Tuesday, September 5, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4840[6 Attachments]

9 Messages

Digest #4840

Messages

Mon Sep 4, 2017 7:01 pm (PDT) . Posted by:

"bashah" bwasi

sTRESS pun puncan masalah penyakit diabetes ni lebih parah..Sayur2an pun banyak racun ..tak terkawal...Menteri2 kerja makan duit gaji jer..Kencing manis jadi bila pankreas dah lali insulin...Lemak yg elok pun tak makan, disangka semua lemak tu jahat...Fight fire with fire...tengok you tube.. mat saleh ni elak gemok dan kencing manis makan butter susu tulen (BUKAN MARGErin planta tau)Butter Makes Your Pants Fall Off

|
|
|
| | |

|

|
|
| |
Butter Makes Your Pants Fall Off
This video is family friendly. The title is referring to a high fat diet making your big pants baggy, as you los... | |

|

|

From: "'-:rIeNaCoM:-' rienacom@yahoo.com.sg [automobil]" <automobil@yahoogroups.com>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Monday, September 4, 2017 11:01 PM
Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Rupanya Dah Jadi Salah Seorang Penghidap,

   

Dalam Tak Sedar Rupanya Dah Jadi Salah Seorang Penghidap, Ini Simptom Kencing Manis Yang Kena Ambil Tahu
siakapkeli.my Foto: readerdigest
Kita sering kali diingatkan mengenai kencing manis atau diabetes yang mana banyak kisah, perkongsian juga cerita sama ada dari pakat atau netizen sendiri. Ia sedikit sebanyak membuka mata akan pentingnya menjaga kesihatan.

Namun begitu, dalam sedar tak sedar, bila membuat rawatan atau 'medical checkup' masih ramai di antara kita yang tidak tahu akan dirinya menghidapi kencing manis.

Mengapa boleh jadi sebegitu?

Menerusi perkongsian dari Harima Abd Rahman yang mana telah didedahkan akan perkara ini, dia kongsikan akan simptom-simptom kencing manis yang harus diambil tahu oleh semua orang.

Tahukah anda?

Dalam kajian National Health Morbidity Survey (NHMS) bawah KKM terbaru, prevalance untuk penyakit kencing manis (Diabetes Mellitus) di negara kita pada tahun 2015 ialah 17.5%. Meningkat lebih kurang 2% dari tahun 2011 dan 6% berbanding 10 tahun lepas.

Maknanya, peningkatan prevalance penyakit kencing manis dalam sepuluh tahun Malaysia lebih 3% dari peningkatan prevalance kencing manis di peringkat global.

Lebih parah lagi, dalam kajian terbaru ini dari 17.5% orang yang kena kencing manis ni, lebih separuh daripadanya (9.2%) tak tahu pun dia ni ada kencing manis. Apa cerita?

Kencing manis antara penyakit yang menyumbang kematian tertinggi dalam negara kita. Campur pula dengan komplikasi yang sangat tak selesa seperti kena potong kaki dan rosak buah pinggang. Tapi, orang kita boleh steady je tak tahu yang dia ada kencing manis.

Jadi, sementara saya tengah semangat lagi ni lepas kena basuh masa kursus dua hari lalu, saya kongsi la sikit sikit simptom simptom yang menjurus ke arah penyakit kencing manis.

Foto: menhealth
1. Selalu rasa nak kencing

Seorang orang normal, dalam 24 jam tu biasa akan kencing lebih kurang enam hingga tujuh kali saja. Tapi kalau kau kena kencing manis, kadar kau rasa nak kencing akan lebih daripada tu.

Biasa biasa, buah pinggang akan serap balik glukosa (gula) ke dalam badan bila setiap kali dia tapis. Dah sebab gula kat dalam badan tu dah banyak, buah pinggang tak daya nak serap balik gula tu ke dalam badan bila setiap kali tapis. Akibatnya, urin akan dibikin dan akan buat kau rasa nak kencing.

Tak hairan la, bila kau ada kencing manis, sekejap sekejap nak kencing, sekejap sekejap nak kencing. Lagi bertambah geram bila rasa nak kencing tu masa tengah bawak kereta, tapi orang kat depan kau tu bawak slow nak mampus.

2. Cepat dahaga

Bila banyak kali kau buang air, air dalam badan akan berkurang. Jadi secara automatik badan kau akan mendambakan air dan salah satu caranya ialah mengaktifkan sensor dahaga. Dan kau pun akan rasa nak minum air selalu.

Bila banyak minum air, nanti banyak pula kencing. Bila banyak kencing, banyak pula minum air. Begitulah nasib bila gula dalam darah banyak sangat.

3. Selalu cepat letih

Gula yang masuk dalam badan kita tu sebenarnya akan digunakan sebagai tenaga. Tak semestinya kita kena ratah gula atau makan gula gula baru kita akan dapat gula. Makanan macam nasi yang kita makan tu pun akan bertukar kepada gula untuk dijadikan tenaga.

Tapi sebelum gula tu jadi tenaga, kau kena ada insulin dulu. Insulin ni macam teksi la dalam badan kita. Dia akan angkut gula tadi tu, kemudian dia bawak masuk ke dalam sel (cell) untuk dijadikan tenaga.

Biasanya orang kencing manis ni memang ada masalah dengan insulin. Sama ada insulin tidak cukup, atau insulin yang ada tu dah tak berapa nak power nak angkut gula (sebab insulin ni dah lama dah bekerja keras bila kau eksyen sangat makan manis banyak sangat minum air gas pulak sebelum sebelum ni).

Jangan ingat teksi kat dalam negara kita je yang bermasalah, 'teksi&#39; dalam badan kau tu pun boleh jadi ada masalah juga. Bila dah insulin dah nak tak nak je angkut gula yang kau makan tu, sel dalam badan pun tak mampu hasilkan tenaga. Akibatnya, kau pun cepat letih.

Foto: wikihow
4. Cepat lapar

Bila badan kau cepat letih, kau pun mula jadi cepat lapar. Iya lah, tenaga dah tak ada. Jadi kau pun ambik keputusan untuk makan. Kerja dah la malas. Lepas tu makan banyak.

Sekejap sekejap makan, sekejap sekejap makan. Jika orang kata kau ada saka, mungkin betul juga. Saka kencing manis.

6. Mata jadi kabur

Antara satu komplikasi kencing manis ialah boleh menjejaskan sistem saraf. Bila peredaran darah (blood flow) kau dah tak cantik mana sebab gula banyak sangat, kadang kadang memang boleh buatkan sesetengah saraf tu boleh jadi rosak atau tak berfungsi dengan baik.

Contohnya macam saraf dekat mata. Bila dah tak berapa elok, maka mata kau akan jadi tak berapa sedap nak tengok. Kelabu la, gelap la.

Foto: woundcarecenter
7. Luka lambat sembuh

Untuk proses penyembuhan luka, peredaran darah yang baik adalah sangat penting untuk membantu penghasilan sel sel dan tisu tisu (tissues) baru. Macam saya kata tadi, peredaran darah bila kencing manis ni dah tak berapa nak okay. Jadi bila dah tak okay, proses penghasilan sel sel baru akan terbantut seterusnya menyebabkan luka yang sedia ada lambat nak sembuh.

Selain itu, ada juga cakap cakap bakteria akan lebih kuat bila berada dekat tempat tempat banyak gula. Sebab gula tu akan bagi lebih tenaga kat bakteria tu. Yang ni, wallahualam. Entah betul entah tidak. Malas pulak saya nak cek.

8. Mudah serban atau kebas

Serban ni bahasa Terengganu. Bukan yang pakai dekat kepala tu. Serban ni kebas la jugak. Sama.

Sama macam konsep saya cakap tadi. Peredaran darah yang tak cun akan mengganggu sesetengah fungsi saraf. Antaranya saraf peripheral. Saraf peripheral ni bila dah tak elok, boleh buat kita rasa kebas.

Jadi kalau asyik rasa kebas tu, beringat ingat la sikit.

9. Berat badan susut

Kalau kau ada kencing manis, sedikit sebanyak boleh buat engkau jadi kurus.

Apahal? Aku tak control makan pun. Hari hari aku baham burger macam biasa. Apahal pulak aku nak jadi kurus?

Ya, bos. Walau kau tak jaga makan pun, kencing manis boleh juga buat jadi kurus. Kenapa?

Sebab macam yang saya cerita tadi, badan kau dah tak boleh serap tenaga dari makanan yang kau makan kerana kurangnya insulin. Jadi badan kau akan bakar lemak dan juga otot yang kau ada untuk dijadikan tenaga. Boleh la sedikit sebanyak kau jalan kaki dan pergi sembahyang. Ini tak, Tuhan dah cipta elok elok untuk kasi kau tenaga, kau pergi dating dengan makwe. Lepas tu sembahyang tinggal.

Oh ya, berbalik kepada cerita asal. Secara tak langsung badan kau akan jadi kurus bila kau ada kencing manis. Tapi jangan la gembira sangat. Ini kurus yang tak sihat. Kurus yang mampu membawa kau ke lembah kehancuran.

Saya rasa setakat tu saja pengetahuan saya mengenai kencing manis sikit sikit. Ini pun dah panjang dah ni saya tulis. Jika anda mengalami simpton simpton yang saya sebut ni, elok kau pergi ke klinik berdekatan ke, farmasi berdekatan ke untuk cek kau punya kencing manis.

Bila dapat tahu awal, mudah la kau nak mengawalnya supaya tak berlaku komplikasi yang tak diingini macam kena potong kaki. Mana rock beb, kena potong kaki sebab kencing manis.

Sekian saja dari saya, saya petik kata kata Dr Pakar Kesihatan Keluarga dekat klinik saya, "Diabetic who know the most, will live longer."

Assalamualaikum.

Sang Harima Abd Rahman
Bekas AJK Hari Keluarga (unit hadiah). KK Marang.

