15 Messages
Digest #4924
Messages
Mon Apr 16, 2018 8:22 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Anak Lelaki Awang Adek Meninggal Dunia
bloglist-malaysia.blogspot
ekeleh.com
Anak lelaki Pengerusi Mara, Datuk Dr Awang Adek Hussin iaitu Azram Awang Adek, 33 tahun, meninggal dunia pada jam 11.42 malam tadi, lapor Astro AWANI.
Jenazah Allahyarham berada di kediaman keluarganya di Jalan Utama, Tropicana.
PANAS!!! Pengarah Perhutanan Negeri Kelantan Jawab Dakwaan Dato' Husam... Laporan Polis Menyusul
bloglist-malaysia.blogspot
sedakasejahtera.blogspot.
KENYATAAN AKHBAR
1. Saya merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Hj. Husam Musa dalam Nota bantahan dan surat yang ditujukan kepada YAB. Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan yang juga disalinkan kepada YB. Dato' Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan. Kenyataan yang sama juga telah disiarkan dalam akhbar Sin Chiew Jit Poh pada 14 April 2018, yang berkisar dengan mesyuarat Jawatankuasa Kecil Perhutanan (JKKP) yang diadakan pada pagi ini.
2. Dakwaan kononnya ada kelulusan baru kawasan pembalakan yang luas akan dipertimbangkan dalam mesyuarat ini adalah tidak benar sama sekali. Susulan itu, Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan memandang serius tentang dakwaan palsu ini dan akan membuat Laporan Polis mengenai berita palsu ini di bawah Akta Anti Berita Tidak Benar 2018.
3. Dalam hubungan ini, saya ingin menegaskan bahawa tiada sebarang kelulusan baru kawasan pembalakan yang dibincangkan. Hanya beberapa perkara-perkara biasa yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Perhutanan kali ini meliputi perkara berikut :
i) Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lepas.
ii) Mengesah dan melaksanakan keputusan-keputusan daripada mesyuarat yang lepas.
iii) Menimbang permohonan industri-industri pemprosesan kayu di Negeri Kelantan.
iv) Membincangkan isu-isu semasa perhutanan berkaitan pemuliharaan dan pemeliharaan khazanah hutan di Kelantan.
4. Selain itu, saya juga menegaskan bahawa Kerajaan Negeri masih mengekalkan rekod tidak pernah memberi kelulusan baru kawasan pembalakan terutamanya penubuhan ladang hutan dalam Hutan Simpanan Kekal sejak dari tahun 2013 lagi.
PENGARAH PERHUTANAN NEGERI KELANTAN
16 APRIL 2018
Rafidah Aziz letak jawatan pengerusi Supermax
bloglist-malaysia.blogspot
wak-labu
Posted by Mohd Sulaiman
Tan Sri Rafidah Aziz meletakkan jawatan sebagai pengerusi Supermax Corporation Berhad selepas pengarah urusan syarikat itu Datuk Seri Stanley Thai memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana menyokong pembangkang pada pilihan raya umum (PRU) 2013.
Thai berdepan hukuman penjara lima tahun selepas disabitkan bersalah kerana berkongsi maklumat bukan awam berkaitan saham sebuah syarikat dan kini sedang dalam proses membuat rayuan.
"Susulan permohonan maaf oleh Stanley Thai kepada perdana menteri atas apa jua yang dia lakukan pada PRU13, saya meletakkan jawatan sebagai pengarah pengarah dan pengerusi Supermax Corporation, berkuatkuasa 14 April.
"Meskipun dia berhak buat apa saja yang dia rasa perlu, saya tidak berkongsi sentimen sama," katanya kepada Malaysiakini.
Rafidah berkata, tindakan menyokong mana-mana parti politik adalah hak demokratik.
"Saya pegang teguh nilai dan prinsip integriti, kejujuran dan menjalankan hak saya untuk menyokong mana-mana parti politik dan bersuara berkenaan apa-apa isu kepentingan awam dan tidak gentar dengan ugutan daripada sesiapa sekiranya saya bercakap benar," katanya.
Sabtu lalu, Thai membuat sidang media untuk memohon maaf secara rasmi kepada Najib.
"Saya menyesal pada PRU13, saya percaya saya dipengaruhi pembangkang. Sebagai ahli perniagaan saya tidak seharusnya terlibat dalam politik dalam apa jua keadaan, dan saya menyesal," katanya.
Selepas keputusan PRU13, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjual kepentingannya dalam Supermax.
Dalam wawancara bersama Bloomberg pada 2014, Thai berkata dia menyokong pembangkang "untuk melindungi masa depan anak-anak saya".
Katanya, orang Cina sudah tidak takut melawan BN selepas pakatan itu terjejas teruk pada PRU 2008.
Rafidah, bekas menteri, sebelum ini mengecam Najib secara terbuka berhubung skandal 1MDB dan wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi pengerusi BN itu.
Najib mendakwa wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya merupakan "derma" dari penderma Arab dan wang itu telah dipulangkan.
Najib menafikan sebarang salah laku atau mengambil dana awam untuk kepentingan sendiri.
Peguam negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebelum ini membersihkan nama Najib dari salah laku.
Hospital veteran: Patriot kemuka 7 soalan kepada Hishammuddin, Kementah
FMT Reporters
bloglist-malaysia.blogspot
wak-labu
Posted by Mohd Sulaiman
Ia berhubung pembinaan Hospital Veteran Tentera bernilai RM500 juta di Kem Gua Permai, Perak.
PETALING JAYA: Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) mengemukakan 7 soalan kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Kementerian Pertahanan (Kementah) berhubung pembinaan Hospital Veteran Tentera di Kem Gua Permai di Ipoh, Perak.
Patriot merujuk kepada laporan 3 Februari lalu tentang pembinaan hospital bernilai RM500 juta di atas tanah seluas 28,500 hektar milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Ia berfungsi sebagai sebuah perkampungan kesihatan dengan kepakaran geriatrik, jantung, respiratori, urologi, neuropsikiatri, rehabilitasi, dialisis dan pusat jagaan orang kurang upaya.
Presiden Brig Jen (B) Datuk Mohamed Arshad Raji bertanyakan benarkah Hospital Veteran Tentera itu dibangunkan melalui pertukaran tanah (land swap).
"Jika benar, adakah ini bermakna bahawa 28,500 meter persegi tanah di Kem Gua Permai di mana hospital itu akan dibangunkan, tidak lagi dimiliki oleh ATM?" katanya dalam kenyataan hari ini.
Patriot seterusnya ingin tahu benarkah kos pembinaan tidak ditanggung Kementah tetapi oleh "syarikat yang akhirnya akan memiliki hospital tersebut apabila ianya siap".
"Sekiranya benar hak pemilikan hospital itu bukan milik ATM, tetapi dimiliki oleh syarikat yang membinanya, bagaimanakah hospital itu boleh ditakrifkan sebagai Hospital Veteran Tentera?" kata Arshad.
Pegawai tinggi bersara itu turut bertanyakan adakah benar hospital akan diubah menjadi milik swasta, di mana sebahagian hospital itu dikhaskan untuk veteran.
"Sekiranya ini benar, siapakah yang akan mengurus dan mentadbir bahagian yang disediakan untuk veteran? Adakah benar hospital ini tidak akan menanggung atau memberi subsidi terhadap kos rawatan perubatan untuk veteran?"
Beliau mengulangi cadangan dana RM500 juta untuk membina hospital itu diperuntukkan untuk mewujudkan unit perubatan veteran dan pesara polis di setiap hospital awam.
Terdahulu, isu pemindahan hak milik tanah tentera ditimbulkan bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz, mengenai puluhan ribu hektar tanah yang didakwa diswastakan kepada syarikat swasta tanpa tender terbuka.
Kementah menjelaskan pelaksanaan projek melibatkan kaedah pertukaran tanah mengikut prosedur dan model kerjasama awam-swasta yang diselaraskan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS).
Akhir sekali, Patriot ingin tahu di mana Kem Gua Permai, yang menempatkan batalion Rejimen Askar Melayu Diraja, akan dipindahkan dan adakah batalion berpindah ke kem sementara atau baru dibina.
Arshad berkata menteri dan ATM harus menyedari ketidakpuasan hati dalam kalangan kakitangan dan keluarga kerana ditempatkan di kem yang belum siap sepenuhnya.
"Langkah sedemikian mengganggu kehidupan mereka, terutama bagi keluarga yang mempunyai anak-anak yang bersekolah.
"Patriot mendesak menteri dan ATM menangani isu-isu ini sebagai perkara penting ekoran khabar angin itu, jika didapati benar, ia adalah tidak baik untuk Kementah dan ATM," katanya.
Klik sini untuk perkembangan sepanjang musim PRU14
Khaled Nordin Buat Lawak Bangang
bloglist-malaysia.blogspot
cipantapirtenuk.blogspot
Ngomelan SysOp
Bhai/DeeDee semua ...
Khaled Nordin sudah cuak.... Sebab tu dier buat berita palsu ... Hahaha... Dier buat berita palsu berkenaan dengan kecinaan DAP .... Kononnya DAP adalah penjajah.... Hahahaha.... Kalu betul DAP penjajah.... Kasik batalkan la DAP punya parti .... Ader brani ka???
Mulut berkokok tapi ekor gelumang taik ..... Huhuhu...
Walhal satu Malaysia dah tau yang banyak tanah di Johor dah dilelong digadai dan dipajakkan kepada China Merah ... Cina Komunis Tanah Besar .... Peluang pekerjaan apernyer banyak??? Peluang kerja kat Forest City majoriti dair Cina Tanah Besar ..... Hahaha.... Sembang la wei....
Tapi takpa.... Ini Negara Bangsa Johor .... Biar lantak la tergadai pon... Bukan kita yang jual.... Tapi Bangsa Johor gak yang jual..... Hahaha.... Abis bagus pon nanti kami yang bukan Bangsa Johor ni akan kata .... "Padan Muka" jer.... Hahaha .... Bak kata oghang Nogori .... Bodo bertingkek-tingkek ... Hahaha
P/S : terima kasih atas doa (kami tak pergi mana pon)
Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/2018/04/khaled-nordin-buat-lawak-bangang.html#ixzz5Cq5O2wkD
Aduh malunya, dari Medan Ilmu ke Dataran Tok Pa
kedahlaniie.blogspot
"Sampai hati – mengizinkan maruah ilmu dan diri; dilumurkan selut penuh semuka. Hanya dengan harga RM450,000, sanggup menjual maruah diri, lalu matanglah politik sejahtera dalam sekelip mata?
"Aduh, malunya."
Itulah luahan hati bekas Setiausaha Politik Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, Anuar Bakri Haron dalam facebooknya ekoran penukaran nama Medan Ilmu yang dinamakan oleh Nik Aziz ketika hayatnya dahulu kepada Dataran Tok Pa.
Medan Ilmu adalah kawasan hadapan bangunan Pas Kelantan di Jalan Datuk Pati.. Ia menjadi tempat orang ramai duduk sambil mendengar kuliah Jumaat oleh Tuan Guru Nik Aziz dahulu.
Namun sumber kewangannya diambil dari Kerajaan Pusat.
Menurut Anuar, pentas ini, arwah Tok Guru Nik Aziz namakan sendiri dengan mulut dan lidahnya.
Medan Ilmu, nama yang diberikan oleh Tuan Guru Nik Aziz ketika hayatnya masih ada.
"Medan ini mesti dinamakan sebagai DATARAN atau MEDAN ILMU," demikian wasiatnya.
"Atas ruh meraikan ilmu; ini dia salsilahnya," kata Anuar.
Beliau mengulas tindakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad menamakan semula Dataran Ilmu kepada Dataran Tok Pa semalam.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, itu merasmikan projek menaik taraf longkang dan laluan pejalan kaki yang menelan belanja RM450,000 ringgit.
Orang ramai memenuhi Medan Ilmu ketika Tuan Guru Nik Aziz memberikan kuliah Jumaatnya dahulu.
Mustapa seterusnya menandatangani plak perasmian dan memberikan nama baru dataran itu sebagai Dataran Tok Pa.
Mustapa menjelaskan, walaupun kawasan ini menjadi medan cercaan dan fitnah kepada pimpinan Kerajaan Pusat namun tanggungjawab kerajaan tidak mengira tempat dan kawasan untuk kemudahan orang ramai.
"Jadi kita nak mereka sedar ada yang cerca Kerajaan Pusat walhal mereka bercakap atas pentas dan tapak Kerajaan Pusat.
"Ini pentas guna fitnah secara keras terhadap Kerajaan Pusat saya harap mereka hentikan kritikan keras terhadap kita, berdosa," katanya selepas merasmikan projek naik taraf longkang dan laluan pejalan kaki di Dataran Ilmu di sini semalam, lapor Astro Awani.
Umno parti politik yang tidak sah selepas 19.04.2018
PEGUAM VETERAN
kedahlaniie.blogspot
Saya ingin mengulas sedikit tentang perkara ini kerana ianya ialah satu isu awam yang amat penting.
Isu ini penting kerana dua sebab, yakni:
i) Umno ialah sebuah parti politik terbesar di Malaysia dan merupakan tunggak kerajaan kita. Oleh kerana itu, isu ini memberi kesan kepada Malaysia sebagai sebuah negara dan kepada semua rakyat Malaysia sebagai golongan yang diperintah oleh kerajaan.
ii) Pendaftar Pertubuhan (Registrar of Societies – RoS) sering sekali mengambil tindakan terhadap pertubuhan-pertubuhan yang tidak mengikut undang-undang ataupun perlembagaan mereka. Contohnya, DAP – di dalam kes DAP RoS dengan teliti sekali menjalankan tugasnya untuk memastikan pilihan pegawai-pegawai DAP adalah sah. Pada masa ini pula RoS dengan tekun sekali mentelaah perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia untuk memastikan parti itu mengikut undang-undang dan perlembagaannya. Saya merasa amat bangga dengan keterlitian dan ketekunan RoS menjalankan tugas-tugasnya. Syabas.
Isu Umno ialah : bilakah Umno sepatutnya memilih ahli Majlis Tertinggi mereka, termasuklah jawatan Presiden, Naib Presiden, Timbalan-timbalan Presiden dan sebagainya.
Isu ini penting kerana umum mengetahui bahawa Presiden Umno akan menjadi Perdana Menteri, Timbalan Presiden akan menjadi Timbalan PM dan sebagainya.
Mengikut peruntukan perlembagaan Umno, klausa 9.3 mengatakan bahawa Majlis Tertinggi Umno perlu dipilih 3 tahun sekali.
Kali terakhir Majlis Tertinggi dipilih ialah pada 19.10.2013. Jadi pemilihan ahli MT Umno sepatutnya diadakan pada 19.10.2016.
Klausa 10.16 pula memberikan kuasa kepada MT Umno untuk menagguhkan pemilihan ahli-ahli MT selama 18 bulan.
Jadi, jika kuasa dibawah klausa 10.16 digunakan untuk menangguhkan pemilihan ahli-ahli MT UMNO, maka pemilihan ahli-ahli MT Umno mesti dibuat SELEWAT-LEWATNYA pada 19.4.2018, iaitu 18 bulan dari 19.10.2016.
Namun, Umno telah menangguhkan pemilihan ini sehingga 19.4.2019!
Itu bermakna bahawa Umno menangguhkan pemilihan ahli-ahli MTnya bukan sahaja untuk 18 bulan tetapi 30 bulan. Walhal perlembagaan UMNO hanya memberi kuasa untuk menangguhkan pemilihan tersebut selama 18 bulan sahaja.
Di dalam menjawab isu ini, Setiausaha Agung Umno, YB Tengku Adnan menyatakan bahawa ROS telah membenarkan permohonan UMNO untuk melanjutkan tarikh pemilihan ahli-ahli MTnya di bawah seksyen 13A (4) Akta Pertubuhan.
Persoalannya sekarang: apakah RoS mempunyai kuasa di bawah seksyen 13A (4) untuk melanjutkan tempoh jangkamasa untuk Umno membuat pemilihan parti?
Pada pendapat saya seksyen 13A (4) langsung tidak terpakai kepada kes ini. RoS dengan itu tidak ada kuasa di bawah seksyen itu untuk membenarkan apa-apa perlanjutan masa untuk Umno membuat pemilihan parti.
Seksyen 13A (4) ialah seperti berikut:
(4) The Registrar may, on application in writing made to him by a registered society, extend the time provided by him to the
society in any order made under subsection (1) or (2) if he is satisfied that the society has given good grounds in its application and it would be just and proper to grant such extension.
Jelas dari peruntukan seksyen 13A (4) bahawa RoS hanya mempunyai kuasa untuk melanjutkan masa YANG DIPERUNTUKKAN OLEH RoS SENDIRI melalui apa-apa perintah yang dibuat oleh RoS di bawah seksyen kecil (1) atau (2).
Ini jelas dari frasa: "extend the time PROVIDED BY HIM" di dalam seksyen tersebut.
Masa untuk memilih ahli-ahli Majlis Tertinggi Umno bukan diberikan oleh RoS (not provided by him). Masa itu diperuntukkan di dalam perlembagaan Umno sendiri.
Oleh itu RoS tidak mempunyai kuasa langsung untuk membenarkan apa-apa perlanjutan masa di bawah seksyen 13A (4) walaupun permohonan bertulis dibuat kepada RoS.
Seksyen 13A (4) sebenarnya hanya terpakai kepada keadaan di mana RoS telah memberikan atau membuat apa-apa perintah atau direktif kepada mana-mana pertubuhan untuk berbuat sesuatu di dalam jangkamasa tertentu mengikut kuasanya di bawah 13A (1) atau (2).
Di dalam keadaan itu, sekiranya pertubuhan itu membuat permohonan bertulis untuk melanjutkan jangkamasa YANG DIBERIKAN OLEH RoS, maka RoS boleh melanjutkan jangkamasa itu.
Di dalam kes Umno, jangkamasa pemilihan diperuntukkan di dalam perlembagaan Umno sendiri. Jangkamasa itu bukan dari apa-apa perintah yang dibuat oleh RoS melalui seksyen 13A (1) atau (2). Jadi seksyen 13A (4) tidak ada kena mengena dengan kes Umno dan tidak terpakai langsung.
Dengan itu, ternyata bahawa YB Tengku Adnan telah bergantung kepada peruntukkan undang-undang yang salah dan tidak relevan.
RoS sebenarnya tidak mempunyai kuasa di bawah seksyen tersebut untuk memberi perlanjutan masa.
Umno sepatutnya perlu membuat pemilihan ahli-ahli MTnya pada atau sebelum 19.4.2018.
Kegagalan Umno berbuat demikian akan menyebabkan Umno menjadi sebuah pertubuhan yang tiada ahli dan kuasa eksekutif. Ia seperti seekor ayam yang tidak berkepala.
Pihak RoS perlu adil dalam menjalankan siasatan keatas Umno berkaitan krisis keperlembagaan pertubuhan itu tanpa bersifat berat sebelah.
Menurut kronologi rentetan peristiwa yang telah dilaporkan di dalam media massa setakat ini, dan tidak pernah dinafikan oleh Umno adalah seperti berikut :
(a) Menurut Umno Online31.05.2013 bertajuk Pemilihan Umno Tahun 2013 perlu diadakan antara 15 Julai – 31 Ogos 2013
(b) Hatta, TARIKH AKHIR pemilihan di peringkat CAWANGAN Umno, adalah selewat-lewatnya pada 31.08.2013 !!
(c) Justeru, menurut Fasal 18.2 PERLEMBAGAAN Umno ,"tarikh pemilihan yang sepatutnya ia diadakan" seterusnya adalah selewat-lewatnya pada 31.08.2016 !!
(d) Namun, menurut Astro Awani 26.06.2015 Presiden Umno telah memberitahu bahawa pemilihan Umno 2016 akan ditangguh selama 18 bulan setelah dibincangkan diperingkat Majlis Tertinggi dan mengambil keputusan itu mengikut Fasal 10.16 Perlembagaan parti yang memberi hak kepada Majlis tertinggi.
(e) Berlanjutan dari penangguhan pemilihan selama tempoh maksima lapan belas (18) bulan yang dipetik di atas, maka TARIKH AKHIR pemilihan di peringkat CAWANGAN Umno wajib dilakukan pada 28.02.2018.
(f) Namun begitu, Setiausaha Agung Umno, telah mengeluarkan satu KENYATAAN MEDIA pada 27.02.2018 yang kononnya mengatakan Penangguhan Pemilihan Umno yang telah diputuskan oleh Majlis Tertinggi Umno sebelum ini, akan dijalankan selewat-lewatnya pada 19.04.2019 selaras dengan kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).
(g) Hakikatnya dari segi undang-undang adalah, MAJLIS TERTINGGI Umno mahupun PENDAFTAR PERTUBUHAN MALAYSIA (RoS) tidak boleh membuat apa-apa lanjutan penangguhan, selepas tarikh akhir pengadaan pemilihan kerana ianya bertentangan dengan Fasal 10.16 PERLEMBAGAAN Umno sendiri.
(h) Hatta, menurut peruntukan Fasal 10.16 PERLEMBAGAAN Umno, tarikh pemilihan (CAWANGAN, BAHAGIAN DAN MAJLIS TERTINGGI Umno) yang sepatutnya diadakan pada 31.08.2016 dan 19.10.2016 SUDAH PUN dilanjutkan secara maksima lapan belas (18) bulan iaitu ke tarikh 28.02.2018 dan 19.04.2018 , maka MUSTAHIL serta TIDAK SAH untuk dilanjutkan lagi di sisi PERLEMBAGAAN Umno sekali pun, oleh MAJLIS TERTINGGI Umno, mahupun diluluskan oleh pihak PENDAFTAR PERTUBUHAN MALAYSIA.
Ini bermakna,
(a) Kesemua CAWANGAN Umno di seluruh Malaysia menjadi TIDAK SAH di sisi undang-undang pada 01.03.2018 !!!
(b)Oleh kerana CAWANGAN Umno tidak sah maka, Kesemua BAHAGIAN Umno di seluruh Malaysia dan MAJLIS TERTINGGI Umno akan menjadi TIDAK SAH di sisi undang-undang pada 19.04.2018.
(c) Maka, NAJIB RAZAK secara automatik TIDAK SAH sebagai Presiden Umno, selepas 19.04.2018 !!!
(d) Hatta, Umno sebagai parti politik yang TIDAK SAH selepas 19.04.2018, TIDAK BOLEH bertanding dalam PRU-14 yang diadakan selepas 19.04.2018 !!!,
(e) NAJIB RAZAK juga tidak boleh ANGKAT SUMPAH JAWATAN sebagai Perdana Menteri di hadapan Ke-Bawah Duli Yang Di-pertuan Agong kerana penjawatan Presiden Umno TIDAK SAH selepas 19.04.2018. Maka, hanya presiden parti komponen Barisan Nasional yang lain, layak menjadi Perdana Menteri andai kata Barisan Nasional mentadbir negara!!
Mengapa Pengarah Komunikasi Amanah Mula Buka Mulut Isu Pembahagian Kerusi PH Selangor
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net
Jika sebelum ini Pengarah komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad dilihat berdiam diri berkaitan dengan pembahagian kerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor yang masih selesai hingga sekarang ini, namun hari ini beliau dilihat mula buka mulut.
Khalid yang juga penyandang kerusi Parlimen Shah Alam berkata kemelut berpanjangan pembahagian kerusi PH Selangor berpunca daripada sikap mementingkan diri sendiri daripada empat parti kompenan.
"Kerusi ini sangkut (tertangguh) atas dua sebab. Nombor satu (kerusi) jamin menang, nombor dua jamin kalah.
"Yang jamin menang semua nak, yang jamin kalah semua tak nak.
"Sebab itu dia sangkut, jadi nak beri pun orang tolak dan mana yang nak ambil, semua orang tarik," katanya dalam sidang media di pejabatnya di Shah Alam, hari ini.
Khalid mengesahkan PKR ada menyatakan minat untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras namun ia masih belum dimuktamadkan dan akan ditentukan menerusi perbincangan dengan parti komponen PH.
"Setakat ini DUN Paya Jaras telah dipersetujui untuk diberi kepada Amanah, tetapi ada permohonan daripada PKR dan mereka meminta untuk ditukarkan dengan kerusi lain
"Isu ini akan diselesaikan di peringkat jawatankuasa rundingan dan jika cadangan pertukaran kerusi itu dipersetujui, kita akan dapat kerusi lain sebagai ganti," katanya.
Sementara itu, Malaysia Gazzete melaporkan PAS bakal meletakkan pendakwah terkenal, Ustaz Dusuki Abdul Rani sebagai calon Parlimen Shah Alam.
Menurut sumber portal itu, Khalid yang memegang kerusi Shah Alam selama dua penggal sejak tahun 2008 bermungkinan besar tidak akan dicalonkan semula bertanding di parlimen berkenaan.
Kenyataan Khalid yang 'memohon maaf' menambahkan lagi spekulasi bahawa beliau tidak akan dicalonkan di Parlimen Shah Alam.
"Jika ditawarkan insya Allah saya terima dan sanggup dan jika tidak saya menyokong siapa sahaja yang terpilih sebagai calon di Shah Alam.
"Dalam keadaan politik sekarang kita tak boleh jamin sehingga hari penamaan calon tetapi sekarang tiada pengumuman apa-apa.
"Saya sekadar ingin menyatakan terima kasih dan memohon maaf atas kekurangan (daripada dirinya) selama menjadi wakil rakyat di Shah Alam," kata Khalid. - AIDCNews
Cara Kempen Harapan Pun Sama Macam UMNO
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net
CASH IS KING!! DEDAK is coming!!!
UMNO = HARAPAN
Kredit
Mohd Ibnu Noor
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Apr 16, 2018 8:23 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
TAFSIRAN AYAT AL QURAN BERKENAAN PELANTIKAN NON MUSLIM SEBAGAI PEMIMPIN
bloglist-malaysia.
wabillahagro.
Dicatat oleh Abd Wahab Abdullah
1. Surah Ali Imran: 28
لَّا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۖ وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللَّهِ فِي شَيْءٍ إِلَّا أَن تَتَّقُوا مِنْهُمْ تُقَاةً ۗ
Maksudnya: "Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan yang demikian maka tiadalah dia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu)."
Menurut Syeikh Wahbah az-Zuhaily, ayat ini diturunkan berkenaan sekumpulan orang Islam yang yang menjadikan segolongan orang Yahudi yang mempunyai niat jahat terhadap Islam, dan mereka enggan untuk menjauhi mereka meskipun telah dinasihati dan diperingatkan berkali-kali tentang tipu-daya mereka.
Ayat ini ditafsirkan pula melalui ayat 118 surah yang sama apabila Allah SWT menyebut:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِّن دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ ۚ
Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi."
Rujuk Al-Tafsir al-Munir (3/199)
2. Surah al-Nisaa': 144
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۚ
Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman."
Menurut Ibn 'Asyur, orang-orang kafir dalam ayat ini merujuk kepada Musyrikin Quraish dan ahli kitab di Madinah, dimana kecenderungan kebanyakan mereka adalah bermusuh terhadap sifat dan berpakat dengan kelompok munafiq untuk menghancurkan Islam
Rujuk Al-Tahrir wa al-Tanwir (5/243).
3. Surah al-Ma'idah: 57-58
يا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَكُمْ هُزُوًا وَلَعِبًا مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكُمْ وَالْكُفَّارَ أَوْلِيَاءَ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ ﴿٥٧﴾ وَإِذَا نَادَيْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ اتَّخَذُوهَا هُزُوًا وَلَعِبًا ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَا يَعْقِلُونَ
Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan ugama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan - dari orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi penolong-penolong; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman. Dan apabila kamu menyeru (azan) untuk mengerjakan sembahyang, mereka menjadikan sembahyang itu sebagai ejek-ejekan dan permainan. Yang demikian itu ialah kerana mereka suatu kaum yang tidak berakal. "
Ibn 'Asyur sewaktu mentafsirkan ayat ini menyebut bahawa kalimah kuffar merujuk kepada Musyrikin yang tinggal di Madinah yang menzahirkan keislaman sedangkan sebenarnya tidak beriman atau dalam kata lain munafiq i'tiqadi. Terdapat sebahagian orang Islam yang tertipu dengan perlakuan dan penampilan zahir mereka. Diriwayatkan bahawa Ibn 'Abbas menyebut: Sebahagian orang Yahudi dan Musyrikin ketawa sewaktu melihat kaum Muslimin sujud di dalam solat
Rujuk Al-Tahrir wa al-Tanwir (6/241)
Beliau menambah lagi, wala' atau kesetiaan kepada orang kafir yang dilarang ialah wala' sepenuhnya dalam erti kata kesetiaan dari sudut agama. Maka kerana itu ayat ini ditafsirkan dengan ayat ke-51 surah yang sama, وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ yang bermaksud sesiapa yang mengambil orang kafir sebagai teman rapat, maka mereka termasuk dalam kalangan orang kafir tersebut (Al-Tahrir wa al-Tanwir: 6/242).
4. Surah Al-Mumtahanah : 1
يَا أَيُّهَا الَّذ
ِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا عَدُوِّي وَعَدُوَّكُمْ أَوْلِيَاءَ تُلْقُونَ إِلَيْهِم بِالْمَوَدَّةِ وَقَدْ كَفَرُوا بِمَا جَاءَكُم مِّنَ الْحَقِّ يُخْرِجُونَ الرَّسُولَ وَإِيَّاكُمْ ۙ أَن تُؤْمِنُوا بِاللَّهِ رَبِّكُمْ إِن كُنتُمْ خَرَجْتُمْ جِهَادًا فِي سَبِيلِي وَابْتِغَاءَ مَرْضَاتِي ۚ تُسِرُّونَ إِلَيْهِم بِالْمَوَدَّةِ وَأَنَا أَعْلَمُ بِمَا أَخْفَيْتُمْ وَمَا أَعْلَنتُمْ
Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuhmu menjadi teman-teman setia yang kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad), kerana rasa kasih sayang; padahal sesungguhnya mereka telah ingkar kepada kebenaran yang datang kepadamu, mereka mengusir Rasul dan (mengusir) kamu karena kamu beriman kepada Allah, Tuhanmu."
Para ulama' tafsir telah bersepakat bahawa ayat ini diturunkan berkenaan dengan perbuatan Hathib bin Abi Balta'ah yang menulis surat kepada kafir Quraish mengenai persiapan Rasulullah s.a.w untuk menunaikan umrah pada tahun perjanjian Hudaibiyah. Pandangan lain menyebut ayat ini diturunkan sewaktu Nabi ingin membuka Kota Mekah (Fathu Makkah) namun ia tidak kuat
Rujuk Al-Tahrir wa al-Tanwir (28/132)
5. Surah al-Mumtahanah: 8-9
لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ . إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَىٰ إِخْرَاجِكُمْ أَنْ تَوَلَّوْهُمْ ۚ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
Maksudnya: "Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."
Melalui dua ayat ini, Allah SWT telah menegaskan bahawa 'illah pengharaman menjadikan orang kafir sebagai teman rapat, pemimpin atau ikutan itu adalah kerana mereka menzahirkan permusuhan terhadap Islam dan menghalau kaum Muslimin daripada tanah air mereka. Adapun yang tidak bersifat dengan yang demikian, maka terkecuali daripada pengharaman ini. Al-Qistu dalam ayat ini bermaksud berlaku adil, manakala al Birru pula berbuat baik, termasuklah bergaul dengan baik dan memuliakan mereka
Rujuk Al-Tahrir wa al-Tanwir (28/151-152)
KESIMPULAN
Hasil penelitian terhadap ayat-ayat al-Qur'an di atas beserta penjelasan para mufassir dan melihat kepada asbab nuzul, kami dapat simpulkan bahawa kesemua ayat di atas adalah diturunkan dalam konteks hubungan yang tegang antara kaum Muslimin pada zaman Rasulullah saw dengan sebahagian Musyrikin Quraisy dan sebahagian orang Yahudi yang memusuhi agama Islam dengan permusuhan yang nyata. Maka celaan dan larangan daripada menjadikan orang kafir sebagai wali / teman rapat/ penolong terpakai kepada kalangan bukan Muslim yang menzahirkan permusuhan dan kebencian kepada Islam dan yang memerangi orang-orang Islam.
Fatwa Mufti WP 'memihak
bloglist-malaysia.
wabillahagro.
Dicatat oleh Abd Wahab Abdullah
PENDAHULUAN
Sejurus setelah Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri, mengeluarkan fatwa berkenaan hukum asal mengundi calon bukan Islam di dalam pilihan raya adalah harus, cybertrooper Muslim daripada PAN dan PKR mula menudingkan jari dan menghalakan fatwa itu ditujukan kepada PAS.
PAS dilabelkan sebagai gagal memahami nas dalam kerangka Maqasid Syariah, berfikiran cetek, jumud dan tidak selari dengan fatwa mendalam yang dikeluarkan oleh SS Mufti Wilayah.
Semuanya kerana PAS telah memutuskan sebarang kerjasama dengan Parti DAP atau parti-parti yang ada hubungan kerjasama dengan DAP.
Sebenarnya fatwa itu bukan menyatakan wajib mengundi calon bukan Islam. Ia adalah harus dengan beberapa syarat yang perlu dipenuhi.
Menghuraikan salah faham
Salah faham ini berlaku kerana cybertrooper Muslim daripada PAN dan PKR beranggapan bahawa semua non-Muslim di negara kita adalah penyokong DAP.
DAP adalah non-Muslim. Dan non-Muslim adalah DAP. Inilah titik tolak kepada segala salah faham ini.
Sebenarnya, masyarakat bukan Islam di negara kita memilih pelbagai wadah politik bagi menyuarakan hak dan kehendak mereka. Bukan memilih DAP sahaja. Dan ada juga yang masuk PKR. Ramai juga yang lebih senang bergiat dalam NGO berbanding terlibat langsung dalam parti-parti politik. Ada juga yang bersikap tidak memihak.
Jika kita dapat memahami hakikat ini, mudahlah untuk kita faham bahawa PAS hanya memutuskan hubungannya dengan DAP. Bukan dengan keseluruhan masyarakat non-Muslim.
PAS menyatakan ia sedia bekerjasama dengan parti politik, NGO atau tokoh non-Muslim yang tidak bersama DAP dan tidak memusuhi agenda PAS memartabatkan perundangan syariat di negara kita.
Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP)
Lebih daripada itu, PAS mempunyai sayap bukan Islamnya sendiri iaitu DHPP. Ahli-ahli Dewan ini adalah bukan Islam daripada pelbagai agama dan anutan. Tetapi mereka melihat penyelesaian secara Islam yang diterajui oleh PAS adalah amat tepat, bersesuaian dengan masyarakat majmuk dan sangat terbuka. Justeru memberi faedah dan manfaat kepada semua warganegara, sama ada Islam atau bukan Islam.
DHPP memberi penerangan kepada bukan Islam bahawa PAS tidak seperti Umno yang berteraskan ideologi berteraskan bangsa semata-mata, bahkan teras PAS adalah Islam. Islam pula adalah bersifat universal, tidak menzalimi dan adil untuk semua.
DHPP menerangkan aspek kebaikan perlaksanaan Hukum Hudud di Kelantan dan Terengganu. Betapa Hukum Hudud hanya terhad untuk orang Islam sahaja. Golongan bukan Islam pula tidak terlibat dengan perlaksanaan Hukum Hudud itu. Mereka bebas mengikut Undang-undang Jenayah sedia ada.
Dengan itu, bolehlah dikatakan bahawa anggota DHPP memenuhi semua syarat yang digariskan oleh SS Mufti Wilayah bagi mengharuskan mereka diundi di dalam sesebuah pilihan raya.
Oleh kerana itulah, Presiden PAS telah membayangkan kemungkinan meletakkan calon DHPP mewakili PAS di kawasan-kawasan yang sesuai.
Kenapa dulu PAS pernah bekerjasama dengan DAP?
Ya, dulu PAS pernah bekerjasama dengan DAP. Sebabnya PAS dan DAP sama-sama bersetuju menjatuhkan kerajaan BN yang penuh dengan skandal, penyelewengan dan salah guna kuasa. PAS dan DAP juga bersolidariti dengan DS Anwar Ibrahim yang dizalimi dan diaibkan dengan dahsyatnya oleh rejim Tun Mahathir.
Bahkan DAP juga bersetuju agar Hudud dilaksanakan di Kelantan dengan syarat ia tidak melibatkan bukan Islam. Dasar DAP ketika itu sehingga memberi peluang kepada pimpinan PAS untuk berdialog dengan golongan bukan Islam di dalam majlis-majlis anjuran mereka mengenai Qisas, Hudud dan Takzir.
Hubungan baik itu sehingga ada pimpinan DAP memetik ayat al-Quran dalam ceramah-ceramah umum mereka dan juga dalam ucapan mereka di Parlimen.
Apa masalah dengan DAP sekarang?
DAP pada hari ini sudah berubah. Mereka memusuhi PAS daripada segenap segi. Bahkan mereka memusuhi hak umat Islam untuk beramal dengan Syariat Islam sepenuhnya.
DAP beberapa kali memutuskan hubungan dengan PAS gara-gara dasar mereka yang berubah tentang Hukum Hudud. DAP Sarawak memutuskan hubungan dengan PAS ketika Pilihan Raya Negeri Sarawak. Walaupun ketika itu PAS dan DAP masih sebagai komponen Pakatan Rakyat.
Ini disebabkan oleh kerana DAP bimbang kerjasama dengan PAS menyebabkan DAP bakal kehilangan undi di dalam pilihan raya itu, kerana musuh politiknya di Sarawak akan mengaitkan DAP dengan menyokong Hudud.
Agenda hukuman jenayah berkaitan Hudud, Qisas dan Takzir ditolak dengan bersungguh-sungguh oleh DAP. Sekejap kerana kerana mahu mengekalkan Malaysia yang 'Sekular
DAP juga bermati-matian tidak bersetuju dengan agenda PAS untuk memperkasakan Undang-undang dan Mahkamah Syariah melalui usul persendirian RUU355. Usul yang turut disokong oleh SS Mufti Wilayah Persekutuan.
Beberapa perubahan dasar DAP yang lain terhadap PAS
Selain Hudud, YAB Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP secara terang-terang dalam ucapannya menunjukkan sokongan terbuka kepada pimpinan PAS tertentu yang sanggup berkompromi dengan dasar baru DAP itu. Dia juga sehingga mengisytiharkan putus hubungan dengan Presiden PAS, tetapi tidak putus hubungan dengan PAS. Ini sangat melampau dan tidak beretika.
DAP juga pernah cuba menguasai Pakatan Rakyat suatu ketika dahulu dan kini sedang menguasai PH. DAP tegas untuk memandulkan sebarang usaha membina semula negara dengan mengikut acuan Islam yang syumul. Usaha DAP ini turut disokong kuat oleh beberapa pimpinan PKR, PAN, Umno, MCA dan Gerakan.
DAP akhir-akhir ini seperti Umno juga, menyerang Kerajaan Kelantan bertubi-tubi dengan pelbagai fitnah dan persepsi yang sangat buruk dan negatif. Walhal Kerajaan Kelantan adalah sifar rasuah dan mendapat pelbagai anugerah 'Good governance
Penutup
PAS mengalu-alukan fatwa seperti fatwa SS Mufti Wilayah yang cermat, mendalam, mudah difahami dan diselitkan dengan perbahasan dalil secara ringkas dan tuntas.
Menariknya, PAS sudah lama mengamalkan sikap yang bertepatan dengan hukum yang disuarakan oleh Sahibus Samahah dalam fatwa terbarunya ini Bayan Lin Nas Siri ke-129.
Sepatutnya semua parti politik menjadikan fatwa itu sebagai panduan dalam berurusan dengan golongan bukan Islam dalam politik negara kita. Golongan bukan Islam pula wajar sekali memerhatikan fatwa itu sebagai panduan berurusan dengan masyarakat Islam secara harmoni di negara kita.
Sedikit tambahan, PAS turut juga mengambil kira faktor majoriti penduduk kawasan yang ditandingi, sama ada Muslim atau non-Muslim lebih ramai. Turut diambil kira ialah faktor tradisi pertandingan melibatkan Muslim atau bukan Muslim di kawasan 50-50. Dan beberapa pertimbangan terhadap faktor-faktor lain.
ZAKARIA ISMAIL
AJK PAS Kawasan Marang
13 April 2018 - HARAKAHDAILY 13/4/2018
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Apr 16, 2018 8:23 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Tahukah Anda, Para Lelaki Bahawa Duduk Dengan Dompet Di Poket Belakang Boleh Menyebabkan Kecederaan Saraf Tulang? - Kajian
Ditulis oleh farra vy,
siakapkeli.my
Mesti ramai lelaki yang gemar letak dompet dekat poket belakang dan apabila duduk pula, dompet tidak dikeluarkan. Tahu tak? tanpa kita sedar sebenarnya posisi duduk dengan poket yang diletakkan pada poket belakang mengundang bahaya.
Bahaya bagaimana pula tu?
Menurut perkongsian Publich Health Malaysia, tabiat ini akan menyebabkan saraf-saraf tulang belakang tercedera. Bayangkan seharian dipejabat dengan posisi kedudukan sedemikian? Jom baca fakta kesihatan dibawah, semoga selepas ini para lelaki alihkanlah dompet sebelum duduk ya!
Kenapa kita harus mengelakkan daripada meletakkan dompet/telefon di poket punggung sewaktu duduk?
Pernahkah anda berasa malas untuk mengeluarkan dompet daripada poket belakang? Golongan lelaki kebiasaanya akan meletakkan dompet di poket punggungnya.. Dan dompetnya kebiasaan tebal sebab penuh dengan resit belanja dan kad-kad yang tebal. Tapi, tahukah anda jika anda duduk dengan dompet di poket, anda terdedah dengan pelbagai isu.
Dompet yang tebal selalu mengundang masalah punggung tidak rata apabila duduk. Ini akan menyebabkan tulang belakang kita terpaksa membengkok untuk menyeimbangkan badan supaya menjadi tegak semula pada kedudukan seimbang.
Namun, akibat daripada itu, otot-otot yang membantu menyokong tulang belakang anda terdedah kepada kecederaan akibat daripada stress yang dialami. Di samping itu, saraf-saraf tulang belakang juga boleh cedera akibat posisi yang tidak baik ini.
Memandu dengan dompet di belakang pada waktu yang singkat selama 30 minit juga terdedah kepada sakit belakang dan sakit skiatika. Apa lagi jika ianya dilakukan sepanjang perjalanan daripada Kuala Lumpur ke rumah anda lebih-lebih lagi di waktu PRU yang mungkin kebanyakan lebuh raya sesak dan memanjangkan masa perjalanan anda.
Jika perkara ini berpanjangan, anda juga mungkin berisiko untuk mengalami sakit belakang yang kronik dan memerlukan rawatan seperti fisioterapi, pembedahan, atau perlu menggunakan ubat tahan sakit seumur hidup.
Jadi, langkah terbaik untuk mengelakan perkara ini berlaku adalah dengan mengeluarkan dompet di poket punggung setiap kali anda duduk dan letakkan di poket hadapan.
Siakapkeli.my
Dua Lelaki Menyamar Pegawai Kesihatan Lengkap Berseragam Dan Bersenjata Masih Diburu Pihak Polis, Orang Awam Diminta Berwaspada
Ditulis oleh farra vy,
siakapkeli.my
Khamis lalu, 12 April 2017, dua orang penyamun bertindak mencederakan orang awam dengan menyamar sebagai pegawai kesihatan datang kerumah sebuah keluarga untuk membasmi jentik-jentik telah menerkam mangsa dengan pistol dan pisau.
Menurut perkongsian Faisal melalui laman Twitter miliknya, mereka telah memperkenalkan diri sebagai pegawai kesihatan kepada tuan rumah terbabit dan membenarkan mereka masuk untuk melihat kawasan rumah jika terdapat pembiakan nyamuk aedes.
Pergelutan telah berlaku dan penyamun dengan senjata itu dikatakan berjaya merampas beberapa barangan berharga serta turut mencederakan mangsa. Mari ikuti perkongsian dibawah, semoga kita lebih berhati-hati kerana ramai orang yang cuba mengambil kesempatan dan tidak membenarkan individu tak dikenali masuk ke rumah.
Rumah member aku kena samun bersenjata. Diorang menyamar menjadi org kesihatan nak inspect aedes kat rmh. Stay safe gaisss. Jangan mudah percaya kat org pic.twitter.
— Faisal (@pesasepa) April 12, 2018
Dibawah ini kami kongsi 15 Modus Operandi serta taktik ragut/samun di Malaysia daripada sumber asal The Aida Sue.
1. Tunjuk-Henti-
Taktik yang diguna pakai penjenayah seperti berikut:
• Menunggang sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki dan menunjukkan tanda isyarat tangan ke arah tayar bahagian kiri atau kanan.
• Sekiranya pemandu tidak berhenti pada waktu itu, datang sebuah motosikal lain (kedua) dinaiki dua lelaki menunjukkan perkara yang sama bagi mewujudkan rasa khuatir dalam diri pemandu supaya memberhentikan kenderaan ke bahu jalan.
• Apabila pemandu memberhentikan kenderaan, suspek akan turun dari motosikal dan menuju ke bahagian kiri atau kanan tayar dan meminta pemandu melihat kerosakan yang dialami.
• Pada masa yang sama, motosikal yang dinaiki dua lelaki yang pertama turut memberhentikan motosikal mereka tidak jauh dari kenderaan mangsa.
• Apabila mangsa keluar dari kenderaan atau menurunkan cermin kereta. Suspek dari motosikal pertama akan bertindak melarikan kereta mangsa atau memaksa mangsa untuk keluar dari kenderaan sebelum melarikan kereta.
via GIPHY
2. Rompak dan ragut depan pagar rumah / di kawasan rumah
Empat suspek samun berjaya dicekup polis peronda tidak sampai setengah jam selepas meragut rantai seorang wanita di Jalan Rumbia Batu 8, Kampung Sijangkang, di sini, kelmarin.Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, seorang daripada suspek turun dari kenderaan Kia Carens bertanyakan khabar ibu mangsa dan perihal rumah sewa sebelum meragut seutas rantai emas dipakai wanita terbabit.
Suspek menyamar menjadi tukang paip/baiki penghawa dingin. Jika tuan rumah tiada, dia akan memberitahu orang gaji ( jika ada ) yang tuan rumah mengarahkan dia datang untuk membaiki paip atau peralatan eletrik di dalam rumah dan merompak mangsa.
3. Ragut di stesen minyak
Modus Operandi : Semasa mengisi minyak, penjenayah akan memerhatikan kereta mangsa. Jika tidak berkunci,semasa mangsa ke kaunter untuk membuat pembayaran, penjenayah akan membuka pintu kereta dan terus mengambil barang berharga. Terus menaiki motor bersama rakan penjenayah.
4. Ragut ketika solat di masjid/surau
5. Samun ketika keluar bersarapan
KES : Empat penjenayah menaiki dua motosikal bertindak ganas apabila melakukan empat kes samun menggunakan modus operandi hampir sama membabitkan mangsa yang semuanya wanita. Suspek yang melakukan jenayah berangkai mereka itu menyasarkan suri rumah dan wanita yang berjalan sendirian ketika keluar membeli sarapan dengan setiap kes dilaporkan hanya selang 10 hingga 20 minit. Menurutnya, mangsa tidak menyedari kehadiran suspek yang memasuki rumahnya selepas pintu pagar dan pintu utama terbuka sebelum mengarahkan mangsa berdiam diri sambil diacukan parang.
6. Rempuh kereta dan ragut
KES : Rempuh dan ragut. Itulah modus operandi digunakan lelaki berusia 30-an untuk meragut mangsanya dipercayai aktif sejak tiga bulan lalu. Dalam kejadian terbaru di kawasan perumahan di Batu 9 Cheras.Lelaki terbabit yang menunggang motosikal seorang diri dilapor merempuh kereta sorong bayi berusia sembilan bulan sebelum cuba meragut ibunya. Tindakan itu bagaimanapun mengundang padah apabila orang awam bergegas membantu wanita dan bayinya itu sebelum menahan lelaki terbabit.
Menurut sumber, kejadian bermula apabila wanita berusia 20-an yang menolak kereta sorong membawa bayi perempuannya berusia sembilan bulan bersiar-siar di kawasan perumahan berkenaan. Tiba-tiba seorang lelaki yang menaiki motosikal meluru laju dan merempuh kereta sorong bayi terbabit menyebabkan bayi malang berkenaan tercampak ke di bahu jalan. Wanita terbabit bernasib baik apabila seorang lelaki yang dalam perjalanan ke tempat kerja segera berhenti dan membantunya," katanya.
7. Ragut kanak-kanak di karnival dan pesta
Modus operandi : keluarga itu menjalankan kegiatan ragut dengan menyasarkan kanak-kanak yang memakai rantai leher, gelang tangan, subang dan telefon bimbit. Hasil siasatan polis, keluarga itu menjual barangan curi di kedai-kedai pajak gadai untuk mendapatkan wang tunai.
8. Ragut selepas keluar dari bank
KES : Difahamkan, sebelum kejadian, seorang wanita , Nasha memandu kenderaan Naza Ria dengan ditemani seorang rakan wanitanya dan berhenti di persimpangan lampu isyarat itu. Nasha dikatakan baru mengeluarkan sejumlah wang di sebuah bank tidak jauh dari lokasi dia disamun. Sebaik berhenti di persimpangan itu, dua lelaki yang menunggang motosikal Honda EX5 menghampiri kenderaan pelakon tersebut. Pembonceng motosikal itu kemudian memecahkan cermin kerenderaan pelakon itu dan mengambil beg tangan yang diletakkan di riba Nasha. Sebaik sahaja mangsa keluar dari bank tersebut, dia tiba-tiba didatangi dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.
9. Ragut dan rompak di tepi kenderaan di tempat awam/ parkir
Mengekori anda semasa berjalan berseorangan di kawasan meletak kereta. Ada rakan penjenayah yang menunggu mangsa dan mereka biasanya di dalam kumpulan kecil.
Ada sebuah kereta berhenti di tepi kereta anda sejurus anda masuk ke dalam kereta. Bagi wanita yang terlupa mengunci kereta selepas masuk, penjenayah akan membuka pintu kereta di tempat penumpang dan mengambil tas tangan mangsa.
Kereta mangsa sedang berhenti di simpang jalan, di bahu jalan atau pun ketika lampu isyarat sedang merah. Caranya, dengan memecahkan cermin kereta sekiranya melihat beg tangan berada di atas kusyen kereta.
10. Ragut di atas jejantas
Modus Operandi : Jejantas itu dibina banyak kejadian ragut berlaku membabitkan penduduk setempat termasuk golongan wanita, petani dan kanak-kanak sekolah. mangsa ragut mereka diugut menyerahkan semua barang berharga termasuk wang tunai sambil pisau pula diletakkan di leher. Mangsa dalam kalangan petani pula disekat di atas jejantas kemudian kunci motosikal dirampas lalu dicampak supaya mangsa tidak melarikan diri. Kebanyakan peragut terdiri daripada lelaki golongan muda antara umur 20 an hingga 30 an dan waktu kejadian kerap berlaku adalah selepas pelajar sekolah pulang dan waktu Maghrib. pengguna jejantas itu tidak dapat melihat peragut terbabit dari bawah melainkan naik di atas jejantas itu lebih kurang 50 meter kerana dua peragut akan menunggu di dua penjuru tengah dan hujung jejantas.
11. Ragut sewaktu naik pengangkutan awam
12. Perompak yang menyamar sebagai anggota keselamatan
13. Taktik Tanya Alamat
Orang ramai dinasihatkan berwaspada daripada menjadi mangsa ragut taktik bertanyakan alamat oleh penjenayah.
Modus operandi : Penjenayah berpura-pura menanyakan alamat rumah. Mangsa biasanya di dalam keadaan hendak masuk ke rumah. Peragut akan terus mencapai loket dan rantai /gelang mangsa. Seorang lagi rakan penjenayah menunggu di atas motosikal membuat deruman enjin supaya jeritan saya meminta tolong tidak didengar jiran.
14. Taktik simbah cili boh / asid ke muka mangsa
Kes simbah cili asid yang berlaku ke atas dua wanita di perhentian bas di Rawang Selangor telah menunjukkan perkembangan baru apabila suspek utama telah berjaya diberkas oleh pihak polis
15. Diragut Semasa Lintas Jalan
Caranya adalah dua peragut akan bersedia dalam sebuah kereta di persimpangan jalan.Sebaik sahaja mangsanya melintasi persimpangan itu, peragut yang berada dikerusi penumpang akan keluar dan menyerang mangsa. Guna alat kejutan elektrik untuk 'melumpuhkan
NASIHAT
1. Sekiranya anda berada dalam keadaan yang dinyatakan terus memandu ke balai polis berdekatan atau kawasan yang ramai orang atau berhenti di kawasan 'safety point' antaranya 7-Eleven, Pos Malaysia dan stesen minyak Petron.
2. Tidak panik dan kenal pasti nombor kenderaan yang dinaiki suspek seperti (jenis motosikal, warna, nombor pendaftaran, bangsa, pakaian dan jantina).
3. Memastikan nombor telefon bilik gerakan mana-mana balai polis berdekatan..
4. Membunyikan hon kereta beberapa kali untuk menarik perhatian penggunakan jalan raya sekiranya berada dalam situasi kecemasan.
5. Jangan menggadai nyawa sekiranya berlaku pergelutan dengan suspek untuk mempertahankan harta benda.
6. Sehingga kini masih ramai lagi tidak peka mengenai jenayah ini, terutama dalam kalangan penunggang motosikal wanita yang meletakkan beg tangan mereka di dalam bakul motosikal. Ini menjadikan diri mereka terdedah kepada ancaman, walaupun ada ramai mangsa yang maut, namun mereka langsung tidak menjadikan perkara ini sebagai iktibar
Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Apr 16, 2018 8:23 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
"Kau Langgar Kami, Kau Fitnah Kami Langgar Kau!" Satu Keluarga Parah Dirempuh, Wanita Cari Keadilan Bongkar Kejadian Sebenar
Ditulis oleh farra vy,
siakapkeli.my
Kemalangan yang berlaku pada 12 April lalu, melibatkan dua buah kereta bertembung di atas 'flyover
Suriah Salleh menerusi laman Facebook miliknya berkongsi rasa ketidak puasan hati terhadap pihak satu lagi apabila menerima respon yang tidak disangka akibat kemalangan terbabit yang telah menyebabkan kedua orang tuanya yang turut berada didalam kenderaan tersebut mengalami patah kedua tulang rusuk, patah rahang, kaki dan jahitan dikepala.
Status yang telah dimuat naik didalam group Perak Ajerr rata-rata mendapat sokongan positif daripada masyarakat untuk terus menegakkan kebenaran dengan bukti klip video yang sempat dirakam olehnya.
Tangisan Anak kecil yang tak berdaya
Kucari keadilan untuk anakku
Keadilan keluargaku
WAHAI SAUDARA SEISLAM KU.
Begitu Berat mulutmu untuk mengaku kesalahanmu. Untuk MEMOHON MAAP KEPADA KAMI. Sekeluarga!
Alhamdulliah Allah tidak mengalirkan darah pada tubuhmu. Tubuh istrimu dan anak kecil itu! Itu pun kau tidak bersyukur. Malah Kau Menyalahkan kami di tempat kejadian. Itu Adalah pukulan yang paling sakit untuk kami sekeluarga!
Anak kau marah keluarga kami di tempat kejadian, menuduh kami langgar kau!
KAU LANGGAR KAMI. KAU FITNAH KAMI LANGGAR KAU!
KEJAMNYA KAU SAUDARA SEISLAMKU. KAU LANGSUNG TAK ADA RASA BERSALAH! Kau boleh tersenyum di HOSPITAL!!!
Kau munkin boleh lepas di dunia ni!
kau jangan lupa KITA ADA ALLAH. ALLAH NAMPAK KAU YANG LANGGAR KAMI SEKELUARGA!
SEMUA TU ALLAH NAMPAK......
Bila darjat kemewahan butakan hati manusia
Changkat #Jering #Kemalangan
12 April 2018
Penjual kambing taiping perak Langgar kami sekeluarga
masa tu kau akan melutut memohon maap pada kami sekeluarga wahai saudara seislamku...
Tunggu keadilan dari Allah!
Kau langgar kami Sekeluarga, kau buat tubuh Anakku 2 tahun mengalir darah
kau buat anakku trauma.
Kau buat anakku sakit.
kau Buat mak kami pata tulang rusuk kiri kanan!
kau buat apak kami pata rahang, pata kaki, kepala berjahit.
kau buat suamiku mengalir darah
tapi suamiku tetap kuat untuk orang yang dia sayang!
kau buat tubuh kami sekeluarga lebam2.
KAU TUTUP KEBENARAN!
KAU HEBOH KEBOHONGAN!
Bukan niat nak aibkan siapa!
Cuma nak kan kebenaran.
kami bukan orang senang.
Allah maha adil!
Doakan mak kami keluar hospital Esok 15 April 2018
Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Apr 16, 2018 8:24 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Bekas naib ketua wanita Umno sertai PAS
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net
Selepas menyepi selama beberapa tahun, bekas Naib Ketua Umno Datuk Kamilia Ibrahim kini secara rasmi menyertai PAS.
Perkara itu dimaklumkan setiausaha agung Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan semalam.
"Jawatankuasa Harian PAS Pusat menerima dan meluluskan keahlian PAS kepada Kamilia sebagai ahli seumur hidup," katanya dalam kenyataan.
Kamilia mula dilihat tidak sehaluan dengan pimpinan parti pada 2013 apabila menggesa Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil agar meletakkan jawatan sebagai ketua Umno ekoran terpalit dengan skandal National Feedlot Corporation (NFC).
Beliau kemudian mengkritik kepimpinan Umno atas sebab tidak meletakkan pemimpin kanan Wanita sebagai calon dalam PRU pada tahun itu.
Selepas tiga dekad berada dalam Umno, Bekas senator itu dipecat daripada parti itu selepas mengambil keputusan bertanding di kerusi parlimen Kuala Kangsar sebagai calon bebas pada PRU itu.
Calon Pas Pru 14 Dan Penerimaan Keahlian Baru
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net
1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Harian pada hari ini di Pulau Pinang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dan dihadiri oleh semua 12 orang ahlinya.
2. Dalam Mesyuarat tersebut, Jawatankuasa telah memuktamadkan 95% calon-calon yang akan mewakili PAS dalam PRU 14 bagi peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.
3. Bagi Kerusi Parlimen, PAS mengesahkan akan bertanding melebihi 150 Kerusi di samping sebahagian besar Kerusi-kerusi DUN di setiap Negeri. Majlis Pengisytiharan Calon-calon PAS akan diadakan serentak di Negeri-negeri di seluruh Negara pada 19 April 2018, kecuali Sabah dan Sarawak (21 April 2018) dan Kelantan (25 April 2018).
4. Dalam Mesyuarat yang sama, Jawatankuasa Harian PAS Pusat yang bermesyuarat pada hari ini juga telah menerima dan meluluskan Keahlian PAS kepada Yang Berbahagia Dato' Kamilia binti Ibrahim, bekas Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, sebagai Ahli Sekaligus PAS atau Ahli Seumur Hidup.
Sekian, Terima Kasih.
DATO' TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS
Tarikh: 15 April 2018
Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang bertanding di Permatang Pauh
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net
Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang Afnan Hamimi Taib Azamudden diumumkan untuk bertanding kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan Afnan Hamimi, 37, sebagai calon parti berkenaan pada majlis pelancaran Gagasan Sejahtera peringkat Pulau Pinang di Markaz Tarbiyah PAS, Pongsu Seribu di sini malam ini.
Abdul Hadi berkata Afnan Hamimi merupakan calon orang muda yang merupakan Setiausaha Pemuda PAS Pusat dan yakin PAS akan dapat merampas semula kerusi Parlimen Permatang Pauh.
PAS pernah memenangi kerusi Permatang Pauh pada 1978-1982 melalui Zabidi Ali.
Kerusi Parlimen Permatang Pauh kini disandang Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
12 Jawapan kepada 12 Fitnah Keatas PAS
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net
Fitnah 1 : PAS bergabung dengan Umno dimainkan sejak 2008.
Jawapan : Fitnah ini diulang-ulang bagi menghilangkan kepercayaan ahli dan penyokong PAS kepada pimpinan. Namun hingga ke hari ini sudah 10 tahun fitnah dimainkan, PAS dan Umno masih tidak bergabung.
Fitnah 2 : PAS Tongkat Umno dimainkan sejak 2017.
Jawapan : Menjelang PRU14, PAS umumkan akan berlawan dengan Umno di 130 kerusi Parlimen. PAS telah berlawan dengan Umno sebelum sebelum DAP ditubuhkan pada 1966, sebelum PKR ditubuhkan pada 1999, PAN 2015 dan PPBM 2016. Jadi adalah normal jika PAS bertanding melawan Umno walaupun sudah tidak bersama Pakatan kerana itu memang tradisi PAS. Isu PAS tongkat Umno hanya propaganda politik Pakatan selepas PAS menolak untuk bersama mereka.
Fitnah 3 : PAS terima 90 juta dari Umno (versi Sarawak Report 2016)
Jawapan : Fitnah mula disebarkan oleh editor Sarawak Report, Claire Rewcastle Brown pada 2016. Pas beri amaran untuk saman. Sebelum disaman, Claire memadam semua artikel fitnah dan membuat kenyataan bahawa semua artikel itu hanya berdasarkan andaian. Pada 2017, PAS mengheret Claire ke Mahkamah di London dimana lokasi sebenar akhbar itu beroperasi. Mahkamah London kemudian arah Claire membayar RM84,000 sebagai kos prosiding pendakwaan kerana gagal menyerahkan bukti. Pada 2018, Claire meminta Mahkamah membatalkan saman PAS kerana beliau gagal menyediakan bukti atas fitnah yang disebarkan.
Fitnah 4 : PAS terima 90 juta dari Umno (versi Husam 2017)
Jawapan : Sehingga ke hari ini Husam masih enggan membuat laporan SPRM dan Polis ke atas PAS. Husam juga masih gagal menamakan individu yang menerima wang tersebut. Husam yang sebelum ini mengatakan wang tersebut masuk dalam akaun Affin Bank individu tertentu masih gagal tunjukkan bukti transaksi. Selepas di desak, Husam cabar PAS tunjuk bukti salinan akaun bank yang menyatakan transaksi berkenaan. Anehnya orang yang dituduh pula yang perlu tunjuk bukti untuk mengesahkan fitnah yang dia buat. Sepatutnya Husam la yang tunjuk bukti itu.
Fitnah 5 : PAS terima Dana 1MDB.
Jawapan : Pada 2017, Orang yang menyebarkan fitnah ini iaitu Rafizi Ramli (Naib Presiden PKR) akhirnya akui bahawa yang terima dana dari 1MDB bukannya PAS tetapi, Nasharuddin Mat Isa, mantan Timbalan Presiden PAS yang dipecat pada 2013.
Fitnah 6 : Klip audio suara Nik Abduh berhubung PAS terima 90 juta dari Umno.
Jawapan : Husam pun tak pasti itu suara Nik Abduh atau tidak. April 2017, barulah Klip audio dihantar ke London untuk disemak oleh pakar selepas beberapa minggu ia disebarkan terlebih dahulu. Hingga kini tiada sebarang pengesahan dari mana-mana pakar audio bahawa klip video itu adalah suara Nik Abduh. Dan sangat lucu, sekali lagi Husam minta PAS sahkan yang suara itu adalah suara Nik Abduh. Sepatutnya Husam la yang tunjuk bukti itu untuk sahkan yang suara itu milik Nik Abduh.
Fitnah 7 : Anak Lelaki Sulung Almarhum TG Nik Aziz, Nik Omar sertai PAN dan bakal MB Kelantan.
Jawapan : 15 April 2018, Nik Omar Nik Abdul Aziz mengesahkan tidak menyertai PAN dan tidak akan bertanding dimana-mana kerusi. Wan Rahim akhirnya terdiam selepas bertahun memainkan fitnah yang Anak Lelaki Sulung TGNA itu bersama PAN.
Fitnah 8 : Ahli PAS Putrajaya ambil Pil Kuda ketika kempen PRU13.
Jawapan : Tengku Adnan Mansor hanya membuat andaian selepas membaca berita Anak Husam Musa ditangkap kerana disyaki menjual pil kuda pada Disember 2017. Husam Bertanding atas tiket PAS di Putrajaya pada 2013. Walaubagaimana pun beliau di pecat PAS pada 2016. Isu Pil Kuda hanya muncul pada 2017 dan hanya melibatkan anak Husam, bukannya petugas PAS seperti di dakwa oleh Setiausaha Agung Umno itu. Laporan polis telah dibuat dibawah Akta Berita Palsu 2018.
Fitnah 9 : Presiden PAS Sokong GST.
Jawapan : Hanipa Maidin (PAN) menemplak Fitnah RTM dan TV3 yang memanipulasi Ucapan TG Abdul Hadi Awang di Parlimen sebagai menyokong GST. Beliau mengesahkan bahawa Presiden PAS tolak GST. Ini sekaligus mematikan fitnah Muhyiddin Yasin, Presiden PPBM yang turut mendakwa Presiden PAS Sokong GST kerana beliau juga salah tafsir kenyataan Presiden PAS. Dalam Manifesto PRU14 PAS jelas menetapkan akan menghapuskan GST dan SST jika diberi mandat oleh rakyat.
Fitnah 10 : PAS tidak serius bentang pindaan RUU 355 (Akta Mahkamah Syariah).
Jawapan : Pindaan RUU355 adalah usul persendirian ahli parlimen bukannya dari Kerajaan BN. Jadual mesyuarat dan Pengerusi mesyuarat adalah dari BN. Merekalah yang tetapkan bila usul persendirian dari PAS ini boleh dibentang atau tidak kerana PAS adalah parti pembangkang. BN tidak memberikan laluan mudah, manakala ahli Parlimen PH pula memperlekeh Presiden PAS sebagai gagal.. Sepatutnya jika mereka jujur BN Dan PH beri kerjasama menyokong dan memaksa Speaker Parlimen beri laluan usul ini dibentangkan.
Fitnah 11 : Undang-undang Hudud menindas hak asasi bukan Islam.
Jawapan : Undang-undang Hudud adalah untuk orang Islam sahaja, bukan Islam bebas mengunakan undang-undang sivil sedia ada. Tindakan DAP menakut-nakutkan bukan Islam dengan menolak hudud secara terbuka adalah menghina hak demokrasi umat Islam. Hudud adalah undang-undang jenayah yang sepatutnya menjadi sebahagian dari senarai undang-undang Syariah.
Fitnah 12 : PAS diresapi oleh kumpulan pengganas ISIS.
Jawapan : Dakwaan Mat Sabu ini dijawab oleh Ust Norazli Musa selepas gambar lawatan kemanusian beliau pada 2015 diviralkan dengan andaian kononnya PAS beri bantuan pada ISIS. Siasatan mengesahkan bahawa individu yang memegang senjata dalam gambar yang diviralkan adalah Pengawal Lapangan Terbang yang diarah mengawal keselamatan beliau sepanjang misi bantuan kemanusiaan ke Syria, bukannya pejuang ISIS.
Sesungguhnya musuh-musuh PAS tidak pernah berhenti menyebarkan fitnah bagi menghalang kebangkitan PAS sebagai parti yang terbaik dalam memperjuangkan hak rakyat berlandaskan Islam.
Kepada pemimpin kaki fitnah, bertaubatlah dan akuilah kesilapan kamu. Hidup ini hanya sementara, jangan tunggu sudah mati baru nak bertaubat.
Kepada kaki penyebar fitnah ingat, Allah telah berfirman dalam Surah Al-Hujuraat ayat 6:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan"
Kepada pemimpin dan ahli PAS yang difitnah bersabarlah dan semoga Allah bongkarkan segala fitnah yang dilemparkan dengan kebenaran dan rahmatNya.
"Dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan ataupun ketakutan, mereka lalu menyiarkannya. Dan kalau mereka menyerahkannya kepada Rasul dan Ulil Amri di antara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya dari mereka (Rasul dan Ulil Amri). Kalau tidaklah karena kurniaan dan rahmat Allah kepada kamu, tentulah kamu mengikut syaitan, kecuali sebahagian kecil saja (di antaramu)." - Surah An-Nisa' ayat 83.
Herman Samsudeen
Mid Valley City
16 April 2018
Ddalam PAS masih ada lagi ke profesional, tanya puak Amanah
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net
"Mung kata dalam PAS masih ramai lagi profesional. Cuba mung beritahu aku siapa profesional tu."
"Mung nok tahu sungguh ko?"
"Ye. Sebab setahu aku profesional dalam PAS semua dah keluar masuk Amanah."
"Mung tanyo aku ni mung faham dok gapo maksud profesional?
"Tu la. Yang ada kelulusan tinggi. Contoh peguam macam Hanipa Maidin, Ahli Parlimen Amanah."
"Doh kalu gitu aku jawab ikut pemahaman mung jugoklah. Mung kenal Pengaroh Pilihanraya PAS Pusat, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar?"
"Kenal. Tapi kalau setakat doktor ramai je yang jadi doktor sekarang."
"Dia PhD Aeroangkasa - Prof Madya. Pakar aeroangkasa. Maso MH370 hilang dulu stesen TV panggil dio untuk bagi penerangan."
"Ooo.. Aku ingat dia doktor kat hospital."
"Ore dok pakai buoh ingat-ingat nih. Keno cari maklumat baru tahu. Mung kenal Dr Che Rosli Che Mat, Ahli Parlimen PAS Hulu Langat?"
"Tak kenal."
"Dok kenal tapi geger duk kato PAS takdok profesional. Nate apo la mung nih! Dio specialist dalam Sains Nuklear. Pakar Atom. Dulu orang besar dalam GM Ingress Corp. Kalu PAS menang dapat perintah Malaysia lepastu laksanakan Kerajaan Teknokrat dia mungkin akan mengetuai Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi sebab kepakaran dia kot tu. Faham ko dok?"
"Faham-
"Dia jugok duk baca Khutbah Jumaat sokmo dalam kawasan dia. Buleh jadi imam mayang. Mung royak jah imam gapo. Semua dio buleh. Nok jadi imam mayang mayat mung pun buleh!"
"Aku tak pernah tahu pun sebelum ni."
"Mung duk ralit baco MalaysiaKini sapa bilo-bilo pun mung dok tahu. Suruh baco Harakah malas."
"Ramai lagi ke orang hebat macam ni dalam PAS?"
"Penuh boh! Dok terkira banyok. Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ir Hj Khairil Nizam Khirudin mung kenal?"
"Aku kenal anak Haji Hadi seorang je kalau pemuda PAS."
"Nate ni semuo dok kenal. Pah duk jajo kato ore PAS bodo-bodo. Gong serupo orang PAN jugok mung nih! Dio Jurutera Minyak & Gas. Mung tahu gapo maksud Ir dalam bidang Jurutera? Kalu dok tahu aku nok ajar".
"Tahu-tahu.
"Pah sore lagi hok duk dalam Dewan Pemuda PAS Pusat merangkap AJK PAS Pusat, Muhtar Suhaili. Orang Sarawak. Jurutera Minyak & Gas jugok. Setakat Ketua Pemuda PAN Kelate tu set PAS nok jeling pun malas."
"Aku ingat semua yang keluar dari PAS dulu je profesional. Rupanya ada lagi profesional dalam PAS."
"Bukan setakat ado lagi jah boh. Buleh kata majoriti dalam pimpinan PAS loni profesional belako. Dalam Kepimpinan Tertinggi PAS Pusat dan MSU kito ada 12 orang pemegang PhD pelbagai bidang. Ado 5 orang doktor perubatan dan gigi, 2 orang peguam, sorang arkitek! Cumo PAS dok bodo nok jajo perkataan profesional, profesional setiap kali ceramoh. Orang bodo serupa PAN jah buat lagu tu. Malu kokrang!"
"Fuhhh, aku ingat sekarang ni tinggal Pak Pak Lebai je dalam PAS."
"Meme Tok Lebai sungguh boh. Tapi Tok Lebai ado PhD. Profesional hok buleh jadi imam mayang. Profesional hok duk wat kuliah hari-hari ke orang ramai. Mung ingat puok-puok ni belajar pondok semata-mata jah ko? Jange kelih sebelah mata gitu. Tu baru ulas bab pimpinan. Belum lagi cerita profesional-
"Bodoh sungguh. Mati-mati aku tertipu. Kalau mung tak cakap sampai bila-bila aku tak tahu hal ni."
"Dok perlu aku royak pun. Kalu mung rajin cari maklumat buleh tahu selalu. Mung nok suruh aku hurai sorang sorang ko hok aku royak tadi kelulusan dan kepakaran gapo?
"Cukup dah tu. Faham dah."
"Pah aku nok tanyo mung pulok kalu mung dokse tanyo doh."
"Apa?"
"Mat Sabu dan Mahfuz Omar. Dua orang ni galok duk jaja kata Profesional takdok doh dalam PAS. Aku nok tanyo mung gapo kelulusan dua orang nih?"
"Errrr.
"Hahaha.
#BeristiqamahHingga
#MaraMenujuCita
#SejahteraBersamaIs
#HijauMenujuKemenan
#LokKohoPunoh
#AwokKiteBulehHarap
Pembangkang Cakap Tak Serupa Bikin?
bloglist-malaysia.
addindeen.com
Posted by Din
Pembangkang Cakap Tak Serupa Bikin? Pengkritik sosial ternama Chandra Muzaffar berkata "malang" sekali pembangkang juga memberi sumbangan kepada rakyat sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dan menyifatkan budaya "sumbangan" kini menjadi lebih tersusun dan terrsebar..
Beliau berkata demikian selepas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dilaporkan mengagihkan wang tunai dan gajet bernilai RM2.24 juta kepada pengundi di Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa.
Pembangkang Cakap Tak Serupa Bikin? Timbalan presiden PKR itu berkata ia sebahagian daripada tanggungjawab sebagai menteri besar sementara.
Chandra, yang pernah menjadi timbalan presiden Parti Keadilan Nasional, berkata beliau tidak ingat sama ada perkara sebegitu pernah berlaku semasa beliau di pihak politik pembangkang.
"Kita peka terhadap perkara ini dan umumnya memastikan calon kita pada masa itu tidak melakukannya.
"Sepatutnya rakyat perlu menolak hadiah sedemikian, tetapi saya tidak pasti jika orang ramai akan menolak pemberian komputer riba. Dalam memperjuangkan integriti dan menjamin kejujuran, parti politik mesti mematuhi piawaian etika."
Pembangkang Cakap Tak Serupa Bikin?
Pemangku Pengerusi Bersih Shahrul Amam Saari berkata, Azmin tidak sepatutnya mencontohi amalan Barisan Nasional (BN) memberi "sumbangan" begitu hampir dengan pilihan raya.
"Bagi mereka yang mahukan perubahan, ini bukan teladan yang baik. Budaya apakah yang mahu kita pupuk jika semua orang melakukannya."
Bekas pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah berkata, semua parti, sama ada BN atau PH tidak seharusnya meninggalkan prinsip pilihan raya yang bersih dan adil bagi membawa perubahan.
Maria yang akan bertanding atas tiket PKR berkata, adalah penting bagi pertubuhan awam seperti Bersih memantau penggunaan jentera kerajaan pusat dan negeri supaya sumber kerajaan tidak digunakan untuk tujuan yang menguntungkan kepentingan kerajaan sementara.
"Peranan kerajaan sementara mestilah dijelaskan. Sebagai kerajaan sementara, sama ada persekutuan atau negeri, semua kemungkinan bantahan berhubung penggunaan jawatan rasmi untuk tujuan kempen pilihan raya mestilah ditiadakan," katanya.
Transparency International Malaysia (TI-M) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah kebangsaan (SPRM) menjelaskan pendirian dalam isu ini.
Pembangkang Cakap Tak Serupa Bikin?
Presiden Datuk Akhbar Satar berkata kedua-dua belah pihak memberi "sumbangan" dan jika ia merupakan kesalahan pilihan raya, SPRM hendaklah menguatkuasakan undang-undang.
Bekas pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, parti politik tidak harus mendorong atau mempengaruhi pengundi dengan memberi hadiah kerana ia ancaman terhadap pilihan raya yang bersih dan adil. - free malaysia today
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Apr 16, 2018 8:24 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
"Wanita Bila Usia Meningkat, Mulalah Rasa Masalah Bila Buang Air Kecil," Jururawat Ini Kongsi Cara Atasi Dengan Senaman Kemut
Ditulis oleh Eddy Hassan,
siakapkeli.my
Apa yang terlintas di fikiran korang bila disebut perkataan kemut? Stop! Jangan beritahu sesiapa. Cukup untuk diri sendiri sahaja ok. Tapi kemut yang kami nak kongsikan kali ini adalah berkaitan dengan satu jenis senaman yang disaran untuk di amal oleh golongan wanita, senaman tersebut adalah senaman kemut ataupun senaman kegel.
Senaman kemut ataupun senaman kegel ini memberi manfaat kepada wanita seperti monyokong organ dalaman uterus dan pundi kencing selain. Malah, menurut seorang jururawat yang membuat perkongsian mengenai senaman kemut ini, Lara Marina senaman kemut turut membantu wanita yang sudah berkahwin ketika bersama suami.
Namun ujarnya, hanya segelintir sahaja wanita yang mengamalkan senaman kemut ini walaupun istilah tersebut biasa didengari. Beliau juga turut berkongsi langkah-langkah betul bagi wanita-wanita yang ingin mengamalkan senaman kemut tersebut.
Jom kita ikuti perkongsiannya di bawah.
WANITA DAN SENAMAN KEMUT
Dah usia meningkat senja, mulalah ada masalah gagal dalam mengawal pengeluaran air kecil atau erti kata lain "Inkontinen Urin". Bukan saja golongan tua, malah muda-mudi pun pun tak terlepas daripada masalah ini.
Sebab apa? Sebab salah satunya tak pernah dan jarang atau tidak selalu buat senaman kemut.
Ramai yang hanya tahu sebut tentang senaman kemut tetapi tak tahu macamana cara yang betul mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
Bukan susah pun nak buat senaman kemut. Boleh buat dalam keadaan duduk, berdiri, berbaring dan semasa melakukan aktiviti harian pun boleh!
Senaman kemut dikenali juga sebagai senaman lantai pelvik dan senaman kegel's.
Otot lantai pelvik kita adalah sekumpulan otot yang melintang di lantai pelvis, yang mana fungsi-fungsinya adalah untuk :
1. Menyokong organ dalaman seperti uterus dan pundi kencing.
2. Membantu kestabilan tulang pelvik.
3. Menyumbang kepada aktiviti seksual.
4. Mengukuhkan penutupan uretral semasa peningkatan tekanan dalam abdomen contoh batuk dan bersin.
Jadi, nak kuatkan otot lantai pelvik, kita mesti lakukan senaman lantai pelvik. Prosesnya akan berlaku pengenduran dan pengecutan otot-otot sekitar bahagian pelvik. Caranya :
1. Duduk di dalam keadaan selesa. Bukakan kaki dan bongkokkan badan sedikit hadapan dan letak siku di atas lutut.
2. Bayangkan anda nak buang air kecil tetapi tiada tandas di sekitar.
3. Kemut otot-otot lantai pelvik anda.
4. Tahan seberapa lama yang boleh. Jadikan 10 saat sebagai sasaran.
5. Rehat 5 saat dan ulang lagi. Jadikan 10 kali sebagai sasaran.
Dalam kehidupan seharian pun anda boleh praktis senaman kemut.
1. Duduk dengan kaki dibuka sedikit. Kemut otot lantai pelvik dan tahan 10 saat. Rehat 10 saat dan ulang 30 kali sehari.
2. Baring dengan kaki terbuka sedikit, kemut otot lantai pelvik, tahan 10 saat, rehat 10 saat dan ulang 30 kali sehari.
3. Berdiri dengan kaki dibuka sedikit. Kemut otot lantai pelvik dan tahan 10 saat. Rehat 10 saat dan ulang 30 kali sehari.
4. Kemut otot lantai pelvik semasa hendak mengangkat barang berat.
5. Kemut otot lantai pelvik semasa senaman melompat.
6. Kemut otot lantai pelvik semasa menaiki tangga.
Lara Marina
Registered Nurse KKM
''Tips Jadi Ayah Hebat'
Ditulis oleh Sha Rossa,
siakapkeli.my
Sebaik sahaja seorang lelaki itu berumahtangga maka terpikullah di bahu mereka tanggungjawab terhadap isteri. Apabila mempunyai anak, tanggungjawab mengetuai keluarga bertambah besar, menjadi suami dan juga ayah. Namun menjadi ayah yang baik itu tidak mudah.
Tugas menjadi ayah tidak pernah selesai, walau berapa pun usia anak atau jumlah anak yang anda miliki. Seorang ayah yang baik itu, umpama 'role model' yang akan dicontohi oleh anak-anak. Keluarga tanpa didikan seorang ayah, akan tempang sebelah. Tidak lengkap dan kurang sempurna.
Perkongsian tips di Page Info Ibu Hamil boleh dijadikan panduan untuk ayah-ayah di luar sana bagaimana untuk menjadi seorang ayah yang hebat. Adakah anda 'super daddy' anak-anak? Semoga bermanfaat.
Tips menjadi ayah yang hebat :
1: Cintailah isterimu
Terima segala baik buruknya saat menikahinya. Dia lah yg melahirkan dan menjaga zuriatmu hampir siang dan malam. Pengorbanan yang sangat jelas tidak mampu ayah lakukan. Saban hari berperang dengan perasaan dan pengorbanan dalam mengasuh zuriat mu sejak lahir... Jika anda menyayangi isterimu..maka kasih dan cintailah keluargamu..
2: Luang masa bersama
Sesekali bawa lah keluarga anda bersiar-siar2. Bersantai ditepi pantai ditemani angin sepoi-sepoi.
Jika punya bayi kecil.. Saat bayi anda berjaga malam. Ambil peluang untuk menjaga dan mengasuh bayi anda. Biarkan isteri anda tidur dan ambil tempat isteri anda. Saat bayi anda 3bulan adalah masa yang tepat untuk anda memainkan peranan anda sebagai bapa supaya pertumbuhan pembesaran bayi anda sejajar dengan perkembangan.
3 : Jadilah teladan
Saling menjaga dan memperbaiki diri supaya anda menjadi ikutan yg baik untuk anak anda.. Tunjukkn perilaku dan perbuatan yang baik kerana anak anda melihat setiap tingkah laku anda dan mungkin anak anda akan menjadikan anda sebagai IDOLA suatu hati nanti.
4 :Fahamilah karakter setiap anak anda
Saling berkomunikasi dan menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing tanpa membezakan antara satu dengan yang lain.Berikan bimbingan mengikut cara yang bersesuaian dan tidak terlalu memaksa. Biarkan pertumbuhan mereka selaras dengan alirannya.
5 : Tunjuk kasih sayang
Terjemahkan kasih sayang anda pada anak anda. Jangan biarkan mereka berasa sendiri dan sepi. Saling berinteraksi dan saling memberi antara satu sama lain supaya mereka berasa dihargai dan disayangi.
6 : Disiplinkan anak anda dengan kelembutan
Ajar dan didik anak anda dengan kelembutan dan bukan terlau memaksa dan mendesak. Dikhuatiri mereka akan memberontak suatu hari kelak. Memberikan penterjemahan dengan kelembutan dan bukan dengan amarah.
7 : Tabungan masa hadapan
Sebagai ayah yang bijak. Anda sebgagai ketua keluarga hendaklah bijan merancang perbelanjaan kewangan dalam keluarga. Wang bukanlah segalanya akan tetapi ia amatlah berguna untuk masa hadapan anak anda. Bijaklah menabung dan menyimpan untuk kegunaan kecemasan dan masa hadapan.
8 : Makan bersama keluarga
Nikmatilah saat makan bersama keluarga anda. Saling bermesra dan berbual. Tunjukkan rasa penghargaan antara satu sama lain supaya mereka rasa disayangi.
9 : Berdoa dan beribadah bersama
Sebagai imam dan ketua keluarga, didiklah anak supaya mentakuti Allah S .A.W.. Ajarkan mereka tentang solat,dosa dan pahala supaya kelak mereka menjadi solleh dan solehah dan takut kepada Allah.
10: Nikmatilah saat menjadi seorang ayah yang kekal selamanya
Saat anda menjadi seorang ayah, Maka selamanya akan menjadi seorang ayah. Jadilah seorang ayah yang sabar dan bertanggungjawab dan mendidikan anak anda supaya pertumbuhan anak anda sejajar dengan perkembangannya.
Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Apr 16, 2018 8:25 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Apakah Benar Air Mata 'Diharamkan
Ditulis oleh farra vy,
siakapkeli.my
Terdapat hadis nabi yang mengatakan akan terseksa jenazah dengan tangisan ratapan ahli keluarga semasa kematiannya. Namun, apa yang cuba disampaikan adalah tangisan yang dilarang, merupakan tangisan ratapan yang buruk. Pun begitu, jika tangisan itu lahir daripada kasih sayang yang masih terkawal lakunya, ia dibenarkan.
Fitrah manusia itu punya hati, jadi agak susah untuk menahan tangis kehilangan orang yang disayangi. Ia tidak boleh ditahan, kerana apabila tiba masanya, yang namanya lelaki itu juga pasti mengalir air mata. Menangis dan ketawa adalah sesuatu 'rasa' yang menunjukkan kehebatan Allah.
Walau bagaimanapun, perkongsian daripada Manja Alia daripada Facebook miliknya berkongsi satu kisah apabila seorang wanita dimarahi apabila air matanya terkena jenazah dan membasahi kain kapan suami. Apakah benar air mata 'diharamkan
Mari baca penjelasan isu ini seperti dibawah serta video penjelasan daripada Ustaz Azhar Idrus bagi menjawab persoalan ini. Semoga dijadikan panduan buat kita semua agar tidak 'sesat
"JAGA2 AIR MATA TU, JANGAN SAMPAI TERKENA JENAZAH DAN KAIN KAFAN NYA.. SEKSA JENAZAH TU.. BERAT DIA NAK PERGI"
Seorang makcik 'sound pada si suami jenazah.
Jenazah isteri telah selesai dikafankan.
Giliran suami nak cium....dia mencium dahi isterinya...
Seorang makcik bersuara
"Angkat suami dia tu...jgn peluk lama2 arwah isteri awk tu...jgn sampai air mata ni menitik kene jenazah...kesian dia..berat dia nak pergi...."
Ini lah khilaf yg sering berlaku dlm masyarakat melayu islam kita...sebenarnya biarkan sahaja contohnya jika si suami ingin mencium dan memeluk isterinya lama buat kali terakhir...kalau pun dia menangis dan air matanya terkena kain kafan xmengapa...tiada hadis atau nas yg mengatakan xboleh...disaat itulah si suami mungkin sedang berbisik memaafkan dan menghalalkan segala makan minum kepada isterinya.
Ingat...yg tak boleh itu jika kamu meratap atau meraung dihadapan jenazah atau sewaktu kematian nya...dilarang keras oleh Rasulullah saw..wallahualam
Kekhilafan yang ramai lakukan dan masih berlaku hingga hari ini.
Siakapkeli.my
Bolehkah Seorang Isteri Itu Menghantar Dan Mengiringi Jenazah Suaminya Ke Kubur? -
siakapkeli.my
Gambar Hiasan
Menurut kitab fiqah, iddah adalah waktu menunggu diwajibkan ke atas wanita yang diceraikan, sama ada cerai hidup atau cerai mati, bagi mengetahui sama ada wanita itu hamil atau tidak.
Tempoh idah bagi wanita yang diceraikan suami atau suaminya meninggal dunia ialah:
1. Wanita yang hamil/isteri hamil tempoh idahnya ialah sehingga ia bersalin.. Firman Allah yang bermaksud : "Dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh idahnya ialah hingga mereka melahirkan anak Yang dikandungnya." (At-Talaq : 4)
2. Wanita yang tidak hamil, tempoh idahnya ialah 4 bulan 10 hari. Firman Allah yang bermaksud : "Dan orang-orang Yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beridah) selama empat bulan sepuluh hari." (Al-Baqarah : 234)
3. Suami menceraikan isteri yang haid, idahnya mestilah suci dari haid 3 kali berturut-turut. Firman Allah yang bermaksud : "Dan isteri-isteri Yang diceraikan itu hendaklah menunggu Dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid)." (Al-Baqarah : 228)
Semasa idah, beberapa perkara yang perlu dipatuhi oleh perempuan tersebut di antaranya ialah :
1. Wanita yang berada dalam idah, tidak boleh dipinang atau bertunang.
2. Wanita dalam idah tidak boleh dikahwinkan atau bernikah, kerana dikuatiri bercampur benih suami lama dan suami yang baru dan memastikan rahim wanita tersebut benar-benar bersih dari benih suami yang lama dahulu.
3. Wanita dalam idah tidak dibenarkan memakai hiasan atau pakaian yang cantik. Tujuannya adalah untuk mengelakkan wanita idah ini diperhatikan oleh lelaki lain atau dijadikan buruan lelaki lain dan untuk mengelakkan wanita ini dipinang atau dikahwini semasa idah. Hal ini juga bertujuan untuk mengelakkan dari timbulnya fitnah orang akan wanita idah tersebut. Wanita tersebut hanya berpakaian yang menutup aurat dan pakaian tersebut tidak menampakkan wanita tersebut cantik dan bergaya.
4. Wanita idah tidak dibenarkan keluar rumah atau tidur di rumah bukan kebiasaannya. Jika wanita yang diceraikan suaminya dilarang menghalau atau mengusir isterinya keluar dari rumahnya. Tidak mengapa wanita idah tinggal di rumah ibu bapanya atau mertuanya, kerana ini merupakan kebiasaannya. Tetapi beza bagi wanita idah yang mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan seperti berlakunya musibah banjir, rumah runtuh, kebakaran dan seumpamanya, maka dibolehkannya berpindah ke rumah lain.
5. Wanita idah tidak boleh keluar rumah tanpa tujuan atau keperluan. Hal ini adalah bertujuan untuk mengelakkan dari timbulnya fitnah orang sekelilingnya. Beza bagi wanita idah yang tiada saudara maranya dan dia terpaksa keluar rumah untuk mencari keperluan hidupnya seperti bekerja, mencari rezeki, keluar membeli barang keperluan dapur dan sebagainya. Tetapi keluar hanya mencari barangan keperluan sahaja, setelah selesai membeli barang atau setelah waktu kerja, maka dia perlu bersegera pulang ke rumahnya.
Gambar Hiasan
Melalui perkongsian Nik Mohd Kamal daripada laman Facebook miliknya telah menerangkan hukum dan sebab wanita menghantar jenazah suami ke kubur seperti dibawah. Zahirnya, doa itu lebih penting mengiringi jenazah daripada jasad. Setabah mana pun wanita itu, hatinya pasti merintih sedih melihat keadaan terakhir suaminya. Mari baca perkongsian dibawah ini dan semoga memberi manfaat kepada kita semua.
BOLEHKAH WANITA MENGHANTAR JENAZAH SUAMINYA KE KUBUR?
Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar AlHamid
Jawapan:
TIDAK BOLEH!
khususnya bagi isteri yg suaminya yg meninggal, kerana iddahnya telah bermula, dan isteri tidak blh keluar meninggalkan rumah suami kecuali darurat.
Darurat ini bukan mengikut persepsi kita, tapi mengikut apa yg ditetapkan oleh syarak. Antara sebab yg dibenarkan utk meninggalkan rumah suami adalah jika keselamatannya terancam. Sebab2 seperti ingin menziarahi kubur, atau menghadiri majlis ilmu tidaklah termasuk sebab yg darurat.
Ibadah mesti mengikut cara yg diatur oleh Allah, bukannya mengikut hawa nafsu. Jadi, kalau ingin suami yg meninggal mendpt redha Allah Ta'ala, isteri tidak boleh keluar drpd rumah suaminya selama 4 bulan 10 hari. Yg beri suami dan yg tak izinkan keluar ialah Allah SWT, jadi kita kena patuhi arahan Allah dan bukan dgr apa masyarakat kata.
■Ambil iktibar drpd kisah Ummu Salamah yg pd asalnya ingin menunjukkan cara ratapan luar biasa ketika suaminya meninggal. Tetapi setelah dilarang oleh Nabi SAW, dia akur dan menurut apa yg diajar Rasulullah ﷺ, dan akhirnya diganjar Allah dgn dia akhirnya diperisterikan oleh lelaki terbaik, iaitu baginda RasuluLlah ﷺ sendiri. Iktibarnya – bilamana mendahulukan Allah, pasti ada ganjaran tak kira sama ada akan diberikan ketika di dunia ataupun disimpan utk akhirat.
Gambar Hiasan
■Isteri tidak perlu merasa bersalah dgn anggapan masyarakat yg mungkin mengatakan –"Isterinya tak hantar suaminya ke kuburlah." Dan isteri juga tak perlu rasa bersalah dan membuat helah seperti isteri ikut tapi duduk dlm kereta saja, atau duduk jauh sikit drpd tmpt dikebumikan. Perasaan bersalah itu perlu diambil kira berdasarkan hukum Allah, dan bukan hukum budaya masyarakat. Jgn takut apa org cakap.
■Pada zaman RasuluLlah ﷺ sudah ada golongan wanita yg nak ikut ke kubur, lalu Nabi ﷺ bertanya kpd mereka, "Kamu nak pergi kubur, adakah kamu pikul jenazah itu? Jawab mereka, "Tidak." Baginda RasuluLlah ﷺ bertanya lagi, "Adakah kamu akan masuk ke dlm kubur utk menguburkan jenazah?" Jawab mereka, "Tidak." Lalu Rasulullah ﷺ berkata, "Kamu balik kamu dpt ganjaran, lebih baik drpd kamu ikut dan kamu dapat dosa."
Ini bukan menunjukkan yg agama ini tiada perasaan kpd kaum wanita. Hari ini org akan mengatakan seorg isteri tak penuhi hak suami jika isteri tak hantar jenazah ke kubur. Lama-kelamaan org akan kata tak penuhi hak suami jika tak semua ahli keluarga hadir di kubur. Generasi akan datang pula akan kata tak penuhi hak suami jika tak masuk dlm kubur. Perubahan demi perubahan akan berlaku jika ianya dicipta mengikut akal fikiran manusia atau budaya tempatan yg sumbernya tak tetap. Tapi jika ikut hukum Allah, ia sama saja tak kira di mana berada – Malaysia, Indonesia atau Yaman dll.
■Jika ada yg kata, "Eh awak tak penuhi hak suami awaklah.
Jawab padanya, "Eh, ALlah yg suruh saya tak ikut." Oleh itu, pastikan apa yg kita buat itu adalah sesuai mengikut apa yg ALlah Ta'ala suruh.
■Jika ikut cakap org kita dpt dosa, tapi ikut cakap Nabi ﷺ, yg tak pernah bercakap kecuali ianya wahyu drpd ALlah Ta'ala, kita akan dpt pahala. Maka, rugi jika seseorg itu ikut cakap org !
Di akhirat nanti bukan kwn itu yg akan membela kita di hadapan ALlah, bahkan dia akan menjauh drpd kita.
Gambar Hiasan
■Jika isteri ingin melihat suami buat kali terakhir atau ingin solatkan, bawa jenazah pulang ke rumah seblm dikebumikan. Siapa kata jenazah tak boleh dibawa pulang ke rumah jika telah dimandi (dan disolatkan) di masjid?
■Jika ingin solatkan, baca Quran atau apa saja – buat di rumah agar isteri tak perlu keluar. Kalau boleh mandikan di rumah lebih baik, tapi kalau tak boleh, bawa ke masjid, dan kemudian bawa balik ke rumah. Nak buat tahlil di masjid boleh, tapi isteri buat di rumah saja.
■Isteri tak boleh keluar menunggu suami dimandikan di masjid atau seumpamanya, kerana iddah bermula setelah suami meninggal.
■Perempuan, kalau nak pergi ke kubur, pergi pada hari selain drpd hari pengkembumian. Kecuali, jika satu Kg. itu tiada lelaki, semuanya perempuan. Maka, dlm hal ini – perempuan yg bawa jenazah, yg gali kubur, yg kebumikan, yg uruskan semuanya.
■Perempuan bukan dilarang pergi ke kubur, tapi risau berlaku perkara yg tidak sesuai dgn syarak jika ikut bersama lelaki yg menguruskan jenazah.
Kita pun lihat sendiri byk berlaku, perempuan ahli keluarga duduk di hadapan kubur, dan sekelilingnya semuanya lelaki. Batasan antara lelaki dan perempuan tak lagi diperhatikan. Tambahan pula kalau perempuannya tidak menjaga cara berpakaian yg sopan dan menurut syarak.
■Biarkan org lelaki siap menguruskan. Esok pagi2, baru anak dan ahli keluarga pergi utk bacakan Yasin ke… dan akan dpt baca dlm keadaan tenang dan tak bercampur dgn lelaki.
■Ambil iktibar drpd kisah anak perempuan Nabi Syuaib, yg ketika ingin mengambil air drpd perigi. Walaupun memerlukan, mereka tidak beratur bersama lelaki, tetapi mereka tunggu jauh drpd perigi sehingga lelaki selesai, baru mereka akan ambil air. Sama juga kalau nak ziarah kubur, tunggu org lelaki selesai dulu, pergi keesokan harinya.
■Terdpt byk perbahasan ulama dlm kes isteri yg kematian suami dan perlu keluar bekerja, kerana memang sukar mendapatkan cuti selama 4 bulan 10 hari. Dlm keadaan darurat, seseorg dibenarkan melakukan sesuatu yg haram sekalipun. Dlm hal ini, kalau isteri bekerja, perlu dilihat adakah pekerjaan itu keperluan darurat atau tidak. Kalau dgn dia tidak bekerja, tapi keperluan asasnya dpt dipenuhi, maka itu bukan darurat yg membolehkan dia utk keluar bekerja. Tapi, kalau dgn dia tak bekerja, dia tak blh makan, atau anak2nya tiada yg menanggung, atau keluarga suaminya tidak mampu menanggungnya, walhasil, dia ada sebab yg menyebabkan dia tidak boleh berhenti kerja, tapi sebab dan daruratnya itu perlu diambil kira oleh syarak dan bukan oleh diri sendiri. Jadi, dlm hal ini, dia boleh keluar bekerja tetapi tetap tidak blh meninggalkan tuntutan lain seperti berhias, dan melakukan hanya yg diperlukan sahaja dan keluar dari rumah pergi kerja, dan kemudian pulang ke rumah, dan tidak pula singgah di tmpt2 yg tak berkaitan. Kalau nak pergi kedai, cuma utk keperluan beli makanan dan minuman sahaja.
Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Apr 16, 2018 8:31 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Mengembalikan Islam memerintah dan mentadbir
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.
إِلَّا تَنْفِرُوا يُعَذِّبْكُمْ عَذَابًا أَلِيمًا وَيَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ
"Jika sekiranya kamu tidak keluar berjuang bersungguh-sungguh untuk menegakkan Islam, nescaya Allah menyeksa kamu dengan seksa yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah menukar kaum yang lain memerintah kamu."
(at-Taubah: 39)
Mengapa saya menyebut firman Allah yang menyeru orang Islam supaya berjuang untuk menegakkan Islam? Walaupun Islam adalah agama adil untuk seluruh manusia, sama ada Islam dan bukan Islam, adil kepada semua bangsa, Melayu, Cina, India dan lain-lain, kerana Islam hanya agama yang menyebut politik yang sempurna.
Agama Yahudi politiknya perkauman Yahudi sahaja. Agama Kristian memisahkan politik daripada agama. Agama Hindu, Buddha dan lain-lain tidak memberi perhatian berkenaan dengan politik, idealogi-idealogi dan teori-teori politik dan ekonomi yang direka oleh ahli-ahli falsafah kalangan manusia, tidak peduli agama tanpa mengira halal dan haram.
Hanya Islam merangkumi seluruh cara hidup manusia, memerintah adil untuk semua. Maka menjadi kewajipan kepada umat Islam terlebih dahulu daripada orang-orang lain berjuang untuk memilih kerajaan dan memimpin kerajaan yang adil untuk semua.
Malangnya di hari ini, ramai kalangan umat Islam anak-anak muda dan lain-lain menganggap mengundi dalam pilihan raya tidak penting, tidak mustahak, tak mahu daftar, tak mahu keluar mengundi, serupa sahaja parti mana-mana, parti apa-apa pun. Ini adalah satu anggapan yang salah, bertentangan dengan agama Islam. Al-Quran menyebut, sejak Allah mencipta Nabi Adam A.S, Allah berfirman:
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ
"Dan ingatlah apabila tuhan berkata kepada para malaikat, Aku hendak ciptakan Adam makhluk manusia untuk menjadi khalifah."
(al-Baqarah: 30)
Khalifah dalam bahasa Arab bukan khalifah dalam bahasa Melayu. Khalifah dalam bahasa Arab:
اقامة الدين وسياسة الدنيا به
"Menegakkan ajaran Islam yang adil dan mentadbir dunia dengan Islam itu."
Ini makna khilafah. Maka semua Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul A.M.S tidak memisahkan dakwah dengan politik. Nabi Nuh A.S yang pertama berjuang bukan sahaja berdakwah, tetapi menghadapi Al-Malak. Al-Malak adalah pemimpin-pemimpin yang memerintah di zamannya.
Ibrahim A.S yang dibangga oleh penganut semua agama, orang Islam menyebut Ibrahim, orang Yahudi menyebut Ibrahim, orang Kristian menyebut Abraham, orang Hindu menyebut Brahma mengikut kepercayaan masing-masing.
Ibrahim bukan sahaja berdakwah kepada tuhan yang satu. Ibrahim menghadapi Raja Namrud yang memerintah Kerajaan Babylon, menunjukkan berpolitik untuk membetulkan negara. Nabi Musa A.S dan Nabi Harun A.S memimpin Bani Israil menyelamatkan mereka, dalam masa yang sama menghadapi Firaun yang memerintah dengan zalim.
Semua Nabi-Nabi, termasuk Nabi Muhammad S.A.W berdakwah bukan sekadar di masjid, bukan sekadar imam sembahyang, imam nikah kahwin, imam memimpin negara. Ditawarkan menjadi pemimpin negara di Makkah, ditawarkan harta benda dan pangkat yang paling tinggi harta yang banyak, ditolaknya kerana tidak mahu Islam itu memerintah dengan tadbir.
Akhirnya berhijrah ke Madinah. Untuk apa berhijrah? Untuk tanam kelapa sawit? Untuk jadi nelayan? Untuk berniaga? Tidak! Hijrahnya untuk mendirikan negara yang memerintah masyarakat majmuk, orang Islam, orang Yahudi, orang Kristian dan orang Musyrikin. Allah telah membuktikan bagaimana Islam yang dimulakan di bumi yang kering:
بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ
"Lembah yang tidak ada tanaman yang tidak ada air."
(Ibrahim: 37)
Dibangun manusianya dengan akhlak yang mulia, iman yang betul, telah berjaya memimpin negara menguasai sebahagian besar muka bumi. Di Timurnya Alam Melayu, di Baratnya Afrika Barat, Sepanyol di Eropah, Asia Tengah termasuk Moscow ibu negara Rusia pada hari ini, sehingga Afrika Tengah, di zaman tidak ada kemudahan-kemudahan cepat, telefon, wireless, internet, handphone, kapal terbang, tidak ada. Islam boleh memerintah masyarakat majmuk, berbagai kaum, berbagai agama dan bangsa, memerintah dengan adil.
Penjajah yang datang untuk menghapuskan Islam. Tujuannya dengki, kerana kalau Islam memerintah tidak boleh rasuah, tidak boleh maksiat, tidak boleh menipu, tidak boleh memperhambakan manusia, mengabdikan manusia. Penjajah Barat datang menjatuhkan Kerajaan Islam.
Hari ini kita memperingati 100 tahun kejatuhan Khilafah Uthmaniyah, bermulanya perjuangan nasionalisme Arab, As-Tsaurah Al-'Arabiyah Al-Kubra, yang diisytiharkan 1916, menjatuhkan Uthmaniyah, setelah dijatuhkan Melaka 1511, campur tangan di India untuk menghalang kemaraan Islam, campur tangan di Afrika.
Orang Islam dijatuh, ditumbang satu demi satu, tetapi umat Islam tidak tunduk kepada penjajah. Mereka menentang penjajah dengan keris yang pendek menghadapi senjata-senjata moden, mereka tidak tunduk.
Lalu penjajah berbincang sesama mereka. Parlimen British di zaman Queen Victoria, Perdana Menterinya Gladstone bersidang. Gladstone berucap di Parlimen England, memegang kitab suci Al-Quranul Karim, menegaskan selagi mereka berpegang dengan buku ini Al-Quran, selagi ada sembahyang Jumaat, dinamakan sembahyang Jumaat, selagi ada Haji di Makkah, selama itulah Islam tidak boleh dihapuskan.
Maka dirancang untuk melumpuhkan kefahaman umat Islam. Mereka mengetahui kelemahan umat dan kefahaman terhadap agama mereka, khususnya kefahaman politik, kefahaman memerintah negara.
Snouck Hurgronje, Orientalis Belanda yang pernah mengaji pondok di Indonesia menegaskan bahawa tidak menjadi masalah kalau ulama-ulama Islam mengajar agama. Apa yang dianggap ancaman kepada Barat ialah doktrin politik memerintah negara.
Hari ini kita mengalami orang Islam yang tidak ada negara yang memerintah dengan Islam. Kalau dulu negeri yang kering kontang, yang tak ada hasil, Islam telah berjaya meningkatkan keamanan negara, keadilan, dan kemakmuran ekonomi. Di zaman Khalifah Umar Bin Abdul Aziz, belanjawannya, ......, tak ada defisit, wang negaranya lebih sehingga orang-orang miskin dibantu, rakyat bukan sahaja pegawai kerajaan, termasuk rakyat biasa yang tua Islam dan bukan Islam mendapat pencen sara hidup.
Ini Islam. Mengapa kita di hari ini di bumi yang subur, penuh dengan hasil bumi, hasil pertanian, hasil galian, tenaga kerja, menghadapi masalah kehidupan dan kebersihan?
Mari kita kembali kepada Islam. Negeri Selangor perlu menjadi contoh. Kita harap rakyat Selangor mesti memilih kepimpinan Islam. Orang Islam yang memimpin dahulu. Biar orang Islam di depan, pilih calon-calon Islam, yang kena pilih yang menegakkan ajaran Islam itu. Ini mesti faham, bukan kita membelakangkan orang-orang yang bukan Islam, tidak. Kewajipan kita adil terhadap semua. Berdosa kita kalau tidak adil walaupun terhadap orang bukan Islam.
Percayalah kita pernah memerintah Kelantan kali yang pertama 1959 hingga 1979. Ditumbangkan dengan darurat, mereka yang terlibat dengan darurat masih hidup lagi umur dia panjang. Tahun 1990 kita menang kembali, di Kelantan sehingga hari ini, dikepung ekonominya, pentadbirannya, menyanggah konsep federalisme, campur urusan kerajaan negeri, disempitkan kewangannya.
Terengganu kita memerintah tahun 1959, 1961, ditumbankan. 1999 kita memerintah lagi, dirampas royalti petroleum, dirampas, melanggar perjanjian, tak ada undang-undang, mereka yang mencabul ini masih hidup lagi. Kewajipan kita hari ini ialah mengembalikan umat Islam yang sungguh-sungguh memerintah dan mentadbir.
Selangor perlu menjadi model, menjadi contoh. Ingatlah betapa pentingnya urusan memerintah negara ini, sehingga ketika wafatnya Nabi S.A.W, urusan sembahyang jenazah kemudian dikebumikan, yang ada di masa kebumi beberapa orang Sahabat sahaja. Abu Bakar, Umar, Uthman, Abdul Rahman Bin Auf dan Sahabat-sahabat yang besar di kalangan Muhajirin dan Ansar tidak ada di kubur di masa mengebumikan, di mana? Mereka berhimpun di Tsaqifah Bani Sa'idah, tempat cetak Quran hari ini. Berhimpun untuk apa? Untuk memilih siapa yang ketua negara memerintah, siapa yang memimpin negara, sehingga ini dianggap lebih penting daripada mengebumikan jasad Nabi S.A.W. Hari ini kita menganggap mengundi tak penting, pilihan raya tak penting, pandang remeh temeh:
إِلَّا تَنْفِرُوا يُعَذِّبْكُمْ عَذَابًا أَلِيمًا وَيَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ
"Kalau kamu tidak bangkit berjuang untuk menegakkan Islam ini, kamu orang Islam, tuhan seksa kamu dengan seksa yang pedih."
(at-Taubah: 39)
Rasalah hari ini kenaikan harga barangan, masalah hidup, jenayah yang merebak, salah-laku, salah-urus, puncanya kerana meninggalkan Islam. Islam yang boleh. Oleh kerana itu pilih yang Islam ini dahulu, termasuk rakan-rakan yang bukan Islam, pilih Islam dan ada wakil orang bukan Islam, bukan tak ada wakil, tapi Islam memimpin. Ada exco yang bukan Islam, ada Menteri yang bukan Islam. Ada urusan-urusan orang bukan Islam terlibat sama, tetapi dasar dan polisi negara mesti Islam. Ini fleksibelnya Islam, keanjalan Islam.
Di negara lain, kalau Komunis yang memerintah, mesti orang Komunis 100 peratus. Di Amerika kalau Republikan yang menang, semua Republikan pegawai kerajaan yang kanan sekali. Demokrat, semua demokrat. Di England Labour Party, semua Labour Party. Conservative, semua Conservative. Tapi kalau Islam memerintah, Islam adalah anjal, kerajaan orang Islam dan Kerajaan Teknokrat.Teknokrat memilih orang-orang yang pakar untuk memimpin mengendalikan kerajaan.. Kita tak tahu menatang apa Teknokrat ini, tak diajar. Sabda Nabi S.A.W:
خياركم في الجاهلية
خياركم في الاسلام
إذا فقهوا
"Mereka yang pilihan di masa jahiliyah. Di masa jahiliyah dia adalah orang yang bijak, orang yang terpilih, yang pandai."
خياركم في الاسلام
إذا فقهوا
"Menjadi pilihan juga bersama dengan Islam."
Ini adalah pendekatan politik yang diajar oleh Nabi S.A.W.
Di Selangor letaknya ibu negara, letaknya pusat penjualan Malaysia, banyaknya pusat-pusat pengajian, mengapa orang Islam Selangor lemah sangat untuk memilih kekuatan Islam memimpin Negeri Selangor?
Mesti pilih kekuatan Islam (di) negeri Selangor. Selangor pusat kepada Malaysia seluruhnya. Kelantan tidak cukup, Terengganu tidak cukup, Selangor tidak cukup, Kedah tidak cukup, sekurang-kurangnya Selangor mesti ke depan dalam pilihan raya ini. Firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
"Wahai orang-orang beriman, (orang-orang yang beriman, beriman kepada Islam.)...."
اصْبِرُوا
"Bersabarlah kamu menghadapi keadaan yang berlaku yang menekan diri kamu."
وَصَابِرُوا
"Dan bersabar untuk berjuang menegakkan Islam."
وَرَابِطُوا
"Dan bertugas di mana kamu ditugaskan."
(Ali-Imran: 200)
Yang jadi calon, yang angkat bendera, yang tampal poster, dia pembekalan, Muslimin-muslimat, pemuda:
وَرَابِطُوا
"Bertugas.
وَاتَّقُوا اللَّهَ
"Bertakwa kepada Allah."
لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
"Supaya kamu mendapat kemenangan."
Kemenangan Islam dengan pertolongan Allah, bukan digaris di atas meja, di atas kertas. Di atas kertas digaris juga, yang pentingnya pertolongan Allah S.W.T. Allah Taala menyebut:
وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ
"Dan bersedialah kamu sekadar kemampuan kamu dengan kekuatan."
(al-Anfal: 60)
Allah menyuruh kamu bersedia mengikut kemampuan kamu. Kemampuan dengan ikhlas, jangan sembunyikan kemampuan itu. Kalau kamu menyediakan kekuatan dengan kemampuan kamu. Walaupun musuh yang lebih kuat daripada kamu, lebih ramai daripada kamu, lebih kaya daripada kamu, dibantu dengan kemenangan, Allah memberi pertolongan kepada kamu.
Ini janji Allah yang mesti kita yakin. Kita memilih _Muwajahah Silmiyah_, berdepan secara damai, walaupun hari ini saya angkat keris, keris tumpul, bukan keris tajam. Keris menandakan semangat. Islam mendahulukan perdamaian dengan hubungan antarabangsa, antara Islam dengan pihak lain, walaupun dengan musuh yang menyerang negara kita, musuh yang menyerang negara kita:
وَإِنْ جَنَحُوا لِلسَّلْمِ فَاجْنَحْ لَهَا وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ
"Jika mereka cenderung kepada peperangan, kemudian mereka minta damai, maka berdamai dan bertawakal kepada Allah."
(al-Anfal: 61)
Itu kalau musuh yang menyerang, dia minta berdamai, terima damai. Allah memberi jaminan:
وَإِنْ يُرِيدُوا أَنْ يَخْدَعُوكَ فَإِنَّ حَسْبَكَ اللَّهُ ۚ
"Kalau mereka hendak menipu kamu, cukup Allah menolong kamu."
(al-Anfal: 62)
Kita hari ini bukan menghadapi musuh yang datang dari luar, kita menghadapi sahabat-sahabat dalam satu negara, orang-orang Melayu yang sama-sama beragama Islam, orang Cina, orang India yang dizalimi oleh penjajah dibawa ke sini, penjajah bawa mereka ke sini, dizalimi oleh penjajah. Nasib kita dijajah, kita asal di sini.
Rakan-rakan kita kaum Cina dan India dibawa oleh penjajah untuk diperhambakan di sini juga. Islam boleh terima berbagai kaum, boleh terima masyarakat majmuk, boleh terima masyarakat majmuk. Allah menjanjikan:
إِلَّا تَنْفِرُوا
"Kalau kamu tidak keluar menegakkan Islam."
(at-Taubah: 39)
يُعَذِّبْكُمْ عَذَابًا أَلِيمًا
"Allah menyeksa kamu seksa yang pedih di dunia dan di akhirat."
(at-Taubah: 39)
وَيَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ
"Allah tukar kaum yang lain daripada kamu."
(at-Taubah: 39)
Tukar kaum yang lain ini, boleh dua.
وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُمْ
(Muhammad: 38)
Allah jadikan kaum yang lain itu masuk Islam, kaum yang lain masuk Islam, bila orang Arab meninggalkan Islam, orang Turki masuk Islam, orang Kurdish masuk Islam, kaum lain masuk Islam, mereka mengambil alih memimpin dengan Islam. Itu satu. Yang kedua, kaum yang lain, yang menindas kamu lebih seksa daripada apa yang ada pada hari ini. Ini amaran Allah yang mesti kita faham.
Jangan kita memilih politik yang tidak menentu, yang belum Islamnya, seksanya lebih buruk. Kita memilih damai, memilih pilihan raya. Pilihan raya adalah pendekatan yang paling matang, yang paling bijak menghadapi satu kaum pelbagai kaum dalam satu negara.
Kita lihat negara Arab, dengan _Arab Spring_, memilih pendekatan kekerasan. Apa yang berlaku bukan menghadapi musuh, menghadapi Arab dengan Arab, bom masjid, bom pasar, bom hotel, bunuh sama sendiri, ratah sama sendiri, berlaku demikian, huru-hara. Ini Islam menyuruh kita memilih pendekatan damai, bukan kita menyerah kalah, kita tidak menyerah kalah. Tapi Islam membawa mesej untuk menyelamatkan manusia mendahulukan perdamaian.
PAS yang ditubuhkan tahun 1951, adalah kesinambungan daripada perjuangan Islam sejak kejatuhan Melaka. Bila Melaka jatuh 1511, seluruh umat Islam Nusantara menentang penjajah. Orang Bugis datang dari Sulawesi, orang Minang datang dari Sumatera, orang Aceh datang dari Sumatera, orang Jawa datang dari Jawa, menyebabkan adanya etnik-etnik Bugis, Jawa, Banjar, macam-macam di Tanah Melayu ini. Mereka datang bukan untuk kebun kelapa, tanah lebih luas tempat mereka. Mereka datang untuk jadi nelayan? Bukan. Laut mereka lebih luas, banyak ikan. Mereka datang untuk membebaskan Melaka. Dinafikan dalam sejarahnya
Mereka datang bukan untuk merompak dan menyamun seperti ucapan Orientalis Barat, terdapat kalangan Orientalis yang menamakan mereka ini perompak dan penyamun. Dan ada kalangan orang-orang Islam yang terpengaruh dengan pemikiran Barat, yang berleluasa membaca buku-buku Barat. Perjuangan menentang penjajah melibatkan Sultan, melibatkan ulama, melibatkan rakyat. Mereka berjuang menentang penjajah.
Kita telah menerima kemerdekaan, walaupun secara damai dan putar belit British, tetapi kita telah berjaya meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan. Ini penting. Islam agama Persekutuan, pegang ini. Islam agama Negeri Selangor, pegang ini. Orang Melayu menjadi pemimpin dengan Islamnya, pegang ini. Kita menolak konsep yang menolak Islam, menolak konsep Malaysian Malaysia yang mahu menghapuskan bangsa, mesti ditolak.
Bangsa adalah ciptaan Allah S.W.T, bahasa ciptaan Allah S.W.T, dikekalkan bahasa Melayu, bahasa Cina, bahasa Tamil, tak dibahasa penganut-penganut agama lain. Ditangani dengan adil, dengan sebaik-baiknya, Islam yang memimpin dan memerintah.
Ini pendekatan kita. Saya yakin dan percaya, semua yang hadir ini bersemangat, bersemangat datang, mereka merupakan sebahagian bukan seluruh rakyat negeri Selangor, sebahagian. Allah memilih saudara-saudara menjadi sebahagian:
وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
"Dan hendaklah ada sebahagian daripada kamu, sebahagian daripada seluruh orang Islam, (sebahagian kamu itu, satu kumpulan yang mengajak kepada Al-Khair, kepada Islam,) menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran, mereka itu mendapat kemenangan."
(Ali-Imran: 104)
Ini janji Allah. Yang sebahagian ini mesti bergerak, kerana pilihan raya penentuannya ialah majoriti, tak cukup dengan mereka yang hadir di sini, mesti bergerak di seluruh pelusuk negeri Selangor. Gerakkan keluarga, gerakkan sahabat kita yang Islam, yang bukan Islam. PAS memilih Islam memimpin negeri Selangor. Insya-Allah, dengan semangat ini kita bergerak. Sebagaimana semangat ini kita bekerja. Dengan pertolongan Allah diberi kemenangan, diberi kemenangan.
Siapa memimpin? Allah mengajar kita, Quran diturunkan dengan ada sebab yang berlaku. Kita tidak boleh menentukan hukum sebelum ada sebab. Bila Nabi menawarkan kerajaan Islam pada kabilah-kabilah Arab, ada kabilah yang menolak kerana tidak percaya Islam boleh menang. Bani 'Amir yang mensyaratkan bertanya Nabi S.A.W:
لمن الملك
"Kalau kamu menang, siapa yang memimpin? Siapa jadi ketua negara?"
Nabi jawab:
الملك لله يؤتيه من يشاء
"Itu kepunyaan Allah, diberi kepada siapa yang dikehendaki.
Ini jawapan Nabi S.A.W. Kita tak terikut orang yang belum apa sudah mencalonkan. Calon pilihan raya je, pilihan raya di Malaysia ini tak ada calon Presiden, tak ada calon Perdana Menteri. Calon wakil-wakil rakyat, itu sistem yang ada di Malaysia.
Malaysia bukan Amerika pilih calon Presiden. Malaysia bukan British, Malaysia adalah Malaysia. Ikut petunjuk Nabi S.A.W. Yakinlah dengan asas Islam ini kita selamat. Asas yang memerlukan keikhlasan. Kita tak tahu siapa yang ikhlas, Allah yang Maha Mengetahui siapa yang ikhlas.
Bila tiba masanya Allah Taala buktikan siapa yang ikhlas. Kita tak nampak. Alhamdulillah Allah Taala menampakkan kepada kita yang bai'ah melanggar bai'ah yang tak percaya bersama dengan kita, yang oportunis tak bersama dengan kita.
Yang teras bersama dengan kita. Saudara adalah teras, teras ini perlu membina lagi kekuatan-kekuatan yang lain untuk menempah kemenangan. Ini sangat penting.
(Transkrip oleh Penolong Pengarang Berita Harakah, IZWAN ABDUL HALIM dari Amanat Presiden PAS dalam Himpunan Fastaqim 2.4 Selangor pada 21 Januari 2018 di Komplek Sukan Seksyen 17, Shah Alam)
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue Apr 17, 2018 7:48 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Ingatlah, DAP tetap DAP
Ku Syafiq Ku Fozi 17
bloglist-malaysia.blogspot.
wak-labu.
Posted by Mohd Sulaiman
Sanggup korban logo sendiri demi undi Melayu
KUALA LUMPUR 17 April - Kesukaran mendapat sokongan pengundi Melayu yang kurang gemar kepada logo roket menjadi sebab utama DAP membuat tindakan drastik mengetepikan logonya sendiri pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Walaupun dilihat tidak berprinsip, namun bagi penganalisis politik, Datuk Ahmad Faris Abdul Halim, DAP tidak mempunyai pilihan kerana mereka terdesak untuk menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) setelah beberapa percubaan sebelum ini gagal.
Sehubungan itu, pengundi Melayu diharapkan tidak akan tertipu dengan taktik licik ini kerana walau apa pun logo yang digunakan, DAP akan tetap menjadi DAP yang sememangnya tidak 'mesra' Melayu dan Islam.
"Seluruh gabungan pembangkang PKR kini sudah dijangkiti fahaman politik 'matlamat menghalalkan cara' ala Niccolo Machiavelli yang diamalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang.
"Pengundi Melayu jangan tertipu. Walau apa pun baju yang dipakai, dalamannya mereka tetap DAP," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini..
Sementara itu, Ahmad Faris menjangkakan DAP akan kehilangan sokongan daripada pengundi mereka kali ini akibat tindakan drastik tersebut.
"Logo merupakan jati diri sesebuah parti. Tindakan DAP ini mendedahkan wajah sebenar mereka yang sanggup meletakkan jati diri dan maruah ke tepi demi merebut kuasa.
"Tindakan ini juga akan mengurangkan sokongan terhadap mereka, terutamanya daripada pengundi muda memandangkan pengundi muda yang idealistik pasti tidak dapat menerima tindakan tidak bermaruah sebegini," katanya.
- UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/ingatlah-dap-tetap-dap-1.651229#ixzz5CujWu8DN ©
Utusan Melayu (M) Bhd
MB Kelantan Buat Laporan Polis Untuk Tindakan Di Bawah Akta Anti-Berita Tidak Benar 2018 kepada Husam Musa
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net
Hari ini MB Kelantan telah mengarahkan Penolong Pegawai Kanannnya untuk membuat laporan polis berhubung laporan palsu Husam musa berkenaan melulus kawasan balak baru di balai polis pada 12.43 tengah hari tadi di Balai polis Kota Bahru, Kelantan.
Laporan dibuat untuk tindakan pihak polis ke atas laporan palsu di bawah akta berita tidak benar 2018.
Kalau saman Husam Musa tak ambil. Tutup pintu sehingga saman terpaksa diiklan di akhbar. Semasa ceramah hebat cabar saman. Kalau tak betul PAS boleh saman.
Kali ini PAS test akta baru, teengok terkencing tak Husam Musa. Patutlah sehari dua nampak baik aje solat beriman dengan Nik Abdul..
Akta Baru ni HARAPAN tentang, supaya sedap dia orang fitnah. Tapi PAS setuju sebab PAS jadi mangsa fitnah.
XOXO - Cybertroopper Harapan selepas ini nak letak muka mana pasal jaja isu balak. Dunia ni ok, akhirat nanti tahu kena bakar!!...
Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/
Sarawak Report Cari Helah, mahu batal saman fitnah Hadi mana Husam Tolong Bantu?
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net
Sebelum anda baca artikel ini, anda kena tahu bahawa Malaysiakini kitab puak-puak dan penyokong Harapan tidak menyiarkan maklumat akhir ini. Kita tahu sebelum ini Abdul Hadi telah memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi London berikutan artikel ditulis Rewcastle Brown yang disiarkan Sarawak Report pada 6 Ogos 2017.
Artikel 8 perenggan itu mendakwa wang sebanyak RM90 juta "dipercayai" dimasukkan ke dalam akaun pimpinan tertinggi PAS bagi mempengaruhi mereka supaya menyokong Umno dan BN.
Abdul Hadi dan PAS sebelumnya menafikan PAS tak ambil duit UMNO malah Abdul Hadi menegaskan tidak wujud nak berUG dengan UMNO sebagaimana diviralkan.
Tapi pimpinan Harapan didalangi Rafizi dan seorang pimpinan PAS, Mahfuz dan seorang lagi bekas pimpinan PAS yang baru dipecat untuk menekan dan memaksa PAS bersama dengan PAKATAN HARAPAN dengan menjadikan isu ini sebagai cara mendesak.
Abdul Hadi bertegas, PAS tak akan bersama HARAPAN dan juga BARISAN NASIONAL.. Sikap dan ketegasan Abdul Hadi ini terbukti sehingga hari ini. Memang ada usaha nak gabungkan PAS dengan UMNO. Tapi PAS dah maklumkan sikap PAS sebenarnya.
Video pendedahan Mohd Amar ini menunjukkan cerita sebenar yang diputar belit oleh puak AMANAH (PAN).
Tapi mereka ini tetap memainkan isu ini dimedia massa dan menggunakan cybertropper untuk menyerang kepimpinan ulama PAS. Imej PAS diburuk-burukkan.
Tuduhan kepada PAS berkenaan duit RM90 juta tanpa sebarang maklumat yang jelas hanya sekadar sangkaan awam adalah tidak benar.
Sarawak Report bukan boleh dipercayai. Kredibiliti Sarawak Report dalam isu FITNAH kepada PAS RM90 juta juga boleh dipertikaikan.
Adakah dengan "public suspicion" (syak wasangka awam) mereka menuduh PAS terima RM90 yang kini puak-puak PAKATAN hilang dan membelakangi nasihat agama sama-sama dalam menyebar luas fitnah jahat ini tanpa menghiraukan dosa dan pahala.
Pelik juga puak-puak mereka dalam isu liwat Anwar walaupun mahkamah kata ya mereka tak percaya kerana mereka tahu itu fitnah tetapi dalam isu RM90 sangkaan sahaja dah dipercayai malah ada pimpinan PAN kata PAS terima wang melalui Affinbank sedangkan PAS mana ada akaun di situ.
Hari ini mereka yang kata ada itu pula tak mengaku bila mereka lihat Sarawak Report cari helah untuk batalkan saman sebelum pembicaraan nanti 30 April 2018 ini.
Husam sekadar kata dia tak kata PAS terima wang 90 juta. Dia hanya minta PAS buktikan sahaja tak terima. Hebatkan puat-puak ni dalam mengenakan pimpinan PAS dengan fitnah. Fitnah dah jadi wirid mereka.
Kalau kita kenal Husam dan dengar dia bercakap kata-kata yang top dalam whatsapp "BABI PUN BOLEH TERBANG". Maknanya hebatnya 'bual'nya Husam (bahasa kelete makna bohong atau loyar buruk)
Ini gambar baru yang baju petak hari-hari jaja fitnah kononnya audio Nik Abdul terima duit UMNO (tukang fitnah). Yang hadapan jadi imam tu Nik Abdul mangsa fitnah. Hebatkan. Yang bodoh macai HARAPAN serang Nik Abdul sedangkan mereka gelak bersama.
Berbalik isu Sarawak Report.
Kalau dia betul-betul ada bukti bahawa duit itu masuk misal dalam bank kenapa dia cari helah nak batalkan dengan alasan alasan "intimidasi saksi". Logik ke PAS menakut-nakut atau mengacam saksi?? Kalau mereka takut kena bayar saman mungkin juga.
Ini satu lagi alasan nak batal saman. Brown menambah Hadi memfailkan saman bukan untuk melindungi imej dirinya, tetapi untuk tujuan tidak sah melindungi reputasi PAS dan memajukan tujuan politik parti itu dan sekutu politiknya, iaitu Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.
Hoii Abdul Hadi saman kerana puak engkau juga cabar kalau tak buat saman. Kena saman mula nak terkencing...
Antara alasan Brown untuk membatalkan saman Abdul Hadi ialah "Mereka mahu mencemarkan nama baik saya dan Sarawak Report dalam kempen sah kami untuk menyingkirkan Najib daripada jawatannya dan membawanya ke muka pengadilan kerana dakwaan salah laku rasuah dan jenayah," katanya dalam kertas mahkamah.
Yang sebelum ini negkau kata dapat maklumat daripada Ambiga, mesti maklumat itu benarkan. Takut apa. Tapi Ambiga pun "kunci mulut"
Rewcastle Brown juga mendakwa Hadi, sama ada oleh dirinya sendiri atau ejennya, terlibat dalam penerbitan sejumlah artikel yang menyerang, memfitnah dan mengganggu beliau di laman web The Third Force dan Malaysia Today.
Ini satu tuduhan baru boleh saman lagi ni...
Lebai rasa Rewcastle Brown tak perlu risau, Husam Musa ada. Lagi pun Husam ada video Nik Abdul yang 100% diyakini oleh sepupunya. Bawa sekali sepupu Nik Abdul tu sebagai saksi, engkau boleh menanglah..
Kita juga nak lihat Husam Musa dengan fail dan maklumatnya untuk membuktikan fitnah wang 90juta..
Agaknya...
Apa akan terjadi selepas ini?
Kita tunggu pembicaraan 30 April 2018 nanti.
Kita lihat pembelaan 50 muka surat Rewcastle Brown dengan 40 muka surat pasal 1MBD dan 10 muka surat lagi pasal pimpinan PAS kaya raya termasuk anak Presdien PAS ada motor besar...
Yang ini lebai gelak sampai tergolek. Bodohnya Rewcastle Brown bergambar dengan motor semasa XPDC pun jadi hujah mahkamah. Husam dan macai HARAPAN lagi bodoh, walaupun tak kena saman tapi diakhir nanti jadi manusia muflis... Solat hitam dahi tapi semua kosong, hangus....
Lebai Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue Apr 17, 2018 7:49 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
''Mak Bebel Kau Diam Je, Nanti Dia Dah Tiada, Bebelan Dia Kau Rindu'
Ditulis oleh Eddy Hassan,
siakapkeli.my
"Aku nak berpesan. Korang kalau mak korang masak walaupun korang ada plan nak keluar makan dengan kawan-kawan, jamah dulu makanan dekat rumah tu. Sebabnya nanti bila mak korang dah tak ada, benda paling korang rindu, masakan dia.
"Korang kalau mak korang membebel walaupun kadang bukan salah korang, kau diam je. Jangan nak melawan sebabnya nanti bila mak kau dah tak ada, yang kau rindukan.. leteran dia," itulah pesanan terakhir yang sempat dibuat oleh Muhammad Azrin bin Rapiza yang difahamkan maut dalam kemalangan jalan raya baru-baru ini.
Perkongsian arwah di Instastory tersebut telah dikongsi oleh salah seorang sahabatnya, Syariel Danial di Twitter pada 15 April lalu ternyata mengundang sebak dalam kalangan netizen.
Melalui tweet yang sama, Syariel Danial turut sempat meminta mana-mana yang mengenali sahabatnya itu agar mendoakan kesejahteraan di sana.
''Sesiapa yang pernah mengenali arwah sahabat saya, minta jasa baik semua sedekahkan al-fatihah kepada sahabat baik saya, Muhammad Azrin Bin Rapiza,'
Syariel Danial @SyarielDanial
Sebelum arwah sahabat saya meninggal, dia tinggalkan pesanan kat semua. Jaga diri rin
1:39 PM - Apr 15, 2018
Kami di Siakap Keli mengucapkan takziah kepada keluarga arwah Muahammad Azrin, semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.
Sumber : Syariel Danial
''Ampunkan Ibumu Yang Kejam Ini''
Ditulis oleh Eddy Hassan,
siakapkeli.my
Melayari alam rumah tangga sememangnya bukan satu tugas yang mudah. Ia penuh pancaroba yang hanya boleh diharungi jika suami dan isteri saling berganding bahu membantu antara satu sama lain. Realiti selepas berkahwin jauh berbeza dengan fantasi yang di angan-angankan oleh semua pasangan yang bercinta. Tambah-tambah, kalau sudah mempunyai zuriat. Hidup bukan lagi seperti orang bujang kan.
Begitu seperti sebuah kisah yang diluahkan oleh seorang wanita di dalam kumpulan Kisah Rumah Tangga Fans ini. Semuanya bermula apabila wanita tersebut mendakwa bahawa suaminya seolah-olah lepas tangan dalam menguruskan rumah tangga.
Malah, suaminya turut menggunakan alasan sibuk dengan kerja untuk mengabaikan tanggungjawabnya, tetapi apa yang berlaku adalah suami wanita tersebut sebenarnya keluar bersama-sama kawan dan berkonvoi ke Thailand untuk menyertai pesta air disana.
Kemuncaknya, akibat terlalu tertekan dengan beban kerja, akhirnya wanita tersebut mengaku tanpa sedar telah mencederakan anak sendiri untuk melepaskan tekanan. Nak tahu lebih lanjut, jom ikuti perkongsian wanita tersebut di bawah.
Assalamualaikum semua ibu dan terima kasih admin jika siarkan cerita saya.
Hari ini, anak sulung aku umur dua tahun demam panas. Budak bila tak sihat meragam tak tentu. Anak kedua aku turut demam, umurnya tiga bulan. Aku merupakan seorang suri rumahtangga tapi ada buat kerja sambilan online dan bisnes kecil-kecilan jual kuih. Suami aku? Kerja sendiri.
Hari ni dalam sejarah hidup aku teramat menyesal dengan tindakan bodoh aku. Ya, aku terlalu penat uruskan semua hal rumahtangga sendiri. Dari hujung rambut hingga hujung kaki, semuanya sendiri. Suami?? Tak pernah dia peduli walaupun aku pernah berbincang bersama.
Aku pukul anak sulung hingga lembik dan aku tak peduli anak aku menangis dan meraung. Aku seakan dirasuk syaitan! Ya Allah ampunkan aku, Ya Allah. Wahai anakku, ampunkan ibu mu yang kejam ini! Aku jadi begini sebab aku terlalu banyak memendam, simpan, sabar dan tak mampu untuk berkata-kata dengan suami.
Aku terlalu penat. Bila bercakap dengan suami minta tolong uruskan dan ringankan tulang untuk bantu aku buat kerja rumah, walaupun hanya basuh pinggan sendiri selepas makan mahupun kemas tempat tidur, buang sampah pun hanya sia-sia. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
Suami aku tinggalkan aku dan anak semata-mata hanya ingin berseronok bersama kawannya ke Thailand. Mereka konvoi beramai-ramai untuk event di Songkran sempena pesta air di sana. Tetapi setiap kali aku ajak keluar bersama dengan anak-anak, dia hanya mampu kata dia sibuk dan tiada masa. Tetapi, masa untuk dia dan kawan-kawan sentiasa ada.
Sebagai isteri, aku hanya mampu diam walaupun aku sudah tegur dan ajak berbincang. Akhirnya aku juga yang dipersalahkan.
Rutin harian aku duduk rumah bersama anak dan uruskan segala hal berkenaan rumah tangga tanpa bantuan sesiapa. Family mertua jauh dan family sendiri pun jauh. Aku tiada kawan, aku hanya di rumah bersama anak-anak. Anak aku demam dari semalam dan aku ternampak anak aku menelan kertas.
Aku seperti orang yang meroyan, aku terus pergi menjolok tekak anak untuk keluarkan kertas tu guna berus gigi anak. Oleh kerana anak sudah ada gigi, aku takut anak gigit jari aku, jadi aku gunakan berus gigi dia.
Keadaan aku sudah tidak terurus. Selama dua hari ini jaga anak demam panas dan melayan kerenah meragam anak, aku tak tidur, makan minum aku tak tentu. Aku hanya sempat mandi pun waktu subuh sahaja. Aku lepaskan amarah pada anak. Aku lempang, aku tolak, aku cubit dan heret anak sehingga dia lembik.
Ya Allah, aku tak sedar apa yang merasuk diri ini. Aku menangis semahu-mahunya dalam bilik air sambil memegang pisau sebab aku dah perlakukan anak yang aku kandung dan melahirkan seperti binatang. Ampunkan ibu nak! Ampunkan ibu! Sumpah aku tak tahu kenapa aku boleh buat anak aku macam itu sedangkan selama ini aku tak pernah naik tangan dengan anak.
Syukur alhamdulillah, aku bawa anak-anak pergi klinik dan doktor sahkan anak aku tak ada yang serius. Aku peluk, aku cium dan aku sujud dekat anak minta ampun dari anak.
Kepada suami, terima kasih wahai suami. Jika Allah tak detik kan hati aku untuk berhenti tadi, mungkin nyawa anak atau diri sendiri yang lenyap. Kepada anak-anakku, ibu janji tak akan buat perangai seperti itu lagi. Itulah kali pertama dan kali terakhir. Ibu cuma ada anak-anak demi kebahagiaan ibu. Ibu dan ayah dah jauh. Ibu akan kuat demi anak-anak. Anak -anak ibulah nyawa cinta hidup mati ibu.
Ampunkan ibu, nak!
Sumber : Kisah Rumah Tangga
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue Apr 17, 2018 7:50 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
''Disekat Gaji Dan Tidak Boleh Perbaharui Lesen Memandu'
Ditulis oleh Eddy Hassan,
siakapkeli.my
Malaysia bakal menyaksikan satu lagi Pilihan Raya Umum yang akan berlangsung pada Mei nanti. Melalui pilihan raya yang diamalkan oleh negara-negara demokrasi, rakyat di beri kebebasan untuk memilih wakil masing-masing untuk mewakili suara dan kepentingan mereka dalam tempoh tertentu, misalnya di Malaysia untuk setiap lima tahun.
Walaupun di Malaysia, tiada hukuman yang diberikan kepada mereka yang tidak keluar mengundi, namun rakyat Malaysia yang layak mengundi sering diingatkan tanggungjawab mereka untuk memilih kerajaan yang bakal memegang kuasa pemerintahan.
Namun begitu, ada juga negara-negara yang mengenakan hukuman-hukuman tertentu terhadap rakyatnya yang didapati tidak keluar mengundi. Berikut adalah senarai sebahagian negara-negara yang mana rakyatnya boleh disimpulkan sebagai wajib untuk mengundi.
1. Belgium
Belgium merupakan negara tertua di dunia yang meletakkan syarat wajib mengundi, iaitu pertama kali diperkenalkan pada tahun 1892 untuk pengundi lelaki sahaja. Pada tahun 1949, syarat yang sama dikenakan terhadap pengundi perempuan.
Pengundi yang berusia 18 tahun dan ke atas boleh dikenakan denda jika tidak mengundi. Sekiranya gagal mengundi sekurang-kurangnya untuk 4 pilihanraya, mereka akan kehilangan hak untuk mengundi dalam tempoh 10 tahun. Malah, mereka yang gagal mengundi juga akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan di sektor swasta.
2. Australia
Syarat wajib mengundi diperkenalkan di Australia pada tahun 1924. Pengundi-pengundi ini terikat dengan syarat untuk hadir ke pusat mengundi, namun boleh meninggalkan pusat mengundi setelah disahkan kehadiran mereka, walaupun tidak membuang undi.
Mereka yang gagal mengesahkan kehadiran mereka di piusat mengundi boleh dikenakan denda sebanyak AU$20 - AU$50 (RM 60 - RM 150) dan boleh dipenjara jika enggan menjelaskan denda.
3. Bolivia
Pada tahun 1952, Bolivia telah memperkenalkan sistem di mana setiap pengundi yang membuang undi akan diberikan kad sebagai bukti. Jika pengundi gagal untuk menunjukkan kad tersebut dalam tempoh tiga bulan selepas pilihan raya berlangsung, mereka boleh dihalang daripada mengeluarkan gaji dari bank.
4. Greece
Rakyat Greece yang gagal untuk melibatkan diri dalam pilihan raya bakal menghadapi kesukaran untuk memperbahurui passport dan lesen memandu.
5. Itali
Di Itali, tiada tindakan spesifik yang akan dikenakan kepada mereka yang tidak mengundi. Namun tidak mengundi dianggap sebagai satu kesalahan moral sekaligus bakal menghadapi kesukaran untuk meneruskan kehidupan dalam komuniti.
Satu surat dikenali sebagai 'sekatan tidak berbahaya' akan dikeluarkan kepada mereka yang tidak mengundi yang menyebabkan ibu bapa sukar misalnya untuk mendapatkan perkhidmatan pusat asuhan untuk anak-anak.
6. Singapura
Rakyat di negara jiran kita ini sekiranya gagal untuk mengundi, nama mereka akan dikeluarkan daripada senarai pengundi. Mereka boleh membuat pendaftaran semula, namun perlu menyatakan alasan munasabah kegagalan mereka untuk mengundi sebelum ini.
7. Peru
Kerajaan Peru akan membekalkan satu setem khas kepada pengundi-pengundi yang keluar membuang undi. Mereka perlu membawa setem tersebut untuk tempoh beberapa bulan selepas raya bagi membolehkan mereka layak untuk mendapatkan perkhidmatan atau membeli barangan tertentu.
Sumber : The Guardian
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue Apr 17, 2018 7:50 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
''Secangkir Teh, Seenak Rasa''
Ditulis oleh Budakperak 94,
siakapkeli.my
Kehidupan berumah tangga adalah satu kehidupan yang penuh dengan tanggungjawab yang berat. Si isteri tidak dapat melakukannya tanpa bantuan suami, dan suami pasti rebah jika tidak dipimpin oleh isteri.
Dengan tekanan hidup di zaman hidup yang semakin memuncak ini, ada isteri turut bekerja untuk membantu suami mencari pendapatan dan pada masa yang sama turut menguruskan rumah tangga seperti biasa. Jadi, boleh dikatakan bahawa si isteri sebenarnya melakukan lebih banyak tugas berbanding si suami.
Jadi wajarlah, pengorbanann dan sumbangan wanita bergelar isteri ini dihargai kan. Dah la penat bekerja di pejabat, balik rumah kena urus anak-anak pula dan sediakan makan untuk keluarga pula. Jadi bila isteri sakit atau bersalin, berbanding upah orang jagakan isteri ataupun hantar pulang ke kampung, apa kata anda sebagai suami, ambil tanggugjawab tersebut sebagai mebalasa jasa dan pengorbanan isteri anda selama ini.
Macam kisah yang dikongsikan oleh seorang lelaki bernama Mohd Fadhli ini. Nak tahu kisahnya, kami bawakan perkongsian tersebut untuk anda di bawah. Semoga bermanfaat.
Secangkir Teh, Seenak Rasa
"Umi, abang nak air teh. Buat kaw kaw punya" pinta ku pada isteriku
Umi adalah panggilan kepada isteriku yang paling ku sayang. Ada ketika aku panggil dia sayang. Air teh merupakan kegemaran aku. Sebelum bernikah air teh ibuku menjadi pujaan.
Banyak isteri aku belajar. Dari buat air teh sampai memasak lauk kegemaran aku. Semua ilmu itu diperoleh dari ibuku. Lauk kegemaran aku ialah ikan patin masak gulai tempoyak. Inilah pengikat hatiku dan hatinya.
Bohong jika aku katakan tidak pernah buat air matanya mengalir. Awal kehidupan kami, duri dan ranjau kami tempuhi. Dengan tingkah aku yang jahil, dialah yang banyak menegur.
Kini kami mempunyai dua cahaya mata. Khaulah Al Azwar dan Miqdad Al Amr. Seorang lahir di Melaka, adik pula anak kelahiran Johor, luaskan kuasamu.
Sewaktu tiba masa masa hendak dilahirkan, aku akan temani isteri dalam labour room. Namun rezeki tidak menyebelahi kami. Kedua dua anak kami sebenarnya berada dalam posisi normal dan dah masuk lorong.
Berbekalkan pengetahuan yang cetek. Aku tak banyak songeh. Aku banyak ikut nasihat Doktor. Ada rakan rakan mengatakan, mengapa dan 9 cm tak nak diusahakan ? Aku susah nak jawab.
Ada ketika aku terasa dan emosi terganggu. Mengapa isteri aku tak mampu bersalin secara normal seperti wanita lain. Sehinggakan ada yang bercakap " tu la tak bersalin di temerloh, tu pasal tak dapat bersalin normal ". Isteri aku orang Temerloh.
Tetapi aku terima dengan hati yang redha. Walaupun kedua dua anak ini bersalin secara pembedahan. Terlalu banyak hikmah dan kelebihan yang kami suami isteri dapat.
Kedua dua anak kami tidak tidur dalam buaian. Ya, di rumah kami tiada buaian. Hanya di rumah pengasuh sahaja. Sejak kecil anak anak kami dibiarkan sahaja atas tilam setelah menyusu. Maka mereka akan merengek dan tidur. Memang mudah.
Khaulah dan Miqdad juga tiada jaundice. Selalunya hari pertama kelahiran bacaan 10 tidak melebihi 15, namun keesokan harinya akan turun mendadak sehingga 5 atau 6. Rahsianya adalah susu ibu.
Sewaktu pantang, saya sendiri menjaga isteri. Anak pertama saya dah bawa balik ke rumah sendiri sewaktu hari ke 20. Anak kedua saya jaga isteri berpantang di hari pertama sampai hari 40 di Johor di rumah kami sendiri.
Selepas sahaja anak dilahirkan, anak anak kami akan diberikan susu ibu dengan kerap. Ada ketika susu sediikit tidak keluar, tetapi anak anak ininakan menyedut juga kerana inilah punca ransangan susu ibu.
Bekalan akan meningkat jika permintaan tinggi. Isteri saya pernah mengalami bengkak susu yang teruk. Urat urat timbul dan kantung susu keras. Ada tempat yang mengeras.
Isteri setelah nikah, suamilah insan yang dia tiada malu. Jika dengan mak sendiri pasti malu. Itu yang berlaku pada saya. Bengkak susu tadi diselesaikan oleh saya.
Apa yang saya tidak pernah buat. Guna sikat, tuam guna batu, buat urutan. Semua saya bantu. Pengalaman yang sangat sangat manis.
Itu belum lagi bangun jam 4.30 pagi. Masakkan ikan haruan, sediakan air mandi, basuhkan tuala wanita yang penuh dengan darah nifas. Semuanya dilakukan tanpa geli.
Ada ketika saya mengeluh dan teremosi. Tetapi bila fikirkan kembali pengorbanan isteri. Itu lebih besar dari apa yang saya lakukan.
Aku pernah diperli oleh ahli keluarga terdekat, katanya " Lain kali, jika isteri ko bersalin atau sakit, letak jer rumah mak. Mak sahaja tahu macam mana nak handle ".
Hasrat aku, isteri dan anak adalah tanggungjawab aku. Mengapa aku perlu susahkan seorang ibu yang telah banyak penat lelah sewaktu muda dahulu menjaga anaknya ini.
Bagi aku, kehidupan keluarga perlu ditempuhi. Susah senang bersama. Masalah yang hadir bukan untuk di resah tetapi untuk di bincang. Inilah kehidupan.
Saya seorang yang aktif beraktiviti di komuniti. Ceramah, sampaikan seminar , kuliah masjid surau dan berorganisasi membuatkan saya ada ketika tidak lekat di rumah.
Disebalik kejayaan dan aktifnya saya ada seorang wanita. Tatkala saya pulang ke rumah pasti akan ada SECANGKIR TEH, SEENAK RASA pengikat cinta.
Sumber : Mohd Fadhli
"Ini Bukan Benang Pancing, Ini Benang Menjahit Luka Koyakan Jalan Lahir Anak Awak", Ini Renungan Buat Para Suami Dari Hati Sang Isteri
Ditulis oleh farra vy,
siakapkeli.my
Para ibu pasti sudah tahu proses Episiotomi. Proses dimana doktor akan memotong sedikit bahagian Perineum kemalum yang terletak diantara vagina dan anus untuk memudahkan kepala bayi keluar ketika proses bersalin.
Benang surgeri untuk jahitan yang digunakan adalah dari jenis 'Absorbable Suture' yang boleh terurai sendiri tanpa perlu dibuka setelah luka jahitan sembuh. Luka episiotomi akan dijahit bagi merapatkan tisu yang telah terkoyak serta mempercepatkan penyembuhan luka.
Proses penyembuhan ini agak memakan masa dan kadang-kala menyebabkan luka kerana kawasan yang dijahit itu basah dan lebih kotor. Perkongsian daripada Cicilia Fendirani ini menceritakan sakitnya dijahit 'hidup-hidup
Dear suami-suami.
Ini bukan benang pancing
Ini namanya benang yang dipakai untuk menjahit luka robekan jalan lahir anak awk saat isteri awk melahirkannya.
Tak hanya diluar, tapi juga didalam.
Apalagi kalau lukanya tak teratur. Jahitannya dah macam ukiran. Dan awk masih komplen apa jasa isteri??
Berapa banyak anak awk
Satu?
Dua?
Adakah awk memlayan isteri dengan baik?
Dengan penuh kasih sayang?
Kalau tidak,
Sini saya jahit macamni katmulut awk.
Biar tau rasanya apa.
Jadi jangan semena-mena mulutnya cakap kasar ke isteri.. longgar lah..mengelebehlaa.
Lagi2 kaki hentak isteri
Ada cara buat pahala yang mudah,
Cuma cukup dengan berkata dan berperilaku baik pada isteri dalam melayaninya,
Kenapa tak mau?
Kamu igt badan dia tu dinding kongkrit?
Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue Apr 17, 2018 7:51 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Daki Bukit Batu Caves Nak Pasang Bendera Parti Politik, 20 Lelaki Sesat Tak Jumpa Jalan Turun
Ditulis oleh seventeen century,
siakapkeli.my
16 April - Selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh Pilihan Raya Ke -14 yang telah ditetapkan pada 9 Mei 2018, semua parti politik yang bertanding telah membuat persediaan untuk menghadapi PRU kali ini.
Antara aktiviti yang wajib diadakan oleh setiap parti adalah memasang poster dan bendera di tepi jalan, di kampung-kampung dan taman-taman perumahan untuk menunjukkan bahawa parti mereka serius untuk menghadapi PRU kali ini.
Malam tadi telah berlaku satu peristiwa yang tak dijangka apabila sekumpulan lelaki yang dikatakan baru lepas memasang bendera parti politik di puncak bukit batu caves sesat dan tidak menemui jalan untuk turun semula ke bawah..
Dua puluh lelaki yang mendaki bukit Batu Caves untuk meletakkan bendera parti politik di puncak bukit berkenaan tidak menemui jalan turun ke kaki bukit di Lorong Cempaka Kampung Gombak Indah, Gombak, malam tadi.\
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, mereka yang berusia antara 20 hingga 70 tahun itu didapati sesat ketika cuba menuruni bukit berkenaan petang semalam, sebelum hari gelap.
"Mereka dikatakan mendaki bukit itu 9.30 pagi untuk memasang bendera sebuah parti, namun tidak dapat turun kerana keadaan gelap dan lampu kehabisan bateri.
"Bagaimanapun, seorang daripada mereka berjaya menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Ali berkata, semua mangsa berjaya dibawa oleh sepasukan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang, BBP Gombak, BBP Serdang dan BBP Kepong 12.30 tengah malam tadi sebaik tiba di lokasi kira-kira 10 malam.
"Semua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, semua mangsa tidak cedera, namun dalam keadaan lemah ketika dibawa turun," katanya ketika dihubungi.
Difahamkan mangsa diberikan makanan ringan dan air selain melakukan pemeriksaan kesihatan sebaik tiba di pusat operasi di kaki bukit berkenaan.
Sumber: Di Tanahku Terjadinya Bencana
Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue Apr 17, 2018 7:51 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
''Saya Kumur Benda Nie, Sakit Gigi Terus Hilang Sampai Sekarang'
siakapkeli.my
Sakit gigi berlaku pada semua peringkat umur. Tidak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa kerap mengalami sakit gigi. Kesakitan yang teruk boleh menyebabkan seseorang hilang fokus untuk melakukan tugas seharian.
Perkongsian oleh Yanti Adneen melalui laman facebook boleh dijadikan panduan untuk anda. Gadis ini mengalami sakit gigi yang teruk, setelah berkumur menggunakan mouthwash ini, sakit giginya yang sekian lama telah hilang hingga sekarang. Paling penting harganya murah dan mudah untuk didapati di farmasi.
Jom kita ikuti perkongsian beliau seperti di bawah ini. Semoga bermanfaat untuk semua.
KORANG SAKIT GIGI? CEPAT CARI BENDA NI!
Ingat lagi tak episod yan sakit gigi bulan Januari yang lepas? Hampir 2 minggu sakit gigi. Bukan sakit biasa-biasa. Sakit ya amatttt! Sampai menitis tup tap tup tap air mata. Sadis gila. Sakit oiii! Gigi bongsu la katakan.
Jumpa doktor dapat la ubat tahan sakit & antibiotik. Yan rasa ubat tahan sakit tu kuat gila sebab kalau telan, sejam dua lepas tu hilang terus sakit. Eh eh sihat walafiat pulakss! Tapiiiiiii esok dan esok dan esok datang balik sakit tuuu.
Sempat telan 2 biji jer ubat tahan sakit. Sebab rasa kuat sgt ubat tu, tak berani laa nak amal walaupon doc cakap selamat jer. Hari2 seterusnya tahan sendiri laaa sakit tu.
Antibiotik mmg yan habiskan. Tapi still sakit tu berterusan. Siang sakit, malam hilang. Esok ulang sakit balik sampai hampir 2 minggu tak hilang lagi.
Yang pernah sakit gigi bongsu paham la kot sakit tu camna. Sampai ke otak dia pergi. Jemmm! Memang melepekkk kat rumah ajer la jawabnya. Tak de mood nak keluar.
Sembang dengan adik laki, adik pon tanya;
"Laaa, tak hilang lagi ka sakit gigi hang kak?"
"Belum. Sampai sekarang sakit. Bila laaa nak hilang pon x tau. Huhuhu...." yan mengadu.
"Man dulu pon sakit macam hg gak. Pi check, doktor cakap gigi bongsu berlubang. Kena cabut. Pastu aku pon cabut lariiii! Hahaha..." adik bercerita.
"Laaa..
"Haaa laaa. Pastu sakit x tahan, aku pi klinik lain pulak. Tapi aku cerita sesiap la kat doktor tu yg aku dah pi check gigi, doc sana cakap kena cabut terus aku angkat kaki. So, doc tu tau aku penakut. Dia pon suruh aku pi cari satu mouth wash ni kat farmasi. Aku beli & guna 2-3 hari jer, terus hilang sakit gigi tu sampai sekarang. Alhamdulillah.
Yan yg tengah sakit gigi ni pon apa lagi, terus eksited tanya.
"Weh... Nama apa ubat tu? Beli kat mana?"
"Oradex. Botoi kecik ja warna biru. Aku beli kat farmasi kupang. Hang try pi tengok. Kot ada lagi..." adik balas.
Keesokannya, yan pon pi la cari ubat tu kat farmasi. Yessss! Ada! RM 7 lebih sebotoi kecik tu. Beli terusss. Ikhtiar kot2 menjadi.
Nak tau tak apa jadi lepas yan kumur guna mouthwash tu??
2-3 hari kemudian... Jeng jeng jeng!!!! Sakit gigi yan dah hilang!!! Hilang??? Yes, hilang sampai sekarang!!! Alhamdulillah, syukurrrr. Semuanya dengan izin Allah.
So, kalau korang sakit gigi, cuba la cari mouthwash ni. Kita usaha ja. Kalau serasi dan Allah izin, in shaa Allah menjadi. Siap ada logo halal lagi. Dapat laaa guna tanpa was-was. Silakan share. Semoga bermanfaat.
Siakapkeli.my
'Kejamnya
Ditulis oleh Eddy Hassan,
siakapkeli.my
Korang pernah tak terkena penyakit ulser. Korang mesti tahukan betapa sakitnya menanggung azab pedih dalam mulut sendiri. Nak makan susah, nak bercakap susah, memang mudah hilang sabar la kalau ada yang buat-buat tak faham dengan kesakitan yang kita tanggung tu.
Menurut perkongsian Doktor Rahim, ulser ini juga dikenali sebagai penyakit Mata Ikan dalam kalangan masyarakat, ataupun dalam bahasa perubatan ia dipanggil dengan nama ulser, sawan mulut dan juga aphthous ulcer.
Katanya lagi, ulser ini boleh berpunca daripada beberapa sebab antaranya tergigit lidah, kekurangan zat besi dan juga kecederaan semasa menggosok gigi.. Beliau juga turut berkongsi beberapa petua yang boleh diamalkan oleh pesakit usler untuk kesembuhan yang lebih pantas.
Jom ikuti perkongsiannya di bawah.
ILMU KESIHATAN.
Artikel 714. " Pernah anda kena penyakit "MATA IKAN" dalam mulut anda? Ulser mulut / sawan mulut / aphthous ulcer? Apa rawatannya? Bahya tak?"
A. Nganga mulut anda luas-luas. Suruh bini, hubby atau anak U touchlight ke dalam mulut U. Cari kut jumpa "Mata Ikan" dalamnya, hihihi. Anda tau dak sapa kena ulser dimulut, lidah, pipi atau bibir, teramat pedih betul tau. Masa kerja nak cakap pun terpaksa tahan sakit. Kalau U gelak pun sakit! Ni yang doc nak tergelak ni, hihihi. Kejamnya "MATA IKAN" ni.. Derita tak terkata. Korang ada tak? La ni doc kena sebiji je sakit tau. Nak sembang dengan patient doc pun OUT! Tu baru sebiji!
B. Ulcer dalam rongga mulut ni orang kampung panggil sebagai "Mata Ikan" atau kudis mulut. Orang macam doc panggil ulser mulut / sawan mulut / aphthous ulcer. Kerap jadi diusia 10 tahun keatas. Ulcer ni bentuk tompokan bulat kecil 2-5mm putih / kuning pucat macam nanah. Bordernya merah dan bengkak. Ia jadi berulang kali samada sebiji, dua atau lebih. Teramat menyakitkan.
Kesakitan bila nak bercakap, gelak, senyum, berus gigi, berkumur, makan dan minum. Rasa macam nak tendang korang je walaupun korang tak berdosa sikitpun dengan doc. Selera makan minum habis OUT! Allah je yang tau. Kesakitan berkurangan selepas 3-4 hari tapi ambil masa 7-14 hari untuk sembuh sendirinya. Takde tinggalkan parut. Ia tak berjangkit. Sat ada, sat takde. Macam chipsmore. Ada ulcer ni yang jenis ganas memakan berminggu untk baik dan tinggalkan parut.
C. Doc share Punca penyebabnya terjadi:
Punca utama tak diketahui.
1. Kecederaan / tergigit.
2. Kurangan zat besi, asid folik dan vitamin B12.
3. Punyai alahan.
4. Jangkitan kulat, virus, bakteria.
5. Kesan samping radioterapi dan chemoterapi.
6. Kecederaan dengan berus gigi atau gigi palsu.
7. Perubahan tahap hormon sebelum haid atau menopause.
8. Genetik keturunan.
9. Stress, Tension atau Khaplah!
10. Kesan samping ubat-ubatan seperti ibuprofen, aspirin, Alendronate, Nikotik, kokain dan lain-lain.
11. Ada pada insan yang ada penyakit Crohn, syphilis atau jangkitan HIV.
D. Doc nak share pula rawatan org tua2 dulu:
1. Depa advice rajin-rajin minum air suam banyak-banyak.
2. Letakkan garam kat ulcer tu ataupun kumur dengan air garam. Hihihi sakit gila macam nak jerit tapi baik cepat.
3. Kalau nak sedap sikit bubuh garam di jagung kat pasar malam tu. Makan je.. Berkesan tau.
4. Sapu marjerin atau ubat gigi je. Kalau kanak-kanak telan sekali ubat gigi tu, sedap. Nak lagi!
E. Apakah rawatan untuk ulcer mulut aphthous yang selalu doc bagi pada patient?
i) Kalau ia kecil dan tak sakit tak perlu rawatan. Ia hilang sendirinya oleh antibodi diri sendiri. Tapi Ia kerap jadi semula.
ii ) Kalau Uoll kena apa yang perlu buat supaya tak melarat.
(a) Elak makanan pedas / masin, minuman panas / buah-buahan berasid yang buat kesakitan lebih teruk.
b) Guna berus gigi yang lembut.
c) Guna gigi palsu yang sesuai. Rajin-rajin cuci gigi palsu anda atau redam dalam air suam. Jaga hyginenya.
d) Rajin-rajin berkumur air garam yang cair (saline), Listerine untuk cuci mulut. Ia bantu kurangkan kesakitan dan percepat kesembuhan ulcer.
e) Lozenges steroid / Defflam boleh kurangkan kesakitan dan bantu ulser untk sembuhkan lebih cepat.
f) Orabase membantu menutupi ulser dan kurangkan kesakitan.
g) Choline salisilat gel (Bonjela) ada ejen kebas anesthetic lidocaine boleh digunakan.
h) Makan pain killer. Ponstan.
i) Antiinflamatory Betamethasone Steroid.
j) Makan antibiotik seperti doxycycline bila ada infeksi kuman.
F. Pesanan doc untuk gang doc :
1. Kalau korang tak nak dapat penyakit MATA IKAN ni, pastikan korang jaga kebersihan mulut dan
gigi tu. Berus gigi selalu.
2. Penting ni: CANCER mulut kadang-kadang boleh bermula sebagai ulser mulut yang tak sembuh.
Anda perlu berjumpa doktor jika anda punyai ulser mulut yang telah lebih dari 3 minggu tanpa tanda penyembuhan, atau berbeza saiz dan tumbuh mengganas! Waspada ya!
Sumber : Doktor Rahim
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue Apr 17, 2018 7:52 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Betul Ke Kelopak Mata Berkedip Sendiri Sebab Ada Yang Rindu, Ini 7 Sebabnya Dan Lupakan Mengenai Siapa Rindukan Anda
Ditulis oleh Eddy Hassan,
siakapkeli.my
Anda mungkin pernah mendengar sebelum yang kelopak mata berkedip sendiri tandanya ada seseorang yang sedang merindui anda. Memang boleh buat hati berbunga-bunga la kalau betul ada orang yang rindukan kita kan.
Tapi betul ke? Mitos atau fakta? Kami sendiri pun tidak tahu, tapi apa yang kami tahu dan ingin kongsikan dengan adalah kelopak mata berkedip-kedip sendiri berpunca daripada beberapa sebab, dan ianya tidak baik untuk anda.
Lupakan hal rindu merindu tersebut. Kelopak mata berkedip-kedip ataupun 'eye twitching' merujuk kepada pergerakan saraf dan otot kecil di sekitar mata anda. Pergerakkan kelopak mata adalah perkara normal namun anda harus memandang serius jika ia berkedip banyak kali dan seolah-olah tidak dapat di kawal. Terdapat dua jenis kelopak mata berkedip-kedip sendiri ini iaitu :
1. Blepharospasm
Kelopak mata berkedip-kedip daripada keadaan biasa hingga lebih kerap melibatkan kedua-dua kelopak mata atas dan bawah secara berterusan, dan ia boleh mewujudkan keadaan hampir buta kepada pesakit.
2. Hemifacial spasm
Kelipan yang asalnya berlaku pada kelopak mata merebak hampir kepada separuh muka, biasanya disebabkan tekanan yang diberikan oleh sebahagian lagi muka yang tidak terjejas.
Walaupun keadaan di atas jarang sekali berlaku, namun anda harus berhati-hati kerana ia boleh menyebabkan hadirnya penyakit lain berkaitan saraf seperti Bell's palsy, dystonia, Parkinson, dan sindrom Tourette.
Jadi anda kenalah lebih berhati-hati lepas ini, jangan asyik anggap orang rindukan anda bila mata berkedip-kedip.
Apa-apapun, ada 7 sebab kenapa kelopak mata anda boleh berkedip dengan sendiri.
1. Tekanan
Pernah tak anda perasan setiap kali kelopak mata anda berkedip-kedip, pada masa yang sama anda dalam keadaan stress?
Menurut Dr Monica L. Monica, jurucakap kepada American Academy of Ophthalmology, stress adalah punca utama kenapa kelopak mata boleh berkedip sendiri.
Stress sebenarnya melepaskan hormon dalam badan yang menyebabkan berlaku ransangan otot, yang juga boleh memberi kesan kepada otot pada kelopak mata. Stress ini mungkin berpunca daripada tekanan kerja sepanjang minggu ataupun anda tidak mendapat tidur yang sempurna.
Jadi, bawa-bawalah berehat dan dapatkan tidur yang nyenyak supaya kelopak mata berkedip sendiri hilang.
2. Keletihan
Adakah anda menghabiskan masa selama 7 hingga 8 jam setiap hari untuk tidur? Ataupun anda menghabiskan lebih banyak masa untuk berkerja atau berjaga malam untuk menonton drama. Jika itu puncanya, mata berkedip sendirinya adalah satu bentuk aduan yang dibuat oleh mata agar anda memberi ruang untuk mata anda berehat.
''Kajian menunjukkan adanya perkaitan, dan kami tahu bahawa kelopak mata berkedip sendiri boleh berkurang jika mendapat lebih tidur, walaupun kami tidak tahu sebabnya'
3. Mata Yang Kering
Bagi mereka yang kerjanya perlu menghadap komputer dalam tempoh masa yang lama, ia mungkin menjadi punca kepada masalah ini. Merenung skrin komputer sepanjang hari boleh menyebabkan mata anda menjadi kering. Malah kajian saintifik yang dijalankan menunjukkan bahawa bekerja lebih daripada 7 jam menghadap komputer boleh menyebakan lembapan semula jadi pada permukaan mata menjadi kering.
Jadi anda dinasihatkan untuk lebih kerap menggunakan eye drop dan mengalihkan pandangan sekejap daripada skrin komputer sekurang-kurangnya setiap 20 minit.
4. Ketegangan Pada Mata
Ketegangan mata berbeza daripada mata kering. Mata yang tegang berpunca apabila anda memaksa mata anda untuk fokus secara berlebihan. Misalnya, anda mengecilkan mata anda kerana cahaya yang terlampau terang, cuba membaca atau melihat tulisan yang kecil atau objek kecil pada skrin, ataupun anda seorang yang rabun tapi tidak memakai cermin mata.
5. Alergik
Anda mungkin sudah mengetahui bahawa alergik mampu menyebabkan kegatalan dan mata berair yang boleh menyebabkan kelopak mata berkedip. Jika anda menggosak mata anda, ia mampu membebaskan histamine ke dalam tisu kelopak mata.
Pakar menyarakan anda untuk mengambil ubat anti-histamine, ataupun mencuba ubat titip mata anti alergik yang ada dalam pasaran.
6. Nutrisi Tidak Seimbang
Ia melibatkan beberapa kemungkinan, tapi yang paling penting adalah anda perlu pastikan anda minum air secukupnya kerana dehidrasi boleh menyebabkan mata kering dan kelopak mata berkedip sendiri.
Seterusnya, cuba pastikan sama ada anda sebelum ini menghadapi masalah kesihatan melibatkan perut. Muntah dan ciri-birit boleh menyebakan berlakunya ketidakseimbangan elektrolit dalam badan, iaitu kunci utama untuk memastikan saraf dalam badan berfungsi dengan baik. Jika ia puncanya, cubalah minum minuman khusus untuk ahli sukan ataupun sport drink dan lihatlah perubahan.
Selain itu, ia juga petanda anda tidak mendapat vitamin B, terutamanya vitamin B12 secukupnya yang berfungsi untuk pergerakkan otot dan saraf anda. Jadi, cuba tambah diet pemakanan anda dengan memasukkan menu-menu tinggi kandungan vitamin B seperti daging, telur dan produk tenusu.
7. Kafein
Kajian menunjukkan pengambilan kafein secara berlebihan boleh menyebabkan kelopak mata berkedip dengan sendiri. Kafein ini boleh menjadi pencetus kepada pembebasan hormon serotonin dan noradrenaline, yang boleh meransang saraf kelopak mata.
Sumber : writingandwellness
''Kalau Isteri Terima Kau Waktu Kau Tak Punya Apa, Kau Jagalah Dia Elok-Elok Bro''
siakapkeli.my
Perkahwinan merupakan penyatuan dua hati. Bila sudah memilih untuk berkahwin, sudah tentulah kita menerima pasangan itu seadanya. Namun, lumrah manusia setelah memiliki tidak pandai untuk menghargai.
Seringkali kita melihat kes seperti suami mula berubah hati. Setelah pelbagai susah senang dilalui bersama, mudahnya mencari pengganti. Pengorbanan isteri yang setia di sisi seolah tiada nilai lagi. Benarlah pepatah, isteri diuji bila suami tidak mempunyai apa-apa, suami diuji bila dia memiliki segalanya.
Coretan oleh Amir Syahir melalui laman facebook ini diharap dapat membuka mata para suami di luar sana, agar lebih menghargai isteri yang sanggup bersusah senang bersama anda. Sedar atau tidak walau isteri itu punya banyak kekurangan, namun merekalah tulang belakang yang sentiasa menolak suami ke depan.
Jom kita ikuti perkongsian beliau seperti di bawah ini. Semoga bermanfaat untuk semua.
"Abang. Sayang tak minta kemewahan. Tapi cukuplah Abang sentiasa bahagiakan Sayang, setia dan jujur. Sayang cuma nak Abang jaga keluarga kita dan mencari rezeki yang halal."
Di awal perkahwinan, kewangan suami masih tidak stabil. Jadi, isteri yang baik akan memahami keadaan kewangan keluarga dan tidak minta benda bukan-bukan yang membebankan suami.
Ada golongan isteri yang tak pernah minta wang untuk beli pakaian melainkan suami yang belikan. Beg tangan, kasut sampai koyak pun dia tak mengadu lagi minta ganti. Selagi boleh guna, dia akan guna. Kalau dia nak beli baru pun, dia gunakan duit sendiri je tanpa mengharapkan suami. Kerana dia tahu kemampuan suaminya sampai mana.
Tidur pun beralaskan toto. Makan bersila, sofa takde. Tak pernah minta suami belikan televisyen meskipun dia kesunyian saat suami dan anak-anak keluar bekerja dan ke sekolah.
Rumah sempit, hidup serba kekurangan tetapi bahagia. Indah. Hati pun lapang dan tenang. Asalkan suami dan anak-anak sentiasa berada di sisinya.
Isteri yang baik menerima kita saat kita tiada apa-apa. Mereka sudi disisi kita walau kita tidak berharta. Mereka disisi saat tiada siapa mengenali kita.
Jika isteri jenis yang faham keadaan suami ni, kau jaga la dia elok-elok. Sayang dan setia lah dengan dia. Jangan pernah terfikir nak cari yang lain. Cintailah dia sepenuh hati kau. Susah nak jumpa yang jenis macam ni. Sanggup bersusah senang bersama-sama ni.
Dan jika suatu hari nanti Allah berikan kita rezeki yang lebih, jangan sesekali lupakan isteri yang sentiasa bersama kita saat kita tidak punya apa-apa dulu. Bersyukurlah kerana isteri dan anak-anak, rezeki kita semakin bertambah.
Tahniah buat para isteri yang sentiasa memahami keadaan suami. Yang sentiasa bersama-sama dengan suami saat susah dan senang. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian semua.
Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment