8 Messages
Digest #4850
Messages
Mon Oct 23, 2017 8:13 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
''Kerajaan Kata Tak Ada Duit, Bajet Agensi Semua Kena Potong, Tapi Buat Agensi Baru," Bos SPRM Bidas Menteri
siakapkeli.my
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad membidas cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low untuk penubuhan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN).
Beliau menyelar Low kerana dilaporkan berkata, bahawa JITN akan memastikan bahawa SPRM menyiasat kes rasuah dan mendakwa dengan lebih berkesan.
Dzulkifli berkata, menteri itu perlu meminta lebih banyak peruntukan untuk SPRM, meningkatkan aset dan tenaga kerjanya serta memperbaiki kebajikan kakitangan, bukannya menubuhkan sebuah agensi baru.
"Siapa menteri ini? Siapa menteri yang mahu mengawal bagaimana kita menyiasat kes?
"Kita sepatutnya bebas. Jika alasan untuk membentuk JITN adalah untuk memantau SPRM, mengapa perlu saya melaporkan kepadanya?"
Dzulkifli mempersoalkan mengapa terdapat keperluan segera untuk menubuhkan agensi berkenaan sedangkan peruntukkan untuk semua jabatan dan agensi telah dipotong.
"Bagaimana ada wang untuk menubuhkan JITN?" kata Dzulkifli.
"Saya agak serius mengenai perkara ini dan kami menentang perkara itu apabila ia dibangkitkan dalam kabinet," katanya selepas menghadiri Program Kembara Jelajah Anti Rasuah 2017 di Madrasah Raiyah Islamiah di Balik Pulau, semalam.
Tak Adil Macam Ni..
bloglist-malaysia.
Posted by Jeebond BLM
Kuala Lumpur: Seorang wanita 'panas hati' selepas mendapati tayar keretanya dikapit petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedangkan kereta mewah berhampiran tidak diambil tindakan sama.
Perkongsian wanita itu melalui laman sosial Twitternya menjadi tular sejak semalam dan menimbul tanda tanya ramai netizen.
"Kereta saya dikunci kerana meletakkan kenderaan di kawasan dilarang. Baiklah, saya terima. Tetapi kenapa kereta VIP ini yang juga meletakkan kenderaan di kawasan yang dilarang tidak dikunci seperti mana saya kena sedangkan dia berada di situ terlebih dahulu berbanding saya," katanya.
Wanita itu turut berkongsi beberapa gambar sebagai bukti ketika memuat naik status berkenaan di akaun Twitter miliknya.
Dia turut mempersoalkan adakah lambang polis terdapat pada plat kereta berkenaan menyebabkan DBKL tidak mengambil tindakan.
Menurut wanita itu lagi, ketika kejadian beberapa penguat kuasa muncul semula membuat rondaan kali kedua dan kenderaan 'VIP' itu masih tidak dikapit tayarnya.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Penguatkuasaan DBKL Nasarudin Daharun berkata, dakwaan wanita terbabit berhubung diskriminasi yang diterima itu akan disiasat.
Menurutnya, pihak DBKL akan menyiasat sama ada kenderaan itu dikunci bahagian trafik jabatan berkenaan atau sebaliknya.
"Kami akan siasat ia dikunci bahagian trafik atau petugas yang dipinjamkan kepada operator pengendali parkir di bawah Yayasan Wilayah," katanya.
Jangan Tukar Gear 'P' Di Lampu Isyarat, Bagaimana Kendali Kereta Gear Automatik Untuk Elak Dari Gearbox Cepat Rosak
siakapkeli.my
Memandu kereta automatik adalah lebih mudah berbanding kereta manual tetapi beberapa langkah perlu dilakukan supaya gear kereta anda lebih terjaga.
Tukar gear auto dengan cara yang salah boleh menyebabkan kerosakan pada gearbox dan kos baik pulih gearbox agak mahal.
Ikuti perkongsian dari Legacy Secret Trading mengenai cara penggunaan gear automatik yang betul kerana ramai yang tidak tahu. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.
Cara Penggunaan Gear Automatik Dengan Betul.... Ramai yang Selalu Tersilap!
Tukar gear auto dengan cara salah boleh menyebabkan gearbox
anda rosak dan kos gearbox kereta sangat mahal.
Harap selepas baca, dapat kongsikan kepada rakan-rakan anda.
JANGAN TUKAR GEAR "P" DI TRAFFIC LIGHT
Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila
berhenti kat trafic light. Senang untuk teka, sebab lampu reverse
akan nyala sekejap.
Bayangkan kalau pemandu terkejut sebab lampu trafic light dah
hijau lama & kereta belakang dah hon-hon je. Tertekan pedal minyak
dulu baru masuk gear. Jawabnya, gear anda boleh rosak atau
cepat rosak.
Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light:
1. tekan brek kaki
2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)
3. Tarik hand brek
4. lepas brek kaki
Bila nak jalan balik:
1. tekan brek
2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer)
3. lepas hand brek.
4. lepas brek kaki
5. tekan minyak
PENGGUNAAN TOMBOL/BUTANG PADA GEAR
1. tekan tombol semasa menukar
P > R ,
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D
2. jangan sesekali tekan antara
N > D
D > N
D > D3
D3 > D
KENAPA?
Ini adalah untuk mengelakkan daripada anda terlajak tolak gear.
Jika terlajak, gearbox anda boleh rosak.
Contohnya. dari gear D, anda ingin tolak ke N. Sekiranya tak
tekan tombol gear, anda tak dapat tolak lebih kerana ia tersekat
di N. Tetapi jika anda tekan tombol, anda boleh menolak gear
terus ke R.
Contohnya, semasa ingin berhenti kereta, anda ingin menolak ke
gear N dari gear D. Oleh kerana anda menekan tombol gear,
kemungkinan tertolak ke gear R adalah tinggi. Jika kereta belum
berhenti sepenuhnya, gearbox boleh rosak. akibat pertukaran
mengejut dari D terus ke R secara tidak sengaja akibat tertekan
tombol gear.
p/s : Tombol gear ini hanya terdapat pada kereta auto yang
kekotak gearnya lurus (seperti dalam gambar). Kalau yang
lekok-lekok tu, takde tombol. Selamat.
Berikut adalah susunan gear untuk gearbox auto:
P - parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda.
gear akan disekat.jadi kereta anda takkan bergerak walaupun
handbrake tak ditarik.
R - reverse, untuk mengundur kereta anda
N - neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic
jem, alihkan ke gear neutral. bukan parking! jika anda perasan,
gear D ke N tidak perlu menekan kekunci pada tombol gear.
D - drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya
butang overdrive - gear akan menyekat untuk masuk ke gear 4.
gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3 shj
3 - setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi
mempunyai susunan gear 3 untuk menurunkan gear dari 4 ke 3
2 - ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak
akan masuk ke gear seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu
L - Low gear, gear pertama
KLIK "SHARE" SEKIRANYA INFO INI BERMANFAAT
Sumber - Faten Raihanah
Sejak Tular, Dah Lebih 100 Lelaki Datang Dan Cuba Lamar Gadis Bangkel
siakapkeli.my
Videonya tular di laman sosial kerana mahir membaiki kenderaan, Nor Sakira Awee, 20, mengakui lebih 100 lelaki cuba memikatnya selain menerima ratusan mesej cinta dari seluruh negara.
Dia berasal dari Kampung Batangan, Marang menjadi tumpuan selepas kisahnya yang tidak kekok untuk 'bermain' dengan enjin kenderaan disiarkan akhbar ini pada pada 6 Oktober lalu.
"Ramai yang menghantar mesej melalui akaun media sosial saya termasuk Instagram, Facebook dan juga aplikasi telefon seperti WeChat.
"Walaupun menjadi tumpuan berbanding sebelum ini, saya tidak menganggapnya sebagai gangguan kerana saya juga memang suka berkawan dengan semua orang dan terbuka dalam soal ini.
"Saya tidak mengalami sebarang masalah kerana selama ini memang ada ramai kawan lelaki berbanding rakan perempuan," tambahnya.
Nor Sakira merupakan salah seorang pelatih dari Sijil Tahap Dua Kemahiran Automotif Servis Selepas Jualan di Universal Centre Education Traning Employment (UNICETE).
Kisahnya yang mendapat pujian netizen sehingga ada yang sanggup menawarkan wang hantaran sebanyak RM20,000.
Menurutnya, dia yang tidak kisah apabila diajak bercinta oleh lelaki, beranggapan itu sekadar usikan netizen dan hak mereka, namun ada juga yang bersikap tidak sopan dan tidak menghormatinya.
Jelasnya, dia tidak menjangkakan bahawa pembabitannya dalam bidang automotif akan mendapat perhatian ramai seperti itu.
"Saya hanya buat apa yang saya suka dan minat, tetapi tak sangka pula ia mendapat maklum balas positif daripada orang ramai.
"Selain yang menghantar mesej untuk berkenalan, ramai juga memberi dorongan dan kata-kata semangat. Respon netizen dan orang sekeliling secara tidak langsung membuatkan saya lebih bermotivasi untuk terus maju dalam bidang automotif ini," katanya.
Disamping itu juga, dia juga ada menerima beberapa tawaran kerja sambilan di bengkel kenderaan termasuk daripada sebuah syarikat minyak pelincir dengan menawarkan kerja sambilan di pusat servisnya di Kampung Ladang.
"Memandangkan masih belajar, saya perlu mendapatkan persetujuan banyak pihak selain ingin memastikan ia tidak menggangu pembelajaran di UNICETE," katanya lagi.
Sumber - Harian Metro
Saya Tak Kisah Orang Nak Kata Apa Sebab Itu Memang Minat Saya
siakapkeli.my
Kuala Terengganu: Nor Sakira Awee, 20, tidak menyangka rakaman videonya membaiki brek kereta tular di media sosial hingga menyebabkan ada netizen menggelarnya sebagai gadis bengkel serta sanggup meletakkan hantaran setinggi RM20,000.
Bagaimanapun, gadis itu hanya tersenyum membaca komen netizen serta menganggapnya sekadar gurauan dan usikan nakal terhadapnya.
Nor Sakira juga tidak sangka rakaman video berdurasi 35 saat itu boleh tular di media sosial hingga mendapat perhatian ramai tetapi dia tidak kisah walaupun ada sebahagian komen dilontarkan netizen agak keterlaluan.
Menurutnya, rakaman berkenaan dilakukan ketika dia menjalani latihan di Universal Centre Education Traning Employment (UNICETE) di Chendering, dekat sini.
Katanya, dia seorang daripada 65 pelajar tahap dua bagi Sijil Kemahiran Automotif Servis Selepas Jualan di UNICETE itu.
"Walaupun terpaksa bergelumang dengan minyak hitam selain mendapat sindiran pelbagai pihak, saya tetap kekal dengan minat itu," katanya.
Pelajar berasal dari Kampung Batangan, Marang itu berkata, dia meminati kerja membaik pulih pelbagai jentera termasuk kereta dan motosikal sejak kecil.
Menurutnya, dia memang mempunyai asas dan sedikit kemahiran membaiki motosikal dan kereta sebelum mengikuti kursus di UNICETE itu.
Katanya, abangnya sendiri, Mohd Sabri, 26, mempunyai bengkel kereta di Kampung Tok Landok dan dia juga banyak menimba ilmu membaiki kenderaan bersamanya.
"Selepas enam bulan mengikuti kursus di UNICETE, kemahirannya semakin bertambah dan dia kini mampu membaiki kerosakan enjin kereta.
"Apabila minat, semua perkara akan mampu dilakukan. Ramai kenalan perempuan yang memandang sinis terhadap minat saya ini tetapi ia tidak melunturkan semangat.
"Walaupun saya terpaksa bermandi minyak hitam, bekerja dengan menggunakan banyak tenaga tetapi ia tidak mengubah penampilan saya sebagai seorang wanita.
"Memang ia kerjaya lasak dan asing untuk seorang perempuan tetapi saya tetap perempuan yang kekal dengan identiti lemah lembut dan suka dengan penjagaan kecantikan," katanya.
Menurutnya, dia berasa gembira dan bangga kerana memilih untuk mendalami bidang automotif itu sekali gus berpeluang berkhidmat kepada masyarakat.
"Bila ada kenderaan rosak tersadai di tepi jalan, saya akan berhenti untuk memberikan pertolongan.
"Saya berasa puas apabila mampu menghulurkan bantuan kepada orang yang memerlukan terutama membabitkan wanita," katanya.
Rakannya, Mohd Ishak Amin, 20, dari Kampung Wakaf Mempelam berkata, dia kagum dengan kebolehan yang dimiliki Nor Sakira.
"Sejak mengikuti kursus ini, dia secara tidak langsung menjadi pembakar semangat dan pendorong kepada semua pelajar lelaki di pusat latihan ini.
"Walaupun perwatakannya lemah lembut tetapi kemahiran serta dan kecekapan yang dimilikinya juga setanding dengan pelajar lelaki," katanya.
Sementara itu, Ketua Pengajar UNICETE Mohd Nazarizal Abd Ghani berkata, Nor Sakira ialah pelajar perempuan ketiga yang mengikuti kursus automotif di UNICETE sejak ia ditubuhkan pada 2012.
"Kami memang menggalakkan penyertaan pelajar wanita di UNICETE kerana ia memberi impak positif terhadap pelajar lelaki," katanya.
Sumber: Harian Metro
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Oct 23, 2017 8:14 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
'Kalau Orang Islam Korang Panggil Pengganas, Tapi Kalau Orang Putih Korang Panggil Kurang Siuman' - Luah Orang Muslim Barat
siakapkeli.my
3 Okt - Umat Islam di seluruh dunia meluahkan rasa kecewa dengan segelintir media barat yang dengan jelas dilihat bias dalam melaporkan insiden serangan tembakan di Las Vegas baru-baru ini.
Di Twitter, ramai netizen termasuk yang bukan beragama Islam sendiri melahirkan rasa kecewa tersebut dengan memuat naik status di laman media sosial itu.
Ali menulis: "Jika penembak itu adalah seorang Muslim, kamu akan panggil ini satu serangan pengganas. Ini adalah serangan pengganas, yang dibuat oleh seorang lelaki Amerika 64 tahun berkulit putih #LasVegas."
Tweet dari Ali itu mendapat 1.3 ribu retweet tanda sokongan.
"Memandangkan dia seorang lelaki kulit putih.... dia cuma seorang penembak... Jika dia seorang Arab/ Muslim.. dia akan dilabel sebagai pengganas." tulis Little Monster.
Perkara ini bukan sahaja menjadi isu untuk orang Muslim, malah turut menaikkan kemarahan orang Amerika yang bukan berkulit putih.
"USA media kepada anda:
"Jika dia muslim - terroris,
"Jika dia hitam - gangster
"Jika dia putih - seorang yang kurang siuman" tulis irum.
Beberapa portal barat menyifatkan bahawa penyerang Las Vegas sebagai 'Lone Wolf' dan bukannya pengganas biarpun telah menembak mati sekurang-kurangnya 59 mangsa.
Daesh juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka bertanggungjawab terhadap serangan terbabit dan mendakwa si penembak itu telah masuk Islam beberapa bulan yang lalu, ujar media barat.
Pegawai Polis berpangkat ASP pernah dedah kisah "9 Dragons"
bloglist-malaysia.blogspot
milosuam.net
ANTARA cerita paling panas minggu ini ialah pendedahan oleh PPIM tentang wujudnya sindiket yang digelar sebagai "9 Dragons" didakwa sangat berpengaruh sampai boleh mengawal Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Pendedahan itu secara tak langsung menjelaskan kepada kita persoalan mengapa pusat-pusat judi haram, dan rumah-rumah pelacuran berselerak di seluruh negara tidak pernah dapat dihapuskan.
Apa sahaja namanya, 9 Dragon ke 10 Dragon mahupun beribu-ribu lemon Dragons, kisah yang didedahkan oleh PPIM berkisar tentang sindiket haram tertentu yang mengawal PDRM
Perkara ini jelas sekali serupa dengan dakwaan dalam kenyataan bersumpah oleh seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintenden (ASP) bernama Mior Fahim Bin Ahmad (K/P Polis No: G/13237) yang tersebar satu masa dahulu.
Anggota polis berkenaan telah mendedahkan secara panjang lebar dan terperinci dalam akuan bersumpahnya tentang bagaimana individu-individu tertentu yang terlibat dengan aktiviti judi haram di Johor telah menjadi "tangan ghaib" mengawal PDRM.
Beliau turut mendedahkan bagaimana pegawai-pegawai tinggi dalam pasukan PDRM telah dikuasai oleh sindiket tersebut. Sampaikan pegawai polis yang baru berpindah di Johor, akan ditemubual oleh wakil sindiket itu.
Pada penghujung kenyataan bersumpah itu, Mior Fahim meluahkan rasa amat tertekan apabila tindakannya di dalam menjalankan risikan terhadap kegiatan jenayah judi haram telah menyebabkan dirinya dikenakan siasatan oleh Bahagian Tatatertib polis.
Enam pegawai polis dan dua individu kongsi gelap telah menandatangani akuan bersumpah mendakwa pegawai-pegawai tinggi polis, sehingga Ketua Polis Negara mempunyai hubungan dengan sindiket dadah, judi haram, pelacuran, dan ahlong yang berpengkalan di Johor dan telah memperluaskan operasi mereka ke seluruh Malaysia.
Seorang lagi pegawai polis telah membuat laporan mendakwa keluarganya telah diculik oleh ACA bagi memaksanya menukar kenyataan, sementara ketua CCD dan peguamnya telah ditahan dan didakwa atas tuduhan-tuduhan jenayah sebagai hukuman kerana menangkap ketua kongsi gelap di bawah Ordinan Darurat.
Sumber — malaysia-today.net
Saudara Mior Fahim ditemui mati dalam tahun 2014. Kematiannya dilaporkan selepas hilang ketika mandi di air terjun Sungai Tungku, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Banun Gerik.
Semoga roh Allahyarham dilimpahi rahmat oleh Allah dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Sumber — mStar
Read more: http://www.milosuam.net/2017/10/pegawai-polis-berpangkat-asp-pernah.html#ixzz4wKps7nL4
IINI BUKAN FILEM TAMIL, INI KISAH BENAR YANG BERLAKU DI MALAYSIA (WAJIB BACA DAN SEBARKAN)
bloglist-malaysia.
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat
Sekarang heboh cerita tentang 9 DRAGON yng didedahkan PPIM...
Korang tau tak kisah Akuan Bersumpah ASP Mior Fahim? (GAMBAR)
AKUAN BERKANUN
Saya, MIOR FAHIM BIN AHMAD (K/P Polis No: G/13237) yang beralamat di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK), Jabatan Siasatan Jenayah, Johor dengan ini sesungguhnya dan seikhlasnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:-
1. Saya bekerja sebagai seorang pegawai polis berpangkat Assisten Superintendan (ASP) di Cawangan D7 di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK), JSJ, Johor.
Saya membuat Akuan ini demi menjaga keselamatan peribadi dan integriti saya sebagai seorang pegawai polis berhubung tugasan dan siasatan yang saya lakukan dan arahan yang saya terima.
2. Pada 21.08.2006, saya telah terima arahan kenaikan pangkat dari C/Insp ke ASP melalui E-Siar.
Kenaikan pangkat saya berkuatkuasa mulai 01.07.2005.
3. Pada September 2006, saya telah berjumpa dengan KBPD IPD Kota Kinabalu – DSP. CHEW THAM SOON dan meminta bantuan beliau untuk menguruskan penempatan saya jawatan SIO Kota Kinabalu seandainya beliau mempunyai kenalan di bahagian perjawatan Bukit Aman, disamping itu saya juga telah memohon bantuan beberapa pegawai kanan lain yang saya kenali.
4. Saya telah berjumpa dengan DSP. CHEW THAN SOON dan saya bertanyakan penempatan saya.
Kemudian saya dimaklumkan beliau telah mencadangkan saya ke jawatan D7, IPK Johor.
Saya tidak bersetuju dan meminta beliau untuk mengekalkan saya di IPD Kota Kinabalu.
DSP CHEW THAM SOON meyakinkan saya untuk pertukaran ke D7 Johor.
5. Pada November 2006, saya mula dikenalkan kepada BK TAN.
Saya bersama DSP. WAN HASSAN (Tim. Komandan PULAPOL Kota Kinabalu) di bawa oleh DSP. CHEW THAM SOON ke sebuah pejabat yang terletak di bangunan AM-CORP, Petaling Jaya, Selangor.
Kami telah berjumpa dengan seorang lelaki Cina yang dikenali sebagai BK TAN.
Dalam perjumpaan terebut DSP. CHEW THAM SOON telah mengenalkan saya kepada BK TAN.
Kemudian saya telah ditemu bual oleh BK TAN berhubung pengalaman kerja.
6. Semasa perjumpaan tersebut, telah datang seorang lelaki Cina gemuk yang mengenalkan dirinya sebagai AH HON.
Dalam temubual tersebut, BK TAN memberitahu bahawa apabila saya bekerja di bahagian D7, IPK Johor, hendaklah bekerja dengan baik.
BK TAN juga beritahu saya AH HON merupakan orang yang menjaga ZON SELATAN dan memberitahu sekiranya ada apa-apa hal AH HON akan berhubung dengan saya.
Kemudian telah masuk seorang lelaki Melayu di pejabat sebelah, lalu BK TAN telah pergi menyambut lelaki tersebut.
7. DSP CHEW memberitahu saya bahawa lelaki melayu itu adalah salah seorang Ahli Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) iaitu DATO' OTHMAN TALIB, yang mempunyai hubungan baik dengan BK TAN, dengan tujuan memudahkan urusan untuk kenaikan pangkat di masa hadapan.
8. Dalam waktu yang sama, masuk seorang lelaki Cina pendek ke Pejabat tersebut.
AH HON telah mengenalkan bahawa lelaki Cina tersebut adalah PT-D7 JOHOR (DSP. NG FOOK LONG).
DSP CHEW juga memberitahu saya bahawa BK TAN mempunyai perhubungan yang amat baik dengan TAN SRI KPN dan akan mendengar setiap cadangan dan nasihat BK TAN.
DSP CHEW juga menunjukkan seorang lelaki melayu yang sedang bekerja di pejabat bersebelahan dan memberitahu bahawa orang itu adalah anak lelaki TAN SRI KPN.
Sewaktu saya di pejabat BK TAN, saya juga lihat AH HON telah membawa keluar satu arahan pertukaran yang baru keluar dan arahan pertukaran tersebut dibincangkan oleh mereka bersama.
9. Pada Disember 2006, saya telah menyemak E-Siar dan mendapati nama saya terdapat dalam arahan pertukaran tersebut untuk melapor diri sebagai ASP D7, IPK Johor.
Pada hari yang sama juga AH HON telah menghubungi saya melalui talipon dan bertanyakan kepada saya bila hendak melaporkan diri dan meminta saya untuk melaporkan diri dengan cepat.
10. Lebih kurang 2-3 hari selepas arahan pertukaran keluar, saya telah menalipon beberapa pegawai kanan yang saya kenali ACP ROSLI MD ISA, DCP DATO' MOKTHAR BIN HASSAN, ACP AZIZAN ABU TAAT yang pernah bertugas di Johor.
Mereka menasihatkan saya supaya berhati-hati dengan sindiket ekor haram dan pelacuran di Negeri Johor.
11. Pada 16.01.2007, saya telah melaporkan diri di IPK Johor.
Apabila saya melaporkan diri, AH HON telah menghubungi saya dan memaklumkan rumah telah disediakan.
Saya kemudian telah terus pergi ke rumah tersebut di Bistari Impian, Larkin dan berjumpa dengan tuan rumah.
Tuan rumah tersebut adalah seorang perempuan Cina.
Saya bertanyakan tentang harga sewa sebulan dan beliau mengatakan harga biasa adalah RM1,200/- sebulan tetapi beliau menawarkan untuk saya hanya dengan RM900/- sebulan dan pada masa yang sama juga saya meminta beliau untuk menyediakan surat perjanjian sewa rumah.
Beliau mengatakan "Tuan duduk dululah nanti baru kita kira".
12. Semasa saya melaporkan diri kepada PT-D7 DSP. NG FOOK LONG, beliau telah meyampaikan beberapa arahan penugasan dan memberi arahan semua serbuan boleh dibuat ke atas aktiviti haram kecuali judi empat nombor ekor haram dan hendaklah memaklumkan kepada beliau terlebih dahulu.
13. Pada 28.02.2007, saya telah terima sms dari AH HON dari talian no. 017-2551255 yang berbunyi "Tolong Ambil Tindakan Serta Merta 4A(a) atas Tiga Tempat berikut No. S38, S25A dan S37 Jalan Bukit Batu 11, Kulai Johor.
Tugasan dari atas tengah perhatikan. Jangan balik kosong".
Saya kemudian telah memaklumkan kepada PT-D7 DSP. NG FOOK LONG dan beliau pun mengatakan ada menerima sms yang sama.
Saya memberitahu DSP NG FOOK LONG, "Kita pegawai polis dan tidak boleh ikut arahan AH HON" yang saya dapati ahli sindiket haram.
DSP NG FOOK LONG hanya mendiamkan diri.
14. Pada awal Mac 2007, saya telah keluar dari rumah yang disediakan oleh AH HON dan mencari rumah sewa sendiri di Bandar Baru Uda.
Saya telah menguruskan sendiri penyewaan dan perpindahan ke rumah tersebut.
15. Saya juga telah terima sms dari AH HON, dimana AH HON meminta maaf di atas arahan beliau untuk buat serbuan.
Selepas dari itu, tiada perhubungan lagi dengan AH HON.
16. Sekita waktu sama pada awal Mac 2007, saya telah terima maklumat dari anggota D7 iaitu SM/D.94894 Manimaran, Sjn/D.104700 Raja Kumar, Sjn/D.88548 Tow Pong Yew, L/Kpl/D.115161 Asmawi Bin Utar dan Sjn. 89379 Yassim Bin Malek – dari IPD Kluang, Johor bahawa sindiket TENGKU (GOH CHENG POH) dibawah seliaan AH HON telah aktif menjalankan kegiatan judi empat nombor ekor haram dengan memonopoli seluruh Negeri Johor, dimana TENGKU mempergunakan Pegawai dan Anggota D7 untuk membuka kes fail ke atas mana-mana ajen/penganjur yang tidak tunduk kepada sindiket tersebut.
Mana-mana pegawai dan anggota tidak mengikut telunjuk sindiket ini akan ditukarkan ke PGA.
17. Ada diantara anggota D7 yang tidak dapat menerima perkara ini telah memohon untuk bertukar keluar dari D7, IPK Johor tetapi tidak disokong oleh PT-D7 terdahulu iaitu DSP. MOHD HEDZIR BIN HUSSIN dan SI/D.59920 NG SWEE MIN.
Atas sebab tersebut, saya telah mengeluarkan arahan kepada Pegawai D7 dan anggota D7 supaya mendapatkan maklumat ke atas kegiatan sindiket TENGKU untuk penyediaan kes fail.
18. Pada 28.03.2007, sepasukan Pegawai dari D7 Bukit Aman, Kuala Lumpur yang di ketuai DSP. ZAWAWI telah membuat serbuan/tangkapan ke atas dua (2) pusat pengiraan judi empat nombor ekor loteri awam haram iaiatu di Taman Sri Putri, Kulai Johor dan Taman Sentosa, Johor Bahru.
Dalam tangkapan tersebut sejumlah 32 buah mesin faks dan tujuhbelas (17) orang telah ditangkap bersama lebih kurang 3,000 helai "ekod of stake", Rujuk: Kulai Report: 2588/2007 dan Johor Bahru Selatan Report: 7295/2007.
19. Hasil dari risikan yang diperolehi dari tangkapan-tangkapan di atas, saya telah membuka kes fail dibawah Ordinan Darurat (KA & MJ) 5/69 ke atas tiga (3) orang subjek yang terlibat langsung dengan TENGKU.
Manakala kes fail terhadap TENGKU tidak dapat dibuka kerana kekurangan "statement".
Tiga (3) orang subjek yang diambil tindakan kes fail adalah bernama:-
(a) SOH KING SIANG;
(b) LIM CHIN CHAI; dan
(c) LEE YOKE HAN.
20. Ketiga-tiga kes fail ke atas subjek terserbut diatas telah diedarkan ke D7, Bukit Aman, untuk kelulusan tangkapan di bawah Sek. 3(1) Ord. Darurat (KA & MJ) 5/69.
Namun, sehingga kini ia masih belum diluluskan.
21. Kemudian dari itu, saya dapati tigabelas (13) orang dari tujuhbelas (17) tangkapan di atas telah membuat laporan Polis dengan mendakwa saya dan anggota-anggota yang terlibat dalam soalsiasat dan merakam percakapan risikan telah memukul mereka semasa dalam tahanan dan rakaman percakapan risikan, dimana kebanyakkan tangkapan adalah wanita tua.
22. Akibat daripada laporan yang di buat oleh tangkapan-tangkapan di atas, satu pasukan TATATERTIB diketuai oleh DSP. Navamaney telah merakamkan percakapan saya dan anggota terlibat.
Siasatan Tatatertib menjurus kepada membantu kepada pihak sindiket, sedangkan saya dan anggota tidak menggunakan sebarang kekerasan terlebih lagi terhadap wanita tua.
Selang dua hari kemudian, saya dapati DSP. Navamaney telah dinaikkan pangkat P/SUPT.
23. Pada 30.03.2007, saya dan anggota D7 telah menangkap tiga (3) orang subjek di bawah Sek. 3(1) Ordinan Darurat (KA & MJ) 5/69 yang merupakan ahli sindiket TENGKU.
Butiran diri mereka adalah seperti berikut:-
(a) CHAI NGEW;
(b) CHIN YEW FAH; dan
(c) TAN LEE POEY
24. Subjek (i) dan (ii) telah ditahan di lokap Balai Polis Larkin, dimana ketiga-tiga mereka ditahan untuk tempoh 60 hari sementara arahan KKDN.
Selepas sembilan (9) hari kemudian, ketiga-tiga subjek di atas dibebaskan tanpa pengetahuan saya, sedangkan saya merupakan IO kes fail.
Mereka telah dibebaskan oleh P/DSP. NG FOOK LONG di atas arahan DATO KHALID BIN ABU BAKAR – Tim. Pengarah JSJ 1 – (Operasi/Risikan)
Setelah meneliti ketiga-tiga kes fail tersebut, saya dapati mereka dibebaskan dengan alasan, telah insaf, tiada kekerasan dan menjalankan aktiviti secara individu, sedangkan arahan PJSJ No. 2/2005 masih dikuatkuasakan.
25. Pada 29.05.2007, saya telah meneliti E-Siar dan mendapati lima orang pegawai D7, IPK Johor telah ditukarkan keluar dari Bahagian D7, IPK Johor dan salah seorang pegawai saya bernama C/INSP. SUNDAR RAJAN A/L ELLUMALAI (I/12413) telah ditukarkan-ke PGA SIBU.
Saya dapati pengawai ini ditukarkan kerana beliau telah terlibat dalam merakamkan percakapan risikan ke atas seorang tangkapan bersabit J.BAHRU REPORT: 7295/2007 yang mendedahkan secara positif penglibatan TENGKU dalam penganjuran aktiviti perjudian empat nombor ekor loteri awam haram.
Selain itu, pegawai ini juga aktif dalam menangkap ajen-ajen menulis judi empat nombor ekor loteri awam di bawah sindiket TENGKU.
26. Adalah saya mengatakan bahawa sebagai seorang pegawai polis, saya merasa amat tertekan bahawa tindakan saya dalam menjalankan risikan terhadap kegiatan jenayah judi haram yang membabitkan sindiket dibawah naungan TENGKU dan BK TAN boleh menyebabkan saya dikenakan siasatan oleh Bahagian Tatatertib.
Saya menganggap ini satu penganiayaan terhadap diri, kerjaya, keluarga dan nama baik saya.
Dan saya membuat pengakuan ini dengan sesungguhnya mempercayai bahawa yang sama adalah benar dan mengikut peruntukan Akta Akuan Berkanun, 1960.
DITANDATANGANI DAN DIIKRAR )
SESUNGGUHNYA oleh MIOR FAHIM BIN )
AHMAD (G/13237) tersebut di atas di Kuala Lumpur )
pada haribulan 2007 )
Di hadapan saya,
Pesuruhjaya Sumpah
(The original copy of the above was signed and personally delivered to Tun Dr Mahathir Mohamad by Raja Petra Bin Raja Kamarudin).
Nota : ASP Mior Fahim Bin Ahmad , yang membuat laporan diatas telah meninggal dunia akibat lemas, moga rohnya tenang disana walaupun semasa hidupnya , beliau dianiaya oleh pihak berkuasa yang menyalah gunakan kuasa , korup dan menyeleweng , amin .
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Oct 23, 2017 8:15 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
''Ini Apa Yang Saya Berjaya Kutip Atas Highway MEX," Tayar Motosikal Asyik Pancit Buat Lelaki Ini Cuba Cari Puncanya
siakapkeli.my
Perhatian kepada pengguna lebuharaya MEX (Maju Expressway) terutamannya kepada penunggang motosikal, anda dinasihatkan supaya berhati-hati ketika melalui kawasan ini.
Lelaki bernama Zul Mamu ini menerusi laman facebooknya telah berkongsi pengalaman menggunakan laluan tersebut untuk ulang-alik ke tempat kerjanya.
Semuanya bermula selepas tayar motosikalnya pancit dan mendapati objek
Jom lihat apa yang telah ditemui oleh brader kita ni.
Assalamualaikum.
Mamu naik sampai Jalan Tun Razak untuk pam semula..nasib baik ada cacing taya tuu bawah seat...hadoiii.
Nak lajak kutip dah tak boleh sebab pinggang sakit nak bongkok..sakit pinggang belum pulih sepenuhnya..
Perkara yang dia buat ni boleh buat orang cedera or hilang nyawa..fikir sama kat keluarga orang yang kena...harap kawan-kawan semua hati-hati bila tarikh gaji huhuhuhuhuhu.
TOLONG PESAN KAT KAWAN2 HAMPA YG PAKAI LALUAN MAJU EXPRES WAY...hati2 ya...assalamualaiku
Gambar-gambar yang dikongsikan beliau.
Ini baru dari Tol Salak Selatan sampai exir Seri kembangan, kalau dari Jalan Tun Razak sampai tol Putrajaya Utama banyak mana la, hati semua, yang tabur benda-benda ini insaf-insaflah. - Siakapkeli.my
Rakyat Malaysia Maut Terkena Tembakan Rambang Dalam Sekatan Polis Di Tak Bai, Thailand
siakapkeli.my
Seorang rakyat Malaysia maut terkena tembakan dalam sekatan jalan raya oleh pasukan polis Thailand di Che He, Tak Bai, Thailand jam 10.30 malam semalam waktu tempatan.
"Kami tak tahu dia pergi Thailand malam tadi, biasanya dia kalau nak ke seberang Thailand dia pergi waktu siang," kata Wan Rokiah Wan Hussien, 55, yang juga kakak kepada mangsa, Wan Mohd Zain Wan Hussien, 46.
Ujarnya lagi, dia mengetahui kejadian yang menimpa adiknya itu kira-kira jam 12 malam selepas kawan adiknya datang ke rumah di Kampung Ketil untuk menyampaikan khabar sedih tersebut.
"Kami ada diberitahu kawannya, arwah ke seberang malam tadi sekadar keluar berjalan-jalan di sana.
"Kebetulan semalam dia cuti, adik saya tukang masak di sebuah restoran di Pengkalan Kubor ini," katanya.
Sekitar jam 9.30 malam, ada saudaranya mendakwa terserempak dengan mangsa di sebuah kedai makan berdekatan Kampung Ketil.
Mangsa merupakan seorang duda yang mempunyai empat orang anak terkena tembakan yang dilepaskan kepada pegawai polis oleh beberapa lelaki yang lengkap bersenjata api.
Ketika kejadian, mangsa secara kebetulan berada disitu setelah motosikal tambang yang dinaikinya ditahan untuk pemeriksaan polis, sebelum sebuah kenderaan pancuan 4 roda yang dinaiki penyerang tiba dan melepaskan tembakan.
Polis yang cuba menghampiri tempat kejadian untuk memberi bantuan dikejutkkan dengan sebutir bom tangan yang tiba-tiba meletup dari jarak kira-kira 1 kilometer.
Sementara itu abang allahyarham, Wang Pa berkata ahli keluarganya sudah berada di Thailand untuk membawa pulang jenazah adiknya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ketil.
"Jenazah dibawa ke Hospital Narathiwat untuk bedah siasat dan akan diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengkebumian,
'Makcik Petir' Dalam Keadaan Kritikal
siakapkeli.my
Makcik petir atau nama sebenarnya Noryati Taib didakwa berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru akibat jangkitan kuman dalam paru-paru dan diabetes.
Menurut pengarah dan penerbit drama Shahrulezad Mohamedin berkata, pelakon itu mengalami sesak nafas semalam sebelum dihantar ke hospital.
Minggu lalu, Noryati menjalani pembedahan akibat komplikasi diabetes dan semalam dibenarkan keluar hospital, kata anak saudaranya itu.
"Tiba-tiba semalam dia mengalami sesak nafas. Dia dibawa semula ke hospital dan doktor terpaksa meletakkannya dalam keadaan koma. Hari ini sepupu saya memaklumkan dia dalam keadaan kritikal," tambahnya.
Noryati mula berlakon dalam drama Abang Mak Panggil Balik dan selepas itu kerap berlakon dalam drama terbitan Radiusone Sdn Bhd milik Shahrulezad.
Sumber - Harian Metro
Pemandu Ambulan Mengaku Bersalah Cuai Ketika Dalam Perjalanan Mahu Ambil Pesakit
siakapkeli.my
Seorang pemandu ambulan yang videonya menjadi tular di laman sosial selepas terlibat dalam kemalangan pada 6 September lepas telah didakwa atas pertuduhan memandu sehingga membahayakan pengguna jalan raya yang lain di Jalan Song Ban Kheng.
Chong Cheok Fai didenda RM6000 selepas mengaku bersalah setelah pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Masjistret Jamaliah Abd Manap
Pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kamaliza Md Zain telah mendakwa Chong Cheok Fai dengan pertuduhan memandu secara tidak cermat atau tanpa perhatian munasabah sehingga membahayakan pengguna jalan raya, beliau dituduh mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 dan boleh dihukum penjara 12 bulan, jika disabit kesalahan.
Selain itu, Timbalan Pendakwa Raya Kamaliza Md Zain memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal memandangkan kes itu bukan sahaja medatangkan kemudaratan kepada tertuduh sahaja, tetapi turut membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.
"Dalam kes ini, penunggang motosikal yang terbabit dalam kejadian itu turut mengalami kecederaan serius pada tulang rusuk, selain menyebabkan pengguna jalan raya lain menanggung kerugian akibat kerosakan kenderaan yang dialami mereka," katanya.
Namun demikian, mahkamah hanya membuat keputusan agar tertuduh membayar denda RM6,000 atau 10 bulan penjara sekiranya gagal membayar jumlah berkenaan, selain mengarahkan lesen memandu tertuduh direkodkan.
Sewaktu insiden itu, Cheok Fai dikatakan dalam perjalanan untuk mengambil pesakit kemudiannya melanggar sebuah kereta selepas gagal berhenti di persimpangan lampu isyarat di Jalan Song Ban Kheng, selain merempuh sekumpulan penunggang motosikal lain lapor Berita Harian.
Sumber : Berita Harian
Tumbuk Dinding Kerana Berang Selepas Didenda RM70,000
siakapkeli.my
Berang didenda RM70,000 atas tuduhan menjalankan perusahaan pergigian tanpa lesen di Bukit Katil, Januari lalu, seorang wanita bertindak menumbuk dinding.
Hakim Norma Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap wanita berumur 20 tahun dari Alor Setar, Kedah itu selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa menyediakan klinik pergigian swasta tanpa didaftarkan mengikut Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) di Bakti Homestay, Jalan Bukit Katil, jam 10.15 malam, pada 25 Januari lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut subseksyen 4(1) Akta 586 dan boleh dihukum mengikut subperenggan 5(1)(a)(i) akta sama yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM300,000 atau penjara maksimum enam tahun atau kedua-duanya.
Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Kesihatan, Nurul Khairiyah Samsudin memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal ke atas tertuduh dengan mengambil kira keselamatan dan kesihatan pesakit kerana proses menjalankan pendakap gigi hanya boleh dilakukan doktor bertauliah, selain kes itu bukan yang pertama di Melaka dan Malaysia.
Beliau diwakili peguam bela Janariah Mustafa merayu hukuman diringankan dengan alasan ia kesalahan pertama tertuduh, menjimatkan masa mahkamah, selain insaf dan tidak akan mengulangi kesalahan berkenaan.
Norma menjatuhkan hukuman denda RM70,000 terhadap tertuduh, jika gagal bayar dipenjara enam bulan, selepas mendengar rayuan kedua-dua pihak.
Sumber - Berita Harian
Wakil Kelab Motosikal Dragon76 Beri Penjelasan Kenapa Kumpul RM70,000 Jamin 'Doktor
siakapkeli.my
Nampaknya dari kes yang hampir selesai selepas pemilik sebuah klinik swasta didenda RM70,000 oleh mahkamah kerana membuka klinik tanpa tauliah, tapi tiba-tiba kes ini telah menjadi lebih besar dan hangat diperkatakan selepas terdapat campur tangan beberapa pihak.
Bermula dari seorang wanita berumur 20 tahun yang dikenali sebagai Nara didapati bersalah kerana membuka perusahaan pergigian tanpa lesen di sebuah Homestay di Bukit Katil, Melaka, ianya menjadi perbualan para pengamal perubatan mengenai bahaya memakai Braces murah dan dipasang oleh bukan orang yang ditauliah.
Namun tiba-tiba sebuah kelab motosikal iaitu kelab motosikal Dragon76 telah tampil mengumpul dana sesama ahlinya sebanyak RM70,000 untuk menjamin Nara sebelum kes ini mendapat perhatian Persatuan Pengguna Islam Malaysia(PPIM)
Kerana tindakan mereka kelab Dragon76 menjamin Nara, ia telah menimbulkan perasaan tidak puas hati pengamal perubatan terutamanya doktor gigi yang menyifatkan tindakan menjamin wanita itu seolah-olah menggalakkan klinik haram berleluasa yang mendatangkan mudarat kepada masyarakat kerana mereka tidak terlatih.
Kerana teruk di'bantai
Menurut wakilnya, Amir Hamzah Abdul Hamid, beliau mengakui perbuatan Nara tersebut memang salah, tetapi niat mereka menjamin Nara kerana bapanya adalah kenalan mereka, tidak sanggup melihat anak kenalan mereka itu meringkuk di dalam penjara.
Beliau juga menjawab mengenai satu tulisan yang menyatakan mereka ini menjamin Nara kerana gila seks dan sebab wanita berkenaan cantik.
Beliau dalam pada itu berjanji akan meminta supaya Nara memohon maaf secara terbuka.
Jom dengar penjelasan penuh beliau.
Apapun, semoga kes ini dapat diselesaikan dengan baik dan Nara tampil membuat permohonan maaf, selain tidak mengulangi lagi perbuatannya itu. - Siakapkeli.my
Pemandu Lori Lega Tiada Babi Yang Mati Selepas Lori Dipandunya Terbabas
siakapkeli.my
Sebuah lori membawa babi terlibat dengan kemalangan menyebabkan hampir 20 ekor babi berkeliaran di Kilometer 198, Lebuhraya PLUS arah utara, Alor Gajah, hari ini.
Menurut laporan, dalam kejadian 7.30 pagi, lori membawa muatan babi itu dilanggar Proton Gen2 dari belakang menyebabkan kenderaan terbabit terbabas ke bahu jalan.
Pemandu lori terbabit, Tee Yu Peng, 58, berkata, dia bersama isteri, Tan Bee Chin, 55, dalam perjalanan dari Kahang, Kluang, Johor untuk menghantar babi ke Rawang, Selangor.
"Saya memandu di lorong paling kiri. Saya pandu perlahan 70 kilometer sejam sebelum tiba-tiba lori bergegar seakan sesuatu menyondol dari belakang hinggakan terbabas dan melanggar besi penghadang kiri jalan dan masuk ke dalam longkang.
"Apabila masuk ke dalam longkang, saya pusing stereng ke kanan dan ketika itu, Proton Gen2 terbabit menghimpit ke arah saya menyebabkan lori saya dan kereta itu terbabas ke lereng bukit di bahu jalan dan lori saya terbalik," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Akibat dari kemalangan itu, dia mengalami kesakitan pada bahu manakala isterinya cedera di kepala, tambahnya.
"Saya lihat dua lelaki dan seorang perempuan dalam kereta Proton Gen2 dan seorang daripadanya berdarah di kepala.
"Mereka menaiki ambulans untuk menerima rawatan manakala isteri saya enggan ke hospital kerana tidak parah," katanya.
Menurut Tee, dia berasa lega kerana tiada babi yang mati walaupun kemalangan itu mengerikan buat mereka.
Jelasnya, haiwan terbabit dimasukkan ke lori lain untuk dihantar ke Rawang pada jam 10.30 pagi.
Sumber - Harian Metro
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Oct 23, 2017 8:15 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Ada Jemaah Cuai Tak Tutup Pintu, Lapan Ekor Anjing Masuk Ruang Solat
siakapkeli.my
Kariah Masjid Al-Ansar Bandar Meru Raya nyata terkejut apabila mendapati sekumpulan anjing liar memasuki ruang masjid itu, 29 September lalu selepas melihat rakaman CCTV yang dipasang di masjid berkenaan.
Berdasarkan rakaman CCTV, kejadian terbabit melibatkan lapan ekor anjing yang menceroboh masuk sekitar jam 4.15 pagi.
Menurut siak masjid, Muhammad Radzi Yaakub, pihaknya mengesyaki kecuaian adalah punca kepada kejadian tersebut berlaku selepas melihat pintu belakang masjid tidak ditutup seperti biasa.
"Saya percaya, anjing ini masuk ke masjid menerusi pintu belakang yang tidak ditutup. Selepas Isyak, semua pintu biasanya ditutup.
"Mungkin malam itu ada jemaah yang tidak menutup pintu," katanya.
Ujarnya lagi, perkara tersebut adalah yang pertama kali berlaku sejak masjid ini dirasmikan pada tahun 2015 yang lalu.
"Ini kali pertama masjid ini dimasuki anjing. Saya percaya, anjing ini datang dari kawasan pembinaan berhampiran.
"Biasanya kumpulan anjing ini berada di deretan rumah kedai berhampiran.
"Saya minta pihak berwajib ambil tindakan bagi menangani masalah ini," katanya.
Bagi Sulaiman Awang Mat, 60, seorang lagi siak yang berkhidmat untuk masjid tersebut, kejadian anjing masuk ke masjid amat mengejutkan.
"Pagi Subuh tu, memang saya datang awal ke masjid dan ternampak kesan binatang masuk ke dalam masjid.,
"Bila tengok CCTV, baru saya tahu, binatang tu, anjing," katanya yang turut berharap orang ramai yang ke masjid dapat memberi kerjasama dengan menutup pintu masjid.
"Kita nak letak notis, macam tak bersesuaian. Jadi diharap semua pihak dapat menutup setiap pintu masuk ke masjid bagi mengelakkan perkara sama berulang," katanya lagi.
Manakala menurut pengerusi masjid, Muntaha Kamil Halid berkata, kejadian tersebut sudahpun dirujuk kepada pihak berwajib terutamanya soal pembersihan masjid.
Berdasarkan penitian ke atas rakaman CCTV tersebut, pihak masjid dimaklumkan pembersihan hanya perlu dibuat menerusi kaedah biasa.
"Kami merujuk perkara berkenaan kepada timbalan mufti dan kami yakin ia dalam keadaan kering.
"Jadi kami bersihkan menggunakan vakum dan semburan sahaja," katanya.
Majlis Bandaraya Ipoh juga memaklumkan akan mengambil tindakan bersabit dengan kejadian tersebut.
Sumber : Sinar Harian
Kes Selipar Hotel Beralas Syahadah: Pihak MAIP Sudah Buat Rampasan, Berikut Adalah Penjelasan Dari Pihak Hotel
siakapkeli.my
Perak, 20 Sep - Selipar-selipar hotel yang dikesan mengandungi kalimah arab termasuk juga kalimah Syahadah di sebuah hotel di sini telah pun diambil oleh pihak Majlis Agama Islam Perak (MAIP).
Perkara itu dijelaskan oleh pihak hotel berkenaan ketika dihubungi oleh Siakap Keli sebentar tadi.
Ketika dihubungi, pihak hotel tersebut mengesahkan selipar-selipar terbabit dikesan di premisnya dan pihak MAIP telah datang untuk mengambil selipar-selipar terbabit.
"Jabatan agama Islam pagi tadi, memang dia datang untuk periksa dan memang ada (kalimah arab)."
Bercerita lanjut, pihak hotel terbabit berkata mereka memang tidak tahu menahu tentang penggunakan kertas-kertas tersebut di dalam selipar berkenaan.
"Tetapi dari pihak hotel, kita memang tak tahu kalimah-kalimah ini ada (di dalam selipar)." katanya. Perkara itu juga kerana mereka hanya mengambil dari pembekal selipar.
Selain itu, pihak hotel juga berkata mereka telah memberi kerjasama penuh kepada pihak MAIP dan juga pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang ada menghubungi untuk pengesahan.
Difahamkan, pihak hotel juga telah memberi butiran-butiran yang diperlukan oleh KDN untuk tindakan lanjut.
"Walaupun kita tidak terlibat secara langsung, tapi nama hotel kita dah terlibat. Jadi, pihak hotel dengan merendah diri memohon maaf atas masalah yang dihadapi biarpun selipar tersebut tidak dihasilkan oleh pihak hotel." kata hotel berkenaan.
Menurut pihak hotel itu juga, mereka baru sahaja berurusan dengan pihak pembekal selipar berkenaan selama tiga bulan.
Selipar Hotel Beralaskan Kertas Yang Mengandungi Kalimah Arab Dikesan, Termasuk Syahadah
siakapkeli.my
Beberapa keping foto yang memaparkan selipar hotel yang dilapiskan menggunakan keratan kertas yang mengandungi kalimah-kalimah arab, termasuk dua kalimah syahadah, menjadi viral di media sosial dan mendatangkan kemarahan dari orang ramai.
Foto-foto yang dimuat naik oleh laman Facebook Kelab Info Malaya dan beberapa laman Facebook lain itu memaparkan keadaan selipar-selipar berkenaan yang telah dikoyak bagi diperiksa isi dalamnya.
Menurut admin laman Facebook Kelab Info Malaya, pihak hotel sendiri mengakui terkejut dan tidak mengetahui isi kandungan alas selipar tersebut yang diperoleh dari pembekal.
Pihak Siakap Keli dalam proses untuk menghubungi pihak hotel bagi mendapatkan penjelasan berkenaan perkara ini.
Hanya Allah Yang Tahu Betapa Saya Malu Menjadi Tontonan Awam
siakapkeli.my
Beratnya mencecah 286 kilogram menyebabkan dia tidak mampu bergerak dan menjadi tumpuan orang ramai ketika dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, akibat masalah obesiti kritikal.
"Saya sudah tak mampu bergerak dan terima apa saja yang diberikan orang walaupun berasa tidak selesa sekarang," kata Faisal Md Ali, 29.
Selain mengalami masalah obesiti kritikal, dia juga turut mengalami pelbagai masalah lain termasuk penglihatan, bengkak kaki selain kerap diserang sesak nafas.
"Dengan saiz badan sebesar ini, pergerakan saya sangat terbatas dan kini ditempatkan di wad kelas ketiga. Wad ini bukan menjadi isu kerana ia memang layak untuk saya, tetapi dengan masalah yang dihadapi sekarang saya menjadi tumpuan pelawat lain.
"Hanya Allah saja yang tahu betapa saya malu setiap kali menjadi tontonan awam kerana keadaan fizikal saya," tambahnya.
Jelasnya, dia dan keluarganya ada membuat permohonan dipindahkan di wad kelas dua seperti sebelum ini, tetapi gagal kerana kurang kelayakan.
"Sebelum ini, HNSZ menempatkan saya di wad kelas dua kerana di situ kurang pelawat di samping jauh daripada pandangan umum. Tetapi, kali ini saya ditempatkan di wad biasa dan hanya menggunakan satu katil yang terhad untuk bergerak," katanya.
Menurutnya, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana ia polisi HSNZ yang menempatkan pesakit mengikut syarat tertentu.
"Wad kelas dua pula difahamkan mempunyai caj tertentu yang menyebabkan saya dan keluarga tidak mampu membayarnya.
"Ibu juga tidak sihat, sakit lutut dan sebagainya, sebab itu saya tidak dijaga ahli keluarga dan hanya mengharapkan jururawat untuk menguruskan setiap hari," katanya.
Dia juga turut menyatakan akan menjalani satu pembedahan mengecilkan saluran usus dalam tempoh terdekat.
"Dengan pelbagai masalah yang dihadapi akibat obesiti, saya berasa bersemangat untuk cepat sihat, sekali gus tidak menyusahkan orang sekeliling," katanya.
Sumber - Harian Metro
'Ni Bukan Main-Main, Sedetik Jantung Terhenti Boleh Bawa Maut' - Permainan Mati 5 Saat Merbahaya
siakapkeli.my
Permainan 'mati 5 saat' bukan sahaja boleh membawa bahaya malah permainan itu juga mungkin boleh membawa maut.
Mengulas satu video tular yang memaparkan sekumpulan remaja bermain permainan berkenaan, seorang doktor yang dikenali sebagai Dr. Suhazeli Abdullah berkata permainan itu sangat merbahaya.
"Jangan sesekali buat begini. Sedetik jantung terhenti boleh bawa MAUT! #BukanCPR ni." tulis beliau sambil mengepilkan video berkenaan.
Video terbabit menunjukkan sekumpulan remaja menolak dada seorang rakannya dipercayai bagi menghalang udara masuk ke dalam badan rakannya itu supaya 'khayal
Dalam masa yagn sama, Ketua Kluster Pembangunan Sosial dan Kesejahteraan Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Mohd Taib Dora turut berkata permainan itu berbahaya jika dimainkan.
"ITU kerja gila kerana tindakan itu boleh bawa maut atau remaja berkenaan mendapat serangan strok," katanya.
Mengulas lanjut, Mohd Taib berkata, remaja berkenaan boleh maut sekiranya oksigen tidak sampai ke otaknya selama tujuh saat.
"Bagi saya ia tindakan yang bodoh kerana selain boleh mengakibatkan kematian, serangan strok juga boleh berlaku menyebabkan remaja terbabit lumpuh.
"Apabila dada kita ditekan, ia menghentikan fungsi jantung yang menghantar oksigen ke otak seterusnya menyebabkan kematian," katanya.
Sumber: Harian Metro
Al-Fatihah : Datuk Maznah Hamid Meninggal Dunia Di IJN
bloglist-malaysia.
sedakasejahtera.
SHAH ALAM - Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd, Datuk Maznah Hamid, 62, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 6.10 petang tadi.
Menurut keluarga terdekat memberitahu Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga di Institut Jantung Negara (IJN).
"Sebagai tanda ingatan, marilah kita bersama-sama mendoakan semoga roh Allahyarham Datuk Wira Maznah diberi pengampunan, dicucuri rahmat dan ditempatkan oleh ALLAH SWT dalam kalangan para solehah,"
Difahamkan jenazah Allahyarham akan di bawa pulang ke kediaman pada malam ini pada jam 10 malam.
"Sesiapa yang ingin melawat jenazah, boleh ke Villa Maznah, Lot 3688, Jalan Ukay 2, off Jalan Lee Hin Neo, Ukay Heights, 68000 Ampang, selangor," katanya lagi.
Dalam pada itu, difahamkan bahawa solat jenazah telah diadakan selepas solat Asar di Masjid Darul Ehsan, Taman Tun Abdul Razak (Taman Tas, Ampang).
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Raudhatul Sakinah, (Karak 2), Taman Selasih, Kuala Lumpur.
Al-Fatihah.
"Patutlah Lama Tak Nampak Hussien Gila Kat Surau, Dah Meninggal," Dia Gila, Tapi Kenapa Pemergiannya Amat Dirasai Jemaah
siakapkeli.my
Hidup ini hanya persinggahan, setiap yang hidup sudah pasti akan mati, dunia ini persinggahan yang dikurniakan olehNya untuk beribadah kepadanya.
Kehidupan di dunia, setiap kita perlu memilih jalan hidup tersendiri, kita yang membentuk jalan hidup kita, jika salah langkah kita akan jatuh tetapi bukan pengakhiran untuk kita berubah.
Apa yang admin kongsikan ini sebuah kisah benar dikongsikan oleh seorang lelaki bernama Edy Offiside, menurut beliau kisah ini diceritakan kepadanya oleh seorang jemaah surau di negeri Selangor yang dirahsiakan lokasinya.
Kisahnya mengenai seorang lelaki yang menghadapi masalah mental selalu ke surau tetapi bukan untuk bersolat, tetapi apabila dia meninggal, pemergiaannya amat dirasai oleh jemaah surau, kenapa jom kita baca.
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Perkongsian ini diceritakan oleh salah seorang Jemaah sebuah surau di Klang, Selangor Darul Ehsan. Telatah Hussien Si Orang Gila ini selalu buat jemaah surau terkejut sehingga kematiannya dirasai.
Patutlah dah lama tak nampak Husain, rupanya dia dah pergi meniggalkan dunia yg fana ini. Dia di gelar Husein gila sebab dari zahirnya kita lihat dia tak seperti orang biasa atau normal.
Dia selalu ada di surau-surau. Kerja dia mengutip benda-benda kotor di karpet surau dan dimasukkan ke dalam poketnya. Pernah jemaah surau bagi dia penyapu tapi dia tak nak. Katanya, rugilah kalau aku pakai penyapu kalau satu aku kutip guna tangan 10 ganda ALLAH SWT bagi aku. Jadi jemaah tak bleh nak kata apa-apa.
Kecoh Orang Gila Tinggal Di Masjid Sound Jemaah "Kan ALLAH kata orang gila tak wajib solat, tak wajib lah, kau solat la"!!
Kadang-kadang dia cuci bilik air surau, dia berus lantai dinding-dinding semua. Kalau satu bilik air dia berus smpai satu hari pun tak siap. Sebab apa? orang bagi berus dia tak nak. Dia nak gunakan berus gigi nya.
Bila di tanya, katanya rugilah kalau pakai berus lantai, sekejap dah siap, tak sampai sejam dah siap. Kalau pakai berus gigi malam baru siap. Setiap kali aku berus waktu berlalu ALLAH SWT bagi aku hadiah nanti, jadi dapat banyak.
Astaghfirullah Al Azim. Orang bagi duit tak nak. Dia kata 'aku ada tangan, ada kaki boleh jalan-jalan cari makanan yang orang buang, membazir berdosa. Aku tak perlukan duit. Aku makan untuk hidup nak bersihkan surau'. Subhanallah!
Pelik perangai Husein ni. Kadang-kadang dia kutip-kutip nasi satukan semua lepas tu letak kat lantai. Bila ditanya dia jawab 'semut pun makhluk ALLAH SWT, kalau kucing boleh bagi makan macam ni kenapa semut tak boleh?'.
Last-last jemaah imam biarkan sahaja apa dia buat. Orang solat dia tak solat. Pernah jemaah tanya, 'Husein marilah solat sama?' Dia tempik nya jemaah tu. 'Kan ALLAH SWT kata orang gila tak wajib solat, tak wajib lah, kau solat la! SubhanALLAH.
Siapa Husein ni sebenarnya? yang tahu kisah asal, dia ni pelajar pondok. Dulu mak tirinya suka dera, pukul dia. Bapak dia pun sama, sampailah dia tekanan, merayau-rayau tak tentu arah.
Paling terkejut skali Husein bebel2. 'Mana muazzin ni tak azan ke dh nak Maghrib ni, aku jelah Azan kan'. Jemaah tahan dia tapi imam surau suruh biarkan sahaja.
Subhanallah saat dia Azan, menitik air mata imam jemaah mendengarnya. Lebih sempurna daripada kita yang ada. Kata imam surau tu, bila ditanya Husein 'Pandai kau Azan ye?'
Jawabnya, 'memanglah pandai dah hari-hari aku kat sini, aku solat je tak wajib. Aku solat tapi cara aku la. ALLAH SWT tak wajibkan aku. Korang pun tak suka aku, semua duduk jauh-jauh'. Lepas tu dia gelak.
Saat jenazah Husien sampai.. ketika dimandikan. Tiga orang tukang mandi jenazah bertukar-tukar kerana tak sanggup. Menggigil, menangis, sebak melihat jenazah Husein. Mukanya berseri-seri, dulu hitam berdaki, gigi yang berkarat jadi putih bersinar, bau busuk hilang begitu sahaja. Wanginya jenazah Husein sehingga kalah bau haruman atar jemaah yang pakai.
ALLAHU AKBAR. Kalian nak tahu, dari zahirnya kita nmpak dia gila.. tapi hakikatnya dia bijak, kita lihat dia berdaki, kotor, busuk. Zahirnya bila dimandikan kelihatan sifat asal sebenar arwah.
Seminggu Surau sunyi sepi. Sebulan silih berganti imam bertukar-tukar sebab nak mendoakan Husein. Jenazah imam pun tak sampai macamtu orang doakan. Bayangkann 30 hari setiap kali lepas solat, mesti mendoakan kesejahtraan Husein sampai menitis air mata imam dan jemaah rindukan Husein gila.
Kita ni terhijab zahir sehingga tak nampak dalamannya.
Semoga menjadi iktibar buat kita smua yang masih hidup dan mencari-cari kesempurnaan di dunia persinggahan ini.
ALLAH SWT pandang nawaitu kita, hati kita, ketulusan dan keikhlasan serta keimanan, ketaqwaan, keislaman, ketaatan dan kesetiaan kita. Bukan pada rupa, warna kulit, status, harta, pangkat, darjat, kepuraan zahir batin.
`
Muhasabah diri sendri dan utk saudara seislamku untuk sedar daripada khayalan yang samar dan kembali kepada janji kita yang nyata kpd ALLAH SWT YANG HAQ.
Kredit : Sebuah Surau ALLAH SWT di kampungan Klang Selangor.
#AlFatihah
* Kisah perkongsian oleh Edy Offiside selepas diceritakan oleh seorang jemaah surau kepadanya.
- Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Oct 23, 2017 8:16 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Kenali Musuh Islam Sebenar - RIDHUAN TEE ABDULLAH
bloglist-malaysia.
wabillahagro.
Dicatat oleh Abd Wahab Abdullah
PAS bukan sahaja patut mempertahankan kerusinya, malah menambah lagi kerusi sedia ada dalam PRU14. Menang kalah, belakang cerita. Semua maklum bahawa, sebelum wujudnya pakatan pembangkang, Pas sudah bertapak di kesemua kerusi majoriti Melayu, berhadapan dengan komponen BN (Umno). Pas tidak perlu melayan parti nyamuk, seperti PAN.
Sejak tertubuhnya PKR, banyak kerusi Pas terpaksa dikorbankan, termasuk kawasan kubu kuat Pas, terutama Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Logiknya, tidak satu pun kawasan yang patut diberikan, tetapi atas dasar setiakawan, Pas berkorban.
Kini, Pas diminta berkorban lagi walaupun tidak berada dalam Pakatan, untuk memberi laluan kepada PAN, bagi mengelakkan pertandingan 3 penjuru.
Sepatutnya PKR dan ultra kiasu memberi laluan kepada PAN kerana sekapal. Persoalan, di manakah PAN akan bertanding, jika bukan di kawasan Pas? Jika ini berlaku, ultra kiasu tidak akan mengundi Pas dan memberikannya kepada PAN. Sebab itu, PAN amat yakin bahawa mereka boleh menang.
Ultra kiasu dari awal lagi sudah mengumumkan akan meletakkan calon di 8 Dun Selangor yang dimenangi oleh Pas. Pas membidas dan mengisytiharkan 'perang' akan mempertahankan kesemua kerusinya. Perisytiharan 'perang' dijawab dengan bongkaknya oleh ultra kiasu.
Mereka amat yakin akan menang 8 kawasan Pas dengan meletakkan calon Melayu celup, dalam rangka strategi untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Sebab itu ultra kiasu sudah bersedia awal dengan melantik calon Melayu celup sebagai calon Ahli Majlis Ampang Jaya walaupun tidak tinggal di Ampang.
Psywar dan psyop ini amat licik. Saya amat mengharapkan, jika berlaku pertandingan sebegini, Umno akan mengundurkan diri dan pakat-pakat membenamkan ultra kiasu, bagi Pas mempertahankan kerusi lamanya.
Itu sahaja cara untuk menunjukkan keikhlasan Umno yang menghulur tangan ke arah kerajaan perpaduan. Umno dan Pas perlu sedar bahawa ultra kiasu adalah musuh yang paling bahaya hari ini.
Ingatan ini turut ditujukan kepada Melayu PKR. PKR boleh dikatakan 'kuat' hari ini disebabkan Pas memberikan laluan dan mengundi PKR. Jika tidak, PKR putih mata. Justeru, jangan berlagak. Mungkin PKR akan berkata, Pas menang banyak kerusi disebabkan oleh PKR mengundi Pas.
Jawapannya, PKR tidak ada pilihan melainkan mengundi Pas kerana Umno sudah menjadi seteru mereka selepas Anwar Ibrahim ditendang keluar. Lagipun, Pas sudah terlibat dalam politik, sejak sistem pilihan raya diperkenalkan. Bukan seperti PAN. Baru setahun jagung, begitu berani meminta itu dan ini.
Saya tidak nampak Majlis Perjanjian Pakatan Harapan 2015 dan Deklarasi Rakyat menguntungkan Islam, melainkan ultra kiasu. Sampai bila kita harus diperbodohkan oleh ultra kiasu demi kuasa? Ultra kiasu akan terus memperalatkan orang Islam untuk menguburkan Pas.
Maka alasan kebobrokan Umno BN dan Pas digunakan bagi tujuan mendapat kuasa. Apabila kuasa diperoleh nanti, lihatlah apa yang akan berlaku, seperti realiti di Pulau Pinang. Melayu ke mana, Islam di mana? Wakil rakyat PKR sudah ditendang keluar daripada memegang jawatan dalam syarikat kerajaan di sana.
Justeru, saya harap Melayu PKR bertindak rasional dalam hal ini. Pas berhak mempertahankan kerusi yang mereka menangi memandangkan itu hak mereka. Sekadar peringatan untuk Umno, tidak mustahil Pas menambah kerusi dalam PRU14 jika Umno masih tidak berubah.
Perkasa sudah mengingatkan orang Melayu agar berwaspada dengan percubaan ultra kiasu bagi mengambil hati orang Melayu menjelang PRU14. Walaupun ultra kiasu sering berkata partinya berbilang kaum, berasaskan perlembagaan, tetapi berapa kerat muka Melayu.
Kepimpinan tertinggi mereka adalah muka-muka yang mahu menjahanamkan Melayu. Lihatlah bapa mereka di Singapura, adakah Melayu diberi peluang dalam jawatan membuat keputusan, polis, imigresen dan tentera, misalnya. Jawapannya, putih mata.
Baru-baru ini, saya bersama rakan, pergi ke Singapura menggunakan jalan darat atas urusan peribadi. Sampai di Imigresen Woodland, saya diminta turun. Pemeriksaan dilakukan. Saya dilayan seperti pengganas. Gambar dan cap jari saya diambil. Setelah lebih dua jam bersoal jawab, datang surat mengatakan, saya tidak dibenarkan masuk ke sana.
Alasan tidak diberikan. Tetapi saya yakin ia amat berkaitan dengan komen saya terhadap ultra kiasu selama ini. Lihatlah pakatan mereka. Saya pun di escort sampai melepasi Tambak. Saya tidak rugi satu sen pun tidak ke Singapura. Cuma, saya hanya mahu mengingatkan betapa bahayanya ultra kiasu.
Wahai umatku, inilah perjuangan. Sedikit sangat, jika dibanding dengan apa yang dilalui oleh Baginda Rasulullah SAW. Kenalilah ultra kiasu sebenarnya. Mereka tidak akan puas selagi negara ini tidak berada dalam genggaman. Jangan disokong, termasuk majlis peguamnya, kerana mereka musuh Islam yang nyata.
* Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Felo Utama, INSPIRE dan pensyarah PPI, UniSZA
Tidak dibenarkan cakap pasal Islam jika anda tidak ada tauliah
bloglist-malaysia.
jasduit.com
Posted By: Mat Bihi
Jika anda tak ada tauliah dari pihak pemelihara agama Islam yang tulin dan benar di malaysia, anda tidak dibenarkan cakap pasal Islam. Semakin jelas hala tuju pihak agama di negara kita sekarang tentang siapa yang boleh cakap pasal Islam dan siapa yang tak boleh cakap pasal Islam.
Sebelum ini, apa yang saya faham, hanya orang Islam sahaja yang dibenarkan memberikan pendapat atau bercakap pasal agama Islam yang mereka anuti. Rasanya semua orang beranggapa yang sama. Ini boleh tengok pada ruang komen setiap kali timbul isu tentang agama islam.
Bila ada saja orang bukan islam yang cuba berikan pendapat mereka tentang agama islam, akan terus ada serangan dari keyboard warrior yang garang menghantam orang bukan islam itu.
"Jangan masuk campur perkara yang tak ada kena mengena dengan kamu!", begitulah kerasnya amaran pembela agama islam di negara kita memberikan ingatan kepada mereka yang tidak anut agama islam.
Seolah-olah Islam diturunkan hanya untuk segelintir manusia sahaja dan segelintir lagi tidak layak untuk ambil tahu dan berikan pendapat mereka walaupun dari sudut akademik. Dalam bab akademik sudah tentu pembela agama islam akan tlak mentah-mentah sebab Islam tak boleh pakai logik akal, kata mereka.
Jadi jangan nak pakai istilah akademik kalau nak berhujah dan mencari pencerahan dalam apa-apa saja isu yang menyentuh agama islam.
Semua tak boleh cakap pasal Islam tanpa tauliah
Sekarang saya mula faham bahawa sebenarnya, siapa saja kat Malaysia ini tak boleh cakap pasal islam sama ada dia beragama islam atau tidak. Kalau nak cakap sorang-sorang kat tepi tasik tanpa ada orang yang mendengarnya, tak apa. Tapi kalau ada orang, perlu ada tauliah dari pihak yang berwajib.
Baru-baru ini, seorang penulis berbangsa Turki yang juga seorang pemikir terkenal dalam isu-isu yang berkait rapat dengan umat Islam telah ditangkap oleh JAWI. Tangkapan tersebut diberitahu kemudiannya sebab Mustafa Akyol tak pergi mengadap mereka untuk soal siasat.
Saya difahamkan ada orang buat laporan tentang kehadiran Mustafa Akyol ini pada JAWI. Dan sudah tentu orang yang buat laporan itu merupakan pembela agama Islam yang akan berusaha menyingkirkan siapa saja yang tidak sama aliran pemikiran dengannya.
Mustafa Akyol tak boleh bercakap pasal Islam sebab tidak ada tauliah.
Selama ini saya silap faham tentang tauliah ini. Ingatkan perlu ada tauliah hanya jika anda mahu mengajar orang ramai tentang Islam. Ertinya memberikan kuliah atau kelas dimasjid dan surau.
Pensyarah dan cikgu perlu ada tauliah
Ramai para ustaz yang ada tauliah ini sekarang sebab ia jadi satu sumber pendapatan yang amat baik. Lagi popular ustaz itu, lagi tebal sampul yang dia dapat. Jadi perlu pastikan dia ada tauliah mengajar agama islam di semua negeri seluruh negara.
Mustafa Akyol sudah tentu bukan jenis ustaz yang datang buat kuliah kemudiannya salam sambil korek sampul dan masukkan ke dalam poket. Dia lebih fokus kepada dunia pemikiran Islam dari perspektif akademik untuk cuba difahami secara universal dan tidak sempit.
Paling kurangpun, Penulis Turki itu lebih mirip seorang pensyarah di sebuah universiti yang memberikan kuliah Tamadun Islam di depan para pelajarnya. Malah para pensyarah universiti sudah tentu jauh lebih aktif bercakap pasal Islam setiap hari sebab itu kerja mereka.
Tapi saya tak pernah dengar pulak yang pensyarah universiti diperlukan ada tauliah sebelum layak memberikan kuliah yang menyentuh tentang agama Islam. Atau saya yang ketinggalan! mungkinkah semua pensyarah agama kat universiti negara kita ada tauliah dari JAWI dan jabatan agama negeri masing-masing?
Bagaimana pulak dengan gikgu dan cikgi yang ramai kat seluruh negara kita. Apakah mereka juga wajib ada tauliah sebelum boleh bercakap pasal agama Islam. Mereka ini memang benar-benar mengajar dan bukan sekadar memberikan pendapat terhadap agama islam.
Tak payah cakap, dengar cakap ustaz saja
Saya juga selalu juga cakap pasal agama Islam pada anak-anak. Juga pada kawan-kawan setiap kali berjumpa 5 atau 6 orang kat kedai minum. Isu agama dan bertukar pendapat dan pandangan masing-masing sudah jadi lumrah sejak dahulu muda sampai sekarang.
Apakah patut mohon tauliah sekarang. Patutlah orang tepi usyar semacam saja bila kami cakap pasal islam. Rupanya perlu ada tauliah.
Atau mungkin jalan paling mudah sekarang di negara kita malaysia ada jangan cakap terus pasal Islam. Takut nanti silap cakap kena dakwa terus. Orang Islam yang tiada tauliah, hanya perlu mendengar sahaja apa yang diperkatakan oleh mereka yang ada tauliah. Dengar dan taat dan tak payah nak pandai-pandai nak mempersoalkan apa yang diperkatakan.
Kalau nak cakap juga, ambil peluang tanya dan berikan pendapat dalam kuliah para ustaz yang ada tauliah. Jadi kita tumpang tauliah dia untuk lepas gian bercakap pada agama yang kita anuti.
Cara Mengenalpasti Adakah Anak Anda Mengalami Asthma Atau Selsema
siakapkeli.my
Melayan teletah anak-anak sememangnya seronok, gelak tawa dan gurau senda mereka ini amat menghiburkan. Tapi bila anak tidak sihat, sudah pasti ia amat merisaukan, nak pergi kerja pon tak selesa lagikan nak tidur lena. Lagi-lagi bila anak diserang selsema atau asthma.
Anak-anak tidak mahu makan sentiasa merengek kerana mereka tidak selesa. Bila mereka mampu tidur nafas mereka berbunyi. Aihh kita pon tak tahu nak buat macam mana. Tapi macam mana kita nak bezakan anak kita ini mengalami asthma atau selsema yang berkahak?
Menerusi perkongsian Dr Rich Dr Rahim, beliau telah berkongsi bagaimana cara mengenalpasti anak anda mengalami asthma atau selsema yang berkahak. Semoga dapat membantu ibu bapa mengenalpasti sakit anak anda.
ILMU KESIHATAN. Artikel 639.
"ANAK ANDA PENAT LELAH ATAU PENAT KAHAK??" Anda mesti tau BEZAAN nya sbb RAWATANnya BERBEZA!!"
Zaman sekarang ramai emak ayah educated belaka. Bezanya emak ayah berilmu dgn yg tiada ilmu. Mai kita share sikit info kesihatan ni dengan doc.
1. Doc nak habaq yang anak anda kena PENAT LELAH/ ASTHMA sebab Saluran Penafasan RADANG (inflamation) & MENGECUT. Maka penafasannya terganggu & menyusahkan. Bila ia bernafas bunyi macam SERULING. Kemasukan Oxygen ke paru-parunya kurang & susah. Terpaksa anak tu bernafas cepat kerana nak lebih oxygen. Maka doc beri NEUBULISER/INHALER untuk kurangkan inflamasi & untuk MENGEMBANGKAN semula SALURAN Penafasan anak anda.
2. Doc nak bagi tau lain pula kalau anak anda kena PENAT SELSEMA lagi BERKAHAK rawatannya beza sikit. Mereka bernafas bunyi BERGELORA. Dalam kes ni Klu doc gunakan NEUBULISER / INHALER doc hanya mengembangkan saluran penafasan. Tapi selsema & kahaknya masih ADA dalam saluran ni jua walaupun saluran penafasan dah dikembangkan. Maka cara terbaik doc KELUARKAN je selsema atau kahak tu je. ( seperti dalam video doc kepilkan)
3. Penat SELSEMA KAHAK ni mudah Baik jika anak kecil tu dapat meludah keluar kahak atau hembus keluar selsema je. Tapi mereka belum pandai melakukanya. Mereka telan kembali je kahak atau hingus tersebut. Mereka tak mampu kekuarkan walaupun emak bapa mengajar mereka berkali-kali sehingga umur mereka 3-4 thn.
4. Klu kes camni emak ayah buat le macam ni:
A. Jangan bagi makan minum anak kecil tu selama lebih kurang 2 jam sebelum jumpa doc di Klinik doc atau di klinik lain atau hospital..
B. Masa Di Klinik doc/ hospital /klinik anda.... kami akan SEDUT KELUARKAN SELSEMA atau KAHAK dalam hidung & saluran penafasan anak anda dgn menggunakan MACHINE SUCTION PUMP. Procedure ni perlu doctor pakar & pengalaman seperti doc & doc lain-lain untuk melakukannya. Ia TIDAK MENYAKITKAN anak-anak tu tetapi anak-anak tu menangis kerana ketakutan je. Anda akan lihat BERKETUL-KETUL HINGUS & KAHAK disedut keluar dari hidung dan saluran penafasan anak tu ke suction TUBING tersebut...terus je SUCTION JAR di Machine Sedut tu.
Semasa di sedut, emak/ayah kena beri kerjasama / koperate dgn doc menepuk belakang ( kawasan paru-paru ) anak mereka ketika doc membuat sedutan. Lagi banyak selsema/kahak doc dapat keluarkan. Doc dapati ramai IBUBAPA rasa amat puas hati selepas SEDUTAN KELUAR HINGUS & KAHAK tersebut. ( lihat video yang doc kepilkan yang di izinkan ibunya untuk ilmu kita share bersama. ) Ramai Ibubapa tu amat happy kerana anak mereka mudah bernafas selepas tu. Syabas!!
C. Nasihat doc:
Bagi ayah-ayah tu tolong ringan-ringankan punggung anda sikit dan JANGAN PURA-PURA buat letih terlena mampus bila Si emak tu cuba nak lenakan baby yang sukar bernafas, sukar minum susu & sukar tidur kerana Banyaknya SELSEMA & KAHAK baby di saluran pernafasannya tersumbat .... berGOTONG ROYONG le.
Jadi le suami isteri senang sama-sama, susah pun sama-sama. Baru BEST!
Bila depa mai jumpa doc...mata mereka MERAH sebab mereka kurang tidur sebab anak mereka susah tidur kerana SELSEMA & BERKAHAK. Mai jumpa doc...apa lagi... DOC SEDUUUUUT je le!
Doc ucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada ibu yang mengizinkan video ni dishare bersama gang doc. Allah balas jasa anda.
D. Ada soalan.....doc jawap bila doc lapang. Tk.
**Peringatan:
JANGAN PROMOTE PRODUK anda di artikel kesihatan ni. Anda akan di dakwa KKM.
Drp Dr. Abdul Rahim.
Klinik Abdul Rahim
2-D Pangsapuri Garuda
11900 Bayan Lepas.
Penang.
Tel: 04-6444181
Sumber - DrRich DrRahim
Kepten Wanita Pertama Dalam Sejarah 83 Tahun TLDM
siakapkeli.my
Pada 33 tahun lalu, Kepten Rohana Jupri menyertai Angkatan Tentera Laut Diraja (TLDM), kini beliau menjadi kapten wanita pertama dalam sejarah.
Beliau yang tidak menyangka akan menjadi anggota wanita yang sentiasa mendapat peluang kenaikan pangkat.
Ibu kepada empat anak ini telah menjadi wanita pertama dalam sejarah 83 tahun tentera laut yang dilantik menjadi kapten wanita.
"Ini saat yang paling membanggakan buat saya dan memang ia satu pengiktirafan yang tinggi daripada pihak atasan. Saya sangat bersyukur dengan pengiktirafan ini," katanya selepas majlis Majlis Pemakaian Pangkat di KD Sri Gombak, Khamis.
Kepten Rohana, 54, sebelum ini merupakan pegawai komando wanita pertama di Sepot Bekalan Armada di Lumut, Perak, di mana beliau mengawasi makanan, bahan bakar dan keperluan angkatan laut yang lain.
"Ia satu tugas yang mencabar kerana anda berurusan dengan keperluan manusia dan kapal.
"Sebarang salah perhitungan dalam catuan boleh menjejaskan misi," katanya.
Jelasnya, kemahiran dalam menangani masalah di rumahnya membantunya mengatasi cabaran tersebut.
Beliau menghabiskan masa selama empat jam berulang alik dari tempat tinggalnya di Tanjung Karang ke pangkalan setiap minggu dan meninggalkan suaminya Anuar Yahya, 57, dan anak-anak berusia antara 16 dan 21 di rumah demi menjalankan tugasnya.
"Perjalanan ini agak memenatkan tetapi disebabkan tuntutan kerja saya lakukan juga.
"Saya sentiasa berharap dapat bersama keluarga pada setiap hujung minggu," tambahnya.
Beliau turut menyatakan bahawa kenaikan pangkatnya kerana mendapat sokongan suaminya selain Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin yang mengiktiraf kemahiran dirinya.
"Saya rasa tak kira lelaki dan wanita, mereka boleh mencapai sebarang kejayaan jika kita meletakkan azam dan kesungguhan.
Sumber - mStar
Polis Terima Dua Laporan Dari Dua Anggota Lain, Alami Kecederaan Hampir Sama Dengan 2 Anggota TLDM Meninggal
siakapkeli.my
IPOH - Polis Perak mengesahkan mengenai dua laporan yang diterima daripada dua anggota TLDM yang mengalami kecederaan hampir sama dengan dua anggotta yang meninggal semasa menjalani latihan empat hari lalu.
Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan, berikutan laporan itu, dua suspek yang masing-msing berusia 29 dan 37 tahun itu juga merupakan anggota Polis Tentera Laut ditahan semalam dan direman hari ini di Mahkamah Seri Manjung bagi siasatan lanjut.
Jelasnya, laporan yang dibuat oleh dua anggota berpangkat laskar itu membolehkan polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 325 dan 506 Kanun Keseksaan.
"Pihak polis juga sedang berusaha mendapatkan rakaman percakapan mangsa selain melakukan siasatan forensik terhadap kamera litar tertutup (CCTV) hari ini.
"Pasukan dari Bukit Aman juga turut sama membantu menjalankan siasatan bersama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak," ujarnya.
Datuk Hasnan yang ditemui pada majlis sambutan Hari Pahlawan peringat negeri Perak berkata, setakat ini, seramai lima suspek telah ditahan dan penyiasatan akan diteruskan bagi memastikan tiada lagi suspek yang terlibat dalam insiden itu.
Ujar Datuk Hasnan lagi, polis akan menjalankan siasatan teliti dan rapi hingga mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku dan siapa terlibat.
Sumber- Sinar Harian Online
"Saya Tidak Akan Berdiam Diri Jika Ada Unsur Jenayah,'
siakapkeli.my
Ipoh: "Mama jangan risau, selepas tahanan papa selesaikan semua (berhenti kerja)," itu luahan terakhir Allahyarham LK 1 PNK Nik Mohd Baihaqy Nik Mat, 28, kepada isterinya Noor Bazlin Mohammad.
Jururawat di Klinik Kesihatan Dato' Keramat di Kuala Lumpur itu berkata sebelum memasuki bilik tahanan suami menghubunginya dengan menggunakan telefon pengiring dengan memberitahu dia ditahan atas kesalahan lewat hadir ke tempat kerja buat kali kedua.
Noor Bazlin, 28, berkata sebelum ini suaminya yang bertugas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut di bahagian Paskal mulai 2015 pernah menyatakan mahu berhenti kerja dan merancang untuk menjalankan perniagaan.
Menurutnya dia turut menerima panggilan daripada seorang pegawai TLDM pada malam Rabu yang mengatakan suaminya akan ditahan.
"Selepas mendapat tahu hal itu saya berasa risau dan tidak sampai tiga hari dia ditahan saya mendapat berita pemergiannya,
Menurut kenyataan TLDM hari ini, Nik Mohd Baihaqy dan LK I TLS Muhammad Lailatulman Mohd Sukri, 26, meninggal dunia di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, Perak ketika menjalani latihan fizikal di kem berkenaan semalam.
Ketika menjalani latihan tersebut, anggota berkenaan mengadu kepenatan dan direhatkan sebelum mengalami muntah dan sesak nafas sebelum kedua-dua anggota disahkan meninggal dunia oleh petugas paramedik yang tiba pada 3.15 petang.
Punca sebenar kematian itu masih dalam siasatan polis dan pihak TLDM akan memberi kerjasama sepenuhnya bagi mencari punca sebenar kejadian, menurut kenyataan itu .
Ibu kepada tiga orang anak berusia empat ingga 10 bulan itu berkata dia mendapat berita tentang kematian suaminya pada 5.30 petang semalam daripada seorang pegawai TLDM yang menghubunginya.
"Saya redha atas kematiannya, namun saya tidak akan berdiam diri jika kejadian itu ada berlaku unsur jenayah," katanya sambil menambah suaminya telah berkhidmat dalam TLDM selama sembilan tahun.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan bersebelahan kubur bapanya yang meninggal dunia dua bulan lalu.- Bernama
Kes Kematian 2 Anggota TLDM Diklasifikasikan Semula Kepada Kes Bunuh Susulan Laporan Bedah Siasat
siakapkeli.my
Ipoh - Polis semalam mengumumkan bahawa mereka mengklasifikasikan semula siasatan kes kematian dalam tahanan dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) daripada kematian mengejut (SDR) kepada kes bunuh.
Keputusan itu diambil susulan laporan bedah siasatan kedua-dua mangsa di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini yang mendapati ada kecederaan dalaman pada tubuh mereka yang dipercayai akibat penderaan.
Lapor BH Online, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Perak Datuk Gan Tian Kee, berkata hasil bedah siasat terhadap kedua-dua mangsa yang ditahan di bilik tahanan Unit Komunikasi TLDM Sungai Wangi, Sitiawan, dipercayai berlaku penderaan yang mendatangkan kecederaan.
"Hasil bedah siasat terhadap mangsa pertama (Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28) pada jam 3.30 petang hingga 7 malam mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan paru-paru akibat trauma tumpul.
"Bedah siasat terhadap mangsa kedua (Muhammad Lailatulman Mohd Sukri,26) pada jam 9 malam hingga 11.50 malam mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan paru-paru serta trauma tumpul pada tisu lembut," katanya dalam satu kenyataan.
Kosmo! pula melaporkan, seramai lapan tahanan yang berada di lokasi kejadian dan 11 pengawal bertugas ketika kejadian telah dipanggil untuk memberi keterangan dan berdasarkan hasil siasatan, polis telah menahan tiga suspek lelaki berusia antara 29 hingga 44 tahun pada 9.30 malam tadi bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.
"Ketiga-
"Polis turut merakam kenyataan 11 pengawal yang bertugas di bilik tahanan berkenaan serta merampas set litar rakaman kamera litar tertutup (CCTV), tujuh T baton, buku log bertugas dan beberapa telefon bimbit," katanya.
Sumber: BH Online
TLDM Sahkan 2 Anggotanya Maut Semasa Jalani Latihan Fizikal
siakapkeli.my
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengesahkan kematian dua anggota di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan pada jam 3.15 petang, semalam.
Dalam kenyataan media TLDM, hari ini, dua anggota yang meninggal dunia adalah Mohd Baihaqy Nik Mat, 28, dan Muhammad Lailatulman Mohd Sukri, 26.
Berdasarkan kenyaatan yang dibuat, kedua-dua mangsa terbabit menjalani latihan fizikal mengikut prosedur.
Jurucakap TLDM berkata, semasa latihan, mereka mengadu kepenatan sebelum direhatkan dan seterusnya dipindahkan semula ke dalam bilik tahanan.
"Kedua-
"Bagaimanapun, disahkan meninggal dunia oleh petugas paramedik pada 3. 15 petang, " kata kenyataan itu
Hasil pemeriksaan awal doktor ke atas kedua-dua anggota itu tidak menemui sebarang tanda penderaan fizikal.
"Bagaimanapun, kita tidak boleh menolak sebarang kemungkinan sebab sebenar kematian itu.
"Punca sebenar kematian masih dalam siasatan polis. TLDM akan memberi kerjasama penuh dalam siasatan.
"Selain itu, TLDM juga menubuhkan Lembaga Siasatan untuk meneliti prosedur kerja yang sedia ada, " jelasnya.
Follow
Royal Malaysian Navy @tldm_rasmi
TLDM Sahkn Kematian 2 Anggota; tidak akan berkompromi atau melindungi mereka yg langgar prosedur semasa bertugas @MINDEFMalaysia @MarkasATM
Sumber- Harian Metro
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
2 of 2 File(s)
Mon Oct 23, 2017 8:16 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Agenda DAP Untuk Memecahkan Undi Melayu/Islam di Malaysia.
bloglist-malaysia.
wabillahagro.
Dicatat oleh Abd Wahab Abdullah
Bekas aktivis DAP, Shen Yee Aun (SYA) menjelaskan bagaimana strategi licik DAP menguasai PKR dan PAS sebagai modus operandi untuk memecahkan undi Melayu/Islam di Malaysia.
Menurutnya, dengan perpecahan undi Melayu/Islam kepada UMNO, PAS, PKR dan parti Islam baharu, ia bakal menguntungkan DAP sebagai 'King Maker' politik di negara ini.
SYA adalah bekas Setiusaha DAP, Taman Gembira, Klang, Ketua Pemuda DAP Klang dan Setiausaha Pemuda DAP Kebangsaan.
Agenda DAP Menguasai PKR dan PAS
1. Lim Guan Eng tidak bersetuju dengan protes membebaskan Anwar Ibrahim ketika Anwar disabitkan secara sah dan benar bersalah oleh mahkamah. Keadaan ini melenyapkan perjuangan aura dan karisma Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum dan jambatan dalam Pakatan Pembangkang. Tiada sambutan dalam beberapa protes yang dianjurkan untuk menyokong Anwar Ibrahim.
2. DAP memberi sokongan penuh terhadap Wan Azizah dalam PKR untuk menjadi MB (Selangor) dalam pertembungan MB Selangor pada suatu ketika dahulu. Hal ini disebabkan Wan Azizah dilihat sebagai seorang individu yang mudah untuk dikawal. DAP tidak perlu lagi berhadapan dengan Anwar Ibrahim. Mereka hanya perlu berhadapan dengan seorang pemimpin patung yang lemah dan lembab.
3. Kekayaan, kekuatan dan pengaruh DAP semakin kuat selepas mereka menguasai negeri Pulau Pinang yang kaya selama 2 penggal. Kekuatan ini memberi banyak ruang dan peluang untuk mereka untuk meluaskan kuasa dan pengaruh mereka.
4. DAP sangat marah terhadap PAS dan Hadi Awang kerana mengagalkan rancangan mereka untuk meletakkan Wan Azizah sebagai MB Selangor. Tanpa PAS dan Hadi Awang, Azmin Ali tidak akan sesekali menjadi MB Selangor. Peliknya, Azmin Ali tidak mengenang budi PAS dan ibaratkan kacang lupakan kulit apabila tidak berani berhadapan dengan DAP untuk memberi sokongan kepada Hadi Awang dan PAS yang suatu ketika dahulu menjadi kunci utama beliau menjadi MB. Keadaan ini hanya menandakan DAP begitu kuat sehingga Azmin Ali yang hebat juga tidak berani berhadapan dengan mereka.
5. Menurut Ketua Pemuda PAS Kuantan DAP telah memberi dana sokongan sebanyak RM 1.5 juta setahun kepada PASMA untuk memecahbelahkan PAS. Perjudian politik DAP adalah sekirannya PASMA mampu menggulingkan kesemua ulama dalam PAS maka DAP akan mampu menguasai parti PAS. Malangnya, rancangan DAP tidak kesampaian apabila kesemua mereka yang ditaja oleh DAP disingkirkan dalam pemilihan PAS yang terbaharu.
6. Namun begitu, LGE dan DAP bukanlah calang – calang orang. Mereka sudah menyedari bahawa perjudian ini bukanlah merupakan satu perjudian yang mudah. Oleh itu, semasa kempen dan pemilihan PAS, LGE dan DAP sengaja menyerang Hadi Awang dan kepimpinan ulama dalam PAS. Hal ini disebabkan Lim Guan Eng (LGE) dan DAP sememangnya mahu kesemua pemimpin dan kumpulan yang ditaja oleh mereka ditewaskan dalam pemilihan tersebut. Serangan terhadap ulama hanya akan menyatukan ahli PAS untuk menyingkirkan pemimpin – pemimpin tajaan DAP.
7. Mengapa DAP/LGE mahu mereka disingkirkan ? Keadaan ini akan memberi peluang untuk mereka untuk menamatkan kerjasaman dengan PAS dan menyingkirkan PAS daripada Pakatan pembangkang. Seterusnya , individu dan kumpulan yang ditaja oleh mereka akan terus disuntik dana untuk menubuhkan parti dan blok politik baharu untuk menjadi rakan komponen mereka. Dengan ini, DAP akan dapat menguasai dan mengawal kepimpinan Melayu dalam Pakatan Pembangkang.
8. Sekirannya Pembangkang berjaya merampas Putrajaya dan calon Perdana Menteri Melayu daripada Pakatan tersebut juga adalah alat kawalan dan boneka DAP. Dengan ini DAP akan menjadi lebih berkuasa seperti mana pihak Yahudi menguasai kesemua Presiden Amerika Syarikat.
9. Keadaan ini juga membuka ruang untuk memecahbelahkan undi masyarakat Melayu. Sekirannya terhadap parti politik Melayu/Islam baharu dalam Pakatan Rakyat maka kebarangkalian untuk pertembungan 3 pihak akan berlaku ( PAS VS UMNO VS Parti Baharu Melayu/Islam Pembangkang ). Keadaan ini akan memberi kelebihan lebih kepada DAP untuk terus memenangi kerusi terbanyak dan selepas ini mungkin lebih banyak dalam pakatan pembangkang mereka.
10. Ketika PAS vs UMNO undi Melayu sudah berpecah kepada 50% 50%. Bayangkan kini ada puak ketiga ? Berapakah lagi peratusan pengaruh Melayu dalam arena politik di negara kita ?
Saya lama mencari dlm internet apakah agama Lim Guan Eng ni. Payah sungguh nk cari. Kebanyakkn link tak nyatakn agama dia & ayahnya.
Hr ni jumpa dlm satu blog. Agamanya mmg kristian dan nama penuh Joseph Lim Guan Eng.
Pemimpin DAP kebanyakknnya kristian ttp bukan sebarang kristian tp "well fund christian"
SUMBER: Tentera Semut
''Terima Kasih Sangat-Sangat Shuib Sepahtu," Mangsa Langgar Lari Ucap Terima Kasih Kepada Pelawak Kerana Bantunya
siakapkeli.my
Siapa yang tidak kenal dengan Shuib Sepahtu, pelawak terkenal yang juga penyampai radio di sebuah stesen radio popular tanah air. Para peminatnya sudah pasti mengenalnya sebagai seorang pelawak yang berkredibiliti tinggi dengan persembahan yang tidak pernah menghambarkan setiap kali tampil ke pentas bersama ahli kumpulannya yang lain.
Namun kisah yang hendak dikongsi kali ini bukanlah mengenai bakat lawaknya, tetapi sifat baik hati yang ada pada dirinya. Seorang lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Fauzi telah berkongsi sebuah cerita yang dialaminya sendiri apabila ditimpa musibah.
Dia yang tidak menyangka bahawa insan yang sudi membantunya ketika kemalangan bukanlah insan biasa, tetapi adalah seorang yang dikenali ramai dan insan tersebut adalah Shuib Sepahtu. Shuib bukan setakat membantunya ketika kemalangan, malah turut membawanya ke klinik untuk mendapatkan rawatan serta menghantarnya kembali ke rumah. Selain Shuib, dia juga dibantu oleh beberapa orang yang lain. Beirkut adalah perkongsian beliau.
Terima Kasih sangat-sangat untuk Shuib Sepahtu dan dua tiga orang awam yang selamatkan saya dari excident walaupun orang yang langgar tu dah lari. Shuib Sepahtu tolong bawa pergi klinik dan sampai dekat rumah.
Terima kasih sangat-sangat apa yang dah kamu bagi. Shuib Sepahtu memang yang sangat perihatin. Peribadi awak memang baik lah. Semoga dimurahkan rezeki selalu Shuib sekeluarga dan bahagia dunia akhirat. Shuib Sepahtu.
Terima kasih Asri Aziz bawa balik motosikal.
Sumber : Muhammad Fauzi
Menangis Teresak-Esak Mahu Ikut Bapa Kandung Pulang
siakapkeli.my
Susulan kes kanak-kanak lelaki dirantai pada tong gas oleh bapa tirinya di sebuah rumah di Indera Mahkota, menangis teresak-esak ketika bertemu bapa kandung di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, semalam.
Menurut, Pengerusi Jawatankuasa Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahaniza Shamsuddin, bapa kandung kanak-kanak berusia 10 tahun itu datang dari Teluk Mas, Melaka pada jam 5 petang dan menghubungi pegawai pelindung kanak-kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk melawat anaknya.
"Saya berpuas hati dengan identiti lelaki berusia 36 tahun berkenaan yang mendakwa bapa kandung sebelum pegawai pelindung kanak-kanak JKM membawanya berjumpa dengan anaknya," tambahnya.
Jelasnya, bagi menghormati hak peribadi kedua beranak itu, perjumpaan mereka diadakan secara tertutup.
"Bapa kandung kanak-kanak itu turut menyatakan kesediaannya menjaga anaknya selepas ini. Mangsa juga menangis kerana ingin mengikut ayahnya pulang ke Melaka.
"Namun disebabkan kes masih dalam siasatan polis dan kanak-kanak berkenaan dilindungi di bawah akta kanak-kanak, JKM tidak akan membenarkan ahli keluarga datang mengambil.
"Kita tunggu anak ini keluar dari hospital dan pihak JKM akan membuat laporan dan memberikan kepada mahkamah. Selepas itu, mahkamah akan menentukan siapa yang layak untuk menjaga kanak-kanak ini," katanya.
Sementara itu, bapa tirinya yang berusia 32 tahun dan ibunya yang berusia 37 tahun kini ditahan reman enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016 iaitu mendera, mengabai dan menganiaya kanak-kanak.
Jika sabit kesalahan, seksyen itu memperuntuk hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.
Sumber - Berita Harian, Astro Awani
Rantai Dan Kunci Leher Anak Pada Tong Gas Kerana Geram Ponteng Sekolah, Suami Isteri Ditahan
siakapkeli.my
Sepasang suami isteri di Indera Mahkota, Kuantan ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan kes dera anak mereka yang berumur 10 tahun.
Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, Ketua Polis Daerah Kuantan berkata, perbuatan suami isteri itu diketahui hasil maklumat orang awam dan pemeriksaan yang dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).
"Bapa kanak-kanak itu berusia 35 tahun adalah anggota tentera bertugas di Kem Batu 10, Jalan Gambang. Hasil siasatan awal mendapati dia mengikat leher anaknya menggunakan rantai dan mengunci pada tong gas sebelum ditinggalkan di ruang dapur rumah.
"Polis cuba memasuki rumah itu melalui pintu depan, namun tidak berjaya kerana dikunci. Mereka kemudian ke bahagian belakang rumah dan ternampak kelibat kanak-kanak memakai seluar tanpa baju, terbaring tidak sedarkan diri," katanya, hari ini.
Katanya, kanak-kanak tersebut masih bersekolah di sebuah sekolah rendah di Indera Mahkota. Pihak polis kemudiannya menghubungi Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk membawa mangsa ke hospital bagi mendapatkan rawatan berikutan kecederaan pada bahagian leher akibat dirantai.
Menurut laporan, kanak-kanak tersebut diperlakukan sebegitu rupa kerana degil dan ponteng sekolah kelmarin dan bapanya yang gagal menahan marah bertindak diluar batasan bagi menghukum anaknya.
Ujar Abdul Aziz lagi, pasangan suami isteri linkungan 30-an itu disiasat dibawah Seksyen 31(1)(a) Akat Kanak-kanak (Pindaan) 20016 dan direman selama seminggu.
Sumber : BH Online
Terkejut Jumpa Dua Orang Anak Kecil Ditinggal Diluar Pagar Rumah
siakapkeli.my
Seorang peniaga terkejut selepas dia telah terjumpa dua orang anak kecil ditinggalkan diluar pintu pagar rumahnya.
"Saya terkejut melihat seorang kanak-kanak perempuan dan bayi lelaki di luar pintu pagar rumah bersama tiga beg kain tanpa pengawasan dewasa," kata peniaga, Rahim Sarin, 64.
Menurut beliau, ketika menghampiri dia terlihat seorang kanak-kanak perempuan berusia lingkungan setahun tiga bulan dan bayi lelaki dianggarkan berusia tujuh bulan di rumahnya di taman Air Biru, Pasir Gudang pada 29 September lalu.
Menurut beliau lagi, ketika menjumpai kanak-kanak itu kira-kira jam 4.3 petang, dia sedang membuka pintu rumahnya selepas terdengar bunyi budak menangis di hadapan rumah dan terkejut melihat kanak-kanak perempuan dan bayi berkenaan.
"Jiran yang sedang menyapu halaman menyatakan terlihat seorang lelaki dan perempuan menaiki teksi berhampiran kediaman saya.
"Kami tidak pasti sama ada mereka mempunyai kaitan dengan kanak-kanak perempuan dan bayi berkenaan.
"Saya langsung tidak mengenali bayi mahupun kanak-kanak perempuan itu dan masih keliru dengan tindakan tidak bertanggungjawab insan yang meninggalkan mereka di hadapan rumah," katanya.
Dia kemudian telah emnghubungi anak perempuannya sebelum menyerahkan kedua-dua mereka ke Balai Polis Seri Alam, Pasir Gudang.
"Mungkin insan berkenaan meninggalkan mereka supaya keluarga kami memberi jagaan kepada kanak-kanak ini namun saya tidak dapat berbuat demikian kerana ia menyalahi undang-undang.
"Saya mengambil keputusan untuk menyerahkan mereka berserta beg terbabit kepada polis bagi tindakan lanjut.
"Hampir setiap hari saya berdoa agar waris kanak-kanak perempuan dan bayi lelaki itu terbuka hati untuk tampil menuntut mereka," katanya.
Sementara itu, pelindung kanak-kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Zaid Ikhwan Lim berkata, kedua-dua mereka dipercayai adik-beradik namun tiada dokumen pengenalan diri ditemui.
Menurutnya, kedua-dua mereka dirujuk oleh Jabatan Kerja Sosial Hospital Sultan Ismail (HSI) kepada JKM pada 1 Oktober 2017.
"Mulai 3 Oktober, JKM memberi perlindungan kepada mereka yang dikategorikan sebagai kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan.
"Diharap orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan waris mereka menghubungi talian 07-2232606," katanya.
Sumber: Harian Metro
''Maafkan Abang Long Mak Abah, Along Menyesal,'
siakapkeli.my
Akibat dari videonya memukul ibu tular di laman Facebook, Muhammad Shukrey memohon maaf dan kesal atas perbuatannya terhadap ibunya.
Rakaman berdurasi 42 saat itu, telah memaparkan remaja terbabit memakai pakaian seragam sekolah dengan keadaan butang baju terbuka serta seluar terlondeh itu memukul sambil memaksa ibunya untuk memberikan wang.
Menurut Umaisarah Manaf 36, anaknya tak pernah buat macam tu sebelum ini. Ini kali pertama lah. Saya terkejut sebab dia buat macam itu sebab dia anak yang baik..dengar cakap. Saya tak sangka dia tiba-tiba jadi panas baran sampai macam itu sekali. Sebelum ini dia jentik cubit saya pun tak pernah.
"Saya tidak dapat bagi duit belanja sekolah kerana hanya ada RM17 suami saya bagi untuk buat belanja tambang bas pergi ke tempat kerja. Gaji pula lambat lagi. Jadi, anak seorang yang rajin mencari duit sendiri, selalu ada duit poket. Jual tin, botol, kotak..Tapi semalam dia tiada duit langsung, bila saya tak bagi, itu yang dia marah tu.
"Saya tak pasti apa yang menjadikan dia macam tu. Sikap dia pun memang ada berubah baru-baru ini, dia kerap balik lewat malam. Tapi saya tak kisah sebab dia selalu membantu orang untuk dapatkan upah. Mungkin anak sikit tertekan sebab peperiksaan PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3) tak lama lagi.
"Saya sudahpun memaafkan dia dan saya juga meminta maaf kerana tidak dapat memberinya belanja sekolah. Orang lain macam guru sekolah, polis dan jiran banyak bagi nasihat apa yang patut saya dan suami buat untuk dia. Saya akan bagi dia lebih perhatian selepas ini dan menganggap perbuatan dia itu adalah satu kekurangan daripada 100 kebaikan yang dilakukan anak dan tidak mahu menghukum dia disebabkan satu kesilapan saja, tambah Umaisarah.
Manakala ayahnya, Mohammad Nasir Budori, 39 berkata Ketika kejadian saya di tempat kerja. Kemudian dapat video itu, anak saya yang perempuan hantar. Jadi saya hantar pula video itu pada guru anak sulung saya itu dengan niat mahu guru itu menasihatnya supaya jaga kelakuan tambahan pula sejak dua menjak ini anak kurang berminat untuk ke sekolah. Sebenarnya sebelum ini saya sudah banyak memarahi dia, merotan dia, supaya tumpu pada pelajaran. Kalau boleh saya nak dia lebih pandai daripada saya, tak jadi macam saya.
"Saya sendiri tak sangka video itu boleh jatuh ke tangan orang lain iaitu pengawal keselamatan di sekolah dan viralkan di Facebook sampai ada yang kecam nak datang pukul anak saya. Bukan anak saja, kami ibu bapa pun dipersalahkan termasuk neneknya yang separuh buta tak nampak apa-apa masa kejadian, pun disalahkan kerana tidak menghalang tindakan anak saya itu.
"Saya buat laporan polis sebab bimbang keselamatan keluarga apabila ramai yang bagi kecaman. Saya harap orang ramai tidak terus hukum kami sekeluarga jika tidak kenal anak saya yang sebenar dan tidak tahu 'di sebalik tabir' situasi yang berlaku. Dia anak saya, saya tahu nak ajar macam mana bila dia buat salah," tambahnya.
Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seraya, Nordiana Othman, serta beberapa ahlinya turut melawat keluarga berkenaan dan menjalankan sesi kaunseling untuk remaja berkenaan.
Jelasnya, berdasarkan maklumat daripada pihak sekolah, meskipun pembelajaran dia agak perlahan untuk menangkap apa yang diajar oleh gurunya, tetapi dia tiada masalah disiplin. Dia bukan samseng, dia bukan pelajar yang selalu buat hal. Dia cuma sedikit lemah untuk belajar cepat, namun itu kita boleh bentuk untuk jadi seorang pelajar dan anak yang baik. Saya juga difahamkan oleh jiran keluarga ini, pelajar seorang yang ringan tulang dan bijak mencari duit poket sendiri. Tidak menyusahkan ibubapa.
"Dia pendiam dengan orang yang dia tidak kenal. Tapi dia seorang yang peramah dan bercampur dengan semua orang di pangsapuri ini. Paling saya kagum dengan dia, setiap Isnin hingga Jumaat dia akan ke surau untuk berjemaah solat Subuh. Selesai solat, dia akan pergi ke sebuah rumah tingkat bawah dan akan memapah seorang lelaki warga emas Orang Kurang Upaya (OKU) untuk dihantar ke kereta lelaki itu. Apabila lelaki itu pulang dari kerja pada waktu petang, dia akan membunyikan hon, remaja itu akan datang untuk papah dia sampai ke pintu rumahnya, kata jirannya, Hajar, 35.
Menurut Ahmad, 36, remaja itu rajin mencari duit poket. Kedai dan restoran berdekatan sini semua kenal dia sebab dia rajin mengutip botol, kotak dan tin untuk dijual. Kadang-kadang ada penduduk yang baru pulang membeli-belah, dia akan bantu angkat barang naik ke tingkat atas. Dia tidak kisah diberi upah atau tidak. Hanya orang yang kenal dia, akan terkejut bila tengok video itu.
Berikutan kejadian berkenaan polis turut mengambil keterangan daripada remaja itu dan menjalankan ujian air kencing susulan perlakuannya dalam video yang tersebar, namun remaja berkenaan disahkan bebas daripada pengaruh dadah.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, ujian air kencing sudah dilakukan terhadap remaja berkenaan ketika dia hadir bersama ibunya di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya untuk memberi keterangan.
Katanya, rakaman insiden remaja itu memukul ibunya menjadi tular lalu dikecam oleh masyarakat dan siasatan lanjut berhubung insiden ini sedang dijalankan.
Sumber - Harian Metro
Hasil Ujian Air Kencing, Remaja Pukul Ibu Bebas Daripada Pengaruh Dadah
siakapkeli.my
Susulan tersebarnya rakaman seorang remaja lelaki 16 tahun didakwa memukul ibunya dipercayai kerana mahukan wang, hasil ujian air kencing yang dilakukan oleh pihak polis, remaja berkenaan disahkan bebas daripada pengaruh dadah.
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Hamzah Alias, ujian air kencing dilakukan terhadap remaja berkenaan ketika dia hadir bersama ibunya di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya untuk memberi keterangan.
Jelasnya, rakaman remaja berkenaan memukul ibunya telah dirakam adik perempuannya yang menyerahkan rakaman itu kepada bapanya.
"Bapa remaja berkenaan kemudian menyerahkan rakaman itu kepada guru sekolah remaja itu dengan niat untuk meminta guru sekolah menasihati anaknya.
"Rakaman insiden itu kemudiannya tular dan dikecam masyarakat. Siasatan lanjut berhubung insiden ini sedang dijalankan," tambahnya.
Sumber - Free Malaysia Today
Bapa Remaja Dipercayai Pukul Ibu Sendiri Buat Laporan Polis Selepas Video Tersebar, Penyebar Video Tampil Mohon Maaf
siakapkeli.my
Semalam kita digemparkan dengan tersebarnya sebuah video yang menunjukkan seorang remaja sanggup memukul seorang wanita yang dipercayai ibunya sendiri selain selain melontarkan kata-kata kesat kerana wang.
Berdasarkan video tersebut, jelas terdengar suara wanita tersebut yang mengaduh kesakitan ketika dipukul selain turut terdengar suara wanita lain yang dipercayai nenek remaja terbabit cuba membela wanita yang dipukul itu.
Pihak polis mengesahkan telah menerima laporan dari bapa remaja berkenaann kerana bimbang akan keselamatan keluarganya terutama remaja terbabit susulan penyebaran video tersebut menurut Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Hamzah Alias.
"Pengadu berusia 39 tahun memberikan video terbabit kepada guru sekolah anaknya dengan niat agar guru berkenaan menasihati anak pengadu itu.
"Kemudian pengadu menerima banyak panggilan daripada saudara mara bertanyakan mengenai video terbabit selepas ia tular di Facebook dan dikecam banyak pihak," katanya lagi.
Ujarnya, keluarga wanita itu enggan sebarang tindakan diambil terhadap remaja tersebut atau terhadap mana-mana pihak. Manakala wanita yang dipukul itu tidak mengalami sebarang kecederaan atau kesan pukulan kerana remaja itu hanya memukul menggunakan tangannya sahaja.
Sementara itu di laman Facebook, individu yang mendakwa menyebarkan video tersebut tampil memohon maaf secara terbuka di laman Facebook miliknya atas kesilapan tersebut.
Pemilik akaun Facebook yang dikenali sebagai Jejaka Sereng memohon maaf kepada keluarga remaja tersebut kerana memuat naik video itu kira-kira jam 6 petang semalam.
Tambahnya lagi, dia mendakwa memperoleh video tersebut melalui rantaian pesanan yang bermula daripada adik remaja yang bertindak memukul wanita itu sendiri.
"Video daripada seorang adik hantar kepada orang, sampai kepada saya, saya viralkan.
"Tapi saya ingin memohon maaf kerana menviralkan (menularkan)
Jejaka Sereng turut mendakwa bahawa kejadian itu berlaku di sebuah rumah di Flat Taman Bukit Teratai, Ampang pada jam 9 pagi selain turut menggesa netizen untuk berkongsi video tersebut kerana terdapat pihak yang sedang mencari remaja berkenaan.
Sumber : Harian Metro
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Oct 23, 2017 8:17 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Cadang Kerajaan Naikkan Harga Rokok RM50 Sekotak Dalam Bajet 2018
siakapkeli.my
Menjelang pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, kerajaan dicadangkan agar menaikkan harga rokok sehingga RM 50 sekotak bagi membantu usaha membendung gejala dadah melibatkan remaja dan belia.
Cadangan itu dikemukakan oleh Ahmad Saparudin Yusuf yang juga Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM). Cadangan tersebut diutarakan olehnya bagi menjadikan rokok sebagai barang jualan yang mahal dan tidak mampu dibeli seihingga menyukarkan remaja dan belia untuk mendapatkannya.
Ujarnya lagi, melalui pengalaman dan perbincagan dengan pelbagai pihak antaranya Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berkaitan anak luar nikah, penagihan dadah dan virus HIV, kebanyakkan masalah tersebut berlaku berpunca daripada rokok, selain turut menjadi penyebab kepada beberapa masalah kesihatan dalm kalangan masyarakat.
"Jadi, jika harga rokok dinaikkan kepada RM50, sebagai langkah awal, masyarakat tentu akan berfikir berapa kali untuk membeli kerana mahal," katanya lagi.
Sumber : Utusan Online
Bersihkan Kotoran Degil Guna Sos Tomato, Hasilnya Periuk Bersinar-Sinar Seperti Baru
siakapkeli.my
Menyental kuali bukanlah sesuatu perkara yang digemari oleh rata-rata orang terutamanya jika kuali tersebut mempunyai kesan hitam yang terlalu sukar untuk di tanggalkan.
Seringkali kita dengar pelbagai petua dan cara untuk menghilangkan kesan kotoran degil yang melekat pada kuali terutamanya dibahagian belakang. Antaranya ialah menggunakan cuka, baking soda, garam dan sebagainya tetapi belum pernah kita dengar bahawa sos tomato juga mampu hilangkan kesan kotoran tersebut.
Petua ini dibuktikan oleh seorang pengguna laman Facebook yang dikenali sebagai Tiara Clp apabila 'experiment
Mari kita ikuti perkongsian petua dan cara berguna ini.
Selamat pagi admin dan member semua..hari ni saya nak kongsikan first experiment saya bersihkan bagian bawah kuali yang sangat sangat super degil tu use tomato sauce.
First apply tomato sauce kat bagian bawah kuali..(kuali must be kering condition).
Kemudian, biarkan kuali ini semalaman sebelum digosok dengan sponge pada keesokan harinya.
Saya gunakan bahagian yang hijau pada sponge tu..jangan terkena air dulu masa kita gosok.
Gosok sampai semua bersih barulah lap dengan tisu or kain kemudian cuci macam biasa.
Menurut Dailymail yang juga pernah melakukan ujikaji sos tomato ini menerangkan bahawa asid asetik yang terdapat di dalam cuka pada sos tomato akan menyerang bahagian copper oxide, iaitu bahagian kehitaman periuk dan kuali.
Tindakbalas inilah yang akan memberi hasil mengagumkan dalam membantu mengilatkan periuk dan kuali.
Sumber - Tiara Clp
Jangan Panik Jika Tombol Pintu Terkunci Dari Dalam, Jom Cuba Cara Ni
siakapkeli.my
Siapa yang tak panik apabila tombol pintu tiba-tiba terkunci dari dalam? Yang ada pengalaman seperti ini pasti akan risau ianya terjadi lagi. Jika pintu itu kebal dan keras, sukar juga nak dipecahkan pintu tersebut. Akhirnya, tunggu ada yang datang beri pertolongan sajalah.
Dahulu ada kisah seorang pak cik ini terkunci dalam bilik air apabila tombol pintu tiba-tiba terkunci dari dalam. Sudahnya, pak cik yang tinggal seorang itu dapat keluar selepas dua hari. Dia bernasib baik, apabila ada pemuda lalu belakang tandas rumahnya dan dia menejerit minta pertolongan. pemuda tersebut menelefon pihak bomba dan akhirnya diselamatkan. Bahaya kan?
Rusyaidi Husni Abdul Latib di laman Facebook miliknya telah kongsikan tips bagaimana nak buat jika tombol pintu jenis ini terkunci. Harap, ia dapat membantu anda semua.
Sumber: Petua Ibu
Panduan berjimat buat sendiri kawal anai-anai di rumah anda
bloglist-malaysia.
jasduit.com
Ini sambungan siri ke-2 dari siri yang sebelum ini tentang panduan berjimat kawal serangga perosak di rmua anda yang boleh dilakukan sendiri saja.
Anda boleh buat sendiri seandainya ada banyak masa dan nilai masa anda pula ada lah rendah. Biasanya orang pencen atau memang gajinya rendah sebab biasa buat kerja-kerja rencam sahaja. Panduan buat sendiri untuk orang yang bernilai tinggi tidak menjimatkan, malah merugikan.
Bagi yang bernilai tinggi, masa lebih baik diberikan tumpuan pada kerja yang menjana pendapatan untuknya yang jauh lebih banyak duit. Kalau buat sendiri semua aktiviti kawalan serangga perosak kat rumah, anda hanya buang masa sebab memang itu bukan kerja anda.
"Gunakan khidmat syarikat kawalan serangga perosak berlesen Easelife Services Sdn Bhd untuk masalah di rumah anda. Hubungi Puan Siti di nombor 012-2067357 untuk sebut harga yang istimewa jika anda tinggal di Shah Alam, Subang Jaya atau Bukit Jelutong."
Kalau dalam artikel sebelum ini, kita dah lihat panduan kawalan serangga perosak lipas kat rumah yang anda boleh lakukannya sendiri. Artikel ini kita akan kongsikan pulak panduan mudah bagaimana nak kawal anai-anai kat rumah anda.
Bagaimana kesan ada anai-anai
Rumah anda ada banyak perabut yang dibuat dari kayu. Atau rumah ada banyak buku tersimpan tersusun dengan baik di perpustakaan kecil di sudut rumah anda ?
Itu semua makanan anai-anai. Lambat atau cepat, satu masa nanti akan sampai juga anai-anai tu kat dalam rumah anda. Jadi perlu ambil tahu apa caranya nak kesan kewujudan anai-anai kat dalam rumah anda sekarang.
Caranya mudah saja. Lihat pada tanda-tanda berikut:
a.. Ada lorong kecil diperbuat dari tanah tiba-tiba muncul di mana-mana bahagian kat dalam rumahanda itu. Biasanya akan keluar dari mana-mana dinding rumah dan bergerak menuju ke siling kayau atau masuk ke lubang lain.
b.. Jumpa ada banyak sayar kelkatu kat atas lantai rumah atau mana-mana bahagian di dalam rumah anda. Berwaspada!
c.. Kerangka kayu berubah warna atau nampak macam ada lubang. Cuba pergi cucuk dengan benda tajam seperti pemutar skru kat tempat itu. Kalau terus masuk ke dalam, ada anai-anai kat dalam tu dok buat kerja.
d.. Lantai kayu rumah tiba-tiba nampak macam tercungkil keluar dan tak rata kat mana-mana bahagian di rumah anda. Atau mungkin skirting kayu atau siling kayu kat rumah.
e.. Bila malam sunyi anda nak tidur terdengar bunyi tik-tik-tik.
Itu semua merupakan tanda berkemungkinan rumah anda sudah diserang anai-anai!
Cara kawal anai-anai buat sendiri
Anda hanya perlu guna bahan-bahan natural seperti minyak pewangi yang berbau kuat. Contohnya adalah seperti minyak daun semambu atau minyak serai (neem, citronella, atau lemongrass). Ambil minyak itu dan sapukan pada perabut kayu anda sekali sekala.
Amalkan juga amalan menjemur atau dedahkan perabut pada cahaya sinar matahari secara berkala.
Pada bahagian kayu lain di rumah seperti lantai atau siling atau skirting, ambil acid borik dicampurkan dengan air, dan semburkan pada kawasan-kawsan yang anda syak kena serangan anai-anai. Pastikan anda ambil langkah berwaspada sebab acid borik tu toksik. Baca panduan menggunakan acid borik terlebih dahulu sebelum pakai.
Kalau anda ada modal yang lebih sedikit, boleh beli Termite Baiting System secara online dan anda boleh pasang sendiri sistem bunuh anai-anai dengan umpan tersebut. Kos untuk satu simtem umpan lengkap adalah antara RM100 ke RM200 sahaja jika anda pandai pasang dan pantau sendiri.
Anda mungkin perlukan lebih dari satu unit untuk selesaikan maslaah anai-anai kat rumah anda tersebut. Perlu pandai pasang di tempat yang strategik dan kalau boleh baca sampai paham atau tanya orang yang ada pengalaman memasangnya.
Kalau tak reti dan masih cuba nak buat juga, anda mungkin ahanya buang duit. Jadi dalam kes itu lebih baik hubungi syarikat Pest Control berlesen untuk selesaikan masalah anai-anai kat rumah anda.
"Boleh cuba hubungi Puan Siti dari syarikat Easelife Services Sdn Bhd di nombor 012-2067357 untuk memeriksaan percuma dan sebut harga yang berpatutan. Khidmat hanya untuk kawasan sekitar Lembah Kelang sahaja."
Penganggur Ini Ditahan Selepas Cuba Memecahkan Cermin Kereta Peronda Polis
siakapkeli.my
Pekan: Tindakan seorang penganggur mengetuk dan cuba memecahkan cermin depan sebuah kereta peronda polis mengundang padah apabila dia ditahan, kelmarin.
Dalam kejadian jam 8.20 pagi, suspek lelaki berusia 32 tahun dikatakan secara tiba-tiba mengetuk sebanyak dua kali menggunakan besi pengunci stereng pada cermin kereta peronda polis yang diletakkan di tepi jalan di depan Masjid Annur Kampung Ketapang Hilir, di sini.
Sumber polis berkata, sebaik melakukan tindakan agresif itu lelaki berkenaan terus melarikan diri menggunakan kereta Proton Waja disedari dua anggota polis peronda terbabit.
"Anggota polis peronda terbabit kemudian meminta bantuan pasukan peronda lain untuk mengejar dan menahan suspek berdasarkan keterangan kenderaan digunakan.
"Lelaki terbabit ditahan selepas dikejar kira-kira 10 minit oleh anggota cawangan kereta peronda (MPV) di Jalan Sultan Ahmad, di sini," katanya kepada Harian Metro, semalam
"Siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengetahui punca suspek melakukan perbuatan khianat itu," katanya.
Menurut sumber, polis turut merampas besi pengunci stereng digunakan suspek selain kereta yang dipandunya dan suspek kini direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 425 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat terhadap harta.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Pekan, Deputi Superintendan Mohd Zaidi Mohd Zain, ketika dihubungi semalam, mengesahkan kejadian.
Sumber: Harian Metro
Minta Bawakan Baju Tidur Dan Berus Gigi Sebaik Sahaja Sedar Dari Koma
siakapkeli.my
Datuk Mahadzir Lokman, pengacara dan personaliti televisyen popular dikhabarkan sudah kembali sedar dari koma yang dialaminya sejak Ahad lalu dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Danial Lokman, adiknya berkata, Mahadzir sudah boleh bercakap sejak awal pagi Rabu, namun keadaanya masih dibawah pemantauan rapi doktor di pusat perubatan berkenaan.
Menurutnya lagi, ayat pertama yang dituturkan oleh ikon siarawan negara itu adalah, "Boleh sesiapa tolong bawakan baju tidur dan berus gigi ke hospital."
Danial turut manambah bahawa pihak keluarganya bersyukur apabila abangnya sudah mula sedar dan berdoa agar abangnya sembuh dengan segera.
Mahadzir yang mesra dipanggil Dale sudah mula menunjukkan tanda-tanda positif sejak Rabu lalu, memberi sinar harapan buat keluarganya untuk melihat Dale kembali sihat seperti sedia kala.
Dale yang juga penerima anugerah Orde Les Palmes Academiques oleh kerajaan Perancis pada tahun 2006 sudah boleh menggerakkan tangan sejak Isnin lalu apabila disapa oleh doktor.
Dale dikerjakan ke PPUM pada Ahad lalu setelah dilaporkan dalam keadaan kritikal susulan kompilasi buah pinggang dan paru-paru bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Dia yang juga penghidap penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi dibawa ke hospital oleh ahli keluarganya setelah ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Sumber : mStar
Nak Larikan Diri Sangat, Penunggang Motosikal Dalam Video Tular Kini Diburu Polis
siakapkeli.my
Semalam tular sebuah video rakaman yang berdurasi 29 saat di media sosial menunjukkan seorang wanita melintas jalan sebelum dilanggar penunggang motosikal.
Video rakaman tersebut menampakkan seorang penunggang motosikal melarikan diri selepas terlanggar seorang wanita yang melintas jalan dalam kejadian di Sungai Nibong, Georgetown.
Kerana sikap tidak bertanggungjawab itu, penunggang motosikal berkenaan kini telah menjadi buruan pihak polis.
Melalui rakaman video itu, wanita tersebut tercampak dan penunggang terbabit hanya melihat beberapa saat sebelum meninggalkan tempat kejadian.
Pemandu-pemandu kereta yang berada di lokasi kejadian juga tidak membantu mangsa sebelum wanita itu bangun dan berjalan dalam keadaan kesakitan.
Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut supaya menghubungi Bahagian Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di talian 04-2181872 atau balai polis berhampiran.
Sumber : Harian Metro
Akur Dengan Titah Sultan, Pemilik Dobi Layan Diri 'Mesra Muslim' Tampil Mohon Maaf
siakapkeli.my
Foto - mStar Online
Susulan daripada titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim kepada pemilik dobi 'mesra muslim' supaya memohon maaf atas tindakannya yang memalukan negeri Johor dengan menggunakan nama Islam dalam perniagaan dobinya sehingga menimbulkan kontroversi.
Akur terhadap titah Sultan Johor, pemilik dobi berkenaan telah memohon maaf atas perbuatannya dan telah mematuhi titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk menurunkan papan tanda berkenaan.
"Saya kesal dengan isu ini dan akan mematuhi titah Tuanku," kata pemilik dobi di Taman Seri Cempaka yang enggan namanya didedahkan.
Pemilik dobi 'mesra muslim' itu telah menurunkan papan tanda itu pada pagi Rabu susulan laporan yang dikeluarkan oleh The Star.
"Saya tidak sedar mengenai perkara itu pada awalnya. Saya hanya mengetahuinya selepas rakan-rakan memaklumkan tentang titah Tuanku," katanya pada Rabu.
Hasil tinjauan yang dilakukan oleh The Star pada Rabu menunjukkan papan tanda itu tidak lagi dipamerkan di pintu masuk dobi berkenaan, namun masih beroperasi seperti biasa.
Tuanku Sultan Johor menitahkan agar dobi kontroversi yang hanya membenarkan pelanggan Muslim untuk menggunakannya agar menghentikan diskriminasi tersebut atau berdepan risiko ditutup oleh baginda.
"Beta tidak boleh terima perkara mengarut seperti ini. Ini adalah negeri Johor, negeri milik Bangsa Johor dan milik semua rakyat tidak kira bangsa dan agama. Negeri ini adalah progresif, moden dan bersederhana.
"Ini bukan negara Taliban dan sebagai Ketua Agama Islam di Johor, beta merasakan tindakan ini sama sekali tidak boleh diterima dan bersifat ekstremis," titah baginda.
Sultan Ibrahim turut mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Abdul Mutalip Abd Rahim, majlis agama dan majlis daerah untuk menyiasat perkara itu.
Minggu lalu tularnya satu gambar dobi mesra Muslim di laman sosial facebook dilaporkan hanya pelanggan Islam sahaja dibenarkan menggunakan mesin pencuci pakaian di premis itu.
Sumber : mStar Online
'Ini Bukan Negara Taliban' Sultan Johor Arah Pemilik Dobi Minta Maaf
siakapkeli.my
Tularnya satu gambar dobi yang mengkhaskan pelanggan beragama Islam sahaja dilaman sosial facebook baru-baru ini telah menyebabkan munculnya pelbagai respon daripada golongan masyarakat.
Oleh yang demikian, sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah mengarahkan supaya operasi dobi khas bagi pelanggan yang beragama Islam di Muar supaya ditamatkan segera atau berdepan tindakan ditutup oleh baginda sendiri.
"Beta tidak boleh terima perkara mengarut seperti ini. Ini adalah negeri Johor, negeri milik Bangsa Johor dan milik semua rakyat tidak kira bangsa dan agama. Negeri ini adalah progresif, moden dan bersederhana.
"Ini bukan negara Taliban dan sebagai Ketua Agama Islam di Johor, beta merasakan tindakan ini sama sekali tidak boleh diterima dan bersifat ekstremis," titah baginda.
Selain mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Abdul Mutalip Abd Rahim, majlis agama dan majlis daerah untuk menyiasat perkara tersebut dengan lebih lanjut.
Tuanku Sultan Johor juga telah bertitah dengan Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin dan Exco Agama, Abdul Mutalip Abd Rahim berkenaan hal ini.
"Beta mahu pemilik dobi itu memohon maaf kepada beta dan seluruh rakyat Johor. Dia telah membuat orang Johor malu dan marah kerana ini bukanlah apa yang Johor mahukan.
"Pemilik itu juga telah melanggar visi Johor untuk bersatu, hidup harmoni, bersederhana dan bertoleransi. Kalau dia mahu meneruskan juga perkhidmatan dobi Muslim itu, dia boleh keluar dari Johor. Beta cadangkan dia buka kedai di Afghanistan. Pemikirannya sempit dan tidak seiring dengan apa yang diperjuangkan di negeri ini."
Baginda dan keluarganya berasa terkejut dengan tindakan pemilik dobi berkenaan, titah Sultan Johor.
Tuanku Sultan Johor turut menjelaskan, jika perbuatan itu tidak dihentikan, ia akan membuka ruang untuk lebih banyak perbuatan yang berfikiran sempit dilakukan atas nama islam.
Gambar dobi mesra Muslim itu tular minggu lalu apabila dilaporkan hanya pelanggan Islam sahaja dibenarkan menggunakan mesin pencuci pakaian di premis itu.
Setelah tularnya gambar dobi khas pelanggan Islam sahaja minggu lalu, pemilik dobi berkenaan telah menukar papan tanda kepada "Mesra Muslim" Titah Sultan Ibrahim.
"Tak usah berlagak pandai, ia tetap sama. Pemilik dobi itu perlu dibersihkan otaknya.
"Beta mahu hentikan ekstremism. Perlakuan ekstremis tiada tempat di negeri beta. Kita ada maruah sebagai Bangsa Johor dan beta mahu tahu di mana pemilik dobi itu belajar agama? Islam mengajar untuk bertoleransi dan menghormati kepercayaan orang lain," titah baginda di Istana Bukit Serene pada Selasa.
Baginda tidak boleh berdiam diri mengenai isu ini. Jika tidak mungkin delepas ini akan wujud pula teksi khusus bagi pelanggan Islam dan bukan Islam, titah Sultan Ibrahim lagi.
Sumber : mStar Online
Ingatkan Kes Ragut Beg Biasa, Rupanya Ada Lebih RM110,000 Dalam Beg
siakapkeli.my
Seorang wanita menanggung kerugian lebih RM 100 000 dalam masa hanya 5 saat sahaja apabila menjadi mangsa ragut ketika sedang menjamu selera di sebuah restoren di Taman Equine, Seri Kembangan, Jumaat lalu.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 12 tengah hari tu, mangsa dihampiri secara tiba-tiba oleh seorang suspek lelaki sebelum merampas beg tangan mangsa yang diletakkan di kerusi bersebelahan.
Asisiten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias,, Ketua Polis Daerah Serdang berkata, suspek sebelum itu didapati dilihat keluar dari sebuah kereta di laluan berdekatan premis itu.
"Suspek melarikan diri menggunakan dua kenderaan. Pemeriksaan terhadap kenderaan itu mendapati nombor pendaftaran yang digunakan adalah palsu.
"Kejadian ragut itu menyebabkan mangsa kerugian wang tunai berjumlah RM117,630.
"Menurut keterangan mangsa, wang berkenaan adalah pinjaman daripada saudara-mara dan milik diri sendiri. Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Seri Kembangan di sini, sejurus kejadian," katanya.
Susulan laporan mangsa, pihak polis segera menjalankan siasatan seterusnya berjaya menahan lapan lelaki termasuk dua warga Indonesia bagi membantu siasatan.
"Semua suspek ditahan di sekitar Seri Kembangan, di sini, Isnin lalu.
"Hasil soal siasat yang dijalankan, enam lelaki tempatan terbabit dilepaskan dengan jaminan polis, manakala dua lelaki warga Indonesia itu direman hingga 6 Oktober ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya.
Kejadiaan ragut yang berlaku itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan suspek lelaki tersebut keluar dari sebuah kereta model Perodua Myvi berwarna perak dan merampas beg milik wanita itu.
"Lelaki itu kemudian masuk semula ke dalam kereta sebelum melarikan diri. Terdapat sebuah lagi kereta jenis sama berwarna kuning kelihatan mengekori kenderaan dinaiki suspek," katanya.
Sumber : myMetro
Penyamun Maut Selepas Bergelut Dengan Tuan Rumah
siakapkeli.my
KOTA TINGGI - Seorang lelaki yang dipercayai telah memecah masuk sebuah rumah didapati maut selepas bergelut dengan penghuni rumah tersebut di Felda Simpang Waha awal pagi tadi .
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah yang mengesahkan kejadian berkenaan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi di kawasan perumahan Felda berkenaan melibatkan si mati yang juga merupakan penduduk tempatan.
Jelasnya, dalam insiden itu, berlaku pergelutan dimana penghuni rumah tersebut bertindak melindungi diri dan keluarga berikutan tindakan lelaki berusia 30-an berkenaan yang didakwa telah memcah masuk ke dalam rumahnya.
"Dalam kejadian itu, penghuni rumah berkenaan telah bergelut dengan lelaki tersebut dan si mati telah meninggal dunia. Bagaimanapun siasatan mendapati tiada sebarang kecederaan luar.
"Semakan juga mendapati si mati turut memiliki lebih lima rekod jenayah lampau. Siasatan kita pada masa ini menjurus pada kematian mengejut (SDR) dan juga Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cubaan samun,"
Beliau meminta orang awam untuk memberikan masa kepada pihak polis bagi membuat siasatan lanjut kejadian tersebut.
Beliau juga meminta agar tidak ada pihak yang bertindak memanipulasikan kes berkenaan dengan ulasan dan pandangan tanpa berdasarkan fakta siasatan.
Sumber- Sinar Harian
Diugut Rogol Dan Bunuh, Empat Wanita Berdepan Detik Menakutkan Disamun Ketika Daki Bukit Keluang
siakapkeli.my
BESUT: Empat pendaki wanita berdepan detik menakutkan apabila mereka diugut akan Rogol dan bunuh sebelum disamun dua lelaki di puncak Bukit Keluang di sini petang semalam.
Dalam kejadian kira -kira jam 2.30 petang itu, seorang suri rumah berusia 55 tahun dari Pasir Mas, Kelantan bersama seorang anak perempuannya berusia 31 dan dua rakannya anak perempuannya berusia 24 dan 39 tahun disamun lelaki bersenjata pisau dan kayu.
Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, mangsa mendaki berlima melalui jalan belakang Bukit Keluang dan sebaik sampai di puncak bukit tiba-tiba muncul dua lelaki menutup muka dengan kain.
"Kedua-
Menurut sumber, antara barang yang telah disamun termasuklah, tiga utas rantai tangan emas, tiga buah telefon bimbit, sebentuk cincin berlian, dan sejumlah wang tunai. Jumlah keseluruhan kerugian dianggarkan melebihi RM20,000
Sumber: Sinar Harian
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Oct 23, 2017 8:24 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Gol Penyamaan Pasukan Perak Adalah Sah - Subkhiddin
siakapkeli.my
Sejak semalam pelbagai pandangan dan ulasan diberikan ramai 'pakar
Keputusan pengadil yang membatalkan gol penyamaan penyerang The Bos Gaurus, Zaquan Adha Abd Radzak telah menimbulkan rasa tidak puas hati penyokong Perak.
Jaringan itu dibatalkan selepas didakwa ofsaid tetapi sebenarnya jaringan berkenaan didakwa satu jaringan yang sah dengan gol patut diberikan kepada pasukan itu.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Subkhiddin Mohd Salleh, beliau mengakui pengadil serta pembantu pengadil kedua pada perlawanan itu sudah tersilap tafsir mengenai jaringan terbabit.
Keputusan dibuat selepas mereka sudah berusaha untuk mendapatkan keputusan yang tepat menerusi perbincangan mengenai insiden terbabit.
Subkhiddin yang juga bekas pengadil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) itu menyatakan kesilapan pengadil dan pembantunya merupakan satu keputusan yang sungguh berat untuk diterima kerana ia membabitkan perlawanan berskala besar.
"Pemain JDT, (S Kunanlan) mendapat tekanan daripada perasaannya sendiri untuk menghalang daripada bola terlepas ke pihak lawan iaitu pemain Perak (Zaquan), sedangkan Zaquan hanya bergerak tanpa menghalang sebarang perbuatan Kunanlan untuk memainkan bola.
"Pembantu pengadil tersalah tafsir apabila dia melihat Zaquan berada pada posisi ofsaid dan hampir dengan Kunanlan.
"Begitulah realitinya pandangan yang bakal dilihat oleh pembantu pengadil dan berbeza dengan pandangan pengadil atau pembantu pengadil yang lain.
"Dalam situasi itu, gol dijaringkan disebabkan kelemahan Kunanlan sendiri. Jadi, jaringan itu seharusnya dibenarkan dan permainan perlu diteruskan dengan sepak mula oleh pasukan JDT.
"Bagaimanapun, sukar untuk melihat situasi secara realiti di atas padang jika hendak dibandingkan dengan penilaian yang begitu mudah untuk ditafsir menerusi rakaman video saja," katanya dipetik laporan Berita Harian.
Pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, malam tadi, hantaran lintang yang dibuat Gilmar tiba di depan pintu gol JDT dan Kunanlan dilihat menampan masuk hantaran terbabit ke gawang sendiri untuk gol penyamaan pelawat.
Namun, jaringan itu dibatalkan pengadil perlawanan, Mohd Zohri Tajuddin selepas pembantu pengadil kedua, Nojey Naking menyatakan Zaquan yang berada dalam kedudukan ofsaid menyentuh hantaran itu untuk menyumbat gol buat Perak.
Sumber: Berita Hariandh
Remaja 13 Tahun Berjaya Reka Aplikasi Ganti Buku Teks
siakapkeli.my
KUCHING - Seorang remaja berusia 13 tahun berjaya mencipta sebuah aplikasi buku teks yang bertujuan untuk mengurangkan penggunaan buku tekas dalam bentuk fizikal.
Hasil bimbingan dan tunjuk ajar daripada Malaysia Global Innovation dan Creative Centre (MaGIC) di Borneo774, Bintawa, Ahmad Zulfadzli Khamidi, 13, berhasil membangunkan aplikasi tersebut dalam tempoh dua minggu.
Menurut Zulfadzli, idea tersebut muncul daripada pengalamannya sendiri yang kurang gemar membaca buku teks kerana berasa cepat bosan dan mengantuk.
"Bagaimanapun, saya menghadapi kesukaran untuk merealisasikan impian itu. Saya ada idea tetapi tidak tahu bagaimana untuk membangunkan aplikasi serta menulis kod untuk perisian itu," ujarnya.
Ahmad Zulfadzli bersama ibunya yang berkunjung ke Borneo744 bagi meminta pandangan berkenaan hal itu berasa terkejut apabila mendapat tahu bahawa terdapat program untuk mempelajari prinsip asas pengekodan ditawarkan secara percuma di sana.
Jelasnya, guru tidak lagi perlu menanda setiap latihan dan kertas peperiksaan selain dari murid tidak perlu membawa buku ke sekolah dan berdepan dengan masalah kehilangan buku dan alat tulis.
"Aplikasi ini sangat mudah dan sesuai untuk semua golonagan pelajar seperti sekolah rendah, menengah dan pelajar universiti.
"Untuk permulaan, buku teks subjek Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Matematik dan Sains sudah diprogramkan dalam aplikasi itu. Subjek lain akan menyusul kemudian," ujarnya lagi.
Rekaan Zulfadzli itu melayakkan beliau memenangi kategori junior di Hack Weekend KCH iaitu pertandingan hackathon yang dianjurkan sempena Forum Remaja Tegas 2017 di Pusat Konvensyen Borneo pada 14 Oktober lalu.
Zulfadzli kini dalam proses untuk menyiapkan aplikasi keduanya bagi membantu usahawan kecil di Sarawak untuk memasarkan produk merek
Sumber- The Star
Abang JPJ Bantu Iringi Kanak-Kanak Kena Sawan Ke Hospital Dan Akak JPJ Fasih Berbahasa Mandarin Dapat Penghargaan
siakapkeli.my
Pasti ramai masih ingat akan kisah sepasang suami isteri menghadapi detik cemas anak mereka diserang sawan, perjalanan mereka ke hospital tersangkut di dalam jem, mujur ada sebuah kereta peronda Jabatan pengankutan jalan(JPJ) yang mengetahui keadaan mereka ini bertindak mengiringi kereta mereka ke hospital.
Pembantu Penguatkuasa JPJ berkenaan, En. Mohd Azizul bin Mohd Anuar dan En Mohd Taufik bin Ramli dari dari JPJ Selangor hari ini telah menerima Anugerah Penghargaan Perkhidmatan dari Ketua Pengarah JPJ, Datuk Shaharuddin Khalid pagi ini.
Anugerah berkenaan diberikan kepada mereka bagi menghargai jasa mereka kepada masyarakat kerana tindakan yang terpuji dilakukan mengiringi kereta dipandu oleh En.Saiful di mana anaknya diserang demam dan sawan ke hospital.
Video yang dirakam oleh pihak keluarga itu sendiri telah dimuatnaik dan menjadi tular di laman sosial dimana tindakan terpuji mereka ini mendapat pujian netizen.
Selain mereka berdua, akak JPJ kita yang fasih berbahasa Mandarin yang menjadi tular baru-baru ini juga mendapat Anugerah Penghargaan Perkhidmatan pagi tadi dari Ketua Pengarah JPJ.
Video Nur Syafiqah binti Azaman, Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 dari JPJ Negeri Perlis yang membantu pelajar asing dari China yang tidak faham langsung Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia telah tular di laman Facebook.
Di dalam video itu memaparkan tindakan Nur Syafiqah telah memudahkan urusan pelajar berkenaan, kerana kepetahannya berbahasa Mandarin telah membantu dua pelajar warga China dalam urusan pertukaran hak milik kenderaan yang dipohon mereka.
Video yang dimutnaik oleh seorang pegawai dan kemudian dimuatnaik oleh pihak kami itu telah menerima tontonan sebanyak 4.2 juta kali, disukai 114 ribu orang dan dikongsi 47 ribu kali oleh netizen.
Kerana kelebihan beliau itu berkhidmat untuk pelanggan, dia turut menerima pujian daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketiga-tiga mereka menerima penghargaan tersebut hari ini ketika Majlis Perhimpunan Setia Bulan September Bahagian Kewangan di Ibu Pejabat JPJ Putrajaya. - Siakapkeli.my
----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Monday, August 28, 2017 8:37 PM
Subject: Fw: "Terima Kasih Abang JPJ,"
"Terima Kasih Abang JPJ," Bapa Terharu JPJ "Escort
siakapkeli.my
Tindakan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ mengiringi kereta Muhammad Saiful Jaffar, 36, mendapat pujian orang ramai setelah tular di laman Facebook pada jam 7.09 petang, 18 Ogos lalu.
"Terima kasih kepada mereka berdua, walaupun itu bukan tugas mereka, tetapi atas dasar kemanusiaan mereka tetap membantu," kata Muhammad Saiful.
Apabila menceritakan mengenai kejadian dibantu dua anggota JPJ ketika dia sedang berhadapan detik cemas apabila anak bongsunya mengalami demam panas dan sawan ketika di dalam kereta.
Muhamad Saiful dalam perjalanan dari rumahnya di Sungai Pelek, Sepang Ke Hospital Serdang untuk membawa anaknya, Aryan yang berusia 14 bulan yang tidak sihat.
Aryan pada ketika itu dalam pangkuan isterinya, Nellie Ismail, 35, mengalami sawan menyebabkan beliau telah memandu melebihi had laju sambil menghidupkan lampu kecemasan.
"Ketika berhenti di lampu isyarat di jalan KLIA 1, ada kenderaan JPJ di hadapan kami dan saya terus pergi keluar kereta dan pergi kepada mereka.
"Saya memaklumkan kepada anggota terbabit, saya meminta maaf kerana mahu memandu laju disebabkan bayi kekejangan demam panas," tambahnya.
Namun, anggota JPJ terbabit memberitahu mereka mahu mengiringi keretanya dan dia akan memandu sambil mengekori kereta JPJ tersebut.
"Saya mengekori kenderaan JPJ sehingga Putrajaya berdekatan susur ke Hospital Serdang. Laluan itu bukan lebuh raya tapi jalan lama yang banyak digunakan oleh kenderaan pengguna lain.
"Alhamdulillah, dengan bantuan mereka, saya sampai ke hospital lebih cepat. Terima kasih kepada mereka berdua," katanya
Dua anggota JPJ tersebut ialah Mohd Azizul Mohd Anuar, 33, serta Mohd Taufik Ramli, 31, iaitu pembantu penguat kuasa dari JPJ Selangor.
Mohd Azizul berkata dia memahami situasi bapa yang berdepan dengan keadaan anak ditimpa sakit memandangkan dia juga mempunyai seorang anak.
Sumber- Harian Metro
Facebook- El Marine
----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Wednesday, September 20, 2017 11:08 PM
Subject: Fw: Dipanggil Jumpa Ketua Pengarah di Putrajaya
"Dah lah Comel, Fasih Berbahasa Mandarin Pula", Pegawai JPJ Perlis Tak Sangka Videonya Viral
siakapkeli.my
Seorang wanita yang merupakan pembantu penguat kuasa di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis terkejut dan tidak menyangka videonya yang sedang bertutur dalam bahasa mandarin ketika membantu urusan dua penuntut dari Shandong, China di kaunter perkhidmatan jabatan itu petang semalam, tular di media sosial dan ditonton hampir sejuta orang.
Menurut Nur Syafiqah Azaman, 23, segalanya terjadi apabila rakan sejawatnya telah merakam dia berbual dan memberi penerangan kepada dua pelajar terbabit dan kemudiannya memuat naik video itu ke laman rasmi JPJ Perlis sebelum ia dikongsikan dan tular dikalangan netizen.
Jelasnya, dua pelajar berkenaan iaitu Sun Wen Xuan, 18, dan Zhai Qin Xing, 19, yang dikatakan sedang menuntut di Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam bidang kewangan dan pengurusan perniagaan itu mahu menguruskan pertukaran nama hak milik kenderaan.
"Mereka berdua baru saja membeli sebuah kereta untuk kegunaan di negara ini. Namun, ketika berurusan di kaunter, saya perhatikan mereka tidak boleh berbahasa Melayu dan berbahasa Inggeris juga tersekat-sekat.
"Jadi saya terpanggil untuk membantu dan memberi sedikit penerangan mengenai prosedur yang perlu dilakukan oleh mereka termasuk di PUSPAKOM (Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer) dalam bahasa mandarin. Syukur mereka boleh memahaminya dengan jelas," kata gadis berasal dari Changlun, Kedah dan berdarah kacukan Cina dari sebelah ibunya ketika ditemui petang semalam.
Nur Syafiqah mahir berbahasa mandarin kerana belajar di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yit Min, Changlun selain dari ibunya telah mengajarnya bertutur dalam bahasa tersebut sedari kecil memandangkan ibunya sendiri berketurunan Tionghua.
"Ibu saya memang seratus peratus berbangsa Cina dan kini seorang tukang jahit di Changlun. Ibu memang banyak mengajar saya bercakap bahasa Mandarin," jelasnya.
Sementara itu, menurut Pengarah JPJ Perlis, Shahrul Azhar Md Dali , kehadiran Nur Syafiqah di JPJ Perlis adalah satu penghargaan dan kelebihan kepada jabatan itu.
"Mempunyai kakitangan seperti beliau (Nur Syafiqah) satu kelebihan kepada JPJ memandangkan kita berurusan dengan semua bangsa dalam negara ini.
"Saya juga menggalakkan setiap kakitangan khususnya di bahagian perkhidmatan pelanggan untuk menguasai bahasa ketiga sedia ada dalam negara,"
Sumber- Harian Metro
Pegawai JPJ 'Pandai Cakap Mandarin' Dipanggil Jumpa Ketua Pengarah di Putrajaya Selepas Video Viral
siakapkeli.my
SHAH ALAM - Pembantu Penguatkuasa Jabatan Pegangkutan Jalan (JPJ), Nur Syafiqah Azaman dipanggil untuk bertemu Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Nadzri Siron di Putrajaya selepas videonya tular di media sosial sejak beberapa hari lalu,
Pegawai Perhubungan Awam JPJ Perlis, Mohd Tarmizi Ghazali yang berkata, undangan itu merupakan satu penghormatan khususnya buat JPJ Perlis.
Terdahulu, Nur Syafiqah, 23, menjadi sebutan apabila video yang dirakam salah seorang pegawai JPJ tular di media sosial.
"Apabila dapat menyelesaikan tugas dan membantu pelanggan, ia adalah kejayaan buat kami. Selepas video itu tular, ia secara tidak langsung memberikan imej yang lebih baik buat JPJ," katanya kepada Sinar Harian Online.
Nur Syafiqah membantu dua pelajar warga China dalam urusan pertukaran hak milik kenderaan yang dipohon pelajar berkenaan.
Video berdurasi satu minit 38 saat itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata berbangga dengan apabila Nur Syafiqah fasih bercakap Mandarin dan dijangka beliau akan bertemu Nadzri pada hari esok.
Sumber: Sinar Harian
Tiada Sebarang Pengakuan Dari Suspek Bakar Tahfiz Direkodkan Sehingga Kini
siakapkeli.my
Susulan kebakaran Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat, dua daripada enam suspek didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini atas tuduhan membunuh 21 pelajar dan dua guru di tahfiz.
Tiada pengakuan direkodkan daripada remaja lelaki yang masing-masing berusia 16 tahun itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin dalam prosiding secara tertutup.
Pihak media dan keluarga mangsa yang telah berada di mahkamah sejak 9 pagi tadi telah diarahkan keluar oleh Siti Radziah bagi laluan prosiding kes yang dijalankan secara tertutup.
Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 28 November depan sebagai sebutan semula kes.
Manakala, lima remaja bawah umur termasuk dua yang didakwa membunuh dalam kes berkenaan didakwa atas tuduhan memasukkan dadah dalam badan di Mahkamah Majistret Kanak-Kanak Kuala Lumpur, hari ini.
Dua tertuduh berusia 16 tahun mengaku bersalah manakala tiga yang berusia 12, 16 dan 17 tahun mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan itu selepas pertuduhan dibacakan Majistret Zilfinaz Abbas.
"Majistret tidak membenarkan kedua beradik itu diikat jamin atas faktor keselamatan, namun seorang lagi anak guam yang berusia 12 tahun dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM3,000 dan diikat jamin oleh ibu saudaranya.
Mahkamah menetapkan pada 28 November ini untuk sebutan semula kes bagi laporan ujian air kencing.
Dakwaan kes dikemukakan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun serta perintah pengawasan polis selama dua tahun.
Sumber - Harian Metro
Suspek Bakar Pusat Tahfiz Akan Didakwa Dibawah Seksyan 302 Kerana Membunuh Esok
siakapkeli.my
Gambar: BH Online
Enam suspek kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah akan di dakwa di mahkamah esok selepas siasatan ke atas mereka selesai.
Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, Timbalan Ketua Polis Negara berkata, hanya sebahagian daripada suspek akan di dakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Kesaksaan kerana membunuh.
Manakala selebihnya akan didakwa mengikut seksyen berbeza iaitu mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Siasatan mendapati tidak semua suspek terbabit dalam kejadian itu, mereka ada ketika kejadian namun tidak terbabit.
"Hanya sebahagian daripada mereka akan didakwa mengikut Seksyen 302," katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.
Ujarnya lagi, pihak polis tidak akan berpuas hati dan tetap meneruskan siasatan walaupun kes sudah dituduh.
"Jika ada ruang dan maklumat terbaru kita terus jalankan siasatan. Kes masih berjalan namun apa yang boleh saya katakan kes sudah selesai," katanya.
Dalam tragedi kebakaran pada 14 September yang lalu, 23 orang pelajar termasuk 2 orang guru telah terkorban seterusnya membawa kepada penahanan 7 orang remaja pada 16 September.
Mereka yang berusia 11 hingga 18 tahun ditahan reman dan disyaki menjadi dalang kepada kejadian kebakaran yang mempunyai kaitan dengan unsur khianat.
Enam daripada suspek berusia 18 tahun ke bawah manakala seorang lagi berusia 11 tahun.
Sumber : myMetro
Suspek Dibawa Ke Lokasi Kebakaran Semula, Tiada Riak Sedih Langsung Di Wajah Mereka
siakapkeli.my
Tujuh suspek remaja didakwa menjadi punca kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang mengorbankan nyawa 21 pelajar dan dua orang guru dibawa ke lokasi kejadian oleh polis dan diarahkan melakonkan semula perbuatan mereka di Jalan Keramat Hujung, semalam.
Menurut sumber yang melihat jelas situasi berkenaan, suspek yang dibawa dikatakan tidak menunjukkan riak wajah sedih ketika disoal siasat dan di arah melakonkan semula tindakan mereka oleh polis. Tujuh suspek terbabit juga dikatakan seperti tiada perasaan.
Jelas sumber berkenaan, kesemua suspek memakai penutup mulut dan diiringi polis memasuki beberapa bahagian bangunan pusat tahfiz serta persekitaran luar bangunan.
"Kira-kira satu jam setengah, mereka selesai dibawa ke kawasan-kawasan tertentu untuk melakonkan semula pergerakan mereka ketika mahu membakar pusat tahfiz itu. Kemudian, mereka dikumpulkan dan duduk di satu tempat sebelum disoal polis.
"Ketika itu saya dapat lihat wajah mereka, nampak seperti tiada apa yang berlaku dan tidak menunjukkan reaksi insaf walaupun sudah melakukan satu jenayah terancang yang menggemparkan negara," katanya menurut laporan Harian Metro.
Sebelumnya, tujuh suspek yang dibawa semula ke lokasi kejadian dipercayai diarah melakokan semula bagaimana mereka membakar pusat tahfiz itu dari 2.40 petang hingga 4.45 petang semalam.
Kesemua suspek dibawa masuk melalui pintu belakang sebelum seorang daripada mereka dibawa ke kawasan taman tasik yang terletak di belakang pusat tahfiz.
Kawalan polis di tempat kejadian semalam adalah yang paling ketat sehingga kaunter sumbangan di hadapan pusat tahfiz berkenaan terpaksa ditutup buat sementara.
Sumber- Harian Metro
Polis Bawa Suspek Bakar Pusat Tahfiz Ke Lokasi Kejadian
siakapkeli.my
Foto - Mohd Yusni Ariffin
Salah seorang dari ketujuh-tujuh suspek yang insiden kebakaran Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah telah dibawa oleh pihak polis ke lokasi kejadian,pagi tadi.
Pihak polis membawa telah membawa suspek yang berusia 16 tahun itu menaiki sebuah van ke lokasi kejadian pada jam 11.50 pagi, dipercayai dari lokap Balai Polis Jalan Pantai.
Suspek terus dibawa masuk ke dalam pusat tahfiz sebelum menuju ke bahagian belakang untuk menunjukkan kepada pihak polis mengenai situasi yang sebenarnya berlaku pada hari kejadian 14 September lalu.
Setelah hampir 10 minit, suspek kemudiannya dibawa menaiki tangga belakang menuju ke tingkat atas.
Tepat jam 12.54 tengah hari, suspek dibawa keluar dibawa keluar dari pusat tahfiz tersebut.
Foto - Mohd Yusni Ariffin
Walaupun pihak polis membawa suspek insiden kebakaran itu ke lokasi kejadian, mereka turut memperketatkan kawalan di kawasan persekitaran untuk mengelakkan wajah suspek dirakam pihak media dan orang awam.
Unit Forensik Polis Bukit Aman dan Kuala Lumpur membawa kamera 3 dimensi (3D) terbaru ketika menjalankan tugas di lokasi sama untuk merakam gambar dalam dan luar kawasan pusat tahfiz bagi melengkapkan sisatan mereka.
Namun begitu, orang ramai tetap membanjiri kawasan Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah untuk mendapatkan perkembangan berkaitan insiden tersebut.
Sumber : Berita Harian
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment