Tuesday, February 3, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4121

2 Messages

Digest #4121

Messages

Tue Feb 3, 2015 2:57 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


Awas 'Malware' Pada Telefon Pintar
bloglist-malaysia.blogspot
mimpi-senja.blogspot
by Stone525i
Oleh: NEVILLE SPYKERMAN
editor@mstar.com.my

PETALING JAYA: 'Malware' (virus) baharu yang menjangkiti dan mengunci data komputer sehingga wang tebusan yang dibayar boleh menjangkiti telefon pintar dengan mudah, CyberSecurity Malaysia memberi amaran.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr Amirudin Abdul Wahab berkata, pengguna telefon pintar harus berwaspada terhadap malware jenis 'Ransomware' itu.
"Pada bulan Januari sahaja, sebanyak empat kes Ransomware pada komputer telah dilaporkan kepada Pusat Bantuan Cyber999 kami," katanya.
Dr Amirudin berkata insiden itu membabitkan dua syarikat dan dua pengguna individu.

Sebagai perbandingan, terdapat tiga kes pada tahun lepas, dan hanya dua kes pada 2013.
"Sehingga kini, CyberSecurity Malaysia tidak menerima sebarang laporan kes telefon pintar yang dijangkiti Ransomware tetapi mencegah lebih baik daripada mengubati," katanya dalam satu temu bual.
Beliau berkata antara cara yang boleh menyebabkan komputer dan telefon bimbit dijangkiti 'malware' tersebut adalah melalui lampiran e-mel yang mengandungi 'malware' di mana ia akan dimuatnaik dengan sendirinya.
Satu mesej pop-up pada skrin akan menyatakan bahawa komputer telah dikunci dan semua fail disulitkan, selain bayaran 'penalti' sebanyak AS$100 (RM363) dikenakan kerana melawat 'laman web secara tidak sah'.

Berikutan kejadian tersebut, CyberSecurity mengeluarkan nasihat kepada semua pengguna internet, termasuk pertubuhan-pertubuhan, berhubung ancaman yang mungkin dihadapi.

Dr Amirudin berkata mangsa tidak perlu mengikut arahan pembayaran sebaliknya menghubungi Cyber999 untuk bantuan.

"Selain daripada membantu mangsa, laporan itu juga akan memberikan maklumat penting yang akan membolehkan kita untuk lebih menangani atau mengurangkan masalah ini," katanya.

Beliau berkata, pengguna internet perlu mempunyai perisian anti-virus yang terkini dan tidak meng'klik' pada pautan web yang tidak diminta di dalam e-mel.

Dr Amirudin turut menasihati pengguna untuk sering membuat 'fail sokongan' untuk maklumat penting bagi menghadkan kesan kehilangan data atau sistem dan untuk membantu mempercepatkan proses carian.

Soalan atau laporan boleh dihantar kepada cyber999@cybersecurity.my atau mycert@mycert.org.my atau telefon 1-300-88-2999 (waktu perniagaan) atau +6019 2665850.

Tue Feb 3, 2015 2:57 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Inilah Wajah Ayu Nursyuhada Yang Maut Dikelar Teman Lelaki
telokbakong.blogspot
greenboc.blogspot.
Posted by Green Boc

Taiping : Masalah hubungan cinta dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang maut dalam keadaan menyedihkan apabila lehernya dipercayai dikelar oleh teman lelakinya hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari di Kilometer 228.2, Le­buh Raya Utara Selatan dekat Bukit Gantang di sini, mangsa, Nursyuhada Johari, 20, disahkan meninggal dunia selepas dua jam bertarung nyawa ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Kangsar.

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Ismail Che Isa berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dan teman lelakinya berusia 25 tahun, menaiki kereta jenis Proton Perdana menghala arah selatan.

Menurut beliau, sebelum kejadian, terdapat saksi melihat pasangan tersebut bertengkar di dalam kenderaan berkenaan sebelum kereta itu berhenti.

"Saksi kemudiannya melihat seorang perempuan keluar dari tempat duduk pemandu dan terjatuh ke atas lebuh raya. Seorang penumpang lelaki kemudian keluar dan cuba menarik gadis terbabit ke kiri jalan.

"Kejadian itu menarik perhatian pengguna lebuh raya lain yang turut berhenti untuk membantu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ismail memberitahu, selepas menarik mangsa, lelaki berkenaan mela­rikan diri ke hutan berhampiran, namun datang semula ke lokasi kejadian untuk mengambil telefon bimbitnya yang tertinggal di dalam kereta.

Ujarnya, orang ramai yang menyedari kejadian itu bertindak memberkas suspek dan menyerahkannya kepada polis.

Tambahnya, punca sebenar mangsa dikelar masih dalam siasatan dan pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian berpunca daripada masalah percintaan.

"Pemeriksaan di tempat kejadian menemukan sebilah pisau lipat yang dipercayai dibuang oleh suspek di bawah bukit di tepi lebuh raya berkenaan.

"Kita masih menunggu laporan bedah siasat," katanya yang turut mengesahkan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Ke­seksaan.

Sementara itu menurut saksi kejadian yang merupakan ejen insurans, dia mendengar suspek berkata 'tak mampus lagi ke?' selepas ternampak seorang perempuan keluar dari tempat pemandu kereta Proton Perdana di lorong kiri lebuh raya,

Katanya, selepas itu dia melihat seorang lelaki keluar dari kereta dan menarik mangsa ke tepi besi penghadang lalu melarikan diri ke dalam hutan berhampiran.

"Lelaki itu kemudiannya kembali ke tempat kejadian dan mengambil telefon bimbit di dalam kereta.

"Suspek menelefon seseorang sambil meminta maaf dengan berkata dia telah buat silap.

"Dia kemudian melihat mangsa sambil berkata: "Dia belum mampus ke?," katanya.

Suspek dipercayai menghubungi ahli keluarganya dan memberitahu perbuatannya itu.

Menurut saksi itu lagi, lelaki tersebut kemudian cuba melarikan diri ke dalam hutan semula tetapi berjaya diberkas oleh orang ramai. Af-fatihah. -c2sini

ULASAN GB

Al-fatihah.....

Astaghfirullah... Apabila nafsu dikuasai syaitan... maka segala-galanya sudah menjadi hitam pekat... hilang pertimbangan akal yang waras sehingga sanggup melakukan apa saja hatta pembunuhan ...

Semuga polis dapat melakukan siasatan yang rapi dan semuga kebenaran terbongkar. Yang melakukan perlu bertanggungjawab untuk menerima hukuman.

Dan menjadi pengajaran untuk gadis-gadis lain untuk tidak bersama dengan mana-mana lelaki walaupun sedang dilamun percintaan sekalipun dan bersama lelaki yang zahirnya tampak alim sekalipun kerana syaitan itu sentiasa mengintai dan mencari peluang untuk memusnahkan kehidupan manusia. Bukankah Islam sudah lama mengajar kita bab itu?

comments:

Anonymous said...
Al fatihah

Selain dari lelaki itu jujur sebab benar benar cinta pada si gadis cari lah juga lelaki yang pandai memujuk atau yang tidak suka mendesak

Bila di hujung perhubungan elakkan lah naik kereta dengan lelaki jenis macam ni Pada pandangan saya arwah di bawa ke tempat lain secara paksa

Semuga Allah menukarkan kasih sayang yang di tolak nya dengan memberi kasih sayang dari Nya

Cerita Sebenar Remaja Perempuan Yang Mati Dikelar Leher
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

Mangsa seorang remaja perempuan, yang juga pelajar tahun satu Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Nur Syuhada Johari, telah disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar kira-kira jam 2 petang tadi selepas dia dipercayai dikelar di bahagian leher dipercayai teman lelakinya dalam kejadian di Kilometer 228.2 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan di Bukit Gantang.

Seorang saksi, Md Ikhbal Ahmad berkata, dalam kejadian jam 11.55 pagi itu, dia yang dalam perjalanan dari Pokok Assam ke Ipoh telah melihat sebuah kereta jenis Proton Perdana warna hitam diletakkan di bahu jalan lebuh raya.

Menurutnya, kelihatan seorang perempuan telah keluar dari kereta terbabit melalui pintu pemandu dan kemudian jatuh ke jalan.

Dalam masa yang sama, kelihatan seorang lelaki turut keluar dari kereta berkenaan dan menarik mangsa ke bahagian tepi besi penghadang jalan.

Namun selepas itu, lelaki berkenaan bertindak melarikan diri dan masuk ke hutan, katanya.

Tambahnya, dia kemudian memberhentikan motosikal ditunggang dan melihat ramai orang awam turut berhenti menyaksikan kejadian terbabit.

Ketika itu, kelihatan terdapat kesan leher mangsa telah dikelar dan tidak lama selepas itu kelihatan lelaki berkenaan muncul semula dan terus membuka pintu kereta dan mengambil sebuah telefon bimbit.

Kedengaran lelaki berkenaan telah menelefon seseorang dan berkata, minta maaf dan dia telah buat silap katanya.

Mengulas lanjut, saksi berkenaan berkata, dia juga agak terkejut selepas mendengar lelaki berkenaan mengeluarkan kata-kata Dia tak mampus lagi ke?

Orang ramai yang berada di tempat kejadian juga mula curiga dengan lelaki berkenaan dan bertindak memukulnya lalu menyerahkannya kepada polis peronda yang sampai di tempat kejadian, katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Ismail Che Isa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit.

Siasatan awal mendapati suspek berusia 25 tahun itu disyaki mempunyai masalah mental dan telah berkawan dengan mangsa.

Dalam masa yang sama, polis turut menjumpai sebilah pisau lipat yang dibuang mangsa di bawah bukit tepi lebuh raya.

Suspek telahpun ditangkap dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya.

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: