2 Messages
Digest #4135
Messages
Tue Feb 24, 2015 6:43 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Kurangkan Minuman Kafein, Makanan Pedas Ketika Cuaca Panas
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net
KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihati agar mengurangkan pengambilan cecair yang menggalakkan perkumpulan air kencing seperti minuman berkafein, kopi, teh dan air berkarbonat ketika cuaca panas.
Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lumpur (HKL), Ridzoni Sulaiman, berkata pengambilan minuman berkenaan menyebabkan individu akan kerap membuang air kecil sehingga mengakibatkan badan kekurangan cecair.
"Sudah menjadi kebiasaan, bila bangun pagi minum kopi atau teh, tetapi pada musim cuaca panas ini, ia tidak sesuai kerana akan menyebabkan kita kerap kencing, sedangkan badan kita memerlukan air yang banyak kerana suhu panas menyebabkan badan hilang banyak air.
"Seeloknya kita minum jus buah-buahan yang kurang gula. Bagi membekalkan air yang cukup untuk badan tak semestinya minum sehingga dua liter air kosong, tapi boleh diperoleh daripada sumber lain seperti buah-buahan," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, selain minuman berkafein, pengambilan ubat diuretik terutama di kalangan pesakit darah tinggi juga boleh menyebabkan seseorang kerap membuang air kecil.
Sehubungan itu, Ridzoni berkata pesakit dinasihati agar mendapatkan nasihat doktor tentang alternatif atau cara untuk mengurangkan dos ubat berkenaan untuk sementara waktu bagi mengurangkan cecair dalam badan hilang secara paksa (kencing).
"Di samping itu, apa yang paling utama ialah setiap individu perlu memastikan bahawa mereka meminum air yang cukup iaitu kira-kira dua liter dalam tempoh 24 jam (sehari).
"Boleh minum lima gelas jus buahan-buahan dan lima gelas air kosong kerana selain membekalkan air, buah juga boleh membekalkan zat-zat lain seperti sodium, potassium dan vitamin C," katanya.
Ridzoni berkata, bagi golongan berumur 50 tahun ke atas, mereka lebih mudah terdedah kepada dehidrasi kerana faktor umur yang meningkat menyebabkan mereka berasa kurang haus.
"Cara yang mudah ialah memeriksa air kencing kerana kencing yang pekat menunjukkan badan kekurangan air. Selain itu, jika kita melekapkan bibir atas dan bawah, dan jika ia melekit, seperti terkena air gula, itu bermakna mereka kurang air.
Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan orang ramai mengurangkan pengambilan makanan yang pedas bagi mengelak peningkatan suhu badan.
"Ambil makanan mengandungi banyak air seperti buah tembikai, betik dan tembikai susu, sayur-sayuran contohnya tomato, timun dan sawi, serta masakan seperti sup, tumis air dan masak pindang boleh meningkatkan pengambilan air.
"Kita juga boleh mendapatkan sumber air daripada minuman seperti air kosong, susu dan makanan seperti sup dan yogurt," katanya.
Beliau berkata, orang ramai juga boleh melayari laman web Bahagian Pemakanan www.nutrition.moh.gov.my untuk mendapat maklumat lanjut mengenai Panduan Diet Malaysia atau kemukakan sebarang pertanyaan yang berkaitan melalui Facebook Bahagian Pemakanan iaitu Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Jabatan Meteorologi pula menyatakan suhu maksimum di beberapa bandar utama hari ini termasuk Kuala Lumpur mencecah 34 darjah kerana negara pada masa ini sedang berada pada penghujung Monsun Timur Laut dan dijangka berakhir pada penghujung Mac ini.
Kebanyakan kawasan terutamanya di utara pantai barat Semenanjung Malaysia kurang menerima hujan dalam tempoh yang panjang menyebabkan berlakunya cuaca panas dan kering.
- BERNAMA
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.
KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihati agar mengurangkan pengambilan cecair yang menggalakkan perkumpulan air kencing seperti minuman berkafein, kopi, teh dan air berkarbonat ketika cuaca panas.
Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lumpur (HKL), Ridzoni Sulaiman, berkata pengambilan minuman berkenaan menyebabkan individu akan kerap membuang air kecil sehingga mengakibatkan badan kekurangan cecair.
"Sudah menjadi kebiasaan, bila bangun pagi minum kopi atau teh, tetapi pada musim cuaca panas ini, ia tidak sesuai kerana akan menyebabkan kita kerap kencing, sedangkan badan kita memerlukan air yang banyak kerana suhu panas menyebabkan badan hilang banyak air.
"Seeloknya kita minum jus buah-buahan yang kurang gula. Bagi membekalkan air yang cukup untuk badan tak semestinya minum sehingga dua liter air kosong, tapi boleh diperoleh daripada sumber lain seperti buah-buahan,
Beliau berkata, selain minuman berkafein, pengambilan ubat diuretik terutama di kalangan pesakit darah tinggi juga boleh menyebabkan seseorang kerap membuang air kecil.
Sehubungan itu, Ridzoni berkata pesakit dinasihati agar mendapatkan nasihat doktor tentang alternatif atau cara untuk mengurangkan dos ubat berkenaan untuk sementara waktu bagi mengurangkan cecair dalam badan hilang secara paksa (kencing).
"Di samping itu, apa yang paling utama ialah setiap individu perlu memastikan bahawa mereka meminum air yang cukup iaitu kira-kira dua liter dalam tempoh 24 jam (sehari).
"Boleh minum lima gelas jus buahan-buahan dan lima gelas air kosong kerana selain membekalkan air, buah juga boleh membekalkan zat-zat lain seperti sodium, potassium dan vitamin C," katanya.
Ridzoni berkata, bagi golongan berumur 50 tahun ke atas, mereka lebih mudah terdedah kepada dehidrasi kerana faktor umur yang meningkat menyebabkan mereka berasa kurang haus.
"Cara yang mudah ialah memeriksa air kencing kerana kencing yang pekat menunjukkan badan kekurangan air. Selain itu, jika kita melekapkan bibir atas dan bawah, dan jika ia melekit, seperti terkena air gula, itu bermakna mereka kurang air.
Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan orang ramai mengurangkan pengambilan makanan yang pedas bagi mengelak peningkatan suhu badan.
"Ambil makanan mengandungi banyak air seperti buah tembikai, betik dan tembikai susu, sayur-sayuran contohnya tomato, timun dan sawi, serta masakan seperti sup, tumis air dan masak pindang boleh meningkatkan pengambilan air.
"Kita juga boleh mendapatkan sumber air daripada minuman seperti air kosong, susu dan makanan seperti sup dan yogurt," katanya.
Beliau berkata, orang ramai juga boleh melayari laman web Bahagian Pemakanan www.nutrition.
Jabatan Meteorologi pula menyatakan suhu maksimum di beberapa bandar utama hari ini termasuk Kuala Lumpur mencecah 34 darjah kerana negara pada masa ini sedang berada pada penghujung Monsun Timur Laut dan dijangka berakhir pada penghujung Mac ini.
Kebanyakan kawasan terutamanya di utara pantai barat Semenanjung Malaysia kurang menerima hujan dalam tempoh yang panjang menyebabkan berlakunya cuaca panas dan kering.
- BERNAMA
Tue Feb 24, 2015 6:43 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
KERETA PG1 JADI VIRAL SEMALAM, INI JAWAPANNYA....
bloglist-malaysia.blogspot
pkrl.blogspot
Pemandu terima saman salah parking kereta menteri
Rozali menunjukkan saman dari MPPP yang diterimanya kerana kesalahan meletakkan kenderaan rasmi Ketua Menteri.
GEORGETOWN - Pemandu khas Ketua Menteri Pulau Pinang tampil menjelaskan berhubung kesalahan kereta rasmi itu diparkir sebelah pili bomba yang menjadi viral dalam media sosial kelmarin.
Rozali Ishak, 54, berkata, ketika kereta itu diparkir, dia berada dalam kenderaan itu kerana semua kotak parkir di hadapan Dewan Perniagaan Cina penuh.
"Pada hari kejadian, saya menghantar Ketua Menteri ke Dewan Perniagaan Cina untuk menghadiri sebuah majlis. Bagaimanapun, semua kotak parkir berdekatan sudah penuh dan saya kemudiannya bergerak ke Lebuh King untuk parkir di sana. Saya akui, memang saya parking di sana tetapi saya tidak tinggalkan kereta di situ, saya berada di dalam kereta
untuk menunggu Ketua Menteri.
"Pada waktu itu, saya nampak seseorang mengambil gambar kereta tetapi hanya membiarkan sahaja kerana saya bukannya tinggal kereta itu sebaliknya menunggu di dalam kereta," katanya kepada media semalam.
[ARTIKEL BERKAITAN: Kereta Guan Eng jadi viral]
Sementara itu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, Rozali sudah menerima saman dari Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang dikeluarkan semalam.
Guan Eng turut meminta agar perkara itu tidak diperbesarkan sebaliknya meminta media menumpukan pada isu besar yang lain.
"Sebelum ini saya ada nyatakan, jika ada yang tidak kena, kita akan minta MPPP ambil tindakan. Tetapi media janganlah menjadikan isu parkir ini satu isu yang besar. Banyak lagi isu besar yang boleh ditulis dan dilaporkan. Saya hairan, banyak isu penting lain, mengapa isu parkir kereta saya diperbesarkan pula. Rozali menjadi pemandu saya sejak 2008 dan dia tidak mempunyai sebarang masalah.
"Saman sudah dikeluarkan MPPP dan pemandu saya sudah terima saman berkenaan.
"Ia menunjukkan bahawa Kerajaan Pulau Pinang adalah sebuah kerajaan yang cakap serupa bikin selain tidak mengamalkan pilih kasih (double standard).
"Kita juga sebuah kerajaan yang menegakkan undang-undang, apa yang dijanjikan, kita tepati," katanya.
Guan Eng turut menyindir beberapa orang pemandu khas kepada menteri yang didakwa melakukan perkara sama namun tidak dilaporkan media.
"Kereta rasmi menteri lain pun ada yang parkir di tempat yang tidak dibenarkan tetapi mengapa tidak dijadikan viral?
"Saya mohon agar media tidak mengamalkan sikap 'double standard' apabila menulis laporan berita," katanya.
Terdahulu, kereta Guan Eng jenis Mercedes Benz S300L dengan nombor pendaftaran PG1 sekali lagi dijadikan viral dan dikecam teruk dalam media sosial berikutan pemandunya meletakkan kereta itu bersebelahan pili bomba di Lebuh King.
Sebelum ini, kereta Guan Eng pernah menjadi viral di internet kerana diparkir di lorong basikal di hadapan Depoh Hin Bus di Jalan Gurdwa ~SH
Kereta Guan Eng jadi viral
sinarharian.com.my
Wartawan Sinar Harian
Kereta rasmi ketua menteri letak di parkir bersebelahan pili bomba di Lebuh King, semalam.
GEORGETOWN - Kereta rasmi Ketua Menteri, Lim Guan Eng jenis Mercedes Benz S300L dengan nombor pendaftaran PG1, sekali lagi menjadi viral dalam media sosial, semalam.
Pengguna laman Facebook mengecam tindakan pemandu kereta terbabit kerana ia diparkir bersebelahan pili bomba di Lebuh King.
Difahamkan, gambar yang dimuat naik itu dikongsikan ribuan pengguna laman sosial yang turut mengaitkan tindakan ketua menteri itu sebagai salah guna kuasa selaku ketua menteri.
Sebelum ini, kereta beliau pernah menjadi viral kerana diparkir di lorong basikal di hadapan Depoh Hin Bus di Jalan Gurdwara.
Tindakan itu turut dikecam hebat pengguna laman sosial dan didesak untuk dikenakan tindakan undang-undang.
a.. Nordin Kcd
Dulu DAP kecam BN kerana beli kerta mahal untuk menteri, sekarang DAP bukan saja beli kerta mahal ketua menteri mereka malah tidak mahu ikut peraturan jalanraya, macam ketua samseng pulak.
a.. Syed Munir · Top commenter · UTS: University of Technology, Sydney
memang ketua samseng pun...tgk nih (yg belah kanan tu.. di bawah tajuk latest videos "gangster behaviour") >>
http://stopthelies.my/?p=3867........
M Awi Kurnia
b.. MahL snagt ke kete tu.. mmber aku syrikat enterprises pon mampu pki la.. berckp mcm pelik snagt2.. mcm guan eng je yg mmpu pki.. gila mu ni
c.. Faizal Rcspecial · Top commenter · SMK Seri Kampar
Tu kereta free la.. tak tahu ke? BN tak pernah dapat mercedes free..
a.. Omar Mat Noor · Petaling Jaya, Malaysia
Ada org naik jet eksekutif kerajaan pusing dunia dgn belanja wang rakyat hang pa tak bising plak

jet eksekutif letak tepi pili bomba ke?...
b.. Timothy Boriul
better than guna duit rakyat utk bayar minyak jet..
c.. Haslina Mat Akhir · Top commenter · Sekolah menengah pekula jaya
Cantikkkkk.....sokong le abang LGE tu. hanya melayu yg boleh jatuhkan melayu. Cina tepok tangan le tengok melayu gadoh.....
a.. Kamaluddin Faisal · Works at MAS Awana Services Sdn Bhd
ITU sebab jangan cari salah orang aje.Kita pun ada masa tergelicir juga.Asek asek salah pemerintah terdahulu atau BN...tapi dirisediri tak terdisipilin.....cakap tak serupa bikin bah.
dracregime82 (signed in using yahoo)
a.. BOS ORANG BESAQ, DRIVER PON BERANI LA....CAM SIAL
zuldeli (signed in using yahoo)
a.. itu blum kluar kisah driver gi mabuk free lagi tu...
& itu pun jika ada la.. heheh !!
a.. Aziz Tubi · Top commenter · Ipoh, Perak
Yang komen xde otak coba perhati baik baik lokasi tersebut nampak x ada tali pita sekeliling ini bermakna tempat tersebut ada majlis dan pasti pemandu beliau ada di kawasan tersebut
a.. Warga Selangor · Top commenter · Rawang, Selangor
Ada parti ka x ada parti or driver ada sekitar atau x ada kat sekitar undang2 dan peraturan kena ikut..
a.. Anuar Mohd Zaman · Top commenter
Bukan ke yang parking tu adalah pemandu. Pemandu semestinya bukan lge. Sepatut desak lge supaya pecat pemandu..

Walau pun bkn LGE yg pandu tapi pemandu itu jg adalah yg ada lesen dan yg paling utama adalah penyokong DAPig..
b.. Anuar Mohd Zaman · Top commenter
Sb tu aku kata sound drebar.. tak paham ayat ke.. ke jenis blur mu nih
a.. Adat Resmi Padi · Top commenter · Sm ssaas
asal usul cina tongkang angkat najis..bila ade kuasa cikit dah tunjuk ego...
a.. Ramzi Ahmad · Top commenter
Tak baik berckp begitu...jika adat Resmi Padi seorg Islam..InsyAllah tuan tahu tentang sunnah Rasulullah..kecuali tuan bkn Islam..tentu sekali tuan tidak tahu...jika tuan seorg Islam mohon jd nama Islam
b.. Adam Neuser · Top commenter · Universiti Utara Malaysia
Cina tongkang pun skrg dah ramai jadi tokey. Anak melayu acah2 pendekar berlagak samseng x brtempat. Malu jugak aku. Org lain sibuk kejar ilmu tp anak bangsa aku makin mundur.
a.. Madya Aky · Top commenter · Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Driver dia berhenti sat belu cendol...x kan nak marah kot!!
a.. Hmk Hamdi · Top commenter · UUM
Parkir tempat tu adalah salah. Pemimpin PR tak dapat keistimewaan mcm pemimpin BN. Pemimpin BN boleh parkir depan main entrance and leave the car there bearing plate number 'Menteri'.
Dah eligible. No prob. Kalau salah, buat laporan SPRM. It is government's/official car. Masalahnya Menteri BN kereta kat rumah bukan main melaram the whole family. That is what we question.
a.. Penunu Bunsen · Top commenter · Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia
err.. bukan nak defend mana2. kalau kereta tu ketua menteri aau menteri besar ke, mesti ada tulisan title kat situ. mcm ni
https://scontent-sin.xx.fbcdn.net/hphotos-xfp1/t31.0-8/10996148_10152784737747672_8097379039676578772_o.jpg
a.. Yatie Hussein · Top commenter
backup jgn tak backup
b.. Penunu Bunsen · Top commenter · Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia
Yatie Hussein
bukan nak backup, mana2 kereta menteri yg pakai honda eh proton perdana pun sama.. je park merata2 hinga bottleneck nyusahkan rakyat marhein yg bayar roadtax dia dan diri sendiri ni jugak.
Kalau dah kereta rasmi, mmg kena ada perkataan menteri, ketua menteri, menteri besar, ahli parlimen etc etc.
so adakah kereta d atas tu benar2 no pletnya PG1 atau d photoshop?
waima dia tu non muslim pun, kalau dh memfitanh, kena cari kat padang mahsyar gak mohon ampun weei
c.. Mohd Hilmi Hassan · Top commenter · 138 followers
Saya setuju dgn saudara. Mungkin kita boleh semak semula. Berasas. Lepas semak kalau betul tu kenderaan rasmi kita hentam. Jika tidak benar, berlapang dada la kita. Tak kisah la siapa DAP ke, PAS ke BN ke...

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments:
Post a Comment