Friday, June 26, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4236

3 Messages

Digest #4236
1
Fw: Volkswagen Polo Langgar Kereta Polis by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
2
Fw: INILAH SURAU TERBAIK DI MALAYSIA... by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
3
Fw: Ramadan, Fakta Amalan Sunnah 3 by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Thu Jun 25, 2015 8:35 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Identiti Pemandu Volkswagen Polo Langgar Kereta Polis Sudah Dikenal Pasti
siakapkeli.my

Semalam menjadi viral dilaman sosial apabila tersebarnya sebuah video yang menunjukkan sebuah kereta jenis Volkswagen Polo telah melanggar sebuah kereta polis peronda dan melarikan diri selepas kejadian berkenaan.

Kejadian tersebut telah disahkan oleh Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur DSP S Markandan menerusi kenyataan kepada sebuah akhbar.

Kejadian tersebut dikatakan telah berlaku oada jam 8.55 pagi semalam di sebuah terowong Jalan Pudu menghala ke pusat bandar.

"Pemandu kenderaan sudah dikenalpasti di mana dia merupakan seorang penuntut kolej yang melarikan diri sejurus melanggar kereta peronda polis."

"Bagaimanapun penuntut berkenaan telah membuat satu laporan polis selepas kejadian berkenaan" katanya.

Penuntut berkenaan dipercayai telah memandu dalam keadaan khayal dan kini disiasat dibawah pengaruh minuman keras atau dadah. - Siakapkeli.my

INILAH WAJAH PELAJAR YANG LANGGAR LARI KERETA PERONDA POLIS DALAM KEADAAN MABUK YANG BERJAYA DITAHAN.

Posted by OMAK KAU!!!!

Pemandu kereta jenis Volkswagen Polo yang dirakam memandu laju sebelum merempuh sebuah kereta peronda (MPV) polis namun kemudian memecut meninggalkan lokasi kemalangan sudah ditahan polis dan siasatan awal mendapati dia memandu dalam keadaan mabuk.

Menurut maklumat daripada sumber polis, pemandu lelaki terbabit yang berusia 21 tahun itu ditahan ketika tampil membuat laporan polis mengenai kemalangan berkenaan.

Ujian sampel pernafasan yang diambil daripada suspek yang merupakan pelajar sebuah kolej swasta mengesahkan dia memandu di bawah pengaruh alkohol.

Kemalangan berkenaan berlaku kira-kira jam 8.55 pagi 22 Jun lalu di Jalan Pudu menghala ke arah Pusat Bandaraya.

Kejadian berlaku di lorong paling kiri apabila kereta Volkswagen Polo yang dipandu laju itu hilang kawalan lalu merempuh bahagian belakang MPV polis dari Daerah Wangi jenis Proton Waja itu yang sedang melakukan tugas rondaan.

Akibat daripada rempuhan itu, MPV polis itu berpusing beberapa kali sehingga terbabas ke kanan jalan.

Dua anggota polis di dalamnya bagaimanapun bernasib baik kerana terselamat tanpa sebarang kecedaraan.

Suspek juga didapati tidak mengalami sebarang kecederaan serius ketika tampil membuat laporan.

Dia kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis setelah kenyataannya dirakamkan.

Thu Jun 25, 2015 8:36 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

INILAH SURAU TERBAIK DI MALAYSIA...
bloglist-malaysia.blogspot.
naimnikmat.blogspot.
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Thu Jun 25, 2015 8:36 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Ramadan, Fakta Amalan Sunnah 3

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

"

Ramadan, Masih ada lagi tentangnya kita tidak tahu! Ramadan adalah bulan bonus dengan gandaan pahala yang 'unknown, unlimited, infinite' tetapi pastinya jauh lebih besar daripada 700 kali ganda. Hadith Qudsi: "Setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada sepuluh hingga 700 kali ganda, maka berkata Allah SWT : Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah khas untukKu dan Akulah yang akan membalas kebaikannya, mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat mereka (di siang hari) hanya keranaKu" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim) .

Peluang kepada special bonus ini akan terjejas jika kita tidak berwaspada "Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan buruk dan perbuatannya tatkala puasa, maka tiada hajat Allah baginya (kerana pahala akan terhapus) walaupun meninggalkan makanan dan minumannya" (Riwayat Al-Bukhari, 4/1903 - Fath al-Bari).

Takkan masih tewas, tanpa kacau ganggu syaitan!

Nabi SAW telah menyebut juga bahawa pintu syurga dibuka, ditutup pintu neraka serta dibelenggu para syaitan (Riwayat Al-Bukhari, 1/18 ; Muslim, 1/41) Sebahagian ulama berpandangan bahawa ia membawa maksud ketidakmampuan Syaitan menguasai orang yang berpuasa sebagaimana penguasaannya di luar bulan ramadhan. ( Al-Muntaqa Min At-Targhib Wa at-Tarhib, Al-Munziri dan Al-Qaradawi, 1/313 )

Justeru, amalan yang berdasarkan nas yang kuat berikut perlu dilakukan:-

1) Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.

2) Besahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana). "Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya" (Al-Bukhari, 4/1923 ; Muslim). Baginda SAW juga menyebutkan bahawa Malaikat sentiasa meminta ampun bagi orang yang bersahur. (Riwayat Ahmad, 3/12 ; Hadith Hasan). Selain makan tatkala itu adalah amat digalakkan kita untuk mendirikan solat sunat tahajjud, witr dan beristifghar dan lain-lain amalan sebelum menunaikan solat subuh berjemaah(bagi lelaki).

3) Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.

4) Memperbanyakkan doa semasa berpuasa. Ertinya : Tiga yang tidak ditolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, pemerintah yang adil dan doa orang yang dizalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah ; Hadis Hasan menurut Imam At-Tirmidzi dan Ibn Hajar, sohih menurut Syeikh Ahmad Syakir)

5) Memperbanyakkan doa ketika hampir berbuka
hadith Nabi s.a.w Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala waktu berbukanya,adalah waktu doa yang tidak ditolak ( Riwayat Ibn Majah ; Sohih)

6) Menyegerakan berbuka puasa selepas kepastian masuk waktu maghrib. Ertinya : "Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan sepannjang kamu menyegerakan berbuka" ( Riwayat Al-Bukhari, 4/1957).

7) Adalah digalakkan pula untuk berbuka dengan beberapa biji rutab ( kurma basah) atau tamar (kurma kering) sebagai mengikuti sunnah, dan jika tiada keduanya mulakan dengan meneguk air. Ertinya : Rasulullah s.a.w berbuka dengan kurma basah (rutab) sebelum solat dan sekiranya tiada rotab, maka tamar dan jika tiada, baginda meminum beberapa teguk air" ( Riwayat Abu Daud, Ahmad & At-Tirmidzi)

Sambil memboca doa berbuka yang sohih dari nabi iaitu
ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله
" Zahaba az-Zama u wabtallatil 'uruq wathabatal ajru InsyaAllah"
Ertinya : "Telah hilanglah dahaga, telah basah urat leher dan telah tetap mendapat pahalanya InshaAllah " Riwayat Abu Daud, 2/2357 : Hadith Hasan menurut Albani).

8) Amat disunatkan untuk menyedeqahkan harta bagi mempersiapkan juadah berbuka untuk orang ramai terutamanya orang miskin. Nabi SAW bersabda : Ertinya : Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun" ( Riwayat At-Tirmidzi, 3/807; Hadith Hasan menurut Imam At-Tirmidzi).

Ertinya : Barangsiapa yang mengenyangkan seorang yang berpuasa ( berbuka), Allah akan memberinya minum dari telagaku ini dengan satu minuman yang tidak akan haus sehinggalah ia memasuki syurga " (Riwayat Al-Baihaqi ; Ibn Khuzaymah dalam Sohihnya : rujuk juga Tuhaftul Ahwazi, )

9) Menunaikan solat sunat terawih pada malam hari secara berjemaah buat lelaki dan wanita atau boleh juga dilakukan secara bersendirian. Ia berdasarkan hadith riwayat An-Nasaie yang sohih.

10) Bersiwak (iaitu menggunakan kayu sugi tanpa air dan ubat gigi). Ia juga sohih dari Nabi SAW dari riwayat al-Bukhari.

11) Amaran bagi berbuka di siang ramadhan tanpa uzur :
Nabi SAW bersabda dalam hadith sohih ancaman berat dengan digantung di dagunya dengan terbalik hingga darah mengalir bagi individu cuai. (lihat Al-Muntaqa min At-Tarhib wa targhib).
Selain itu, Nabi juga menyebut bahawa : "Barangsiapa yang berbuka tanpa uzur pada Ramadhan, maka ia tidak mampu mengantikan kerugian dari puasa yang ditinggalkan itu, walaupun ia berpuasa selama-lamanya"; ( Riwayat Abu Daud, Ibn Majah)

Diringkaskan dari sumber www.zaharuddin.net/

hisham-ahmad.blogspot.com
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: hishamahmad
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: