Wednesday, January 9, 2013

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3479

5 New Messages

Digest #3479
1
Fw: Datang jauh, tapi tak ada kes by "-::eSpAcE9808::-" rienacom
2
Fw: Akibat mencabut uban by "-::eSpAcE9808::-" rienacom
3
Fw: Tak Dapat Masuk Masjidil Haram by "-::eSpAcE9808::-" rienacom
4
Fw: Perkahwinan bahagia, jantung sihat? by "-::eSpAcE9808::-" rienacom
5
Fw: Bomba Berlanggar Sesama Sendiri by "-::eSpAcE9808::-" rienacom

Messages

Wed Jan 9, 2013 7:46 am (PST) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom



Datang jauh,AES sape mangkuk hayun ni!!!!!
sisibukit.blogspot.
Posted by mantaro

Antara mangsa yang hadir daripada 34,980 orang kena saman (OKS) hadir ke Mahkamah Slim River

Rakyat di permainkan! Datang jauh2, tulis nama dan boleh balik.. Ada daripada KL, Penang, Perlis datang tapi tak ada kes. Rakyat diperbodohkan Umno!

Datang dari jauh untuk selesaikan kes saman AES.. Akhirnya dimaklumkan tiada kes... Dr Raja Ahmad(KUIS) meminta pihak kerajaan umumkan status saman AES ini segera.. Jika tidak rakyat akan menanggung banyak kerugian dan kesusahan.. datang dari jauh...terpaksa ambil cuti....Dalam pada itu, Dr Raja Ahmad Iskandar(KUIS) Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia menyatakan Pakatan Rakyat memberi jaminan sekiranya mengambil alih Putrajaya semua saman AES ini akan dimansuhkan dan rakyat tak perlu lagi terkejar-kejar kepada suatu yang tidak pasti seperti ini... foto Faeez .

Wed Jan 9, 2013 7:48 am (PST) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom

Akibat mencabut uban
By Siti Munawirah Mustaffa | Tupai

a.. Masalah rambut beruban pada usia muda sudah tentu merunsingkan ramai dan seringkali kita berasa curiga akan akibat mencabut uban. Ada yang berpendapat bahawa perbuatan tersebut akan menyebabkan lebih banyak uban tumbuh di rambut.

Namun, sejauh manakah kebenaran bagi anggapan sedemikian?

Cunnane Phillips, iaitu seorang pakar trikologi di Klinik Philip Kingsley di New York berkongsi pendapat bahawa perbuatan mencabut uban tidak mendatangkan sebarang faedah. Sekiranya dijadikan tabiat, ianya akan mendatangkan kesan yang tidak ideal terhadap folikel rambut.

Tambahnya lagi, rambut yang dicabut seringkali tidak akan tumbuh semula kerana tabiat sedemikian akhirnya akan memberi sebuah mesej kepada folikel bahawa rambut tidak perlu dihasilkan di kawasan tersebut.

Sebagai akibat, folikel rambut mengecil dan tidak lagi menghasilkan rambut, lantas membawa kepada masalah kebotakan.

Oleh itu, jika mengalami masalah rambut beruban, cara terbaik untuk mengatasinya adalah dengan menggunakan pewarna rambut.

Wed Jan 9, 2013 7:48 am (PST) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom

Tak Dapat Masuk Masjidil Haram Akibat Menonton VideoLucah- Merenung Sejenak
ijoks2009.blogspot.
Posted by ijoks2009

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ini ada satu kisah yang boleh dijadikan renungan dan pengajaran kepada kita semua. Kisah di mana seorang lelaki gagal untuk masuk ke Masjidil Haram. Beberapa kali mencuba untuk memasuki Masjidil Haram tapi tetap sahaja tidak boleh.

Kisah ini diceritakan oleh Dato Dr Harun Din..

Lelaki ini tidak sama pakej dengan saya, jadi saya tidak mengenali beliau. Apa yang berlaku kepada lelaki berkenaan ialah setiap kali dia hendak masuk ke masjidil haram, dia tiba-tiba menjadi panik seperti orang ketakutan.

Kemudian lelaki itu tergopoh-gapah ke luar semula daripada masjid dan tergesa-gesa pulang ke rumah tumpangannya.

Selepas kali pertama gagal, lelaki itu cuba sekali lagi tetapi apabila orang-orang dalam masjid memandang ke arahnya, dia terus berlari balik ke rumah tumpangannya.

Kejadian aneh itu berulang kali berlaku selama seminggu sehingga lelaki tadi tidak dapat sembahyang dalam Masjidil Haram.

Melihat keadaan yang sungguh aneh ini, seorang sahabat datang memberitahu saya dan minta supaya saya cuba ubati lelaki itu. Saya bersetuju tetapi tidak terus mengubati lelaki itu. Sebaliknya,saya cuba mendapat maklumat mengenainya terlebih dahulu.

Saya sengaja berbuat demikian kerana saya rasa mesti ada sesuatu kesalahan yang telah dibuatnya hingga menyebabkan dia jadi sedemikian rupa. Jadi saya suruhlah kawan saya selidiki dahulu latar belakang lelaki itu.

Kawan saya itu pun pergilah berjumpa semula dengan lelaki itu dan meminta dia ceritakan apakah sebenarnya yang telah berlaku. Mulanya lelaki tersebut malu hendak bercerita apakah sebenarnya yang telah berlaku tetapi selepas dipujuk akhirnya lelaki itu
bersetuju.

Ceritanya agak memalukan tapi memberi banyak pengajaran. Sebenarnya, dia punyai hobi yang sangat memalukan.

Filem lucah sudah menjadi makanan hariannya malah pada malam terakhir hendak bertolak ke Mekah pun dia sempat lagi menonton filem lucah.

Rupa-rupanya, lelaki itu memberitahu bahawa setiap kali dia hendak masuk ke masjidil haram, dia tiba-tiba nampak seorang perempuan yang dalam keadaan bogel menerkam ke arahnya atau seperti mencari-carinya.

Maka kerana takut kelakuan perempuan tadi akan memalukan dirinya, lelaki berkenaan lari.

Selepas mengetahui kedudukan sebenar, barulah saya mengubati lelaki tadi. Saya diberitakan, selepas itu barulah dia dapat masuk ke masjid, itupun cuma sampai ke pintu.

## Semoga kisah ini dapat dijadikan iktibar dan pengajaran kepada kita semua.. insyaAllah

http://www.nizarazu.com/kisah-benar-lelaki-gagal-masuk-ke-masjidil-haram-akibat-gemar-menonton-video-lucah/

comments:

Werdah said...
Assalamu'alaikum Ijoks

Subhanallah, wal'iyazubillah. Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

ijoks2009 said...
Wsalam kakwerdah,semoga kisah ini jadi pengajaran bersama

Wed Jan 9, 2013 7:48 am (PST) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom

Perkahwinan bahagia, jantung sihat?
By Diba S. | Tupai

Melihat dari pelbagai sudut, perkahwinan mampu membawa kesan yang baik untuk jantung anda. Menurut kajian yang dibuat, golongan dewasa yang berkahwin yang menjalani pembedahan jantung adalah tiga kali lebih cenderung untuk bertahan sebaik sahaja pembedahan dilakukan berbanding dengan golongan bujang.

Kajian mendapati bahawa perkahwinan mendorong seseorang itu untuk hidup, baik dari golongan lelaki mahupun wanita.

"Itulah perbezaan yang amat ketara buat mereka yang berstatus bujang terhadap kadar untuk meneruskan kehidupan, iaitu tempoh pemulihan setelah pembedahan yang merupakan saat paling kritikal buat mereka," kata Ellen Idler, seorang ahli sosiologi di Universiti Emory dan pengarang utama bagi kajian tersebut.

Dalam kajian itu, para penyelidik menemuramah 500 pesakit sebelum mereka menjalani pembedahan pintasan koronari kecemasan atau elektif. Kemudian, mereka menganalisis jawapan pesakit menerusi data meneruskan kehidupan yang diperolehi dari Indeks Kematian Kebangsaan.

Apa yang menyedihkan bagi golongan bujang adalah kajian mendapati bahawa kadar untuk bertahan setelah pembedahan jantung agak suram berbanding dengan pesakit yang sudah berkahwin. Di kalangan pesakit yang dapat bertahan, kira-kira 71% pesakit bujang lebih cenderung untuk mati dalam tempoh lima tahun yang akan datang.

Kesan Pelukan Suami Isteri

Malah kebanyakan saintis berpendapat bahawa hubungan suami isteri yang banyak melibatkan sentuhan dan pelukan membantu mengurangkan pengeluaran hormon yang bertindakbalas dalam tubuh ketika tertekan seperti kortisol dan adrenalin. Hormon oksitosin turut dikeluarkan ketika berpelukan, yang mana hormone tersebut berperanan menghalang pengeluaran hormon yang menyebabkan tekanan.

Selain itu, kelanjar di otak juga akan mengeluarkan hormon serotonin dan dopamin yang memberikan rasa tenang dan tenteram serta mengurangkan tekanan emosi, merendahkan tekanan darah, dan seterusnya mengurangkan risiko seseorang dari mengalami penyakit jantung.

Takut Bercerai Punca Terus Membujang?

Sekalipun secara sahihnya tidak dapat menentukan mengapa orang yang berkahwin dapat bertahan hidup lebih lama, para penyelidik telah mendedahkannya menerusi wawancara yang dibuat bersama pesakit. "Para pesakit yang berkahwin mempunyai pandangan yang lebih positif terhadap pembedahan, berbanding dengan pesakit bujang. Apabila ditanya sama ada mereka mampu untuk menghadapi kesakitan dan ketidakselesaan atau mengatasi kebimbangan terhadap pembedahan, ternyata pesakit yang mempunyai pasangan lebih cenderung untuk mengatakan, ya," ujar Idler.

Namun, kebahagiaan bukanlah ramalan untuk terus hidup. Para penyelidik juga mendapati bahawa kadar merokok amat berbeza antara bujang dan orang yang berkahwin. Sejarah merokok turut diambil kira. Secara keseluruhannya, mereka yang berkahwin adalah kurang cenderung untuk merokok berbanding rakan-rakannya yang bujang. Ini menunjukkan bahawa pasangan hidup memberi kesan terhadap tabiat merokok seterusnya kesihatan jangka masa panjang.

Rata-rata pasangan pasti akan mengingatkan agar mengambil ubat seperti yang telah ditetapkan selain mengamalkan gaya pemakanan yang sihat. Menurut Richard Contrada, salah seorang penulis kajian dan profesor psikologi di Universiti Rutgers, perkahwinan boleh memberi manfaat agar bertahan pada jangka masa panjang kerana pasangan sering melengkapi antara satu sama lain dengan sokongan sosial apabila menghadapi tekanan, "Perkahwinan boleh meningkatkan kesihatan apabila berkongsi rasa. Sekalipun tidak memahami, tetapi ia mampu melibatkan emosi secara fizikalnya dengan menggengam tangan atau berpelukan dan menyentuh, serta berkongsi dari segi mental dan tingkah laku."

Shah •
a.. sayang our family always...

Wed Jan 9, 2013 7:48 am (PST) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom


Dirempuh ketika tukar tayar, mangsa terperosok bawah lori
selatanonline.net
Web Sinar Harian

ALOR GAJAH - Dua maut manakala seorang lagi parah selepas dirempuh dari belakang oleh sebuah lori muatan makanan ringan ketika sedang menukar tayar lori perabot yang pecah di Kilometer 199.4, arah utara Lebuhraya Utara-Selatan dekat Alor Gajah, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 11.15 malam itu, mangsa yang maut di tempat kejadian, Bashier Ahmed Abd Sulami, 45, bersama dua rakannya Hasan, 31, dan seorang lagi rakan sedang membaiki tayar dibantu pemandu lori lain, Khairunizam Abdullah, 33, sebelum dirempuh sebuah lori muatan makanan ringan dipandu seorang lelaki berusia 51.

Jurucakap polis berkata, Hasan tersepit di bawah lori makanan ringan terbabit selepas dirempuh dan terseret. Khairunizam tercampak di lokasi berdekatan.

"Ketika kejadian keempat-empat mangsa sedang menukar tayar sebelah kanan hadapan lori muatan perabot itu sebelum dirempuh lori mua-tan makanan ringan terbabit.

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang terperosok bawah lori.

Rempuhan kuat menyebabkan tiga mangsa berkenaan gagal mengelak, namun seorang rakan mangsa sempat melarikan diri sebaik menyedari sebuah lori makanan ringan meluncur laju ke arah lori dinaiki mereka bertiga," katanya.

Jurucakap polis berkata, rempuhan berlaku sekelip mata dan mangsa belum sempat memasang tayar baru selepas dibantu Khairunizam yang memberhentikan lorinya tidak jauh dari lokasi kejadian bersama isteri dan dua anak kecil mereka.

"Hasan dirempuh, diseret beberapa meter sebelum tertimbus dengan tanah tebing jalan dan tersepit di bawah lori makanan ringan berkenaan. Badan mangsa turut bergelumang dengan minyak hitam.

"Sementara itu, Khairunizam yang tercampak selepas dirempuh hanya terbaring, namun berada dalam keadaan sedar sebelum sebuah lori berhenti dan menghulurkan bantuan menghubungi bantuan kecemasan," katanya.

Menurutnya, dalam keadaan tersepit di celah bawah lori makanan ringan itu, Hasan tidak mampu bersuara, bagaimanapun dia memberi isyarat gerakan perlahan tangannya sebelum anggota bomba dan penyelamat tiba untuk membantu mengeluarkannya.

Sempat hubungi majikan

Majikan mangsa maut, Muhammad Bashar, 35, berkata, ketika kejadian mangsa bersama dua lagi rakan dalam perjalanan pulang ke Nilai, Negeri Sembilan, selepas selesai menghantar perabot di Muar, Johor, sebelum terbabit kemalangan.

"Kira-kira jam 10.45 malam mangsa ada menghubungi saya memberitahu tayar hadapan sebelah kanan pecah sebelum saya kemudiannya menerima maklumat mereka semua terbabit dalam kemalangan tanpa mengetahui mangsa sudah meninggal dunia.

"Saya tak sangka itu panggilan terakhir mangsa kepada saya selama lebih sepuluh tahun mangsa tinggal di negara ini. Sebagai sumbangan akhir kami akan bantu selesaikan segala urusan penghantaran mangsa pulang semula ke Pakistan," katanya.

Sukar keluarkan mangsa

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Pegawai Bomba Kanan S.A.Pillay berkata, lapan anggota bersama sebuah jentera dan dua unit Skuad Gerak Cepat (SGC) bergegas ke lokasi kejadian dibantu anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil.

"Setiba di lokasi mendapati mangsa maut berada di tebing jalan manakala mangsa yang tersepit terperosok di bawah lori makanan ringan yang sudah terbalik mengiring ke kanan dalam keadaan enjin masih hidup kerana penggunaan enjin hidraulik.

"Anggota mengalami kesukaran mengeluarkan mangsa kerana kedudukan mangsa dan bomba menggunakan peralatan khas untuk memotong beberapa bahagian bawah enjin sebelum menarik keluar mangsa.

"Bomba mengambil masa lebih 45 minit untuk keluarkan mangsa yang berada dalam keadaan lemah serta sudah dibasahi minyak lori sebelum diserah kepada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)," katanya.

Pengarah Pertahanan Awam Alor Gajah, Leftenan Muda Hamdan Mohd Saat berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kemalangan berkenaan kira-kira 11.20 malam dan bergegas ke lokasi kejadian

"Mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Alor Gajah dan Hospital Melaka menggunakan dua buah ambulan dari JPAM," katanya.

Bagaimanapun, mangsa yang tersepit disahkan meninggal dunia di Hospital Melaka selepas menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU), kira-kira 9 pagi semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Posted by ahmadi

Sungguh Malang: Jentera Bomba Berlanggar Sesama Sendiri, Rumah Warga Emas Hangus Terbakar.. Jom Terjah!!!
sedakasejahtera.blogspot.

Keadaan salah sebuah jentera bomba dan penyelamat selepas berlanggar sesama sendiri, semalam.
Anggota bomba yang tercedera selepas kedua-dua jentera bertembung di Jalan Changkat Jong semalam.
Saibani sedang melihat tiga motosikal miliknya dan anak-anak yang musnah dalam kebakaran itu.TELUK INTAN - Angkara sebuah kereta rosak di tengah jalan, misi memadamkan kebakaran di Kampung Esso, di sini, terjejas apabila dua jentera bomba dan penyelamat berlanggar sesama sendiri.

Akibat kejadian itu, seorang anggota bomba mengalami kecederaan manakala lapan anggota lain selamat dalam kejadian tengah hari, semalam.

Mangsa, Mohd Hafiz Abdul Rahman, merupakan anggota Bomba dan Penyelamat Teluk Intan cedera di bahagian kaki apabila jentera yang dinaikinya itu merempuh jentera di hadapannya.

Kejadian berlaku di kilometer 1, Jalan Changkat Jong, berhadapan bekas tapak Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak kira-kira 50 meter dari pasar raya terkemuka.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.59 tengah hari semalam itu kedua-dua jentera berkenaan dikatakan sedang dalam perjalanan untuk memadam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Esso selepas menerima panggilan kecemasan beberapa minit sebelum itu.

Seorang jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan ketika ditemui di tempat kejadian berkata, kedua-dua jentera berkenaan bergegas keluar dari balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan yang hanya 200 meter dari tepat kejadian.

"Setibanya di tempat kejadian pemandu jentera di hadapan yang dinaiki tiga anggota tiba-tiba memperlahankan kenderaan selepas terlihat sebuah kereta jenis Nissan Sunny di hadapan yang tidak bergerak dipercayai rosak dan ditinggalkan di situ.

"Sebaik menekan breknya itu, jentera dinaiki enam anggota yang mengekorinya di belakang itu tidak sempat membrek lalu merempuh bahagian belakang jentera hadapan," katanya.

Jentera bomba terbabas, rempuh pokok

Katanya, rempuhan tersebut mengakibatkan jentera di hadapan terbabas lalu merempuh sebatang pokok di bahagian tepi kiri jalan manakala jentera di belakangnya terhenti pada jarak kira-kira 10 meter di hadapan.

Menurutnya, jentera di hadapan mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan dan belakang manakala jentera belakang mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan.

Minta bantuan bomba lain

Beliau berkata, akibat kejadian itu pihaknya terpaksa meminta bantuan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang untuk membantu memadamkan kebakaran di kampung berkenaan.

Kejadian itu telah menyebabkan kesesakan teruk di Jalan Changkat Jong menghala ke pusat Bandar Teluk Intan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Goh Kok Liang ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan katanya pihak polis sedang menyiasat kejadian itu.

Warga emas nyaris rentung

Manakala, mangsa kebakaran di Kampung Esso, di sini, semalam, nyaris rentung apabila rumah yang didiami bersama suami dan seorang anak hangus dalam kejadian berkenaan.

Mangsa, Siti Asiah Salleh, 67, sendirian ketika kejadian berlaku, terselamat daripada rentung apabila diselamatkan jirannya.

Suami mangsa, Saibani Mohd Khairan, 60, berkata, ketika kejadian dia mengisi minyak pada motosikal manakala anaknya keluar makan bersama-sama rakannya.

Katanya, dia menerima panggilan telefon daripada anaknya itu yang memberitahu rumah mereka sedang terbakar sebelum menghubungi pihak Bomba dan Penyelamat Teluk Intan.

20 minit tunggu bantuan

Saibani berkata, sebaik dihubungi, dia bergegas pulang ke rumah dan mendapati isterinya berada di rumah jiran sebelum dihantar ke Hospital Teluk Intan (HTI) untuk menerima rawatan manakala sebahagian rumah yang berusia lebih 20 tahun itu sudah habis terbakar.

"Saya bersama anak dan beberapa jiran cuba untuk memadam kebakaran itu tetapi tidak berupaya kerana api semakin marak.

"Kami menunggu bantuan dari pihak bomba tetapi sudah hampir 20 minit namun, bantuan tidak sampai-sampai menyebabkan saya buntu kerana keseluruhan rumah kami hangus terbakar," katanya.

Saibani berkata, dalam keadaan kelam-kabut itu sebuah kereta peronda polis tiba dan memaklumkan bahawa kedua-dua jentera Bomba dan Penyelamat Teluk Intan yang sedang dalam perjalanan ke tempat kejadian terlibat dalam satu kemalangan sesama sendiri.

Menurutnya, dia yang sedih apabila dimaklumkan berkenaan kemalangan melibatkan jentera bomba itu.

Kerugian lebih RM40,000

Saibani berkata, dia dan penduduk tidak dapat berbuat apa-apa sehingga bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat dari Hutan Melintang tiba.

Menurut Saibani, walaupun harta bendanya musnah namun dia rasa bersimpati terhadap anggota-anggota bomba yang terlibat dalam kemalangan itu lebih-lebih lagi ketika sedang dalam perjalanan untuk membantu menyelamatkan rumahnya.

"Selain harta benda termasuk peralatan elektrik dan perabot musnah, tiga motosikal turut musnah dalam kebakaran itu.

"Jumlah kerugian di anggarkan lebih RM40,000 dan katanya punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba," katanya.
GROUP FOOTER MESSAGE
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: