Marxist dapat melihat bahawa pesta beer anjuran kapitalis bangsat bukanlah merupakan pesta budaya rakyat sebaliknya adalah propaganda kapitalis arak untuk menjual minuman keras tanpa bertanggungjawap kepada akibat buruknya.

Samalah jugak dengan jika Dunhill dan Marlboro buat pesta rokok. Marxist melihat pesta beer anjuran kapitalis arak dan pesta rokok anjuran kapitalis rokok dari sudut material, bukan dari sudut moral.

Tapi Liberal buta hal ini, dan Liberal merasakan mereka berada di atas tingkat moral kebebasan yang tinggi dengan menyokong pesta beer anjuran kapitalis arak. Liberal perasan mereka benar-benar 'progressif' dengan menyokong pesta arak.

Kalaulah Politikus DAP liberal ini boleh memperjuangkan isu-isu rumah rakyat, isu ketidakcukupan hospital kerajaan, dan isu-isu lain yang memberi impak besar kepada rakyat biasa; maka politik malaysia ini tidaklah akan sebangang sekarang sehinggakan Kit Siang pun terpaksa terhegeh hegeh usung Mahathir.

Melihatkan kepada reaksi beberapa politaik DAP yang membela penganjuran pesta beer oleh kapitalis arak, saya dapat simpulkan undang-undang polisi minuman berakohol di Norway bakal bikin politaik DAP ini bunuh diri, manakala undang2 minuman berakohol di UK dan negara eropah lain bakal bikin mereka gila meroyan.

Sudahlah minuman berakohol hanya boleh dibeli di kedai-kedai milik pemerintah iaitu di 242 cawangan Vinmonopolet dan hanya boleh dibeli dari jam 10 pagi hingga 5 petang sahaja.

Minum minuman keras di tempat terbuka termasuk jika anda minum di balkoni rumah sendiri dan dilihat oleh orang lain juga merupakan satu kesalahan di Norway.

Vinmonopolet (English : The Wine Monopoly) is a government-owned alcoholic beverage retailer and the only company allowed to sell beverages containing an alcohol content higher than 4.75% in Norway.

Read more: http://www.amenoworld.org/2017/09/china-sendiri-galakkan-kempen-kurang.html#ixzz4t8EUpwvT

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Sep 19, 2017 8:02 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Pertemuan Najib Dan Trump Subtitle Bahasa Melayu
bloglist-malaysia.blogspot
btmmari.blogspot.
Written By canang
Posted by canang

Tujuan sebenar Najib jumpa Donald Trump terbongkar

bloglist-malaysia.blogspot
milosuam.net

SEBELUM Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berangkat untuk bertemu dengan presiden Amerika Syarikat Donald Trump, heboh satu Malaysia dipukul canang kononnya Najib mahu membincangkan Isu kezaliman yang dihadapi oleh warga Rohingya di Myanmar.

Selain itu akhbar milik MCA melaporkan Najib akan meminta pengecualian Visa untuk rakyat Malaysia melawat Amerika Syarikat.

Namun apabila bertemu dengan Trump, nampak tiada isu-isu itu dibincangkan, sebaliknya Najib lebih sekadar mengampu presiden negara kuasa besar itu dengan membawa cadangan mahu membantu memperkukuhkan ekonomi Amerika Syarikat.

Lihat dan dengar kata-kata Najib di depan Donald Trump dalam video di bawah baik-baik.

Pada durasi video 2:30 Najib dengan jelas berkata,

"I want to say that we come here with strong value propositions to put on the table, number one we want to help you in terms of strengthening US economy,"

"There I come with 3 specific proposals number one, we intend to increase the number of Boeing planes to be purchased by MAS, we are committed to 25 planes of the (737 Max 10) plus eight (737 Dreamliners),"

"And there is strong probability not possibility, there would at 25 more (737 MAX 10) in the near future, so within 5 years the deal would be worth beyod USD10 billions, thats one"

Terjemahan:

"Saya ingin mengatakan bahawa kami datang ke sini dengan cadangan-cadangan yang sangat bernilai untuk dimuktamadkan, pertama kami mahu membantu kamu di dalam memperkukuhkan ekonomi Amerika Syarikat,"

"Saya datang dengan tiga cadangan-cadangan spesifik, pertama kami berniat untuk menambah Jumlah pesawat-pesawat Boeing yang akan dibeli oleh MAS, kami sudah komited untuk membeli 25 buah pesawat (737 MAX 10) dan lapan (737 Dreamliners),"

"Terdapat kebarangkalian tinggi bukan kemungkinan, akan ada 25 lagi (737 MAX 10) dalam masa terdekat, jadi dalam masa 5 tahun dagangan ini akan bernilai lebih USD10 bilion, itu yang pertama,"

Anda boleh rujuk video untuk mengikuti ucapan lanjut Najib di depan Donald Trump.

Dalam keadaan ekonomi rakyat Malaysia sendiri ditekan dengan cukai GST, Najib ada hati nak bantu memperkukuhkan ekonomi Amerika Syarikat negara kuasa besar dunia.

Read more: http://www.milosuam.net/2017/09/tujuan-sebenar-najib-jumpa-donald-trump.html#ixzz4sZAxGlOU

Penginapan Najib di Trump Hotel Timbul Tanda Tanya – Akhbar AS
ekeleh.com
bloglist-malaysia.blogspot

Akhbar berpengaruh Amerika Syarikat, The Washington Post, berkata tindakan Datuk Seri Najib Razak dan rombongannya untuk menginap di sebuah hotel milik Presiden Donald Trump di ibu negara itu menimbulkan tanda tanya mengenai konflik kepentingan di White House.
"Pada Isnin waktu makan tengah hari, beberapa anggota rombongan Najib kelihatan di ruang istirehat untuk tetamu hotel," menurut laporan itu merujuk Trump International Hotel, beberapa jam selepas Najib mengadakan pertemuan dengan Trump.

"Petang itu, mereka keluar masuk hotel itu, kadang kala dengan beg beli-belah," lapor akhbar itu.
Ia di sebalik spekulasi penginapan Najib bukan dibayar oleh kerajaan AS seperti mana yang dilakukan untuk rombongan ketua kerajaan dari luar negara yang datang bertemu presiden.

Semalam, Najib mengadakan pertemuan dengan Trump, yang antara lain menyaksikan Malaysia bersetuju membeli puluhan pesawat Boeing pada harga lebih AS$10 bilion.

Najib ditemani Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Duta Besar Malaysia Tan Sri Zulhasnan Rafique, Ketua Setiausaha Tan Sri Ali Hamsa dan ketua pengarah Majlis Keselamatan Negara Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

The Washington Post berkata ia hampir pasti dapat mengesahkan Najib menginap di hotel dengan 263 bilik itu, iaitu antara yang termahal di Washington.

Tinjauan akhbar itu mendapati pelbagai aktiviti melibatkan rombongan Najib di beberapa ruang mesyuarat di hotel tersebut termasuk untuk sarapan pagi di bilik mesyuarat Lincoln Library.

"Majlis sebegini mendatangkan pendapatan beratus ribu dolar kepada Trump Organization, berdasarkan jumlah perbelanjaan dibuat oleh rombongan lain yang pernah menginap di sini," kata akhbar itu.

Laporan itu di sebalik kritikan terhadap Trump yang enggan mendedahkan kepentingannya dalam hotel berkenaan, yang kini diuruskan anak lelaki beliau.

Pengkritik berkata ia membuka ruang kepada wakil kerajaan luar dan pihak berkepentingan untuk menyumbang kepada presiden, yang boleh mempengaruhi dasar Trump mengenai sesebuah negara.

Semalam, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli turut mengatakan Najib menginap di sebuah hotel milik Trump, sementara segala kos rombongan tidak ditanggung pentadbiran AS.

"Ini mengesahkan bahawa lawatan beliau bukanlah satu lawatan rasmi Ketua Kerajaan dan saya merasakan segala perbelanjaan sebenarnya ditanggung oleh rakyat Malaysia," kata Rafizi.

Sumber :Free Malaysia Today

"Pastinya, kami tidak menempah penginapan hotel mereka.

"Saya tidak boleh bercakap mengenai keputusan peribadi mereka (Najib) di mana mereka menginap di sini (Washington) DC," kata Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Sarah Huckabee Sanders – Malaysiakini.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Sep 19, 2017 8:03 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Saman AES - Polis tidak bersedia untuk bicara..hanya mahu orang bayar saja.
bloglist-malaysia.blogspot.
kedahlanie.info
Hari ini saya hadir di Mahkamah Majistret Ipoh untuk bicara kes Saman Ekor (Pol 170A) yang ditukar kepada Saman (Pol 257). Saman dikenakan terhadap salah seorang follower page ini sebanyak 11 saman.

Beliau tidak mengaku salah dan minta bicara. Setelah dua kali sebutan dan semua dokumen diserahkan, hari ini untuk bicara. Apabila kes dipanggil, saya bangun merekodkan kepada mahkamah bahawa saya mewakili OKS.

Pihak pendakwa langsung tidak bersedia dengan saksi-saksi dan mohon ditangguhkan ke tarikh lain. Saya membantah kerana hari ini telah ditetapkan untuk bicara dan oleh kerana pihak pendakwaan tidak bersedia, saya mohon kes dibatalkan.

Majistret memerintahkan OKS dilepaskan tanpa dibebaskan. Maksudnya kes hari ini dibatalkan tetapi pihak polis boleh bawa semula bila-bila mereka mahu.

Kesimpulannya polis memang tidak pernah bersedia untuk bicara. Mereka hanya hendak orang ramai bayar saja.

Sekian.

Zulhazmi Shariff
Pengerusi
Sekretariat Protes AES
18/09/2017

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Sep 19, 2017 9:43 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Najib mahu umumkan rampas Selangor semalam tapi tak jadi
bloglist-malaysia.blogspot
btmmari.blogspot
Written By canang
Posted by canang

SIDANG media khas Perdana Menteri semalam sepatutnya bukanlah sekadar mengumumkan Tan Sri Muhammad Muhd Taib kembali ke pangkuan Umno, malah lebih dari itu Najib bercadang mahu mengumumkan bahawa BN berjaya merampas Negeri Selangor namun ia terbatal.
Kerana itulah bukan sahaja Timbalan Perdana Menteri dikatakan terpaksa membatalkan lawatannya ke Perlis, Ahmad Maslan juga terpaksa batalkan programnya di Sabah, malah kesemua Ahli Majlis Tertinggi Umno terpaksa batalkan program mereka semata-mata untuk berdiri di belakang Najib menyertai sidang media khas PM yang katanya begitu gempak

Mohammad Taib sepatutnya membawa bersama 8 ahli dewan undangan negeri (Adun) bagi menumbangkan pentadbiran Menteri Besar Mohammed Azmin Ali lapor The Malaysian Insight (TMI).

Namun kerana ada campur tangan daripada pihak berkepentingan yang berkuasa di Selangor, akhirnya, Presiden Umno Najib Razak hanya ada Muhammad seorang untuk muncul pada sidang media yang digembar-geburkan pada pukul 5 petang di Kuala Lumpur.

Sumber memberitahu TMI rundingan untuk membawa Muhammad, 72, pulang ke pangkuan Umno dan menarik masuk lapan yang yang lain itu diuruskan oleh orang tengah dan bukannya perdana menteri sendiri.

"Najib dimaklumkan semuanya lancar tetapi apabila beliau tiba, hanya Mat Tyson ada di situ," kata seorang sumber parti itu kepada TMI, dengan menggunakan nama gelaran popular bekas Menteri Besar Selangor itu.

Dakwa portal itu lagi, penyertaan semula Muhammad Muhammad Taib ke dalam Umno seharusnya melibatkan lapan Adun PKR bergabung bersama 12 Adun Umno dan 13 Adun PAS serta bekas Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim untuk membentuk barisan 34 Adun bagi membentuk sebuah kerajaan di Selangor.

"Rundingan terbantut kerana ia tersekat di peringkat tertinggi apabila didapati Mat Tyson termasuk dalam rundingan itu," kata seorang sumber lain kepada TMI.

Difahamkan percaturan politik penyertaan semula Muhammad ke dalam Umno melibatkan lapan Adun PKR bergabung bersama 12 Adun Umno dan 13 Adun PAS serta bekas Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim untuk membentuk barisan 34 Adun yang sudah cukup untuk membentuk sebuah kerajaan di Selangor. DUN Selangor mempunyai 56 kerusi.
Perkara ini juga menjawab persoalan kenapa MB Selangor tergelak besar semalam melalui akaun Twitter miliknya selepas mengikuti pengumuman Najib yang kononnya gempak tapi ternyata hambar.
"Kah kah kah," tulis Azmin melalui twitter rasmi miliknya yang menerima lebih 2,000 retweet.

Maka sidang media gempak bertukar menjadi sidang media hambar, sekadar mengumumkan penyertaan bekas orang Umno kembali semula kepada Umno.

Andai kata semalam BN berjaya rampas Selangor, dalam keadaan negeri itu kini rezab simpanannya sudah lebih RM3 bilion, seronoknya perompak dan penyamun dapat dana pilihanraya.

MILO SUAM

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: