Thursday, February 26, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4136[1 Attachment]

4 Messages

Digest #4136

Messages

Wed Feb 25, 2015 6:35 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Dilarang Menggunakan Telefon Bimbit Semasa Memandu

Dilulus untuk paparan oleh memo
tranungkite.net

[Kaedah 17A Dalam Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Ln 166/1959)]

Ketika sedang memandu kenderaan di atas jalan raya, pemandu tidak boleh menggunakan atau cuba untuk menggunakan telefon bimbit atau apa-apa alat lain melainkan ia digunakan melalui satu alat tanpa perlu dipegang (hand-free kit).

Mengapa?

Supaya kedua belah tangan kita dapat memegang stering/handle demi kawalan kenderaan sepenuhnya.

Selain itu, kita dapat tumpukan perhatian dengan pemanduan.

HUKUMAN:

Gagal mengikuti peraturan boleh dikompaun tidak kurang daripada RM300

Facebook PDRM

Wed Feb 25, 2015 6:35 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Hapuskan nyamuk aedes cara mesra alam
telokbakong.blogspot
chegubard.blogspot.
by cheguBard

Mendengar berita mengenai penularan wabak denggi amat merisaukan. Merujuk laporan Kementerian Kesihatan, Malaysia mencatatkan peningkatan wabak denggi yang sangat serius iaitu 10,712 kes dan 19 kematian direkodkan berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Perkembangan ini adalah sesuatu yang membimbangkan, kerana denggi bukanlah satu wabak yang boleh dianggap enteng kerana mampu meragut nyawa. Selain daripada semburan aerosol serta tidur di dalam kelambu, yang paling penting ialah menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes dengan menjaga kebersihan persekitaran tempat tinggal.

Saya sendiri pernah menghidap demam denggi beberapa tahun yang lalu. Bukan sekali tetapi dua kali terlantar di hospital kerananya. Terasa menyakitkan sangat. Mudah-mudahan tiada yang ketiga, insya Allah.

Di sini saya ingin kongsikan satu cara untuk menghapuskan nyamuk aedes melalui kaedah yang mudah dan mesra alam.

Bahan-bahan :
• 200 ml air• 50 gram gula merah
• 1 gram ragi
• botol plastik saiz besar

Langkah-langkah:

1. Potong botol plastik ditengah-tengah. Simpan bahagian atas/mulut botol.
2. Campur gula merah dengan air panas. Biarkan hingga sejuk kemudian tuangkan ke dalam potongan bawah botol.
3. Masukkan ragi. Tidak perlu dikacau. Tujuannya untuk menghasilkan karbon-dioksida.
4. Masukkan potongan botol bagian atas sebelum ini dengan posisi terbalik seperti corong.
5. Lilit keliling botol dengan tape hitam atau kain, buka di bahagian atas botol dan letakkan di bahagian sudut rumah.

Dalam dua minggu, anda akan melihat sejumlah besar nyamuk yang mati di dalam botol.

Selamat mencuba.

Info:
Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat.

(dipetik dari sumber internet)
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Wed Feb 25, 2015 6:36 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual - Hans Beauty

Dilulus untuk paparan oleh lararatu
tranungkite.net

Produk-produk kosmetik di atas telah diuji dan dikesan mengandungi racun berjadual hydroquinone dan logam berat merkuri yang tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik. Oleh itu, produk-produk tersebut tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.

Produk yang mengandungi hydroquinone adalah merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan. Hydroquinone biasanya digunakan untuk tujuan merawat kulit yang mengalami masalah hiperpigmentasi. Penggunaan hydroquinone tanpa mendapat nasihat kepakaran dari profesional kesihatan dikhuatiri boleh menyebabkan kesan yang tidak diingini.

Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit, merawat masalah jeragat dan kulit tidak sekata. Hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif. Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan merkuri lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit dan rawatan anti penuaan seperti masalah jeragat, kulit tidak sekata dan kedutan adalah tidak dibenarkan dan boleh memudaratkan kesihatan. Merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. la juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Selain itu,

Kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutamanya kanak-kanak apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu. Bayi dan kanak-kanak kecil boleh terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang menggunakan produk kosmetik tersebut dan kemudiannya memasukkan jari-jari mereka ke dalam mulut. Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.

Pihak syarikat yang bertanggungjawab ke atas notifikasi produk berkenaan telah diarahkan untuk memberhentikan penjualan/pembekalan dengan serta merta dan memanggilbalik kesemua stok fizikal produk tersebut daripada pasaran dalam tempoh 72 jam.

Sesiapa yang mempunyai stok produk di atas dinasihatkan menghentikan penjualan/ pengedaran/ penggunaan produk tersebut dengan serta-merta. Penjual adalah diingatkan pemilikan produk-produk ini melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

Pengguna adalah dinasihatkan untuk menghubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) di talian 03-78018496/78018586/78835532 jika mengalami sebarang kesan sampingan atau kesan buruk akibat daripada penggunaan produk-produk kosmetik.

sumber

Wed Feb 25, 2015 6:36 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

NEGERI TERENGGANU AKAN LAKSANAKAN HUKUMAN NAIK VAN JENAZAH TERHADAP LELAKI TERUTAMANYA MAT REMPIT TIDAK SOLAT JUMAAT.

Posted by OMAK KAU!!!

Persoalannya siapa yang melakukan penangkapan???? .. Jika pihak penguat kuasa Majlis Agama Islam dan Adat Terengganu (Maidam), beerti dia pun tidak solat Jumaat juga????? .. Yang tidak solat Jumaat tangkap yang tidak solat Jumaat???? BEGITU????? Kerajaan Terengganu bakal melaksanakan hukuman denda menaiki van jenazah terhadap lelaki Melayu khususnya golongan mat rempit yang didapati tidak menunaikan solat Jumaat.

Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, pihak berkuasa agama tempatan akan bertindak membawa mereka yang bersalah berarak di sekitar pusat bandar raya negeri itu dengan menaiki van jenazah sekiranya ditangkap.

Katanya, proses penelitian hukuman bagi kesalahan tersebut sudah selesai dan akan dimulakan tidak lama lagi.

Razif berkata, hukuman tersebut dijalankan kepada mereka yang masih lagi berdegil mengulangi kesalahan tidak menunaikan solat Jumaat meskipun sudah diberikan kaunseling.

"Mereka yang terbabit termasuk mat rempit didapati tidak menunaikan solat Jumaat akan ditangkap oleh penguat kuasa Majlis Agama Islam dan Adat Terengganu (Maidam) dan diberi kaunseling serta bimbingan agama terlebih dahulu," katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.

Pada masa sama, Razif yakin Maidam dapat menggalas tugas dan peranan mereka dengan sebaik mungkin dalam usaha menangani gejala sosial.

Beliau berkata, ini termasuk keputusan menambah jumlah anggota penguat kuasa wanita selain memperkemas kekuatan sedia ada bagi membolehkan penguatkuasaan berjalan dengan baik.

Selain itu beliau berkata, kerajaan Terengganu juga memaklumkan kepada Pesuruhjaya Hal Ehwal agama negeri, Datuk Mohd Rozali Salleh untuk mewujudkan sebuah pusat pemulihan atau pondok pemodenan bagi memberi khidmat kaunseling dan pendedahan ilmu agama kepada pesalah terbabit.

Awal Januari lalu, kerajaan Terengganu mengarahkan kesemua pasar raya menutup premis pada waktu solat Jumaat selama dua jam.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: