Tuesday, October 31, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4854

8 Messages

Digest #4854

Messages

Tue Oct 31, 2017 8:23 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Tular Kes Runner Kena Saman Sebab Guna Visor Topi Keledar Gelap, Ini Jawapan Daripada Pihak JPJ
siakapkeli.my

Baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang lelaki memuat naik status di laman facebooknya apabila tidak puas hati disaman oleh pihak polis kerana memakai visor gelap ketika menunggang motosikal hingga menjadi bahan jenaka dalam kalangan netizen.

Lelaki itu turut mendakwa bahawa setelah 10 tahun menunggang motosikal, inilah kali pertama saman yang diterima yang paling tidak masuk akal.

Beberapa netizen juga turut memberi respon bahawa saman itu tidak logik kerana ia perkara biasa jika kereta di saman disebabkan tinted gelap kerana bagi mengelak sebarang jenayah berlaku, tetapi menganggap bahawa visor gelap adalah satu keperluan bagi penunggang motosikal bagi melindungi penglihatan.

Memetik laporan portal Pandulaju, mereka telah menghubungi Pengarah Bahagian Kejuruteraan Automotif Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Ir Mohamad Dalib untuk mendapatkan penjelasan terperinci mengenai penggunaan helmet visor gelap.

Ini adalah jawapan yang diperolehi.

Mengikut kaedah-kaedah Motosikal, Topi Keledar 1973 (PU (A) 43/1973), penggunaan visor gelap adalah satu kesalahan dan mereka yang menggunakannya boleh dikenakan tindakan kompaun.

"Helmet boleh dipasang dengan apa jua jenis visor yang jernih dan tidak berwarna dengan syarat tiada sebarang alat tambahan yang boleh menutup mana-mana bahagian muka di antara kening dengan dagu.

"Cermin visor untuk motosikal mestilah lutsinar 70 peratus dan tidak ada yang terkecuali. Tak kira sama ada orang awam, Polis, JPJ mahupun mana-mana penguatkuasa, penggunaan visor gelap adalah dilarang.

Sementara itu, memetik tulisan Facebook Friends Of PDRM, mereka turut memberi jawapan balas kepada penunggang motosikal berkenaan.

"Kenapa pihak PDRM berhak untuk mengeluarkan saman bagi kesalahan memakai visor gelap ketika menunggang. Kami kongsikan kepada anda muat naik status tersebut."

"Visor gelap boleh menghalang penglihatan dengan jelas untuk pencerahan sila minta pegawai atau anggota PDRM menerangkan saman yang dikenakan terhadap anda."

Untuk keselamatan insan lain juga memang gelap untuk halang panas atau halang dari segala-galanya...visor yang gelap ini lah banyak digunakan untuk merompak jadi kita nak kan kebaikan semua.

Hari ini kita ketawakan PDRM laksanakan tugas jika suatu hari nanti ada kes rompak dan samun atau kejadian yang tidak di ingini berlaku lebih-lebih lagi terkena keluarga kita di situ nanti ada kesedaran pada kita mungkin hari ini kita boleh ketawa tetapi esok lusa kita tidak tahu nasib yang berlaku pada diri dan keluarga kita..

Tak salah memohon maaf dan kita akui kesilapan jika benar kita bersalah sesama manusia masih ada timbang rasa.

Sumber : Friends Of PDRM

Wanita "Stering Lock" Gigit Polis Pula!!
bloglist-malaysia.blogspot
ekeleh.com

Sebelum ini, insiden wanita "stering lock" tular kerana memarahi anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dengan "pengunci stering" namun kini menggigit anggota polis pula.

Liew Yoke Peng, 43, seorang akauntan dihukum penjara dua minggu kerana menghina mahkamah dengan menjerit dan mengingkari arahan Majistret, Nurulhuda Zakariya.

Memetik laporan Bernama, Liew melakukan kesalahan itu di dalam bilik bicara Mahkamah Majistret 2, di sini pada 11.35 pagi semasa prosiding kesnya berhubung kejadian memarahi seorang penguat kuasa MPSJ di sebuah kawasan parkir di Bandar Puteri Puchong.

Liew telah meninggikan suaranya terhadap Nurulhuda semasa prosiding itu dan seolah-olah berlawan cakap dengannya sehingga dia terpaksa ditenangkan oleh anggota polis.

Berang dengan tindakan polis itu, wanita berkenaan bertindak menggigit tangan seorang anggota polis wanita sehingga luka dan tercabut butang pakaian seragamnya di bahagian lengan.

Prosiding kesnya terpaksa ditangguhkan ke sesi petang kerana wanita itu tidak dapat dikawal.

Sebelum menjatuhi hukuman, Nurulhuda menasihati tertuduh supaya bersikap profesional dan mematuhi peraturan di dalam mahkamah.

Sementara kesnya dengan sengaja menghalang penjawat awam ditangguhkan ke 24 Nov untuk sebutan semula kes.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Oct 31, 2017 8:23 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Saya Minta Maaf, Saya Ada Masalah Kewangan" Perompak Ini Minta Maaf Sebelum Merompak Bank
siakapkeli.my

Seorang lelaki bersenjata memohon maaf kepada juruwang Thanachart Bank di Rama lll Road pada hari khamis lalu sebelum melarikan diri dengan Bt270,000 (RM34,254) secara tunai.

"Saya minta maaf, saya ada masalah kewangan," katanya sebelum merompak.

Lelaki itu dianggarkan berusia 30 tahun, mengambil masa dalam satu minit untuk merompak Bank cawangan Bang Khlo Laem kira-kira 8.52 pagi.

Saksi berkata lelaki tersebut memakai jaket dan memakai topi keledar.

Pol Maj-Jeneral Surachai Kuandechakup, timbalan pesuruhjaya polis metropolitan, berkata suspek mendekati juruwang itu, menunjukkan model senapang yang tidak dapat ditentukan dan menuntut agar dia memberikan wang kepadanya.

"Suspek memberitahu juruwang bahawa dia menyesal dan dia mempunyai masalah wang," kata Surachai.

Dia mengambil wang dan meletakan ke dalam beg secara perlahan dan keluar dari bank tersebut.

Seorang pengawal keselamatan bank memberitahu pihak polis bahawa perompak itu kelihatan biasa dan mungkin pelanggan bank.

Polis Wat Phrayakrai sedang memeriksa kamera keselamatan bank untuk mencuba dan mengenal pasti perompak tersebut dan membuat lakaran. Beberapa saksi berkata mereka dapat melihat jelas wajahnya yang tidak ditutup. Polis mengatakan lelaki bersenjata itu memakai baju hitam dan seluar berwarna hitam.

Dia memasuki bank yang membawa beg dan berkelakuan seperti pelanggan biasa.

Suspek kemudian mengacu pistol ke arah juruwang dan menuntut wang tunai.

Selepas meninggalkan bank, dia dilihat melarikan diri ke Jambatan Rama IX. Lima pekerja dan seorang pembersih ada pada ketika itu.

Sumber-TheStar

Suspek Pukul RELA Serah Diri Naik Bentley
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

Seorang lelaki bergelar 'Datuk Seri' yang dilaporkan sebagai suspek menyerang tiga anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) telah ditangkap selepas beliau menyerah diri kepada pihak polis petang ini.

Menurut China Press, lelaki tersebut tiba di ibu pejabat polis daerah Ampang sekitar jam 3.50 petang tadi dengan menaiki sebuah kereta mewah Bentley.

Suspek ditemani peguamnya dan 10 orang lagi.

Menurut laporan media tempatan lelaki itu mungkin akan ditahan semalaman. Lelaki itu juga akan mengikuti prosiding untuk direman esok hari, lapor Berita Harian.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sendiri yang menasihatkan 'Datuk Seri' terbabit supaya menyerah diri selepas lelaki itu dipercayai mencederakan tiga anggota RELA baru-baru ini.

Menurut laporan China Press, pihak polis Selangor berkata suspek disiasat kerana menyebabkan kecederaan dan menghalang penjawat awam daripada melaksanakan tugasnya.

'Datuk Seri' itu dikatakan telah mencederakan tiga anggota RELA terbabit selepas aduan dibuat terhadapnya kerana menganggu lalu-lintas dalam di sebuah majlis kuil Jumaat lalu.

Sementara itu, satu lagi laporan media tempatan menyebut ketua RELA daerah Ampang mendakwa beliau dihubungi pihak tertentu yang menawarkan beliau dan tiga mangsa itu sebanyak RM10,000 jika laporan polis tersebut ditarik balik.

Ho berkata tawaran itu ditolak.

Petani tanggung kos tambahan 30 peratus akibat GST — Pertubuhan Peladang
bloglist-malaysia.blogspot
milosuam.net

CUKAI Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan kepada petani menyebabkan mereka terpaksa menanggung beban kos tambahan sebanyak 30 peratus.

Perkara itu didedahkan oleh Pertubuhan Peladang Negeri Kedah (PPNK) melalui pengerusi jemaah pengarahnya, Datuk Abdul Lateh Mohd Saman yang dilaporkan mahu menghantar memorandum agar GST dikecualikan terhadap barangan dan perkhidmatan yang terpaksa ditanggung oleh petani selama ini.

"Perkara ini mendapat rungutan petani yang mana untuk mengangkut baja, benih padi, upah traktor, dan mesin jentuai turut dikenakan GST. Ini tidak termasuk kos lain yang terpaksa dibayar Petani bagi barangan input-input pertanian," katanya.

Lantaran itu, PPNK dalam mesyuarat agungnya mahu mengusulkan perkara berkenaan melalui memorendum kepada pihak kerajaan. Ini kerana GST yang dikenakan terhadap barangan pertanian dan perkhidmatan pengangkutan sangat membebankan petani.

Baca selanjutnya — Bernama

*** Dari laporan ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa pelaksanaan cukai GST sebanyak 6 peratus kepada petani telah memberi kesan "domino effect" kepada peningkatan kos sebanyak 30 peratus.

Ini baru kesan langsung yang dialami oleh petani, belum lagi Kesan-kesan langsung dan tidak langsung yang dialami oleh pihak-pihak lain. Disebabkan itulah harga barang sentiasa naik tak pernah turun akibat GST.

Hanya Ahmad Maslan gila dan penyokong-penyokong Najib yang kata GST turunkan harga barang. Pegang kata-kata aku ini,

"Jika Barisan Nasional menang PRU14, peratus cukai GST akan dinaikkan lebih tinggi,"

Read more: http://www.milosuam.net/2017/10/petani-tanggung-kos-tambahan-30-peratus.html#ixzz4x5c2hrCo

Separuh Daripada Paru-Parunya Dipenuhi Nanah Akibat Merokok, Lelaki ini Meninggal Dunia Pada Usia Muda
siakapkeli.my

Jumlah perokok semakin hari semakin ramai, baik lelaki mahupun perempuan. Perokok tegar ini juga tidak kiralah tua atau muda.

Walaupun bahaya merokok telah diperkatakan dengan hebat, namun segelintir perokok tidak mengambil endah tentang perkara ini. Ikuti perkongsian oleh Mohd Syamirulah Rahim mengenai kisah seorang perokok.

Lelaki ini berusia 24 tahun dan belum berkahwin. Bekerja sebagai pekerja am di sebuah kedai serbaneka. Kita namakan dia sebagai "Ali". Sudah tentu bukan nama sebenar. Ali seorang yang rajin bekerja. Tinggal bersama ibunya dan adik perempuan, manakala ayahnya sudah meninggal dunia ketika Ali darjah enam.

Suatu tengahari, Ali mengangkat barang dari lori ke stor tempat dia bekerja. Bersama Ali, adalah dua orang rakan sekerjanya. Mereka bekerja di bawah terik matahari. Seusai barang dialihkan, mereka bertiga pun lepak dibawah pohon yang rendang berhampiran. Pemetik api dikongsi, tatkala masing-masing menghembuskan asap rokok berkepul-kepul.

Pulang ke rumah petang itu, Ali berasa badannya hangat. Seperti hendak demam."Ah, mungkin sebab tengahari tadi aku berjemur panas agaknya", getus hati Ali.

Pada keesokan harinya, Ali masih demam suam-suam kuku dan telah mula batuk. Tapi Ali masih bekerja seperti biasa.

Hampir dua minggu demam Ali masih tidak kebah-kebah. Selera makannya sudah mula berkurang, beliau kelihatan letih dan tercungap-cungap. Batuknya semakin kuat dan kerap sehingga Ali kekurangan tidur di waktu malam.

"Engkau ni Ali, dah macam pesakit asthma dah mak tengok! Jom ikut mak pergi hospital petang ini!". Emak Ali mula bertegas setelah dua hari Ali tidak bekerja kerana keadannya itu.

Sebaik sahaja tiba di Jabatan Kecemasan, Ali segera disorong ke ruangan asthma. Sangkaan MA bertugas, Ali mengalami serangan asthma.

"Tapi dia tak pernah ada asthma sebelum ini!" Ujar emak Ali. Ali terlalu tercungap-cungap untuk bercakap. Doktor segera datang, dan MA mengambil tanda vital sign Ali.

Tekanan darah Ali, rendah. 100/70. Nadinya pula laju, 120 sedangkan Ali tidaklah demam mana. Suhu badannya pula cuma 37.5. Namun berpeluh dan basah katil stretcher tempat Ali dibaringkan.

Kandungan oksigen didalam badannya (SPO2) nya rendah cuma 75%. Ali segera dibekalkan oksigen melalui facemask. Beliau disandarkan menegak. Saluran intravena dipasangkan dan cecair normal saline (NS) disalurkan masuk.

Juruxray berserta mesin Xray mudah alih (portable xray) dipanggil. Keputusan xray dilampirkan didalam gambar. Gambar yang dilampirkan ini gambar dari carian Google.

Hasil keputusan xray menunjukkan paru-paru kiri Ali, dipenuhi cecair. Doktor segera membuat keputusan untuk "menebuk" paru-paru Ali. Prosedur tersebut adalah thoracocentesis, iaitu cecair di ruangan pleura yang menyelimuti paru-paru Ali, perlu dikeluarkan.

Cecair ini sedang menekan paru-paru Ali, menyebabkan ianya tidak dapat kembang sepenuhnya. Ali kini seperti orang kelemasan. Apabila jarum ditusuk ke rongga pleura Ali, cecair berwarna keputihan kekuningan keluar. Bagaikan...teh tarik. Namun lagi pekat. Nanah, Ya, nanah.

Gambar yang saya lampirkan adalah gambar SEBENAR nanah yang dikeluarkan dari "Ali".
Hampir 200ml cecair dikeluarkan namun tiada tanda-tanda ia akan habis.

Doktor memutuskan untuk menukar prosedur thoracocentesis dan memasukkan chest tube. Sebuah tiub berdiameter hampir sebesar jari telunjuk, dimasukkan ke dalam rongga pleura Ali. Tiub ini akan dipasang ke sebuah bekas vakum, yang akan terus terusan menyedut nanah dari ruang pleura paru-paru Ali.

Hampir satu liter nanah dikeluarkan. Ali semakin stabil. Bacaan oksigennya sudah meningkat ke 98% dengan bantuan wayar oksigen (nasal prong). Ali juga sudah tidak sesak nafas dan tidak lagi tercungap-cungap.

Ali dimasukkan ke wad untuk pemantauan. Chest tube tersebut akan dikekalkan sekurang-kurangnya tiga hari, setidaknya sehingga habis nanah dikeluarkan. Ali pula, perlu berada di wad untuk diberikan antibiotik kuat, Ceftriaxone, melalui saluran intravena untuk tempoh sekurang-kurangnya dua minggu.

Ini bermaksud, dua minggu Ali perlu berada di wad. Beliau perlu menjalani latihan physioterapi yang intensif bagi memastikan paru-paru beliau kembali kembang dan berfungsi seperti sediakala. Jika tidak, beliau bagaikan manusia yang hidup dengan sebelah paru-paru sahaja. Berjalan 100 meter, sudah tercungap kebiruan.

Penyakit yang Ali hadapi ini, namanya Lung Empyema. Atau Empyema Thoracis. Ia berlaku kerana jangkitan kuman pada paru-paru. Orang sihat, kebiasannya mampu "mengalahkan" kuman ini dengan mudah.

Namun bagi orang tertentu, mempunyai sistem imun yang lemah, jangkitan kuman yang biasa mudah sahaja merebak pantas, akhirnya membentuk koloni kuman yang besar seperti empyema.

Ali tidak pernah dijangkiti Batuk Kering (TB). Beliau juga tiada penyakit kronik seperti Kencing Manis, Darah Tinggi, atau jangkitan HIV Beliau cuma seorang pemuda berusia 24 tahun yang sihat tubuh badan, bekerja buruh dan hidup bersama keluarganya. Oh ya, beliau cuma merokok sekotak tiga hari. Sejak umur 17, itu sahaja.

Merokok, menyebabkan sistem imun badan terutamanya di kawasan paru-paru yang lemah. Kerana itulah perokok, lebih berisiko mendapat empyema berbanding orang lain.

Tanyalah mana-mana doktor, pasti pernah menjumpai dan merawat pesakit seperti Ali. Pesakit seperti Ali, muncul sekurangnya sekali dalam dua bulan. Di hospital besar khasnya, mesti ada at least seorang pesakit empyema at all time. Ini kerana pesakit seperti Ali ini, perlu duduk lama di hospital paling tidak 2 minggu.

Penyakit empyema, menyerang pesakit majoritinya lelaki berusia 20 hingga 40 tahun. Most productive age, kita kata. Kesian kan, muda-muda sudah kena tahan wad dua minggu ke sebulan.

Majoriti kes empyema ini, akan berulang. Puncanya adalah kerana risk factor masih ada. Iaitu pesakit masih merokok, tak serik-serik. Recurrent empyema, akhirnya akan menjadi chronic lung disease. Umur 50 dah perlu bantuan oksigen sepenuh masa.

Rawatan untuk empyema ini agak sukar dalam anggaran 15 ke 50 peratus pesakit empyema, gagal dirawat dan meninggal dunia atas pelbagai faktor. Ali? Tiga hari didalam wad, demam Ali masih tidak mahu kebah. Ali masih batuk- batuk kuat walaupun penatnya berkurangan.

Pada pagi hari ketiga, Ali batuk kuat. Macam nak tersembur paru-paru dari mulutnya. Tiba-tiba, tersembur darah bercampur kahak yang banyak. Ya, secara literal, Ali mengamburkan paru-parunya dengan batuk. Ali mengalami komplikasi yang dinamakan bronchopleural fistula. Jangkitan yang ada, memamah isi paru-paru Ali sehingga ke bronkus (saluran pernafasan).

Dalam masa beberapa minit, Ali telah pengsan dan pucat. Doktor berhempas pula cuba menyelamatkan. Masuk tiub pernafasan. Tekan dada dan melakukan CPR. Beberapa jam kemudian, Ali disahkan meninggal dunia. Pulmonary hemorrhage iaitu pendarahan dari salur darah arteri pulmonari yang cedera ketika Ali batuk kuat tersebut.

Lagi kita nak benarkan rokok dijual dengan lebih mudah didapati?

Sumber- Mohd Syamirulah Rahim
Medical Mythbusters Malaysia (M3)

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Oct 31, 2017 8:23 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Tiket Final Piala Malaysia Ada Perlindungan Insuran, Berikut Bagaimana Cara Nak 'Claim' Jika Berlaku Kejadian Tidak Diingini
siakapkeli.my

Menjelang final TM Piala Malaysia 2017 edisi ke 91 pada 4 November ini, pertembungan antara Juara Liga Super 2017, Johor Darul Ta'zim dengan Juara Bertahan Piala Malaysia, Kedah di jangka sengit dengan puluhan ribu penyokong kedua-dua pasukan bakal memenuhi ruang di Stadium Shah Alam, Selangor, Sabtu ini.

Kedudukan venue perlawanan akhir yang jauh daripada kedua-dua negeri ini, terutamanya Kedah, penyokong kedua-dua pasukan bakal menempuh perjalanan yang memakan masa yang lama. Ia bakal mengundang risiko perjalanan yang tinggi untuk pemegang-pemegang tiket perlawanan akhir ini.

Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) melalui kemas kini di laman facebook mereka, Football Malaysia LLP telah memuat naik maklumat-maklumat penting mengenai prosedur menuntut insurans sekiranya perkara tidak diingini berlaku kepada pemegang-pemegang tiket ini. Kami bawakan kemas kini itu untuk anda di bawah.

MAKLUMAN BERKAITAN TUNTUTAN PERLINDUNGAN INSURANS KEPADA PEMEGANG TIKET PERLAWANAN AKHIR TM PIALA MALAYSIA 2017

Berikut merupakan aliran proses tuntutan perlindungan insurans untuk pemegang tiket Perlawanan Akhir TM Piala Malaysia 2017:

A. JIKA BERLAKU KEMATIAN AKIBAT KEMALANGAN DALAM PERJALANAN KE STADIUM (DALAM MASA 12 JAM SEBELUM PERLAWANAN BERMULA), DI DALAM STADIUM ATAU DALAM PERJALANAN PULANG DARI STADIUM (DALAM MASA 12 JAM SELEPAS TAMAT PERLAWANAN)

1. Waris pemegang tiket hendaklah membuat laporan polis memaklumkan bahawa pemegang tiket asal telah meninggal dunia akibat kemalangan sejurus selepas mendapatkan pengesahan laporan daripada pihak hospital yang diiktiraf MMA.

2. Selepas urusan pengebumian jenazah selesai, waris hendaklah membawa bersama salinan laporan polis, sijil kematian, laporan kematian daripada pihak hospital dan tiket asal untuk membuat tuntutan pampasan kematian di pejabat FMLLP.

3. Semua dokumen tersebut perlu diserahkan kepada pejabat FMLLP dan tiket perlawanan akhir tersebut juga perlu disahkan oleh pejabat FMLLP. Setelah itu, waris hendaklah mengisi borang tuntutan yang akan diberikan oleh pegawai di pejabat FMLLP.

4. Lengkapkan borang tuntutan tersebut dengan memberikan maklumat secara terperinci.

5. Setelah dokumen-dokumen tersebut lengkap, pihak FMLLP akan menyerahkannya kepada syarikat insurans (MPI Generali), untuk urusan pembayaran pampasan. Waris akan dihubungi oleh pihak insurans (MPI Generali) jika terdapat sebarang bukti lain yang diperlukan, atau sekiranya proses tuntutan tersebut telah berjaya.

6. Tempoh pembayaran dianggarkan kurang 60 hari daripada tarikh dokumen yang lengkap diserahkan kepada syarikat insurans (MPI Generali).

B. JIKA BERLAKU KECEDERAAN AKIBAT KEMALANGAN SEMASA DALAM PERJALANAN KE STADIUM (DALAM MASA 12 JAM SEBELUM PERLAWANAN BERMULA), DI DALAM STADIUM ATAU DALAM PERJALANAN PULANG DARI STADIUM (DALAM MASA 12 JAM SELEPAS TAMAT PERLAWANAN)

1. Pemegang tiket perlu mendapatkan rawatan segera daripada mana-mana klinik atau hospital berdekatan yang diiktiraf MMA. Bil-bil kos perubatan hendaklah dibayar oleh pemegang tiket terlebih dahulu.

2. Pemegang tiket hendaklah membuat laporan polis sejurus selepas menerima rawatan kecemasan tersebut. Laporan polis harus menerangkan bahawa kemalangan tersebut berlaku dalam perjalanan ke stadium, di dalam stadium atau ketika perjalanan pulang ke selepas tamat perlawanan.

3. Untuk membuat tuntutan bayaran balik bil-bil kos perubatan tersebut, pemegang tiket hendaklah membawa bersama salinan laporan polis, salinan ic pemegang tiket, resit-resit atau bil-bil asal kos perubatan dari klinik atau hospital dimana mendapatkan rawatan, laporan perubatan (jika perlu) dan tiket asal yang disahkan oleh FMLLP.

4. Pemegang tiket hendaklah maklumkan kepada FMLLP mengenai kecederaan atau kecacatan kekal akibat kemalangan yang berlaku dan mendapatkan borang tuntutan daripada FMLLP.

5. Lengkapkan borang tuntutan tersebut dengan memberikan maklumat secara terperinci.

6. Borang tuntutan tersebut hendaklah disertakan sekali bersama dokumen-dokumen seperti yang dinyatakan di Perenggan 3 .

7. Borang tuntutan yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada FMLLP bersama-sama dokumen yang diperlukan untuk proses tuntutan.

8. Setelah dokumen-dokumen tersebut lengkap, pihak FMLLP akan menyerahkannya kepada syarikat insurans (MPI Generali), untuk urusan pembayaran pampasan. Pemegang tiket akan dihubungi oleh pihak insurans (MPI Generali) jika terdapat sebarang bukti lain yang diperlukan, atau sekiranya proses tuntutan tersebut telah berjaya.

9. Tempoh pembayaran dianggarkan kurang 60 hari daripada tarikh dokumen yang lengkap diserahkan kepada syarikat insurans (MPI Generali).

RUJUKAN:

Pemegang tiket yang sah akan dilindungi Group Personal Accident (GPA) bermula 12 jam sebelum perlawanan akhir Piala Malaysia mula, sepanjang di dalam stadium dan 12 jam selepas perlawanan akhir Piala Malaysia tamat
..
Manfaat yang ditawarkan adalah :

i. Pampasan kematian akibat kemalangan (RM 5,000.00)

ii. Pampasan cacat kekal akibat kemalangan (RM 5,000.00)

iii. Kos Perubatan akibat kemalangan, hanya kos perubatan di bawah RM500.00 sahaja akan ditanggung (RM25.00 akan ditanggung oleh pemegang tiket)

iv. Khairat Kematian akibat kemalangan (RM1,000.00)

Sumber : Football Malaysia LLP

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Oct 31, 2017 8:24 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Kemalangan Babitkan Lori & Bas di Lebuhraya Plus, Semua Lorong Terhalang
siakapkeli.my

31 Okt - Kemalangan yang membabitkan sebuah lori dan sebuah bas menyebabkan trafik perlahan di Lebuhraya Plus Km 178.4 utara dari Tangkak ke Jasin apabila ia menyebabkan semua lorong terhalang.

Akaun Plusline menerusi laman Twitter mereka mengesahkan kejadian itu manakala LLM Trafik menasihati orang ramai agar menghindari jalan terbabit dan menggunakan jalan alternatif.

Dalam pada itu, Bomba Melaka dalam satu kenyataan di Twitter memberitahu kemalangan itu menyebabkan 6 mangsa cedera.

"Kemalangan Jalanraya KM 178.4 Lebuhraya Plus Arah Tangkak Ke Jasin melibatkan sebuah lori dengan bas 6 orang mangsa cedera." tulis akaun terbabit.

Bagaimanapun, belum ada laporan penuh tentang kejadian itu.

JBPM BOMBA MELAKA‏ @JBPMBombaMelaka
31.10.17 Kemalangan Jalanraya KM 178.4 Lebuhraya Plus Arah Tangkak Ke Jasin melibatkan sebuah lori dengan bas 6 orang mangsa cedera ..

LLM Trafik‏ @LLMinfotrafik
10.14am PLUS@E2: Kemalangan lori dan bas KM178.1 utara (Tangkak-Jasin).Semua lorong terhalang & trafik terhenti.Sila ambil laluan alternatif

matkatakhijau‏ @matkatakhijau
@plustrafik sebelum susur jasin

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Oct 31, 2017 8:25 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Demi Anak, Sanggup Tolak Kerusi Roda Sejauh 1KM Setiap Hari
siakapkeli.my

BATU PAHAT: Seorang wanita cekal menolak anaknya dengan kerusi roda sejauh lebih satu kilometer ke Klinik Kesihatan Senggarang, dekat sini, setiap hari untuk mendapatkan rawatan.

Poniah Kadiri, 50, yang tinggal di Lorong Tanjung, batu 12 1/2 Senggarang, berbuat demikian semenjak dua bulan lalu berikutan anaknya, Nur Farah Afiqah, 19, mengalami luka melecur di kaki kirinya yang perlu di rawat setiap hari.

Nur Farah atau nama manjanya Saloma, adalah mangsa langgar lari lebuhraya Utara Selatan (PLUS), berhampiran Pagoh, Muar, awal September lalu, ketika dalam perjalanan pulang bercuti dari Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) ke Sengarang dengan menaiki motosikal, kini hanya mampu terlantar berikutan kecederaan parah yang dialaminya.

Menurut Poniah, selain melecur di kaki kiri akibat terhempap ekzos motosikal ketika kejadian, anaknya juga mengalami gegaran otak, patah tengkuk dan rahang serta retak tempurung kepala.

Jelasnya, meskipun keletihan kerana perlu berulang alik ke klinik setiap hari, dia tetap tabah kerana adalah menajdi tanggungjawabnya supaya anak kesayangannya itu pulih seperti sediakala dan mampu menyambung pengajiannya suatu hari nanti.

"Setiap hari saya bangun seawal jam 4 pagi bagi memasak dan membungkus 200 paket nasi lemak serta kuih-muih untuk dijual di pekan Senggarang sehingga jualan habis kira-kira jam 6.30 pagi.

"Selepas itu saya pulang ke rumah untuk berehat dan menyediakan anak yang lain untuk ke sekolah sebelum menyiapkan Saloma untuk ke Klinik Kesihatan kira-kira jam 9.15 pagi setiap hari sejak dua bulan lalu.

"Doktor di Klinik Kesihatan berkata luka melecur Saloma masih basah dan perlu dicuci serta dirawat setiap hari bagi mengelakkan jangkitan kuman. Rawatan untuk Saloma akan selesai menjelang jam 12 tengah hari sebelum saya akan menolaknya pulang ke rumah," katanya yang dipetik dari laporan Berita Harian

Tambah Poniah lagi, beliau akan terus berusaha dan melupakan perasaan letih bagi memastikan anak ketiganya itu sembuh sepenuhnya supaya hasrat Saloma untuk menyambung semula pengajian dalam bidang akaun dan menjadi akauntan untuk membantu keluarganya tercapai satu hari nanti.

"Alhamdullilah, Saloma tidak lumpuh walaupun kecederaannya amat parah berikutan patah tengkuk dan mengalami gegaran otak sehingga perlu memakai besi penstabil di kepalanya. Namun, Saloma masih belum dapat berjalan berikutan kecederaan di kakinya selain belum dapat mengimbangi badan dengan sempurna lagi.

"Selepas kemalangan tempoh hari Saloma koma dua hari selain hilang ingatan selama dua minggu namun hasil rawatan doktor, ingatannya semakin pulih dan hanya mengalami kesukaran bercakap berikutan rahangnya patah selain kecederaan kaki dan kepalanya yang sedang dalam pemulihan," akhirnya.

Sumber- Berita Harian

Tindakan Wanita Pukul Dan Hayun Kanak-Kanak Dikecam Netizen
siakapkeli.my

Seorang wanita bertindak memukul seorang kanak-kanak mendapat perhatian netizen selepas rakamannya mula tular pada malam Isnin.

Berdasarkan rakaman, kejadian berlaku berhampiran mesin pengimbas tiket tren di sebuah stesen yang tidak diketahui.

Menurut video berdurasi 1 minit 33 saat itu, kelihatan seorang wanita menggalas beg di belakang dan memegang plastik besar ketika ingin melepasi mesin pengimbas tersebut namun tiba-tiba bertindak memukul kanak-kanak tersebut.

Wanita itu juga turut menendang anaknya dari belakang beberapa kali setelah anaknya mengingkari arahannya.

Sementara itu, ramai pengguna tren menyaksikan kejadian tersebut tetapi memilih untuk tidak mencampuri urusan wanita tersebut serta tidak menghalang kekasaran yang berlaku.

Di media sosial pula, netizen menyelar perbuatan wanita tersebut yang tidak bersetuju akan tindakan itu.

Terdapat netizen lain berkata, kanak-kanak itu kelihatan nakal dan menyebabkan wanita tersebut berasa tertekan.

"Mak dia mungkin banyak masalah. Tengok mak dia dengan barang banyak nak dibawa dengan anaknya nakal sangat.

"Cuma, cara dia kasar sangat. Kalau tarik elok-elok, pujuk, mungkin boleh dengar kata budak itu."

Namun ada juga yang yang memahami apa yang dirasa oleh wanita terbabit.

Sumber - mStar

Harga Nasi Campur RM100 Berpatutan - KPDNKK
siakapkeli.my

KUANTAN : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang mengesahkan tindakan kedai yang mengenakan bayaran RM100 untuk dua pinggan nasi campur yang tular di media sosial baru-baru ini, adalah benar dan tidak salah.

Pengarahnya, Sharuddin Jali yang menjalankan siasatan terhadap pemilik kedai makan itu berkata, harga yang dikenakan adalah berpatutan berikutan harga udang galah juga jelas dipamerkan di bahagian hadapan kedai.

"Siasatan mendapati bahawa gambar yang tular itu menunjukkan dua ekor udang galah, sedangkan jumlah sebenar yang diambil ialah empat ekor, di samping lauk lain termasuk sayur dan sotong.

"Bagi harga udang galah telah dinyatakan bahawa perkiraan adalah mengikut gred iaitu A, B dan C pada harga antara RM50 ke RM100 mengikut hidangan," katanya yang dipetik dari laporan BERNAMA.

Tambah Sharuddin lagi, siasatan yang dijalankan juga mendapati tiada sebarang tindakan yang boleh diambil ke atas pemilik kedai kerana tiada kesalahan dilakukan.

Lantaran itu, bagi mengelakkan sebarang masalah, Sharuddin menasihatkan orang ramai untuk bertanya kepada pemilik kedai atau menyemak senarai harga makanan yang dipamerkan sebelum mengambil lauk-pauk tersebut.

Terdahulu, seorang wanita memuat naik kenyataan di Twitter kerana perlu membayar RM100 semasa makan di sebuah kedai makan di tepi jalan Leban Chondong, Kuala Rompin.

Wanita itu memuat naik resit bayaran dan gambar nasi campur bersama dua ekor udang galah bersama kenyataan 'weh memang gini ke kedai ni? ke laki aku makan ikan duyung' dan status itu mendapat pelbagai reaksi netizen.

Sumber- Bernama

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Oct 31, 2017 8:25 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



''Ingatkan Ikan Pari'', Nelayan Terkejut Jaring Ketam 'Tangkap' Dron Seberat 50 Kilogram
siakapkeli.my

Seorang nelayan pantai yang memeriksa jaring untuk menangkap ketam terkejut selepas menemui dron seberat kira-kira 50 kilogram yang tersangkut pada jaringnya di perairan Nenasi, Pekan pagi semalam.

Menurut Mat Daut Musa, 36, ketika kejadian kira-kira jam 9 pagi itu dia bersama-sama isterinya Hawa Ishak, 34, turun ke laut bagi memeriksa jaring yang dipasangnya namun mendapati jaringnya terlalu berat untuk ditarik.

"Pada mulanya saya menyangka ikan pari yang tersangkut di jaring ini kerana ia terlalu berat, namun sebaik menariknya saya lihat dron berbentuk pesawat berwarna putih timbul di permukaan air.

''Panik dengan penemuan hampir saja tangan saya terlepas pegangan jaring itu, namun isteri sempat menegur dan mencadangkan untuk membawanya ke jeti," katanya lagi.

Dia turut memberitahu bahawa pernah mendengar kejadian dron terhempas sebelum ini ke dalam laut di daerah ini, namun tidak menyangka akan menjadi individu yang menemuinya.

Ujarnya lagi, keadaan laut yang bergelora mungkin menjadi faktor menyebabkan dron tersebut hanyut dan tersangkut pada jaring yang dipasangnya.

Ketika dron itu ditemui, beberapa bahagian sayap dan badan pesawat kecil itu dipenuhi dengan teritip serta lumut. Mat Daut turut menganggarkan bahawa dron tersebut mungkin sudah berada di dalam lautan lebih dari tiga bulan sebelum dijumpai.

"Atas nasihat dan bantuan isteri saya mengambil keputusan membawa balik dron walaupun terpaksa berhadapan ombak besar ketika itu, saya mengambil masa lebih 45 minit untuk sampai ke jeti.

"Pesawat terbabit tidak banyak mengalami kerosakan kecuali sedikit rekahan pada bahagian sayap, ini kali pertama saya melihat pesawat tanpa pemandu bersaiz besar dengan panjang sayapnya kira-kira tiga meter," katanya yang tinggal di Kampung Serun Jalan Pekan-Rompin.

Menurut Mat Daut lagi, ini adalah pertama kali dia menemui benda asing yang tersangkut pada jaring ketamnya selama tempoh 10 tahun dia menjadi nelayan di perairan Nenasi dan Merchong.

Ketua Polis Daerah Pekan Superitendan Amran Sidek dalam pada itu berkata bahawa pihaknya sudah menerima laporan penemuan dron tersebut. Pihaknya akan menjalankan siasatan terlebih dahulu sebelum menyerahkan kembali pesawat tersebut kepada pemiliknya.

Sumber : myMetro

Anak Saya Terpaksa Berkhatan Awal Kerana Mengalami Phimosis
siakapkeli.my

Selalu kita dengan orang dewasa sahaja yang mempunyai masalah untuk membuang air kecil bukan? Jarang sekali kalau hal ini terjadi kepada kanak-kanak. Tapi tidak mustahil kanak-kanak juga boleh mengalami masalah kesukaran membuang air kecil ini.

Sakit ini dinamakan phimosis, iaitu zakarnya kelihatan kembang pada hujungnya seperti belon dan seolah-olah mahu meletup. Namun, terdapat tanda-tanda lain yang membolehkan anda mengenalpasti tanda-tanda phimosis terhadap anak-anak anda. Ibu bapa perlu memberi perhatian kepada anak anda terutama jika dia kurang membuang air kecil.

Menerusi perkongsian Maizatul Akmal Abdullah Zawawi, anaknya kerap mengalami masalah kesakitan dibahagian alat sulitnya. Beliau juga tidak sedar bahawa anaknya mengalami tanda-tanda phimosis namun, dia sempat mendapatkan rawatan untuk anaknya secepat mungkin.

Muhammad Amsyar Anaqi & PHIMOSIS

Mula-mula sekali, tolong jangan salah paham. Post ini bertujuan untuk sebarkan ilmu sesama umat. Bukan berunsur lucah. Dan post aku kali ini memang sangat panjang. Siapa rasa nak tambah ilmu sila la baca. Siapa tak mau aku tak kisah. Ini sekadar perkongsian.

What is Phimosis?
Phimosis is a condition where the foreskin is too tight to be pulled back over the head of the penis (glans).

Faham tak? Kalau bahasa kedah orang panggil bebird buta kot istilah dia. Anak aku Muhammad memang ada masalah ini sejak baby and kami tak menyedari langsung tentang masalah ini.

Ok balik ke Muhammad punya kes. Al kisahnya anak aku berhenti pakai pampers bulan enam lepas dia sihat dari typhoid. Jadi dalam proses potty - training aku perasan habits anak aku bila dia buang air kecil mesti ambil masa yang agak lama dari anak-anak sedara aku yang lain. Tambahan pula, bila dia buat projek kecil beliau, mesti bebird dia kembung macam belon. Tapi masa itu aku tak terlintas apa-apa masalah pasal Muhaammad tak pernah ada masalah buang air kecil baikpun besar.

Masalah mula timbul aku perasaan anak aku ada satu tabiat yang suka buat aku risau. DIA SUKA PEGANG BEBIRD DIA! Setiap kali aku tegur dia jawapan yang aku dapat "Muhammad punya bebird keras la Mama". Aku apa lagi meroyan mengamuk marah kat dia. Aku selalu mengadu dekat mak aku. Dekat mana la dia belajar benda macam ini. Akhirnya aku akan marah dia and Muhammad akan mintak maaf janji tak buat lagi. Tapi janji hanya tinggal janji. Muhammad masih dengan tabiat dia.

Sampai la minggu lepas, disebabkan baba Muhammad cuti lama kami pun balik kampung mak aku di Hutan Kampung, Alor Star. Kebetulan sepupu-sepupu dia dari Shah Alam balik kampung. Muhammad nampak lain dari selalu. Dia jadi cengeng. Pantang salah sikit nangis, pantang silap sikit mengamuk lepas itu asyik pegang bebird dia. Kali ni dia mengadu cakap "Mama, bebird Muhammad sakit, tolong picit sat."

Aku dah pelik. Aku belek bebird dia tak ada apa yang mencurigakan pun. Tapi dia masih bagitahu bebird dia sakit. Dia punya tonyoh bebird dia sampai nampak macam melecet. Semua ni berlaku dalam sehari. Kami terus bawak Muhammad pergi klinik berdekatan dengan umah mak aku. Kebetulan klinik tu nama KLINIK DR MUHAMMAD. Jadi, Muhammad memang suka pergi klinik Dr Muhammad dengan alasan doktor itu sama nama dengan beliau. Dasyat tak anak aku?? Hahaha.

Dekat sini la bermula kisah Muhammad dan Phimosis.

Sepanjang perjalanan nak pergi klinik aku memang dah terlintas silap-silap anak aku kena khatan awal sebab masalah bebird dia ni. Aku bagitau kat mak aku ngan husband aku pasal aku punya terlintas tu tapi mak dengan husband aku hingaq cakap aku ni drama ja lebih so aku ignore ja perasaan aku. Muhammad pulak makin menjadi mengadu sakit bebird dia. Bila masuk jumpa Dr Muhammad sekali tengok Dr Muhammad diagnosed anak aku ada symptoms Phimosis. Soalan yang Dr Muhammad tanya kat aku ada 4 soalan.

Soalan 1
DrMuhammad tanya anak aku bila kencing sakit tak.Anak aku jawab tak. Aku dalam hati alhamdulillah anak aku tak dak masalah.

Soalan 2
'Puan, bila dia kencing dia amek masa yang lama tak dalam toilet?' Gulp..aku dah terkedu sat.

Soalan 3
'Ada tak dia selalu pegang bebird dia macam satu habit?' Aku jadi terdiam sat.

Soalan 4
Waktu dia kencing bebird dia kembung tak macam belon and air kencing macam tak lancar..lama proses kencing tu? Soalan ni memang buat aku tewas. Sumpah lembik lutut time .

Anak aku ada semua symptoms ni sejak dia baby terutama bahagian kencing kembung macam belon tu. Dan aku aware ok cuma pasai kejahilan aku tak tau tu adalah symptoms kepada masalah anak aku. And guess what..the best treatment is of course as my thought CIRCUMCISION la.. Aku masa tu dah lembik lutut nak kena berkhatan. Anak aku baru cukup 4 tahun. Umur budak baru nak belajar lasak.
Dah la tiba-tiba ja nk kena sunat. Bukan atas persetujuan bersama. Aku dah mula risau. Disebabkan aku punya cuak, Dr Muhammad terang yang Phimosis ni normal untuk baby. Semua baby melalui proses ni. Cuma dia start tak normal bila anak makin membesar tapi bebird dia still tak boleh nak ĺoceh.. Tak boleh nak tarik. Disebabkan memang ada infection Dr Muhammad cuma bagi antibiotics dan pain killer berserta refer letter as suggested by Dr muhammad habis antibiotics pergi hospital and jangan tangguh sebab saluran kencing Muhammad sangat kecil. Kalau biar boleh kesan buah pinggang.. Makin teruk kalau Muhammad sampai tak boleh kencing. So lepas ambil ubat kami balik Sungai Petani sebab esoknya baba Muhammad kerja.

Bermula Azab

Pagi Isnin Muhammad bangun pagi dia langsung tak kencing. Padahal rutin dia setiap pagi bila bangun terus lari ke toilet. Memang wajib untuk muhammad kencing di pagi hari. Tapi tak! Sikit pun tak! Dia minum air banyak macam hari-hari tapi tak kencing..hampa rasa? Dia still mengadu sakit tapi bebird dia dah tak merah nampak macam melecet. Teka apa? 4 petang baru dia kencing dan Muhammad nampak terseksa sangat macam terseksa. Dan dia dah mula merengek balik. Kali ini siap ajak pi hospital nak potong bebird dia. Nampak dia makin tak keruan.. Aku call suami aku ajak pergi hospital. Lepas suami aku balik terus kami tergesa-gesa ke hospital. Lepas doctor dekat Emergency tengok terus Muhammad di letak bawah surgeon Dr Shazly. Malam semalam jugak Muhammad admitted. Dr Shazly sahkan memang PHIMOSIS and pagi esoknya Muhammad kena khatan. Kami terus setuju memandangkan Muhammad dah tak kencing and memang bahaya untuk dia. So Muhammad kena puasa malam tu sedangkan dia kecik lagi and khatan Muhammad special case, dia nak kena full bius. Ok kami setuju ja and sign consent form.

Hari Ditunggu Tiba

Hari ni 24hb October genap Muhammad 4 tahun 21 hari Muhammad dah jadi lelaki sejati (anak mama dah boleh kahwin) dan bila semua proses dah selesai dia sedar ayat pertama dia 'Mama..Muhammad dah tak sakit bebird. Dan Dr Shazly memang cakap nasib baik cepat. Saluran kencing Muhammad memang sangat sempit. Alhamdulillah kami cepat . Tapi sumpah aku masih ralat tak aware dengan badan anak sendiri.

Pokoknya tolong la pantau urinary anak. Jangan la jadi macam kami.
Dah janji dengan Muhammad sihat nanti nak bawa dia tambah collection Thomas and friends dia. Setiap kali masuk ward bertambahlah collection beliau. hahaha. Tak apa la anak demi kamu mama sanggup keluar beribu biji Sambusat Kak Biyan.

Sumber - Maizatul Akmal Abdullah Zawawi

Tangan Murid Tahun 4 Tersangkut Dalam Lubang Tandas
siakapkeli.my

Seorang pelajar Tahun Empat di Sekolah Kebangsaan Dato Harun (2) Petaling Jaya melalui detik-detik cemas apabila tangannya tersekat di dalam lubang tandas.

Pelajar lelaki tersebut dikatakan mahu mengambil jam tangan miliknya yang dipercayai jatuh ke dalam lubang tandas tersebut.

Pihak bomba yang menerima panggilan kecemasan pada jam 11.24 pagi tadi kemudian bergegas ke lokasi kejadian kira-kira seminit kemudian dan tiba 20 minit kemudian.

Seramai 9 orang anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya terlibat di dalam operasi menyelamat itu yang diketuai oleh PBK II Azman selaku Komander Operasi.

Bomba yang tiba di lokasi kejadian kemudian bertindak memecahkan mangkuk tandas tersebut menggunakan peralatan Paratech sebagai usaha untuk mengeluarkan tangan pelajar tersebut bagi mengelak daripada kecederaan yang lebih parah.

Saya Bagai Tak Percaya, Taufan Irma Sebabkan Laut Di Bahamas 'Hilang', Cuma Tinggal Pasir Dan Lumpur

siakapkeli.my

Baru-baru ini, Amerika Syarikat telah dilanda taufan yang amat dahsyat. Taufan Irma yang turut membawa angin dengan kelajuan lebih 321 kilometer sejam pada Jumaat lalu telah menyebabkan satu fenomena unik yang luar biasa di Bahamas.

Saat-saat fenomena luar biasa ini telah dikongsi oleh seorang pengguna twitter, @Kaydi_K dari Long Island, Bahamas melalui tweetnya "Saya tidak percaya sekarang. Ini adalah Long Island, Bahamas dan laut telah hilang!!!".

Sebuah rakaman video juga dimuat naik oleh wanita ini memperlihatkan dia sedang berjalan di atas laut yang "hilang", yang tinggal cuma pasir dan lumpur.

Bagaimanapun, fenomena itu hanya berlaku dalam tempoh kurang dari 24 jam apabila dilaporkan di bahagian lain pantai di Bahamas, air kembali seperti biasa.

Perkhidmatan Cuaca Terp telah memberi penjelasan terhadap fenomena tersebut berlaku disebabkan air laut itu "ditarik" dari teluk.

"Angin kencang yang dibawa taufan Kategori 5 itu telah 'menyedut' air dari teluk cetek hingga menghasilkan kesan seperti sebelum tsunami," ujar agensi itu lagi.

Sumber : Sinar Online

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Oct 31, 2017 8:26 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



''Baru Darjah 1 Tapi Setia Pimpin Ayah Yang Buta Di Tepi Jalan'', Aturan Allah Temukan Aku Dengan Mereka
siakapkeli.my

Dalam perjalanan ke tempat kerja, anda ternampak seorang anak kecil yang masih tidak mengerti soal tanggungjawab, tetapi setia memimpin tangan si ayah yang buta di tepi jalan, mungkin ketika itu cuacanya sedang panas, mungkin juga hujan sedang turun. Jika anda adalah orang itu, apakah tindakan yang akan anda ambil? Berhenti bertanya khabar menghulur bantuan atau berlalu pergi seolah-olah tiada apa yang berlaku?

Jika anda seorang manusia yang berhati mulia dan prihatin dengan masyarakat sekeliling, anda mungkin bertindak seperti apa yang dilakukan oleh lelaki ini, Mohd Fadli Salleh yang berkongsi kisahnya yang berhadapan dengan situasi di atas. Kami bawakan perkongsiannya di bawah.

Hari ni tergerak hati nak ke sekolah dengan kereta. Aku bawa terus 60 buah beg sekolah untuk simpan kat sekolah dan agih lepas peperiksaan akhir tahun nanti.

Lalu depan Pasar Gombak, kelihatan seorang budak perempuan sedang memimpin tangan ayahnya dan menyekat teksi belakang kereta aku. Melalui cermin pandang belakang, aku perhati teksi berwarna hijau itu tidak berhenti!

Terus aku berhentikan kereta. Walau dah terlepas jauh, tak sanggup aku nak biarkan anak kecil dan lelaki buta berpanasan ditepi jalan macam ni. Aku undur kereta dan berhenti betul-betul didepan mereka.

"Oh, kereta biasa. Ingatkan teksi," kata si ayah selepas anaknya berbisik ditelinga.

"Abang nak pergi mana? Meh saya hantarkan."

"Saya nak hantar anak saya ni ke Sekolah Danau Kota. Lepas tu tunggu anak darjah 5 pula pulang dari sekolah," balas si buta jujur.

Aku buka pintu kereta, dan pelawa mereka masuk. Dalam kereta kami berborak. Tentang kehidupan dia, tentang apa saja. Kadangkala kami gelak bersama bila aku bergurau dengan dia.

Anak dia ada 4. 3 perempuan satu lelaki. Yang sulung Tingkatan 1, yang bongsu 2 tahun. Yang dalam kereta ni, namanya Hadini Fatihah. Tahun 1 Gemilang. Cantik dan petah budak ini. Jalan ke sekolah dia yang tunjuk, tanya apa saja tentang keluarga dengan lancar dia jawab.

Sebelum turun kereta, aku sempat bagitahu dia tentang Projek Beg Sekolah yang aku lancarkan. Kejadian aku tiba-tiba tergerak hati nak bawa kereta, nak bawa beg, teksi hijau tak berhenti dan aku memberi tumpang mereka bukan kebetulan. Ini perancangan Allah S.W.T. Cantik dan sempurna kan?

Sebaik turun kereta, aku serahkan 3 buah beg untuk anak-anak dia yang bersekolah serta sedikit sumbangan wang untuk perbelanjaan harian. Lepas tu aku minta izin untuk ambil gambar dia dan Hadini Fatihah.

Alhamdulillah, keluarga ini tidak pernah aku kenali. Tapi Allah aturkan agar keluarga mereka merupakan penerima pertama Projek Beg Sekolah untuk kegunaan 2018.

Senyumlah pengirim sumbangan sekalian, ada doa yang baik-baik dititipkan buat kalian dari si buta dan anak-anaknya ini. Dan pahala yang berterusan mula mengalir ke akaun simpanan pahala kalian. Tenang dan yakinlah dengan janji Allah.

Kita mungkin tidak ditakdirkan untuk bersua di dunia, namun aku mohon pada Allah S.W.T agar kita berjumpa di taman-taman syurga kelak. In Sha Allah, amin.

Sumber : Mohd Fadli Salleh

Anak Itu Perlukan Pembedahan Segera, Tapi Jadi Mangsa Sendiket Bertukar-Tukar 'Ibu' Untuk Raih Simpati Kutip Derma Di TBS
siakapkeli.my

Pengguna-pengguna bas utama TBS sudah pasti pernah melihat kanak-kanak yang berkepala besar ini bukan? Rata-rata yang melihat akan jatuh kasihan dan akan memberi sedikit wang sumbangan terhadap kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak tersebut dipercayai menghidap penyakit Hydrocephalus.

Jika anda perasan, ibu kanak-kanak tersebut akan kerap bertukar saiz badan dan juga rupa, iaitu bukan perempuan yang sama. Kanak-kanak itu dipercayai digunakan oleh sesetengah individu untuk mengaut untung dengan mengutip derma. Kanak-kanak ini juga dipercayai warga Rohingya dari Pahang. Kanak-kanak ini digunakan untuk kutip derma orang ramai dengan menggunakan alasan ingin melakukan pembedahan ke atasnya,

Berdasarkan perkongsian saudara Akhi Fairuz Al-Jengkawi, sudah banyak laporan telah dilakukan, serta penangkapan juga pernah dilakukan tapi akhirnya, kanak-kanak itu akan kembali ke TBS semula sebagai boneka untuk mengutip derma. Mohon pihak yang berkenaan dapat membantu kanak-kanak ini.

Aku betul-betul marah! Sudahlah hujan agak lebat awal petang semalam, tempias air mengenai tubuh dan muka si kecil itu. Ini bukan kali pertama pemandangan sebegini aku lihat di Terminal Bersepadu Selatan.

Kau yang selalu menggunakan LRT, KTM atau ERL dan kemudian ke stesen bas utama TBS pasti pernah melihat si kecil yang berkepala besar ini.

Ketahian apa yang sedang berlaku ni? Siapa individu yang kurang ajar yang menggunakan bayi yang sedang sakit ini untuk meraih duit?

Ini melibatkan nyawa seorang manusia. Aku tak boleh biarkan. Tak kisahlah mereka yang kutip derma di tepi laluan ni warga asing, nyawa tetap nyawa! Kita sedang membicarakan satu eksploitasi atas insan yang lemah paling menjijikkan.

Sampai sahaja stesen utama, aku terus ke kaunter tiket. Setelah tiket diserahkan, aku terus tanya Puan berkenaan. Saya tanya beliau, adakah beliau maklum akan isu budak kecil kepala besar yang digunakan untuk minta sedekah tu.

Beliau mengiyakan. Katanya, ramai dah tanya tanya pasal ni. Ianya melibatkan kuasa Jabatan Kebajikan Masyarakat. Lalu beliau cadangkan untuk aku buat aduan di Pondok Polis di BTS.

Aku terus sahaja bertemu dengan pihak polis. Memberi salam, perkenalkan diri dan menyatakan tujuan kehadiran kepada Tuan Zulhusmi.

"Saya datang bukan nak buat report. Saya hanya nak bertanya. Tuan maklum kan hal pengutip derma kat luar tu? Yang budak kepala besar tu."

Beliau yang berasal dari Jitra menjawab, "Iya Encik. Sebenarnya ia diluar bidang kuasa kami. Kami maklum akan hal ni. Cuma yang boleh ambil tindakan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Imigresen. Kami di pihak PDRM tak boleh tangkap mereka, tiada undang-undang yang boleh menahan mereka.

Mereka bukan orang Malaysia. Kalau Encik nak buat report juga, kami boleh ajukan aduan itu pada pihak JKM."

Tengah rancak mendapatkan penjelasan dari pihak polis yang bertugas, tiba-tiba muncul pegawai yang incharge di balai berkenaan. Namanya Tuan Faudzi.

"Terima kasihlah Cik kerana sudi tanya kami dahulu. Minta maaf saya cakap, bukan Cik seorang je yang tanya, dah lebih 20 orang sebelum ini.

2 hari lepas sudah ada serbuan dan tangkapan yang dilakukan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, kemudian mereka refer pada bahagian Imigresen. Hari ini ada semula minta sedekah.

Sampai tahap mereka yang minta sedekah ni cakap kamu nak tahan kami atas undang-undang apa?"

Jelas beliau panjang lebar. Kurang ajar betul, siapalah dalang disebalik semua ini. Beliau mahir dalam selok belok undang-undang dalam negara.

"Satu sahaja yang boleh membuatkan orang buka mata, Cik viralkan sahaja di internet. Harap ramai baca dan pihak yang boleh bertindak ambil tindakan."

Jadi, malam ini aku update isu ni. Aku tak mahu buat penilaian awal. Sekali-kali pun aku tak mahu tuding jari pada pihak Kebajikan Masyarakat atau Imigresen.

Cuma aku nak tahu apakah jawapan dari mereka hingga perkara ini tak mampu diatasi dengan baik.

Ia bukan sahaja melibatkan nyawa seorang bayi yang sakit, bahkan ia mendatangkan imej tak baik kepada negara. Punyalah ramai pelancong asing di BTS tu. Apalah yang mereka fikir saat melihat situasi seperti dalam gambar yang aku kongsi ini.

Harapan aku beginilah, aku nak sangat budak kecil ini diberi rawatan sepenuhnya. Kita ni wajib beri bantuan kesihatan kepadanya. Entah ketumbuhan, pendarahan otak atau apa jua penyakit, kita harus bantu!

Sekali lagi aku ulang, tak kisahlah mereka tu warga asing, manusia tetap manusia. Mereka sama macam kita, ada jasad, ada badan, ada roh, ada hati dan perasaan.

Yang kedua, aku nak sangat mereka yang gunakan budak-budak macam ni untuk kutip derma dibawa ke muka pengadilan. Namun jika benar keluarga budak ini orang susah yang perlukan duit untuk rawatan anak beliau, kita wajib bantu.

Yang ketiga, aku perlukan bantuan dari kau orang yang baca post ni. Aku yakin, netizen kita di Malaysia tak akan membiarkan perkara seperti ini berterusan. Bantu saya untuk tularkan isu ini walaupun dah pernah ada yang viralkan tentang bayi berkenaan sebelumnya.

Biar mesej ini sampai sekali lagi ke pihak yang ada autoriti dalam ini negara.

Terima kasih.

Akhi Fairuz Al-Jengkawi
#TukangCeramahBudakSekolah
#TukangKongsiCeritaManusia

====================================

UPDATED TERKINI : Maklumat dari Tuan Speaker (Volunteers Kl - Together We Care) :- "Saya Penyelaras VKL. Kami dah bantu dan dah bawa ke hospital tetapi keluarga adik ni (Rohingya dari Pahang) menolak dimasukkan ke wad. Dulu wanita lain jaga, lepas tu wanita lain jaga, skrg wanita lain pula jaga. Jelas sekali adik ni dipergunakan."

Maklumat dari Puan Vieda (Persatuan Pesakit Hydrocephalus Malaysia : "Penjaganya memang berubah setiap kali. Kami Persatuan Pesakit Hydrocephalus Malaysia juga banyak terima aduan tentang anak ini. Pernah dibawa ke hospital oleh pihak ketiga tetapi sampai masa untuk rawatan mereka tak bawa pun baby ni ke hospital. Bila cari kat alamat yg diberi tak jumpa pun. Kepala anak tu dah besar sangat. Risiko besar untuk doktor lakukan pembedahan. Tapi tak wajar lah bayi ini diperalatkan sebegitu. Anak tu berhak dapat kehidupan yg lebih baik sekiranya dirawat lebih awal. Kita sendiri tak tahu asal usul anak ni siapa ibu bapa siapa keluarga."

Sumber - Akhi Fairuz Al-Jengkawi

Tekad Jaga Nenek Buta Sampai Tercicir Pelajaran, JPN Sedia Pujuk Seorang Pelajar Untuk Kembali Ke Sekolah
siakapkeli.my

Susulan kes seorang pelajar Tingkatan 2 yang enggan ke sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah menegeluarkan kenyataan bahawa mereka bersedia untuk memujuk kembali pelajar tersebut ke sekolah supaya tidak terus keciciran dalam pelajaran.

Pegawai JPN Kedah, Abdullah Abdul Manaf berkata, jika Syawal Mukhriz Abdul Razak, 14, yang juga bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Merah ingin kembali menyambung pelajaran, pihaknya sedia membantu memudahkan urusan kemasukkan semulanya.

Mengikut semakan status Syawal Mukriz yang dibuat pihak JPN Kedah, pelajar tersebut dibuang sekolah pada 20 Ogos lalu dan ianya mengikut prosedur yang digariskan JPN, iaitu selepas mengeluarkan surat amaran sebanyak tiga kali kepadanya sebelum ini.

"Surat amaran itu dikeluarkan kali pertama pada 3 Mac 2017 disusuli surat kedua pada 11 Mei, manakala surat amaran kali ketiga pada 14 Julai, namun masih tiada sebarang jawapan.

"Selepas itu baru surat diberhentikan sekolah dikeluarkan pada 20 Ogos lalu, namun kami berharap pelajar ini kembali ke sekolah, malah Pengarah JPN negeri, Datuk Azuyah Hassan mahu saya memujuknya," katanya, semalam.

Abdullah turut memberitahu bahawa pihaknya akan berkunjung ke rumah Syawal Mukhriz bagi melihat situasi semasa bekas pelajar itu bersama neneknya.

"Dia pernah dapat bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) tahun lalu," katanya.

Kelmarin, kisah Syawal Mukhriz dari Kampung Alor Gunung, Seberang Pantai yang tidak ke sekolah kerana ingin menjaga neneknya, Azilah Walad, 67, selama-lamanya mengikut laporan sebuah akhbar.

Nenek Syawal Mukhriz itu mengalami masalah buta akibat kemalangan 10 tahun lalu, hilang punca pendapatan dengan menjaja kuih kini hanya mengharapkan bantuan orang ramai untuk meneruskan kehidupan harian.

Azilah yang dilaporkan telah menjaga Syawal Mukhriz sejak dia dilahirkan, kini menghuni sebuah rumah yang kian usang dengan keadaan dapur yang kurang terurus bersama cucunya itu.

Sumber : myMetro

Lelaki Yang Berperwatakan Alim ini Sebenarnya Kaki Pukau
siakapkeli.my

Dipetik melalui laman facebook Azir Farith Shafiee beliau mengatakan bahawa emaknya telah dipukau oleh seorang pakcik yang berkopiah putih. Kejadian ini telah berlaku di pasar minggu Kamunting pada pagi 10/9/2017. Jom sama-sama kita bantu lelaki ini mengesan pakcik yang tertera didalam gambar (bulatan).

Assalamualaikum, mohon share..10.9.2017.. pagi tadi.. mak aku baru lepas kena dengan pakcik mulia ni.parking pasar minggu Kamunting.. PUKAU.. habis semua barang kemas.. dia panggil dan tunjuk something macam kertas.. so korang berjaga-jaga la naa.. dan sapa-sapa ada info pasal pakcik ni, boleh terus mesej saya.. ada gmbar kenderaan dia pandu ka, beserta no plat, rumah dia ka (gmbar) boleh mesej saya.. info tepat, insyaAllah ada reward.

Hentikan Tabiat Suka Letak Kaki Atas 'Dashboard', Ini Yang Akan Berlaku Kepada Anda Kalau Terus Buat Begitu
siakapkeli.my

Setiap dari kita mesti ada tabiat yang tersendiri bila mana menaiki kereta, ada yang suka mendengar lagu kuat-kuat sambil berkaraoke, ada yang tak suka buka penghawa dingin, atau mungkin ada yang akan mudah tertidur bila dah masuk kereta.

Perkara sebegitu adalah normal, kerana ia membuatkan kita berasa lebih selesa bila ada dalam kereta, dan lebih yakin untuk memandu atau duduk dalam kereta.

Tapi, mungkin ada di antara kita yang pernah dan selalu meletakkan kaki ke atas papan pemuka (dashboard) kereta, untuk rehatkan kaki atau rileks seketika.

Sebenarnya, tindakan letakkan kaki atas 'dashboard' bukanlah satu tabiat yang elok, bahkan boleh mendatangkan kecederaan yang serius sekiranya berlaku kemalangan.

Agak pelik juga, bila kita berebut-rebut nak duduk di depan, tapi letakkan kaki ke atas papan pemuka, sebabnya kita duduk di depan untuk dapatkan ruang kaki yang lebih luas dan selesa.

Bila bercakap soal kemalangan pula, tak ada siapa yang ingin berada dalam situasi tersebut, tapi, sebolehnya kita tak nak berada dalam posisi ini juga, bila berlaku kemalangan, iaitu, letakkan kaki ke atas papan pemuka.

Secara asasnya, bila berfikir tentang perkara ini pun dah rasa tak senang.

Salah satu kejadian yang teruk berlaku kepada Audra Tatum, yang mana dia suka letakkan kaki ke atas papan pemuka bila mana suaminya memandu.

Walaupun telah diingatkan oleh suami berulang kali, yang mana jangan berbuat demikian, untuk keselamatnnya kalau kemalangan.

Tapi, Tatum beritahu suaminya yang dia akan ada masa yang cukup untuk turunkan kaki kalau kemalangan, namun, Tatum harus hadapi realiti yang mana sangat sukar baginya.

Gambar hiasan, eksiden 't-boned'

Kejadian berlaku pada 2 Ogos 2015, yang mana kereta yang dinaiki mereka dilanggar pada bahagian sisi kereta mereka.

Apa yang berlaku kepadanya adalah, beg udara yang menggelembung telah menolak kakinya dan mengenai muka, menyebabkan hidungnya patah, serta kaki kanannya mengalami kepatahan.
Tambahnyanya, dia bukanlah Superman yang boleh bertindak pantas, kerana tidak sempat letakkan kaki ke bawah.

Bukan itu saja, pergelangan kaki, femur dan bahunya juga patah, kerana malangnya, dia tidak boleh bertindak lebih pantas dari beg udara.

Jabatan Bomba Chattanoga menyatakan, beg udara boleh menggelembung di antara 100 dan 200 batu sejam, dan ia boleh 'membuatkan lutut menembusi soket mata'.

Walaupun Tatum tak alami perkara itu, tapi menderita akan kecederaan yang dialami dua tahun kemudian.

Tatum tidak boleh bekerja dalam perkhidmatan perubatan kecemasan kerana tidak dapat mengangkat pesakit dan tidak boleh berdiri lama, lebih dari empat jam pada satu masa.

Menurut Tatum, anda tidak akan mahu hidup sebegini, yang mana merasai kesakitan setiap hari.

Buat anda semua, perlu diingat, jangan sama sekali letakkan kaki pada papan pemuka kereta, khususnya buat penumpang, kalau tidak anda mungkin berdepan dengan kesan yang sangat menyakitkan. – Siakap Keli

Sumber: Tip Hero

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Oct 31, 2017 8:26 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Walaupun Berpindah, Tol Bukit Kayu Hitam Tetap Akan Ditutup Pada 1 Januari 2018.

bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.org
Posted by Ameno World

PLUS Malaysia Berhad dalam satu kenyataannya pada hari ini menegaskan operasi Plaza Tol Bukit Kayu Hitam akan tetap ditutup mulai 1 Januari 2018 meskipun selepas berpindah ke lokasi baru.

Ini bagi menjawab tuduhan yang sedang tular di laman sosial kononnya Plaza Tol Bukit Kayu Hitam tidak ditutup sebaliknya hanya berpindah ke lokasi lain.

"PLUS ingin memaklumkan bahawa operasi Plaza Tol Bukit Kayu Hitam akan berpindah ke lokasi baharu mulai 1 November 2016 bermula jam 6 pagi.

Namun demikian selepas beroperasi di lokasi baharu pada tarikh tersebut, kutipan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam hanya berkuatkuasa sehingga 31 Disember 2017 sahaja," kata PLUS dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan tadi.

PLUS turut menjelaskan penutupan tol tersebut adalah bersempena dengan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan penutupan lima tol secara serentak berkuatkuasa 1 Januari depan.

Dalam pada itu PLUS turut memaklumkan perpindahan ke lokasi baharu itu adalah disebabkan projek pembangunan kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin & Keselamatan (ICQS) yang akan memulakan operasinya bermula 1 November ini.

Operasi tol juga akan dilanjutkan masa bermula 6 pagi hingga ke 2 pagi pada setiap hari bermula esok.

Sebelum ini blok pembangkang menyebarkan satu gambar yang membayangkan seolah-olahnya Najib telah melakukan penipuan apabila mengumumkan Plaza Tol Bukit Kayu Hitam akan ditutup sebaliknya berdasarkan kepada banner yang tersebar ia hanyalah berpindah lokasi dan bukannya ditutup.
Read more: http://www.amenoworld.org/2017/10/walaupun-berpindah-tol-bukit-kayu-hitam..html#ixzz4x5dtnJHt

Najib: Luar bandar tak perlu internet kelajuan tinggi
bloglist-malaysia.blogspot
idahsalam.blogspot
Posted by indah.com
Adam Abu Bakar

Kawasan luar bandar tidak mempunyai permintaan tinggi dan tidak wajar sekiranya wang rakyat diambil dan digunakan untuk memberi subsidi dalam perkara ini.

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan tidak bercadang memberi subsidi untuk pembangunan internet berkelajuan tinggi di kawasan luar bandar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, kawasan di luar bandar tidak mempunyai permintaan tinggi dan tidak wajar sekiranya wang rakyat diambil dan digunakan untuk memberi subsidi kepada mereka dalam perkara ini.

"Tidak wajar kita gunakan duit rakyat untuk beri subsidi pembangunan internet berkelajuan tinggi. Realitinya memang kita akan tingkatkan, tetapi hakikatnya kita ikut kepada model perniagaan.
"Jika permintaan meningkatkan internet di kawasan termasuk luar bandar berada di tahap rendah, maka ekonomi tidak seimbang. Itu bukan model perniagaan sebenar.

"Kawasan yang mempunyai tinggi permintaannya akan dapat kelajuan internet lebih dari kawasan yang kurang permintaan. Itu realitinya," katanya sewaktu Dialog eUsahawan TN50 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Pada perkembangan lain, Najib juga berkata kerajaan akan melancarkan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) Malaysia pada Jumaat ini.
Pelancaran itu juga akan dihadiri jutawan internet dari China, Pengerusi Eksekutif Alibaba Group Jack Ma.

DFTZ adalah inisiatif terbaru kerajaan dalam memacu perkembangan sektor e-dagang negara seiring usaha pengukuhan ekonomi domestik.
"Dia (Jack Ma) nyatakan kepada saya, kalau kita boleh berikan kelulusan kepadanya dalam masa 3 bulan, dia akan jadikan Malaysia sebagai DFTZ pertama di luar negara China.

"Kita berjaya memenuhi kehendak Jack Ma dalam masa 3 bulan dan ia mengejutkan. Dia tidak fikir ada kerajaan boleh buat (kelulusan) dalam masa 3 bulan," katanya.

Najib berkata, Jack Ma juga memberikan syarat kepada Malaysia untuk mencari sekurang-kurangnya 1,500 orang usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat.

"Jack Ma akan datang. Saya diberitahu sasaran 1,500 syarikat PKS dan mereka kata tidak mungkin dapat itu, tetapi sekarang ini 1,900 yang hadir dan hampir 2,000 syarikat sudah ada.
"Ini menunjukkan hampir 2,000 syarikat ini boleh peroleh pasaran luar di China. Pasaran China adalah pasaran yang besar," tambahnya lagi.
FMT

Kerajaan Cadang Bagi Wang Jika Tukar Kereta Lama Kepada Baru
siakapkeli.my

Kementerian Pengangkutan kini sedang melakukan kajian polisi baru bagi jangka hayat sebuah kenderaan.

Menurut Datuk Seri Liow Tiong Lai, kajian itu kini berada di peringkat akhir.

Jelasnya kajian itu, yang turut mengandungi cadangan pemberian insentif bagi menukar kenderaan lama kepada baharu, perlu mendapat kelulusan Kabinet terlebih dahulu sebelum dibentang di Parlimen.

"Kita tidak letakkan jangkaan tempoh untuk laksanakan polisi ini kerana kita tahu ia membabitkan pelbagai perkara selain perlu meminda undang-undang pengangkutan terutamanya Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Bagaimanapun, kita memahami kebimbangan rakyat kerana semakin 'berusia' kenderaan itu, semakin banyak isu atau masalah yang timbul," katanya selepas merasmikan Konvesyen MCA Perak 2017 di Ipoh, semalam.

Menurutnya, sekiranya polisi itu dilaksanakan, Kementerian Pengangkutan akan menentukan jangka hayat sesebuah kenderaan selain pemberian insentif kepada pemilik yang mahu menamatkan jangka hayat kenderaan mereka.

"Kita mungkin bagi rebat atau wang tunai kepada mereka yang bersedia melakukan penamatan itu dan bagi kita, ia antara cara terbaik untuk mengurangkan jumlah kenderaan lama di atas jalan raya," katanya.

Selain itu, katanya, banyak aduan yang diterima daripada pelbagai jabatan dan agensi yang mahu polisi baharu itu diperkenalkan dengan segera bagi mengurangkan masalah kenderaan terbengkalai.

Tambahnya, kenderaan terbengkalai itu boleh mendatangkan pelbagai masalah dan ada laporan menyatakan bahawa ia menjadi tempat takungan hingga menyebabkan berlakunya penyakit denggi.

Sumber - Bernama

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com