- Siakap Keli  
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17. Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
#yiv2841882234 #yiv2841882234 -- #yiv2841882234ygrp-mkp {border:1px solid #d8d8d8;font-family:Arial;margin:10px 0;padding:0 10px;}#yiv2841882234 #yiv2841882234ygrp-mkp hr {border:1px solid #d8d8d8;}#yiv2841882234 #yiv2841882234ygrp-mkp #yiv2841882234hd {color:#628c2a;font-size:85%;font-weight:700;line-height:122%;margin:10px 0;}#yiv2841882234 #yiv2841882234ygrp-mkp #yiv2841882234ads {margin-bottom:10px;}#yiv2841882234 #yiv2841882234ygrp-mkp .yiv2841882234ad {padding:0 0;}#yiv2841882234 #yiv2841882234ygrp-mkp .yiv2841882234ad p {margin:0;}#yiv2841882234 #yiv2841882234ygrp-mkp .yiv2841882234ad a {color:#0000ff;text-decoration:none;}#yiv2841882234 #yiv2841882234ygrp-sponsor #yiv2841882234ygrp-lc {font-family:Arial;}#yiv2841882234 #yiv2841882234ygrp-sponsor #yiv2841882234ygrp-lc #yiv2841882234hd {margin:10px 0px;font-weight:700;font-size:78%;line-height:122%;}#yiv2841882234 #yiv2841882234ygrp-sponsor #yiv2841882234ygrp-lc .yiv2841882234ad {margin-bottom:10px;padding:0 0;}#yiv2841882234 #yiv2841882234actions {font-family:Verdana;font-size:11px;padding:10px 0;}#yiv2841882234 #yiv2841882234activity {background-color:#e0ecee;float:left;font-family:Verdana;font-size:10px;padding:10px;}#yiv2841882234 #yiv2841882234activity span {font-weight:700;}#yiv2841882234 #yiv2841882234activity span:first-child {text-transform:uppercase;}#yiv2841882234 #yiv2841882234activity span a {color:#5085b6;text-decoration:none;}#yiv2841882234 #yiv2841882234activity span span {color:#ff7900;}#yiv2841882234 #yiv2841882234activity span .yiv2841882234underline {text-decoration:underline;}#yiv2841882234 .yiv2841882234attach {clear:both;display:table;font-family:Arial;font-size:12px;padding:10px 0;width:400px;}#yiv2841882234 .yiv2841882234attach div a {text-decoration:none;}#yiv2841882234 .yiv2841882234attach img {border:none;padding-right:5px;}#yiv2841882234 .yiv2841882234attach label {display:block;margin-bottom:5px;}#yiv2841882234 .yiv2841882234attach label a {text-decoration:none;}#yiv2841882234 blockquote {margin:0 0 0 4px;}#yiv2841882234 .yiv2841882234bold {font-family:Arial;font-size:13px;font-weight:700;}#yiv2841882234 .yiv2841882234bold a {text-decoration:none;}#yiv2841882234 dd.yiv2841882234last p a {font-family:Verdana;font-weight:700;}#yiv2841882234 dd.yiv2841882234last p span {margin-right:10px;font-family:Verdana;font-weight:700;}#yiv2841882234 dd.yiv2841882234last p span.yiv2841882234yshortcuts {margin-right:0;}#yiv2841882234 div.yiv2841882234attach-table div div a {text-decoration:none;}#yiv2841882234 div.yiv2841882234attach-table {width:400px;}#yiv2841882234 div.yiv2841882234file-title a, #yiv2841882234 div.yiv2841882234file-title a:active, #yiv2841882234 div.yiv2841882234file-title a:hover, #yiv2841882234 div.yiv2841882234file-title a:visited {text-decoration:none;}#yiv2841882234 div.yiv2841882234photo-title a, #yiv2841882234 div.yiv2841882234photo-title a:active, #yiv2841882234 div.yiv2841882234photo-title a:hover, #yiv2841882234 div.yiv2841882234photo-title a:visited {text-decoration:none;}#yiv2841882234 div#yiv2841882234ygrp-mlmsg #yiv2841882234ygrp-msg p a span.yiv2841882234yshortcuts {font-family:Verdana;font-size:10px;font-weight:normal;}#yiv2841882234 .yiv2841882234green {color:#628c2a;}#yiv2841882234 .yiv2841882234MsoNormal {margin:0 0 0 0;}#yiv2841882234 o {font-size:0;}#yiv2841882234 #yiv2841882234photos div {float:left;width:72px;}#yiv2841882234 #yiv2841882234photos div div {border:1px solid #666666;min-height:62px;overflow:hidden;width:62px;}#yiv2841882234 #yiv2841882234photos div label {color:#666666;font-size:10px;overflow:hidden;text-align:center;white-space:nowrap;width:64px;}#yiv2841882234 #yiv2841882234reco-category {font-size:77%;}#yiv2841882234 #yiv2841882234reco-desc {font-size:77%;}#yiv2841882234 .yiv2841882234replbq {margin:4px;}#yiv2841882234 #yiv2841882234ygrp-actbar div a:first-child {margin-right:2px;padding-right:5px;}#yiv2841882234 #yiv2841882234ygrp-mlmsg {font-size:13px;font-family:Arial, helvetica, clean, sans-serif;}#yiv2841882234 #yiv2841882234ygrp-mlmsg table {font-size:inherit;font:100%;}#yiv2841882234 #yiv2841882234ygrp-mlmsg select, #yiv2841882234 input, #yiv2841882234 textarea {font:99% Arial, Helvetica, clean, sans-serif;}#yiv2841882234 #yiv2841882234ygrp-mlmsg pre, #yiv2841882234 code {font:115% monospace;}#yiv2841882234 #yiv2841882234ygrp-mlmsg * {line-height:1.22em;}#yiv2841882234 #yiv2841882234ygrp-mlmsg #yiv2841882234logo {padding-bottom:10px;}#yiv2841882234 #yiv2841882234ygrp-msg p a {font-family:Verdana;}#yiv2841882234 #yiv2841882234ygrp-msg p#yiv2841882234attach-count span {color:#1E66AE;font-weight:700;}#yiv2841882234 #yiv2841882234ygrp-reco #yiv2841882234reco-head {color:#ff7900;font-weight:700;}#yiv2841882234 #yiv2841882234ygrp-reco {margin-bottom:20px;padding:0px;}#yiv2841882234 #yiv2841882234ygrp-sponsor #yiv2841882234ov li a {font-size:130%;text-decoration:none;}#yiv2841882234 #yiv2841882234ygrp-sponsor #yiv2841882234ov li {font-size:77%;list-style-type:square;padding:6px 0;}#yiv2841882234 #yiv2841882234ygrp-sponsor #yiv2841882234ov ul {margin:0;padding:0 0 0 8px;}#yiv2841882234 #yiv2841882234ygrp-text {font-family:Georgia;}#yiv2841882234 #yiv2841882234ygrp-text p {margin:0 0 1em 0;}#yiv2841882234 #yiv2841882234ygrp-text tt {font-size:120%;}#yiv2841882234 #yiv2841882234ygrp-vital ul li:last-child {border-right:none !important;}#yiv2841882234

Attachment(s) from bashah
5 of 5 Photo(s)

Tue Sep 5, 2017 7:50 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Dilantik Sebagai Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad
siakapkeli.my

Prasarana Malaysia Berhad satu syarikat pengangkutan yang dimiliki oleh Kerajaan Malaysia.

Syarikat ini memiliki dua buah aset transit rail, sistem monorel dan perkhidmatan kereta kabel di Malaysia.

Berikut adalah antara perkhimatan dibawah penguasaan PMB (Prasarana Malaysia Berhad) iaitu; Kereta api (Rapid KL) yang dikendalikan oleh Rapid Rail, bas Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan.

Maka dengan tamatnya pelantikan Tan Sri Ismail Adam sebagai Pengerusi bagi prasarana tersebut,bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mendapat pelantikan Sebagai Pengerusi Prasarana Malaysia yang baharu. daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pelantikan Tan Sri Khalid sebagai Duta Khas tersebut adalah untuk meningkatkan hubungan dan kerjasama negara dengan masyarakat antarabangsa dalam usaha membasmi keganasan, ekstremis dan pemerdagangan manusia melalui kenyataan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak.

"Ini memandangkan pengalaman luas serta hubungan baik Tan Sri Abu Bakar dengan agensi antarabangsa sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai Ketua Polis Negara dalam menangani masalah itu," katanya.

Anak Kelahiran Negeri Sembilan ini telah menyertai pasukan polis bermula pada 5 Disember 1976 sehingga bersara pada 4 September 2017 mendapat pelantikan tersebut adalah untuk menggantikan tempat Tan Sri Ismail Adam yang tamat tempoh pelantikan pada 31 Ogos 2017 lalu.

"Tan Sri Khalid Abu Bakar akan meneruskan misi dan visi Prasarana untuk membina dan menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang bertaraf dunia serta peningkatan penggunaan pengangkutan awam," katanya.

Sumber : Berita Harian

Pengarah SB dilantik ketua polis negara
OLEH YISWAREE PALANSAMY

themalaymailonline.com

Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai ketua polis negara. — Foto ihsan Facebook/Prokamal Kamal

KUALA LUMPUR, 4 Sept — Pengarah Cawangan Khas (SB) Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun dilantik sebagai ketua polis negara yang baru.

Beliau menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar yang bersara hari ini.

Fuzi hari ini menandatangani dokumen penyerahan tugas yang turut disaksikan timbalan perdana menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pemegang ijazah sarjana bidang Antropologi dan Sosiologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia itu pernah menyandang pelbagai jawatan dalamPolis Diraja Malaysia (PDRM).

Antaranya ketua bahagian siasatan jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh dan Taiping serta pengarah pasukan petugas khas (operasi/counter terrorism) Bukit Aman.

Beliau pernah memangku jawatan timbalan ketua polis negara ketika penyandangnya Tan Sri Mohd Bakri Zinin bersara wajib pada 2014.

Pada Julai 2015, beliau dilantik mengetuai Cawangan Khas Bukit Aman menggantikan Datuk Seri Akhil Bulat yang bersara.

Fuzi, sebelum ini pengarah Pengurusan PDRM lahir di Parit, Perak mendapat ijazah pertama di Universiti Malaya.

Baca seterusnya di Malay Mail Online

Read more at http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/pengarah-sb-dilantik-ketua-polis-negara#8YWpYHSUO2952dje.99

Ketua Polis Negara Baru 2017: Fuzi Harun Dilantik KPN Ke-11
negaraku.co
Berikutan persaraan Tan Sri Khalid Abu Bakar, Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun dilantik sebagai Ketua Polis Negara baru berkuatkuasa hari ini.

Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun mengakui terkejut ketika dimaklumkan akan dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) ke-11, namun bersedia memikul tanggungjawab dan melaksanakan tugas itu dengan sebaiknya.

Penyerahan tugas yang berlangsung pagi ini disaksikan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar, Pusat Latihan Polis (PULAPOL).

Turut berlangsung adalah majlis serah tugas jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis, (PERKEP) oleh Puan Sri Imran Ibrahim kepada penggantinya Datin Seri Azizah Hamdi.

Khalid yang juga Ketua Polis Negara ke-10 memulakan tugas sebagai inspektor pada 5 Disember 1976. Khalid, 59, akan bersara wajib esok yang juga tarikh kelahirannya ke-60 selepas 41 tahun berkhidmat dalam PDRM.

Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff dilantik Pengarah Cawangan Khas PDRM yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Biodata Ketua Polis Negara Baru Fuzi Harun

Antara jawatan penting yang pernah disandang beliau adalah Ketua Polis Negeri Sembilan (2005), Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (2006),Ketua Polis Selangor (2007), Pengarah Keselamatan dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (2010), dan Timbalan Ketua Polis Negara (2011).

Beliau seterusnya dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 17 Mei 2013 menggantikan Tan Sri Ismail Omar yang tamat perlantikan secara kontrak.

Sementara itu, Mohamad Fuzi berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Universiti Malaya (UM) dan Ijazah Sarjana Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam jurusan Antropologi dan Sosiologi pernah menyandang pelbagai jawatan dalam PDRM.

Antara jawatan yang pernah disandang beliau ialah Ketua Bahagian Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh dan Taiping serta Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman.

Pada 2014, beliau pernah memangku jawatan Timbalan Ketua Polis Negara selama beberapa bulan berikutan penyandangnya, Tan Sri Mohd Bakri Zinin bersara wajib.

Selepas itu beliau menjawat Pengarah Pengurusan PDRM, seterusnya dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman berkuat kuasa Julai 2015.

Mohamad Fuzi yang dilahirkan di Parit, Perak, menggantikan Datuk Seri Akhil Bulat yang bersara.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Sep 5, 2017 7:50 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Netizen Dakwa Jika Miliki Astro Dan Kereta, Mereka Tak Layak Dapat Daging Korban
siakapkeli.my

Add caption

Walaupun sambutan hari raya aidiladha sudah berlalu tetapi masih ada topik yang berkaitan dengan daging korban menjadi bualan hangat netizen di media sosial apabila muncul satu memo yang bertulis "Perhatian kepada keluarga miskin yang ingin mengambil daging korban, daging boleh diambil pada hari sabtu 2 september pukul 12.30 tengahari bertempat di Surau ..."

Melalui memo tersebut segelintir netizen yang salah fahaman mula tidak berpuas hati dengan pembahagian daging korban di tempat mereka.

Hal ini berlaku hanya kerana beberapa perkataan berdasarkan memo tersebut iaitu 'keluarga miskin' yang mana menyebabkan penduduk di Flat teragak-agak untuk mengambil daging tersebut.

Penduduk di Flat tersebut menyangka mereka tergolong didalam status keluarga yang sederhana sekaligus membuatkan mereka berfikiran bahawa daging itu seharusnya diagihkan sendiri oleh pihak pengurusan terus kepada keluarga yang benar-benar miskin di rumah mereka.

Selain itu, perkara yang lebih mengejutkan adalah apabila ada netizen yang mendakwa memo yang dilekatkan di kawasan tersebut meletakkan syarat bagi penduduk yang melanggan Astro dan memiliki kereta tidak layak mendapat daging korban itu.

Menurut seorang penduduk yang menetap di flat berkenaan dikenali sebagai Ana memberitahu mStar Online bahawa isu pembahagian bantuan atau daging korban untuk penduduk miskin di tempatnya bukan isu baharu.

"Saya tengok kertas memo tu ayatnya sama saja dah bertahun-tahun cuma baru sekarang ia viral.

"Saya yang dah 10 tahun tinggal di sini pun tak pernah dapat daging korban sebab memo tu tulis untuk 'keluarga miskin', saya pun tak tahu bagaimana mereka ukur tahap kemiskinan seseorang," katanya.

Wanita itu juga memberitahu bahawa suaminya yang bekerja sebagai nelayan dengan purata pendapatan bulan sebanyak RM900 pun tidak diberikan daging walaupun menghulurkan bantuan di masjid.

"Tak dapat tak apalah, mungkin daging tak cukup atau ada yang lebih memerlukan," katanya.

Dia juga mengakui kewujudan memo yang dilekatkan meletakkan syarat si penerima tidak layak menerima bantuan jika mempunyai Astro dan kenderaan, tetapi tidak pasti ia turut menjadi salah satu syarat untuk melayakkan seseorang mendapat daging korban.

Ana turut mengulas lebih lanjut dengan berkata bahawa istilah 'keluarga miskin' itu bukan sahaja membuatkan keluarganya keliru, sebaliknya ia juga telah lama menjadi perbincangan sesama penduduk di flat tersebut.

"Macam mana kalau ada yang malu atau tak anggap diri mereka miskin kerana fikir ada keluarga miskin lain yang lebih layak dapat daging korban tu.

"Bagaimana pula kalau satu flat pergi ambil daging kerana anggap keluarga mereka miskin," katanya.

Namun demikian ada juga golongan netizen yang memberi penjelasan berkenaan bahawa penduduk tidak pernah datang ke surau menyebabkan kesukaran mengenalpasti mana-mana keluarga yang benar-benar miskin.

Sumber : mStar Online

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Sep 5, 2017 7:51 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Mana-Mana Kenderaan Termasuk Motosikal Tidak Dibenarkan Guna Lorong Kecemasan - JPJ
siakapkeli.my

Baru-baru ini viral sebuah video yang menunjukkan sebuah kereta menggunakan lorong kecemasan hingga nyaris menyebabkan pengguna motosikal yang menggunakan laluan tersebut mengalami kemalangan.

Video tersebut rata-rata menimbulkan kemarahan dalam kalangan pengguna jalan raya terutama bagi mereka yang menggunakan motosikal sebagai pengangkutan utama selain sering menggunakan laluan kecemasan ketika menungggang.

Bagaimanapun, kenyataan dari seorang lelaki telah menimbulkan kecaman orang ramai apabila didakwa menyokong penggunaan lorong kecemasan oleh pemandu kereta,

"Itu lorong kecemasan, bukan lorong motosikal. Motor tak ada hak nak marah kereta.

"Tak muncul lagi signboard (papan tanda) dilarang melalui lorong kecemasan," ujar lelaki berkenaan yang kini tular di media sosial.

Kenyataan dari lelaki tersebut dibantah oleh penunggang motosikal yang menjadi pengguna tradisi laluan kecemasan di lebuh raya. Ada yang bertanya laluan manakah yang harus digunakan oleh pengguna motosikal jika laluan kecemasan turut disalah guna oleh pemandu kereta.

Mereka turut berkongsi pengalaman seperti dihimpit oleh pemandu kereta ketika menggunakan laluan tersebut selain ada yang mendakwa bahawa pemandu kereta menggunakan laluan tersebut seolah-olah sedang berlumba di jalan raya.

Malah ada pengguna motosikal yang menganggap bahawa lelaki tersebut adalah sebahagian dariapad pemandu kereta yang sering menyalahgunakan laluan kecemasan hingga membahayakan pengguna motosikal yang lain.

Walaubagaimanapun, menurut Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, lorong kecemasan hanya untuk tujuan kecemasan dan hanya pihak berkuasa sahaja boleh menggunakan laluan tersebut.

Menurutnya lagi, larangan tersebut juga turut melibatkan penunggang motosikal.

"Mana-mana kenderaan termasuk motosikal tidak dibenarkan menggunakan lorong kecemasan," katanya.

Wan Ahmad Uzir turut berkata, Akta JPJ 1987 boleh diguna pakai untuk mendakwa mana-mana pengguna jalan raya yang didapati menyalahgunakan laluan kecemasan.

"Mereka yang disabitkan bersalah boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali," katanya.

Sumber : mStar

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Sep 5, 2017 7:51 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Video Lama, JAKIM Nafi Ayam Yang Dijual Di TESCO Setia Alam Ditarik Kepala Hingga Mati Dan Tidak Disembelih
siakapkeli.my

Sejak awal bulan lalu tersebar kembali di laman sosial sebuah video lama yang mendakwa ayam yang dibeli di sebuah pasaraya terkenal tidak disembelih sebaliknya lelaki di dalam video berkenaan mendakwa ayam itu telah ditarik kepalanya hingga putus.

Video berkenaan menimbulkan rasa risau kepada pembeli produk berkenaan yang mudah didapati di pasaraya besar dan mendapat kelulusan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

terpanggil dengan isu ini pihak Jakim telah tampil menjawab salah faham itu dan menafikan ayam tersebut tidak disembelih.

Menurut Jakim melalui laman Facebook mereka, video itu telah kembali ditularkan semua di mana ianya pernah dimuatnaik pada tahun 29 Julai 2014 lagi.

Jom baca penjelasan JAKIM.

Video yang menjadi tular.

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
1 of 1 File(s)

Tue Sep 5, 2017 7:51 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Terdedah Dengan Jajan Sebelum Umur 3 Tahun Akan Beri Kesan Kepada IQ Kanak-Kanak - Doktor
siakapkeli.my

Makanan ringan atau jajan ini mudah didapati dan harganya juga murah. Pergi mana-mana majlis juga akan mendapat jajan sebagai goodies sama ada majlis perkahwinan atau kelahiran. Jajan juga menjadi kegemaran kanak-kanak kerana ia antara makanan yang dilarang oleh kebanyakan ibu bapa.

Kebanyakan kanak-kanak tidak akan melepaskan peluang untuk meminta dan merengek untuk mendapatkan makanan ini. Walaupun kurang berkhasiat namun ia masih digemari dari kanak-kanak sehingga dewasa.

Ramai di antara kita masih tidak tahu akan keburukan jajan ini. Ikuti perkongsian daripada Dr. Taufiq Razif diharapkan orang dewasa terutama ibu bapa lebih berhati-hati untuk memberi jajan kepada kanak-kanak.

*******
Ramai Betul Tak Tahu Bahaya Jajan Ni

Terkedu saya!

Baru-baru ni saya ambik anak saya daripada tadikanya. Yang peliknya anak saya tak nak berenggang dengan beg galas dia. Saya dah jadi pelik dah. Bila saya buka je beg dia.. Ya Allah! Penuh dengan jajan!

Hari pertama beg dia penuh dengan bungkusan jajan berperisa jagung. Saya urut dada. Takpelah, Mungkin cikgu dia tersilap masukkan la kot. Hari kedua ketiga lepas tu pun masih dapat jajan lagi. Bermacam macam perisa pulak itu. Siap dapat lolipop lagi. Saya tak boleh berdiam diri lagi. Saya jumpa terus cikgu tadika anak saya itu.

Saya tak marah pun cikgu tu cuma saya tanya elok-elok je. "Cikgu, kenapa banyak sangat jajan dalam beg anak saya?".

Cikgu tu macam agak cuak juga la sebab dia kenal saya kot. Dia cakap ada pelajar yang celebrate birthday jadi bagi bagi je jajan tu kat semua pelajar tadika tu. Saya terkedu!

Eh! Kenapa ada mak ayah yang celebrate anak dengan jajan?

Sini saya nak bagitahu keburukan jajan ni kat mak ayah semua. Mana tahu ada yang belum tahu kan. Jajan tu sendiri bermaksud makanan yang tinggi kalori tapi takde nilai nutrisi. Kanak-kanak yang terdedah dengan jajan ni terdedah pada penyakit kronik seperti kencing manis, kanser, strok dan juga berisiko besar untuk dapat penyakit kardiovaskular sebelum umur 30 tahun.

Lebih parah lagi kalau kanak-kanak tu terdedah dengan jajan sebelum umur 3 tahun. Ikut kajian daripada University of Bristol, kanak-kanak yang terdedah dengan jajan sebelum umur 3 tahun akan memberi kesan pada IQ kanak-kanak tu. Walaupun mungkin lepas tu ibubapa dah tersedar dan cuba ubah balik gaya pemakanan si anak tu tapi dah terlambat dah! Sebab perkembangan otak paling progresif dalam 3 tahun pertama tu. Akibatnya? Seumur hidup!

Jadi kepada mana-mana ibu bapa tu, tolong la pantau apa yang anak kita makan ye. Zaman sekarang adalah zaman yang mana ' penyakit orang dewasa ' dah mula menyerang kanak-kanak. Ni la zaman yang mana umur 20 tahun pun dah ada yang kena potong kaki dan umur 30 tahun pun dah kena strok dan serangan jantung.

p/s : Tolong ingatkan pasangan dan keluarga kita sekali ye. Sama-sama kita jaga keluarga kita.

Sumber- Taufiq Razif

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Sep 5, 2017 7:52 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Your Kindness Is More Expensive Than Fare," Kata-Kata Dari Pelancong Sesat Buat Pemandu Grab Ini Terharu
siakapkeli.my

Kami pasti anda pernah menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan Grab kan? Ataupun anda sebahagian daripada rakyat Malaysia yang menawarkan perkhidmatan Grab bagi mencari pendapatan sampingan. peluang untuk berinteraksi dengan pelanggan pasti meninggalkan pelbagai kisah menarik yang boleh dikongsi bersama orang lain.

Contohnya , seorang lelaki yang juga pemandu Grab telah berkongsi pengalamanya membawa sepasang suami isteri berasal dari Singapura yang pertama kali menggunakan perkhidmatan Grab di Malaysia.

Kami bawakan untuk anda perkongsian Fadhli Sahar di laman facebooknya.

Sejak memandu Grab ini banyak orang yang saya jumpa. Ada yang baik hati, ada yang suka-suka hati, ada juga yang biasa-biasa. Semuanya saya layan sama seperti penumpang yang lain juga.

Satu hari saya menghantar satu pasangan India dari Singapore. Ambil di Hotel Empire nak ke USJ 6. Ingin ke rumah sepupu kerana ada perkhawinan disana. Baru pertama kali menggunakan Grab di Malaysia katanya.

"The wedding at Main Place at USJ 21?", soal saya

"No no. At their home", balasnya.

Saya pelik kerana alamat yang ditujui menunjukkan pusat membeli belah di USJ itu.

"But the drop off point show at shopping mall", balas saya.

"I'm not sure. I just copy paste the address".

"Oh". Saya tidak bertanya lagi. Mungkin berdekatan dengan pusat beli belah sana.

Apabila sampai disana, mereka hairan kerana tidak sampai ke rumah sepupunya. Dia kata mungkin saya yang sesat.

"No sir. I just follow your address", saya menafikan apa yang dikata.

"But this is not the place".

"Can I see the address?", saya minta alamat yang diberikan oleh sepupunya.

Alamatnya menunjukkan rumah sepupunya bernombor 21. Barulah saya faham mana silapnya. Dia hanya 'copy-paste&#39; sahaja alamat yang diberikan. Jadi peta Grab terus menunjukkan di Main Place, USJ 21.

"I think we have a wrong address here". Saya beritahu dia sambil menunjukkan alamat yang saya di telefon saya.

"Then, how? If you drop me here I don't know where to go", katanya.

Mereka berdua kelihatan panik juga. Ya lah. Orang luar. Kemudian sesat pula.

"Its OK sir. I'll drop you at this place".

Kasihan juga saya melihat mereka berdua. Terpinga-pinga apabila saya kata mereka sesat. Saya tutup signal Grab di telefon saya dan saya hantarnya secara 'off-line&#39;.

Kalau diikutkan saya melanggari undang-undang sebagai pemandu. Tetapi apalah sangat undang-undang jika dibandingkan dengan kemanusiaan.

Jarak USJ 21 ke USJ 6 hanyalah 5 km. Saya kata tambah RM 5 sahajalah. Mereka setuju.
Setibanya disana saya kata RM 20 termasuk tambang asal. Dia beri saya RM 50. Apabila ingin pulangkan duit baki dia menolak.

"Its OK. RM 20 for ride. RM 30 for your kindness".

"Its too much", saya kata.

"Your kindness is more expensive than fare", katanya sambil keluar daripada kereta.

Kemudian satu lagi cerita, masa saya terlanggar kereta di Glenmarie kelmarin saya cukup tertarik dengan tindakan pemandu kereta yang saya langgar. Dia tidak marah. Hanya berkata baik dan memaafkan saya. Namun, kerosakannya saya bayarlah. Sendiri buat sendiri tanggungkan.

Jadi saya bercadang memberinya lebih kerana kelakuan baiknya. Ini kerana saya teringat kata-kata warga Singapura yang saya hantar kelmarin.

"Your kindness is more expensive than fare".

Ya memang betul berkelakuan baik, adap sopan dan bersangka baik memang mahal harganya dari wang dan harta kerana sangat jarang kita jumpa pada masa ini.

Kebanyakkannya, banyak pentingkan diri, bercakap kasar dan berfikiran buruk pada orang lain. Inilah yang menyebabkan sifat ke'aku&#39;an semakin menebal dari sifat ke'kita&#39;an.

Oleh itu, kalau ada orang buat kebaikan kepada kita hargailah dia. Bukan mudah nak jumpa orang baik ni. Kalau tak nak bayar pun cakap terima kasih pun tak pa. Mereka pasti gembira punya.

Sumber : Fadhli Sahar

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Sep 5, 2017 7:52 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Buaya sesat depan kedai tayar

bloglist-malaysia.blogspot

malaysiansmustknowthetruth

PENDUDUK gempar dengan kehadiran buaya sepanjang lima meter di hadapan kedai tayar di Westlake Centre, Limbang, hari ini.

Dalam kejadian 7.30 pagi itu, buaya seberat hampir satu tan itu ditangkap anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Limbang.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Limbang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.36 pagi berhubung kejadian itu.

Menurutnya, sepasukan anggota bomba kemudiannya dikerahkan ke lokasi dan mendapati buaya berkenaan berada di hadapan kedai tayar di kawasan itu.  

BUAYA sepanjang lima meter itu berjaya ditangkap anggota bomba. FOTO ihsan Bomba© Provided by Media Prima BUAYA sepanjang lima meter itu berjaya ditangkap anggota bomba. FOTO ihsan Bomba

"Pihak bomba kemudiannya mengikat kaki buaya berkenaan sebelum memindahkannya ke dalam lori bomba menggunakan forklift, 40 minit kemudian," katanya.

Katanya, buaya berkenaan akan diserahkan kepada pihak Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) untuk tindakan lanjut. -nst

Buaya Muncul Di Bandar Limbang
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin

Buaya Muncul Di Bandar Limbang. Buaya Muncul Di Bandar Limbang.Penduduk di tengah bandar Limbang gempar apabila seekor buaya seberat satu tan serta sepanjang lima meter ditemui awal pagi ini.

Kehadiran reptilia tersebut mula tular dalam media sosial seawal 7 pagi ini kerana kejadian pelik seekor buaya ditemui di tengah bandar tidak pernah berlaku sebelum ini.

Buaya Muncul Di Bandar Limbang. Ketua Bomba dan Penyelamat Limbang Edmund D. Mahai Amboh berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam sekitar 7.36 pagi ini melaporkan mengenai kemunculan reptilian tersebut.

Buaya itu akhirnya berjaya ditangkap berhampiran pusat komersial West Lake, berdekatan kawasan perumahan Limbang pada 8.15 pagi.
Buaya Muncul Di Bandar Limbang
"Bomba menangkap buaya tersebut setelah menutup kepala serta mengikat kesemua kakinya dan ia akan diserahkan kepada Perbadanan Perhutanan Sarawak untuk tindakan susulan," katanya ketika hari ini.

Untuk rekod, bandar Limbang terletak lebih 250km dari bandar raya Miri dan dipisahkan oleh sempadan Brunei. - bernama

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Sep 5, 2017 7:54 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



" Kau Ingat Kau Siapa Di Sisi Tuhan," Jemaah Kongsi Kisah 'Ujian&#39; Terjadi Ketika Bermalam Di Mina
siakapkeli.my

Setiap antara kita yang beragama Islam pasti teringin untuk menunaukan ibadah Haji atau Umrah di Tanah Haram dan Madinah,

Ketika ini jutaan jemaah daripada seluruh dunia sedang mengerjakan rukun Islam yang kelima ini di mana sebahagian besar jemaah haji kini berada di Mina.

Setiap perbuatan di dalam ibadah haji mempunyai pengajaran dan hikmah tersendiri seperti dikongsikan oleh jemaah bernama Mohamed Hadi AH di mana beliau menceritakan pengalamannya semasa bermalam di Mina.

Sungguh kecil manusia ini, tidak kira kau kaya atau miskin, kau hitam atau putih, kau berdarah raja atau rakyat jelata, apabila berada di sana, engkau adalah sama, segala kesenangan akan ditinggalkan.

Jom baca perkongsian beliau.

Kenangan khemah di Mina. Tidak lebih elok dari kem pelarian. Betul-betul satu tarbiyah Ilahi, aku terpukul dengan torture dari langit.

Pengalaman di Mina menarik segala nikmat yang ada. Sesetengah kita tak kisah kalau tak dapat satu-satu nikmat, tapi nikmat yang lain, mesti kena ada. Tapi nikmat di Mina, Allah tarik belaka.

Suka makan? Nak makan boleh makan kat Mina, tapi tandas ya ampun, 2700 orang kongsi 40 tandas. Nak beratur depan kau ada berbelas orang tengah tunggu turn. Terbantut nak makan.

Suka tidur? Nak tidur boleh tidur tapi kaki berlaga kaki, kepala berlaga kepala, dalam kebanyakan masa kena peluk lutut sendiri. Nak tidur pun Allah tak bagi izin untuk selesa.

Suka mandi? Nak mandi macam mana, air sentiasa panas. Cuaca dahlah panas, air pun panas, dalam khemah pun panas. Allah tak izin jugak.

Bila tidur tak selesa, mandi pun tak selesa, makan pun tak selesa, rehat terganggu, maka kau tahu siapa diri kau yang sebenar pada waktu itu.

Selama ni rilek je boleh baca Quran sejam dua, wah duduk bersandar kau dalam aircond. Bila kat Mina kau selak Quran baru baca satu muka rasa macam nak putus nyawa.

Dalam serba-serbi semuanya tak selesa, Allah suruh kau berjalan 9km sehari untuk melontar selama 3 hari (kalau nafar awal) atau 4 hari (kalau nafar tsani). 9km sehari! Jalan kaki selama sejam setengah atau tiga jam (bergantung kepada aliran trafik jemaah).

Penat, lesu, sengal, kejang, busuk, hapak, kusut masai, padan muka kau.

Kau ingat kau siapa di sisi Tuhan?

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: