Friday, November 13, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4335

5 Messages

Digest #4335
3
Fw: KESIAN KAT MAMAT NAMA RONIK NI by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
4
Fw: Polis U-Turn - PDRM Buat Pembetulan by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
5
Fw: Tarik Balik Kenyataan & Minta Maaf by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Thu Nov 12, 2015 7:48 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Tanah Runtuh: Kereta Saya Hanyut Di Bawa Arus Air, Hanya Fikir Untuk Selamatkan Diri
siakapkeli.my

BENTONG: Kejadian tanah runtuh yang berlaku semalam ternyata meninggalkan ingatan yang mungkin tidak dapat dilupakan kepada mereka yang terlibat.

Seorang mangsa, Naimran Ibrahim,37, menceritakan detik cemasnya apabila kereta yang dinaiki bersama bapanya, Ibrahim Mohd Yunus, 62, telah dihanyutkan oleh arus deras ditempat kejadian.

"Semasa kejadian, hujan lebat membasahi laluan berkenaan dan tiba-tiba sebuah lori yang berada di hadapan kereta saya melintang di laluan itu.

"Pada mulanya saya sangka lori itu melintang akibat keadaan jalan yang licin tetapi tidak lama selepas itu, barulah saya sedar terdapat air lumpur yang banyak melimpah dari sebuah bukit berhampiran laluan itu," katanya dipetik laporan Bernama dekat sini.

"Air bercampur lumpur turun secara tiba-tiba menyebabkan kenderaan saya hanyut."

"Sebaik sedar kereta saya dihanyutkan air, saya bergegas keluar dan meninggalkan kereta. Waktu itu yang terlintas hanyalah mahu selamatkan diri dulu.

"Saya lari kira-kira 50 meter meninggalkan kereta. Saya lihat kereta saya dibawa arus air sebelum tersangkut di longkang," ceritanya lagi yang dipetik Berita Harian.

Beliau adalah antara sembilan orang pemandu dan penumpang yang terlibat dalam kejadian itu di mana kesemua mereka terselamat.

Menurutnya, dia dan bapanya itu dalam perjalanan pulang ke Kuantan dari Kuala Lumpur rasa amat bersyukur terselamat daripada kejadian yang pertama kali dilalui itu.

Manakala itu, seorang lagi mangsa yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketari, Bentong, Low Chin Seng, 17, membaritahu keretanya remuk dibahagian depan melanggar kenderaan yang berada di depannya.

Kejadian berkenaan berlaku kerana beliau tidak sempat menekan brek kerana pandangan agak terhad kerana hujan lebat.

Menurut laporan Jabatan kerja Raya (JKR), jalan sudah selesai dibersihkan jam 3 pagi tadi bagi membolehkan kenderaan terhalang sahaja melaluinya.

Sehingga kini jalan masih ditutup untuk digunakan orang ramai bagi proses pembersihan sepenuhnya yang bermula pagi ini di mana kerana lumpur masih terlalu banyak dan memakan masa untuk dibersihkan sepenuhnya. - Siakapkeli.my

Fadillah Yusof ‏@PetraJayaMP

Maklumat terkini laluan kl kuantan

1..
a.. Fadillah Yusof ‏@PetraJayaMP 15h15 hours ago
@PetraJayaMP

Fadillah Yusof ‏@PetraJayaMP 13h13 hours ago
@PetraJayaMP @NajibRazak @Zahid_Hamidi @RakanKKR utk makluman @mpkotabelud

Tanah Runtuh Di Kilometer 52.4 Lebuhraya KL-Kuantan, Semua Laluan Terhalang
siakapkeli.my

Satu kejadian tanah runtuh telah berlaku di Kilometer 52.4 Lebuhraya KL-Kuantan (Karak) kira-kira jam 7 petang tadi berikutan hujan lebat.

Perkara ini dihebahkan oleh Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) melalui laman Twitternya di mana menurut mereka semua laluan terhalang.

LLM ‏@LLMinfotrafik
7.04pmKL-KARAK : Tanah runtuh KM52.4 (Lentang-Bkt Tinggi). Kesemua laluan terhalang, trafik sesak kedua arah. Patuhi arahan pegawai bertugas

LLM ‏@LLMinfotrafik
7.04pmKL-KARAK : Tanah runtuh KM52.4 (Lentang-Bkt Tinggi). Kesemua laluan terhalang, trafik sesak kedua arah. Patuhi arahan pegawai bertugas

LLM ‏@LLMinfotrafik
7.00pm KL-KARAK : Maklumat awal tanah runtuh di KM 52.4 (Lentang - Bkt Tinggi). Kesemua laluan terhalang, trafik terhenti.

Menurut LLM lagi, trafik dari kedua-dua arah sesak kerana tanah runtuh telah menyebabkan laluan terhalang dan orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi arahan pegawai bertugas.

Untuk mereka yang melalui jalan berkenaan boleh menggunakan laluan alternatif dari Kuantan keluar ke persimpangn Bentong manakala dari Kuala Lumpur keluar ke persimpangn Genting Sempah.

Sementara itu menurut laporan The Star, terdapat beberapa kereta tertimbus di dalam kejadian itu.

"Saya baru sahaja bercakap dengan beberapa pegawai, terdapat beberapa buah kereta tertimbus di bawah tanah runtuh," kata ketua bahagian trafik Kumpulan Media Radio Star, Priscilla Patrick.

Kesan runtuhan dijangka tidak akan dapat dibersihkan malam ni, tambahnya lagi.

Polis sahkan kejadian tanah runtuh tidak melibatkan kehilangan nyawa.

Menurut seorang pengguna Twiter @FadhLiXZahari memberitahu jalan lama Karak buat masa ini tidak dapat dilalui kerana pokok tumbang.

Pihak LLM meminta orang ramai yang ingin melalui jalan atau kawasan ini diminta untuk menangguhkan perjalanan terlebih dahulu.

IPD Bentong sah jln lama juga tdk blh dilalui. P'guna diminta buat U-turn & tangguh prjlnan KL-Pantai Timur-KL. - Siakapkeli.my

Pembalakan Tidak Terkawal Punca Kejadian Banjir Lumpur Di Lebuhraya KL-Karak - PEKA
siakapkeli.my

KUANTAN: Berikutan kejadian banjir lumpur hang menghakis kawasan bukit di Km52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran kawasan Lentang-Bukit Tinggi semalam, pihak Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) percaya ia adalah berpunca dari kegiatan pembalakan tidak terkawal di kawasan Hutan Lipur Lentang.

Menurut Presiden Peka, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil kebimbangan ini pernah disuarakan oleh mereka apabila melihat kegiatan pembalakan tidak terkawal berlaku di hutan itu ekoran projek laluan Tenaga Nasional Malaysia Berhad (TNB) dari Bentong ke Lenggeng, Negeri Sembilan.

Beberapa tindakan pernah dibuat seperti menghantar surat bantahan kepada kerajaan negeri Pahang dan juga pernah memasuki media massa tetapi kerana penguatkuasaan yang masih longgar menyebabkan ada pihak berkenaan rakus menceroboh hutan berkenaan.

"Kerja-kerja pembukaan hutan difahamkan telah bermula sejak akhir Oktober 2013 dan selepas itu, pihak yang berkenaan dengan rakus telah meneroka hutan di kawasan Hutan Lipur Lentang atas nama pembangunan walaupun ia terletak luar daripada jajarannya.

"Apabila kita mendapat tahu hal ini, Peka pernah menghantar surat secara rasmi kepada kerajaan negeri pada 20 Jan tahun lepas termasuk melahirkan kebimbangan tentang kesan-kesan perbuatan tersebut."

"Walaupun beberapa siri bantahan dilakukan, namun kegiatan itu masih rancak berlaku menyebabkan hutan semakin gondol sekaligus mendakwa ia menjadi antara punca kejadian tanah runtuh yang berlaku petang semalam."

"Akibat projek laluan TNB Lenggeng-Bentong ini ekologi telah tercemar, tanah juga terdedah kepada hujan menyebabkan aliran air di permulaan bertambah dan tidak terserap ke dalam tanah, tetapi terus mengalir menyebabkan kejadian ini berlaku.

"Ia boleh menyebabkan kejadian yang lebih serius sekiranya kegiatan penerokaan hutan secara haram di Bukit Tinggi dan Hutan Lipur Lentang ini tidak dihentikan kerana ia melibatkan kawasan jajaran utama negeri ini," katanya dipetik laporan Bernama.

Berikutan kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh yang berlaku semelam, kawasan eko-perlancongan Tanah Aina Fareena telah dilanda banjir setinggi lebih satu meter, pertama kali sejak kawasan itu dibuka 12 tahun lalu.

Beliau menggesa supaya kerajaan negeri dan pihak berkuasa memandang serius hal ini dengan melakukan sesuatu tindakan ayng tegas dan drastik bagi menghentikan kegiatan pembalakan tidak terkawal ini sebelum kejadian seumpama ini berlaku lagi. - Siakapkeli.my

Kuarters kakitangan Jabatan Perhutanan di Hutan Lipur Lentang, Bentong turut terjejas..
Foto: Khaidir Ahmad

Banjir Lumpur Karak & Kaitannya Dengan Kemusnahan Hutan Simpan - Kereta Rosak, Bayar Tol, Duit Lagi - Di Mana Peranan Kerajaan?
bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.net
Laporan akhbar berikut dipetik dari laman rasmi MP Kuantan, Fuziah Salleh.

Baca ;

Semalam berlakunya banjir lumpur di Lebuhraya KL - Karak.

Rujuk.

Hujan lebat + tanah runtuh = bergabung meletup rakyat jadi mangsa.

Nasib baik tiada yang terkorban ketika kejadian. Walaubagaimanapun kita tertanya-tanya, apakah punca kepada kejadian tersebut. Apakah ada kaitan dengan aktiviti pembalakan yang berleluasa di kawasan nahas?

Menurut laporan Awani disini, dan gabungan artikel-artikel berita yang disebarkan oleh MP Kuantan, kita boleh kata jawapannya kemungkinan besar ialah YA.

Laporan Awani menyebut secara jelas ;

1. Projek ada kaitan dengan TNB. Sungguh pun laporan di atas TNB menafikan pembabitan diri mereka.

2. Bantahan telah dilakukan secara berulang kali termasuklah menghantar surat kepada KERAJAAN NEGERI.

3. Kawasan2 yang digondolkan bukan sahaja melibatkan kawasan-kawasan projek bahkan turut membabitkan hutan simpan kekal, kawasan tadahan air dan kawasan-kawasan yang diluar projek pembangunan di mana sama sekali tiada kaitan dengan projek.

4. Bahkan kawasan yang tidak pernah dilanda banjir seperti di eko pelancongan Tanah Aina Fareena turut dinaiki air.

5. Ini merupakan kesan daripada aktiviti pembalakan yang tidak terkawal.

Soalnya, kenapa aduan-aduan, bantahan-bantahan diabaikan walaupun terdapat pelbagai pihak yang menyuarakan kebimbangan melalui pelbagai medium?

Sapa punya project neh sampai penguatkuasa tak boleh nak langgar (atau memang taknak langgar?).

Dalam pada itu, konsesi tol turut menyuarakan kebimbangan yang sama, rujuk sini.

Punya berlapik pihak konsesi tol mengatakan mereka mengesyaki wujudnya kegiatan pembalakan tetapi tak berani nak mengesahkan atau melakukan apa-apa tuduhan.

Hak eley. Apa pasai nak takut sedangkan aktiviti pembalakan memang wujud pun di kawasan berkenaan bahkan telah dilaporkan oleh media sejak dari tahun 2014. Ini mesti ada seseorang yang POWER incharge ataupun berkaitan dengan aktiviti pembalakan tersebut, ye tak? Itu pasai kena berlapik, kan?

Hihi.

Susulan kejadian semalam, ini apa yang pengguna di laluan tersebut terpaksa tanggung ;

1. Kereta rosak.

- Tak sure insurans dia cover bencana alam ke tidak. Kalau tak cover, mampos. Duit nak merepair sapa nak bagi? Konsesi tol ka? Kerajaan ka? Kecuaian ini ada kaitan dengan konsesi tol dan kerajaan. Kenapa?

Pertama. Kegagalan konsesi tol dalam memastikan semua LALUAN mereka adalah SELAMAT DIGUNAKAN.

Bila ko buat aspection yearly atau monthly la (itu kalau ada la, aku rasa sepatutnya ada sepertimana yang aku tengok rancangan dokumentari), ko dah boleh tahu kawasan-kawasan apa di dalam jagaan kau sedang menghadapi sesuatu risiko yang memudaratkan pengguna lebuhraya.

Yang ini peranan kau sebagai konsesi, perlu bertindak tegas bagi membendung aktiviti tersebut. So, konsesi tol Karak neh ada buat apa?

Kedua. Terbukti sudah ada pihak yang peka dengan aktiviti pembalakan yang berleluasa di kawasan yang melibatkan hutan simpan dan tadahan air. Bantahan telah dibuat. Sebelum kejadian berlaku. So, pihak penguatkuasa buat apa?

2. Bayar tol walaupun terpaksa patah balik. Ada logik ka? Dah kacau perjalanan orang. Tol mana boleh kutip.

3. Duit minyak bertambah, sebab patah balik. Ini boleh claim kerajaan ka?

Apa? Berkira? Pasal apa rakyat tak boleh berkira dengan kerajaan sedangkan kerajaan berkira dengan rakyat? Subsidi demi subsidi dihapuskan. Beban tanggungan rakyat bertambah dengan pelaksanaan GST disamping penarikan beberapa subsidi. Kat sini suka tak suka, terima tak terima, memang terbukti sudah perbelanjaan rakyat bertambah. Bila berlakunya kejadian bencana alam akibat kecuaian dan kelalaian dari pihak kerajaan dalam memastikan aktiviti pembalakan tidak menganggu ekologi seterusnya mendatangkan nahas yang membabitkan nyawa dan keselamatan rakyat, pasal apa kerajaan tak boleh dipertanggungjawabkan dalam menanggung kerugian yang perlu dibayar oleh rakyat?

Kalau la yang kena neh stok yang banyak duit mungkin la dia masih boleh bertenang. Bayangkan yang kena neh jenis makan pun cukup-cukup, secara tak langsung kejadian tersebut dah menyusahkan hidup dia tau.

Kalau tak menyusahkan hidup dia dari segi kewangan pun tidak semestinya kerajaan boleh lepas tanggungjawab apatah lagi kejadian ini berkait rapat dengan kegagalan kerajaan memantau aktiviti berkenaan.

Apatah lagi ada pihak yang mengaitkan projek berkenaan dengan TNB. Ini lagi la secara direct berkaitan dengan KERAJAAN PUSAT.

So, kerajaan di bawah Najib Razak kena pulangkan semula duit tol, duit minyak, duit terpaksa tidur hotel, dan lain-lain tanggungan berkaitan yang perlu dibayar oleh pengguna lebuhraya pada semalam akibat nahas yang berpunca dari kegagalan pihak penguatkuasa dalam menguatkuasakan undang2 berkaitan aktiviti pembalakan. Titik.

Thu Nov 12, 2015 7:49 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

SUASANA CEMAS BERLAKU APABILA SEBUAH KERETA REMPUH KAUNTER PENDAFTARAN JABATAN TRAUMA DAN KECEMASAN, PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA
Posted by OMAK KAU!!!!

 

Insiden dikatakan berlaku semalam apabila sebuah kereta Proton Preve warna biru nombor pendaftaran BMA 8374 dengan tiba-tiba telah merempuh kaunter pendaftaran Jabatan Trauma dan Kecemasan, Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Tiada kakitangan yang cedera dan kemalangan jiwa berlaku namun petugas di kaunter tersebut terkejut dengan bunyi dentuman kuat.

Kakitangan yang memang terlatih untuk menghadapi suasana trauma dan kecemasan mampu bertenang bila situasi sebegini melanda mereka .. TAHNIAH!!!

BAS RAPID KL TERBAKAR 20 PENUMPANG TERMASUK PEMANDU SEMPAT MENYELAMATKAN DIRI.

Posted by OMAK KAU!!!!

 

Kira-kira 20 penumpang cemas apabila bas yang dinaiki terbakar di Jalan Tropicana Selatan, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, bas Rapid KL dipercayai terbakar dari bahagian belakang.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Damansara, Mustada Silong berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira 7.33 pagi dan lima anggota bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, kira-kira 20 penumpang termasuk pemandu bas sempat menyelamatkan diri ketika kejadian selepas menyedari asap tebal dari bahagian enjin di belakang bas.

"Apabila tiba di lokasi, bas tersebut sudah terbakar keseluruhan.

"Operasi tamat kira-kira satu jam kemudian selepas memastikan keadaan selamat," katanya ketika dihubungi.

Katanya lagi, punca kejadian masih dalam siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din mengesahkan kejadian tersebut.

Menurutnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Thu Nov 12, 2015 7:51 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

KESIAN KAT MAMAT NAMA RONIK NI

bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot.
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Aku pun suka tengok citer2 tamil ni, kalau subtitle buat hal memang potong...

comments:

Anonymous said...
:-) Parasakthi hero... Perekettalesummaateretrele...sivaji the boss...

Anonymous said...
tu la..kena ada subtitle..bagus ngam faham dgn cite tersebut..semua cite perlu ada subtitle psl bukan semua manusia blh dengar apa yg d ckpkan oleh pelakon...oleh itu subtitle untuk mereka yang tidak boleh dengar tapi boleh bacak subtitle itu la..

Thu Nov 12, 2015 7:52 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Polis U-Turn - PDRM Buat Pembetulan Selepas Dimalukan KAW2 Dalam Siasatan Ke Atas Anak Azmin.

bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.net
KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

PDRM kau buat lawak. Best gila kot dapat 'titikkan' penipuan mereka dalam isu berkaitan politik. Itula. Kita dah sebut banyak kali. PDRM patut tumpu siasat kes-kes berkaitan jenayah, isu-isu berkaitan keselamatan negara dan rakyat.

Isu-isu politik, remeh-temeh macam neh toksah la beria-ria layan untuk puaskan nafsu orang atasan. Mana stand polis? POLIS DIRAJA MALAYSIA kan? Bukannya POLIS TERPAKSA MERAJAKAN PEMIMPIN2 NEGARA kan? Cuba lawan sikit pemimpin2 politik yang memanipulasikan peranan polis untuk kepentingan politik. Asyik tunduk dan menyerah je kenapa. Sampai mati pun kena pijak kalau macam tu.

Baru-baru BERNAMA update ;

Untuk bidas Azmin Ali yang mempersoalkan tindakan polis yang memanggil anaknya ketika musim peperiksaan. PDRM nak siasat anak Azmin berhubung tindakannya hadir ke perhimpunan BERSIH 4.

"Sejak Julai lepas".

Ya, itu polis kata. Dah lama panggil tapi anak Azmin buat bodoh.

Itupun bebal juga. Budak berusia 15 tahun. 15 tahun dibawah tanggungjawab family. Patut panggil mak bapak budak, bukan budak itu sendiri.

15 tahun kot? Apa ko expect budak 15 tahun punya pemikiran? Siasatan patut terarah kepada mak bapak budak tu. Kenapa bawa budak ke apa ke macam mana ke. Ini dok panggil budak tu. Macam buat jenayah pula.

KAH KAH KAH

Itu satu. Yang kedua. Jadahnya polis siasat anak Azmin sebelum perhimpunan BERSIH 4 berlangsung?

Himpunan BERSIH 4 kan diadakan pada bulan kemerdekaan = OGOS.

Bukannya bulan JULAI.

Belum berlakunya perhimpunan, POLIS dah tahu yang anak Azmin tentu hadir?

BAPAK GILA BACK TO THE FUTURE POLIS kau neh. Kalau sebegini hebat boleh la cegah jenayah2 lain dari berlaku. Dah boleh spot individu2 yang bakal melakukan jenayah di hari mendatang, ye tak?

KAH KAH KAH

Bila keluarkan kenyataan 'YANG TIDAK TEPAT' sedangkan diri kita itu adalah badan yang berautoriti untuk mengesahkan sesuatu insiden secara TEPAT, SAHIH, TELUS & FAKTA, sudah tentu la jadi sasaran kritikan.

Awak tu PDRM. Apa yang rakyat akan fikir dengan kenyataan penipuan tersebut? Ia bukan la sesuatu yang boleh kita sebut sebagai tersasul. Untuk mengatakan polis memanggil anak Azmin 'SEJAK JULAI LAGI' ia bermaksud at least polis tersebut perlu difahamkan terlebih dahulu tentang fakta kes.

Adakah nak membayangkan yang polis-polis neh tak payah tengok facts, dokumen apa bagai just mention je apa2 yang nampak 'betul' di hadapan media?

Tak payah go through dengan hasil siasatan, report dan perjalanan siasatan, asal media tanya buat-buat je macam kita dah tahu semua benda, begitu kah?

Terpakai untuk kes-kes lain ke?

Hei, hei, hei, tak perlu rasa terancam diri bila dikritik kerana korang sendiri yang tunjukkan kebodohan diri sendiri.

Hihi.

Dan selepas dimalukan, PDRM tampil menjelaskan kekeliruan ;

Polis hari ini menjelaskan anak lelaki Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dipanggil memberi keterangan berhubung pembabitannya dalam perhimpunan BERSIH sejak September lalu dan bukan Julai seperti yang dilaporkan oleh Bernama.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa berkata kenyataannya yang dilaporkan media semalam, tidak seperti yang dimaksudkannya.
"Segala kekhilafan amatlah dikesali," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.
Tajudin dilaporkan Bernama semalam sebagai berkata, bahawa anak lelaki Mohamed Azmin dipanggil memberi keterangan kepada polis sejak Julai lalu, namun gagal berbuat demikian.
- Bernama
Apa maksudnya "kenyataan ai semalam tidak seperti yang dimaksudkan"?

Boleh jamin ke kenyataan pembetulannya di atas adalah seperti apa yang dimaksudnya? Dah salah, menipu, kantoi, mengaku sudah la.

Boleh pula berkias apa yang ai cakap semalam tu kan, actually tu bukan apa yang ai maksudkan. Bila ai kata anak Azmin mula disiasat sejak Julai, actually ai maksudkan yang lain.. camne nak citer ehh.. ehmmmm errhh aduhh tergeliat dan terbelit la lidah ai neh.. susah betul nak sebut minta maaf uollss ai terkantoi kot.

Nasib baik yang lapor tu BERNAMA. Yang QUOTE statement polis tu pun BERNAMA. Maka PDRM nak kalihkan kesalahan ke atas media pun tak boleh. GENG sendiri. Nak taknak terpaksa la rangka ayat molek-molek tanpa perlu minta maaf bagi menyatakan kesilapan.. ego mesti mao jaga maaa.. PDRM la katakan..

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Anak Lelaki Azmin Dibenar Duduki Peperiksaan Sebelum Beri Keterangan

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net/

PETALING JAYA: Anak lelaki kepada Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali hanya akan hadir ke balai polis untuk memberi keterangan selepas selesai menduduki semua kertas peperiksaannya, kata peguam Latheefa Koya pada Isnin.

"Saya bercakap dengan pegawai penyiasat, ASP Ananthan pada petang Ahad dan akan menghantar surat kepadanya kira-kira pukul 10 pagi ini mengesahkan bahawa siasatan hanya akan diteruskan selepas dia selesai menduduki peperiksaannya. Kami akan memaklumkan kepada polis sebaik sahaja peperiksaannya selesai," kata Latheefa yang mewakili remaja berusia 15 tahun itu.

Menurut laporan, Azmin menyerahkan kepada peguamnya untuk memutuskan sama ada anak lelakinya perlu pergi ke balai polis untuk diambil keterangan pada Isnin berhubung penglibatannya dalam perhimpunan Bersih berikutan notis yang diserahkan oleh polis.
Notis tersebut dikeluarkan mengikut Seksyen 111 Kanun Tatacara Jenayah bertujuan memohon kehadiran anak lelaki Azmin ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi kira-kira pukul 10 pagi Isnin bagi bagi direkodkan keterangannya berhubung perhimpunan tersebut.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Supt Habibi Majinji berkata notis itu dikeluarkan selepas anak lelaki Azmin gagal hadir ke balai polis tersebut selama beberapa bulan.

"Kami dimaklumkan bahawa dia sibuk dengan peperiksaannya. Kami cuba untuk bertolak-ansur dan memahami, oleh itu kami terus menangguhkannya.
"Namun selepas lama menunggu, DPP memutuskan untuk mengeluarkan notis tersebut. Kami hanya menjalankan tugas," katanya.

Di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, mereka yang berumur 15 tahun ke bawah tidak dibenarkan terlibat dalam mana-mana perhimpunan awam. - Mstar

Thu Nov 12, 2015 7:52 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Tarik Balik Kenyataan & Minta Maaf Kepada Seluruh Warga Malaysia - Desak AMK Kepada Nancy

siakapkeli.my

Angkatan Muda Keadilan meluahkan perasaan kesal mereka dengan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri yang berkata kononnya kaum Bumiputera akan menjadi pencuri sekiranya tidak menerima bantuan dari kerajaan.

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Lee Chean Chung berkata kenyataan seumpama itu tidak wajar dikeluarkan oleh seorang menteri kerajaan pusat.

"Kenyataan itu berunsur penghinaan dan membawa maksud bumiputera yang miskin akan menjadi pencuri.

"Kenyataan yang mengatakan bahawa seseorang akan menjadi pencuri seandainya tidak mendapat bantuan kewangan adalah amat menghina kerana akhlak seseorang insan adalah tidak berkaitan sama ada seseorang itu mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan.

"Saya amat kecewa dengan Nancy Shukri kerana memegang jawatan Menteri tetapi tidak memahami keadaan kehidupan warga miskin di Malaysia.

"Hakikatnya, terdapat ramai warga miskin sama ada di bandar dan luar bandar yang menampung kehidupan mereka sendiri dengan bekerja keras dan mencari rezeki kehidupan dari sumber yang halal," katanya memetik artikel dari suarapakatandaily.

Lee juga menambah terdapat bumiputera yang bekerja sehingga lebih dari 12 jam sehari untuk mendapatkan gaji minima RM1,000 dan mempersoalkan mengapa Nancy sanggup mengaitkan masalah kemiskinan dengan jenayah.

"Padahal, yang menjadi pencuri di dalam negara bukan warga miskin, tetapi terdiri juga daripada mereka yang kaya-raya, memegang jawatan tinggi dan mencuri duit rakyat.

"Adakah mereka yang terlibat dengan rasuah merupakan golongan miskin yang tidak mendapat bantuan? Adakah isu yang didedahkan dalam laporan audit negara yang menglibatkan ketirisan dan pemborosan dilakukan oleh golongan miskin yang tidak mendapat bantuan? Siapakah yang mendapat duit berbilion Ringgit di dalam akaun peribadi?" tanya Lee.

Selain itu Lee juga mendesak agar Nancy menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf kepada seluruh warga Malaysia.

"Saya mendesak Nancy supaya menarik balik kenyataannya dengan segera dan meminta maaf kepada seluruh warga Malaysia atas kenyataannya yang memperlekehkan usaha penghapusan kemiskinan," kata beliau.

Sebelum ini, kenyataan dari Nancy pada 8 November lalu mencetus pelbagai kritikan dari banyak pihak apabila beliau berkata bumiputera akan mula mencuri sekiranya tidak dibantu.

"Jika anda tidak membantu ... masalah sosial akan berlaku. Kerana mereka akan ketinggalan jauh di belakang, akan ada masalah sosial. Itulah keadaannya, jika mereka tidak mempunyai wang, apa yang mereka akan lakukan? Mereka akan mula mencuri "- kata Nancy dialih bahasa dari laporan dari TheMalayMail Online. - Siakapkeli.my
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: