9 Messages
Digest #4341
Messages
Mon Nov 23, 2015 7:17 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Siapa yg perlukan kursus2 Perkahwinan ini..YaPEIM/JAWI ke atau Pelajar2..?..Ratusan Ribu Ringgit ini guna dana Anak Yatim/Miskin!!! Fikir2lah sikit..Jangan ikut 'Aqal Takok Lama' kita saja! WAJIB semua baca tulisan X-Birokrat ini…
bloglist-malaysia.blogspot
http://drdzul.com
HAL EHWAL PELAJAR MALAYSIA LUAR NEGARA DIBAWAH YAPIEM / JAWI ???……..
Membaca tentang berbagai laporan mengenai kisah YAPEIM mengadakan berbagai kursus perkahwinan untuk pelajar di luar negara, terpanggil pula aku untuk mempersoalkan beberapa perkara yang berbangkit. Sebagai 'orang tua' yang pernah terlibat dalam 'hal-hal sebegini' suatu ketika dahulu amat memerlukan penjelasan. Sekurang-kurangnya untuk dapat dimengertikan oleh rakyat yang agak dangkal tentang isu-isu yang sebegini.
a.. Membaca tentang laporan-laporan dan kenyataan yang diberikan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (DS Jamil Khir Baharom) dan kenyataan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI), Paimuzi Yahya menampakkan bahwa seolah-olah hal ehwal pelajar luar negara telah berada dibawah YAPEIM dan bukan lagi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Atau apakah aku tidak sedar tentang pertukaran tanggungjawab ini?
a.. Dari laporan-laporan yang dipaparkan menunjukkan bahawa kursus perkahwinan adalah amat penting diberikan kepada pelajar-pelajar. Aku tidak menafikan hakikat itu tetapi apakah kursus yang sedemikian menjadi keutamaan sehinggakan sanggup berbelanja ratusan ribu ringgit semata-mata untuk mengadakan kursus sedemikian rupa.
Izinkan aku memetik kenyataan Pengarah JAWI, Encik Palmuzi Yayaha yang mengatakan bahawa, "Dari segi ekonomi memang jimatkan bajet pelajar di luar negara untuk kursus perkahwinan……Apabila (kursus) dibuat di luar negara kita kumpulkan 150 orang dan penceramahnya dua atau tiga orang di mana belanjanya memang sedikit…..Itulah keuntungan yang akan diperolehi pelajar luar negara (tanpa perlu balik ke Malaysia untuk hadir kursus),"
Aku tidak menafikan kepentingan kursus-kursus perkahwinan sedemikian tetapi soalnya hendaklah mengikut 'tertib'nya. Mengikut keutamaannya. Kita harus faham bahawa keutamaan yang diberikan tumpuan kepada pelajar ialah untuk lulus dengan cemerlang dalam bidang-bidang yang diceberu oleh mereka dan bukan memikirkan soal kahwin. Aku yakin jikalau ditanyakan keutamaan ibu bapa pelajar di Malaysia, pasti mereka mahukan anak mereka lulus dengan cemerlang dalam bidang-bidang kejuruteraan (Perancis dan German)
Dan yang 'memeningkan' kepala kebanyakan takyat Malaysia ialah kenyataan 'Tuan Pengarah Jawi' yang mengatakan bahawa, '…..Itulah keuntungan yang akan diperolehi pelajar luar negara (tanpa perlu balik ke Malaysia untuk hadir kursus)". Apakah sampai begitu sekali pentingnya kursus perkahwinan sehinggakan sanggup memanggil pulang pelajar semata-mata untuk mengikuti kursus perkahwinan. Mungkin agaknya pemikiran aku sudah amat jauh menyimpang dari norma sebenar. Mungkin.
Timbul pula pertanyaan lain yang 'menendang dan menerajang' benak aku ia itu tentang apakah JAWI dan YAPEIM juga mengadakan kursus perkahwinan di pusat-pusat pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia. Apakah seluruh pelajar Islam di UITM atau di Taylors College di Subang Jaya itu telah mengikuti kursus perkahwinan? Dan aku yakin tidak dan mungkin belum lagi diadakan kursus sedemikain. Dan apakah bezanya pelajar Islam di pusat pengajian tinggi tempatan dengan pelajar Islam di Paris atau di Chicago?
Dan yang paling malangnya lagi ialah perbelanjaan untuk menjalankan kursus berkenaan berjumlah ratusan ribu ringgit. Lebih menakjubkan lagi kononnya Kursus program yang dinamakan 'Simposium Perdana Paris membincangkan Isu Perkahwinan, Kekeluargaan, Keusahwanan dan Pengurusan'. Persoalannya ialah apakah kepakaran YAPEIM dan JAKIM sudah boleh mengendalikan kursus-kursus yang berkaitan dengan keushawanan dan pengurusan dan tidak lagi terbatas dalam hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam sahaja.
Dan dinyatakan juga bahawa tujuan diadakan program berkenaan di Perancis, " bagi memastikan pelajar Malaysia di negara itu tidak terpengaruh dengan LGBT" Aku tidak pula menafikan tentang kepentingannya untuk disampaikan kepada pelajar-pelajar. Tetapi soalnya apakah perlu satu program khas yang dinamakan 'Simposium Perdana Paris' untuk membincangkan isu berkenaan yang mana para peserta simposium perlu didatangkan dari Malaysia dengan perbelanjaan ratusan ribu ringgit. Apakah pegawai kedutaan di Paris tidak boleh diminta kerjasama untuk memberi penjelasan yang sedemikian. Ataupun mungkin boleh diarahkan Attache Agama Islam dari Jabatan Penuntut Malaysia di London untuk bekerjasama alam hal sedemikian.
Aku merasakan sudah begitu lama kerajaan Malaysia membelanjakan wang yang begitu banyak untuk perkara-perkara yang bukan keutamaan. Sudah berbillion ringgit wang negara digunakan untuk perkara-perkara yang bukan 'keutamaan' ( yang semestinya bukan tidak penting). Para menteri dan pegawai tinggi kerajaan haruslah berhemah dan 'bertimbang rasa' dalam menetukan keutamaan yang perlu dilaksanakan.
Sudah terlalu lama kita membincangkan isu-isu remeh yang kadang-kadang dirasakan kurang berfaedah dan membuang masa.
abuhassanadam
21 November 2015
http://abuhassanadam.blogspot.my/
Kursus Perkahwinan YaPEIM Di Paris Jimatkan Kos - Pengarah JAWI
bloglist-malaysia.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot
Posted by Anak Sungai Derhaka
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mempertahankan Tindakan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menganjurkan program pra-perkahwinan di luar negara kerana ia lebih menjimatkan kos.
Pengarah JAWI, Paimuzi Yahya berkata, sebagai badan yang bertanggungjawab dalam urusan perkahwinan, usaha YaPEIM itu dapat membantu pelajar daripada membuat perbelanjaan besar untuk pulang ke Malaysia bagi mengikuti kursus kahwin.
"Jadi dari segi ekonomi memang jimatkan bajet pelajar di luar negara untuk kursus kahwin.
"Itulah keuntungan yang akan diperolehi pelajar. Bila balik ke negara kita, mereka tak perlu lagi menghadiri kursus," katanya semasa sidang media sempena Majlis Mahabbah Alumni JAKIM pada Jumaat.
Mengulas lanjut, dia berkata, pasangan yang ingin berkahwin wajib menghadiri kursus sebelum mendirikan rumah tangga.
"Pasangan yang bakal berkahwin mereka wajib menghadiri kursus pra perkawinan, apabila dibuat di luar negara kita kumpulkan 150 pelajar penceramahnya dua hingga tiga orang pergi, perbelanjaan memang sedikit," katanya.
Dia berkata demikian ketika menjawab dakwaan National Oversight and Whistleblowers (NOW) YaPEIM telah menggunakan RM290,000 untuk membiayai dua program kursus kahwin di Paris, Perancis melalui dana Yayasan Pembangunan Anak Yatim dan Miskim (PEMANGKIN). - Free Malaysia Today

bloglist-malaysia.
darisungaiderhaka.

Mon Nov 23, 2015 7:18 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Lautan Manusia 'Landa39; IKEA Cheras Hari Ini, Beratur Seawal 6 Pagi
siakapkeli.my
Sempena pembukaan cawangan kedua IKEA Malaysia di Jalan Cochrane hari ini, dikhabarkan lebih 3000 orang pengunjung beratur panjang dana da diantara mereka yang menunggu sewal 6 pagi.
IKEA kedua yang lebih dikenali dengan nama IKEA Cheras oleh pengunjung ini merupakan IKEA terbesar di Malaysia di mana ia meliputi ruang beli-belah seluas 42,000 meter persegi yang dirasmikan oleh Duta Sweden ke Malaysia, Bengt G Carlsson.
Pengarah Urusan IKEA Malaysia, Singapura dan Thailand, Christian Rojkjaer berkata, mereka menyasarkan 30,000 pengunjung datang ke IKEA Cheras hari ini yang dibika pada 9.30 pagi tadi sehingga 10 malam ini.
Gudang membeli belah yang terletak di Cheras ini dikatakan 20 peratus lebih besar daripada IKEA Damansara dan menonjolkan 56 ruang pameran dan menawarkan lebih 8,500 produk yang bersesuaian dengan kediaman Malaysia.
"Untuk lebih keselesaan, gedung ini juga dilengkapi dengan kemudahan yang mampu menampung 780 tempat duduk di restoran dan lebih 1,700 tempat letak kereta.
"Lebih ramai rakyat Malaysia berpeluang menikmati pengalaman unik dan konsisten di gedung IKEA," katanya di majlis perasmian IKEA Cheras di sini, pagi ini.
Sepanjang minggu pembukaan, IKEA Cheras telah menyediakan pelbagai aktiviti gedung yang menarik untuk seisi keluarga termasuk kemunculan khas patung panda, lukisan muka, persembahan badut, belon percuma dan pelbagai lagi. - Siakapkeli.my

Mon Nov 23, 2015 7:21 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Ingatkan Sakit Perut Biasa, Rupanya Ada Gunting Tertinggal...
siakapkeli.my
ANKARA: Hanya selepas lima tahun, seorang wanita menyedari sebilah gunting yang digunakan ketika membuat pembedahan suatu ketika dahulu tertinggal di dalam perutnya.
Mangsa, Hanim Ozgul, 67 terkejut dengan situasi itu dan berkata sering merasa sakit di bahagian badan tersebut namun sentiasa ditenangkan oleh doktor bahawa ia sebahagian dari proses penyembuhan akibat pembedahan merawat kanser rahimnya.
"Selama lima tahun kesakitan di bahagian perut dan badan saya semakin teruk.
"Saya kemudiannya pergi ke sebuah lagi hospital untuk membuat pemeriksaan," katanya.
"Apabila imbasan X-ray dibuat doktor terkejut kerana mendapati ada gunting dalam perut saya.
"Doktor kemudian membuat satu pembedahan untuk mengeluarkan gunting berkenaan," katanya.
Berang dengan kejadian itu, Hanim bertindak menyaman doktor dan hospital yang dikunjunginya ketika melakukan pembedahan lima tahun dahulu kerana cuai. -Siakapkeli.my
siakapkeli.my
ANKARA: Hanya selepas lima tahun, seorang wanita menyedari sebilah gunting yang digunakan ketika membuat pembedahan suatu ketika dahulu tertinggal di dalam perutnya.
Mangsa, Hanim Ozgul, 67 terkejut dengan situasi itu dan berkata sering merasa sakit di bahagian badan tersebut namun sentiasa ditenangkan oleh doktor bahawa ia sebahagian dari proses penyembuhan akibat pembedahan merawat kanser rahimnya.
"Selama lima tahun kesakitan di bahagian perut dan badan saya semakin teruk.
"Saya kemudiannya pergi ke sebuah lagi hospital untuk membuat pemeriksaan," katanya.
"Apabila imbasan X-ray dibuat doktor terkejut kerana mendapati ada gunting dalam perut saya.
"Doktor kemudian membuat satu pembedahan untuk mengeluarkan gunting berkenaan," katanya.
Berang dengan kejadian itu, Hanim bertindak menyaman doktor dan hospital yang dikunjunginya ketika melakukan pembedahan lima tahun dahulu kerana cuai. -Siakapkeli.
Mon Nov 23, 2015 7:21 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Dituduh Curi Telefon, Usus Dan Buah Pinggang Pelajar Cedera Selepas Dibelasah Rakan
siakapkeli.my
Alor Setar: Gara-gara dituduh mencuri telefon bimbit milik rakan, seorang pelajar sekolah agama swasta di Pokok Sena, kedah mengelami pendarahan usus dan buang pinggang cedera selepas dipukul lima rakannya awal pagi semalam.
Pelajar berkenaan, Mohd Irfan Azizan, 13, telah dipukul rakan-rakannya berusia 14 hingga 18 tahun pada jam tiga pagi dimana mangsa telah ditumbuk dan disepak di seluruh badan.
Bapa mangsa, Azizan A Aziz, 40, berkata, beliau hanya mengetahui kejadian berkenaan 3 jam selepas kejadian apabila dihubungi oleh salah seorang lima pelajar yang memukul mangsa bagi meminta ganti rugi selain memaklumkan memukul anaknya.
Kerana khuatir kejadian buruk menimpa anaknya itu, beliau segera menghubungi pihak sekolah yang kemudian memeriksa keadaan anaknya di asrama.
"Saya dimaklumkan pihak sekolah, rakan anak memberitahu Mohd Irfan sedang tidur kerana demam menyebabkan saya sendiri pergi ke sekolah kira-kira 10 pagi untuk memeriksa keadaannya.
"Saya terkejut melihat keadaannya yang lemah dan tidak berdaya untuk bangun menyebabkan hati ini bertambah risau.
"Dia (Mohd Irfan) juga mengadu sakit kepala dan dada selain muntah beberapa kali menyebabkan saya segera membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan," katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, tadi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.
"Pemeriksaan doktor mengesahkan mangsa mengalami lebam di dada, muka, belakang badan dan sakit di bahagian pinggang," katanya dipetik laporan Harian Metro.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan polis akan menahan kelima-lima suspek bagi membantu siasatan. - Siakapkeli.my
Empat pelajar perempuan ditahan
bloglist-malaysia.blogspot
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai
Lundu: Empat pelajar perempuan yang video mereka membuli rakan di sekolah menengah di Sematan, di sini, pada 26 Oktober lalu, 'viral' di laman sosial, ditahan semalam.
Ketua Polis Daerah Lundu Deputi Superintendan Wong Chee Keong berkata, keempat-empat pelajar berusia 16 tahun itu ditahan di rumah masing-masing bagi membantu siasatan.
Katanya, pihaknya hanya menerima laporan daripada mangsa yang juga berusia 16 tahun pada Jumaat lalu sebelum identiti semua pelajar terbabit dikenal pasti.
"Polis turut merampas empat unit telefon bimbit milik pelajar terbabit dan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian sebenar.
"Berdasarkan keterangan awal, mangsa mendakwa berlaku salah faham apabila dia menegur seorang daripada pelajar itu yang cuba memikat teman lelaki adik angkatnya,"katanya.
Katanya, semuanya masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
Rakaman video memaparkan aksi ganas kes buli itu dipercayai dimuat naik seorang daripada empat pelajar itu di laman sosial dan menjadi viral di Facebook sejak semalam.
Dalam rakaman video berdurasi lebih dua minit itu, pelajar perempuan terbabit turut ditampar dan ditendang beberapa pelajar lain yang tidak berpuas hati terhadap mangsa.
Video Buli Pengawas : Polis Akan Siasat Termasuk Pihak Penyebar Video
siakapkeli.my
BESUT - Susulan video buli viral yang memaparkan seorang pelajar yang juga pegawas di sebuah sekolah di sini, siasatan terperinci akan dijalankan termasuklah kepada individu yang menyebarkan video berkenaan.
Menurut Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu dari bapa mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut pada jam 9 pagi semalam.
"Kita turut mengesan individu yang menyebarkan rakaman video berkenaan untuk disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyebarkan video berkenaan di laman sosial," katanya memetik laporan Sinar Online.
Video yang berdurasi selama 6 minit itu memaparkan seorang pelajar di belasah oleh sekumpulan pelajar. Selain itu, mangsa juga turut dipaksa mencium stokin dalam kejadian yang didakwa berlaku di dalam surau sekolah berkenaan.
Selain itu, murid yang terlibat memukul mangsa juga dipercayai sering meminta duit dari mangsa setiap hari dan sekiranya mangsa enggan, mereka akan memukul mangsa.
Mangsa juga dikatakan pernah menyuarakan mahu bertukar ke sekolah lain kepada bapanya. - Siakapkeli.my
Murid Tahun 6 Dibuli Beramai-Ramai Di Terengganu
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai
MELAMPAU! Itulah yang boleh dirumuskan daripada rakaman video memaparkan seorang murid sekolah dibuli yang kini menjadi viral di laman sosial.
Video berdurasi 6 minit 29 saat itu mencetuskan kegusaran dan kemarahan sesiapa sahaja yang menontonnya. Bayangkan, baru usia 'setahun jagung' sudah berlagak macam gangster tak berhati perut.
Difahamkan, kejadian buli itu berlaku di sebuah sekolah kebangsaan dekat Jerteh, Terengganu.
Visual bermula dengan beberapa murid berusia sekitar 12 tahun bertindak menendang bahagian belakang mangsa.
Tidak cukup memukul dan mempermainkan mangsa beramai-ramai, salah seorangnya menarik kaki mangsa selain bertindak menerajang bertalu-talu bersama rakannya yang lain.
Murid-murid tersebut turut menyepak kepala mangsa beberapa kali sehingga menyebabkan dia terbaring.
Paling melampau, salah seorang pembuli cilik itu menggunakan tukul bagi menakut-nakutkan mangsa sehingga membuatkan mangsa menjadi begitu terkejut untuk mempertahankan diri.
Menurut pengirim video berkenaan, Nor Hazila yang merupakan ibu saudara kepada mangsa, pada mulanya dia sendiri tidak mempercayai kejadian buli tersebut melibatkan anak saudaranya sendiri.
"Sebelum ni saya asyik melihat video-video buli org lain. Tak sangka hari ni terjadi pada saudara terdekat saya, darah daging sendiri," tulisnya di pautan video.
Hazila mengatakan anak saudaranya itu yang merupakan seorang pendiam, sering menjadi mangsa rakan sebayanya yang bertindak membuli termasuk meminta duit belanja. Sekiranya tidak diberi, mangsa akan dipukul.
"Mentang-mentang mangsa berdiam. Korang main buli sepak terajang. Setiap hari mintak duit dari si mangsa. Kalau tak bagi, kene pukul, setiap hari kene ugut suruh jangan beritahu sesiapa kalau tak kena pukul," katanya.
Tambahnya, mangsa dikatakan sering minta ditukarkan sekolah sejak darjah empat namun begitu takut untuk menceritakan perkara sebenar kepada ibu bapanya.
"Patutlah mangsa sejak darjah 4,5 dulu asyik mintak tukar sekolah. Tapi tak mampu nak cakap sebab apa nak tukar sekolah. Hati ayah dan ibu mana tak terasa tengok anak kesayangan dipukul disepak," katanya.
Tindakan biadab sekumpulan murid berkenaan mendapat perhatian netizen di mana rata-rata mereka meminta murid-murid yang terlibat diberikan hukuman yang setimpal dengan kelakuan mereka agar dapat jadi pengajaran.
Buli Semantan : Punca Kerana Berebut Teman Lelaki
siakapkeli.my
Sarawak, 22 Nov - Polis Sarawak telah menahan empat orang pelajar di SMK Semantan di sini kelmarin susulan video buli yang viral di laman sosial baru-baru ini.
Video yang berdurasi 2 minit 52 saat itu merakamkan aksi dua pelajar perempuan yang menampar dan menghentak kepala seorang pelajar ke dinding manakala seorang lagi pelajar perempuan dan lelaki dilihat mengejek mangsa yang terjatuh ke lantai selepas rambut mangsa ditarik
Video terbabit menyebabkan pengguna media sosial mahu tindakan tegas diambil keatas mereka-mereka yang terlibat dalam kejadian tersebut.
Akhbar Kosmo! melaporkan kejadian tersebut terjadi kerana berebut teman lelaki. - Siakapkeli.my

"Berdasarkan keterangan awal, mangsa mendakwa berlaku salah faham apabila dia menegur seorang daripada pelajar itu yang cuba memikat teman lelaki adik angkatnya,"

Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)
Mon Nov 23, 2015 7:21 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
TERKINI - 3,000 Penyumbang YaPEIM Tarik Diri
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM
KOTA BAHARU: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) akan memberi penjelasan kepada kira-kira 3,000 penyumbang dana Amal Jariah (Skim Potongan Gaji) yang menarik diri daripada menyumbang kepada yayasan berkenaan.
Ketua Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan YaPEIM, Datuk Abibullah Samsudin, berkata pihaknya yakin perkara itu hanya bersifat sementara dan mereka akan kembali menyumbang kepada yayasan berkenaan selepas dakwaan mengenai penyelewengan dana dibuktikan tidak benar.
"Saya yakin pemberhentian (sumbangan dana) ini adalah bersifat sementara hingga mereka benar-benar yakin ini adalah fitnah dan mereka akan (kembali) meneruskan sumbangan kepada YaPEIM.
"Kita akan hantar kenyataan akhbar dari semasa ke semasa supaya mereka akhirnya akan memahami perkara sebenar yang sedang berlaku," katanya selepas menghadiri sesi penerangan tertutup berhubung isu yang melanda YaPEIM anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Majlis Profesional Kelantan di sini, malam tadi.
Hadir sama Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Datuk Siti Zaleha Hussien dan Anggota Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM Prof Datuk Mahamad Naser Dis.
Mengulas lanjut, Abibullah berkata, YaPEIM kini mempunyai kira-kira 5,000 penyumbang dana di bawah dana Amal Jariah yang menyumbang minimum RM1 hingga maksimum RM500 setiap bulan.
Dalam pada itu, Abibullah berkata, pihaknya juga sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung kebocoran maklumat berhubung pengurusan kewangannya, namun turut menyerahkan perkara berkenaan kepada polis untuk siasatan secara menyeluruh.
Beliau turut mengakui ada pegawai yayasan berkenaan dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan, namun enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan kerana ia masih dalam siasatan.
YaPEIM menjadi perhatian sejak minggu lalu, berhubung dakwaan salah guna dana dan lebihan pembayaran gaji kepada pengurusan atasannya. - BERNAMA
Selepas Washington DC, Sydney, Paris dia mai perabih di New York pulak...YAPEIM oh YAPEIM...!!
bloglist-malaysia.blogspot
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie
Dalam siri pendedahan terbaru dakwaan salah guna dana, Pusat Pemantauan dan Pendedah Maklumat Nasional (NOW) hari ini ingin mengetahui sama ada Yayasan Ekonomi Pembangunan Islam (Yapeim) terlibat dalam lawatan ke New York, Amerika Syarikat.
Menurut Pengarah NOW Akmal Nasir, perkara tersebut dibangkitkan selepas yayasan itu mengesahkan lawatan ke Sydney, Melbourne dan Brisbane, Washington DC, Iowa dan Minnesota dan juga Paris.
Memetik dokumen yang didakwanya menunjukkan Yapeim terlibat dalam lawatan ke New York, Akmal mendakwa Yapeim terlibat dalam Program Kembara Santun ke New York sempena lawatan Perdana Menteri Najib Razak ke Amerika Syarikat tahun lalu.
Program itu, didakwa menelan belanja kira-kira RM100,000 dikatakan berlangsung pada 17 September 2014 hingga 27 September 2014 melibatkan 100 peserta.
Dalam kenyataannya petang ini, Akmal mendakwa Yapeim membelanjakan RM101,720 untuk lawatan itu manakala Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN) pula membelanjakan RM66,960.
Sehubungan itu, beliau menggesa yayasan itu mengesahkan lawatan tersebut diadakan atau sebaliknya serta menamakan individu yang terlibat dalam lawatan itu.
"Apakah keperluan Yapeim untuk bersama dalam lawatan perdana menteri ke New York sedangkan Yapeim adalah agensi yang berteraskan kepada amal jariah dan bukanlah sebuah jabatan kerajaan?
"Berapa banyakkah lawatan ke luar negara yang melibat Yapeim bagi tahun 2013, 2014 dan 2015?" soal Akmal.
Akmal juga mengalu-alukan kesediaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa siasatan akan diadakan terhadap Yapeim dan menuyifatkan ia permulaan yang baik.
"Bagi memberi ruang kepada SPRM untuk menjalankan siasatan, mereka yang terbabit sewajarnya diwajibkan cuti serta-merta dan tidak berhubung dengan mana-mana pegawai Yapeim sehingga siasatan selesai," katanya.
Akmal juga mencadangkan supaya struktur pengurusan dan pentadbiran YaPEIM dirombak termasuklah individu yang dilantik sebagai Lembaga Pemegang Amanah.
Yapeim menjadi tajuk utama berita sejak dua minggu lalu berikutan pendedahan Akmal ini berhubung dakwaan salah guna dana dan pembayaran elaun yang tinggi kepada pegawai pengurusan atasan.
Malaysiakini telah menghubungi Yapeim untuk mendapatkan maklum balas berhubung pendedahan terkini.

Sungai Pasir Mengalir Dengan Laju Di Iraq Jadi Viral
siakapkeli.my
Sejak awal bulan lalu menjadi viral di laman sosial seluruh dunia apabila sebuah video memaparkan kejadian yang menakjubkan iaitu sebuah sungai pasir yang pasirnya mengalir seperti air.
Rantau yang terkenal dengan beriklim kering ini sering kali dilanda ribut ais, hujan lebat dan angin kuat.
Iraq sebelum ini pernah diisytiharkan darurat selepas hujan batu bersaiz sebesar bola golf pernah melanda negara berkenaan kerana cuaca melampau berkenaan.
Permandangan luar biasa ini telah dirakam tetapi lokasi sebenarnya tidak dapat dipastikan dengan pasir-pasir bercampur air dan blok ais bergerak seperti air melalui sungai yang di kelilingnya padang pasir yang kering. - Siakapkeli.my

Mon Nov 23, 2015 7:22 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Termasak Spaghetti Babi..
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM
Saya ingin menasihatkan anda agar berhati-hati membeli sos tomato yang digunakan untuk memasak speghetti. Apabila membeli makanan yang diimport dari luar negara, bacalah label kandungannya terlebih dahulu.
Di bawah, cerita dari seorang penggemar Spaghetti:
Semalam, setelah memasak nasi, udang goreng dan sebagainya. Anak saya nak makan mee spaghetti. Memandangkan bahan-bahannya semua cukup, saya pun masaklah.
Bila spaghetti selesai dimasak, anak saya Kamal pun bertanya;
"Umi, daging kecil yang masin sedikit itu daging apa?" soalnya.
"Rasanya seperti keju balls. Dikunyah rasa masin-masin," kata abangnya, Salim.
Kamal makan sampai dua pinggan. Sedap sangat spaghetti yang Ummi masak, katanya. Kebetulan pula speghetti itu makanan kegemarannya. Saya cuma makan sepinggan kecil, sekadar mahu merasa sahaja.
Setahu saya, sauce spaghetti biasanya tomato dan kadang kala ada cendawan. Tetapi yang ini pula agak lain sedikit. Saya pun terus bergegas ke dapur dan melihat botol sauce yang diberikan nama Italian Sausage for Spaghetti keluaran Prego, made in USA.
Ligat mata membaca label pada botol. Hati sudah tidak sedap, tekak sudah rasa mual seperti wanita hamil. Tiba-tiba terlihat Ingredients: Tomato, etc semua dan Pork Minced Meat!
Astaghfirullahalazim. Saya masak spaghetti dan saucenya mengandungi babi. Yang dah termakan babi, semuanya terperanjat! Yang nak diet anak perempuan Maryam dan adik lelaki Muhammad terselamat kerana mereka makan nasi.
Kuah sauce spaghetti dengan kualinya sekali saya buang. Yang tertelan spaghetti babi terludah-ludah kesal tak sudah. Semoga Allah mengampunkan dosa kerana alpa untuk membaca label makanan sebelum membeli. Saya kira sauce tomato manalah ada letak daging babi.
Kata orang tua-tua, mimpi makan daging babi nak dapat rezeki. Tetapi kalau makan bukan-bukan dalam mimpi apa nak jadi? 40 hari doa tidak dikabulkan Allah andainya makan benda-benda haram.
Astaghfirullahalazim. Siapa-siapa yang ada air zam-zam, mintalah sedikit. Saya nak bersihkan perut yang termakan babi. Tolonglah, sampai sekarang rasa jijik dan mual. Taubat tak nak masak spaghetti itu lagi. - Penggemar Spaghetti teraniaya
Jadi, ambillah iktibar dari cerita ini. Sebelum membeli sesuatu barangan itu, bacalah labelnya terlebih dahulu. Jangan sampai jadi seperti ini. - Elys
Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM
bloglist-malaysia.
Posted by Jeebond BLM
Saya ingin menasihatkan anda agar berhati-hati membeli sos tomato yang digunakan untuk memasak speghetti. Apabila membeli makanan yang diimport dari luar negara, bacalah label kandungannya terlebih dahulu.
Di bawah, cerita dari seorang penggemar Spaghetti:
Semalam, setelah memasak nasi, udang goreng dan sebagainya. Anak saya nak makan mee spaghetti. Memandangkan bahan-bahannya semua cukup, saya pun masaklah.
Bila spaghetti selesai dimasak, anak saya Kamal pun bertanya;
"Umi, daging kecil yang masin sedikit itu daging apa?" soalnya.
"Rasanya seperti keju balls. Dikunyah rasa masin-masin,
Kamal makan sampai dua pinggan. Sedap sangat spaghetti yang Ummi masak, katanya. Kebetulan pula speghetti itu makanan kegemarannya. Saya cuma makan sepinggan kecil, sekadar mahu merasa sahaja.
Setahu saya, sauce spaghetti biasanya tomato dan kadang kala ada cendawan. Tetapi yang ini pula agak lain sedikit. Saya pun terus bergegas ke dapur dan melihat botol sauce yang diberikan nama Italian Sausage for Spaghetti keluaran Prego, made in USA.
Ligat mata membaca label pada botol. Hati sudah tidak sedap, tekak sudah rasa mual seperti wanita hamil. Tiba-tiba terlihat Ingredients: Tomato, etc semua dan Pork Minced Meat!
Astaghfirullahalazi
Kuah sauce spaghetti dengan kualinya sekali saya buang. Yang tertelan spaghetti babi terludah-ludah kesal tak sudah. Semoga Allah mengampunkan dosa kerana alpa untuk membaca label makanan sebelum membeli. Saya kira sauce tomato manalah ada letak daging babi.
Kata orang tua-tua, mimpi makan daging babi nak dapat rezeki. Tetapi kalau makan bukan-bukan dalam mimpi apa nak jadi? 40 hari doa tidak dikabulkan Allah andainya makan benda-benda haram.
Astaghfirullahalazi
Jadi, ambillah iktibar dari cerita ini. Sebelum membeli sesuatu barangan itu, bacalah labelnya terlebih dahulu. Jangan sampai jadi seperti ini. - Elys
Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.
Mon Nov 23, 2015 7:22 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Mesin Vending Beli Kereta Yang Pertama Di Dunia
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai
SEBUAH syarikat kereta terpakai di Tennessee, Amerika Syarikat mempunyai cara lebih cool untuk para pelanggan mendapatkan kereta idaman mereka.
Kaedah yang diguna pakai syarikat Carvana ini beroperasi sama seperti mesin vending yang lain, yang mana pelanggan hanya perlu memasukkan syiling bagi mendapatkan produk yang diingini.
Konsep yang telah diusahakan sejak dua tahun lalu itu sebenarnya bermula di Atlanta namun sejak itu mereka mula melakukan penambahbaikan bagi menjayakan cara baharu pembelian kereta yang paling mudah, cepat dan ekspres.
Ketua Pegawai Eksekutif Carvana, Ernie Garcia berkata, ianya merupakan mesin vending tercanggih di dunia yang menawarkan pelbagai jenis kereta diidamkan pelanggan dengan hanya memasukkan syiling khas yang dikeluarkan syarikat terbabit.
Mesin itu mengandungi lima tingkat menara kaca yang boleh menampung 20 kereta pada satu-satu masa.
Pelanggan hanya perlu mendapatkan maklumat mengenai kereta yang ingin dibeli di laman web mereka, buat pembayaran dan kemudian mengambilnya di mesin tersebut sekaligus menjimatkan kos penghantaran kenderaan. –sumber

Mon Nov 23, 2015 7:23 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Yang Mereka Nampak Hanyalah Penjawat Awam Sombong, Gambar Seperti ini Pasti Tidak Akan viral
siakapkeli.my
Sejak kebelakangan ini, kita sering terlihat di dada media sosial tentang keburukan penjawat awam lebih-lebih lagi mereka yang berkhidmat di dengan masyarakat yang ramai seperti di hospital atau kaunter-kaunter seperti bank, jabatan pendaftaran atau mana-mana yang melibatkan urusan orang ramai seharian.
Jarang-jarang sekali kita melihat di dada media kebaikan mereka ini walaupun yang 'buruk39; itu hanya segelintir di kalangan penjawat awam.
Disebalik isu semasa melibatkan kakitangan JPN, Kakitangan hospital dan pelbagai lagi, kita lupa akan pengorbanan mereka yang betul-betul ikhlas membuat kerja membantu masyarakat.
Berikutkan itu, seorang doktor bernama Abdul Rahman Abdul Kadir telah membuat luahan ini di laman Facebooknya yang menunjukkan contoh seorang kakitangannya yang melakukan tugas ikhlas membantu masyarakat tetapi menurutnya perkara seperti ini pasti tidak mendapat perhatian masyarakat, sebaliknya hanya keburukan yang lebih di cari.
Berikut adalah tulisan beliau,
Gambar di bawah saya jumpa di media sosial. Ia adalah staff saya. Seorang Penolong Pegawai Perubatan (PPP) atau nama lainnya adalah MA (Medical Assistant). Zaman dahulu jawatan ini dipanggil sebagai Dressar.
Jawatan ini adalah salah satu jawatan paramedik bersama para jururawat (nurse). Mereka (paramedik) adalah merupakan tulang dan sendi perkhidmatan kesihatan.
Mereka bertungkus lumus bersama doktor untuk berkhidmat menyelamatkan pesakit, merawat dan memantau pesakit pada setiap masa.
Penat pekerjaan mereka bukan kepalang. Kadang kala terpaksa bekerja double syif demi berkhidmat demi negara.
Lihatlah gambar itu. MA saya mengangkat sendiri seorang nenek tua yang tidak bermaya turun tangga kerana nenek tersebut terlalu uzur dan flat nenek tersebut tiada lif. Senyuman tidak lekang dari mulutnya sungguhpun beban yang dipikul adalah berat.
Begitulah pengorbanan kakitangan KKM dalam menjalankan tugas. Kami mengetepikan rasa penat, perasaan geli, takut malah keluarga kami kadangkala berkecil hati kerana kami terpaksa meninggalkan mereka atas panggilan yang mendesak. Betapa banyak kenduri kendara dan hari perayaan yang kami tidak dapat bersama kerana berkhidmat untuk anda dan negara.
Tapi gambar seperti ini tidak akan pernah viral. Tiada penghargaan untuk senyuman ikhlas dan jerih payah perawat kesihatan kerana macai kata itu memang kerja mereka dan mereka dibayar gaji untuk merana.
��������
Yang akan viral adalah penjawat awam sombong, tidak senyum dan berlagak nak mampus (semua persepsi) semasa mereka tiba untuk rawatan bagi kes bukan kecemasan di Jabatan Kecemasan pada jam 3 pagi ketika kami amat sibuk.
Wahai sahabat2ku penjawat awam terutamanya warga KKM...bersabarlah atas cercaan dan penghinaan yang dilemparkan kepada kita.
Biar kita viral di akhirat dan mewangi nama kita dipuji Allah dan malaikat.
Ameen.
- Siakapkeli.my
Kes Viral Pegawai JPN 'Biadap39;, Ini Adalah Cerita Daripada Kedua-Dua Belah Pihak
siakapkeli.my
Sejak semalam menjadi viral di laman sosial (Bukan dari Siakapkeli) selepas seorang wanita memuatnaik sebuah status di laman sosial di mana meluahkan rasa tidak puas hati dengan layanan seorang pegawai dari Jabatan Pendaftaran Negara Sungai Petani di mana katanya pegawai berkenaan bertindak kurang ajar.
Menurut beliau, dia telah pergi ke JPN untuk membuat kad pengenalan baru kerana beg telah diragut namun menyebabkan IC hilang namun terpaksa membayar denda kerana didakwa cuai oleh pegawai JPN berkenaan.
berikut adalah cerita penuhnya.
Jadi untuk lebih adil dan tidak menyebelahi mana-mana pihak, kita lihat pula apa jawapan daripada pegawai JPN berkenaan.
Cuma harapan SK perkara ini elok diselesaikan cara baik oleh kedua-dua belah pihak, sebab kena tahu, pegawai kerajaan dibayar gaji menggunakan duit rakyat, tetapi tanpa pegawai kerajaan siapa yang akan tolong berkhidmat kepada rakyat?. - Siakapkeli.my
siakapkeli.my
Sejak kebelakangan ini, kita sering terlihat di dada media sosial tentang keburukan penjawat awam lebih-lebih lagi mereka yang berkhidmat di dengan masyarakat yang ramai seperti di hospital atau kaunter-kaunter seperti bank, jabatan pendaftaran atau mana-mana yang melibatkan urusan orang ramai seharian.
Jarang-jarang sekali kita melihat di dada media kebaikan mereka ini walaupun yang 'buruk
Disebalik isu semasa melibatkan kakitangan JPN, Kakitangan hospital dan pelbagai lagi, kita lupa akan pengorbanan mereka yang betul-betul ikhlas membuat kerja membantu masyarakat.
Berikutkan itu, seorang doktor bernama Abdul Rahman Abdul Kadir telah membuat luahan ini di laman Facebooknya yang menunjukkan contoh seorang kakitangannya yang melakukan tugas ikhlas membantu masyarakat tetapi menurutnya perkara seperti ini pasti tidak mendapat perhatian masyarakat, sebaliknya hanya keburukan yang lebih di cari.
Berikut adalah tulisan beliau,
Gambar di bawah saya jumpa di media sosial. Ia adalah staff saya. Seorang Penolong Pegawai Perubatan (PPP) atau nama lainnya adalah MA (Medical Assistant). Zaman dahulu jawatan ini dipanggil sebagai Dressar.
Jawatan ini adalah salah satu jawatan paramedik bersama para jururawat (nurse). Mereka (paramedik) adalah merupakan tulang dan sendi perkhidmatan kesihatan.
Mereka bertungkus lumus bersama doktor untuk berkhidmat menyelamatkan pesakit, merawat dan memantau pesakit pada setiap masa.
Penat pekerjaan mereka bukan kepalang. Kadang kala terpaksa bekerja double syif demi berkhidmat demi negara.
Lihatlah gambar itu. MA saya mengangkat sendiri seorang nenek tua yang tidak bermaya turun tangga kerana nenek tersebut terlalu uzur dan flat nenek tersebut tiada lif. Senyuman tidak lekang dari mulutnya sungguhpun beban yang dipikul adalah berat.
Begitulah pengorbanan kakitangan KKM dalam menjalankan tugas. Kami mengetepikan rasa penat, perasaan geli, takut malah keluarga kami kadangkala berkecil hati kerana kami terpaksa meninggalkan mereka atas panggilan yang mendesak. Betapa banyak kenduri kendara dan hari perayaan yang kami tidak dapat bersama kerana berkhidmat untuk anda dan negara.
Tapi gambar seperti ini tidak akan pernah viral. Tiada penghargaan untuk senyuman ikhlas dan jerih payah perawat kesihatan kerana macai kata itu memang kerja mereka dan mereka dibayar gaji untuk merana.
��������
Yang akan viral adalah penjawat awam sombong, tidak senyum dan berlagak nak mampus (semua persepsi) semasa mereka tiba untuk rawatan bagi kes bukan kecemasan di Jabatan Kecemasan pada jam 3 pagi ketika kami amat sibuk.
Wahai sahabat2ku penjawat awam terutamanya warga KKM...bersabarlah atas cercaan dan penghinaan yang dilemparkan kepada kita.
Biar kita viral di akhirat dan mewangi nama kita dipuji Allah dan malaikat.
Ameen.
- Siakapkeli.my
Kes Viral Pegawai JPN 'Biadap
siakapkeli.my
Sejak semalam menjadi viral di laman sosial (Bukan dari Siakapkeli) selepas seorang wanita memuatnaik sebuah status di laman sosial di mana meluahkan rasa tidak puas hati dengan layanan seorang pegawai dari Jabatan Pendaftaran Negara Sungai Petani di mana katanya pegawai berkenaan bertindak kurang ajar.
Menurut beliau, dia telah pergi ke JPN untuk membuat kad pengenalan baru kerana beg telah diragut namun menyebabkan IC hilang namun terpaksa membayar denda kerana didakwa cuai oleh pegawai JPN berkenaan.
berikut adalah cerita penuhnya.
Jadi untuk lebih adil dan tidak menyebelahi mana-mana pihak, kita lihat pula apa jawapan daripada pegawai JPN berkenaan.
Cuma harapan SK perkara ini elok diselesaikan cara baik oleh kedua-dua belah pihak, sebab kena tahu, pegawai kerajaan dibayar gaji menggunakan duit rakyat, tetapi tanpa pegawai kerajaan siapa yang akan tolong berkhidmat kepada rakyat?. - Siakapkeli.my
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments:
Post a Comment