Friday, April 13, 2018

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4921

15 Messages

Digest #4921

Messages

Fri Apr 13, 2018 2:54 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Tsunami Melayu pasti berlaku

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net

Berlaku atau tidak "Tsunami Melayu" dalam Pilihan Raya Umum ke 14 ini terus diperdebatkan banyak pihak.

Adakah para pengundi Melayu yang paling teruk terkesan akibat kenaikan kos hidup, akan bangkit menyatakan protes mereka melalui peti undi, mengulangi mungkin pada skala yang lebih besar protes pada tahun 1999 dahulu yang telah menyaksikan PAS kekal di Kelantan dan menawan Terengganu serta menguasai bangku pembangkang di Dewan Rakyat dengan 27 kerusi mengatasi DAP dan PKR.
Bagi Umno, apa yang dikatakan tsunami itu hanyalah rekaan, tetapi bagi kebanyakkan penganalisa, ianya sesuatu yang "real" yang boleh mengakibatkan Umno kehilangan sehingga 30 peratus sokongan terhadapnya khasnya dari kalangan para pengundi Melayu.

Dimana-mana sahaja termasuklah di lubuk Umno, pada hari ini isu rasuah, GST, kenaikan harga barang dan perkhidmatan terus menjadi bualan hangat dan panas. Ianya lebih panas dari 1999 dahulu, kerana ketika itu isunya sekadar kronisma, korupsi dan nepotisma regim Mahathir serta kezaliman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa siri kezaliman Perdana Menteri waktu itu.

Hari ini isunya periuk nasi masing-masing yang teruk terjejas kerana kepincangan dan ketempangan pentadbiran Umno dan BN, dan kesannya mengena secara langsung atas setiap individu rakyat, satu kesan mendalam yang sukar dimaafkan.

Dalam pada itu proses persempadanan semula bahagian-bahagian pilihanraya telah pun diluluskan Parlimen. Sempadan baru ini khususnya di Pantai Barat melihatkan sempadan sesuatu kawasan Parlimen atau DUN itu banyak samada secara kebetulan atau dirancang dipengaruhi oleh satu-satu kaum.

Kalau di Selangor rata-rata kerusi negerinya kini samada adalah kawasan majoriti Melayu ataupun bukan Melayu. Kerusi-kerusi campuran yang dahulunya banyak diwujudkan sewaktu Tun Dr Mahathir Perdana Menteri kini samada dikurang atau ditiadakan.

Mereka yang merupakan arkitek terhadap sempadan baru ini mungkin mahu memberi "advantage" kepada sesuatu pihak, dilebihkan kerusi Melayu supaya lebihlah kuasa politik Umno dengan dikurangkan kerusi-kerusi campuran yang merupakan ancaman buat survival Umno.

Mereka lupa orang-orang Melayu ini sejak Merdeka terbelah dua kecenderungannya iaitu samada mereka Umno ataupun PAS. Kalau dilebihkan kerusi Melayu dengan dileburkan kerusi campuran, bermakna ianya bukan sekadar membuka peluang pada Umno, hakikatnya PAS juga boleh mencuri peluang dan kesempatan.

Dan berbalik kepada isu "Tsunami Melayu" tadi, masakan para pengundi Melayu samada di bandar mahupun luarbandar yang terluka dan parah akibat bahana kenaikan kos hidup tadi mahu terus memperjudikan pula undi mereka dengan mengulangi memangkah Umno sedangkan BN dan Umnolah punca permasalahan mereka.

Mungkin tidak sepenuhnya, tetapi unjuran kemerosotan 30 peratus undi penyokong Umno itu, jika berlaku, sudah barang pasti ianya akan beralih ke PAS sebagaimana pada tahun 1999 dahulu.

Kenapa tidak Pakatan Harapan, kenapa mesti PAS?

PH yang diketuai Tun Dr Mahathir dijangka sukar menimba dan mengambil manfaat tsunami ini kerana beliau itu sesungguhnya penyumbang besar ke atas permasalahan yang ada. Anwar dan Lim Kit Siang atau Mat Sabu demi mahu menangguk kemenangan sanggup dan tergamak melupakan pelbagai "jenayah" dan skandal Tun semasa beliau PM dahulu, tetapi orang Melayu kebanyakannya termasuklah sebahagian bukan Melayu dikatakan sukar melupakannya.

Anak beranak dan kaum kerabatnya kaya raya lantaran kedudukannya, isu ini pernah didedahkan berulang kali bukan oleh orang lain tetapi Anwar, Kit Siang dan Mat Sabu juga satu ketika dahulu. Itu tidak termasuk kezalimannya mengekang kebebasan bersuara dan berhimpun, menyalahgunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA, memecat Ketua Hakim Negara dan mengancam institusi kehakiman dan senarai 22 tahun itu terlalu panjang jika mahu diperincikan.

PH juga didominasi DAP, parti kaum bukan Melayu, yang kini lantaran sokongan besar masyarakat bukan Melayu terhadap mereka merasakan mereka boleh melonjak lebih tinggi lagi dengan menguasai sokongan orang-orang Melayu pula dengan cara memijak kepala parti-parti Melayu dalam PH. DAP bercita-cita menguasai Putrajaya dengan memperkenalkan ideologi sosialis sekular mereka dan menjadi ancaman pada status quo yang ada khususnya yang melibatkan kepentingan Melayu dan Islam.

Lantaran itu jika benar dikatakan bakal tercetus tsunami itu, maka persempadanan baru yang diluluskan ini bakal melakarkan lanskap baru buat negara dan negeri-negeri.

PH yang dianggotai parti-parti yang lebih besar ancamannya pada survival umat Melayu dan Islam dijangka diketepikan begitu sahaja dalam PRU ini khususnya oleh pengundi Melayu. Takkanlah orang Melayu mahu mengundi BN yang merupakan punca masalah mereka, dan takkanlah mereka mahu cenderung pula pada PH yang dikuasai DAP yang punya Tun Dr Mahahtir sebagai peneraju.

Tsunami Melayu tidak syak lagi bakal bangkit bergelombang membawa orang Melayu khasnya sekali lagi menolak semua pihak yang bermasalah. Mereka akan tegak dan bertaut serta meletakkan keyakinan mereka pada satu-satunya parti yang terbukti istiqamah dan tidak pernah mengabaikan kepentingan serta nasib mereka iaitu PAS. Parti Islam yang bersih, yang amanah dan penuh berintegriti inilah bakal menjadi pilihan para pengundi Melayu dan rakyat Malaysia pada PRU ke 14 ini. roslansms@gmail.com

Sudah-sudahlah burukkan Pas

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net

SHAH ALAM - Pemuda Pas menyifatkan dakwaan Pas bersekongkol dengan kerajaan dalam menyokong Akta Antiberita Tidak Benar sebagai tidak beretika.

Timbalan Ketua Pemuda Pas, Khairil Nizam Khirudin berkata, tindakan tersebut berniat jahat dengan menimbulkan persepsi salah terhadap Pas kepada umum.

"Tindakan Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Muhammad Faiz Fadzil seolah-olah ingin menimbulkan persepsi buruk kepada umum tentang wujudnya kerjasama di antara Pas dan Umno seperti yang dicanangkan oleh Pakatan Harapan (Harapan).

"Namun jika di teliti secara terperinci oleh semua pihak, Akta Antiberita tersebut ternyata bermanfaat dan melindungi kepentingan segenap lapisan masyarakat di setiap peringkat," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, Pas menyokong akta tersebut dan berpendapat bahawa ia menjamin hak semua lapisan masyarakat untuk mendapatkan akses berita yang sahih serta benar disamping dapat menyekat penyebaran berita-berita palsu.

"Namun apa yang menjadi kemusykilan mengapa kesemua ahli Parlimen Harapan menolak akta tersebut sedangkan jika dikuatkuasa kelak, semua pihak akan mendapat manfaat daripadanya terutamanya di saat pilihanraya semakin hampir di mana banyak berita palsu dan fitnah bertebaran.

"Menjadi kedangkalan dan cetek fikiran jika mengatakan bahawa Pas bersekongkol dengan kerajaan hanya kerana menyokong Akta Anti Berita Tidak Benar namun bagaimana pula ketika pembentangan RUU 164, kesemua ahli Parlimen Harapan bersama dengan kerajaan menyokong RUU tersebut, adakah Pakatan Harapan bersekongkol dengan kerajaan di belakang penyokongnya?" soalnya.

Beliau turut berharap, akta tersebut tidak disalahgunakan bagi kepentingan pihak tertentu terutama ketika hampir dengan PRU.

"Biarlah ia memberi manfaat kepada semua pihak dalam mendidik masyarakat supaya menjadi lebih bertanggungjawab dan beretika dalam membuat serta menyebarkan sesuatu berita serta menjauhi fitnah yang merosakkan masyarakat dan negara," katanya.

Pembubaran BERSATU kekal jika gagal patuhi ROS dalam 30 hari

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net

Pembubaran pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan kekal jika parti berkenaan gagal mematuhi permintaan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam masa 30 hari.

Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim berkata, BERSATU juga boleh memfailkan rayuan dalam tempoh berkenaan.

"Saya nyatakan di sini bahawa PPBM (BERSATU) gagal serahkan sepenuhnya segala butiran, maklumat dan dokumen yang diminta sebagai mana notis di bawah Seksyen 14(2) Akta Pertubuhan 1966," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat ROS di Putrajaya petang ini.

Surayati berkata notis untuk BERSATU memberikan maklumat yang berkaitan dengan parti itu telah dikeluarkan pada 28 Feb.

"Setelah tamat tempoh 30 hari tarikh pembubaran sementara, and sekiranya ada rayuan dan ditolak, maka perintah pembubaran akan jadi mutlak dan PPBM akan dibatalkan pendaftarannya," tambahnya.

'Untuk menang PRU14, Najib haramkan BERSATU'
bloglist-malaysia.blogspot
wak-labu.blogspot.
Posted by Mohd Sulaiman

Tun Dr Mahathir Mohamad mempersalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung pembubaran sementara pendaftaran BERSATU oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

"Untuk menang pilihan raya, dia arahkan supaya parti saya, BERSATU diisytiharkan sebagai haram.

"Saya tidak lagi dibenarkan untuk mengaitkan diri saya dengan parti yang haram itu," kata Mahathir dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini.

Team Mat Sabu Singkir Dr. Siti Mariah di Kota Raja

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net

PETALING JAYA: Ahli politik veteran, Mohamad Sabu mungkin membuat penampilan sulung sebagai calon Lembah Klang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dalam cubaan presiden Amanah (PAN) itu kembali ke Parlimen lebih sedekad lalu..

Sumber dalam Amanah, parti yang beliau bantu tubuhkan pada 2015, berkata Mat Sabu mungkin bertanding di Kota Raja, Selangor, kerusi yang dimenangi PAS melalui calonnya pada PRU13, Siti Mariah Mahmud.

Kali terakhir Mat Sabu dipilih sebagai ahli Parlimen ialah 1999, apabila beliau memenangi kerusi Kuala Kedah pada PRU yang menyaksikan prestasi pilihan raya terbaik PAS dan Umno kehilangan sokongan Melayu, susulan pemecatan dramatik Datuk Seri Anwar Ibrahim setahun sebelum itu.

Beliau kehilangan kerusi itu kepada Barisan Nasional pada 2004, dan gagal kembali ke Parlimen pada 2008.

Beberapa bulan kemudian, Mat Sabu kalah dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu, yang dilihat sebagai cubaan PAS untuk memperkukuhkan kedudukan parti itu di Parlimen.

Bekas ahli Parlimen 3 penggal itu turut tewas kepada calon BN, Datuk Othman Abdul di kerusi Parlimen Pendang pada 2013.

Beliau membuat penampilan sulung dengan bertanding menentang Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 1982 dan Anwar di Permatang Pauh pada PRU berikutnya.

Pada 1990, beliau mengalahkan orang kuat Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa di Nilam Puri. Beliau meneruskan kemenangan pada PRU 1995 dan 1999.

Siti Mariah ketika dihubungi bagaimanapun enggan mengulas mengenai kemungkinan Mat Sabu bertanding di Kota Raja.

Katanya, beliau sedia bertanding di mana sahaja seperti yang diputuskan parti.

Beliau pertama kali memenangi kerusi Kota Raja pada 2008 dengan memperoleh banyak undi India, dengan orang Melayu kurang separuh daripada jumlah pengundi berdaftar di kawasan itu.

Sentimen pro-pembangkang dalam masyarakat India, beberapa bulan selepas perhimpunan Hindraf pada 2007, dikatakan memainkan peranan besar dalam kemenangan PAS di Kota Raja pada 2008.

XOXO - Calon PAN ramai kerusi dapat hanya 27 sahaja. Ada beberapa orang terpaksa masuk Bersatu seperti Maslee. Kita lihat perebutan kerusi melibat perebutan puak dalam PAN. Ikram mastermind semua ini....

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Leman "BENGANG" Kena Cantas oleh AMANAH (PAN) Kedah

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net

AIDCNews -4/04/18 –Dalam satu poster yang disiarkan di Facebook Ketua Amanah Sik, Sulaiman Ibrahim memaparkan kemarahan AJK Amanah Sik terhadap 'calon basuh kaki' yang diputuskan bertanding di parlimen berkenaan.

Difahamkan 'Calon basuh kaki' yang dimaksudkan itu adalah 'calon payung terjun' yang diputuskan Amanah Kedah dan pusat bagi menggantikan Sulaiman di Parlimen Sik.

"Nak jaga calon kroni atau calon kepentingan rakyat ?…Menolak calon 'BASUH KAKI' yang diputuskan oleh kepimpinan Amanah Kedah dan Nasional," kenyataan poster itu dipetik.

Selaku Ketua Amanah Sik, Sulaiman yang turut dikenali sebagai Leman Raja Lawak akan mengadakan sidang media khas pada esok (Khamis), jam 2 petang di pejabat operasi Amanah Sik.

"Seluruh Ahli Jawatankuasa dan jentera termasuk BPR , Pemuda , ARiF , AWAN dan Wanita Muda Amanah Sik malam ini telah memutuskan untuk membuat satu 'Press confrence' di pejabat Amanah Sik jam 2.00 petang..

"Sekarang saya dalam persiapan untuk bertolak dari Terengganu balik ke kawasan Sik dengan segera,"kata Leman dalam Facebook.

XOXO - Mat Sabu Vs Dr Siti Kamariah, Leman Vs Siapa?

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Apr 13, 2018 2:55 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Pengasas Habib Jewels, Datuk Habib Mohamed Abdul Latif Meninggal Dunia
siakapkeli.my

4 April - Pengasa Habib Jewels, Datuk Habib Mohamed Abd Latiff disahkan telah meninggal dunia awal pagi tadi di kediamannya di Kuala Lumpur.

Perkara itu disahkan melalui laman rasmi Facebook Habib Jewels yang dimuatnaik beberapa jam yang lepas.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 92 tahun dan merupakan pengasas barang kemas Habib Jewels sejak 5 dekad yang lalu.

Jenazah beliau akan disolatkan di Masjid Kapitan Keling dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak.

Allahyarham mempunyai lima orang anak, sembilan cucu dan seorang cicit. Allahyarham ketika hayatnya aktif menyumbang kepada pembangunan komuniti Pulau Pinang dan sentiasa menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Antaranya melalui Persatuan Liga Muslim Pulau Pinang dan Persatuan Saudagar Emas serta Pengurup Wang Pulau Pinang.

Pada tahun 2015, allahyarham dikurniakan anugerah 'Tokoh Maal Hijrah" daripada kerajaan Negeri Pulau Pinang. - Siakapkeli.my

Ucapan Selamat Pagi Hanya Tinggal 'Grey Tick', Luahan Sayu Teman Wanita Arwah Emy AF Yang Berjanji Untuk Berjumpa Di Hari Pertunangan
siakapkeli.my

Semalam dunia hiburan tanah air amnya dan di Sabah khususnya menerima khabar duka apabila peserta Akademi Fantasia 2016 yang dikenali sebagai Zahrul Hilmi Badrul Hisam atau lebih dikenali sebagai Emy, 25, yang berasal daripada Tuaran, Sabah terlibat dalam kemalangan dan meninggal di tempat kejadian.

Menurut laporan media, arwah Emy maut akibat hilang kawalan ketika menunggang motosikal berkuasa tinggi Kawasaki ketika melalui satu selekoh. Motosikal yang ditunggangnya kemudian terbabas masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan lori.

Arwah Emy merupakan salah seorang anggota kumpulan muzik yang dikenali sebagai Buska Busker dan bergiat aktif dalam industri muzik di Sabah. Pemergian arwah Emy ternyata memberi kesan kepada keluarga terdekatnya terutama kepada teman wanitanya sendiri yang dikenali sebagai Cathy Alkantara. Malah, Cathy turut meluahkan rasa pilunya melalui beberapa kemas kini di akaun Facebooknya.

Antara perkongsiannya yang amat menyentuh hati adalah satu gambar screenshot perbualan Whatsapp antara dirinya dengan arwah Emy dan tidak mungkin akan dibalas.

''I love you!Emy Papriqa untuk mengubat hati sendiri,'' katanya.

Dalam satu lagi kemas kininya yang lebih awal. Cathy turut berkongsi perasaanya apabila kehilangan orang tercinta.

''Separuh jiwaku pergi selamanya,'' kata Cathy lagi.

Beberapa rakan Facebooknya turut dilihat mennggalkan komen positif yang meminta dirinya agar tabah dan bersabar dengan ujian.

''Sabar Cath,'' pesan pemilik akaun bernama Dianna Danielle.

''Istigfar banyak-banyak yeng dugaan dari Allah S.W.T,perbanyakkan berdoa untuk dia,be strong ya,'' kata pemilik akaun Shelluq Kroes pula.

Cathy juga ada berkongsi beberapa keping gambar lain bersama arwah Emy dengan satu luahan mengenai perancangan mereka untuk mendirikan rumah tangga.

''Senanglah saya mahu akad nikah nanti, just sebut 'Cathy' dan sehari sebelum kau pergi, kita berjanji akan bertemu untuk urus pertunangan kita namun bertemu cara begini.

''Ya Allah aku mohon Kau permudahkanlah segalanya disana untuk dia,'' luah Cathy lagi dalam satu lagi kemas kini lebih awal.

Cathy juga turut berkongsi mengenai peribadi arwah Emy yang disifatkan seorang lelaki yang amat baik selain begitu mengambil berat mengenai keperluan dirinya.

Di hujung perkongsiannya, ada satu ayat yang bagi kami ia amat menusuk jiwa.. Kata Cathy,

''Tiada yang lebih sakit dari kehilangan yang kekal''

Kami di Siakap Keli ingin mengucap takziah kepada keluarga arwah Emy dan juga kepada Cathy. Semoga arwah Emy ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al- Fatihah.

Sumber : Arena Star, Cathy Alkantra

Bekas Peserta AF Maut Kemalangan
a.. bloglist-malaysia.blogspot
b.. ekeleh.com
Bekas peserta program realiti Akademi Fantasia (AF) 2016, Zahrul Hilmi Badrul Hisam, 25, maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya bertembung dengan lori di Jalan Tamparuli – Ranau dekat Kampung Kelawat, Tamparuli, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, Zahrul Hilmi atau lebih lebih dikenali sebagai Emy maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Dzulbaharin Ismail, berkata nahas itu berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Kawasaki Z800 dari arah Tamparuli menghala ke Ranau dipercayai hilang kawalan sebaik melalui selekoh di laluan berbukit.

"Susulan itu, motosikal mangsa memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan lori tiga tan dipandu lelaki berusia 55 tahun.

"Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Mangsa yang berasal dari Kampung Selupoh, di sini, kini adalah anggota kumpulan busker, Buska Basker yang aktif membuat persembahan sekitar Kota Kinabalu dan daerah berhampiran.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Apr 13, 2018 2:55 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Berita Malaysiakini Tak Siar: 100 ahli Umno, PKR keluar parti Masuk PAS

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net


KOTA BHARU: Minggu ini semakin ramai ahli Umno serta PKR meninggalkan parti lama dan menyertai PAS.

Hari ini seramai 70 ahli Umno dan 30 ahli PKR menyerah borang menyertai PAS kepada Timbalan Mursyidul Am, Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob.

Mereka diketuai mantan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), Rawi Mohd Noor dari Dun Nengiri.

Beliau berkata hasratnya menyertai PAS tercetus apabila melihat keprihatinan dan komitmen parti itu berterusan berjuang memartabatkan Islam sebagai agama rasmi negara.

Katanya, Umno dan Barisan Nasional tidak lagi mampu untuk memperjuangkan nasib orang Melayu.

"Jauh sekali untuk memartabatkan agama Islam berdasar situasi yang berlaku sejak kebelakangan ini.

"Kehadiran kami petang ini hanya mewakili ratusan lagi ahli Umno bahagian Gua Musang yang bakal keluar Umno dalam masa terdekat," katanya di sini. – HARAKAHDAILY 3/4/2018

XOXO - Nanti tinggal berapa orang aje ahli PKR di Kelantan?..

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Tuesday, April 03, 2018 10:57 PM
Subject: Fw: PAS terus melangkah menuju keredhaan Illahi...

80 ahli PKR Gua Musang pula sertai PAS

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
http://tranungkite.net


KOTA BHARU: Ketika Umno dan Barisan Nasional (BN) mengimpikan mahu menawan Kelantan, hari ini 80 orang pula pemimpin dan penyokong PKR menyertai PAS

Kumpulan terbabit diketuai bekas penyelia Dun Nengiri, Syed Azhar Syed Alwi.. (Foto atas: Syed Azhar menyerah borang menyertai PAS.)

Beliau bersama 80 ahli dan kepimpinan PKR Cabang Gua Musang menyerah borang menyertai PAS kepada Yang Dipertua PAS Gua Musang, Ustaz Azman Ahmad.

Hadir sama pada program bersejarah di JKR 10 petang ini Pesuruhjaya PAS Kelantan, Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakub, Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Dato' Che Abdullah Mat.

Syed Azhar juga Timbalan Ketua Cabang PKR Gua Musang. – HARAKAHDAILY 27/3/2018

XOXO - Nampaknya PAKATAN HARAPAN dah TAK ADA HARAPAN lagi...

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Apr 13, 2018 2:56 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Grab Ambil Alih Semua Operasi Uber Di Malaysia Dan Asia Tenggara Mulai April Ini

siakapkeli.my
26 Mac 2018, menyaksikan Grab tampil secara rasmi mengumumkan penggabungan operasi dan platform Grab dan Uber di Malaysia.

Bloomberg melaporkan, Uber akan menerima sekitar 25% ke 30% pegangan dalam Grab. Nilai ini dijangka mencecah USD6 bilion. Penggabungan ini dilihat terhasil selepas pelaburan Softbank Group dari Jepun di dalam Uber, yang turut sama melabur di dalam pesaing Uber seperti Grab, Didi Chuxing di China dan Ola di India.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bersama dan Ketua Eksekutif Kumpulan Grab, Anthony Tan, berkata, pengambilalihan itu menandakan permulaan era baru di mana penggabungan itu menyaksikan ia menjadi peneraju dalam platform dan kecekapan kos di rantau ini.

"Melalui penggabungan itu, Grab akan menjadi platform mudah alih atas talian ke luar talian (O2O) pertama di Asia Tenggara dan pemain utama dalam segmen penghantaran makanan."

Beliau berkata lagi, Grab akan mengembangkan perniagaan GrabFood sedia adanya di Indonesia dan Thailand kepada dua lagi negara iaitu Singapura dan Malaysia.

Ia berikutan integrasi perniagaan Uber Eats dengan GrabFood yang dijangka berada di semua negara utama Asean menjelang separuh pertama 2018.

"Kami juga akan berkerjasama dengan kerajaan dan operator pengangkutan awam bagi menghubungkan perkhidmatan pengangkutan awam bersepadu," katanya.

Selain itu, Grab sedia meningkatkan dan meluaskan tawaran dibawah Grab Financial termasuk pembayaran mudah alih, pembiayaan mikro, insurans dan perkhidmatan kewangan lalin bagi pelanggan yang kurang diberi perhatian, usahawan mikro dan perniagaan kecil di rantau Asia Tenggara.

"GrabPay sebagai dompet mudah alih akan boleh didapati di semua negara utama di rantau Asia Tenggara menjelang akhir tahun ini," katanya.

Untuk meminimumkan gangguan, Grab dan Uber akan bekerjasama bagi memindahkan segera pemandu dan penumpang Uber, pelanggan Uber Eats, rakan perniagaan dan penghantaran ke platform Grab.

Aplikasi Uber akan terus beroperasi selama dua minggu untuk memastikan kestabilan pemandu Uber yang sedang beralih ke Grab manakala, Uber Eats akan beroperasi sehingga akhir Mei di mana selepas itu rakan restoran dan penghantarannya akan berpindah ke GrabFood.

Siakapkeli.my
Sumber: Berita Harian

Warga Emas Didakwa Rampas Lesen Memandu Seorang Wanita Selepas Konon Kakinya Telah Digilis
siakapkeli.my

Tular satu kejadian di Kota Bharu, Kelantan yang berlaku pada 3 April lalu apabila seorang warga emas yang menunggang basikal didakwa mengugut seorang wanita.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, warga emas itu bertindak demikian kerana mendakwa kereta yang dipandu oleh wanita tersebut telah menggilis kakinya.

Dalam kejadian yang berlaku pada waktu pagi di Jalan Kelochor itu, wanita itu dilihat cuba untuk mengundurkan keretanya keluar daripada petak tempat letak kereta sebelum warga emas tersebut datang dan berhenti di belakang keretanya.

Malah, melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang turut dikongsi, jelas kelihatan tindak tanduk warga emas tersebut yang tidak mahu beredar sebaliknya mengekori rapat kenderaan tersebut ketika wanita itu berusaha untuk mengeluarkan kenderaannya.

Bukan itu sahaja, warga emas itu turut didakwa mengetuk bonet kereta jenis Suzuki Swift tersebut sebelum bertindak menghalang kenderaan tersebut daripada beredar. Dia kemudiannya didakwa telah meminta untuk melihat lesen memandu wanita tersebut sebelum bertindak merampasnya.

Warga emas terbabit turut didakwa mengugut wanita tersebut dengan memberitahu bahawa lesen memandu tersebut akan dipulangkan hanya sekiranya wanita itu datang ke rumahnya untuk menjelaskan wang pampasan.

Wanita yang menjadi mangsa ugutan itu kemudian terpaksa membuat laporan polis bagi menyelesaikan masalah tesebut. Pihak polis turut bertindak menemani wanita itu ke rumah warga emas bagi urusan untuk memintanya mengembalikan kembali lesen tersebut.

Pihak polis juga turut meminta warga emas itu agar hadir ke ke klinik swasta untuk membuat pemeriksaan bagi mengesahkan dakwaan bahawa kakinya digilis tayar kereta dipandu wanita itu. Bagaimana pun pemeriksaan doktor tidak menemui sebarang kesan luka pada kakinya.

Warga emas tersebut kemudian terpaksa mengalah dan menyerahkan kembali lesen memandu wanita itu setelah diarahkan berbuat demikian oleh anggota polis yang berada di kediamannya.

Sumber : Yu KH

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Apr 13, 2018 2:57 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Teruk Dikritik, Juri MasterChef UK Ubah Kenyataan Kata Rendang Zaleha Tidak Masak, Bukan Tidak Rangup
siakapkeli.my

Sejak beberapa hari lepas, isu mengenai kritikan 'kurang bijak' dua juri MasterChef UK terhadap rendang yang disediakan oleh seorang perserta yang berasal dari Malaysia dalam rancangan realiti masakan tersebut adalah salah satu topik hangat yang disebut-sebut oleh rakyat Malaysia khususnya.

Malah, kritikan 'rendang kamu tak rangup' yang dibuat oleh Gregg Wallace bukan sahaja teruk diselar oleh netizen, tetapi turut menarik perhatian beberapa personaliti popular tanah air antaranya Chef Wan sendiri. Tidak kurang juga beberapa orang tokoh politik turut tidak ketinggalan mengemas kini Twitter masing-masing mengenai isu yang sama.

Yang diharapkan adalah permohonan maaf daripada kedua-dua orang juri tersebut kerana ramai yang menyifatkan mereka sebagai tidak peka dan sensitif dengan budaya masyarakat lain.

Namun kini, setelah teruk menerima kecaman, Wallace akhirnya tampil dalam rancangan Good Morning Britain (GMB) bersama seorang lagi juri, John Torode bagi mempertahankan kritikan penuh kontroversi yang dibuat oleh mereka berdua hingga membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia.

Ketika diterumah dalam rancangan tersebut, Gregg sempat menempelak kritikan yang dilemparkan dengan mengatakan bahawa peserta Malaysia, Zaleha Kadir Opin dihantar kerana dia bukanlah chef yang terbaik.

Malah Gregg juga cuba berdolak-dalik ketika pengacara, Kate Garraway meminta penjelasan mengenai kritikan tersebut dengan menukar kenyataan 'tidak rangupnya' kepada 'tidak masak'.

''Saya kata kulitnya tidak rangup, tetapi saya tidak bermaksud ia tidak rangup seperti ayam goreng. Apa yang saya maksudkan adalah ia tidak masak. Ia memang tidak masak,'' dalih Gregg.

''Tapi kamu sebut 'rangup','' celah Kate kemudian.

''Biarlah. Yang terbaik pasti layak ke peringkat seterusnya,'' balas Gregg.

Malah, John juga turut tidak ketinggalan untuk mempertahan kritikan yang dibuat oleh mereka sebelum ini.

''Saya pernah membuat program masakan di Malaysia dan makanan di Malaysia sememangnya hebat,'' kata John pula.

''Jadi kamu patut lebih tahu,'' sindir Kate pula.

''Ya saya tahu. Saya beritahu (Zaleha) ia tidak masak,'' balas John mempertahankan diri.

''Dia (Zaleha) tersingkir bukan disebabkan rendang ayamnya tidak rangup, tetapi kerana peserta yang lain lebih baik darinya,'' sampuk Gregg.

Berikutan kritikan demi kritikan yang diterima, British Broadcasting Corporation (BBC) selaku saluran yang menayangkan rancangan tersebut telah mengeluarkan satu kenyataan bagi mempertahankan kredibiliti kedua-dua juri mereka yang tercalar teruk.

''Gregg tidak bermaksud untuk mengatakan bahawa hidangan tradisi tersebut sepatutnya dimasak rangup. Apa yang dimaksudkannya adalah dia tidak dapat menikmati keenakkan juadah yang dihidangkan,'' kata jurucakap tersebut.

Sumber : Express UK

Kontroversi Rendang Rangup Belum Habis, KFC Dan myBurgerLab Pula Sindir Juri Masterchef UK
siakapkeli.my

4 April - Baru-baru ini tular satu kontroversi yang berlaku dalam sebuah program realiti Masterchef United Kingdom apabila seorang peserta yang berasal dari Malaysia, Zaleha Kadir Olpin, 48, menghidangkan hidangan Nasi Lemak bersama Rendang Ayam.

Salah seorang juri dalam program tersebut iaitu Chef Greg Wallace mengkritik rendang ayam yang dimasak Zaleha dan mengatakan kulit ayam rendang itu tidak rangup.

Pelbagai reaksi telah timbul dalam kalangan rakyat Malaysia malah Indonesia dan Singapura juga turut melemparkan kecaman terhadap kritikan tersebut.

Tidak ketinggalan, Chef selebriti terkemuka Malaysia, Chef Wan juga memberikan respon terhadap kontroversi yang hangat diperkatakan itu.

Terbaru, 2 restoran makanan segera, Kentucky Fried Chicken (KFC) dan myBurgerlab turut menyindir juri Masterchef itu dengan memuatnaik gambar ayam yang rangup menerusi akaun media sosial masing-masing.

Tindakan itu telah mendapat perhatian netizen dan menganggap itu satu perkara yang sepatutnya berlaku. Sudah pasti dalam kalangan rakyat Malaysia sudah biasa menikmati hidangan rendang ayam terutama sekali ketika sambutan Hari Raya Puasa dan Aidiladha.

Belum pernah lagi seumur hidup penulis memakan masakan rendang ayam yang rangup. KFC turut memuji Zaleha dengan masakan rendang beliau.

myBurgerLab‏ @myBurgerLab

Replying to @JohnTorode1
Hey @JohnTorode1 , we got the right Chicken Rendang for you. No rice, 100% Fried Chicken with Rendang Sauce topping. Can we be on Masterchef now?

11:53 PM - 2 Apr 2018
21 hours ago

The only thing that should be crispy is our fried chicken. Kudos, Masterchef Zaleha!

Siakapkeli.my

"Chicken Rendang Is Not Crispy", Giliran Pesuruhjaya Tinggi British Di Malaysia Pula 'Serang' Juri MasterChef UK
siakapkeli.my
Rendang ayam yang dihidangkan bersama nasi lemak 'tidak pernah rangup', kata Pesuruhjaya Tinggi British ketika kedatangannya ke Malaysia.

Pesuruhjaya Tinggi, Vicki Treadell menyatakan kenyataannya berhubung hidangan itu selepas isu ini menjadi kontroversi dengan komen-komen yang dibuat oleh para hakim semasa episod MasterChef UK baru-baru ini.

Pada Isnin lepas, salah seorang peserta MasterChef UK, Zaleha Kadir Olpin telah menyediakan hidangan tradisional nasi lemak dengan rendang ayam, namun hidangan tersebut menyebabkan dia tersingkir pada suku akhir pertandingan tersebut kerana para hakim tidak berpuas hati dengan rendang ayam yang disajikan tidak cukup rangup.

Sejurus daripada kejadian itu, rakyat Malaysia telah bertindak dengan mengkritik para hakim MasterChef UK kerana mempersoalkan sajian tradisi makanan Asia.

Tradell berkata didalam akaun Twitter miliknya, VickiTreadell, bahawa rendang merupakan hidangan ikonik Malaysia yang tidak boleh disamakan dengan hidangan Indonesia.

VickiTreadell
✔ @VickiTreadell
.. @MasterChefUK @JohnTorode1 & @GregAWallace #Rendang is an iconic #Malaysian national dish not to be confused with Indonesian options
It can be #chicken #lamb or #beef
It is never #crispy & should also not be confused with the#friedchicken sometimes served with #nasilemak https://twitter.com/staronline/status/980822914093137920 …

1:08 PM - Apr 3, 2018

"Ia boleh jadi ayam, kambing atau daging lembu. Ia tidak pernah rangup dan tidak boleh disamakan dengan sajian seperti ayam goreng yang kadang-kadang dihidangkan dengan nasi lemak," kata Treadell di Twitter miliknya pada Selasa lalu.

Treadell mempunyai susur galur di Malaysia kerana telah dilahirkan di Ipoh, Perak.

Siakapkeli.my

Tersingkir Gara-Gara Kulit Ayam Rendang Tak Rangup, Netizen Malaysia Selar Juri MasterChef UK Selepas Singkirkan Zaleha
siakapkeli.my

''Ayam anda tidak rangup, ia tidak boleh dimakan''

Jika anda seorang tukang masak yang mahir menyediakan juadah rendang, tetapi ada yang memberi kritikan sebegitu, apakah perasaan anda?

Hakikatnya, itulah yang perlu dilalui oleh seorang tukang masak kelahiran Malaysia, Zaleha Kadir Olpin, 48, apabila tersingkir daripada rancangan realiti masakan popular, MasterChef UK pada 25 Mac lalu apabila juri rancangan tersebut, Gregg Wallace mempertikai penyediaan rendang ayamnya yang dikatakan tidak rangup pada bahagian kulit.

Anda pernah makan rendang ayam yang rangup?

Dalam episod tersebut, Zaleha tampil mempersembahkan juadah tradisional dan popular tanah air iaitu Nasi Lemak yang dihidangkan bersama dengan rendang ayam, yang menurutnya adalah juadah yang sangat istimewa.

"Saya masih ingat, ketika kecil, saya selalu membeli nasi lemak di sebuah gerai yang berharga 20 sen, tetapi itulah nasi lemak yang paling sedap di dunia!

"Ketika saya bawa pulang suami saya ke Malaysia untuk bertemu keluarga, nasi lemak adalah juadah yang dimasak ibu saya untuknya. Dia 'hampir mati' kerana ia sangat pedas," kata Zaleha.

Bagaimana pun, berang dengan kritikan juri tersebut yang dikatakan tidak menghormati dan memahami budaya dan cara masakan bangsa lain, ramai netizen Malaysia menyerbu dan melemparkan kritikan terhadap juri tersebut melalui akaun Youtube MasterChef UK. Malah ada yang menyifatkan penyikiran Zaleha dilakukan secara tidak adil.

"Apa kriteria untuk menjadi juri? Anda tidak layak jika tidak tahu menghormati cara masakan bangsa lain," kata seorang netizen dengan nama Nurul Hamzah.

"Jika anda datang Malaysia dan beritahu mak cik-mak cik di sini ayam rendang perlu rangup, anda pasti akan kena tampar," kata DL pula.

Zaleha yang kini menetap di Bristol, UK bersama suami dan dua anak perempuan mereka merupakan seorang wanita yang berasal dari Kuantan, Pahang.

Sumber : Astro Awani

Juri MasterChef UK Tweet Sindir Asal Usul Rendang, Ini Jawapan Balas Daripada Chef Wan
siakapkeli.my

Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial mengenai isu yang sebenarnya tercetus jauh di negara orang, tetapi mendapat reaksi luar biasa daripada masyarakat di sini. Isunya tak lain tak bukan adalah kritikan 'kurang bijak' yang dibuat oleh seorang juri rancangan realiti masakan MasterChef UK, Gregg Wallace terhadap peserta berasal daripada Malaysia, Zaleha Kadir Opin.

Dalam episod yang bersiaran pada 25 Mac itu, Zaleha tampil dengan juadah tradisi orang Melayu iaitu Nasi Lemak yang dihidangkan bersama-sama dengan rendang ayam. Namun, Wallace tanpa rasa bersalah telah mengkritik rendang ayam tersebut sebagai tidak rangup pada bahagian kulit selain tidak boleh dimakan.

Tindakan Wallace yang disifatkan sebagai tidak sensitif dengan budaya masakan bangsa lain mendapat kritikan teruk daripada netizen hingga memaksa MasterChef UK menyekat akses kepada video episod tersebut yang dimuat naik di akaun YouTube mereka.

Namun, berbanding merendah diri memohon maaf, seorang lagi juri program tersebut, John Torode memuat naik satu tweet di Twitter yang dilihat sebagai menyindir kritikan yang dilemparkan netizen kepada mereka. Tindakan Torode itu menyebabkan chef terkenal tanah air, Datuk Redzuwan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan berang dan bertindak berkongsi pandangannya terhadap dua orang juri tersebut melaui akaun Instagramnya.

John Torode
✔ @JohnTorode1
Maybe Rendang is Indonesian !! Love this !! Brilliant how excited you are all getting .. Namaste https://twitter.com/waynelee92963/status/980742251704827904 …

6:43 PM - Apr 2, 2018

''Saya jujurnya tidak dapat bersabar dengan sikap sombong yang ada di dalam diri seorang chef. Tidak kiralah dari mana sesuatu juadah itu berasal kerana bukan itu isunya.

''Tidak perlu menyindir mengenai asal usul sesuatu makanan kerana ia hanya menunjukkan kejahilan anda.

''Ia mengenai sikap kurang sensitif dan pada masa yang sama tidak menghormati budaya orang lain.'' kata Chef Wan
a.. a.. _chefwan58I honestly cannot stand this kind of attitude of being arrogant in a chef.
Regardless of where the dish originated from obviously this is not the issue.
Food for many centuries have travelled all over the world by inmigrants, invasion etc.
For a chef who have visited our country and seen all this Rendang dishes being made i am shocked he didnt get that simple lesson!🤣
The thing about this issue John is simple.
U both caused the bummer to start with.

Melalui satu kemas kini yang lebih awal, Chef Wan juga turut berpendapat bahawa pihak MasterChef UK perlu memasukkan semula Zaleha ke dalam rancangan tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

"Juri-juri itu bukan sahaja memalukan Zaleha, tapi merosakkan penyertaannya. Tak mengapa kalau dia kalah disebabkan oleh alasan yang betul, tapi itu tidak berlaku.

"Mereka sepatutnya memasukkan semula dia dan memohon maaf secara terbuka jika MasterChef UK ingin memulihkan kembali kredibiliti program itu," kata Chef Wan.

Ujarnya lagi, jika mereka tidak memahami dan tidak tahu mengenai masakan rendang, mereka sepatutnya tidak memberi kenyataan yang dilihat tidak wajar.

Chef Wan juga memberitahu bahawa dia sebelum ini pernah menonton rancangan kelelolaan Torode, John Torode's Malaysia Adventure yang dirakam di Langkawi. Katanya, di dalam rancangan tersebut Torode pernah menyediakan juadah rendang itik bersama seorang lelaki tempatan.

Justeru katanya, Torode sepatutnya lebih tahu dan menegur Wallace ketika dia membuat kritikan yang salah terhadap Zaleha.

"Dia (Torode) perlu cakap kepada Gregg untuk diam jika tidak pernah memasak rendang! Saya (Torode) pernah menyediakannya!" kata Chef Wan lagi.

_chefwan58

_chefwan58A few days ago Kak Zaharah from London who is our NST writer asked me to watch on youtube the new Master Chef UK serie with our Malaysian cook Puan Zaleha preparing her Nasi Lemak and Rendang dish.
She then asked my honest comment which many of u have read by now on NST and even Star online.
Both judges with little knowledge on how prepare the dish had told Zaleha that her chicken rendang skin was not crispy enough, too much sauce sitting on it at the same time the meat didnt fall of the bones!
They were also comment on the Nasi lemak and Sambal which i find to be all unfair comment and a bummer as both judges obviously does not know how the our signature dish should taste like much less how to prepare them.
How can a dish which is stew or braised slowly for a period of time like their French Coq Au Vin the braise Chicken in Red wine?
She not preparing Duck A L' Orange or Confit D Carnard either that need to have that crispy skin!
Due to the wrong reason she was eliminated.
Not only those two judges embarassed Zaleha but ruined her participation.
Its ok if she lost to the rest for the right reason but its not the case.
They should bring her in back again and sincerely appologise back to her in public if Masterchef UK need to restore back his credibility.
Hai ya next time if John Thorode and Greg dont understand the dish better not say the wrong thing la.
There no such thing as all Sambal has to be fiery hot and Nasi lemak must have less coconut milk and the Chicken Rendang does not belong there, nonsense and rubbish.
Torode have filmed in Malaysia before and made Rendang with Kak Ani on his show anyway.
Yes judging at Zaleha chicken dish visibily on the screen i must say she can cook it longer if she had the time.But not till it fall off the bloody bone Mr Torode!
I was told by a friend this is the same guy that went to make Chili crab dish ke using a Rojak sambal paste on TV as a subsitute.
Anyway in 2016 John Torode in his Msian Adventure TV serie went to Langkawi and make the Rendang Itik.
Its on youtube does he remember how the dish is made.
He should just tell Greg " Blind me shut up your mouth Greg if u have not cook a Rendang! I have made them !🤣"
b.. a.. Load more comments
b.. ashleigh.cecilia@littleniss 🍃
c.. cikpuanfiiza_@ayesha_khayra australia punya cooking show, most of contestants ada asian roots. so diorg mmg quite familiar dgn asian cuisine. me too big fan of mkr ✌
d.. nizazainuddinDato @_chefwan58 Ni namenya bodoh sombong xboleh diajar. Meh datang sini.. Kita tenyeh cili api ..
e.. sue783132Saya baru tengok video pn zaleha ni dan berkata kalau @_chefwan58 ada ni mesti nak kena juri ni .. tengok ig chefwan memang cefwan dah comment this issue... juri yang tak cukup tauliah tentang masakan tradition malaysia.Kesian peserta...
f.. syama.ramasamyOn a separate note.. that rendang looks absolutely amazing.. berliur mulut aku, for real now 😂😂
g.. sweet_nanie@nizazainuddin betol
h.. baroque75Padu comment, Chef..give it to those arrogant mat saleh. Dia ingat dia hebat sgt and Mr. Know It All.
i.. n_hida_halimI watched that episode! he use rojak paste as a complentary for his chili crab. Ternganga kejap nak digest apa dia buat. Tak pasal habis orang eropah dapat ajaran sesat dari dia ni haha
j.. fakeangkol@muhammadhzn90 😂😂😂😂😂
k.. afiqms@_chefwan58 should do the cooking face off against John Torode in UK like u did before. East meets West right?
l.. sathias_sweet_indulgence@miKga
m.. nor_abdHahaha
n.. sara.dewi67y
o.. phett_republicWhen a white trash try to teach asian how to be asian.. stupid white trash attitude! They think they know everything.. perangai penjajah sangat!
p.. loshimaaBattle of chef. I cant wait to see the feedback
q.. manda.simAs sinful as saying sashimi is undercooked, and adding marmalade to pasta.
r.. dzren@susankurosawa you remember how.on private chef class cooking rendang the datai, langkawi.
s.. radinzubidahbudimanOmputeh bodoh
t.. ad_imbabetter Dato @_chefwan58 replace the judge in @masterchefuk
u.. hawa.isaAbsolutely true @_chefwan58

Sumber : mStar

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Apr 13, 2018 2:57 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Benarkah Baby Hisap Ibu Jari Kaki Petanda Nak Adik Lagi? Ini Jawapannya
siakapkeli.my

Betul ke mitos orang tua-tua dulu cakap kalau anak hisap jari tanda nak dapat adik lagi?

Namun sebenarnya ramai yang salah faham mitos tersebut yang sebenarnya membawa petanda lebih bagus.

Mari ikuti perkongsian daripada page Ragam Anak yang berkongsi kebenaran sebenar tindakan bayi anda. Dibawah pula kami kongsi juga perubahan serta perkembangan bayi setiap bulan untuk ibu bapa lebih prihatin akan pergerakan yang dilakukan bayi anda sepanjang tumbesaran mereka.

Pernah dengar orang-orang tua cakap macam ni tak? "Ha tu anak awak hisap ibu jari kaki petanda nak adik lagi lah tu." Kita yang dengar ni dok terfikir-fikir, eh aku merancang lagipun baby baru 5 bulan, takkan dah nak adik? huhuhu..jgn jgn...

Tapi yang sebenarnya, baby adalah reflexologist pertama di dunia. Ha, tukang urut la senang katanya. Nak tahu kenapa? Sebenarnya, setiap kali baby menghisap ibu jari kakinya, baby sebenarnya sedang merangsang otaknya untuk berkembang. Setiap bahagian tapak kaki kita ada bahagian yang berfungsi terhadap organ tertentu.
Dan sekiranya baby nak tumbuh gigi, cuba anda tengok bahagian mana yang sering menjadi perhatian baby kita. Ya, baby akan menarik-narik bahagian belakang telinga yang tidak gatal kerana di belakang cuping telinga mempunyai dental reflexes.

Subhanalllah. Hebat sungguh ciptaan Allah kan? Sebab itu kita perlu belajar sedikit sebanyak tentang urutan baby. Selain dapat memanjakan dan menenangkan baby kita, urutan juga dapat merangsang otak dan emosi mereka.

SATU BULAN

a.. Tangan dan kaki bergerak aktif
b.. Cuba nak naikkan kepalanya jika sedang meniarap
c.. Dapat menggerakkan tangan dan kaki pada satu masa
d.. Bergerak tiba-tiba pada bunyi yang kuat
e.. Badan dan Kepala perlu disokong jika didukung waktu ini
f.. Tingkah laku menghisap.Selain minum susu ibu, bayi akan isap apa saja objek diletakkan dimulutnya.
DUA BULAN

a.. Mungkin memusingkan kepala dari arah sisi
b.. Melihat pergerakan mak ayah disekeliling
c.. Memberi tindak balas terhadap anda
d.. Menunjukkan keseronokan apabila anda hampir dengannya
e.. Membuka dan menutup mulut ketika anda sedang bercakap dengan anak lain
f.. Gerakan semakin baik
TIGA BULAN

a.. Akan mengangkat kepalanya tanpa sokongan untuk beberapa saat
b.. Boleh angkat kepala dan dadanya bila sedang meniarap
c.. Boleh menutup dan membuka tangan dan bermain dengan jarinya sendiri
d.. Semakin menyedari persekitaran dan orang sekeliling
e.. Boleh melihat tangan
f.. Boleh mengambil permainan atau objek yang berdekatan dengannya

EMPAT BULAN

a.. Dah boleh bergerap ketika meniarap
b.. Matanya mula melihat pergerakan orang di persekitaran boleh mengawal objek
c.. Kawalan kepala semakin stabil
d.. Gunakan tangan untuk meneroka muka sendiri
e.. Mengenali orang yang paling rapat dengannya dan bertindak balas secara berbeza terhadap orang lain.
LIMA BULAN

a.. Boleh mencapai Ibu Jari kaki dan memasukkan ke dalam mulut
b.. Menangis untuk menarik perhatian
c.. Mencapai permainan yang disukai
d.. Mengangkat tangan untuk ambil sesuatu objek
e.. Memalingkan kepala ke arah lain jika tak mahu lagi menyusu
f.. Akan meletakkan sebarang objek yang dijumpai ke dalam mulut
ENAM BULAN

a.. Boleh mengangkat tangan lebih stabil
b.. Duduk dengan sokongan yang betul
c.. Boleh mula makan
d.. Boleh mula ketawa dan "babbles"
e.. Boleh berguling-guling
f.. Boleh memegang botol susu sendiri

TUJUH BULAN
a.. Bermain dengan objek dan boleh gunakan satu tangan ke tangan yang lain
b.. Boleh mengenali diri dan tersenyum melihat diri didalam cermin
c.. Mengenali Ibu Bapanya sendiri
d.. Menjadi bimbang terhadap orang yang tidak dikenali
LAPAN BULAN

a.. Sudah boleh duduk tegak tanpa sokongan
b.. Mampu berdiri dalam masa yang singkat
c.. Mengenal namanya dan mula menyebut kata-kata yang mudah seperti 'mama, papa'
d.. Boleh mencapai objek sebelah tangan
e.. Memegang objek kecil dengan jari dan ibu jari
f.. Suka melihat benda-benda jatuh, dipungut semula dan dibaling semula
SEMBILAN BULAN

a.. Boleh menyusur dan merangkak.
b.. Suka mengambil dan menarik objek di atas meja
c.. Memberi tindak balas ketika namanya dipanggil
d.. Mula memaut untuk sokongan berdiri (tanda mahu berjalan)

SEPULUH BULAN

a.. Mula memahami 'tidak' dan 'bye-bye'.
b.. Mempunyai sifat-sifat lucu yang buatkan ibu bapa ketawa seperti meniup mulut sendiri
c.. Mula memahami banyak perkataan dan suka meniru bunyi
d.. Suka memukul objek dengan tangannya
e.. Suka mencari barang tersembunyi atas katil
f.. Berjalan dengan sokongan ibu-bapa
SEBELAS BULAN

a.. Melambaikan tangan untuk isyarat 'bye-bye'.
b.. Mungkin dapat berdiri sendiri untuk tempoh singkat dan cuba bergerak beberapa langkah
c.. Meniru kata-kata yang mudah contohnya "no, no, no..no"
d.. Boleh mencari objek diruang tamu dengan mudah
DUA BELAS BULAN

a.. Boleh berdiri sendiri
b.. Mula boleh berjalan dengan sokongan atau dengan sendirinya
c.. Boleh mula makan sendiri dengan sudu
d.. Mula memahami arahan dan permintaan
e.. Mempunyai kebolehan untuk mengisi dan mengeluarkan permainan dari kotak.
f.. Boleh bermain permainan tolak dan tarik
Siakapkeli.my

Betul Ke Makan Nenas Boleh Menyebabkan Keguguran? Sejauh Manakah Kebenaran Ini?
siakapkeli.my

Sering kita dengar orang tua kata, jangan makan nenas kerana boleh mengakibatkan keguguran serta mengganggu perkembangan bayi didalam perut.

Namun betulkah anggapan itu?

Bromelain merupakan kombinasi enzim yang bersifat menguraikan protein(proteolytic) yang berasal daripada bahagian tengah Nanas. Disebabkan kebolehannya menguraikan protein, ia selalu digunakan dalam masakan bagi tujuan melembutkan daging. Kita mengetahui ada sesetengah daging yang liat. Ini kerana kewujudan ikatan diantara protein yang menyebabkan ia sedikit liat. Maka, bromelain boleh menguraikan ikatan diantara protein tersebut dan menyebabkan daging menjadi lembut.

Images via Mercola.com

Ada beberapa penyakit yang boleh menggunakan bromelain untuk tujuan perubatan terutamanya dalam rawatan pengurusan luka(wound management). Sebagai contoh luka yang lambat baik disebabkan diabetes. Penggunaan Bromelain boleh menguraikan sel-sel mati ditempat luka dan membuatkan sel yang hidup tumbuh lebih baik.

Masih tiada lagi kajian yang mampan menunjukkan bromelain boleh digunakan dalam penyakit yang lain.

BROMELAIN MENYEBABKAN KEGUGURAN

Menjadi kepercayaan masyarakat bahawa BROMELAIN boleh menyebabkan keguguran disebabkan kebolehannya menguraikan protein. Ia dikatakan boleh menyebabkan protein di dalam badan bayi diuraikan dan berakhir dengan keguguran. Ada juga yang mengatakan ia menguraikan protein dibahagian servik dan menyebabkan servik lemah.

Tetapi tiada lagi kajian menunjukkan bahawa penggunaan nanas boleh menyebabkan keguguran.
Buat setakat ini, penggunaan bromelain mempunyai tahap ketoksikan yang rendah(low toxicity).

Majoriti keguguran adalah disebabkan masalah genetik. Bermaksud ketika persenyawaan ataupun fetus membesar, berlakunya mutasi ataupun kerosakan pada genetik menyebabkan bayi tidak sesuai untuk hidup. Disebabkan masalah genetik tersebut badan sendiri akan menggugurkan bayi tersebut.

Kesimpulan

Tiada lagi kajian yang menunjukkan nanas sebagai penyebab keguguran. Jika nak ambil nanas dipersilakan. Tetapi jika risau anda keguguran, anda boleh elakkan penggunaannya.

Siakapkeli.my
Sumber: Root of Science

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Apr 13, 2018 2:58 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Santau Merbahaya, Ketahui 'Pendinding' Dari Santau Dengan Bacaan Ayat Suci Al-Quran
siakapkeli.my

Amalan santau ini telah dipraktiskan sejak zaman dulu kala lagi. Dikatakan amalan ini merupakan salah satu asas daripada ilmu sihir atau ilmu hitam yang pada asalnya dipelajari khusus untuk kepentingan diri dan keluarga. Namun hari ini, fungsinya telah berubah seiring perubahan suasana dan cara pemikiran. Ilmu ini dipelajari untuk merosakkan kehidupan dan menganiayai orang lain.

Santau ini berlaku melalui medium dan perantaraan jin atau syaitan yang dipuja untuk melakukannya. Menurut kajian, santau boleh dihantar melalui cara halus (jin) atau cara kasar (tuannya sendiri meletakkan racun di hadapan mangsa). Mangsa yang terkena ilmu tersebut akan sukar disembuhkan sama ada melalui perubatan konvensional dan alternatif lain.

Santau terbahagi kepada dua jenis, iaitu santau fizikal dan santau angin. Santau fizikal pada kebiasaannya dibuat daripada miang buluh, ulat bulu, serbuk kaca dan sebagainya. Bahan tersebut diadunkan menjadi sebati dalam bentuk serbuk yang halus dan dibacakan mantera tertentu supaya lebih bisa dan mujarab sebelum diberi makan dan minum kepada mangsa. Santau angin pula ialah santau yang menggunakan bantuan makhluk halus dengan bacaan mantera tertentu dan ditiupkan atau ditujukan kepada mangsa.

Namun umum mengetahui bahaya santau ini terhadap mangsa yang terkena. Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. Pokoknya, kita harus mengambil langkah berjaga-jaga dan kuasa Allah swt itu besar. Perkongsian Norazri mengelak santau daripada ayat suci Al-quran ini mungkin dapat membantu kita daripada terkena sihir melalui kedai makan atau sebarang makanan yang diberi oleh orang.

Nasihat saya, sebelum makan apa apa di kedai atau dari pemberian orang, bacalah doa ketika makan dan doa ini:

"Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama'ie wa huas sami'un alim"

Baca sekali pun dah ok sebelum makan

Maksud ayat:

Rasulullah SAW didengari berkata sesiapa yang berdoa,

"Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

Bacalah sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika waktu subuh sebanyak tiga kali, dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya.

(Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan Ahmad)
Inilah ayat yang patut diamalkan dalam kehidupan seharian kita, semoga kita terhindar daripada segala keburukan, kejahatan dan niat jahat makhluk. Kongsikan supaya ahli keluarga, teman dan sahabat anda dapat manfaat!

Siakapkeli.my
Norazri Bin Medzlan

Jumpa Bawang Dicucuk Jarum Dan Kerap Mimpi Pelik, Pasangan Ini Terkejut Rupanya Jadi Mangsa Sihir Pemisah
siakapkeli.my

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan kehidupan yang bahagia tanpa ada sebarang masalah. Mahu menimang cahaya mata sebagai penyeri kehidupan berkeluarga.

Namun sebenarnya, kehidupan selepas berumah tangga sebenarnya penuh dengan dugaan. Ada dugaan tidak dikurniakan zuriat, ada juga dugaan hubungan tidak disukai orang dan inilah yang bahayanya.

Bila orang tak suka, berbagai cara digunakan untuk meroksakkan rumah tangga yang dibina. Malah, ada yang sanggup bersekongkol dengan iblis semata-mata mahu memuaskan hati sendiri, misalnya menggunakan santau dan sihir untuk memecah belahkan hubungan orang.

Begitulah seperti kisah yang dikongsikan oleh Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin ini mengenai sepasang suami isteri yang hadir untuk menerima rawatan dan akhirnya terkejut apabila menyedari diri menjadi mangsa sihir manusia lain.

Jom ikuti perkongsian dibawah, semoga ia bermanfaat untuk kita semua.

Gambar di bawah adalah perkongsian dari pesakit saya sendiri dari kuala Lumpur. Beliau datang buat rawatan hari Sabtu minggu lepas.

Beliau datang untuk rawatan Iktiar Hamil pada mulanya. Setelah di ruqyah ternyata si isteri ada gangguan. Rupanya beliau terkena Sihir Pemisah. Beliau tidak sedarkan diri ketika di rawat, semasa tidak sedar beliau menjerit berkata :

"Aku akan buat mereka berdua sampai bercerai dan aku buat mereka sampai bila-bila tiada anak."

Beliau terkena sihir pemisah oleh bekas suaminya yang dahulu. Setiap kali nak bersama suami perasaan jadi rimas, nak marah, gelisah. Suami pula bila nak bersama ada nafsu bila nak teruskan tiba-layu layu tidak bernafsu. Bila berjauhan menjadi rindu sayang, bila berdekatan perkara kecil jadi gaduh besar.

Bila malam si isteri kerap mimpi suami curang, mimpi bermain bayi, mimpi tempat busuk kotor, jatuh tempat tinggi,mimpi binatang berbisa, mimpi terbang, mimpi bersetubuh dengan orang yang tak di kenali,dan macam-macam lagi mimpi yang pelik. Bila siang bahu tengkuk belikat jadi kerap lenguh sakit dan berat, dalam badan banyak angin, kepala kerap sakit, kerap sendawa, kerap kembung perut. Bila dekat dengan suami bila datang perasaan nak marah, tiba-tiba je rasa nak marah.

Begitulah yang terjadi pada pasangan di atas. Bila saya kata mereka terkena sihir pemisah terperanjat mereka. Baru la mereka ingat mereka ada terjumpa bawang di cucuk paku di depan pintu luar rumah bila pagi buka pintu. Mereka sempat amik gambar.

Sebab rasa takut si suami terus buang. Baru la mereka faham selepas rawatan rupanya bawang yang di cucuk paku tersebut berkaitan dengan sihir pemisah yang mereka alami sekarang. Bawah di cucuk tu dengan paku umpama kunci nafsu mereka berdua. Membuatkan mereka suami isteri jadi panas.

Saya doakan agar pasangan di atas cepat sembuh dan cepat di beri rezeki untuk mendapat cahaya mata yang pertama.

Moga di jauhkan juga ia berlaku pada diri kita dan semua family kita Aamiin Ya Allah

Sumber : Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin

''Siang Sihat, Bila Malam Badan Panas, Kaki Sejuk'', Anak Kena 'Gangguan' Berpunca Dari Ibu Bapa, Dapatkan 'Rawatan' Segera
siakapkeli.my

Pasti kita pernah mendengar 'gangguan' yang berlaku pada anak kecil. Sudah dibawa mendapatkan rawatan di hospital masih juga tidak sembuh..

Perkongsian dari Page Tazkirah Ustaz Ebit Lew melalui laman facebook mungkin boleh dijadikan panduan untuk anda. Semoga bermanfaat untuk semua.

Sejak akhir2 ini ramai yg dtg bawa anak kecil demam, demam seminggu tak baik2.. Siang nampak sihat bila masuk waktu maghrib badan jadi panas kaki tangan sejuk..

Bila masuk pukul 10 malam berpeluh malam awal pagi panas balik ..Bila malam tidur meracau, bila nangis tunjuk2 atas, mata tengok atas.. Jika berlaku begini pada anak anda, demam dah pergi hospital tak juga kebah2, dah di tahan di ward keluar ward tak juga sembuh, nasihat sy dapatkan rawatan Islam berhampiran..

Bila pergi rawatan Islam pula jgn rawat Anak kecil itu je, bila rawat anak tu rawat jugalah diri ibu ayah budak itu.. Ramai ingat hanya anak kecil je masalah pergi perawat hanya rawat Anak.T api sebenarnya ramai yg tak tahu anak kena tegur kena sampuk berpunca dari ayah ibu anak itu sendiri..

Banyak kes sy rawat bila anak kena ganggu semua berpunca dari ibu ayah tersebut kena gangguan tambah2 lagi baby kecil yg menyusu badan.. Jika ibu kena gangguan bagi anak kecil menyusu badan mudah sangat kena tempias pada baby...

Cara2 mudah jika anak kecil anda menjadi seperti di atas. Tiba2 badan jadi panas kaki jadi sejuk itu tanda anak kecil anda kena gangguan, tidur tersentak2. Bila menangis menepis-nepis di muka jika jadi begitu pada anak anda :

Ambil sebotol air kolah masjid mineral 1500ml masuk kan kedalam baldi air kolah tersebut. Campurkan dgn limau nipis 3biji di potong dan di perah dalam baldi tersebut.. selepas itu baca:

1) Al Fatihah 7x
2) Al ikhlas 7x
3) Ayat Qursi 7x
4) Selawat 7x kemudian mandikan dari kaki hingga ke kepala.
5) Mandikan seluruh Tubuh Anak kecil itu.

Jika tak sembuh juga dapatkan rawatan Islam berhampiran...Jgn di biarkan anak kecil anda terus menangis kerana boleh mengakibatkan anak kecil mudah terkena sawan..

Moga info ini berguna pada yg memerlukan dan di jauhkan dari berlaku pada diri kita dan family kita Aamiin...

Siakapkeli.my

Sumner : Tazkirah Ustaz Ebit Lew via Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Apr 13, 2018 2:59 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Lima Sifat Emak Dan Ayah Ini Buat Anak Menderita Dalam Diam - Dr Taufiq Razif
siakapkeli.my

Gambar Hiasan


30 Jan - Ibu bapa adalah role model yang paling dekat dengan anak-anak. Jadi ibu bapa perlu menunjukkan contoh dan teladan yang baik untuk anak-anak jadikan panduan yang baik.

Bukan mudah sebagai ibu bapa untuk membentuk anak-anak kecil supaya dapat dibentuk dengan baik apabila pelbagai cabaran yang terpaksa dilalui. Lebih-lebih lagi ketika zaman moden ini yang sarat dengan teknologi dan gadjet.

Ibu bapa perlu lebih mengamalkan teknik melalui gaya percakapan dan emosi yang baik kepada anak-anak. Menurut Doktor Taufiq Razif, ada lima sifat utama yang boleh membuat anak menderita dalam diam.

Dr Taufiq meletakkan Garang Terlampau sebagai poin yang pertama di dalam artikel beliau. Menurut Dr taufiq, tiada masalah untuk ibu bapa menjadi garang tetapi jangan berlebih-lebihan.

Anak yang memiliki ibu bapa yang garang mampu mematikan sifat inovatif dan kreatif anak-anak kerana setiap kali si anak mahu membuat satu idea yang terlintas di fikiran mereka akan diselubungi ketakutan.

Point yang kedua ditekankan oleh Dr Taufiq ialah, terlalu ego. Kadang-kala akan ada waktuinya si anak itu membuat benda yang betul. Tetapi disebabkan ego ibu bapa yang tinggi, buat mereka tetap ingin menyalahkan anak tersebut..

Gambar Hiasan


Jom ikuti perkongsian penuh dari Dr Taufiq Razif tentang 5 sifat ibu bapa yang mampu membuat anak menderita di dalam diam.

5 Sifat Mak Ayah Ni Buat Anak Menderita Dalam Diam

1. Garang Melampau

- Garang boleh tapi jangan sampai tahap bengis ( fierce ). Anak yang ada ibubapa yang bengis ni akan mati sifat inovatif dan kreatifnya kerana setiap kali si anak ni nak buat idea baru yang terlintas di fikiran, mereka akan diselubungi ketakutan. Yela, asyik kena tengking je bila nak buat benda yang 'pelik' di mata mak ayahnya.

2. Terlalu Ego

- Kadang-kadang akan ada waktunya si anak kita tu buat benda betul tapi disebabkan ego kita yang selangit tinggi ni buat kita rasa nak hukum juga si anak tu! Contohnya anak tegur kita tak solat lagi, kita pulak pergi pukul si anak tu kononnya biadap dengan orang tua. Akhirnya sistem judgment anak kita jadi tak seimbang, dah tak reti nak bezakan baik dan buruk.

3. Pendengar Yang Teruk

- Tanpa kita sedar bila dah lama jadi mak ayah ni kita ingat ilmu parenting paling terbaik adalah kena perbetulkan dan tegur si anak. Jadi kita cuba sedaya la tegur perangai buruk anak tanpa kita tahu pun bahawa kebanyakan anak ni bertindak liar sebab kita tak pandai mendengar luahan hati mereka. Jadi mereka bertindak liar sebab nak tarik perhatian kita dan supaya kita dengar rintihan hati mereka.

Gambar Hiasan


4. Terlalu Sibuk

- Antara 5 Language Of Love yang diketengahkan oleh Dr Gary Chapman adalah Quality Time. Kadang-kadang kita tak sedar walaupun dah 10 jam kita bersama anak tapi kita sebenarnya dikira SIBUK juga bila perhatian kita pada anak cuma 10 minit je. Yela, 10 minit je eye contact kita pada mata si anak, selebihnya screen-contact dengan handphone dan TV. Anak kat tepi akhirnya jadi tunggul dan ditinggal sepi tak diperhati.

5. Lupa Nak Jadi Role Model

- Di awal perkembangan anak, mereka akan cari seseorang untuk ditiru. Mula-mula si anak akan tiru cara senyum kita, mimik muka kita, gaya berjalan kita hingga akhirnya dia akan cuba juga meniru akidah dan perbuatan kita. Itulah kekuatan Mirror Neuron. Tanpa kita sedar segala keburukan kita pun si anak kita TIRU TANPA KITA SEDAR.

Kita suka minum manis, anak kita tiru. Kita suka cakap kotor anak kita pun guna perkataan kotor tu di sekolah dan jangan pelik kalau kita layan pasangan kita dengan teruk, anak kita pun turut sama layan pasangan hidupnya dengan teruk bila dah menikah nanti.

Taufiq Razif
· 29hb Januari jam 4.24 pagi ·
5 Sifat Mak Ayah Ni Buat Anak Menderita Dalam Diam

1. Garang Melampau
- Garang boleh tapi jangan sampai tahap bengis ( fierce ). Anak yang ada ibubapa yang bengis ni akan mati sifat inovatif dan kreatifnya kerana setiap kali si anak ni nak buat idea baru yang terlintas di fikiran, mereka akan diselubungi ketakutan. Yela, asyik kena tengking je bila nak buat benda yang 'pelik' di mata mak ayahnya.

2. Terlalu Ego
- Kadang-kadang akan ada waktunya si anak kita tu buat benda betul tapi disebabkan ego kita yang selangit tinggi ni buat kita rasa nak hukum juga si anak tu! Contohnya anak tegur kita tak solat lagi, kita pulak pergi pukul si anak tu kononnya biadap dengan orang tua. Akhirnya sistem judgment anak kita jadi tak seimbang, dah tak reti nak bezakan baik dan buruk.

3. Pendengar Yang Teruk
- Tanpa kita sedar bila dah lama jadi mak ayah ni kita ingat ilmu parenting paling terbaik adalah kena perbetulkan dan tegur si anak. Jadi kita cuba sedaya la tegur perangai buruk anak tanpa kita tahu pun bahawa kebanyakan anak ni bertindak liar sebab kita tak pandai mendengar luahan hati mereka. Jadi mereka bertindak liar sebab nak tarik perhatian kita dan supaya kita dengar rintihan hati mereka.

4. Terlalu Sibuk
- Antara 5 Language Of Love yang diketengahkan oleh Dr Gary Chapman adalah Quality Time. Kadang-kadang kita tak sedar walaupun dah 10 jam kita bersama anak tapi kita sebenarnya dikira SIBUK juga bila perhatian kita pada anak cuma 10 minit je. Yela, 10 minit je eye contact kita pada mata si anak, selebihnya screen-contact dengan handphone dan TV. Anak kat tepi akhirnya jadi tunggul dan ditinggal sepi tak diperhati.

5. Lupa Nak Jadi Role Model
- Di awal perkembangan anak, mereka akan cari seseorang untuk ditiru. Mula-mula si anak akan tiru cara senyum kita, mimik muka kita, gaya berjalan kita hingga akhirnya dia akan cuba juga meniru akidah dan perbuatan kita. Itulah kekuatan Mirror Neuron. Tanpa kita sedar segala keburukan kita pun si anak kita TIRU TANPA KITA SEDAR! Kita suka minum manis, anak kita tiru. Kita suka cakap kotor anak kita pun guna perkataan kotor tu di sekolah dan jangan pelik kalau kita layan pasangan kita dengan teruk, anak kita pun turut sama layan pasangan hidupnya dengan teruk bila dah menikah nanti!

Taufiq Razif
Suka Layan Isteri Macam Permaisuri Di Depan Anak-Anak Supaya Anak Faham Betapa Bahagianya Bila Bagi Layanan Terbaik Pada Pasangannya Nanti

p/s : Jom belajar ilmu parenting yang sangat penting secara percuma di Telegram saya. Install Telegram dan klik link ni t.me/NotaTaufiqRazif

Siakapkeli.my

"Sumpah Hidup Aku Terseksa, Trauma Bila Bank Call", Wanita Merana Setengah Mati Kawan Buat Ta*k Guna Nama Buat Pinjaman Kereta
siakapkeli.my

Kawan Buat Ta*k Guna Nama Buat Pinjaman Kereta

Menurut Jabatan Insovensi Malaysia, tahun 2012 hingga 2017 statistik menunjukkan seramai 23,836 bankrap pada usia mereka 25 hingga 34 tahun serta apa yang paling membimbangkan adalah seramai 1,186 daripada mereka berusia bawah 25 tahun.

Rata-rata daripada mereka yang mengalami masalah ini adalah berpunca daripada pujuk rayu dan akhirnya terjebak dengan janji manis menggadai nama sendiri untuk permohonan pinjaman sahabat baik. Bila kita tak sedar risiko dan akibatnya pada masa depan, kes kebankrapan ini akan semakin menular.

Bukan kes baru, tapi dah ramai rakyat Malaysia melakukan perkara yang sama. Perkongsian daripada Atiqah Miftah boleh dijadikan salah satu panduan kepada anda untuk lebih berwaspada dan silalah ambil pengajaran agar tidak terdedah dengan nasib yang sama.

Jangan terlalu percayakan kawan!

It's my birthday month & aku rasa di penghujung 20-an ni aku dh mampu bernafas.Tak boleh tarik nafas lega lagi sbb ada hutang belum selesai. Create this post so that one day bila aku down, aku baca & sedar yang aku kuat. #KitaOk

Never put too much trust in friend's walaupun tempoh kau kenal dia almost 10 yrs. People change & jgn mudah sgt bagi org lain guna your details (I/C) untuk apply loan or buat bisnes. Akibat dia sgt buruk. Kalau betul bisnes, proper with agreement black & white. Dan nota tambahan, perniagaan sambung bayar kereta walaupun ada perjanjian hitam putih , tetap tak sah. Pemilik asal yang kene tanggung & sangat complicated.

Here goes my journey :

Aku kenal lelaki ni,R, since 2004, aku sekolah,dia student U. Ish mcm nk je tulis nama dia sbb dendam tu msh ada. Tp aku dh janji dgn diri aku nk redha sbb aku percaya apa jadi ada hikmah.

2013,R approach untuk buat bisnes sewa kereta. Katanya, High Return & Low Risk. & x perlu modal. R bgtau dia dh buat research pasal bisnes sewa kereta & ada sales person yang dah biasa denga bisnes ni (boleh keluarkan kereta more than one in a time).

R srh aku guna nama aku untuk beli kereta untuk buat sewa Aku ada payslip so senang nk buat loan. R pulak buat bisnes sendiri, Forex dgn ayam bakar waktu tu, jd dia xde payslip, susah nak apply katanya,.

Knp aku senang sgt percaya R?Aku sgt percaya pada dia cz perwatakan & credibility yg ada pd dia.1st. Waktu dia explain perancagan pasal bisnes sewa kreta, buat aku rasa teruja. Plan dia A-Z sound perfect. Lagipun dia mmg ada business, Waktu tu, macam masyuk, aku tgk effort dia, buat promotion,cari orang.

2nd. Aku kene cari side income sbb nk ubah hidup. Duk KL gaji bawah 1.3k, mmg rasa nk nagis. & aku ada banyak sgt impian. Aku nak parents aku pergi umrah. Adik aku nk jadi pilot tapi exam yg dia kene amek harga berpuluh-ribu & aku nak tolong kesayangan walaupun dia jahat dengan aku, hahahaha!
Aku nekad nk buat business sewa kereta, & tanggung loan berpuluh ribu di usia muda. Aku mmg tak fikir kesan & akibat. Aku fikir aku akan ada duit lebih. For few month , semuanya okay. Payment cantik. Dapatlah rasa profit hasil sewa kereta.

Aku ada kerja hakiki, sebgai kerani. R berniaga sendiri so masa dia ikut suka. Kerja aku, kalau ada org nk sewa, roger dia. So, tentang bayaran,keadaan kereta, aku mmg xamek tau langsung, sedangkn kereta nama aku. 1st time keluar pun, aku x pergi tgk.Aku mmg percaya 100% pada R untuk uruskan bisnes.

Sehinggalah,aku dpt panggilan dr bank. Bkn satu tapi dr bbrapa bank maklumkn yg kereta ak ada tunggakan. Time tu gugur jantung aku. Aku xtau apa aku kene buat. Aku call R, dia seperti yg aku kenal, mmg jenis relax. Dia kata dia akn selesaikan. Sekali lagi aku percaya.Hari berlalu, aku bulat-2 serah pd R untuk selesaikn. Aku lupa kereta tu ,loan nama aku, apa pun berlaku mmg aku kene. Dan apa yg aku takutkan terjadi. R lepas tangan dengan pelbagai alasan. Kereta penyewa larikan, duit hasil sewa dia amek & kereta bebulan tertunggak.

2013 - 2018 , Sumpah hidup aku mmg terseksa dia buat. Tapi mende ni jadi sbb aku sendiri bodoh percaya orang. Aku jd trauma bila bank call, haha. Sepanjang tempoh ni ,banyak pengalaman yg aku dpt.Hasil aku berkenalan dgn orang yg Allah hadirkan seketika dlm hidup aku, aku belajar dr Google, dari pihak insurance, sangat banyak. Dalam tempoh tu, aku berjanji dengan diri aku, aku tak nak kahwin.

Ada satu kereta tu aku nk jual, jd aku kene topup beberapa ribu. Time tu nk dekat raya. Aku bgtau fmly aku, xnk balik raya, sbb aku xde duit apatah lagi nak bagi duit raya.Aku segan, nk bg alasan apa kau kerja tapi xbg duit raya. Aku plan nk duduk kt Kl ni, kerja. Kerja KFC pun jadi lah sbb dia bayar mahal sikit time raya. Tapi family aku pujuk suruh aku balik, pasal duit raya xpayah fikir.

Tau apa mak aku buat? Mak aku suri rumah, so org mmg tak kan harapkan dia bagi duit raya. Dia bagi duit raya bahagian dia, isi dalam sampul, waktu nk bersalam reramai, dia bagi sampul tu kat aku, suruh aku edarkan bagi kat orang . Aku malu doh.. sumpah aku malu.

Sebab tu aku berjanji dengan diri aku, selagi masalah kereta ni tak selesai, selagi hutang aku tak berkurangan, aku xnak kahwin. Aku kene happykan family aku dulu & komitment aku bujang ni pun dh tinggi. Macam mana aku nak wujudkan keluarga bahagia aku sendiri. Masalah ni wujud sbb aku yg create, so aku jugak kene selesaikan. Dan sekarang tinggal sikit je lagi.

Ini cuma mukadimah kisah kau je Eqa. Aku percaya, Allah bagi aku ujian ni bersebab. Aku percaya Allah hadirkan org tertentu dlm hidup aku cuma sementara pun bersebab. Dan untuk ujian ni, aku redha. Aku rugi beribu & org lain pulak yg senang. Kalau dulu rekod CCRIS aku POOR, sekarang dah dekat tengah-2 dh score aku, sikit lagi nak jadi GOOD. Dan aku dah boleh kawen! Sekarang aku nak ada orang jaga aku supaya aku jadi bertambah pandai!. Doakan urusan aku akan datang dipermudahkan . #KitaOK

So,nak hayati cerita aku, korang boleh lah sambil tu menyanyi lagu hey hey #kitaok !

*gambar kereta yang aku jual.Panjang cerita ni. Sila fokus pada keadaan cermin kereta , abaikan manusia dalam tu. Tunggu next post.

Siakapkeli.my

Jadi Penjamin Sebab Ingat Adik Beradik, Sudahnya Merana Diisytihar Bankrup, Peringatan Jangan Ambil Mudah Soal ''Guarantor''
siakapkeli.my

Jadi penjamin atau ''guarantor'' memang boleh buatkan kehidupan seseorang itu musnah. Tetapi ramai yang terlalu mengambil mudah tentang perkara ini menyebabkan nama mereka dijadikan penjamin.

Mungkin ramai antara kita pernah buat kan, jadi penjamin untuk adik-beradik, saudara mara, kawan-kawan, tunang, pasangan atau ahli keluarga. Tanpa sedar, risiko yang ditanggung boleh menyebabkan seseorang itu jatuh muflis atau bankrap.

Kerana jadi penjamin ini juga ramai yang putus tali persaudaraan, putus persahabatan, hubungan adik beradik dan bermasam muka. Manakan tidak, bila si peminjam gagal membayar hutang, yang terpaksa menangung akibatnya juga penjamin.

Seorang pengguna twitter, zulhilmisb tampil berkongsi pengalaman beliau sewaktu bertugas di sebuah bank. Kes sebenar yang berlaku apabila abang menjadi penjamin kepada adik. Paling sedih, abang menjadi mangsa diisytiharkan bankrup disebabkan si adik yang gagal menjelaskan pinjamannya. Merana hidup, sesal pun tak berguna lagi.

Jom kita ikuti kisah ini seperti di bawah. Apabila diminta untuk menjadi guarantor, tolaklah dengan cara baik walau apapun janji yang mereka taburkan pada anda. Lebih baik bermasa muka seketika dari kita hidup merana selamanya. Betul tak?

Datang dalam keadaan menangis..

Ruapanya bankrup disebabkan jadi guarantor..

Meraung bila dengar adik tak bayar loan..

Jumpa adik pun time raya je..

Adik datang bawak duit 1 beg.

Sepatah pun tak tanya pasal abang sendiri..

Sebab duit orang boleh lupa darah daging..

Fikir gaji sendiri dulu sebelum sign jadi guarantor..

Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Apr 13, 2018 2:59 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



'Exco Kelantan tak perlu serah kereta rasmi'
kedahlaniie.blogspot

Exco kerajaan Kelantan tidak perlu menyerahkan kenderaan rasmi mereka seperti di Selangor, kata timbalan menteri besar sementara Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau berkata ini kerana mereka masih menjalankan tugas sebagai kerajaan sementara.

"Tak perlu serahkan sebab kerajaan masih ada iaitu kerajaan sementara, dan exco masih berhak menggunakan kenderaan ini untuk urusan-urusan rasmi.

"Kita masih lagi exco sehingga kerajaan baru ditubuhkan selepas pilihan raya," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Menurut amalan sistem Parlimen Westminster, sebaik pembubaran Parlimen di peringkat pusat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi negeri, kerajaan sedia ada menjadi 'kerajaan sementara' sehinggalah kerajaan baru dibentuk dan ketua eksekutif dilantik.

Azmin serta barisan exco kerajaan Selangor hari ini menyerahkan kembali kereta rasmi kepada kerajaan negeri susulan pembubaran DUN.

Mohd Amar yang juga naib presiden PAS berkata lagi, harta milik kerajaan negeri hanya tidak boleh digunakan untuk urusan politik.

"Apa yang tak boleh adalah guna untuk urusan parti dan berkempen, itu tak bolehlah," katanya lagi.

PAS Johor bertanding 19 kerusi Parlimen, 40 DUN

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

JOHOR BAHRU: PAS Johor hari ini mengumumkan akan bertanding di 19 kerusi Parlimen dan 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Pesuruhjaya PAS negeri, Abdullah Husin berkata, jumlah kerusi itu meningkat berbanding hanya 8 kerusi Parlimen dan 31 DUN pada PRU lepas.

"Ini merupakan jumlah (kerusi) tertinggi pernah ditandingi PAS Johor dalam sejarah PRU di negeri ini," katanya selepas majlis pelancaran Manifesto Gagasan Sejahtera (Gagasan) Johor peringkat negeri, hari ini.

Gagasan Johor dianggotai PAS, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiyah Se-Malaysia (Berjasa).

"Semua calon sudah dikenal pasti. Daripada 19 calon yang bertanding kerusi Parlimen di negeri ini, 4 merupakan ulama, 5 aktivis parti dan selebihnya adalah profesional," kata beliau.

Selain itu, beliau berkata, PAS turut menampilkan 5 calon wanita dan seorang daripadanya calon bukan Islam dari Dewan Himpunan Penyokong parti tersebut.

Pada PRU lepas, PAS memenangi 4 kerusi DUN iaitu Puteri Wangsa, Parit Yaani, Maharani dan Sungai Abong. Bagaimanapun, kerusi DUN yang dimenangi PAS tinggal 3 apabila Aminolhuda Hassan yang memenangi kerusi Parit Yaani menyertai Amanah.

PAS bertanding di 23 DUN, 5 Parlimen di Melaka

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net

MELAKA: PAS bakal bertanding di 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lima Parlimen di negeri ini pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata jumlah kerusi berkenaan menunjukkan peningkatan berbanding hanya 13 kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen pada PRU lepas.

"Pertandingan 3 penjuru le­bih memberi peluang untuk menang di Melaka. Kita biasa tiga penjuru dan empat penjuru, boleh menang kerana akar umbi kita setia pada parti sejak zaman dahulu.

"Kalau berlaku banyak penjuru, biasanya akan timbul kesan negatif," katanya pada sidang media selepas ceramah perdana dan majlis pelancaran Manifesto Gagasan Sejahtera Melaka tengah malam tadi.

Majlis dihadiri kira-kira 1,000 hadirin itu turut dihadiri Pesuruhjaya PAS Melaka Kamaruddin Sedik dan barisan Gagasan Melaka yang dianggotai PAS, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) serta Barisan Jemaah Islamiyah Se-Malaysia (Berjasa).

Pada majlis berkenaan, Gagasan Sejahtera turut melancarkan manifesto pakatan tersebut bagi negeri ini untuk PRU14 dengan menggariskan 11 teras sekiranya berjaya mentadbir kerajaan negeri Melaka.

DUN Melaka mempunyai 28 kerusi dan 6 Parlimen.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata PAS dijangka mengemukakan lebih 50% calon muka baru termasuk bukan Islam bagi mewakili parti itu pada PRU14.

Untuk Difikirkan Bersama...

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

Seorang peguam India membela dan memberikan hujah bahawa PAS adalah yang terbaik untuk PRU-14 nanti. Anda bagaimana?

Kredit
Najib Fabregas

Sidang media PAS jawab isu

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net


SIDANG media Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selepas tamat Forum Town Hall Mega, Kerajaan Teknokrat anjuran Pemuda PAS Malaysia di Hotel De Palma Shah Alam malam tadi.

MEDIA: Mengenai usul RUU 355 mungkin Tuan Guru boleh kongsikan mengenai selepas Parlimen dibubarkan usul RUU 355 tidak dapat bahaskan untuk kali kedua.. Apa reaksi Tuan Guru sendiri mengenai ini?

PRESIDEN PAS: Perlu diketahui usul RUU 355 ini usul persendirian, mengikut secara logikal usul ini bukan usul kerajaan terlalu payah, tidak mudah. Usul yang bukan kerajaan, perlu dapat sokongan untuk diizinkan. Setelah dapat sokongan barulah dibenarkan bawa usul ini. Setelah itu diundi, setelah diundi, menang maka dibenarkan usul dibawa, setelah dibawa dibahas dan diundi balik.

Kita telah berusaha sejak tahun 1995, tak berjaya kerana mengikut peraturan Dewan (Dewan Rakyat) mesti sokongan diberi. Hendaklah mendahulukan usul kerajaan terlebih dahulu. Urusan kerajaan mestilah diutamakan, sekarang ini kita telah berjaya di peringkat awal. Usul ini telah diusulkan di serata negeri, hasil perundingan daripada Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Pusat..

Hasil rundingan dan mendapat sokongan daripada pihak pentadbiran dan kita berjaya bawa usul ini, sekurang-kurangnya bila nak bawa, bila nak dibahas nak diundi sekali lagi hendaklah diutamakan agenda kerajaan. Itu bukan kerja kita. Kita telah berjaya di peringkat pertama, usul ini akan terus letak di situ pada Parlimen akan datang ini beri kerjasama dengan kita, kalau mereka menang boleh bawa dan kita rancang nak bawa sekurang-kurangnya menimbulkan kesedaran.

Apa yang menjadi masalah terutama di negeri usul ini berkait dengan Syariah Islam, mengikut Perlembagaan, Syariah Islam ini bidang kuasa terhadap orang Islam sahaja, sebab itu orang bukan Islam tak campur tangan. Sekarang dah jadi orang bukan Islam itu campur tangan. Yang campur tangan itu diketuai oleh DAP ini yang menjadi masalah. Dan DAP ini kita tahu mereka ini menentang dalam Pakatan Rakyat (PR), ini antara sebab-sebab yang menyebabkan kita (PAS) tidak boleh bekerjasama kerana tidak menghormati kerjasama (kita) dalam PR.

Dato' rasa tertipu dengan Barisan Nasional sebab tak dapat bahas?

Tidak (rasa) tertipu. Kita telah bawa usul ini dalam Dewan Rakyat akan terus berada di situ cuma tunggu masa sahaja (bahas).

Dato' adakah Dato' bersedia untuk menjadi calon Perdana Menteri bagi Gagasan Sejahtera (GS)?
Saya terserah perkara ini kepada rakyat yang akan menentukan siapa menang dalam pilihan raya nanti. Serah kepada pimpinan, ya memang adat Islam bukan untuk mengejar jawatan tanggungjawab kita memilih siapa yang kita mahu, bukan kita pilih diri kita sendiri.

Laporan daripada Malaysia Dateline mengatakan pegawai Pejabat Agung PAS sahkan terima duit RM1.5 juta dakwa Mahfuz.
Bukan kita boleh beli Pejabat Agung PAS lebih daripada itu lagi, ini sumbangan daripada ahli-ahli PAS di seluruh negara. Kita telah ada ahli PAS ini ada satu juta di seluruh negara, bahkan ahli PAS yang bagi RM1 ada ahli PAS yang bagi RM10, bagi beribu dan ada ahli PAS yang bagi kita sejuta pun ada sekarang ini.

Jadi kata terima duit Umno itu macam mana, PAS Terengganu.
Itu rakyat fikir sendiri kita nak lawan Umno, Umno bagi kita (PAS) duit suruh kita lawan dia.

Ada tiga pemimpin daripada PAS iaitu Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Setiausaha PAS Terengganu dengan Bendahari Terengganu terima duit daripada pemimpin Umno sebanyak RM1 juta , lepas itu dia kata Umno juga bagi RM1 juta kepada Pejabat PAS, bulan lepas.

Kita nak letak 130 (kerusi) bertanding, 130 ini PAS akan tanding kawasan Umno banyak, jadi Umno bagi duit untuk kita lawan dia.

Maknanya Dato' menafikan perkara itu?
Memang kita nafilah. Dan ada kes di England RM90 juta kita saman di mahkamah mengapa surat khabar England yang siar bukan surat khabar di sini, tak berani. Dan terang-terang kes ini Insha Allah kita akan menang dan sudah ada orang tengah pujuk kita tarik balik.

Dato' akan ambil tindakan saman terhadap Mahfuz?
Saya rasa itu satu hujah kebudak-budakan yang kita rasa bodoh kalau kita layan. PAS ambil duit Umno untuk lawan Umno, cerdik ke hujahnya?

Dato', dilaporkan anak saudara Dato' akan lawan di Marang.
Saya tidak ada maklumat, tidak ada maklumat anak saudara saya nak lawan, tak ada maklumat. Apa yang saya tahu ialah anak saudara dari keluarga dari jentera parti dan keluarga memainkan peranan besar untuk menang dalam pilihan raya. Sejak tahun 1982, saya dah jadi Adun dan jadi ahli Parlimen sejak tahun 1990 dalam keadaan empat kawasan Adun satu Dun menang, Parlimen saya menang, tiga Dun kalah. Kalau anak saudara seorang saja tidak cukup.

DATO' TAKIYUDDIN HASSAN: Saya nak buat tambahan dakwaan Mahfuz Omar. Beginilah jawapan kita, kalau dia merasakan apa yang dia kata itu betul dan ada unsur-unsur rasuah saya cabar dia buat report SPRM. Kalau dia rasa itu ada unsur rasuah, please lodge the report. Bukan kita nak menafikan, dia kena buktikan.

Ini berkenaan dengan PH semalam yang mengumumkan guna logo PKR untuk dipertanding, apa pandangan PAS sendiri?
Itu terpulang kepada mereka sendiri nak guna logo mana pun terpulang kepada mereka, itu bukan hak kita. Nak pilih logo DAP ke nak pilih logo PKR ke, nak pilih logo mana-mana terpulang kepada mereka, kita tak nak campur.

Dato', esok Adun Paya Jaras akan mengadakan satu pengumumanlah dalam satu event, jadi apa yang Dato' jangka, adakah Paya Jaras masuk ke PKR keluar PAS ke macam mana?

Kita pernah dalam sejarah Presiden PAS masuk Umno tahun 1980-an, Adun ini kecil sangat. Presiden PAS masuk Umno, pernah. Jadi PAS terus masih berkembang kalau akar umbi kita kuat kalau cantas pokok kalau akar pokok kuat satu dahan cantas 10 dahan boleh tumbuh lagi.

(Transkrip disediakan oleh Wartawan Harakah, NUR HASMIRA MOHAMAD) - HARAKAHDAILY 8/4/2018

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Apr 13, 2018 3:00 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



''Maafkan Ibu Sebab Harraz Tak Sempat Minum Susu Ibu'', Kehilangan Anak Syurga, Luahan Wanita Ini Buat Netizen Sebak
Ditulis oleh Sha Rossa,
siakapkeli.my

Cahaya mata adalah harta paling berharga di dunia ini. Kelahirannya adalah anugerah dari Allah yang ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan yang berkahwin. Kehadirannya menjadi pengikat kasih sayang suami isteri. Pasti ibu-ibu tidak sabarkan menanti buah hati yang bakal lahir?

Namun siapa sangka rezeki kehadiran cahaya mata lelaki yang ditunggu-tunggu oleh pasangan ini cumalah pinjaman sementara buat mereka. Kebahagiaan yang diberi ditarik secara tiba-tiba, tapi siapa kita untuk melawan takdir illahi.

Coretan oleh Yaya Faizal melalui laman faecbooknya mengundang sebak netizen yang membaca. Wanita ini diuji dengan ujian yang paling berat dalam hidup, kehilangan anak ketika masih bayi. Hati ibu ayah mana yang tidak remuk, bayangkan saja kita di situasi mereka.

Mari ikuti perkongsiannya seperti di bawah. Bersabarlah kerana ada hikmah kepada setiap apa yang berlaku.

Dah 9 hari anak syurga ni tinggalkan aku.. ramai pm wasap tanya kenapa dgn baby.. sori.. takde kekuatan lagi nk reply.. hari ni rasa segar sikit.. boleh la nk cerita..

1 Apr 2018

Pagi tu rasa dia gerak dlm 2 kali je.. then mkn ais.. mkn benda manis.. sama je.. takde respon.. gitau husband.. then tunggu die balik keje.. petang tu siap2 g hpd.. sampai hpd scan and check jantung baby.. mmg tak cun..

Doc pecah air ketuban.. air ketuban dh colour hijau.. baby berak dalam perut benda yg sama jd mcm ecah.. tapi kali ni hijau dia mmg pekat.. ntah berapa kali die berak.. kesian anak ibu.. terus emergency opret.. time tu nangis2 dah.. dtg nk check baby je.. kena opret time2 tu jugak memang tak ready mental dan fizikal redha..

Baby dh keluar doc kata baby dh biru.. ramai kerumun kat baby time tu.. hati mmg tak sedap.. doc suruh sabar, tanya doc baby apa? Die jwb senyum sinis... IT'S A BOY.. rasa nk bangun shuffle..kau byg kn check 4d pon xnmpk gender.. punya la die nk suprise kat aku..

Tak sabar2 nk keluar bilik ot nak bagitau husband dapat anak lelaki.. tapi aku tengok muka semua orang kat situ sume muka risau.. doc yg belah perut aku die tgk baby terus tengok muka aku.. aku tanya kenapa dengqn baby aku.. diasuruh aku banyak2 bersabar.. kalau korang kat tempat aku korang boleh sabar ke? then diorang bawak keluar baby.. dia ckp baby kena hantar htj sebab baby tak boleh nafas sendiri.. aku blurrrrr..

Dah masuk wad husband ada gitau pasal baby tapi still blur.. husband dh balik.. doc datang gitau anak aku sekarang tengah tenat and berada kat htj.. nangis senangis nangisnya...

3 Apr 2018

Dapat keluar memang tak sabar2 nak g htj.. pagi tu terus g icu tengok anak aku.. sampai2 berselirat wayar sana sini.. hidung mulut keluar darah.. doc kata usus and perut dah rosak.. thats why darah asyik keluar.. kesian anak ibu.. tak sanggup nak tgk.. doc ckp hidup dia bergantung pada mesin je..
oksigen dh bg 100%..

Doc cakap hati and limpa dia membengkak sebab jangkitan kuman.. dia dah makan taik dia sendiri.. Allahuakhbar berat sungguh aku nak terima semua ni.. doc ckp dia memang tak boleh hidup lama.. kalau hidup pon jangka hayat dia kejap je sebab bergantung pada mesin yang ada.

Bincang dengan doc.. ok slowkan ubat.. and dia akan pergi slow2.. aku dapat peluk cium dia.. nurse2 kat situ bagi peluang kat aku.. bagi kata2 semangat.. tenangkan aku.. tq nurse2 wad icu htj..

4 Apr 2018

Sepanjang malam aku tak tidur.. perut sakit kena belah aku hiraukan.. mata mcm kena penumbuk dah asyik menangis.. badan sakit2.. breast jangan ckp la... mcm nk meletop.. aku abaikan semua tu sebab aku tau kejap lagi dia nk pergi.. 6.20am.. aku cium3 pipi die.. wangi anak ibu..

Maafkan ibu sebab harraz tak sempat minum susu ibu.. harraz tak sempat pakai baju baru.. baby dh tak gerak nafas dia time tu.. aku tau die dah takde.. perut dia bergerak pon sebab mesin.. jantung dah takde degupan..

Aku tenung muka dia sedalam dalamnya.. dalam hati aku ckp pergi nakkk.. ibu redha.. syurga tempat mu.. 7am doc sahkan dia dh takde.......

Siakapkeli.my

"Bila Check Betul-Betul, Nanah Tu Dah Nak Tembus Ke Otak," Jangan Sesekali Abaikan Jika Anak Mengadu Sakit
Ditulis oleh seventeen century,
siakapkeli.my

9 April - Apabila anak mengalami masalah kesihatan, sudah pasti ibu bapa insan yang paling risau dan akan mendapatkan rawatan dengan kadar segera. Bagaikan semua kerja yang dibuat pasti ada saja yang tidak kena.

Seperti apa yang dialami oleh seorang ibu, Siti Noor Ashikin apabila anaknya mengadu sakit dibahagian belakang telinga dan demam yang tak kebah.

Apabila beliau membawa anaknya berjumpa dengan doktor dan doktor pakar, semuanya memberi jawapan sama bahawa bonjolan di belakang telinga itu normal untuk kanak-kanak.

Sehinggalah ujian darah dibuat dan keputusannya amat mengguris hati ibu ini.. Jom ikuti perkongsian Siti Noor Ashikin, Semoga bermanfaat.

Satu mlm ibu xboleh tido fkr kn ank2.xtau la knp hati nie rasa kesal sgt.saje nk share untk peringatan semua.jgn ambil mudah klu ank mengadu skt.

Bkn nk menyalahkn takdir tp btl2 rasa terkilan dgn pihak yg bertanggungjawab....sbb masalah yg kecil dh bertukar mnjadi masalah yg besar buat seorg ank kecil....

Dari awal aqif(abgcik) start mengadu skt dan kami trs bwk g klinik...check dekat klinik je 5 kali.berulang pergi klinik mntk Doctor check dlm telinga dia sbb dia mengadu skt dlm telinga dan skt dkt belakang telinga sbb naik biji kecil di blkg telinga dia.dan demam dia pn on off..tp sepanjang berulang ke Klinik Doc ckp xda apa2 dlm telinga dia n biji tu pn normal...

Mula2 sekali bwk dia g klinik. Doc petama nie ckp.dia demam n tonsil dia bengkak ckt...Doc just bg ubt demam n antibiotic je...ok dlm 4hari mkn ubt demam lgsg tak ok jugak...dia still ckp skt n mlm xblh tido.

Kali ke2 bwk dia pergi klinik lg.sbb dia menagis skt.Doc kedua nie pulak ckp tonsil dia ada nanah pulak.pastu check darah.ada kuman skt.Doc continue antibiotic lg seminggu...Tp wktu tu byk kali tnya Doc.biji belakang telinga dia mmg normal ke..normal Doc ckp....tu just biji kelenjar....tp biji tu byk...dia ckp normal jugak...ok xpala.

Mkn ubt dlm 5 hari demam still xok jugak walaupn dh bwk pergi klinik.dh mkn ubt demam n antibiotic.. dia tetap sakit n xboleh tido...

Sampai la satu mlm ni dia skt teramat sgt.dia menagis sepangjang mlm.lgsg xboleh tido.bg ubt tahan skt pn xjalan.dia meraung2 skt....dia menagis smpi tertido menahan skt. dh dekat pukul 4 pg br dia boleh tido...

Esok nya tgk dia ok ckt..tp dia still ckp telinga dia skt lg...dlm tgh hari tu baru terperasan tepi telinga dia penuh nanah bercampur darah....wktu tu dh panic...pastu trs bwk g klinik.

Doc check guna scop Doc ckp gegendang telinga dia dh pecah sbb ada nanah...tp xpa.normal untk budak.dalam masa 2 mggu dia akan ok...biar je nanah tu keluar n smpi kering...byk kali sy tny cnfm ke normal Doc...Doc ckp ye puan mmg normal..jgn risau plg lama 2 mggu..lps tu ok...tp bila tgk nanah byk sgt.nmpk mcm xnormal je.susah hati sgt...

Tak puas hati bsk bwk g kecemasan dekat hospital klang....Doc check ckp benda yg sama..trskn mkn antibiotic.n biji blkg telinga tu biasa jugak.mmg sgt xpuas hati.nanah keluar punya la byk.setiap 5 minit keluar meleleh2.tp Doc ttp ckp normal jugak....wktu tu btl2 rasa mcm xsedap hati...mntk refer pakar ENT.

Ok Doc tu buat surat n refer Pakar ENT hspital klang...Doc pakar check n cakap benda yg sma...NORMAL N AMBIL MASA 2 MINGGU UNTUK OK...

Waktu tu rasa serabut sgt...sbb semua Doc ckp benda yg sama.cuma rasa yakin ckt sbb dh bawak jumpa PAKAR ENT.

Lepas 3hari.dia ttp mengadu skt.dan blkg telinga dh makin membengkak.dan demam.xpuas hati lg..bwk pergi klinik lg sekali.Tp doc tetap cakap benda yg sama.Waktu tu Hanya Allah je yg tau perasaan kami sbg ibu ayah.pening kepala sbb xtau ank skt apa.bg ubt.tp demam xkebah.telinga makin membengkak.

Untk kali terakhir.sbb xpuas hati.kami bwk pergi kecemasan hspital klang lg sekali....wktu tu mula2 doc ckp bengkak biasa nie.kita continue antibiotic lg ye.sy mula xpuas hati.

Sy ckp, brp byk nk bg mkn ubt.ubt demam je dh habis 6 botol dan antibiotic pn dh habis 2 botol.nk continue antibiotic lg ke...Doc trs ckp.ok la puan sbr ye.kita amek darah n kita panggil Pakar dtg tgk...

Tggu lbh kurang sejam lebih.result darah keluar.n Doc pakar pn pgl...waktu tu mmg rasa xsedap hati sgt.

Doc Pakar check telinga n bengkak blkg telinga dia tu.Lepastu Doc explain....

Result darah,doc ckp kuman terlalu tggi.dan sel darah ptih dh byk dr sel drh merah....Allahu waktu tu rasa nk terduduk.kaki btl2 xkuat...dan bengkak blkg telinga tu bsk kena buat CT SCAN..so mlm nie kena admit.

So mlm tu admit.....kena msk antibiotic n kena puasa trs....Bsk nya buat CT SCAN.....result smpi.Doc pakar pn dtg kat katil n explain lg kat kami....Doc bgtau

Kena buat Operation..Allahhuakbar...waktu tu mmg air mata dh berlinang..tnya Doc knp nk kena operate.

Doc ckp bengkak tu dh penuh nanah.dan nanah dh masuk kedalam tulang kepala dia.dh hakis tulang tempurung kepala dia.dn dh nk smpi ke otak.klau xbuat operation.kuman blh msk ke otak..

Wktu tu mmg sedih cmpur kesal n marah...sy tny kat doc tu,.kenapa dr awl doc xboleh detect.sbb mggu lepas sy bwk jmpa pakar.pakar just ckp xda pape...nie blh pulak ckp dh teruk.benda mcm nie blh buat main2 ke.

Doc boleh jawab apa.kami pn xsangka benda ni blh jadi mcm ni puan....waktu tu mmg skt btl hati dgr jwpn doc tu.trs trg sy ckp sy rasa kesal sgt.dlm masa smggu ank sy blh jd mcm nie.klu hari tu sy bwk.doc Check btl2 mgkin nanah tu xmerebak smpi tulang kepala dia n hampir tebus keotak..trs Doc diam n xberani jawab.

Plan Doc...
1st terpaksa operate buang nanah tu dulu.than dlm masa seminggu kena on antibiotic.n tgk nanah n kuman tu blh hilang tak dlm tulang kepala tu.klu dlm masa smggu nanah n kuman msh ada dlm tulang kepala tu.terpaksa buat operation kali kedua.

Tebuk tulang kepala n sedut nanah tu keluar....
Risiko tiggi ckt.akan ada pendarahan.

Hari nie hari 3 lepas operation.harap sgt kuman n nanah tu akan hilang...

Mohon jasa baik semua doakan ank sy abg cik aqif danish siihat seperti sedia kala.n ada keajaiban Dari YG MAHA ESA....untuk beri kesembuhan pd abgcik

InsyaAllah mudah2an Aamiin.

HARAP SGT LEPAS NI DOCTOR XAMBIL MUDAH TENTANG KES MCM NIE....TERANIAYA ANK KECIL YG XBERDOSA.

Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Apr 13, 2018 3:01 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



RABU

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net


Sebaik sahaja Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan bahawa tarikh pengundian untuk pilihan raya umum ke-14 ditetapkan pada Rabu, 9 Mei, satu ungkapan baru menjadi tular di media sosial.

Warga maya menjadikan "Rabu" sebagai akronim - "Rakyat Akan Buang Umno".

XOXO - Khamis...

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Janji Hapus Hutang PTPTN: Betul Ke Bohong?

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net/
"

Antara tawaran manifesto PAS/GS yang amat menarik ialah janji untuk menghapuskan hutang PTPTN. Tawaran ini amat besar manfaatnya kepada pengundi muda khususnya, dan kaum keluarga mereka umumnya. Majoriti lepasan IPTA/IPTS pada hari ini menanggung dua petaka hidup yang dominan. Pertama, keterbatasan peluang pekerjaan mengikut kelulusan masing-masing. Kedua, tanggungan hutang PTPTN sehingga ada sebahagian daripada mereka diisytihar muflis.

Ada dalam kalangan muda-mudi yang menanggung hutang sebanyak RM20 000.00. Dan ada juga yang mencecah RM100 000.00 - bergantung kepada bidang pengkhususan masing-masing. Dalam usia yang masih muda, mereka telah mula dibelit hutang.

Masalahnya ialah bagaimana mereka mampu melangsaikan hutang ini dalam keadaan peluang pekerjaan yang terhad. Masalah siswazah menganggur telah menjadi lumrah; tidak mampu diselesaikan oleh kerajaan yang memerintah. Yang tidak mengganggur pula sebenarnya terpaksa bekerja di bidang-bidang yang tidak sekufu dengan kelulusan mereka. Ada yang terpaksa bekerja sebagai pembantu kedai dan berniaga kecil-kecilan.

Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat, mampukah mereka hidup selesa apabila berumahtangga? Mampukah mereka memberi sedikit bantuan kepada ibu bapa yang memerlukan? Tentu sekali tidak. Justeru, siapakah yang mampu mengubah nasib mereka?

PAS mengemukakan solusi yang mampu mengembalikan kesejahteraan ekonomi muda-mudi. Penulis yakin para pengundi muda telah memaklumi tawaran PAS ini. Cuma mungkin ada dalam kalangan mereka yang masih ragu-ragu tentang kemampuan PAS melaksanakannya.

Skeptitisme ini boleh dilupuskan dengan dua faktor kekuatan PAS. Pertama, PAS mengangkat kejujuran 'kata itu kota'. PAS tunaikan apabila berjanji atas sifat PAS bergerak atas kapasiti parti bernuansakan agama..

Ambil contoh di Terengganu selepas PAS menang pada PRU10. PAS kata hapus tol di Jambatan Sultan Mahmud, PAS hapuskan. Janji nak kecualikan cukai pintu bagi rumah kediaman, PAS buat. Imbuhan imam dan bilal, PAS tambah. Janji nak beri lot-lot tanah perumahan, PAS tunaikan. Malah geran-geran tanah di kawasan Felda dan Felcra dapat dimiliki oleh peneroka sebaik PAS memerintah.

Yang menguatkan hujah lagi ialah PAS tidak memungkiri janji dalam keadaan malapetaka ekonomi berlaku menghimpit kerajaan PAS Terengganu waktu itu. Royalti petroleum yang merupakan sumber terbesar kerajaan PAS dirampas. Sesuatu yang cukup ampuh kalau PAS mahu jadikan alasan untuk tidak melunaskan janji-janjinya. Tetapi janji tetap janji. Semuanya terpahat indah dalam lipatan sejarah.

Keraguan juga mungkin timbul terhadap kemampuan PAS untuk melaksanakannya. Secara kasar, PAS telah nyatakan caranya. Ketirisan ekonomi yang dilaporkan oleh Audit Negara sehingga mencecah berpuluh-puluh billion ringgit akan ditampal oleh kerajaan yang benar-benar amanah dan efisien. Apabila berpuluh-puluh billion dapat diselamatkan,maka wang itulah nanti sebahagiannya akan digunakan untuk melangsaikan hutang-hutang PTPTN.

Pendek kata sebelum membuat sesuatu tawaran dalam manifesto bertajuk "Malaysia Sejahtera", tenaga-tenaga pakar, pemikir dan teknokrat PAS telah membuat penyelidikan yang rinci. Maka sewajarnya para pengundi muda bangun bangkit berjuang bersama-sama PAS agar ibu bapa mereka turut sama memahami hasrat dan citra mereka.

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: BayangDiAir
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

PAS umum calon serentak 19 April ini

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

KOTA BHARU: PAS akan mengumumkan calon secara rasmi serentak di seluruh negara pada 19 April ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin Hassan berkata, bermula esok juga PAS turut melancarkan manifesto yang kedua.
Pada perkembangan berkaitan, beliau berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak sepatutnya menetapkan tarikh pembuangan undi pada 9 Mei iaitu hari bekerja.

Menurutnya, PAS sudah menjangka SPR akan menetapkan tarikh bukan hari minggu sebagaimana yang pernah dilakukan agensi tersebut sebelum ini.

"Namun dari sudut pilihan raya, PAS berpandangan tidak sepatutnya diadakan pada hari bekerja, lebih-lebih lagi pada kali ini hari pembuangan undi sudah hampir hari raya.

"Apa pun SPR sudah menetapkan tarikh, cuma kita harap pengundi diberikan kemudahan yang perlu untuk mereka balik membuang undi," katanya ketika ditemui selepas menyaksikan majlis penyerahan borang menyertai PAS JKR 10 petang ini.

Sebelum itu ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Tanah Merah Che Mood Che Mamat bersama 59 lagi ahli Umno menyerah borang n kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato' Mohd Amar Nik Abdullah. - HARAKAHDAILY 10/4/2018

PAS: Hak demokrasi rakyat dirompak SPR

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

PAS mengecam keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memilih 9 Mei untuk melaksanakan pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata langkah SPR itu dianggap sebagai merompak hak rakyat negara ini untuk memilih kerajaan.

Kata Tuan Ibrahim pemilihan tarikh itu juga membayangkan BN sedang menghidu 'tsunami rakyat' yang kini beralun kencang mahu menolak parti berkenaan.

"Walaupun kerajaaan boleh mengisytihar cuti umum pada hari berkenaan, ia bukan tindakan yang sepatutnya diambil kerana 9 Mei itu ada di pertengahan hari minggu.

"Bebanan kepada semua rakyat akan terus ada," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu SPR memanggil sidang media di Putrajaya bagi mengumumkan tarikh penamaan calon dan pembuangan undi selepas parlimen dibubarkan pada 7 April lalu.

Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah menyatakan hari penamaan calon ditetapkan pada Sabtu, 28 April manakala pembuangan undi pada Rabu, 9 Mei.

Kebiasaannya hari mengundi ditetapkan pada Sabtu atau Ahad bagi memudahkan sebahagian besar rakyat negara ini menyertai PRU.

Bagaimanapun sidang media SPR itu berakhir tanpa Mohd Hashim meluangkan masa untuk menjawab soalan-soalan wartawan.

Adakah majikan mengizinkan

Kata Tuan Ibrahim langkah SPR itu bertentangan dengan hasrat badan terbabit mahu menggalakkan orang ramai keluar mengundi beramai-ramai.

"Apa gunanya SPR membuat gesaan agar rakyat mendaftar untuk mengundi dan menyasarkan 85 peratus pemilih keluar mengundi pada PRU ke-14 apabila melaksanakan engundian di hari bekerja?" katanya.

Menurut beliau PAS akan mengadakan mesyuarat segera esok bagi membincangkan langkah selanjutnya.

"Namun PAS tetap mengecam tindakan SPR ini yang merompak demokrasi," katanya.

Tuan Ibrahim berkata tidak dapat dipastikan sama ada kakitangan swasta - terutama yang berada jauh dari tempat mengundi - sanggup mengambil cuti sehari semata-mata untuk kembali mengundi.

Katanya mereka juga tidak dapat dipastikan sanggup mengorbankan cuti selama tiga hari sebagai tambahan cuti hujung minggu untuk memudahkan perjalanan jarak jauh.

"Apakah majikan swasta akan mengizinkannya, terutamanya bagi semua perantau yang bekerja di Selangor dan Kuala Lumpur atau luar negara?" katanya.

PAS kata Tuan Ibrahim tidak nampak SPR ada masalah untuk mengadakan pembuangan undi pada Sabtu 5 Mei sekali gus memudahkan semua pengundi.

PRU-14 9 Mei, Undi Awal 5 Mei, Penamaan Calon 28 April

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah menetapkan tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei 2018.

Sehubungan itu, tarikh penamaan calon jatuh pada 28 April dengan tempoh berkempen calon PRU-14 ditetapkan selama 11 hari sehingga jam 12 tengah malam, 8 Mei 2018.

Tarikh mengundi awal pula adalah pada 5 Mei 2008 dan tarikh keluar writ pada 11 April 2018.

Tarikh-tarikh berkenaan diumumkan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah selepas menjalankan mesyuarat bersama Timbalannya Tan Sri Othman Mahmood; Setiausaha, Datuk Abdul Ghani Salleh dan lima anggota SPR.

Pengundi daftar 2018 tak layak undi PRU14

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

Rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pengundi pada 2018 tidak layak mengundi dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei ini, kata Suruhan Jaya Pilihanraya (SPR).
"Daftar pemilih yang akan digunakan untuk PRU14 adalah sehingga suku keempat tahun 2017.

"Daftar pemilih tersebut mengandungi 14,940,624 orang pemilih berdaftar, " kata Pengarah SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dalam sidang media di ibu pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Jurucakap SPR selepas itu mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa ini bererti individu yang mendaftar sebagai pengundi tahun ini tidak akan layak mengundi pada PRU ke-14.

"Ini kerana (daftar pemilih untuk) suku pertama 2018 belum digazetkan.

"Proses pameran dan bantahan juga belum dijalankan," kata jurucakap SPR itu.

Daftar pemilih boleh mula diperolehi pada 16 April 2018.

Pengundi juga boleh menyemak status pengundian mereka di laman web SPR melalui aplikasi telefon MySPR Semak, menghubungi talian 03-88927018, atau melalui khidmat pesanan ringkas 15888, bermula 16 April ini.

Terdahulu, Hashim mengumumkan dalam sidang media itu bahawa hari pengundian akan diadakan pada Rabu, 9 Mei.

Pencalonan akan diadakan pada 28 April dengan tempoh berkempen kekal 11 hari.

PRU14: Majikan tak diwajibkan beri cuti khas, kata MEF

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

Majikan tidak diwajibkan untuk memberi cuti khas sehari kepada pekerja masing-masing untuk mereka keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang ditetapkan pada 9 Mei ini.
Walau bagaimanapu, Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata, majikan perlu memberi waktu yang munasabah kepada pekerja bagi memastikan mereka dapat keluar mengundi pada hari Rabu itu.

"Tempoh masa bersesuaian dan munasabah antara satu hingga dua jam boleh diberikan. Contohnya, masuk pejabat lewat sedikit untuk mengundi pada sebelah pagi, menggunakan waktu rehat atau pulang awal dari pejabat sebelum pusat pengundian ditutup.

"Majikan yang secara langsung atau tidak langsung enggan membenarkan pekerjanya keluar mengundi, boleh didenda sebanyak RM5,000 atau dipenjara selama setahun seperti diperuntukkan di bawah subseksyen 25 (3) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.

"Selain itu, majikan juga tidak boleh membuat apa-apa potongan daripada gaji atau saraan pemilih, mengenakan atau menuntut daripadanya apa-apa penalti kerana tidak hadir bekerja dalam tempoh munasabah yang diberikan berkenaan," katanya yang dipetik akhbar NSTP.
Selain itu, Shamsuddin berkata, majikan mempunyai tanggungjawab untuk tidak menghalang pekerja mereka sebagai pengundi berdaftar untuk mengundi pada hari berkenaan.

Mengenai masalah lokasi pengundian jauh di negeri asal, beliau berkata, ia bukanlah bebanan di pihak majikan kerana sebagai pengundi yang bertanggungjawab, pekerja seharusnya mengemas kini lokasi tempat pengundian berdasarkan alamat tempat tinggal terkini.

Katanya, masalah biasanya timbul apabila pengundi mengekalkan alamat kampung halaman masing-masing meskipun sudah berpuluh-puluh tahun menetap di tempat lain.

"Dalam hal ini, pekerja perlu sedar jika dua jam pelepasan diberikan, syarikat sudah pun kehilangan kira-kira 25 peratus produktiviti kerja.

"Namun, jika majikan dapat memberi kelonggaran, pekerja boleh mengambil cuti tahunan masing-masing untuk membolehkan mereka mengundi dengan selesa tanpa perlu mengejar masa kembali ke pejabat," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan tarikh mengundi pada hari Rabu, 9 Mei manakala hari penamaan calon pula pada Sabtu, 28 April.

Sebab tersendiri

Sementara itu, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem meminta majikan agar membenarkan para pekerja menunaikan hak sebagai warganegara untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini yang jatuh pada Rabu.

"Majikan mesti melepaskan pekerja (keluar mengundi). Mereka mesti diberi peluang," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Ini selaras dengan peruntukan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang mengkehendaki majikan memberi suatu tempoh kepada pekerja untuk keluar mengundi.

Di bawah Seksyen 25(3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 juga, majikan yang menghalang pekerja untuk keluar mengundi pada hari berkenaan boleh didenda lebih RM5,000 atau penjara setahun jika sabit kesalahan.

Mengulas tarikh pengundian itu, Riot berkata SPR sudah tentu mempunyai sebab tersendiri memilih tarikh berkenaan.

Sementara itu Naib Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) A Ramadass berpendapat hari pengundian pada Rabu tidak mendatangkan masalah kepada majikan, mahupun menjejaskan operasi syarikat.

Katanya sebagai menghormati hak rakyat Malaysia, majikan akan memberi waktu pelepasan kepada pekerja untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

"Ia memang sudah diterima sebagai satu amalan dan ia pernah juga berlaku sebelum ini (mengundi pada hari bekerja). Lagipun ia hanya mengambil beberapa jam sahaja untuk pergi mengundi dan kemudian balik ke tempat kerja semula," kata beliau.

Bagaimanapun bagi mereka yang mengundi di negeri lain dari negeri mereka bekerja, Ramadass berkata mereka seharusnya meminta cuti untuk pulang ke kawasan tempat mengundi masing-masing.

Rabu hari mengundi - BERSIH kecam 'niat jahat' SPR

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

Badan pendesak pembaharuan pilihan raya BERSIH mengecam pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada Rabu, 9 Mei depan.

"BERSIH mengutuk sekeras-kerasnya pengumuman SPR hari ini mengenai tarikh penamaan calon dan hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-14," kata gabungan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Selain hari mengundi yang dijadualkan berlangsung pada hari bekerja, BERSIH juga mempersoalkan tempoh berkempen yang hanya akan berlangsung selama 11 hari.

BERSIH berkata gabungan itu sebelum ini menuntut tempoh berkempen diadakan sekurang-kurangnya 21 hari bagi memberikan masa yang cukup kepada calon-calon dan parti bertanding untuk membentangkan manifesto mereka.

"Dengan anggaran lebih RM400 juta, SPR mempunyai lebih daripada dana yang mencukupi untuk menjadikan perkara ini realiti.

"Oleh itu SPR telah bertindak dengan niat jahat dan menentang kepentingan demokrasi.

"Rakyat berhak mendapat penjelasan penuh dari SPR tentang mengapa ia membuat keputusan regresif itu," jelasnya.

Selain hari mengundi, SPR hari ini turut mengumumkan hari penamaan calon jatuh pada 28 April manakala pengundian awal akan diadakan pada 5 Mei.

Sementara itu, BERSIH menggesa majikan memberikan kelepasan kepada pekerja mereka untuk keluar mengundi seperti yang termaktub dalam Seksyen 25 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"Adalah dikesali apabila kos ini kini dipaksa ke atas majikan.

"Mereka yang 'balik kampung' untuk mengundi akan jadi lebih sukar, terutama yang perlu kembali ke Sabah atau Sarawak dari semenanjung dan sebaliknya.

"Selain itu, ejen tempat mengundi dan ejen mengira undi serta pemerhati sukarela juga perlu memohon cuti untuk membantu pilihan raya yang bersih dan adil," katanya.

Sementara itu, BERSIH juga menjangka keputusan SPR akan menyebabkan peratusan keluar mengundi akan lebih rendah.

"Untuk mengurangkan kesan ini, kami menggesa kerajaan persekutuan mengumumkan hari mengundi sebagai cuti umum dan bagi kerajaan negeri pula mengisytiharkan cuti umum pada hari sebelum atau selepas hari pengundian.

"Jika ini tidak dilakukan, semua majikan harus membenarkan dua hari cuti yang tidak direkodkan kepada semua pengundi," kata organisasi itu.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Apr 13, 2018 3:02 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Kami Orang Susah, Tekad Nak Ubah Nasib Keluarga", Nasihat Buat Adik-Adik Diluar Sana, Jangan Menangis, Bangkit Sebagai Pejuang Kejayaan
siakapkeli.my

Keputusan SPM telah pun diumumkan semalam. Ada diantara mereka yang berjaya dan ada pula masih bersedih dengan keputusan yang tidak memuaskan.

Ada ibu bapa yang faham dengan situasi anak, namun ada juga yang menganggap kegagalan adalah penamat hidup anak-anak mereka.

Tahniah kami ucapkan kepada semua calon SPM, tidak kira berapa A yang korang dapat, jalan untuk korang sudah terbentang luas, pilihlah jalan yang baik dan dapat membantu serta memberi lebih banyak manfaat kepada orang lain.
Seperti pepatah orang putih, "the more you give, the more you get"

Perkongsian daripada Dr Ezairy M. Sallih melalui laman Facebook miliknya ini sangat bagus untuk dijadikan panduan adik-adik yang baru saja menamatkan zaman persekolahan dan sudah bersedia melangkah kedunia yang sebenar. Membina kerjaya agar dapat membalas jasa orang tua.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada korang dan jadikanlah ia sebagai panduan hidup.

Malam itu sepi. Badan terasa sejuk. Tiba-tiba sahaja seakan menggigil-gigil menahan dingin. Jam di dinding sudah menunjukkan ke angka satu pagi. Saya masih belum mahu melelapkan mata. Seakan segar dan sukar untuk ditutup.

Gambar Hiasan

"Bang... Dik... Tak tidur lagi ke? Dah malam sangat ni. Esok pagi-pagi dah nak bangun," ujar si ibu. Kelihatan sangat sibuk sedari tadi menyiapkan apa-apa yang perlu.

"Abang adik takut. Risau result esok tak macam yang mama nak," luah saya. Abang mengangguk-angguk sama.

Ibu saya menarik nafas panjang, selajur melepas keluhan sedikit memberat.

"Tak apa, mama tahu abang adik dah berusaha. Abang adik dah buat yang terbaik. Jadi apa pun keputusannya nanti mama akan terima," tambahnya lagi, sekadar melegakan sekejap segala yang terbuku di hati.

Di perkarangan sekolah telah dibanjiri oleh ratusan pelajar dan ibu bapa. Kolej Islam Sultan Alam Shah ketika itu penuh dengan mereka yang akan mengambil keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Ada yang datang dari selatan tanah air, ada yang dari utara dan tidak kurang ada yang dari sebelah timur. Semuanya jauh-jauh.

Sebaik masuk ke kawasan dewan utama, beberapa meja telah siap disusun. Di atasnya tertulis nama-nama kelas. Di setiap meja, kelihatan para guru sedang sibuk mengemas-ngemas sambil memeriksa kepingan kertas-kertas kecil. Di susunnya kemas-kemas di setiap sudut meja.

Gambar Hiasan


Kami terus menuju ke salah satu daripada meja tersebut. Mencari-cari tulisan yang tertera 502. Kelas yang saya dan abang duduki semasa di tingkatan lima dulu. Ya, terlalu banyak kenangan yang dilalui semasa alam persekolahan. Tak mampu rasanya untuk diluah satu persatu.

"Assalamualaikum, cikgu..." Ibu memulakan bicara. Cikgu Suraya mendongak sedikit ke atas, memandang wajah-wajah kami. Kosong. Sememangnya tak ada satu perasaan yang mampu terlakar saat itu. Takut. Gementar. Cuak!

"Waalaikumussalam... Oh... Ezainy... Ezairy... Duduk puan, duduk duduk. Sekejap ya, saya cari slip mereka.." Ujar Cikgu Suraya sambil tersenyum.

"Macam mana cikgu, ok ke keputusan tahun ini?" Ibu nampak tidak sabar-sabar. Saya dan abang hanya perhati..

"Alhamdulillah, diorang berdua dapat straight A," selamba cikgu Suraya menjawab soalan ibu.

Ibu nampak terkejut. Saya dan abang mulai hilang kata-kata. Ungkapan dari mulut cikgu Suraya itu seakan menyekat seketika denyutan nadi. Aliran nafas terhenti. Degupan jantung senyap.

"Semua A... Atau semuanya A1, cikgu?" Ibu benar- benar mahukan jawapan segera. Cikgu Suraya masih lagi mencari-cari slip keputusan peperiksaan milik saya dan abang.

"Mereka berdua dapat 11 A1 puan. Tahniah!" Ujar cikgu Suraya sambil menyerah kertas slip peperiksaan tersebut. Saya seakan tidak percaya. Saya perhati semula kertas yang ada di tangan saat itu. Saya tatapnya betul-betul... Allahuakbar...

Untuk seketika saya dan abang larut dalam pelukan ibu ayah. Ya, dua insan yang selama ini banyak bersusah payah membesar dan menjadikan saya seorang manusia. Hingga berjaya sampai ke tahap itu.

Ibu masih lagi menangis teresak-esak. Menangis bukan meratapi kesedihan. Menangis mengecap nikmat kepuasan.

Dari atas pentas utama, saya masih lihat ibu masih lagi mengesat air mata yang tersisa. Saya tahu keputusan peperiksaan saya selama ini tidak pernah memberangsang dan tidak pernah menggembirakan mereka. Hari itu saya tunaikan segala impian mereka.

Buat adik-adik di luar sana, yang akan menduduki peperiksaan tahun ini... Ingatlah wajah ibu ayah anda. Kalau rasa lemah untuk berusaha, apabila ingat kesusahan mereka membesarkan kita, hati seorang anak pasti akan tersentuh. Mesti akan tergerak untuk melakukan sesuatu untuk mereka.

Bagi yang dah masuk alam berkeluarga, jenguklah ibu ayah di kampung. Mereka sentiasa menanti kepulangan kita.

Gambar Hiasan

Bagi yang kurang berjaya pula hari ini. Ingat selalu, kejayaan pun tak sentiasa hadir setiap masa. Ada kalanya memang akan ada kegagalan dan kejatuhan dalam perjalanan menuju puncak kejayaan. Ada kala kejatuhan itu lebih banyak datang berbanding sesuatu yang disifatkan sebagai kejayaan. Jangan pernah menangis, jangan kecewa, meratapi. Tapi bangkitlah, bangunlah sebagai seorang pejuang kejayaan.

Kejayaan tidak diukur sejauh mana tingginya kedudukan kita. Atau sebanyak mana kita berjaya. Tapi dilihat sebanyak mana jatuhnya kita dalam perjalanan itu. Dan bagaimana kita bangkit dari setiap kegagalan. Akhirnya, kita akan jadi manusia paling kuat sekali. Percayalah. Jangan sekali-kali berputus asa.

Nota kaki:

Saya ada abang kembar Ezainy M Sallih. Kami sama-sama dibesarkan dari keluarga susah. Sama-sama cita semenjak sekolah mahu jadi doktor pakar perubatan.. Nak ubah nasib keluarga. Ini adalah bukti kejayaan itu tak pernah sama sekali diukur oleh siapa ibu ayahnya, dari mana ia datang, di mana mereka tinggal, mana sekolahnya, siapa gurunya.... jangan salahkan mereka kalau kita kurang berjaya

Tetapi, bagaimana diri kita sendiri yang mahu sampai ke puncak.

Moga terinspirasi. Semoga bermanfaat.

Siakapkeli.my

"Perkara Yang Mommy Takutkan Selama Ini Akhirnya Terjadi", Ibu Sebak Kehilangan Anak Dengan Keadaan Lemas Tertangkup Dalam Buai
Ditulis oleh farra vy,
siakapkeli.my
Pernah suatu ketika dahulu isu buaian kain atau jaring ini dibangkitkan kerana ada segelintir ibu bapa menganggap bahawa buaian itu tidak menepati ciri-ciri keselamatan yang sepatutnya. Buaian boleh menjadi satu punca kecederaan pada kepala bayi dan mengakibatkan kerosakan otak. Ini kerana terdapat kes melibatkan buaian ini kebanyakkannya melibatkan pendarahan otak atau subdural haemorrhage.

Ia berpunca apabila goyangan atau henjutan buaian itu menghasilkan pergerakkan yang boleh mengalihkan otak pada hala yang bertentangan dengan tengkorak dan mengakibatkan saluran darah bersambung pada permukaan otak ke tengkorak pecah langsung menghasilkan pendarahan otak subdural.

Namun, perkongsian kali ini lain dengan apa yang pernah terjadi tetapi masih melibatkan penglibatan buaian bayi. Shazzy Wanie dengan rasa sebak dan terkilan berkongsi melalui Facebook miliknya tentang kehilangan cahaya mata baru-baru ini yang baru saja berusia 10 bulan diragut nyawa kerana penggunaan buaian tanpa pengawasan penjaga.

Ikuti perkongsian ibu ini semoga menjadi panduan buat para ibu bapa di luar sana agar lebih berhati-hati dengan penggunaan buaian kain atau jenis jaring yang berisiko mengakibatkan kemalangan kepada anak-anak anda.

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah selesai sudah urusan pengkebumian jenazah anak lelaki kesayangan kami Mikhael Sufyan pagi tadi. Hujan renyai turun sewaktu solat jenazah dijalankan dan cuaca redup di tanah perkuburan memudahkan segala urusan.

Syukur alhamdulillah allah pinjamkan selama 10 bulan seorang anak lelaki cukup sempurna untuk kami bermanja dan berkasih syg. Dah tiba masa untuk dikembalikan pinjaman Allah yg paling bernilai tu.

Ramai yg bertanya apa yg terjadi.. Berat untuk saya ungkapkan dgn kata-kata.. Kerana ajal dan maut telah ditentukanNya. Cuma asbabnya saja mungkin berbeza2. Tiada niat saya untuk menyalahkan mana2 pihak. Sekadar untuk perjelaskan apa sbnrnya yg dah berlaku supaya tidaklah ramai tertanya2.

Dah jadi bahagian Mikhael meninggal dunia akibat lemas dalam buaian di rumah babysitter dan bahagian saya dan keluarga untuk menerima takdir dariNya. Arwah ditemui dlm keadaan terlangkup di dalam buaian dlm keadaan tidak sedarkan diri dan tiada denyutan nadi lagi sewaktu tiba di klinik berhampiran. Walaupun bantuan masih diberikan dlm ambulance ke hospital, dan juga sewaktu tiba di hospital, malangnya, masih tiada respon dan anak kesayangan kami disahkan meninggal dunia pada hari jumaat penuh barakah, 6/4/2018, jam 1.20 ptg. Hujan turun selebat2nya turut menangisi pemergian anak kami.

Sungguh.. Cukup berat ujian dariNya buat kami sekeluarga. Namun, kami redha dgn ketentuan dariNya dan syukur dgn nikmat dalam ujian ni.

MIKHAEL SUFYAN ANAK YG TERPILIH UNTUK JADI ANAK SYURGA dan kami IBUBAPA TERPILIH UNTUK MEMILIKI ANAK SYURGA.

Allahuakbar. Perkara yg paling mommy takutkan selama ni, berlaku akhirnya. Kehilangan seseorang yg sgt sgt sgt kami sayangi. Moga Allah ganti dgn sebesar2 ganjaran dan hikmah buat kami sekeluarga dan dititipkan ketabahan, kesabaran, ubati kerinduan dan kesedihan ni untuk harungi kehidupan mendatang. Aamin in sha allah.

Terima kasih buat semua yg bersama2 kami dari awal hingga akhir urusan. Mohon sedekahkan AL FATIHAH untuk #MikhaelSufyan yea bila ade kelapangan. Terima kasih.

Gambar Hiasan

Update 8/4/18:

Terima kasih atas doa kalian semua. Sememangnya membantu sy lebih kuat menerima kehilangan. Maaf belum ade kekuatan untuk bls komen ws dll. Hati dan jiwa masih rapuh lagi2 dlm usaha pulihkan semangat anak sulung #MelissaSofea yg juga rindukan adik kesayangannya.

Saya terbaca ramai yg bertanya ttg buaian. Sy mmg tidak gunakan buaian utk anak2 di rumah sendiri tetapi atas permintaan babysitter utk mudahkan urusan menjaga anak saya bersama anak2 asuhan lain, saya benarkan untuk anak saya diletakkan di dalam buaian. Setahu saya buaian yg digunakan di rumah babysitter jenis berlubang tanpa bantal.

Berbalik pd hari kejadian.. Arwah dihantar ke rumah babysitter dlm keadaan aktif, happy, hanya selsema. Malah, malam sebelumnya merupakan hari pertama arwah berdiri sendiri tanpa support. Saja nak buat mommydaddy happy kot.

Anyway, hasil postmortem, paru2 arwah banyak lendir dan itu jadi asbab arwah mudah sesak nafas dan lemas bila terlangkup di dalam buaian. Sedangkan memang habit tidurnya mengiring atau meniarap. Mcm yg sy katakan, itu semua asbab untuk pemergiannya yg sememangnya telah tertulis. Mungkin Allah tau saya xcukup kuat jika arwah anak pergi sewaktu dlm jagaan saya, maka diambil kesayangan saya sewaktu dia bersama orang lain.

Allahuakbar... Allahuakbar.... Allahuakbar!!!

Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Apr 13, 2018 3:02 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



CUBAAN UMNO MENGUASAI 'PASARAN' POLITIK ISLAM
bloglist-malaysia.blogspot
kerabubersuara.blogspot

Berdasarkan latar belakang ideologi yang didokong oleh sesebuah parti politik, kita dapat mengenali identiti dan pembawakannya. UMNO merupakan parti politik sekular yang turut menjadikan semangat kebangsaan Melayu sebagai penggerak perjuangannya. Namun ia dilihat kian ketinggalan dari aspirasi yang dikehendaki oleh rakyat Malaysia.

⚫ Kunci Dominasi Politik Malaysia.

Walaupun Malaysia merupakan negara yang mempunyai rakyat dari pelbagai kaum dan agama, ia masih lagi bergantung dengan dua faktor dominasi kuasa politik:

• Islam
• Melayu

Walaupun cuba disangkal, inilah realiti penguasaan politik di Malaysia. Dari dua faktor tersebut, mendedahkan pengaruh signifikan yang dimiliki oleh UMNO dan PAS. UMNO dengan dasar sekular bersemangat kebangsaan menguasai bangsa Melayu. Sementara PAS dengan dasar Islam, memiliki daya tarikan bagi pengundi-pengundi dari kalangan muslim mahupun simpatis kepada Islam.

⚫ Senario.

Dalam kertas kajian 'Deconstructing Political Islam In Malaysia: UMNO'S Response To Pas' pada 2003 di bawah kelolaan Institute of Defence & Strategic Studies, Singapore (IDSS), menganalisa realiti kedudukan UMNO.

UMNO bergelut dengan arus Islam yang sedang diterajui oleh PAS. Cabaran tersebut bukan baharu. Bahkan UMNO telah melakukan beberapa percubaan. Mereka mewujudkan imej-imej klon yang dilihat agak Islamik agar pengundi beraspirasikan Islam beralih dari PAS pergi kepada UMNO.

Sebagai contoh, UMNO pernah menggunakan Anwar Ibrahim ketika kemasukannya ke dalam UMNO pada 1982. Ketika itu PAS terpaksa bergelut dengan imej Islamik yang ditonjolkan oleh Anwar Ibrahim.

Islam Hadhari juga merupakan produk berkesan UMNO di bawah kepimpinan Tun Abdullah ketika menyaingi kempen Islam yang dibawa oleh PAS. Walaupun berdepan dengan kritikan yang pelbagai, melalui Islam Hadhari UMNO meraih kemenangan besar dalam PRU 11 tahun 2004.

⚫ Islam Tersangat Laris.

Perubahan zaman hari ini menyaksikan perkembangan global yang amat mengujakan. Islam menjadi perhatian dunia. Umat Islam walau sejahil mana pun mula terbuka mata betapa mereka perlu kembali kepada Islam. Bahkan kuasa Barat awal-awal telah menghidu corak perkembangan ini sejurus selepas kejatuhan Soviet Union. Melalui gagasan yang dikemukakan oleh Huntington, mereka percaya bahawa Islam merupakan pencabar utama mereka.

Begitu juga halnya di Malaysia hari ini. Perkembangan dakwah Islam tidak dapat disangkal lagi. Rakyat amat teruja dengan Islam. Antaranya masjid mulai aktif dan penuh. Sekolah-sekolah agama tumbuh persis cendawan.

Sesiapa yang berjaya mempamerkan produk-produk Islam, maka mereka akan mendapat tempat di kalangan masyarakat. UMNO pantas mengintai potensi yang dimiliki oleh PAS.

⚫ Islamisasi Versi UMNO.

Dalam kertas kajian IDSS yang telah disebutkan di atas, mendedahkan tabiat berpolitik UMNO yang cukup berbeza dengan PAS. Sesuai dengan dasar sekular, UMNO lebih menjuruskan politiknya dengan daya tarikan material. Janji-janji yang merambangkan mata.

Sementara PAS lebih mengutamakan diskusi ideologi. Walaupun imej PAS dilihat agak fundamentalis, namun budaya intelektual tersebut berjaya menarik rakyat khususnya generasi baharu yang sedang dahagakan perubahan Islami.

Lantas sedikit demi sedikit, UMNO tidak mahu ketinggalan turut dilihat mula 'berunding' dengan proses Islamisasi yang menjadi tuntutan rakyat. Untuk menjalankan tugas ini, imej semulajadi Najib yang bangsawan tidak sesuai untuk diperanankan.

Namun sedar atau pun tidak di bawah pentadbiran Najib, sudah ada menteri-menteri UMNO yang membawa imej Islam. Mereka boleh menjadi imam dengan baik. Mampu berkhutbah tanpa teks. Berceramah penuh semangat memetik nas-nas agama persis penceramah-penceramah PAS. Di kalangan mereka mengadakan majlis-majlis qasidah.

Rancangan-rancangan hiburan di kaca televisyen di selang-seli dengan slot-slot agama. Program realiti agama diperkenalkan. Bahkan dibangunkan stesen televisyen seperti al-Hijrah yang berimejkan dakwah.

Slot indoktrinasi kerajaan disajikan dengan tajuk Fiqh Wala' & Taat. Anggota-anggota pemimpin dan ahli UMNO mula diperkenalkan sesi usrah. Mereka sama sekali tidak akan mengakui bahawa mereka adalah sekular. Mereka turut menunjukkan rasa selesa dengan tajuk Hudud dan Qisas yang selama ini menjadi igauan ngeri UMNO.

Kesemua ini merupakan pembawakan-pembawakan yang asalnya sinonim dengan PAS.. Demikian hanyalah beberapa contoh yang boleh dilihat secara jelas di hadapan mata.

⚫ Sikap Kita.

Melihat perkembangan ini, kita perlu melihat kepada beberapa sudut.

• Optimis bahawa dakwah yang dijalankan oleh PAS sekian lama telah menampakkan hasil.

• Kita juga perlu sedar, bahawa kita sedang bergelut dalam medan politik. Kita tidak boleh menolak sikap pragmatik yang ada pada parti sekular seperti UMNO. Cubaan untuk menguasai pengaruh politik Islam yang didominasi oleh PAS selama ini merupakan satu sudut yang perlu diberi perhatian.

• Menyedari bahawa dasar, slogan, hujah serta pembawakan Islam amat laris pada hari ini. Hinggakan parti sekular terpaksa menurut rentak rakyat yang menuntut perubahan secara Islam. Justeru kita perlu yakin, rakyat mahukan Islam. Kita perlu cukup sedar bahawa potensi tersebut ada pada PAS.

⚫ Kesimpulan.

Realitinya politik di Malaysia masih bergantung dengan dua faktor dominasi kuasa. Islam dan Melayu. Dalam persaingan ini, kita selaku PAS sememangnya menguasai 'pasaran' politik Islam di Malaysia. Tinggal lagi kita perlu meraih kepercayaan di kalangan orang Melayu yang kecewa dengan kebobrokan UMNO. Sementara itu UMNO tidak berdiam diri. Mereka turut menawarkan imej-imej klon yang kelihatan Islam seperti yang ditawarkan oleh PAS.

Kita perlu sedar akan persaingan ini.

Abdul Mu'izz Muhammad
9 April 2018.

Bekas Pengarah PTG Terengganu sertai PAS

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Tanah Dan Galian (PTG) Terengganu, Dato' Tuan Mat Tuan Ngah mengisytiharkan menyertai PAS kerana memilih parti yang terbaik.

"Saya memilih yang terbaik dari yang baik, dan saya menjadi ahli PAS," ujarnya ketika berucap pada Ceramah Harap PGU 3.0 Edisi Felda di Dataran Ketengah Jaya, Dungun malam tadi.

Katanya, walaupun sudah cukup selesa dengan pencen yang memadai, namun beliau tetap mahu melibatkan diri dalam politik kerana tanggungjawabnya kepada Allah.

"Saya merasakan bahawa saudara-saudara akan memberikan sokongan kepada PAS pada plihan raya kali ini," ujar beliau dipetik Buletin Online.

Beliau dilantik memegang jawatan tersebut pada 2 Mei 2011 sehingga bersara daripada perkhidmatan pada 2 Jun 2014.

Selain itu, beliau berpengalaman mengurus Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) selepas dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah PMINT bermula 1 Mei 2011.

Tuan Mat yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dari Universiti Sains Malaysia mula bertugas di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri sebagai Penolong Pegawai Kemajuan Negeri II di Pejabat Kemajuan Negeri Terengganu pada 1979.

Beliau pernah memegang beberapa jawatan di Pejabat Tanah Daerah seperti Hulu Terengganu, Besut, Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman sebelum dilantik sebagai Pengarah Tanah dan Galian negeri ke-40.

PAS Bergabung Dengan Siapa Selepas PRU14, Muktamar Khas Akan Menentukannya

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net

Abdul Hadi yang juga ahli Parlimen Marang berkata, PAS akan mengadakan muktamar khas bagi menentukan pihak yang akan mereka pilih untuk membentuk kerajaan campuran, jika parti itu memenangi PRU14.

"Persoalannya dengan siapa kita akan bekerjasama nanti, adakah Barisan Nasional atau Pakatan Harapan, sila tunggu selepas pilihan raya umum kelak.

"PAS akan pilih parti yang lebih dekat dengan Islam, namun sebelum itu akan adakan muktamar khas bagi mendapat maklum balas dan respons dari akar umbi."

Hadi berkata, Gagasan Sejahtera yang dianggotai PAS dan 3 parti kecil lain belum membincangkan calon perdana menteri mereka.

"Saya serah perkara ini kepada rakyat, siapa yang akan tentukan siapa menang pada pilihan raya umum kelak, ia terserah kerana menjadi adab orang Islam bukan mengejar jawatan.

"Sudah menjadi tanggungjawab untuk kita memilih siapakah pemimpin yang kita mahu, bukan kita yang pilih diri kita sendiri," katanya.

Hadi sebelum ini dilaporkan berkata, PAS menyasarkan untuk bertanding di sekurang-kurangnya 130 daripada 222 kerusi Parlimen pada PRU14 dan tidak menolak kemungkinan akan bergabung dengan parti lain untuk membentuk kerajaan campuran.

Pada PRU13, PAS memenangi 21 daripada 73 kerusi Parlimen yang ditandinginya, tetapi 6 daripada 21 ahli Parlimennya melompat ke Amanah dan ia turut kehilangan satu lagi kerusi Parlimen di Pokok Sena apabila Datuk Mahfuz Omar meninggalkan parti itu untuk menyertai Amanah, bulan lalu.

Bekas calon PKR Parlimen Kemaman sertai PAS

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net


KEMAMAN: PAS Kawasan Kemaman menerima anjakan positif menjelang PRU14 apabila bekas calon PKR PRU13 P.040 Parlimen Kemaman, Kamaruddin Chik menyertai PAS.

Beliau menyatakan sokongan dan menyerahkan borang permohonan keahlian PAS di Perkarangan Pejabat PAS Kawasan Kemaman sempena Majlis Perasmian Markas Induk PAS Parlimen Kemaman
di sini, semalam.

Penyerahan turut disertai bersama 19 borang ahli baru yang belum pernah menyertai mana-mana parti itu disampaikan kepada Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Mokhtar Senik.

Menurut Kamaruddin, PAS merupakan parti yang paling tinggi aktiviti, bagus pengurusan dan lengkap dari segi organisasinya, serta pengurusan akar umbi.

Puji beliau, itu termasuk mempunyai institusi sendiri seperti pendidikan peringkat awal iaitu PASTI, SRITI, Maahad Tahfiz, Sekolah Agama Rakyat, kuliah-kuliah dan program-program agama yang merupakan sistem tarbiyah PAS di seluruh negara.

"Saya telah lama menyimpan keinginan untuk menyertai parti gerakan Islam yang diiktiraf peringkat antarabangsa dan saya berbanga untuk mengisytiharkan secara rasmi menjadi ahli PAS seumur hidup.

"Saya bersedia untuk bersama-sama membantu calon PAS di Parlimen Kemaman, Dun Chukai, Dun Air Putih, Dun Kemasik dan Dun Kijal dan saya akan bergerak samaada di cawangan atau UPU untuk memberi sumbangan bagi memenangkan calon-calon PAS di Kemaman, Insyaallah.

"Pilihan saya untuk menyertai PAS adalah tepat dan saya menyeru kepada semua kawan-kawan supaya menjadikan PAS sebagai satu pilihan untuk berjuang menegakkan perjuangan berlandaskan Islam," katanya. -HARAKAHDAILY 7/4/2018

Pas Kedah tampil 70 peratus muka baharu
kedahlaniie.blogspot.

KOTA SARANG SEMUT - Pas Kedah akan menampilkan sekurang-kurangnya 70 peratus muka baharu sebagai calon parti untuk bertanding dalam PRU14 akan datang.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrulrazi berkata, 70 peratus muka baharu itu terdiri daripada Ulamak, Pemuda, Muslimat dan calon bukan Islam bertanding menggunakan lambang Pas.

Menurut Ahmad Fakhruddin, Pas Kedah turut mengekalkan 30 peratus calon muka lama untuk bertanding semula dalam PRU itu sebagai usaha menawan kembali Kedah.

"Walaupun kita meletakkan banyak muka baharu bertanding di kerusi Dun dan Parlimen, bagaimanapun saya yakin calon berkenaan mampu memikat hati pengundi nanti.

"Dengan aura tersendiri dimiliki calon muka baharu, kita yakin ia kita memenangi kerusi yang ditandingi. Lagipun, parti lain kebanyakan meletakkan calon lama," katanya selepas Himpunan Pendidik @ HMK7K di Dewan Datuk Haji Fadzil Mohd Noor di Kompleks Pas Kedah, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Pas Kedah mengumumkan kesediaan bertanding di semua 36 kerusi Dun dan 15 kerusi Parlimen pada PRU14.

#pru14 #aparakyatmahu

Adun Pas di Selangor bakal sertai PKR

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://tranungkite.net

KUALA LUMPUR: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Jaras Mohd Khairuddin Othman akan meninggalkan Pas dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), lapor Star Online.

"Saya akan menyertai PKR bersama ahli Kelab Penyokong Pas berbangsa Cina dan India," katanya kepada Star Online.

Khairuddin akan mengumumkan penyertaannya pada Ahad malam di satu majlis yang akan dihadiri oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mohd Khairuddin digugur dari jawatan Setiausaha Pas Selangor ekoran beberapa salah faham antaranya dan pimpinan parti itu. (Dia juga antara digugurkan calon PAS untuk PRU-14 oleh Majlis Syura Ulama PAS)

Mohd Khairuddin memenangi kerusi Dun Paya Jaras pada Pilihan Raya Umum ke-13 selepas mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk Muhammad Bushro Mat Johor yang juga penyandang kerusi tersebut dengan majoriti 5,522.

Masuk PKR, maka dia mungkin dianggap suci sebagaimana Tun Mahathir. Maka sebelum ini cybertroopper HARAPAN yang menyerang dia akan aggap dia hero pula..

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Apr 13, 2018 3:04 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Panaskan Enjin Kereta Dan Motosikal Pagi-Pagi Sebelum Bergerak Adalah 'Ajaran Sesat', Kenapa? Pakar Bidang Automotif Ini Jelaskan
Ditulis oleh Farra Rahman,
siakapkeli.my
Tak pasti ramai atau tak yang dah tahu tentang tabiat memanaskan enjin kenderaan setiap pagi sebelum digerakkan. Ada yang panaskan enjin tidak mengikut piawaian masa yang sepatutnya, contohnya lebih daripada 3 MINIT.

Persoalannya sekarang kenapa kita terbiasakan dengan tabiat tersebut walhal sebenarnya ia hanya mendatangkan keburukan kepada kondisi enjin?

Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat antara negara-negara yang menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan idling melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?

The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya.

Untuk bercerita lebih lagi tentang sebab dan musababnya, mungkin korang semua boleh baca perkongsian daripada pakar bidang permotoran, saudara Irwan Sanei seperti bawah ini yang menjelaskan persoalan diatas.

Enjin kena warm-up ka?

Dulu sewaktu di Jepun, apabila tiba musim sejuk di antara bulan 12 hingga 2, memang malas ke kelas. Nak naik motor sejuk bontot. Handle pun sejuk. Bila jalan kena angin, pun sejuk walaupun pakai full leather suit dengan jaket snow board.

Bila stop, buka glove, pegang ekzos pipe, bessss. Tak sempat maintain panas, dah sejuk balik.

Maka, menjadi rutin, sebelum naik motor, panaskan enjin dulu. Suatu hari, saya disekolahkan oleh mekanik motor saya, ex-racer dan jurutera enjin pakar ICE (internal combustion engine). Awat hang idle enjin motor hang lama sangat Iwan? (Dia cakap Jepun, saya translate ke Bahasa Kedah supaya hangpa paham hehehe).

Saya pun jawab poyo macam pandai guna commonsense saya; ya la Ueno-San, sejook kowt?? Sat gi mati la plak.

Dia jawab, jangan idle lebih daripada 30-saat. Tak kira kondisi musim sejuk atau panas. Enjin kontinental atau Jepun. Enjin direka untuk bergerak. Apabila enjin dan minyak enjin sejuk, sistem pembakaran akan banyakkan minyak supaya pembakaran rich. Kalau kekal idle, minyak tadi akan meleleh di dalam keadaan cecair ke dalam silinder merosakkan piston, dinding silinder dan blok enjin.

Jika keadaan stoichometric, minyak akan menjadi wap di combustion chamber bercampur udara dan spark, lalu dikompres piston untuk menukar energi haba ke energi kinetik.
Habis tu, steering fluid, minyak gearbox dan pelincir moving parts masih sejuk, ok ka berjalan?

Ueno-san respon; jika dibiarkan idle tanpa kita guna steering dan gear, minyak akan kekal berada di sum masing-masing tanpa diedarkan ke gear-gear moving parts. Tak ada maknanya.

Maka katanya, idle jangan melebihi 30-saat. Enjin moden ada autochoke yang akan rich-kan campuran fuel dan apabila kita bergerak, ia akan selaras automotik ke idling sesuai. Untuk minit 1 hingga 15, jangan kasar dengan throttle. Bawa beradab. Santuni enjin, gearbox dan differential. Bawa slow, TETAPI HARUS BERGERAK.

Baru saya faham bahawa takrif warm-up enjin di dalam mode parking itu tak wujud. Tak digalakkan. Saya rasa ramai orang tak tahu atau ada maklumat songsang tentang isu ini kan? Lalu kita pun amalkan ajaran sesat-permotoran semenjak kereta pertama kita sedangkan amalan macam ni memang salah.

Pada tahun 1999, kereta 4 pintu pertama saya selepas DC2R 98-Spec dan sebelum Evo6 RS adalah E39 BMW 525i. Di manualnya jelas tertulis : do not leave your car engine in idle condition for more than 40 seconds. Ini rahsia supaya enjin, transmisi dan segala moving parts tahan lama.

Saya harap informasi radikal ini walaupun akan mencipta kontroversi, mampu membantu anda memanjangkan hayat K20A, 4AG-E, B18C, B16B, RB26DETT, 13B-REW, SR20DET, M54, S65B44 ataupun M156 AMG anda.

Nota : idling enjin di dalam keadaan kereta berhenti tidak bergerak hendaklah dielakkan, jika mampu. Idling di dalam situasi apapun memendekkan hayat enjin dan menggunakan bahan bakar yang banyak. Membazir minyak (dibaca : fuel). Maka, cuba pendekkan tempoh warm-up (dibaca : memanaskan enjin) di dalam mode parking. Gerakkan kenderaan anda 30-90 saat setelah enjin dihidupkan dan biar enjin warm-up ketika bergerak. Berlembut dengan throttle. Pandu seperti biasa apabila enjin di suhu operasi optimum sekitar 98.9-darjah Celcius yang disarankan oleh SAE (Society of Automotive Engineers).

Siakapkeli.my

''Ramai kaum Hawa, Tahu Start Enjin Terus Jalan," 7 Tip Asas Penting Penjagaan Kereta Ini Bantu Wanita 'Terselamat' Atas Jalan Raya
siakapkeli.my

Kereta dan wanita? atau lebih sesuai, kasut dan wanita?

Mungkin hanya 10% daripada 15.3 juta wanita di Malaysia ini yang benar-benar ambil tahu tentang penjagaan kereta. Namun yang pasti, sesiapa pun tak kira lelaki atau wanita seharusnya tahu sekurang-kurangnya asas penjagaan kereta terutama bagi mengelakkan perkara tidak diingini seperti berdepan dengan kemalangan atau insiden tak terjangka seperti, kereta berhenti secara tiba-tiba ditengah jalan raya.

"Perempuan ni tahu bawa je, minyak dah tunjuk E pun tak reti nak isi."

Frasa ini diungkapkan setiap kali wanita dikaitkan dengan kereta. Tapi, ada juga wanita yang mahir membawa kereta, dan juga cekap dalam penjagaan kereta keseluruhannya. Pandai tukar tayar, tahu masa bila perlu isi minyak dan baca suhu kereta untuk mengelakkan bacaan suhu naik.

Merasakan isu ini penting terutamanya buat kaum hawa, lelaki ini melalui akaun Twitternya berkongsi tip jaga kereta dengan cara mudah faham supaya mereka lebih berjaga-jaga jika berdepan dengan sebarang kejadian yang melibatkan kereta.

Mari kita baca perkongsian Badrul dan semoga ianya bermanfaat.

Siakakeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Apr 13, 2018 3:05 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



UNDILAH PAS YANG SIFAR RASUAH
bloglist-malaysia.blogspot
kerabubersuara.blogspot
UNDILAH PAS YANG SIFAR RASUAH

Bahkan Negeri Kelantan yang ditadbir oleh PAS adalah negeri pertama yang arahkan Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan melafazkan Ikrar Bebas Rasuah dihadapan Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Cina tanya, Tok Guru jawab

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net

PAS Terengganu baru-baru ini mengadakan majlis dialog dengan masyarakat Cina di peringkat DUN Chukai, di Kemaman.

Majlis bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu bertujuan merungkai segala kekusutan minda masyarakat pengundi Cina dengan politik persepsi terhadap parti berkenaan.

Menurut akbar Harakahdaily, rata-rata masyarakat Cina berpuas hati dapat berdepan secara langsung dengan presiden PAS itu.

Berikut adalah antara soalan dari peserta dialog dan jawapan yang diberikan oleh Abdul Hadi.
Betulkah PAS akan masuk BN (Barisan Nasional)?

Jawabnya bohong, tak betul. Dulu kita (PAS) pernah masuk BN tahun 1974. Tetapi, dihentamnya kita (PAS) di Kelantan. Dia sekat apa yang kita hendak buat. Dia suruh kita ikut dia, benda yang tidak betul supaya ikut.

Kita (PAS) keluar BN pada masa itu. Kita tidak akan ulang lagi untuk masuk BN. Apa yang kita (PAS) hendak buat ialah kita nak hancurkan BN. Kita buat satu pakatan lain dari pakatan BN.

Kita buat gabungan Gagasan Sejahtera dan bukan BN lagi. Sekarang dua, tiga parti sudah masuk (Gagasan Sejahtera) bersama dengan PAS dan NGO-NGO dan termasuk persatuan bukan Islam bersama dengan kita.

Kita (PAS) perintah dengan Gagasan Sejahtera. PAS akan bertanding lebih 130 kerusi parlimen di seluruh Malaysia. PAS akan tanding 130 kerusi dan kawan-kawan kita dari Gagasan Sejahtera akan bertanding (beberapa) kerusi lagi. Jadi, macam mana kita nak masuk BN, kita (PAS) lawan BN pada pilihan raya ini.

Kenapa sempitkan fikiran bahawa PAS mesti begabung dengan BN? Mungkin BN boleh bergabung dengan HARAPAN. atau BN bergabung dengan BERSATU (Bersatu balik semula kepada BN) atau BN boleh bergabung dengan DAP atau dengan PKR. Banyak kemungkinan. Jangan bodoh sangat soal politik ini.- WM TKO

Ada orang kata, selepas PRU14 ini PAS akan bergabung dengan BN?

Masa (pilihan raya) itu, dia (BN) mungkin sudah tidak menang lagi kalau semua kita (rakyat) sokong (PAS). Maka, tidak timbul lagi kita sokong BN.

Kita buat gagasan baharu (Gagasan Sejahtera) untuk perintah Malaysia.
Kenapa Tok Guru berpeluk dengan Datuk (Seri) Najib?

Bukan saya peluk dia tapi dia (Najib) yang peluk saya. Dia peluk saya dahulu dan takkan kita nak tolak dia peluk. Itu bukan cara kita dan kita mahu tunjuk yang kita (PAS) bukan parti jahat.

Kita mahu orang Umno undi kita (PAS). Orang Umno jangan undi Umno lagi, undi kita (PAS). Jika kita nak suruh orang Umno undi kita, kita mesti buat baikjangan berkelahi. (Kita) minta orang Umno supaya undi kita dalam pilihan raya ini.

Betulkah PAS ambil wang RM90 juta daripada Umno?

Ini (tuduhan) tak betul. Ada surat khabar (Sarawak Report) di England, yang buat berita kita (PAS) ambil RM90 juta daripada Umno. Kita saman surat khabar itu. Saman di mahkamah England.

Sekarang kita sudah menang beberapa pusingan saman itu. Ini satu kerja tipu, berita yang bohong dan kita (PAS) samanmasih bicara lagi di mahamah, England. Bukan mahkamah di sini (Malaysia) tapi di England.

RM90 juta ini sikit, kita (PAS) mahu RM900 juta, tak cukup hendak lawan Umno dengan RM90 juta.

PAS ada ahli seluruh Malaysia. Ahli PAS satu juta sekarang. PAS ada cawangan dan kawasan sebanyak 196 kawasan Parlimen seluruh Malaysia. Satu juta ahli PAS itu ada yang bagi (beri) RM1, RM5.00, ada yang bagi RM5,000 dan RM10,000 pun ada (sumbangan).

Kemudian, kita (PAS) hendak lawan Umno tetapi macam mana Umno bagi duit, sebab kita lawan dia (Umno). Tengok nama calon (pilihan raya) nanti, kita lawan Umno dan lawan Barisan Nasional. Kita (PAS) hendak pegang kuasa sendiri.

Bila PAS memerintah, adakah orang Cina juga (kena) potong tangan?

Ini hudud. Hukum Hudud ini untuk orang Islam. Hukum Islam tidak boleh dikenakan kepada orang bukan Islam. Ini bukan saya kata, Quran kata.

Ada ayat Quran kata maksudnya, Jika orang bukan Islam datang kepada kamu beri pilih kepada mereka. Hudud adalah Undang-undang Syariat bagi orang Islam..

Perlembagaan Malaysia mengatakan bahawa Mahkamah Syariah tidak boleh menghukum orang bukan Islam. Mereka ada undang-undang (sivil) dia sendiri. Apa yang berlaku, kita kena sedar hari ini berlaku terlalu banyak jenayah merompak, mencuri.

Undang-undang Islam bertujuan menakutkan perompak, pencuri dan hendak jatuh hukum payah. Menyebabkan orang rasa gerun dan tidak berani lagi hendak mencuri. Hukuman sebat dalam Islam pula tidak boleh mencederakan pesalah. Hukuman sebat dari undang-undang orang putih (Inggeris) hukuman sebat, cedera, pecah kulit hingga nampak isu dan tulang.

Di Acheh, Indonesia dilaksanakan hukum Syariat itu. Orang bukan Islam diberi pilih sama ada mahu hukuman sebat (Islam) atau penjara empat bulan (Inggeris).

Tapi, apa yang berlaku di Acheh pula orang Cina memilih hukuman sebat 20 kali (bagi kesalahan) malulah sekejap. Dia tidak mahu penjara empat bulan.

Ini kita tidak paksa kerana Perlembagaan Malaysia mengatakan bahawa Mahkamah Syariah tidak boleh menghukum orang bukan Islam. Mereka ada undang-undang mereka sendiri. Kita kena sedar bahawa di negeri kita ada undang-undang yang sama, ada undang-undang yang berbeza.

Undang-undang yang sama seperti undang-undang jalan raya, Lampu isyarat sama, jika merah berhenti, lampu hijau boleh jalan, lampu kuning tunggu. Kita tidak buat lampu hijau PAS boleh jalan. Lampu merah DAP boleh jalan, lampu kuning orang lain semua boleh jalan.

Undang-undang berkait dengan restoran, kedai makan lain orang Islam dengan orang bukan Islam. Undang-undang nikah kahwin juga lain orang Islam dengan orang bukan Islam.

Kita sudah memerintah Kelantan 28 tahun. Adakah orang kena potong tangan di Kelantan tidak ada. Bila PAS memerintah, orang Cina boleh minum arak dan boleh makan babi. Ini hak orang bukan Islam kita tidak boleh halang. Tapi, orang Melayu Islam jika minum arak akan dihukum.
Kenapa PAS keluar, putus dengan Pakatan Rakyat?

Sebabnya, kerana parti DAP dan parti PKR tak sokong Islam yang PAS perjuangkan. Walaupun undang-undang itu untuk orang Islam sahaja bukan untuk orang bukan Islam. Tapi, dia bangkang juga untuk orang Islam.

Hak orang Islam dia (DAP) tidak boleh campur. Apa yang DAP buat menyebabkan kita (PAS) berbalah, kita berkelahi. Orang bukan Islam campur urusan orang Islam dan orang Islam campur urusan orang bukan Islam, itu tidak boleh, ada sempadan dia.

Bila DAP mahu campur hal orang Islam kita (PAS) tidak boleh bersama lagi dengan mereka.

Sepatutnya, orang Cina kena ingat peristiwa 13 Mei dan bergaduh tahun 1969. (Ini) Berlaku di Pulau Pinang, berlaku di Kuala Lumpur, berlaku di Perak, 13 Mei. Melayu dengan Cina perang (bergaduh). Tapi, di Kelantan, Terengganu tidak berlaku peristiwa 13 Mei.

Kita kena sedar jika orang Islam pegang dengan Islam. Satu keluarga Cina, satu rumah Cina pun boleh hidup di kampung orang Melayu, boleh berkedai, boleh hidup dan tidak bergaduh.

Kita tidak mahu pergaduhan kerana semua kita adalah rakyat, mesti sama dan layan dengan adil. Oleh kerana, DAP tidak boleh terima apa yang kita (PAS) nak. Maka, kita tinggalkan DAP.

Apatah lagi, ikut dengan Perdana Menteri dahulu, Dr Mahathir yang (sekarang ini) berkawan dengan DAP. Orang Cina tahulah apa yang dia (Mahathir) buat dulu.
Mengapa PAS tidak bercakap soal 1MDB?

Kita kena sedar bahawa salah laku yang Umno-BN buat bukan 1MDB sahaja termasuk (skandal) Perwaja, dia hentam duit mati kilang Perwaja itu. Termasuk isu KWSP, PKFZ (Zon Bebas Pelabuhan Kelang), macam-macam dulu.

Sekarang 1MDB. Kita (PAS) sebut semua isu termasuk 1MDB, Perwaja dan lain-lain semua kita sebut belaka supaya disiasat. Tapi, mereka (Pakatan Harapan) hanya sebut 1MDB sahaja.

Kenapa? Tujuan mereka hanya mahu jatuhkan Najib bukan hendak jatuhkan Umno. Kerana kaitkan Najib dengan 1MDB dan Najib boleh jatuh. Selepas itu DAP, Tun Mahathir akan balik semula berpakat dengan Umno. Itu yang sebenar, kita kena faham.

Dia (pakatan) politik pusing-pusing. Kita tidak boleh ikut. PAS lawan semua dan kita sendiri sekarang dan PAS menubuhkan Gagasan Sejahtera iaitu gabungan kita sendiri.

Apa yang saya harap, apabila pihak menteri di Parlimen memberi jawapan semua pemimpin-pemimpin parti politik disiasat oleh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) kerana berlaku salahguna kuasa.

BN ada disiasat, Pakatan Harapan yang ada DAP, PKR, BERSATU ada disiasat tapi pemimpin PAS tidak ada yang disiasat. Kita (PAS) bersih, bebas tanpa rasuah.

Rakyat umum sudah tahu, kita (PAS) tiada buat salah laku. Sepatutnya, rakyat kena percaya kepada kita (PAS). Kita mahu supaya masyarakat Cina sekali lagi undi PAS pada pilihan raya (PRU14) kali ini, Insya-Allah.

PKR khianat 'perjuangan' sendiri
bloglist-malaysia.blogspot.
wak-labu.blogspot
Posted by Mohd Sulaiman
Muhamad Aimy Ahmad
07 April 2018 6:28 PM

AB. AZIZ KAPRAWI

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ab. Aziz Kaprawi berkata, langkah itu membuktikan satu lagi episod kegilaan politik pembangkang yang diketuai DAP.

BATU PAHAT 7 April - Tindakan PKR memberi ruang kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad menggunakan logo parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dianggap satu pengkhianatan terhadap perjuangan mereka sendiri.

Menurutnya, PKR ditubuhkan atas perjuangan menuntut keadilan terhadap kezaliman yang telah diperlakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Dr. Mahathir.

"Saya ingin ingatkan kembali tragedi hitam politik negara pada tahun 1998, iaitu ketika era Reformasi yang dicanangkan oleh Anwar yang telah dipecat oleh Dr. Mahathir sendiri.

"Sumber kebencian PKR yang bangkit menentang UMNO-Barisan Nasional (BN) adalah disebabkan kebencian mereka terhadap Dr. Mahathir yang mereka sendiri gelar sebagai diktator serta kuku besi.

"Saya kira perbuatan PKR memberi ruang kepada Dr. Mahathir untuk mengguna logo PKR pada PRU-14 adalah satu pengkhianatan terhadap perjuangan mereka sendiri," katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

- UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/pkr-khianat-perjuangan-sendiri-1.643915#ixzz5Bz8FboiJ
© Utusan Melayu (M) Bhd

Surat Terbuka : Rafidah Aziz bertanya, Najib sila jawab..!
kedahlaniie.blogspot

FAKE NEWS? PECAH TEMBELANG?? Pakat baca lah surat terbuka Tan Sri Rafidah Aziz otai niii...Tan Sri tanya jer kot??

8hb April 2018
SURAT TERBUKA KEPADA PM
Bismillahirrahmanirrahim

DATO' SRI PM,
Perkara : PENGSWASTAAN SEMUA TANAH MINDEF / MILITARI DI SELURUH MALAYSIA

Saya ingin merujuk kapada satu Mesyuarat Kabinet pada penghujung 2008, semasa Dato' Sri Menteri Pertahanan, dan juga TPM ,kapada PM Abdullah Badawi. Dato Sri tentu ingat membentangkan satu KERTAS KABINET, untuk mendapat Persetujuan Kabinet tentang CADANGAN2 DATO ' SRI , atas PERKARA2 BERIKUT :

1) UNTUK Dato' Sri SWASTAKAN SEMUA lebih dari 40,000 hektar TANAH MILIK MINDEF di seluruh Malaysia .(Tanah tersebut adalah ASET NEGARA yang berharga dan Strategik )
2) 'Pengswastaan' itu diberikan KAPADA sebuah SYARIKAT MILIK 3 INDIVIDU, iaitu 2 lelaki dan 1 orang Wanita.
3) PAJAKAN TANAH ialah untuk 40 TAHUN , iaitu 4 dekad.

TIDAK ADA dibuat TENDER TERBUKA, atau di minta apa2 sebutharga dari pihak2 lain.

Saya agak ragu dan telah BERTANYA kapada Dato' Sri, dalam Mesyuarat tersebut :
a) MENGAPA di swastakan kapada Syarikat yang tidak langsong di ketahui rekodnya
b) MENGAPA tidak di swastakan kepada LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA (LTAT), yang bolih bergabung dengan Syarikat2 besar, yang ada rekod prestasi yang terbukti?

JAWAPAN DATO' SRI kepada saya, dan di sambut olih PM Abdullah ialah,

'Kita akan bawa masuk LTAT kemudian...'

Tiada seorang pun menteri lain menyoal Dato' Sri.
Kertas Kabinet telah diluluskan.

DATO' SRI PM ,

Saya ingin bertanyakan, untuk diberi PENGESAHAN, bahawa :

(1) 'SYARIKAT 3 Individu ' SEKARANG INI adalah PEMILIK setiap inci Tanah BEKAS MILIK MINDEF / MILITARI ,(KECUALI yang telah mereka jual)

(2) MEREKA lah sekarang pihak yang MEMBUAT KEPUTUSAN2 atas perkara2 saperti :

⁃ APA yang akan di buat dengan Tanah di SELURUH Malaysia, yang BEKAS milik MINDEF / MILITARI, tetapi yang telah diswastakan kapada mereka.

⁃ KEPADA SYARIKAT2 mana yang mereka akan jual keping2 tertentu , Tanah yang sekarang MEREKA miliki itu . (KECUALI jika ada 'arahan2' tertentu dari pihak atasan)

⁃ UNTUK TENTUKAN apa2 Peraturan dan Perjanjian, SAPERTI 'TUKAR TANAH/ LAND SWAP'.

Ini seperti dalam keadaan, dimana, ada Syarikat2 yang SETUJU untuk mereka PINDAHKAN Kem2 LAMA Militari dalam dan sekitar bandar, dan mereka juga akan BANGUNKAN Kem2 BARU di lokasi lain ,yang jauh dari bandar.

Sebagai 'PERTUKARAN TANAH', Syarikat2 tersebut akan dapat TAPAK2 KEM lama itu, yang jauh lebih tinggi nilainya, untuk membangunkan PROJEK2 KOMERSIAL , yang sangat MENGUNTUNGKAN. Terutama selepas di NILAI SEMULA/ Revalue, Tanah BEKAS Milik MINDEF , kapada nilai semasa. (Contohnya ialah di SARAWAK, IAITU transaksi dengan Syarikat milik Tan Sri Bustari Yusof. Beliau akan membina Kem2 baru, di kawasan2 luar dari bandar, dan dapat Tapak2 Kem Lama sekitar Bandar untuk dibangunkan PROJEK2 KOMERSIAL )

Dapatkah Dato' Sri SAHKAN, bahawa Projek2 BERIKUT, adalah ANTARA yang MELIBATKAN tanah BEKAS milik MINDEF / MILITARI ,(yang sekarang MILIK 'Syarikat 3 Individu')?

Ini CONTOH2 yang di ketahui :
1) PENGKALAN TUDM di Sg Besi, telah di jual KEPADA 1 MDB pada harga yang TIDAK manasabah iaitu RM74.20pkp (nilai pada masa itu sehingga RM1,000pkp). Kontrak yang di tawarkan kapada IWH-CREC untuk membangunkan Perojek 'Bandar Malaysia', telah DITARIK BALIK.

KERAJAAN melalui MOF, telah 'ambil alih' PROJEK.
Wang DEPOSIT sebanyak RM741 juta sudahpun dibayar olih mereka. Akhirnya, BUKAN 1MDB yang BAYAR BALIK DEPOSIT itu, tetapi KERAJAAN ( iaitu RAKYAT yang PEMBAYAR Cukai)

2) KEM MAJIDEE, 4 km dari Johor Bharu, di TEMPATKAN SEMULA, ke lokasi2 yang jauh, saperti ke Kluang, Gemas dan lain2. Sebenarnya ISU ini telah di bangkitkan di PARLIMEN, dan juga olih Jawatankuasa Akaun Awam (Public Accounts Committee) ,yang ketika , itu di pengerusikan olih Tan Sri Azmi Khalid.

3) EAST COAST RAIL LINK (ECRL) sepanjang 620 km

4) HIGH SPEED RAIL ke Singapura (HSR)

5) SATU PROJEK berbentuk PERTANIAN KOMERSIAL BESAR2AN, yang telah diumumkan olih Menteri Pertahanan Hishamuddin, yang dikatakan 'akan dibangunkan atas Tapak2 Tanah MINDEF yang tidak digunakan' , atau" idle".
SEBENARNYA, TIDAK ada LAGI, TANAH MILIK MINDEF / MILITARI ,sama ada 'idle' atau tidak.

SEMUA TANAH MINDEF/ MILITARI, SEKARANG DIMILIKI olih 'Syarikat 3 Individu'.

6) PENJUALAN tanah Strategik , iaitu PENGKALAN TUDM BUTTERWORTH kapada TSR Capital, untuk tapak itu di bangunkan projek KOMERSIAL.
PENGKALAN lama akan di pindahkan ke Ara Kuda.
BAGAIMANAPUN, SETELAH ada banyak TENTANGAN daripada pelbagai pihak, Dato' Sri telah TANGGUHKAN Pelan itu, supaya dibuat 'kajian lebih mendalam'.
WALHAL, WANG sudah di perolehi dari Jualan Tapak Tanah olih 'Syarikat 3 Individu'.

DATO' SRI ,

Baru2 ini Dato ' Sri telah umumkan semasa membuka PENGKALAN TUDM BARU SENDAYAN, bahawa 'tanah2 ASET Kerajaan yang TIDAK digunakan', akan "di monetise" 'untuk projek2 lain' '

Saya ingin mendapat PENGESAHAN :

a) ADAKAH INI satu lagi PERANCANGAN untuk di KOMERSIALKAN Tanah BEKAS Milik MINDEF/ MILITARI , yang SEKARANG MILIK PENUH ' SYARIKAT 3 INDIVIDU?

b) BAHAWA akan ada pendekatan2 di ambil, untuk membolihkan bantuan kewangan diberi terus kepada 1MDB , (seperti dalam case PEMBAYARAN DEPOSIT olih KERAJAAN , dan BUKAN olih 1MDB, dalam transaksi Penjualan Tanah PENGKALAN UDARA SG BESI , kapada IWH- CREC Consortium )?

RAKYAT PERLU TAHU SEMUA FAKTA2 .
SILALAH DEDAHKAN UNTUK PENGETAHUAN AWAM :
a) NAMA2 3 Individu itu
b) NAMA Syarikat mereka
c) BUTIR2 PENGSWASTAAN besar2an , secara 'SEKALI GUS' , ASET NEGARA , yang sangat STRATEGIK dan BERHARGA itu.
d) SENARAI Menteri2 yang hadhir dalam Meyuarat Kabinet, yang meluluskan KERTAS KABINET , yang Dato' Sri bentangkan itu. SAYA SENDIRI MEMANG HADHIR..

TIDAK ADA apa lagi yang 'Rahsia' tentang Kertas Kabinet itu, kerana PENGSWASTAAN SUDAH pun SELESAI.

Projek2 meggunakan tanah BEKAS Milik MINDEF / MILITARY, sudah pun , dan sedang ,dilaksanakan. Cara berterusan, Projek2 BARU akan di RUNDINGKAN ,dengan PENILAIAN SEMULA nilai tanah kapada nilai semasa, UNTUK 30 TAHUN yang akan datang.

KITA SEMUA mesti TAAT SERTA PATUH BERPEGANG kapada )SUMPAH PERLANTIKAN JAWATAN KITA. Menteri2 berugama ISLAM, MEMULAKAN SUMPAH mereka dengan Lafaz..

'Wallahi, Wabillahi, Watallahi'

ALLAH SWT MENGHAKIMKAN SEGALA2NYA.

Terima kasih,
Salam Sejahtera,

- Rafidah Aziz

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: