Sunday, June 28, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4238

3 Messages

Digest #4238

Messages

Sat Jun 27, 2015 9:48 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Pakar Ekonomi Bagi Amaran, Kejatuhan Ringgit Petanda Kos Sara Hidup Akan Lebih Tinggi
siakapkeli.my

KEJATUHAN nilai ringgit adalah tanda-tanda bahawa kos sara hidup akan lebih meningkat selain kenaikan harga barang dari makanan hingga ke lampin bayi selepas cukai barang dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan, itu adalah amaran yang dikeluarkan oleh Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca).

Memetik laporan The Malaysian Insider, dengan kejatuhan nilai ringgit paling rendah sejak 9 tahun lalu menyebabkan kebanyakan kos import bahan mentah dan barangan siap mengalami kenaikan harga.

Menurut pakar, kejatuhan hilai ringgit pada masa ini merupakan satu elemen yang memberi eksan keapda ekonomi negara terutamanya untuk menghadapi tekanan kejatuhan harga minyak, hutang tinggi dan inflasi.

Walaupun sebelum ini Bank Negara Malaysia (BNM) telah memgelaurkan kenyataan bahawa kejatuhan ini hanya bersifat sementara tetapi perkara ini telah dipertikaikan oleh pakar ekonomi kerana kelemahan mata wang ringgit telah mencerminkan tahap ekonomi itu sendiri.

"Nilai mata wang sesebuah negara seperti termometer yang mengukur tahap kesihatan ekonomi, bacaan ekonomi sekarang tidak berapa baik," kata bekas ketua setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Ramon Navaratnam.

Jika keadaan ekonomi kita sekarang dalam keadaan 'sakit' maka semua golongan rakyat akan menghadapi situasi sukar.

Nilai ringgit sekarang (9 Jun) satu dolar US bersamaan dengan RM3.77 dimana ia hampir sama dengan RM3.80 semasa krisis kemelesetan ekonomi Malaysia pada 1997.

Pada 9 Juga dalam satu kenytaan kepada Bloomber, Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar berkata mata wang tidak diniagakan pada tahap yang mencerminkan dasar ekonomi Malaysia.

Di dalam ekonomi, fundamental merupakan tiang asas ekonomi Malaysia.

Berdasarkan Laman web Investopedia menjelaskan ia meliputi kadar pekerjaan dan inflasi, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), penggunaan peribadi dan lain-lain yang boleh mempengaruhi nilai mata wang.

Menurut kata pakar ekonomi bebas, Sdr Azrul Azwar Ahmad Tajuddin bersetuju dengan sentimen BNM dengan ebrkata ringgit secara kasarnya di bawah nilai hanyalah sementara.

"Ekonomi negara kini lebih kuat berbanding 1997-1998 ketika dibelenggu dengan rizab asing yang rendah, kejatuhan ekuiti pasaran, pinjaman tidak berbayar dan kadar tertunggak," katanya.

Selain itu, menurut pakar akademik Prof Tan Sri Kamal Sali dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Malaya berkata kredibiliti kerajaan dalam menguruskan ekonomi amat penting dan mempengaruhi pemain pasaran.

"Hutang yang tinggi contohnya merupakan masalah struktur dan ia memberi kesan kepada persepsi pemain pasaran," katanya.

Keyakinan terhadap ringgit dan apabila ia mula terjadi apabila tahap keyakinan ekonomi menurun di mana unsur negatif terhadap ekonomi dan ringgit mula mempengaruhi satu sama lain.

Keadaan ekonomi yang lemah menjejaskan keyakinan pelaburan langsung asing dan modal swasta akan mula mengalir keluar dari negara.

Putrajaya perlu menangani kejatuhan ini dengan membanteras rasuah, mengamalkan urus tadbir yang baik dan menyelesaikan isu seperti saga 1Malaysia Development Berhad.

Menurut Azrul Azwar nilai ringgit yang rendah sebenarnya memberi leboih banyak keburukan dari kebaikan kerana ia mendatangkan manfaat kepada pengeksport terutama dalam sektor pelancongan dan pelaburan.

"Namun industri yang perlu mengimport bahan mentah akan merana kesan kenaikan kos dan mendapat pulangan rendah."

"Setakat ini pengeksport Malaysia nampaknya gagal mengambil kesempatan daripada kelemahan ringgit sejak eksport secara kasarnya jatuh ke paras 8.8% pada April 2015.

"Jika trend kejatuhan eksport kekal dalam beberapa bulan akan datang, ketika itu kita mula bimbang," katanya.

Memandangkan Malaysia mengimport banyak makanan segar, harga itu tentunya akan meningkat jadi harga akan terus naik tetapi bukan pendapatan. - Siakapkeli.my

Sumber: The Malaysian Insider

Sat Jun 27, 2015 9:48 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Panduan Lengkap Cara Hendak Membayar, Waktu, Kadar Semasa Dan Syarat Wajib Pembayar Zakat Fitrah
siakapkeli.my

Zakat Fitrah adalah sejenis zakat 'badaniah' atau zakat tubuh badan yang diwajibkan kepada seseorang Muslim.

Setiap muslim diwajibkan untuk mengeluarkan zakat fitrah untuk dirinya , keluarganya dan orang lain yang menjadi tanggungannya baik orang dewasa, anak kecil, laki-laki mahupun wanita. Berikut adalah syarat yang menyebabkan individu wajib membayar zakat fitrah:

a.. Individu yang mempunyai kelebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
b.. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari.
c.. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan dan tetap dalam Islamnya.
d.. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadan.

Nabi Saw bersabda menerusi riwayat Ibn Umar :

"Maksudnya : Rasullulah saw telah mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadan ke atas orang yang merdeka, hamba sahaya lelaki,perempuan dan kaum muslimin."

Untuk membayar zakat fitrah ini terdapat waktu yang diharamkan untuk membayarnya, berikut adalah waktu untuk membayar zakat fitrah iaitu:

1- Harus - iaitu dari malam ramadan sehingga hari akhir bulan Ramadan.
2- Wajib - iaitu selepas terbenam matahari pada akhir Ramadan.
3- Afdal - iaitu Selepas solat Subuh sehingga sebelum mengerjakan solat aidilfitri (Solat Sunat Hari Raya).
4- Haram - Selepas Solat Sunat Aidilfitri.

Kadar Zakat Fitrah Bagi Seluruh Negeri Di Malaysia

Kadar bayaran mengikut cara asal ialah 1 gantang Baghdad makanan asasi sesuatu tempat seperti beras atau gandum. Mengikut sukatan atau timbangan sebanyak 2.6 /2.7kg bersamaan nilai mengikut kadar nilai matawang semasa.

Jadi bagi mereka yang hendak membayar zakat dengan beras fitrah

Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS bagi beras Super Tempatan Gred A mengikut timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.60 kg

Manakala bagi Sabah dan Sarawak adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS, masing-masing bagi beras 'Vietnam White Rice' bagi negeri Sabah dan 'Thai White Rice' bagi negeri Sarawak mengikut timbangan satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.70 kg.

Untuk membayar secara tunai berikut adalah kadarnya mengikut negeri:

Bagi yang pertama kali membayar Zakat Fitrah, berikut pula adalah panduan cara membayar Zakat Fitrah boleh dilakukan sebagai panduan umum.:

Lafaz Niat Ijab & Qabul Zakat Fitrah

1. Lafaz Niat Diri sendiri

"Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah sebanyak ………… yang wajib bagi diriku pada tahun ini kerana Allah Taala."

1.1 Lafaz Penerima Zakat (Diri Sendiri) Oleh Amil

"Saya Terima Zakat Sebanyak Rm ………………… Yang Wajib Bagi Diri Tuan Pada Tahun Ini Kerana Allah Ta'ala."

2. Lafaz Niat Diri dan tanggungan

"Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah sebanyak ………… yang wajib bagi diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Taala."

2.1 Lafaz Penerima Zakat (Tanggungan)

"Saya Terima Zakat Tuan Dan Tanggungan Tuan Seramai ….. Orang Sebanyak Rm ……………….. Yang Wajib Bagi Diri Tuan Pada Tahun Ini Kerana Allah Ta'ala."

3. Bagi pihak Lain

"Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah sebanyak ………… yang wajib keatas pihak yang aku wakili pada tahun ini kerana Allah Taala."

3.1 Lafaz Penerima Zakat (Pihak Lain)

"Saya Terima Zakat ….. (sebut Nama Orang Yang Berwakil) Dan Tanggungannya Seramai …. Orang Yang Wajib Bagi Dirinya Pada Tahun Ini Sebanyak Rm ………………………. Yang Telah Berwakil Kepada Tuan Kerana Allah Ta'ala."

Doa Ketika Menerima Zakat Fitrah

Golongan Yang Berhak Menerima Zakat

Orang Fakir - Mereka yang tidak berharta,tiada mata pencarian atau mempunyai hasil pendapatan yang tidak sampai separuh daripada keperluan asas.

Orang Miskin- Mereka yang mempunyai harta tetapi sekadar dapat menampung separuh atau lebih daripada keperluan semasa bagi diri dan tanggungan.

Amil- Pemungut zakat yang ditauliahkan oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing

Muallaf - Mereka yang baru memeluk agama islam.

Hamba Al-Riqab- Hamba yang diberi peluang oleh tuannya untuk menebus diri tetapi tiada kemampuan untuk berbuat demikian.

Mereka Yang Berhutang -Mereka yang berjuang atau berperang demi menegakkan syiar islam

Fi Sabilillah - Mereka yang berjuang atau berperang demi menegakkan syiar islam

Ibn Sabil - Mereka yang kehabisan bekalan untuk meneruskan perjalanan atau musafir atas tujuan yang baik .

Bayaran zakaat juga boleh dibuat menerusi kaunter/booth bayaran Zakat di pusat membeli belah. - Siakapkeli.my

Sumber Rujukan:
http://www.e-fatwa.gov.my/
http://e-muamalat.gov.my/
Melvister
http://mselim3.blogspot.com/
wikipedia.org

Sat Jun 27, 2015 9:49 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Kekal sihat sepanjang Ramadan
By Noorkumala binti Awang | Yahoo Newsroom
a.. Amat penting bagi warga yang berpuasa untuk kekal sihat sepanjang Ramadan.

Amat penting bagi warga yang berpuasa untuk kekal sihat sepanjang Ramadan

Puasa dengan cara menahan diri daripada makan dan minum, bukan sekadar ritual semata-mata. Namun, puasa juga sebagai salah satu terapi untuk merawat penyakit. Teori ini bukanlah satu perkara yang baru malah sudah lama diperakui dan dijadikan sebagai salah satu kaedah rawatan penyakit.

Dalam konteks puasa di bulan Ramadan, seharusnya natijah ketaqwaan dijadikan sebagai matlamat utama di samping impaknya kepada kesihatan. Justeru, perlu dititikberatkan agar puasa menjadi senjata dalam mempertahankan diri untuk mengawal nafsu, menjaga kesihatan untuk beribadah kepada Allah.

Biarpun berlapar dahaga hampir 14 jam dalam sehari selama sebulan di bulan Ramadan, tidak menjadi penghalang untuk kita menjaga kesihatan dan kekal cergas sepanjang masa. Pada sebelah siangnya berpuasa, pada malamnya pula mampu melaksanakan ibadah dengan cergas tanpa rasa kepenatan.

Oleh itu, diet sepanjang Ramadan tidak boleh dipandang enteng agar tidak memusnahkan manfaat puasa kepada kesihatan. Rasulullah SAW juga pernah bersabda, "berpuasalah, nescaya kamu menjadi sihat." Panduan diet yang sihat perlu diikuti agar kita tidak kecundang dalam beribadah dan menjaga kesihatan, sebelum berakhirnya Ramadan. Antaranya ialah:

Berbuka puasa dengan kurma
Berusaha untuk berbuka puasa dengan kurma. Kurma mengandungi 50 peratus fruktosa dan glukosa yang mudah dicerna serta berkalori tinggi. Keadaan fizikal tubuh yang lemah tanpa makanan sepanjang hari memerlukan kepada tenaga segera. Oleh itu, kurma adalah makanan terbaik sebagai 'booster' untuk memberikan tenaga dan kecergasan kepada tubuh badan dengan cepat.

Di samping itu, kurma kaya dengan fiber yang mampu menghalang penyerapan kolesterol (LDL) dalam badan. Di dalam kurma juga mengandungi zat besi yang baik untuk kompenen haemoglobin dalam sel darah merah. Potassium, kalsium, magnesium, vitamin A dan zat lain yang terkandung dalam sebiji kurma juga banyak memberi manfaat kepada kesihatan manusia.

Daripada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ahmad bahawa "Rasulullah SAW biasanya berbuka dengan rutob (kurma basah) sebelum menunaikan solat. Jika tidak ada rutob, maka baginda berbuka dengan tamar (kurma kering). Dan jika tidak ada yang demikian baginda berbuka dengan seteguk air." Tidak hairanlah, kurma menjadi salah satu makanan terbaik bagi memulakan hidangan semasa berbuka puasa. Walaupun, kurma banyak ditanam di Negara-negara Arab, namun ia bukanlah penghalang untuk kita yang berada jauh dari tempat tersebut mendapatkan kurma. Kini, pelbagai jenis kurma mudah diperolehi di mana-mana sahaja.

Hidrat badan dengan air
Minum air kosong termasuklah air zam-zam dalam kuantiti yang banyak dan mencukupi pada malam hari sehingga waktu sahur. Air yang mencukupi akan memberi kesegaran kepada tubuh badan yang kekurangan air sepanjang hari.

Walau bagaimanapun, perlu dielakkan mengambil minuman manis. Bagaimanakah untuk mengelakkan daripada mengambil minuman manis? Ini kerana, apa yang terhidang di hadapan mata kita selalunya sedap dan menyegarkan lebih-lebih lagi air selalunya dijual di bazaar Ramadan dengan pelbagai jenis, perisa dan warna.

Salah satu cara untuk mengelakkan kita mengambil minuman manis yang tinggi kandungan gula adalah dengan menggantikannya dengan jus buah-buahan yang segar. Seelok-eloknya buah tersebut dikisar supaya fiber yang terkandung didalamnya tidak hilang.

Jus buah-buahan tetap mempunyai rasa manis dan memberi kesegaran di samping itu, tinggi kandungan vitamin dan fiber yang amat bermanfaat untuk tubuh kita. Sememangnya, kita mempunyai keinginan terhadap air manis untuk menghilangkan dahaga setelah sepanjang hari berpuasa, jus buah-buahan mampu memberikan kebaikan tersebut.

Di samping itu meminumnya secara berbuka akan menyebabkan perut lebih cepat kenyang. Secara tidak langsung, kita cenderung untuk makan sedikit. Penyediaan jus buah-buahan yang sihat tidak memerlukan kepada tambahan gula, cukup sekadar dengan rasa manis asli yang terdapat dalam buah dan sekiranya memerlukan rasa manis boleh ditambah sedikit madu kedalamnya.

Atau pun dengan cara mencampurkan buah-buahan segar dengan susu rendah lemak dan yogurt. Campuran ini juga boleh diamalkan semasa sahur untuk memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Walau apapun, badan kita kekurangan air semasa berpuasa, justeru kekurangan ini perlu ditambah secukupnya untuk memelihara keseimbangan sistem badan dan memberi kesegaran yang berpanjangan.

Ambil makanan cepat hadam
Semasa berbuka puasa, seelok-eloknya mengambil makanan yang cepat dihadam seperti jus buah, sup, bubur (contohnya bubur lambuk) sebagai pemula. Ini kerana badan memerlukan sumber tenaga yang baharu bagi menggantikan tenaga yang kehabisan.

Digalakkan agar kita mengambil makanan yang ringan terlebih dahulu untuk mengelakkan sistem pencernaan terjejas. Usai solat maghrib, barulah dibolehkan mengambil makanan yang berat. Sikap ini patut diamalkan untuk mengelakkan diri daripada berlebihan mengambil makanan kerana perut terasa sedikit penuh berbanding sewaktu mula-mula berbuka. Ini kerana, otak kita mengambil masa selama 20 minit untuk mendapat isyarat kenyang.

Sekiranya terus mengambil makanan yang berat semasa tengah lapar, kita cenderung mengambilnya dengan lebih banyak kerana belum merasa kenyang serta mengikut runtunan nafsu dan selera. Kesannya, perut menjadi sebu, kekenyangan terlampau dan secara tidak langsung, kita telah mengambil lebih banyak kalori berbanding keperluan sebenar.

Akhirnya, tanpa disedari, berat badan makin bertambah manakala tekanan darah, gula dan kolestrol juga tidak dapat dikurangkan. Yang diperolehi hanyalah keletihan kerana kekenyangan dan kemalasan untuk beribadah.

Sahur jangan ditinggalkan
Amalan bersahur amat dituntut kerana pada waktu tersebut terdapat keberkatannya. Jika dilakukan, ia merupakan ibadat yang diganjari pahala dan terdapat faedahnya menurut perspektif sains. Dalam tempoh 24 jam, makanan yang paling penting adalah sarapan pagi. Individu yang tidak bersarapan pagi lebih terdedah kepada penyakit obesiti, diabetes dan penyakit jantung.

Maka, sahur mengambil tempat sebagai sarapan pagi ketika dalam bulan Ramadan. Sekiranya tiada sebarang makanan diambil selama 14 jam selepas itu, tidak akan mendatangkan kemudaratan kepada tubuh badan manusia. Sahur juga dapat memastikan tubuh badan cergas dan bertenaga sepanjang hari dalam bulan Ramadan.

Walau bagaimanapun, perlu dilihat juga jenis makanan yang diambil. Kita disarankan agar mengambil makanan yang lambat hadam dan mengenyangkan seperti makanan yang tinggi karbohidrat kompleks iaitu bijirin, roti wholemeal, capati, oat dan banyak lagi. Namun begitu, makanan yang berlemak, bergoreng dan makanan segera seharusnya dielakkan. Selain tidak menyumbang kepada kecergasan tubuh badan, makanan tersebut menyebabkan kita cepat lapar dan menimbunkan masalah lemak dan kolesterol yang sedia ada dalam tubuh badan.

Manakala makanan tinggi karbohidrat kompleks pula akan membuatkan perut terasa penuh dan kenyang dalam jangkamasa yang lebih lama. Ini akan menyebabkan kita sentiasa bertenaga dan cergas sepanjang hari sehingga waktu berbuka.

Oleh itu, untuk mengekalkan kecergasan sepanjang bulan Ramadan, bukan sekadar jenis makanan yang patut dititikberatkan. Malah kuantiti dan masa makan juga perlu diambil kira. Ramadan mengajar kita berdisiplin tentang masa makan. Justeru, apabila perut kita dijadualkan untuk makan pada masa-masa tertentu, menyebabkan sistem penghadaman lebih bersedia dan akan mengurangkan masalah-masalah kesihatan berkaitan dengan perut.

Sekiranya kita mengambil cakna dengan jenis, mutu dan jumlah makanan yang diambil serta pada masa yang sesuai, Ramadan yang dilalui akan memberikan kita manfaat kesihatan yang tidak ternilai. Nilai kesihatan ini adalah sebagai satu anugerah Ramadhan yang menjadi titik tolak kepada tahap kecergasan pada bulan-bulan yang seterusnya.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: