1 Message
Digest #4925
Message
Tue Apr 17, 2018 7:53 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
''Anak Terjaga Tengah Malam Sambil Tangannya Tunjuk Ke Syiling'
Ditulis oleh Sha Rossa,
siakapkeli.my
Ibu bapa yang ada anak kecil mesti pernah mengalami situasi anak tiba-tiba berjaga dan menangis pada waktu malam. Tangisan tu pula bukan sikit-sikit, tapi menangis sampai merah muka.
Hati ibu bapa manalah yang tak gelisah bila anak dalam keadaan begitu. Entah sakit atau pun lebih tepat diganggu oleh makhluk halus. Sedar atau tidak, ada antara kita yang membuka ruang untuk 'mereka
Cuba ingat kembali, ada tak anak patung yang dipamerkan atau dimuliakan di dalam rumah? Perkongsian pengalaman oleh Taufiq Razif melalui laman facebooknya boleh dijadikan peringatan buat ibu bapa di luar sana.
Jangan ambil mudah kerana boleh dikatakan hampir semua rumah pasti ada yang menyimpan patung atau boneka ini. Semoga bermanfaat.
"Eh Kenapa Solahuddin Terjaga Sambil Tunjuk Ke Atas Siling ni?"
Benda ni baru je terjadi semalam. Anak kedua saya ni tiba-tiba je terjaga di tengah malam sambil tangan dia tunjuk ke atas.
Saya yang terjaga terus lihat ke siling yang anak saya duk tunjuk tu. Kosong! Takde ape pun! Tiba-tiba je anak saya menangis!
Ya Allah. Ni mesti kerja Ummu Sibyan ni! Sejenis syaitan yang disebutkan dalam Hadis sebagai jin yang suka ganggu kanak-kanak.
Terus saya palingkan anak saya ke dada saya dan saya tepuk-tepuk punggung anak saya untuk bagi "shock & distract" pada anak saya yang tengah fokus memandang ke atas.
Sambil tepuk tepuk anak saya saya bacakan secara kuat Surah Al Fatihah dan juga Ayat Kursi. Tiba-tiba je tangisan anak saya tu berhenti dan anak saya tu lena sampai ke pagi.
Lepas anak saya tu tidur terus saya bagitahu isteri saya. Rupa-rupanya isteri saya tak matikan radio. Duk pasang lagu entah apa-apa. Patut la benda tak elok masuk ke rumah. Aduh! Saya check juga ada tak anak patung yang mungkin tak sengaja dipamerkan atau dimuliakan.
Kenapa?
1. Anak patung ni hukumnya HARUS pada anak-anak yang belum baligh je. Tak kisah la patung teddy bear ke Batman ke Spiderman ke.
2. Kalau patung untuk anak pun sebaiknya jangan diletakkan di atas meja, digantung di tempat tinggi ataupun dipamerkan di dalam almari. Jangan! Sebab ianya dikira memuliakan patung.
3. Kalau nak juga simpan anak patung, letak je di bawah katil, di kaki ataupun di lantai. Lebih selamat.
4. Patung ni membuatkan malaikat rahmat tak masuk dalam rumah. Jadi agak-agak benda apa yang masuk kalau malaikat rahmat taknak masuk?
Siakapkeli.my
"Bila Aku Masuk Wad, Tengok Atas Siling, Banyaknya Makhluk Merayap!"
siakapkeli.my
Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak dibumi ini melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat didalam kitab yang nyata kepada malaikat yang berkenaan. (Huud: 6)
Ada saja kita dengar cerita seram yang melibatkan hospital. Mungkin ada diantaranya benar dan mungkin ada juga yang hanya ditokok tambah. Walau apa pun alasannya, bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku daripada makhluk yang kita sendiri tidak nampak, tidak salah sekiranya kita mengambil langkah berjaga-jaga dengan membaca beberapa doa sebelum masuk ke rumah setelah pulang melawat orang sakit di hospital atau dikubur.
Ini adalah untuk mengelakkan daripada anak-anak kecil kita ternampak makhluk yang tidak sepatutnya. Kita umum tahu bahawa makhluk halus ini wujud, mereka juga adalah makhluk ciptaan Allah swt. Perkongsian daripada Ariff Budiman Zainal Abidin ini menceritakan pengalaman beliau berhadapan dengan makhluk-makhluk halus di hospital dan menasihati kita agar melindungi diri kita dengan bacaan surah-surah Al-Quran sebagai pendinding. Jom baca beberapa cerita daripada beliau yang digarap berdasarkan kejadian seram di hospital.. Kalau tak kuat semangat jangan baca ya, mengigau pula malam nanti!
Jika ada sesiapa di antara kita atau ahli keluarga kita yang ditakdirkan nanti ditahan di wad hospital..Sebelum keluar dr hospital bacalah ayat matsurath atau ayat qursi lalu kita hembus kiri, kanan, dpn & blkg sblm pulang ke rumah. Amalkanlah. Kita tak tahu apa yg mengikut kita pulang. Yg mnjadi mangsa ialah anak2 kita
"Bila Aku Masuk Ke Dalam Wad, Tengok Kat Atas Siling, Banyaknya Makhluk Merayap!"
April 19, 2017
Ingin aku kongsikan pengalaman sewaktu berada di hospital. Ini dari kaca mata seorang yang sepet matanya.
Bila aku memasuki wad hospital, mata aku yang sepet ini pasti akan memerhati sekeliling atas dan bawah sebab terlalu banyak makhluk-makhluk yang tak dapat dilihat dengan mata kasar.Aku bukan bertujuan menakutkan sesiapa, tetapi itulah pengalaman si mata sepet.
KES SATU
Aku masuk ke wad kelas 3 Hospital Besar ***** ******. Bila tengok ke atas siling, begitu banyak makhluk merayap. Ada mata bulat, mata panjang, ada telinga panjang, ada muka menggerikan bagai. Mereka seakan-akan menanti saat untuk terjun ke bawah.
Di hujung pula, aku melihat seorang lelaki berjalan sambil memegang kepalanya sendiri. Darah memancut keluar dari tengkuknya.Jururawa
Hanya aku yang kadang-kadang melihat di bawah katil pesakit, mayat sedang tidur di bawahnya.Seorang kanak-kanak pula menarik tangan ibunya sambil jari menunjuk ke arah lembaga di bawah katil. Marah si ibu pada anaknya.
Lain kali ibu-ibu yang ada anaknya seperti ini, percayalah bahawa mereka dapat melihat apa yang orang lain tidak dapat lihat dengan mata kasar.
KES DUA
Aku melihat begitu ramai orang datang menziarahi ahli keluarga mereka yang sakit pada waktu melawat. Seorang wanita kelihatan jalannya begitu perlahan.. Di atasnya ada seekor beruk sedang bertenggek dan matanya kemerah-merahan..
Makhluk itu terjatuh dan wanita tersebut terhoyong hayang sebelum dipegang oleh keluarganya yang menyangka dia mahu pitam atau tidak sihat.Makhluk itu tadi bangun dan mukanya kelihatan begitu marah.Dia tahu siapa empunya angkara yang menyebabkan dia terjatuh.Matanya tepat memandang ke arah aku.
Aku baca ayat qursi dan hembus sekali lagi, terus hilang.
"Laa, pasaipa abang pi hembus?
Sat lagi kecoh wad,"
Tegur isteri bila aku ceritakan semula kepadanya.Ada betul juga katanya, aku hanya terdiam.Itulah sikap aku melihat sesiapa yang bawa benda ghaib yang dia sendiri tidak tahu. Aku akan buat dari jauh dan kadang-kadang aku sendiri diserang bila tertidur.
KES TIGA
Sedang aku melihat orang ramai mengelilingi seorang lelaki,rupa-
Anak-anaksibuk dengan handphone, telefon sana sini.Mungkin sedang memaklumkan kepada sanak saudara tentang perkhabaran ayahmereka.
Yang paling sibuk ialah makhluk yang telinga panjang, tanduk panjang sedang menganggu lelaki itu.Saat inilah kita harus bisikkan kalimat Laaila Haillallah padanya. Kita ajarnya kalimat itu.
Bukan kita tengok dan kata pada ayah,"Ayah, mengucap ayah. Mengucap…"sambil tersedu-sedu.
Pedulikan handphone, bisikkan di telinganya Laaila haillallah. Saat itu matanya hanya memandang ke atas. Dia diganggu sebenarnya.
Kalau kita sayang ayah dan ibu ketika ketika saat mereka hampir sampai tak kisah sama ada anak-anak lelaki atau perempuan, ajarlah kepada ibu bapa anda. Itu tanda kasih kita pada mereka. Jangan hanya melihat dan menangis.
Kadang-kadang kalau aku ziarah, aku akan nasihatkan dan ajar anak-anak tentang kalimah ini. Biarlah mereka akhiri dengan penyudah yang baik.
KES EMPAT
Pernah aku masuk bilik mayat untuk meminta surat kematian ibu.Aku melihat ada beberapa makhluk sedang berdiri berhampiran peti mayat. Cuma aku tidak pasti adakah peti itu kepunyaan mereka. Mereka berpakaian seperti biasa yang kita nampak pada manusia.Ada juga yang berwajah hodoh rupanya muka pecah, lidah terjelir keluar. Cepat-cepat aku jumpa yang mengeluarkan surat dan terus
pergi ke pejabatnya.
KES LIMA
Aku masuk ke wad jantung sewaktu ziarah ibu mertuaku.Seorang jururawat begitu tekun membantu pesakit.
Tapi tanpa dia sedar dia diekori sesuatu. Wanita berambut panjang berjalan mengikutnya dari belakang.
Kemana saja jururawat itu pergi, dia akan ikut.Matanya hanya pandang ke bawah saja.Sesekali rambutnya akan tersangkut atasbahu jururawat dan aku melihat jururawat itu menguis seolah-olahnya gatal. Aku hanya dapat melihat tanpa dapat melakukan apa-apa terhadap jururawat berkenaan. Biasalah kalau bertugas di hospital.Sebab itu paling bagus kita amalkan ayat al Matsurat.
Sebelum keluar dari hospital kita baca ayat matsurat atau ayat qursi lalu kita hembus kiri, kanan, depan dan belakang sebelum pulang ke rumah. Amalkanlah.
Kita tak tahu apa yang mengikut kita pulang. Yang menjadi mangsa ialah anak-anak kita.
Siakapkeli.my
''Seram, Jumpa Bungkusan Kain Kapan Diisi Tanah Kubur'
Ditulis oleh Sha Rossa,
siakapkeli.my
Walaupun hidup dalam zaman moden dan serba canggih, fenomena mengggunakan sihir demi mendapat apa yang dihajatkan semakin berleluasa. Biarpun terpaksa menggadaikan diri menjadi hamba jin dan syaitan, asalkan hati mereka puas, apa yang mahu dikisahkan.
Selalunya sihir yang dikenakan ke atas orang lain adalah berpunca daripada perasaan iri hati, dengki, berdendam dan sebagainya dari penyihir. Ada yang tidak boleh melihat kebahagiaan rumah tangga orang lain, lantas mereka menggunakan 'cara halus' untuk memisahkan hubungan pasangan tersebut.
Seperti apa yang dikongsikan oleh Ustaz di Page Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin melalui laman facebook. Pesakit yang datang menemukan bungkusan berbentuk kain di kawasan rumah, tambah menyeramkan diikat pula kain itu seperti jenazah yang mahu dikapankan. Ternyata, orang sanggup melakukan apa sahaja demi kepuasan hati.
Kisah ini diharap dapat dijadikan pengajaran buat semua di luar sana. Berhati-hatilah kerana kita tidak tahu niat setiap orang.
Gambar di bawah sesiapa yang melihat pasti tertanya2 benda apakah itu? Bungkusan apakah tu? Gambar di bawah adalah bungkusan kain yg di ikat seperti jenazah dikapankan.
Bila saya tanya pesakit apa ada dalam bungkusan itu?? Pesakit menjawab hanya pasir dan tanah ustaz.. Saya rasa mungkin itu tanah kubur..
Bungkusan di bawah pesakit sy terjumpa ketika sedang mengemas keliling rumah.. Ketika sedang mencangkul rumput, tiba2 tercangkul sesuatu, bila di korek ada 1 bungkusan. Tak jauh daripada itu terjumpa lagi 3 lagi bungkusan yang sama bentuknya..
Beliau rasa tak sedap hati dan ketakutan dgn kehadiran keempat2 bungkusan ini.. Disebabkan takut beliau datang berjumpa saya. Dari apa sy lihat ada orang yang cuba memporak perandakan keharmonian rumah tangga beliau..
Beliau mudah menjadi kerap gelisah, resah tanpa sebab, sukar tidur malam.. Syukur alhamdulillah izin Allah setelah di ruqyah jin yang menumpang dalam badan beliau dapat di keluarkan. Dunia akhir zaman kerana cemburu melihat kebahagiaan orang lain sanggup buat apa sahaja untuk merosakkan kebahagiaan orang lain..
Ramai tanya saya ustaz boleh tak scan dari jauh? Bagaimana nak tahu ada gangguan makhluk halus dalam tubuh badan kita?? Soalan di atas kerap di tanya pada saya..
Minta maaf, pertama saya tidak buat untuk sacan jarak jauh. Sebabnya saya tak nampak jauh sangat.
Jawapan soalan kedua. Bagaimana kita nak tahu dalam badan kita ada gangguan makhluk halus atau tidak adalah seperti tanda2 di bawah :
1)Kerap sakit belakang, bahu tengkuk urat belikat kerap sakit
2)Kerap sesak nafas, sakit dada, ulu hati
3)kerap rasa resah gelisah berdebar2 tanpa sebab terutama waktu asar ke atas
4)Kerap sakit kepala, makan ubat tetap sakit
5)Kerap kembung perut sedawa angin
6)Kerap rasa berdenyut2, di bawah ari2 (wanita)
7)Kitaran haid tak normal
8)Lambat mendapat zuriat
9)Menjadi rimas lemas cepat nak marah bila berdepan suami atau isteri
10)Kerap bergaduh besar walaupun perkara2 kecil
11)Ketika marah kerap meminta cerai
12)Tidak suka tidur bersama
13)Nafsu tiada terhadap suami atau isteri
14)Tercium bau badan busuk hanyir ,nafas berbau pada tubuh suami atau isteri
15)Suka bersendiri di dalam bilik
16)Tidak suka tempat2 yg bising
17)Sukar tidur malam
18)Kerap mimpi baby,menyusu dan bermain baby
19)Kerap mimpi ular, kala jengking dan binatang berbisa
20)Kerap mimpi pasangan kita curang
21)Perasaan curiga cemburu buta yg kuat
22)Kerap bermimpi tempat kotor busuk
23)Kerap terbau kemenyan, colok setanggi
24)Bila berjauhan dgn pasangan perasan rindu syg amat2 menebal
25)Kerap teringat merindui seseorang yg tidak dikenali dan dikenali
26)Menjadi resah gelisah terdengar azan dan ayat suci Al-Quran
27)Kerap bermimpi bersetubuh dgn org lain
28)Kerap ternampak kelibat dalam rumah
Di atas adalah serba sedikit bagi org yg terkena gangguan makhluk halus, sihir pemisah dan saka. Sekiranya anda banyak tanda di atas dapatkanlah rawatan Islam berhampiran dgn anda, jgn sampai terlambat boleh mengakibatkan kemusnahan rumah tangga anda, kebahagiaan family anda.
Tak berubat dgn sy pun takpe.. Cari yg paling terdekat dahulu.. Ikhtiar.. Moga Allah perkenankan untuk sembuh.. Moga di jauhkan perkara di atas berlaku pada kita dan family kita. Amin.
Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment