Wednesday, September 20, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4845[2 Attachments]

8 Messages

Digest #4845

Messages

Wed Sep 20, 2017 8:06 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Bankrap Dah Ke?
bloglist-malaysia.blogspot
cipantapirtenuk.blogspot
Ngomelan SysOp

Bhai/DeeDee semua...

Aper dah jadi ni... Awat Mydin dah tak mampu nak absorb kerugian ker? Hahaha... Mampuih

Ntah la... aper nak jadi Malaysia ni..

Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/2017/09/bankrap-dah-ke.html#ixzz4tE2Bv0d0

Kedai Rakyat 1 Malaysia ditutup akibat rugi besar?
bloglist-malaysia.blogspot
milosuam.net
BEBERAPA sumber berita atas talian hari ini melaporkan bahawa Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) hasil ilham Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah ditutup.

Tinjauan yang dibuat oleh wartawan sumber berita berkenaan mendapati beberapa premis KR1M di sekitar Lembah Klang hari ini sudah tidak lagi beroperasi.

Malah terdapat notis yang ditampal di premis tersebut berbunyi seperti berikut:

"KR1M akan ditutup buat sementara waktu. segala kesulitan amat dikesali,"

Penutupan premis-premis KR1M dilaporkan bukan sahaja di Lembah Klang, malah melibatkan lokasi-lokasi lain seperti di Pudu, Bandar Tun Razak, Desa Mentari, Kelana Jaya, Shah Alam dan Petaling Jaya Utara.

Tinjauan di Kelantan juga mendapati langkah sama dibuat di semua premis-premis KR1M dan kerja mengemas barang-barang dilapor sudah dilakukan sejak dua minggu yang lalu.

Salah seorang pekerja premis berkenaan mendakwa dia dimaklumkan bahawa penutupan cawangan-cawangan KR1M juga melibatkan negeri Terengganu dan Pahang bagi kawasan pantai timur.

Sebelum ini Ameer Ali Mydin, pengarah urusan Mydin dilaporkan berkata, syarikat itu mengalami kerugian besar kerana mengendalikan kedai Rakyat 1 Malaysia sebagai projek tanggungjawab sosial korporatnya (CSR).

Ameer dilaporkan berkata, hanya mereka yang mengenalinya tahu apa yang terpaksa dilalui Mydin untuk terus bertahan dalam mengendalikan projek CSR itu.

KR1M mula dirasmikan pada bulan Jun 2011 bertujuan untuk mengurangkan beban rakyat selain membantu memasarkan produk pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan.

Sebagai pengedar dan pengendali KR1M, Ameer pada tahun 2011 dilaporkan berkata, produk 1Malaysia dijual di premis itu adalah 30 peratus hingga 40 peratus lebih murah daripada harga pasaran.

Read more: http://www.milosuam.net/2017/09/kedai-rakyat-1-malaysia-ditutup-akibat.html#ixzz4tE1tv7ms

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Sep 20, 2017 8:07 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Belia tak minat mengundi, anggap Malaysia menuju negara gagal, kata kajian
Melissa Darlyne Chow
bloglist-malaysia.blogspot
dialograkyat.blogspot
Dicatat oleh ELBI RISALAH
addindeen.com
Posted by Addin
fmt

Kaji selidik Merdeka Center mendapati 57% berpendapat negara sedang menuju ke arah negara gagal di sebalik ketiadaan minat mengundi.

KUALA LUMPUR: Sebahagian besar pengundi muda berpendapat Malaysia sedang menuju ke arah negara yang gagal, menurut tinjauan umum

Menurut tinjauan bertajuk "Persepsi Anak Muda Mengenai Ekonomi, Kepimpinan dan Isu Semasa", 57% daripada 604 responden yang ditemubual badan kaji selidik Merdeka Center, berpendapat negara sedang menuju ke arah negara gagal.

Kira-kira 49% daripada mereka yang menganggap demikian memberikan ekonomi sebagai alasan, diikuti isu politik, kepimpinan dan rasuah.

Pandangan seperti itu didorong oleh cara mereka melihat keadaan kewangan peribadi mereka sendiri.

Sebanyak 51% melihat inflasi sebagai isu utama diikuti rasuah (34%). Manakala kurang 10% melihat skandal 1MDB sebagai punca utama iaitu 6%, diikuti tuduhan terhadap integriti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (5%) dan hubungan antara kaum (5%).

Menilai kepuasan terhadap kerajaan, 67% daripada responden berkata mereka tidak berpuas hati.
Tinjauan ini dijalankan pada 3-8 Ogos bersama Watan, sebuah NGO berkempen menggalakkan belia mengundi.

Seramai 604 responden berusia antara 21-30 tahun di semua negeri dan kawasan Parlimen di Semenanjung Malaysia ditemu bual.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Sep 20, 2017 8:07 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



'Biar Saya Bayar Guna Duit Saya Dahulu' Kata Wanita Itu Tanpa Mengetahui Sifat Orang Yang Dibantunya
siakapkeli.my

Satu kisah tauladan yang dikongsi oleh Tuan Dhany Sarip melalui akaun facebook nya yang menceritakan tentang sifat baik dan prihatin yang ditunjukkan oleh seorang staf stesen minyak petronas di Labuan.

Berdasarkan kisah yang dikongsikan ini, kita boleh mengambil pengajaran yang mana sikap tolong menolong diantara satu sama lain merupakan satu sifat yang perlu ada dalam diri semua orang.

Kita juga seharusnya bersikap ikhlas sekiranya memberikan pertolongan kepada orang lain.

Bagi individu yang mendapat pertolongan juga seharusnya mempunyai sikap amanah dan tidak mengambil kesempatan disebalik kebaikan seseorang terhadap diri kita.

############################################################################

Pagi tadi saya memandu ke tempat kerja di Kompleks TUDM Bukit Kubong, Labuan. Petrol sudah berada pada tahap 'nazak', berkelip-kelip nampaknya meter petrol minta diisi. Rancangnya mahu singgah mengisi di stesen Petronas.

Belek dompet, duit ada RM1 dalam beberapa keping sahaja. Lupa pula hendak keluarkan duit malam semalam. Disebabkan tiada wang tunai, saya nekad untuk gunakan kad kredit. Lokasi mesin juruwang automatik (ATM) agak jauh, takut pula tak sempat sampai.

Sampai sahaja di Stesen Petronas Jalan Tun Mustapha, saya meluru ke meja kaunter. Saya dilayan oleh staf yang memakai tag nama 'Asmah'. Semasa membuat pembayaran, saya serahkan kad kredit. Beberapa saat menunggu, rupanya sistem dalam mod luar talian (offline), menyebabkan kad kredit tersebut tak dapat digunakan.

Saya buntu. Bila dikira wang dalam dompet, hanya ada RM3. Saya mula menyalahkan diri sendiri. Disebabkan kecuaian, saya terhimpit dalam masalah yang dicetuskan sendiri. Itulah risiko jika kita bergantung secara total pada kad kredit.

Tiba-tiba Asmah bersuara memecah sunyi, mencadangkan jalan penyelesaian.

"Tak apa. Biar saya bayar guna duit saya dulu." Asmah mencadang.

Saya terkesima. Perasaan serba salah mula terbit di hati. Dalam masa yang sama, saya ragu-ragu. Sampai begitu sekali Asmah menawarkan bantuan. Dia tak kenal saya pun, dan saya pun tak kenal dia.

"Nanti bila-bila tuan datanglah bayar pada saya." Asmah menyambung bicara sambil tersenyum.

Dalam keadaan tergesa-gesa, saya mengangguk tanda setuju. Nilai petrol yang tertera berjumlah RM30. Setelah saya ucapkan terima kasih, saya berjanji akan berjumpa dengan dia secepat mungkin untuk melunaskan hutang.

Selesai mengisi, saya meneruskan pemanduan. Bermacam-macam perkara yang menjengah di fikiran. Betapa pemurahnya Asmah yang sedia untuk mendahulukan wangnya, sedangkan saya langsung tidak dikenalinya. Bagaimana pula jika saya tidak jujur dan enggan membayar semula wang yang telah dipinjamkan?

Terharu saya bila difikirkan!

Asmah benar-benar membuka mata saya tentang pentingnya konsep membantu orang lain yang berada dalam kesusahan walaupun terdedah pada kebarangkalian untuk dibohongi dan dizalimi. Tinggi sungguh tahap tawakalnya!

Mungkin ada yang berkata bahawa Labuan ini adalah sebuah pulau semata-mata. Ke mana pergi, pasti ada yang mengenali. Kalau saya 'lari' sekalipun, kelak akan dicari sampai jumpa juga.

Bukan itu isu pokoknya. Persoalannya, adakah kita sanggup untuk menolong orang yang asing dari sisi kita. Bukan keluarga kita, bukan saudara kita, bukan kawan kita malah bukan jiran tetangga kita. Pasti ada rasa teragak-agak juga, apalagi dalam hal yang melibatkan wang.

Setahun setengah saya bertugas di Labuan, tidak keterlaluan untuk saya katakan bahawa masyarakat di sini baik belaka. Ringan tulang, saling menghormati serta mesra dan peramah.

Kepada Asmah, saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga. Saya doakan Asmah agar terus sukses dalam kehidupan. Majikan Asmah sepatutnya memberikan penghargaan kepadanya. Kerana akhlak yang ditampilkan sangat memikat. Cukup tenang dalam menangani situasi, sedia untuk menolong dan tidak lokek dengan senyuman!

Stesen minyak Petronas Jalan Tun Mustapha, anda beruntung kerana mempunyai pekerja seperti Asmah!

Sabah, anda beruntung kerana mempunyai anak jati seperti Asmah!

Coretan rasa,
Dhany Sarip
Anak jati Pahang, musafir di Labuan.

*Asmah yang memakai cermin mata dan buat lambang 'peace'. Malu dia bila diajak bergambar. - Siakapkeli.news

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Sep 20, 2017 8:07 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Pertimbangkan semula projek jalan berkembar persisir pantai utara Pulau Pinang
bloglist-malaysia.blogspot
anilnetto.com

This statement has just been released by Penang Forum. It is especially relevant in the light of the widespread floods in Penang today, some of them having their origins in degraded hill slopes.

[ENGLISH VERSION BELOW] Pada 2 September 2017 Persatuan Penduduk Tanjung Bungah (TBRA) telah mengadakan sidang media untuk menyuarakan kebimbangan dan bantahan kepada cadangan Jalan Berkembar Persisir Pantai (NCPR) yang dianggarkan akan menelan jumlah RM1bn atau RM100 juta setiap kilometer.

Projek ini dicadangkan untuk dibina dalam dua fasa – Fasa 1 dari Tanjung Bungah ke Batu Ferringhi dan Fasa 2 dari Batu Ferringhi ke Teluk Bahang. Projek ini juga akan melibatkan penebangan hutan simpan sebanyak 3.4 hektar.

Menurut ahli exco kerajaan Pulau Pinang Lim Hock Seng, projek ini perlu dilaksanakan dengan segera memandangkan tiada alternatif lain.

Walau bagaimanapun pihak kami telah memperolehi maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai yang menyatakan bahawa jururunding Halcrow tidak mencadangkan pembinaan jalan berkembar ini dan juga terowong dalam cadangan asal mereka memandangkan tiada kepentingan yang mendesak bagi pembinaanya. Jalan sedia ada pada masa ini boleh menampung 97% penggunaan kenderaan semasa.

Mereka telah diminta untuk memasukkan pembinaan jalan ini dalam pindaan laporan akhir yang dihantar kepada kerajaan negeri oleh kerajaan Negeri Pulau Pinang. Dua lebuhraya lain termasuklah jalan dari Ayer Itam – Relau dan jalan pintasan luar George Town.

Laporan akhir Halcrow telah mencadangkan tiga kaedah yang tidak berkaitan bagi mengatasi masalah pengangkutandi Pulau Pinang. Antaranya ialah kaedah jangka pendek dan sederhara (2012–2015), kaedah jangka panjang (2015–2030) dan perubahan dasar.

Kaedah jangka pendek dan sederhana ini adalah cadangan penggunaan rangkaian jalan negeri sediaada dengan lebih baik. Yang mana, secara ringkasnya, kaedah ini menumpukan kepada faktor yang mudah dan senang untuk dilaksanakan. Ini termasuklah menghasilkan rangkaian jalan daerah, negeri dan persekutuan yang lebih effektif, menambahbaik lorong pejalan kaki, basikal dan motosikal.

Ini diikuti dengan menaiktaraf lampu isyarat di persimpangan, menguatkuasakan peraturan terhadap muatan, faktor menunggu, perletakan kenderaan dan aktiviti penjaja yang menimbulkan masalah kesesakan. Laluan basikal telah pun dibina walaupun ada antaranya diatas laluan pejalan kaki namun ada pembaikan yang telah dijalankan di kawasan Pulau Tikus.

Namun begitu, tiada tindakan yang diambil untuk menguatkuasakan peraturan-peraturan lalulintas sediaada. Perletakan kenderaan secara tidak bertanggungjawab adalah masalah utama yang menghalang lalu lintas. Begitu juga tiada tindakan konkrit yang telah diambil untuk memperkukuhkan peraturan seperti penambahbaikan kepada tempat meletak kenderaan dijalan secara terkawal, penambahan kapasiti kakitangan trafik dan kejuruteraan misalnya.

Penggunaan Kajian Impak Lalulintas (TIA) pula haruslah dihentikan kerana kedah ini telah gagal dan terbukti tidak efektif. Sebuah sistem yang lebih holistik berdasarkan "pembangunan berasaskan pengangkutan" dan "audit aksesibiliti lalulintas" perlu diperkenalkan.

Selain daripada itu, pengenalan polisi pengurusan trafik seperti cas berganda, halangan kemasukan kenderaan pada masa puncak dan laluan kenderaan khas juga haruslah diperkenalkan juga.

Cadangan pembinaan NCPR ini juga mengambarkan perancangan yang tidak baik yang mana jalan raya empat lorong yang akan berakhir di Lembah Permai. Lembah Permai merupakan kawasan berpenduduk padat yang dihubungkan dengan jalan raya dua lorong daripada kawasan Tanjong Tokong yang sempit melalui kawasan bukit dan empangan. Ini akan mengakibatkan 'bottle neck' yang sangat serius.

Hanya setelah menyedari faktor ini pihak kerajaan negeri pada masa ini mencadangkan 'viaduct' merentasi kawasan bukit yang sensitif bagi menampung kenderaan daripada NCPR ini. Cadangan ini pula sudah semestinya akan menelan lebih banyak belanja untuk dibangunkan. Pihak kerajaan negeri Pulau Pinang juga tidak menunjukkan bagaimana projek ini akan dibiaya. Sekiranya pembiayaanya pula tidak dapat dilakukan permasalahan utama lalu lintas tadi tidaklah dapat diatasi dengan sepenuhnya.
Walaupun nasihat daripada jururunding Halcrow jelas menyatakan bahawa pembinaan lebih banyak jalan raya tanpa perubahan dasar tidak akan berkesan, kerajaan negeri masih tetap dengan pendirian mahu membina lebih banyak jalan raya dan telah menumpukan kesemua usaha mereka untuk tujuan ini.

Gabungan antara tiga lebuh raya utama ini termasuk terowong akan menelan belanja sebanyak RM6bn. Manakala cadangan pembinaan jalan raya baru yang dicadangkan oleh SRS pula akan menelan belanja RM7-8bn, yang mana dalam erti kata yang lain pembinaan jalan dan lebuh raya ini akan menelan belanja keseluruhan sebanyak RM13 bilion. Ini ditambah pula dengan jumlah RM 8 bilion bagi pembinaan sebuah LRT dari George Town ke Lapangan Terbang Antrabangsa Pulau Pinang dan kawasan yang dicadangkan untuk ditambak di Batu Maung.

Seperti kajian perubahan iklim, bukti dan kajian saintifik jelas mengatakan bahawa pembinaan lebih banyak jalan raya tidak akan dapat mengatasi masalah kesesakan lalu lintas. Sebaliknya walaupun langkah ini akan mengatasi masalah lalu lintas pada mulanya namun kesan jangka panjang daripada langkah ini akan tetap menyumbang kepada masalah lalu lintas yang lebih serius pada masa hadapan. Dalam erti kata lain penyelesaian kepada permasaalahan ini bukanlah dengan semudah membina lebih banyak jalan dan lebuh raya tetapi lebih kepada pengurusan permintaan penggunaan jalan raya itu sendiri.

Bandar-bandar yang lebih progresif lain telah beralih kepada pengurusan penggunaan jalan raya seperti yang telah dicadangkan oleh jururunding Halcrow dalam cadangan perubahan dasar mereka.

Kerajaan negeri Pulau Pinang yang kononnya mahu membina bandaraya pintar sebaliknya sedang menggunakan kaedah ketingalan zaman yang tidak efektif melalui penawaran jalan raya sahaja dengan membina lebih banyak jalan raya. Semasa Lim Hock Seng menyatakan bahawa tiada alternatif lain – adalah beliau betul-betul telah mengambil kira polisi dan alternatif lain?

Penang Forum menyokong agar sebuah dialog umum diadakan dalam melihat semula isu ini sekiranya Kerajaan Negeri Pulau Pinang serius dalam menyatakan komitmen mereka terhadap pembangunan mampan.

Beberapa alternatif haruslah dipertimbangkan dan diikuti dengan analisis kos efektif. Alternatif lain ini perlu dilakukan oleh pihak yang tiada berkepentingan sepenuhnya. Antaranya ialah:

a.. Mengekalkan jaringan jalan raya sedia ada dan memperkenalkan polisi pengurusan trafik memandangkan kesesakan lalu lintas berlaku pada hujung minggu dan musim cuti sekolah.
b.. Sekiranya jalan raya baru sememangnya betul-betul diperlukan, hanya jalan dua lorong sahaja dibina dan bukanya jalan empat lorong. Jalan ini juga perlulah dikhaskan kepada kenderaan pengangkutan awam. Jalan ini juga hanya perlu dibina pada jajaran pertama NCPR sahaja dan dalam erti kata lain pengangkutan awam masih lagi menjadi tumpuan utama.
Analisis kos efektif untuk cadangan alternatif ini haruslah dibandingkan dengan analisis kos efektif NCPR dan perlu dihebahkan secara dalam talian untuk orang awam memberikan pandangan mereka. Laporan Halcrow dengan jelas telah menyatakan bahawa "akses kepada NCPR ini haruslah terbatas tanpa ada apa-apa pembangunan lain" (Laporan Halcrow, Oktober 2012, ms 24).

Berdasarkan semua hujah-hujah ini, alternatif lain yang lebih jimat dan mampan dengan penekanan diberikan kepada pengangkutan awam perlulah dipertimbangkan dan bukannya cadangan pembinaan jalan berkembar persisir pantai utara (NCPR) ini.
Penang Forum

15 September 2017

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Sep 20, 2017 8:08 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Dah lah Comel, Fasih Berbahasa Mandarin Pula", Pegawai JPJ Perlis Tak Sangka Videonya Viral
siakapkeli.my

Seorang wanita yang merupakan pembantu penguat kuasa di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis terkejut dan tidak menyangka videonya yang sedang bertutur dalam bahasa mandarin ketika membantu urusan dua penuntut dari Shandong, China di kaunter perkhidmatan jabatan itu petang semalam, tular di media sosial dan ditonton hampir sejuta orang.

Menurut Nur Syafiqah Azaman, 23, segalanya terjadi apabila rakan sejawatnya telah merakam dia berbual dan memberi penerangan kepada dua pelajar terbabit dan kemudiannya memuat naik video itu ke laman rasmi JPJ Perlis sebelum ia dikongsikan dan tular dikalangan netizen.

Jelasnya, dua pelajar berkenaan iaitu Sun Wen Xuan, 18, dan Zhai Qin Xing, 19, yang dikatakan sedang menuntut di Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam bidang kewangan dan pengurusan perniagaan itu mahu menguruskan pertukaran nama hak milik kenderaan.

"Mereka berdua baru saja membeli sebuah kereta untuk kegunaan di negara ini. Namun, ketika berurusan di kaunter, saya perhatikan mereka tidak boleh berbahasa Melayu dan berbahasa Inggeris juga tersekat-sekat.

"Jadi saya terpanggil untuk membantu dan memberi sedikit penerangan mengenai prosedur yang perlu dilakukan oleh mereka termasuk di PUSPAKOM (Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer) dalam bahasa mandarin. Syukur mereka boleh memahaminya dengan jelas," kata gadis berasal dari Changlun, Kedah dan berdarah kacukan Cina dari sebelah ibunya ketika ditemui petang semalam.

Nur Syafiqah mahir berbahasa mandarin kerana belajar di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yit Min, Changlun selain dari ibunya telah mengajarnya bertutur dalam bahasa tersebut sedari kecil memandangkan ibunya sendiri berketurunan Tionghua.

"Ibu saya memang seratus peratus berbangsa Cina dan kini seorang tukang jahit di Changlun. Ibu memang banyak mengajar saya bercakap bahasa Mandarin," jelasnya.

Sementara itu, menurut Pengarah JPJ Perlis, Shahrul Azhar Md Dali , kehadiran Nur Syafiqah di JPJ Perlis adalah satu penghargaan dan kelebihan kepada jabatan itu.

"Mempunyai kakitangan seperti beliau (Nur Syafiqah) satu kelebihan kepada JPJ memandangkan kita berurusan dengan semua bangsa dalam negara ini.

"Saya juga menggalakkan setiap kakitangan khususnya di bahagian perkhidmatan pelanggan untuk menguasai bahasa ketiga sedia ada dalam negara,"ujarnya.

Sumber- Harian Metro

Pegawai JPJ 'Pandai Cakap Mandarin' Dipanggil Jumpa Ketua Pengarah di Putrajaya Selepas Video Viral
siakapkeli.my

SHAH ALAM - Pembantu Penguatkuasa Jabatan Pegangkutan Jalan (JPJ), Nur Syafiqah Azaman dipanggil untuk bertemu Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Nadzri Siron di Putrajaya selepas videonya tular di media sosial sejak beberapa hari lalu,

Pegawai Perhubungan Awam JPJ Perlis, Mohd Tarmizi Ghazali yang berkata, undangan itu merupakan satu penghormatan khususnya buat JPJ Perlis.

Terdahulu, Nur Syafiqah, 23, menjadi sebutan apabila video yang dirakam salah seorang pegawai JPJ tular di media sosial.

"Apabila dapat menyelesaikan tugas dan membantu pelanggan, ia adalah kejayaan buat kami. Selepas video itu tular, ia secara tidak langsung memberikan imej yang lebih baik buat JPJ," katanya kepada Sinar Harian Online.

Nur Syafiqah membantu dua pelajar warga China dalam urusan pertukaran hak milik kenderaan yang dipohon pelajar berkenaan.

Video berdurasi satu minit 38 saat itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata berbangga dengan apabila Nur Syafiqah fasih bercakap Mandarin dan dijangka beliau akan bertemu Nadzri pada hari esok.

Sumber: Sinar Harian

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Sep 20, 2017 8:08 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Gambar Noh Omar, Boy Iman Tular Di Laman Sosial, Undang Spekulasi.

bloglist-malaysia.blogspot.
Posted by Ameno World
amenoworld.org

Sabtu lepas media melaporkan Datuk Nurul Iman atau lebih dikenali sebagai DBI - Datuk Boy Iman telah membuat laporan polis terhadap beberapa pihak yang didakwanya telah menfitnah beliau di laman sosial yang mengaitkan beliau dengan aktiviti penipuan menggunakan syarikat DBI Properties.

Syarikat itu menurut Boy Iman bukan milik beliau dan tiada kaitan dengannya meskipun terdapat beberapa sebaran poster, video yang mengatakan sebaliknya.

Kali ini tampil satu lagi kontroversi berkaitan Boy Iman yang dikaitkan dengan hubungannya dengan seorang menteri.

Halaman pendedahan terkenal, PW Community tampil dengan penulisan terbaru mereka tentang aktiviti Boy Iman yang turut dikaitkan dengan Menteri di Kementerian Kesejahteraan, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Noh Omar.

Halaman itu menulis mangsa-mangsa penipuan di Langkawi telah menyerahkan nama-nama yang menjadi mangsa aktiviti penipuan perumahan kepada menteri berkenaan namun sehingga kini tiada apa-apa tindakan diambil.

"Hari ni sekali lagi nama Noh Omar dikaitkan dengan scam perumahan. Mangsa scam perumahan dari Langkawi kata mereka telahpun memberi senarai nama-nama mangsa penipuan kepada Noh Omar, tetapi tiada apa-apa tindakan dari Menteri Perumahan," kata admin PW Community di halaman mereka.

"Agaknya mangsa-mangsa tersebut tak tahu Noh Omar pun kamcing dengan salah seorang penipu scam perumahan, si Boy Iman. Nasihat kami kepada ahli politik, berhati-hati pilih kawan, kalau tersilap pilih akan dijadikan modal politik oleh pihak lawan," katanya lagi.

Admin PW Community turut mengulas di ruangan komen bahawanya mereka mempunyai bukti tertentu yang boleh mengaitkan hubungan di antara Noh Omar dan Boy Iman.

Terdapat juga netizens yang menyiarkan berita tentang perniagaan Boy Iman yang pernah dilancarkan oleh Noh Omar pada tahun 2015. (rujuk sini).

Bagaimanapun tidak semuanya dapat menerima dengan positif apa yang dinyatakan oleh admin PW Community. Di ruangan komen terdapat ramai pihak yang dipercayai penyokong Noh Omar dan UMNO mempersoalkan motif admin tersebut mendedahkan gambar berkenaan. Rata-ratanya mereka berasa marah dan beranggapan admin berkenaan cuba membawa isu ini ke arah politik.

Setakat ini tiada lagi kenyataan rasmi yang keluar dari mulut Noh Omar dan Boy Iman berikutan penyebaran gambar tersebut bagi menjawab spekulasi yang bertebaran.

Read more: http://www.amenoworld.org/2017/09/gambar-noh-omar-boy-iman-tular-di-laman..html#ixzz4tE4c458x

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Sep 20, 2017 8:10 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Allahu Akbar...Hebatnya Balasan Sedeqah kepada Kucing

bloglist-malaysia.blogspot

Dicatat oleh ustazcyber.com

EM - Bismillahir-Rahmaanir-Rahim … Syaikh 'Abdul Hadi Badlah, Imam Masjid Jami'ur Ridhwan di Halab Syiria, pernah bercerita, "Di awal pernikahanku, Allah telah menganugerahkan kepadaku anak yang pertama. Kami sangat bergembira dengan anugerah ini.

Akan tetapi, Allah Azza wa Jalla berkehendak menimpakan penyakit yang keras kepada anakku. Rawatan seakan tak berdaya untuk menyembuhkannya, keadaan sang anak semakin memburuk, dan keadaan kami pun menjadi buruk kerana sangat bersedih memikirkan keadaan buah hati kami dan cahaya mata kami. Kalian tentu tahu, apakah ertinya anak bagi kedua orang tuanya, terutama ia adalah anak yang pertama!!

Perasaan buruk itu menyeruak di dalam hati, kerana kami merasa tak berdaya memberikan rawatan bagi penderitaan anak kami!! Sihatnya kita memang merupakan perintah Allah dan ketentuan-Nya, namun kita memang harus mengambil langkah-langkah pengubatan dan tidak meninggalkan kesempatan atau sarana apa pun untuk mengubatinya.

Seorang yang baik menunjukkan kepada kami adanya seorang doktor yang berpengalaman dan terkenal, maka aku pun pergi bersama anakku kepadanya. Anakku mengeluhkan demam yang sangat tinggi, dan doktor itu berkata kepada kami, "Apabila panas anak Anda tidak turun malam ini, maka ia akan meninggal esok hari!!"

Aku kembali bersama sang anak dengan kegelisahan yang memuncak. Sakit menyerang hatiku, hingga kelopak mataku tak mampu terpejam tidur. Aku pun mengerjakan solat, lalu pergi dengan wajah muram durja meninggalkan isteriku yang menangis sedih di dekat kepala anakku.

Aku terus berjalan di jalanan, dan tidak tahu apa yang harus aku perbuat untuk anakku!! Tiba-tiba aku teringat dengan sedekah, dan ingat dengan hadis Rasulullah shalallahu alaihi wasallam, tatkala beliau bersabda,

"Ubatilah orang yang sakit di antara kalian dengan sedekah."

Namun, siapa yang akan aku temui di waktu malam seperti ini. Aku boleh saja mengetuk pintu seseorang dan bersedekah kepadanya, tapi apa yang akan ia katakan kepadaku jika aku melakukan hal itu?

Tatkala aku berada dalam kondisi bimbang seperti itu, tiba-tiba ada seekor kucing lapar yang mengeong di kegelapan malam. Aku menjadi ingat dengan sabda Rasulullah shalallahu alaihi wasallam tatkala ditanya oleh seorang sahabat, "Apakah berbuat baik kepada binatang bagi kami ada pahalanya?"

Beliau shalallahu alaihi wasallam menjawab, "Di dalam setiap apa yang bernyawa ada pahalanya." (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Aku pun segera masuk ke rumahku, mengambil sepotong daging, dan memberi makan kucing itu. Aku menutup pintu belakang rumahku, dan suara pintu itu bercampur dengan suara istriku yang bertanya, "Apakah engkau telah kembali kepadaku dengan cepat?"

Aku pun bergegas menuju ke arahnya. Dan, aku mendapatkan wajah isteriku telah berubah, dari permukaan wajahnya telah menyiratkan kegembiraan! Ia berkata, "Sesudah engkau pergi, aku tertidur sebentar masih dalam keadaan duduk. Maka, aku melihat sebuah pemandangan yang menakjubkan!!"

"Dalam tidurku, aku melihat diriku mendekap anakku. Tiba-tiba ada seekor burung hitam yang besar dari langit yang terbang hendak menyambar anak kita, untuk mengambilnya dariku. Aku menjadi sangat ketakutan, dan tidak tahu apa yang harus aku perbuat?

Tiba-tiba muncul kepadaku seekor kucing yang menyerang secara dahsyat burung itu, dan keduanya pun saling bertempur. Aku tidak melihat kucing itu lebih kuat daripada burung itu, kerana si burung badannya gemuk. Namun akhirnya, burung helang itu pun pergi menjauh. Aku terbangun mendengar suaramu ketika datang tadi."

Syaikh 'Abdul Hadi berkata, "Aku tersenyum dan merasa gembira dengan kebaikan ini. Melihat aku tersenyum, isteriku menatap ke arahku dengan terhairan-hairan. Aku berkata kepadanya, "Semoga semuanya menjadi baik."

Kami bergegas mendekati anak kami. Kami tak tahu siapa yang sampai terlebih dulu, tatkala penyakit demam itu sirna dan sang anak mulai membuka matanya. Dan, pada pagi hari berikutnya, sang anak telah bermain-main bersama anak-anak yang lain di desa ini, alhamdulillah.

Sesudah Syaikh menyebutkan kisah menakjubkan ini, anak tadi -–yang telah menjadi pemuda berumur 17 tahun, serta telah sempurna menghafalkan Al-Quran dan menekuni ilmu syar'i–, ia menyampaikan nasihat yang mendalam kepada kaum muslimin di masjid orang tuanya, Masjid Ar-Ridhwan di Halb, di salah satu malam dari sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan yang penuh berkah.

(Sumber: Min 'Ajaibil 'Ilaj bish Shadaqah(EM)) 

Kucing Ini Tidak Mahu Berganjak Dan Cuba 'Gali' Kubur Seorang Pencinta Kucing Yang Baru Sahaja Dikebumikan
siakapkeli.my

Terdapat banyak manfaat dan kebaikan yang boleh kita perolehi apabila kita membela dan menyayangi kucing. Membela kucing memberi kesan kepada banyak aspek kehidupan manusia seperti kesihatan fizikal, kesihatan mental, cara hidup dan sebagainya.

Lelaki ini telah berkongsi kejadian yang amat menyentuh hati, seekor kucing telah mengelilingi kubur arwah seorang lelaki yang merupakan datuk kepada lelaki itu, kucing itu seolah-olah cuba menggali dan tidak mahu pergi dari kubur itu.

Jom kita lihat

Assalamualaikum..

Tok Wan saya (Ismail Bin Mat) telah selamat di kebumikan ditanah Pekuburan Masjid Kelibang..Ada Kejadian berlaku semasa membaca talqin, seekor kucing Putih mai mengelingi kubur arwah..

Sungguh besar kekuasaan-Mu ya Allah..Semasa arwah tokwan saya di dunia..dia seorang yang cinta kepada kucing..Harap Tokwan di tempatkn dgn orang yangg beriman.. Kasih sayang seorg tokwan kepada kami cucu 38 orang dripada 12 anaknya tiada ganti...terlalu banyak kenangan manis yg kami tak kan lupa sampai bila2...kami sayang sangat-sangat kat tokwan...moga tenang disana...Al-Fatihah

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
1 of 1 File(s)

Wed Sep 20, 2017 8:12 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Pelajar Hentak Kepala Guru Dengan Batu Ketika Guru Tersebut Sedang Solat
siakapkeli.my

Lahad Datu - Seorang guru wanita di sebuah rendah sekolah di sini menerima 17 jahitan di kepala selepas dihentak dengan batu oleh pelajar sekolah menengah di sekolah guru terbabit.

Dalam kejadian yang berlaku kelmarin itu, suspek lelaki yang baru berusia 13 tahun dikatakan bertindak sedemikian kerana mahu mencuri duit milik guru berusia 23 tahun iut.

Harian Metro melaporkan, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata guru itu sedang solat Zohor di surau di sekolah berkenaan.

"Ketika tahiyat akhir... suspek (pelajar) menghentak guru terbabit dengan batu kerana bimbang mangsa menyedari duitnya dicuri.

"Berikutan itu, guru terbabit menjerit sebelum pengawal keselamatan serta guru lain yang terdengar jeritan itu segera menangkap suspek," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ramli berkata, siasatan mendapati suspek ponteng sekolah dan datang ke surau sekolah tempat mangsa mengajar dipercayai untuk mencuri.

"Suspek kini direman mengikut Seksyen 393/324 Kanun Keseksaan.

"Guru wanita yang menerima 17 jahitan bagaimanapun dilaporkan stabil," katanya.

Difahamkan, sekolah rendah itu terletak berhampiran dengan sekolah menengah.

Sumber: Harian Metro

Lelaki Warga Afrika Ini Naik 'Gila', Didakwa Cuba Cekik Dan Lemaskan Seorang Kanak-Kanak
siakapkeli.my

Seorang kanak-kanak perempuan melalui detik-detik cemas apabila dia dicekik oleh seorang lelaki warga Afrika sambil cuba melemaskan mangsa ke dalam kolam renang di sebuah pangsapuri di Kampung Baru, Puchong.

Rakaman video menunjukkan lelaki berusia linkungan 30 an menjerit dan bertindak gila dalam kejadian yang belaku pada jam 5 petang Sabtu lalu hingga menjadi tular dan membimbangkan orang ramai.

Jeritan kanak-kanak perempuan tersebut bagaimanapun berjaya menarik perhatian pengawal keselamatan di kediaman tersebut yang datang kemudian membelasah lelaki Afrika itu. Lelaki tersebut berjaya ditahan dan diserahkan kepada pihak polis.

Menurut seorang lelaki bernama Shiddiq Zwei yang merupakan saksi kejadian, ketika kejadian dia berada di situ melihat lelaki Afrika itu mencekik kanak-kanak perempuan tersebut.

Beliau bagaimanapun memberitahu tidak sempat merakam insiden terbabit kerana panik serta berusaha memanggil pengawal keselamatan dan hanya sempat merakam kejadian yang berlaku selepas kanak-kanak perempuan tersebut berjaya diselamatkan.

Menurutnya lagi, ketika kejadian terdapat 3 kanak-kanak sedang mandi di kolam namun sempat melarikan diri ketika insiden tersebut berlaku. Kehadiran pengawal berjaya menyelamatkan keadaan sekaligus mengelak kejadian yang lebih buruk berlaku.

Sumber : myMetro , Shiddiq Zwei

Pemandu Bas 'Gila' Langgar Pembahagi Jalan Telah Digantung Tugas
siakapkeli.my

Susulan sebuah video yang memaparkan tindakan seorang pemandu bas Rapid KL yang memandu secara berbahaya sehingga menggunakan keselamatan pengguna jalan raya semalam yang menjadi tular.

Pihak PRASARANA Malaysia Berhad (Prasana) telah mengambil tindakan dengan menggantung tugas pemandu bas Rapid KL terbabit.

Dalam rakaman yang tular itu, pemandu bas itu dipercayai telah melanggar pembahagi jalan raya sebelum cuba membuat pusingan U.

Kejadian yang berlaku berhampiran stesen LRT Alam Sutera, Bandar Kinrara, Puchong telah dirakam dalam bentuk video berdurasi selama 1 minit 35 saat oleh salah seorang pengguna jalan raya yang berada ditempat kejadian.

Naib Presiden Kanan Prasarana Azhar Ghazali berkata, pihaknya sudah mengenal pasti pemandu bas yang terbabit.

"Perkhidmatan pemandu itu sudah digantung buat sementara.

"Siasatan terperinci kini sedang dijalankan berhubung kes itu," katanya.

Beliau telah memohon maaf atas keresahan yang timbul terhadap pengguna perkhidmatan awam.

"Terima kasih atas keprihatinan semua dan kami mohon maaf atas segala keresahan yang timbul,"katanya.

Sumber : Harian Metro

Pengguna Jalanraya Berang, Dakwa Pemandu Bas Memandu Secara Merbahaya Naik Pembahagi Jalan
siakapkeli.my

Sejak tengahhari tadi tersebar di laman sosial dua buah video yang dimuatnaik oleh seorang lelaki bernama Rosli Mat Yusoff memaparkan tindakan seorang pemandu bas dalam keadaan merbahaya selepas didakwa terlibat dalam kemalangan.

Menurut beliau kejadian telah berlaku kira-kira jam 6.30 petang semalam (10/9/2017) berhampiran LRT Alam Sutera, Bandar Kinrara,Puchong.

Dari rakaman video, bas itu dilihat telah dipandu melalui pembahagi jalan seperti cuba membuat u-turn ke jalan lagi satu dan mengundur secara merbahaya.

Lelaki itu dan beberapa orang jalan raya dilihat berang dengan tindakan pemandu bas itu yang memberhayakan pengguna jalan raya yang lain, ada beberapa kenderaan turut membunyikan hon melihat aksi bahaya itu.

Apapun, kita tidak tahu punca kejadian, harap pihak terlibat dapat menyisasat kejadian ini. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
1 of 1 File(s)
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: