Messages In This Digest (4 Messages)
- 1.
- Fw: Kereta Terjunam Dalam Lubang Besar Atas Jalan From: ::-eSpAcE 9808-::
- 2.
- Fw: Gambar2 menarik banjir kilat From: ::-eSpAcE 9808-::
- 3.
- Fw: Apa Hak Polis Tendang Motosikal Orang Awam? From: ::-eSpAcE 9808-::
- 4.
- Fw: APABILA ISTERI MENUNGGU SUAMI PULANG.. From: ::-eSpAcE 9808-::
Messages
- 1.
-
Fw: Kereta Terjunam Dalam Lubang Besar Atas Jalan
Posted by: "::-eSpAcE 9808-::" rienacom@yahoo.com.sg rienacom
Sat Mar 10, 2012 7:36 am (PST)
----- Original Message -----
From: ::-eSpAcE 9808-::
Kereta Terjunam Dalam Lubang Besar Atas Jalan
Posted by greenboc
Terjun lubang atas jalan
KUALA LIPIS: "Kalau treler yang mengekori kereta itu tidak sempat menekan brek, saya tak tahu apa berlaku kepada ketiga-tiga mangsa di dalam kereta itu," kata seorang penduduk, Noor Anuar Ismail, 44.
Noor Anuar antara saksi awal kejadian sebuah Perodua Kancil dinaiki tiga buruh Indonesia terjunam ke dalam lubang besar di Kilometer 43, Jalan Benta-Jerantut berhampiran Kampung Terap, di sini, malam kelmarin.
Dia yang turut membantu mengeluarkan mangsa kemalangan itu berkata, persekitaran tempat kejadian gelap dan hujan lebat selama lebih dua jam menyebabkan aliran air banyak, sekali gus menjadi punca pembetung di bawah jalan itu pecah.
"Apabila pembetung itu pecah, berlaku mendapan yang teruk dan membentuk lubang besar, sekali gus membuatkan jalan itu putus. Ketiga-tiga mangsa itu memang bernasib baik," katanya.
Dalam kejadian jam 9 malam kelmarin, ketiga-tiga warga Indonesia yang bekerja sebagai buruh di ladang sawit berhampiran itu dalam perjalanan pulang ke kuarters pekerja di Kampung Baru Jerkoh selepas membeli-belah di Benta.
Sebaik tiba di tempat kejadian, kereta mangsa tidak sempat mengelak lubang sedalam kira-kira dua meter yang terbentuk akibat mendapan sebelum terjunam hingga mengakibatkan penumpang depan parah manakala dua lagi cedera ringan.
Mangsa yang parah dikejarkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshah) Temerloh manakala dua rakannya menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Lipis dan sudah dibenarkan pulang.
Kejadian itu menyebabkan Jalan Benta-Jerantut ditutup kepada semua kenderaan dan dipercayai berpunca akibat hujan lebat, tetapi beberapa penduduk mendakwa kegagalan pihak berkuasa menyelenggara jalan berkenaan dengan baik menjadi punca utama.
Menteri Kerjaraya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor yang melawat tempat kejadian, pagi semalam mengarahkan JKR Pahang membina sebuah jambatan sementara dan dijangka siap tiga hari lagi.
Beliau mengarahkan JKR Pahang dan kontraktor yang menjalankan kerja menaik taraf Jalan Benta-Jerantut membuat pemantauan dan memeriksa kawasan mempunyai pembetung air di laluan sepanjang jalan itu. -HM
Kereta terjunam akibat jalan raya mendap
KUALA LIPIS - Seorang lelaki warga Indonesia cedera parah, manakala dua rakannya cedera ringan apabila kereta jenis Perodua Kancil dinaiki mereka terjunam ke dalam lubang akibat jalan raya mendap.
Kejadian di Kilometer 43 Jalan Benta-Jerantut berdekatan Kampung Terap itu berlaku kira-kira jam 9 malam mengakibatkan laluan terbabit terputus dua.
Pemandu, Herman, 27, berkata, ketika kejadian, dia bersama dua rakannya, Anuar, 30 dan Wan, 45, dalam perjalanan dari arah Benta menuju ke Jerantut.
"Kami tinggal di Taman Sama, Jerkoh. Ketika kejadian, kami dalam perjalanan menuju ke Jerantut. Ketika itu hujan lebat, manakala keadaan sekeliling gelap-gelita.
"Saya tidak perasan ada rekahan pada laluan terbabit. Ketika melalui jalan itu, kereta saya tiba-tiba terjatuh bersama mendapan tanah," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Herman berkata, dia hanya sedarkan diri selepas diangkat keluar pengguna lain yang kebetulan melalui jalan itu.
"Saya tidak ingat apa-apa dan hanya sedar ketika dibaringkan di tepi jalan. Selain itu, lutut dan dahi saya juga mengalami kecederaan dan terpaksa menerima beberapa jahitan.
"Saya juga dimaklumkan Anuar yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan menerima rawatan lanjut di Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh, manakala saya bersama Wan dirawat di Hospital Kuala Lipis," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan mengesahkan kejadian itu.
Kereta tiba-tiba hilang
Seorang saksi kejadian, Noor Anuar Ismail, 44, berkata, ketika kejadian, dia memandu dalam jarak 50 meter di belakang kereta Kancil dinaiki lelaki warga Indonesia terbabit.
"Saya dalam perjalanan pulang ke rumah di Jerangsang selepas selesai meronda sekitar kawasan Tanjung Besar yang dinaiki air akibat banjir kilat.
"Dalam jarak 50 meter di hadapan, saya lihat dengan jelas sebuah kereta Kancil tiba-tiba hilang. Saya segera berhenti dan terkejut apabila mendapati kereta terbabit terjatuh bersama mendapan tanah serta tar jalan," katanya.
Noor Anuar berkata, dia bersama beberapa penduduk kemudiannya bertindak segera mengeluarkan mangsa daripada kenderaan dan menghubungi ambulans serta polis untuk mendapatkan bantuan.
"Kami bimbang seandainya aliran air makin deras menyebabkan kereta itu terjatuh ke dalam mendapan yang lebih dalam," katanya.
Bina jambatan sementara
Sementara itu, Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor ketika melawat tempat kejadian berkata, jalan tersebut terputus dan tidak boleh dilalui semua kenderaan kerana mendap sedalam dua meter akibat hujan lebat dan dilimpahi air berikutan pembetung air bawah
tanah pecah.
Menurutnya, kementerian akan meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri memasang jambatan Bailey untuk menghubungkan laluan Benta-Jerantut.
"Kementerian meminta JKR negeri memasang jambatan sementara (Bailey) untuk memudahkan orang ramai yang sering menggunakan laluan itu.
"Walau bagaimanapun, jambatan itu hanya boleh digunakan kenderaan ringan dan ia dijangka siap dalam tempoh tiga hari," katanya.
Sehubungan itu katanya, pihaknya turut mengarahkan JKR dan kontraktor yang menjalankan kerja-kerja naik taraf Jalan Benta-Jerantut membuat pemantauan serta memeriksa kawasan mempunyai pembetungan di sepanjang jalan tersebut.
Menurutnya, kerajaan juga meluluskan peruntukan sebanyak RM14.5 juta untuk menaik taraf dan melebarkan jalan itu bermula Disember tahun lalu.
"Saya harap kontraktor terbabit dapat memberi keutamaan untuk membuat dan menggantikan laluan terowong berbahaya terlebih dahulu.
"Jalan Benta-Jerantut ini berusia lebih 40 tahun. Banyak terowong bawah tanah sudah usang dan tidak mampu lagi menampung jumlah air terlalu banyak serta deras terutama jika hujan lebat," katanya.
Shaziman berkata, pemeriksaan itu penting untuk memastikan tiada lagi pembetung atau laluan air sepanjang jalan tersebut pecah di samping mengelakkan sebarang kesulitan. -SH
- 2.
-
Fw: Gambar2 menarik banjir kilat
Posted by: "::-eSpAcE 9808-::" rienacom@yahoo.com.sg rienacom
Sat Mar 10, 2012 7:37 am (PST)
----- Original Message -----
From: ::-eSpAcE 9808-::
Gambar-gambar menarik keadaan/kesan banjir kilat setelah 12 jam hujan...
Ditulis oleh cikgupj
Sekadar untuk berkongsi dengan masyarakat...
SHAH ALAM - Hujan yang berlarutan lebih 12 jam di Lembah Klang sejak petang semalam menyebabkan sebahagian besar kawasan dinaiki air manakala seramai 661 mangsa banjir di kawasan Hulu Langat terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.
Malah hujan lebat juga menyebabkan seorang remaja 13 tahun terbunuh selepas terperangkap dalam runtuhan tanah apabila tebing setinggi lima meter belakang rumahnya runtuh.
Hulu Langat adalah antara kawasan dinaiki air. Kawasan-kawasna lain termasuklah Lembah Jaya di Ampang; Kampung Attap dan Kampung Baru di ibu negara.
Jalan-jalan yang turut dinaiki air ialah Jalan Lingkaran Tengah (MRR2) berhampiran Tesco Ampang dan Hotel Flamingo, Jalan Tuanku Abdul Rahman (kawasan Chowkit), Jalan Tun Razak, Jalan Duta, Pasar Seni.
Banjir juga mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk sejak awal pagi tadi dan banyak kenderaan terkandas. Sementara itu, mangsa-mangsa banjir di kawasan Hulu Lanat dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Sungai Serai, hari ini.
Kesan banjir
Foto Sinar Harian oleh Khiru Shaleh Abdullah[LAGI]
SUMBER :SH
CPJ: Dengan merenung gambar-gambar foto ini, kita sedar bahawa kadang-kadang Allah menguji kita dengan sedikit kesusahan dan rasa takut supaya kita mengenal siapakah yang benar-benar beriman kepada Allah.Inilah tujuan perkongsian cpj. Terima kasih kepada sahabat di Sinar Harian, saudara Khiru Shaleh Abdullah, semoga diberi ganjaran oleh Allah.
- 3.
-
Fw: Apa Hak Polis Tendang Motosikal Orang Awam?
Posted by: "::-eSpAcE 9808-::" rienacom@yahoo.com.sg rienacom
Sat Mar 10, 2012 7:38 am (PST)
----- Original Message -----
From: ::-eSpAcE 9808-::
Apa Hak Polis Tendang Motosikal Orang Awam?
Posted by greenboc
Orang ramai marah polis 'terajang' motosikal remaja
Kurang dua hari disiarkan, gambar seorang anggota polis yang didakwa menerajang seorang penunggang motosikal semasa sekatan jalan raya sehingga menyebabkan remaja berusia 14 tahun itu terbabas dan mengalami kecederaan teruk telah dikongsi oleh tidak kurang 10,000 warga maya.
Gambar-gambar yang dimuat-naik itu menunjukkan seorang anggota polis berpangkat koperal yang memakai jaket hijau kuning serta bercermin mata gelap hitam dan remaja yang terlentang selepas terjatuh itu menimbulkan kemarahan warga maya yang membidas apa yang disifatkan mereka sebagai keganasan polis.
Kejadian pada Sabtu lalu dikatakan berlaku di Taman Tangkak Jaya, Ledang, Johor, dan telah dilaporkan dalam akhbar-akhbar Cina, dengan beberapa daripada mereka menyiarkan cerita itu di muka depan akhbar mereka.
Menurut akhbar Kwong Wah Jit Poh, penunggang motosikal itu yang dikenali sebagai Lim Hup Hwang menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar pada sekitar jam 5:50 petang apabila beliau melalui sekatan jalan itu.
Cedera parah
Ketika cuba menghentikan Lim, anggota polis berkenaan menerajang motosikalnya menyebabkan remaja jatuh itu akibat melanggar pembahagi jalan.
Laporan itu bagaimanpun tidak menyebut sama ada remaja itu cuba merempuh anggota polis berkenaan ketika cuba mengelakkan dirinya daripada sekatan jalan raya.
Lim kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tangkak sebelum dipindahkan ke sebuah hospital swasta di Melaka akibat kecederaan teruk pada kepala, telinga kanan, leher, kaki dan bahagian lain di badannya.
"Ini anggota polis itu! Hanya kerana adik saya tidak memakai topi keledar, dia menendang motosikalnya. Kenapa dia berbuat demikian kepada adik saya yang berusia 14 tahun apabila dia hanya boleh mengeluarkan saman?" soal kakak Lim di posting Facebook posting yang turut memaparkan gambar polis yang sedang bertugas itu.
"Adik saya koma. Beliau mengalami pembekuan darah di lehernya yang terseliuh. Pendarahan juga dilaporkan pada bahagian kepala dan di telinga. Beliau juga terpaksa menerima jahitan untuk kecederaan di seluruh badannya!" -mk
comments:
Anonymous said...
Kalau msikal tu nak melanggarnya atau mlggar org lain disebabkan nak melepaskan diri. Lain pd tu x bolehlah. Tengok fakta kes. Yg betul tu betul dan salah tu salah.
Anonymous said...
sebagai penegak undang2 bukan bermakna boleh melakukan sesuka hati saja,,banyak cara lain yg boleh diambil utk mengambil tindakkan keatas pesalah jalanraya...jika terjadi pada anak,saudara mara beliau begaimana?apa perasaannya. ......... ......... ......... ........
Anonymous said...
xboleh nk 100% salahkn polis...kena tgk gak..bdk tu berenti ke wk2 pemeriksaan polis tu atau cuba nak rempuh polis sebb nak larikn diri...rasanya kalo budak tu elok je berenti waktu kena tahan xknla polis nak suka2 sepak motor tu..ni mesti kes cuba nak larikan diri dr road block ni~~ape2 pn kena dengar penjelasan dari suma pihak..x boleh nk judge just dgr cerita dari sebelah pihak je
Anonymous said...
ramai polis pilih BULU...klu samseng gi serang ceramah bukan B n biarkan je.kisah pakcik aku dirampas alat serta pembesar suara semasa anwar dtg
di sg tgkang rengit adalah satu contoh.sikap berpihak terserlah bila mohon permit berdolak dalik dan buat dmarkas@TANAH PERSENDIRIAN pun diserang.kedtgan anwar ketika itu spt
menghapus PENJENAYAH BESAR dimana sgla unit dn kelengkapan anjing kjaan
seperti menghadapi pperangan besar
1 Malaysia said...
Kalaulah cikgu yang tendang, dah tentu cikgu berada dalam lokap akibat ditangkap oleh PDRM. Yang ini macam mana pulak ya?
Anonymous said...
Bila libatkan polis je, asyik polis salah. Kalau fikir logik, apsal polis nak sepak motor. Mesti le mamat tu tak nak berenti bila ada roadblock. Cuba kakak budak tu jadi polis masa tu. Bila tahan motor tapi tak nak berenti. Bengang tak? Kalau setiap kali buat roadblock, orang tak nak berenti, mesti bengang gak.
wakparjoe said...
Dalam bab ni aku tak salahkan Polis. Aku pernah ada bersama-sama Polis pada suatu sekatan jalan, ternyata memang sakit hati dengan perangai bebudak ni. Tapi bukan aku nak cakap pasai sakit hati. Ini soal peraturan. Bebudak ni yang hangpa tak berhenti pasai apa ? Tentu ada kesalahan yang dibuat ! Mak bapak sekarang bukan heran sangat... biag anak naik motor merata.MOGA ENCIK2 POLIS TERUS JALANKAN TUGAS DENGAN BAIK JANGAN PEDULI SANGAT KOMEN MAK BAPAK YANG JENIS TAK KAWAL ANAK NIE !
Anonymous said...
ni mesti polis tu yg samseng, macam kat Sembrong, Johor baru2 ni bdk2 putra amno macam binatang lagi mengamok masa anwar berceramah di sana. mentaliti otak amno johor (sori kpd org pas johor dan penyokong pas di johor, kita adalah bersaudara, pastikan pru13 tawan itu kubu amno).
tapi kalau namanya polis, majoriti macam anjing suruhan, ceramah pembangkang jaga mati2an, halang sekat dan sembur racun sedangkan keselamatan awam tak diberi perhatian sgt, kerja makan saman trafik macamlah kesalahan trafik tu salah besar, rampas duit rakyat dgn cara saman).
Pejuang Islam said...
Camna pun polis x dk hak cederakan org awam kecuali nk pertahankan dirijika diserang..rakyat bayaq gaji polis bukan untuk sepak terajang kita..kalau salah tangkap n dakwa bukan main blasah lps geram.kalau nk tunjuk hebat p masuk tomoi tunjuk punya jantan jgn keja polis pasai polis bukn buat kerja sukarela tapi di bayar gaji..INGAT DIBAYAR GAJI dekat 2 ribu sebulan bukan untuk belasah org..tapi kalau yg x pakai topi keledar tu adik beradik depa xpe plak la yea..sendiri pikir la.
Anonymous said...
Camna pun polis x dk hak cederakan org awam kecuali nk pertahankan dirijika diserang..rakyat bayaq gaji polis bukan untuk sepak terajang kita..kalau salah tangkap n dakwa bukan main blasah lps geram.kalau nk tunjuk hebat p masuk tomoi tunjuk punya jantan jgn keja polis pasai polis bukn buat kerja sukarela tapi di bayar gaji..INGAT DIBAYAR GAJI dekat 2 ribu sebulan bukan untuk belasah org..tapi kalau yg x pakai topi keledar tu adik beradik depa xpe plak la yea..sendiri pikir la.
PEJUANG ISLAM? Ni lah fahaman islam
Anonymous said...
kalu betul budak tu betul2 nak lari, pasai ape nak sepak? Budak tu penjenayah bawak pistol ke? Ni lah polis haprak, org yang larikan duit juta2 tak plak korang sepakt teranjang..dasar anak bangsat calon neraka.
Dan ape yg mnghairankan, ramai jgak mangkuk2 yg sokong tindakan polis camni..kepda korang sume, aku berdoa anak2 korang kena camni..baru korang tahu.
Anonymous said...
Takpe la cik polis sume..kita hidup kat dunia ni sekejap je..korang pukul, sepak la sume rakyat malaysia kelas bawahan ni..
Kat akhirat nanti korang jawab la..tuhan tu adil.
Sedih tgok ramai sgat rkyat malaysia kena tindas ngan polis.
Ngah Phg asal Melaka said...
betul kata yg diatas tu,,, samseng2 umno yg mengganggu ceramah2 PR diseluruh negara jauh lebih teruk dibandingkan dgn remaja lelaki tersebut...samseng2 tersebut dibiarkan oleh polis begitu je..
Anonymous said...
saya x menyokong perbuatan jenayah, juga x menyokong jika erdapat salahlaku polis. tapi, secara logiknya kalau motor mangsan ni dh berhenti kemudian baru polis tersebut sepak motor mangsa, kemungkinan untuk mangsa mendapat kecederaan yg besar @ serius adalah kurang. kemungkinan di sini adalah motor tidak berhenti di sekatan, mungkin di pandu laju atau cuba melanggar sekatan
Anonymous said...
Polis memang samseng mentang-mentang ada kuasa. Cermin kereta ana pernah dipukul polis(nyaris tak pecah) sebab lambat ketepi jalan kerana ada sebuah kereta VIP nak lalu.Kereta VIP tu diiringi 2 buah polis bermotosikal.Yang tumbuk cermin kereta ana ialah polis yang tak beruniform menaiki motosikal besar.Khabarnya "eskot".Ada eskot yang menaiki motosikal macam digelanggang lumba.Jalanraya diIbu Kota sentiasa sesak bukan senang nak pandu ketepi.Lambat aje,polis naik angin,tunjuk samseng.
Anonymous said...
nak minta penjelasan sikit ?? kalau motor tak berhenti disekatan,ada cara lain yang boleh di gunakan tak ,selain dari nak meyepak ??sikit-sikt nak sepak,takda cara lain ke yang boleh di buat?kalau yang kena sepak tu penjenayah merbahaya dan ganas lagi brutal ok lah juga,tapi kalau kesalahan tu kecil ciput tak ke kesian dengan mangsa yang di sepak tu ?!! nama pun budak baru berumur 14 tahun,rasa-rasanya tahap pemikiran budak 14 tahun sama ke dengan tahap pemikiran orang dewasa ??jangan samakan tahap pemikiran budak 14 tahun dengan pemikiran orang dewasa.kadang-kadang tu tahap pemikiran orang dewasa lagi teruk dari budak yang berumur 14 tahun.sebagai contoh komen-komen haprak yang ada diatas tu.
Anonymous said...
aiseh!!! perkara kecil jer nih. Budak tu cuba membunuh. Apa salah kalau budak tu berhenti bagi minum kopi, taklah kena lompat terajang.
Anonymous said...
naik moto tiada lesen, salah.
Melarempoh sekatan polis, salah.
Polis terajang budak tu, tak salah.
Begitu?
Anonymous said...
kata la budak tu yg salah sebab cuba lari, apa pun alasan polis w/pun peraturan/undang2 yg sedia ada memang 'polis betul', saya tetap berpendirian 'undang2 atau carakerja polis yg sedia ada' patut d rombak....eleh pergi kpd perkara pokok, apa tujuan helmet dan apa tujuan polis suruh penunggang pakai, adakah utk keselamatan orang lain atau penunggang itu sendiri? kalau utk tujuan keselamatan si penunggang sendiri then kenapa perlu kejar dan tendang sedangkan resiko bahayanya sudah maklum kalau tak pakai helmet.....kenapa tak ambil nombor motor saja? then kenapa kenderaan kat malaysia perlu pamer nombor pendaftaran?
Anonymous said...
Kalau budak tu lari sekatan disepak n jatuh sampah cedera parah...kalau kereta lari sekatan polis tu buat ape? Dorg penah try sepak?
- 4.
-
Fw: APABILA ISTERI MENUNGGU SUAMI PULANG..
Posted by: "::-eSpAcE 9808-::" rienacom@yahoo.com.sg rienacom
Sat Mar 10, 2012 8:36 am (PST)
----- Original Message -----
From: ::-eSpAcE 9808-::
----- Original Message -----
From: Mat Rock
Subject: APABILA ISTERI MENUNGGU SUAMI PULANG..
Rock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan matrock)
DALAM KEPALA OTAK ISTERI APABILA SEDANG MENUNGGU SUAMINYA PULANG..
11 MLM, 12 TGH MLM, 2 PAGI, 4 PAGI ....
--------------------- --------- --------- --------- --------- -
Need to Reply?
Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
Web: Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com
Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz
Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
Web: Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com
Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz
Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Individual | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
No comments:
Post a Comment