Tuesday, October 24, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4851

8 Messages

Digest #4851
1
Fw: Berita 17 by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
2
Fw: Berita 18 by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
3
Fw: Berita 19 by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
4
Fw: Berita 20 by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
5
Fw: Berita 21 by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
6
Fw: Berita 22 by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
7
Fw: Berita 23 by "-:rIeNaCoM:-" rienacom

Messages

Tue Oct 24, 2017 8:13 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Tindakan Remaja Cina Ini Pimpin Tangan Warga Emas Uzur Ke Masjid Dalam Hujan Lebat Buat Netizen Terharu
siakapkeli.my

Isu-isu perkauman di negara sahaja di seluruh dunia sememangnya satu ibu yang agak sensetif, tambah-tambah kita di dalam Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk berbilang bangsa.

Selama ini kita berjaya menjaga keharmonian yang dipertahankan sejak dari dahulu, biasalah sedangkan liha lagikan tergigit, inikan pula Malaysia yang ada 80 etnik terutamanya di Malaysia Timur.

Disebalik isu perkauman yang kadang-kadang disebarkan sebenarnya masih ramai yang saling hormat menghormati hingga menjadi kawan baik walaupun berbeza kaum atau agama.

Apa yang menarik, menerusi perkongsian gambar oleh Rakan Muslimah Al-Falah II, jelas membuktikan sebenarnya masih ramai yang waras menolak isu perkauman di mana seorang remaja berbangsa Cina telah menolong seorang warga emas melintas jalan untuk ke Masjid ketika solat Jumaat.

Tindakan remaja berkenaan membuatkan netizen rasa terharu di mana rata-rata menyatakan rasa amat berterima kasih dan memuji tindakan remaja itu.

Dalam ruangan Facebook itu turut menyatakan, "remaja Cina yang saya kagumi, patut dicontohi remaja Islam. Hantar seorang pakcik uzur ke Masjid Al Falah utk Solat Jumaat tengahari tadi."

"Bukan saja pimpin tangan pakcik turun dari kereta beliau, malah menggunakan tapak tangan beliau menutup kepala pakcik daripada terkena hujan.

Kejadian ini dipercayai berlaku di Masjid Al Falah, Subang Jaya, Selangor.

Menurut Joshua Lim, "Apa yang melahirkan sikap untuk remaja ini adalah daripada apa yang dia alami dari kecil sampai sekarang.... keep this.. don't change.."

Menurut Sue Jafree dia pernah menghantar pak cik ini ke masjid berkenaan kerana pak cik tersebut mempunya penyakit asthma menyebabkan dia tidak boleh jalan jauh.

"We are human should be help one another is not race or religions. Hope more peoples do the same as this young guy," kata Chow Yook May May pula.

Wan N S Mehat pula memuji remaja berkenana dengan berkatan "Well done. His parents raised him well."

"Kita semua rakyat Malaysia. Tak ada beza dari segi kaum atau agama. Walaupun saya cina. Tapi saya cintai negara saya. Saling menolong adalah amalan sebagai seorang manusia. Teruskan amalan ini. Kita semua rakyat Malaysia. Kita patut berkerja bersama sama baru negara akan maju dan tidak dipandang rendah oleh negara lain. Negara kita berbilang bangsa tetapi rakyat malaysia adalah rakyat yang paling baik dan murah hati berbanding dengan negara negara yang lain. God bless. Keep the good example," kata pengguna Facebook bernama Smile Smile.

Semoga sikap yang baik ini menjadi contoh dan tauladan kepada semua rakyat Malaysia. - Siakapkeli.my

Sumber - Rakan Muslimah Al-Falah II

Imam Mekah Meninggal Dunia Ketika Beri Ceramah
siakapkeli.my

JEDDAH - Seorang imam di Mekah dilaporkan meninggal dunia semasa memberi ceramah kepada para jemaah selepas beliau mengimamkan solat fardu Asar di Masjid Abdul Qadir di Awali.

Menurut laporan Utusan Online yang dipetik dari portal Arab News, imam yang dikenali sebagai Khalid Al-Qurashi itu meninggal syahid di masjid tersebut dan rakaman video insiden berikut kini tular menerusi laman internet.

Rakaman video yang berdurasi 1 minit 40 saat itu memaparkan imam khalid yang juga merupakan anggota fakulti Universiti Umm Al Qura di Makkah sedang berlutut sambil menghadap jemaah masjid selepas mereka menunaikan solat Asar secara berjemaah.

Sekumpulan makmum masjid berkenaan dilihat bergegas meluru ke arah Khalid dan segera mengangkat tubuh imam tersebut setelah mereka melihat allahyarham tiba-tiba rebah di atas sejadah.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan tidak menyatakan punca sebenar kematian allahyarham.

Penduduk setempat yang mengenali Khalid secara peribadi memberitahu pihak media Saudi bahawa imam berkenaan merupakan seorang baik hati dan suka memberikan senyuman.

Sumber- Utusan Online

Moto2: Cukup Membanggakan, Hafizh Naik Podium Lagi Biarpun Berhujan di Jepun
siakapkeli.my

Kuala Lumpur: Penunggang Moto2 negara, Hafizh Syahrin sekali lagi berjaya menaiki podium pada musim ini apabila menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Jepun di kedudukan ketiga sebentar tadi.

Dalam perlumbaan di Litar Motegi tadi, Hafizh memulakan perlumbaan di petak keenam. Biarpun ketinggalan di awal perlumbaan, namun dia bangkit pada lapan pusingan terakhir.

Pelumba pasukan PETRONAS Raceline itu tampak selesa sebelum mula memintas pelumba di hadapannya dan sekali pun dilihat mampu untuk menamatkan perlumbaan lebih baik, kedudukan ketiga boleh dianggap pencapaian cukup membanggakan.

Keputusan menyaksikan pelumba kelahiran Ampang, Selangor itu menambah 16 mata kejuaraan untuk mendaki satu anak tangga ke kedudukan ke-10 keseluruhan pelumba.

Tempat pertama diungguli oleh pasukan Marc VDS dari Sepanyol Marc VDS, Alex Marquez dan tempat kedua diduduki oleh rakan senegara, Xavi Vierge.

Sumber: BH Online

723 Kes Kanak-Kanak Hilang Dalam Tempoh 181 Hari, Polis Bagi Peringatan Kepada Ibu Bapa
siakapkeli.my

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah menerima 723 kes kanak-kanak yang hilang dalam tempoh 181 hari, antara bulan Januari dan Jun tahun ini, terus mendedahkan bahawa purata empat kanak-kanak hilang setiap hari di Malaysia.

Berdasarkan laporan, 723 kes melibatkan 447 mangsa wanita dan 276 lelaki, walaupun 345 kes telah berjaya diselesaikan dan dijumpai, baki 378 kanak-kanak masih hilang sehingga hari ini.

Penemuan statistik mendapati lebih daripada separuh kes kehilangan melibatkan remaja adalah dalam mengejar kebebasan, yang mengakibatkan remaja-remaja yang memberontak itu melarikan diri dari rumah, terdiri dari remaja perempuan berusia di antara 13 dan 15 tahun.

Penolong Pesuruhjaya Ong Chin Lan dari Seksyen Penyiasatan Seksyen Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak berkata, beliau menggariskan bahawa kategori-kategori yang disebutkan di atas sangat berbahaya kerana mereka mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menjadi mangsa rogol.

"Keperibadian mereka berubah apabila mereka sampai ke sekolah menengah dan secara psikologi, mereka melalui perubahan hormon dan mula mengalami libido," kata ACP Ong dalam temu bual bersama Timbalan Penguasa E. Saroja.

"Pada zaman itu, mereka mahu mempunyai identiti dan pendapat mereka sendiri. Mereka merasakan bahawa mereka mahu menjadi diri mereka sendiri."

Jelasnya, dengan usaha mereka ingin 'kebebasan' didorong oleh faktor fisiologi, keperibadian dan rakan sebaya, gadis remaja ini dengan rela meninggalkan rumah mereka untuk mengikuti orang asing yang mereka temui melalui media sosial atau aplikasi seperti Facebook dan WeChat.

Malah, ACP Ong mendedahkan bahawa seorang kanak-kanak berusia lapan tahun ditemui bertukar-tukar foto dengan lelaki melalui WeChat dan menegaskan bahawa ia tidak hanya salah pada anak-anak kerana sikap mereka mencerminkan dinamika keluarga.

"Ibu bapa, apabila anda memberi gadjet kepada anak anda, pantau mereka. Letakkan komputer riba atau desktop di ruang tamu supaya kanak-kanak tahu bahawa pada bila-bila masa, akan terdapat seseorang yang menyelia," katanya.

Selain itu, DSP Saroja turut menambah bahawa adalah penting untuk ibu bapa menyedari siapa anak mereka berkawan kerana majoriti kes yang dilaporkan bahawa kebanyakan ibu bapa tidak mengenali rakan-rakan mereka, apalagi di mana mereka mungkin akan pergi.

Dalam satu kes baru-baru ini yang berlaku di Cheras, ACP Ong menyampaikan bahawa dua anak lelaki berusia enam dan tujuh orang masing-masing meninggalkan rumah untuk bekerja di cuci kereta di Kajang selama seminggu kerana mereka mahu mengalami kehidupan di luar rumah mereka.

"Ibu bapa membuat laporan polis tetapi tidak mencari mereka. Kanak-kanak memberitahu kami mereka ingin mengalami kehidupan di luar.

Mereka pulang setelah menyedari betapa sukarnya kehidupan itu dan pada hari ini anak-anak cepat matang.

Berdasarkan nota itu, ACP Ong menasihatkan ibu bapa supaya tidak menyebarkan maklumat kemungkinan belaku penculikan sebelum membuat laporan polis kerana ia menggariskan bahawa boleh membawa kepada situasi yang mengancam nyawa.

"Apabila anda membuat menyebarkan maklumat itu, penculik akan menghubungi keluarga dan mungkin menyerah dan membunuh kanak-kanak itu," katanya.

Menurut laporan, portal Kanak-Kanak Hilang akan dimaklumkan secara automatik dengan butir-butir berkaitan kanak-kanak yang hilang dalam masa 24 jam dari laporan yang difailkan.

Media sosial memainkan peranan penting dalam menacri kanak-kanak yang hilang, PDRM bekerjasama dengan Facebook pada bulan November melalui Peringatan Nasional Urus Niaga (NUR) akan disebarkan kepada komuniti media sosial, khususnya untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun yang menjadi suspek penculikan terbabit.

Walaupun bilangan kanak-kanak yang hilang membimbangkan, sumber melaporkan bahawa sesetengah ibu bapa terlepas pandang pentingnya melaporkan semula kepada polis apabila anak-anak telah dijumpai atau pulang dengan selamat ke rumah.

"Ibu bapa mempunyai tanggungjawab sosial untuk melaporkan kepada polis apabila anak-anak mereka pulang," tambahnya.

Sumber - Malaysiadigest

Azizulhasni Awang Kongsi Video Dia Diserang Burung Magpie Ketika Sedang Lakukan Latihan Di Australia
siakapkeli.my

Raja pecut basikal trek negar, Azizulhasni Awang atau lebih dikenali sebagai The Pocket Rocket Man melalui laman Instagramnya semalam telah berkongiskan sebuah video yang agak mencemaskan semasa sedang berkayuh menjalani latihan di Melbourne, Australia.

Video yang dimuatnaik beliau itu memaparkan kejadian dia telah diserang oleh burung Magpie semasa melalui sebatang jalan berhampiran dengan sarang burung itu.

Menurut beliau, ketika ini(bulan Ogos -Oktober) adalah musim burung Magpie bertelur dan burung itu akan bertindak agresif menyerang sesiapa sahaja yang melalui jalan yang berhampiran dengan pokok tempat dia bersarang.

"Biasanya penunggang basikal atau orang sedang berjoging yang melalui kawasannya itu akan diserang oleh Magpie tersebut, burung ini hitam seperti gagak tetapi lebih besar dan mempunyai tompokan putih" kata beliau sebelum mula berkayuh.

Burung Magpie

- Siakapkeli.my

"Syikin, Tolong Mak... Tolong Mak." Anak Cerita Ibu Sempat Hubungi Sebelum Maut Dalam Kemalangan Bas Kilang
siakapkeli.my

"Syikin, tolong mak... tolong mak." Itu jeritan terakhir yang didengar oleh Norasyikin Zuryanidufizan, 22, ketika dihubungi oleh ibunya Noriah Kasa, 40, mangsa yang terkorban akibat tersepit dalam kemalangan dua bas kilang di Kilometer 147 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Tol Juru hari, ini.

Ucapan itu masih terngiang-ngiang di telinga Norasyikin selepas ibunya disahkan maut dalam kejadian tersebut.

Menurut Norasyikin, dia ketika itu sedang menaiki van yang dalam perjalanan ke tempat kerja sebelum ibunya menghubunginya.

"Ibu pergi kerja terlebih dahulu menaiki bas manakala saya menaiki van dan berada jauh dari basnya.

"Arwah menelefon saya dan meminta tolong beberapa kali sebelum panggilannya terputus," katanya.

Tambahnya lagi, sebaik mendengar kata-kata ibunya itu, dia berasa tidak tenteram berada di dalam van yang terperangkap dalam kesesakan trafik.

"Saya kemudian menghubungi rakan saya (Mohd Sabri Azhar) memintanya menjemput saya di tepi lebuh raya.

"Ketika itu saya cuba menghubunginya namun tidakberjawab," katanya.

Norasyikin kemudian dijemput oleh Mohd Sabri dan membawanya ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) sebelum menerima perkhabaran bahawa ibunya meninggal dunia di lokasi kejadian.

Dalam kemalangan yang berlaku pada jam 5.30 pagi itu, seramai 8 orang wanita maut terdiri daripada 7 orang warga Indonesia dan seorang warga tempatan (Noriah Kasa).

Sumber : myMetro

Fogging Untuk Kebaikkan Semua, Jangan Halang Petugas Kesihatan Melaksanakan Tanggungjawab Mereka
siakapkeli.my

Bila terjadi sesuatu kes kebiasaannya demam denggi, pasti datang pekerja dari Kementerian Kesihatan untuk melakukan fogging di kawasan perumahan anda kan? Fogging ini dijalankan bagi membunuh nyamuk dewasa.

Kadang-kadang memang kita tidak tahan dengan asap dari fogging yang memang diketahui banyak dan tebal, tapi semua untuk kebaikkan kita juga. Jadi, janganlah kita halang mereka dari melaksanakan tugas mereka.

Seorang lelaki telah berkongsi pengalamannya berhadapan dengan individu yang cuba menghalangnya dari melakukan fogging. Anda jangan sangka abang-abang fogging ni tidak tahu undang-undang okey. Jom ikuti perkongsian lelaki ini yang dikenali sebagai Mat Yoe.

"Awak sembur rumah saya,saya saman awak!"

Pemilik rumah di dalam gambar telah menghalang saya dan anggota saya dari menjalankan aktiviti fogging di luar kawasan rumah beliau.

Dakwa beliau,semburan yang kami lakukan sebelum ini telah menyebabkan tanaman beliau mati. Beliau juga tidak mahu sedikit asap pun mengenai tanaman beliau.

Semburan yang pihak kami lakukan pada petang ini adalah jenis asap (oil base) dan sememangnya kami tidak berdaya untuk menahan angin daripada menyebarkan semburan asap tersebut ke merata tempat walaupun pihak kami menutup nozle dalam jarak 50 meter dari rumah beliau.

Walaupun di berikan penerangan,lelaki tersebut tetap berkeras untuk menyaman pihak kami dan tidak membenarkan anggota saya melintasi kawasan rumah beliau.

Seperti yang anda semua lihat,tanaman beliau berada di kaki lima dan juga rezab jalan yang mana tanah tersebut adalah hak milik Pihak Berkuasa Tempatan.

Membina binaan kekal dan juga meletakkan halangan di hadapan rumah seperti di dalam gambar adalah menyalahi undang-undang mengikut Akta Perumahan,akta jalan,parit dan juga bangunan.
Seksyen 46(1) (a) AJPB 1974 (Akta133).

Binaan ini boleh diambil tindakan oleh Pihak Majlis Perbandaran dan juga Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal merangkumi denda dan juga tindakan merobohkan semua binaan terbabit.

Pihak KKM juga berkuasa untuk memusnahkan semua tanaman ini mengikut APSPP 1975 yang mana boleh di klasifikasikan sebagai tanaman yang boleh membiak serta memberikan perlindungan kepada serangga pembawa penyakit.

Jika mahu,saya juga boleh mensabitkan tuan rumah dengan undang-undang jenayah iaitu :

1-Seksyen 186,Kanun Keseksaan (penjara 2 tahun, denda 10 ribu ringgit atau kedua-duanya sekali)
-MENGHALANG TUGAS PENJAWAT AWAM

2-Seksyen 14 (Akta 326)-penjara 7 hari,denda RM100
-MENGELUARKAN KATA-KATA YANG TIDAK SOPAN

3-Seksyen 506 Kanun Keseksaan (penjara sehingga 7 tahun atau denda RM 10 ribu)
-UGUTAN JENAYAH

Di harapkan kita semua tidak mementingkan diri sendiri kerana buruk kesannya kepada orang lain khususnya masyarakat setempat.

Fogging yang pihak kami lakukan ini adalah bertujuan untuk membunuh nyamuk dewasa dan kami sebolehnya mahu seluruh premis dalam radius 200 meter dari rumah kes di buat semburan lengkap di dalam dan juga diluar premis.

Jangan hanya kerana anda,semburan lengkap tidak dapat di lakukan dan ada nyawa yang akan terkoban.

Tanpa mengambil kira ugutan tersebut,semburan tetap di lakukan di luar kawasan rumah beliau. Fogging tamat sepenuhnya tanpa ada sebarang perkara tidak di ingini berlaku.

Sumber : Mat Yoe

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Oct 24, 2017 8:14 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



ZAHID HAMIDI BIKIN MALU LAGI

bloglist-malaysia.blogspot

malaysiansmustknowthetruth

Posted by Mohd. Kamal bin Abdullah

http://shahbudindotcom.blogspot.my

Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Deputy Prime Minister of Malaysia, arrives for a working dinner on the South Lawn of the White House on March 31, 2016 in Washington, DC. World leaders are gathering for a two-day conference that will address a range of issues including ongoing efforts to prevent terrorist groups from accessing nuclear material. / AFP PHOTO / Olivier Douliery####################OLIVIER DOULIERY

Sejak semalam, nama Ahmad Zahid Hamidi menjadi perbualan di mana-mana. Ia bukan saja mengenai jawapannya di Parlimen berhubung misteri pencarian Jho Low, tetapi juga berikutan tindakannya mengeluarkan kenyataan media pada lewat petang untuk membetulkan jawapannya sendiri di dewan yang mulia itu.

Sementara Zahid Hamidi mengatakan beberapa portal berita telah memanipulasi kata-katanya, tetapi sesiapa yang menonton video jawapannya di Parlimen yang sudah bersepah-sepah di media sosial, tentulah dapat menilai sendiri apa yang dikatanya itu. Kata-kata beliau dalam video jawapannya sangat jelas menyebut tentang permintaan terhadap bantuan Interpol dan pihak polis masih menunggu maklumbalas mengenai perkara itu.

Maka, untuk apa sebenarnya Zahid perlu mengeluarkan kenyataan susulan menafikan sedang meminta bantuan Interpol sambil mengatakan siasatan terhadap Jho Low sebenarnya sudah pun ditutup?

Pertanyaan Azmin Ali dalam twitternya "Zahid oh Zahid. Kena marah dengan bos ke?" memang selayaknya dilontarkan kepada beliau kerana kenyataan media Zahid Hamidi mengenai perkara itu jelas ternampak suatu "pusingan U" yang amat nyata. Jika tidak kena marah atau ditegur oleh sesiapa, kenapa perlu Zahid Hamidi tampil membetulkan jawapan yang keluar daripada mulutnya sendiri? Bukan saja melakukan "pusingan U" mencacatkan wibawa dan memalukan dirinya, tetapi sebagai Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi harus memastikan kenyataan atau jawapannya, lebih-lebih lagi di Parlimen mestilah sesuatu yang konkrit dan konsisten, sesuai dengan kedudukannya sebagai pemimpin nombor dua dalam kerajaan. Zahid Hamidi bukanlah menteri biasa atau timbalan menteri seumpama Ahmad Maslan yang boleh sesuka hati membetul atau meminda kenyataannya sendiri.

Seorang Timbalan Perdana Menteri mesti ada standard dan wibawa tersendiri seperti penyandang-penyandang sebelum ini yang terbukti tidak pernah secara tiba-tiba "masuk simpang kiri atau membuat pusingan U" sesuka hati dalam kenyataan-kenyataan mereka.

Bagi Zahid Hamidi pula, ini bukanlah kali pertama dilakukannya. Sebelum ini, ketika masih panas menduduki kerusi Timbalan Perdana Menteri, beliau dengan bangga menyatakan sudah bertemu waris keluarga yang menyumbang RM2,600 juta kepada Najib Razak. Apabila diasak mengenai bila pertemuan itu dan nama orang yang ditemuinya itu, sampai sekarang beliau tidak mampu memberikan jawapan yang sebenarnya.

Baru-baru ini, sebagai sebahagian serangannya kepada Tun Mahathir Mohamad, dengan lantang juga Zahid Hamidi mendedahkan nama sebenar bekas Perdana Menteri itu dalam kad pengenalannya ialah "Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty". Beliau kemudian dicabar oleh banyak pihak untuk membuktikan kebenaran dakwaan itu, termasuk oleh Tun Mahathir sendiri.

Akhirnya, sama seperti waris keluarga Pak Arab yang konon ditemuinya, tetapi gagal dibuktikannya, cabaran untuk mendedahkan nama sebenar Tun Mahathir, langsung tidak berani disahutnya dan senyap saja sehingga ini. Sebelum menjadi Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi juga berhutang kepada rakyat Malaysia untuk mendedahkan dalang sebenar insiden Lahad Datu yang didakwa diketahuinya, memberi bukti mengenai Mat Sabu dengan amalan Syiah dan jet siapakah yang pernah digunakannya ketika menunaikan umrah ketika menjadi Menteri Pertahanan dahulu.

Semua yang pernah dijanjikannya untuk diberitahu kepada umum itu, masih lagi tidak ditunaikannya sampailah sekarang. Bermakna, daripada sejak menjadi menteri hinggalah kepada Timbalan Perdana Menteri, watak Zahid Hamidi tidak banyak berbeza. Kata-katanya atas kapasiti jawatan rasmi dan dibayar gaji sekali pun, banyak yang tiada isi dan susah ditentukan salah atau benar. Kalau begitu, macam mana nak jadi Perdana Menteri? –

Azmin tanya Zahid: Kena marah dengan bos ke?

bloglist-malaysia.blogspot

wak-labu

Posted by Mohd Sulaiman

 

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjadi bahan gurauan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali berhubung kenyataan timbalan perdana menteri itu mengenai Jho Low semalam.

Menggunakan Twitter Azmin mendakwa Ahmad Zahid cuba memutar belit fakta mengenai ahli perniagaan muda yang dikaitkan dengan skandal 1MDB itu.

Namun kata Azmin usaha Ahmad Zahid itu hanya akan "sia-sia".

"Cuba tengok transkrip. Sekarang siapa memalsukan berita?" katanya.

Tidak cukup dengan itu Azmin yang juga timbalan presiden PKR mengusik Ahmad Zahid: "Zahid oh Zahid. Kena marah dengan bos ke?"

Beliau kemudian memuat naik rakaman video sesi soal jawab berkenaan.

 

Follow Mohamed Azmin Ali ✔@AzminAli Saksikan. 10:15 PM - Oct 23, 2017 3333 Replies 442442 Retweets 485485 likes Twitter Ads info and privacy

Azmin sebelum itu mengemukakan soalan di Dewan Rakyat berhubung status Jho Low kepada Ahmad Zahid.

Kata Ahmad Zahid Malaysia sudah meminta bantuan Interpol bagi mengesan Jho Low sebelum ini namun tidak mendapat sebarang maklumat terperinci mengenainya.

Beliau yang juga menteri dalam negeri kemudian mendakwa kenyataan itu dimanipulasi.

"Jawapan timbalan perdana menteri ketika di sidang parlimen pagi ini (semalam) ke atas soalan tambahan Gombak jelas menyatakan bahawa tiada kes untuk disabitkan," kata kenyataan dikeluarkan Ahmad Zahid.

Pada Ogos lalu Azmin mengemukakan surat tuntutan kepada ketua polis negara ketika itu, Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya PDRM menahan dan membawa pulang Jho Low ke negara ini.

Namun permohonan berkenaan ditolak mahkamah tinggi bulan ini selepas hakim membenarkan bantahan awal dikemukakan Pejabat Peguam Negara yang mewakili polis.

Sementara itu Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua menganggap penafian itu sebagai pusingan U dibuat oleh Ahmad Zahid.

Justeru katanya Ahmad Zahid wajar membuat penjelasan di Dewan Rakyat.

 

Mari Kita Sama-Sama Fahami Kenapa Harga Minyak Dunia Turun Dan Harga Minyak Malaysia Naik

siakapkeli.my

Beberapa hari lepas, harga minyak dunia turun tetapi harga minyak dalam Malaysia pula naik. Pasti ramai di antara kita beranggapan harga minyak Malaysia sepatutnya turun bukan? Tapi apabila harga minyak di Malaysia naik ramai diantara kita berasa tidak puas.

Ramai yang kurang fasih dan faham bagaimana minyak dunia dan minyak di Malaysia dikira oleh itu, ikuti perkongsian ilmu daripada Syahir bagaimana untuk mengira harga minyak sebenarnya. Mungkin sedikit sebanyak mampu buat kita faham kenapa harga minyak naik dan turun.

HARGA MINYAK DUNIA TURUN, HARGA MINYAK MALAYSIA NAIK

Selepas harga RON95 meningkat sejumlah 4 sen daripada RM2.16 kepada RM2.20 liter bermula tengah malam semalam saya ada terbaca status dan tweet di Facebook dan Twitter seperti di bawah.

Di pasaran minyak antarabangsa, harga minyak mentah Brent "merosot" 19 cent kepada AS$53.19 setong, tapi di Malaysia?

Status seperti ini menunjukkan betapa rendahnya pemahaman rakyat Malaysia tentang kaedah pengiraan harga minyak runcit di sini.

Mereka membaca berita tentang harga minyak antarabangsa yang jatuh sedikit untuk satu hari kemudian membuat kesimpulan harga minyak minggu ini perlu turun.

Sudah 5 bulan harga runcit petrol dan diesel ditetapkan secara mingguan. Sepatutnya semua sudah tahu bagaimana harga runcit ini ditetapkan setiap minggu. Saya pernah tulis bagaimana harga minyak Malaysia ditetapkan di bawah Automatic Pricing Mechanism semasa harga ditetapkan secara bulanan.

Mungkin sudah tiba masanya saya terangkan bagaimana harga minyak ditetapkan secara mingguan walaupun formulanya tetap sama, untuk mengelakkan kekeliruan saya tunjuk cara pengiraannya.
Harga runcit petrol dan diesel di Malaysia ditetapkan melalui ditetapkan secara apungan terkawal mingguan sejak 30 Mac 2017.

Harga runcit petrol ditetapkan berdasarkan komponen-komponen iaitu:

1. Produk Petroleum

Untuk RON95, MOPS95 digunakan sebagai penanda aras harga produk minyak yang telah diproses. Ianya berbeza dengan harga minyak mentah yang belum diproses. Produk petroleum seperti MOPS95 adalah lebih mahal daripada harga minyak mentah seperti minyak mentah Brent.

Data harga MOPS95 adalah data yang hanya tersedia untuk mereka yang melanggan data tersebut, bermakna orang awam tiada akses kepada data tersebut. Walaubagaimanapun laman web seperti Australian Institute of Petroleum ada menunjukkan secara kasar pergerakan harga MOPS95. Dengan itu anggaran sama ada harga MOPS95 naik atau turun boleh dibuat dengan melihat carta yang disediakan.

2. Tukaran Matawang

Harga MOPS95 adalah dalam US Dollar. Untuk mendapatkan harga runcit dalam Ringgit, ianya perlu ditukarkan kepada Ringgit. Saya gunakan tukaran USD/MYR yang diambil di laman web Bank Negara Malaysia setiap hari pukul 5 petang.

3. Kos dan Margin

Kerajaan menetapkan kos tetap seperti kos operasi yang terdiri daripada kos pengangkutan (hantar minyak ke stesen) dan kos pemasaran sejumlah 9.54 sen seliter. Kerajaan juga menetapkan margin kepada stesen minyak sejumlah 5 sen seliter dan kepada pengusaha stesen minyak sejumlah 12.19 sen seliter. Terdapat juga kos Alpha sejumlah 5 sen iaitu kos perbezaan di antara harga sebenar produk petroleum dan harga MOPS95 yang diterbitkan.

Jumlah kos tetap = Alpha (5 sen) + Kos Operasi (9.54 sen) + Margin Keuntungan Syarikat Minyak (5 sen) + Margin Keuntungan Pengusaha Stesen Minyak (12.19 sen) = 31.73 sen setiap liter = 32 sen (selepas dibundarkan).

Contoh Pengiraan Harga Runcit

Saya ambil contoh harga semalam 6 September 2017. Harga MOPS95 adalah AS$71.070, tukaran USD/MYR = 4.2415.

Pertama untuk menukar harga setong kepada seliter, 71.070 perlu dibahagi dengan 158.99 (1 tong minyak = 158.99 liter minyak).

1 liter MOPS95 = 71.070/158.99 = AS$0.447

Kemudian untuk menentukan 1 liter MOPS95 dalam Ringgit perlulah didarabkan dengan tukaran matawang semalam 4.2415

1 liter MOPS95 (dalam RM) = AS$0.447 x 4.2415 = RM1.90

Untuk mendapatkan harga runcit RON95, kita tambah dengan kos tetap yang saya sebut di atas berjumlah 32 sen.

Harga Runcit RON95 pada 7 September 2017 = RM1.90 + RM0.32 = RM2.22 seliter.

RM2.22 adalah harga untuk semalam atau sehari sahaja. Di dalam penetapan harga minyak secara mingguan harga RON95 perlu dikira untuk tempoh 5 hari daripada hari Khamis sehingga hari Rabu minggu depannya (hari bekerja sahaja) kemudian dikira secara purata untuk 5 hari tersebut.

Dibawah adalah pengiraan harga minyak 2 minggu lepas dan minggu lepas.

Minggu sebelum Merdeka iaitu 24 Ogos sehingga 30 Ogos, purata harga RON95 adalah RM2.16 berbanding harga yang ditetapkan pada minggu sebelumnya iaitu RM2.15. Maka harga RON95 pun dinaikkan 1 sen. Minggu lepas (31 Ogos - 6 September) purata harga RON95 adalah RM2.22 dan harga yang ditetapkan adalah RM2.20.

Sebagai rumusan, harga runcit petrol ditetapkan dengan harga purata 5 hari sebelumnya bukan ditetapkan mengikut pergerakan harga minyak harian atau satu hari sahaja. Katakan harga minyak pada hari Rabu turun, belum tentu purata harga 5 hari lebih rendah daripada minggu sebelumnya. Kata kuncinya, harga purata.

Dan sememangnya harga runcit petrol di Malaysia mengikut trend pergerakan harga minyak antarabangsa seperti carta di atas.

Berbalik kepada isu harga minyak antarabangsa turun, harga minyak Malaysia naik. Sekali lagi kita kena ambil harga purata minggu sebelumnya (5 hari sebelumnya). Yang dilaporkan Berita Harian sebagai merosot adalah harga satu hari bukannya harga purata 5 hari.

Benar harga minyak mentah Brent "merosot" 19 sen kepada AS$53.19 setong tetapi banyak yang tak sedar harga minyak mentah Brent pada awal minggu adalah sekitar AS$52.38 bermakna hari sebelum Brent merosot 19 sen, ianya meningkat hampir 1 dollar.

Kalau harga minyak mentah turun 1 sen pun, berita akan melaporkan ia sebagai "merosot" tanpa mengambil kira harga yang meningkat lebih banyak pada hari hari sebelumnya. Ambil contoh di atas, harga Brent "merosot" 0.78% pada 4 September, tetapi hari-hari sebelumnya iaitu 31 Ogos dan 1 September ianya telah pun meningkat 2.99% dan 0.71%.

Janganlah berita melaporkan harga minyak mentah turun sehari, kita terus anggap harga runcit petrol yang ditetapkan secara mingguan kena turun. Mesti ambil kira harga purata minggu tersebut. Ini perkara asas.

Saya harap sedikit sebanyak boleh fahamkan kekeliruan harga minyak dunia turun, harga minyak Malaysia naik. Kepada yang malas membaca tulisan panjang, boleh tonton video dibawah tentang cara pengiraan harga runcit minyak di Malaysia mengikut mekanisme APM.

Kita kena banyak membaca supaya tidak mudah tertipu, terpedaya dan terikut-ikut dengan apa yang orang lain cakap. Tidak salah jadi skeptik sebelum hadam berita atau post yang kita baca. Biar otak lebih laju daripada jari jangan jari lebih laju daripada otak.

Selamat membaca.

Sumber- Syahir

Bagaimana Nak Kira Harga Minyak?
By Hamie Hashrul
thepatriots.asia

Polemik naik dan turun harga minyak Malaysia berkumandang hampir setiap minggu di alam maya dan juga di alam fizikal. Kini formula baru akan diumumkan pada minggu hadapan dan berkemungkinan akan ditetapkan secara harian di masa yang akan datang bagi menentukan harga minyak untuk pasaran runcit Malaysia seperti yang diumumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah pada 04 Julai 2017. "Formula baru" yang dimaksudkan beliau masih lagi samar, samada menukar cara pengiraan, menambah komponen-komponen lain dalam pengiraan atau menukar kaedah pengiraan secara menyeluruh.

Sebelum kita melangkah kepada ke hadapan dengan "formula baru" mari kita sama-sama membuat analisis terhadap faktor yang mempengaruhi harga runcit petrol dan diesel di Malaysia dan juga komponen yang terlibat dalam pengiraan harga runcit minyak di Malaysia. Kita juga akan sama-sama membuat simulasi pengiraan berdasarkan komponen pengiraan yang akan diterangkan.

Sebagai permulaan, minyak mentah keluaran Malaysia adalah minyak mentah yang berkualiti tinggi yang di gelar sebagai Tapis crude oil dan hasil minyak mentah ini akan dieksport ke luar negara di mana harganya lebih tinggi kerana kandungan sulfurnya yang rendah dimana ia memerlukan proses penapisan yang kurang berbanding minyak mentah yang lain. Dengan itu untuk memenuhi pasaran dan juga permintaan dalam negara, syarikat-syarikat minyak seperti Petronas, Shell dan lain-lain akan mengimport minyak yang telah diproses/ditapis (refined oil) dari pasaran luar. Sebagai permulaan kita sudah mendapat satu fakta penting disini iaitu PENGIRAAN harga minyak di Malaysia dipengaruhi secara langsung oleh harga pasaran minyak yang telah diproses (refined oil) iaitu berdasarkan Mean of Platts Singapore (MOPS) dan bukannya dipengaruhi oleh pasaran harga minyak mentah (crude oil) sebagai contoh WTI crude ataupun Brent crude.

Apa itu Automatic Pricing Mechanism (APM)?

APM merupakan kaedah pengiraan ataupun formula yang digunakan oleh kerajaan Malaysia sejak tahun 1983 untuk menentukan harga runcit bagi petrol dan juga diesel. Terdapat beberapa komponen di dalam APM iaitu;

1.. Kos Produk – Mean of Platt Singapore (MOPS)
Untuk kos produk, ia akan merujuk kepada harga pasaran MOPS iaitu MOPS95 untuk RON95, MOPS97 untuk RON97 dan Gasoil untuk diesel. Kebanyakan negara-negara di rantau ini menggunakan MOPS sebagai harga rujukan dalam menentukan harga runcit minyak dalam negara, termasuklah Australia. Harga rujukan MOPS ini akan dikeluarkan dan dikemaskini oleh S&P Global Platts iaitu satu syarikat pembekal maklumat berkenaan komoditi dan juga tenaga. Penentuan harga dibuat berdasarkan purata harian untuk semua transaksi perdagangan produk yang berasaskan petroleum.

Perlu diingat harga pasaran ini adalah dalam kiraan barrel dan perlu ditukarkan ke dalam liter (1 barrel = 159 liter) dan satu lagi faktor yang mempengaruhi harga runcit petrol dan diesel adalah tukaran matawang USD kepada Ringgit kerana harga rujukan ini dalam matawang USD.

2.. Kos Alpha
Alpha merupakan perbezaan diantara harga yang dikeluarkan Platts dan harga belian sebenar oleh syarikat-syarikat minyak. Ia bermaksud syarikat minyak terpaksa menanggung kerugian jika harga yang ditetapkan Platts lebih tinggi dari harga belian atau sebaliknya. Ianya telah ditetapkan sebanyak 5 sen untuk petrol dan 4 sen seliter untuk diesel.

3.. Kos Operasi
Kos operasi merangkumi kos pengangkutan dan juga kos pemasaran. Seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Ismail Ahmad, Pengarah Kanan Bahagian Perdagangan Dalam Negeri pada ketika itu dalam The New Strait Times pada 15 Feb 2009 "The rate is currently 9.54 sen (0.40 cents) per litre" maka kos operasi pada ketika itu adalah sebanyak 9.54 sen.

4.. Margin Keuntungan Syarikat Minyak dan Stesen Minyak
Margin keuntungan syarikat minyak telah ditetapkan sebanyak 5 sen untuk petrol dan 2.25 sen untuk diesel dan keuntungan stesen minyak pula sebanyak 12.19 sen untuk petrol dan 7 sen untuk diesel.

5.. Cukai Jualan
Mengikut Akta Cukai Jualan 1972, kerajaan boleh mengutip cukai maksimum sebanyak 58.62 sen seliter untuk petrol dan 19.64 sen seliter untuk diesel. Kini cukai jualan itu telah pun dihapuskan setelah GST diperkenalkan pada April 2014. Dengan penghapusan cukai jualan itu, RON95 dan diesel telah di kecualikan daripada cukai GST dan hanya RON97 yang dikenakan cukai GST sebanyak 6%.

**Kos-kos yang terlibat didalam komponen di atas di ambil melalui kenyataan akhbar oleh Datuk Ismail Ahmad pada tahun 2009 dan kos komponen terbaru mungkin telah pun berubah tetapi maklumat tersebut tidak diketahui umum kerana kerajaan Malaysia mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan kiraan terbaru APM seperti kenyataan yang dibuat oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Simulasi Pengiraan Harga Minyak RON95

Sekarang kita dah tahu apakah komponen dan faktor yang mempengaruhi harga petrol dan diesel di Malaysia, maka mari kita sama-sama cuba untuk membuat pengiraan harga petrol RON95 secara mingguan untuk harga runcit yang bermula pada 08.06.2017 (Khamis) menggunakan data dari 01.06.2017 (Khamis) sehingga 07.06.2017 (Rabu);

Formulanya adalah A + B, nampak sangat ringkas tetapi agak menjenuhkan juga;

A = Kos produk MOPS95 (Means of Platt Singapore 95)

B = Kos tetap (Alpha + Kos Operasi + Margin Syarikat Minyak + Margin Stesen Minyak)

Kita bermula dengan (B) dahulu, kosnya adalah TETAP sebanyak RM0.3173 seliter apabila dijumlahkan komponen-komponen yang terlibat seperti dibawah;

a.. Alpha = RM0.05
b.. Kos operasi = RM0.0954
c.. Margin Syarikat Minyak = RM0.05
d.. Margin Stesen Minyak = RM0.1219
Jumlah (A) iaitu kos produk pula dihitung bergantung kepada harga pasaran MOPS95 dan kos ini berubah mengikut harga pasaran dan juga tukaran matawang USD ke Ringgit. Untuk mengetahui harga pasaran MOPS95 boleh rujuk laman sesawang seperti dibawah;

http://www.cmegroup.com/trading/energy/refined-products/singapore-mogas-95-unleaded-platts-swap-futures.html

1.. Purata harga pasaran MOPS95 dari 01.06.2017 sehingga 07.06.2017 = USD62.629 / barrel
2.. Tukarkan barrel ke liter (1 barrel bersamaan 159 liter) = USD9957 / 159 = USD0.3939 / liter
3.. Tukarkan pula kepada purata tukaran matawang USDMYR dari 01.06.2017 sehingga 07.06.2017 = USD0.3939 x 4.2733 = RM1.6832 / liter.
Sumber tukaran matawang adalah dari bank negara Malaysia.

Maka (A) Kos produk MOPS95 = RM1.6832.

Maka A + B = RM1.6832 + RM0.3173 = RM2.0005 dan apabila dibundarkan akan mendapat RM2.00.

Harga rasmi yang diumumkan pula adalah RM2.05. Terdapat perbezaan sebanyak RM0.05. Dibawah merupakan graf simulasi yang dibuat untuk harga RON95 bulan Feb, Mac (bulanan) April, May dan Jun 2017 (mingguan);

Berdasarkan graf harga simulasi vs harga rasmi yang dibuat diatas, pola kenaikan dan penurunan harga minyak kedua-duanya dilihat selari dan ini membuktikan formula dan komponen yang terlibat dalam simulasi pengiraan APM ini adalah tepat dengan perbezaan sebanyak RM0.04 secara purata.

Kenapa terdapat perbezaan diantara harga simulasi dan harga rasmi? Perbezaan ini wujud kerana pengiraan APM ini dibuat berdasarkan pendedahan pengiraan yang dibuat oleh Datuk Ismail Ahmad pada 2009 (8 tahun lepas) dan pengiraan terkini tidak diketahui umum kerana tidak didedahkan oleh kerajaan Malaysia, lebih-lebih lagi melibatkan kos operasi dan juga margin keuntungan yang terkini. Berharap dengan penerangan dan simulasi pengiraan ini sedikit sebanyak dapat memberi kita pengetahuan terhadap pengiraan APM dalam menentukan harga runcit petrol dan diesel. Dengan pengetahuan pengiraan ini, berharap pembaca/pengguna juga dapat membuat jangkaan sendiri sekaligus memberi penjimatan setiap kali membuat perancangan untuk mengisi minyakitupun jika kerajaan masih mengekalkan kaedah pengiraan APM ini dalam menentukan harga runcit petrol dan diesel.

Selamat mencuba dan menilai semua.

Sumber:

1.. Ismail Ahmad (Feb 2009). "Setting the retail price for petrol and diesel". The New Straits Times.
2.. Hamzah Zainudin (Feb 2017). "Kerajaan tak dedah formula kiraan harga minyak". Berita Harian.
3.. CME Group. https://www.cmegroup.com/
4.. Bank Negara Malaysia. http://www.bnm.gov.my/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Oct 24, 2017 8:15 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Bangkai Anak Lembu Berkepala Dua Tidak Bertuan Ditemui Di Depan Rumah Kakitangan Felda
siakapkeli.my

PENDUDUK Kampung Felda Pasoh Dua, Jempol dikejutkan dengan penemuan bangkai anak lembu berkepala dua di perkarangan rumah kakitangan Felda, hari ini.

Jelas Kamarul Azman Kamarudin, 46 yang merupakan penduduk felda itu, bangkai haiwan ini ditemui penduduk kampung itu ketika bersenam di kawasan sekitar 7.15 pagi tadi.

Menurut Kamarul Azman, penemuan bangkai anak lembu berkepala dua itu tidak pernah berlaku sebelum ini dan ianya dianggap pelik.

"Buat masa ini kami tidak mengetahui siapa pemiliknya, saya dan tanam bangkai anak lembu itu dalam kebun berhampiran," ujarnya.

Sumber- Harian Metro

250 buah basikal disita Majlis Perbandaran tempatan sebab halang laluan orang
bloglist-malaysia.blogspot
jasduit.com
Mat Bihi


Baru keluar berita menarik ini. Berita tentang 250 buah basikal kena sita di Majlis Perbandaran Petaling Jaya. Alasan kesemua basikal tersebut disita adalah kerana menghalang jalan orang ramai lalu lalang kat tepai jalan.

Satu lagi alasan menarik yang di sebut oleh Datuk Mohd Azizi Mohd Zain, Datuk Bandar Petaling Jaya agak menghairankan. Katanya satu lagi sebab mereka sita kesemua basikal itu sebab perniagaan kongsi basikal itu tidak punyai lesen.

Perniagaan khidmat kongsi basikal di bandar
Mungkin anda yang tinggal di luar Selangor tak berapa nak faham lagi apa ke benda masalah yang sedang berlaku ini. Kenapa tiba-tiba pihak Majlis Perbandaran pergi sita basikal. Dan mana mai banyak-banyak basikal macam tu tiba-tiba kat Petaling Jaya?

Sebenarnya kesemua basikal itu kepunyaan sebuah syarikat perkhidmatan perkongsian basikal. Syarikat oBike (M) Sdn Bhd tawarkan pada orang ramai untuk guna basikal mereka bagi perjalanan pendek sekitar pusat bandar.

Apa yang anda perlu buat hanyalah muat turun aplikasi oBike masuk ke telefon pintar anda dan dah boleh mula guna khidmat basikal itu. Ada QR kod yang akan diberikan untuk anda buka kunci basikal itu.

Anda akan dikenakan RM1 untuk penggunaan selama 15 minit. Ertinya kalau pakai meronda sekitar Petaling Jaya dengan basikal itu selama satu jam, anda hanya perlu bayar RM4 sahaja. Murah dan mudah. Paling baik adalah ianya selamat dan amat baik untuk alam sekitar.

Tiada undang-undang khas kongsi basikal
Datuk Bandar Petaling Jaya sebutkan bahawa mereka sita basikal itu antaranya sebab syarikat itu tak ada lesen untuk beroperasi.

Apa yang dia maksudkan tak ada lesen itu tak berapa nak boleh faham sangat sebab dia sendiri mengaku masih tak ada sebarang undang-undang spesifik khas untuk aktiviti perniagaan sedemikian. Sewa basikal dalam skala besar macam itu satu benda baru terutamanya di pusat bandar.

Mereka kata pihak majlis sedang buat draft merancang bagaimana nak kawal perniagaan sedemikian.

Tapi saya rasa perniagaan sewa basikal atau kongsi basikal bukanlah satu bisnes yang baru. Dah berkurun dan berzaman orang buat bisnes macam itu terutamanya di pusat atau kawasan pelancongan di negara kita dan di luar negara.

Pergi Langkawi tengok macam mana Mat Saleh naik basikal ke sana dan sini di pekan Kuah dengan naik basikal yang mereka sewa. Atau boleh pergi ke Putrajaya atau Taman Botani kat Shah Alam. Saya sendiri pernah sewa 7 buah basikal untuk kami sekeluarga meronda sekeliling hutan kat taman Botani itu dengan basikal.

MPSJ benarkan khidmat kongsi basikal
Lain pulak jika dilihat di sekitar kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya. Pihak majlis itu memberikan izin dengan bersurat kepada syarikat oBike untuk jalankan perkhidmatan mereka itu.

Kalau anda berjalan kat sekitar jajahan Subang Jaya seperti di Subang Jaya, USJ, Puchong dan lain-lain, anda akan lihat banyak basikal berwarna perak kuning terssusun di banyak lokasi. Terutamanya di stesen Kommuter atau Monorail atau apa saya nama lain yang mereka panggil.

Ada banyak basikal itu untuk kemudahan orang ramai.

Saya lihat tak berapa ramai sangat yang pakai sekarang. Tapi memang dah ada yang mula biasakan diri untuk pakai basikal itu sebab memudahkan. Lebih baik dan senang kayuh basikal dari menapak jalan kaki.

Lama-lama nanti itu semua akan jadi kebiasaan dan akan jadi amalan ramai. Itu akan promosikan amalan sihat sebab bersenam naik basikal tu baik. Juga akan bantu turunkan pencemaran udara dan bunyi. Itu juga satu amalan yang amat baik.

Elok pihak majlis dan saya maksudkan kesemua Majlis perbandaran yang ada kat Malaysia ni segeran tengok isi ni dan permudahkan urusan perniagaan ini. Buatlah apapun untuk pastikan semuanya tersusun dan lancar dan jangan nak susahkan perkara yang baik macam itu.

''Kalau Kena Patuk Ular, Jangan Tiru Cerita Hindustan Hisap Bisa,'' Doktor Kongsi Cara Betul Perlu Dilakukan Jika Dipatuk Ular
siakapkeli.my

Ular adalah haiwan berbisa yang mampu meragut nyawa dengan satu semburan berbisanya. Ramai orang sentiasa takut akan haiwan berbisa ini. Namun kadang kala haiwan berbisa ini boleh sesat sehingga memasuki rumah.

Jika duduk di kawasan kampung sudah pasti risau jika ular menceroboh masuk ke dalam rumah. Kita akan bertambah takut dan panik jika terkena patukan haiwan berbisa itu. Jadi bagaimana cara mengatasi jika kita terkena patukan ular?

Dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif bagaimana cara sebenar bagaimana mengendalikan mangsa patukan ular, sebelum mendapat rawatan di hospital, semoga mendapat manfaat bersama.

Bila Kena Patuk Ular

Terkejut saya bila mak mertua saya call tadi. Katanya ada ular masuk rumah.

Tengah khusyuk solat maghrib tadi bunyi macam ada binatang pelik. Rupanya ada ular hitam tengah bergaduh dengan kucing oren yang selalu menyelinap masuk kat dapur.

Nampak macan tedung je. Kalau tedung, memang bahaya sangat la patukannya sebab racunnya sangat berbisa kepada saraf ( neurotoxin ) dan juga sangat la berbisa kepada jantung ( cardiotoxin ).

Sebab tu kalau kita nampak orang kena patuk ular, jangan tiru cerita Hindustan. Cerita Hindustan ni dia main bedal je toreh kulit dan hisap bisa.

Jangan sedut. Jangan ikat.

Jangan toreh. Jangan picit luka.

Foto: Wikivisual

Yang kena buat adalah :

+ bertenang dan jangan panik

+ jauhi ular tu

+ jangan tangkap ular tu. Cukup ingat warna, bentuk kepala ( tiga segi ke bulat ) dan keadaan ular tu masa ular tu patuk ( kalau ular tedung ni cara patuk dia sangat khas )

Foto: Wikivisual

+ bahagian badan yang kena patuk tu jangan gerak sangat ye. Pergerakan otot boleh mempercepat penyerapan bisa ular tu ke dalam saluran darah )

+ limitkan anggota badan yang kena patuk tu dengan splint/sling. Nak senang faham, buat la camne pun asalkan anggota badan tu tak bergerak sangat masa nak dibawa ke hospital

Contoh splint

+ masa ke hospital, jangan singgah beli nescafe atau air kopi ye. Kafein dalam tu boleh membuatkan degupan jantung makin laju. Bila jantung makin laju, makin la cepat bisa ular tu tersebar

p/s : Alhamdulillah ular tedung ni berjaya dibunuh dengan jayanya oleh bapak mertua saya. Kalau ikut guideline sebenarnya kena call JPAM atau Bomba ye. Info yang saya bagi ni tolong save ye, malang kan tak berbau. Kalau ada kejadian dipatuk kan nanti senang, terus bukak je info yang saya dah bagi ni

Kredit - Dr Taufiq Razif

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Oct 24, 2017 8:15 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Gaji RM10,757 Sebulan, Baru Mampu Beli Kebanyakkan Rumah Di Malaysia
siakapkeli.my

Mereka yang mempunyai pendapatan isu rumah sekurang-kurangnya RM 10,757 sahaja yang mampu membeli rumah pada harga purata yang dijual di negara ini.

Berbanding purata harga rumah iaitu RM 387,258 pada tahun 2016, pendapatan median rakyat Malaysia hanyalah RM 5,228 sahaja sebulan. Manakala purata harga rumah pada tahun 2014 pula adalah RM 280,886.

Harga tersebut menjadikan purata harga rumah yang dijual di Malaysia sebagai ''amat tidak mampu milik'' (severely unaffordable), berdasarkan perkiraan mengikut Pendaraban Medium Demografia Antarabangsa. Mengikut kaedah tersebut, harga rumah hanya dianggap mampu milik jika ia kurang tiga kali ganda pendapatan medium tahunan isi rumah.

Fakta ini mengambil kira berdasarkan data baru yang dikeluarkan hasil Tinjaun Pendapatan Isi Rumah dan Keperluan Asas 2016 yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik minggu lalu dan data oleh Jabatan Penilaian dan Khidmat Hartanah.

Jika diukur dengan pendapatan median rakyat Malaysia, harga rumah yang dianggap mampu milik di Malaysia sepatutnya hanya RM 188,208.

Namun realitinya, 78 peratus isi rumah Malaysia berpendapatan kurang RM10,000, iaitu jumlah pendapatan yang diperlukan untuk menjadikan harga kebanyakkan rumah di Malaysia sebagai mampu milik.

Manakala 41 peratus daripada jumlah tersebut atau 2.33 juta isi rumah berpendapatan kurang RM 5,000 sebulan.

Menurut rekod, purata harga rumah paling mahal adalah di Kuala Lumpur iaitu melebihi RM 700,000 seunit. Manakala purata harga rumah di Sabah dan Sarawak juga membimbangkan berbanding pendapatan median penduduk iaitu RM 4,100 sebulan, manakala penduduk di Kuala Lumpur menikmati pendapatan median RM 9,073 sebulan.

Kerajaan sebelum ini sudah pun melaksanakan pebagai dasar untuk mengurangkan peningkatan harga rumah, antaranya dengan Cukai Keuntungan Hartanah (RPGT) iaitu mekanisme mengawal spekulasi pasaran hartanah dan pembinaan lebih banyak rumah-rumah mampu milik.

Pemerhati ekonomi menjangkakan kerajaan bakal mengumumkan pendekatan khusus untuk menangani masalah ini dalam pembentangan Bajet 2018 pada 27 Oktober ini.

Kuala Lumpur menjadi kawasan dengan harga rumah tertinggi dengan purata RM 749,000, Selangor di tempat kedua dengan RM 422,000 dan diikuti Pulau Pinang dengan RM 410,000, Sarawak dengan RM 408,000 dan Sabah dengan RM 406,000.

Sumber : Astro Awani

'Mengejutkan jika Kementerian Kewangan tak tersenarai bermasalah'
bloglist-malaysia.blogspot
kedahlanie.info
MALAYSIADATELINE

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Aminuddin Harun berkata beliau akan terkejut dan kecewa sekiranya Kementerian Kewangan tidak tersenarai sebagai antara kementerian paling bermasalah.

"Saya begitu teruja dan ternanti-nanti akan pengumuman yang akan dibuat oleh SPRM nanti tetapi pasti akan kecewa sekiranya Kementerian Kewangan tidak disenaraikan sekali antara kementerian yang paling bermasalah.

"Semua rakyat Malaysia sudah sedia maklum bahawa skandal kewangan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang melibatkan berbilion ringgit merupakan jenayah yang melibatkan anak syarikat Kementerian Kewangan.

Beliau berkata demikian mengulas pengumuman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam yang kini di peringkat akhir memuktamadkan senarai ranking kementerian berdasarkan kedudukan isu rasuah dan salah guna kuasa.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil semalam berkata senarai berkenaan akan diumumkan selewat-lewatnya November ini.

Aminuddin yang juga Pengerusi PKR Negeri Sembilan turut berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga terlibat berhubung isu penyelewengan dana kerajaan lebih RM100 juta oleh pegawai kanan kementerian itu.

Beliau berharap SPRM akan memaklumkan kaedah dan sistem digunapakai untuk menilai sesebuah kementerian dalam menentukan ranking rasuah dan salah guna kuasa supaya badan itu tidak hanya 'syok sendiri'.

"Jika kayu pengukur yang digunakan itu telus, ia hendaklah diguna pakai secara berterusan agar setiap kementerian dapat memperbaiki kedudukan prestasi di samping menjadikannya lebih bersih dan amanah di mata rakyat.

"Sekurang-kurangnya ia dapat menjana perubahan dalam sistem tatakelola, membendung gelombang rasuah yang semakin membarah di dalam negara ini," katanya.

Saman Fitnah Selesai, Mahkama hArah KJ Bayar RM210,000 Kepada Anwar Ibrahim
siakapkeli.my

Kuala Lumpur - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar diperintah untuk membayar ganti rugi sebanyak RM150,000 kepada bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memfitnahnya dalam satu ceramah yang telah diadakan di Lembah Pantai pada 20 Februari, 2008 dan menyebarkan klip video bertajuk 'Anwar and kin no threat'.

Hakim Mahkamah Tinggi, Azizul Azmi Adnan membuat keputusan itu selepas membenarkan saman fitnah yang difailkan ketua umum PKR itu dan menolak permohonan Khairy untuk meminda pernyataan pembelaannya.

Ketua Pemuda Umno itu juga turut diperintah membayar kos kepada Anwar sebanyak RM60,000.

Ketika membuat keputusan itu, Azizul berkata, ucapan fitnah diucapkan itu adalah serius dan membabitkan seorang ahli politik yang dikenali ramai.

"Kenyataan itu juga dibuat pada majlis umum dan diterbit serta tersebar kepada orang ramai," katanya.

Bagaimanapun Azizul berkata, elemen berniat jahat tidak berjaya dibuktikan. Oleh itu,beliau menolak tuntutan ganti rugi teruk yang dipohon Anwar.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang bertindak bagi pihak Khairy bagaimanapun memaklumkan pihaknya akan memfailkan notis rayuan berhubung keputusan itu Isnin depan.

Peguam J Leela, pula bertindak bagi pihak Anwar.

Perbicaraan kes saman fitnah itu selesai selepas 12 saksi tampil memberi keterangan bermula pada 19 September 2016. Bagaimanapun, Khairy selepas itu menfailkan permohonan untuk meminda pernyataan pembelaannya.

Anwar memfailkan saman terhadap Khairy bagi memohon ganti rugi RM100 juta pada 7 Mac tahun 2008 dengan mendakwa Khairy yang ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno, mengeluarkan kata-kata berbaur fitnah dan menyebarkan klip video bertajuk 'Anwar and kin no threat' disiarkan dalam laman web, termasuk Malaysiakini.com.

Anwar mendakwa klip video itu mengandungi sebahagian ucapan yang dikatakan berbaur fitnah diucapkan Khairy dalam satu ceramah di Lembah Pantai di sini pada atau sekitar 20 Feb 2008.

Khairy, dalam pernyataan pembelaan yang difailkan pada 8 Oktober 2010, berkata beliau bergantung kepada pembelaan berdasarkan justifikasi dan perlindungan bersyarat.

Sumber: Sinar Harian

Hanya 'Bersenjatakan Sekeping Kertas', Lelaki Berjaya Rompak RM600,000 Dari Sebuah Bank Di Damansara
siakapkeli.my

Seorang lelaki hanya berselipar, berseluar pendek dan 'bersenjatakan sekeping kertas' yang dipercayai mengandungi pelan lantai bank berkenaan berjaya melarikan wang tunai sebanyak RM600,000 yang dicurinya dari bilik kebal di sebuah bank bertempat di Damansara Heights.

Suspek yang berketurunan India menyamar sebagai seorang penyelenggara alat pemadam kebakaran yang membawa beg sandang dan berpakaian kasual dilihat masuk dan berlegar-legar di dalam bank sebelum berjaya melarikan wang tunai RM600,000 dalam masa 20 minit.

Kejadian yang berlaku pada 8 September lalu bermula apabila, suspek yang berusia dalam lingkungan 30 tahun ini dipercayai memasuki bank kira-kira jam 12.30 tengahari dan memperkenalkan dirinya sebagai juruteknik syarikat alat pemadam kebakaran.

Bagaimanapun, suspek tidak dibenarkan untuk meneruskan tugasnya oleh seorang pengurus bank kerana dia gagal membuktikan identitinya sebelum pengurus bank tersebut beredar untuk makan tengahari.

Namun, melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek dilihat tidak meninggal premis berkenaan sebaliknya berlegar-legar di tempat itu sebelum menyelinap masuk melalui pintu di belakang kaunter bank.

Sewaktu kakitangan bank sedang sibuk, dia berpura-pura memeriksa alat pemadam api berkenaan dan kemudiannya menghampiri bilik kebal yang didakwa hanya boleh diakses oleh pengurus bank dan ketua juruwang menggunakan kod akses peribadi.

Apabila seorang ketua juruwang masuk ke dalam bilik kebal itu, suspek segera meletakkan sekeping magnet pada selak pintu yang berkunci secara automatik bagi mengelakkan selak itu terkunci apabila ia ditutup.

Suspek berjaya masuk ke ruangan bilik kebal beberapa minit selepas ketua juruwang keluar dan memasukkan wang ke dalam beg yang digalasnya sebelum beredar keluar dari bank dengan tenang.

Bagaimanapun, tidak sampai 2 jam, kakitangan bank mula mengesan jenayah yang berlaku di dalam premis tersebut.

Sekitar pukul 2.30 petang, pengurus bank yang mula curiga selepas bertanyakan tentang suspek segera memeriksa peti besi di bilik kebal dan mendapati RM600,000 telah lesap.

Menurut sumber, penyiasat telah menahan pengurus bank yang berusia 40-an sejurus selepas kejadian tersebut dilaporkan kepada pihak polis.

Pengurus tersebut direman 2 hari sebelum dibebaskan kerana didapati tidak bersalah.

Menurut jurucakap polis, suspek tersebut masih bebas dan usaha menjejakinya sedang giat dijalankan.

"Suspek berketurunan India itu dikehendaki polis bagi membantu Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD)di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Sumber- Harian Metro

"Anakku Setiap Hari Ke Sekolah Perlu Rempuh Sungai Penuh Dengan Buaya," Rintihan Ibu Mahu Ianya Didengari Pihak 'Hati Keras'
siakapkeli.my

Melihat sahaja raut wajahnya, jelas terpancar kerisauan mengenangkan nasib anak yang terpaksa menempuh bahaya setiap hari. Hati ibu ini merintih sayu melihat anak terpaksa menempuh gelombang bahaya arus sungai yang dalam dan deras, yang di dalamnya barangkali ada pemangsa ganas sungai yang sedang menunggu, buaya.

Ibu ini tidak meminta lebih, cukuplah sekolah yang dijanjikan siap tahun lepas dapat direalisasikan menjelang hujung tahun ini. Supaya dia tidak lagi merasa gusar memikirkan anaknya yang setiap hari mempertaruhkan nyawa demi menuntut ilmu.

Ketika kanak-kanak lain yang nasibnya lebih baik mungkin bermalas-malasan hendak ke sekolah biarpun dihantar ibu dan ayah hingga ke pintu kelas dengan kereta mewah dan berjenama, anak-anak di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Seduku di Sarawak tidak pernah tunduk dengan dugaan dan kesusahan yang terpaksa di tempuhi. Ketika kanak-kanak lain tidak perlu berhujan dan berpanas ke sekolah, bagi pelajar SK Pulau Seduku hujan dan ribut itu adalah mimpi ngeri yang perlu mereka tempuhi.

Maka, air mata ibu ini tumpah airnya walaupun berusaha mengukir senyuman di awal bicara. Pipinya basah saat berkongsi kerisauan mengenai nasib anaknya. Tiada siapa pun yang tahu apa yang sebenarnya dirasakan oleh ibu ini tiap kali menghatar anak ke jeti, melepaskan mereka yang masih kecil yang tidak tahu pun menjaga diri kalau-kalau kecelakaan menimpa di dalam perjalanan.

Semoga rintihan hati ibu didengar oleh mereka yang berkaitan. Yang ditagih ibu ini bukanlah sesuatu yang tidak dapat ditunaikan, melainkan janji yang pernah diucapkan oleh mereka yang terlibat. Tunaikanlah janji anda, berilah peluang untuk anak-anak ini menuntut ilmu di sekolah yang lebih selesa seperti yang anda mahukan untuk anak-anak anda, di Sekolah Kebangsaan Pulau Seduku yang baru.

Semoga Allah lembutkan hati-hati mereka yang keras supaya mendengar luahan hati ibu ini dan sekaligus membantu anak anak Sekolah Kebangsaan Pulau Seduku belajar di sekolah baharu.
Sumber : Emmet Fayzal

Pelabuhan Malaysia berdepan masalah di sebalik saingan Singapura
bloglist-malaysia.blogspot
idahsalam.blogspot
Posted by indah.com
Robin Augustin

Pelabuhan di Malaysia bersaing antara satu sama lain sementara Singapura memperkasakan Pelabuhan Tuas.

PETALING JAYA: Industri pelabuhan di Malaysia bakal berdepan dengan masalah selepas terdapatnya tanda-tanda hubungan rapat antara China dan Singapura, menurut seorang pakar ekonomi.

Prof Hoo Ke Ping berkata terdapat perubahan dasar di Beijing seperti yang ditunjukkan berdasarkan keputusan rangkaian perkapalan Ocean Alliance yang beralih operasi dari Pelabuhan Klang ke Singapura.

Ocean Alliance, termasuk China Cosco Shipping, United Arab Shipping Company (UASC) dan kumpulan perkapalan Perancis CMA CGM diikat di Shanghai tahun lepas. Cosco adalah syarikat perkapalan ke-4 terbesar di dunia.
"Ia sesuatu yang menarik apabila Cosco berpindah ke Singapura," kata Hoo. "Memandangkan ia milik negara, ini menunjukkan perubahan dasar di Beijing."
Beliau berkata Singapura dalam beberapa bulan kebelakangan ini menyuarakan sokongan terhadap inisiatif "Satu Tali Satu Jalan" (Obor) China.

"Ia adalah berita buruk untuk pelabuhan kita dan mungkin juga ECRL (Landasan Keretapi Pantai Timur)."
ECRL yang bernilai RM55 bilion dilancarkan di Kuantan bulan lepas, dijangka memenuhi sebahagian besar keperluan syarikat perkapalan China. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memujinya sebagai "laluan perdagangan alternatif ke Singapura" kerana laluan itu akan menghubungkan Pelabuhan Klang dengan Pelabuhan Kuantan.

Hoo berkata Putrajaya perlu bimbang bukan sahaja mengenai hubungan rapat Singapura-China, tetapi juga tahap kecekapan di pelabuhan Malaysia berbanding Singapura.
"Jika Singapura boleh menyediakan perkhidmatan pelabuhan dan perkhidmatan sokongan pelabuhan lebih cekap, syarikat perkapalan akan beralih ke sana," katanya.

"Inilah sebabnya mengapa pelabuhan kita perlu mempunyai peralatan dan infrastruktur yang paling canggih serta perkhidmatan sokongan yang cekap."
Masalahnya di Malaysia, katanya, terdapat 3 pelabuhan utama dengan tahap kecekapan berbeza dan perbezaan kadar pelaburan semula ke dalam pembinaan kapasiti.

"Ia bukan hanya pelabuhan tetapi juga perkhidmatan sokongan termasuk pelepasan dan pengangkutan khusus yang perlu lebih cekap. Di Malaysia, ia mengambil masa 1 atau 2 hari untuk sebuah kontena meninggalkan pelabuhan, sedangkan di Singapura ia hanya mengambil masa beberapa jam."

Beliau menganggarkan Singapura akhirnya akan menjadi hab pemunggahan muatan. Oleh itu, katanya, Malaysia perlu menjadikan pelabuhannya lebih menarik, dan langkah pertama perlukan penyatuan.

"Pelabuhan kita bersaing antara satu sama lain sementara Singapura menumpukan semua usaha untuk menjadikan Pelabuhan Tuas sebagai pelabuhan terbaik di dunia. Kita perlu satukan atau kita tidak akan dapat bersaing dengan Tuas.
"Tanpa kapal China, kita akan menghadapi masalah kerana kita akan mengendalikan pemunggahan muatan dari Singapura."

Strategi perniagaan
Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen berkata jelas Singapura bertindak balas terhadap ancaman pelabuhan yang disokong China di Malaysia.
"Dengan memperoleh pakatan perniagaan baharu, Singapura cuba 'mengunci' lalu lintas kargo dan menjadikan pelabuhan Malaysia tidak berjaya," katanya.
"Sekutu pelabuhan Singapura mungkin menawarkan syarat komersial dan perkhidmatan yang lebih cekap."

Beliau berkata Malaysia mesti menangani situasi ini dengan tawaran komersial lebih baik kepada syarikat perkapalan, sambil menambah pihak berkuasa yang berkaitan harus meningkatkan kecekapan dan profesionalisme dengan mengurangkan pembaziran dan rasuah.

Wong Chen yang juga ketua Biro Perdagangan dan Pelaburan PKR berkata Malaysia memerlukan strategi perniagaan baik yang disokong oleh dasar kerajaan yang jelas.

"Putrajaya perlu menentukan pelabuhan mana yang paling penting dan yang akan mengendalikannya dengan baik dan jumlahnya. Pada sisi fiskal, kerajaan boleh mempertimbangkan pelepasan cukai dan penyelidikan geran."
Beliau juga berkata ECRL perlu mempunyai sedikit justifikasi ekonomi jika Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Melaka berterusan tidak berjaya. "Pada trafik pelabuhan semasa, ia sukar untuk mengesahkan kos ECRL yang tinggi." FMT

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Oct 24, 2017 8:15 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Cungkil Mata 'Kassim Selamat' Sampai Buta, Netizen Mahu Cari Pelaku Untuk Balas Dendam
siakapkeli.my

Hasrat seorang wanita yang bernama Suria Yahaya, 25, ingin menyelamatkan seekor kucing yang telah dicungkil mata oleh manusia yang tidak mempunyai balas kasihan tidak kesampaian kerana kucing tersebut telah mati sebelum sempat menerima rawatan.

'Kasem Selamat' nama gelaran kucing yang dia temui di Medan Selera Taman Putra Perdana, Puchong, berada dalam keadaan sangat lemah.

"Saya jumpa Kasem Selamat di tandas lelaki dengan bantuan seorang rakan Facebook yang memaklumkan tentang keadaan kucing itu yang buta. Saya namakannya Kasem Selamat sebab 'dia' mengiau walaupun pertama kali saya memanggilnya dengan nama itu.

"Bila lihat keadaan Kasem, saya tergamam, saya terfikir orang gila mana yang sanggup cungkil biji matanya, rasa macam nak cari orang tu dan korek mata dia macam mana dia buat pada Kasem," katanya kepada mStar Online.

Beliau mula berfikir adakah manusia yang mencungkil mata kucing ini tidak mempunyai hati dan perasaan sehingga sanggup berbuat demikian? Atas sebab itu, dia ingin 'membalas dendam' kepada orang yang melakukan perbuatan kejam terhadap haiwan kesayangan ramai itu.

Setelah Surita memuat naik gambar tentang kekejaman manusia ke atas Kasem, ramai diantara rakan-rakannya di Facebook yang juga adalah pencinta kucing turut sama ingin membalas dendam sama sepertinya. Hal ini dapat dilihat melalui komen-komen yang ditulis oleh rakan-rakan Facebooknya dan mendapat perhatian netizen.

Surita menceritakan keadaan kasem dengan lebih lanjut, bahawa dia dapat melihat dengan jelas kesan cungkilan pada mata kucing malang tersebut menggunakan benda tajam. Selain itu, bahagian leher kasem juga mempunyai kesan lebam dan bengkak.

"Saya cuci darah di matanya dan hingusnya yang dah pekat. Saya agak Kasim Selamat sudah menahan sakit selama dua tiga hari.

"Malam itu selepas dimandikan, Kasem hanya mahu minum beberapa titis air dan akhirnya tidur di pangkuan saya," katanya.

Beliau berasa amat terkilan apabila Kasem yang dibawanya ke klinik haiwan mati ketika doctor mahu memasukkan air ke dalam badannya sebaik sahaja melihat haiwan itu kritikal.

"Misi saya untuk selamatkan Kasem gagal. Doktor kata Kasem mungkin mati disebabkan jangkitan sudah sampai ke otak atau dehidrasi, memang saya salahkan orang yang mencungkil matanya itu," katanya dalam nada kesal.

Menurut Surita, Kasem iaitu kucing yang ditemuinya itu merupakan kes paling teruk sepanjang dia mengutip kucing-kucing terbiar di jalanan untuk dirawat dan diselamatkan. Beliau turut menjelaskan dia banyak menyelamatkan kucing jalanan yang sakit, tempang atau anak kucing yang tidak mempunyai ibu. Dia juga percaya perbuatan kejam ini dilakukan oleh warga asing.

"Peniaga di medan selera beritahu dua, tiga hari sebelum saya bertemu Kasem mereka nampak sekumpulan warga asing mengambilnya jadi saya anggap mereka suspek utama.

"Naluri saya kuat menyatakan ia perbuatan mereka sebab ada warga asing pernah beritahu ibu saya daging kucing sedap, matanya mereka makan sebagai 'ubat'," katanya.

Segala aktiviti-aktiviti mencari, mengutip dan menjaga kucing-kucing terbiar dilakukan sebagai kerja amal kerana dia terlalu sayangkan haiwan, khususnya kucing.Kerja mencari hampir setiap malam selepas mengajar kelas tambahan secara sambilan, katanya.

Beliau kini mempunyai 15 ekor kucing jalanan yang telah dipulihkan berserta dua kucing peliharaannya sendiri.

"Saya ni takut anjing, tapi kalau suatu hari saya nampak anjing perlukan bantuan saya rasa saya sanggup tolong.

"Sebab itu saya marah sangat dengan orang yang dera haiwan, lebih-lebih lagi yang cungkil mata Kasem, kenapa perlu siksa macam tu tak dibunuh terus," katanya.

Surita turut menasihatkan orang ramai terutamanya pencinta kucing supaya bersikap adil terhadap haiwan itu dengan menyayanginya tanpa melihat baka atau fizikalnya. Ini kerana, kucing jalanan dan kucing tempatan juga berhak mendapat perlindungan dan jagaan sama rata seperti mana kucing-kucing import atau kucing lain yang sempurna fizikalnya.

Sumber : mStar Online

Beli RM74,000, Pemilik Plat 'AKU BOSS' Mahu Jual Semula Dengan Harga RM400,000
siakapkeli.my

IPOH: Seorang lelaki berbangsa Cina yang juga merupakan pemilik nombor pendaftaran baru AKU 8055, atau "AKU BOSS", yang membida dengan harga RM74,000 berhasrat menjualnya RM400,000.

Ch'ng De Wei mendaftarkan nombor itu pada motosikal jenis Demak EX 50 dan akan menjualnya dengan harga tersebut kepada yang berminat, lapor Kosmo!.

"Dari awal lagi ahli perniagaan berkenaan sememangnya bercadang untuk menjual kembali nombor plat itu bersama motosikal pada harga RM400,000," kata Bob.

Tambah jurucakap itu, sejak memperoleh plat itu pada julai lalu, mereka telah menerima 10 pemanggil yang mahu memilikinya tetapi belum ada yang sanggup membayar dengan harga dinyatakan..

"De Wei telah menetapkan harga kekal bagi plat tersebut dan dia yakin pasti ada yang mahu mendapatkannya walaupun dengan harga mahal," katanya.

Setakat ini pihak yang mencari penjual hanya mendapat tawaran tertinggi bernilai RM300,00 dan yakin ada pihak yang berminat membelinya.

Sumber: malaymail online

Dari Seorang Pemandu Teksi, Kini Menjadi Kapten Bas Elektrik Wanita Pertama Di Malaysia
siakapkeli.my

Biasa dengar lelaki menjadi pemandu bas awam atau pemandu teksi dekat Malaysia ini bukan? Perkhidmatan pengangkutan awam ini memerlukan ketahanan fizikal dan mental yang kuat lebih-lebih lagi bila kena bekerja lebih masa.

Tapi tidak bagi Puan Tuty Sofia, 28, seorang ibu yang mempunyai dua orang anak untuk berkhidmat sebagai Kapten Bas Elektrik wanita pertama di Malaysia. Beliau kini berkhidmat di laluan BRT Sunway Line.

Sebelum ini, Puan Tuty memulakan kerjaya sebagai pemandu teksi sebelum menyertai Prasarana Bhd.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Bhd, Azmi Abdul Aziz, wanita ini sanggup bekerja untuk syif pagi dan malam malah sangat beruntung kerana suami dan anak-anaknya memberi sokongan yang penuh.

Saya sangat berterima kasih kepada Puan Tuty di atas kidmat dan bakti yang dicurahkan, kata Azmi dalam ruangan Facebook miliknya.

Puan Tuty juga berjaya memecahkan dominasi golongan lelaki dalam sektor pengangkutan awam serta dapat menjadi contoh kepada golongan wanita yang berminat untuk menyertai pengangkutan awam.

Pada awalnya, beliau amat gementar untuk melakukan pekerjaan ini namun beliau beruntung kerana suami dan anaknya adalah penyokong kuat terhadap kerjayanya ini.

Azmi Aziz turut menambah,"Kami ingin memecahkan stereotaip yang didominasi lelaki dalam industri ini dengan mewujudkan persekitaran yang inklusif di Prasarana di mana semua orang, tanpa mengira jantina mereka, akan berkembang maju dan berjaya."

Sumber- Azmi Abdul Aziz

Tular Di Laman Sosial, Gadis Bawa Traktor Bukan "Acah-Acah"
siakapkeli.my

Berniat untuk berkongsi kebolehan mengendalikan jentera berat di sawah padi gadis ini telah mendapat kritikan apabila tular di laman sosial.

Pembantu Tadbir Komunikasi Nurul Syifa Mat Dzahid, 22, berkata video yang dimuat naik itu hanyalah satu sesi latihan yang biasanya akan dilakukan oleh kakitangan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) apabila membuat lawatan tapak.

Siapa yang sangka, netizen tidak memberi perhatian kepada bakatnya tapi lebih tertumpu pada warna kasutnya yang putih tanpa secalit lumpur walaupun berada di kawasan lumpur.

Menurut Nurul Syifa, dia tidak menyangka video berkenaan akan mengundang rasa tidak puas hati netizen apabila ada pihak yang berkongsi video tersebut di laman sosial mereka.

"Kasut saya bukannya tidak kotor, masa rakaman tu dibuat, saya naik dari tebing. Sebab itu nampak bersih.

"Tapi kemudian barulah kotor ketika saya hendak turun dari jentera tersebut. Tidak terfikir pula orang akan kecam pasal kasut," ujarnya sambil berseloroh.

Dia juga turut menyatakan rasa terkilan apabila ada pihak yang menyifatkan gadis cantik gemar melakukan perkara 'bodoh' semata-mata ingin tular di media sosial.

Nurul Syifa juga turut mengakui kesilapannya bila ditanya mengenai pakaian yang dianggap tidak sesuai.

"Lumrah golongan wanita suka bersiap-siap ketika ingin keluar rumah atau bekerja, katanya.

"Saya bukan acah-acah lawa seperti yang didakwa netizen. Bila difikirkan balik, memandu jentera berat bukanlah sesuatu yang bodoh atau boleh mengaibkan saya.

"Sewaktu mengetahui mengenai video tersebut tular, saya terus bertanya kepada majikan sama ada apa yang saya lakukan telah menjejaskan nama Mada, tetapi majikan kata tiada apa yang perlu dibimbangkan," tambahnya.

Nurul Syifa juga menolak dakwaan netizen bahawa perbuatan tersebut hanyalah ingin meraih pengikut di Instagram untuk membuat ulasan produk bagi menambah pendapatan sampingan.

Dia juga yang mempunyai lebih 76,600 pengikut di Instagram itu, dia memang membuat ulasan produk sebelum ini dan menganggap ia satu bentuk rezeki yang diberikan oleh Allah kepadanya.

Buat masa ini, video tersebut sudah mencecah 336,000 tontonan, selain mendapat 1,640 perkongsian dan 12,000 likes.

Sumber - Mstar

Cara Mudah Memancungkan Hidung Tanpa Operasi

bloglist-malaysia.blogspot
beritafresh.com

Cara Mudah Memancungkan Hidung Tanpa Operasi – Hidung merupakan bagian tubuh yang berada persis didepan wajah anda. dan tentu saja menjadi salah satu bagian utama yang biasanya terlihat oleh orang lain. Memiliki hidung yang mancung memang akan lebih menunjang penampilan menurut sebagian besar orang. Hal inilah yang mengakibatkan banyaknya operasi perubahan bentuk hidung yang kerap dilakukan, agar nantinya bisa lebih mancung secara alami. Namun, tidak semua orang menghendaki adanya operasi hidung mancung karena beberapa faktor. Misalnya saja seperti faktor biaya, hingga alasan keamanan.

Namun anda tidak perlu khawatir, jika ingin memancungkan hidung anda. karena tanpa operasi sekalipun, anda sudah bisa memancungkan hidung anda tanpa bantuan operasi. Banyak hal yang bisa dilakukan untuk memancungkan hidung ini. Memang untuk prosesnya tentu lebih lama dari jalan operasi, akan tetapi dari segi biaya dan juga keamanan akan jauh lebih terjamin. Berikut ini adalah beberapa cara mudah dalam memancungkan hidung tanpa operasi, yang bisa anda coba lakukan secara mandiri.

1. Menggunakan produk pemancung hidung
Operasi yang dilakukan untuk memancungkan hidung bisa anda hindari dengan menggunakan produk pemacung hidung yang saat ini banyak dijual dipasaran. Anda bisaa menggunakannya untuk membantu menarik tulang hidung anda, sehingga nampak lebih mancung. Namun yang perlu untuk diingat adalah ketika anda menggunakan produk pemancung hidung ini, pilih yang asli, dan hindari produk palsu, karena akan membawa dampak buruk untuk kesehatan anda.

2. Mencubit – cubit hidung
Cara yang selanjutnya adalah dengan mencubit – cubit hidung anda. namun ada beberapa teknik yang mesti anda coba lakukan. Yaitu dengan ibu jari dan telunjuk anda. lakukan dengan rileks dan arahkan kebagian depan hidung anda. lakukan langkah ini secara teratur agar nantinya hidung anda bisa dengan mudah menjadi mancung dan lebih kencang. Lakukan sehari minimal selama 3 menit terapi ini, agar nantinya bisa mendapatkan hidung yang mancung.

3. Pijat wajah
Melakukan pemijatan wajah, termasuk hidung ini, merupakan salah satu yang bisa anda lakukan dengan mudah. Basuh wajah terlebih dahulu, dan kemudian ambil minyak essensial. Lakukan pemijatan dengan tenang, dan kemudian anda bisa melakukannya dari wajah hingga fokus pada hidung dengan pijatan dari bawah menuju atas. Lakukan hingga wajah terasa nyaman, dan juga secara rutin.

4. Yoga Wajah : Smilling Fish Frenzy
Cukup dengan menggigit gigi dan kemudian anda tersenyum. Tahan posisi ini kurang lebih selama 20 menit. Hal ini bermanfaat untuk membantu otot pipi dan hidung menjadi lebih mengecil. Cara yoga wajah ini terbilang cukup simple, namun juga merupakan salah satu cara yang efektif untuk anda coba lakukan.

Demikian beberapa cara alami dan mudah yang bisa anda lakukan untuk membantu memancungkan hidung, tanpa bantuan operasi. Semoga bermanfaat dan selamat mencoba.

Masalah Gigi Berlubang Boleh Ancam Nyawa, Jom Periksa Gigi
siakapkeli.my

Jika anda pernah mengalami masalah sakit gigi, anda pasti sedar bahawa ia adalah sesuatu yang amat menyiksakan, malah kadang-kadang boleh buat seseorang itu cepat 'naik angin'.

Kalau masa sekolah dulu, gigi kita sedikit terjaga apabila sering menerima kunjungan 'cik misi' ke sekolah untuk merawat gigi kita kan? Bagaimana pula bila kita dah bekerja, tentu sebahagian kita tidak mengambil berat penjagaan gigi kan. Kadang-kadang sakit cuma makan ubat yang dibeli sendiri ataupun masalah gigi berlubang dibiar tidak dirawat.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Naqiuddin Bin Ahmad Moin, telah berkongsi bahaya yang mungkin dihadapi seseorang itu jika membiarkan masalah gigi berlubang tidak dirawat. Jom ikuti perkongsiannya.

AWAS, JIKA ANDA ADA GIGI BERLUBANG KERANA IA BOLEH MENGANCAM NYAWA.

Siapa pernah ada gigi berlubang? Angkat tangan sikit.

Masalah gigi berlubang adalah masalah yang biasa didapati di dalam dunia ni. Hampir setiap orang yang kita jumpa pernah ada masalah gigi berlubang. Jika dikesan awal, boleh lagi diselamatkan dengan ditampal. Tapi jika dibiarkan tidak dirawat. Komplikasi paling teruk ialah kehilangan nyawa. Bahaya kan?

Sebab hari ni Dr Q rujuk kes muka bengkak sampai ke mata ke pakar bedah mulut disebabkan jangkitan dari gigi yang rosak, jadi rasa nak kongsi tentang bahana gigi berlubang.

Siapa yang ada inisiatif awal untuk tampal gigi jika ada masalah gigi berlubang?

Jika anda orangnya, SYABAS Dr Q ucapkan!

Ok, ini adalah fasa-fasa komplikasi akibat gigi berlubang.

FASA PERTAMA

Ini jika gigi berlubang kecil tidak sampai ke bahagian saluran akar. Anda akan rasa sensitif lebih lebih lagi bila minum air sejuk. Jika begini boleh sahaja tampal biasa.

FASA KEDUA

Ini jika lubang telah sampai ke saluran akar gigi. Anda akan rasa sakit yang amat sangat sehingga mengganggu tidur. Jika begini, mungkin anda perlu rawatan saluran akar jika gigi masih boleh ditampal.

FASA KETIGA

Ini jika jangkitan telah berada dihujung akar dan nanah telah terbentuk sehingga bengkak gusi dan bila dipicit, nanah akan keluar. Anda mungkin akan berasa sakit ataupun tidak. Rawatan dia sama juga seperti fasa kedua.

FASA KEEMPAT

Ini sudah dikira fasa serius iaitu, bahagian muka atau bawah dagu membengkak. Bengkak bila dipegang terasa keras dan sakit. Sebenarnya di dalam bengkak itu terkandung nanah. Perlu manjalani incision and drainage (boleh lihat video dibawah) iaitu perlu dibelah untuk keluarkan nanah.

FASA KELIMA

Ini ialah fasa yang paling serius iaitu jika bengkak telah menghalang saluran pernafasan. Anda akan sukar untuk bernafas. Kes ini dinamakan ludwig angina. Perlu rawatan kecemasan segera di hospital. Jika dibiarkan tanpa rawatan, mungkin nyawa akan melayang.

Jadi, siapa yang ada masalah gigi berlubang yang kecil tu, boleh cepat-cepat tampal. Jom periksa gigi.

Sumber : Naqiuddin Bin Ahmad Moin

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Oct 24, 2017 8:17 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Nampak Selamat Tapi Bahaya Bak 'Pisau Pemotong', Bayi 1 Tahun Hampir Putus Jari
siakapkeli.my

Kanak-kanak biasanya akan secara sepontan bertindak untuk memiliki sesuatu permainan. Semakin dilarang semakin tinggi kemahuannya. Sebagai ibu bapa, pemilihan permainan yang bercirikan keselamatan adalah penting.

Sebagai pengguna permainan yang berhemah, kita harus menyedari tentang bahaya yang terdapat pada sesetengah alat permainan. Walaupun permainan ini kelihatan selamat, namun ia memerlukan pengawasan orang dewasa untuk memantau keselamatan anak-anak.

Menerusi perkongsian Chell Shukapooh, anaknya kehilangan jari disebabkan satu alat permainan yang kelihatan selamat pada mata pandangannya.

Ini lelaki saya, peringatan untuk ibu bapa di luar sana.

Mainan ini sudah buat kuku dan isi jari anak saya dipotong sebab dah tak dapat diselamatkan. Ya Allah. Hanya dia yang mampu merasa sakit dan kekesalan di hati melihat anak menangis tak henti-henti disebabkan kecuaian diri sendiri. Tengok benda ini tak membahayakan. Tapi ini yang berlaku pada anak saya.

(Kayu itu hanya sebagai contoh jari anak saya), jari dimasukkan dalam lubang kecil itu kemudian dia tarik jari keluar balik terkoyak hujung jari sampai nak terputus sebab dia pegang mainan tu kat tangan monyet tertutup rapat (seperti gambar bawah) menyebabkan pisang tu akan bertindak seperti mata pisau pemotong kepit jari dia.

Hati-hati buat anak-anak kecil di luar sana. Takut bila berebut mainan macam ini akan jadi benda yang sama. Kulit anak ini lembut memang senang sangat hancur sebab benda-benda yang kita anggap tak bahaya untuk dia orang. Hati-hati ya. Jangan jadi macam saya menyesak kemudian tiada guna. Hari-hari kena datang hospital cuci luka.

Umur dah 1thun 4 blan..

Sumber - Chell Shukapooh

Ibu kesal, jari anak hampir putus gara-gara permainan monyet ini

milosuam.net
SEORANG ibu meluahkan rasa kesal selepas kejadian tidak diingini berlaku terhadap anak lelakinya yang baru berusia 1 tahun 4 bulan.

Mana tidaknya, kerana kesilapan diri sendiri membelikan "permainan monyet" untuk anak, salah satu jari anaknya hampir putus.

Semoga jadi pengajaran kepada anda di luar sana, berhati-hati memilih permainan untuk anak anda.

"Anything may go wrong, will go wrong"

Teruskan membaca.

Permainan monyet ini nampak biasa-biasa, tidak kelihatan berbahaya, malah ia nampak lucu dan menarik. Namun ada bahaya yang menanti.

Terdapat satu lubang di bawah perut permainan monyet ini.

Jika tangan monyet dikatup, pisang akan menyempitkan atau menutup lubang tersebut.

Contohnya, jika dimasukkan sebatang lidi tebal ke dalam lubang tersebut, kemudian tangan monyet dikatupkan, lihat akibatnya.

Lidi setebal itu pun boleh patah.

Bayangkan jika anak anda yang sedang asyik bermain dengan permainan monyet ini, memasukkan jari kelingking atau mana-mana jarinya ke dalam lubang itu, manakala tangan yang satu lagi mengatupkan tangan monyet.

Maka begitulah juga hasilnya.

Sesal kemudian tidak berguna, perkara dah jadi, tapi sekurang-kurangnya boleh dijadikan pengajaran kepada orang lain jika kejadian ini disebar dan diviralkan.

Read more: http://www.milosuam.net/2017/10/ibu-kesal-jari-anak-hampir-putus-gara.html#ixzz4vkhSLvov

Sanggup Bergadai Nyawa Berpaut Pada Kereta Dilarikan Penjenayah Demi Anak Dalam Kereta
siakapkeli.my

Seorang pembantu klinik mendapat cedera ringan selepas terjatuh ketika berpaut pada Perodua Myvi miliknya yang dilarikan oleh penjenayah bersama-sama dua anaknya yang berada dalam kenderaan itu di Taman Pulai Indah, Johor Bahru.

Wanita berusia 32 tahun itu ketika kejadian yang berlaku pada jam 7.45 pagi sedang mengambil payung di dalam bonet sebelum seorang lelaki dilihat masuk ke dalam kenderaan mangsa.

Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri berkata, ketika kejadian berlaku mangsa yang hendak menghantar dua anaknya, seorang lelaki berusia lima tahun dan seorang perempuan berusia tiga tahun baru tiba di rumah bapanya di Taman Pulai Indah.

"Ketika itu hujan dan mangsa keluar mengambil payung di bonet kereta. Dia nampak seorang lelaki bertopi warna biru masuk ke dalam kereta.

"Mangsa cuba membuka pintu kereta kerana kedua-dua anaknya masih berada di dalam, tetapi pintu kereta sudah dikunci," katanya.

Katanya, wanita itu cuba berpaut pada kereta namun terjatuh selepas suspek melarikan kereta itu bersama anaknya.

Ujar Noor Hashim lagi, adik lelaki wanita itu cuba mengejar kereta terbabit sebelum ternampak anak perempuan mangsa ditinggalkan di tepi jalan beberapa lorong dari rumah bapa mangsa.

"Mangsa kemudian ke Balai Polis Kangkar Pulai untuk membuat laporan dan ketika di balai polis, mangsa menerima panggilan daripada adiknya memaklumkan ada orang menjumpai anak lelakinya di laluan masuk Taman Pulai Indah dan menghantarnya semula ke rumah bapa mangsa.

"Turut dilarikan ialah telefon bimbit jenis Samsung Note 2," katanya.

Manakala kereta mangsa yang dibawa lari itu dijumpai terlibat dalam kemalangan di kawasan Ulu Choh pada 8.45 pagi dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah lori.

Suspek bagaimapun berjaya melarikan diri bersama seorang lagi rakannya.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 363 Kanun Keseksaan," katanya.

Sumber : myMetro

Tinted: Pesalah Boleh Didenda Tidak Lebih RM2,000 Atau Penjara Enam Bulan Jika Gagal Tanggal Pelekat Cermin Gelap di JPJ Sekiranya Kes Dibawa ke Mahkamah
siakapkeli.my

Pesalah yang gagal menanggalkan pelekat cermin gelap di pejabat JPJ negeri (selepas didapati bersalah) boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan sekiranya kes dibawa ke mahkamah.

JPJ menerusi satu kenyataan berkata setakat ini pihaknya hanya akan mengeluarkan notis PG 1 iaitu notis larangan penggunaan kenderaan dan mengarahkan pemilik atau pemandu kenderaan yang melanggar peraturan sedia ada (cermin gelap).

"Pemilik atau pemandu kenderaan akan diberi masa 10 hari membawa kenderaan ke mana-mana pejabat JPJ negeri untuk menanggalkan pelekat cermin gelap itu," kata JPJ.

​​​​​​​Menurut JPJ, sekiranya pemandu atau pemilik kenderaan gagal membawa kenderaan serta menanggalkan pelekat cermin gelap di pejabat JPJ negeri, pemilik atau pemandu kenderaan akan dikompaun maksimum RM300 mengikut seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jika kes dibawa ke mahkamah, untuk sabitan pertama, pesalah akan didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan.

Sekiranya sabitan kali kedua atau seterusnya, akan didenda tidak melebihi RM4,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya, kata JPJ

JPJ dalam kenyataan pada 10 Oktober berkata, peraturan sedia ada yang diguna pakai ketika ini adalah di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 (pindaan 5 Februari 2016).

Menurutnya kadar ketelusan cahaya (VLT) yang ditetapkan bagi cermin depan adalah 70 peratus, cermin sisi pemandu (50 peratus) dan cermin sisi belakang dan cermin sisi belakang penumpang (30 peratus).

Sumber: Bernama/ Kosmo!

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Oct 24, 2017 8:19 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Jualan Gudang Barangan Bayi Termurah Di Malaysia, Harga Bermula RM2 Dan Diskaun Sehingga 90% Untuk Lebih Dari 100 Jenama Terkenal
siakapkeli.my

Ramai ibu bapa diluar sana kini berfikir terpaksa mengurangkan kos keperluan lain apabila mereka menyambut kelahiran ahli baru dalam keluarga mereka.

Ditambah dengan pelbagai kisah kenaikan harga barang yang menjadikan komitmen semakin meningkat, ramai yang merungut apabila hendak membeli barang keperluan anak kerana mahal.

Bagi ibu bapa, berita baik yang tidak anda jumpa di tempat lain di mana terdapat sebuah lokasi baru untuk anda mencari barangan keperluan anak anda dengan harga yang murah tetapi berkualiti.

Disini admin kongsikan sebuah jualan gudang barangan bayi terbesar di Malaysia bakal berlangsung pada 3 hingga 5 November ini di mana anda boleh dapatkan lebih 100 jenama pakaian dan barang keperluan bayi bermula serendah RM2 dan diskaun tidak masuk akal serendah 90%.

Antara jenama barangan bayi yang diberi diskaun jualan adalah Philips Avent, Pigeon, Drypers, Huggies, Pureen, Buds, Friso Gold, Enfagrow A+, Momma, Nuby, Piyo Piyo, Dr Brown's, Fiffy, Autumnz, V-Coool, Bubbles, Tiny Touch, Eve Love, Tommee Tippee, Suavinex, Chicco, Twistshake, Little Bean, Little Tree, Baby Organix, Centifolia Bebe, Chomel, Pororo Toys, Fisher-Price, Playgro, Intex, Happy Baby, Cerelac Nutripuff, BRAND'S, Babyhood, Nuna, Haenim Cot, GB Pockit Plus, Graco, SitSafe, Halford, Akarana, Mamas & Papas, Pouch, Puku, Hito, US Baby, Simple Dimple, Baby Love, Holabebe, Princeton, Mellow, Neo Geo Kids, Earth Bebe, Ichiro, Munchkin, Baby Love, Disney Cuties, Disney Mickey Minnie & Friends, Luvable Friends, Yoomi, Preschool, Oball, Edushape, Crayola, Grow'n Up, Bright Starts, Biba Toys, Weplay Toys, Sunny Lion, Keade Biddy, Vtech dan banyak lagi.

Selain itu juga, bagi beberapa jenama terkenal untuk pakaian dan keperluan bayi seperti
Philips Avent, Pigeon, Pureen, Fiffy, Disney Cutie dan pakaian jenama Pigeon akan dijual bermula serendah RM4.

Untuk barangan lampin jenama Drypers dan Huggies, satu tawaran harga istimewa yang memang murah, pasti akan diberikan kepada anda yang hadir ke sini untuk membeli belah, ianya akan hanya anda ketahui di jualan gudang ini.

Nama: Motherhood.com.my Baby Warehouse Sale
Tarikh: 3-5 November 2017
Waktu : 10am -10pm
Lokasi : : Evolve Concept Mall (3rd Floor), PJ

Apa lagi yang menarik tentang jualan gudang ini.

Promosi Eksklusif:-
* Diskaun sehingga 90%
* Lebih 100+ Jenama Terkenal
* Harga serendah RM2
* Drypers dan Huggies (Harga Istimewa DAN Hadiah Percuma)

Selain jualan gudang apa lagi yang menarik?

- Hadiah Pintu Percuma (goodie bag) untuk 1000 orang terawal
- Belon percuma untuk anak-anak anda
- Pertandingan selfie dan menang untuk memenangi Lampin Percuma
- Hadiah Percuma apabila pelanggan membelanjakan RM200 dan ke atas dalam satu resit tunggal

Kepada pelanggan Maxis, CIMB Bank dan member Motherhood.com.my, anda akan diberikan keistimewaan untuk datang lebih awal sehari iaitu pada 02 November (1pm - 10pm)

Untuk pelanggan MAXIS yang menggunakan aplikasi MyMaxis (1pm - 4pm)

Step 1: Download MyMaxis app from App Store or Google Play
Step 2: Go to 'Deals'
Step 3: Search for Motherhood.com.my Warehouse Sale' under 'Shopping'
Step 4: Present the "Download Deal" page to gain entry (2x access)

*Each voucher valid for 2 access only (children below 12 are excluded)

Untuk pemegang kad CIMB Bank (4pm - 6pm)
- Tunjukkan kad kredit atau kad debit CIMB anda untuk masuk, setiap kad memberikan kemasukan terhad terhad dua orang.

Untuk ahli Motherhood.com.my (6pm - 10pm)
- Hanya tunjukkan akaun anda di website Motherhood.com.my melalui telefon bimbit anda atau kad VIP Motherhood.com.my setiap akaun memberikan kemasukan terhad kepada dua orang.

Jualan gudang ini dianjurkan oleh pihak Motherhood.com.my, dengan kerjasama Maxis, CIMB Bank, KPJ Ampang Puteri, OnFM & di taja oleh Cerelac dan Friso.

Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan pelbagai keperluan murah bayi dengan harga yang amat murah dan berpatutan daripada harga diluar sana.

Untuk maklumat lanjut

Website: http://bit.ly/jualangudangbaby2017
Facebook: https://www.facebook.com/events/1040164342792243
Phone: 603 2721 4870

'Jus Munafik' Punca Ibu Saya Masuk ICU
siakapkeli.my

Gambar Hiasan


Suplemen-suplemen kesihatan yang terdapat di pasaran memang amat banyak buat masa ini. Hal ini kerana wujudnya sistem teknologi yang memudahkan sesiapa sahaja untuk berniaga.

Oleh sebab itu, wujudlah bermacam-macam suplemen yang telah diniagakan oleh masyarakat.

Namun demikian, suplemen-suplemen yang dijual kebanyakkannya mempunyai kesan sampingan yang tidak diketahui oleh pembeli.

Adakalanya, suplemen-suplemen yang dijual juga menggunakan nama islamik untuk menarik minat masyarakat.

Tambahan itu, masyarakat pula amat mudah percaya dengan suplemen yang menggunakan nama islamik kerana ia dikatakan mengandungi campuran-campuran khasiat yang baik seperti delima, kurma, madu dan sebagainya.

Namun hakikatnya, suplemen-suplemen tersebut tidaklah seperti yang dinyatakan sebalik hanya suplemen murah yang diimport dari negara luar dan diniaga dengan harga yang mahal dalam pasaran Malaysia.

Satu penerangan ringkas yang dibuat oleh Dr. Hana Hadzrami melalui akaun facebook nya.
__________________________________________________________

Lagi pesakit kami bertarung nyawa di ICU akibat pengambilan suplemen berbentuk jus. Anak pesakit tersebut berkali-kali menyatakan penyesalannya kerana membelikan jus tersebut buat ibunya.

Sangkanya jus yang diiklankan dalam siaran radio islamik itu boleh membantu kesihatan ibunya. Iyalah, dah kandungannya dikatakan mempunyai khasiat delima, kurma, madu, za'faran dan sebagainya. Takkanlah boleh bawa kesan buruk?

Yang dia dan ramai orang tak tahu ialah, jus-jus sebegini sebenarnya ialah jus murahan yang diborong secara pukal dari negara jiran dan dibotolkan disini. Kemudian dijual dengan harga yang mahal. Kandungannya entah apa. Jus yang sama, hanya warna dan label yang berbeza-beza. Yang pasti kandungan gulanya sangat tinggi. Sebab itu kilang pengeluar jus takkan tertera pada botol, hanya nama syarikat pemborong sahaja. Dah kilangnya tak wujud di sini!

Kadangkala saya terfikir, lebih baiklah minum air gas sahaja. Walaupun gulanya tinggi, namun kandungannya dah pasti, tiada penipuan disitu. Kilangnya ada disini, dan diselia ketat oleh penguatkuasa tempatan. Minum air gas setiap hari, paling teruk dapat kencing manis saja; boleh diubati. Tetapi minum jus merapu sebegini, silap-silap rosak buah pinggang dan hati disebabkan bahan beracun yang tak diketahui. Sudahlah gulanya pun tinggi.

Yang menyakitkan hati, kebanyakan jus sebegini menggunakan nama islamik dan dikatakan mengandungi makanan sunnah dalamnya. Kemudian diiklankan dalam media islamik pula. Apa yang islamik pada makanan sebegini pun saya tak tahu. Pernahkah Nabi kita (SAW) minum jus madu, kurma, za'faran secara bercampur-campur? Pernahkah Baginda makan sesuatu yang tak diketahui kandungannya dan dikeluarkan ditempat yang tak pasti halal haramnya (syubhah)?

Sekurang-kurangnya air gas tak menipu. Ada gula diberitahu berapa kandungan gulanya. Ada pengawet diberitahu kandungan pengawetnya. Tetapi pernahkah jus suplemen menyatakan kandungan gula, pengawet dan pewarna? Yang tertera hanyalah kandungan yang indah-indah saja. Betulkah ada?

Jus suplemen penipu.

Kandungan beracun. Label islamik. -Siakapkeli.my

Rakyat Malaysia Maut Dipercayai Digigit Labah-Labah Ketika Naik Belon Panas Terkenal Di Turki
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR - Seorang rakyat Malaysia meninggal dunia di Istanbul, Turki dipercayai akibat digigit serangga selepas menaiki belon udara panas di Cappadocia 23 September lalu.

Mangsa, Noor Azmeera Sahudin mengikuti pakej pelancongan di Turki bersama keluarganya pada 16 hingga 24 September sebelum arwah dimasukkan ke hospital selepas terkena gigitan serangga.

Perkara ini disahkan oleh Pengurusan Syarikat Pelancongan IBC Tour yang menguruskan pakej percutian mangsa dan keluarganya di Turki.

Mohammad Rizal Narusuddin, Pengarah Syarikat IBC Tour Corporation Sdn. Bhd berkata, mangsa yang berusia 27 tahun tidak menyedari dia gigit serangga dan hanya mengadu mengalami kegatalan saja.

"Ketika kami membawa pelancong melawat di Cappadocia, mangsa menaiki belon udara panas dan dipercayai digigit sesuatu di bahagian kaki, sama ada labah-labah atau serangga.

"Kemudian, mangsa mengadu mengalami gatal-gatal. Tiga hari kemudian mangsa mengadu mengalami kesakitan di bahagian kaki dan ketua pelancong kami membuat keputusan untuk membuat pemeriksaan di sebuah hospital di Bursa.

"Doktor di hospital Bursa memberikan ubat seperti antibiotik, namun mangsa sekali lagi mengadu sakit sehingga ke bahagian pinggang. Kemudian, mangsa terus dibawa ke Hospital Besar Istanbul,"katanya yang dipetik dari laporan New Straits Times

Jelas Mohd Rizal lagi, doktor mengesahkan bahawa mangsa telah digigit seseatu dan racunnya telah merebak ke bahagian pinggangnya.

Menurut beliau, pihak IBC Tour menerima panggilan pada jam 9 malam yang mengesahkan bahawa mangsa telah meninggal dunia di hospital tersebut.

"Kami mengambil tanggungjawab dan menghubungi syarikat insurans mangsa untuk menguruskan jenazah supaya dibawa pulang ke Malaysia, namun keluarga mangsa mahu arwah dikebumikan di Turki.

"Sehingga kini, kami belum mendapat laporan perubatan lengkap berhubung punca kematian, cuma doktor yang merawat arwah mengesahkan mangsa terkena gigitan," katanya.

Wakil IBC Tours berada bersama mangsa daripada hari pertama di hospital sehingga kritikal dan membantu menguruskan pengebumian dan kepulangan keluarga mangsa ke Malaysia.

Sumber- New Strait Times

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Oct 24, 2017 8:19 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Ada Berpuluh Simbol Pada Meter Kereta Anda, Jom Ketahui Apa Maksud Semua Simbol Berkenaan
siakapkeli.my

Jika anda seorang pemandu kereta, anda seharusnya tahu tentang simbol-simbol serta fungsi-fungsi yang terpapar pada dashboard meter anda. Sekiranya sebarang simbol pada dashboard meter menyala, anda tahu perkara yang sepatutnya dilakukan. Kebanyakkan dari pemandu kereta hanya mengetahui perkara-perkara asas tentang kereta malah ada juga yang hanya tahu pandu kereta sahaja.

Oleh sebab itu, penting sebenarnya untuk kita mengetahui simbol serta fungsi pada dashboard meter kereta kita.
Tapi perlu diingat juga bahawa tidak semua kereta mempunyai simbol.

1. Temperature Enjin

Simbol ini menunjukkan kereta anda terlalu panas.

2. Tekanan Minyak

Maksudnya minyak pada enjin kereta anda kurang ataupun terdapat sedikit masalah pada sistem minyak enjin.

3. Amaran Enjin

Apabila simbol ini menyala, anda seharusnya memeriksa kereta kerana simbol ini menyala disebabkan banyak sebab.

4. Bateri

Simbol amaran yang memberitahu bahawa bateri kereta anda semakin lemah.

5. Minyak

Simbol minyak kereta anda dah nak habis. Jadi kalau nampak simbol ni, cepat-cepatlah stesen minyak ya.

6. Tali Pinggang

Simbol peringatan untuk pakai tali pinggang. Kalau tak nak pakai juga, tahanlah telinga dengar bunyi bingit dalam kereta.

7. Tekanan Tayar

Maksudnya tekanan tayar tak balance. Mungkin disebabkan tayar kurang angin.

8. Kawalan Cengkaman

Simbol amaran yang menunjukkan cengkaman tayar anda kurang baik. Perkara ini boleh membahayakan anda.

9. Kunci Anti Break

Terdapat masalah pada sistem break anti lock kereta anda. Kalau nampak simbo ni baik pergi check.

10. Automatic Shift Lock dan Enjin Start Indicator

Simbol yang menunjukkan bahawa anda perlu menekan break untuk start enjin atau tukar ke gear neutral.

11. Air bag

Sistem airbag anda mungkin bermasalah sama ada pada salah satu airbag ataupun semua sekali.

12. Lampu Kabus

Simbol ini menyala apabila lampu kabus anda terpasang. Jangan risau ya!

13. Air Pada Wiper

Simbol yang menunjukkan air wiper anda kurang. Jadi refill lah cepat-cepat ya.

Jom lihat jika yang diatas tiada dalam kereta anda.

Sumber : Saja Kongsi

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: