Monday, June 29, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4239[1 Attachment]

5 Messages

Digest #4239

Messages

Sun Jun 28, 2015 9:07 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Insuaran 1M Untuk Penunggang Kapcai

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Laporan yang memberitahu yang lebih 3 juta penunggang motorsikal menunggang tanpa lesen adalah memeranjatkan. Situasi buruk ini perlu satu analisis yang kritikal dan penggubalan dasar dan tindakan sesuai olih gomen kita.

Analisis Masalah
Antara sebab penunggang motorsikal tidak mempunyai
lesen menunggang dan lesen motor adalah kos.Kos menyediakan
lesen L ialah RM 20 setiap 3 bulan jika penunggang dibelengu
dek masalah tak lulus. Adalah disyorkan kos lesen dikurangkan
Rm 20/setahun supaya ianya tidak membebankan penunggang kapcai.
Gomen bolihlah kenakan rm 100/setahun untuk penunggang motor besar
lebih dari 500 cc keatas.

Sepuluh tahun dulu kos cukai jalan motor sekitar berpuluh ringgit
dan insuran motor bolih diperolehi sekitar RM 30 sahaja [untuk insuran
3rd parti]. Kini cukai kapcai diturunkan ke RM 2 tapi kos insuran naik
mendadak ke RM 200 [untuk 3rd parti]. Di dalam hal ini Gomen patut beri
subsidi insuran kepada penunggang kapcai. Saya ingin cadangkan Gomen
adakan satu insuran fund dalam 10 juta [revolving fund] untuk menjamin
keperluan asas insuran untuk penunggang kapcai untuk mengambil cukai
motor kapcai dengan satu bayaran notional RM 10 sahaja. Lagi pun saya
tak nampak/dengar yang syarikat insuran ada bayar di dalam kes kematian kepada keluarga penunggang yang maut di jalan raya.

Lagi pun Gomen bolih implementasikan
satu wang khairat kematian dari revolving fund ini supaya keluarga mat motor bolih dapat bantuan pengkebumian, katakan sekitar rm 1000 ala BR1M , Ini adalah satu cadangan yang akan memberi kesan baik pada rakyat. Rakyat akan patuh undang
undang JPJ kerana ianya tak membebankan. Lagi pun ini adalah satu tindakan wajar. Gomen membelanjakan beratus juta untuk adakan bas istimewa Go KL untuk
hilir di kuala lumpur secara percuma. Jadi apalah sangat 10 juta setahun untuk adakan khidmat insuranmelalui Pos Malaysia [yang kini
sudah pun menjadi ajen insuran] untuk menjalankan pengeluaran insuran 1M untuk penunggang kapcai.

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: tokman
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

JPJ Parking Sesuka Hati Tak Akan Disaman Langsung? Adil ke?
bloglist-malaysia.blogspot
depalma-sp.blogspot.

JPJ Parking Sesuka Hati Tak Akan Disaman Langsung? ,JPJ Boleh Parking Sesuka Hati? - Assalamualaikum, kisah ini dipetik dari FB Syafiq Baharudin

Inilah yang berlaku pada Negara kita sekarang ini.

Peristiwa bersejarah ini berlaku pada 11 May 2015, 1500.

JPJ 215

JPJ 217

JPJ 219
Adakah hanya kerana mereka penjawat awam mereka boleh meletakkan kereta sesuka hati?

Bukan hanya kerana mereka salah dalam meletakkan kenderaan ditempat yang betul, akan tetapi mereka juga gagal dalam mempamerkan kupon letak kereta pada dashboard.

Lebih memalukan, apabila terdapat anggota polis yang sedang bertugas di kawasan tersebut lalu saya mendekatkan diri kepada pegawai tersebut dan bertanya.

Saya: salam bang tumpang tanya boleh?

Pegawai: wslm. Ye nak tanya apa, dik?

Saya: Boleh ke kalau saya nak parking tepi sini? *padahal ride motor je*

Pegawai: tak boleh dik. Tepi jalan memang tak boleh parking. Klu nak cari parking, adik boleh parking dekat 3 tempat. 1. Parking Mahkota Parade. 2. Parking Hatten 3. Parking Dataran Pahlawan.

Saya: kalau saya parking tepi jalan jugak?

Pegawai: kami akan kenakan saman kat adik kerana meletakkan kenderaan ditempat yang salah.

Saya: habis tu, 3biji kereta selamba je parking sini hampir 2jam. Saya pergi bank pukul3 balik bank pukul4.45. Abg tak saman ke kereta tu?

Pegawai: ....... Abang rasa adik tak patut cakap macam tu.

Saya: kenapa pula? Saya tengok rancak abg saman kereta kat melaka raya tadi? Yang abg saman tu manusia punya kereta. 3buah kereta ni pun manusia punya kereta. Tak boleh saman ke?

Pegawai: ..... *krik krik krik*

Saya: takpela bang, saya faham. Cuba saya nak bagitau, inilah yang dikatakan tidak amanah dalam melakukan pekerjaan.

Pegawai: *berlalu pergi ke rakan nya. dah malas nak layan lah tu*
Setelah menyeberangi zebra cross dari Hotel Hatten ke Dataran Pahlawan. Terserempak dengan seorang pegawai MBMB.

Saya: salam bang, sini memang tak boleh park kereta ke?

Pegawai: boleh tapi kene ade kupon parking kereta. Kalau tak kene saman.

Saya: ouh kire ni abang saman sebab takde kupon lah ye?

Pegawai: Yup. Kenapa? Adik punye kereta ke?

Saya: eh bukan lah. Cuma nak bagitau depan tu ade 3 buah kereta, parking ditempat yang salah. Dan tak tunjukkan kupon letak kereta. *sambil menuding jari kearah 3buah kereta milik JPJ.*

Pegawai: ouh tu tak boleh buat apa.

Saya: kenapa pulak? Yang tu pun kereta. Yang bawak kereta tu pun manusia. Sama macam yang abang saman ni. Yang ni kereta, yang bawa kereta ni pun manusia. Ke yang bawa kereta tu bukan manusia?

Pegawai: yang tu abang memang tak boleh buat ape.

Inilah yang berlaku pada negara kita. Saya bukan sultan, saya juga bukan menteri dan saya juga bukan sesiapa. Hanya seorang insan yang mencari keadilan untuk diri sendiri.

Siapa pun mereka, siapa pun kita. Jika diberikan amanah, sempurnakanlah sebaik mungkin amanah yang diberikan.

Kereta yang datang dari singapore, boleh je parking ditempat yang betul. Akan tetapi mereka? Tak malu ke dengan diri sendiri? We need a fair justice. Bukan saya nak bermain politik, tetapi saya nakkan keadilan. Kerana keadilan ini lah yang semakin pudar untuk rakyat.

Thanks government for all of the "effort" to us.

Majulah parking tepi jalan untuk negara.

Salam kiasan,
Salam 1malaysia,
Salam Melaka negeriku sayang, bandar teknologi hijau.

sumber : https://goo.gl/nykpcs
Ditulis Oleh Famili Ceria

Sun Jun 28, 2015 9:08 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Malaysia Ada Tikus Sebesar Ini?
siakapkeli.my

Apakah perkara pertama yang akan lakukan jika ternampak tikus sebesar ini?

Jangan terkejut jika kami katakan bahawa ini merupakan seekor tikus yang berjaya ditangkap oleh penduduk sekitar di Subang Jaya, Selangor.

Boleh jadi tikus ini membesar dengan jayanya kerana mudah mendapat sumber makanan daripada bahan-bahan buangan dari kedai makan atau kawasan perumahan.

Tak pasti sama ada ini gambar baru atau sudah lama yang tiba-tiba menjadi viral di laman sosial.

Bagaimanapun selepas diselidik, Siakap Keli mendapati saiz tikus tersebut tidaklah seperti yang disangka. Ia hanyalah helah kamera yang digunakan bagi menampakkan ia besar beberapa kali ganda dari saiz asal.

Apa pun kebersihan persekitaran anda harus dijaga kerana haiwan seperti ini amat mudah menyebarkan pelbagai penyakit yang berbahaya. -Siakapkeli.my

DBKL Naikkan Ganjaran Sekor Tikus Kepada RM3 Apabila Ia Ditangkap Dan Diserahkan
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR: Jika sebelum ini pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah memperkenalkan 'Kempen 1 Tikus 1 Ringgit' dan ia kurang mendapat sambutan oleh orang ramai.

Kerana masalah kehadiran tikus di bandaraya Kuala Lumpur semakin kritikal, kini pihak DBKL telah menaikkan ganjaran kepada orang ramai dari RM1 untuk seekor tikus kepada RM3 seekor tikus yang di serahkan kepada DBKL.

Memetik laporan mStar Online, menurut Pengarah Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL, Dr Hayati Abdullah berkata kenaikan harga dari RM1 ke RM3 ini lebih kepada memberi motivasi kepada masyaraakat untuk menangkap tikus disamping memenuhi sasaran DBKL untuk menangkap 50,000 ekor tikus setahun.

"Kami peruntukkan RM50,000 setahun untuk kempen ini namun peruntukan ini tidak pernah dihabiskan.

"Oleh itu aktiviti menangkap dan mengawal haiwan perosak ini perlukan kerjasama dan sokongan anggota masyarakat," katanya.

Pada tahun lalu orang ramai hanya menyerahkan sebanyak 10,498 berbanding 50,000 sasarang oleh pihak DBKL.

Jadi dengan kenaikan harga ganjaran ini mungkin akan menggalakkan orang ramai menangkap tikus dan merealisasikan sasaran 50,000 ekor tikus berjaya ditangkap. - Siakapkeli.my

Sun Jun 28, 2015 9:10 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Cahaya Misteri 'Menari Dan Berlari' Di Atas Awan Berjaya Dirakam
siakapkeli.my

Seorang penduduk Greenwood, Indiana, Amerika Syarikat telah berjaya merekam video cahaya misteri yang bergerak seolah-olah menari dan melompat di atas awan.

Rakaman video berkenaan menjadi viral di negara tersebut di mana ramai penduduk tempatan beranggapan ia adalah kapal makhluk asing.

Cahaya tersebut yang dirakam dalam video yang berdurasi 2:27 minit menunjukkan ia cahaya itu sedang bergerak-gerak, melompat, hilang dan muncul kembali seolah-olah sedang dikawal oleh sesuatu.

Bagaimanapun menurut saintis mereka tidak menolak kemungkinan cahaya tersebut adalah halo (Sundog) yang terjadi apabila cahaya matahari terbias terkena kristal ais di atmosfera.

Selain itu, pihak NASA juga tidak menolak kemungkinan fenomena ini adalah Sundog dan ia melompat-lompat kerana perubahan medan elektrik di atas awan selepas terkena kristal air di udara.

Kerana tindakbalas itu menyebabkan kristal geometri bergerak dalam orentasi baru menghasilkan pembiasa cahaya matahari berbeza.

'Tidak lama selepas itu, medan elektik kembali seperti normal membuatkan pergerakan cahaya tersebut berhenti disebabkan kristal ais telah kembali kepada orientasi asal mereka, "tambah Nasa. - Siakapkeli.my
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Sun Jun 28, 2015 9:10 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Manusia Pertama Terbang Adalah Orang Islam
bloglist-malaysia.blogspot
pariajalanan.blogspot.
Posted by Paria Jalanan

Salah satu antara tuduhan-tuduhan yang dibuat mengenai Empayar Uthmaniyyah adalah bahawa tahap intelektualnya sangat statik. Sejarah Orientalis mendakwa bahawa Uthmaniyyah melihat sains dan agama sebagai saling eksklusif dan tidak serasi, tidak seperti dinasti awal Islam. Walaupun dakwaan ini mungkin benar untuk beberapa tempoh masa dalam sejarah Uthmaniyyah, terdapat banyak contoh Uthmaniyyah sangat saintifik dan maju dari segi intelektual. Satu contoh yang ketara adalah cubaan penerbangan pertama didunia yang dibuat oleh sepasang saudara pada 1600-an di Istanbul.

Hezarafen Ahmed Çelebi dan sejarah penerbangan pertama di dunia

Idea manusia mempunyai keupayaan untuk terbang adalah salah satu yang mempesonakan. Beribu-ribu tahun, ramai mjanusia dari seluruh pelusuk dunia telah cuba untuk menentang graviti dan terbang seperti burung. Pada tahun 800 M, Abbas ibn Firnas, pencipta Islam Sepanyol, berjaya merekodkan penerbangan 'Glider' yang tidak menggunakan kuasa di Cordoba, dengan membina sepasang sayap yang diliputi bulu burung. Walaupun 'Glider' ciptaan beliau berjaya diterbangkan, namun akibat dari ketidakupayaannya memperlahankan 'Glider' itu sewaktu pendaratan telah mengakibatkan kemalangan. Disebabkan keadaan ini, cendiakawan-cendiakawan lain tidak lagi berminat untuk cuba memajukan apa yang telah Abbas Ibn Firras cipta.

Pada 1630, iaitu ketika era kegemilangan empayar Uthmaniah, seorang ahli matematik, Hezarafen Ahmed Celebi dari di Istanbul telah berjaya mengatasi kegagalan Abbas ibn Firnas.

Beliau membina sepasang sayap yang melekat ditubuhnya. Menurut sejarah Uthmaniyyah dan pengembara, Evliya Celebi, Hezarafen melompat dari atas Menara Galata di Istanbul dengan sayap dan berjaya meluncur merentasi selat Bosphorus ke Dataran Doğancılar. Jarak penerbangannya meluncur lebih 2 batu. Kejayaan ini dibantu faktor ketinggian menara dan kedudukan menara itu yang terletak di atas bukit. Ini adalah penerbangan pertama merentasi benua.

Sejak Selat Bosphorus di Istanbul memisahkan benua Eropah dan Asia, penerbangan Hezarafen Ahmed Celebi ini boleh dianggap sebagai penerbangan pertama manusia antara benua dalam sejarah. Hasil dari pencapaian beliau ini, beliau telah dianugerahkan Sultan Murad IV dengan syiling emas, tetapi kemudiannya beliau telah dibuang negeri, selepas beberapa penasihat sultan meyakinkannya bahawa Hezarafen merupakan ancaman kepada Sultan.

Penerbangan Roket Pertama

Mungkin diilhamkan dari pencapaian Hezarafen Ahmed Celebi, saudaranya, Laragi Hassan Celebi cuba juga menentang graviti dan terbang ke langit. Pada 1633 beliau mencipta roket yang boleh memuatkan penumpang. Roket tersebut berkuasa lebih 300 paun serbuk letupan. Menurut Evliya Celebi, untuk meraikan kelahiran anak perempuan Sultan Murad, Laragi Celebi menguji roketnya itu di pantai Bosphorus, berhampiran kediaman sultan, Istana Topkapi.

Selepas pembantunya menyalakan fius roketnya itu, Lagari telah meluncur 300 meter ke udara. Apabila roket kehabisan bahan api, dia membuka sepasang sayap yang diciptanya, dan perlahan-lahan mendarat ke laut Bosporus, dan kemudian berenang ke pantai.

Seperti juga saudaranya, beliau telah dianugerahkan sultan dengan beberapa kantung emas. Laragi Hassan Celebi meninggal dunia tidak lama selepas itu dalam satu pertempuran di Crimea.

Pengasas Bidang Penerbangan - Abbas Ibn Firnas.

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Tahu kah anda siapa orang pertama yang mencipta kapal terbang ? Rata-rata sudah pasti akan mengatakan bahawa Wright Brothers iaitu Orville Wright dan Wilbur Wright. Dunia telah mengiktiraf Wright Brothers sebagai pencipta Kapal terbang kerana mereka dengan jaya nya dapat mencipta kapal terbang yang bernama Flyer.

Tetapi tahukah kita bahawa konsep kapal terbang yang di guna pakai oleh Wright Brothers untuk mencipta kapal terbang mereka sebenarnya diplagiat dari konsep atau idea dari seorang ilmuwan Islam yang bernama Abbas Ibn Firnas.

Abbas Ibnu Firnas atau Abbas Qassim Ibnu Firnas, merupakan seorang yang berketurunan Berber dari Sepanyol. Beliau adalah seorang pakar sains, ahli teknologi dan ahli kimia, fizik dan astronomi.

Beliau telah menemui konsep kapal terbang pertama di dunia,mencipta Planetarium dan merekacipta kristal tiruan.Ibnu Firnas telah mendahului dunia penerbangan seribu tahun sebelum The Wright Brothers.

Pada tahun 852,seorang pemuda bernama Armen Firman terbang di Cordova menggunakan jubah lebar seperti sayap untuk melambatkan kelajuannya (penemuan payung terjun).Beliau terselamat dari kecederaannya dan waktu itu Ibnu Firnas telah hadir menyaksikan.

Pada tahun 875 pada usia 66 tahun,Ibn Firnas mencipta pelayangnya sendiri dan terbang melayang turun dari menara.Penerbangan itu agak berjaya dan itu di saksikan oleh sekumpulan orang yang dijemput oleh beliau.

Ibnu Firnas meninggal dunia pada tahun 888 Masihi di usia 77 tahun. Libya telah mengeluarkan setem bagi memperingati beliau, Iraq telah membina tugu memperingatinya dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabang Iraq dan Lapangan Terbang Ibnu Firnas di Utara Baghdad juga di ambil sempena dengan nama beliau.
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: sp4n4r
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Sun Jun 28, 2015 9:10 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

[MESTI BACA] Kenali Bahaya ANGIN RAHIM Yang Ramai Tak Tahu | Kaum Hawa MESTI Baca
bloglist-malaysia.blogspot
queachmad.com
by Que Achmad
Posted in Que hanya bagi Info...

[MESTI BACA] Kenali Bahaya ANGIN RAHIM Yang Ramai Tak Tahu | Kaum Hawa MESTI Baca | Dah nama kentut…mesti berkait rapat dengan ANGIN. Dari mana datangnya angin? Kenapa keluar ikut faraj dan bukannya dubur? Kerana….

Angin ini datangnya dari rahim.

Sy pilih aturcara LANGGAR PANTANG yg paling common pada ibu sehingga membuatkan mereka mengalami masalah kentut faraj selepas habis tempoh berpantang.

1. Minum banyak air kosong utk tambah susu katanya. Sedangkan banyak resepi air herba yg boleh bantu tambahkan susu dalam masa yg sama elakkan urat ibu masuk angin;

2. Bersejuk. Kipas angin ditala kemuka. Kipas siling buka sampai lima. Tambah lagi air cond sampai beku kaki tangan. Alasan? Takut anak panas. Kelakar. Sebab apa? Sbb air ketuban dalam perut pun lebih kuran 36.7°C. Celah mana korang cakap bayi tak tahan panas?

3. Langgar pantang makan benda berangin…pun atas alasan nk tambah susu. Lobak putih, air sengkuang, bayam, soya boleh digantikan dengan jus pegaga, kurma merah, halba, dan pemakanan sunnah yg diamalkan secara istiqamah seperti susu kambing, habatus sauda, madu dsb dn sy banyak feedback cakap ia benar2 membantu menambahkan susu.

4. Tidak amalkan pemakanan herba yg membantu menyihatkan urat rahim. Kuno, pahit, busuk antara alasan ubat herba digantikan dengan jus dan tablet2 vitamin. Bg sy baik amalkan kedua2nya kerana urat di dalam badan akan lebih sihat dengan pemakanan herba, dimana dengan gabungan multivitamin dan jus2 ini, ia membantu memperelokkan keadaan kesihatan organ badan dan darah. Darah perlukan urat utk bergerak dalam badan. Organ badan perlukan darah utk "bernafas".

Sayangnya…pemulihan urat tidak dijaga menyebabkan tiada win2 situation dalam badan antara organ badan, darah n urat ini.

5. Menggunakan rahim sebelum sembuh sepenuhnya. Urat2 yg sakit ini sangat2 memerlukan rehat akan tetapi ditekan dengan pelbagai aktiviti yg semakin membuatkan otot dan urat rahim tenat dan kendur. Ibu2 yg berjimak dalam tempoh 44 hari berpantang, yg rajin berjalan dan berdiri, mengangkat henda berat dan membuat kerja2 rumah yg extreme sebenarnya mengundang celaka pada badan sendiri.

Ok….sy dh susunkn perkara2 yg menyebabkan berlakunya kentut faraj. Ttp sy belum menerangkan apa yg berlaku sebenarnya sehingga terjadinya kentut faraj.

Urat2 rahim yg sudah dimasuki angin dan tidak dijaga ini akan menyebabkan faraj tidak sihat.

Apabila wanita kentut faraj, maksudnya farajnya longgar. Bila bersama suami, dah x grip. Masa baru kawin macam lubang kunci. Lepas bersalin macam lubang jamban. Longgar dan berair.

Apabila wanita kentut faraj, maksudnya urat faraj dah tak sihat macam dulu. So mulalah masalah kedinginan. Suami buat apapun, si isteri macam takde nafsu. Siap sound "cepat2lah sikit habisnya bang. Sy dh x larat dh ni"

Apabila wanita kentut faraj, rahimnya dah tak sihat. Keputihan mula melanda. Ada yg berbau ada yg berwarna. Masa tu suami nk dekat pun mula rasa loya.

Itulah dia apa dan mengapa berlakunya kentut faraj. Sy tak perlu kata lebih2. Kena ingat ya….yg keluar dari faraj kalian adalah bayi ye…bukan guli….

Mungkin dari luaran lepas dijahit boleh nampak cantik. Tp tak akan mampu kali tipu bila ada yg meleleh keluar dari rahim, atau ketika bersama suami mula rasa longgar, atau ketika faraj sudah mula keluar angin pus-pus.

Masa baru kawin pun sanggup tahan kentut. Baru anak pertama, siap kentut depan lagi bila bersama suami. Ttp masalahnya…kentut ni jenis tak leh tahan. So tahan je lah malu tu ye.

Jgn ambil mudah. Ini maruah kita. KREDIT NUDARA.

sumber: GuaBlog.com
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: