Saturday, January 26, 2013

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3493

2 New Messages

Digest #3493
1
Fw: Kanak2 2 tahun maut dihempap televisyen by "-::eSpAcE9808::-" rienacom
2
Fw: Kebas ketika bangun tidur by "-::eSpAcE9808::-" rienacom

Messages

Sat Jan 26, 2013 7:17 am (PST) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom

Kanak-kanak dua tahun maut dihempap televisyen
Bernama Media –
a.. ALOR SETAR, 22 Jan (Bernama) -- Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut dihempap televisyen bersaiz 29 inci di rumahnya di Kampung Masjid Lama, Telok Chengai dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira 10 malam semalam, Muhammad Luqhman Hakim Lazzuan dikatakan sedang menonton televisyen sambil bermain berhampiran rak televisyen itu.

Bapa mangsa, Lazzuan Ishak, 37, berkata semasa kejadian dia sedang mandi manakala isterinya, Waida Kasim, 27, sedang bersolat. "Sementara menunggu isteri saya selesai sembahyang, saya lihat dia (Muhammad Luqhman Hakim) sedang bermain, tetapi disebabkan badan panas, saya pergi mandi dulu.

"Semasa saya mandi, ibu saya tolong tengok-tengokkan dia tetapi tidak tahu bagaimana kejadian itu berlaku. Selepas terdengar bunyi dentuman yang kuat, saya terus keluar dari bilik air untuk melihat apa yang berlaku.

"Saya lihat televisyen bersama rak meletak televisyen yang diperbuat daripada besi telah jatuh dan menimpa anak saya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya dia dan abangnya segera membawa anak tunggalnya itu ke sebuah hospital swasta bagi mendapatkan rawatan dan anaknya ketika itu masih lagi bernafas.

"Anak saya yang mengalami kecederaan di bahagian kepala dan dada disahkan meninggal dunia ketika tiba di bahagian kecemasan hospital berkenaan dan kakitangan hospital itu mengarahkan agar kami membawanya ke Hospital Sultanah Bahiyah," katanya.

Lazzuan berkata sebelum ini dia selalu menegur Muhammad Luqhman Hakim supaya tidak bermain berhampiran televisyen kerana bimbang kejadian seperti itu berlaku.

Jenazah Muhammad Luqhman Hakim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Teluk Chengai pukul 10 pagi.

Sementara itu, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut. Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata berkata bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan teruk di kepala.

Dihempap TV Budak Lelaki Maut
kakisembang.com
Posted by Kaki Sembang

Dihempap TV Budak Lelaki Maut| - ALOR SETAR : Sebuah keluarga tidak menyangka keseronokan selepas pulang daripada makan malam berakhir tragedi apabila anak tunggal mereka maut akibat dihempap sebuah televisyen bersaiz 29 inci di Kampung Masjid Lama, Telok Chengai di sini kelmarin

Dalam kejadian pukul 10 malam itu, Muhammad Luqhman Hakim Lazzuan, 2, mati sebaik tiba di sebuah hospital swasta di sini kerana mengalami kecederaan parah di kepala dan dada.

Bapa mangsa, Lazzuan Ishak, 37, berkata, semasa kejadian dia sedang mandi, isterinya, Waida Kasim, 27, bersolat Isyak manakala mangsa menonton televisyen sambil bermain-main berhampiran rak televisyen di ruang tamu rumah sejurus pulang daripada makan.
Ketinggian rak tersebut kira-kira satu meter.

"Sebelum mandi saya menemani Luqhman sementara menunggu isteri solat namun disebabkan berasa panas saya pergi mandi dengan meninggalkan anak saya diperhatikan oleh neneknya," kata Lazzuan ketika ditemui di sini semalam.

Lazzuan yang bekerja sebagai pemandu bas berkata, ketika sedang mandi dia mendengar bunyi dentuman kuat menyebabkan dia keluar bilik air.

"Saya terkejut apabila melihat televisyen berusia lebih 10 tahun bersama rak tempat letak televisyen telah rebah dengan Luqhman berada di bawah televisyen.

"Ketika itu juga saya lihat darah banyak keluar dari belakang kepalanya menyebabkan saya segera menghantarnya ke sebuah hospital swasta di sini," ceritanya sedih.

Ketika tiba di hospital, Luqhman masih bernafas namun dia disahkan meninggal dunia ketika diperiksa oleh doktor di wad kecemasan.

Pemandu bas itu berkata, dia dan nenek mangsa tidak mengetahui bagaimana rak televisyen itu boleh jatuh.

Mayat Luqhman dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.
Sebelum ini, Lazzuan berkata, dia sering menegur Luqhman agar tidak bermain berhampiran rak televisyen kerana bimbang kejadian ini berlaku.

"Setiap kali saya nampak Luqhman bermain di rak televisyen saya akan panggil dan beritahu dia jangan bermain di situ namun tidak menyangka kejadian sebegini terjadi juga," katanya.

Sementara itu, bapa saudara mangsa, Ariff Abu Bakar, 33, berkata, dia tidak menyangka aktiviti memancing yang dilakukan bersama anak buahnya pada waktu petang sebelum kejadian merupakan detik-detik terakhir bersamanya.

"Ketika memancing Luqhman kelihatan sangat manja berbanding hari-hari sebelum ini," katanya. – Kosmo,

Sat Jan 26, 2013 7:18 am (PST) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom

Kebas ketika bangun tidur
Yahoo Newsroom –

Tanya:

Mengapakah tangan terutamanya jari dan tapak tangan saya sering berasa berdenyut-denyut dan kebas ketika bangun tidur setiap pagi? Biasanya, orang lain mengalami rasa kebas kerana tersalah posisi ketika tidur tetapi rasa kebas akan hilang selepas 5 minit. Namun rasa kebas yang saya alami hanya hilang setelah saya bersarapan (sekurang-kurangnya minum air kosong atau makan sedikit).

Heidi

Jawab:

Helo, Heidi.

Jari dan tapak tangan yang kebas adalah pertanda berlakunya gangguan, tekanan atau kepitan terhadap saraf periferi bahagian berkenaan. Biasanya ia memang disebabkan oleh posisi tubuh ketika tidur yang menekan saraf periferi pada tangan. Namun, gangguan terhadap saraf periferi pada tangan dan jari juga sering berlaku akibat diabetes mellitus, radang sendi, minum alkohol berlebihan, kekurangan vitamin B12, dan apabila saraf periferi yang khusus tersepit, seperti sindrom terowong karpus.

Tekanan terhadap saraf periferi yang berlaku pada orang normal boleh menyebabkan gejala kekebasan (parestesia) yang dapat hilang dengan sendirinya. Secara perubatan, tidak ada tempoh tertentu bagi kekebasan itu menghilang. Jika rasa kebas dapat hilang dengan sendirinya, maka tiada apa yang perlu dikhuatiri lagi.

Sebaliknya jika rasa kebas hilang pada waktu pagi dan kembali semula selepas anda melakukan aktiviti tertentu misalnya, maka hal ini harus diberi perhatian dan dicari puncanya. Apabila keadaan ini berlaku, pergilah berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan yang lengkap.

Anda dinasihatkan agar berjumpa doktor bagi menjalani pemeriksaan menyeluruh secara berkala bagi mengenal pasti kemungkinan wujudnya diabetes mellitus, radang sendi atau keadaan lain yang boleh mengakibatkan gejala yang anda alami. Pengambilan alkohol juga harus dielakkan. Di samping itu, anda harus mengambil vitamin tambahan yang mengandungi vitamin B, terutamanya vitamin B12 setiap hari.

Amalan ini dapat membantu memperbaiki kesihatan dan fungsi saraf periferi anda.

Semoga membantu. Terima kasih.

Dr. Janfrional

www.MeetDoctor.com

comments
a.. NORAZMI •
a.. darah tak sampai keposisi. pernah saya alami kaki tiada darah maka jalan macam tarian miceal jackson triler, jumpa doktor baru ok.
b.. Othman Abdillah •
Saya main drum. Selalu kena kebas tangan selepas bangun tidur. Saya minum air byk2. Skrg takde kebas lagi.
c.. ijol •
klau kaki tersimpul biawak tu ape sebab nya plak, tiap2 pagi dalam 3-4 pg, kaki selalu sakit teramat, seolah2 macam krem..padehal tido jer pun..perghh sakit dia jgn cakap..memang terbaik!!
d.. yau •
Apabila keadaan ini berterusan, pergilah berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan yang lengkap.

Another stupid "advise" to waste the patient's time and money. Kalau doktor tahu sebabnya, awak pun sudah bagi penjelasannya, betul tak, Dr. Janfrional?
e.. best •
Cuba jangan minum Milo tambah susu pekat setiap pagi kalau dah ada tanda-tanda diabetes, tukarlah dengan teh kosong atau minuman bijirin...
We are making changes based on your feedback, Thank you !
The Yahoo! Groups Product Blog
GROUP FOOTER MESSAGE
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: