5 Messages
Digest #4231
Messages
Thu Jun 18, 2015 10:12 pm (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Kali Pertama Satu Dunia Mula Puasa Serentak
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net
LONDON – Buat julung kali dalam sejarah, umat Islam di seluruh dunia akan mula berpuasa wajib Ramadan 1436 Hijrah secara serentak pada Khamis, lapor portal berita antarabangsa, International Business Times lewat Selasa.
Pihak berkuasa hal ehwal agama Islam di benua Eropah, Amerika, Afrika, Australia dan Asia sepakat bersetuju menetapkan tarikh 1 Ramadan jatuh pada 18 Jun 2015 sekali gus, bulan Syaaban genap 30 hari pada Rabu.
Seorang saintis pakar astronomi global, Rohan Roberts memberitahu akhbar tempatan Gulf News di Dubai, UAE bahawa anak bulan Ramadan hanya dapat dilihat secara jelas di u***** kaki langit pada lewat petang 17 Jun.
"Kira-kira tiga peratus daripada pembentukan bulan baharu dapat disaksikan di u***** barat pukul 7.54 petang di UAE pada Rabu ini, dan ini bermakna hari pertama Ramadan jatuh pada 18 Jun," jelas penyelidik sains falak itu.
Beliau turut menjangkakan Aidilfitri bakal jatuh di seluruh dunia pada 17 Julai susulan anak bulan Syawal diramal hanya dapat dilihat dengan jelas menjelang pukul 7.21 malam waktu UAE pada lewat senja 16 Julai depan.
Dalam pada itu, keadaan yang sama turut berlaku di majoriti negara Islam di Asia dan Afrika selain benua Eropah, Amerika dan Australia apabila saintis astronomi mendakwa anak bulan Ramadan sukar dilihat pada 16 Jun.
Kebanyakan negara bukan Islam berpandukan kepada tarikh ditetapkan kerajaan Arab Saudi dan ada merujuk data saintifik pengiraan kedudukan anak bulan dikeluarkan balai cerapan markas tentera laut Amerika Syarikat.
Di United Kingdom, yang menjadi pusat tanda aras rujukan umat Islam di seluruh Eropah, badan hal ehwal Muslim Britain menetapkan puasa bermula 18 Jun dan Ramadan tahun ini dijangka genap penuh 30 hari.
Sementara itu, Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei dilaporkan bersetuju tarikh permulaan puasa ialah 18 Jun setelah mendapati anak bulan pada 16 Jun gagal memenuhi kriteria dipersetujui bersama empat negara itu.
Jiran mereka, Thailand dan Filipina turut menetapkan tarikh rasmi 1 Ramadan bermula pada Khamis ini sebagai panduan kepada umat Islam yang menjadi penduduk minoriti di dua negara rantau Asia tenggara berkenaan.
Media di Indonesia pula melaporkan, buat kali pertama tahun ini semua organisasi Islam di republik itu yang sering bertelagah selama ini akhirnya bersepakat menerima hanya satu tarikh seragam permulaan Ramadan.
Berita gembira itu diumumkan Menteri Agama Republik Indonesia, Lukman Hakim Saifuddin di Jakarta selain disahkan menerusi pemantauan 36 petugas stesen rukyah di seluruh negara. – Agensi/Mynewshub/HAA
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.
LONDON – Buat julung kali dalam sejarah, umat Islam di seluruh dunia akan mula berpuasa wajib Ramadan 1436 Hijrah secara serentak pada Khamis, lapor portal berita antarabangsa, International Business Times lewat Selasa.
Pihak berkuasa hal ehwal agama Islam di benua Eropah, Amerika, Afrika, Australia dan Asia sepakat bersetuju menetapkan tarikh 1 Ramadan jatuh pada 18 Jun 2015 sekali gus, bulan Syaaban genap 30 hari pada Rabu.
Seorang saintis pakar astronomi global, Rohan Roberts memberitahu akhbar tempatan Gulf News di Dubai, UAE bahawa anak bulan Ramadan hanya dapat dilihat secara jelas di u***** kaki langit pada lewat petang 17 Jun.
"Kira-kira tiga peratus daripada pembentukan bulan baharu dapat disaksikan di u***** barat pukul 7.54 petang di UAE pada Rabu ini, dan ini bermakna hari pertama Ramadan jatuh pada 18 Jun," jelas penyelidik sains falak itu.
Beliau turut menjangkakan Aidilfitri bakal jatuh di seluruh dunia pada 17 Julai susulan anak bulan Syawal diramal hanya dapat dilihat dengan jelas menjelang pukul 7.21 malam waktu UAE pada lewat senja 16 Julai depan.
Dalam pada itu, keadaan yang sama turut berlaku di majoriti negara Islam di Asia dan Afrika selain benua Eropah, Amerika dan Australia apabila saintis astronomi mendakwa anak bulan Ramadan sukar dilihat pada 16 Jun.
Kebanyakan negara bukan Islam berpandukan kepada tarikh ditetapkan kerajaan Arab Saudi dan ada merujuk data saintifik pengiraan kedudukan anak bulan dikeluarkan balai cerapan markas tentera laut Amerika Syarikat.
Di United Kingdom, yang menjadi pusat tanda aras rujukan umat Islam di seluruh Eropah, badan hal ehwal Muslim Britain menetapkan puasa bermula 18 Jun dan Ramadan tahun ini dijangka genap penuh 30 hari.
Sementara itu, Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei dilaporkan bersetuju tarikh permulaan puasa ialah 18 Jun setelah mendapati anak bulan pada 16 Jun gagal memenuhi kriteria dipersetujui bersama empat negara itu.
Jiran mereka, Thailand dan Filipina turut menetapkan tarikh rasmi 1 Ramadan bermula pada Khamis ini sebagai panduan kepada umat Islam yang menjadi penduduk minoriti di dua negara rantau Asia tenggara berkenaan.
Media di Indonesia pula melaporkan, buat kali pertama tahun ini semua organisasi Islam di republik itu yang sering bertelagah selama ini akhirnya bersepakat menerima hanya satu tarikh seragam permulaan Ramadan.
Berita gembira itu diumumkan Menteri Agama Republik Indonesia, Lukman Hakim Saifuddin di Jakarta selain disahkan menerusi pemantauan 36 petugas stesen rukyah di seluruh negara. – Agensi/Mynewshub/
Thu Jun 18, 2015 10:13 pm (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
PENCULIK YANG CUBA MENCULIK GADIS 15 TAHUN BERJAYA DICEKUP
Posted by OMAK KAU!!!!
WANGSA MAJU - Seorang gadis berusia 15 tahun hampir menjadi mangsa culik dua orang lelaki Melayu dalam kejadian hari ini.
Dalam kejadian yang berlaku di flat PPR Wangsa Sari, pelajar perempuan tingkatan tiga itu nyaris menjadi mangsa culik di depan rumahnya sendiri.
Difahamkan, dua suspek sudah merancang penculikan itu dan telah mengekori mangsa menggunakan motosikal.
Mangsa yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya itu kemudian naik ke tingkat 5 kediamannya diekori oleh salah seorang suspek.
Apabila tiba di depan rumah, suspek menarik rambut mangsa dan cuba menutup mulutnya. Namun mangsa sempit menjerit dan memanggil bapanya sebelum suspek melarikan mangsa.
Ekoran jeritan itu, bapa mangsa dan beberapa jiran yang menyaksikan kejadian itu segera mengejar suspek sehingga ke sungai di belakang rumah.
Salah seorang suspek berjaya ditangkap, manakala seorang lagi suspek berjaya meloloskan diri.

Thu Jun 18, 2015 10:15 pm (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Nahas Kereta , Bongkar Suami Kahwin Lain
telokbakong.blogspot
kachipemas.blogspot
Posted by Abu Luqman
NAHAS BONGKAR SUAMI KAHWIN LAIN
KOTA TINGGI - Seorang isteri yang kini hamil 4 bulan, terkejut menerima berita buruk yang suaminya maut bersama dengan isteri baru dan ibu mertuanya dalam kemalangan.
Abdullah Suhaime Abd Rahman, 30, pembantu juru X-Ray di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru dan isteri barunya, Rohayu Abas, 29, jururawat HSA serta ibu mertuanya, Rokiah ABu Bakar, 52, maut serta merta di lokasi kejadian selepas kemalangan.
Difahamkan, Suhaime baru sahaja bernikah dengan Rohayu beberapa hari yang lalu.
Kemalangan itu dilaporkan berpunca dari kereta Ford Fiesta yang dipandu oleh Rohayu dari arah Mersing dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengn lori pasir tanpa muatan di Kilometer 42.2, Jalan Johor Bahru-Mersing, berhampiran dengan stesen minyak di Batu 1 Jalan Mawai pada jam 5 pagi.
Pemandu lori itu bagaimanapun hanya mengalami kecederaan di bahagian mata dan kini dirawat di Hospital Kota Tinggi (HKT).
Farah Fadila Faizal, 27, isteri pertama mangsa hanya mengetahui kejadian itu daripada rakan WhatsaApp sebelum diberitahu oleh pihak polis.
Farah telah mendirikan rumah tangga dengan Suhaime selama dua tahun yang kini sudah hamil empat bulan terkejut menerima berita itu.
"Ahad lalu, suami ada beritahu saya dia hendak pergi kursus beberapa hari. Saya ada menghantar sms mengadu kaki saya sakit ketika dia sedang berkursus. Tetapi mesej saya langsung tidak dibalas. Saya tidak tahu ibu mertua dan wanita itu ada bersama dengannya sehingga menerima berita tentang kemalangan itu," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM
----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Wednesday, June 17, 2015 11:56 PM
Subject: Fw: Tiga Maut Kemalangan Babitkan Ford Fiesta & Lori
Tiga Maut Kemalangan Babitkan Ford Fiesta & Lori
siakapkeli.my
KOTA TINGGI: Tiga orang maut dalam satu kemalangan yang membabitkan sebuah kereta Ford Fiesta dan Lori di Kilometer 42.2 jalan Johor Baru-Mersing disini sekitar jam 5 pagi tadi.
Ketiga-tiga mangsa tersebut, Rohaya Abas, 29, Suhaime Abd Rahman Abdullah, 30, dan Rokiah Abu Bakar 52, tinggal di Kampung Baru Sri Aman di sini.
Ketiga-tiga mangsa maut di tempah kejadian ketika kemalangan.
Pemandu lori yang terbabit, 23, mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Kota Tinggit untuk rawatan.
Menurut sumber pihak polis, siasatan awal mendapati kereta berkenaan telah memasuki jalan di arah bertentangan dan sebelum terlibat kemalangan dengan sebuah lori dari arah bertentangan. - Siakapkeli.my
telokbakong.
kachipemas.blogspot
Posted by Abu Luqman
NAHAS BONGKAR SUAMI KAHWIN LAIN
KOTA TINGGI - Seorang isteri yang kini hamil 4 bulan, terkejut menerima berita buruk yang suaminya maut bersama dengan isteri baru dan ibu mertuanya dalam kemalangan.
Abdullah Suhaime Abd Rahman, 30, pembantu juru X-Ray di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru dan isteri barunya, Rohayu Abas, 29, jururawat HSA serta ibu mertuanya, Rokiah ABu Bakar, 52, maut serta merta di lokasi kejadian selepas kemalangan.
Difahamkan, Suhaime baru sahaja bernikah dengan Rohayu beberapa hari yang lalu.
Kemalangan itu dilaporkan berpunca dari kereta Ford Fiesta yang dipandu oleh Rohayu dari arah Mersing dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengn lori pasir tanpa muatan di Kilometer 42.2, Jalan Johor Bahru-Mersing, berhampiran dengan stesen minyak di Batu 1 Jalan Mawai pada jam 5 pagi.
Pemandu lori itu bagaimanapun hanya mengalami kecederaan di bahagian mata dan kini dirawat di Hospital Kota Tinggi (HKT).
Farah Fadila Faizal, 27, isteri pertama mangsa hanya mengetahui kejadian itu daripada rakan WhatsaApp sebelum diberitahu oleh pihak polis.
Farah telah mendirikan rumah tangga dengan Suhaime selama dua tahun yang kini sudah hamil empat bulan terkejut menerima berita itu.
"Ahad lalu, suami ada beritahu saya dia hendak pergi kursus beberapa hari. Saya ada menghantar sms mengadu kaki saya sakit ketika dia sedang berkursus. Tetapi mesej saya langsung tidak dibalas. Saya tidak tahu ibu mertua dan wanita itu ada bersama dengannya sehingga menerima berita tentang kemalangan itu," katanya. - THEHYPEMEDIA.
----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:
To:
Sent: Wednesday, June 17, 2015 11:56 PM
Subject: Fw: Tiga Maut Kemalangan Babitkan Ford Fiesta & Lori
Tiga Maut Kemalangan Babitkan Ford Fiesta & Lori
siakapkeli.my
KOTA TINGGI: Tiga orang maut dalam satu kemalangan yang membabitkan sebuah kereta Ford Fiesta dan Lori di Kilometer 42.2 jalan Johor Baru-Mersing disini sekitar jam 5 pagi tadi.
Ketiga-tiga mangsa tersebut, Rohaya Abas, 29, Suhaime Abd Rahman Abdullah, 30, dan Rokiah Abu Bakar 52, tinggal di Kampung Baru Sri Aman di sini.
Ketiga-tiga mangsa maut di tempah kejadian ketika kemalangan.
Pemandu lori yang terbabit, 23, mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Kota Tinggit untuk rawatan.
Menurut sumber pihak polis, siasatan awal mendapati kereta berkenaan telah memasuki jalan di arah bertentangan dan sebelum terlibat kemalangan dengan sebuah lori dari arah bertentangan. - Siakapkeli.my
Thu Jun 18, 2015 10:15 pm (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
133 soal jawab tentang Ramadan dan Aidilfitri
telokbakong.blogspot
milosuam.blogspot
.
1.Batal tak puasa kalau pakai earphone kat lubang telinga?
Tak batal
2.Apakah hukum bermain mercun di bulan puasa?
Yang tak berbahaya makruh sebab bakar duit. Yang berbahaya haram.
3.Apakah hukum kita berhias diri pada hari raya?
Sunat berhias diri pada hari raya.
4.Apakah hukum pasang pelita kat halaman rumah pada 10 hari terakhir?
Kalau nak cerahkan halaman rumah, harus. Kalau raikan 10 malam terakhir atau malam raya, bida'ah.
5.Sah tak puasa ganti Ramadhan kalau niat tidak dikhususkan?
Kena tentukan dalam niat puasa ganti Ramadhan.
6.Hadith berkenaan 10 malam pertama Ramadhan adalah rahmat, 10 malam pertengahan adalah maghfirah dah 10 malam terakhir adalah pembebasan dari neraka itu sahih ke tidak?
Dhaif, boleh amal dan boleh sebarkan.
7.Macam mana kalau suka gigit kuku di bulan puasa?
Batal jika ditelan kuku itu selepas digigit.
8.Apa hukumnya masih makan waktu azan Subuh berkumandang.
Batal puasa.
9.Kalau menangis batal tak puasa?
Tak batal walaupun sebulan menangis.
10.Boleh tak suami ganti puasa isteri yang tak sihat?
Tak boleh ganti puasa orang yang masih hidup.
11.Kalau orang hilang akal tak puasa macam mana?
Hilang akal bukan lagi dikira mukallaf. Jadi tak wajib puasa.
12.Solat terawih kat surau atau masjid, mana lagi afdhal?
Masjid.
13.Terjeluak makanan dari dalam perut ketika gosok gigi. Adakah dikira muntah dengan sengaja?
Tak batal. Yang batal usaha supaya terjeluak bukan dengan gosok gigi tapi dengan cara kebiasaan yang dibuat orang supaya muntah.
14.Kenapa kita sambut nuzul Quran pada 17 Ramadhan? Bukankah al-Quran diturunkan pada malam Lailatul Qadar dan malam Lailatul Qadar itu ada dalam 10 malam terakhir Ramadhan?
Lailatul Qadar turun pada mana-mana malam dalam bulan Ramadhan. 10 malam terakhir bukan syarat tetapi adat kebiasaan sahaja. Boleh berlaku juga pada malam yang lain.
15.Tak apa ke kalau kita asyik teringat perempuan yang kita sukai di bulan Ramadhan?
Tak berdosa tapi tak dapat pahala. Baik ingat Allah banyak-banyak. Dapat pahala.
16.Apa yang boleh perempuan yang datang haid lakukan untuk buat Qiamullail?
Berzikir, istighfar, selawat dan berdoa.
17.Boleh tak perempuan yang datang haid tak makan dan minum di bulan puasa?
Boleh, tapi tak boleh niat mengerjakan puasa.
18.Apakah hukum solat sunat terawih dengan 4 rakaat 1 salam?
Sah, tapi menyalahi yang lebih utama?
19.Batal tak puasa jika letak ubat mata (EYEMO) dan ubat mengalir ke tekak hingga rasa pahit di tekak?
Batal jika ubat sampai ke lidah kemudian ditelan. Setakat pahit di tekak sahaja, tidak membatalkan.
20.Batal tak puasa kalau keluar darah yang banyak kerana kemalangan?
Tak batal keluar darah luka melainkan darah haid dan nifas.
21.Batal tak puasa jika telan air liur basi yang banyak dengan sengaja di siang hari?
Batal telan yang basi. Yang tak basi tak batal sebab yang basi dari dalam perut.
22.Puasa enam dapat dikira sebagai puasa ganti atau tidak?
Kena niat puasa ganti baru dikira.
23.Apakah hukum bersiwak di bulan puasa?
Bersiwak ertinya membersihkan gigi dengan alat bukan dengan air manakala yang dimakruhkan berlebihan adalah ialah membersihkan mulut dengan air.
24.Apakah hukum berselawat di antara solat terawih?
Harus dan dapat pahala.
25.Mimpi keluar air mani di bulan puasa batal tak puasa?
Tidak ada mimpi yang membatalkan puasa.
26.Batal tak puasa jika pakai ubat ulser mulut ketika puasa?
Tertelan tak batal. Sengaja telan membatalkan puasa.
27.Saya ada tabiat suka meludah. Sah ke puasa saya?
Makruh suka meludah ketika berpuasa. Harus telan sahaja air liur tu.
28.Kenapa hisap rokok boleh batal puasa? Sedangkan hidu asap kereta boleh.
Hisap rokok masuk nikotin dalam kerongkong. Sebab itu kalau orang tidak merokok tapi kena asap rokok tak membatalkan puasa kerana tak masuk nikotin melepasi kerongkongnya. Begitu juga dengan asap kereta, batal puasa kalau seorang itu hisap dengan cara lekatkan mulut pada ekzos kereta dan hisap.
29.Berapa rakaat paling sedikit untuk solat terawih?
Paling sedikit 8 rakaat.
30.Korek hidung semasa puasa, batal tak puasa?
Tak batal.
31.Hidu minyak cap kapak ketika puasa, batal ke tidak?
Tak batal.
32.Saya mengandung dan tidak boleh berpuasa kerana muntah-muntah serta pening jika berpuasa. Adakah saya kena bayar fidyah atau saya kena qadha puasa sahaja?
Qadha puasa sahaja.
33.Betulkah pahala solat terawih tidak dikira jika tak buat solat witir dipenghujung?
Tak betul. Masing-masing adalah sunat yang tersendiri. Buat satu dapat satu.
34.Apakah kurang pahala puasa jika dihebah-hebahkan jenis-jenis makanan yang hendak dimakan sewaktu berbuka di 'wall' Facebook?
Makruh kempen makan sedap-sedap dan lazat di bulan puasa.
35.Apakah hukum berpuasa di hari Jumaat, Sabtu dan Ahad?
Tidak haram puasa pada hari tersebut. Cuma Rasulullah SAW suka kita puasakan Jumaat dengan Sabtu atau Khamis dengan Jumaat atau Isnin dengan Khamis.
36.Betulkah kalau puasa hari Jumaat kena puasa juga hari Sabtu?
Sunat tambah hari Sabtu atau Khamis. Kalau puasa hari Jumaat sahaja kurang afdhal tetapi sah.
37.Apakah hukumnya seorang tua menggunakan dan memasukkan gigi palsu ketika berpuasa?
Tak batal melainkan ditelannya baru batal.
38.Terjun dan berenang di dalam air, adakah perlu mengqadha puasa?
Wajib qadha bila memang masuk air dalam batin rongga yang terbuka. Sekadar masuk dalam telinga dan mulut atau hidung yang bukan batin, tidak membatalkan puasa.
39.Betulkah puasa sunat tak boleh dibuat selagi tak ganti puasa fardhu?
Boleh buat.
40.Qiamullail boleh dilakukan secara berjemaah?
Boleh.
41.Apakah hukum gosok gigi masa tengah hari ketika bulan puasa?
Makruh mengikut pendapat yang muktamad selepas waktu zuhur. Harus sampai bila-bila pun menurut pendapat Imam Nawawi r.a.
42.Kalau air masuk dalam telinga masa mandi, kadang-kadang nak keluarkan air itu kena masukkan air ke dalam telinga semula. Adakah batal puasa?
Jika masukkan air ke dalam telinga itu sampai ke batin baru batal puasa. Cara yang mudah ialah melekapkan jari ke lubang udara dengan cara menekankan dengan kuat jangan bagi udara masuk kemudian lepas. Air dari dalam akan turut keluar. Buat macam nak 'pump' sinki yang tersumbat tu..
43.Betulkah nabi SAW tidak pernah berbuka puasa di rumah, hanya di masjid?
Nabi SAW ada juga berbuka dengan isteri-isterinya di rumah.
44.Secebis makanan tersangkut di antara halkum. Adakah patut membuangnya atau menelan?
Bila berada di tengah antara zahir dan batin, boleh telan dan boleh buang.
45.Apakah hukum perempuan memakan pil penahan haid dalam bulan Ramadhan kerana tidak mahu meninggalkan puasa?
Makruh.
46.Apakah hukum berdoa "Ya Allah Ya Tuhanku, biar lah bulan ini tak datang haid supaya boleh puasa penuh"?
Makruh doa macam itu sebab isteri-isteri Nabi SAW tak pernah doa macam tu.
47.Adakah benar jika meninggal dalam bulan puasa akan terlepas azab kubur selama setahun?
tidak benar.
48.Boleh tak saya kumpulkan sekali denda fidyah yang tahun-tahun lepas, beri kepada masjid dan orang miskin?
Wajib bayar denda bila saja mampu. Boleh bayar denda asing-asing atau disekalikan untuk satu golongan penerima. Tak sah denda diberi kepada masjid. Wajib kepada faqir dan miskin sahaja.
49.Apakah hukum berbuka puasa bersama pakwe/makwe?
Sah, tetapi berkurang pahala sekadar mana saling melihat atau berbual.
50.Apakah hukum mandi dekat dengan waktu berbuka puasa?
Harus, dan jika berlebihan jirus jadi makruh.
51.Apakah hukum suami isteri bermanja-manja ketika berpuasa?
Nabi SAW harus manakala kita makruh. Jika keluar mani jadi haram.
52.Zakat Fitrah sepatutnya dikeluarkan di mukim kita tinggal atau mukim kita bekerja?
Tempat kita bekerja.
53.Antara waktu berbuka dan waktu bersahur, yang mana banyak kelebihan?
Berbuka.
54.Seorang tinggalkan puasa tahun dulu-dulu, dalam 50 hari. Tahun lepas dia dah ganti 20 hari, tapi tak sempat bayar fidyah. Tahun ini dia kena ganti 50 hari juga atau 30 hari sahaja? Bayar fidyah adakah perlu digandakan?
Puasa yang sudah diqadha tidak lagi berganda fidyahnya. Bilangan fidyah hanya mengikut bilangan baki yang belum diqadha sahaja.
55.Korek telinga dengan putik kapas hingga ke gegendang telinga, makruh tak?
Jangan sampai ke gegendang kerana ada pendapat yang mengatakan batin rongga telinga bermula pada gegendang telinga manakala ulamak-ulamak lain mengatakan belakang gegendang dekat otak baru membatalkan.
56.Seorang tua dinasihati doktor supaya kerap minum air. Si tua ini juga sesak nafas jika puasa. Macam mana?
Kalau memang benar tak minum air boleh jadi sesak nafas, harus berbuka dan wajib qadha apabila hilang penyakit. Kalau penyakit yang tiada sembuh lagi pada adatnya tak wajib qadha hanya wajib bayar fidyah.
57.Kita sedang puasa sunat, tetapi ada orang jemput menghadiri undangan ke rumahnya. Mana lagi afdhal?
Afdhal puasa kerana menghadiri jemputan tidak disyaratkan makan jamuan di situ. Jika kita makan dia juga gembira, afdhal makan.
58.Terdetik hati untuk niat puasa lepas isyak, tetapi terlupa. Jadi ke tidak niat puasa itu?
Kalau ada dalam hati nak berniat puasa qadha lepas isyak dikira sah kerana niat nak berniat lepas isyak sudah terkandung di dalamnya nak puasa qadha esok. Dengan syarat masa niat itu sudah malam.
59.Jika tak tunai solat fardhu, adakah sia-sia amalan solat terawih?
Amalan sunat tergantung jika tak buat yang wajib.
60.Keadaan yang macam mana, tidak berpuasa, tetapi tidak boleh makan dan minum?
-Orang yang batal puasanya bukan sebab haid seperti orang yang telah memasukkan air sampai ke batin telinganya.
-Orang yang sengaja tidak berniat ataupun lupa niat pada malamnya.
-Orang yang tidak mahu berpuasa tanpa uzur.
61.Adakah hadis berkenaan ganjaran solat terawih itu sohih? Boleh tak disebarkan hadis itu untuk tujuan menarik orang untuk menunaikan solat terawih?
Hadith tersebut ada dua pendapat. Pendapat pertama mengatakan ia palsu. Ini yang paling banyak di sisi ulamak. Oleh itu, sebaiknya jangan disebarkan.
62.Adakah batal puasa jika telan kahak yang keluar dari dalam anak tekak?
Batal telan kahak dari dalam tekak.
63.Berapakah bilangan sebenar solat terawih? 8 rakaat atau 20 rakaat? Yang manakah lebih afdhal?
Lebih banyak rakaat lebih afdhal.
64.Apa sunnah Nabi SAW makan berbuka?
Kurma dan air.
65.Jika kita mandi wajib selepas subuh, bolehkah kita berpuasa pada hari tersebut?
Sah puasa dalam keadaan junub.
66.Selepas habis waktu sahur, disebabkan perut kosong, angin dari perut naik balik ke tekak bersama minuman dan makanan. Macam mana? Puasa masih sah?
Kalau naik balik tak melepasi kerongkong, tak batal kalau makanan/minuman masuk semula.
67.Seorang kawan kerja syif malam. Balik kerja, dia tidur sampai tengah hari. Apakah hukum puasa dia?
Tidak batal puasa dan tidak makruh kerana berkerja syif malam. Jika tidur sepanjang hari, makruh hukumnya.
68.Saya ada seorang kawan muallaf. Dia berpuasa tetapi di badan dia ada 'tattoo' dan lidah bertindik. Adakah puasa dia sah?
Jika 'tattoo'-nya dalam masa Islam dan menghalang sahnya wuduk dan mandi hadas, puasanya tidak diterima sebab solatnya tidak sah. Jika 'tattoo' itu dibuat dalam masa kafir, tak wajib buang dan sah solatnya.
69.Tahun ini kita kurang sebulan berpuasa, jadi hari raya pertama boleh tak puasa?
Perkataan yang mengatakan puasa 29 hari tak cukup itu bukan perkataan ulamak. Dalam Islam puasa Ramadhan berkisar antara 29 dan 30 hari.
70.Adakah sah puasa orang yang berpuasa pergi beli juadah berbuka dengan mendedahkan aurat?
Sah. Tetapi berdosa kerana buat maksiat. Melakukan dosa ketika puasa menafikan hikmah puasa yang mahu kita jadi orang bertakwa.
71.Inhaler untuk orang selsema, adakah batal puasa jika digunakan?
Jika dihisap dengan kuat boleh membatalkan sebab masuk air ubat ke dalam kerongkong. Kalau disedut perlahan, makruh hukumnya kerana hanya udara yang masuk ke dalam kerongkong.
72.Mana lebih baik, niat puasa sebulan atau setiap malam sebelum imsak? Adakah batal jika niat di siang hari?
Aku berniat mengerjakan puasa Ramadhan tahun ini sebulan kerana Allah s.w.t. Tak batal puasa dengan sebab niat di siang hari.
73.Apakah hukum ke bazar Ramadhan apabila bazar itu dihadiri oleh wanita-wanita berpakaian seksi?
Bazar tersebut dikiaskan dengan pasar yang mana Nabi SAW menyuruh siapa yang pergi hendaklah menjaga pandangan. Sengaja melihat aurat hukumnya adalah haram sama ada kita peniaga atau pembeli.
74.Boleh tak saya ajak kawan-kawan saya dari Jepun (bukan Islam) yang buat dokumentari pasal Ramadhan berbuka di masjid?
Boleh dan wajib minta kebenaran ahli jawatankuasa masjid.
75.Kalau saya dari tanah air pukul 3 petang bertolak ke Jeddah sampai pukul 6 petang (waktu sana) sedangkan waktu Malaysia sudah pukul 9 malam. Waktu mana patut saya ikut berbuka puasa?
Wajib ikut waktu negeri mana kita berada.
76.Adakah dosa dilipat gandakan apabila melakukan kesalahan(dosa) di bulan puasa?
Tak berlipat ganda dosa tetapi berkurang pahala puasa.
77.Boleh ke niat puasa waktu bersahur?
Sah niat antara waktu Maghrib sampai waktu Subuh.
78.Apa hukumnya wanita memakai wangi-wangian ke bazar Ramadhan?
Wanita haram memakai wangi-wangian yang dapat dihidu oleh lelaki ajnabi sama ada bulan puasa atau bulan lain.
79.Kalau qadha puasa, kemudian berbuka bukan sebab uzur. Kena qadha ganda ke?
Tak ganda. Kena qadha semula.
80.Apakah hukum beli di bazar yang penjualnya tak tutup aurat?
Sah berjual beli. Haram jika sengaja pandang auratnya.
81.Adakah batal puasa jika pakai 'contact lens'?
Tak batal puasa.
82.Batal tak puasa jika terima rawatan suntikan?
Suntikan jika mengenyangkan pesakit membatalkan puasa.
83.Kenapa pada bulan puasa masih berlaku histeria?
Yang diikat adalah kepala-kepala jin kafir yang jahat. Jika ada berlaku lagi gangguan, itu adalah daripada jin-jin yang tidak diikat.
84.Apakah hukum memaksa solat terawih dalam keadaan yang sangat letih dan mengantuk kerana rehat dan tidur yang tidak mencukupi?
Memaksa seperti itu tidak menjadi kesalahan. Yang tak elok ialah sampai tubuh badan sakit-sakit dan mudarat kesihatan. Kalau letih, berhenti sahaja. Sunat bukan wajib..
85.Jika seseorang wanita mandi wajib semasa subuh sah kan puasanya? Boleh ke sebenarnya dia mandi wajib sebab masuk rongga faraj?
Faraj anak dara biasanya berbeda dgn faraj wanita yg pernah disetubuhi yaitu ketika duduk mencangkung mcm nak buang air besar faraj anak dara tdk terbuka manakala faraj yg pernah bersetubuh terbuka..ada yg terbuka sedikit dan ada yg terbuka banyak..sama ada terbuka sikit atau banyak, wajib disampaikan air disitu dan biasanya air tdk masuk lebih dr kawasan yg terbuka melainkan disumbat paip ke mulut faraj..perlu diketahui, bila duduk mencangkung tu, biarkan saja ia terbuka dgn sendirinya dan bukan dibuka..apa yg masih tdk terbuka ketikla duduk tu adalah dikira batin faraj yg tdk wajib disampaikan air..dan perlu diketahui..ada juga faraj wanita yg pernah disetubuhi itu tertutup rapat sekalipun sudah banyak kali disetubuhi maka tidaklah wajib disampaikan air ke kawasan farajnya yg tidak terbuka itu..
86.Apa hukum sedut asap welding ketika puasa?
Asap rokok disedut sampai ke dalam dada manakala asap welding hanya sedikit yang sampai ke mulut.
87.Sah tak puasa jika berniat puasa untuk sebulan itu di tengah-tengah bulan?
Kena niat di awal bulan baru sah melainkan wanita yang pada awal bulan itu sedang haid maka hendaklah dia niat sebulan setelah dia suci. Kalau tengah bulan datang haid, tak perlu niat semula setelah suci, hanya wajib niat setiap malam macam biasa.
88.Hadith "Ummu Salamah r.a. berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda 'sebaik-baik masjid bagi wanita ialah kamar-kamar yang paling dalam dirumah mereka?(HR Ahmad)". Boleh ustaz ulas?
Hadith ini bukan mengharamkan wanita ke masjid tetapi menyebut kelebihan solat dirumah berbanding di luar rumah sahaja. Jika wanita ke masjid, hukumnya adalah harus dengan syarat dia menjaga peraturan-peraturan syarak yang telah ditetapkan.
89.Adakah hadis kelebihan solat dirumah bagi wanita ini mesti diambil dulu dari hadith-hadith lain tentang kelebihan solat berjemaah? Adakah lebih afdhal wanita solat di rumah meskipun sendirian berbanding di masjid berjemaah?
Ya..
90.Boleh tak kita terawih sebelum Isyak?
Tak boleh.
91.Kalau sedang selsema, telan hingus yang turun ke mulut dari laluan hidung (bukan dari lubang hidung), batal tak puasa?
Batal.
92.Apakah hukum pergi takbir raya?
Sunat.
93.Apakah hukum zakat fitrah bagi anak-anak zina? Siapa yang wajib bayar ke atasnya?
Ibu si anak. Lihat kitab al-Mufassal fi ahkamil mar-ah.
94.Sebenarnya orang yang tak solat, suka tinggal solat boleh beraya tak?
Tak boleh sebab Hari raya adalah kemenangan bagi orang yang bertaqwa. Orang yang tak solat tak masuk dalam kumpulan orang taqwa.
95.Boleh tak pergi beraya di malam-malam hari contohnya ketika waktu Maghrib?
Bergantung kepada uruf. Jika uruf tidak memandangnya sebagai adab yang buruk, tidaklah menjadi kesalahan.
96.Apakah hukum pasang lampu kelip-kelip pada hari raya nanti?
Jangan anggap ia kemestian sambut raya. Niat pasang tu untuk hias halaman rumah, 'okay' lah..
97.Saya seorang pelajar yang mendapat biasiswa. Adakah wajib saya membayar zakat fitrah ataupun bapa yang kena membayarnya?
Jika pelajar tersebut telah mampu menyara hidupnya sendiri, bapa tidak lagi membayar zakat fitrahnya..
98.Adakah balik beraya boleh dikira sebagai urusan? Berapa lama seseorang itu boleh jamak qasar kalau dia tak tahu berapa lama dia balik beraya kat kampung?
Ya, dikira urusan. Kalau tak pasti, boleh jamak 18 hari.
99.Tak apa ke kalau kita saja-saja bertakbir raya? Ada orang kata tak elok bertakbir masa bukan hari raya.
Bida'ah tapi tidak berdosa.
100.Boleh sebut "Gong Xi Raya" dan "Deepa Raya"?
Lakum diinukum waliadin (bagi kamu agama kamu, bagi kami agama kami).
101.Katakan hari raya jatuh pada hari Jumaat. Pagi dah solat sunat hari raya dan dengar khutbah raya. Boleh tak kalau tak pergi solat Jumaat?
Wajib solat Jumaat. Yang tak wajib solat Jumaat jika dah solat raya ialah orang yang tinggal di pedalaman yang jauh dari masjid. Bila mereka dah datang pada paginya solat hari ray, tak diwajibkan lagi datang sekali lagi untuk solat Jumaat.
102.Niat puasa sunat untuk diet dan kurus, dapat pahala tak puasa tu?
Dapat pahala jika masih ada niat kerana Allah.
103.Kalau saya tinggal puasa dua tahun lepas, wajibkah bayar fidyah walaupun saya masih dalam tangunggan ibu bapa?
Jika anda masih budak-budak yang belum layak berkerja, fidyah dibayar oleh bapa.
104.Adakah puasa yang ditinggalkan 400 hari mesti diqadha dalam masa sebelum menjelang Ramadhan yang akan datang?
yang wajib qadha sebelum masuk Ramadhan baru hanyalah bilangan yang muat pada tahun tersebut. Jika bilangan tersebut lebih daripada bilangan yang muat, tidak mengapa dibayar pada tahun selepasnya.
Bagaimana pula dengan fidyah? Adakah berganda? Jika tak mampu macam mana?
Tak mampu tak wajib bayar. Wajib bayar setakat yang mampu sahaja.
Setahun ada 365 hari. Kena puasa 365 hari penuh?
Melainkan dua hari raya dan 11,12 dan 13 Zulhijjah.
105.Adakah puasa sunat yang lain selain Isnin dan Khamis?
Sunat Rejab dan Syaaban.
106.Jika cabut gigi di bulan puasa, batal puasa tak?
Batal jika ditelan gigi tersebut.
107.Sengaja membatalkan puasa dengan makan dan minum kerana ingin berjimak dengan isteri. Adakah tetap dikenakan denda?
Tak kena menurut satu pendapat dalam mazhab Syafie.
108.Saya tinggal di Finland. Di sini Maghrib pukul 9.20 malam manakala Subuh pukul 3.21 pagi. Boleh atau tidak berbuka puasa ikut waktu Mekah kerana tidak larat berpuasa panjang sangat.
Wajib puasa ikut waktu berdekatan yang mampu diikut berpuasa. Contoh di Finland puasa 18 jam sehari jadi berat sangat menanggung, maka harus ikut negeri terdekat dulu yang ringan seperti Belanda 15 jam. Tak boleh terus nak ikut France umpamanya jika France 13 jam.
109.Apa hukum sengaja menayangkan makanan atau gambar makanan depan orang berpuasa?
Makruh.
110.Boleh tak kalau kita tak habis lagi puasa ganti dan sambung puasa enam? Selepas habis puasa enam baru sambung puasa ganti balik.
Boleh niat puasa enam dan qadha sekaligus menurut setengah ulamak fiqh.
111.Boleh niat puasa qadha dan sunat sekaligus?
Harus.
112.Kalau sudah niat puasa untuk sebulan Ramadhan, selepas itu datang haid. Adakah perlu perbaharui niat berpuasa sebulan yang telah dibuat? Adakah perlu niat setiap hari selepas itu?
Sunat niat semula malam suci dari darah dan wajib niat setiap hari selepas itu.
113.Boleh tak niat puasa ganti, puasa sunat Isnin dan puasa enam sekaligus?
Dapat dua puasa sahaja iaitu puasa sunat dan puasa wajib.
114.Jika saya demam dan sakit kepala, adakah saya bersalah/berdosa jika saya membatalkan puasa saya?
Pesakit sendiri dapat mengetahui adakah kesakitan yang dialami memerlukan berbuka atau meneruskan puasa. Jika memang sakit yang melemahkan badan, harus berbuka.
115.Kawan saya terpandang gambar orang kemalangan lalu muntah dan terus pengsan. Adakah sah puasa kawan saya itu?
Sah.
116.Kawan saya cakap sahur itu wajib, jika tidak sahur maka puasa batal. Betul ke?
Kawan awak memang sudah tidak betul akalnya sebab bercakap perkara hukum sedangkan dia tidak mengerti apa-apa. Sahur bukan wajib tetapi sunat sahaja dan sah puasa tanpa sahur.
117.Saya niat berpuasa. Tiba-tiba pukul 10.00 pagi kawan ajak hisap rokok, saya pun hisap. Pukul 3.00 petang baru sahaja sedar saya puasa. Batal tak?
Tak sengaja buat perkara yang membatalkan puasa tidaklah membatalkan puasa.
118.Adakah rumah terbuka dikira ibadah?
Harus pada syarak.
119.Korek telinga menggunakan putik kapas (cotton bud), adakah batal puasa?
Tak batal sebab kalau ditusuk jauh pun, takkan melepasi gegendang telinga. Di belakang gegendang telinga dikira batin yang boleh dimasuki oleh air.
120.Boleh atau tidak kawan saya mahu ganti puasa 30 hari selepas hari raya kerana takut puasa dia tidak diterima Allah?
Tak boleh, cara yang betul adalah buat puasa sunat sebagai menampung kekurangan puasa kita yang wajib.
121.Apakah hukum menziarah kubur di pagi raya?
Harus dan jangan iktikadkan sunat ziarah hari raya.
122.Apa hukum jika niat puasa sunat, kemudia berbuka?
Puasa wajib, wajib diteruskan melainkan ada keuzuran. Puasa sunat, makruh berbuka tanpa keuzuran.
123.Tak jumpa orang miskin untuk bayar fidyah di kawasan saya. Boleh tak saya buat kenduri beri makan kepada orang ramai?
Kena beri kepada orang miskin di tempat lain.
124.Puasa bulan Syaaban lagi banyak pahala ke bulan Ramadhan lagi banyak pahala?
Bulan Ramadhan mengatasi segala bulan kerana ada padanya Lailatul Qadr.
125.Antara puasa qadha(ganti) dengan puasa puasa nazar, yang mana lebih afdhal didahulukan?
Boleh pilih.
126.Dapat fadhilat juga ke bersahur utk puasa As syura?
Dapat kerana perintah Nabi SAW suruh bersahur itu umum untuk semua puasa.
127.Kalau kita puasa hanya 10 Muharram sahaja boleh tak?
Boleh cuma kurang afdhal.
128.Ada hadis puasa sehari itu dihapuskan dosa setahun yang lepas. Bagaimana puasa separuh hari, adakah dihapuskan dosa 6 bulan yang lepas?
Tak dikira. Cuma berpahala jika bukan sengaja berbuka.
129.Ada tak jenis gastrik yang tak boleh puasa langsung?
Ada. Sesetengah pengidap gastrik kena makan setiap dua jam.
130.Jika sengaja tinggalkan puasa wajib digantikan dengan puasa dua bulan?
Wajib ganti sehari sahaja bukan dua bulan. Wajib ganti dua bulan itu hanya untuk mereka yang jimak isteri di siang hari Ramadhan sahaja.
131.Sekiranya arwah abah meninggal, macam mana ahli keluarga nak qadha puasa arwah yang lepas-lepas? Boleh tak bayar fidyah sahaja?
Bayar fidyah sahaja.
132.Apakah hukum berbuka puasa dengan jimak?
Harus kalau di rumah, haram kalau di masjid.
133.Ibu 'ABC' telah menunaikan umrah baru-baru ini. Beliau telah mula berpuasa di Mekah satu hari lebih awal. Bagaimanakah kedudukan puasa beliau sekarang di Malaysia berpuasa Ramadhan 30 hari?
Beliau wajib jadikan puasanya campur di Mekah dan di sini tidak lebih 30 hari sahaja.
Read more: http://milosuam.blogspot.com/2015/06/133-soal-jawab-tentang-ramadan-dan.html#ixzz3dQLPcrFR

Thu Jun 18, 2015 10:18 pm (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Jatuh macam nangka busuk daa...
bloglist-malaysia.blogspot
dollahyankee.blogspot
Posted by dollahyankee Numero Quarto
Tak pernah sepanjang hidup dilihat Ringgit Malaysiajatuh begitu rendah sekali. Malu, teramat-amat dan tersangat lah malu.. lain lah Najib dan Rosmah dan seluruh kabinet dapur, mereka memang jenis muka tak tau malu. 1 Sing Dollar bersamaan dengan RM 2.79? Ni apa cerita ni? Tak mustahil dan jangan terkejut kerana jika tidak ditukar Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ringgit boleh terus menjunam dan boleh sampai ke RM3.00 untuk 1 Sing Dollar.
Apa yang menyumbang kepada fenomena ini? Gurkah-gurkah politik di'port' tetap percaya bahawa akibat salah urus pelaburan 1MDB sehingga mengalami hutang sehingga 11 billion dollah amerika lah antara penumbang kepada kejatuhan ringgit ini.
Dalam perkara ini yang perlu dipersalahkan ialah menteri kewangan dan perdana menteri kerana tidak mahu memberitahu kebenaran dan fakta, sembunyikan maklumat-maklumat dan semua nya telah disapu dan disimpan dibawah karpet.
Bila semua nya disapu dan di letak dibawah karpet, makcik dan pakcik kat felda pun boleh dapat cium dan hidu yang menteri kewangan dan perdana menteri menyembunyikan sesuatu walau pun dia kata tidak ada apa-apa yang hendak disembunyikan.
Sifirnya sangat mudah, bila kerajaan ada sesuatu yang cuba disembunyikan maka pelabur-pelabur luar tidak akan percaya kepada ekonomi kita.
dollah yankee -
bukan saja RM kita lemah, kerajaan yang juga sama ... lemah!!!
Nilai RM jatuh: Yang patut kita ketahui
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie
SEJAK belakangan ini, mata wang Malaysia jatuh teruk berbanding dengan matawang asing yang lain. Pada 1 Januari, 1 USD bersamaan RM3.49, kemuncak kejatuhan pada bulan Jun kepada RM3.77 pada 8 Jun. Manakala Pound Sterling UK pula GDB1 bersamaan RM5.44 dan kemuncak kejatuhan kepada RM5.84 pada 10 Jun. Dolar Singapore pula, pada 1 Januari 2015, SGD1 bersamaan RM2.64 dan kemuncak jatuh kepada RM2.79 pada 14 Jun.
Graf matawang Malaysia sejak sebulan dua ini bagi saya agak membimbangkan justeru kita semua banyak bergantung kepada import. Pakaian kita banyak made in China. Kereta kita made in UK atau Japan. Makanan kita seperti lada, kelapa dan UK UK Indonesia.
Dagingan kita daripada Australia. Ayam sekalipun reban dan prosesnya di Malaysia, tetapi sebahagiannya diimport dari USA dan China. Makanan ayam yang direbankan di Malaysia pula seperti jagung diimport daripada Mexico?
Ikan? Walau laut di sekeliling kita, tetapi ikan kita tidak mengcukupi dan UK import sebahagianya daripada Yaman dan Thailand. Kalau duit kita jatuh, maka pada masa itu semua barang kita guna dan pakai akan naik.
Kalau import kereta yang harga asalnya RM40,000, jika matawang kita jatuh RM0.10, maka harganya di Malaysia dah naik RM4,000. Itulah kesannya kepada perbelanjaan kita. Harga barang naik sebab duit kita jatuh, tambah lagi GST, akhirnya rakyat Malaysia tinggal gigi dan tulang sahaja.
Semua naik kecuali air hujan sahaja yagn turun di negara kita. Jangan sampai jadi begitu kerana kita masih ada ruang dan peluang yang banyak untuk berubah.
Kuasa mata wang banyak banyak kepada tiga faktor:
1. Jumlah aktiviti ekonomi berguna atau jumlah barangan berharga sebenar. Seperti kita mempunyai sawit, kereta, padi, minyak dan lain-lain.
2. Jumlah cetakan umum wang kertas negara. Yang ini tugas Bank Negara untuk memantau cetakan mata wang.
3. Kepantasan pusingan mata wang atau kepantasan perpindahan wang dari tangan ke tangan. Dalam ekonomi, ia dikenali sebagai the velocity of the money.
Faktor 1 dan 2 saya tak mahu ulas panjang justeru ia wujud dan dunia ini tidak sunyi daripada bahan-bahan dan peluang pengeluaran. Yang ke-2 juga bagi saya tak berbangkit justeru Bank Negara mempuyai sistemnya tersendiri.
Yang saya nak bangkitkan ialah yang ke-3, iaitu the velocity of money. Ia bermaksud perpindahan wang dari tangan 1 ke tangan 2 akan menjana aktiviti ekonomi dan produk. Dari tangan 2 ke tangan 3 pula akan menjana aktiviti dan produk ke-2. Jika ada 10 perpindahan tangan bermakna akan ada 10 produk dan aktiviti yang akan dihasilkan.
Sebagai contoh, dari tangan Orang 1 (O1) berpindah ke tangan O2 akan menumbuhkan aktiviti membuat nasi lemak justeru O1 adalah pekerja pejabat kerajaan dan O2 adalah penjual nasi lemak. Dari tangan O2 pula berpindah lagi duit tadi kepada O3, maka ia akan menumbuhkan pula aktiviti pembekalan ikan justeru O3 adalah peraih ikan.
Dari tangan O3 pula duit tadi berpindah kepada O4 seterusnya menjana aktivit nelayan justeru O4 adalah nelayan yang ke laut menangkap ikan. Begitulah duit yang sama yang satu, apabila lagi banyak dan cepat ia bergerak, maka ia akan menumbuhkan aktiviti dan produk. Jika O1 tak pindahkan wangnya kepada O2, maka tiada produk nasi lemak dihasilkan.
Jika O2 tidak memindahkan wang ditangannya kepada O3, maka tiada aktiviti angkut ikan dari jeti ke pembuat nasi lemak berlaku. Jika O3 tidak pindahkan wang ditangannya kepada O4, maka tiada aktiviti menangkap ikan dihasilkan.
Dan mustahil O1 membuat nasi lemak, pergi ke jeti tiap-tiap hari untuk membeli ikan, dan dari jeti dia sendiri pergi ke laut untuk menangkap ikan. Pembahagian kerja ini dikenali sebagai Madani atau masyarakat Madani menurut Islam.
Cuba bayangkan, jika O1 kedekut dengan hanya makan biskut sekeping dengan cicah air suam, maka O2, O3, O4 dan lain-lain rantaian kewangan akan melopong. Itu tidak bagusnya kempen berjimat cermat oleh kerajaan dalam erti kata berbelanja mengikut kemampuan dan bukan mengikut keperluan. Kalau berjimat cermat dalam erti kata mengelakkan pembaziran, itu bagus. Ini intro asas yang penting untuk memahami isu selanjutnya.
Sedar atau tidak, hari ini rakyat banyak menghabiskan wang mereka untuk sesuatu yang tidak menjana produktiviti sekalipun wang itu mengalir. Sebaliknya wang mereka dihabiskan untuk menampung kos monopoli.
Cuba bayangkan, jika wang tadi hanya mengalir antara akaun maybank O1 kepada akaun CIMB O1 tetapi menumpang lalu melalui akaun O2, maka ia tidak akan menumbuhkan apa-apa aktiviti dan produk walaupun wang itu berpindah.
Itu realiti ekonomi hari ini yang saya cuba bayangkan kepada semua pembaca. Dengan kata lain, wang itu hanya tumpang masuk ke akaun anda dan keluar balik ke orang yang sama. Dengan kata lain, anda mendapat gaji RM4,000, tetapi sebenarnya 4,000 itu tidak melalui proses velocity of the money yang betul. Hanya RM2,000 sahaja yang mungkin terlibat dengan velocity of Money, tetapi 2,000 lagi hanya tumpang lalu di akaun anda.
Dengan kata lain, jika anda kerja kerajaan, kerajaan membayar kepada anda RM4,000 sebulan. Tetapi RM2,000 daripada RM4,000 itu anda terpaksa bayar semula kepada kerajaan dalam bentuk ansuran cukai kereta. (istilah ini difahami oleh orang yang pernah mendengar pembentangan saya tentang realiti harga kereta).
Jadi, hanya RM2,000 sahaja yang akan diberikan kepada O2, O3, O4 dan seterusnya manakala RM2,000 lagi adalah daripada kerajaan kepada anda dan kembali semula kepada kerajaan.
Ke mana kah perginya RM4,000 sebulan pendapatan anda? Bukankah ia cukup-cukup untuk anda menampung keperluan keluarga untuk sebulan? Bukankah kebiasaan rakyat kita habiskan gajinya paling besar untuk rumah dan keduanya untuk kereta? Apabila separuh gaji anda dihabiskan untuk ansuran rumah, 1/4 lagi untuk kereta dan bakinya lagi untuk keperluan asasi, ini bermakna wang anda dihabiskan untuk sesuatu yang tidak menjana untung atau produktiviti.
Rumah anda tidak membawa apa-apa pulangan, kereta anda tidak membawa apa-apa keuntungan. Tetapi anda membayarnya selama 30 tahun. 1/2, 1/3 gaji anda dihabiskan untuk itu. 30 tahun anda membayar, ia tidak menjana apa-apa selama 30 tahun. Pemaju hanya beraktiviti pada peringkat awal untuk anda berhutang selama 30 tahun. Dengan kata lain, wang semakin berjalan tetapi produktiviti semakin lemah.
Jika anda membuat 1 rumah untuk 10 orang dan 9 yang lain terpaksa membeli dengan anda sebab mereka tiada peluang mendapatkan tanah kerajaan dan tiada lesen untuk buat sendiri. Maka anda akan jual dengan harga mahal.
Jadi 1 daripada 9 terpaksa berhutang selama 30 tahun. Dengan untung rumah pertama, anda akan buat rumah ke-2. Tetapi rumah ke-2 ini hanya untuk pasaran sembilan orang kerana pembeli pertama sudah hilang kuasa belinya justeru sudah terikat hutang selama 30 tahun.
Apabila orang ke-2 membeli, maka pasaran hanya tinggal lapan orang. Begitulah seterusnya, sehingga akhirnya 10 orang yang berhutang rumah menjadikan semuanya hilang kuasa beli justeru terikat dengan hutang selama 30 tahun dengan separuh gajinya dihabiskan untuk ansuran pinjaman.
Jika dah sampai ke tahap itu, maka si pembuat rumah tadi paling kaya tetapi jika ia membuat rumah ke sebelas, maka tiada lagi pembeli. Jika ia buat produk lain, maka ia juga tidak laku sebab semua 10 rakyat dalam negara itu sudah hilang kuasa beli disebabkan lekat hutang selama 30 tahun. Ekonomi kita ini baru sampai ke tahap pembeli dua orang daripada 10. Tetapi jangan tunggu sampai lima daripada 10, nanti kita akan merana.
Jika anda faham gambaran saya di atas, 10 rakyat, velociti of money hanya berlaku antara dua pihak sahaja. Walaupun ada O1-O10, tetapi transaksi duit hanya berlaku antara O1-010 dan pihak pemaju sahaja. Bermakna dua transaksi sahaja.
Selama 30 tahun rakyat membayar untuk satu perkara yang telah wujud. Sepatutnya duit berpindah pada bulan pertama menghasilkan satu produk. Berpindah bulan ke-2 menghasilkan produk ke-2 pula. Berpindah pada bulan ke-3 akan menghasilkan produk ke-3.
Tetapi dalam realiti ekonomi kita, produk dihasilkan pada bulan pertama dan pasa tahun pertama, tetapi perpindahan wang berlaku selam 30 tahun tanpa ada produk-produk yang baru. Ini yang saya maksudkan dengan 30 tahun aliran wang individu untuk hanya satu produk, iaitu sebuah rumah.
Kenapa satu produk untuk dihutang selama 30 tahun? Jawapannya kerana monopoli. 20"X70" kaki tanah di Damansara Damai dengan harga RM400,000 sedangkan kosnya adalah sifar. Tetapi 300,000 rakyat berebut pada titik yang satu justeru hanya MK Land yang berhak memiliki dan membuat rumah di kawasan itu. Ini kesan tiada hukum Iqta', Hima dan Ihya' yang telah disyariatkan oleh Islam. (hukum ini diterangkan pada tulisan lain).
Realiti ini menjadikan perpindahan wang dari tangan ke tangan bersifat mandul.
Velocity of the Money adalah salah satu penyumbang kepada naik turun mata wang sesebuah negara. Jika wang tidak bergerak, maka produktiviti juga akan terbantut. Oleh itu, Islam kenakan cukai sebanyak 2.5% atas simpanan supaya ia mengalir dan terus mengalir. Tetapi hari ini, billionair simpan duit berbilion tiada cukai dikenakan atas simpanan.
Cukai Islam adalah terbaik. Undilah untuk sistem percukaian Islam. – ZAHARUDIN MUHAMMAD - HARAKAHDAILY 15/6/2015
Tambatan nilai ringgit dan keperluannya
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net
"Mari kita belajar sedikit pasal ekonomi. Hari ini admin nak ajar tentang tambatan nilai ringgit dan keperluannya.
Tujuan tambatan nilai ringgit adalah bagi mengelakkan nilai matawang kita jatuh apabila nilai dollar meningkat. Apabila nilai ringgit jatuh, harga barangan yang diimport juga akan meningkat sekaligus harga barangan keperluan yang diimport juga akan naik.
Ambil contoh gandum. Gandum diimport dari negara luar seperti Amerika, New Zealand serta Australia. Katakan satu kilogram gandum dijual oleh Amerika Syarikat kepada kita pada harga 1 US Dollar.
Semasa awal Julai 2011, semasa kejatuhan dollar Amerika. Kita boleh beli 1 kilogram gandum pada harga RM 2.96. Akan tetapi kini dollar Amerika semakin mengukuh dan kita terpaksa membayar RM 3.76 untuk 1 kilogram gandum.
Lama-kelamaan pengilang terpaksa juga menaikkan harga tepung gandum disebabkan harga komoditi tersebut semakin meningkat disebabkan kejatuhan nilai ringgit.
Apa keperluan tambatan nilai ringgit? Tambatan nilai ringgit adalah perlu bagi mengelakkan inflasi. Inflasi adalah kenaikan harga barang secara mendadak dalam tempoh tertentu.
Katakan semasa kejatuhan dollar Amerika, Malaysia kemudian bertindak bijak dengan menambat mata wang kita kepada RM 2.96 untuk 1 USD. Kemudian matawang Amerika semakin mengukuh, bagaimanapun matawang kita kekal pada RM 2.96 untuk 1 USD, kerana kerajaan telah menambatnya pada nilai tersebut.
Dengan menambatnya, harga komiditi kita eksport tidak akan meningkat. Sebagai contoh harga minyak mentah. Jual-beli minyak mentah adalah dalam USD.
Percaya atau tidak dalam tempoh beberapa bulan lagi harga minyak akan naik lagi disebabkan kejatuhan nilai ringgit serta peningkatan harga minyak mentah dunia. Trend sekarang menunjukkan harga minyak mentah akan terus meningkat.
Bayangkan apabila matawang kita semakin jatuh menjadi RM 5 untuk 1 USD. Kita terpaksa beli minyak mentah yang pada masa itu mungkin berharga 70 USD pada harga RM 350 setong. Sekiranya kerajaan menambat matang wang pada RM 2.96 untuk 1 USD, kita hanya perlu membayar RM 207.20 untuk setong minyak mentah yang berharga 70 USD. Itu baru harga satu tong.
Kenaikan harga minyak boleh menjadi pencetus utama inflasi. Apabila harga minyak naik, kos pengangkutan juga akan naik. Harga barang juga akan naik.
Graf kedudukan matawang USD->RM untuk 12 tahun: http://finance.yahoo.com/echarts…
Graf kedudukan harga minyak mentah dunia: http://www.nasdaq.com/markets/crude-oil.aspx?timeframe=1y
Kalkulator tukaran wang asing: http://www.xe.com/currencyconverter/
di petik dari FB : 1 Malaysia Diperbodohkan
............
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: sp4n4r
Posted on Monday, June 15 @ 10:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments:
Post a Comment