Tuesday, November 17, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4336

5 Messages

Digest #4336

Messages

Mon Nov 16, 2015 7:29 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

BANDAR RAYA SHAH ALAM DI LANDA BANJIR KILAT
Posted by OMAK KAU!!!!

 

*Pengguna trafik dinasihat mengelakkan laluan dari Subang Airport menghala ke Lebuhraya Persekutuan

*Lembaga Lebuhraya Malaysia mengesahkan banjir kilat menyebabkan plaza tol Shah Alam (NKVE) laluan dari Bukit Jelutong ke tol Shah Alam ditutup sementara waktu.

Shah Alam dinaiki air selepas hujan lebat selama dua jam sejak jam 1 tengah hari tadi menyebabkan puluhan kereta tersangkut.

Portal Berita Harian Online melaporkan antara kawasan berkenaan adalah Seksyen 13, Seksyen 9, Seksyen U8 dan Batu Tiga, menyebabkan laluan berkenaan tidak dapat dilalui kenderaan ringan.

Pengguna jalan raya dan kakitangan beberapa kilang dan perusahaan kecil di sepanjang Jalan Astaka U8/88 juga tidak dapat melalui laluan berkenaan selepas air dari Sungai Damansara melimpah di atas jalan.

Perkhidmatan Komuter dan kereta api barangan juga terjejas apabila landasan berdekatan Stesen Batu Tiga ditenggelami air.

Jurucakap Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), ketika dihubungi, mengesahkan laluan berkenaan kini tidak dapat dilalui selain perkhidmatan Komuter terpaksa berpatah balik.

Dua kereta terperangkap banjir kilat di KL

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Dua buah kenderaan dilapor terperangkap dalam banjir kilat di ibu negara akibat hujan lebat sejak 4 petang tadi di Jalan Semantan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata seramai lima anggota ditugaskan ke lokasi kejadian setelah pihaknya menerima panggilan pada 4.53 petang.

"Bagaimanapun jentera bomba tidak dapat memasuki kawasan banjir akibat kesesakan lalu lintas dan memaksa anggotanya berjalan kaki ke lokasi tersebut," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata setiba di lokasi, anggota bomba dan penyelamat mendapati terdapat dua buah kenderaan terperangkap dalam banjir, namun tiada mangsa dalam kenderaan tersebut.

Katanya siasatan awal mendapati longkang di kawasan terbabit tersumbat dipercayai akibat kerja-kerja pembinaan di kawasan berhampiran.

Azizan berkata operasi seterusnya diserahkan kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menarik kereta terbabit.

Sementara itu, jurucakap polis trafik berkata sehingga pukul 6.30 petang ini, trafik bergerak perlahan di kawasan tersebut. - The Rakyat Post

BANDAR RAYA JOHOR BAHRU LUMPUH EKORAN BANJIR KILAT

Posted by OMAK KAU!!!!

 

Jalan-Jalan utama di sekitar bandar raya Johor Bahru sebentar tadi 'lumpuh' ekoran banjir kilat selepas hujan lebat berterusan sejak kira-kira jam 11 pagi tadi yang mengakibatkan kesesakan berlaku akibat kebanyakan kenderaan terkandas.

Jalan Wong Ah Fook berhadapan pusat beli belah Komtar JBCC antara kawasan yang dinaiki air sehingga menyebabkan dua lorong jalan berkenaan tidak dapat dilalui kenderaan.

Beberapa kawasan sekitar bandar raya ini iaitu Jalam Kolam Ayer turut mengalami banjir kilat sehingga menyebabkan pergerakan trafik perlahan.

Mon Nov 16, 2015 7:30 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Berang Lebuhraya KL-Karak Masih Ditutup, Pemandu Lori Rempuh Palang Plaza Tol Bentong

siakapkeli.my

KARAK: Berang kerana tidak dapat menggunakan lebuhraya Kuala Lumpur-Karak akibat kejadian banjir lumpur Rabu lalu, seorang pemandu lori ditahan polis kerana bertindak merempuh palang di Plaza Tol Bentang, semalam.

Terdahulu, seramai 25 pemandu lori bertemu dengan pihak polis pada jam 1 petang Jumaat untuk mendapatkan kebenaran melepasi palang berkenaan.

Mereka kemudiannya marah dan mengugut untuk melanggar palang tol selepas polis memberitahu lebuh raya berkenaan masih tidak dapat digunakan.

Bagaimanapun salah seorang pemandu lori itu mengambil tindakan melampau, merempeh palang plaza tol itu pada jam 2.15 petang, demikian dilaporkan Antarapos.

Pemandu itu kemudiannya ditahan oleh polis tidak lama kemudian. -Siakapkeli.my

Lebuhraya KL-Karak Dibuka Sepenuhnya 12.30 Tengah Hari Ini

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

BENTONG – Semua lorong di kedua-dua arah di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dibuka kepada lalu lintas sejak pukul 12.30 tengah hari tadi, kecuali laluan sepanjang 100 meter dari lokasi kejadian banjir lumpur.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohd Mansor Mohd Noor berkata laluan sepanjang 100 meter dari lokasi kejadian ditutup bagi kerja-kerja akhir pembersihan dan pemantauan keselamatan, serta pemasangan tembok batu.

"Laluan 100 meter dari kedua-dua arah dibuka satu lorong tetapi tidak berselisih pada satu laluan," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, di sini hari ini.

Sebelum ini, kejadian banjir lumpur pada petang Rabu lepas menyebabkan laluan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak ditutup dan hanya dibuka semula satu lorong secara berperingkat di kedua-dua hala semalam bagi membolehkan pengguna jalan raya dari Pantai Timur menuju ke Kuala Lumpur dan arah sebaliknya.

Laluan kontra itu bermula di KM52.4 dan berakhir di KM50.0.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bentong dan juga Sekretariat Bencana Daerah Bentong, Mohd Zulkhairi Adek Awang berkata pemindahan penghuni kuarters Jabatan Perhutanan Negeri Pahang ke rumah masing-masing dijangka selesai esok.

"Namun ia bergantung kepada kemudahan asas seperti eletrik, air dan pembentungan sebelum mangsa dapat berpindah semula kediaman mereka," katanya kepada Bernama di sini.

Selain menyebabkan sebahagian lebuh raya itu di kedua-dua arah tidak boleh dilalui, insiden banjir lumpur itu menyebabkan 25 penghuni kuarter Jabatan Perhutanan Negeri Pahang terpaksa dipindahkan ke Masjid Lentang. – BERNAMA

Mon Nov 16, 2015 7:30 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

BERITA GEMBIRA UNTUK RAKYAT .... KERAJAAN TIDAK PERNAH HENTIKAN PELAKSANAAN AES MALAHAN MEREKA YANG KENA SAMAN TETAP PERLU MEMBAYARNYA
Posted by OMAK KAU!!!!

 

Kerajaan tidak pernah menghentikan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), malah mereka yang dikenakan saman, tetap perlu membayarnya.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengingatkan, terdapat 14 kamera AES masih berfungsi di seluruh negara buat masa ini.

Walau bagaimanapun, kerajaan akan hanya mengumumkan keputusan mengenai semakan semula secara menyeluruh sistem itu pada awal tahun depan.

"Kerajaan mahu memastikan AES dilaksanakan selari dengan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalanraya (Kejara).

"Kita perlu pastikan ia boleh dilaksanakan dan tidak ada masalah pada sistem itu," katanya dalam satu sidang akhbar di Ipoh, lapor Bernama.

Tiong Lai juga akui pihaknya masih mengkaji pelaksanaannya dan oleh itu belum ada sebarang pengumuman yang boleh dibuat.

Putrajaya Dedah Angka Mengejutkan Berkenaan AES
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin Deen

Putrajaya sudah membayar fi perkhidmatan sebanyak RM60,122,080 kepada 2 syarikat penyedia Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sejak beroperasi pada 2012, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Dalam jawapan bertulis di Parlimen, Liow memberitahu Putrajaya sudah membayar RM27,181,584 kepada ATES Sdn Bhd dan RM32,940, 496 kepada Beta Tegap Sdn Bhd.

"Sehingga 25 Ogos, 2015 kerajaan membayar fi perkhidmatan (control service fee) kepada syarikat penyedia perkhidmatan AES sebanyak RM60,122,080," katanya menjawab soalan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Sepanjang tempoh 4 tahun ia beroperasi, sebanyak 2,144,921 saman juga sudah dikeluarkan bagi kesalahan memandu melebihi had laju dan tidak mematuhi peraturan lampu isyarat.

Projek swasta bernilai RM700 juta itu bermula pada September 2012 dengan 14 kamera fasa percubaan tetapi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berikrar melancarkan 831 kamera menjelang akhir 2013 untuk menangkap pemandu laju dan mencegah lebih banyak kematian di jalan raya.

Polis yang menguatkuasakan undang-undang had laju berkata, mereka akan meneruskan penguatkuasaan dan meletakkan perangkap kelajuan mudah alih berhampiran kamera AES, meningkatkan prospek saman berganda untuk pemandu ingkar.

Pada awal penguatkuasaan, projek AES menerima kritikan daripada ramai pihak dan dijadikan modal pembangkang semasa kempen pilihan raya umum pada 2013 lalu.

Selepas kontroversi tercetus, Pejabat Peguam Negara juga bertindak membekukan semua saman dikeluarkan susulan pelbagai masalah teknikal yang timbul dalam penguatkuasaan undang-undang dalam AES.

Sumber

Mon Nov 16, 2015 7:31 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


Imam Muda Hilal Dedah Punca Sebenar Mengapa Alvin Tan Sering Hina Agama Islam

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net

Semalam sekali lagi Alvin Tan memuat naik status yang sangat menjijikkan. Korang pun tahu kan apa yang dia buat sampai rakyat Malaysia terutamanya umat Islam? Jadi kami tak payah nak sebut sekali lagi kat sini sebab kami pun tak sanggup.

Imam Muda Hilal kongsi di laman Facebook bahawa ada sebab Alvin Tan buat benda terkutuk macam tu. Nak tahu kenapa? Lepas ni kita buat tak tahu je.. Jangan layan orang macam tu.

Ini sebab kenapa kita kena abaikan status Alvin Tan..

Asbab wajar diabaikan posting Alvin Tan oleh rakyat Malaysia.

Sepatutnya perlu ada gerakan jangan layan budak Alvin Tan ni seluruh malaysia. Ada pelajar di Amerika beritahu saya bahawa setiap 2 atau 3 bulan, sesiapa yang berada bawah suaka politik (seperti Alvin Tan) perlu mengemukakan bukti bahawa nyawa dia terancam jika pulang. Maka setiap 2-3 bulan dia akan keluarkan penghinaan terhadap rakyat Malaysia. Bila dia buat posting sebegini, beliau dapat banyak ancaman bunuh di twitter, facebook dan sebagainya yang berusur politik perkauman dan keagamaan. Maka, atas sebab itu, perlindungan suaka politik akan diteruskan. Kalau macam ni, sampai ke tua dia akan dapat perlindungan.

Wallahualam, kena research sikit tentang undang-undang suaka politik di Amerika Syarikat seperti syarat-syarat dan sebagainya. Jika betul, satu Malaysia kena buat tak reti je dengan budak ni. Baru ada sebab permohonan perlindungan suaka politik beliau ditolak.
Bila perlindungan suaka politik dia ditolak, dia terpaksa balik ke Malaysia. Masa tu kita sambut dia dengan kompang dan bunga manggar.

Sebarkan..
Sumber: Facebook Imam Muda Hilal

Mon Nov 16, 2015 7:32 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


Malaysia duduki tangga ke-20 kadar kemalangan tertinggi di dunia

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Saban hari pasti ada saja berita mengenai kemalangan jalan raya dilaporkan oleh pihak media. Maka, ini tidak memeranjatkan apabila negara kita menduduki tangga ke-20 bagi rekod kadar kemalangan tertinggi di dunia daripada 160 negara.

Memetik laporan yang disiarkan oleh Bernama, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata faktor kelajuan kenderaan menjadi penyumbang utama kadar kemalangan jalan raya di negara ini.

Walaupun pelbagai peraturan dan penguatkuasaan kepada pengguna jalan raya dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) dan pihak polis.

Di mana penunggang motosikal antara yang tertinggi mengalami kemalangan maut.

"Jumlah kemalangan jalan raya tahun ini mencatatkan 361,408 kes dengan 4,940 kes kemalangan maut. Daripada jumlah kes kemalangan maut, 60 peratus mangsa terdiri daripada penunggang motosikal," katanya.

Sehubungan itu Liow mahu pelbagai langkah pencegahan ditingkatkan untuk para penunggang motosikal bagi menurunkan kadar kematian dalam kalangan mereka selain penguatkuasaan pihak polis dan JPJ.

Sambungnya lagi, "Kami juga akan pastikan kurikulum kelas memandu untuk penunggang motosikal lebih berkualiti dan pastikan penunggang motosikal terutama golongan muda serta warga emas mempunyai lesen memandu." - Infokereta.com

2 Polis Dilanggar, Dibelasah Ketika Lakon Watak Peragut Dalam Demonstrasi
siakapkeli.my

GEORGE TOWN - Satu demonstrasi mencegah aktiviti ragut pada 12 Nov lalu bertukar tragedi apabila dua orang anggota polis yang melakonkan demonstrasi itu dilanggar dan dipukul oleh seorang lelaki yang tidak menyedari aksi itu hanya sekadar demonstrasi.

Dalam demonstrasi tersebut, Koperal Zulkifli Mohamad, 34, dan L/Koperal Mohd Zaidi Nayan, 26 melakonkan watak meragut beg tangan seorang wanita sebelum melarikan diri menggunakan sebuah motosikal.

Seorang pemandu kereta yang kebetulan terlihat "jenayah" itu kemudian mengejar kedua-dua "peragut" tersebut dan melanggar mereka sehingga terjatuh dari motosikal. Lebih teruk, lelaki itu juga memukul kedua-dua pegawai itu sebagai usaha untuk menghalang mereka dari melarikan diri.

Setelah diberitahu tentang apa sebenarnya yang terjadi, lelaki itu kemudian meminta maaf.

"Saya tidak tahu ia hanya demonstrasi dan saya fikir ia adalah benar. Saya bertindak sebagai satu tanggungjawab", kata lelaki tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah George Town, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, pemandu itu telah memohon maaf dan dibebaskan.

Kedua-dua anggota polis yang mengalami bengkak pada bahagian kaki dan tangan telah diarahkan untuk berehat. - Siakapkeli.my

Kemalangan Babitkan 5 Kereta, Myvi Terbalik
siakapkeli.my

Bangi: Seorang pemandu kereta Perodua Myvi terselamat apabila kereta Perodua Myvi yang dipandunya terbalik dalam satu kemalangan yang melibatkan lima buah kenderaan di Kilometer 295.5 Lebuhraya Utara-Selatan kira-kira jam 7.25 pagi semalam.

Kejadian terbabit berlaku apabila sebuah kereta Proton Gen2 seorang lelaki berusia 34 tahun hilang kawalan sebelum berpusing lalu terbabas ke lorang kanan lebuh raya terbabit.

Kejadian menyebabkan empat kereta lain iaitu Perodua Myvi, Proton Preve, Proton Persona dan Perodua Viva gagal mengelak lalu bertembung.

Menurut Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, Deputi Superintendan Azmi Wahid, Perodua Myvi tersebut yang dipandu oleh wanita berusia 23 tahun tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian kiri Proton Gen2.

"Perodua Myvi dipandu wanita berkenaan yang berada di lorong kanan tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian kiri Proton Gen2.

"Kedua-dua kereta berkenaan dirempuh dari belakang oleh Proton Preve," katanya.

Azmi berkata Perodua Myvi tersebut terbalik berikutan rempuhan yang kuat.

"Perodua Myvi yang terbalik di lorong tengah kemudian sekali lagi dirempuh pada bahagian kanan oleh Perodua Viva.
"Kemalangan menyebabkan dua lorong terpaksa ditutup bagi membolehkan kerja pengalihan dan pembersihan dilakukan. Semua mangsa yang terbabit dalam kemalangan bagaimanapun selamat," katanya memetik myMetro

Abang Jatuh Atas Jalan, Lori Tak Sempat Brek Lalu Atas Abang
siakapkeli.my

Sebelum ini kami ada kongsikan di page Siakapkeli gambar suami yang hebat yang tiada kaki yang menolong isterinya di dapur dan juga sebagai tukang rasa.

Kisah itu nampaknya mendapat perhatian ramai dan ramai likers Siakapkeli tertanya-tanya kenapa dengan suaminya, adakah dia sebegitu sejak kecil atau terlibat dalam apa-apa kemalangan.

Cari punya cari, "stalker" punya "stalker" akhirnya jumpa ceritanya, serius sedih Sk baca kisah ni, sungguh tabah seorang isteri dan suami yang memang hebat.

Berikut adalah apa yang ditulis oleh Ibu Aisy Anaqi di laman Facebooknya.

Semalam sembang dengan suami pasal kes kemalangan,dimana isteri penunggang maut. Kemudian Suami buka cerita pengalaman dia masa kemalangan.

Abang bertembung dengan motor lain,jatuh atas jalan,Abang tak boleh bangun sebab kaki Abang tak boleh bergerak. Sebuah lori tak sempat brek,lalu atas Abang. Abang nampak segalanya gelap,Abang dengar bunyi kuat dari lori,Abang sedar yang Abang betul2 bawah lori tu. Masa tu Abang tawakal sama ada mana2 bahagian badan Abang mungkin digilis lori. Abang terbayangkan Sayang & anak2.

Sekelip mata Abang nampak cahaya terang,Abang nampak langit. Lori dah melepasi Abang. Ada orang terus tarik Abang ketepi bahu jalan. Abang tahan sakit yang amat sangat. Tak lama.Abang nampak kereta Sayang lalu.

Abang nak tahu macamana Sayang masa tu? Sayang dapat call dari Kak jiah

Kak jiah: Adda,maman jatuh motor

Adda: Jatuh kat mana?

Kak Jiah: Area glenmarie

Talian terputus.. kemudian call semula

Kak jiah: Adda,maman kena langgar
Adda: Ok

Masa tu Sayang tak rasa panic,tak tahu kenapa. Sayang masih tenang.

Sayang terus drive menghala tempat Abang kemalangan. Dari jauh Sayang nampak motor Abang sebelah kanan jalan. Jalan hampir sesak.Sayang cuba mencelah dicelahan kereta. Sayang nampak Abang sebelah kiri jalan,tersandar.

Sayang minta orang ramai angkat Abang masuk dalam kereta. Sayang pecut laju. