Messages In This Digest (6 Messages)
- 1.
- Fw: Abang, Bangun.. Jangan Tinggalkan Saya.. From: ::-eSpAcE 9808-::
- 2.
- Fw: DUDUK TERLALU LAMA BOLEH MEROSAKKAN OTOT TUBUH! From: ::-eSpAcE 9808-::
- 3a.
- Re: Vacancy From: Abdul Rahman bin Johari
- 3b.
- Re: Vacancy From: NagoMakeOre
- 4.
- Pertanyaan: Radiator From: Abdul Rahman bin Johari
- 5a.
- Re: Fw: Kereta Meletup Dan Terbakar From: Mulyadi
Messages
- 1.
-
Fw: Abang, Bangun.. Jangan Tinggalkan Saya..
Posted by: "::-eSpAcE 9808-::" rienacom@yahoo.com.sg rienacom
Wed Mar 7, 2012 7:21 am (PST)
----- Original Message -----
From: ::-eSpAcE 9808-::
Abang, Bangun.. Jangan Tinggalkan Saya..
Posted by greenboc
Kereta tiba-tiba 'terbang'
LEDANG - "Mulanya saya nampak sebuah kereta 'terbang' disusuli dengan bunyi dentuman yang kuat. Saya bergegas keluar rumah dan nampak kereta kancil ini sudah masuk dalam parit," kata saksi kejadian kemalangan maut di kilometer (KM) 1 Jalan Muar-Tanjung Agas, kelmarin.
Saksi, Sa'yon Hamid, 66, berkata, ketika kejadian kira-kira jam 4.45 petang itu, dia sedang berehat di ruang tamu rumahnya berhadapan jalan terbabit sebelum ternampak sebuah kereta Perodua Kancil dipandu seorang lelaki.
"Tetapi saya hairan apabila kereta ini secara tiba-tiba 'terbang' semasa menghampiri simpang berdekatan kedai makan di sini.
"Saya sangat terkejut lalu keluar rumah dan melihat kereta Kancil ini sudah masuk ke dalam parit berhampiran," katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Sa'yon berkata, jarak rumahnya dengan tempat kejadian hanya pada jarak kira-kira 100 meter.
Katanya, setibanya di tempat kejadian, dia melihat pemandu itu berada dalam keadaan lemah di tempat duduk pemandu dengan buih keluar dari mulutnya.
"Mungkin lelaki ini sakit ketika memandu menyebabkan dia hilang kawalan lalu terbabas ke dalam parit.
"Orang ramai mula membanjiri tempat kejadian, lalu salah seorang rakannya menghubungi pihak ambulans Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar tetapi mangsa meninggal dunia beberapa minit kemudian," katanya.
Isteri mangsa, yang mahu dikenali sebagai Yee, 40-an berkata, dia menganggap insiden yang menimpanya suaminya itu hanyalah mimpi.
"Saya masih tidak percaya dan tidak dapat terima berita ini kerana sebelum kejadian suami tidak menunjukkan sebarang perubahan yang aneh.
"Pagi tadi sebelum keluar bekerja, dia seperti biasa dengan sikap cerianya dan berbual bersama ketika sarapan pagi," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris berkata, mayat mangsa, Low Kia Hin, 51, dari Jalan Kim Kee, Muar dibawa ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat.
"Hasil bedah siasat mendapati kematian mangsa berpunca daripada tekanan darah tinggi.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. -SH
'Bangun, jangan tinggalkan saya'
LEDANG: "Bangunlah, jangan tinggalkan saya," kata seorang wanita ketika memeluk jenazah suaminya selepas lelaki berkenaan meninggal dunia akibat kemalangan di Kilometer 1, Jalan Muar-Tanjung Agas di sini, kelmarin.
Kehadiran wanita dikenali sebagai Yee di tempat kejadian menyebabkan orang ramai sedih apabila enggan melepaskan mayat suaminya sebelum dipujuk ahli keluarga lain, kira-kira 30 minit kemudian.
Yee dikatakan bergegas dari rumahnya di Jalan Kim Kee di sini, selepas mengetahui suaminya, Low Kia Hin, 51, meninggal dunia ketika memandu dipercayai akibat serangan darah tinggi.
Menurutnya, dia masih tidak percaya suaminya sudah tiada kerana sebelum keluar rumah, mendiang kelihatan sihat.
"Saya masih tidak percaya dia sudah meninggal dunia. Semua ini bagai mimpi," katanya.
Saksi kejadian, Sa'yon Hamid, 66, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 4.45 petang ketika dia berehat di ruang tamu rumahnya, kira-kira 100 meter dari tempat kejadian.
Menurutnya, pada mulanya, dia melihat sebuah kereta seolah-olah 'terbang' disusuli bunyi dentuman kuat.
"Saya terus bergegas keluar dan nampak sebuah Perodua Kancil berada dalam parit.
"Memang pelik kerana kereta itu tiba-tiba terbang ketika menghampiri simpang," katanya.
Katanya, dia kemudian terus melihat mangsa yang ketika itu begitu lemah dan mulut berbuih.
"Mungkin lelaki itu diserang penyakit ketika memandu menyebabkannya hilang kawalan dan keretanya terbabas sebelum seorang rakan mangsa menghubungi ambulans Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar.
"Mangsa disahkan sudah meninggal dunia tidak lama selepas itu," katanya.
Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tangkak untuk dibedah siasat.
"Hasil bedah siasat mendapati kematian mangsa berpunca akibat tekanan darah tinggi dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. -hm
- 2.
-
Fw: DUDUK TERLALU LAMA BOLEH MEROSAKKAN OTOT TUBUH!
Posted by: "::-eSpAcE 9808-::" rienacom@yahoo.com.sg rienacom
Wed Mar 7, 2012 7:22 am (PST)
----- Original Message -----
From: ::-eSpAcE 9808-::
DUDUK TERLALU LAMA BOLEH MEROSAKKAN OTOT TUBUH!
akuanakpahang.blogspot
Duduk terlalu lama di kerusi pejabat atau sambil membaca buku, menonton televisyen disofa, sememang sangat menyeronokkan. Namun, jangan sering kali melakukannya. Kebiasaan seumpama ini mengikut kajian boleh membesarkan saiz punggung anda.
Bahkan, lebih teruk lagi, boleh menyusutkan otot punggung dan merosakkannya. Peringatan ini datang dari Amit Gefen, saintis yang membuat penelitiannya dalam American Journal of Physiology - Cell Physiology.
Ia melakukan pengimbasan pada orang yang harus duduk dan tidur dalam masa yang lama kerana mengalami kelumpuhan. Hasilnya adalah otot punggung menyusut dan rosak kerana kurang bergerak. Juga diketahui, bahawa sel lemak terus berkembang kerana tidak adanya aktiviti dan mencipta garis lemak yang sangat tebal.
Dari hasil kajian ini, tidak hairan kalau Amit menyarankan untuk para pekerja yang setiap hari duduk selama berjam-jam, menyediakan waktu untuk berjalan kaki. Katanya, penyelidik mendapati bahawa preadipocyte, prekursor untuk sel lemak, berubah jadi sel lemak dan menghasilkan lebih banyak lemak ketika kita duduk atau berbaring dalam jangka waktu yang lama.
Risiko obesiti tentu saja menjadi semakin tinggi. Belum lagi penyakit lain yang muncul kerana terlalu banyak tumpukan lemak dalam tubuh. Jadi, imbangi kebiasaan duduk lama anda dengan aktiviti lain baik dengan berjalan kaki, berlari atau sukan lain.
"Masalah obesiti lebih daripada sekadar ketidak seimbangan kalori. Sel dalam tubuh juga responsif terhadap persekitaran gerakan mekaniknya. Sel lemak akan menghasilkan trigliserida (simpanan lemak terbesar dalam tubuh) lebih banyak dan pada tahap yang lebih cepat, bila terkena regangan statik," kata Amit, dilapurkan daripada Daily Mail.
Penemuan ini menunjukkan bahawa kita perlu lebih banyak bergerak agar sel lemak tubuh tidak dihasilkan secara berlebihan. Termasuk juga memerhatikan pengambilan kalori dari makanan dan minuman yang diambil.
Sesekali kena bawak bergerak dan berjalan-jalan jangan suka melepak aje :)
Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :
- 3a.
-
Re: Vacancy
Posted by: "Abdul Rahman bin Johari" arahman@newhoongfatt.com.my man_apache
Wed Mar 7, 2012 11:28 am (PST)
hehehe
hat baru nak kerja bank takde be?
kaweh ni kerja engineer, rasa nak menukor kerja bank pulok
kalau kerja bank blkg kaunter tu mahal dok gaji die be?
NagoMakeOre wrote:
>
>
> Salam Brader Mod,
>
>
> Minta pelepasan sikit nak iklan luar dari tajuk automobil.
>
> _Jawatan Kosong:_
>
> Kerja : Bank
>
> Position : Account Manager
>
> Lokasi : Kota Bharu
>
> Pengalaman : Sekurang-kurangnya 5 tahun dalam Bisness Banking dengan
> mana-mana Bank Komersil di Malaysia.
>
> Kelayakan : Minima Ijazah dari Universiti Tempatan @ luar negara.
>
> Gaji : Min RM4,500.00
>
> Lain-lain : Boleh menulis dan bercakap dengan baik dlm Bahasa Inggeris
> & B. Malaysia.
>
> Berminat sila e-mail your resume kat saya : rosli.chemat@gmail.com
> <mailto:rosli.chemat@gmail.com > @ nagoboror@gmail.com
> <mailto:nagoboror@gmail.com >
>
>
> Kalau boleh start kerja bulan April 2012. Mana2 yg dah kerja bank dan
> perlu tender 3 bulan, kita akan cuba deal dan bayar dgn your employee.
>
> Terima kasih.
>
- 3b.
-
Re: Vacancy
Posted by: "NagoMakeOre" nagoboror@gmail.com mkorok
Thu Mar 8, 2012 4:12 am (PST)
Bro, saya dulu engineer juga pas tu keja bank... Rasanya baik jd engineer
lah dr keja bank. Tenson tau..
On 8 Mar 2012 03:28, "Abdul Rahman bin Johari" <arahman@newhoongfatt.com.my >
wrote:
> **
>
>
> ** hehehe
> hat baru nak kerja bank takde be?
> kaweh ni kerja engineer, rasa nak menukor kerja bank pulok
> kalau kerja bank blkg kaunter tu mahal dok gaji die be?
>
>
> NagoMakeOre wrote:
>
>
>
> Salam Brader Mod,
>
> Minta pelepasan sikit nak iklan luar dari tajuk automobil.
>
> *Jawatan Kosong:*
>
> Kerja : Bank
>
> Position : Account Manager
>
> Lokasi : Kota Bharu
>
> Pengalaman : Sekurang-kurangnya 5 tahun dalam Bisness Banking dengan
> mana-mana Bank Komersil di Malaysia.
>
> Kelayakan : Minima Ijazah dari Universiti Tempatan @ luar negara.
>
> Gaji : Min RM4,500.00
>
> Lain-lain : Boleh menulis dan bercakap dengan baik dlm Bahasa Inggeris &
> B. Malaysia.
>
> Berminat sila e-mail your resume kat saya : rosli.chemat@gmail.com @
> nagoboror@gmail.com
>
>
> Kalau boleh start kerja bulan April 2012. Mana2 yg dah kerja bank dan
> perlu tender 3 bulan, kita akan cuba deal dan bayar dgn your employee.
>
> Terima kasih.
>
>
>
- 4.
-
Pertanyaan: Radiator
Posted by: "Abdul Rahman bin Johari" arahman@newhoongfatt.com.my man_apache
Wed Mar 7, 2012 11:28 am (PST)
Salam guys
Lama tak posting, nak tanya sikit.
Dulu pernah bercadang nak tukar radiator panjang, sekarang nak tanya.
Apa beza pakai radiator panjang 2 kaki single layer(standard) dengan
radiator pendek 1 kaki double layer?
Ada beza ke guys?
- 5a.
-
Re: Fw: Kereta Meletup Dan Terbakar
Posted by: "Mulyadi" m.mulyadi@nam.com.my
Wed Mar 7, 2012 11:28 am (PST)
Saya setuju dengan pandangan saudara…pembuat kereta perlu ambil initiative untuk buat investigation to find out the route cause…either design problem or RON95
From: automobil@yahoogroups.com [mailto:automobil@yahoogroups.com ] On Behalf Of agai@017
Sent: Wednesday, March 07, 2012 8:55 AM
To: automobil@yahoogroups.com
Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot. com - Fw: Kereta Meletup Dan Terbakar
saya tertarik dengan komen2 kat bawah tu....
rasa saya...bukanlah menjadi punca sgt RON95 tu...
tp yg kena kaji selidik....ialah TOYOTA...
seingat saya....dah banyak kali gak keta TOYOTA terbakar
dan org kat dlm rentung....risau pulak saya...
ada apa2 komen dr org yg mungkin keja kat TOYOTA kt dlm email ni?
From:
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups. >com
Sent: Tuesday, 6 March 2012 10:51 PM
Subject: www.groupautomobil.blogspot. com - Fw: Kereta Meletup Dan Terbakar
----- Original Message -----
From: ::-eSpAcE 9808-:: <mailto:rienacom@gmail.com >
<http://greenboc.blogspot. > Kereta Meletup Dan Terbakar, 2 Beranak Rentung Berpelukancom/2012/ 03/video- kereta-meletup- dan-terbakar- 2..html
Posted by greenboc
<http://3.bp.blogspot. >com/-tFHDqvaf3W4 /T06xEMvaLDI/ AAAAAAAAt4U/ FUYo92HfkLQ/ s1600/rentung. jpg
RENTUNG...dua kenderaan bertembung sebelum meletup dan terbakar, semalam.
Kota Bahru: Memilukan apabila seorang guru lelaki dan anak perempuannya berusia empat tahun mati rentung dalam keadaan berpelukan selepas kenderaan mereka bertembung dengan sebuah pacuan empat roda sebelum meletup dan terbakar di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 malam di Jalan Pasir Puteh, Kampung Padang Kala, di sini, mayat Che Arminudin Abdullah, 42, dan anaknya, Marissa Alma, ditemui di bahagian tengah antara tempat duduk hadapan dan belakang Toyota Rush dinaiki mereka.
Che Arminudin berasal dari Kampung Seberang Kastam, Besut, Terengganu menetap di Kampung Seri Kulim, Melur, dekat sini dan bertugas di Sekolah Menengah Teknik Pengkalan Chepa.
Berdasarkan posisi mayat ketika ditemui, dua beranak itu dipercayai cuba menyelamatkan diri dengan Che Arminudin menarik keluar anaknya, tetapi gagal apabila kenderaan dinaiki meletup dan terbakar.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku apabila Toyota Rush yang dinaiki Che Arminudin bersama anaknya menghala ke Pasir Puteh terbabas dan melanggar tiang lampu.
Menurutnya, kenderaan itu kemudian masuk ke lorong bertentangan lalu bertembung dengan Ford Ranger dipandu Azaizurien Ahmad, 33, dan seorang penumpang, Siti Nor Azreen Md Yani, 24, yang menghala ke Kota Bharu.
"Akibat pertembungan itu kedua-dua kenderaan meletup dan terbakar. Pemandu dan penumpang Ford Ranger berjaya diselamatkan penduduk kampung.
"Mereka dilaporkan cedera parah dan dihantar ke wad kecemasan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk rawatan," katanya.
Menurut Jalaluddin, jenazah Che Arminudin dan Marissa Alma turut dibawa ke HUSM untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga mereka.
Sementara itu, saksi kejadian, Abdul Razak Abdullah, 34, berkata, dia terdengar dentuman kuat ketika bekerja di Kilang Kitar Semula RD Papers di kawasan berhampiran tempat kejadian.
"Saya berlari keluar dan mendapati dua kenderaan berlanggar dan terus membantu menarik keluar dua mangsa yang berada di dalam Ford Ranger," katanya.
Menurut warga Myanmar itu, dia cuba menyelamatkan mangsa di dalam Toyota Rush selepas melihat si bapa cuba menarik keluar anaknya yang berada di tempat duduk penumpang belakang.
"Bagaimanapun, saya tidak sempat menyelamatkan mereka kerana kenderaan itu tiba-tiba meletup dan terbakar," katanya. -hm
comments:
tanda soal said...
innalillah ilaihi ra-jiun
Anonymous said...
ron 95
risau said...
Kenapa kenderaan sekarang muah meletop dan terbakar?adakah berpunca dari minyak RON95 yg byk diperkatakan org ramai??tiada kajian yg dijalankan...
amat risau said...
Kenapa kenderaan sekarang mudah meletop dan terbakar?adakah berpunca dari minyak RON95 yg byk diperkatakan org ramai??tiada kajian yg dijalankan...
Anonymous said...
ron 95?kalau kite tgk zaman sekarang orng berkereta nie semakin biadap dan hilang sopanan jika kereta besar dan berjenama rasa nak exsyen lebih bawak gila2..laju konon nk kata HEBAT...apa kaitan dgn petrol??mmg sifat petrol akan meletup jika tekanan kuatt.Betul kata dr.mathadir pemandu msia bukan cekap sgt,tpi berlagak lbih2,jika pemaduan sopan bagi jalan,tertib insallah SELAMAT.
Anonymous said...
Dulu Unser, sekarang Rush. Vios dan Innova akan menyusul... (mungkin).
Sorry, pendapat aku jer...
AzMiR
Anonymous said...
banyak kereta sekarang bila kemalangan mudah terbakar.. ADAKAH DISEBABKAN RON95????
Anonymous said...
lagi RON95 yang diperkenalkan BN membunuh rakyat, pemimpin BN banyak wang boleh guna RON97
Anonymous said...
sebelum ron 95
kadang-kadang meletup
selepas ron 95
banyak meletup
Anonymous said...
Anon 6.21pm, x semua pemandu kat m'sia ni biadap bro! Tapi ada segelintir yg kureng berhemah. Biasa la kan, manusia! Tapi adalah baik kiranya pihak berkuasa buat kajian Ron95 sbb muthakir ni byk sgt kes accident melibatkan burning & exploding. Smga roh arwah & anaknya d tempatkan d kalangan solehin. Amin
Anonymous said...
Toyota perlu membuat kajian perkara letup-letup nie.
Anonymous said...
kemungkin pada valve plastic yg supply minyak ke engin atau injection. if kena hentakan kuat mcm xcident valve plastic nie akan patah and kunci still on so fuel pump still supply minyak ke engin. dgn keadaan engin panas so next pepaham ler tp sampai meletup nie kemungkin fuel tank dah hampir E. selalunya gas lg mudah meletup dr minyak tambahan pula in high pressure. NIE just teory je and advise kawan2 tgk2 ler valve tu kalau plastic tukar aje dgn besi.
Need to Reply?
Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
Web: Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com
Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz
Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
Web: Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com
Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz
Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Individual | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
No comments:
Post a Comment