7 Messages
Digest #4918
Messages
Mon Apr 2, 2018 7:55 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Pas Selangor lancar manifesto
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://tranungkite.net
SHAH ALAM - Pas Selangor semalam melancarkan manifestonya yang bertemakan Selangor Sejahtera sebagai langkah persediaan menghadapi PRU14.
Manifesto itu merangkumi 10 teras melibatkan aspek kesejahteraan iaitu berkerajaan, beragama dan budaya, pendapatan, pendidikan, wanita dan keluarga, kesihatan, ekonomi tani, kediaman dan alam sekitar.
Menerusi teras kesejahteraan wanita dan keluarga, Pas Selangor menjanjikan empat perkara iaitu insentif RM150 untuk tujuan kesihatan dan keanggunan wanita, insentif RM500 wanita bersalin, bantuan khidmat bimbingan keharmonian perkahwinan dan kesejahteraan rumah tangga serta bantuan kelangsungan hidup ibu tunggal.
Bagi teras kesejahteraan pendidikan, manifesto tersebut memberikan lima tawaran menarik antaranya insentif yuran tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), pendidikan percuma bagi sekolah milik kerajaan negeri, Akademik Pasca Tahfiz (SPM), mewujudkan Skim Perjawatan Guru dan Kakitangan Sekolah kerajaan negeri dan bantuan tambang bas sekolah.
Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi berkata, pihaknya masih mengekalkan program-program yang diperkenalkan oleh Kerajaan Selangor dengan beberapa penambahbaikan khusus untuk rakyat di negeri ini.
"Segala program diperkenalkan Kerajaan Selangor di mana Pas sendiri terlibat dalam barisan kepimpinannya akan diteruskan dengan beberapa penambahbaikan lain," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran yang berlangsung di sebuah hotel, di sini, semalam.
Ketika ditanya mengenai pemberian air percuma sekiranya Pas mengambil alih pimpinan Kerajaan Selangor selepas ini, Sallehen berkata, inisiatif itu akan diteruskan dengan beberapa penambahbaikan terhadap program tersebut.
Beliau yang juga Adun Sabak Bernam memaklumkan, pemberian air percuma telah dilaksanakan sejak zaman pentadbiran bekas Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Pas komited untuk meneruskan inisiatif tersebut.
"Secara jelas saya sebutkan bahawa kita akan teruskan pemberian air percuma dengan penambahbaikan terhadap program yang dilaksanakan kerajaan sedia ada bagi memberi manfaat kepada rakyat," katanya.
Dalam pada itu, Sallehen turut menyatakan keyakinan bahawa Pas Selangor mampu menarik pengundi dalam PRU14 nanti berdasarkan kepada tawaran yang terkandung di dalam manifesto tersebut.
Tambahnya, manifesto itu dirangka mengikut keperluan rakyat dan keperluan semasa dalam menghadapi cabaran negeri maju pada masa kini.
"Di waktu parti-parti lain berkecamuk tentang pembahagian kerusi dan sebagainya, Pas Selangor terus fokus untuk menyediakan manifesto dengan melibatkan pakar-pakar dalam bidang tertentu," katanya.
BALING - Tumbangkan kerajaan BN menjadi motif utama Pas bertanding PRU14.
kedahlaniie.
Mansor (duduk, kanan), Hilmi (duduk, tengah) dan sebahagian ahli yang hadir..
BALING - Tumbangkan kerajaan BN menjadi motif utama Pas bertanding PRU14.
Pengarah PRU Pas Baling, Mejar (B) Zakaria Mansor berkata, sama ada pendirian itu dipersetujui atau tidak, ia terpulang kepada rakyat.
Menurutnya, Pas mengadakan ceramah bukan untuk menipu mahupun menyatakan fitnah atau dakyah, tetapi untuk menyampaikan kebenaran.
"Rakyat memberikan mandat selama 60 tahun kepada BN untuk memerintah namun negara gagal diperintah dengan baik.
"Adakah dari dahulu sampai sekarang bertambah baik? Rasanya tidak.
"Jika nak disenaraikan, berpuluh-puluh kejadian di negara ini, semuanya melibatkan kerajaan BN," katanya.
Beliau berkata demikian dalam Ceramah dan Kupasan Isu Semasa di Taman Permai, di sini malam semalam.
Turut menyampaikan ceramah, Ketua Penerangan Pas Baling, Hilmi Abd Wahab dan tokoh korporat, Fauzi Abd Rahman.
Menurutnya, caj GST ialah salah satu bentuk kezaliman di bawah BN.
"Kesan yang kita rasa semua tak kira dia pengundi Pas, Umno atau Pakatan Harapan semua kena bayar GST.
"Baru beranak, muda, tua dan mati pun kena. Kain kapan pun ada GST. BN memungut cukai pada yang bukan haknya," katanya.
Beliau berkata, kerajaan tidak serius mengatasi kejatuhan harga getah yang sering menghimpit penoreh.
Katanya, penoreh yang mengambil upah menoreh menanggung lebih bebanan akibat kejatuhan tersebut.
"Harga getah skrap sekarang RM1.90 sekilogram, jika di Felda RM1.
"Bila kita ziarah orang kampung, betapa daifnya mereka, nak beli sekampit beras pun tak mampu. Ada kerajaan sebut dalam bajet untuk naikkan harga getah? Tak ada," katanya.
Masa depan pelbagai kaum bersama PAS
ABDUL HADI AWANG
bloglist-malaysia.
dialograkyat.
Dicatat oleh ELBI RISALAH
(Teks transkrip dan suntingan dari ucapan Presiden PAS dalam Majlis Luncheon dialog perpaduan nasional PAS Selangor di Restoran Zam-zam, Shah Alam pada 25 Mac 2018 yang disediakan oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR)
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ
"(Kata Allah di dalam al-Quran) Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu wahai manusia, bermula daripada seorang lelaki (Adam) dan seorang perempuan (Hawa). Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa, bersuku-kaum, dan berpuak-puak. Supaya kamu berkenalan di antara satu sama lain. Yang paling mulia kalangan kamu ialah yang paling bertakwa (yang paling patuh kepada perintah Allah)."
(al-Hujurat: 13)
Bersaudara
Banyak kalangan memberi sikap yang salah faham terhadap Islam. Pembacaannya melalui buku-buku dan penulisan orientalis, penulisan orang-orang Barat yang bersikap musuh, dengki terhadap Islam.
Sepatutnya mereka membaca terjemahan Quran dan sumber Islam yang asal itu. Islam tidak boleh ditakrifkan, didefinisikan hanya kepada agama ataupun religion. Islam daripada perkataan ad-Din. Di dalamnya urusan-urusan agama. Di dalamnya urusan-urusan politik, ekonomi, way of life, cara hidup manusia yang merangkumi segala aspek kehidupan.
Dengan sebab itu, Islam bukan sahaja agama yang berkait dengan ibadat, dengan moral, akhlak, aspek spiritual. Islam juga berkait dengan masyarakat, bukan terkongkong dengan satu umat, bahkan kepada seluruh manusia.
Quran yang saya baca tadi Allah mengatakan manusia semuanya adalah bersaudara. Walaupun mereka berbagai agama, berbagai bangsa, asalnya daripada satu bapa dan satu ibu. Sebenarnya mereka berkeluarga besar, mereka diwajibkan berkenalan dan berhubung kerana manusia dinalurikan, difitrahkan, disifat semula jadikan bermasyarakat Madani.
Dengan makna manusia tidak boleh hidup bersendirian seorang, tak boleh hidup satu bangsa sahaja, satu negeri sahaja. Mesti berhubung di antara satu sama lain. Kerana segala keperluan manusia yang asasi, makanan, pakaian, tempat tinggal, walaupun berbeza agama, ada perbezaan. Tetapi di sana ada satu konsep mesti bermasyarakat Madani, berhubung di antara satu sama lain.
Pakaian yang kita pakai daripada kain semua bangsa ada pakaian walaupun berbeza, daripada kain. Kain daripada benang. Benang daripada kapas. Kapas mesti ditanam, mesti ada cangkul, ada besi, ada logam. Banyak sumber-sumber untuk menghasil hanya satu pakaian sahaja. Maka ada bangsa yang bertani, bangsa yang berniaga, bangsa yang berindustri, yang melombong, yang bertukang. Dibahagikan hasil-hasil yang berbeza di seluruh dunia, hendaklah digabungkan di antara satu sama lain untuk menghasilkan keperluan pakaian, makanan, mesti dicampur, dimasak, diletakkan rempah ratusnya. Menggunakan alat-alat logam yang dilombong dan digali.
Menunjukkan manusia mesti berhubung di antara satu sama lain. Sepatutnya mereka tidak berperang, mereka tidak bergaduh. Islam menganjurkan semua manusia adalah bersaudara. Islam mengharamkan paksaan dalam agama. Walaupun diwajibkan pendakwah mengajak manusia kepada Islam. Tetapi diharamkan paksaan dalam agama.
Diwajibkan adil untuk semua. Sekiranya kita membuka al-Quranul Karim, kita akan dapati semua Rasul-rasul yang membawa Islam, orang Islam wajib beriman kepada semua Rasul-rasul, semua Rasul-rasul mesti orang Islam percaya. Bukan sahaja Adam, Adam, termasuk Ibrahim. Bahkan Ibrahim dikatakan sejarahnya yang mencipta agama Islam yang diubah menjadi agama Hindu.
Ibrahim menjadi Brahma, kemudian diubah kisah dan ceritanya. Tetapi ada penemuannya. Termasuklah Nabi Musa yang disanjung oleh orang Yahudi, Nabi Isa disanjung oleh Kristian. Orang Islam wajib beriman dengan semua Rasul-rasul ini.
Dan manusia bersatu beriman kepada tuhan yang satu. Semua percaya kepada Allah, tuhan, Allah, God, dengan bahasa masing-masing. Perbezaannya ialah dari segi tauhid. Ada agama yang melantik tuhan-tuhan yang lain daripada Allah.. Ada agama yang meletakkan sifat tuhan kepada makhluk-makhluk yang lain kepada makhluk-makhluk. Ini perbezaan.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Apr 2, 2018 7:56 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
''Its All My Faults'
siakapkeli.my
Seorang anak tidak menyangka bahawa kereta yang dipandunya bakal terlibat dalam kemalangan hingga meragut nyawa ibu bapanya sendiri. Dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 413.3 Lebuh Raya Utara-Selatan itu, kenderaan jenis Perodua Alza tersebut dipandu oleh anak mangsa Faiz Hakim Darwis, 18 tahun terbabas dan terjunam ke dalam longkang dipercayai akibat hilang kawalan.
Namun, apa yang mengharukan adalah kemas kini yang dibuat oleh anak mangsa yang juga pemandu kenderaan tersebut, Faiz yang dibuat di akaun Instagramnya.
''Along minta maaf abah, along tak patut drive kereta masa tu. Its all my faults'
Luahan Faiz yang merasa bersalah atas kejadian yang berlaku telah dimuat naik oleh seorang pengguna twitter, Ahmad Arif pasti membuatkan sesiapa sahaja yang membacanya tersentuh.
Dalam kemalangan tersebut, ibu kepada Faiz sendiri, Zahera Ahmad, 55, maut di tempat kejadian apabila tercampak keluar daripada kenderaan akibat impak kemalangan.
''Along doakan mak sejahtera dan aman di sana mak, jumpa wa dan atok di syurga nanti. Along tak sempat balas jasa mak lagi, tak jadi imam ketika solat jenazah mak, hmm.'' luah Faiz lagi.
Pada mulanya, ketika Faiz memuat naik perkongsian ini, ayahnya Darwis Sanja, 46, yang juga terlibat dalam kemalangan tersebut masih terlantar di hospital akibat cedera parah.
Namun tidak lama selepas itu, melalui perkongsian keluarganya yang terbaru, ayahnya juga sudah pun kembali ke rahmatullah.
Kami di sini mengucapkan takziah kepada Faiz sekeluarga dan semoga kedua-dua orang tuanya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, amin. Al-Fatihah.
Sumber : Ahmad Arif , Kosmo Online
Lelaki Menangis Teresak-Esak Selepas Diberitahu Polis Mangsa Langgar Lari Dilanggarnya Adalah Anak Dan Isterinya Sendiri
siakapkeli.my
Seorang lelaki di China yang berjaya ditahan oleh pihak polis negara Tembok Besar itu terkejut besar dan tidak dapat menahan perasaan apabila mengetahui bahawa mangsa langgar tersebut adalah anak lelaki dan isterinya sendiri.
Lelaki tersebut yang hanya dikenali sebagai Zhang di laporkan telah meninggalkan tempat kejadian tanpa mengetahui bahawa motosikal jenis skuter elektrik yang dilanggar sebenarnya ditunggang oleh isteri serta anaknya.
Dalam sebuah rakaman video yang tular di media sosial, Zhang yang dibawa kembali ke tempat kejadian dan kelihatan menangis teresak-esak.
Ketika kejadian, saksi yang bergegas ke lokasi kemalangan di kawasan gelap di Zibo, Timur China melaporkan mereka menemui seorang wanita dan kanak-kanak lelaki yang cedera selain keadaan motosikal yang remuk. Mereka kemudiannya menghubungi ambulan untuk mendapatkan bantuan selain turut melaporkan insiden tersebut kepada pihak polis pada pukul 10.30 malam.
Kedua-dua mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital berdekatan namun pihak berkuasa memberitahu berita sedih apabila kanak-kanak lelaki tersebut telah meninggal dunia akibat cedera parah.
Manakala mangsa wanita diletakkan dalam jagaan rapi pihak hospital di wilayah Shandong, dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak polis.
Zhang kemudiannya berjaya ditahan pada malam yang sama sebelum diheret ke hospital oleh pihak berkuasa. Setelah mengetahui bahawa mangsa langgarnya adalah isteri dan anaknya sendiri, Zhang ternyata tidak dapat menahan sebak apatah lagi anaknya sudahpun meninggal dunia.
Menurut Zhang dalam pengakuannya kepada pihak berkuasa, dia memberitahu bahawa dia, isteri dan anaknya pergi ke rumah saudara terdekat untuk jamuan makan malam pada malam kejadian.
Ujarnya lagi, dia kemudiannya pulang dari majlis tersebut dengan memandu van manakala anak isterinya pulang dengan menunggang skuter bersama-sama dengan anak lelakinya.
Zhang mengakui bahawa dia melanggar skuter tersebut ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya.
Sumber : Mirror
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Apr 2, 2018 7:56 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Ekonomi Malaysia akan lebih kompetitif bersama PAS
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://tranungkite.net
Oleh: MAZLI NOOR
Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat menyambut baik komen positif oleh agensi penarafan Moody's Investor Services, bahawa potensi peralihan kerajaan selepas Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) akan datang akan memberikan risiko yang kecil kepada penarafan A3-Stable Malaysia sekarang. Moody menambah bahawa jangkaan ini adalah selagi mana tiada perubahan substantif kepada polisi-polisi jangka panjang kerajaan.
Bagi kami komen daripada Moody tersebut mengambarkan sikap profesional agensi antarabangsa itu dalam memberikan penarafan kredit kepada sesebuah negara yang berdaulat seperti Malaysia. Ianya juga bermaksud penerimaan Moody bahawa walau apa pun keputusan dan pilihan rakyat selepas PRU14 ini, ianya adalah proses biasa dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Dan sebagai sebuah parti yang mengamalkan pendekatan "muwajahah silmiyyah" dan terlibat secara langsung dalam proses demokrasi pilihanraya, kami yakin sekiranya PAS dipilih oleh rakyat sebagai kerajaan nanti, pasaran dan komuniti perniagaan akan tetap menerima PAS sebagai kerajaan yang berdaulat dipilih secara sah.
Oleh kerana itulah maka semua tawaran PAS yang telah kami hebahkan kepada umum sepertimana Dokumen Hijau (DH), Wawasan Induk Negara Sejahtera 2051 (WINS) dan terkini tawaran Manifesto Malaysia Sejahtera adalah kearah membina negara Malaysia yang sejahtera, malah yang lebih penting akan memperbaiki dan memulihkan daya saing Malaysia. Dan yang akhirnya akan menjadikan Malaysia lebih kompetitif bagi memastikan penarafan Malaysia akan terus kukuh.
Untuk maksud itu maka PAS dalam banyak sesi penerangan dan beberapa kali pernah disebut oleh Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS, bahawa ekonomi Malaysia sebenarnya menghadapai masalah struktur yang salah yang menyebabkan ianya tidak mapan dan tidak kompetitif. Struktur ekonomi Malaysia sekarang yang terlalu bergantung kepada input modal perlu dibetulkan dan beralih kepada struktur ekonomi berinput buruh yang lebih mapan. Dengan kata lain kuasa untuk menggerakkan ekonomi harus diserahkan kepada rakyat dan meminimakan penglibatan kerajaan.
Jesteru itu tawaran PAS adalah penyelesaian melalui DH yang mengandungi dasar-dasar dan prinsip-prinsip penting berkaitan pengurusan ekonomi Islam bagi menjamin keadilan, pembangunan, kesaksamaan serta pengukuhan ekonomi negara dan rakyat berasaskan Islam. Secara teknikal DH menawarkan alternatif yang bukan sahaja mampu untuk menggantikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang amat regresif dan opresif, malah ianya mesra pelabur dan pengguna. Melalui alternatif tiga perkara iaitu Cukai Simpanan Korporat, Cukai Pegangan Saham dan Cukai Keuntungan Saham, bukan sahaja menyediakan struktur cukai yang lebih adil berasaskan prinsip Islam, malah mampu untuk meningkatkan permintaan melalui permerkasaan kuasa beli rakyat.
Berdasarkan anggaran kami, melalui pendekatan Cukai Simpanan Korporat kerajaan akan mampu memperolehi pendapatan cukai sebanyak anggaran RM12.5 billion setahun. Manakala untuk Cukai Pegangan Saham nilai potensi yang mampu diperolehi kerajaan adalah sebanyak anggaran RM47.5 billion setahun berdasar harga saham semasa. Semua ini membayangkan bahawa potensi hasil menggunakan kaedah cukai alternatif ini lebih tinggi daripada pendapatan GST itu sendiri. Ini tidak termasuk potensi pendapatan daripada Cukai Keuntungan Saham yang juga agak substantif nilai urusniaganya.
Melalui struktur cukai baru bagi menggantikan GST ini, konsep dicukai orang kaya dan diagihkan kepada orang miskin akan terserlah dan diperkukuhkan lagi, yang mana ianya mengambil model Zakat sebagaimana yang di kehendaki oleh Islam. Walaupun begitu dalam melaksanakan struktur cukai baharu ini, PAS akan memastikan bahawa ilkim pelaburan Malaysia, terutama melalui dagangan di Bursa Malaysia, akan terus kekal kompetitif dan mesra pasaran supaya daya saing ekonomi Malaysia boleh diperkasakan. Jesteru perbincangan lanjut diperingkat kerja akan diadakan bersama Suruhanjaya Sekuriti, Bursa Malaysia dan pihak berkepentingan pemain pasaran yang lain bagi memastikan pelaksanaan struktur cukai baharu ini berjaya.
Pelaksanaan konsep ekonomi Islam melalui tawaran DH ini diperkukuhkan lagi melakukan Wawasan Induk Negara Sejahtera 2051 (WINS) yang merupakan "road map" untuk Malaysia kearah Negara Sejahtera. WINS 2051 merupakan satu model baru yang dicetuskan oleh PAS sebagai panduan asas untuk mentadbir sebuah negara berdasarkan prinsip-prinsip Islam dalam realiti moden. Mengandungi sepuluh konsep asas yang akan dilaksanakan dalam tiga fasa, WINS akan menyediakan Malaysia dengan asas yang kukuh ke arah Malaysia Sejahtera. Antara elemen penting WINS 2051 adalah penstrukturan sistem percukaian berdasarkan sistem ekonomi Islam. Inisiatif ini adalah strategi bagi memastikan tercapai elemen ke tiga WINS iaitu "kekayaan dan hasil tempatan adalah untuk semua lapisan rakyat". Strategi ini amat penting bagi memastikan kuasa beli rakyat akan meningkat yang seterusnya menyokong permintaan. Sudah tentu hasil akhir adalah untuk tujuan memastikan Malaysia kekal kompetitif.
Bagi memterjemahkan tawaran-tawaran PAS ini melalui polisi-polisi pengurusan ekonomi seperti yang disebut di atas, tawaran yang lebih mikro telah dituntaskan melalui Manifesto Malaysia Sejahtera (MMS) yang baharu dilancarkan oleh Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS. Tawaran MMS yang komprehensif tersebut mendokong beberapa objektif penting untuk memastikan Malaysia kekal kompetitif iaitu, yang paling utama, untuk membetulkan struktur ekonomi Malaysia. Oleh itu, daripada sembilan teras utama MMS, tiga daripadanya adalah diukir khusus bagi memperkasa rakyat sebagai penggerak utama ekonomi Malaysia. Tiga teras tersebut adalah:
Teras Kedua – Penambahan pendapatan boleh guna dan penjanaan peluang baharu untuk rakyat.
Teras Ketiga – Pemberdayaan rakyat untuk meredakan kesan peningkatan inflasi dan kenaikan kos sara hidup.
Teras Keempat – Pengurangan jurang agihan pendapatan dan kakayaan ekonomi antara kawasan bandar dan luar bandar.
Kumpulan utama sasaran teras-teras tersebut adalah rakyat kelas menengah (M40) dan kelas bawah (B40). Ini jelas daripada semua inisiatif 20 perkara tawaran MMS yang jelas bagi memperkasa M40 dan B40 yang secara langsung akan menjadikan rakyat lebih berfungsi dalam eko-sistem ekonomi Malaysia. Antara sebahagian daripada tawaran 20 perkara yang akan memberi kesan langsung kepada rakyat adalah lapan inisiatif berikut:
1. Menghapuskan Goods and Services Tax (GST) yang membebankan rakyat dan menggantikannya dengan sistem percukaian yang lebih adil seperti Cukai Simpanan Korporat dan Cukai Pegangan Saham di Bursa Malaysia.
2. Melupuskan hutang peminjam-peminjam PTPTN yang sedia ada untuk meringankan bebanan anak muda sebagai satu inisiatif permulaan ke arah memberikan pendidikan percuma.
3. Memberikan bantuan makanan asasi kepada golongan fakir dan miskin secara bulanan menerusi program It'aam Kebangsaan.
4. Menawarkan bantuan sekali (one-off) sebanyak RM 2,000 sebagai modal kepada wanita bekerjaya untuk memulakan kerja dari rumah.
5. Melaksanakan program bas sekolah percuma untuk membantu meringankan bebanan ibubapa.
6. Memberikan bantuan pembelian kereta pertama di bawah 1300 cc (1.3 liter) menerusi pengecualian duti eksais dan pembiayaan pinjaman tanpa faedah (Qardul Hasan).
7. Mengurangkan harga rumah mampu milik antara RM 50 ribu sehingga RM 180 ribu.
8. Menstrukturkan semula kadar bayaran tol untuk mengurangkan kos hidup rakyat menerusi semakan semula perjanjian konsesi tol yang melebihi 15 tahun
Semua tawaran-tawaran tersebut di atas sudah tentu akan meningkatkan lagi pendapatan boleh guna rakyat yang akhirnya akan memperkukuhkan lagi ekonomi Malaysia dengan struktur yang betul. Sudah tentu tawaran ini akan mampu menyelesaikan banyak masalah rakyat terutamanya B40 yang rata-ratanya dihimpit oleh kemiskinan, terutamanya yang tinggal di bandar. Mengikut laporan kajian Bank Negara Malaysia (BNM), 27% rakyat yang tinggal di Kuala Lumpur mempunyai pendapatan dibawah tahap kemampuan hidup. Walaupun B40 ada mendapat kenaikan upah sekitar 6% setahun diantara tahun 2014 hingga 2016 namun ianya masih tidak mampu untuk mengekang kos sara hidup mereka. Ini adalah kerana jika diambil kira kos sara hidup yang perlu ditanggung, pendapatan sebenar bagi B40 hanya meningkat pada kadar 3.8%.
Sebagai panduan mengikut BNM pendapatan mampu hidup untuk Kuala Lumpur adalah sekitar RM2,700 untuk dewasa bujang, RM4,500 untuk pasangan dan RM6,500 untuk pasangan dengan dua anak.
Sudah tentu inisiatif untuk meningkatkan lagi upah dan pendapatan boleh guna rakyat perlu diseimbangkan dengan peningkatan produktiviti rakyat, yang penting bagi memastikan inflasi stabil. Jesteru bagi menentukan iklim ekonomi Malaysia kekal sihat, inisiatif spesifik bagi meningkatkan produktiviti rakyat akan juga diperkenalkan oleh PAS, seimbang dengan inisiatif peningkatan upah dan pendapatan boleh guna, yang akhirnya akan meningkatkan kadar keluaran kasar pekerja Malaysia, iaitu daripada 1.7% sekarang kepada 3.8%. Kadar 3.8% adalah standard yang ditentukan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) bagi negara berpendapatan menengah atas seperti Malaysia.
Dengan semua tawaran-tawaran polisi, road-map dan inisiatif yang PAS utarakan kepada rakyat dan pasaran, kami berkeyakinan bahawa apabila PAS diberi peluang dan kepercayaan oleh rakyat bagi memerintah Malaysia selepas PRU14 nanti, akan tidak berlaku apa-apa kejutan yang boleh menjejaskan ekonomi dan pasaran negara, sebagaimana ramalan daripada Moody di atas. Walaupun terdapat sedikit kegusaran yang disebut di dalam laporan Moody, terutama berkaitan kedudukan hutang luar, kami percaya Malaysia akan berada dalam landasan dan struktur ekonomi yang lebih kukuh selepas PRU14 dengan pelaksanaan polisi-polisi baharu tersebut, yang secara langsung akan meningkatkan keyakinan pasaran dan mengukuhkan lagi nilai Ringgit. Jesteru tahap hutang luar negara akan dapat diurus dalam julat yang optimum iaitu tidak melebihi 20% kadar pembayaran balik hutang (debt service ratio).
Oleh itu kami berpandangan bahawa para penganalisa dan agensi penarafan perlu mengambil kira dan yakin dengan keupayaan PAS untuk mentadbir dan mengurus ekonomi Malaysia ke tahap yang lebih baik. Jesteru, dalam menilai kemampuan PAS, ianya perlulah dilakukan secara objektif, melalui penelitian tawaran-tawaran di atas, dan tidak hanya bergantung kepada sentimen pasaran. Dengan ketelusan, urus tadbir cekap dan integriti tinggi yang telah dibuktikan oleh PAS, kami yakin Malaysia akan lebih kompetitif dan lebih sejahtera bersama PAS.
MALAYSIA SEJAHTERA
MAZLI NOOR ialah Timbalan Pengerusi
Lajnah Ekonomi & Pembangunan Usahawan PAS Pusat
PAS Perak Lancar Manifesto 'Perak Sejahtera Rakyat Bahagia'
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://tranungkite.net
IPOH - PAS Perak menerusi Gagasan Sejahtera negeri melancarkan manifesto pakatan tersebut bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) malam ini dengan menggariskan lima teras merangkumi 39 janji sekiranya berjaya mentadbir kerajaan negeri Perak.
Bertemakan 'Perak Sejahtera Rakyat Bahagia', manifesto itu dilancarkan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria selain turut dihadiri Naib Presiden PAS, Idris Ahmad dan Pengerusi Parti Barisan Jamaah Islamiyah SeMalaysia (Berjasa) Perak, Azhari Abdullah.
Lima teras tersebut merangkumi isu kewibawaan, amanah, integriti, ketelusan, keadilan serta menjalankan dasar negeri berkebajikan kepada rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik.
Sebelum ini, PAS Perak bersama Gagasan Sejahtera mengumumkan akan bertanding kesemua 59 kerusiDewan Undangan Negeri (DUN).
Pada PRU13, PAS Perak melalui gabungan Pakatan Rakyat telah memenangi empat kerusi DUN iaitu Kuala Selinsing, Titi Serong, Gunung Semanggol dan Sungai Rapat dan kerusi Parlimen Bukit Gantang.
-- BERNAMA
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Apr 2, 2018 7:58 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Parlimen mungkin bubar minggu depan
kedahlaniie.blogspot.
SEPANGGAR – Dewan Rakyat mungkin dibubarkan sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan manifesto Barisan Nasional (BN) menjelang akhir minggu depan, kata Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan hari ini.
"Kemungkinannya, berdasarkan pengalaman kami (BN) sebelum ini, pelancaran manifesto BN dibuat selepas Parlimen dibubarkan. Itu dah jadi suatu tradisi.
"(Bagaimanapun) Saya tidak pasti sama ada Datuk Seri Najib akan mengamalkan kaedah yang sama (melancarkan manifesto selepas Parlimen dibubarkan)," katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan jalan raya dan perparitan di Sepanggar di sini.
Abdul Rahman, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata manifesto itu dijadual dilancarkan minggu depan, manakala hari terakhir persidangan Dewan Rakyat ialah 5 April.
"Ada seseorang memberitahu saya, tapi saya tidak dapat mengesahkannya. Anda (rakyat) boleh menjangkakan Parlimen akan dibubarkan minggu depan," kata beliau.
Menurut Abdul Rahman, manifesto BN akan dilancarkan secara besar-besaran pada satu majlis di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Menteri itu berkata, beliau sudah melihat manifesto berkenaan, yang mengandungi perkara "baik dan memeranjatkan", terutama bagi Sabah.
"Ada juga beberapa perkara (dalam manifesto itu) yang kita tidak pernah terfikir sebelum ini, bagaimanapun kami (pemimpin BN Sabah) telah berjuang bermati-matian mengenainya supaya perdana menteri memasukkan satu atau dua daripadanya ke dalam manifesto itu. Tunggu sahajalah sehingga pelancarannya (untuk mengetahui perkara itu)," kata beliau.
Abdul Rahman berkata hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) juga akan dimasukkan ke dalam manifesto itu.
Sebagai anggota Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan tentang Penurunan Kuasa Kepada Sabah dan Sarawak, yang dipengerusikan bersama Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri, beliau berkata masa untuk menyemak semula MA63 sudah berlalu dan kini adalah masa untuk melaksanakannya pula.
"Saya berani memberi jaminan kepada anda bahawa Datuk Seri Anifah dan Datuk Seri Nancy bersama-sama anggota Kabinet lain dari Sabah dan Sarawak benar-benar komited agar semangat MA63 dipulihkan, sejajar dengan kehendak perdana menteri sendiri supaya apa jua yang telah diambil secara tidak sengaja atau sengaja daripada Sabah (dan Sarawak), akan dikembalikan," katanya.
Abdul Rahman berkata manifesto itu bukanlah suatu dokumen yang menjelaskan tentang semua perkara, tetapi menurut beliau, ia mengandungi perkara yang belum pernah dibincang sebelum ini, sesuatu yang BN berjanji untuk dilakukannya dalam tempoh lima tahun akan datang sekiranya ia diberi mandat untuk terus memerintah negara ini.
"Oleh itu, saya berpendapat Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) tentang pendatang tanpa izin di Sabah tidak sepatutnya dimuatkan ke dalam manifesto berkenaan kerana perkara itu sudah dilaksanakan dan sudahpun diketahui rakyat," jelasnya.
Beliau berkata manifesto itu perlu dibaca bersama-sama komitmen lain yang telah diumumkan kerajaan BN agar komitmen BN terhadap rakyat dan negara dapat difahami dengan lebih jelas.
"Sebagai contoh, anda perlu membaca manifesto itu bersekali dengan apa yang telah kami (kerajaan BN) janjikan dalam Rancangan Malaysia Ke-11, dokumen Transformasi Nasional 2050 dan belanjawan yang dibentangkan perdana menteri setiap tahun". - Bernama
7 April Di Jangkakan Bubar Parlimen
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Din
7 April Di Jangkakan Bubar Parlimen. Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dijangka akan dijalankan pada pertengahan minggu, dalam masa sebulan selepas Barisan Nasional (BN) melancarkan manifestro pada 7 April, menurut beberapa sumber.
Difahamkan, Parlimen akan dibubarkan selepas persidangan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara tamat pada 5 April.
Mandat yang diperolehi BN akan berakhir pada 24 Jun dan pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh tersebut.
7 April Di Jangkakan Bubar Parlimen. "Kami menjangkan pembubaran Parlimen menjelang 7 April. Kemudian tinggal kira-kira sebulan sahaja sebelum pilihan raya diadakan, sejurus sebelum bulan puasa yang akan bermula pada pertengahan Mei," kata sumber kepada The Malaysian Insight.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkuasa menentukan tarikh penamaan dan pengundian, namun secara lazimnya parti pemerintah akan mencadangkan waktu pilihan raya. Malaysia tiada undang-undang yang menetapkan tarikh pilihan raya.
Jumlah keluar mengundi mungkin merosot sekiranya PRU14 diadakan pada pertengahan minggu memandangkan pengundi di luar negara, terutama di Singapura, Hong Kong dan Australia biasanya pulang mengundi sekiranya ia dilakukan pada hujung minggu.
Kempen yang dijalankan oleh masyarakat sivil pada 2008 dan 2013 menyebabkan BN kehilangan majoriti dua pertiga yang membolehkannya meluluskan undang-undang dengan mudah.
Pilihan raya 2008 diadakan pada hari Sabtu dengan jumlah keluar mengundi 75..99 % dan pilihan raya umum 2013 pula pada hari Ahad yang menyaksikan 84.4 peratus keluar mengundi.
7 April Di Jangkakan Bubar Parlimen
Kumpulan masyarakat sivil dan pemerhati pilihan raya Bersih 2.0 menyatakan bahawa pembangkang akan menang sekiranya lebih 80 peratus keluar mengundi.
Peluang kemenangan itu kini semakin sukar kerana sempadan baharu kawasan pilihan raya akan memberi kelebihan kepada BN dalam PRU14.
Walaupun pada akhir-akhir ini pilihan raya umum biasanya dilakukan pada hujung minggu, dua pilihan raya umum pertama – pada 1955 dan 1959 – diadakan pada hari Rabu.
Perdana menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat, Dr Mahathir Mohamad, meraih mandat pertamanya dalam pilihan raya umum 1982.
Pilihan raya itu berlarutan dari Khamis, 22 April sehingga Isnin, 26 April ekoran masalah logistik di negeri-negeri Borneo, Sabah dan Sarawak.
Dr Mahathir kini memimpin gabungan pembangkang untuk PRU14, walaupun beliau menyokong Perdana Menteri Najib Razak dalam pilihan raya umum 2013.
Rekod menunjukkan pilihan raya umum pada 1995 dan 1999 juga diadakan pada hari Isnin.
7 April Di Jangkakan Bubar Parlimen
Isu melibatkan masalah pengundi di luar negara menjadi perhatian susulan kritikan Timbalan Menteri Dalam Negeri Nur Jazlan Mohamed ke atas tawaran syarikat penerbangan Cathay Pacific yang menawarkan diskaun surcaj kepada pengundi yang mahu menukar tarikh penerbangan untuk pulang mengundi.
Nur Jazlan dalam kenyataannya di Twitter mendakwa, tawaran itu menununjukkan bahawa syarikat berpengkalan di Hong Kong itu menyokong usaha untuk menukar kerajaan.
Kenyataan itu seterusnya meraih kritikan para pengguna media sosial yang menganggap Nur Jazlan mendakwa warga Malaysia di luar negara lebih cenderung menyokong pembangkang.
7 April Di Jangkakan Bubar Parlimen. Cathay Pacific juga menafikan dakwaan tersebut. Namun Nur Jazlan terus mendesak agar syarikat tersebut menyatakan sekiranya ia akan turut berbuat demikian untuk pengundi negara lain. – the malaysian insight
Contoh Berita Palsu - Najib dan RM2.6Bilion..!
kedahlaniie.blogspot
*CONTOH FAKE NEWS*
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 1* : (Diam)
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 2* : Akaun itu tidak wujud.
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 3* : Ejaan nama Najib Razak oleh Wall Street Journal adalah silap.
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 4* : Saya tak guna duit itu untuk kegunaan peribadi.
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 5* : Penulisan Wall Street Journal adalah berunsur fitnah.
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 6* : Saya akan saman WSJ pada hari Selasa.
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 7* : Yahudi sedang menyerang Malaysia.
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 8* : Adalah bodoh jika Najib Razak guna akaun sendiri untuk terima wang.
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 9* : RM2.6 bilion itu tak wujud.
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 10* : RM2.6 bilion itu adalah derma.
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 11* : Penderma RM2.6 bilion itu adalah adalah dari Timur Tengah.
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 12* : Najib berhak untuk merahsiakan derma.
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 13* : Pembangkang perlu isytihar penderma.
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 14* : Tun Mahathir cemburu tak dapat duit derma sebanyak itu.
Soalan: Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 15* : Duit itu guna untuk pilihan raya & kerja kebajikan.
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 16* : Duit itu guna untuk melawan IS.
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 17* : Duit itu guna untuk melawan DAP YAHUDI.
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 18* : Duit itu bukan duit rakyat, jangan dengki dengan rezeki seseorang.
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 19* : BERSIH juga menerima duit derma.
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 20* : Jangan ganggu pentadbiran Najib, zaman Tun sudah berlalu.
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 21* : Saya sudah berjumpa dengan keluarga penderma.
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 22* : Bank Negara tahu, saya tidak melakukan apa-apa kesalahan.
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 23* : Ada plurals penderma, bukan seorang penderma.
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 24* : Ye ke? Mungkin Zahid Hamidi lebih tahu dari apa yang kami tak tahu.
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 25* : Saya telah membelanjakan kesemua RM 2.6B untuk kegunaan UMNO..
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 26* : Hentikan fitnah. Wang itu wang derma bukan rasuah. (Isu fitnah kembali berkumandang)
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 27* : Aishah RA juga difitnah. Tapi sudi memafkan penfitnah. Aishah RA berjiwa besar.
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 28* : SPRM jumpa penderma tunggal, bukan lebih dari seorang.
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 29* : RM 2.03B telah dipulangkan kembali kepada keluarga diraja arab.
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 30* : Tiada kesalahan jenayah di lakukan oleh PM. Minta SPRM mengugurkan kertas siasatan dan kes di tutup kerana tiada fakta jelas dan tiada bukti.
*BERAPA BANYAK TIPU DAAA..............*
Tampal poster tanpa permit: BN didenda lagi, kali ini hampir RM26,000
kedahlaniie.blogspot
PETALING JAYA: Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mengeluarkan kompaun sebanyak RM25,996 kepada Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang kerana menaikkan poster mengkritik Lim Guan Eng secara haram.
Ia selepas Majlis Bandaraya Pulau Pinang mengenakan kompaun berjumlah RM13,448 kepada BN Pulau Pinang kerana menaikkan poster anti ketua menteri tanpa permit.
Hari ini, Yang Dipertua MPSP, Datuk Rozali Mohamud dipetik China Press mengesahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu mengeluarkan 48 kompaun yang setiap satu berharga RM250 dan berjumlah RM12,000.
Katanya, BN Pulau Pinang turut dikenakan kos pembersihan sebanyak RM13,995 dan semua kompaun itu dihantar melalui pos kepada parti itu hari ini.
Pada malam 19 Mac lalu, kira-kira 16,000 poster dengan gambar Lim yang tertera "temberang Pakatan Harapan, 10 tahun 51 janji kosong" muncul di Seberang Perai dan bahagian pulau itu.
Di bahagian bawah poster 4 bahasa itu tertera BN Pulau Pinang.
Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow dilaporkan mengakui poster itu adalah sebahagian usaha BN untuk menghantar mesej kepada rakyat yang kerajaan negeri gagal menunaikan 51 janji yang diberikan sejak 10 tahun lalu, serta "raptai" menjelang pilihan raya umum ke-14.
Susulan itu, MBPP menerusi satu kenyataan memaklumkan pihaknya pada 23 Mac lalu mengeluarkan 27 kompaun berjumlah RM6,750 dan mengenakan kos membersihkan poster sebanyak RM6,698 kepada BN negeri.
Selasa lalu, Teng dilaporkan berkata, parti itu akan membayar denda yang dikeluarkan MBPP dan MPSP dengan bantuan penderma.
Hey Nazri, hey Annuar...
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://tranungkite.net
Siapa yang tidak kenal Tan Sri Rafidah Aziz.
Bekas ketua wanita Umno dan menteri kanan itu memang terkenal dengan sikap tegas, lantang dan berterus terang dalam pendiriannya.
Walaupun sudah bersara daripada kerajaan, akhir-akhir ini bekas anggota parlimen Kuala Kangsar itu kembali ranggi apabila pandangan yang diberikannya mengenai isu semasa negara disambut dengan sindiran serta cemuhan beberapa menteri.
Antara mereka ialah Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa serta anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Aziz.
Annuar misalnya semalam menempelak Rafidah - serta seorang lagi bekas menteri Tan Sri Rais Yatim - sebagai bersikap berat sebelah, serta mencurigai motif di sebalik pandangan kritis mereka terhadap kerajaan.
"Daripada rungutan mereka, ternyata mereka sudah out of touch dengan urusan pentadbiran dan kerajaan.
"Mereka juga kelihatan masih terikat dengan pendewaan personaliti (personality cult) bos lama, yang juga bos saya dulu," katanya merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini mengetuai Pakatan Harapan.
Nazri yang terkenal dengan pandangan tanpa beralas pula menggelar Rafidah sebagai "mak cik tua yang meroyan kuat sangat"
"Dia (Rafidah) meroyan kuat sangat, dulu tak dapat bertanding, dia marah.
"Lepas itu kalah dengan (Tan Sri) Shahrizat (Abdul Jalil). Shahrizat kita harap lepas ini akan jadi menteri balik, jadi dia tak tahan tengok Shahrizat ni.
"Shahrizat menjadi ketua Wanita Umno jauh lebih baik dari Rafidah," kata Nazri hari ini.
10 tahun tak bayar yuran Umno
Malam ini Rafidah secara khusus membalas kecaman Nazri dan Annuar itu. Berikut adalah kenyataan penuh beliau. Sebahagian daripadanya diterjemah daripada bahasa Inggeris:
"Hey, kamu berdua Nazri dan Annuar...
Berhenti mengalihkan perhatian rakyat daripada salah laku dan hal-hal mengarut yang menyebabkan kebimbangan mendalam di kalangan rakyat yang berfikir.
Saya langsung tidak mempunyai kepentingan memegang sebarang jawatan dalam mana-mana parti. Apa lagi dalam kerajaan.
Saya menghabiskan masa separuh abad dalam politik.
Kepada Nazri, siapa Shahrizat? Adakah dia wanita yang suaminya masih berhutang kepada rakyat sebanyak hampir suku bilion (ringgit) daripada apa yang dipanggil National Feedlot Corporation?
Who got fed?
Bilakah agaknya rakyat akan mendapat semula wang mereka (yang dipungut kerajaan melalui pelbagai cukai, GST dan fi serta caj lain)?
Tolong tangani masalah-masalah ini. Jangan menyibuk tentang umur saya. Dan jangan sekali-kali persoalkan hak saya untuk bercakap mengenai isu yang menyentuh negara ini.
Saya tak berfikir tentang kamu pun dalam hidup seharian saya.
Tumpukan perhatian untuk membetulkan kesalahan yang sudah berlaku.
Kepada Annuar. Berhentilah mengarut.
Apa yang saya katakan mengenai negara ini adalah hak saya (kecuali kamu yang terasa pedasnya?)
Dan apa yang kamu nak kamu "awaskan"
Mengapa tidak diawasi Jho Low dan mereka yang dikaitkan dengan kes-kes jenayah yang disiasat oleh kerajaan-kerajaan asing? Yang memalukan negara ini dan rakyat?
Ingatlah, Allah SWT sentiasa mengawasi semua kamu. Jangan lupa.
Dan untuk makluman saya dah hampir 10 tahun tak bayar yuran Umno. Ketua penerangan tidak semak ke daftar ahli?
Secara teknikal saya tidak lagi (menjadi) ahli Umno. Parti sudah dikotori dan dimalukan oleh mereka yang diamanahkan memimpin.
Nasib Melayu dan bumiputera sudah tidak boleh diharapkan kapada Umno untuk diperjuangkan. Apatah lagi nasib rakyat berbilang kaum.
Hentikan politik jijik mengecam peribadi. Tumpu kepada isu dan masalah negara.
Kikis sikap sentimental pada parti politik demi survival negara dalam PRU14
kedahlaniie.
1. Tan Sri Rafidah Aziz melalui entri akaun facebook beliau (Rafidah Aziz Malaysian Citizen - 24 Mac 2018) jelas menampakan rasa kekecewaan beliau terhadap UMNO/BN sejak akhir-akhir ini.Entah apa yang mendorong beliau lantang mengkritik pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak.
2. Berbagai pendapat serta peringatan beliau untuk rakyat agar tidak perlu merasa sentimental dan 'setia
3. Tulisan Tan Sri Rafidah pasti ditujukan terus buat penyokong, ahli dan pimpinan parti politik pemerintah khususnya UMNO yang telah lama berkarat dalam diri mereka. Rakyat dan ahli UMNO khususnya diingatkan agar jangan terlalu terikat kepada parti itu selamanya.
Saya berpendapat bahawa Tan Sri Rafidah sedang berusaha untuk meleraikan doktrin 'pemikiran karut' ahli UMNO bahawa tanpa UMNO negara akan musnah, tanpa UMNO Melayu akan mundur, akan diperintah oleh bangsa lain, negara akan dijajah, bangsa Melayu akan merempat, Islam akan hilang dari negara dan macam-macam lagi khurafat yang ditanam dalam minda ahli-ahli.
4. Sememenangnya begitulah sifat ahli, penyokong dan pemimpin parti politik dalam soal kesetiaan, hingga sampai tahap taksub kepada parti politik dan pemimpinnya walaupun pemimpinnya jauh tersasar dari hala tuju perjuangan, mementingkan diri sendiri, menghambakan ahli-ahli, dan menyalahgunakan kedudukan.
Saya yakin, ramai ahli parti politik itu tahu bahawa pemimpin mereka melakukan kesalahan, tetapi tidak berani menegur atau berubah kerana bimbang dianggap menderhaka, pengkhianat, jahat dan lain-lain. Justeru mereka mengambil sikap mendiamkan diri dan hanyut dalam arus parti sendiri yang semakin reput dan condong menanti rebah.
5. Bagi saya ianya bukan saja merubah pemikiran ahli Umno tetapi merupakan juga keperluan merubah ketaksuban ahli-ahli PAS.
Ahli PAS juga tidak perlu terlalu sentimental dan taksub dengan parti dan pemimpin.Bagi saya, pandangan Tan Sri Rafidah senada dan sependapat sama dengan majoriti rakyat di negara ini yang tidak terikat dengan mana-mana parti politik.
Golongan ini (tidak terikat dengan parti politik) dikenali sebagai pengundi berpengetahuan (knowledge voters) dan yang akan menjadi penentu kuasa politik dan pemenang dalam pertarungan pilihanraya.
6. Trend pengundi semasa tidak lagi berpaut kepada parti politik,mereka lebih cenderung melihat kepada batang tubuh calon dari parti yang bertandingitu serta isu yang diperjuangkan. Oleh itu, 'pengundi semasa' mesti melihat keutamaan dan usah tertipu dengan sandiwara mainan silap mata oleh parti pemerintah menjelang saat akhir PRU 14 nanti.
Soal 'makan dedak', termakan budi dengan pelbagai bantuan seharusnya ditolak tepi demi melihat perkara yang lebih utama iaitu masalah rakyat dan negara. Isu ekonomi rakyat dan negara yang semakin menghimpit, penyelewengan dalam pemerintahan negara, skandal dan korupsi, kezaliman dan penindasan adalah masalah pokok yang utama dan mesti diselesaikan oleh rakyat.
7. Jangan kerana menjelang musim PRU ke 14, dengan pelbagai 'habuan turun dari langit', projek segera, pemimpin tiba-tiba hipokrit mesra dan merakyat duduk di dapur rumah rakyat. Pemimpin yang muncul hanya lima tahun sekali tiba-tiba hadir ziarah tiga empat kali dalam sehari boleh mengubah persepsi dan keutamaan kita semua.
Anggaplah itu semua adalah sementara, dan selepas PRU ke 14 semua habuan itu hanya tinggal mimpi, dan pemimpin yang dilihat 'live' depan mata sekarang ini entah bila akan kelihatan lagi.
8. Negara kita yang disayangi ini perlukan perubahan dan sekarang adalah masanya untuk rakyat bangkit membuat perubahan bagi bina semula negara yang telah buruk di mata dunia . Sudah tiba masanya kepimpinan negara diserahkan kepada pemimpin yang tidak mementingkan perut sendiri dan parti yang amanah, adil, telus, bertanggungjawab dan jujur. Pemimpin dan parti yang sedang berkuasa menguasai kerajaan Malaysia sekarang mesti dihumban kerana telah terpalit dengan pelbagai skandal, penipuan, mementingkan diri sendiri, zalim dan menghambakan rakyat.
Kita dapat melihat contoh bagaimana negara lain telah mengubahnya dan menikmati iklim demokrasi sebenar. Malaysia perlu bergerak ke arah itu, dan pengundi bebas dari kongkongan parti adalah penentunya.
Saya melihat rakyat sedang bergerak ke arah itu sekarang.
"Dari Taklid Buta Menuju Ittiba' "
#PakatanHarapan
#TolakUmnoBnPas
#TolakkerajaanKlapt
#UndiPakatanHarapan
#MenjulangkuasaRaky
#BersamaKitaBinaMal
DATO' HJ MAHFUZ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
2.30pm Parlimen Malaysia
28 Mac 2018/10 Rejab 1439H
Rafidah jawab 'meroyan kepala bapa mereka'
kedahlaniie.
Bekas Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz "geli hati" dengan tindakan sesetengah pihak yang mempersoalkan 'locus standi' atau haknya untuk mengulas atau memberi pendapat tentang hal ehwal semasa di negara ini.
Sambil meminjam gaya bahasa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika mengulas dakwaan dirinya meroyan kerana inginkan jawatan semula selepas terlibat selama lebih 52 tahun dalam kerajaan.
"Meroyan kepala bapa mereka.
"Maaflah kalau ada copyright istilah bahasa PM tersebut," katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.
Walaupun tidak menyebut sebarang nama, Rafidah dipercayai merujuk kepada kenyataan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa yang membidas dirinya dan Tan Sri Rais Yatim yang dakwanya bersikap berat sebelah dalam menyuarakan isu yang berkait dengan kerajaan sekarang.
Annuar mendakwa, kedua-dua mereka kini bersuara kononnya atas nama kebenaran tetapi berkemungkinan juga mempunyai perancangan dan niat tertentu.
Mengulas lanjut, Rafidah berkata, sebagai warga Malaysia yang sanggup berkorban nyawa untuk tanah tempat tumpah darah, beliau berhak bercakap tentang apa yang benar yang melibatkan negara ini.
Malah, Rafidah berkata beliau akan terus bercakap hingga ke akhir hayatnya.
"Saya akan terus bercakap bila perlu dan wajar sehingga ke akhir hayat.. Siapa yang makan cili terasalah pedasnya.
"Untuk makluman semua, saya Rafidah Aziz tidak perlu ada kumpulan 'comms'(unit komunikasi), tidak perlu ada komplot hendak buat 'perancangan', tidak perlu menyokong mana-mana individu atau pihak," katanya.
Menyokong kebenaran
Menurutnya, beliau kini hanya menyokong kebenaran dan menyokong apa yang terbaik untuk negara.
"Saya gunakan fikiran saya untuk membuat penilaian dan pertimbangan tentang siapa yang berusaha untuk rakyat dan negara.
"Saya tidak pandang umur seseorang. Saya menang bertanding Majlis Tertinggi Umno dalam tahun 1975, pada umur 31 tahun.
"Allahyarham Tun Razak (bapa Najib) presiden dan perdana menteri. Masa itu Najib (Razak) baru setahun layak mengundi. Entah di mana dia pun. Di London?" soalnya.
Beliau seterusnya menghuraikan perjalanan politiknya selama 52 tahun dengan berkata dirinya menanggotai Parlimen, termasuk Dewan Negara selama 39 tahun dan bersama kerajaan selama 32 tahun.
Justeru katanya, geli sungguh hatinya mendengar ada pihak tertentu menganggap dirinya dan rakan sebaya 'hendak jawatan' dan meroyan.
Rafidah juga mengingatkan pemimpin supaya tidak bersifat angkuh kerana merasakan diri mereka masih muda.
"Umur, Allah SWT penentunya. Jangan pula kita mendahuluinya. Ingat bahawa semua yang muda akan tua, Insya-Allah.
"Belum tahu apa nasib seseorang bila sampai umur 40, 50, 60, 70-an, apatah lagi 90-an. Jangan bongkak kerana kita 'muda'
Berdosa
Tidak pasti sama ada Rafidah merujuk kepada sikap sesetengah pemimpin Umno, termasuk Najib yang mempersendakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan mencecah usia 93 tahun tetapi masih mempunyai cita-cita politik.
Kata Rafidah lagi, memfitnah, menyokong yang salah, mengiakan yang tidak betul adalah berdosa.
"Tidak kira siapa yang melakukan perbuatan.Tidak kira undang-undang manusia boleh mengatasi undang-undang Tuhan yang maha berkuasa.
"Tuhan yang maha esa sahaja yang boleh mencabut nyawa kita bila-bila masa. Apatah lagi mencabut jawatan, kuasa dan harta yang tidak boleh dibawa mati," katanya.
Mengulas soal sumpah taat setianya, Rafidah menegaskan ia tidak pernah berubah kerana beliau memegang apa yang dididik oleh ibu dan ayahnya.
"Sumpah jawatan bermula dengan lafaz, wallahi, wabillahi, watallahi.
"Baik pun dalam parti atau dalam kerajaan. Saya dididik dan diajar oleh ayah dan emak saya supaya jangan sekali melanggar sumpah itu. Buruk padahnya," katanya.
Rafidah turut menitip pesanan supaya semua pihak menghentikan debat peribadi yang dipercayai merujuk kepada isu skandal 1MDB.
"Lihatlah masalah di depan mata yang satu dunia tahu dengan fakta dan bukti.
"Ada yang terlalu taksub menyokong dan menidakkan, sehingga sudah dianggap sebagai seolah-olah kepala-kepala burung unta sudah terbenam, bukan lagi dalam pasir tetapi dalam simen dan konkrit sehingga tidak lagi mampu di angkat keluar untuk melihat dan mendengar apa yang sebenarnya di sekeliling," katanya.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Apr 2, 2018 7:58 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
"Abang Dah Doa Untuk Ummi Dan Abi Sekali," Cuba Hafal Surah An-Naba' Walau Keadaan Makin Teruk Derita Ketumbuhan Otak
siakapkeli.my
28 Mac - Adik Syamil telah disahkan mempunyai ketumbuhan di bahagian otak dan telah pun menjalani pembedahan biopsy (pembedahan ambil tisu) pada 4 januari 2018. Menurut Mohd Nazri Mansor, bapa kepada adik Syamil, keadaan anaknya itu terjejas teruk.
Setelah selesai pembedahan dan ahli keluarga dipanggil masuk untuk melihat keadaan Syamil. Ayah dan ibunya seperti mahu pitam dan tubuh mereka longlai apabila melihat keadaan Syamil lemah tak bermaya. Menurut doktor banyak komplikasi yag berlaku ketika pembedahan.
Nazri memuat naik gambar serta video terkini keadaan adik Syamil. Jom ikuti perkongsian ayahnya yang sangat menyentuh hati.
ANAKKU BRAIN TUMOR 2
(Sambungan-Keadaan terkini anakanda syamil)
Sebagaimana anda semua saksikan dalam video yg viral sblm ni, begitulah keadaan syamil.
a) Selepas pembedahan biopsy(pembedahan ambil tisu) pada 4/1/2018, keadaan syamil terjejas teruk. Pada awalnya doktor memberitahu kami, pembedahan tersebut akan mengambil masa 2 jam jika tiada apa2 masaalah. Tetapi sebaliknya kami menunngu dia keluar dari dewan bedah setelah kira2 5 jam. Bayangkan keadaan kami ketika itu tidak berhenti2 menangis dan berfikir macam2 menunggu pembedahan selesai.
b) Akhirnya setelah dipanggil masuk melihat dia selepas pembedahan, rasa mahu ptam, badan kami longlai, kami tidak mampu menahan sebak, melihat dia terlantar tidak bermaya. Semenjak itulah Syamil tidak mampu berjalan lagi dan banyak komplikasi2 yg lainnya.
c) Antara lainnya... Syamil tidak boleh 'membuang" secara normal. Selera makannya tinggi, tetapi ketumbuhan pada otaknya mungkin menyebabkan gangguan pada ususnya kata doktor. Jadi, setelah berlalu 5 hari tanpa membuang' terpaksalah kami masukkan ubat melalui duburnya. Barulah dia akan rasa nak membuang tu. Tetapi ubat itu tidak boleh diberikan terlalu kerap kata doktor, kerana ia akan mengundang masaalah yang lain pula.
d) Terkini, walaupun diletakkan ubat, namun najis masih xkeluar. Jadi , saya usahakan mengorek sedikit dlm duburnya menggunakan tangan. Barulah najis akan keluar dengan sendirinya. Itupun memakan masa yg agak lama.
e) Kencing- Perasaan seorang ayah ini akan sentiasa sebak melihat saat anak mahu kencing. Setiap kali hendak kencing, pasti berlinang airmatanya menahan kesakitan. Kadang2, bilamana dia hendak kencing, kami tadahkan botol. Malangnya...
f) Percakapan- Sudah lagi tidak jelas. Makin hari makin tidak jelas. Video syamil ucap selamat malam itu adalah percakapannya yg masih lagi boleh difahami. Video itu kira2 sebulan yg lalu. Manakala video satu lagi dirakam minggu lepas, sewaktu wartawan sinar harian datang ke rumah kami dan merakam bacaan Qurannya dari surah Annaba'. Ternyata dia masih mengingat kalam Ilahi yg dihafalnya sblm ini. Tetapi dengar bacaannya sudah tidak jelas lagi..
g) Terkini pada minggu ini kami tidak lagi mampu memahami kata2nya kecuali sedikit. Kami terpaksa meminta dia mengulanginya beberapa kali. Adakalanya, dia bersusah payah cuba beritahu kami sesuatu, tetapi kami tidak berdaya memahaminya, terlihat jelas kekecewaan di wajahnya. Menyebabkan hati ayah ini makin pedih. Kadang2 kami berpura2 faham demi menjaga hatinya.
h) Air liur di mulutnya sentiasa mengalir kerana dia tidak mampu mengawalnya lagi. Anak Matanya sudah tidak sama. Tangan serta kaki sebelah kiri gagal berfungsi, kelihatan jelas tangannya makin membengkok. Begitu juga dengan kaki. Seperti kekejangan, mungkin urat2nya makin tertarik. Lidahnya juga tertarik masuk ke dalam.
i) Selera makannya masih ada, Alhamdulillah. Tapi yang sedihnya dia tidak mampu mengunyah dengan kuat lagi. Kami terpaksa blend setiap makanannya. Satu lagi masaalah- dia kerap muntah. Mungkin disebabkan makanan yg dimakan xdapat dihadam dgn baik dan disebabkan dia tidak membuang menjadikan apa yg dimakannya terkumpul dlm perut terlalu byk. Terkadang sampai 8 kali muntah dalam sehari. Allahurabbi.
j) Kesemua ujian yg menimpa anak saya ini menyebabkan saya berasa sebak dan sayu hati mengenangkan nasibnya. Namun di dalam kepayahan seperti ini, dia masih lagi meminta untuk SOLAT. Membuatkan saya kagum dan meredakan jiwa saya yg lara. Sejuk hati ini dibuatnya...
k) Pernah sekali...sewaktu saya masih boleh memahami tuturkatanya, saya meminta dia berdoa sebelum tidur, agar Allah memberikan dia kesembuhan. Dijawabnya..
"dah... abang dah doa. Untuk abi dan ummi sekali abg doa"
"ape doa abang untuk abi dan ummi???"tanya saya.
"abang doa.... Rabighfirli.
Allahuakbarr.
Siakapkeli.my
''Doktor Suruh Bawa Anak Pulang Dan Penuhi Apa Sahaja Permintaan Hari Terakhirnya
siakapkeli.my
Kisah ini pasti mampu membuat sesiapa pun mengalirkan air mata. Bayangkan anak yang anda sayangi secara tiba-tiba disahkan menghadapi satu penyakit kronik dengan jangka hayat lebih kurang setahun. Tiada tanda, semuanya berlaku secara drastik.
Anak yang sihat berlari-lari, kini menuggu hari-hari terakhirnya. Hanya keajaiban daripada Allah mampu menyembuhkan. Bagaimana hati anda sebagai ibu bapa? Tanyalah siapa pun, pasti remuk dan hancur. Dunia seakan gelap dengan ujian ini. Hanya yang tabah mampu bertahan.
''Anakku Brain Tumor'
Anaknya disahkan menghadapi kanser otak setelah dibawa untuk pemeriksaan kerana kerap kali jatuh apabila berjalan. Lebih hiba, kanser itu sudah berada di tahap akhir, dan doktor tidak lagi meletakkan apa-apa harapan. Hanya minta dibawa pulang, dan penuhi sajalah permintaan hari-hari terakhir anak itu. Sedih dan pilu.
Mari kita ikuti kisah bapa ini. Hanya yang kuat sahaja akan diuji.
ANAKKU BRAIN TUMOR
(Kronologi penyakit anakanda syamil dan keadaannya terkini)
Rata2 yang datang melawat Syamil, pasti bertanya... Mcm mana permulaan penyakit dia. Mudah-mudahan info ini dapat dijadikan pedoman buat pembaca sekalian.
Sungguh, penyakit dia berlaku terlalu drastik, hingga kami tidak menyedari akannya. Tiada tanda2 awal yg betul2 membuat kami curiga dan buat rawatan. Sehingga, kami dimarahi doktor. Katanya, kenapa baru bawa mari hospital?. Masa tu saya amat2 tersinggung dengan kata2nya, seolah2 saya saje2 membiarkan anak yg sakit.
Darah sy meluap,.. Bayangkan...
Ceritanyaa..
a) 20hb 11.2017, Isteri sy konvo master UUM. Kami sekeluarga berangkat ke Kedah, ditemani adik ipar dan juga mertua. Waktu inilah sedikit perubahan tingkah laku syamil bermula. Dia jadi sensitif, mudah menangis, walaupun benda kecil sahaja.
b) Ada beberapa kali, syamil menangis dalam biliknya. Sy pun pergi bertanya.. Katanya dia tidak boleh pecat baju. Sy memarahinya.
"abang nih, pecat baju x boleh pun nak menangis jugak ke? Kalau xboleh sangat cakap je lah... xpayah nak menangis2 mcm budak" Sy membebel, sbb masa tu sy ada urusan penting, tetiba diganggu dgn tangisan dia. Itupun kerana tak boleh buang baju je, memang sy angin masa tu.
Tetapi kini, bila sy terkenang saat itu sekarang,sy menitiskan airmata. Ya Allah... mungkin masa itu tangannya sudah beransur lemah. Tetapi sy terus memarahi dia tanpa mengetahui sebab yang sebenar.
c) Waktu ini, kelihatan juga dia jarang menggunakan tangan kirinya. Tangan kirinya masih berfungsi tetapi mungkin sedikit lemah. Saya kata mungkin sebab masa ni saya tak de syak ape2. Cuma bila dah tahu penyakit dia sekarang, baru kita fikir balik...ooo patutla mcm ni...patutla mcm tuu...
d) 23hb 11 2017. Kami sekeluarga berangkat ke Australia melawat kakak ipar saya. Masa ni pun Syamil masih aktif. Kami ke sana ke sini tanpa ada apa2 yg membuatkan kami risau tentang dia. Saya begitu teruja kerana dia sangat hepi ketika di sana, naik kapal terbang, satu pengalaman yg baru buat dia dan anak2 yg lain.Syukur. Mungkin ini percutian terakhir kami bersama.
e) Lebih kurang 2 minggu di Oversea kami pun pulang ke tanahair. Sewaktu naik flight Syamil kelihatan sedikit ketakutan, tidak seperti naik flight sewaktu datang. Kemudian, dia menekup kedua telinganya dan menangis. Adakalanya dia pegang botol air dan jatuh.
f) Sekali lagi sy memarahinya.
g) Kemudian, lebih kurang seminggu slps itu, kami perhatikan cara dia berjalan mcm lain. Kami pelik. Last2 dia kerap kali jatuh. Sekali dua kami xhirau lagi. Bila dah byk kali kami dah rasa mcm ada sesuatu yg x kena pada dia.
h) Kemudian isteri saya ingin menguji dia. Dipanggilnya Syamil dan disuruh menulis beberapa patah perkataan. ALANGKAH TERKEJUTNYA kami..... masa tu Tuhan shj yg tahu perasaan ini melihat tulisannya amat hodoh sekali mcm budak baru belajar menulis. Barulah kami sedar, Syamil dlm MASAALAH BESAR.
i) 24.12.2017 kami terus bawa dia jumpa dengan pakar kanak2 di KTS. Sy ingat lagi masa tu hari jumaat. Sy bgtau ejen insuran Syamil supaya aturkan juga hari tu sbb sy amat2 bimbangkan keadaannya.
j) Setelah diteliti oleh Doktor pakar kanak2, anakanda Syamil menjurus ke Strok, ada MASAALAH dlm kepala dia. Utk betul2 pastikan penyakit dia, dia menyarankan sy pergi buat scan di HRPZ. Masa tu dunia ni dah rasa GELAP.
k) Setelah dibuat scan, ternyata anakanda Syamil mengalami Kanser Otak di bahagian Brainstem, lokasi yang paling bahaya. Dengan itu, Doktor tidak meletakkan apa2 harapan buat Syamil. Ada doktor memberitahu jangka hayatnya mungkin satu hingga dua tahun. Seorang lagi doktor pula menjangkakan hanya 3atau empat BULAN shj. Dia mencadangkan sy bawa balik syamil dan penuhi permintaan 'di hari2 terakhirnya'.
l) Saya tidak menyalahkan doktor, malah berterima kasih kerana berterus terang. Oleh kerana harapannya agak tipis, jadi kami ambil keputusan untuk tidak buat kimo. Kami tidak mahu lagi melihat dia makin tersiksa. Sekiranya harapannya masih lagi 50-50, sudah pasti, walaupun perit mata memandang, kami buat juga kimo tu. Tapi apa yg berlaku adalah sebaliknya.
m) 17.01.2018 kami pun bawa Syamil pulang dengan mengharap akan berlaku keajaiaban dan kami tetap REDHA apa jua ketentuan Ilahi. Sampai sekarang kami berada di rumah Kg Banggol, berubat secara tradisional dgn dibantu ubat2 luar.
n)Secara ringkasnya, ada 3 tanda sebelum dapat dipastikan penyakit syamil. Pertama, tangan lemah,,, Kedua berjalan tidak stabil, Ketiga , tulisan jadi hodoh. Tanda pertama 20.11.2017, tanda kedua dan ketiga 24.12.2017. Lebih kurang sebulan je daripada tanda pertama. Tanda pertama saya langsung tidak menyedarinya.
o) Bayangkan kalau sy bawa ke hospital(ketika tanda pertama) sbg mana yg dibebel oleh doktor, apa sy nak bagitau kpd doktor dlm keadaan sy tidak syak apa2 yg berlaku pada dia. Takkanlah...
n) Keadaan terkini Syamil......
Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Apr 2, 2018 7:59 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Anak Lahir Je Buat Majlis Aqiqah Dan Berendoi Siap Pelamin, Teguran Pedas Lelaki Ini Ikut Sunnah Ke Kejar Trend?
siakapkeli.my
Sudah menjadi kebiasaan pada zaman sekarang seakan menjadi trend melangsungkan majlis aqiqah dan berendoi secara besar-besaran. Dengan pelamin gah, majlis pula dah jadi macam kenduri kahwin. Fuhh. Ada yang berpendapat apa salahnya meraikan kelahiran anak. Tetapi ada juga menganggap perbuatan itu adalah membazir dan tidak mengikut sunnah Nabi.
Lagi sakan, ramai pula golongan artis yang membuat majlis sedemikian dan menjadi ikutan kepada ibu bapa yang juga mengimpikan majlis gah sebegitu. Nak buat grand tidak salah, tetapi perlulah ikut kemampuan ekonomi keluarga. Betul tak?
Seorang pengguna facebook, Taufiq Salleh tampil berkongsi pendapatnya mengenai hal ini. Ada betulnya, mungkin boleh dijadikan renungan bersama buat kita. Semoga bermanfaat.
Memang menjadi trend bila lahir anak buat majlis Aqiqah + berendoi beberapa tahun kebelakangan ni siap pelamin, marhaban, potong rambut bayi seorang sedikit buh dalam air (yang dinisbahkan pada nama bercukur). Lagi sakan orang buat macam ni bila ambil contoh yang dibuat oleh selebriti terkenal. Ha.. Nak ikut artis tu buat ni, buat itu.. Barulah 'Class' katanya....
Hmm.. Semua tu bukanlah ajaran Islam dan ini adalah budaya yang bercanggah dengan amalan yang Nabi ajarkan.. Untuk apa buat majlis habis duit, penat2 tapi pahala tidak diraih?? Silap hari bulan kalau x buat majlis macam ni boleh dianggap x sempurna pula..
Suami, mainkanlah peranan anda sebagai ketua keluarga. Bila lahir anak, tahniqkan sendiri.. Usah kejar ustaz2 nak tahniqkan anak, keberkatan ibu ayah itu sendiri lebih utama.
Di hari ketujuh cukurlah rambut anak, timbang rambut tu kemudian kita sedekah ikut harga semasa emas atau perak. Sedikit tips, lepas cukur lumurkan kepala anak dengan air za'faran agar rambut anak tumbuh sekata, ia juga sunnah. Tak perlu tunggu nak usung anak keliling orang kemudian orang potong rambut bayi selai dua helai buh dalam air. Amalan pelik apa tu???
Sunnah Nabi ajarkan cukur bagi habis terus, bukan dok bawa keliling orang suh potong rambut. Siap ketuk dengan daun kunyit ke apa ntah sebelum potong rambut, pastu tabur daun lagi. Ingat main masak-masak?
Kemudian, ada duit buatlah Aqiqah kambing untuk anak. Kambing, bukan lembu, ayam atau itik sebab Nabi kata kambing. 2 ekor untuk anak lelaki, seekor anak perempuan. Isytiharkan nama anak anda pada hari tersebut dan buat majlis makan kenduri tanpa perlu buat tahlil semua ni. Jemput orang datang makan, kalau orang nak tengok anak boleh tengok dan doakan kemudian angkat kaki beransur.. Mudah je..
Tak perlu bazirkan duit buat pelamin untuk anak, anak tu bukan tau apa pun sebab yang dia tahu nak tidur je.. Asal kalau tak letak anak dalam katil tanpa letak atas pelamin cantik2 ni anak lambat membesar ke camana?
Percayalah bila anda buat ikut sunnah, keberkatan akan turun dalam hidup anak anda seperti air hujan mencurah-curah. Allah berkati usaha anda yang mengikuti amalan yang dilakukan oleh Nabi. Jika dulu kita tak buat ikut sunnah, semoga Allah ampuni dosa kita.
Ada anak lagi kita perbetulkan bagi ikut sunnah. Itu jam kalau orang lain pelik pasal kita tak buat majlis macam anak sebelum ni jangan rasa malu pula.. Kita patut bangga kita mengikuti ajaran sunnah Nabi, dan kita nak majlis itu menjadi sebagai salah satu ibadah. Kalau penat pun, lega ikut sunnah...
Siakapkeli.my
10 Perkara Wajib Suami Lakukan Sewaktu Isteri Sedang Hamil
siakapkeli.my
Saat mengetahui anda bakal menimang cahaya mata pastinya ia adalah momen paling indah namun bermula saat itu jugalah tanggungjawab para suami menjadi semakin besar.
Isteri akan mengalamai alahan, perubahan hormon dan emosi tanpa mereka sedar. Suami harus sentiasa berada disisi dan terpaksa berkorban semata-mata untuk cahaya mata yang dinanti.
Perkongsian daripada Sharafuddin melalui laman Facebook miliknya berkongsi 10 panduan buat para suami lebih prihatin pada fasa kehamilan isteri. Semoga ia bermanfaat buat kita semua.
TIPS BUAT SUAMI SAAT ISTERI HAMIL
1. Jangan pulang kerja terlalu malam
2. Jangan merokok. Nikotin sangat buruk untuk janin dan isteri.
3. Jangan menonton TV terlalu banyak.
4. Berilah perhatian ekstra pada isteri. Ketika berada di luar, telefon atau hantar sms untuk sebagai tanda prihatin kepada isteri.
5. Bantulah isteri dalam mengerjakan pekerjaan rumahtangga.
6. Jangan kerap tinggalkan isteri sendirian tanpa ada teman. Isteri hamil cenderung menjadi lebih sensitif dan mudah stress.
7. Jangan mengucapkan hal yang sensitif mengenai berat isteri yang bertambah akibat kehamilan. Tetapi mulalah belikan isteri baju hamil yang cantik-cantik
8. Ketika memandu kereta bersama isteri, jangan laju2 atau sebaiknya sangatlah perlahan jika melalui bonggol jalan.
9. Jangan biarkan isteri anda pergi ke klinik sendirian. Pergilah bersamanya untuk check up bulanan atau mingguan.
10. Pada waktu melahirkan, jangan tinggalkan isteri sendirian. Ambillah peluang ini melihat sendiri kelahiran anak anda, disamping dapat beri sokongan moral kepada isteri.
Kalau dia sihat.. dia takkan minta tolong urutkan pinggang.. Dia lenguh sangat tu. Betis, tapak kaki, bahu, satu badan dia sakit sebab banyak perubahan jadi untuk melahirkan zuriat... Dia.... isteri tuan yg hebat... Dia tahu kulit dan isinya akan disiat sehingga darah memancut... tapi dia tetap buat.... Sebab? Dia tak sabar nak bagi status AYAH buat tuan..... Dia adalah isteri tuan.. amanah dari Allah buat tuan...
Jadi suami2..kalau si isteri kata nk cari supplemen - - tambahan utk bg tenaga,
- utk hilangkn rasa alahan,
- utk mengelakkn HB rendah
- utk elak sembelit
- utk ikhtiar mudah bersalin
Siakapkeli.my
"Lepas Ni Akan Ada Rasa Kosong Bila Keluar Berjuang," Yusuf Azmi Akhirnya Umum Tinggalkan PPIM
siakapkeli.my
28 Mac - Kedudukan Yusuf Azmi sebagai Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akhirnya terjawab apabila beliau mengesahkan tidak lagi bersama badan bukan kerajaan (NGO).
Yusuf, 28, berkata dia membuat keputusan untuk mengundurkan diri kerana bosan dan kecewa dengan pengkhianatan yang dilakukan oleh teman rapat dan mereka yang pernah membantunya.
Katanya, pada masa sama dia rasa sangat kecewa sehingga mendorong untuk membuat keputusan mengundurkan diri dari PPIM.
"Fitnah yang dilemparkan terhadap saya sehingga merosakkan imej saya amat memberi kesan... saya tidak boleh terima perkara ini.
"Selain itu, saya keluar dari PPIM bagi membolehkan saya meluangkan masa bersama keluarga yang selama ini sering ditinggalkan untuk keluar berjuang bersama PPIM.
"Isu mengenai pergolakan dalaman juga tidak benar sama sekali, saya amat memandang tinggi Tokki (Datuk Nadzim Johan). Jika ada yang mengatakan ada perselisihan faham antara individu tertentu, ia kekal sebagai spekulasi sahaja," katanya.
Yusuf berkata demikian dalam sidang media khas di ibu pejabat PPIM di Jalan Sultan ismail, Kuala Lumpur, hari ini.
Mengulas lanjut, Yusuf berkata, dia akan memberi fokus kepada program bual bicara berbentuk santai bagi meneruskan perjuangannya.
Katanya, konsep bual santai atau tarbiyah itu akan dilakukan bagi meneruskan usaha untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai pelbagai kegiatan penipuan terhadap pengguna.
"Selain itu, saya merancang untuk membuka sebuah pusat perlindungan untuk kucing, di mana di pusat itu kita akan jaga kucing terbiar dan jika ada yang ingin mengambil untuk dibela, saya berikan secara percuma.
"Saya tidak mempunyai rancangan untuk membabitkan diri dalam politik, kalau ada yang berkata demikian, ia sama sekali tidak benar," katanya.
Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menghormati keputusan yang dibuat oleh Yusuf.
"Perjuangan kami akan diteruskan seperti biasa, dan Yusuf akan tetap menyelesaikan aduan yang diterima sebelum ini.
"Selepas ini akan ada rasa kosong setiap kali kami keluar untuk berjuang, tiada lagi sosok orang yang selalu tampil tanpa gentar untuk berhadapan dengan apa jua cabaran," katanya.
Sebelum ini, timbul tanda tanya mengenai status Yusuf bersama PPIM yang disertainya sejak lapan tahun lalu selepas sebuah portal berita melaporkan Nadzim sebagai berkata, Yusuf tidak lagi terbabit secara langsung dengan PPIM pada 16 Mac lalu.
Yusuf dikatakan tidak sehaluan dengan gerak kerja NGO itu dalam memperjuangkan nasib pengguna. Antara kes yang dikendalikan Yusuf sehingga ada yang menganggap aktivis itu sebagai wira dan ikon pengguna adalah serbuan ke atas premis pajakan kereta di Kajang, dan isu penipuan skim perumahan.
Yusuf juga aktif memperjuangkan gerakan perangi Along serta kegiatan penipuan gores dan menang. Selain bertindak selaku Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Yusuf juga menjadi Ketua Sekretariat Persatuan Anak Muda Islam Malaysia dan Persatuan Pengguna Semboyan 1Malaysia serta aktif dalam Gerakan Banteras Aktiviti Haram.
Siakapkeli.my
Kami bantu mangsa ah long secara percuma, kata PPIM
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net
PETALING JAYA: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menafikan dakwaan mereka mengenakan caj ke atas mangsa ah long yang meminta bantuan daripada organisasi itu.
PPIM menjawab dakwaan bekas pekerjanya, mereka mengenakan caj sebanyak 10% selain caj tambahan lain terhadap mangsa ah long yang meminta perlindungan dan bantuan menyelesaikan bayaran hutang tertunggak dengan ah long.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan menyangkal dakwaan itu dan memberitahu FMT yang PPIM tidak meminta sebarang bayaran daripada mereka yang meminta bantuan.
"Di mana kami boleh bantu, kami bantu secara percuma. Ini termasuklah memberi nasihat kepada orang ramai, mesyuarat dan berunding dengan pihak berkaitan.
"Tetapi, ada perkara yang memerlukan kepakaran luar atau perkhidmatan profesional, seperti bantuan undang-undang, perakaunan dan sebagainya."
Katanya, perunding itu akan mengenakan caj maksimum 10% untuk perkhidmatan profesional mereka, tetapi mangsa yang meminta bantuan PPIM tidak wajib menggunakan perkhidmatan panel perundingnya.
"Yuran maksimum 10% dikenakan perunding kepada pelanggan. PPIM tidak terlibat mahupun mendapat keuntungan daripadanya.
"Jika seseorang mahu menggunakan perunding lain, mereka bebas berbuat demikian. Kami masih akan memainkan peranan untuk memberi nasihat dan menyelia secara percuma."
Nadzim berkata, resit untuk perkhidmatan rundingan luar akan dikeluarkan perunding, bukan PPIM.
Katanya, jika panel perunding mereka didapati tidak beretika, PPIM tidak ragu-ragu mengeluarkan mereka daripada senarai perunding.
Beliau berkata, 5 perunding sudah dikeluarkan daripada senarai itu, setakat ini.
Nadzim berkata, panel perunding luar PPIM termasuk 2 syarikat dikenali sebagai Semboyan 1Malaysia (S1M) serta Risk Group Management and Consultancy yang diketuai Yusuf Azmi yang juga pengarah Unit Tindakan Khas PPIM.
"Saya tidak rasa ada konflik kepentingan dengan Yusuf menjadi sebahagian daripada PPIM dan syarikatnya menjadi panel perunding kami kerana tiada paksaan untuk sesiapa yang meminta bantuan kami berbincang dengan perunding luar PPIM."
Nadzim berkata, walaupun perunding luar tidak wajib memberi balasan kepada PPIM, kumpulan pengguna itu akan mengutip sumbangan apabila pihaknya memerlukan dana untuk menganjurkan program.
"Menjalankan forum dari semasa ke semasa tidak murah. Jadi, apabila kami mahu menganjurkan acara, kami mengumpul dana dengan meminta sumbangan daripada semua orang, daripada perunding luar kami sehinggalah kerajaan dan sektor swasta."
Nadzim turut menafikan Syed Alwi Al Hadad Syed Mustaffa yang mengakui dirinya bekas pekerja PPIM.
Katanya, Syed Alwi adalah bekas pekerja Yusuf di satu daripada 2 firma perunding itu.
Dengan memetik fail sulit, Syed Alwi mendakwa ada masanya mangsa dikenakan bayaran melebihi jumlah hutang mereka dengan ah long.
Isnin lalu, Yusuf membuat laporan polis terhadap Syed Alwi dan 3 yang lain atas dakwaan mencuri fail penting mengenai ah long dari pejabat PPIM.
Tetapi Syed Alwi berkata fail-fail tersebut tidak hilang dan masih ada di pejabat PPIM.
----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Thursday, March 15, 2018 11:20 PM
Subject: Fw: 'Panama Dance' Haram, PPIM Sudah Macam Ah Long, Bumbung Bergegar
Erkk… PPIM Juga Sudah Macam Ah Long?
bloglist-malaysia.
ekeleh.com
Empat bekas kakitangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendedahkan modus operandi yang didakwa digunakan oleh persatuan itu untuk menjana keuntungan hasil pembayaran pinjaman ah long.
Wakil kumpulan itu, Syed Alwi Al Hadad Syed Mustaffa mendakwa, PPIM menggunakan kaedah menetapkan jumlah pinjaman terlebih dahulu dengan ah long namun mengenakan pembayaran lebih tinggi kepada pengadu atau mangsa ah long.
Beliau menjelaskan bagaimana kes seorang wanita sebelum ini yang perlu membayar RM350,000 dan caj pentadbiran RM35,000 namun jumlah yang ditetapkan dengan ah long hanya RM160,000.
Padahal katanya, pengadu itu telah membuat pembayaran RM260,000 melibatkan seramai 64 ah long.
"Rupanya ada keuntungan dalam diam yang diambil daripada mangsa ah long.
"Saya lihat sendiri fail sulit di atas meja dan di depan saya. Inikah dinamakan perjuangan untuk membantu mangsa ah long? Ini zalim dan lagi menindas.
"Saya nasihat Iman Azmi (adik Yusuf Azmi) secara tutup dan bukan depan kakitangan untuk membetulkan keadaan ini namun enggan memulangkan baki pembayaran itu," katanya yang sebelum ini merupakan Pegawai Penyiasatan Unit Tindakan Khas PPIM.
Beliau bersama tiga kakitangan yang lain iaitu Muhammad Fadhrul Yusoff, Mohd. Aliff Muhammad Iberahim dan Sairil Tuah hadir pada sidang media untuk membersih nama selepas Pengarah UTK PPIM, Yusuf Azmi membuat laporan ke atas mereka pada Isnin lalu.
Dalam laporannya itu, individu-individu terbabit didakwa telah mencuri dokumen-dokumen penting berkaitan ah long dan peribadi di syarikat konsultan PPIM yang diketuai Yusuf dengan cara menceroboh pejabat tersebut.
Yusuf turut mendakwa menjadi mangsa fitnah empat orang kakitangannya yang dikatakan mempunyai niat jahat untuk menjatuhkan imej dan maruahnya di mata masyarakat.
Mengulas lanjut, Syed Alwi Al Hadad menjelaskan mereka tidak pernah membawa lari fail-fail pengadu sebaliknya fail tersebut masih ada di pejabat PPIM.
Beliau berkata, mereka hanya mengambil salinan bukti-bukti transaksi bank yang telah diserahkan kepada polis selepas laporan dibuat oleh wanita itu.
"Yusuf pernah dakwa kata pernah tolong saya masa mula kerja di PPIM untuk urusan perpindahan keluarga saya dari Perlis ke Kuala Lumpur dan beri deposit masuk rumah di sini dengan anggaran berjumlah RM25,000.
"Saya tidak nafikan Yusuf pernah tolong saya namun jumlahnya tidaklah sampai RM25,000.
"Tapi apa pun nilai pertolongannya ia bukanlah harga diri saya untuk bersubahat untuk menindaskan mangsa ah long," katanya yang menyertai PPIM sejak dua bulan lalu.
Sementara itu, Muhammad Fadhrul mengakui dia pernah mengeluarkan resit biasa berjumlah RM1,000 namun mangsa ah long membayar RM10,000 untuk pembayaran pinjaman kepada ah long.
Malah dia memberitahu telah membuat laporan kerana menerima ancaman dan ugutan selepas kes wanita itu terbongkar
"Lapan bulan saya kerja dengan Yusuf dan saya ada bukti keuntungan hasil daripada bayaran pinjaman along.
"Saya yang locked along untuk bayar berapa jumlah pinjaman tetapi tidak dibayar sepenuhnya. Ada kes saya locked tiada pinjaman dibayar kepada ah long namun pengadu tetap didesak untuk bayar dan tidak termasuk caj pentadbiran. Saya sedia beri kerjasama kepada pihak polis kerana yakin tidak melakukan apa-apa kesalahan.
"Namun kes ini tiada kaitan dengan Datuk Nadzim Johan (Ketua Aktivis) dan PPIM Keramat," katanya.
Minggu lalu, seorang wanita menuntut PPIM membayar semula wang pinjaman ah long yang dibuat kepada persatuan itu berjumlah RM160,000.
Wanita berkenaan yang bekerja di sektor swasta mendakwa, sejak Disember tahun lalu dia sudah membuat empat pembayaran sebanyak RM250,000 kepada PPIM yang menjadi orang tengah mengendalikan urusan pinjaman kepada ah long.
Bagaimanapun, pekerja sektor swasta itu mendakwa dia mula berasa musykil sejak Januari lalu selepas sukar mendapat resit pembayaran daripada PPIM.
Hasil siasatannya, dia menemui bukti transaksi PPIM kepada ah long hanya baru RM90,000.
PPIM dalam satu kenyataan menjelaskan kes aduan wanita yang mendakwa persatuan tidak telus menguruskan bayaran pinjamannya kepada ah long di bawah kendalian Risk Group Consultancy.
Jelasnya, konsultan itu diuruskan oleh Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Yusuf Azmi.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Apr 2, 2018 7:59 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Dolak dalik BN tentang lapangan terbang setelah bisu projek hospital dan jambatan
kedahlaniie.blogspot.
Setelah menyepi dalam isu pembinaan jambatan yang menghubungkan Lambor Kanan dengan Lambor Kiri dan berdolak-dalik dalam isu pembinaan Hospital Seri Iskandar yang menggantikan Hospital Desa Changkat Melintang, Amanah dan Pakatan Harapan yakin cerita pembinaan Lapangan Terbang di Mukim Lambor juga hanya menjadi "umpan" UmnoBN Parit dalam PRU14 ini untuk perdayakan pengundi.
Lapangan terbang itu kononnya akan dimajukan di Gerbang Perindustrian Cempaka Sari (GPCS) di Mukim Bota dan Lambor Kanan di atas tanah kerajaan seluas 4176.7 hektar dan bakal dilaksanakan oleh Malaysian Resources Corporation (MRCB) hanya langkah selamat untuk menutup janji terdahulu yang tidak menjadi.
Pada dasarnya Kementerian Pengangkutan telah menerima cadangan Kerajaan Perak membangunkan lapangan terbang baharu di daerah Perak Tengah itu seperti diperakui Exco Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon seperti dilaporkan media pada 24 Novemver 2017.
Kerajaan Perak mendapat maklum balas kementerian berhubung cadangan pembinaan lapangan terbang baharu menerusi satu surat bertarikh 24 Oktober 2017 lalu. Surat itu antara lain menyatakan kementerian telah mengadakan satu mesyuarat bersama Suruhanjaya Penerbangan Malaysia, Malaysia Airports Holdings Berhad, MRCB, kerajaan negeri serta beberapa agensi bawahnya pada 8 Mei 2017.
5. MRCB memaklumkan pembinaan lapangan terbang di GPCS adalah berkonsepkan zon perdagangan bebas, hab pengangkutan, terminal kargo bersepadu, pintu masuk antarabangsa dan zon pembangunan ekonomi, pendidikan dan perumahan.
Bukan sahaja penduduk Perak Tengah khususnya Parit, tetapi seluruh bangsa Perak tertanya-tanya dengan mainan dolak-dalik BN berkenaan Projek Pembinaan Lapangan Terbang baharu Seri Iskandar yang telah diluluskan secara prinsipnya oleh Kerajaan Negeri Perak sejak 2007 sebelum ini tetapi kini dibincang lagi mulai 2017 yang lalu untuk lokasi lain.
Persoalan ini timbul kerana pada bulan Ogos 2007, mantan Menteri Besar, Tan Sri Mohammad Tajol Rosli Tan Sri Mohamed Ghazali telah mengumumkan perancangan kerajaan negeri untuk membina lapangan terbang baharu kira-kira 5 kilomerater dari Bandar Seri Iskandar dan telah memperuntukkan kira-kira 1,200 hektar tanah bagi tujuan ini.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon (Exco yang sama) dalam laporan media bertarikh 10 Disember 2014, beliau menegaskan sebahagian daripada tapak yang dicadangkan seluas 809 hektar telah pun diluluskan secara prinsipnya kepada Seri Iskandar Development Corporation (SIDEC).
Mengikut cadangan, lapangan terbang ini mempunyai landasan sekurang-kurangnya 4,200 meter untuk keperluan jangka panjang dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) telah diarahkan mengkaji supaya cadangan ini direalisasikan, kata Dr. Mah Hang Soon semasa menjawab soalan Datuk Mohd Tarmizi Idris (BN-Kenering) dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), 9 Disember 2014.
Pembinaannya bertujuan menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan sosial setempat dan lapangan terbang berkenaan diharap dapat menarik minat syarikat penerbangan untuk mengadakan operasi ke destinasi baharu domestik dan antarabangsa.
Kenyataan Exco Kerajaan Negeri ini sangat meyakinkan apabila beliau tegas menyatakan pembinaan Lapangan Terbang Seri Iskandar ini akan menjadikan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di Ipoh sebagai lapangan terbang kargo dan untuk kegunaan institut latihan penerbangan.
Kini Exco Kerajaan Perak yang sama bernama Dr. Mah Hang Soon, menyatakan dalam mesyuarat terbaharu telah memutuskan MRCB akan melaksanakan satu kajian kebolehlaksanaan bagi menilai cadangan tersebut dan melantik KMPG sebuah syarikat juruperunding bagi menyiapkan laporan akhir.
Setelah laporan akhir ditamatkan ia akan dibentangkan dalam Majlis Ekonomi Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Apa jadi dengan tapak lapangan terbang yang dicadangkan seluas 809 hektar yang telah pun diluluskan secara prinsipnya kepada Seri Iskandar Development Corporation (SIDEC) sebelum ini?
Seperti juga Projek Hospital Seri Iskandar dan pembinaan jambatan yang menghubungkan Lambor Kanan dengan Lambor Kiri, kedua-duanya sudah diluluskan tetapi sehingga kini bukan sahaja tidak nampak bayang projek berkenaan tetapi tiada penjelasan konkrit daripada Ahli Parlimen Parit, Datuk Zaim Abu Hassan berkenaan status projek tersebut.
AMANAH Parlimen Parit bimbang, Projek Lapangan Terbang baharu di Mukim Lambor ini juga hanya menjadi janji manis yang dicapati oleh UmnoBN sebagai modal kempen PRU14 sekarang ini, agar pengundi terpedaya dengan janji-janji indah 'dacing' kononnya mereka kuat membawa pembangunan ke Daerah Perak Tengah ini.
Banyak projek mega yang dijanjikan, diuar-uarkan oleh pemimpin Umno dan BN di Seri Iskandar 'gagal' atau 'tidak kelihatan' seperti Projek Hospital Seri Iskandar yang telah diluluskan pembinaannya sejak Februari 2008 lagi.
Selain itu, Pusat Perniagaan ala 'Nilai 3', Projek Kinta 'Lake District', Projek Program Perumahan Rakyat (PPR) Seri Iskandar, Projek Rancangan Penempatan Tersusun (RPT) Perwira di Mukim Bota, Projek EduCity sebagai hub pendidikan bagi Pembangunan Kolej UCSI dan MMTC di Seri Iskandar, dan termasuklah Projek Lapangan Terbang baharu yang kononnya akan dibina.
AMANAH mengingatkan pemimpin Umno dan BN yang suka menabur janji agar tidak memperbodohkan rakyat, dengan janji-janji manis yang tidak tertunai. Keadaan ini berbeza dengan Pakatan Harapan yang bukan kerajaan dan pemegang kuasa. Sudah tentulah UmnoBN yang mendominasi kerajaan negeri tiada masalah kekangan kewangan, tapak dan masa untuk melaksanakan setiap janji yang ditabur..
Rata-rata penduduk Parit berasa hairan, UmnoBN yang berkuasa penuh dan memimpin sebuah kerajaan terpaksa berdolak-dalik dalam menjayakan projek yang dicanang setiap kali pilihan raya malah ada projek yang gagal tidak mencapai objektif sebenar pembinaannya. Takkan dah menang berkuasa pun tak reti nak memerintah?
>> Komentar bebas Tarmizi Mohd Jam, Koordinator Amanah Parlimen P.069 Parit I 27 Mac 2017
Atas kertas UMNO rampas Ckt Jering,Aulong tetap DAP.
bloglist-malaysia.blogspot
sisibukit.blogspot
NAK MENANG PH KENA KERJA KERAS..
8,976 pengundi di dua Pusat Daerah Mengundi semuanya dipindahkan dari DUN Changkat Jering ke DUN Aulong,Parlimen Taiping.
PDM Pengkalan Aor jumlah pengundi 5,262
PDM Simpang Baru jumlah pengundi 3,714
PRU13 lepas, pembangkang memenangi Simpang Baru dengan 84% undi. Pengkalan Aor 58.8% pembangkang.
Justeru atas kertas sudah boleh diagak apa akan terjadi kepada DUN Aulong & Changkat Jering pada PRU14 ini.
UMNO sanggup korbankan kerusi MCA atau Gerakan janji Dun mereka menang.
Dua-dua tak layak jadi PM lagi
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net
Oleh Subky Latiff
KEDUA-duanya Datuk Najib dan Dr. Mahathir berlumba dalam PRU14 ini untuk menjadi Perdana Menteri lagi.
PM Najib hendak menyambung jawatannya menjadi Perdana Menteri untuk penggal ketiga dan Dr. Mahathir pula yang bersara tahun 2003 hendak menjadi Perdana Menteri semula bagi kali kedua.
PRU14 ini adalah peluang yang diberi oleh sistem demokrasi untuk rakyat sekalian untuk mencari Pedana Menteri yang terbaik dan pengundi jangan sia-siakan peluang yang Allah beri itu. Carilah yang bersih, bermaruah dan berakhlak mulia, bijaksana, berpandangan jauh, berwibawa/integriti, jujur dan dipercayai.
Siapakah antara keduanya yang lebih layak?
Kedua-duanya sudah ada pengalaman dan rakyat dan bukan rakyat, dalam negeri dan luar negeri tahu mereka dalam dan luar.
Kedua-duanya tidak layak lagi untuk menjadi Perdana Menteri baik sementara atau sepenggal lagi. Sekalipun ada pengalaman yang luas. Seorang 23 tahun Perdana Menteri saja dan seorang lagi 9 tahun.
Sepatutnya pengalaman yang banyak dapat menjadi pemimpin yang baik dan bewibawa. Tetapi mereka gagal pemimpin yang bersih, mulia, berwibawa dan bermoral.
Amalan demokrasi dan sistem yang terpakai di serata dunia tidak berjaya menjadikan kedua-dua pemimpin yang demokratik yang disegani ramai seperti Khalifah Umar Abdul Aziz, tetapi kedua-duanya menjadi diktator, seorang keras dan garang iaitu Dr. Mahathir dan seorang lagi lembut pijak semutpun tak mati. Tapi kalau yang dipijak itu tikus, tikus itu mati.
Kuku besi itu tidak semesti garang, keras dan kasar. Tetapi ada juga diktator itu senyum dan lemah lembut di depan, tapi di belakang betul-betul besi, ditakuti semua. Diktator lembut itu kadang-kadang lebih menggerunkan dari yang kasar.
Antara maqasid syariyah yang PM Najib selalu sebut ada menjaga nyawa. Mahathir gagal menyelamatkan nyawa 14 rakyat awam dan empat anggota polis dalam kejadian berdarah di Memali. PM Najib pula gagal melindungi nyawa nona dari Mongolia, Altantuya yang melancong ke sini, bahkan mayatnya diberitakan diletupkan berkecai.
Keluhuran undang-undang yang jadi satu rukun dari Rukun Negara tidak dilihat berjaya digunakan bagi menyelesaikan kedua-dua pencabulan atas kehendak maqasid syariyah itu. PM Mahathir tidak menggunakan kuasanya menyelesaikan pembunuhan di Memali melalui undang-undang.
Selain dari tiada siasatan dilakukan, saman mangsa Memali yang difailkan tidak diusik mahkamah hingga peguam yang membela mereka mati dan mangsanya yang beratus tidak ramai lagi yang ada.
Bahkan pembunuhan nona Altantuya masih belum diselesaikan oleh undang-undang kita. Apakah kita menunggu PM Najib mati baru hendak diselesaikan?
PM Mahathir campur tangan dalam urusan mahkamah bila mentribunal lima hakim termasuk Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas. Semua hakim itu dipecat oleh tribunal itu. PM Najib yang diputuskan untuk disiasat badan khas atas skndal 1MDB/duit 2.6 bilion dalam akaun bank peribadinya, sekonyong-konyong Peguam Negara Tan Sri Gani Patail yang jadi pengerusi badan siasatan itu dipecat serta merta dari jawatan Peguam Negara atas alasan kesihatan yang diketahui rekod sakitnya.
Mahathir tidak menyekat amalan rasuah berleluasa, dan Najib juga mampu membendung rasuah yang berganda-ganda di zamannya. Berguni-guni duit Bank Negara lesap dalam niaga mata wang asing di zaman Mahathir dan berbilion-bilion duit 1MDB hilang di depan mata Najib.
Banyak lagi keburukan kedua-dua mereka itu sebagai Perdana Menteri, maka kedua-duanya tidak layak menjadi Perdana Menteri lagi.
Layakkah TUN M jadi PM..??
kedahlaniie.blogspot
Semakin dekat pembubaran Parlimen dan semakin dekat untuk PRU14, semakin ramai muncul dan cuba muncul agar dilihat "hidup" dalam politilk.
Ada yang nyawa-nyawa ikan muncul, ada yang "geli" mencari tempat muncul, ada macam-macam.
Isu yang dipulunnya ialah samada Tun M layak jadi PM atau tidak. Macam-macam hujah diketengahkan. Faktor usia, faktor rekod lampau, faktor menyampah dan macam-macam alasan diungkapkan.
Bagi aku mudah saja. Bila ramai yang pulun bercakap dan bincang adakah layak Tun M jadi PM, maksudnya semua sudah merasakan, sudah nampak dan sudah buat keputusan bahawa Najib & BN tidak akan menjadi PM dan Kerajaan lagi selepas PRU14 akan datang.
Najib & BN tidak dibincangkan langsung. Adakah Najib masih layak jadi PM? Adakah BN masih wajar menjadi Kerajaan? Ini tidak lagi dibincang.
Boleh kata majoriti masyarakat awam berbincang siapa layak jadi PM selepas Najib dan siapa akan jadi Kerajaan selain BN. Najib & BN mungkin seronok bila orang hanya pertikaikan Tun M tetapi bacaan di sebaliknya membuatkan Najib & BN bukan setakat tidur tak lena tetapi tak boleh tidur langsung.
Layakkah Tun M jadi PM? Masing-masing ada hujah yang wajar, waras, tidak wajar dan tidak waras.
Mudahnya gini saja. Untuk melayakkan Tun M jadi PM, Tun M perlu terlebih dahulu bertanding di mana-mana kerusi Parlimen dan menang. Jika Tun M menang, untuk melayakkan Tun M menjadi PM ialah PH mesti memenangi majoriti kerusi Parlimen. Jika Tun M bertanding dan menang di kerusi yang beliau tandingi tetapi PH tidak mendapat majoriti, Tun M hanya layak menjadi Ketua Pembangkang.
Apabila Tun M menjadi Ketua Pembangkang, maka semestinya Najib masih menjadi PM dan BN masih menerajui Kerajaan. Sekiranya Najib masih PM dan BN masih menerajui Kerajaan, bukan hanya Tun M saja PADAN MUKA tetapi kita semua padan muka.
Jika selama Najib menjadi PM tak sampai 10 tahun ini kita merasai azab dalam kehidupan seharian, bagaimana jika Najib masih menjadi PM dan BN masih menjadi Kerajaan untuk 5 tahun lagi?
Begini saja la... jika PH mendapat majoriti kerusi Parlimen yang membolehkan membentuk Kerajaan, Tun M tidak semestinya menjadi PM. PH boleh melantik pemimpin lain menjadi PM dan mengangkat Tun sebagai penasihat Kerajaan. Ya, sekarang PH bersetuju Tun M sebagai PM tetapi ini semua boleh berubah bukannya MESTI.
Yang penting sekarang bagi kita para pengundi ialah menghalang BN daripada mendapat majoriti kerusi Parlimen. Dengan itu BN tidak akan terus memerintah Malaysia.
Jadikanlah PRU14 ini titik permulaan kita sebagai pengundi Malaysia mencipta sejarah menjatuhkan BN.
Percayalah bahawa Malaysia akan lebih baik apabila BN dijatuhkan.
Indonesia menukar parti pemerintah daripada parti Golkar pimpinan Soeharto yang telah lama memerintah Indonesia. Sudah berkali-kali parti pemerintah Indonesia bertukar dan Presidennya bertukar. Indonesia bertambah baik.
Perubahan akan memberikan kebaikan. Yakinlah pada pilihan kita bahawa undi kita kepada PH kali ini akan membawa kebaikan.
Malaysia ini hak kita bersama dan menjadi tanggungjawab kita mencorakkan Malaysia bukan membiarkan Najib & BN terus menjahanamkan Malaysia.
Ini bukan berita palsu!
Ini pandangan aku!
Bukan tertipu untuk menulis tetapi menulis untuk menerangkan.
ZULHAZMI SHARIFF
27032018
Batu Caves
Anak Najib umum berundur dari politik
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net
Anak perdana menteri Datuk Nazifuddin Najib hari ini mengumumkan "mengundur diri" daripada politik buat sementara waktu.
Dalam kenyataan di Facebook, Nazifuddin berkata keputusannya itu adalah sehingga sampai masa yang sesuai untuk bergiat semula dalam Umno.
"Bahang PRU14 semakin terasa. Saban kali saya singgah di kedai kopi, warung tepi jalan, kedai mamak, kedai tomyam hingga ke coffee house terdengar perbualan rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat dan ideologi politik bercakap tentang PRU14. Masing-masing dengan telahan tersendiri.
"Secara peribadi, saya memandang PRU14 sebagai penentu kepada untung nasib, jatuh bangun sebuah pemerintah negara berteraskan Melayu bumiputera yang membawa bersama Cina dan India.
"Ini berkait langsung dengan Umno yang menerajui BN sebagai government of the day Malaysia. Maknanya, jika Umno hilang kuasa, hilanglah kuasa Melayu bumiputera yang turut memayungi Cina dan India. Aset bernilai inilah yang wajib dipertahankan oleh segenap rakyat Malaysia.
"Umpama berenang ketepian, saya menoleh ke belakang melihat liku-liku perjalanan yang telah jauh menongkah badai, gelombang dan ombak. Biar pun perit, namun sedikit pun tidak pernah timbul penyesalan kerana itu adat sebuah perjuangan untuk agama, bangsa dan tanah air," katanya.
Nazifuddin menambah, beliau sayang Umno kerana perjuangannya yang luhur.
"Saya sayang Malaysia kerana lahir dari perjuangan Umno. Lahir Umno kerana dokongan rakyat. Saya tidak pernah dan tidak akan menentang pucuk pimpinan Umno yang menerajui Malaysia.
"Dengan ini, saya umumkan bahawa saya mengundur diri dari arena politik buat sementara waktu hingga sampai masa yang sesuai untuk bergiat aktif semula dalam Umno," katanya.
Nazif juga menjelaskan, dalam tempoh seterusnya, halaman Facebooknya tudak akan mempunyai kemas kini berkaitan politik dan hanya menjadi halaman peribadinya.
"Justeru itu, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada semua, terutamanya mereka yang telah menyokong sepanjang perjalanan saya selama ini," katanya.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment