Sunday, October 22, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4849

10 Messages

Digest #4849
3
Fw: Berita 1 by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
4
Fw: Berita 2 by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
5
Fw: Berita 3 by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
6
Fw: Berita 4 by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
7
Fw: Berita 5 by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
8
Fw: Berita 6 by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
9
Fw: Berita 7 by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
10
Fw: Berita 8 by "-:rIeNaCoM:-" rienacom

Messages

Sun Oct 22, 2017 2:11 am (PDT) . Posted by:


Facebook: Fanpage Automobil
http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520

Group Automobil
http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:
OILYMAN
http://oilyman.com.my

Blog In Malaysia
http://bloginmalaysia.com

Kataloh
http://kataloh.com

Cari Mudah
http://carimudah.com

Find And Book the Best Hotel Resort
http://besthotelreviews.org

Enplegu.com
http://enplegu.com

Choosing the Best Hotel Reviews
http://besthotelreviews.info

Blog Soccers
http://blogsoccers.com

Google Adsense Program
http://googleadsenseprogram.com

Azami Entertainment
http://azamientertainment.com

Din Apartment
http://dinapartment.com

University College Online
http://universitycollegeonline.info

Kad Niaga
http://kadniaga.com

Google Adsense Program Info
http://googleadsenseprogram.info

K-Pop Music Download
http://k-popmusicdownload.info

Health Care Definition
http://healthcaredefinition.com

Laptop Skin Sticker
http://laptopskinsticker.com

Sun Oct 22, 2017 2:11 am (PDT) . Posted by:


Fri Nov 30, 2012 9:22 pm
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Salam Sejahtera semua.

Mulai 28 November 2012, ahli group Automobil tidak boleh "HIDE ID".
In disebabkan polisi baru Yahoo Groups yang tidak membenarkan menukar alamat email asal seperti sebelum ini.

Jadi kepada sesiapa yang ingin "HIDE ID" sila email dan minta pada kawan-kawan anda untuk melakukan posting sekaligus merahsiakan alamat email syarikat tempat anda bekerja.

Group Automobil juga telah memberikan akses penuh kepada kebanyakan ahli yang aktif terus post email ke group tanpa tapisan moderator tetapi masih di pantau.

Sekian,
Terima Kasih.
Iwan

Sun Oct 22, 2017 7:56 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



DAP SEMAKIN KETERLALUAN MENGHINA ISLAM
bloglist-malaysia.blogspot
wabillahagro.blogspot
Dicatat oleh Abd Wahab Abdullah
KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
17 Oktober 2017 | 26 Muharam 1439

1. DAP menyerlahkan sikap kurang ajar, angkuh, biadab dan celupar apabila terus menyindir serta memperlekehkan Islam dengan ungkapan yang mengejek dan menghina. Malah sangat keterlaluan apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengungkapkan bantahan ke atas pesta arak dengan label 'pelampau' Taliban.

2. Bahkan, Ketua Menteri Pulau Pinang itu sewajarnya memilih untuk berdiam diri sahaja berhubung penganjuran Oktoberfest di negeri itu. Tetapi Guan Eng melontarkan ulasan sinikal yang bukan sahaja menzahirkan kesombongannya, tetapi bagaikan mencabar Islam dengan bidasan dan perkataan digunakan.

3. Besar kepala yang ditunjukkan DAP itu semakin ketara apabila seorang lagi pemimpinnya, Hew Kuan Yau memaki Islam dengan carutan "Sohai". Keberanian DAP berperangai jelek demikian membuktikan parti itu langsung tidak mengenal hormat dan sensitiviti serta sempadan yang tidak sewajarnya disentuh.

4. Sikap anti Islam tersebut bukan baharu walaupun sering dinafi atau dilakonkan watak mesra Islam, kerana sebaliknya pemimpin DAP spontan telah campur tangan dalam banyak hal berkaitan. Kami percaya, dari semua yang pernah dizahirkan parti itu, mereka akan terus mempermain dan merendah-rendahkan Islam.

5. Kedekatan yang cuba ditunjuk DAP kononnya bersama Islam, hanyalah bermotif dan beragenda serta memperkakas dan memperalas untuk tujuan politik semata-mata. Walhal, DAP berterusan menginjak maruah Islam, ajaran dan umatnya bukan lagi secara tertutup atau berselindung disebalik pihak tertentu, malah juga terang-terangan.

6. Provokatif dan penghinaan seperti ini sangat merbahaya kepada keharmonian negara yang berpotensi menggugat ketenteraman awam dan menimbulkan pelbagai rasa kurang senang. Sehubungan itu kami menggesa siasatan dijalankan ke atas kedua-dua individu ini, seterusnya DAP perlu mengemukakan permohonan maaf rasmi.

7. Kami juga berharap pihak Pendaftar Pertubuhan (RoS) dapat meneliti semula kedudukan DAP memandangkan parti itu mengesampingkan beberapa teras utama dari Perlembagaan Negara. Malah, terbukti DAP telah banyak kali menyuarakan hasrat dan cita-citanya atas Malaysia yang bersifat menyangkal asas Perlembagaan.

Sejahtera Bersama Islam
Mara Menuju Cita

YB USTAZ HISHAMUDDIN ABDUL KARIM
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Adakah Guan Eng cuba cari pasal dengan orang Islam?
bloglist-malaysia.blogspot
malaysia-today.net
By MT Webmaster

(Sarawakiana) – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya mempersoal tindakan Lim Guan Eng menyamakan Malaysia dengan Taliban dalam isu pesta arak yang diadakan di Pulau Pinang.

Katanya kenyataan tersebut adalah cubaan Guan Eng dalam menimbulkan kebencian terhadap Islam.

Tambahnya lagi, Ketua Menteri Pulau Pinang itu perlu sedar larangan pesta arak secara terbuka bukan dibenci Islam sahaja, malah agama lain turut bersetuju dengan perlakuan seperti itu.

"Apakah menghalang pesta arak bermakna Malaysia seperti Taliban? Kenapa Guan Eng cuba bandingkan dan kaitkan dengan Taliban? apa maksud beliau? cuba mengugut atau menakutkan rakyat dan cuba menimbulkan kebencian kepada orang Islam di Malaysia atau samakan pemimpin negara yang menghalang pesta arak ini sebagai Taliban?

"Beliau perlu jelaskan kepada rakyat atau sememangnya beliau berniat untuk mencari pasal dengan orang Islam dan cuba mencari helah bagi mengalihkan fokus rakyat yang sedang melihat kepincangan dan krisis identiti serta konflik yang amat teruk melanda DAP dan PH.

"Terlalu kemaruk sangatkah jiwa Guan Eng untuk menzahirkan kepada dunia bahawa Malaysia negara sekular dan bukan sebuah negara Islam?" Soalnya kepada BNBBC.my portal pada Selasa.

Acara Oktoberfest ke-45 yang dianjurkan Persatuan Jerman Malaysia di Pulau Pinang kelmarin berlangsung tanpa sebarang halangan.

Guan Eng dengan bongkak berkata hal itu menunjukkan Pulau Pinang "bukan negara Taliban".

"Pelampau ini mungkin berjaya mengharamkan Oktoberfest di Selangor dan Kuala Lumpur, tetapi mereka tidak akan berjaya di Pulau Pinang.

"Pulau Pinang tidak berminat melarangnya, atau mengganggu kebebasan rakyat Malaysia. Kami bukan negara Taliban," kata Guan Eng.

Mengimbas kembali prinsip Guan Eng yang sering menyebut Amar Ma'ruf Nahi Mungkar pada suatu ketika dahulu, kini ia langsung tidak bertepatan dengan apa yang dilaungkan sebelum ini.

Ia sekaligus menunjukkan yang Guan Eng tidak layak menjadi pemimpin kerana tidak menghormati budaya bangsa lain.

"Sewaktu Guan Eng di buai dengan jolokan Khalifah Umar Abdul Aziz (jolokan yang di anugerah oleh Mat Sabu), beliau acapkali melaungkan slogan amar makruf nahi mungkar sebagai prinsip dalam setiap ucapan beliau yang mendokong kerajaan CAT nya.. tapi semuanya itu terbukti sebagai cakap burung kakak tua sahaja.. sebut apa orang suruh tapi tak faham satu apa pun dan lakonan beliau semata-mata.

"Guan Eng tidak selayaknya jadi pemimpin di sebuah negeri berbilang bangsa dan agama kerana tidak dapat menjiwai kontrak sosial dan menyelami roh kehidupan di Malaysia yang hidup secara berbilang bangsa agama dan budaya.

"Umum mengetahui rakyat secara majoriti tidak bersetuju dan membantah jika arak diminum di jalanan secara pesta terbuka. Kenapa Guan Eng masih tidak faham mesej daripada majoriti rakyat?", soal Shabudin lagi.

Acara yang sama sebelum ini diharamkan di Selangor apabila polis menegaskan risiko keselamatan, sementara parti pembangkang seperti PAS dan Pemuda PPBM membuat petisyen kepada kerajaan negeri untuk meneruskan larangan tersebut.

Bantahan keras kemudiannya dilakukan Pengerusi Gabungan-Gabungan NGO, Datuk Seri Jamal Md Yunos dengan memecahkan puluhan botol arak di hadapan pejabat kerajaan negeri di Shah Alam.

Dadah Flakka Kini Dibungkus Berbentuk Gula-Gula Jeli
siakapkeli.my

Sekali pandang seperti gula-gula jeli atau gummy, tetapi ia adalah dadah jenis baru yang dibuat menyerupai gula-gula bagi mengelakkan dari dikesan.

Polis Miami Dade, berkata dadah ini dihasilkan untuk kelihatan seperti gula-gula kanak-kanak.

"Bahan kimia yang berbahaya itu ada di dalam bentuk gula-gula dan kita semua perlu berhati-hati mengenainya," kata Pakar Jenayah Stephen Snipes.

Dalam satu serbuan pihak narkotik menemui beberapa bungkusan lutsinar kedap udara yang mengandungi bahan berukuran 1 inci yang menyerupai gula-gula. Namun selepas disiasat, bahan itu adalah dadah sintetik menyerupai dadah flakka.

Dadah jenis ini boleh ditelan, dihisap, dan disuntik dalam badan yang menyebabkan berhalusinasi dan mengalami gangguan mental.

"Terdapat banyak masalah perubatan kesan dari pengambilan dadah berbahaya ini," tambah Stephen.

Dadah itu kelihatan sama seperti gula-gula jeli bersalut dengan gula membuatkan orang ramai tidak sedar dengan perbezaannya dengan gula-gula jeli yang sebenar, tambah dektektif narkotik.

Berdasarkan sumber, ini merupakan kes pertama yang dikesan berlaku di daerah itu. Tetapi Flakka telah menjadi masalah yang semakin meningkat di Selatan Florida.

Dadah yang merbahaya ini menyasarkan golongan kanak-kanak di daerah ini.

Dadah yang menyerupai gula-gula jeli itu sukar dikenal pasti, namun ibu bapa dinasihatkan memantau anak masing-masing dan sekiranya terdapat sebarang perubahan yang pelik berlaku pada mereka, segera dapatkan bantuan dari pihak hospital.

Sumber- Fairodz Nervana

Artis pun tumpang sekaki kutuk gelagat Jamal Jamban
bloglist-malaysia.blogspot
milosuam.net
TENTU anda rasa meluat atau menyampah dengan gelagat Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos atau lebih dikenali dengan gelaran "Jamal Jamban", yang sering tampil dengan gimik-gimik bodoh untuk mempopularkan diri.

Sebenarnya anda tidak keseorangan, ramai lagi orang yang menyampah dengan gelagat beliau dan pengikut-pengikutnya. Tidak ketinggalan artis-artis pun turut sama tumpang sekaki mengutuk.

Antara yang menarik perhatian, pelakon terkenal Sharifah Amani yang dilihat melepaskan rasa geramnya kepada Jamal Jamban melalui akaun Twitter baru-baru ini.

"Tak habis-habis nak tunjuk gangster. Buat semak je weih. Continue if you must. We are watching and #WeTheRakyat will be voting," tulisnya di dalam mengulas rakaman video Jamal sedang memecahkan botol-botol arak depan SUK Selangor tempoh hari.

Pelawak terkenal yang memenangi anugerah manusia paling lucu di muka bumi, Harith Iskander turut tidak ketinggalan memerli gelagat Jamal Jamban itu.

"On the flip side, beer company just sold, an additional 20 crates," (dari sudut lain, syarikat arak baru saja jual (arak) tambahan lagi 20 kotak) tulisnya di platform media sosial yang sama.

Apa yang dimaksudkan oleh Harith, walaupun Jamal konon membantah pesta arak, tapi dia beli berbotol-botol arak untuk dipecahkan sekaligus memberi untung kepada syarikat itu.

Justeru dalam kiriman beliau selanjutnya di Twitter, Sharifah Amani menyeru rakyat untuk mendaftar dan mengambil bahagian di dalam pilihanraya untuk mengubah segala perkara "mengarut" yang berlaku dalam negara setiap hari.

*** Kita tunggu lepas ni adakah macai-macai Jamal Jamban akan bertindak menyerang artis-artis ini? ***

Read more: http://www.milosuam.net/2017/10/artis-pun-tumpang-sekaki-kutuk-gelagat.html#ixzz4v0lOuVqB

Jamal Yunos Dan 7 Pengikutnya Ditahan Polis
siakapkeli.my

Gara-gara melakukan gimik memecahkan botol arak di hadapan pejabat pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam semalam, Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos ditahan bersama tujuh lelaki lain, awal pagi ini, lapor Harian Metro.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata Jamal dan pengikutnya telah ditahan pada 1.45 pagi dan reman akan dipohon pagi ini di mahkamah Shah Alam, hari ini.

Beliau berkata, tangkapan itu dilakukan selepas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menerima laporan pengawal keselamatan SUK, petang semalam.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan (KK) iaitu menyertai perhimpunan haram dan dibaca bersama Seksyen 268 KK kerana menyebabkan kemudaratan awam disebabkan tingkah laku peserta perhimpunan," katanya.

Jamal dilaporkan telah memecahkan botol minuman-minuman keras itu sebagai bantahan penganjuran 'The Better Beer Festival 2017' kira-kira jam 10.15 pagi semalam bersama sekumpulan lelaki membawa 10 kotak berisi botol arak yang mahu diserahkan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai tanda bantahan terhadap pesta berkenaan.

Dia bagaimanapun telah dihalang memasuki presmis berkenaan, ketika mengadakan sidang media Jamal telah bertindak memecahkan botol berkenaan dengan menggunakan tukul di hadapan pintu pagar utama bangunan SUK. - Siakapkeli.my

Jamal Jamban bawa arak dan pecahkan depan pagar SUK Selangor
bloglist-malaysia.blogspot.
milosuam.net
JAMAL Jamban buat hal lagi, kali ini dia dengan geng-geng kepala tingtongnya, datang di depan pintu masuk bangunan pentadbiran kerajaan negeri Selangor (SUK) dengan membawa beberapa kotak arak sebelum memecahkannya menggunakan tukul besi.

SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO

Botol-botol arak yang telah dipecahkan bersepah-sepah di depan pintu pagar berkenaan, air kencing syaitan itu berhamburan di sana sini yang pastinya mengeluarkan bau yang tidak enak.

Kata Jamal, "kita tak suka minuman ini digalakan. Kalau nak minum biar Azmin Ali and the gang, exco-exco mabuk dalam pejabat, jangan biarkan rakyat Negeri Selangor ni mabuk, berpesta arak,"

"Ini yang kita tak nak, kami tak suka ni," kata Jamal sebelum menghayunkan tukul besi ke arah beberapa kotak arak yang disusun di pintu pagar tersebut, sekaligus memecahkannya."

Pihak media yang berada di tempat kejadian turut menyaksikan dan merakam tindakan Jamal itu. Jamal kemudiannya terus berlalu pergi bersama rakan-rakannya.

Pengawal keselamatan yang bertugas pula hanya menyaksikan gelagat Jamal dari kejauhan, di sebalik pintu pagar yang dipercayai berkunci.

Di bawah ini rakaman video kejadian tersebut.

Nampaknya Jamal Jamban sedang berhempas pulas untuk menaikkan kembali popularitinya, dengan isu-isu dan gimik bodoh, selepas namanya kian tenggelam akibat peningkatan mendadak nama saudara Yusuf Azmi (PPIM) yang kini sedang hangat jadi bualan orang ramai di media sosial.

Read more: http://www.milosuam.net/2017/10/jamal-jamban-bawa-arak-dan-pecahkan.html#ixzz4ujJzddkG

Oktoberfest sudah dianjur setiap tahun di Johor kata Khaled Nordin
bloglist-malaysia.blogspot
milosuam.net

MENTERI Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin dilaporkan memberitahu bahawa, acara membabitkan minuman keras "Oktoberfest" telah dianjurkan pada setiap tahun di negeri itu.

Justeru Kerajaan Johor menyarankan agar isu penganjuran pesta makanan dan minuman Jerman (Oktoberfest) itu khususnya di negeri tersebut tidak diperbesar-besarkan.

"Benda ini sudah lama dibuat dan tidak diwar-warkan atau dihebahkan. Program itu buat di lokasi tertutup sahaja dan bukan seperti di sesetengah negeri yang buat dengan menjemput orang ramai secara terbuka."

"Jadi kita tidak perlu membesar-besarkan perkara itu," kata Khaled seperti yang dipetik oleh Sinar Harian.

Dalam kata lain, jika ada pihak mahu menganjurkan program berkaitan arak seperti itu, bolehlah datang ke negeri Johor kerana menteri besar sendiri kata Oktoberfest sudah berulang kali dianjurkan di negeri itu setiap tahun.

Malah menteri besar Johor sendiri menyeru orang ramai agar tidak memperbesar-besarkan isu program arak tersebut.

Penganjur "Oktoberfest" sebelum ini mendapat tentangan dan bantahan hebat kerana mahu mengadakan program berunsurkan arak itu di Kuala Lumpur.

Sumber — Sinar Harian

Read more: http://www.milosuam.net/2017/10/oktoberfest-sudah-dianjur-setiap-tahun.html#ixzz4uM3wcUpX

Danial Raja Lawak Dedah Ibunya Pernah Jadi Mangsa Penipuan Salah Seorang Suspek Rumah Murah
siakapkeli.my

Bekas juara program Lawak Solo, Danial, mengakui ibunya pernah menjadi mangsa penipuan yang dibuat oleh salah seorang suspek yang ditahan reman berhubung skim penipuan pembinaan rumah.

Menurut Danial, kejadian yang berlaku sekitar 2014 itu telah memperdaya orang ramai dimana suspek menggunakan modus operandi yang berbeza dengan mendakwa dia menjalankan syarikat pelaburan forex yang mampu mengaut keuntungan dalam masa yang singkat.

Ibu kepada Danial telah ditipu sebanyak RM34,500 akibat terpedaya dengan kata-kata suspek yang akhirnya menghilangkan diri.

"Apabila mendapat tahu dia ditahan reman kerana penipuan rumah kos rendah saya terkejut dia adalah orang sama menipu ibu saya dahulu.

"Rupa-rupanya dia masih tidak berubah dan ini adalah balasan dia dapat atas perbuatannya!

"Saya harap dia dikenakan tindakan sewajarnya dan dia insaf kerana sudah terlalu banyak dia menipu orang," katanya.

Menjelaskan kejadian itu, Danial berkata ibunya bersetuju membuat pelaburan itu juga kerana percaya dengan rakan baiknya yang menjadi orang tengah ketika itu.

Jelasnya, rakannya memberi jaminan pelaburan yang disertai mereka itu selamat tanpa menyedari bahawa dia juga menjadi mangsa penipuan suspek.

"Bukan ibu saya sahaja mangsa tetapi ada lebih 20 orang dengan nilai kerugian jutaan ringgit kesemuanya!

"Ketika itu kami tidak buat laporan polis kerana masih ingin memberinya peluang membayar kembali tetapi selepas empat tahun satu sen pun tidak dibayar," ujarnya.

Menurut Danial, dia pernah memohon kepada suspek untuk memulangkan kembali wang ibunya namun usahanya tidak membuahkan hasil apabila suspek bijak mencipta alasan dan janji kosong sehinggalah dia menghilangkan diri sebelum namanya kembali naik kerana kes penipuan penjualan rumah baru-baru ini.

"Rupa-rupanya dia pun ditipu oleh suspek dan sejak itu saya sudah cuba pelbagai usaha untuk dapatkan kembali wang berkenaan namun gagal sampai ibu saya sakit.

"Lama saya tengok dia hilangkan diri sebelum tiba-tiba buka syarikat baru dan menipu pula orang lain menggunakan modus operandi lain," katanya.

Sementara itu, jelas Danial, dia mendedahkan perkara itu kerana tidak mahu melihat lebih banyak mangsa terperdaya dengan apa juga skim seperti pelaburan atau pun perumahan mampu milik.

"Saya dedahkan perkara ini bukan untuk keruhkan keadaan tetapi berharap ia jadi pengajaran agar orang diluar sana tidak tertipu dengan skim mengarut ini.

"Sudah banyak yang terkena terutamanya orang Melayu kita dan masih banyak syarikat-syarikat yang membuat penipuan seperti ini dan mereka sangat licik.

"Diharap pengangkapan suspek-suspek itu membuka mata kita semua agar lebih berhati-hati," akhirnya.

Sumber- mStar Online

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Oct 22, 2017 7:57 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Makan Brokoli Dan Yogurt Boleh Rawat Masalah Pedih Ulu Hati Dan Gastik
siakapkeli.my

Semua orang mesti pernah dengar mengenai penyakit gastrik kan? Mereka yang menghidapi penyakit ini pasti memahami betapa siksanya menanggung kesakitan tersebut. Tapi tahukah anda, terdapat kaedah yang mudah dan murah dalam merawat penyakit gastrik?

Sebuah page, The Diagnosa telah berkongsi kaedah merawat gastrik dengan hanya menggunakan brokoli dan yogurt sahaja. Kami bawakan perkongsian tersebut untuk anda dibawah.

BROCCOLI DAN YOGURT: BOLEH MERAWAT MASALAH GASTRIK

Gastrik ataupun gastritis merupakan salah satu penyakit yang selalu dialami oleh masyarakat. Pesakit akan mengadu pedih pada ulu hati, selalu sendawa dan kurang selera makan.

Majoriti daripada kes gastrik adalah disebabkan jangkitan bakteria H. pylori. Bakteria H. pylori mampu menguraikan lapisan pertahanan perut yang menyebabkan asid yang dirembeskan menghakis dinding perut.

Disebabkan perkara itu, pesakit akan mengadu simptom pedih hati. Bahkan, bakteria ini mempunyai kaitan yang dan dikatakan salah satu punca kanser perut dikalangan manusia.

Sudah pasti ramai pesakit akan berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya. Jika simptom selalu berlaku, kamera akan dimasukkan ke dalam bahagian perut untuk melihat keadaan dinding perut berserta punca berlakunya masalah gastrik tersebut. Sedikit sampel daripada perut akan di ambil untuk mengesan kehadiran bakteria H. pylori.

Apakah permakanan yang sesuai untuk membunuh bakteria H. pylori?

Ramai yang tidak tahu terdapat dua makanan yang mampu membantu dalam rawatan H. pylori jesteru dalam menyelesaikan masalah gastrik. Ia adalah :

1) Broccoli

Broccoli adalah salah satu makanan yang senang di dapati di Malaysia. Sayur ini mengandungi serat dan vitamin yang tinggi. Malah ia mempunyai satu kompaun yang mampu membantu pesakit gastrik yang disebabkan jangkitan H. pylori.

Kompaun tersebut adalah Glucoraphanin. Ia merupakan salah satu kompaun yang tinggi di dalam broccoli. Apabila memasuki badan, kompaun ini akan ditukarkan kepada kompaun sulforaphane yang merupakan kompaun aktif dan mampu membunuh bakteria H. pylori.

Sebelum ini kompaun sulforane telah terbukti di dalam makmal di mana ia mampu membunuh kuman H. pylori.

Pada tahun 2009, satu uji kaji pada manusia telah dibuat. Dimana kumpulan manusia yang mempunyai jangkitan H. pylori mempunyai kadar penuruan bakteria tersebut apabila mengambil broccoli secara kerap. Ini menunjukkan bahawa broccoli merupakan salah satu makanan yang mampu merawat penyakit gastrik.

2) Yogurt

Kajian yang diterbitkan di dalam 'American Journal of Clinical Nutrition' telah menemukan bahawa yogurt yang mengandungi tinggi probiotik mampu memberi kesan kepada H. pylori ketika dalam proses rawatan.

Ia disebabkan yogurt mengandungi banyak bakteria baik yang membuatkan badan lebih senang menghapuskan bakteria H. pylori di dalam perut.

Oleh itu, jika anda selalu menghadapi masalah pedih ulu hati dan kerap mengambil ubat untuk masalah tersebut, mungkin melebihkan sedikit pengambilan Broccoli dan yogurt mampu membantu masalah perut anda.

Sumber: Cancer Prevention Research

Nasihat tambahan untuk mereka yang mengalami masalah gastrik

- Kurangkan atau berhenti merokok kerana ia akan meningkatkan penghasilan asid di dalam perut.

- Kurangkan minum kopi.

- Pengambilan makanan yang kerap. Tetapi kuantiti makanan perlu dikurangkan. Ini dapat memberi perlindungan kepada dinding perut supaya ia tidak terhakis dengan asid dalam perut.

- Kurang stress. Ini kerana ia juga boleh meningkatkan penghasilan asid dalam perut.

- Kurangkan ataupun berhenti mengambil alkohol. sumber : American Journal of Clinical Nutrition

Sumber : The Diagnosa,

KKM Haramkan Serta Merta Penjualan 7 Produk Kosmetik Ada Dipasaran
siakapkeli.my

Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini dalam satu kenyataan media di laman web rasmi mereka telah mengharaman dan membatalkan pengedaran serta-merta 7 produk kosmetik berikutan dikesan mengandungi racun hidrokuinon, tretinoin dan merkuri.

Ketujuh-tujuh produk itu adalah :

1. D'Solve Plus, Nuriz Kosmetik (mengandungi hidrokuinon dan tretinoin)

2. Krim pemutih 3 dalam 1, Nuriz Kosmetik

3. Penyegar wajah Cantiqa, Pusratu Global Academy (hidrokuinon)

4. Penyegar wajah Rzac Platinum, R-ZAC Sdn Bhd (hidrokuinon).

5. Magic Cream, Malia Mellia (merkuri)

6. Krim siang Dnars, Onew Cosmetics (merkuri)

7. Krim malam Dollys Pinky, Legacy Jaya Enterprise (merkuri).

Menurut Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang juga Ketua Pengarah Kesihatan berkata, mereka yang menjual dan mengedar produk komestik yang disenaraikan itu diberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedaran produk serta-merta.

Ujarnya, mereka juga diingatkan bahawa penjualan dan pengedaran produk kosmetik melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

"Mereka yang melakukan kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, boleh didenda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama.

"Denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

"Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau lagi, orang ramai yang telah menggunakan produk tersebut dinasihatkan untuk menghentikan penggunaannya selain mendapatkan nasihat pakar kesihatan jika mengalami ketidakselesaan atau kesan buruk.

Manakala orang ramai boleh mengajukan pertanyaan melibatkan produk kosmetik kepada kosmetik@npra.gov.my atau menghubungi talian 03-78835400.

"Pengguna dan orang ramai dinasihatkan menyemak status sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA http://npra.moh.gov.my/," katanya.

BACA: Kementerian Kesihatan Dedahkan 162 Produk Kesihatan Yang Mengandungi Bahan Terlarang

BACA: Kementerian Kesihatan Dedah Lagi 8 Produk Kecantikan Dikesan Mengandungi Racun Berjadual Yang Tidak Dibenarkan

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Ucapan Tahniah JDT Terpampang Di Papan Iklan Stadium Stamford Bridge Ketika Siaran Langsung Chelsea Vs Nottingham Forest
siakapkeli.my

Peminat bola sepak tanah air sudah pasti tahu bahawa Johor Darul Ta'zim (JDT) sudah bergelar Juara Liga Super 2017 sejak 5 Ogos yang lalu sekalipun tewas kepada pasukan Selangor pada malam tersebut.

Kejayaan tersebut memang menjadi kebanggaan warga Johor khususnya kerana berjaya merangkul gelaran juara liga buat kali keempat berturut-turut. Tahun lepas, JDT sudah pun mencipta rekod apabila menjadi pasukan pertama yang melakar hatrik dalam memenangi gelaran juara liga.

Namun, kali ini JDT sekali lagi membanggakan bukan sahaja peminat bola sepak di Johor, tetapi turut membanggakan Malaysia apabila ucapan tahniah atas kejayaan tersebut terpapar di iklan semasa perlawanan siaran langsung antara Chelsea menentang Nottingham Forest.

Ucapan yang bebunyi "Congratulations to Johor Darul Ta'zim FC From Carabao" itu datang dari Carabao selaku penaja Piala Carabao yang sebelum ini dikenali sebagai Piala EFL.

Tahniah JDT.

Manakala ini video asal semasa live yang tidak disunting,

Sumber : The Sukan

Apa Itu MEPS & Adakah Ia Selamat, Mudah & Cepat Untuk Digunakan? Tonton Video-Video Penjelasan Berikut
siakapkeli.my

Seringkali apabila kita mahu mengeluarkan wang di mesin ATM, kita akan terlihat satu logo yang tertera perkataan MEPS. Sama macam gambar di bawah ni:

Tapi apa sebenarnya MEPS dan bagaimana ia berfungsi setiap kali anda menggunakan ATM?

Memetik laman web mepsatm.com.my:

"Rangkaian ATM MEPS menyediakan perkhidmatan perbankan layan diri yang menggabungkan kemudahan dan keselamatan untuk pengguna. Untuk memenuhi keperluan dan kehendak setiap pengguna, beberapa ciri kemudahan seperti pengeluaran tunai dan perkhidmatan pertanyaan baki telah disediakan pada ATM MEPS. Di samping itu, terdapat juga pelbagai perkhidmatan perbankan asas yang boleh diakses melalui ATM MEPS."

Selain di ATM, perkhidmatan MEPS juga boleh didapati ketika anda melakukan transaksi menggunakan komputer atau telefon pintar.

Dalam masa yang sama, MEPS turut mengeluarkan beberapa video yang bertujuan untuk menjelaskan kepada orang ramai tentang perkhidmatannya. Tonton siri video penjelasan itu dibawah.

Adakah MEPS Mudah?

MEPS ni selamat ke?

Gagal Ujian Pertama, Nenek Berusia 73 Tahun Akhirnya Berjaya Miliki Lesen Memandu Hari Ini
siakapkeli.my

Dimana ada kemahuan disitu ada jalan.

Seorang nenek berusia 73 tahun di Kuala Nerus akhirnya berjaya memiliki lesen memandu apabila lulus ujian memandu kelolaan JPJ hari ini.

Nenek itu melakukan ujian memandu pada 4 Oktober lepas namun gagal. Bagaimanapun, kegagalan itu tidak mematahkan semangat Fatimah Hassan untuk mencuba lagi hari ini - hasilnya, dia berjaya.

"Syukur kepada Allah SWT dan saya berasa sangat gembira, tidak tahu macam mana hendak mengambarkan kegembiraan ini dan seolah-olah satu beban berat yang saya pikul sebelum ini hilang dengan tiba-tiba apabila pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Raya memberitahu saya lulus ujian.

"Anak nombor lima saya sanggup mengambil cuti kerja untuk menemani... memberi semangat kepada saya", katanya kepada Bernama.

Menurutnya anak-anak yang lain turut menelefon dan memberi kata-kata perangsang agar tidak putus asa dan membuat yang terbaik semasa ujian.

Sumber: Sinar ONline

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Oct 22, 2017 7:57 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Bekalan ubat habis, pesakit miskin diarah beli ubat di klinik swasta,
bloglist-malaysia.blogspot
milosuam.net
MENANTI nombor giliran bagi mengambil ubat di kaunter farmasi, kemudian dimaklumkan bekalan ubat habis dan diarahkan membeli sendiri ubat berkenaan di klinik swasta itu laporan Utusan Borneo bertarikh 4 Oktober 2017.

Penduduk kampung dilaporkan terpaksa berulang-alik dari kampung ke pekan hanya untuk mendapatkan bekalan ubat. Namun apabila tiba di hospital, mereka diminta ke klinik swasta untuk membeli ubat yang diperlukan.

Jaimin, 69 salah seorang penduduk yang menjadi mangsa mendakwa pesakit terpaksa berulang-alik ke hospital pada setiap dua minggu untuk mendapatkan ubat. Jika dulu hospital membekalkan ubat untuk satu bulan.

"Ia memang tidak munasabah kerana bagaimana hospital besar boleh mengalami kehabisan bekalan ubat. Jika dahulu, pesakit dibekalkan ubat untuk sebulan tetapi kini, kami diminta untuk datang pada setiap dua minggu."

"Jika pesakit tidak berpendapatan tetap bagaimana kami mahu berulang-alik setiap dua minggu dan kemudian perlu mengeluarkan perbelanjaan sendiri bagi membeli ubat di farmasi.

Jaimin berkata, beliau berdepan dengan situasi ketiadaan bekalan ubat untuk pesakit darah tinggi di Hospital Kota Belud pada minggu lalu.

Malah itu bukan kali pertama pesakit diarahkan membeli sendiri ubat di klinik swasta.

Jika pesakit mempunyai wang sudah pasti mereka akan beralih kepada khidmat perubatan swasta namun, situasi sekarang, kebanyakan pesakit tidak berkemampun sebab itulah mereka mendapatkan khidmat di hospital kerajaan, katanya.

*** Dulu rakyat tak perlu bayar cukai GST ubat tak pernah kurang, sejak kena bayar cukai GST kerajaan bukan semakin banyak duit, tapi semakin tak cukup duit ***

Read more: http://www.milosuam.net/2017/10/bekalan-ubat-habis-pesakit-miskin.html#ixzz4v6h1TZXA

Li Chunrong Dilantik Sebagai CEO Proton Yang Baru
siakapkeli.my

Foto - Paul Tan

Anak syarikat milik penuh Geely International (Hong Kong) Ltd iaitu Zhejiang Geely Holding Group akan memegang saham masing-masing dalam Proton Holdings Bhd dan Lotus Advance Technologies Sdn Bhd (Lotus) menurut DRB Hicom Bhd.

Hal ini dapat dibuktikan melalui laporan daripada sumber Kini TV, Li Chunrong dari Geely telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PONSB).

Pengumuman pelantikan itu dibuat oleh Pengarah Urusan kumpulan DRB-Hicom, Datuk Seri Syed Faisal Albar dalam siding akhbar di Glenmarie, Selangor hari ini.

Beliau yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PONSB) dulu pernah memegang jawatan timbalan pengurus besar Dongfeng Honda Engine Co, sebelum menyertai Geely pada 22 Ogos.

Selain itu, berdasarkan kenyataan Bursa Malaysia hari ini, DRB Hicom turut memperkatakan tentang kepentingan ekuitinya dalam Proton kini dikurangkan kepada 50.1% dan 49.9% kepentingan ekuiti dalam Proton kini dipegang oleh Geely International (Hong Kong) Ltd.

Melalui pengurangan ekuiti tersebut, Lotus sebagai syarikat milik penuh DRB Hicom tidak lagi menjadi syarikat yang berkesan.

Walaubagaimanapun, DRB Hicom bersama-sama dengan Geely dan Etika Automotive Sdn Bhd, tidak bersetuju untuk memindahkan saham utama Lotus Cars untuk Geely dan Etika masing-masing pada tarikh penyelesaian, sementara menunggu perbincangan lanjut antara kedua-dua pihak.

DRB Hicom telah menjual pegangan 49.9% dalam Proton kepada Geely, dalam usaha untuk mempertingkatkan jualan Proton dan keuntungan.

Foto : Paul Tan

Perjanjian yang dimaterai oleh kedua-dua pihak berkaitan penjualan pegangan itu ditandatangani dalam satu perjanjian yang dibuat pada bulan Julai. Dalam perjanjian tersebut, DRB Hicom turut memberitahu bahwa Proton akan menjual 51% kepentingan dalam syarikat pembuat kereta British Lotus kepada Geely.

Pemberhentian bagi semua waran berstruktur terhadap DRB Hicom juga dilakukan, kata DRB Hicom dalam bursa yang difailkan hari ini.

DRB Hicom turut memaklumkan bahawa dagangan saham syarikatnya telah digantung pada 10:32 sehingga 11:32 hari ini.

Sekitar jam 11.10 pagi, saham DRB-Hicom naik satu sen atau 0.62% kepada RM1.61 dengan 180.900 saham diniagakan, untuk permodalan pasaran sebanyak RM3.09 bilion.

Sumber : Kini Tv, The Edge Markets

Atlet Negara Kongsi Kesedihan Mengenai Penganjuran F1 Terakhir Oleh Malaysia 1 Oktober Ini
siakapkeli.my

Ternyata berita penganjuran terakhir Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) telah meninggalkan kesan besar kepada peminat tempatan malah turut mempengaruhi barisan atlet ternama negara.

Atlet-atlet negara ini turut berkongsi kesedihan apabila 1 Oktober ini akan menjadi perlumbaan terakhir F1 di SIC.

Namun atlet-atlet ini memahami faktor-faktor yang menyebabkan penganjuran sukan berprestij di negara ini dihentikan.

Azizulhasni Awang yang juga Juara Dunia acara Keirin berkata, penganjuran F1 selama 19 tahun adalah satu kejayaan dan pencapaian yang membanggakan negara.

"Saya percaya ia sudah meninggalkan banyak memori kepada rakyat Malaysia terutamanya peminat sukan permotoran di negara ini," katanya.

Bagi atlet paralimpik negara, Abdul Latif Romly, dia berharap Malaysia akan kembali menganjurkan sukan permotoran tersebut pada masa depan.

"Sebab jenama F1 sudah meletakkan Malaysia di petak dunia sukan permotoran," katanya.

Pendapat tersebut senada dengan atlet terjun negara, Leong Mun Yee yang meyatakan F1 sudah membawa jenama Malaysia ke seluruh pelusuk dunia.

"Memang agak sedih kerana selepas 19 tahun, ini adalah penganjuran kali terakhir. Harap setiap pemandu dapat memberikan yang terbaik sebagai kenangan paling indah kepada peminat di Malaysia," katanya.

Manakala bagi Nauraj Singh, atlet lompat tinggi yang beraksi di Olimpik Rio tahun lalu berkata, dia sering menyaksikan perlumbaan tersebut ketika masih kanak-kanak.

"Perkara paling menarik adalah ketika upacara penyampaian hadiah.

"Mengenali perlumbaan ini sejak era Michael Schumacher sebagai pemandu paling hebat di abad ini akan kekal dalam ingatan saya," katanya.

Sumber : BH Online

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Tuesday, September 12, 2017 11:05 PM
Subject: Fw: CEO Proton Bertukar Kepada Warga China

Menurut Laporan, Akhirnya Jawatan CEO Proton Bertukar Tangan Kepada Warga China
siakapkeli.my

Jawatan ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat kereta nasional, proton telah bertukar tangan warga China selepas DRB-Hicom menjual 49.9 peratus sahamnya kepada Zhejing Geely Holding pada Mei lalu.

Bekas Timbalan Pengurus Besar Dongfeng Honda Engine Co, Li Chunrong yang baru menyertai Geely 22 Ogos lalu, telah diberi kepercayaan memegang jawatan tersebut.

Chunrong, 53, mempunyai pengalaman luas dalam sektor automotif, tetapi beliau didakwa masih kurang arif untuk menguruskan operasi pemasaran kereta terutama di peringkat global.

Ini merupakan cabaran berat untuk menerajui syarikat kereta nasional kerana masih dianggap orang baharu Geely.

Jawatan CEO Proton baharu itu sudah hampir pasti milik Chunrong dan Geely sudah ternanti-nanti kemunculan beliau bagi mengubah nasib Proton kembali menjadi syarikat menguntungkan dalam laporan China Press.

Pemilihan Chunrong juga adalah sebahagian strategi utama Pengerusi Geely, Li Shufu yang kerap menekankan untuk memulihkan Proton secepat mungkin.

Sumber-Sinar Harian

MRT dimanjakan kerajaan, pengguna KTM Komuter dibiar sengsara
bloglist-malaysia.blogspot.
wrlr.blogspot
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR

Pada 8 Oktober 2017
oleh Fatih Hassan Nordin | Foto Ahmad Yusufi

KUALA LUMPUR, 8 OKT: Dengan kepadatan penduduk yang tinggi, Lembah Klang memerlukan sistem jaringan pengangkutan awam yang efektif bagi menjamin kepuasan pengguna yang memilih untuk menggunakan perkhidmatan itu.
Jika salah satu daripada beberapa penyedia perkhidmatan berkenaan menunjukkan prestasi yang kurang memberangsangkan, ia akan turut menjejaskan keseluruhan sistem jaringan tersebut.
Ini yang sekurang-kurangnya dirasai pengguna Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter apabila mendakwa pengendali pengangkutan awam paling lama itu tidak serius dalam menaik taraf perkhidmatannya berbanding LRT, Monorail dan MRT.
"Sering tak tepati masa," luah seorang pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai J, 23, kepadaRoketkini apabila ditanya mengenai perkhidmatan KTM Komuter.
Menurut beliau, KTM Komuter perlu menambah kekerapan operasinya bagi mengelakkan pengguna daripada menunggu terlalu lama.
Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming dalam kenyataannya baru-baru ini mendedahkan bahawa lebih RM1 bilion dibelanjakan kerajaan bagi meningkat kualiti perkhidmatan KTM Komuter melalui projek menaik taraf Landasan Berkembar Lembah Kelang (KVDT).

Zurin Jazlin,19, tidak keberatan untuk membelanjakan lebih wang untuk jaminan keselesaanBagaimanapun, katanya, kebolehpercayaan orang awam terhadap perkhidmatan KTM Komuter masih ditahap yang rendah.
"Kejadian keretapi tergelincir dan tiba lewat telah mengurangkan kebolehpercayaan KTM Komuter sehingga pengguna berpotensi berfikir dua kali untuk menaiki pengangkutan awam berbanding memandu kenderaan sendiri," ujarnya.
Menurut laman sesawang Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD), operasi projek KVDT akan dilaksanakan secara berperingkat bermula pada awal suku ketiga 2016 dan dijangka berakhir pada 2019.
Projek itu termasuk kerja-kerja membaik pulih landasan dengan jarak 42 kilometer dari Rawang ke Salak Selatan dan Sentul ke Simpang Batu. Ia turut melibatkan projek menaik taraf 16 stesen di sepanjang laluan tersebut.
Bagi Zurin Jazlin,19, pula perkhidmatan keretapi elektrik yang diperkenalkan KTM Berhad dengan penjenamaan ETS banyak memberikan kesenangan kepada beliau yang sebelum ini sering berulang alik dari Tanjung Malim, Perak ke Tasek Gelugor, Pulau Pinang.
"Berbanding keretapi biasa (KTM Antarabandar), ETS lebih selesa," katanya yang merupakan bekas pelajar di Matrikulasi Pulau Pinang.
Mengakui bahawa harga tambang ETS tinggi, beliau bagaimanapun tidak keberatan untuk membelanjakan lebih wang untuk jaminan keselesaan.
"Ya, harga lebih mahal daripada harga KTM biasa, tetapi dalam aspek keselesaan, saya lebih selesa memilih ETS untuk perjalanan jarak jauh," katanya sambil menyifatkan harga tambang ETS yang mahal setimpal dengan apa yang disediakan pihak KTM.
ETS memulakan operasinya pada Julai 2015 dan dikendalikan KTM Antarabandar. ETS dikuasakan menggunakan unit berganda elektrik dan mampu mencapai kelajuan maksimum pada 160 km perjam.
Asima, 34, pengguna tetap KTM Komuter mengakui pernah terpaksa menunggu antara 15 minit sehingga 30 minit untuk keretapi tiba dan kadang-kala lewat daripada masa yang dijanjikan.

Asima, 34, berpendapat KTM perlu banyak penambahbaikan"Perlu sangat penambahbaikkan, berbanding Monorail dan MRT, (perkhidmatan) KTM terlalu perlahan," ujarnya.
Beliau berpandangan, aspek kepuasan pengguna perlu dipertingkatkan terlebih dahulu sebelum kerajaan boleh memikirkan untuk melaksanakan projek pengangkutan awam yang lain seperti projek MRT.
MRT atau Aliran Transit Massa yang diletakkan di bawah kendalian Prasarana Malaysia Berhad dianggap sebagai pencapaian tertinggi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak oleh pengikut pro UMNO-Barisan Nasional (BN).
Projek yang masih dalam peringkat fasa satu daripada tiga fasa itu didakwa menelan belanja hampir RM100 bilion – satu jumlah yang dianggap mahal oleh pengkritik dan pihak pembangkang.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dalam satu kenyataan pada Julai berkata projek mega itu merangkumi rel sepanjang 150km dan sebanyak RM40 bilion peruntukan telah diumumkan kerajaan.
Beliau turut mendakwa kerajaan bakal berbelanja lebih bagi projek itu dengan merujuk kos pembinaan fasa satu yang memakan belanja lebih RM20 bilion.
"Jika fasa pertama yang hanya sejauh 53km sudah menelan RM21 bilion daripada bajet tersebut, tidakkah projek ini secara keseluruhannya melepasi bajet asal?" ujarnya.
Dalam kerajaan berbelanja berbilion ringgit wang negara bagi membangunkan MRT, ada pihak yang terkilan dengan tindakan kerajaan yang dilihat meminggirkan KTM – salah satu pembangunan yang dilaksanakan ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir merupakan pengkritik tegar pentadbiran Najib dan kini mengepalai gabungan pembangkang, Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam misi menumbangkan UMNO-BN dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Ada persoalan yang harus dijawab, adakah Najib Razak benar-benar jujur membelanjakan wang negara – yang sememangnya berpunca daripada cukai yang dibayar rakyat – demi membangunkan negara, atau semata-mata untuk memadam legasi Dr Mahathir dan memancing undi memandangkan PRU semakin hampir dengan belanja yang maha besar?
Jika tidak, mengapa perkhidmatan KTM dipinggirkan dan tidak dibela sepertimana tindakan kerajaan membelanjakan sejumlah wang yang besar dalam projek MRT? –

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Oct 22, 2017 7:57 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Bagaimana Caranya Mendaftar Haji Menggunakan KWSP
siakapkeli.my

Siapa yang tidak mahu menunaikan haji, iaitu rukun Islam yang kelima. Sudah pasti setiap orang Islam berangan-angan untuk pergi ke sana untuk menunaikan ibadah haji bukan? Angan-angan itu dah ada tapi kewangan pulak tak ada.

Kalau nak tunggu banyak simpanan baru nak daftar haji, nanti lambat lah dapat pergi haji. Nak tunggu giliran lagi. Tahukah anda, sekarang boleh daftar haji menggunakan KWSP.

Seorang pengguna laman Facebook, Fahmi Hamid berkongsi bagaimana cara mendaftar haji menggunakan KWSP. Caranya lebih mudah dan mampu membuat anda daftar haji dengan lebih awal.

Daftar haji menggunakan KWSP

Hari ni nak share, cara nak daftar haji menggunakan KWSP. Cara ni sesuai untuk-untuk adik-adik yang baru mula kerja, or students yang masih belajar, yang masih belum ada cash RM1300 dalam akaun tabung haji.

Syarat syarat :
1. Sudah mempunyai akaun tabung haji.
2. Jumlah dalam akaun 1 KWSP melebihi RM1300

Cara cara :
1. Pergi ke mana-mana kiosk KWSP, print penyata kewangan semasa. Boleh juga print dari laman web KWSP.
2. Pergi ke mana-mana cawangan tabung haji, pilih daftar haji di kaunter number, tunggu sehingga number dipanggil.
3. Nanti, just bawa penyata KWSP dan kad pengenalan. Awal-awal tu ingat kena bawak buku akaun tabung haji jugak, rupanya tak perlu.
4. Lepas sign dan cop jari, selesai proses pendaftaran.

Soalan:
Adakah jumlah dalam akaun 1 akan ditolak RM1300 untuk tujuan pendaftaran?

Jawapan:
TIDAK. Pak cik yang kerja tabung haji tu cakap, dia orang just nak tengok kelayakan kita sahaja.
Untung kan untuk orang-orang yang tak ada kekuatan kewangan lagi. Sementara nak tunggu giliran tu sangat lambat, jadi kalau dah cukup syarat awal-awal tadi boleh la pakat2 daftar.

Moga bermanfaat.
Fahmi Hamid

Sumber - Fahmi Hamid

Lawak Annuar bukti Umno makin tertekan
bloglist-malaysia.blogspot
dialograkyat.blogspot
Dicatat oleh ELBI RISALAH
DETIK DAILY

4 Oktober lalu, seluruh rakyat negara ini digemparkan dengan berita dakwaan lawak Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa yang meramalkan kerjasama antara Umno dan PAS dari masa ke semasa akan terbentuk kerana keduadua parti itu mempunyai "DNA" yang sama.

12 Oktober lalu pula, Annuar seperti yang dilaporkan The Star memperhebatkan lagi lawaknya dengan mendakwa Umno memberi lampu hijau kepada Presidennya, Dato' Seri Najib Tun Razak untuk berunding dengan PAS.

Sebaik sahaja berita itu disiarkan media, musuh-musuh PAS dari Pakatan Harapan seperti mendapat peluru baru untuk menyerang PAS. Namun kepada para pemimpin dan ahli-ahli PAS, masing-masing ketawa besar sesama sendiri kerana masing-masing cukup faham dan sedar bahawa dakwaan itu tidak lebih daripada lawak. Ia tidak mungkin menjadi kenyataan dan langsung tidak berasas.

Sedangkan sehingga kini, seluruh pimpinan dan ahli-ahli PAS sendiri tahu, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tidak pernah bertemu dengan pemimpin Umno untuk berbincang tentang kerjasama itu.

Begitu juga dengan pimpinan tertinggi PAS yang lain, mereka tidak pernah berjumpa dengan pemimpin Umno untuk membincangkan perkara itu. PAS juga tidak pernah dan tidak sekali-kali akan memanggil mesyuarat untuk membincangkan soal kerjasama dengan Umno.

Namun dalam masa yang sama, seluruh ahli PAS tahu, PAS dibenarkan untuk berbincang atau bekerjasama dalam isu umum demi bangsa dan Islam. Itulah sebabnya dalam kes RUU 355, PAS menyokong kerajaan, tetapi bukannya Umno. Menyokong kerajaan tidak sama dengan menyokong Umno

Sebaliknya, PAS tetap dengan keputusannya dan ketetapan Majlis Syura Ulamak yang jelas tidak akan bekerjasama dengan BN dan juga Pakatan Harapan (PH). PAS hanya bersama Gagasan Sejahtera sahaja.

Malah PAS sejak ditubuhkan dulu hingga kini tetap akan menentang Umno-BN. Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang akan diadakan tidak lama lagi, PAS juga tetap akan menentang Umno-BN.

PAS Kelantan sendiri contohnya sudah mengisyhtiharkan akan bertanding di semua kerusi di negeri itu untuk menentang Umno-BN pada PRU ke-14.

Dalam masa yang sama, PAS juga sudah memutuskan akan menentang parti-parti lain jika berlaku pertandingan tiga penjuru di Kelantan dan di seluruh negara pada PRU ke-14 nanti. Keputusan itu jelas menunjukkan bahawa PAS tidak sekali-kali akan bekerjasama dengan Umno-BN pada PRU ke-14 nanti. Realiti itu akan terbukti apabila berlakunya PRU ke-14 nanti.

Justeru, dakwaan Annuar itu tentunya tidak lebih daripada lawak politik dan propaganda murahan pemimpin Umno sendiri. Ia juga jelas membuktikan Umno kini berada dalam keadaan yang semakin tertekan dan lemas melihat tsunami Islam dan Melayu bersama PAS dan Gagasan Sejahtera.

Keadaan itu samalah juga dengan parti-parti lain dalam PH sehingga menyebabkan mereka mencipta pelbagai lawak untuk mengelirukan orang ramai dan melemahkan PAS menjelang PRU ke-14 yang akan berlangsung beberapa bulan sahaja lagi.

2 Kenaikan Gaji Untuk Penjawat Awam – CUEPACS

bloglist-malaysia.blogspot
ekeleh.com
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan mempertimbangangkan insentif 2 kenaikan gaji tanpa mengira kumpulan pekerjaan dan pangkat.

Ia bagi membantu meringankan beban penjawat awam yang berdepan kos sara hidup tinggi.

"Selain itu, Cuepacs juga meminta kerajaan mengkaji semula kadar elaun khidmat awam (bagi kumpulan paling rendah) yang kini sebanyak RM95. Kali terakhir elaun ini disemak adalah pada 2002.

"Sudah sampai masanya kerajaan menetapkan kadar minimum elaun ini sebanyak RM180. Ini cadangan Cuepacs," kata Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda dipetik Free Malaysia Today.
Menurut beliau beberapa cadangan itu diharap diberi pertimbangan khusus menjelang Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-15 (MAPPA XV) yang dijadual berlangsung pada 3 Oktober ini.

Azih juga memohon kerajaan mempertimbangkan untuk memperluas kenaikan pangkat secara 'time-based' kepada kumpulan penjawat awam lain.

"Time-based kali pertama telah dilaksanakan kepada kumpulan pelaksana. Time-based kali pertama, kedua dan seterusnya diberikan kepada kumpulan guru. Kita minta kumpulan-kumpulan bukan guru dan kumpulan dalam perkhidmatan awam yang lain dipanjangkan untuk time-based dalam tempoh terdekat.

"Diharap cadangan ini dipertimbangkan dan berkuat kuasa mulai 1 Januari tahun hadapan. Hanya majikan (kerajaan) yang boleh membantu penjawat awam untuk memastikan mereka bukan lagi berada dalam keadaan susah atau miskin," katanya.

Cuepacs juga berharap kerajaan dapat mempertimbangkan beberapa cadangan dan tuntutan yang dikemukakannya demi memelihara kebajikan dan integriti penjawat awam.

Timbalan Presiden II Cuepacs Zainal Ismail berkata pihaknya menuntut kerajaan supaya mempertimbangkan kenaikan gaji asas penjawat awam, elaun, bonus dan kenaikan gred untuk diumumkan pada pembentangan Bajet 2018.

"Kami menuntut semakan gaji dapat dibuat dengan mempertimbangkan kenaikan gaji tahunan, menyelaraskan beberapa elaun, bonus sebulan gaji dan tempoh kenaikan gred daripada 13 tahun kepada 10 tahun.

"Permohonan ini diharap dapat dipertimbangkan supaya penjawat awam dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik setanding dengan negara-negara maju," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Dwitahunan Kali ke-14 Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal (KSKM) Malaysia di Kepala Batas.

Katanya ia seiring dengan hasrat kerajaan yang ingin meningkatkan mutu perkhidmatan awam dan pihaknya sangat berharap kerajaan dapat menunaikannya bagi memberi inspirasi kepada penjawat awam.

Zainal berharap ia dapat direalisasikan serta diumumkan pada pembentangan Bajet 2018.

Jangan Bandingkan Anak Kita Dengan Orang, Setiap Kanak-Kanak Berbeza Tahap Perkembangan Pada Umur Tertentu
siakapkeli.my

Pengalaman menimang cahaya mata memang tak akan dilupakan oleh mana-mana pasangan ibu bapa kan? Keterujaan menyambut cahaya mata malah membuatkan ibu bapa merancang pelbagai perkara untuk tumbesaran anaknya. Kadang-kadang sehingga terlupa untuk memahami proses-proses yang perlu dilalui terlebih dahulu oleh anak-anak tersebut untuk membesar dengan sempurna. Paling menyedihkan, bila ibu bapa mula membandingkan anaknya dengan anak orang lain, tanpa memahami proses tersebut dahulu.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Hazhari Ismail telah berkongsi info yang amat berguna khususnya untuk ibu bapa dalam memahami proses tumbesaran anak-anak. Kami bawakan perkongsiannya untuk anda di bawah.

Memahami Tahap Perkembangan Kanak-kanak (Developmental Milestone)

Dari peringkat sebelum kelahiran sehinggalah dewasa, manusia akan undergo pelbagai perkembangan. Lazimnya, proses perkembangan di peringkat kanak-kanak adalah tempoh yang kritikal kerana tempoh ini perkembangan yang pesat sedang berlaku.

Jadi, apabila bercakap tentang tahap perkembangan kanak-kanak, ia merujuk kepada apakah tahap perkembangan yang boleh dicapai pada peringkat dan umur-umur tertentu. Ia mencakupi semua bidang perkembangan seperti fizikal, sosioemosi dan kognitif.

Jadi, kenapa memahami Developmental Milestone ini penting terutama untuk kanak-kanak?
Contohnya dalam perkembangan fizikal, di antara umur 9 hingga 15 bulan kanak-kanak sudah mampu untuk berdiri, malah boleh berlari. Julat umur ini ditetapkan berdasarkan perkembangan kanak-kanak yang AVERAGE.

Kalau sehingga umur 18 bulan pun kanak-kanak itu tidak bermula belajar untuk berjalan, maka ibu bapa perlu berjumpa dengan doktor dan pakar terapi untuk maklumkan kelewatan tersebut. Jika tidak, ia akan mengganggu perkembangan yang seterusnya yang lain.

Walaubagaimanapun, perkembangan manusia ini adalah UNIK. Perkembangan kanak-kanak itu unik. Semua kanak-kanak tidak akan mencapai tahap perkembangan dalam masa yang sama. Ada yang cepat, ada juga yang sedikit lambat, walaupun umur yang sama. Maka, ia tidak bermaksud kita boleh sewenang-wenangnya untuk menghukum si kecil itu genius dan yang lambat itu 'special'.

Inilah yang dinamakan INDIVIDUAL DIFFERENCES yang wujud dalam proses perkembangan. Yang mana faktornya boleh jadi pelbagai, dari genetik, jantina sampailah perbezaan persekitaran, ia mampu menyumbang ke arah perbezaan individu ini.

Proses perkembangan kanak-kanak bersifat berterusan dan berkait. Contohnya, untuk kanak-kanak itu berjaya berdiri, mereka perlu melalui merangkak dan duduk, kemudian baru berdiri. Mereka perlu melalui semua proses ini. Macam nak naik tangga, kita tak boleh nak skip tangga-tangga tertentu untuk sampai ke atas.

Tahap perkembangan kanak-kanak ini selalunya disandarkan dengan julat umur. Contoh saya bagi tadi umur 9-15 bulan, kanak-kanak dah mula untuk berjalan. Maka, di antara tempoh julat ini, mereka akan mula untuk berjalan, yang mana boleh jadi seawal 9 bulan atau selewat 15 bulan. Ia normal.
Julat umur untuk peringkat bayi, toddlers dan kanak-kanak ini pula beza rangenya.

Untuk peringkat bayi, perkembangan berlaku dengan pantas. Ia boleh dibezakan mengikut bulan. 3 bulan bayi dan 6 bulan bayi banyak bezanya dalam aspek perkembangan. Begitu juga dengan 12 bulan bayi atau 18 bulan.

Tapi, untuk peringkat kanak-kanak, julat umur mereka pula mengikut tahun. 4 tahun berbeza dengan 5 tahun atau 6 tahun. Sebab perkembangan di peringkat ini tidak sepantas perkembangan ketika bayi. Boleh jadi juga, berlaku overlap development seperti julat milestone ditetapkan 3-4 tahun, 4-5 tahun, dan 5-6 tahun. Ia boleh berlaku kerana contohnya bulan kelahiran di awal dan hujung tahun yang memberikan perbezaan yang signifikan kepada tumbesaran mereka.

Ibu bapa akan ada tendecy untuk membanding-bezakan anak yang kedua dan yang sulong. Abang cepat sikit bercakap, si adik lambat sikit bercakap. Si kakak tumbuh gigi awal, si adik lambat tumbuh gigi.

Guru dan pengasuh ada kebarangkalian untuk membanding anak muridnya di dalam kelas. Si A dah berjaya menulis, Si B nak pengang pensel pun masih tidak boleh. Si A dah membaca sampai buku 6, yang mana Si B pula Buku 1 pun masih merangkak.

Akan wujud ibu bapa yang terlalu ambitious untuk memastikan anak-anak mereka terkehadapan. Anak baru umur 3 tahun, sudah mula membelek milestones untuk 6 tahun. Itu kalau ibu bapa yang terlebih advanced in a negative way. Ada ibu bapa yang tidak peduli tentang milestone ini, asalkan mengikut trends.

Maka, dimangsakan anak-anak mereka untuk mencapai kehendak masyarakat. Normal bagi pandangan masyarakat dan jiran tetangga, tidak semestinya normal dari kaca mata proses perkembangan kanak-kanak yang sebenar.

Kanak-kanak bukan robot. Jika ia gagal berfungsi, maka kita kata robot itu rosak. Robot tiada emosi. Tetapi tidak untuk manusia. Kita perlu bertoleransi dengan sifat perkembangan mereka.

Maka, memahami tahap perkembangan ini penting dan boleh dijadikan sebagai garis panduan kepada ibu bapa, guru dan profesional yang terlibat dalam perkembangan kanak-kanak.

Jika ada anak-anak terlalu lambat dari tahap perkembangan, intervensi awal boleh dilakukan supaya masalah-masalah perkembangan yang berpontesi untuk berlaku boleh kita elakkan, dikurangkan, atau dibuang jauh-jauh.

Tapi, dengan ilmu ya. Bukan dengan cakap-cakap orang.

Sumber : Hazhari Ismail

Apa Yang Anda Perlu Lakukan Jika Tiba-Tiba Kena 'Simpul Mengkarung'
siakapkeli.my

Kekejangan atau 'cramp' boleh berlaku pada sesiapa dan bila-bila masa sahaja. Bagi mereka yang berpengalaman merasai kaki kejang ini pastinya tahu peritnya sakit yang dialami terutamanya di bahagian betis.

Ketika kekejangan ini menyerang, otot betis bagai ditarik dengan tegang sehingga kesakitan yang amat sangat sehingga boleh menimbulkan urat yang tersimpul.

Lazimnya, kekejangan ini dialami oleh ibu mengandung tetapi ia juga boleh menyerang sesiapa sahaja sekiranya anggota tubuh kita mengalami kepenatan yang teramat dan bukan sahaja pada betis, ia juga boleh terjadi pada otot yang lain seperti pada tapak kaki.

Di kalangan masyarakat Melayu, kekejangan pada betis ini dipanggil 'simpul mengkarung' atau 'simpul biawak' yang biasanya tidak membawa kepada kemudaratan sekiranya diredakan dengan cara yang betul.

Menerusi perkongsian ini, kita dapat mengetahui punca-punca serangan 'cramp' dan cara merawatnya.

Mari kita baca tips ini.

Fuh sakit bila kaki tiba-tiba kejang tu memang lain macam. Memang luar biasa sakit yang dialami terutama di bahagian betis, betul tak??

Anda pernah tahu tak apa punca-punca korang mengalami kejang kaki??

a.. Anda mungkin melakukan aktiviti yang berlebihan dan otot mengalami keletihan.
a.. Kekurangan kalsium dan magnesium.
a.. Dehidrasi.
a.. Mungkin juga disebabkan kesan-kesan sampingan ubatan.
Bagaimana nak cegah selalu diserang kejang kaki??

a.. Minum banyak air dan makan kacang bergaram (pastikan garam ada walaupun sikit dalam makanan anda).
b.. Banyakkan makanan berpotassium tinggi seperti pisang
c.. Banyakkan minum susu, beras basmathi atau biskut bijan.
d.. Lakukan aktiviti regangan otot kaki sebelum tidur,

Apa yang anda kena lakukan kalau kaki kejang???

a.. Cari tempat duduk dan bersandar
a.. Sekiranya memakai kasut, buka kasut anda.
a.. Jangan bengkok tau! Kedudukan yang melentur boleh menekan lagi pada kawasan otot.
a.. Bila jari kaki menguncup, tolak perlahan-lahan jari kaki biar menaik dengan mengguna tangan anda.
a.. Bila kejang otot dah reda, urut tapak kaki anda biar darah mengalir semua dengan baik dan lancar okay!
Sumber: Utusan Malaysia, dan Ensiklopedia Petua-Petua Lama

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Oct 22, 2017 7:58 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Baru 6% GST Dah Bising Riuh Rendah... Najib Kata?
bloglist-malaysia.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot
Posted by Anak Sungai Derhaka

RAKYAT Malaysia tidak suka bayar cukai tapi mereka hanya berminat dengan makanan dan cuti umum, kata Perdana Menteri Najib Razak.

Beliau turut mengingatkan bahawa di India rakyat mereka perlu membayar cukai barangan dan perkhidmatan sebanyak 28%, berbeza dengan di Malaysia iaitu 6%.

"Saya terima pandangan soal PTPTN. Kita akan kaji lebih mendalam lagi sebab ini bukan sahaja masalah kaum India tapi (masalah) semua komuniti.

"Kita tak boleh tambah cukai. Rakyat Malaysia tak suka. Mereka suka cuti umum, makan. Mereka tak suka bayar lebih banyak cukai.

"GST di India 28%. Please remember that (tolong ingat tu). Kita baru 6% itu pun dah riuh-rendah - bising. Marah kerajaan," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 2,000 perwakilan MIC di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.

Tambahnya, ia (masalah kenaikan barang) bukan salah kerajaan sebaliknya peniaga yang sering menaikkan harga barang dan menuding jari kepada kerajaan. GST diperkenalkan pada 1 April 2015 dengan kadar 6%.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dilaporkan berjaya memungut hasil kutipan cukai GST sebanyak RM41.2 bilion berbanding sasaran yang ditetapkan sebanyak RM39 bilion pada tahun lalu.

Najib berkata demikian sebagai respons kepada ucapan dasar Presiden MIC Dr S. Subramaniam yang mencadangkan agar jawatankuasa Malaysian Indian Blueprint (MIB) menyediakan mekanisma pembiayaan tambahan bagi menyokong pelajar India daripada golongan berpendapatan sederhana dan rendah.

"PTPTN telah membantu ramai pelajar khasnya daripada golongan kurang berada dan miskin. Tetapi bagi sesetengah bidang pengajian yang profesional, pinjaman yang diberikan tidak mencukupi," kata Subramaniam ketika ucapan dasarnya lapor The Malaysian Insight

Hmmm... sedapnya dia cakap.. dah tak kena kat hang cakaplah apa pun..

GST - MEMANG MEMBEBANKAN - KATA ORANG MUDA......
bloglist-malaysia.blogspot.
gajahmenta.blogspot
DIRECTER Gajah Menta

KUALA LUMPUR, 7 JUN: Kajian perbandingan harga keperluan runcit bagi sebuah pasaraya yang dijalankan oleh badan pemikir REFSA baru-baru ini mendapati, harga barang meningkat pada peratusan yang sangat membimbangkan selepas pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Kajian tersebut yang membandingkan harga-harga barang keperluan harian antara tahun 2010 sehingga 2017 dengan meneliti risalah-risalah lama pasaraya tersebut memperlihatkan angka-angka yang memeranjatkan.
Pek isian semula Milo 1kg mencatatkan kenaikan 40.03 peratus iaitu RM20.99 pada tahun 2017 berbanding hanya RM18.99 pada tahun 2013.
Walaupun tidak dikenakan GST, harga paha ayam bagi setiap kilo turut mengalami kenaikan sebanyak 52.46 peratus daripaa RM6.59 (2013) kepada RM9.59 (2017).
Kopi pra-campuran yang dijual pada harga RM7.99 pada tahun 2012 mencatatkan kenaikan sehingga 75% apabila ia dijual pada harga RM13.99 pada tahun ini.

Barang-barang keperluan lain seperti beras, makanan sejuk beku, sabun basuh baju, susu pekat dan sebagainya lagi turun mencatatkan kenaikan purata 40% seperti dalam rajah di bawah:

Di sebalik dakwaan kononnya pelaksanaan cukai GST sebagai adil kerana setiap individu akan membayarnya – sekaligus menambah pendapatan negara, ia ternyata terus memberi kesan susut nilai kepada kocek setiap rakyat di negara ini.
Bagi golongan muda yang terdedah dengan gaya hidup bandar – makan di restoran, gadget, pengangkutan awam, parkir, tol, termasuk aktiviti sosial malam minggu, GST memberi kesan langsung terhadap perbelanjaan harian mereka.
Tinjauan Roketkini di sebuah kompleks membeli belah popular di ibu negara baru-baru ini mendapati, semua responden yang terdiri dari kalangan golongan muda bekerja memberi isyarat 'tidak' kepada pelaksanaan GST.
Perhatian yang diberikan golongan muda terhadap pelaksanaan cukai membebankan tersebut jelas ketara apabila responden cakna dengan perubahan setiap sen yang mereka belanjakan.

GST perlu dikurangkan kata Syafiqah, 23.Apabila ditanya wajarkah GST dinaikkan lagi untuk menambah kantung negara,Shafiqah, 23, yang mengakui rasa terbeban dengan cukai itu menyatakan tidak bersetuju malah memberi pandangan sebaliknya.
"Tak setuju, rasanya 6 peratus ni dah cukup. Ya, ada rasa terbeban. Macam kalau kita ke restoran, 6 peratus (GST) dia caj, lepas tu 'service charge' restoran punya pun dia caj dah jadi (semuanya) lebih enam peratus," katanya yang kini sudah bekerja.
Berkongsi pandangan yang serupa, Kenny, 33, berkata kadar 6 peratus yang dikenakan dalam GST sudah memberi kesan kepada perbelanjaannya.

Pelaksanaan cukai GST memang dirasai kata Kenny."GST 6 peratus juga sudah beri kesan (pada perbelanjaan harian). Kalau boleh, GST ini diturunkan sebab saya rasa, orang biasa sudah terbeban dengan cukai itu," katanya.
'Harga barang turun'
Dongeng kerajaan kononnya 'harga barang akan turun kerana GST' sekadar menjadi penyedap telinga, faktanya, 'harga barang masih meningkat kerana GST'. Malah, kumpulan rakyat berpendapatan rendah lebih terjejas dengan pelaksanaan cukai itu.
Realitinya, sama ada GST dilaksanakan atau tidak, kerajaan masih gagal menangani kenaikan harga keperluan rakyat – apalagi jika kadar 6 peratus itu wujud dalam resit pembelian anda!
Arif, 23, pula berpandangan bahawa beban GST akan lebih dirasakan mereka yang berpendapatan sederhana dan ke bawah.
Mengakui tidak bersetuju dengan pelaksanaan GST, beliau berkata purata pendapatan rakyat negara ini masih di tahap rendah.
"Mungkin bagi golongan kelas ekonomi pertengahan dan ke atas mungkin 'okay'lah tapi purata (pendapatan) dalam kalangan rakyat Malaysia yang biasa masih rendah.
"Bagi pendapat saya, kalau nak laksanakan masih boleh tapi rendahkan lagi jadi 4 peratus atau 2 peratus lebih kurang macam tu," katanya yang bekerja di sebuah syarikat perkapalan Singapura.

Golongan berpendapatan sederhana dan kebawah lebih merasai beban akibat GST kata Arif.

Menurut Arif, kenaikan kadar harga sesuatu barangan masih meningkat meskipun kerajaan memansuhkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) 10 peratus dimansuhkan.

"Kalau nak ceritakan pasal ni, rasanya masa cukai SST kemudian GST, kerajaan tak tolak pun SST 10 peratus, maknanya kita bayar 16 peratus bukannya 6 peratus.

"Contohnya kalau pergi shopping, dulu sebelum GST misalnya beli seluar harga RM50 (ada SST), tapi bila ada GST harga tu jadi lebih. Sepatutnya harga jadi lebih kurang; RM50 kurang 10 peratus SST tambah 6 peratus GST – sepatutnya kurang. Tapi, sekarang dah jadi lebih daripada RM50.
"Tak taulah kerajaan kutip banyak ke kurang tapi kalau ikut logik memang lebihlah," katanya.
Meski GST diunjurkan memberi pulangan sebanyak RM42 bilion kepada kerajaan pada tahun 2017, tanpa pengurusan yang telus dan cekap, kerajaan akan tetap gagal mencapai objektifnya.

Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin

Mengulas hal ini, Adun Damansara Utama Yeo Bee Yinmenyifatkan pertumbuhan KDNK negara yang baru sahaja diumumkan kerajaan tidak dirasai oleh rakyat di bawah.

"Kerajaan baru sahaja mengumumkan angka pertumbuhan KDNK sebanyak 5.2%

"Namun bagi rakyat biasa, gaji mereka tetap tidak bertambah atau tidak dapat mengejar peningkatan kos sara hidup ekoran inflasi disebabkan pelaksanaan cukai GST," ujarnya.

Menurut Bee Yin, struktur ekonomi Malaysia menyebabkan kekayaan yang dihasilkan negara yang diterjemahkan melalui KDNK tersebut tidak dinikmati secara sekata.
"Ia hanya tertumpu kepada mereka yang berada di atas 'piramid' ini. Bukan rakyat biasa seperti kita semua," tegasnya.

Cukai GST mula dilaksanakan pada 1 April 2015 setelah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Parlimen dalam ucapan belanjawan pada 25 Oktober 2013. Ia disokong oleh 118 Ahli Parlimen Barisan Nasional

Bersiap Sedia, Malaysia Diramal Bakal Dilanda Banjir Besar Bulan Ini
siakapkeli.my

Banjir besar berkemungkinan akan melanda Malaysia pada bulan ini, berikutan fasa perubahan tiupan monsun telah bermula sejak semalam.

Berdasarkan laporan, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, taburan hujan yang meningkat merupakan amaran awal bahawa akan berlakunya fenomena ini dan ia diramal berlaku di seluruh rantau ini termasuk Indonesia dan Filipina.

"Kita telah meminta kerajaan negeri dan Majlis Keselamatan Negara untuk bersedia, selain mengambil langkah-langkah awal untuk berhadapan fenomena ini.

"Selama hampir lapan bulan, kita mengkaji pola taburan hujan di setiap kawasan dan ia agak berlainan dengan data-data ini kita simpan di Jabatan Pengairan dan Saliran," katanya ketika ditemui semasa Majlis Penyampaian Geran MRP kepada pelbagai pertubuhan kawasan N4 Pantai Damai dan N5 Demak Laut, di pejabatnya di sini.

Sebanyak Rm247,920 telah disumbangkan kepada 71 buah pertubuhan.

Jelasnya daripada kajian ini, pihaknya mendapati fakta yang dikumpul pada tahun 2012 hingga 2014 berkaitan taburan hujan dan banjir tidak lagi tepat dan relevan dengan data terkini.

"Oleh yang demikian, saya telah mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk mengkaji semula dari pelbagai sudut akan fakta-fakta taburan hujan ini dan mengenal pasti tempat-tempat yang dahulunya tidak banjir tetapi kini tenggelam, seperti yang kita lihat telah berlaku di Semenanjung.

Katanya, kajian kini dilakukan secara saintifik oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Meteorologi, Jabatan Laut dan Institut Kajian Hidraulik Kebangsaan untuk mengumpul data dan merancang tambatan banjir di seluruh negara.

Kajian turut dilakukan untuk mengemas kini fakta taburan hujan yang akan dibentangkan dalam mesyuarat kabinet akan datang.

"Laporan berkenaan taburan hujan ini dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan November depan sebagai persediaan menghadapi tahun 2018," tambahnya.

Sumber - Astro Awani

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Oct 22, 2017 7:58 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Janji Nak Bawa Sampai Turki, Rupanya Agen Bawa Sampai RnR Dengkil Je
siakapkeli.my

Petaling Jaya: Impian sekumpulan 47 individu untuk menjejakkan kaki ke bumi Turki pada 12 Oktober lalu tidak kesampaian apabila ejen pelancongan yang menguruskan percutian mereka tidak kunjung tiba.

Menurut salah seorang mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Zaridah, dia dan suaminya mengalami kerugian hampir RM10,000 selepas mendakwa terpedaya dengan pakej percutian yang ditawarkan syarikat tersebut yang berpangkalan di Kuala Kangsar, Perak.

"Rombongan ini ada 47 orang, rata-ratanya terdiri daripada pesara kerajaan. Pada awalnya ejen minta bayaran awal sebanyak RM1,000 untuk beli tiket kapal terbang.

"Ejen kata kalau bayar lewat takut harga tiket kapal terbang akan naik. Baki bayaran pula dibayar kepada ejen pada bulan terakhir sebelum nak berlepas ke sana.

"Bayangkan kalau seorang kena bayar RM4,300, kalau dah 47 orang... memang kayalah ejen tu," dakwanya ketika dihubungi mStar Online.

Jelas wanita berusia 60 tahun itu, rombongan tersebut diarahkan oleh ejen untuk berkumpul di Pusat Rehat dan Rawat (RnR) Dengkil pada 12 Oktober lalu,sebelum menaiki bas yang disediakan.

"Kami bertolak dari Ipoh kira-kira pukul 10 pagi menuju ke Dengkil dan sampai di sana pada tengah hari.

"Sebelum itu, ejen beritahu berlaku masalah kelewatan pada penerbangan yang sepatut dinaiki mereka. Tunggu punya tunggu kelibat ejen pun tak nampak," dakwanya.

Zarinah mendakwa rombongan tersebut dijadualkan menaiki pesawat Saudi Airlines kira-kira pukul 7 malam, 12 Oktober lalu.

"Semasa taklimat diberikan mereka kata kami naik penerbangan Qatar Airlines dan akan transit di Doha. Tapi kami dimaklumkan penerbangan tiba-tiba ditukar ke Saudi Airline pada saat akhir.

"Dari situ saya dah rasa tak sedap hati. Kalau berlaku kelewatan penerbangan takkanlah sampai tukar 'flight'," dakwanya.

Akibatnya, Zarinah mendakwa mereka terpaksa berpatah balik ke Ipoh dengan menaiki bas yang sama dalam keadaan hampa.

"Semua pulang semula ke Ipoh dengan kecewa dan duit percutian pun lesap sekali. Kami tiba di Ipoh kira-kira pukul 10 malam," katanya.

Zarinah turut menuntut syarikat tersebut supaya memulangkan semula wang yang telah dibayar.
"Kami hanya mahu wang kami dipulangkan. Kalau tidak, tindakan susulan akan diambil termasuk membuat laporan ke Tuntutan Tribunal Pengguna dan meminta campur tangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)," katanya.

Sementara itu, usaha untuk mendapatkan reaksi balas syarikat tersebut tidak berjaya apabila nombor telefon yang dinyatakan dalam laman Facebook syarikat berkenaan hanya dijawab oleh seorang wanita yang mendakwa dirinya adalah bekas pekerja agensi terbabit.

Wanita yang menjawab panggilan tersebut turut terkejut apabila mendakwa ramai pihak menghubunginya bagi mendapatkan semula wang yang telah dibayar.

"Maaf, saya tiada kena-mengena dengan syarikat tersebut. Saya sudah berhenti sejak Mac lalu dan saya difahamkan syarikat itu sudah tidak lagi beroperasi," dakwanya.

Sumber: mStar

Dr Mahmud Ahmad Dipercayai Terbunuh Dalam Pertempuran Tentera Filipina Dengan Militan Di Bandar Marawi
siakapkeli.my

Dr Mahmud Ahmad, bekas pensyarah yang menyertai kumpulan militan dipercayai terbunuh di Bandar Marawi, Selatan Filipina.

Maklumat risikan mengatakan bekas pensyarah Universiti Malaya tersebut telah terbunuh.

Bagaimanapun sumber daripada pihak berkuasa Filipina tidak dapat mengesahkan maklumat tersebut kerana masih gagal mengesan jasad Dr Mahmud.

Selasa lalu, dua orang tawanan yang diselamatkan oleh pasukan keselamatan Filipina memberitahu bahawa Dr Mahmud telah terkorban.

Ketika itu, Dr Mahmud dipercayai berada bersama-sama dengan anggota kumpulan Maute dan kumpulan bersenjata Abu Sayyaf di kawasan pertempuran utama di Bandar Marawi, bersama-sama dengan tawanan yang diselamatkan.

Pertempuran Marawi adalah konflik bersenjata yang berlaku di Marawi, Lanao del Sur sejak 23 Mei diantara pasukan keselamatan Filipina dengan kumpulan militan termasuklah kumpulan Maute dan kumpulan jihad Salaf Abu Sayyaf.

Menurut kenyataan pihak berkuasa Filipina, konflik tersebut bermula apabila pihak berkuasa menjalankan operasi untuk menangkap Isnilon Hapilon, ketua militan kumpulan Abu Sayyaf, setelah mendapat maklumat Hanilon berada di bandar tersebut.

Maj. Jen. Restituto Padilla pada Khamis berkata militan Malaysia yang kanan dipercayai adalah antara 13 orang pejuang yang mempunyai kaitan dengan Kumpulan IS yang dibunuh dalam pertempuran di selatan Marawi.

Ujar Padilla, pihaknya sedang menunggu untuk pengecaman jasad-jasad militan yang terbunuh untuk mendapatkan maklumat penuh.

Sumber : The Star

HIMPUNAN TOLAK KLEPTOKRASI GAGAL MENDAPAT SAMBUTAN RAKYAT, DIMANA SALAHNYA?
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot.
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Berikut adalah analisa seorang netizen:

HIMPUNAN KAKI KLEPET TOLAK KLEPTOKRASI (KKTK) GAGAL - APAKAH PUNCANYA?

Ketika sy menulis artikel ini, himpunan KKTK yg dianjurkan Pakatan Harapan di Padang Timur PJ pastinya sudah tiba ke penghujung. berdasarkan laporan rasmi oleh portal2 berita pro PH dan juga gambar2 daripada orang perseorangan, kehadiran hanyalah 5,000 orang daripada sasaran 100k yg ditetapkan penganjur, atau 5% sahaja yg hadir.

sepatutnya himpunan KKTK ini mudah mencapai sasaran. ini atas beberapa faktor antaranya

- kedudukan lokasi himpunan yg amat strategik dan mudah dari segi pengangkutan awam dan logistik

- lokasi himpunan diapit oleh 3 parlimen yg dipegang PH iaitu Shah Alam, PJ dan Lembah Pantai

- PH sering mendabik dada sokongan terhadap mereka di Lembah Kelang adalah amat baik dan banyak, terutamanya oleh anak muda

- PH sendiri merupakan gabungan 4 parti iaitu Dap, Pkr, PPBM dan Pan. seharusnya 4 parti ini jika digabungkan akan jadi seperti Voltron, 5 singa kecil bergabung membentuk satu robot perkasa. benar?

namun hakikatnya kehadiran seperti yg sy sebutkan di atas amatlah menyedihkan. cuaca pula amat baik pada hari ini. tiada hujan tiada ribut dan tidak panas sgt. namun kehadiran masih amat mengecewakan. lebih mengecewakan, kehadiran anak muda amatlah teruk sehingga menyebabkan Ketua Pan Batu iaitu Cikgu Ishak Surin mengeluarkan kenyataan "berdosa jika tidak bersama kami".

wah. Pan pun dah pandai main dosa pahala?

mengapakah sambutan amat menyedihkan sedangkan sepatutnya himpunan ini lebih berjaya berbanding mana2 himpunan yg dianjurkan Pas?

bagi sy, ada beberapa faktor utama -

1) anak muda muak dgn politik PH. mereka mencanangkan tolak kleptokrat, namun mereka sendiri terpalit dgn pelbagai skandal. lepas satu, satu.

2) ramai yg menzahirkan protes atas keberadaan Tun Mahathir dalam line up PH. bagi mereka, selama ini perjuangan mereka ialah menentang kebobrokan Tun dan ini seringkali disemarakkan oleh pimpinan2 PH dahulu. namun kini, pimpinan2 itulah yg tidak segan silu menjilat habis2an kaki Tun.

3) anak muda dan khalayak tidak lagi mahu berpolitik semata2. mereka mahu mencari "cause of life" - matlamat hidup dan perjuangan - dan tiada matlamat lain yg lebih bagus melainkan Islam.

4) tiada sokongan drpd non partisan terhadap PH. seperti yg kita tahu, beberapa pihak berhaluan kiri tidak menyokong PH seperti SAMM, PSM dan pelbagai lagi. ketiadaan mereka sebenarnya memberikan impak walaupun sekecil atau sebesar mana pun.

5) ketiadaan Pas selaku pulling power. kita tidak dapat nafikan kehebatan tarbiyyah Pas ke atas ahli2nya utk menzahirkan kebersamaan dalam perjuangan - sesuatu yg gagal ditarbiyyah oleh parti2 lain termasuklah Pan.

adapun, pastinya pimpinan PH akan buat post morterm terhadap kegagalan ini. buat ahli Pas, teruskan perjuangan kita. insya Allah akhirat matlamat kita, dan dunia perjuangan kita.

Fais Al-Hajari
2335hrs, 14 Oktober 2017

Tolak Rasa Malu, Ibu Tunggal Kutip Sisa Makanan Demi Isi Perut 5 Anak
siakapkeli.my

KOTA BHARU - Tak lagi hiraukan rasa malu dan tanggapan orang sekeliling, menjadi satu rutin bagi Rosilawati Ramli, 37 untuk mengutip sisa makanan di pasar, dekat sini bagi mengisi perut anak-anaknya yang menunggu di rumah.

Ibu tunggal ini akan ke Pasar Minggu di Kampung Kedai Lalat setiap minggu untuk mengutip sisa sayur, buah dan lauk yang tidak boleh dijual untuk dibawa pulang.

Menurut Rosilawat, terdapat segelintir peniaga baik hati yang memberikan makanan kepadanya, malah ada juga makanan yang dikutipnya di tong sampah asalkan dirasanya masih boleh dimakan dan dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Babong, Sering di sini.

"Malu dan sedih sudah tidak saya pedulikan lagi asalkan perut anak terisi kerana saya tidak mampu menyediakan makanan sedap untuk mereka.

"Kelengkapan dalam rumah seperti tilam, bantal termasuk pakaian juga kebanyakannya diperoleh daripada tong sampah," katanya yang sudah menjadi ibu tunggal selepas bercerai dengan suami sejak dua tahun lalu.

Rosilawati mengambil upah mencuci rumah penduduk kampung selama dua jam sehari untuk lima hari seminggu dengan bayaran RM10 sejam bagi menampung kehidupannya bersama empat anaknya yang berusia dua hingga 12 tahun.

Bagaimanapun, Rosilawati melakukan kerjanya hanya pada sebelah petang kerana terpaksa menunggu anaknya Asmida Taqifah Ahmad Rusidi, 12, yang belajar di Tahun Enam di sebuah sekolah pulang terlebih dahulu untuk menjaga anak bongsunya yang berusia 2 tahun.

Lebih memeritkan apabila mereka berlima kini terpaksa menumpang di rumah jiran untuk beberapa hari kerana terpaksa keluar dari rumah sewa selepas tidak mampu untuk menjelaskan hutang bil elektrik yang mencecah hampir RM700.

"Saya ada dapat rumah sewa sekitar RM200-RM250 tapi tuan rumah meminta wang deposit dua bulan, manalah saya mampu," katanya yang turut menerima bantuan Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan untuk dua anaknya yang masih bersekolah.

Nasib yang menimpa Rosilawati sekeluarga mendapat perhatian Yayasan Amal Datuk Zul Wisma yang hadir melawat dan memberikan sumbangan melalui pengerusinya Datuk Dr Zulkepli Mohamed.

Jelas Zulkepli, pihaknya akan cuba sedaya upaya bagi membantu keluarga Rosilawati termasuk menyediakan rumah kediaman sekiranya Rosilawati mempunyai tanah dan cuba mencari rumah sewa dan membantu membayar sewa bulanannya jika sebaliknya.

Sumber- Berita Harian

Empat Suspek Cubaan Lakukan Serangan Acara Penutup Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 Didakwa
siakapkeli.my

Empat daripada 19 suspek didakwa oleh Mahkamah Sesyen dengan cubaan melakukan serangan ketika upacara penutup Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Mereka didakwa menjadi ahli kumpulan pengganas Abu Sayyaf dan menyembunyikan maklumat berkaitan kumpulan pengganas terbabit.

Berdasarkan kertas pertuduhan, perancang utama kumpulan pengganas itu, Hajar Abdul Mubin, 25, didakwa sebagai ahli pengganas Abu Sayyaf di ZA 2-14 Lorong Pangsa Baiduri 2, Taman Desa Baiduri, Cheras, di antara tahun 2010 dan 30 Ogos 2017.

Perbuatan itu didakwa mengikut seksyen 130KA Kanun Keseksaan (Akta 574), yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan denda jika sabit kesalahan.

Tiga lagi tertuduh iaitu Ahmad Omar, 52; Jaffar Ahmad, 26 dan rakyat Filipina, Abdul Syamir Dabilin, 25, didakwa dengan sengaja menyembunyikan maklumat di MAG-03- Persiaran Pangsa Baiduri, Taman Desa Baiduri, Cheras, di antara 2008 hingga 30 Ogos 2017.

Atas kesalahan itu, suspek didakwa mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 16 Oktober bagi sebutan semula kes untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Sumber - Ismaweb.net

"Kalau Aku Tak Dapat Datang Konvo, Minta Ibu Datang Wakilkan Aku,'' Pesan Arwah Kepada Rakan Sebelum Terlibat Kemalangan
siakapkeli.my

Seorang ibu kelihatan tabah dan tenang ketika menerima sijil kemahiran pada Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti 2017 Melaka dan Negeri Sembilan bagi pihak arwah anaknya, Nazmi Hariz Sulaiman yang maut dalam kemalangan jalan raya 11 September lalu.

Menurut bapa mangsa, Sulaiman Md Sam, 52, dua minggu sebelum terlibat kemalangan jalan raya, anak kedua dari tiga beradik itu sempat berpesan kepada seorang rakannya bahawa dia mahu ibunya, Normala Abdul Aziz, 51 untuk mewakilinya sekiranya dia tidak dapat menghadiri majlis konvokesyen itu.

"Kalau aku tak dapat datang ambil sijil konvo (konvokesyen), minta Mama (Ibu) datang wakilkan aku. Itulah antara pesanan arwah kepada rakannya yang kemudian disampaikan kepada kami.

"Bagaimanapun, saya berbangga kerana hasrat arwah untuk berjaya dalam bidang automotif mekanikal tercapai tetapi pada masa sama, kami sedih," katanya yang ditemani isterinya yang juga seorang pegawai tadbir Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

"Hari ini, kami lega kerana sudah sempurnakan permintaan Nazmi. Ibunya sendiri naik ke pentas untuk terima sijil bagi pihak arwah," ujarnya.

Terdahulu, Nazmi Hariz terlibat dalam sebuah kemalangan di Jalan Kiyai Hashim, Bukit Katil, pada 8 pagi 11 September lalu dimana motosikal Yamaha 135LC yang ditunggang arwah melanggar sebuah jengkaut sebelum hilang kawalan lalu terbalik.

Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan akibat cedera parah di bahagia dada dan kepala.

Sumber- Harian Metro

2 Maut, 7 Cedera Kemalangan Babitkan 3 Buah Kenderaan di Lebuh Raya Senai-Desaru
siakapkeli.my

Johor - Dua maut manakala tujuh lagi cedera selepas terlibat dalam kemalangan yang membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer (KM) 59.5 Lebuh Raya Senai - Desaru dalam kejadian awal pagi tadi.

Ketiga-tiga kenderaan terlibat adalah jenis Honda HRV, Proton Waja dan Perodua Myvi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Penawar, Pegawai Bomba Kanan II Sailaini Oda berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.19 pagi.

"Bomba bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati terdapat kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan.

"Dua mangsa maut manakala tujuh lagi dilaporkan cedera. Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Menurut Sailani, maklumat berhubung mangsa yang maut belum dikenal pasti.

Sumber: Kosmo!

Kabel Atas Laluan Terputus, Perkhidmatan Komuter Laluan Kuang-Rawang Kedua-Dua Arah Ditutup
siakapkeli.my

Perkhidmatan komuter laluan antara Kuang - Rawang di kedua-dua arah dihentikan sementara oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berikutan kabel talian atas antara laluan putus pagi tadi.

Menurut kenyataan oleh jurucakap KTMB, kejadian terbabit telah menyebabkan perkhidmatan tren komuter serta Perkhidmatan Tren Eletrik (ETS) mengalami gangguan perjalanan.

Ketika ini, kerja-kerja membaik pulih giat dijalankan manakala para pengguna dinasihatkan merancang perjalanan dengan menggunakan perkhidmatan lain untuk menuju ke distinasi masing-masing.

"KTMB sedang menguruskan pemindahan penumpang ETS yang terkandas ketika dalam perjalanan.

"Perkhidmatan bas untuk pengguna tren komuter di antara laluan Sungai Buloh-Rawang disediakan manakala, perkhidmatan tren komuter di antara laluan Tanjung Malim-Serendah dan Pelabuhan Klang-Sungai Buloh adalah normal," katanya.

KTMB turut memohon maaf di atas kesulitan yang dialami selain menambah bahawa sebarang perkembangan terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Bagi mendapatkan informasi lebih lanjut, pengguna boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTMB di talian 03-22671200. Orang ramai juga boleh melayari Twitter KTMB di @ktm_berhad bagi tujuan yang sama.

Sumber : BH Online

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Oct 22, 2017 7:59 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Ustaz Hanafiah Kongsi Petua Dapat Anak, Dengan Susu Kambing Dan Buah Kurma
siakapkeli.my

Setiap pasangan yang sudah berkahwin sudah pasti inginkan cahaya mata untuk menyerikan hidup rumahtangga. Ada diantara mereka yang menunggu bertahun-tahun untuk mendapatkan anak, telah pelbagai usaha tapi masih lagi tidak dapat merasai nikmat itu.

Sangat sensitif bila ada yang tanya, bila mahu ada anak? atau bila mahu berisi?. Mereka yang bertanya itu tidak tahu bahawa pasangan itu sudah penat berusaha untuk mendapatkan cahaya mata.

Mungkin rezeki belum menyebelahi, namun jangan patah semangat, jangan putus asa. Berdasarkan Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek, 43, nabi Zakaria dahulu juga diuji dengan ketiadaan anak.

"Isterinya mandul dan dia juga sudah tua, maka dia berdoa pada Allah agar dikurniakan cahaya mata."

Ustaz Hanafiah telah berkongsi satu petua untuk mendapatkan anak di televisyen. Petua ini perlu diamalkan suami isteri yang inginkan anak, sama-sama konsisten dalam usaha, masa yang ustaz tetapkan adalah setahun.

Alhamdulillah, ramai yang menghubunginya dengan memberi maklumbalas positif.

Menurut beliau, Ulama di Yaman berusia 52 tahun, dan pasangannya disahkan mandul. Setelah bermacam-macam usaha dilakukan, beliau dan isteri mencuba petua dan diamalkan. "Dengan Izin Allah dapat anak."

Petua Dapat Anak Daripada Ustaz Hanafiah

Hari Pertama
1 kilo kurma yang liat dan kering (elak yang lembik sebab takkan jadi)
1 liter susu kambing (ambil yang fresh baru afdal)

Caranya
Suami ambil 1 genggam dari 1 kilo kurma tadi.
Isteri pun ambil 1 genggam dari 1 kilo kurma tadi.
Buangkan biji, masukan kurma-kurma tadi dalam blender.
Taungkan liter air susu kambing. Kisar.
Isteri minum separuh, suami minum separuh.
Habiskan dalam masa 1 hari.

Hari Kedua Dan Hari-Hari Seterusnya
Pasangan suami isteri makan 7 biji kurma yang kering dan liat (jangan yang lembik) setiap pagi.
Selepas ambil kurma minum 1 gelas susu kambing setiap pagi.
Kurma boleh dimakan sekali gus atau berselang asalkan dihabiskan untuk 1 hari.

Setiap Kali Cuba Petua Amalkan Bersama
Surah Maryam ayat 1 hingga 12

Petua ini hendaklah diamalkan dalam masa SETAHUN. "Selalunya 3/4 bulan dah okay," kata Ustaz Hanafiah dalam video ceramhnya.

"Mandul itu bukan tanda kita tak boleh dapat anak," tambahnya. Kadangkala sesetengah wanita rahimnya diganggu oleh bangsa jin. Manakala kepantangan makhluk bernama jin ini adalah susu kambing.

InsyaAllah, berdoalah pada Allah.

Sumber - Mingguna Wanita

Berjaya Harumkan Nama Negara, Pelajar Malaysia Naib Juara Pidato Bahasa Mandarin Di Beijing
siakapkeli.my

Seorang pelajar Malaysia berjaya mengharumkan nama negara apabila dinobatkan sebagai naib juara Pertandingan Pidato Bahasa Mandarin Pelajar Antarabangsa 2017 di Beijing China pada 19 September lalu.

Nur Afifah Elias merupakan pelajar tahun akhir dibawah tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang mengikuti pengajian Bahasa Mandarin di Universiti Pengajian Antarabangsa Beijing.

Nur Afifah Elias, naib juara Pertandingan Pidato Bahasa Mandarin.

Sementara itu, seorang lagi pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Universiti Bahasa dan Budaya Beijing, Lin Syahirah Hishamuddin mendapat hadiah sagu hati.

Lin Syahirah Hishamuddin menerima hadiah saguhati.

Selain wakil dari Malaysia, pertandingan itu juga disertai oleh pelajar dari pelbagai negara lain seperti Russia, Itali, Sweden, Jamaica, Korea, Jepun dan Thailand.

Pejabat Education Malaysia Beijing dalam kenyataannya, berkata menerusi pertandingan itu, kemampuan pelajar Malaysia menguasai Bahasa Mandarin sangat terserlah.

"Ini menunjukkan usaha kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Pendidikan amat tepat sekali dengan menyediakan platform terbaik bagi penguasaan Bahasa Mandarin," kata kenyataan itu.

Seramai 322 pelajar Malaysia sedang mengikuti pengajian Bahasa Mandarin di dua universiti itu pada masa kini.

Education Malaysia Beijing juga berharap usaha menghantar pelajar Malaysia ke China akan diteruskan dan akan memperkasakan hubungan antara Malaysia dan China.

Sumber- Berita Harian Online

Buaya Timbul Dalam Sungai, Tapi Kenapa Jalan Raya Pula Yang Sesak Teruk
siakapkeli.my

Pagi tadi pengguna jalan raya Lebuhraya Damansara-Puchong(LDP) berhampiran Kampung Tengah Batu 13, Puchong dikejutkan dengan kehadiran seekor buaya yang timbul di atas beting tanah ditengah-tengah Sungai Klang.

Kehadiran reptilia ini membuatkan orang ramai datang berpusu-pusu untuk melihatnya lebih dekat selepas mendapat berita tentangnya yang tular di laman Facebook.

Dilihat ramai penunggang motosikal dan pemandu kereta yang melalui jambatan di atas LDP berhenti di tepi jalan untuk tidak melepaskan peluang melihat buaya berkenaan.

Kerana jumlah kenderaan yang berhenti semakin meningkat dan parkir di tepi jalan menyebabkan lebuhraya berkenaan telah mengalami kesesakan yang agak teruk.

Menurut seorang pengguna Facebook bernama Zalina Rahman, kerana kehadiran buaya itu, dia yang dalam perjalanan ke Teluk Panglima Garang kini tersangkut di dalam kesesakan kerana ramai ingin melihat buaya itu berhenti menyebabkan jalan sesak.

Menurut Noor Ziana pula, pada mulanya dia menyangka berlaku kemalangan jalan raya punca jalan sesak teruk, rupanya ramai berhenti di tepi jalan semata-mata untuk lihat buaya.

Untuk rekod, buaya muncul di dalam sungai ini bukanlah kali pertama, di mana pernah dilaporkan kehadiran reptilia ganas ini pada April lalu dan Disember 2015. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Oct 22, 2017 8:00 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Van Kilang Berpusing Dirempuh Myvi, 10 Penumpang Van Tercampak Keluar Atas Jalan, Korbankan 2 Nyawa
siakapkeli.my

Tragedi kemalangan yang berlaku pada 5.55 pagi di Jalan Sungai Petani-Tikam Batu, dekat Kampung Padang Buluh, Sungai Petani awal pagi ini telah menyebabkan dua maut manakala sebelas cedera dan dua parah, lapor Harian Metro.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku selepas kereta Myvi yang bergerak dari Tikam Batu merempuh van kilang bergerak dari Sungai Petani.

Van yang dinaiki 10 orang termasuk pemandu dalam perjalanan ke kilang Sony di Kawasan Perindustrian Prai, Pulau Pinang hilang kawalan selepas rempuh menyebabkan ianya berpusing beberapa kali sebelum kesemua yang di dalam tercampak keluar di mana seorang terperosok di bawah kereta.

Mereka yang maut dalam tragedi kemalangan itu adalah pemandu kereta Myvi yang tersepit dan seorang wanita pekerja kilang yang maut di lokasi kejadian.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu, memberitahu pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.01 pagi.

Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, mereka mendapati semua penumpang van berada di atas jalan manakala pemandu van dan kereta tersepit di tempat duduk.

"Tindakan segera diambil dengan mengeluar tiga mangsa yang tersepit. Semua mangsa kemudian dihantar ke HSAH.

"Pekerja yang terperosok bawah kereta dikeluarkan.

"Semua mangsa yang cedera kemudian dihantar ke HSAH menggunakan ambulans EMRS dan hospital," katanya.

Sumber : Harian Metro

Juruterbang Maut, Pesawat Ringan Dipandu Terhempas Di Melaka
siakapkeli.my

Difahamkan dalam kejadian jam 11.30 pagi, pesawat terbabit terhempas ke Sungai Mati, Tangkak, Johor, kira-kira 200 meter dari hujung landasan Aerodrome Sungai Rambai, di sini.

Timbalan Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat (Operasi) negeri, Kamarulzaman Mohd Din, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.39 pagi.

"Tiga jentera dan dua EMRS bersama 26 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

"Juruterbang Yen Yoon Fah, 53, maut dipercayai akibat lemas," katanya.

Memetik laporan Astro Awani pula, Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau, Penguasa Bomba Kanan 1, Dzulkarnain Abd Halim berkata, pesawat ringan itu ditemui terhempas dalam sebatang sungai kira-kira 100 meter dari kawasan ia berlepas.

Pesawat berkenaan sedang diuji oleh Aerodrome Sungai Rambai dan sudah ada di situ dua bulan bagi menjalani ujian penerbangan sebelum mendapatkan Permit Kebenaran Terbang daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

Bagaimanapun, dipercayai berlaku masalah teknikal pada pesawat ringan berkenaan ketika kedua-dua mangsa sedang melakukan ujian itu sebelum dilaporkan terhempas.

"Pukul 11.39 pagi kami menerima panggilan. Jentera bomba Merlimau seramai lapan orang sampai di lokasi 11.53 pagi setelah kita terima maklumat mengatakan sebuah pesawat ringan terhempas di tepi tasik.

"Kerja-kerja menyelamat dilakukan bomba dan semasa sampai kita dapati mangsa sebelah pemandu keluar di tepi sungai dan seorang lagi terperangkap. Mangsa yang disahkan meninggal dunia itu adalah juruterbang," katanya ketika ditemui di lokasi nahas hari ini.

Ketika tiba di lokasi, pembantunya Shahrul Safiri, 35, ditemui selamat selepas berjaya dikeluarkan orang awam yang melihat kejadian berkenaan.

Ketika ditemui terhempas, mereka mendapati sebuah pesawat ringan dalam keadaan terbalik berada di dalam sungai yang dipenuhi air dalam kawasan belukar.

Katanya, bomba mengalami kesukaran untuk mengeluarkan mangsa yang maut berikutan pesawat terbabit telah tenggelam sepenuhnya selain dikelilingi dengan belukar dan mengambil masa kira-kira 20 minit bagi mengeluarkan mangsa.

Mangsa yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Muar bagi menerima rawatan lanjut manakala mangsa yang maut dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Sumber: Berita Harian

Saya Pelik Sebab Sebelum Balik Dia Tak Henti Hantar Mesej Kata Rindu - Isteri
siakapkeli.my

Isteri kepada anggota polis trafik yang maut dalam kemalangan di Kilometer 139 Jalan Kuala Terengganu- Kuantan dekat Teluk Kalong, Chukai memberitahu bahawa suaminya sempat menghubunginya untuk memaklumkan dia akan pulang ke rumah kira-kira dua jam sebelum kemalangan berlaku.

"Suami ada hubungi saya memaklumkan dia akan sampai ke rumah dalam masa satu jam dan ketika itu dia juga beritahu berasa sangat letih sepanjang mengikuti latihan itu," kata Zarina Abdul Rahman, 37, isteri Sarjan Mejar Abdul Hakim Samingan, 54, salah seorang mangsa yang maut dirempuh oleh sebuah lori yang memasuki laluan konvoi.

Selain Abdul Hakim yang merupakan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun, turut terlibat dalam kemalangan itu ialah rakan setugasnya, Koperal I Suresh, 36.

Menurut Zarina, kejadian itu berlaku ketika suaminya itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Rajawali di Pulau Serai, Dungun selepas menyertai latihan menunggang jarak jauh motosikal berkuasa tinggi itu sejak Selasa lalu.

"Dia hubungi saya pada 1.30 petang ketika berada di Sungai Ular, Kuantan dan saya memintanya menunggang dengan berhati-hati. Dia juga memaklumkan kena bertugas esok di Arena Merdeka, Dungun sebagai persiapan menyambut kehadiran Timbalan Perdana Menteri yang akan merasmikan satu program besar di situ pada Sabtu," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kemaman.

Jelas Zarina, dia meminta suaminya segera pulang ke rumah untuk berehat kerana bimbangkan Abdul Hakim yang menghidap penyakit kencing manis sebelum dia dimaklumkan tentang kejadian menimpa suaminya kira-kira pukul 3 petang .

"Hasil perkahwinan saya dengan arwah, kami dikurniakan tiga cahaya mata berusia tiga hingga sembilan tahun.

"Arwah yang pernah berkahwin sebelum bernikah dengan saya, mempunyai empat anak berusia 18 hingga 31 tahun," katanya.

Sementara itu, Winney Suley Buan, 33, isteri kepada salah seorang anggota yang terlibat dalam kemalangan ini, Suresh berkata, mendiang suaminya kerap menghantar WhatsApp dan memaklumkan merinduinya.

"Saya agak pelik dengan tindakannya itu kerana sebelum ini walaupun pernah berkursus lama tetapi tidak menghantar pesanan begitu, " ujarnya.

Menurut Winney, dia menerima mesej rindu terakhir yang di hantar suaminya ketika mereka berhenti makan di Sungai Ular sebelum maut dalam kemalangan dua jam kemudian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk proses bedah siasat.

"Kita juga menahan pemandu dan kelindan lori berkenaan untuk siasatan lanjut serta menjalani ujian saringan air kencing, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Jenazah Abdul Hakim akan dikebumikan di Kampung Seberang Pintasan, Dungun manakala mendiang Suresh pula dibawa pulang ke kampungnya di Kampung Gelam Kecik di Tumpat, Kelantan.

Sumber- Harian Metro

Dua Anggota Trafik Maut Dirempuh Lori
siakapkeli.my

KEMAMAN: Dua anggota polis trafik maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan KM139 Jalan Kuala Terengganu - Kuantan kira-kira jam 3.05 petang tadi.

Dua anggota berkenaan dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Dungun itu dikatakan dalam perjalanan dari Mersing ke Kuala Terengganu setelah mengikuti program konvoi motosikal yang dianjurkan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPK Terengganu.

Menurut sumber, ketika konvoi melalui jalan berhampiran bangunan Kowaja Teluk Kalong, Kemaman itu, tiba-tiba sebuah lori pick-up jenis KIA berwarna putih dikatakan telah memasuki laluan konvoi dan merempuh kedua-dua mangsa.

Mangsa dikenali sebagai SM Abdul Hakim Bin Samingan, 54, dan KPL Sureh A/L Itchang, 36, mengalami kecederaan parah dan meninggal di tempat kejadian.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat. - Siakapkeli.my

Sumber Gambar Mangsa: Berita TV3

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: