8 Messages
Digest #4852
Messages
Wed Oct 25, 2017 7:13 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Papar Bendera Sukan SEA Berterabur, Pegawai RTM Digantung Tugas
siakapkeli.my
Akibat insiden 'bendera berterabur' pada paparan pungutan pingat Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang disiarkan di saluran TV2 lepas, seorang pegawai telah digantung tugas serta dikenakan amaran.
Tindakan tersebut dikenakan kepada pegawai yang terlibat adalah berdasarkan keputusan siasatan terperinci yang dibuat oleh jawatankuasa setelah berakhirnya temasya sukan dwi-tahunan kata Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Abu Bakar Ab Rahim.
"Seorang pegawai dari bahagian berita telah digantung tugas selama dua minggu.
"Selain itu, terdapat beberapa pegawai telah diberi amaran berhubung insiden yang berlaku," katanya ketika dihubungi mStar Online, Rabu.
Namun demikian, beliau tidak mendedahkan identiti dan tarikh pegawai itu mula digantung tugas. Kakitangan lain juga diberi amaran di atas insiden yang terjadi untuk mengelakkannya daripada berulang pada Sukan Para Asean di Kuala Lumpur pada 17 hingga 23 September ini.
Abu bakar memberitahu bahawa kesilapan tidak akan berlaku jika semua pihak di bahagian produksi mengikut prosedur operasi standard (SOP) sepanjang siaran berlangsung.
"Perkara ini kena ikut SOP, kalau ikut insyaAllah tak ada masalah. Apa-apa maklumat yang kita siarkan kena melalui saringan dahulu, tak boleh dibiarkan lepas begitu saja," tambah Abu Bakar.
Insiden bendera berterabur ini telah berlaku pada 24 Ogos lalu, dalam paparan pungutan pingat semasa siaran langsung berita Tamil di saluran TV2 pada pukul 7.30 malam sehingga tular di media sosial. Terdapat lapan bendera negara yang tertukar iaitu Vietnam, Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina, Myanmar, Kemboja dan juga Laos.
Ketua Pengarah Penyiaran telah mengakui kesilapan yang berlaku serta memohon permintaan maaf sehari selepas insiden itu berlaku melalui segmen berita di saluran TV yang sama lapor mStar Online.
Setelah permohonan maaf dibuat melalui saluran TV insiden itu berlaku, beliau sekali lagi memohon maaf menerusi siaran Berita Nasional di Saluran TV1.
Menurut Abu Bakar, kesilapan tersebut berpunca pada peringkat produksi iaitu semasa memberikan maklumat terkini. Ia mungkin berlaku disebabkan keputusan pingat yang sentiasa berubah-ubah.
Sumber : mStar Online
Netizen Tegur Sesetengah Media, Sejak kebelakangan Ini Kerap Papar Gambar Bendera Negara Sukan SEA Berterabur
siakapkeli.my
Belum pun reda isu kesilapan bendera Indonesia yang dicetak terbalik dalam buku cenderahati upacara pembukaan temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) yang menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat negara berkenaan, kini dilihat kesilapan bendera semakin menjadi-jadi.
Mana tidaknya, inbox kami dipenuhi dengan gambar-gambar terbaru beberapa kesilapan terbaru bendera beberapa buah negara yang terlibat sukan SEA.
Keratan sebuah akhbar tempatan
Dari sebuah stesen tv tempatan
Juga dari sebuah stesen tv tempatan
"Adakah ianya dilakukan dengan sengaja kerana baru isu benderan Indonesia terbalik, dan kini semakin menjadi-jadi,
"Kes ini sebenarnya kecil, tetapi bila selalu silap nampak seperti mempermainkan pula, ada negara isu bendera ini sensitif, jadi semoga editor lebih bertanggungjawab dalam menjalankan kerja," tulis pengguna Facebook yang lain.
Untuk pengetahuan semua, kesilapan teknikal ini juga terjadi di luar negara termasuk sukan olimpik Rio 2016 lalu di mana bendera China tersalah.
Memetik laporan mStar Online, kesilapan yang sama turut dilakukan oleh pihak RTM baru-baru ini, bagaimanapun mereka telah tampil memohon maaf.
Melalui siaran TV2, mereka telah bertukar bendera antara satu sama lain dalam paparan pungutan pingat yang dimenangi atlet seperti mana disiarkan.
Lapan bendera daripada 11 negara yang bertukar itu membabitkan Vietnam, Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina, Myanmar, Kemboja dan Laos.
Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Abu Bakar Ab Rahim mengakui kesilapan yang dilakukan semasa siaran langsung berita Tamil di saluran TV2 pada pukul 7.30 malam Khamis.
"Bagaimanapun kami telah membuat permohonaan maaf berhubung kesilapan itu telah dibuat pada segmen berita di saluran TV yang sama pada Jumaat."
"Kita akui kesilapan itu tetapi ia dibuat secara tidak sengaja. Kita telah membuat permohonan maaf dalam berita Tamil malam tadi."
"Selain itu permohonan maaf juga telah dibuat menerusi siaran Berita Nasional di saluran TV1 pada tengah malam Jumaat,'
Menurut beliau, kesilapan tersebut adalah berpunca pada peringkat produksi iaitu semasa memberikan maklumat terkini dengan keputusan pungutan pingat yang sentiasa berubah-ubah.
"Kita akan ambil tindakan bagi mengelak perkara ini berulang lagi," katanya.
Berkaitan isu bendera Indonesia terbalik, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin telah momohon maaf dan Presiden Indonesia, Joko Widodo telah menerima permohonan maaf Malaysia itu dan menganggap isu tersebut tidak perlu diperbesarkan. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Oct 25, 2017 7:13 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Waris Atau Mangsa Kren Runtuh Tidak Akan Dapat Pampasan Seperti Dijanjikan
siakapkeli.my
Mangsa kren runtuh pada musim haji 2015 tidak akan mendapat sebarang diyyah (wang pampasan) itulah yang diputuskan oleh Mahkamah Makkah, kelmarin.
Menurut Mahkamah Makkah, kejadian itu berlaku disebabkan faktor alami bukan disebabkan kecuaian manusia.
Sementara itu, Lembaga Tabung haji sedang berusaha mendapatkan kenyataan rasmi kerajaan Arab Saudi berhubung keputusan itu.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Tabung Haji akan memaklumkan kepada semua waris jemaah sebaik menerima kenyataan balas daripada kerajaan Arab Saudi.
Disamping itu, pihak Mahkamah Makkah telah membebaskan 13 pekerja Binaldin Group yang dipercayai bertanggungjawab terhadap kejadian kren gergasi di Tanah Suci.
Berdasarkan sumber, pada September 2015, seramai 108 mangsa terbunuh dan 238 cedera apabila kren yang digunakan untuk menaik taraf Masjidil Haram itu tumbang.
Mengikut rentetan tragedi malang itu, Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al Saud dilaporkan bersetuju membayar pampasan kepada semua mangsa yang terbabit dalam nahas kren runtuh di Masjidil Haram.
Mengikut laporan, nilai pampasan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kepada jemaah meninggal dunia, jemaah cedera yang hilang keupayaan kekal dan jemaah yang hanya mengalami kecederaan biasa.
Mereka akan dibayar SR1 juta (RM1.81 juta), bagi jemaah yang meninggal dunia dan jemaah yang hilang keupayaan kekal, manakala kecederaan biasa akan diberi SR500,000 (RM588,976) sebagai pampasan.
Muhamad Hafizan Muhammad Noor, 28, merupakan salah seorang waris daripada tujuh mangsa dari Malaysia mengakui mereka sekeluarga reda akan pemergian ibu tetapi terkejut dengan keputusan Mahkamah Makkah itu.
"Sebelum ini mereka (kerajaan) menjanjikan wang pampasan berkenaan," katanya yang merupakan anak ketiga Allahyarham Rohana Ismail, jemaah haji Malaysia yang terkorban dalam tragedi itu.
Menurutnya, mereka tidak kisah jika diberikan pampasan atau tidak, namun akan terus menunggu kerana mempunyai perancangan seperti sedekah dan derma atas nama arwah ibunya.
"Bagaimanapun, kami reda dan berharap kerajaan Malaysia campur tangan terutama kepada mangsa yang cacat kekal serta memerlukan wang berkenaan," tambahnya.
Sumber - Harian Metro
Raja Arab Saudi Umum Berikan Pampasan 1 Juta Riyal Kepada Mangsa Kren Runtuh Di Mekah
siakapkeli.my
Jeddah: Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud dilaporkan telah bersetuju untuk memberikan pampasan kepada semua mangsa yanng terlibat dalam nahas kren runtuh di Masjidil Haram petang Jumaat lalu.
Memetik laporan Saudi Press Agency, nilai pampasan ini dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu kepada jemaah yang meninggal, kepada jemaah yang cedera hilang keupayaan kekal dan jemaah yang hanya mengalami kecederaan yang boleh sembuh seperti biasa.
Bagi jemaah yang meningga dunia dan jemaah yang cedera hilang keupayaan kekal mereka akan dibayar sebanyak SR1 Juta(RM1.14juta) dan untuk mereka yang mengalami kecederaan yang membolehkan mereka pulih seperti biasa pula akan diberi pampasan sebanyak SR500,000 (RM57juta).
Raja Salman dikatakan berbuat demikian adalah sebagai satu bantuan kepada keluarga jemaah yang terkorban selain sebagai bantuan kepada mereka untuk menuntut hak mereka di mahkamah.
Selain itu, bagi jemaah yang meninggal dunia, dua orang waris mereka akan dijemput sebagai tetamu diraja untuk menunaikan ibadah haji untuk musim haji 1437H iaitu tahun depan.
Manakala bagi jemaah yang tercedera tidak dapat menunaikan haji musim ini boleh menunaikan ibadah haji pada tahun depan juga sebagai tetamu diraja.
Kepada waris mangsa yang masih menjaga ahli keluarga mereka di hospital di Arab Saudi, mereka akan diberikan kemudahan visa lawatan di mana ia akan dilanjutkan sehingga tamat tempoh haji atau sehingga kembali ke negara asal mereka.
Raja Salman pada masa yang sama telah menamatkan serta merta perkhidmatan kontraktor terlibat iaitu Saudi Binladin Group di mana kren milik syarikat berkenaan telah tumbang mengorbankan sekurang-kurangnya 107 jemaah Jumaat lalu.
"Syarikat berkenaan tidak menitik beratkan soal keselamatan semasa projek pembinaan sedang dijalankan," kata baginda dipetik dari Saudi Press Agency. - Siakapkeli.my
#UPDATE: King Salman orders SR1 million compensation for injured with permanent disability.
Half a million riyal compensation for those injured in Haram accident.
Two relatives of the deceased will be King's guests for Haj of 2016.
Probe finds Bin Ladin Group partially responsible for the accident.
No criminal intent in the accident but violations found in crane's functioning
Berita turut dimuatnaik oleh laman facebook Saudi Gazette
Mangsa Tragedi Kren Mekah : Najib di gesa merayu kepada kerajaan Arab Saudi
bloglist-malaysia.
alhusseyn51.
Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn
Perdana Menteri Najib Abdul Razak diminta menggunakan hubungan baik yang sedia terjalin antaranya dengan Raja Salman Arab Saudi supaya merayu bagi pihak mangsa tragedi kren tumbang mendapatkan segera pampasan mereka sebagaimana yang telah dijanjikan.
Raja Salman telah menjanjikan pembayaran pampasan untuk mangsa tragedi dan tidak akan menghalang tuntutan perundangan persendirian dilakukan oleh keluarga mangsa yang terkorban dan tercedera.
Mangsa tragedi juga boleh memfailkan saman undang-undang jika mereka tidak berpuas hati dengan pampasan sebagaimana yang dilaporkan di sini
Sudah tentu tidak menjadi halangan bagi Raja Salman yang pemurah lagi dermawan untuk menunaikan permintaan PM Najib; sedangkan tanpa Najib meminta dan merayu, Salman boleh memberikan RM2.6 bilion begitu sahaja kepadanya.
Tidak masuk akal kalau rayuan daripada PM Najib akan ditolak begitu sahaja oleh Raja Arab Saudi... Apalah sangat kalau hanya sebanyak RM1.1 juta x 7 orang hendak dibandingkan dengan RM2.6 bilion??
Takkanlah Abdul Azeez dan Jamil Khir tidak mahu percaya betapa pemurah dan dermawannya Salman Raja Arab Saudi...??
Abdul Azeez dan Jamil Khir jangan mudah berlepas tangan begitu sahaja. Tabung Haji perlu bertanggungjawab dalam urusan pampasan dan tuntutan gantirugi mangsa tragedi kren tumbang sewaktu mengerjakan Haji di Mekah pada 2015 dulu.
Abdul Azeez dan Jamil Khir perlu membawa PM Najib dan Peguam Negara Apandi Ali untuk memujuk kerajaan Arab Saudi memberikan pampasan kepada mangsa tragedi sebagaimana yang telah dijanjikan.
Tentu semua masih ingat Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, mendakwa wang berjumlah RM2.6 bilion didermakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak oleh seorang anak lelaki Allahyarham Raja Arab Saudi.
Sunggoh pemurah dan baiknya hati anak Raja Arab tersebut. Dan betapa beruntungnya Najib kerana dalam ramai manusia dalam dunia ini, dia satu-satunya yang terpilih untuk menerima derma yang sebanyak itu!
Itulah apa yang Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali cuba menyakinkan kepada kita semua, RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun Najib itu adalah derma dari anak Raja Arab Saudi!
Hanya tukang jilat dan pengampu Najib termasuk lebai-lebai dari parti suci percaya sebab masing-masing sudah mendapat habuan dedak dari Najib.
Tetapi hari ini FMT melaporkan Mahkamah Mekah tolak pampasan untuk mangsa kren runtuh 2015.
Mahkamah di Mekah memutuskan tragedi itu kejadian alam dan tiada ganti rugi diyyah atau pampasan perlu dibayar oleh syarikat terbabit.
Apakah tukang jilat dan pengampu Najib termasuk lebai-lebai dari parti suci masih mahu percaya apa yang Peguam Negara Apandi Ali kata RM2.6 bilion itu derma dari anak Raja Arab?
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Oct 25, 2017 7:14 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Sejarah Bangsa Rohingya Yang Disembunyikan
bloglist-malaysia.
ekeleh.com
Isu Rohingya ini sebenarnya rumit. Ya… sangat rumit. Tapi ramai yang main bedal saja bila mengulas isu ini tanpa membuat penyelidikan secara menyeluruh. Ilmu yang sedikit membawa kepada fitnah.
Aidil Adha dan hari-hari Tasyriq yang patut menyatukan kita telah bertukar menjadi hari berbalah dan menyebar dusta. Apa kebendanya semua ini?
Ada tulisan tular yang kata Rohingya ini tidak “deserve†bantuan kita kerana mereka berperangai buruk. “Kalau etnik lain boleh hidup aman damai di Myanmar kenapa Rohingya tak boleh? Mesti perangai Rohingya sendiri yang suka duduk dalam kepompong sendiri menolak asimilasi kan? Cuba tengok perangai mereka dekat Selayang!†Dan… macam-macam lagilah.
Benda ini bukan boleh pakai logik sahaja bang ooiii. Rohingya dibenci pun bukan kerana faktor agama atau Islamo-fobia semata-mata. Bukan hitam vs putih. Bahaya jika isu ini dibahaskan melalui kerangka konflik agama. Isu Rohingya adalah contoh klasik kegagalan ethno-nasionalisme yang membawa kepada kegagalan “nation-buildingâ€.
Rohingya merupakan kumpulan yang dikambinghitamkan dalam masalah ini dan mereka menghadapi penghapusan etnik atau “genocideâ€.
Ingatlah… Rohingya bukan pendatang Bangladesh yang sombong seperti yang didakwa. Keadaan Rohingya dan Bangladesh ada persamaan dengan Alam Melayu juga.
Pada asalnya negeri Rakhine (atau Arakan, tempat duduk orang Rohingya) dan Bengal (Bangladesh hari ini) dekat dari segi geografi dan politik, maka berlaku interaksi budaya.
Selepas tahun 1785, Arakan ditawan oleh Burma (Myanmar) dan kekal berada di bawah Burma selepas Burma merdeka daripada Britain pada tahun 1948, maka Muslim Arakan dipisahkan daripada Muslim Bengal. Muslim Arakan atau Rohingya ini pada asalnya boleh hidup dengan etnik Rakhine yang menganut Buddhisme. Namun dasar British yang membawa masuk buruh Bengali menyebabkan Rakhine rasa terancam.
Malah semasa Perang Dunia Kedua (1939-1945), Rakhine menyokong Jepun dan Rohingya setia dengan British. Maka berlakulah permusuhan dan episod bunuh-membunuh seperti 14 hari pemerintahan Bintang Tiga di Tanah Melayu.
Rohingya pernah juga menuntut kemerdekaan agar disatukan dengan Bangladesh. Mereka berjuang secara bersenjata di bawah nama Mujahideen (1947-1961), Rohingya Liberation Party (1972-1974), Rohingya Patriotic Front (1974-1982), Rohingya Solidarity Organization (1982-1998), Arakan Rohingya Islamic Front (1986-1998) dan Arakan Rohingya National Organization (1998 sehingga kini).
Dan bukan Rohingya sahaja yang tak mahu berasimilasi, berpuluh-puluh etnik yang lain seperti Karen, Mon, Shan, Kachin dan Wa telah mengangkat senjata menentang dasar asimilasi “Burmanization†yang bermula sejak 1960-an selepas kudeta tahun 1962.
Nama saja Burmanization tapi pemerintah tentera berat sebelah kepada budaya etnik Bamar dan agama Buddhisme. Untuk mengambil hati Rakhine kononnya (salah satu daripada 4 etnik penganut Buddhisme bersama-sama orang Bamar, Shan dan Mon), Jeneral Ne Win memberi taraf autonomi kepada Rakhine tetapi pada masa yang sama tidak mengiktiraf Rohingya sebagai penduduk Rakhine.
Malah, sejak tahun 1982 Rohingya dilucut kewarganegaraan di bawah Undang-Undang Kewarganegaraan. Rohingya tiba-tiba telah menjadi “stateless peopleâ€.
Pendemokrasian Myanmar sejak tahun 2011 juga tidak mengubah nasib Rohingya. Parti yang anti-Rohingya, Rakhine Nationalities Development Party (RNDP) memenangi majoriti kerusi di Rakhine.
Presiden Thein Sein tiada pilihan selain mengambil hati RNDP dengan membuat cadangan agar orang Rohingya ditempatkan semula, satu cadangan yang ditolak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) kerana menzalimi hak orang Rohingya sebagai penduduk asal.
Thein Sein disokong oleh gerakan sami pelampau seperti Ashin Wirathu, pemimpin Gerakan 969 yang menyebarkan sentimen Islamo-fobia. Gerakan 969 inilah tukang penyebaran propaganda bahawa orang Rohingya adalah pendatang Bangladesh dan menghasut orang Rakhine membunuh orang Rohingya.
Sejak itu pembantaian ke atas Rohingya berlaku pada Jun 2012, Mac 2013 dan Oktober 2016 sehingga kini. Semakin ramai yang meninggalkan Rakhine dan semakin banyak tragedi kemanusiaan yang dilaporkan.
Kebanyakan mereka samada mati lemas di tengah laut, atau dirogol dan dibunuh oleh pedagang manusia di Chittagong Hill Tracts di sempadan Rakhine-Bangladesh.
Apa yang berlaku ke atas orang Rohingya menepati ciri-ciri “genocide†yang sistematik.
Ia bermula dengan aktiviti “classification†(identiti Rohingya diasingkan daripada rakyat Myanmar).
Kemudian “dehumanization†(969 panggil Rohingya sebagai anjing).
Seterusnya “organization†dan “polarization†(orang Rakhine dihasut dan diberi senjata).
Akhirnya… “extermination†(bantai) dan “denial†(penafian berlakunya pembantaian)
Apa yang berlaku ke atas Rohingya ini sama seperti apa yang telah berlaku ke atas kaum Muslim Bosnia di Bosnia (1995), kaum Darfur di Sudan (2003-kini), Tutsi di Rwanda (1994), Yahudi dan Gypsy di Jerman (1942-1945) dan Armenia di Turki (1915-1917).
Situasi ini berbeza dengan Selatan Thailand atau Selatan Filipina di mana genocide tidak berlaku.
Keadaan Rohingya kini berada di tahap kritikal, di ambang pembinasaan (annihilation)
Pada 25 Ogos 2017 baru-baru ini, ARSA diisytiharkan sebagai kumpulan terrorist oleh kerajaan Myanmar dan itu menjadi antara punca kemarahan orang Rohingya baru-baru ini.
Siapa kata Rohingya tak berusaha untuk mengubah nasib sendiri?
Tapi mereka ni tak lawan mati, lawan pun mati. Nasib orang Rohingya baru betul-betul tersepit.
Fakta-fakta ini boleh diperolehi daripada dokumen-dokumen UN, UNHCR, Amnesty International, Human Rights Watch dan banyak lagi.
Jenayah terhadap Rohingya dibentangkan dalam sesi demi sesi di UN. Tan Sri Razali Ismail, wakil Malaysia di UN adalah antara sosok yang aktif dalam aktiviti ARNO yang berpangkalan di London.
Jadi, apa yang cuba dinafikan tentang genocide ke atas Rohingya di Myanmar? Ada ke patut mangsa genocide dipersalahkan? Kenapa dunia tidak mahu bersuara membela Rohingya?
Kerana Myanmar ini negara yang sensitif. Kedudukannya strategik dari segi geo-politik. Myanmar pro-China, jadi kuasa-kuasa Barat (US, EU) dan India cuba kurangkan kritikan terhadap Myanmar agar ia berpaling tadah daripada China.
Tapi kalau semua kuasa-kuasa besar termasuk China hatta ASEAN kutuk Myanmar sekali pun, Myanmar boleh saja tutup pintu dan amalkan dasar isolasi. Masalah tetap tidak selesai malah lagi mudah mereka nak bantai Rohingya sampai habis.
Keadaan ini berbeza dengan krisis di Bosnia atau Sudan di mana kerajaan mereka lebih “vulnerable†dengan kecaman kuasa-kuasa besar. Nak harapkan Bangladesh yang “serumpun†dengan Rohingya? Bangladesh antara negara termiskin di dunia. Kecil dari segi ekonomi dan ketenteraan. Tak mampu nak melindungi Rohingya. Dan kita pun tak mampu untuk membantu pelarian Rohingya buat selama-lamanya.
Mereka yang menyuarakan keresahan tentang kehadiran Rohingya pun tidak salah sepenuhnya. Tak salah juga kalau nak mendahulukan kepentingan negara lebih daripada kemanusiaan. Tak salah. Pada asalnya tak timbul isu pun. Orang Rohingya tak minta bantuan tambahan. Orang Rohingya tak minta nak jadi warganegara Malaysia. Orang Rohingya cuma membantah kekejaman ke atas mereka di hadapan Kedutaan Myanmar di Malaysia.
Keadaan hilang kawalan sedikit, tapi tak seteruk perhimpunan yang dibuat oleh rakyat tempatan sendiri. Ia menjadi isu apabila ada orang cuba menghasut agar membenci Rohingya.
Kalau tak nak bantu pun tak apa, tapi amat zalim jika “whitewash†jenayah kemanusiaan yang dilakukan ke atas Rohingya dengan “half-knowledgeâ€.
Kalau betul-betul prihatin dengan isu ini, baik consult pakar seperti Dr. Jatswan Singh (Universiti Malaya) yang lebih 20 tahun mengkaji politik Myanmar dan masalah Rohingya. Kalau setakat mengulas dengan emosi dan “half-truthâ€, atau nak mengaitkan pengalaman “saya dan Rohingya†masing-masing, sampai kiamat pun tak selesai.
Allahu’alam…
Bacaan Lanjut:
â€" United Nations High Commissioner for Human Rights, “Situation of Human Rights of Rohingya Muslims and other Minorities in Myanmar†(20 Jun 2017)
â€" United Nations Human Rights Office of the High Commissioner, “Report of OHCHR Mission to Bangladesh: Interviews with Rohingyas Fleeing from Myanmar since 9 October 2016†(3 Februari 2017)
â€" Azeem Ibrahim, “The Rohingyas: Inside Myanmar’s Hidden Genocide†(2016).
â€" Human Rights Watch, “All You Can Do is Pray: Crimes Against Humanity and Ethnic Cleansing of Rohingya Muslims in Burma’s Arakan State†(2013)
â€" Su-Ann Oh, “Rohingya or Bengali? Revisiting the Politics of Labelling†(Insitute of Southeast Asian Studies, 2012).
Sumber : zulsegamat
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Oct 25, 2017 7:14 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
"Cangkuk Hanger Itu Dah Termasuk Dalam Tekak Anak Aku," Bahaya Hanger Yang Ibu-Ibu Tidak Tahu
siakapkeli.my
Jadi seorang ibu ini perlulah sentiasa ada sikap pemerhati yang lebih terutama kepada anak-anak. Biasanya kita tak kisah dengan barang-barang sekeliling anak kita sebabnya, kita tak nampak bahaya. Tapi bila dah jadi barulah kita tahu bahawa barang itu bahaya dekat anak kita.
Sebelum nak tinggalkan anak-anak tu, kena tengok dulu sekeliling mereka, mana lah tahu kalau ada barang yang bahaya. Lebih baik jauhkan semua barang-barang dari anak kita, terutama yang masih tidak boleh berjalan dan bercakap. Ikuti perkongsian daripada Info Ibu Hamil mengenai hanger yang memudahkan ibu-ibu tapi mampu memudaratkan anak-anak.
JUST SHARING. sharing is caring right. This happen at me and aku tak nak jadi pada anak orang lain pulakk.
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••Hanger.
Hanger ni memang bagus, menyenangkan kerja. Tapi hanger hanya menyenangkan buat kita, bukan anak-anak kita. Seelok-eloknya sorokkanlah dari baby/ kanak-kanak yang tak tahu apa-apa lagi tuu. Kalau anak terjumpa hanger masa tengah berlegar2 kat rumah tu pun tolonglah ambil hanger tu kalau anak tak nak bagi rampas je biar dia menangis jangan kita yang menangis kemudian hari. Memang tak sangka hanger tu boleh jadi berbahaya untuk anak-anak kita. Tapi kita tak tahukan. Sekarang macam-macam boleh terjadi. Nak tahu sebab apa aku kata hanger ni bahaya untuk baby?
Tragedi bermula waktu aku tengah berborak dengan ibu aku, yakni nenek Iris, Iris macam biasalah, main-main dekat sebelah aku and sebelum tu aku dah check memang tak ada benda kecil yang senang ditelan atau apa-apa yang berbahaya kat tempat Iris bermain tu. Yang ada cuma hanger sahaja, so aku pun biarkan Iris main-main sebab aku memang tak terfikir langsung hanger tu boleh memudaratkan Iris.. So aku sambung borak...
Tiba-tiba aku dengar anak aku batuk-batuk macam nak termuntah. Bila aku toleh pada anak aku, Ya Allah... dugaan apa ni... aku nampak cangkuk hanger tu dah termasuk dalam tekak anak aku. Iris hanya ternganga tak mampu menangis. Bibir Iris dah bertukar biru. Hanger tu betul2 tersangkut macam dekat ampaian baju tapi yang jadi pengampainyaa tu anak aku sendiri, orang yang paling aku sayang, nyawa aku 😰😰 Automatically darah aku mengalir laju, tanpa banyak cakap aku pun tawakal (nampak memang macam tak boleh keluarkan cangkuk hanger tu sebab dia melengkung) tapi aku tawakal jugak, aku dah tak fikir apa masa tu, terus aku grab tangan anak aku supaya dia tak tepis tangan aku,(untuk pengetahuan korang ayah Iris tak ada kat rumah masa tu, kalau dia ada mesti tak jadi kes ni) then aku dongakkan kepala Iris and tarik cangkuk hanger tu dengan berhati-hati supaya tekak Iris tak terluka.
Alhamdulillah,
Aku jadikan kes tu satu pengajaran, tak semua benda yang nampak tak bahaya tu boleh bagi anak main tapi aku bukan saja-saja memang bagi Iris main hanger, tak dia jumpa hanger tu sendiri, dan aku pun malas nak rampas hanger tu sebab memang tahu perangai Iris kalau kita tak bagi dia main sesuatu dia nak dia akan tantrum. So, bagi aku selagi barang tu tak membahayakan atau mudah ditelan aku akan biarkan dia main.😌😌
Allah nak tunjukkan yg aku perlu lebih berhati-hati and be more concern pada Iris. Tapi aku masih tak boleh terima macam mana Iris boleh tertelan cangkuk hanger tu. Bila difikir balik, Iris pun memang banyak akal so no wonder lah. Takpelah, benda dah nak jadi and dah lepas dah pun. Iris pun Alhamdulillah sihat walafiat sekarang😊so jadikan sebagai pengajaran, yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan teladan....yedokkkk
Sumber- Info Ibu Hamil
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Oct 25, 2017 7:15 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
ISU PENGHAPUSAN PERKATAAN ISLAM
bloglist-malaysia.
wabillahagro.
Dicatat oleh Abd Wahab Abdullah
APAKAH PRESIDEN AMANAH MAHU LAWAN MAJLIS RAJA-RAJA DAN APAKAH PENASIHAT UMUM AMANAH SETUJU DENGAN PRESIDEN AMANAH?
Kenyataan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, di dalam ucapan penggulungan beliau pada Konvensyen Nasional AMANAH di Alor Setar, Kedah, pada 22 Oktober lalu bahawa "semua label-label seperti ini ("perubatan Islam", "hospital Islam" dan sebagainya) mesti kita ubah sedikit demi sedikit" sebenarnya membawa implikasi besar kepada hala tuju AMANAH.
Tercatat dalam rekod sejarah betapa, hasil dari ucapan dasar Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam Perhimpunan Agung UMNO Kali Ke-54 pada 11, 12 dan 13 Mei 2000 yang menghentam dengan kuat PAS maka timbullah cadangan supaya perkataan "Islam" diharam dari digunakan di dalam nama parti-parti politik di dalam Perhimpunan Agung UMNO ini dengan Tun Dr Mahathir sendiri turut kemudiannya bersetuju dengan desakan ini.
Bagi menghadapi isu ini, PAS telah menubuhkan "Panel Menangani Usaha Penghapusan Nama Islam" yang dipengerusikan oleh Penasihat Umum AMANAH, Ustaz Ahmad Awang, yang kemudiannya melaporkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 15 Disember 2000 bahawa "secara keseluruhannya para mufti, termasuklah Mufti-Mufti Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan, memiliki pendirian yang selari dengan PAS" dalam isu penghapusan nama Islam ini.
Bagaimanapun, berlawanan dengan kehendak Tun Dr Mahathir ini, Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu kali ke-188 pada 22 Mac 2001, yang bertindak di atas perakuan Mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan pada 15 Februari 2001, telah memutuskan bahawa tiada halangan untuk perkataan Islam digunakan oleh mana-mana pertubuhan di negara ini asal sahaja penggunaan perkataan Islam ini dibuat dengan berdisiplinkan ilmu, iman dan ihsan.
Bila Mohamad Sabu selaku Presiden AMANAH mengumumkan bahawa AMANAH akan menghapuskan sedikit demi sedikit perkataan Islam ini, apakah beliau telah mendapat persetujuan Ustaz Ahmad Awang selaku Penasihat Umum AMANAH sebelum berbuat demikian kerana Ustaz Ahmad Awang diketahui mengetuai penentangan ke atas usaha penghapusan perkataan Islam ini sewaktu ia dibuat oleh Tun Dr Mahathir dahulu?
Bila Mohamad Sabu selaku Presiden AMANAH mengumumkan bahawa AMANAH akan menghapuskan sedikit demi sedikit perkataan Islam ini, apakah beliau tidak sedar mengenai keputusan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu kali ke-188 yang membenarkan penggunaan perkataan Islam ini ataupun apakah beliau sedar mengenainya tetapi beliau tetap berkeras dengan hasrat ini hanya semata-mata untuk mencapai kepentingan politik AMANAH?
FB KAMARUL YUSOF
Punca Ramai Pimpinan Parti Warisan Sabah Ditangkap Terbongkar
bloglist-malaysia.
addindeen.com
Posted by Addin
Punca Ramai Pimpinan Parti Warisan Sabah Ditangkap Terbongkar. Parti Warisan Sabah mungkin hanya berusia setahun, namun ada yang berpendapat bahawa parti itu berpotensi memberi kejutan kepada Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang.
Penangkapan pemimpin-pemimpin WARISAN, termasuk presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dilihat memperkukuhkan lagi tanggapan tersebut.
Punca Ramai Pimpinan Parti Warisan Sabah Ditangkap Terbongkar. Naib Presiden WARISAN Junz Wong mendakwa bahawa tindakan keras itu adalah bukti bahawa parti baru itu dilihat sebagai ancaman kepada BN.
Dan sekalipun ada yang bimbang penangkapan penangkapan itu akan melumpuhkan WARISAN, namun penyokong parti itu percaya ia akan menjadikannya lebih kuat,sementara ada yang mengatakan bahawa ia hanya melonjakan simpati terhadap parti itu.
Ketika ditemui di Kota Kinabalu, seorang ahli Umno dari Kinabatangan, Awang Asgali berpandangan bahawa WARISAN "memang kuat" di negeri itu.
"Lihat saja pada pendengaran permohonan reman hari tu, punya banyak orang, itu bukan mengundi. (WARISAN) memang kuat dalam pandangan kita," katanya merujuk kepada beratus-ratus penyokong yang hadir di mahkamah untuk menyokong pemimpin WARISAN yang ditahan.
Semasa pendengaran permohonan reman pertama terhadap Shafie minggu lepas, laporan menyebut sehingga 500 penyokong telah berkumpul untuk menunjukkan solidariti bersama presiden WARISAN itu.
Namun begitu, Awang masih mempunyai keraguan tentang peluang parti itu.
"Tapi kita tak tau, kadang-kadang manusia berubah. Lima tahun dulu bila pembangkang masuk, semua masuk pembangkang tapi bila undi semua pilih Barisan (Nasional)."
Punca Ramai Pimpinan Parti Warisan Sabah Ditangkap Terbongkar
Tetapi WARISAN , katanya, mempunyai "faktor Shafie" yang membezakannya daripada parti pembangkang lain di negeri itu.
"Apabila Shafie keluar Umno, semua pengikut ikut bersama. Dia orang ni menyuarakan di kampung bahawa kita mahu Sabah membangunan.
"Shafie sentiasa turun padang semasa beliau dalam Umno dan banyak menyumbang. Jadi, itu yang rakyat sayang sama dia, bukan kerana parti tapi kerana jasa itu," tambahnya.
Seorang pengundi tempatan Aman Mohd Zain percaya bahawa WARISAN memang mempunyai peluang yang cerah di bawah kepimpinan Shafie.
"Penyokong cukup kuat. Rakyat sudah macam memberi mandat baik kepada WARISAN. Parti lain mungkin tak la ada peluang begitu menyerlah.
"(Bagi WARISAN) tak ada sentimen lain, cuma masalah keadaan rakyat. Parti-parti lain ada macam-macam (isu yang diperjuangkan)
Peningkatan kedudukannya Umno sebagai ketua pemuda pada awal tahun 1990-an, Shafie menjadi orang Sabah pertama yang menjadi naib presiden parti pada pemilihan parti itu pada 2013.
Beliau bagaimanapun terkeluar dari kabinet dalam rombakan dua tahun kemudiannya sebelum keanggotaannya dalam Umno digantung setelah ia menjadi semakin vokal terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Selepas keluar dari Umno, Shafie - bersama dengan bekas naib presiden PKR, Darell Leiking, bekas pemimpin DAP Junz Wong dan beberapa pemimpinan tempatan - menubuhkan parti WARISAN. Pendaftaran parti itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada Oktober tahun lepas.
Shafie kini ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Suruhanjaya itu sedang menyiasat kira-kira 60 syarikat yang mendapat projek bekalan air, elektrik dan jalan untuk penduduk di luar bandar Sabah.
Bekas menteri pembangunan luar bandar dan wilayah dari tahun 2009 hingga 2015 itu, menafikan terbabit dalam skandal itu. Malah sokongan terhadap nya dilihat tidak terjejas.
Punca Ramai Pimpinan Parti Warisan Sabah Ditangkap Terbongkar
Awang Mohd Yahya Awang Omar yang sering menghadiri majlis WARISAN, adalah antara mereka yang menunggu Shafie pulang ke Sabah awal bulan ini.
Keputusannya untuk menyokong WARISAN adalah kerana dia percaya bahawa perubahan diperlukan di Sabah.
Sentimen ini turut disuarakan oleh Mary Chong, 52, yang menyertai parti itu selepas penubuhannya.
"Semua orang sudah ikut parti WARISAN sebab kita mahu perubahan Saya rasa WARISAN lebih baik memerintah daripada Umno," katanya.
Tetapi walaupun ada yang mungkin berpendapat bahawa WARISAN boleh menjadi penyelamat Sabah, namun tidak semua orang yang yakin begitu.
Samin Salim, 60, percaya BN akan mengekalkan kerajaan negeri dalam pilihan raya umum akan datang
Pesara dari Kota Belud itu menegaskan bagaimana WARISAN masih baru dan pembangkang pula tidak bersatu.
Punca Ramai Pimpinan Parti Warisan Sabah Ditangkap Terbongkar. WARISAN, katanya, boleh menang tiga atau empat kerusi tetapi tidak sampai memerintah negeri kerana faktor ia masih baru dan rakyat belum nampak apa yang boleh ditawarkan oleh parti itu. - mk
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Oct 25, 2017 7:15 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Kes Saman "Tampal Sesuatu Pada Cermin," Polis Tampil Berikan Penjelasan, Katanya Gambar Google
siakapkeli.my
Berikutkan kes tular di laman sosial seorang lelaki mendakwa polis telah disaman olej pihak polis kerana meletak 'sun shade' di cermin keretanya.
Lelaki itu turut menceritakan dialog yang dia mendakwa dia tidak suka rasuah selepas anggota bertanya "So, Apa macam boss?".
Berikutan itu pihak Polis Selangor telah mengeluarkan kenyataan media berkaitan isu berkenaan.
Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Megat Mohd Aminuddin bin Megat Alias berkata, pihak polis Serdang telah terkesan dengan viral tersebut di mana lelaki berkenaan menyatakan ketidakpuasan hati tindakan saman ke atas beliau oleh anggota Polis Trafik, IPD Serdang atas kesalahan 'Tampal Sesuatu Pada Cermin'.
"Kejadian berlaku pada 06.09.2017 jam lebih kurang 3.00 petang semasa sepasukan anggota Trafik, IPD Serdang sedang menjalankan Operasi Sekatan Jalan Raya di Jalan Serdang Perdana telah menahan sebuah kenderaan pacuan 4 roda jenis Toyota Hilux Nombor Pendaftaran AJJ **1 warna putih yang di pandu oleh seorang lelaki Cina bernama Lee How Kim."
"Kenderaan tersebut telah di tahan kerana kesalahan cermin gelap dan satu saman telah dikeluarkan oleh anggota trafik di bawah Seksyen 4(B) PU(A) 039/91 dalam Akta Kaedah - Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis- Jenis Kaca Tertentu),
Pihak polis Selangor juga menyatakan gambar Sun Shade itu telah diambil daripada laman Google dan bukanlah gambar sebenar.
"Pihak polis memandang serius aduan tersebut dan akan menjalankan siasatan terhadap mana – mana pihak yang menyebarkan (viral) ini kerana perbuatan ini sengaja dilakukan dengan maksud untuk memburuk-burukkan imej dan kredibiliti PDRM."
"Tindakan menyebar maklumat palsu boleh di ambil di bawah Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 (Akta 15)," tegas beliau.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebar atau berkongsi maklumat palsu kerana tindakan yang tidak bertanggungjawab tersebut boleh menjejaskan kententeraman awam dan membangkitkan keresahan masyarakat.
Berdasarkan pemerhatian dari gambar di atas kertas saman, lelaki itu disaman kerana keretanya bercermin gelap, bukan kerana sun shade.
- Siakapkeli.my
** FAKTA
Kesalahan 'tampal sesuatu pada cermin' ada dinyatakan dalam *Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 PU(A) 39/91 - 004(B)* yang menyatakan suatu tirai, bidai atau bahan-bahan lain diletakkan pada cermin kenderaan yang boleh melindungi bahagian dalam kederaan adalah satu kesalahan. - Friend Of PDRM
Sedikit RALAT mengenai gambar Google.
Cuma membetulkan, tiada niat lain, hasil carian kami, gambar berkenaan bukanlah gambar Google. mungkin pihak polis tersalah lihat kerana hasil carian gambar itu tidak sepadan dengan gambar-gambar di Google dan hanya menunjukkan KEBARANGKALIAN.
Jika gambar Google, gambar keputusan akan keluar seperti CONTOH di bawah.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Oct 25, 2017 7:15 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Menteri Bebal Buta Kayu
bloglist-malaysia.blogspot
cipantapirtenuk.blogspot
Ngomelan SysOp
Bhai/DeeDee semua...
Menteri sekor ni ader turun padang ke? Ader jumpa ngan guru-guru ker? Atau hanya jumpa Pengetua, Guru Besar atau Penolong Kanan jer???
Wei... memang guru terbeban la... kerja pengkeranian pun guru terpaksa buat... walhal bukan takder ramai kerani kat sekolah... tapi semua kerani hanya buat kerja untuk Pengetua dan Guru Besar jer...
Malah banyak sekolah yang gua pergi... ader kerani yang terlebih... sampaikan takder kerja nak buat.... even sampai nak Riso kan kertas pon guru terpaksa buat sebab tak boleh nak mintak tolong kerani...
Itu belum guru yang handle makmal komputer sekolah.... mana ader peruntukan untuk perjawatan pembantu makmal komputer sama macam pembantu makmal sains...
Menteri Pendidikan memang kayu sejak dari dulu lagi... bukan jenis turun padang punya... huhuhu...
Tambah lagi cikgu yang handle sekolah amanah... balik dah pukul 5 atau 6.... malam pulak ader kelas tambahan kat sekolah... cuti hujung minggu ader kelas atau kokurikulum kat sekolah.... kerani sekolah pon takder kena kerja waktu malam atau waktu cuti....
Buta ka???
Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/2017/10/menteri-bebal-buta-kayu.html#ixzz4wWTVnQSF
Menteri Bebal: Harga Barang Naik Bukan Sebab GST...
bloglist-malaysia.
Posted by Jeebond BLM
Kenaikan harga barangan dan perkhidmatan di negara ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor dan bukan disebabkan perlaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz.
Othman berkata input bagi penetapan harga barangan bukan semata-mata mengambil kira soal cukai malah ia turut dipengaruhi pertukaran mata wang asing, kos pengangkutan dan aspek pemasaran yang lain.
"Tak boleh kita nak kata GST adalah punca harga naik, ada barang yang tidak dikenakan GST juga naik harga…banyak faktor lain yang mempengaruhi harga barang, dan kerajaan sentiasa memantau situasi ini agar tidak terlalu membebankan,
Beliau menjawab soalan tambahan Loke Siew Foke (DAP-Seremban) bahawa GST punca kenaikan harga barangan sehingga membebankan pengguna di negara ini.
Othman berkata isu kenaikan harga barangan dan perkhidmatan sentiasa menjadi perhatian kerajaan dan pelbagai inisiatif seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan skim bantuan pekebun kecil diberikan bagi membantu rakyat.
Dalam pada itu, menjawab soalan asal Datuk Aaron Ago Anak Dagang (BN-Kanowit) mengenai masalah yang dihadapi kerajaan dalam melaksanakan GST, Othman berkata pelaksanaan GST pada masa ini bertambah baik berbanding ketika ia mula dilaksanakan pada 1 April 2015 apabila terdapat penurunan jumlah aduan diterima kerajaan berkaitan cukai itu.
"Berdasarkan rekod Jabatan Kastam pada 2015, sebanyak 6,830 aduan diterima, pada 2016 ia menurun kepada 1,235 dan sehingga Julai 2017 hanya 185 aduan yang diterima.
"Ini menunjukkan kefahaman mengenai GST semakin baik berbanding pada peringkat awal apabila masyarakat terutama peniaga masih kurang faham dan keliru menyebabkan pelaksanaan GST kelihatan celaru," katanya.
- Bernama
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Oct 25, 2017 7:16 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Facebook Lazada kena serang ratusan pengguna tak puas hati
bloglist-malaysia.blogspot
milosuam.net
RATUSAN pengguna tidak berpuas hati dengan pelbagai isu berkaitan syarikat online terkenal Lazada menyerang halaman facebook rasminya hari ini.
Rata-rata menyatakan perasaan tidak puas hati dengan perkhidmatan Lazada yang dikatakan tidak mahu membalas sebarang pertanyaan pengguna melalui platform yang disediakan.
Selain itu pengguna juga mendakwa berlaku masaalah pada sistem atas talian laman sesawang Lazada mengakibatkan berlakunya pelbagai masaalah lain.
Kenyataan rasmi Lazada memaklumkan bahawa gangguan-gangguan perkhidmatan di luar jangkaan itu adalah disebabkan oleh tindakan menaiktaraf server dan system sebagai persediaan syarikat itu melancarkan kempen "online revolution" 11.11 pada bulan November depan.
Lazada telah memohon maaf dalam satu kenyataan rasmi di laman facebooknya, dan berjanji akan mengambil perhatian terhadap setiap pengguna yang terjejas selain berusaha keras menyelesaikan penaiktarafan sistem dan berusaha menyelesaikan segala isu-isu berkaitan.
Lazada juga memaklumkan bahawa pihaknya sedang mengambil langkah-langkah perlu di dalam memastikan pemulangan wang kepada para pengguna dapat dipercepatkan.
Read more: http://www.milosuam.net/2017/10/facebook-lazada-kena-serang-ratusan.html#ixzz4wWS8Q89U
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment