Monday, January 21, 2013

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3488

3 New Messages

Digest #3488

Messages

Sun Jan 20, 2013 10:08 pm (PST) . Posted by:

Salam,

Info terkini: Cadangan Tarikh Pilihanraya telah dihantar ke Pejabat Peguam
Negara untuk perkenan Agong.

Parlimem Bubar pada Jumaat: 22/02/2013
Penamaan Calon pada Sabtu: 16/03/2013
Hari Mengundi pada Sabtu: 30/03/2013

Sekian untuk makluman

Mon Jan 21, 2013 6:57 am (PST) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom



Pengguna rokok e-elektronik terdedah pelbagai penyakit kronik
Bernama Media
a.. BENTONG, 20 Jan (Bernama) -- Penjualan rokok e-elektronik bukan sahaja salah di sisi undang-undang malah pengguna produk itu turut terdedah kepada pelbagai penyakit kronik.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata penjualan bahan dan produk itu adalah salah mengikut Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

"Mereka yang didapati bersalah menjual dan mengedar produk itu dan cecair nikoton untuk kegunaan rokok e-elektronik boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan sijil kepada 353 pelajar cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dan Penilaian Menengah Rendah bagi kawasan Parlimen Bentong di sini, hari ini.

Liow berkata sekalipun salah, namun penjualan rokok e-elektronik itu sukar dikawal berikutan orang ramai didapati melakukan pembelian menerusi internet.

"Rokok e-elektronik atau e-rokok ini kononnya bertujuan membuang tabiat merokok secara beransur-ansur, tanpa disedari mereka yang menggunakannya terdedah kepada kepada pelbagai jenis penyakit kronik," katanya.

Pada perkembangan berkaitan, Liow yang juga anggota Parlimen Bentong berkata kerajaan menyediakan peruntukan yang besar dalam Belanjawan 2013 bertujuan memastikan kualiti hidup yang lebih baik dan sihat.

Katanya tidak ada gunanya jika negara mencapai status negara maju menjelang tahun 2020 dan rakyat pendapatan tinggi tetapi mereka berada dalam keadaan tidak sihat dan menghidap pelbagai jenis penyakit kronik.

"Keadaan seperti itu akhirnya akan menyebabkan produktiviti dan ekonomi negara tidak meningkat.

"Kita berharap rakyat mengamalkan gaya hidup sihat dengan banyak membuat senaman sekurang-kurangnya 20 minit setiap hari dan menjauhi tabiat yang boleh merosakkan kesihatan seperti merokok," katanya.
comments
a.. A Yahoo! User •
a.. hisap ganja je
a.. M.A.
Hisap lah apa pun....dadah lagi bagus .Cepat sikit mati. Rokok lambat sikit.
b.. shan •
b.. better ban this item, some genius will invent one which also vibrates and women will go crazy over them.
c.. yasin •
Jual candu ada lesen, jual ganja ada lesen, tetapi jual belacan tak ada lesen. saya smuggle dari Malaya.
d.. dugong •
sama jgk dgn berjudi.. sbb dh byr TAX, Genting, TOTO, Magnum, DaMaiChai kira HALAL beroperasi. Arak HARAM tp nape kilang CARLSBERG dn GAB masih beroperasi??? sbb byr TAX. K-POP dibenarkan membuat persembahan di Mesia, w/pun dh nmpk terdedah sana, terdedah sini, terkangkang sana terkangkang sini.. sbb dh byr TAX. semua tahu merokok blh mengundang penyakit kanser tp sbb byr TAX larhh kira tak per.. yg HARAM blh jadi HALAL klu bayar TAX TAX TAX....
e.. Jacky Chiam •
Aku tak denga BERITA pun cakap in barang merbahaya...dan membunuh pun. Mungkin Kerajaan Malaysia gagal mengenakan cukai kepada barang tersebut menyebabkan ia HARAM...?
f.. Gogula •
pasal tak dapat tax...lah tu...
barang yg tak baik, lepas bayar tax baik lah tu
g.. jebon •
e-rokok and rokok tembakau.....huhuhu dah nama rokok memanglah ada penyakit kronik . cuma e-rokok mati bersendirian tapi rokok tembakau mati beramai-ramai.....asap rokok tembakau membunuh orang yang terdekat ....Anyway i select to e-rokok....it will not effect my family but only myself and i can smoke erokok while huging my wifeeeeeeeeee.....but normal rokok cannot....hhehehhehhehehhehe the smell my wife hate me . so conclusion normal rokok my wife hate me when me near her and with erokok she love me...and no more smelling tabbaco in house
h.. M.A. • 4
Semua rokok bawa musibah kepada penagihnya....aku tak kisah kalau orang bukan Islam nak hisap rokok berbilion batang pun tapi bila orang Islam hisap rokok ini masalahnya. Haram mencampakkan diri dalam kebinasaan. Jadi kalau haram tentulah berdosa. Kalau dah berdosa layak pula masuk neraka. Ada orang Islam yang sanggup keluar belanja beli rokok 2 kotak sehari (RM20) tapi lokek kalau nak beli buku-buku untuk anak-anak. Lepas tu nak harap anak jadi manusia pandai. Tak masuk akal langsung.
i.. Pelandok •
Kalau tanya pada kaki rokok e-elektronik depa kata tak bahaya semua ok tapi rupanya kena tipu selama ni...
j.. Riduan •
cakap jer lah korang nak CUKAI!!!!!
k.. Mayat •
You are not cool if you don't smoke...
l.. khairil •
elehh..gov tak dapat tax, sales rokok merudum
m.. zulh •
n.. kalau tanya pada kaki dadah, dadah tak bahaya lah katanya
o.. Khalifah •
Bila kerajaan kata bahaya orang x percaya kata kerajaan tipu.... bila kerajaan x cakap apa2 orang kata kerajaan tidur...... hakikatnya orang sentiasa dok kata hahahahaa
p.. Jacky Chiam •
Kementerian Kesihatan tidak patut denda pengimport dan pengguna. Kementerian patut mendenda Jabatan Kastam kerana membenarkan barang haram tersebut masuk ke Malaysia.
RAKYAT hanya pengguna sahaja dan mana tahu keracunan bahan tersebut. Itu tugas Kementerian Kesihatan memantau perkara tersebut. Jangan ingan saman RAKYAT sahaja dan Jabatan Kastam bebas dari tanggungjawab.
q.. Mohd fairuz •
benda ni dh kuar dlm berita 9.x merbahaya pn.lbh la berita BERNAMA ni.
r.. sham •
kalau kementerian kesihatan kata rokok e-elektronik membahayakan kesihatan dan siapa yang menjualnya boleh didenda sehingga RM3000 ringgit KENAPA tak denda aje kedai mamak atau kedai yang menjual rokok sebab depa pun jual ROKOK yang membahayakan kesihatan juga.
Aku sokong sebab tak dapat tex sebab itu haram benda tu kalau kena tex mesti ok tak haram (sebab ada masukkk)
Sepatutnya kerajaan patut sokong sebab ianya dapat mengurangkan perokok tegar dinegara kita
s.. joseph h •
KKM ke yahoo yang tak habiskan penjelasan. e-cig tu tak merbahaya. yang merbahaya dan termaktub dalam Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 adalah "NIKOTIN CECAIR".

Dalam keadaan berkepekatan tinggi, CECAIR NIKOTIN boleh digunakan sebagai racun senyap.

bacalah pasal keracunan nikotin dalam wikipedia.

"full disclosure - aku pun isap e-rokok gak cuma aku penghisap yang berilmu"
t..
Ahmad •
Kerajaan goyang cukai rokok kurang.. E-rokok kerajaan x dapat nak cukai..
u.. En Cheng Kodok •
Judi dan arak pun tak baik gak... tapi sebab dapat tax... tak kata apa pun.
v.. ahmad •
bahaya!!!..sebab tax gov tak ada masyukkkk!! rugi maaa..huhu
w.. Soul •
all about taxes...betul tak 'kera...jaan'? fap..fap!
x..
Dhanasilan •
Apa yang menyebabkan penyakit kronik tu?? Sila jelaskan dengan lebih terperinci wahai Menteri Kesihatan. Kita berhak untuk mengetahui kajian kesihatan mengenai e-cigg yang telah dijalankan oleh kerajaan.
y.. wnj6978 •
klo nk sihat jgn bg rakyat dpt penyakit, HARAMkan terus kemasukan & penjualan rokok,judi&arak..blh ke kerajaan bt begitu???sehingga kini,kita masih lg nmpk gejala demikian..walaupun,pelbagai usaha diadakn....xgune...
z.. Bob • 4
tpi klu nk bandingkan risiko e-rokok dgn rokok biasa.. e-rokok lbh kurang risikonya.. klu nk dikirakan risiko ler..!!! pikir satu ckup.. rokok biasa ada berapa ribu bahan racun? e-rokok plak bp? sapa ada jwapan? sya tkda.. hehe..!
aa.. Afif •
knpe xharamkan sekali rokok tembakau juga yang bnyk mendatangkn penyakit kronik? lucu...
ab.. Mohd Khairil Anuar •
dah kalau nak kan negara yg sihat jgn jual terus lah rokok........
ac.. REN •
If this have to go, then the ROKOK have to go also....if you are concern over peoples health please consider of banning the cigarette... Cheers!
ad.. Emperor •
bahaya ke rokok tak laku?
ae.. Pasola Menteri •
Nak berhenti merokok senang je,makan rokok tu,jgn hisap.Rasa dia tentu xsdp jd korang akan tertanya2 kenapa aku isap benda yang rasanya mcm hampeh.settle.
af.. mat riffin •
e-ciggarete....kebaikan/advantage...no tobacco toxins and no toxic smoke.So the smoke is harmless to the third party.
Base Liquid
Danger:....Diethylene glycol(poisonous hydroggll liquid)
Acceptable:...propylene glycol(PG),vegetable glycerin(VG),polyethylene glycol 400(PEG400)...these are used in food additives,personal care products and asthma inhalers.

Boston University 2010.....level of carcinogen 1000times lower than regular ciggarete
2008 New Zealand...nocotine + carconogen below harmful levels.
CHEERS...........enjoy your e- ciggarete
ag.. Malim •
Penyakit kronik disebabkan oleh E-Rokok.....boleh diubati dengan E-Ubat.....kah kah kah
ah.. Joseph •
BOO....sebab apa??? sebab rokok e-elektronik xda tax, manakala rokok batang kerajaan mgaut keuntungan bjuta-juta drpd hasil tax rokok...
ai.. alley •
dua dua bahaya,
aj.. Salimi Nasir •
Propaganda jer tu. Klu x, negara yg lebih maju dr kita seperti US,UK dn dll dah kluarkan statement tu sb research diorg lbh hebat dr kita. Smua tu smata2 utk kpntingan ekonomi negara jer sb cukai dr hasil tembakau (rokok) adalah penyumbang utama dlm ekonomi Malaysia. Klu rakyat dh b'hnti isap rokok tembakau, kerajaan hilang punca pendapatan yg agak besar. Sebab sudah diketahui perokok tegar susah utk berhenti merokok, tetapi dgn timbulnya e-rokok ini menyebabkan mereka boleh mengawal pengambilan hasil tembakau yg m'pnyai cukai yg sgt tinggi.
ak.. ryo •
pada yg xmampu kembali kepada canyon, nusantara n etc
al.. zulh •
Nak berhenti merokok, berhenti je lah terus.....tak yah dok cari alternatif lain lagi.nak berhenti buat dosa, takkan dengan buat dosa2 kecik dulu baru berhenti hehehe lawak lawak rakyat kita ni
am.. syeful latif •
ye lar tu. Minum arak lebih buruk kesannya terhadap masyarakat.
an.. Al-El •
Aku merokok dr umur 12 tahun. Isap rokok sampai umur 30 tahun. Sampai hari ni aku dah benti utk 2 tahun. Serious beb, so much positive difference.
Kpd sape2 nak benti tu, caranya... benti je. Takyah nak kurangkan atau nak cari substitute. 2-3 minggu je korang akan suffer. Pastu dah ok dah..
Theory nak benti sikit2 tu x jln. Aku dah try utk bertahun2 dah. Slalunya apa yg terjadi, utk satu hari kalau aku berjaya benti, aku akan rewardkan diri utk aku ngan sebatang atau 2 batang, dan dgn alsan, besok leh try lai. Tp bile esok, lai byk aku isap especially kalau tension. Bile nak game cam gitu..
ao.. Sekupang •
Bahaye sebenarnya adalah bila kerajaan tak dapat kutip cukai.....perokok berkurang, hasil cukai merosot dengan teruk sebab rokok elektronik ni kos lebih rendah.... Paham-paham aje lah....puak BN bagi statement lain....tapi maksud tersirat lain pulak....
ap.. Hassan Hussain •
kalau sayang nyawa tu,baik berhenti la merokok tu..
aq.. elanl •
berapa orang yg dah dapat penyakit kronik hisap e cig nih??..apa penyakitnya??..ada facts and figure ke??..or just cakap kosong tak tentu hala?..saya dah stop rokok tembakau dan tukar pada e cig nih dah masuk 6 bulan..alhamdulilah ok je..malah tahap kesihatan bertambah baik..bukan saya seorang..malah kawan2 lain pun sama..dapat kebaikkan..TRASH TALK LAAAA KKM WEIIII!!! PETUIHHH!!!
ar.. emadri •
no tax= x baik utk kesihatan ekeleeehhhhh...baru gua nak berjimat...bnda ni dah bertahun kan xkan sekarang baru nak kecoh....puiiiii
as.. Roxi •
1bungkus 10hengget lbh. kalo tahon 2020 nnti. 1bungkus 20hengget. wow! kaya2!
at.. AZNARUDIN •
Salam 1Malaysia,....kalau nak buang tabiat merokok,tak payah kita menggunakan rokok e-elektronik ni,kalau kita masih pakai benda alah ni masih berasap juga kan!...saya mampu berhenti daripada ketagih rokok dengan mengamalkan cara seperti berikut:1:selslu berpuasa sunat,2:sentiasa sibokkan diri melakukan pelbagai aktiviti harian di rumah ataupun di tempat kerja,dan yang akhir sekali saya selalu berkata dalam hati saya.....saya bukan perokok apabila saya rasa ketagih hendak menghisap rokok.Inssya-ALLAH dengan mengamalkan sedikit petua yg saya berikan dapatlah kita menikmati gaya hidup yang lebih sehat.TIRULAH MACAM SAYA>selamat mencuba....salam 1malaysia...
au.. ihsan •
Pandai la.. korang xdpat duit tax rokok.. bahaya la..dah la xda reason bernas..tiba2 bahaya plak.. haritu yg masuk tv3,tv7 akbar..apa benda.??
av.. khairil •
KKM sila jalankan kajian..sertakan bukti dan fakta (e-cig vs gov cig)
aw.. Zairul •
alah tak dpat cukailah tuh.. sebab tuh jadi bahaya tu..... taktik lama...
GROUP FOOTER MESSAGE
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: