Messages In This Digest (1 Message)
- 1.
- Fw: Kerabat Kei Kar. From: suhaimi ibrahim
Message
- 1.
-
Fw: Kerabat Kei Kar.
Posted by: "suhaimi ibrahim" designplanet78@yahoo.com designplanet78
Mon Mar 12, 2012 3:03 am (PDT)
Kerabat Kei Kar. sibuk dengan kerja partime buat sementara waktu. Oleh itu dengan sedih
blog ini terbiar seketika. Kenapa buat kerja partime? Kerana duit lah..
Kerana duit juga kita berjimat cermat. Sebut pasal cermat mesti ingat
kereta cc kecil atau Kei car. Kenderaan kelas ini juga dibayangi saiz
dan enjin yang kecil. Tahukah anda kelas Kei pernah dibina sekecil
2.8meter panjang dan terdapat enjin 150cc empat lejang dan 100cc dua
lejang. Kei kar bukan dibina untuk kepantasan. Saya tahu pemilik kancil
turbo menentang kenyataan ini. Ada sebab kereta-kereta comel ini
di-turbo kan.
Pembinaan Kei kar bermula pada tahun 1949 setelah tamat perang dunia
kedua. Kebanyakan rakyat Jepun miskin dan kadang kala tidak mampu untuk
memiliki kereta apatah lagi motosikal. Untuk mengalakkan industri
automotif, kerajaan telah mengenalkan kelas Kei car. (keijidosha =
kereta ringan). Tetapi pada tahun 1970'an jualan semakin kurang dan akta
Kei car diubah menjadi saiz enjin kepada maksimum 550cc.
Ketika semua pengeluar membina Kei car yang agak perlahan pick-up nya.
Pada tahun 1982 Honda telah menghasilkan Honda City Turbo. 1.3cc SOHC
turbo. Manakala Nissan mengeluarkan enjin turbo untuk kereta kereta
mereka dengan hasil Garrett turbocharger pada enjin E15ET 1.5cc. Tapi
kedua keduanya agak terlalu besar untuk dilihat sebagai Kei car. Tetapi
kereta ini telah memperlihatkan kepada dunia bahawa kereta kecil tidak
memestinya perlahan dan membosankan.
honda city
'bulldog"
G11 detomaso
Mengambil iktibar dari peristiwa itu Daihatsu telah menghasilkan G11
turbo 3 silinder dengan IHI turbo carburator. Akan tetapi dengan saiz
enjin 993cc, ianya masih dikira besar. Versi DeTomaso yang menjadi
kegilaan ramai telah dihasilkan tahun berikutnya. Lewat tahun 1983
lahirlah kereta Kei car yang menjadi ikon untuk nama Mira. Dengan enjin
dua silinder berkapisiti 550cc. Kereta ini telah mengalahkan Fiat Panda
30 dan Citroen Visa Club dari segi prestasi dan keseronokan memandu.
Menggunakan chasis L55 yang nampak sederhana ianya menjadi satu model
yang menarik. Terdapat juga versi 4WD turbo dihasilkan tahun berikutnya.
mira L55
MMC Minica
Mitsubishi mengikut rentak ini dan menghasilkan Minica. Chasis 2 pintu
dengan enjin G23B SOHC karbutaror 546cc dengan berat 560 kilo. Cukup
ringan untuk menghasilkan impak. Di tahun 1984 Subaru dan Suzuki telah
mengambil keputusan untuk menyertai pesta Kei car dan menghasilkan
Subaru Rex (adik bongsu manja WRX) chasis 2 pintu dengan enjin EK23
Sohc, 544cc pengecas turbo. Terdapat juga versi 4wd dengan berat
tambahan 85kg. Penghujung 1985 Nissan mengeluarkan March Turbo.
Berbekalkan kuasa MA10ET dengan beban 710kg chasis 2 pintu, ia memberi
makna baru keseronokan kereta cc kecil. Tapi ramai yang berkata ianya
bukan DNA Kei car sebenar. Kerana di Jepun Kei car terhad kepada 660cc
sahaja.
iklan march turbo
1984 subaru rex
turbo 4wd
Daihatsu tampil dengan kecemerlangan kali ini lewat 1985dengan siri
Mira/Cuore. Siri Mira TRXX ini didatangkan dengan chasis 2 pintu dengan
enjin EB 547cc IHI turbocharger. Tidak lama selepas itu versi 4 pintu
dan versi 4WD juga untuk tujuan biasa dan cargo.
1985 mira turbo
Selepas Mira TRXX bermulalah perang kuasa antara kereta kereta Kei car.
BANZAI!!! prraanngg......... keepishh! " ape die ingat kompeni die je
buat henjin turbo, siap ko"
baca artikel penuh di sini =klick=
sembang-automobil
Artikel bebas mengenai kereta, automobil dan perkara
yang sewaktu denganya
http://sembang-automobil. blogspot. com
Need to Reply?
Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
Web: Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com
Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz
Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
Web: Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com
Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz
Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Individual | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
No comments:
Post a Comment