Friday, January 4, 2013

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3474

5 New Messages

Digest #3474
1
Fw: Gaji Minimum Bermula 1 Januari 2013. by "-::eSpAcE9808::-" rienacom
2
Fw: CARA BERAK YANG MEMBAHAYAKAN DIRI by "-::eSpAcE9808::-" rienacom
3
Fw: Siapa Punya Angkara Ni?.. by "-::eSpAcE9808::-" rienacom
4
Fw: Mujahiddin musnahkan 103 pesawat by "-::eSpAcE9808::-" rienacom
5
Fw: KERANA SEMUANYA ADALAH MUSLIM. by "-::eSpAcE9808::-" rienacom

Messages

Fri Jan 4, 2013 5:44 am (PST) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom

Gaji Minimum Bermula 1 Januari 2013. Gaji Naik VS OT & Elaun Dikurangkan?
penpasksgb.blogspot
Staff Berita Semasa

Gaji minimum 2013 : Akhirnya bermula semalam, 3 juta kakitangan swasta termasuklah pekerja asing dalam pelbagai sektor akan menerima gaji minimum yang bermula semalam iaitu 1 Januari 2013 melibatkan 500,000 majikan di Malaysia untuk melaksanakan dasar gaji minimum. Adakah majikan anda turut terlibat sama?

Ini kerana daripada 4,200 ada cuba untuk menghantar permohonan penangguhan pemberikan gaji minimum 2013 tetapi hanya 632 syarikat diluluskan.
1.. Itu pun hanya sehingga April 2013 sahaja dibenarkan penangguhan atas faktor kewangan.
2.. Majikan yang membayar gaji lima pekerja atau kurang juga diberi penangguhan hingga 1 Julai 2013 ini


Kadar gaji minimum yang ditetapkan ialah RM900 sebulan atau RM4.33 sejam di Semenanjung Malaysia, manakala RM800 sebulan atau RM3.85 sejam di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Dengan adanya dasar gaji minimum yang akan dikaji setiap 2 tahun, diharapkan pada masa akan datang kakitangan swasta di Borneo diberikan hak sama rata dengan kakitangan swasta di Semenanjung Malaysia. Ditambah dengan realiti harga barang yang berlaku di Borneo kecuali bahan mentah agak mahal berbanding harga di Semenanjung Malaysia. Taraf hidup tinggi, tetapi pendapatan rakyat Sabah & Sarawak masih lagi rendah.
Contoh paling mudah, lihat harga barang keperluan rata-rata ada tertulis harga yang berbeza antara "east malaysia" dan "west malaysia", yang mana lebih tinggi? Barang keperluan ini ertinya yang diperlukan oleh orang ramai.
Diharapkan pihak berwajib memandang isu ini dengan serius. Bagi mengelakkan tanggapan diskriminisi terhadap kakitangan swasta yang bekerja di Sabah dan Sarawak..

Satu lagi, untuk apa dasar gaji minimum ini meliputi pekerja asing sekali? Sepatutnya, ok ini hanya cadangan daripada kami :
1.. Naikkan cukai pendapatan pekerja asing kepada 35%
2.. Ketatkan syarat pengambilan pekerja asing
3.. Terhadkan masa kerja pekerja asing dari tempoh 2 tahun kepada 1 tahun 6 bulan sahaja
Apabila kerajaan Malaysia menaikkan gaji minimum untuk warga tempatan, rakyat kita sendiri sekaligus ia sebenarnya memberikan satu galakan kepada pekerja tempatan untuk menceburi bidang perkilangan contohnya. Dan majikan akan tiada pilihan dan akhinrya membuka kuota jawatan lebih kepada warga tempatan. Kami beranggapan adalah lebih baik kerjaan kaji semula dasar gaji minimum untuk orang asing.
"Di Singapore, kalau tidak silap kami cukai yang perlu dibayar kepada kerajaan Singapore sangatlah tinggi untuk setiap pekerja asing iaitu sekitar $150 setiap bulan. Sebab itulah hanya orang kaya-kaya sahaja yang menggunapakai pembantu rumah"
Akhir sekali sekali kepada pihak majikan, dengan pelaksanaan gaji minimum ini diharapkan tidak timbul situasi seperti di bawah ini :
1.. Gaji RM900 dan majikan dibenarkan potong @ kurangkan semua elaun & OT sudah tiada lagi atau dikurangkan.
2.. Yang managaji lebih RM900 paling tinggi majikan akan naik sehingga 10%. Contohnya, seperti kerja kilang yang mana ada 2 syif majikan boleh buat tiga syif. Siapa untung?


Dan memang sepatutnya, pelarasan gaji minimum ini kena ikut kewangan syarikat. Jikalau syarikat kecil tidak perlu sebenarnya untuk permulaan ini. Maksud kami, keuntungan syarikat berpuluh juta @ ratus juta ringgit tetapi gaji pekerja mereka sangat kecil. Itu minda kapitalis & ini yang seharusnya perlu diperbetulkan. Syarikat besar yang perlu difokuskan terlebih dahulu.

P/S : Walaubagaimanapun, ia satu permulaan yang baik daripada pihak kerajaan untuk melaksanakan dasar gaji minimum 2013 di Malaysia. Cuma masih ada lagi ruang untuk penambaikan di masa akan datang. Apa kata anda pula?

Gaji Minimum 2013 Pekerja Sektor Swasta di Malaysia (6 Juta). Semenanjung (RM900 Sebulan). Sabah, Sarawak (RM800 Sebulan). Realiti @ Tangguh?
beritasemasa.com
by Staff Berita Semasa

Gaji Minimum 2013 : Berdasarkan laporan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia menunjukkan bilangan penduduk di Malaysia adalah berjumlah 28.3juta. Daripada jumlah itu, tenaga kerja di Malaysia ini sudah pun mencecah 13 juta orang atau secara lebih tepat, kalau kita mengikut statistik September 2012 ialah 12.96 juta. Dan…..lebih daripada 50% atau enam juta terdiri daripada pekerja-pekerja dalam sektor swasta.

Tinggal beberapa hari sahaja lagi) Malaysia bakal meninjak ke tahun baru, Tahun 2013. Dah tak lama sahaja lagi…..

Kalau sebelum ini heboh diperkatakan bahawa gaji minimum akan dilaksanakan pada tahun 2013. Akan tetapi, baru-baru ini keluar laporan berita diberitahu bahawa terdapat lebih daripada 4,500 majikan yang ada memohon supaya pelaksanaan gaji minimum 2013 ini ditangguhkan. Apabila mendengar berita ini, teringat kami dengan satu pepatah ini :

'rumah siap, pahat berbunyi'.

Kalau diikutkan sebenarnya :

Pada masa itu, Majlis Konsultasi Gaji Negara telah pun membahaskan, membincang dan merumus isu gaji minimum 2013, tetapi persoalannnya sekarang ini apakah tidak diambil kira pandangan- pandangan seluruh termasuk juga majikan-majikan yang "memberontak" supaya dasar gaji minimum dilambatkan daripada tempoh sepatutnya?

"Bagi kami angka 4,500 majikan bukanlah jumlah yang kecil sebenarnya"

Hakikatnya sekarang ini gaji pekerja di Malaysia sudah pun disahkan sebagai rendah. Berita Semasa, jangan pandai-pandai nak berikan kami fakta yang salah!!! Tidak, tidak sama sekali. Kami hanya tolong sampaikan sahaja. Siapa kata? Fakta ini disebut oleh Bank Dunia. Apa kata Bank Dunia lagi?

a.. Bank Dunia mengatakan dalam tempoh 10 tahun, kenaikan gaji pekerja di Malaysia hanyalah meningkat pada kadar 2.6% berbanding….
b.. Berbanding dengan produktiviti naik pada kadar 6.7%.
Fakta-fakta ini ada disebut dalam ucapan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak pada 30 April 2012 menjelang 1 Mei dan pada malam itulah pengumuman dibuat berhubung dengan pelaksanaan gaji minimum 2013.

Besarlah harapan kami, supaya dasar gaji minimum 2013 ini tidak ditangguhkan lagi. Kalau ditangguhkan juga bermakna nasib kalangan pekerja-pekerja di Malaysia yang berada di bawah paras kemiskinan yang sudah pun ditetapkan atau dinyatakan oleh Kementerian Sumber Manusia bahawa lebih 34% pekerja bergaji RM700 sebulan masih tidak mampu dibela. Bagaimana mereka mahu medapat kos sara hidup masa akan-masa akan datang yang akan teru melambung tinggi? Beza kos sara hisup 20 tahun dahulu dengan sekarang (KLIK SINI)

Petikan laporan asal Berita Semasa : KLIK SINISeingat kami, pada zaman Allahyarham Tun Abdul Razak, sewaktu krisis minyak tahun 1974, ada diperkenalkan apa yang dipanggil special relief allowance atau elaun bantuan khas. Walaupun secara relatif jumlahnya kecil, tetapi yang penting adalah ada ikhtiar dan usaha kerajaan pada ketika itu untuk memperkenalkan elaun biaya hidup.

Gaji Minimum 2013 : Cadangan & Harapan Berita Semasa?
1.. Kerajaan memperkenalkan satu elaun untuk membantu golongan pekerja yang berpendapatan rendah, tidak kisahlah apa nama sekalipun mahu diletakkan contohnya ___________ 1 Malaysia apa juga nama sekalipun.
2.. Dasar gaji minimum 2013 diteruskan seperti yang dirancang & dijanjikan oleh Perdana Menteri Malaysia
3.. Setakat ini, lebih daripada 31,000 kes runding damai yang tidak dapat diselesaikan dan 10,000 kes ini tidak dirujuk ke mahkamah. Apa nasib pekerja yang terlibat dalam 10,000 kes ini? Harapan kami, Menteri yang bertanggungjawab mencari kaedah yang lebih baik dalam menangani kes-kes pekerja-pekerja yang dinafikan hak mereka

Fri Jan 4, 2013 5:44 am (PST) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom

CARA BERAK YANG MEMBAHAYAKAN DIRI
biaqpila.blogspot

Ketahui Beza Buang Air Besar: Bercangkung VS Duduk

Kalau yang biasa dikampung membesar dalam suasana hulu, berak bertinggung adalah perkara biasa. Bertinggung atas batang kelapa dan melepaskan bom masuk ke dalam sungai di pagi yang nyaman cukup mengasyikkan.

Sama ada kita perasan atau tidak, aksi duduk bertinggung atas batang nyior yang melintang atas sungai dengan gaya yang cukup selamba dan selesa merupakan satu keajaiban jika dipandang olah orang barat. Kalau tak percaya suruh seorang mat saleh yang anda kenal pergi buat aksi tersebut. Kemungkinan besar dia akan terlentang masuk dalam sungai itu.

Bagi kita rakyat asia, bertinggung sudah dilatih sejak kecil maka ia menjadi normal dan bersahaja. Ini bukanlah satu posisi biasa bagi orang barat.

Cerita asalnya di sini adalah untuk mengingatkan kita agar kembali kepada posisi asal berak kita secara tradisi. Buang saja jamban jenis duduk dari rumah kita dan gantikan dengan jenis bertinggung. Sebabnya adalah lihat rajah di bawah ini.

Berak duduk membuatkan usus tercekik dan najis tidak dapat dilepaskan dengan lancar. Ini membuatkan banyak kesan kekotoran dan keracunan tertinggal dan di serap semula ke atas. Lebih parah lagi jika sering diamalkan akan ada kebocoran pada organ lain.

Mungkin kita perasan dengan angka mereka yang terkena kanser usus yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini di negara asia yang pada suatu masa dahulu adalah tersangat-sangat jarang berlaku. Kanser usus dulu-dulu hanya banyak berlaku dikalangan orang barat. Sebabnya mereka berak duduk dan kita berak bertinggung.

Bagi mereka dah terbiasa amalkan berak duduk sejak sekian lama, kembalilah ke pangkal jalan. Lihatlah perbezaan kesihatan anda selepas menukar posisi berak. Anda akan dapat rasakan tahap kesihatan yang jauh lebih baik hanya selepas seminggu mengamalkan berak berringgung.

Sumber

myberita

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2013/01/cara-berak-yang-membahayakan-diri.html#ixzz2GuBYfQ8j

Fri Jan 4, 2013 5:44 am (PST) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom



Siapa Punya Angkara Durjana Ni?.. Saksikanlah!!

asalkanbukanumno.blogspot.

Terbaru kereta setiausaha kerja PAS kawasan Alor Gajah telah di pecahkan di Pekan Durian Tunggal, Melaka.

Menurut FB Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari sidang media 2.30 petang ini di Pejabat PAS Kawasan Alor Gajah berhubung pengkhianatan yang dilakukan kepada setiausaha kerja Pas Kawasan Alor Gajah, cermin keretanya dipecahkan di pekan Durian Tunggal.

Mangsa merupakan setiausaha kerja PAS Kawasan dan aktif membuat gerakkerja pilihanraya. Dikhuatiri jenayah ini dilakukan oleh samseng politik. Berharap pihak polis dapat memandang serius dan mengambil tindakan tegas insiden ini.

Saksikanlah gambar-gambar kerja khianat samseng politik..

~ FB Pesuruhjaya PAS Melaka

Fri Jan 4, 2013 5:45 am (PST) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom

Mujahiddin berjaya musnahkan 103 pesawat tentera Bashar
wasukalu.blogspot
Posted by GeloraHatiMuda

Pejuang Syria memusnahkan 19 jet Mig dan 22 helikopter milik tentera udara rejim pada tahun 2012 menurut kaji selidik oleh Jawatankuasa Penyelarasan Tempatan Kesatuan Revolusi Syria.

Sebelas pesawat telah dimusnahkan di darat dalam serangan pejuang ke atas pelbagai pangkalan udara di seluruh negara dan 30 ditembak jatuh semasa di udara.

Sebilangan 43, pesawat yang dimusnahkan telah didaftarkan di wilayah Idlib, di mana jet pejuang Mig pertama telah ditembak jatuh.

Di Damsyik 16 pesawat telah musnah, lapan di Aleppo, tujuh di Deir Ezzour, lima di Hama dan dua di Homs.

Kaji selidik itu menunjukkan peningkatan kecekapan pertahanan udara FSA dan keupayaan untuk menembak jatuh pesawat rejim.

Sejumlah 103 pesawat telah dimusnahkan sejak pemberontakan bermula tahun lepas, Jawatankuasa Penyelarasan melaporkan, bahawa 83 daripada mereka pesawat ditembak jatuh atau dimusnahkan di atas tanah adalah dirakam.

Ogos dan November 2012 menyaksikan kadar tertinggi pesawat dimusnahkan, dengan purata kira-kira satu pesawat sehari dalam kedua-dua bulan.

Walaupun rejim Syria menuduh FSA menerima senjata berat dari negara-negara Arab dan Barat, wartawan Al Arabiya di utara Syria mendedahkan bahawa semua pesawat telah ditembak jatuh oleh senjata pertahanan udara yang dirampas FSA daripada tentera rejim.

"Twin zu-23"
FSA bergantung pada mesingan anti-pesawat termasuk "Twin zu-23" untuk menembak jatuh pesawat. "Twin zu-23"pada mulanya diperuntukkan untuk tentera Syria oleh Kesatuan Soviet pada tahun tujuh puluhan dan lapan puluhan.

Rejim Baathist dahulunya menggunakan tentera udara untuk memadam kebangkitan Ikhwan Muslimin pada 1980-an. Ia juga digunakan semasa pembunuhan beramai-ramai Hama pada tahun 1982 di mana banyak pesawat mengebom bandar dan daerah lama dengan bom dan peluru berpandu untuk memusnahkan bandar dan memudahkan kemasukan kereta kebal dan kenderaan berperisai mengikut jalan.

Helikopter tentera juga telah digunakan dalam pembunuhan beramai-ramai dan beberapa kempen lain pada 1980-an, kebanyakannya di gunung al-zawiya di utara bandar Idlib. Pencerobohan yang paling terkenal berlaku di Yerikho, Mahmpel dan Blaine yang berlaku pada tahun 1980.

Semasa bantahan besar-besaran yang bermula Mei 2012, laporan pertama akhirnya diterima mengenai Tentera Udara Syria mengambil bahagian dalam pencerobohan bandar Jisr ash-Shoughour dan Maart al-Naaman terletak di wilayah Idlib , barat laut Syria.

Aktivis berkata bahawa helikopter tentera telah digunakan untuk menembak demonstran di Jisr ash-shoughour pada Jun 4 dan 5 2011. Operasi membawa kepada kematian sebanyak 38 orang awam dalam masa dua hari.

Beberapa hari kemudian, helikopter melepaskan tembakan untuk memecahkan sehingga beribu-ribu penunjuk perasaan di bandar Maart al-Naaman. Membunuh empat penunjuk perasaan dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain.

Pada bulan-bulan yang lalu, penggunaan pesawat pejuang bagi mengebom bandaraya dan bandar-bandar Syria di kejiranan Aleppo dan Damsyik selepas rejim hilang kawalan di darat.

Rakyat Syria kini mengadu tentang apa yang mereka panggil "tong letupan" buatan tempatan yang menyebabkan kemusnahan besar. Ia dipenuhi bahan "TNT" yang kuat dan dilepaskan dari helikopter tentera. -al arabiya

adios

Fri Jan 4, 2013 5:45 am (PST) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom



DOKTOR YANG SANGAT TERKENAL DI AMERIKA INI IALAH SEORANG MUSLIM.
naimnikmat.blogspot.
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Penonton acara talk show popular Amerika, The Oprah Winfrey Show, pasti sudah tidak asing lagi dengan Doktor Oz. Seorang doktor yang kerap mengisi segmen kesihatan dalam talk show paling popular di dunia itu.

Selain di acara Oprah, Oz juga kerap mengisi sagmen Larry King Live. Sejak tahun 2009, Doktor Oz mempunyai program acara televisyen yang dihasilkan Harpo Productions berjudul The Dr Oz Show.

Namun, tahukah anda siapa sebenarnya doktor yang paling terkenal di Amerika saat ini dikenali Dr Oz atau nama lengkapnya Dr Mehmet Cengiz Oz. Dia adalah pakar bedah jantung dari Harvard University.

Dari namanya, orang boleh meneka bahawa Oz alias Mehmet mempunyai darah Turki. Ibunya bernama Suna dan berayahkan Mustafa Oz. Kedua-duanya merupakan orang yang dihormati di Turki. Ayah dan ibu Oz kemudian berhijrah ke Amerika pada 1955. Lima tahun selepas itu, lahirlah Oz.

Dalam sebuah wawancara yang disiarkan The Root, Oz mendedahkan bahawa sejak kecil dirinya didik oleh dua gaya muslim berbeza. "Saya dididik oleh ibu yang Islam sekular, Namun ayah saya sangat teguh memegang prinsip Islam," ujarnya.

Hingga kini, dia mengaku masih memeluk Islam. Oz mengatakan bahawa gaya sufi islam sangat mempengaruhi dirinya. Walaupun menjadi doktor yang paling terkenal di Amerika ketika ini, Oz tidak melupakan identitinya sebagai seorang Turki.

Oz bahkan tetap mempertahankan kewarganegaraan Turkinya bersama statusnya sebagai seorang Amerika. Dalam cintanya pada Turki, Oz rela menjadi sukarelawan di tentera Turki.

Diterjemah dari sumber globalmuslim/SUMBER

4 Ribu Rakyat Perancis Peluk Islam Setiap Tahun
Posted by greenboc

Badan Statistik rasmi di Perancis mendedahkan bahawa dalam setahun, ia mencatatkan ada empat ribu warga Perancis yang memeluk agama Islam.

Hal ini menyamai dengan apa yang ditunjukkan oleh kajian kementerian dalam Negeri Perancis.

Diumumkan pula oleh para ahli Agama di Perancis, sejauh ini terdapat tujuh puluh ribu warga Perancis yang berpindah Agama menjadi Agama Islam.

Hal ini membuat Agama Islam menjadi pertama yang dijadikan pilihan sebagai pegangan hidupnya, diikuti oleh Kristian Katolik dengan penganut setiap tahun berjumlah 2900 orang dan Yahudi 300 orang.

Menurut para ahli sosiologi Perancis, sebelum usia 15 – 20 tahun merupakan alasan utama yang membuat mereka yakin untuk masuk Islam, dengan alasan pencarian rohani mereka.

Tapi sekarang berbeza, alasan utama mereka memeluk Islam adalah iklim sosial, sebagaimana disampaikan oleh Al-Alokah.

Meskipun sejak dahulu Muslim sudah ada di Perancis, baik Perancis daratan mahupun wilayah kependudukannya di luar Eropah, imigresen massa Muslim ke Perancis di abad 20 dan 21 telah membuat negara ini menjadi salah satu negara dengan komuniti muslim terbesar di Eropah.

Detik Islam

comments:

Anonymous said...

Alhamdullillah !

Semakin ramai orang orang kafir menerima Hidayah Allah SWT memeluki agama Islam. Moga moga umat umat Melayu turut meninggikan ketaqwaan mereka dalam Islam dari sebuk mengerja Dunya dengan kehidupan munafik pemimpin masakini.

Anonymous said...
Alhamdulillah, semoga Islam terus berkembang di pentas dunia.

muzium padi gunung kheyang said...
sesungguhnya amat benar hadis nabi,
umat islam akan menakluki Rom diakhir zaman.
semakin ramai penduduk eropah menganut islam akan memudahkan islam dominan dibenua eropah.

Anonymous said...
if you in darkness take lamp to tourch the way..islam only one way to save us from darkness....no god only Allah n muhammad the last massenger from Allahm,Alquran the last syariah to guideing for us...subahanallah allazim adada alkihi,waridanafsihi,wazinata arsyhi wamidada khalimat...astagfirullah..

Pembaca Berita Wanita Amerika Pertama Yang Bertudung!
paapaada.blogspot

Cantik ! Dia merupakan pembaca berita wanita yang pertama memakai tudung di Amerika. Bertugas sebagai pembaca berita di ABC 7 News.

Gadis berusia 19 tahun ini menjadi terkenal setelah memecahkan monopoli pembaca berita wanita pertama di Amerika dengan memakai hijab ketika membaca berita.

Siapakah gerangan gadis cantiktersebut..?

Noor Tagouri merupakan seorang gadis Muslim-Amerika yang berasal dari Maryland, Amerika.

Dia mengejutkan masyarakat antarabangsa selepas muncul di kaca televisyen sebagai pembaca berita dan talk show wanita pertama yang mengenakan tudung semasa membaca berita di Channel ABC 7 News, Amerika.

Remaja perempuan bertudung ini mendapat sokongan besar bukan sahaja daripada rakan-rakannya tetapi juga dari orang Islam yang lain kerana pemakaian hijab olehnya.

Selain itu gadis cantik turut ini mendapat beribu-ribu pandangan mengenai pemakaian hijab yang dilakukannya itu melalui laman rangkaian Sosial..!

Pramugari Egypt Air Mula Pakai Hijab
Posted by greenboc

Kaherah – Semua krew wanita pesawat Egypt Air memakai hijab buat kali pertama sejak syarikat penerbangan nasional itu diasaskan pada 1932.

Egypt Air berkata, etika pemakaian itu perlu dipatuhi selepas menerima saranan daripada ulama.

"Beliau sarankan pemakaian itu dan hukumnya wajib, terutama penerbangan ke Jeddah," katanya.

Ketika pemerintahan Presiden Hosni Mubarak, hijab dianggap janggal, terutama mereka yang bertugas di stesen televisyen dan syarikat penerbangan nasional.

Namun, selepas beliau diganti dengan Mohamed Mursi, wanita diberi kelonggaran mengenakan hijab. – AFP

comments:

Anonymous said...

Alhamdullillah!!!!

Mesir telah memulakan langkah pertama mensyurgakan wanita wanita jahil Islam kearah yang disyariatkan dalam Quran dan Sunnah.

Bila pula Malaysia mensyurgakan wanita wanita Islamnya baik di perkhidmatan awam mahupun swasta, dari Air Asia ke MAS.

Sesungguhnya kehidupan di dunia hanya sementara dan seksaan kubur dan alam akhirat adalah permanent.

Anonymous said...
Negara islam malaysia bila lagi?

Amuraria said...
mesti istri menteri perdana losmah menci menci menci nak naik pesawat egypt ni ;)

Dkna Abza said...
Malaysia ermmm.. skirt atas lutut ..

Anonymous said...
Mesir da jumpa sinar selepas membuang Mubarak & Co dari kepimpinan. Malaysia blum lagi kerana masih diperintah oleh geng mangkok hayon. kene UBAH dulu

Anonymous said...
Malaysia??? Penerbangan membawa jemaah haji aje kot.... jangan ltu pun terpaksa udah le..

Anonymous said...
Pak arab ambil masa 80 tahun baru la nak tukar pakai tudung, tu pun entah-entah setengah je, atas tudung bawah skirt kan..kita tukar gomen dulu baru ubah kan.. ingat tuu..

ayba said...
Sebenarnya ini bukan arahan kerajaan semata-mata. Pramugari ini sendiri yang berjuang untuk memakai tudung sejak zaman Hosni lagi tapi Hosni tak bagi. Pramugari Malaysia?

Pramugari Mesir Mulai Berjilbab

Posted by greenboc

Pertemuan antara wakil dari pihak pramugari-pramugara dengan Menteri Pengangkutan Samir Imbabi pada hari Ahad mengasilkan keputusan bolehnya mengenakan jilbab bagi para pramugari ketika mereka bertugas, demikian disiarkan Bawwabah Al Ahram (9/9/2012).

Selain membincangkan mengenai sahnya memakai tudung, pertemuan itu juga membincangkan masalah-masalah teknikal berkenaan pengambilan pramugari serta badan yang menaunginya.

Wakil dari para pramugari-pramugara juga mengumumkan bahawa tuntutan mereka disampaikan dalam rangka menjaga kemaslahatan syarikat penerbangan Mesir.

comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah , inilah hasilnya bila pemimpin Islam yang sejati dipilih oleh rakyat yang mahukan negara Mesir menjadi 'baldaton toyyibah ...' , Malaysia bila pula ??????? ..

Anonymous said...
Inilah salah satu role model yang patut dicontohi oleh semua negara yang mengaku negaranya adalah sebuah negara Islam. Kerajaan Malaysia patut berasa malu dengan cara pemerintahan yang dilakukan oleh pemerintah Mesir sekarang.
We are making changes based on your feedback, Thank you !
The Yahoo! Groups Product Blog
GROUP FOOTER MESSAGE
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: