Monday, January 7, 2013

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3477

11 New Messages

Digest #3477
1
Fw: Gambar Khinzir Pada Tasbih by "-::eSpAcE9808::-" rienacom
2
Fw: MYVI murah + Aksesori "percuma" by "-::eSpAcE9808::-" rienacom
3
Fw: Penggunaan kanta lekap dan kesannya by "-::eSpAcE9808::-" rienacom
5
7.1
File - Blog, Facebook & Web by "automobil@yahoogroups.com"
8a
File - Notis Moderator - HIDE ID by "automobil@yahoogroups.com"
9a
Re: Fw: PDAM tidak mampu gaji minima by "Mohd Syaril Matsali" nesta41
10
Fw: Ribut Sunamo Bakal Landa Negara! by "-::eSpAcE9808::-" rienacom
11
Proton All model 2013 discount Rm1000 by "Jagathies Kannasan" vishnu_vd

Messages

Sun Jan 6, 2013 6:23 pm (PST) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom


[WASPADA] Ada Gambar Khinzir Pada Tasbih
Posted by greenboc

Permatang Pauh : Seorang penduduk Taman Pauh Indah di sini terkilan apabila tasbih yang dibelinya didapati terdapat gambar binatang.

Ramli Awang, 50, berkata, dia terkejut apabila isterinya memaklumkan bahawa gambar yang terdapat pada tasbih itu kelihatan seperti khinzir.

Menurutnya, tasbih itu dibeli di sebuah gerai yang dibuka pada hari minggu berhampiran dengan kediamannya.

"Saya tertarik dengan tasbih yang diperbuat daripada kayu ini kerana terdapat kalimah ALLAH pada hujungnya. Sewaktu hendak membelek-belek untuk melihat dengan lebih dekat lagi, peniaga di situ terus meletakkan tanda harga pada belakang kalimah Allah.

"Tanpa berfikir panjang saya terus bersetuju membeli tasbih ini kerana peniaganya menawarkan harga RM8 berbanding harga asal RM11.

"Saya sendiri tidak perasan ada sesuatu pada tasbih itu sehinggalah pada hari Selasa lalu," katanya yang ditemui Sinar Harian.

Ramli bagaimanapun tidak mahu menyalahkan peniaga itu yang berkemungkinan turut tidak sedar barang jualannya mengandungi gambar seperti itu.

"Saya tidak mahu tuduh peniaga kerana mungkin dia tidak sedar.

"Bagi saya, isu ini merupakan perkara yang sensitif kerana membabitkan agama.

Tambahan pula, tasbih digunakan untuk berzikir dan di tasbih ini juga mengandungi kalimah Allah," katanya.

Tambah Ramli, dia juga tidak mahu ada umat Islam lain yang turut tertipu dengan membeli tasbih seperti itu –SH

comments:

Anonymous said...

biji tasbih nih bukan orang islam je pakai. Orang nasrani pakai, orang hindu pakai, orang buddha pakai.

setahu saya, Rasullullah SAW tak pakai biji tasbih. Baginda pakai urat2 jari bila berwirid. WAllahua'lam.

Sun Jan 6, 2013 6:23 pm (PST) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom

Anda mahu MYVI lebih murah + Aksesori "percuma" ?
albanjarionline.blogspot

Murah dan spesifiasi baik punyerr ! Bukan kereta potong, atau sambung bayar. Tapi kereta 'baru' ! + FREE sport rim. Wow !! Mahu ini kereta..hubungi jurujual MYVI anda di telefon..alamak, malangnya hanya di UK bro ! Oh ya !Baru tahu..mungkin kajian dari kerajaan, taraf hidup orang Malaysia lebih tinggi dari UK itu pasal kereta mahal mahal kat Malaysia nih !

So..untuk merealisasikan rakyat Malaysia mampu menikmati kereta buatan negara, "kononnya.." maka pastikan undi anda untuk Pakatan Rakyat pada PRU13 ini. Ingat ! Kuburkan UMNO/BN. Pesanan pagi dari tuan punya blog.

" For a limited time only, Perodua UK is throwing in a set of 16-inch Ravenna alloys and tyres for Myvi Sport buyers, at zero cost. The wheel and tyre package, worth over £1,100 (RM5,500), is offered to those who purchase an Ivory White or Ebony Black Myvi Sport or Sport+ SXi. The deal is limited to a selected number of vehicles and works on a first-come, first-served basis.,"

KUALA LUMPUR 28 Ogos: Dasar Automatif Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga kereta seperti dirancang KEADILAN menerusi Kempen Turunkan Harga Kereta mendapat sokongan Presiden Persatuan Automatif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad.

Mengalu-alukan sokongan itu, Pengarah Komunikasinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kenyataan MAA bahawa harga kereta patut diturunkan berperingkat-peringkat seiring dengan kenyataan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Anwar menegaskan penurunan ini akan dibuat secara berperingkat-peringkat selama lima tahun bagi mengelakkan harga kereta sedia ada dan terpakai merudum.

"Beliau turut menyatakan kerajaan Pakatan Rakyat nanti akan mengadakan perbincangan dengan semua pihak berkepentingan termasuk institusi kewangan, pembuat dan penjual kereta sebelum sebarang penurunan duti eksais di dalam Belanjawan Persekutuan setiap tahun," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, angka-angka dari pelbagai sumber termasuk Kaji Selidik Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Awam 2009 yang diterbitkan Jabatan Statistik mencatatkan beberapa fakta yang merisaukan seperti di bawah:

i) 53 peratus daripada isi rumah di Malaysia mempunyai pendapatan bawah RM3,000 sebulan;

ii) 71.9 peratus daripada isi rumah di Malaysia memiliki atau menggunakan kereta;

iii) Nisbah hutang isi rumah kepada KDNK di Malaysia telah meningkat 33 peratus pada 1997 kepada 78 peratus pada 2011, iaitu lebih tinggi bagi tahap pendapatan perkapita negara;

iv) Kadar hutang isi rumah kepada KDNK adalah 140 peratus pada 2011, lebih tinggi dari Singapura (105%), Thailand (53%) dan Indonesia (38%);

v) Jumlah hutang daripada kereta peribadi merupakan jumlah hutang kedua terbesar selepas rumah kediaman sebanyak RM134.2 bilion pada akhir Mei 2012; dan

vi) Jumlah hutang daripada kereta swasta telah meningkat sebanyak RM16 bilion atau 14 peratus dalam 18 bulan, berbanding RM118 bilion pada November 2010.

Kata Nik Nazmi, penurunan harga kereta lebih rendah bermakna pinjaman untuk pembiayaan juga rendah.

"Rakyat Malaysia tidak akan menghabiskan begitu banyak pendapatan isi rumah mereka untuk membayar pinjaman di mana sebahagian besarnya adalah cukai kerajaan," ujar beliau.

Sebaliknya, beliau berkata, pengguna akan mempunyai pendapatan boleh guna lebih tinggi yang akan meningkatkan kualiti kehidupan mereka dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi lebih pesat.

comments:
1.. marauhirang said...

Lain cara x de ke bro..selain dari pindah ke UK....hehehe

Hampeh, Kecewa Dengan Mutu Perkhidmatan Dan Khidmat Pelanggan MYVI
suara13.blogspot.
Posted by Suara13

Saya pengguna kereta Perodua MYVI dan pelanggan Pusat Servis Perodua Kemaman sangat tidak berpuas hati dan kecewa dengan khidmat yang diberikan oleh pihak pusat servis perodua kemaman. Empat kali saya datang untuk pemeriksaan kereta saya kerana kereta MYVI saya banyak masalah sejak hari pertama saya menggunakan kereta tersebut.

Di sini saya ingin membuat beberapa aduan tentang khidmat Pusat Servis Perodua Kemaman.

1. OPERATOR TIDAK MESRA PELANGGAN.
Layanan operator yang suka mencelah semasa saya membuat temu janji dan aduan tentang masalah kereta. Belum lagi habis cerita dah sibuk nak mencelah untuk tamatkan perbualan, apa salahnya dengar dulu masalah yang saya nak bagi tau. Sepanjang saya membuat pemeriksaan di Pusat Servis Perodua Temerloh, tiada masalah seperti ini dan mereka sangat mesra pelanggan walaupun tempat mereka tidaklah selesa seperti di Perodua Kemaman.

2. TIDAK AMBIL TINDAKAN SEGERA.
Datang untuk membuat pemeriksaan regulator tingkap dan disahkan rosak oleh mekanik. Pihak Perodua Kemaman akan menempah dan menggantikan regulator yang baru. Janji barang sampai dalam masa dua minggu. Selepas dua minggu saya datang untuk bertanyakan hal tersebut, saya diberitahu bahawa pihak perodua kemaman langsung tidak menempah regulator tersebut. Masa itu baru nak order. Perodua Kemaman memang suka buang mase orang ek? macam itu ke layan pelanggan?

3. TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
Saya dapati ada kerosakan lain selepas pemeriksaan oleh mekanik pihak perodua Kemaman (dua klip cover tingkap patah). Mekanik tersebut memang SANGAT TIDAK BERTANGGUNGJAWAB kerana tidak menukar cover tingkap tersebut dengan yang baru dan tidak memberitahu kepada saya tentang perkara itu.

4. MASALAH TIDAK SELESAI.
Saya datang dua kali untuk pemeriksaan aircond yang bermasalah tetapi masih tiada perubahan sehingga kini. (Aircond berbau minyak petrol)

5. TIDAK MENEPATI JANJI.
Pihak Pusat Servis Perodua Kemaman menelefon saya berkenaan regulator tingkap tersebut telah sampai dan saya telah memberitahu akan datang ke pusat servis perodua kemaman untuk menukar regulator tersebut. Tetapi apabila saya datang, saya diberitahu bahawa regulator tersebut telah diberikan kepada orang lain.

Pihak perodua Kemaman sedikit pun tidak memberitahu perkara itu kepada saya, kerana jika saya tahu, saya tidak akan datang ke pusat servis Perodua Kemaman. Saya datang dari Kuala Lumpur semata-mata untuk menepati janji tetapi Perodua Kemaman sendiri yang mungkir janji.

Pekerja pusat servis perodua Kemaman menggunakan alasan bahawa ketua mereka telah menyuruh mereka menggunakan regulator tersebut kepada orang lain. Bermakna di sini KETUA Perodua Kemaman sendiri pun bermasalah kerana tidak tahu mengajar pekerja supaya apa-apa yang hendak dilakukan mestilah diberitahu kepada yang berkenaan agar tidak menyusahkan orang lain.

6. BUANG MASA PELANGGAN.
Dan disebabkan operator Perodua tidak mahu mendengar masalah pelanggan seperti saya, saya telah membuang masa dengan pergi ke Pusat Servis Perodua Kemaman dengan tiada 1 pun masalah yang diselesaikan.

7. MENAMBAHKAN LAGI MASALAH.
Saya datang ke Pusat Servis Kemaman dengan harapan masalah kereta saya akan diselesaikan, bukan sahaja masalah yang sedia ada tidak diselesaikan tetapi menambahkan lagi masalah pada kereta saya dengan tiba-tiba selepas diservis, buzzer kereta tidak berfungsi. Pekerja Pusat Servis Perodua tidak membuat pemeriksaan terakhir sebelum menyerahkan kereta kepada saya.

8. LEPAS TANGAN.
Tiada inisiatif dari pihak Perodua Kemaman bagi menyelesaikan masalah malah menyuruh saya mencari pusat sevis Perodua lain.

Saya akan pastikan pengguna kenderaan Perodua dan rakyat Malaysia mengetahui hal ini terutamanya di Kemaman, Terengganu. Saya berharap pihak Pusat Servis Perodua Kemaman akan mengambil tindakan SEGERA bagi menyelesaikan masalah ini agar pengguna dan pelanggan lain tidak teraniaya seperti mana yang berlaku keatas saya.

Pelanggan Kecewa,
Farhana Rahman

sumber

Sun Jan 6, 2013 6:23 pm (PST) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom

Penggunaan kanta lekap dan kesannya
By Diba S. | Tupai –

Pemeriksaan terhadap mata secara menyeluruh seharusnya dilakukan untuk mengetahui kesesuaian seseorang itu menggunakan kanta lekap. Ini kerana kanta lekap akan memberi kesan secara langsung terhadap metabolisme dan fisiologi kornea mata.

Jika ingin memahami fungsi pemakaian kanta lekap, anda perlu menjalani pemeriksaan mata dan mendapatkan penerangan daripada pakar mata sebelum anda menggunakan kanta lekap. Ini untuk mengelakkan berlakunya komplikasi yang pada mata anda .
Ketika di awal pengenalannya di negara ini sekitar awal 1980-an, kanta lekap diberikan secara preskripsi kepada mereka yang benar-benar layak menggunakannya sahaja, dimana pemeriksaan mata secara menyeluruh dilakukan dengan menganalisis kesemua kemungkinan kesan penggunaan kanta lekap pada mata. Namun pengguna kini kurang kesedaran tentang kaedah pemakaian dan penjagaan kanta lekap.

Ramai yang menganggap bahawa kanta lekap berfungsi dengan cara yang sama dengan cermin mata. Malah ada juga dijadikan sebagai trend untuk kelihatan cantik dimata . Oleh kerana itu, pengguna tidak berfikir untuk mendapatkan khidmat nasihat yang betul sebelum membuat keputusan untuk memakai kanta lekap .

Antara sebab-sebab memilih untuk memakai kanta lekap adalah seperti berikut :

1) 35 % menyatakan untuk kelihatan lebih menarik atau tujuan kosmetik.

2) 34.4 % menyatakan untuk membetulkan masalah rabun.

3) 29.7 % menyatakan untuk tujuan rekreasi dan sukan.

Trend ini boleh membahayakan pengguna memandangkan setengah komplikasi akan menyebabkan kerosakan kekal terhadap tisu kornea. Ramai pengguna kini tidak pernah bertanyakan apa komplikasi yang mungkin timbul daripada pengunaan kanta lekap.Keadaan ini bertambah teruk dengan sikap tidak bertanggungjawab sesetengah kedai optikal yang tidak membuat pemeriksaan teliti terlebih dahulu kepada bakal pengguna.

Sekiranya anda ingin menggunakan kanta lekap, lakukan pemeriksaan mata terlebih dahulu dan dapatkan nasihat daripada pakar mata yang berkelayakan sebelum menggunakannya. Pastikan kanta lekap bergungsi dengan baik dan bersih untuk menjamin keselamatan dan juga kesihatan mata anda.

Sun Jan 6, 2013 6:23 pm (PST) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom

Hikmah disebalik larangan bernafas ketika minum
hanyzan30.blogspot
Mohd Hanyzan Al Muari

Sebuah riwayat dari Tsumamah bin Abdullah menyebutkan, "Dahulu Anas bin Malik RA pernah bernafas di dalam bejana dua kali atau tiga kali, dan dia mengira Nabi SAW pernah melakukan hal itu." (HR. Bukhari)

Riwayat lain dari Abu Qatadah dan bapanya mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Apabila salah seorang di antara kamu minum, maka janganlah ia bernafas di bejana (gelas)."

"Dan jika salah seorang dari kamu buang air kecil maka janganlah ia memegang dzakar (kemaluannya) dengan tangan kanannya, jika membersihkan maka jangan membersihkan dengan tangan kanannya." (HR. Bukhari).

Sebahagian ulama mengatakan bahawa larangan bernafas di dalam bejana ketika minum sama seperti larangan ketika makan dan minum, sebab hal itu boleh menyebabkan keluarnya ludah sehingga boleh menjejaskan kebersihan air minum tersebut. Keadaan ini apabila dia makan dan minum dengan orang lain.

Adapun bila ia makan sendirian atau bersama keluarganya atau dengan orang yang tidak terganggu dengan caramu tersebut, maka hal itu tidak mengapa.

Imam Ibn Hajar Al-Asqalani pernah berkata, "Dan yang lebih bagus adalah menguatkuasakan larangan hadis Nabi tersebut, sebab larangan itu bukan untuk menghormati orang yang layak dihormati ataupun untuk mendapat penghargaan dari orang lain."

Imam Al-Qurtubi menambah pula, makna larangan itu adalah supaya bejana dan air tersebut tidak tercemar dengan air liur atau pun bau yang tidak sedap. (Fathul Bari, 10/94).

Demikianlah penjelasan para ulama kita. Para pakar kontemporari pun telah berusaha mengorek hikmah atas larangan tersebut. Mereka mengatakan ini adalah petunjuk yang indah yang diajarkan oleh Nabi kita Muhammad SAW dalam menyempurnakan akhlak.-DI

Sun Jan 6, 2013 6:23 pm (PST) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom

6 Perkara ini yang wajib kita sibukkan diri
ustazcambodia.com
by ustaz cambodia

1- Jika manusia sibuk memperbanyakkan amal, maka hendaklah kamu sibuk menyempurnakan sebaik-baik amal.
2- Jika manusia sibuk dengan perkara-perkara sunat, maka hendaklah kamu sibuk menyelesaikan perkara-perkara fardhu.
3- Jika manusia sibuk memperbaiki perkara-perkara zahir, maka hendaklah kamu sibuk memperbaiki perkara-perkara batin.
4- Jika manusia sibuk mencari kesalahan orang lain, maka hendaklah kamu sibuk mencari kesalahan diri sendiri.
5- Jika manusia sibuk mencari kesenangan dunia, maka hendaklah kamu sibuk mencari kemakmuran Akhirat.
6- Jika manusia sibuk mencari keredhaan dunia, maka hendaklah kamu sibuk mencari keredhaan Akhirat.
Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2 . M/S : 849.

Sun Jan 6, 2013 9:00 pm (PST) . Posted by:

"Zaiedishaq" zaiedishaq

kampeni rugi kalau buat 3 shift.
Contoh kilang 24h operation;

2 shift = 2 operator
daily OT = 1.75h
sat OT = 2 x sat = 21.5h
OT = 900 / 26 / 8 x 1.5 x total OT = RM 1278.1/operator
2 operator = *RM 2556.2*

3 shift = 3 operator
daily OT = 0h
sat OT = 16h
OT = 900 / 26 / 8 x 1.5 x total OT = RM 1003.84/operator
3 operator = *RM 3011.54 *
*
*

2013/1/4 -::eSpAcE9808::- rienacom@yahoo.com.sg>

> **
>
>
> **
> *Gaji Minimum Bermula 1 Januari 2013. Gaji Naik VS OT & Elaun
> Dikurangkan? *
> penpasksgb.blogspot
> Staff Berita Semasa
>
> http://beritasemasa.com/category/kakitangan-awam>http://beritasemasa.com/gaji-minimum-2013/gaji-minimum-naik-2013>
>
> *Gaji minimum 2013* : Akhirnya bermula semalam, 3 juta kakitangan swasta
> termasuklah pekerja asing dalam pelbagai sektor akan menerima gaji minimum
> yang bermula semalam iaitu 1 Januari 2013 melibatkan 500,000 majikan di
> Malaysia untuk melaksanakan dasar gaji minimum. Adakah majikan anda turut
> terlibat sama?
>
> Ini kerana daripada 4,200 ada cuba untuk menghantar permohonan
> penangguhan pemberikan gaji minimum 2013 tetapi hanya 632 syarikat
> diluluskan.
>
>
> 1. Itu pun hanya sehingga April 2013 sahaja dibenarkan penangguhan
> atas faktor kewangan.
> 2. Majikan yang membayar gaji lima pekerja atau kurang juga diberi
> penangguhan hingga 1 Julai 2013 ini
>
> http://beritasemasa.com/gaji-minimum-2013/gaji-minima-pekerja-swasta-2013>
>
>
> Kadar gaji minimum yang ditetapkan ialah RM900 sebulan atau RM4.33 sejam
> di Semenanjung Malaysia, manakala RM800 sebulan atau RM3.85 sejam di
> Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
>
> Dengan adanya dasar gaji minimum yang akan dikaji setiap 2 tahun,
> diharapkan pada masa akan datang kakitangan swasta di Borneo diberikan hak
> sama rata dengan kakitangan swasta di Semenanjung Malaysia. Ditambah dengan realiti
> harga barang yang berlaku di Borneo kecuali bahan mentah agak mahal
> berbanding harga di Semenanjung Malaysiahttp://beritasemasa.com/harga-barang-di-malaysia>.
> Taraf hidup tinggi, tetapi pendapatan rakyat Sabah & Sarawak masih lagi
> rendah.
>
> Contoh paling mudah, lihat harga barang keperluan rata-rata ada tertulis
> harga yang berbeza antara �east malaysia� dan �west malaysia�, yang mana
> lebih tinggi? Barang keperluan ini ertinya yang diperlukan oleh orang ramai.
>
> Diharapkan pihak berwajib memandang isu ini dengan serius. Bagi
> mengelakkan tanggapan diskriminisi terhadap kakitangan swasta yang bekerja
> di Sabah dan Sarawak..
>
> Satu lagi, untuk apa dasar gaji minimum ini meliputi pekerja asing sekali?
> Sepatutnya, ok ini hanya cadangan daripada kami :
>
>
> 1. Naikkan cukai pendapatan pekerja asing kepada 35%
> 2. Ketatkan syarat pengambilan pekerja asing
> 3. Terhadkan masa kerja pekerja asing dari tempoh 2 tahun kepada 1
> tahun 6 bulan sahaja
>
> Apabila kerajaan Malaysia menaikkan gaji minimum untuk warga tempatan,
> rakyat kita sendiri sekaligus ia sebenarnya memberikan satu galakan kepada
> pekerja tempatan untuk menceburi bidang perkilangan contohnya. Dan majikan
> akan tiada pilihan dan akhinrya membuka kuota jawatan lebih kepada warga
> tempatan. *Kami beranggapan adalah lebih baik kerjaan kaji semula dasar
> gaji minimum untuk orang asing.*
>
> �Di Singapore, kalau tidak silap kami cukai yang perlu dibayar kepada
> kerajaan Singapore sangatlah tinggi untuk setiap pekerja asing iaitu
> sekitar $150 setiap bulan. Sebab itulah hanya orang kaya-kaya sahaja yang
> menggunapakai pembantu rumah�
>
> Akhir sekali sekali kepada pihak majikan, dengan pelaksanaan gaji minimum
> ini diharapkan tidak timbul situasi seperti di bawah ini :
>
>
> 1. Gaji RM900 dan majikan dibenarkan potong @ kurangkan semua elaun &
> OT sudah tiada lagi atau dikurangkan.
> 2. Yang managaji lebih RM900 paling tinggi majikan akan naik sehingga
> 10%. Contohnya, seperti kerja kilang yang mana ada 2 syif majikan boleh
> buat tiga syif. Siapa untung?
>
> http://beritasemasa.com/gaji-minimum-2013/gaji-minima-2013-2>
>
> Dan memang sepatutnya, pelarasan gaji minimum ini kena ikut kewangan
> syarikat. Jikalau syarikat kecil tidak perlu sebenarnya untuk permulaan
> ini. Maksud kami, keuntungan syarikat berpuluh juta @ ratus juta ringgit
> tetapi gaji pekerja mereka sangat kecil. *Itu minda kapitalis & ini yang
> seharusnya perlu diperbetulkan*. Syarikat besar yang perlu difokuskan
> terlebih dahulu.
>
> P/S : Walaubagaimanapun, ia satu permulaan yang baik daripada pihak
> kerajaan untuk melaksanakan dasar *gaji minimum 2013* di Malaysia. Cuma
> masih ada lagi ruang untuk penambaikan di masa akan datang. Apa kata anda
> pula?
>
>
>
> *Gaji Minimum 2013 Pekerja Sektor Swasta di Malaysia (6 Juta).
> Semenanjung (RM900 Sebulan). Sabah, Sarawak (RM800 Sebulan). Realiti @
> Tangguh?*
> beritasemasa.com
>
> by Staff Berita Semasa
>
>
> http://beritasemasa.com/gaji-minimum-2013-pekerja-sektor-swasta/gaji-minimum-2013-majikan>
>
> *Gaji Minimum 2013* : Berdasarkan laporan Banci Penduduk dan Perumahan
> Malaysia menunjukkan bilangan penduduk di Malaysia adalah berjumlah
> 28.3juta. Daripada jumlah itu, tenaga kerja di Malaysia ini sudah pun
> mencecah 13 juta orang atau secara lebih tepat, kalau kita mengikut
> statistik September 2012 ialah 12.96 juta. Dan�..lebih daripada 50%
> atau enam juta terdiri daripada pekerja-pekerja dalam sektor swasta.
>
> Tinggal beberapa hari sahaja lagi) Malaysia bakal meninjak ke tahun baru,
> Tahun 2013. Dah tak lama sahaja lagi�..
>
> Kalau sebelum ini heboh diperkatakan bahawa gaji minimum akan dilaksanakan
> pada tahun 2013. Akan tetapi, baru-baru ini keluar laporan berita
> diberitahu bahawa terdapat lebih daripada 4,500 majikan yang ada memohon
> supaya pelaksanaan *gaji minimum 2013* ini ditangguhkan. Apabila
> mendengar berita ini, teringat kami dengan satu pepatah ini :
>
> �rumah siap, pahat berbunyi�.
>
> Kalau diikutkan sebenarnya :
>
> Pada masa itu, Majlis Konsultasi Gaji Negara telah pun membahaskan,
> membincang dan merumus isu gaji minimum 2013, tetapi persoalannnya sekarang
> ini apakah tidak diambil kira pandangan- pandangan seluruh termasuk juga
> majikan-majikan yang �memberontak� supaya dasar gaji minimum dilambatkan
> daripada tempoh sepatutnya?
>
> �Bagi kami angka 4,500 majikan bukanlah jumlah yang kecil sebenarnya�
>
> http://beritasemasa.com/gaji-minimum-2013-pekerja-sektor-swasta/gaji-minima-2013>
>
> Hakikatnya sekarang ini gaji pekerja di Malaysia sudah pun disahkan
> sebagai rendah. Berita Semasa, jangan pandai-pandai nak berikan kami fakta
> yang salah!!! Tidak, tidak sama sekali. Kami hanya tolong sampaikan sahaja.
> Siapa kata? Fakta ini disebut oleh Bank Dunia. Apa kata Bank Dunia lagi?
>
>
> - Bank Dunia mengatakan dalam tempoh 10 tahun, kenaikan gaji pekerja
> di Malaysia hanyalah meningkat pada kadar 2.6% berbanding�.
> - Berbanding dengan produktiviti naik pada kadar 6.7%.
>
> Fakta-fakta ini ada disebut dalam ucapan Perdana Menteri Malaysia, Datuk
> Seri Najib Razak pada 30 April 2012 menjelang 1 Mei dan pada malam itulah
> pengumuman dibuat berhubung dengan pelaksanaan gaji minimum 2013.
>
>
> http://beritasemasa.com/gaji-minimum-2013-pekerja-sektor-swasta/gaji-minimum-pekerja-malaysia>
>
> Besarlah harapan kami, supaya dasar gaji minimum 2013 ini tidak
> ditangguhkan lagi. Kalau ditangguhkan juga bermakna nasib
> kalangan pekerja-pekerja di Malaysia yang berada di bawah paras kemiskinan
> yang sudah pun ditetapkan atau dinyatakan oleh Kementerian Sumber Manusia
> bahawa *lebih 34% pekerja bergaji RM700 sebulan masih tidak mampu dibela*.
> Bagaimana mereka mahu medapat kos sara hidup masa akan-masa akan datang
> yang akan teru melambung tinggi? Beza kos sara hisup 20 tahun dahulu dengan
> sekarang (KLIK SINI http://beritasemasa.com/hutang-negara-terkini-2012>)
>
>
> http://beritasemasa.com/gaji-minimum-2013-pekerja-sektor-swasta/gaji-minimum-2013-pekerja-swasta>
>
> Petikan laporan asal Berita Semasa : KLIK SINI http://beritasemasa.com/gaji-minimum-pekerja-swasta>
>
> Seingat kami, pada zaman Allahyarham Tun Abdul Razak, sewaktu krisis
> minyak tahun 1974, ada diperkenalkan apa yang dipanggil special relief
> allowance atau elaun bantuan khas. Walaupun secara relatif jumlahnya kecil,
> tetapi yang penting adalah ada ikhtiar dan usaha kerajaan pada ketika itu
> untuk memperkenalkan elaun biaya hidup.
> *Gaji Minimum 2013 : Cadangan & Harapan Berita Semasa?*
>
>
> 1. Kerajaan memperkenalkan satu elaun untuk membantu golongan pekerja
> yang berpendapatan rendah, tidak kisahlah apa nama sekalipun mahu
> diletakkan contohnya ___________ 1 Malaysia apa juga nama sekalipun.
> 2. Dasar gaji minimum 2013 diteruskan seperti yang dirancang &
> dijanjikan oleh Perdana Menteri Malaysia
> 3. Setakat ini, lebih daripada 31,000 kes runding damai yang tidak
> dapat diselesaikan dan 10,000 kes ini tidak dirujuk ke mahkamah. Apa nasib
> pekerja yang terlibat dalam 10,000 kes ini? Harapan kami, Menteri yang
> bertanggungjawab mencari kaedah yang lebih baik dalam menangani
> kes-kes pekerja-pekerja yang dinafikan hak mereka
>
>
>

Mon Jan 7, 2013 12:40 am (PST) . Posted by:

"automobil@yahoogroups.com"


Facebook: Fanpage Automobil
http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520

Group Automobil
http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:
OILYMAN
http://oilyman.com.my

Blog In Malaysia
http://bloginmalaysia.com

Kataloh
http://kataloh.com

Cari Mudah
http://carimudah.com

Find And Book the Best Hotel Resort
http://besthotelreviews.org

Enplegu.com
http://enplegu.com

Choosing the Best Hotel Reviews
http://besthotelreviews.info

Blog Soccers
http://blogsoccers.com

Google Adsense Program
http://googleadsenseprogram.com

Azami Entertainment
http://azamientertainment.com

Din Apartment
http://dinapartment.com

University College Online
http://universitycollegeonline.info

Kad Niaga
http://kadniaga.com

Google Adsense Program Info
http://googleadsenseprogram.info

K-Pop Music Download
http://k-popmusicdownload.info

Health Care Definition
http://healthcaredefinition.com

Laptop Skin Sticker
http://laptopskinsticker.com

Mon Jan 7, 2013 12:40 am (PST) . Posted by:

"automobil@yahoogroups.com"


Fri Nov 30, 2012 9:22 pm
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Salam Sejahtera semua.

Mulai 28 November 2012, ahli group Automobil tidak boleh "HIDE ID".
In disebabkan polisi baru Yahoo Groups yang tidak membenarkan menukar alamat email asal seperti sebelum ini.

Jadi kepada sesiapa yang ingin "HIDE ID" sila email dan minta pada kawan-kawan anda untuk melakukan posting sekaligus merahsiakan alamat email syarikat tempat anda bekerja.

Group Automobil juga telah memberikan akses penuh kepada kebanyakan ahli yang aktif terus post email ke group tanpa tapisan moderator tetapi masih di pantau.

Sekian,
Terima Kasih.
Iwan

Mon Jan 7, 2013 5:41 am (PST) . Posted by:

"Mohd Syaril Matsali" nesta41

Gaji minimum RM900 dah implement... sepatutnya ianya bagus utk pekerja
tempatan. terminate terus pekerja asing yg bekerja di petrol pam,
start employ local worker... sebab gaji dh menarik, mesti ramai yg
berminat nak keje....lagipun keje petrol pam skrg x susah mcm dulu....
itu positif side yg aku nampak la.....



From: Quwarrizxmy Qurraizy qurraizy@gmail.com>
To: automobil@yahoogroups.com,
Date: 12/29/2012 12:44 AM
Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: PDAM tidak mampu
gaji minima
Sent by: automobil@yahoogroups.com



depa x mnyebut pun psl keuntungan menjual pelbagai barangan runcit yg
untung beribu2 sehari

masih juga menggaji pekerja yg bertugas untuk petrol pam
dahla harga mahal bagai nk giler

On 28/12/2012, -::eSpAcE9808::- rienacom@yahoo.com.sg> wrote:
> PDAM kurangkan pekerja, tidak mampu tanggung kenaikan kos akibat gaji
> minima
> The Malaysian Insider
> a..
> a.. Oleh Nomy Nozwir
>
> KUALA LUMPUR, 27 Dis — Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM)
> mahu mengurangkan pekerja kerana tidak mampu menanggung kenaikan kos
akibat
> gaji minima yang bakal dilaksanakan pada 1 Januari hadapan.
>
>
>
> Presiden PDAM Datuk Hashim Othman berkata pengurangan pekerja ini mampu
> membantu pengusaha minyak di seluruh negara mengurangkan kos, disamping
> dapat melaksanakan Sistem Khidmat Layan Diri (SKLD) sepenuhnya.
>
>
>
> "Kita mempunyai 50,000 pekerja di 3,600 stesen minyak di seluruh negara.
>
>
>
> "Pelaksanaan gaji minima akan meningkatkan kos operasi pengusaha
melebihi 30
> peratus," kata Hashim dalam sidang media PDAM di sini, hari ini.
>
> Pelaksanaan gaji minima melibatkan semua sektor diumumkan Perdana
Menteri
> Datuk Seri Najib Razak pada April lalu, dengan RM900 bagi Semenanjung
> Malaysia, dan RM800 bagi Sabah dan Sarawak.Hashim berkata, jika
> pengusaha-pengusaha dapat melakukan SKLD sepenuhnya, pengusaha minyak
dapat
> mengurangkan penggunaan tenaga asing sebanyak 50 peratus.
>
> "Kos operasi akan naik, bukan gaji sahaja, tetapi juga KWSP, Perkeso,
kadar
> lebih masa lebih tinggi... keseluruhan struktur, segala-galanya akan
> meningkat," kata Hashim lagi.
>
> Beliau berkata, hasilnya, premis akan perlu mengurangkan kos, termasuk
> menaik taraf semua stesen dengan kemudahan layan diri dan mengurangkan
> tenaga kerja.
>
> Hashim berkata, beliau menjangkakan separuh daripada semua pekerja asing
> yang bekerja di premis itu tidak akan diperbaharui kontrak mereka.
>
> Dianggarkan 70 peratus daripada 50,000 pekerja stesen minyak Malaysia
adalah
> warga asing.
>
> "Oleh itu, kita mahu kerajaan membantu kami dalam mengurangkan bebanan
kos
> akibat gaji minima dengan membenarkan kita mengurangkan pekerja,
sekaligus
> kita dapat melaksanakan SKLD sepenuhnya, sekaligus dapat mengurangkan
> kebergantungan kita dengan tenaga asing," kata Hashim lagi.
>
> SKLD telah dilaksanakan pada sekitar 2006 dan semenjak itu, SKLD
diamalkan
> di seluruh Lembah Kelang dan bandar-bandar besar. Pun begitu, di kawasan
> bandar kecil ia masih tidak diamalkan sepenuhnya.
>
> Pada masa kini purata gaji pekerja di stesen minyak di sekitar Lembah
Kelang
> ialah RM700 hingga RM900, manakala di kawasan lain adalah sekitar RM600
> hingga RM800.
>
> Pada April lalu, Najib mengumumkan bahawa gaji minima di Semenanjung
> Malaysia ialah RM900, manakala di Sabah dan Sarawak ialah RM800.
>
> Gaji minima sering menjadi isu yang dibangkitkan majikan di negara ini,
yang
> dalam masa sama menghadapi masalah kenaikan kos serta persaingan dengan
> negara-negara seperti China dan India untuk terus kompetitif dalam
pasaran
> global.
>


------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil -
http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.comYahoo! Groups Links





Mon Jan 7, 2013 6:46 am (PST) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom

[AMARAN KECEMASAN DIAKTIFKAN] Ribut Sunamo Bakal Landa Negara!
Posted by greenboc

Kuala Terengganu - Ribut Tropika 'Sonamu' dilaporkan laman sesawang 'Global Disaster Alert and Coordination System' (GDACS) akan melanda pantai Timur Semenanjung malaysia pada 6.00 GMT pada Selasa 8 Januari.

Data yang dibekalkan bersama oleh Pusat Amaran Ribut Angkatan Laut dan Udara Amerika Syarikat yang mencadangkan Sonamu akan mendarat di kedudukan 6.3 N,103.3 E.

Namun begitu kenyataan pada hari Sabtu 5 Januari Majlis Keselamatan Negara, yang diterbitkan akhbar The Sun meramalkan keadaan laut bergelora dan banjir di kawasan-kawasan rendah bermula semalam (Ahad) sehingga Rabu.

Setiausahanya Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata kawasan-kawasan yang sering dilanda banjir harus berwaspada amaran hujan lebat dan perlu membuat persediaan awal bagi kemungkinan banjir dan orang ramai harus menurut perintah daripada pihak berkuasa untuk mengosongkan rumah mereka.

Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) telah meramalkan keadaan laut bergelora dan banjir di kawasan-kawasan rendah akan berterusan sehingga Rabu.

Laman webnya telah mengeluarkan amaran angin kencang timur laut lebih 60 kmsj dengan ombak lebih daripada 4.5m berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan.

Susulan itu, Buletinonline dimaklumkan satu berita yang agak tergempar apabila pihak Hospital Sultanah NurZahirah di sini telah memindahkan ubat-ubatan ke tingkat atas bagi menghadapi risiko ribut tersebut.

Menurut sumber dalaman itu, hospital turut mengarahkan pesakit-pesakit yang 'ringan' dan yang tidak melibatkan 'wayar' pulang ke umah masing-masing.

Sehubungan itu, seorang pengamal perubatan telah mengesahkan mendapat pesanan ringkas dari pihak Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian yang turut meminta semua pihak berjaga-jaga.

"harap semua bersedia. 'Meeting' telah (dibuat) diperingkat MKN (Majlis Keselamatan Negara). 'Emergency response' di east cost(inner ring) activated already today (Amaran Kecemasan telah diaktifkan hari ini untuk Pantai Timur).

"Banyakkan doa semoga semua ok. Cuti 'emergency staff' dibekukan,"sebagaimana yang dipetik dari pesanan ringkas itu.

Menurut Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani, beliau juga diberitahu oleh anaknya yang bersekolah di Batu Rakit, satu persiapan berjaga-jaga teah diambil pihak pihak sekolah.

"Anak saya di Batu rakit telefon, Cikgu arah kemas barang untuk pindah ke tingkat tiga (asrama), dijangka 9akan berlaku) banjir besar,"respon beliau pada Ahad malam 6 Januari. -BuletinOnline

SETIAUSAHA
MAJLIS KESELAMATAN NEGARA
JABATAN PERDANA MENTERI

AMARAN HUJAN LEBAT DAN ANGIN KENCANG

5 Januari 2013

1. Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) menjangkakan hujan lebat akan berlaku di antara 7 hingga 9 Januari 2013 di negeri-negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang ekoran daripada angin kencang dan laut bergelora yang sedang berlaku di Laut China Selatan. Keadaan hujan lebat dijangka akan berlaku yang mana boleh menyebabkan risiko berlakunya episod banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah. Keadaan laut juga dijangka bergelora dan situasi ini akan menyebabkan keadaan bahaya di laut dan persisiran pantai.

2. Sehubungan itu orang ramai terutamanya nelayan adalah dinasihatkan supaya tidak melakukan aktiviti di laut dan lain-lain aktiviti di kawasan persisiran pantai.

3. Orang awam terutamanya yang tinggal di kawasan-kawasan yang sentiasa dilanda banjir perlu berwaspada dengan amaran keadaan hujan lebat ini dan dinasihatkan membuat persediaan awal bagi menghadapi kemungkinan berlakunya banjir. Sekiranya diminta oleh pihak berkuasa untuk berpindah, orang ramai dinasihati untuk mematuhi arahan dan tidak menunggu di saat-saat akhir kerana ia boleh mengundang kejadian yang tidak diingini berlaku. Adalah dinasihati juga supaya orang ramai dapat membawa bersama dokumen-dokumen penting dan keperluan asas peribadi semasa berada di pusat pemindahan.

4. Bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku, orang ramai juga dinasihatkan supaya mengambil langkah-langkah keselamatan sewajarnya semasa kejadian banjir.

5. Agensi-agensi Kerajaan yang terlibat di dalam pengurusan bencana telah membuat persiapan dan diletakkan di dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya kejadian banjir.

6. Maklumat terkini mengenai keadaan cuaca dan situasi semasa boleh diperolehi di laman sesawang http://www.met.gov.my dan http://portalbanjir.mkn.gov.my.

Sonamu: Muslimat PAS saran solat hajat

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) meminta seluruh umat Islam melakukan solat hajat dan berdoa agar penduduk di Pantai Timur Semenanjung Malaysia dijauhi daripada sebarang bahaya dan bencana.

Ia ekoran ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) minggu ini berhubung amaran Ribut Tropika Sonamu dijangka melanda Pantai Timur pada 8 Januari, jam dua petang.

MMD menasihatkan penduduk khususnya nelayan di negeri-negeri Pantai Timur menjauhkan diri dari laut.

"Mohon solat hajat dan doa semoga Allah lindungi Malaysia khususnya di Pantai Timur daripada bahaya dan bencana Ribut Tropika Sonamu," kata Ketua Penerangan DMPP, Aiman Athirah Al Jundi kepada Harakahdaily.

MMD dalam laman webnya mengeluarkan amaran angin kencang timur laut lebih 60 kmsj dengan ombak lebih daripada 4.5m berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan.

Situasi ini dijangka berterusan sehingga Jumaat.

Justeru, Aiman mengingatkan ibu bapa agar mengawasi aktiviti anak-anak mereka.

"Minta ibu bapa semua prihatin terhadap kedudukan anak-anak, jangan biarkan berada di luar ketika ribut, hujan dan banjir," katanya.

Ribut Tropika Sonamu akan mengakibatkan keadaan laut bergelora disertai dengan angin kencang dan hujan lebat yang boleh mengakibatkan banjir besar.

Mereka yang berada di kawasan-kawasan yang sering dilanda banjir diingatkan agar berwaspada terhadap amaran hujan lebat dari masa ke semasa dan perlu membuat persediaan awal bagi menghadapi kemungkinan banjir.

Orang ramai juga diminta patuh kepada arahan daripada pihak berkuasa seandainya diminta untuk mengosongkan rumah mereka. -HD

comments:

Anonymous said...

Alhamdullillah !

Hujan dan Ribut mendatang ini adalah Rahmat dari ALLAH SWT ke atas kita, membasahi tanah tanah yang kekeringan di ulu kelantan dan terengganu.

Negara seperti Australia ketika ini dilanda bala kekeringan sehingga hutan terbakar. Jika hutan terbakar di sekitar Genting Highlands, maka itu suatu rahmat dari ALLAH SWT juga bagi mengajar umat manusia tunduk akan perintahNya.

Alhamdullillah !

Anonymous said...
semuanya ramalan...tapi jika allah mengasihani umatnya yang ikhlas menegakkan agamanya insyaallah allah akan palingkan ribut tersebut ke arah lain..semoga aallah melindungi saudara saudara kami yang kesusahan di sana..amin

Mon Jan 7, 2013 7:35 am (PST) . Posted by:

"Jagathies Kannasan" vishnu_vd

Dear friends,

Promotion from authorized Sales Proton Edar Sdn Bhd.
 

Graduate scheme and government scheme available for full loan-need only offer letter
Zero down payment available for selected model

Discount for 2013 Model

All model Rm 1000 discount direct to customer

So for all the friends please grab this opportunity if you plan to buy or change your car.We also accept trade in.Thank you all again to your continues support. 

For more info please call/sms to jega at 012-3332230      

Regards,
jega            
012-3332230      
GROUP FOOTER MESSAGE
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: