15 Messages
Digest #4232
Messages
Sun Jun 21, 2015 7:15 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Ramadan, Isu batal Puasa atau Tidak. Penting!
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net
"
Ulama terbilang dunia ketika ini, Dr Yusoff Al-Qaradhawi pernah menyebut dan meluah rasa kurang setuju beliau dengan tindakan para ulama yang terlalu meluaskan perbuatan yang membatalkan puasa. Beliau lebih setuju untuk mengecilkan skop dan ruang lingkup pembatalan puasa kepada perbuatan yang benar-benar terdapat dalil tepat dari al-Quran, al-Hadith dan disepakati ulama sahaja.
Beliau berpendapat perbincangan panjang lebar oleh ulama silam, antaranya para ulama dari mazhab Hanafi dan ulama mazhab-mazhab lain menyebut sekitar 57 bentuk perbuatan yang membatalkan puasa adalah adalah tindakan yang kurang sesuai. Malah ia juga amat digemari oleh ulama masa kini sehingga terdapat yang menghabiskan masa begitu lama untuk merangka fatwa, berijtihad dan meletakkan kaedah bagi sesuatu perbuatan. Adakalanya ia adalah isu yang tidak memerlukan perhatian begitu mendalam.
Adapun isu perkara yang membatalkan puasa, sewajarnya ditumpukan kepada hukum yang disepakati sahaja. Justeru, larangan yang disepakati tatkala puasa adalah menahan nafsu syahwat, menanggung lapar dan dahaga serta menahan diri dari bersetubuh dengan isteri di siang hari dengan niat ikhlas ibadat kerana Allah. Inilah yang dijelaskan dari al-Quran dan as-sunnah, demikian juga menjauhi kata-kata nista, bohong, mengumpat, cercaan dan lain-lain dosa anggota demi kerana Allah. Ia disebut di dalam ayat al-Baqarah : 187 dan disokong oleh hadith-hadith yang banyak.
Merokok, keluar darah haid atau nifas dan hilang aqal adalah dipersetujui secara sepakat ulama membatalkan puasa.
Adapun yang tidak disepakati, boleh dibincangkan cuma jangan sampai ia mengambil perhatian utama kita apabila berada di dalam Ramdhan. Sebagai panduan, berikut disertakan beberapa hukum secara ringkas berkaitan puasa yang kerap ditanya oleh orang ramai :-
1) Darah keluar dari tubuh ; samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain.
Hukumnya : Tidak batal puasa kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya 'yang keluar' dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr Muhd 'Uqlah, hlm 215). Manakala pandangan pembatalan puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut Imam An-Nawawi, ia telah dipinda (nasakh) dengan hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi SAW berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (Riwayat Al-Bukari, 3/43) kerana hadith dari Ibn Abbas ini berlaku tatkala Haji Wida' dan terkemudian dari hadith yang menyebut batal kerana bekam. (Tasysir al-Fiqh, Qaradawi, hlm 90). Malah ini juga padangan majority mazhab kecuali Hanbali. ( Bidayatul Mujtahid, 1/247)
2) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka dan dikeluarkan kembali tanpa sampai ke perut dan yang seumpamanya di bahagian kepala.
Ia seperti memasukkan alat tertentu ke dalam kemaluan wanita atau dubur ketika proses perubatan yang berkaitan, demikian juga memasukkan jari ke dalam hidung, telinga, mulut dan dubur.
Hukumnya : Tidak membatalkan puasa kecuali jika alatan itu dibiar tinggal di dalam kemaluan tadi, kerana illah @ faktor penyebab batal puasa adalah masuknya sesuatu berfizikal ke perut. Terkecuali juga, wanita atau lelaki yang memasukkan jarinya ke dubur atau kemaluannya dengan tujuan nafsu, maka ia membatalkan puasa, tetapi jika tujuan istinja' atau membasuhnya maka hukum yang lebih kuat menurut para ulama adalah tidak batal. (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 211). Ini juga dipersetujui oleh Syeikh Atiyyah Saqar yang mengatakan masuk sesuatu ke telinga dan hidung yang tidak sampai ke perut atau bahagian otak adalah tidak membatalkan puasa. (Min Ahsanil Kalam fil Fatawa). Tidak dinafikan terdapat fatwa yang mengatakan batal, justeru, nasihat saya adalah lebih baik menjauhinya kiranya tiada tujuan yang agak mendesak. Kerana menjauhi yang khilaf (perbezaan pendapat) itu lebih baik.
3) Pil elak haid untuk puasa penuh :
Hukumnya : Harus dengan syarat tidak membawa mudarat kepada pusingan haidnya, dan memerlukan nasihat doktor Islam yang berwibawa. Namun yang terbaik adalah tidak menyekat haid, dan tidak menganggu kitaran fitrah yang telah ditentukan oleh Allah swt. selain itu wanita sedang haid juga masih boleh melaksanakan pelbagai jenis ibadah.
4) Penyembur gas untuk pesakit lelah :
Hukumnya : Baru-baru ini pada bulan Julai 2007, Persidangan Majlis Fiqh Antarabangsa di Putrajaya ada membincangkan isu ini. Isu ini amat kerap dibincangkan oleh para ulama seantero dunia dan mereka berbeza pandangan apabila sebahagian menyatakannya batal dan sebahagian lain menolak.
Menurut kajian terperinci bantuan para doktor, mendapati gas semburan itu punyai jisim-jisim putih yang jelas kelihatan jika di sembur di atas kertas. Selain itu, hampir 90 % darinya akan terus masuk ke tekak dan melekat di esophagus dan terus ke perut. Ini bermakna ianya jisim-jisim gas itu masuk ke perut setiap kali semburan. Justeru sudah pasti ia membatalkan puasa.
Demikian pandangan awal dari Majlis Fiqh Antarabangsa yang bersidang Julai 2007 baru-baru ini, tetapi kemudiannya mereka menarik balik keputusan mereka untuk dibincangkan lebih terperinci dalam persidangan akan datang. Namun itu adalah pandangan sebahagian ulama kontemporari yang menyakini masuknya serbuk jisim gas ke dalam perut.
Bagaimanapun para ulama masih perlu bergantung kepada makumat jelas dari para doktor bagi memberikan fatwa tepat. Sebahagian ulama seperti Syeikh At-Tantawi, Syeikh Dr Muhd 'Uqlah, menyebut hukumnya tidak batal kerana gas itu hanya terhenti di paru-paru dan tidak masuk ke perut. Manakala, ubat lelah jenis hidu melalui hidung adalah membatalkan puasa kerana ia akan masuk ke bahagian kepala. (As-Siyam, Dr Md Uqlah, hlm 226)
Namun jelas para ulama berhati-hati dalam memberikan keputusan dalam hal ini kerana menyedari walaupun serbuk-serbuk dari inhaler tersebut boleh memasuki ruang perut, namun ia adalah satu keperluan mendesak buat pesakit athma dan tidak pula dilaksanakan secara saja-saja, bukan pula kerana nafsu lapar.
Pandangan terpilih adalah TIDAK BATAL, kerana terdapat perbezaan informasi dan data oleh para pakar perubatan berkenaan ketepatan fakta masuknya jisim ke dalam perut pada setiap kali semburan dibuat. Justeru, hukum puasa adalah kekal di atas sifat asalnya iaitu sah selagi belum terdapat bukti nyata dan diyakini terbatalnya ia. Sebagaimana kaedah Fiqh "Ertinya : Hukum asalnya, kekalnya hukum sesuatu pada sifat sebelumnya.
Justeru, jika ada sekalipun jisim yang termasuk ke dalam perut, ia bukanlah makanan yang mengenyangkan dan bukan pula dilakukan secara suka-suka serta ia tergolong dalam ubat-ubatan yang diperlukan secara mendesak. Selain itu, jisim yang termasuk ke dalam perut pula adalah tergolong di dalam kategori DIMAAFKAN sebagaimana beberapa kadar air yang tertinggal di atas lidah dan dalam hidung semasa berkumur dan berwudhu. Wallahu'alam.
5) Suntikan ke dalam tubuh melalui tangan, kaki selain rongga terbuka yang asal: Hukumnya : Terdapat dua jenis : samada untuk berubat atau untuk menguatkan. Jika ia digunakan untuk mengurangkan demam, bius, 'pain killer' dan apa jua tujuan asas perubatan, ia disepakati tidak membatalkan puasa (Al-Qaradawi, hlm 100 ; 'Uqlah , hlm 226). Demikian juga hukumnya suntikan kalsium dan sebagainya untuk kekuatan badan demi perubatan.
Berkenaan suntikan makanan, air seperti glukos dan sepertinya untuk tujuan perubatan; para ulama sekali lagi berbeza pandangan : Pandangan majoriti adalah : Tidak membatalkan puasa kerana ia tidak masuk ke dalam tubuh melalui rongga terbuka dan ia tidak mengenyangkan serta tidak bercanggah dengan hikmah puasa. Ia adalah fatwa oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Md Bakhit, Syeikh Abd Rahman Taj, Syeikh Ahmad As-Syurbashi, Keputusan Lajnah Fatwa Azhar tahun 1948 (Taysir Al-Fiqh As-Siyam, hlm 100; Fatawa Syar'iyyah, hlm 268 ; Yasalunaka, 5/53 dll ).
Bagaimanapun, suntikan jenis makanan ini membatalkan puasa terutama jika dilakukan secara sengaja untuk melarikan diri dari ujian keletihan lapar dahaga puasa.
6) Berkumur-kumur dan air masuk ke rongga hidung semasa wudhu.Hukumnya : Tidak membatalkan puasa, cuma jika berlebihan berkumur ulama Syafie mengatakannya
terbatal. Justeru, jauhilah berlebihan di ketika puasa adalah lebih baik.
Ia berdasarkan hadith : "Sempurnakan wudhu , basuhlah celah-celah jari jemarimu, dan lebih-lebihkan menyedut air ke hidungmu kecuali tatkala kamu berpuasa ( Riwayat Abu Daud , no 142 ; At-Tirmidzi, 788 ; Al-Hakim, Sohih menurut Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban & Al-Hakim dan dipersetujui oleh Az-Zahabi ; albani ; Sohih).
7) Melakukan Maksiat seperti tidak solat. Hukumnya : Tidak batal puasa menurut majoriti mazhab dan ulama. Akan tetapi dosa maksiat itu akan ditanggung berasingan mengikut jenis maksiat, malah mungkin bertambah besar dosanya kerana mencarik kehormatan Ramadhan. Pahala puasanya pula akan terhapus.
Selain itu, ia juga mencarikkan keseluruhan tujuan berpuasa iaitu bagi melahirkan insan taqwa, beroleh keampunan dan jauh dari maksiat. (Qaradawi, hlm 104) Nabi bersabda : "Barangsiapa sempat bertemu Ramadhan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh ia dengan Allah" (Riwayat Ibn Hibban).
8) Mencium lelaki dan wanita semasa berpuasa. Hukumnya : Mencium isteri atau suami tatkala berpuasa, tidak batal menurut majoriti ulama.Ia berdasarkan beberapa dalil antaranya :-Ertinya : "Nabi S.a.w mencium dan bermesra (dengan isterinya) dalam keadaan ia berpuasa, tetapi baginda adalah seorang yang menguasai diri dan nafsunya" (Riwayat Abu Daud, 2/311 ; Syuaib arnaout : Sohih)
Dan satu lagi adalah : - Ertinya : Kami bersama Nabi tiba-tiba didatangi oleh seorang pemuda dan bertanya : Aku berpuasa dan aku mencium isteriku, jawab nabi : Jangan ; tiba-tiba dating seorang tua dan bertanya soalan yang sama : Jawab nabi : Ye ( tiada masalah) ; kami kami saling berpandangan antara satu sama lain, maka nabi berkata :- "aku tahu apa mengapa kamu saling berpandangan antara satu sama lain, sesungguhnya orang tua mampu mengawal dirinya (nafsu)" (Riwayat Ahmad dan At-Tabrani, sanad terdapat Ibn Lahi'ah yang diperkatakan tentangnya, menyebabkan hadis dianggap dhoif)
Al-Qaradawi pula menambah "berapa ramai orang tua zaman sekarang yang turut tidak mampu mengawal nafsunya " (Fiqh As-Siyam, hlm 106 )
Kesimpulannya, ia tidak membatalkan puasa dan ciuman sebegini tidak harus jika ia boleh membawa mudarat seperti menaikkan nafsu dan boleh membawa kepada persetubuhan di siang hari Ramadhan.
9) Wanita tamat haid. Wanita tamat haid pada waktu malam dan sempat niat pada waktu malamnya sebelum naik fajar subuh. Ia dikira sah walaupun belum mandi hadas. Jika ia tidak sempat berniat sebelum fajar subuh, seperti belum makan dan minum apa-apa pada pagi itu, kemudian pada jam 8 pagi haidnya kering, ia tidak dikira boleh berpuasa pada hari itu kerana tiada niat bagi puasa wajib boleh dibuat selepas terbit fajar.
Demikian juga ditegaskan oleh majoriti ulama (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/201)
Dalilnya adalah :- Ertinya : "Barangsiapa yang tidak berniat untuk puasa sebelum fajar, tiada puasa (wajib) baginya" ( Riwayat Abu Daud, 3/108 ; Albani : Sohih )
10) Keluar air mazi. Air mazi adalah air yang keluar dari kemaluan lelaki atau perempuan kerana naik syahwat. Banyak persoalan berkenaan keluarnya air mazi semasa berpuasa, samada ia membatalkan puasa atau tidak.?
Zahir dalam mazhab Hanbali menyatakan, ia membatalkan puasa. Bagaimanapun mazhab Hanafi, Syafie, Awzai'e, Hasan albasri, As-Sya'bi dan Imam Ahmad dalam satu pendapatnya berfatwa keluarnya air mazi tidak membatalkan puasa. Saya lebih cenderung dengan pendapat ini.
11) Keluar air mani tanpa setubuh.Mencium dan menyentuh melalui onani sehingga keluarnya mani dengan syahwat adalah membatalkan puasa dan wajib qadha, ia adalah disepakati oleh seluruh ulama.
Adapun keluarnya air mani hanya kerana berfikir lucah dan melihat dengan syahwat, ia tidaklah batal menurut sebahagian ulama termasuk mazhab Syafie, Hanafi. (Al-Mughni, 4/159) Manakala mazhab Hanbali dan Maliki mengatakannya batal. Walau bagaimanapun, saya lebih cenderung dengan pendapat yang mengatakannya batal kerana ia benar-benar bercanggah dengan tujuan dan maqasid puasa dalam Islam. Selain itu, ia juga adalah sama dengannya keluar mani kerana sentuhan. Keluar air mani kerana bermimpi di siang hari Ramadhan atau kerana sakit tertentu. Sepakat ulama menyatakan ia tidak membatalkan puasa.
12) Menelan air liur dan kahak. Hukum : Ia tidak membatalkan puasa disebabkan terlalu sukarnya untukmenjaga hal seperti ini. (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/159). Manakala Kahak yang selagi ia belum sampai ke anggota mulut (sebelah hadapan lidah), iaitu masih berada pada had tekak maka tidak membatalkan puasa jika ditelan. Kerana ia masih tidak keluar daripada anggota zahir. Kahak yang sudah sampai pada mulut, inilah yang menjadi khilaf adakah membatalkan puasa atau tidak. Ada pendapat yang mengatakan batal dan ada pendapat yang mengatakan tidak batal. Sebahagian ulama berpendapat HARAM menelannya dengan sengaja kerana ia adalah kotoran. Jadi, kesimpulan yang terpilih adalah kahak yang sampai ke mulut haram ditelan dan kebanyakan ulama menyatakan ia membatalkan puasa. Manakala yang berada di bahagian pangkal lidah dan tekak, jika ditelan tidak membatalkan puasa.
13 ) Mandi. Tiada masalah untuk orang berpuasa mandi, ia tidak membatalkan puasa. Dalilnya adalah hadis yang menunjukkan Nabi s.a.w mengizinkan orang yang junub mandi selepas waktu subuh, namun mandi junub adalah wajib, bagaimana pula mandi sunat atau harian yang biasa?. Jawapnya ia tidak membatalkan puasa malah sahabat besar seperti Ibn Abbas juga pernah disebutkan mandi ketika berpuasa. Anas bin Malik pula adakalanya merendam kepalanya di dalam batu dipenuhi air (seperti telaga) akibat bersangatan panas. (Rujuk Fath Al-bari). Cuma puasa hanya boleh batal apabila seseorang mandi sambil mencuri minum sebagaimana yang mungkin dilakukan oleh para remaja dan lainnya, maka ia batal kerana minum dan bukan mandi itu sendiri.
14) Berniat berbuka atau membatalkan puasa sebelum waktu. Tindakan sebegini adalah membatalkan puasa menurut mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi. Cuma jika dengan segera seseorang itu kembali berniat dan membetulkan niatnya tadi, puasa tidak terbatal.
Justeru, seluruh individu berpuasa wajib menjaga niatnya agar tidak terpesong untuk membatalkannya. Imam Ibn Qudamah menolak pandangan yang mengatakan tidak batal kerana ibadah itu adalah berdasarkan niat seperti solat juga yang akan terbatal jika berniat membatalkannya. (Al-Mughni, 4/175)
Diringkaskan dgn pindaan dari sumber www.zaharuddin.net/
hisham-ahmad.blogspot.com"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: hishamahmad
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.

Justeru, jika ada sekalipun jisim yang termasuk ke dalam perut, ia bukanlah makanan yang mengenyangkan dan bukan pula dilakukan secara suka-suka serta ia tergolong dalam ubat-ubatan yang diperlukan secara mendesak. Selain itu, jisim yang termasuk ke dalam perut pula adalah tergolong di dalam kategori DIMAAFKAN sebagaimana beberapa kadar air yang tertinggal di atas lidah dan dalam hidung semasa berkumur dan berwudhu. Wallahu'

Diringkaskan dgn pindaan dari sumber www.zaharuddin.
hisham-ahmad.
............
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: hishamahmad
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Sun Jun 21, 2015 7:16 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Hina kawan dalam
WhatsApp boleh dipenjara
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net
ABU DHABI 17 Jun - Jika anda merupakan seorang yang gemar mengeluarkan kata-kata kesat atau menghina kepada kawan-kawan menerusi aplikasi perkhidmatan mesej, WhatsApp, anda mungkin tidak akan dapat berbuat demikian jika mengunjungi Emiriyah Arab Bersatu (UAE).
Ini kerana pihak berkuasa di negara tersebut memperkenalkan undang-undang baharu yang boleh menyebabkan mana-mana individu yang mengeluarkan kata-kata kesat di dalam media sosial dikenakan hukuman penjara serta denda sehingga 250,000 dirham (RM254,930).
Rakyat asing yang berkunjung ke UAE juga akan diusir sekiranya didapati bersalah melakukan kesalahan itu.
Peraturan baharu itu diperkenalkan susulan kes seorang lelaki yang tidak didedahkan identitinya, yang didapati bersalah mengeluarkan kata-kata menghina kepada kawannya menerusi aplikasi tersebut, dan didenda 3,000 dirham (RM3,059) oleh pihak mahkamah.
Mahkamah Agung Persekutuan yang beribu pejabat di Abu Dhabi, kemudian mengubah keputusan berkenaan yang dianggap terlalu lembut dan tertuduh perlu dikenakan hukuman yang lebih berat.
Kes berkenaan kini dirujuk kepada Mahkamah Rayuan dan tarikh baharu pendengaran kes itu masih belum ditetapkan.
Peguam defendan, Abdullah Yousef Al Nasir memberitahu portal berita 7Days, kebiasaannya orang ramai fikir mereka tidak akan dihukum jika mengeluarkan kata-kata kesat atau menghina walaupun kepada kawan sendiri.
"Tetapi di UAE, undang-undang siber yang dikuatkuasakan boleh menghukum mana-mana penjenayah termasuk menghina individu lain melalui teknologi," kata beliau.
Dalam pada itu, polis UAE memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menunjukkan simbol lucah menggunakan jari tengah atau berdepan tindakan undang-undang.
Penguatkuasaan undang-undang tersebut adalah bagi mengekang gejala tidak sihat dalam kalangan pelancong asing yang sering bersikap biadab di tempat awam apabila berada di bawah pengaruh alkohol.

Sun Jun 21, 2015 7:17 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Vanidah Imran Terlibat Dalam Kemalangan, Kereta Terbakar
bloglist-malaysia.blogspot
kitabantai.info
Kita Bantai
INDUSTRI hiburan hari ini digemparkan dengan nahas kemalangan yang menimpa pelakon Vanidah Imran apabila kereta Mini Cooper yang dipandunya secara tiba-tiba terbakar, dekat Sungai Besi kira-kira jam 3 pagi tadi.
Difahamkan, ketika itu Vanidah sedang dalam perjalanan pulang dari penggambaran drama di Serdang.
Memetik laporan Berita Harian, suami Vanidah, Rashidi memaklumkan bahawa isterinya selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Dia tak apa-apa, masih tidur lagi. Alhamdulillah dia terselamat daripada sebarang kecelakaan. Cuma sedikit trauma dengan apa yang terjadi. Kereta itu memang rosak dan hancur teruk selepas terbakar.
"Punca kereta boleh terbakar tidak diketahui dan kami menyerahkan kepada pihak berkaitan untuk menjalankan siasatan. Kami juga sudah membuat laporan polis di Puchong," katanya.
Tambah Rashidi, dia bergegas ke tempat kejadian sejurus mendapat panggilan daripada isterinya.
Kereta Mini Cooper yang dipandu Vanidah itu dimenangi ketika dia dan suami menjuarai pertandingan Sehati Berdansa musim pertama yang disiarkan stesen Astro pada tahun 2007.
Read more: http://www.kitabantai.info/2015/06/vanidah-imran-terlibat-dalam-kemalangan.html#ixzz3dJtr8jVj
Vanidah Imran Masih Trauma Kereta Dipandu Terbakar
siakapkeli.my
PETALING JAYA: Berikutan kereta Mini Cooper miliknya terbakar, pelakon Vanidah Imran masih lagi trauma dalam kejadian yang berlaku berhampiran plaza tol Serdang menghala ke Sungai Besi kira-kira jam 3 pagi hari Rabu.
Suami aktres berkenaan, Rashidi, ketika dihubungi berkata keadaan Vanidah tidak membimbangkan dan kini dia sedang berehat di rumah.
"Alhamdulillah isteri saya selamat biarpun dia sedikit trauma dengan kejadian itu. Syukur dia sempat keluar daripada kereta apabila bahagian enjin kereta berkenaan tiba-tiba terbakar.
"Vanidah hanya menyedari perkara itu selepas ada pemandu lain memberitahu enjin keretanya berasap sebelum dia berhenti di bahu jalan untuk menyelamatkan diri," katanya memetik laporan dari mStar Online.
Menurut Rashidi, Vanidah dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai penggambaran sebuah drama di Serdang sebelum kejadian berlaku.
Menceritakan kejadian semalam, Rashidi berkata dia terus ke tempat kejadian setelah menerima panggilan dari isterinya dan sejurus tiba, dia mendapati bomba dan Plus sudah berjaya memadamkan kebakaran.
"Seharusnya saya berterima kasih kepada pihak bomba dan Plus kerana kecekapan mereka dalam memadam kebakaran tersebut dan paling penting isteri saya selamat.
"Punca kejadian masih belum diketahui tetapi ia berkaitan dengan masalah teknikal," kata Rashidi. - Siakapkeli.my

Tazkirah Ramadhan
biaqpila.blogspot
ikutsukaakuisa.blogspot.
Di Belasah Oleh Isa
Orang yang berpuasa mempunyai adab-adabnya, yang mana tidak akan sempurna puasa itu kecuali dengan adanya adab adab tersebut. Yang terpenting daripada itu adalah menjaga lidah dari dusta dan ghibah (menggunjing) serta membicarakan sesuatu yang tidak perlu baginya.
Ia jaga mata dan telinganya dari mendengarkan dan melihat kepada sesuatu yang tidak halal baginya serta sesuatu yang dianggap fudhul (berlebihan). Begitu pula ia jaga dirinya dari memakan makanan haram dan syubhat, khususnya keika berbuka puasa. Ia berusaha dengan sangat hati-hati untuk tidak berbuka puasa, kecuali dengan memakan makanan yang halal.
Seorang ulama salaf berkata: "Apabila engkau puasa, lihat makanan apa yang engkau makan ketika berbuka dan di tempat siapa engkau berbuka."
Hal itu merupakan dorongan agar berhati-hati mengenai makanan untuk berbuka puasa. Begitu pula orang yang berpuasa harus menjaga semua anggota tubuhnya dari melakukan dosa-dosa, kemdian dari perbuatan yang tidak perlu. Dengan itu puasanya menjadi sempurna dan bersih.
Banyak orang berpuasa dengan memayahkan dirinya dengan lapar dan haus, namun ia biarkan anggota tubuhnya berbuat maksiat sehingga merosakkan puasanya dan mensia-siakan kepayahannya. Nabi Muhammad SAW bersabda (yang ertinya):
"Banyak orang berpuasa, tetapi puasanya hanya menghasilkan lapar dan dahaga."
Meninggalkan maksiat adalah wajib untuk selamanya keatas orang yang berpuasa mahupun orang yang tidak berpuasa. Akan tetapi bagi orang yang berpuasa lebih hati-hati dan lebih wajib. Nabi SAW bersabda (yang ertinya):
"Puasa itu adalah perisai. Maka pada hari seorang dari kamu berpuasa, janganlah ia berkata keji dan berbuat kefasikan serta jangan mengganggu orang lain. Jika ada orang memarahinya atau memakinya, maka katakanlah: Sesungguhnya aku berpuasa."
Termasuk adab orang berpuasa ialah untuk tidak banyak tidur di siang hari dan tidak banyak makan di waktu malam. Hendaknya dia makan sekadarnya hingga dia merasakan sentuhan lapar dan dahaga supaya jiwanya menjadi baik dan syahwatnya menjadi lemah serta hatinya menjadi terang. Itulah rahsia puasa dan tujuannya.
Hendaklah orang yang puasa menjauhi kemahuan dan kesenangan syahwat serta kenikmatan yang banyak. Sedikit-sedikitnya adalah kebiasaan bersenang-senang itu hanya sekali di bulan Ramadhan dan lainnya. Ini adalah sedikit-dikitnya yang patut. Akan tetapi latihan dan menjauhi keinginan nafsu menimbulkan pengaruh besar dalam dalam menerangi hati dan secara khusus di tuntut di bulan Ramadhan.
Adapun orang-orang yang menjadikan bersenang-senang dan hidup mewah di bulan Ramadhan yang mereka tidak biasa lakukan diluar bulan Ramadhan, maka hal itu adalah tipu daya syaitan yang menipu mereka supaya mereka tidak merasakan keberkahan puasa mereka. Dan supaya tidak nampak pada mereka pengaruhnya berupa cahaya, mukassafat, sifat khusyuk kepada Allah dan tunduk dihadapan-Nya menikmati munajat-Nya dan pembacaan kitab-Nya serta dzikir-Nya.
Kebiasaan salaf kita adalah mengurangi kebiasan dan kesenangan nafsu serta memperbanyakkan amal baik di bulan Ramadhan secara khusus, meskipun hal itu sudah dikenal dari perilaku mereka dalam seluruh waktu. Termasuk adanya ialah tidak terlalu banyak mengurusi dunia di bulan Ramadhan, tetapi mengkhususkan diri beribadah kepada Allah dan menyebut namaNya sebanyak mungkin.
Janganlah ia mengurusi dunia, kecuali bila sangat mendesak bagi keperluannya atau keluarganya yang wajib diurusinya. Hal itu disebabkan bulan Ramadhan di antara bulan-bulan lain seperti hari Jumaat di antara hari-hari yang lain. Oleh kerana itu orang2 mukmin harus menjadikan hari Jumaat dan bulannya ini khusus untuk akhiratnya.
Termasuk sunnah adalah menyegerakan berbuka puasa dan berbuka dengan kurma, jika tidak menemukannya, maka mencukupi ianya berbuka dengan air. Adalah Nabi SAW berbuka sebelum shalat maghrib, Nabi SAW bersabda:
"Umatku selalu dalam kebaikan selama mereka menyegerakan dalam berbuka puasa dan mengakhiri sahur." Maka mengakhirkan sahur adalah sunnah pula. Orang yang puasa hendaknya makan sedikit.
Hal itu dimaksudkan supaya nampak pengaruh puasa padanya dan iapun bisa mendapat hikmahnya dan mencapai tujuannya, iaitu mendidik nafsu dan melemahkan keinginannya. Kerana rasa lapar dan kekosongan perut berpengaruh besar dalam menerangi hati dan kekuatan anggota badan dalam beribadah, sedangkan kekenyangan adalah menyebabkan kekerasan hati dan kelalaian serta kemalasan dalam melakukan ibadah. Nabi Muhammad SAW bersabda (yang ertinya):
"Tidaklah anak Adam mengisi wadah yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah anak Adam beberapa suap makanan untuk menegakkan tubuhnya. Jika ia tidak mampu menghindarinya, maka sepertiga perut itu untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya, dan sepertiga untuk nafasnya."
Seorang arif berkata: "Apabila perut menjadi kenyang maka semua anggota tubuh menjadi lapar, dan apabila perut menjadi lapar, maka semua anggota tubuh menjadi kenyang."
Maksud laparnya anggota-anggota tubuh adalah ibarat usaha dan keinginannya yang sangat untuk melampiaskan kesenangannya. Maka lidah suka bicara, mata suka memandang, dan telinga suka mendengar. Begitu juga anggota tubuh yang lain. Bangkitnya anggota-anggota tubuh itu adalah untuk mencari kelebihan dari kesenangannya ketika perut menjadi penuh.
Dan ketika perut kosong maka diamnya dan ketenangan anggota-anggota tubuh itulah yang diungkapkan dengan istilah kekenyangan anggota tubuh dan hal itu dapat disaksikan.
Sangat dianjurkan memberi makan orang-orang yang berpuasa, walaupun hanya beberapa butir kurma atau seteguk air. Nabi Muhammad SAW bersabda (yang ertinya):
"Barangsiapa yang memberi makan orang puasa, maka ia mendapat pahala seperti orang yang puasa itu tanpa mengurangi sedikitpun".
Pahala ini mampu diperolehi orang yang memberi makan untuk berbuka puasa, walaupun hanya air. Ada pun orang yang memberi makan orang yang berpuasa sesudah berbuka puasa dirumahnya atau ditempat lain, maka ia tidak mendapat pahala ini, tetapi mendapat pahala memberi makan, dan pahalanya besar.
Bagaimanapun, memberi makan orang yang berpuasa sehingga kenyang adalah perbuatan yang mendapat banyak pahala. - Sumber
Comments
abee ·
alhamdulillah..bulan puasa ni, ramai yang insaf dan mengawal tutur kata, perbuatan, pergaulan ..semoga berterusan.
Solehah ·
Semoga puasa kita semua menghasilkan ketakwaan kepada allah
Selamat berpuasa ISA...💝
Azam Al Husaini ·
Marhaban Ya Ramadhn .Bulan pencerahan bulan perdamaian .Ramai yg pucat lesu berpuasa menahan lapar dahaga demi redha Allah untuk menuju Taqwa .Keberhasilan menuju Taqwa agak kelabu ........ dikalangan umat melayu .
biaqpila.blogspot
ikutsukaakuisa.
Di Belasah Oleh Isa
Orang yang berpuasa mempunyai adab-adabnya, yang mana tidak akan sempurna puasa itu kecuali dengan adanya adab adab tersebut. Yang terpenting daripada itu adalah menjaga lidah dari dusta dan ghibah (menggunjing) serta membicarakan sesuatu yang tidak perlu baginya.
Ia jaga mata dan telinganya dari mendengarkan dan melihat kepada sesuatu yang tidak halal baginya serta sesuatu yang dianggap fudhul (berlebihan)
Seorang ulama salaf berkata: "Apabila engkau puasa, lihat makanan apa yang engkau makan ketika berbuka dan di tempat siapa engkau berbuka."
Hal itu merupakan dorongan agar berhati-hati mengenai makanan untuk berbuka puasa. Begitu pula orang yang berpuasa harus menjaga semua anggota tubuhnya dari melakukan dosa-dosa, kemdian dari perbuatan yang tidak perlu. Dengan itu puasanya menjadi sempurna dan bersih.
Banyak orang berpuasa dengan memayahkan dirinya dengan lapar dan haus, namun ia biarkan anggota tubuhnya berbuat maksiat sehingga merosakkan puasanya dan mensia-siakan kepayahannya. Nabi Muhammad SAW bersabda (yang ertinya):
"Banyak orang berpuasa, tetapi puasanya hanya menghasilkan lapar dan dahaga."
Meninggalkan maksiat adalah wajib untuk selamanya keatas orang yang berpuasa mahupun orang yang tidak berpuasa. Akan tetapi bagi orang yang berpuasa lebih hati-hati dan lebih wajib. Nabi SAW bersabda (yang ertinya):
"Puasa itu adalah perisai. Maka pada hari seorang dari kamu berpuasa, janganlah ia berkata keji dan berbuat kefasikan serta jangan mengganggu orang lain. Jika ada orang memarahinya atau memakinya, maka katakanlah: Sesungguhnya aku berpuasa."
Termasuk adab orang berpuasa ialah untuk tidak banyak tidur di siang hari dan tidak banyak makan di waktu malam. Hendaknya dia makan sekadarnya hingga dia merasakan sentuhan lapar dan dahaga supaya jiwanya menjadi baik dan syahwatnya menjadi lemah serta hatinya menjadi terang. Itulah rahsia puasa dan tujuannya.
Hendaklah orang yang puasa menjauhi kemahuan dan kesenangan syahwat serta kenikmatan yang banyak. Sedikit-sedikitnya adalah kebiasaan bersenang-senang itu hanya sekali di bulan Ramadhan dan lainnya. Ini adalah sedikit-dikitnya yang patut. Akan tetapi latihan dan menjauhi keinginan nafsu menimbulkan pengaruh besar dalam dalam menerangi hati dan secara khusus di tuntut di bulan Ramadhan.
Adapun orang-orang yang menjadikan bersenang-senang dan hidup mewah di bulan Ramadhan yang mereka tidak biasa lakukan diluar bulan Ramadhan, maka hal itu adalah tipu daya syaitan yang menipu mereka supaya mereka tidak merasakan keberkahan puasa mereka. Dan supaya tidak nampak pada mereka pengaruhnya berupa cahaya, mukassafat, sifat khusyuk kepada Allah dan tunduk dihadapan-Nya menikmati munajat-Nya dan pembacaan kitab-Nya serta dzikir-Nya.
Kebiasaan salaf kita adalah mengurangi kebiasan dan kesenangan nafsu serta memperbanyakkan amal baik di bulan Ramadhan secara khusus, meskipun hal itu sudah dikenal dari perilaku mereka dalam seluruh waktu. Termasuk adanya ialah tidak terlalu banyak mengurusi dunia di bulan Ramadhan, tetapi mengkhususkan diri beribadah kepada Allah dan menyebut namaNya sebanyak mungkin.
Janganlah ia mengurusi dunia, kecuali bila sangat mendesak bagi keperluannya atau keluarganya yang wajib diurusinya. Hal itu disebabkan bulan Ramadhan di antara bulan-bulan lain seperti hari Jumaat di antara hari-hari yang lain. Oleh kerana itu orang2 mukmin harus menjadikan hari Jumaat dan bulannya ini khusus untuk akhiratnya.
Termasuk sunnah adalah menyegerakan berbuka puasa dan berbuka dengan kurma, jika tidak menemukannya, maka mencukupi ianya berbuka dengan air. Adalah Nabi SAW berbuka sebelum shalat maghrib, Nabi SAW bersabda:
"Umatku selalu dalam kebaikan selama mereka menyegerakan dalam berbuka puasa dan mengakhiri sahur." Maka mengakhirkan sahur adalah sunnah pula. Orang yang puasa hendaknya makan sedikit.
Hal itu dimaksudkan supaya nampak pengaruh puasa padanya dan iapun bisa mendapat hikmahnya dan mencapai tujuannya, iaitu mendidik nafsu dan melemahkan keinginannya. Kerana rasa lapar dan kekosongan perut berpengaruh besar dalam menerangi hati dan kekuatan anggota badan dalam beribadah, sedangkan kekenyangan adalah menyebabkan kekerasan hati dan kelalaian serta kemalasan dalam melakukan ibadah. Nabi Muhammad SAW bersabda (yang ertinya):
"Tidaklah anak Adam mengisi wadah yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah anak Adam beberapa suap makanan untuk menegakkan tubuhnya. Jika ia tidak mampu menghindarinya, maka sepertiga perut itu untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya, dan sepertiga untuk nafasnya."
Seorang arif berkata: "Apabila perut menjadi kenyang maka semua anggota tubuh menjadi lapar, dan apabila perut menjadi lapar, maka semua anggota tubuh menjadi kenyang."
Maksud laparnya anggota-anggota tubuh adalah ibarat usaha dan keinginannya yang sangat untuk melampiaskan kesenangannya. Maka lidah suka bicara, mata suka memandang, dan telinga suka mendengar. Begitu juga anggota tubuh yang lain. Bangkitnya anggota-anggota tubuh itu adalah untuk mencari kelebihan dari kesenangannya ketika perut menjadi penuh.
Dan ketika perut kosong maka diamnya dan ketenangan anggota-anggota tubuh itulah yang diungkapkan dengan istilah kekenyangan anggota tubuh dan hal itu dapat disaksikan.
Sangat dianjurkan memberi makan orang-orang yang berpuasa, walaupun hanya beberapa butir kurma atau seteguk air. Nabi Muhammad SAW bersabda (yang ertinya):
"Barangsiapa yang memberi makan orang puasa, maka ia mendapat pahala seperti orang yang puasa itu tanpa mengurangi sedikitpun".
Pahala ini mampu diperolehi orang yang memberi makan untuk berbuka puasa, walaupun hanya air. Ada pun orang yang memberi makan orang yang berpuasa sesudah berbuka puasa dirumahnya atau ditempat lain, maka ia tidak mendapat pahala ini, tetapi mendapat pahala memberi makan, dan pahalanya besar.
Bagaimanapun, memberi makan orang yang berpuasa sehingga kenyang adalah perbuatan yang mendapat banyak pahala. - Sumber
Comments
abee ·
alhamdulillah.
Solehah ·
Semoga puasa kita semua menghasilkan ketakwaan kepada allah
Selamat berpuasa ISA...💝
Azam Al Husaini ·
Marhaban Ya Ramadhn .Bulan pencerahan bulan perdamaian .Ramai yg pucat lesu berpuasa menahan lapar dahaga demi redha Allah untuk menuju Taqwa .Keberhasilan menuju Taqwa agak kelabu ........ dikalangan umat melayu .
Sun Jun 21, 2015 7:17 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Telur Basuh di Bazar Ramadhan?
jueara74.blogspot.
Terpanggil mAklong nak berkongsi cerita dengan rakan fb mAklong. Cerita pasal telur yang dibasuh.Ada sesetangah ustaz kata kalau makan telur tidak dibasuh hukumnya syubhah,ada setengahnya boleh jatuh kepada haram.Wallahua
Dari situler mula mAklonG tahu rupa-rupanya nak masak telur, wajib basuh dulu.Alhamdulillah sampai sekarang mAklonG cuba praktikkan kalau nak makan kat luar mesti mencoye dulu cara orang yang masak tu.Yelahh kiranya bukan semua yang al-Arqam bawa tu sesat.Banyak juga yang boleh dipakai termasuklah cara muslimahnya menutup aurat.Bukan nak promote.Yang betul kita kena habaq mai.Yang tak betui pun kita kena habaq pi sama.Meh kita baca cete bawah ni untuk muhasabah diri..Selamat berpuasa!
Sebuah kisah di Bazar Ramadhan :
Dari Jauh kelihatan sebuah gerai di kerumuni ramai orang, Seorang Gadis menjenguk-jenguk kepalanya ke belakang meja jualan tersebut..
: Ye dik, nak berapa?
lalu dia menggelengkan kepalanya sambil tersenyum berlalu dan berlalu pergi..
: "hrmm kenapalah masyarakat tak perasan-perasan lagi.."
Menghampiri satu kedai yang lain..dijenguk-
: Ye dik nak berapa?
: "ishh..
lalu dihampiri isteri peniaga yang tengah membantu suaminya membungkus
: kak telur basuh tak?
: ehhh mestilah dik kita nak niaga rezeki halal dik..nak berapa?
(tersenyum2 dibuatnya)
: bagi saya 5 kak, mertabak daging 3, ayam 3..
Mode : martabak paling laku bulan puasa je..menu kegemaran Malaysia bulan Ramadhan.
Moral : Kepada pembeli concern dengan apa yang kamu beli untuk keluarga dan teman-teman mu..
kepada peniaga..Amalkan rezeki yang syubhah...carilah yang halal dibulan ramadhan yang mulia ini..
cuba anda bayangkan..
tangan peniaga berminyak mengambil sebiji telur dari papannya dan memecahkan telur tersebut..kemudian menebar dan menguli tepung untuk membuat martabak/oti canai seterusnya..
Fakta penting : teluar yang dijual dan disusun dipapan-papan telur adalah diambil terus dari reban dan tidak dicuci..jika tidak percaya sila lihat telur yang anda beli dirumah..kesan-
Posted by mAlonG Sufina
MAKAN TAIK AYAM
telokbakong.
hamirdin.blogspot.
Posted by Hamirdin b Ithnin
سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Walau pun badan letih letak, ku gagahi juga ke gerai Rmadhan di tempat ku sebab terasa pula nak makan yang sedikit kelainan semasa berbuka. Juga ingin sedikit juadah semasa moreh selepas tarawih. Memang aku telah duga dan telah ketahui, sekiranya berpuasa, dan merayau rayau sebelah petang cari makanan untuk berbuka, serakah selera akan menyuruh beli itu, dan itu dan ini dan ini, tambah ini, tambah itu dan tambah ini.
Jumpa satu gerai murtabak. Semasa berbuka puasa, murbatak adalah cuisine yang menyelerakan. Selama ini aku memang sentiasa ingat apa yang diceramah oleh Pak Yazid. Dia kata ramai orang makan taik ayam. Heran juga aku macam mana. Dia kata bila beli roti canai, apabila telur yang digunakan untuk dicampur dengan roti itu tidak dibasuh dan dicuci dulu dan berselekeh dengan taik ayam, orang yang pegang telur tu akan berselekeh tangannya dengan taik ayam. Kemudian dia pecahkan telur atas tepung uli, dan kemudian dia tenyek. Nyet nyet nyet. Seluruh tepung tu dah kena taik ayam. Seluruh tepung dan najis. Bila dah masak, dia hidangkan pada kau. Kau pun tibai. Nyam nyam nyam. Najis najis najis. Itulah kau makan taik ayam.
20 tahun dulu disebuah restoren di Sungai Besi, sebelum aku order roti canai, aku tanya si penebar, telur basuh tak? Soalan ku menjadikannya marah meletup letup. Kalau basuh nanti telur rosak katanya. Namun mengaku tidak sekali mau dia. Hari tu di gerai ramadhan yang menjual murtabak aku tanya: telur basuh tak? sebab aku lihat telur yang dalam tray tu berselepit dengan taik. Dia tak jawab, tapi aku tau, dia tak basuh. Aku beri tau, telur tu ada taik. Dia jawab, taik kat luar, telur kat dalam. Aku jawab, tangan kau pegang telur bertaik, taik tu najis, tangan kau jadi najis, lepas tu kau geromol murtabak, murtabak jadi najis. Kau beri orang makan najis. Siapa nak tanggung tu? Ah, terima kasih ya, jawabnya.
Kalau kau nak beli murtabak atau roti canai, kau tanya tak telur yang digunakan tu di basuh atau tidak?
Sun Jun 21, 2015 8:29 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
SYARIKAT UNIT AMANAH PILIHAN NOMBOR SATU PELACUR?????
Posted by OMAK KAU!!!!
Dahsyat sungguh .... sampai begitu sekali bangganya syarikat Unit Amanah Nombor 1 negara kita... sampaikan menjadi pilihan nombor 1 para pelacur.
Sebenarnya iklan ini salah eja .. nak kata pilihan nombor satu pelabur.

Sun Jun 21, 2015 8:30 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Perlu Tahu: Mengapa Ibu Bapa Tak Boleh Marah Anak Kecil Berdiri Depan TV
siakapkeli.my
Seringkali kita melihat ibu bapa memarahi anak-anak kecil kerana suka sangat berdiri di depan tv sehingga mengganggu tontonan mereka.
Maka akan terkeluarlah ayat seperti 'ha, masuklah dalam tv tu', 'tepilah sikit', 'jangan kacau' dan sebagainya.
Bagaimanapun, apa yang perlu ibu bapa tahu adalah perbuatan anak-anak kecil ini sesuatu yang normal secara psikologinya. Maka tiada sebab untuk ibu bapa marah atau mengamuk tak tentu pasal.
Perkongsian dari Dr Rozanizam Zakaria, seorang pakar psikologi melalui Facebooknya menyatakan perbuatan tersebut dikenali sebagai 'Egocentrism
"Egocentrism merupakan salah satu komponen pada fasa ini, dimana kanak-kanak merasakan mereka adalah 'centre of the universe'. Pandangan mereka terhad kepada pandangan peribadi dan tidak boleh modify pandangan tersebut berdasarkan pandangan orang lain. Hitam kata dia, hitamlah. Tak kira kita explain macam mana yang itu sebenarnya kelabu.
"Pada pandangan kanak-kanak, 'kalau saya nampak, orang lain mesti nampak juga!' (Sebab tu saya duduk depan tv, saya mana tau saya block view mak ngan ayah!)
"Egocentrism tidak sama dengan sifat 'selfish', ia hanya antara fasa pembentukan 'personal view'. Ada banyak lagi fasa yang mereka lalui sebelum kognitif mereka matang sebelum dewasa," kata Dr Rozanizam.
Dalam fasa pembesaran ini, ibu bapa disarankan untuk tidak menegur atau memarahi anak-anak kecil mereka secara sembarangan. Sebarang tindakan perlu diambil dan diukur mengikut perkembangan usia mereka.
Dr Rozanizam juga menambah tahap kematangan emosi berdasarkan faktor kognitif dan sosial tidak sama di kala usia yang berbeza.
"SEBAB ITULAH, Rasulullah menggariskan tarbiyyah anak-anak berdasarkan tahap umur. Umur 7 tahun suruh solat, 10 tahun baru rotan (Hadis Hasan, Riwayat Abu Daud). Begitu juga dalam hal mengasingkan tidur dan sebagainya. Ada fasanya yang perlu difahami oleh ibubapa," katanya lagi. -Siakapkeli.
Mengapa Kanak-kanak Suka Berdiri Depan TV? Ada Sebabnya..
bloglist-malaysia.
depalma-sp.blogspot
Ditulis Oleh Famili Ceria
Mengapa Kanak-kanak Suka Berdiri Depan TV? Ada Sebabnya.. - Anak mana yang tak pernah berdiri betul-betul depan tv waktu kita menonton? Mari lihat apa kata ilmu psikologi. "Ha, masuklah dalam tv tu!" ayat wajib mak ayah. Ibubapa yang mana pula tak pernah naik angin sebab anaknya 'block' view mereka.
Mungkin ramai yang terkejut kalau saya katakan bahawa perilaku tersebut sebenarnya menunjukkan anak anda 'normal' secara psikologi. Anda patut bersyukur dan bukannya mengamuk.
Apa yang ramai tidak tahu ialah, sebenarnya perilaku tersebut ialah sebahagian daripada fenomena dipanggil 'EGOCENTRISM' menurut Piaget Cognitive Model.
Menurut Piaget (1896-1980), kanak-kanak memahami dunia sekeliling mengikut fasa-fasa yang bertahap. Pada usia kanak-kanak 2 hingga 7 tahun, fasa ini dipanggil PREOPERATIONAL.
Egocentrism merupakan salah satu komponen pada fasa ini, dimana kanak-kanak merasakan mereka adalah 'centre of the universe'.
Pandangan mereka terhad kepada pandangan peribadi dan tidak boleh modify pandangan tersebut berdasarkan pandangan orang lain. Hitam kata dia, hitamlah. Tak kira kita explain macam mana yang itu sebenarnya kelabu.
Pada pandangan kanak-kanak, 'kalau saya nampak, orang lain mesti nampak juga!' (Sebab tu saya duduk depan tv, saya mana tau saya block view mak ngan ayah!)
Egocentrism tidak sama dengan sifat 'selfish', ia hanya antara fasa pembentukan 'personal view'. Ada banyak lagi fasa yang mereka lalui sebelum kognitif mereka matang sebelum dewasa.
'Kalau biar, rabun mata nanti doktor..'
Posting ini bukan bermakna kita tidak boleh menegur. Cuma saya ambil specifically contoh anak berdiri di hadapan tv ini untuk membawa ibubapa memahami bahawa ada perilaku anak-anak ialah petanda perkembangan emosi dan kognitif mereka.
Beza melihat anak berbuat sesuatu kerana 'nakal' dan berbuat sesuatu kerana sifat 'semulajadi kanak-kanak'yang menjadi sebahagian dari perkembangan usia mereka.
Oleh itu, jangan sebarangan mengkritik, menghentam dan memarahi anak-anak. Tindakan kita dalam mendisiplinkan anak-anak MESTI sejajar dengan tahap perkembangan mereka.
Ini yang kita selalu silap. Terutama kalau ada anak lebih dari 2,3 orang. Kita hentam samarata yang umur 3 tahun kena marah sebab yang sama dengan apa yang umur 7 tahun buat. Padahal tahap kematangan emosi, kognitif dan sosial mereka tidak sama.
SEBAB ITULAH, Rasulullah menggariskan tarbiyyah anak-anak berdasarkan tahap umur. Umur 7 tahun suruh solat, 10 tahun baru rotan (Hadis Hasan, Riwayat Abu Daud). Begitu juga dalam hal mengasingkan tidur dan sebagainya.
Ada fasanya yang perlu difahami oleh ibubapa.
Banyak lagi perilaku anak-anak yang sebenarnya hanya mencerminkan tahap perkembangan mereka dan bukannya petanda 'nakal'.
Sun Jun 21, 2015 8:30 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
KESILAPAN DALAM BERPUASA
malaysiaberih.blogspot.
utusankini.com
Posted by Arijal
MELAKUKAN KESALAHAN
Dalam setahun, ada satu bulan yang kedatangannya selalu dinantikan oleh orang-orang beriman. Ia adalah bulan Ramadhan Al-Mubarak. Alhamdulillah, bulan yang sangat kita rindukan itu kini telah tiba. Pada bulan ini Allah mencurahkan kebaikanNya untuk segenap hamba-hambaNya yang beriman. Di bulan ini, para sahabat dan As-Salafus Shalih terdahulu selalu berlumba-lumba melakukan kebaikan dan amal ibadah.
Namun kini, keadaan umat Islam sungguh memilukan. Majoriti mereka bukan saja lemah untuk diajak berfastabiqul khairat (berlumba-lumba dalam kebaikan) di bulan yang penuh kemuliaan ini, tetapi sebaliknya mereka sering pula melakukan berbagai kesalahan. Antaranya:-
1. Berpuasa tetapi tidak solat
Sanggup berlapar dahaga tapi tidak sanggup menunaikan solat; anak disuruh berpuasa tapi dibiarkan tidak solat; juga ada orang yang berpuasa, tetapi meninggalkan solat atau hanya solat ketika bulan Ramadhan saja. Orang semacam ini puasa dan sedekahnya tidak bermanfaat sebab solat adalah tiang utama agama Islam.
2. Tidak menjaga batas-batas agama
Tidak menjaga batas-batas aurat; lelaki memakai seluar pendek dan perempuan pula tidak bertudung.
3. Menghabiskan masa dengan menonton TV, Video dan CD.
4. Merebut peluang mencari duit dengan berniaga tapi meninggalkan peluang mendapat pahala berganda-ganda.
5. Semakin cepat marah
Sepatutnya mengawal kemarahan di bulan yang menuntut kita supaya banyak bersabar.
6. Membazir ketika berbuka puasa
Mengikut hawa nafsu ketika menyediakan makanan untuk berbuka puasa.
7. Tidak mengeluarkan zakat fitrah
8. Membiarkan atau menggalakkan anak-anak bermain mercun
Yang menyedihkan, tindakan tersebut mengakibatkan gangguan kepada para jemaah yang menunaikan solat Tarawih di masjid dan surau yang berdekatan; dan sepatutnya digalakkan anak-anak menyambut bulan yang mulia ini dengan beribadah kepada Allah.
9. Hanya puasa makan dan minum sahaja
Tidak menjaga anggota pancaindera seperti mata, lidah, telinga dan yang lainnya; Rasulullah SAW bersabda;
Barangsiapa tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak mengharapkan puasanya dari makan dan minum." (Hadis riwayat Al-Bukhari)
10. Tanpa persediaan mental dan emosi tentang matlamat, kelebihan dan kedudukan puasa Ramadhan
Sepatutnya berbekal dengan ilmu dan gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak;
Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui." (An-Nahl:43)
Dan Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa dikehendaki baik oleh Allah, nescaya ia difahamkan dalam urusan agamanya." (Muttafaq Alaih).
11. Menang sorak, Tarawih ala kadar
Solat secara 'ekspress'; dan juga melakukan gerakan-gerakan dalam solatnya dengan amat cepat, sehingga menghilangkan maksud solat itu sendiri. Mereka dengan cepat membaca ayat-ayat suci Al- Qur'an, padahal semestinya ia membaca secara tartil. Mereka tidak thuma'ninah (tenang) ketika ruku', sujud, bangun dari ruku' dan ketika duduk antara dua sujud. Ini menyebabkan solat menjadi tidak sempurna;
Rasulullah SAW bersabda kepada orang yang tidak thuma'ninah dalam solatnya; "Kembalilah, lalu solatlah kerana sesungguhnya engkau belum solat." (Muttafaq Alaih) silap bacaan selawat;
Tidak istiqamah bertarawih. Hanya ramai di 10 malam pertama sahaja; dan juga Saf solat Tarawih tidak dipenuhkan.
12. Tadarus Al-Qur'an hanya di bulan Ramadhan saja.
13. Tidak mahu bersahur
Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Abu Hurairah RA berkata, sabda Rasulullah SAW;
Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma." (Hadis riwayat Ibnu Hibban dan Baihaqi)
Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Setan-setan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu.
Amirul Mukminin k.w. berkata,:Aku berdiri dan berkata,"Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama dibulan ini?" Jawab Nabi:Ya abal Hasan! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah".
Sumber: "Puasa Bersama Rasulullah", karangan Ibnu Muhammad, Pustaka Al Bayan Mizan.
----- Original Message -----
From: Azari Bin Tajudin
Subject: Puasa
_,_.___
Beberapa kesilapan sepanjang Ramadhan
Posted by Kedah Lanie
Zaharuddin Abd Rahman,
Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim dalam bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dalam surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadis sahih tentang Sayyidatina Aisyah RA yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.
Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-
1.Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).
Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadis, Ertinya: "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu." (Riwayat al-Bukhari)
2.Makan sahur ketika waktu tengah malam kerana malas bangun pada akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)
3.Bersahur dengan hanya makan dan minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.
Firman Allah ketika memuji orang mukmin yang bermaksud:
"Dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar." (Surah az-Zariyyat : ayat 18)
Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat): Wahai Rasulullah: Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah SWT); jawab Nabi: Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu." (Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi: Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)
4.Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.
5.Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.
6.Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan dikira dengan niat, jika niat utama seseorang itu (sama ada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadis riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)
7.Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja pada siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya ketika Ramadhan ini.
8.Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadis yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)
9.Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur. Hal ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)
10.Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah dan didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.
11.Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, sama ada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan Rasul-Nya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.
Nabi Muhammad menceritakan, maksudnya:
"Menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, walhal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit: Wahai Tuhanku... wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram.. Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya." (Riwayat Muslim, no 1015, 2/703; hadis sahih)
Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram? Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri daripada riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.
12.Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut,ertinya:
"Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi." (Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah makbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadis, maksdunya.
"Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak." ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi: Sanadnya sahih)
http://www.zaharuddin.net

Selepas Catat 8 Kematian Kerana "Airbag" Meletup, Honda Akan Tarik Balik 34 Juta Buah Keretanya Dari Pasaran
siakapkeli.my
Pengeluar kereta ternama Jepun, Honda Motors telah dilaporkan menarik balik sebanyak 34 juta keretanya yang berada di pasaran dunia kerana masalah kualiti beg angin yang dipasang mereka.
Penarikan ini telah dipersetujuan oleh syarikat Takata pembuat beg yang berpengkalan di Tokyo dimana ia melibatkan Honda Civic keluaran 2001 - 2005 dan Honda Accords 2003 - 2007 di mana kereta sedan ini menjadi kereta ke2 dan ke 3 paling laris di Amerika.
Ini kerana telah barlaku lebih 190 kejadian beg angin tersebut meletup seluruh dunia di mana mengorbankan lapan orang setakat ini.
Syarikat itu mengesahkan kematian seorang wanita di Louisiana pada bulan April selepas inflator rosak dalam beg udara kereta Honda Civic model 2005 meletup.
34 juta penarikan kereta adalah satu rekod yang amat besar bagi pengeluar kereta gergasi berkenaan.
Dilaporkan mereka kini sedang giat melakukan kajian untuk mencari punca utama letupan yang menyebabkan maut itu. - Siakapkeli.my
Sun Jun 21, 2015 8:28 pm (PDT) . Posted by:
"MetalWorks Calibra" azz95
Ada cara ke nak disable airbag tu? Maybe cabut fuse ka. Atau uninstall
terus dan guna nardi ka momo ka. Hanya bertanya la maklumla saya x arif
sangat
On 21 Jun 2015 23:30, "'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [automobil]" <
automobil@yahoogroups.com> wrote:
>
>
>
>
> *Selepas Catat 8 Kematian Kerana "Airbag" Meletup, Honda Akan Tarik
> Balik 34 Juta Buah Keretanya Dari Pasaran *
> siakapkeli.my
>
>
> <http://4.bp.blogspot.com/-iZXKj6Jk5HA/VX-N4NeAcCI/AAAAAAAASGc/uuXTpKvj6hc/s1600/hondas.jpg>
>
> Pengeluar kereta ternama Jepun, Honda Motors telah dilaporkan menarik
> balik sebanyak 34 juta keretanya yang berada di pasaran dunia kerana
> masalah kualiti beg angin yang dipasang mereka.
>
> Penarikan ini telah dipersetujuan oleh syarikat Takata pembuat beg yang
> berpengkalan di Tokyo dimana ia melibatkan Honda Civic keluaran 2001 - 2005
> dan Honda Accords 2003 - 2007 di mana kereta sedan ini menjadi kereta ke2
> dan ke 3 paling laris di Amerika.
>
> <http://2.bp.blogspot.com/-CSo5HmbL_dU/VX-SV34JZCI/AAAAAAAASGo/2UVABLqCQiI/s1600/honda1.jpg>
>
> Ini kerana telah barlaku lebih 190 kejadian beg angin tersebut meletup
> seluruh dunia di mana mengorbankan lapan orang setakat ini.
>
> Syarikat itu mengesahkan kematian seorang wanita di Louisiana pada bulan
> April selepas inflator rosak dalam beg udara kereta Honda Civic model 2005
> meletup.
>
> 34 juta penarikan kereta adalah satu rekod yang amat besar bagi pengeluar
> kereta gergasi berkenaan.
>
> <http://3.bp.blogspot.com/-LxoTbCvu11A/VX-SXrP31vI/AAAAAAAASG0/EAaFVdJCWH0/s1600/honda.jpg>
>
> Dilaporkan mereka kini sedang giat melakukan kajian untuk mencari punca
> utama letupan yang menyebabkan maut itu. - *Siakapkeli.my
> <http://siakapkeli.my/>*

Sun Jun 21, 2015 8:31 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Hadith-hadith Fadhilat Puasa Ramadhan
~ASSALAMUALAIKUM~
InsyaAllah sempena bulan barakah dan rahmat, bulan Ramadhan ini saya akan cuba berkongsi entry berkenaan puasa. Banyak juga sebenarnya maklumat Ramadhan yang kita tak tahu dan mungkin selama ni agak malas nak ambil tahu, so Ramadhan kali ni kita serap info Ramadhan ni sedikit demi sedikit. Kali ni saya nek berkongsi sedikit hadith fadhilat Ramadhan yang dipetik dari halaqah.net.
Hadith 1
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu.
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."
Hadith 2
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."
Hadith 3
Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."
Hadith 4
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."
Hadith 5
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."
Hadith 6
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."
~SELAMAT BERPUASA RAMADHAN~
Sun Jun 21, 2015 8:31 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Proton Suprima Memotong Secara Merbahaya Sehingga Hampir Menyebabkan Kemalangan
bloglist-malaysia.blogspot
depalma-sp.blogspot
Ditulis Oleh Famili Ceria
Video Proton Suprima Hampir Menyebabkan Kemalangan, WA4620D - Assalamualaikum, di bawah menunjukkan video yang dikongsi oleh Mior Norr Azrin mengenai cubaan memotong secara merbahaya oleh sebuah Proton Suprima di area mana saya pun tak pasti.. Yang penting mak kau hijau.
Proton Suprima tersebut bernombor plat WA4620D. Menurut video tersebut, kejadian ini berlaku pada jam 10 pagi 16/6/2015.

Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)
Sun Jun 21, 2015 8:32 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Keutamaan Memuliakan Ulama
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.
Ulama adalah pewaris para Nabi. Para ulama mempunyai peranan penting sebagai pemimpin umat untuk meneruskan dan memelihara syiar dan kemuliaan Islam. Rasulullah S.A.W memerintahkan umatnya untuk menghormati dan memuliakan para ulama. Bahkan, satu dari tiga perkara yang dikhuatiri Nabi Muhammad S.A.W adalah umat Islam akan mengabaikan dan tak mempedulikan alim ulama.
Kebimbangan Rasulullah S.A.W itu nampaknya sudah mulai terjadi. Tak sedikit umat yang mulai mengabaikan, melecehkan, menghina dan menentang alim ulama. Betapa tidak, tak sedikit orang yang memperolok-olok dan mentertawakan fatwa-fatwa ulama. Padahal, sesungguhnya, fatwa itu ditetapkan untuk melindungi kehidupan umat.
''Menurut ajaran Islam, perbuatan seperti itu sangat berbahaya,
Lalu bagaimana membezakan ulama suu' (buruk) dengan ulama rasyad (diberi petunjuk)? Menurut Syeikh al-Kandahlawi, tak ada batasan tertentu dalam hal ini. Untuk itu, ada dua hal yang perlu diperhatikan umat berkaitan masalah ini. Pertama, jika seorang ulama belum dipastikan sebagai ulama suu', jangan sekali-kali kita membuat keputusan apa-apa terhadapnya.
Kedua, jika hanya kerana berprasangka buruk bahawa si penceramah adalah ulama suu', janganlah sekali-kali membantah ucapannya begitu saja tanpa diselidiki terlebih dahulu, kerana sikap seperti itu merupakan kezaliman.
Allah S.W.T berfirman dalam Al-Quran surat al-Israa ayat 36: ''Janganlah kamu mengikuti sesuatu yang kamu tidak ada pengetahuan tentangnya, sesungguhnya pendengaran, penglihatan serta hati, semuanya akan ditanya.'
Menurut Syeikh al-Kandahlawi, Rasulullah S.A.W mengajarkan agar umatnya bersikap hati-hati, yakni tak menolak atau membenarkan sesuatu begitu saja, sebelum kita mengetahuinya dengan pasti.'
Syeikh al-Kandahlawi mengingatkan, ulama Haqqani, ulama Rusydi (yang benar) dan ulama Khairi yang baik adalah manusia juga. '' Yang ma'sum hanyalah para Nabi. Oleh sebab itu, jika ada kesalahan, kelemahan dan kekurangan pada diri mereka, tanggung jawabnya kembali kepada diri mereka sendiri,'
Menurutnya, hanya Allah S.W.T yang berhak menentukan sama ada azab atau keampunan bagi mereka. Syeikh al-Kandandahlawi mendedahkan, orang-orang yang mengajak untuk berburuk sangka, membenci dan berusaha menjauhkan alim ulama dari umat termasuk penyebab kerosakan agama. Orang yang seperti itu, kata Syeikh al-Kandahlawi, akan mendapat azab yang keras.
Rasulullah S.A.W bersabda,'
''Bukan termasuk umatku orang yang tak menghormati orang tua, tidak menyayangi anak-anak dan tidak memuliakan alim ulama.'
''Pertama, keduniaan berlimpah, sehingga manusia saling mendengki. Kedua, orang-orang jahil yang berusaha menafsirkan Al-Quran dan mencari-cari ta'wilnya, padahal tak ada yang mengetahui ta'wilnya kecuali Allah. Ketiga, alim ulama diabaikan dan tidak akan dipedulikan oleh umatku.'
''Dewasa ini, pelbagai ucapan buruk telah dilontarkan kepada alim ulama,'
Menurutnya, seluruh Muslim di dunia wajib mewujudkan masyarakat Islam yang dapat melahirkan alim ulama yang hakiki. Sebab, kewujudan ulama di tengah-tengah umat merupakan fardhu kifayah. '' Apabila suatu jamaah sudah mewujudkannya, maka tuntutan undang-undang darfu gugur dari semuanya. Jika kita lalaikan usaha mewujudkan ulama yang hakiki, maka kita semua berdosa,'
Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Bahawasanya Allah s.w.t. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah s.w.t. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain." (Hadits Riwayat Muslim)
Keterangan
Sekarang ini alim-ulama sudah berkurangan. Satu demi satu pergi meninggalkan kita. Kalau peribahasa Melayu mengatakan, "patah tumbuh, hilang berganti", peribahasa ini tidak tepat herlaku kepada alim ulama. Mereka patah payah tumbuh dan hilang payah berganti. Sampailah suatu saat nanti permukaan bumi ini akan kosong dari Ulama. Maka pada masa itu sudah tidak bererti lagi kehidupan di dunia ini. Alam penuh dengan kesesatan. Manusia telah kehilangan nilai dan pegangan hidup. Scbenarnya, alim ulama lah yang memberikan makna dan erti pada kehidupan manusia di permukaan bumi ini. Maka apabila telah pupus alim ulama, hilanglah segala sesuatu yang bernilai.
Di ahir-akhir ini kita telah melihat gejala-gejala yang menunjukkan hampirnya zaman yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w tadi. Di mana bilangan alim ulama hanya tinggal sedikit dan usaha untuk melahirkannya pula tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Pondok-pondok dan sekolah-sekolah agama kurang mendapat perhatian daripada cerdik pandai. Mereka banyak mengutamakan pengajian-pengajian di bidang urusan keduniaan yang dapat meraih keuntungan harta benda dunia. Ini lah realiti masyarakat kita di hari ini. Oleh itu, perlulah kita memikirkan hal ini dan mencari jalan untuk menyelesaikannya.
Dari Sahl bin Saad as-Saaidi r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; 'Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu masa di mana para ulama sudah tidak diikut lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasihnya)." (Hadits riwayat Ahmad)
Keterangan
Mungkin zaman sekarang ini sudah mendekati keadaan yang telah digambarkan oleh Rasulullah s.a.w ini. Masyarakat sudah agak jauh dari para ulama. Mereka takut mendekati para ulama, kerana khuatir perbuatan mereka akan ditegur. Orang tidak segan lagi membuat maksiat walau pun di hadapan orang yang tinggi akhlaknya. Terkadang, sengaja perkara maksiat itu dibuat di hadapan para Ulama untuk menyatakan rasa ego dan sekaligus untuk menyinggung perasaan mereka. Golongan ini juga pandai bercakap dan sering memutarbelitkan kenyataan. Percakapan mereka begitu halus dan memikat orang lain pada hal hati mereka adalah hati harimau yang bersedia untuk menerkam dan memangsa musuhnya.
[Dipetik dari 42 Hadith tentang Peristiwa Akhir Zaman oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam)]
"
............
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: izharhalki
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Facebook: Fanpage Automobil
http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil
http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
Web:
OILYMAN
http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia
http://bloginmalaysia.com
Kataloh
http://kataloh.com
Cari Mudah
http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort
http://besthotelreviews.org
Enplegu.com
http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews
http://besthotelreviews.info
Blog Soccers
http://blogsoccers.com
Google Adsense Program
http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment
http://azamientertainment.com
Din Apartment
http://dinapartment.com
University College Online
http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga
http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info
http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download
http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition
http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker
http://laptopskinsticker.com
Fri Nov 30, 2012 9:22 pm
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
Salam Sejahtera semua.
Mulai 28 November 2012, ahli group Automobil tidak boleh "HIDE ID".
In disebabkan polisi baru Yahoo Groups yang tidak membenarkan menukar alamat email asal seperti sebelum ini.
Jadi kepada sesiapa yang ingin "HIDE ID" sila email dan minta pada kawan-kawan anda untuk melakukan posting sekaligus merahsiakan alamat email syarikat tempat anda bekerja.
Group Automobil juga telah memberikan akses penuh kepada kebanyakan ahli yang aktif terus post email ke group tanpa tapisan moderator tetapi masih di pantau.
Sekian,
Terima Kasih.
Iwan
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments:
Post a Comment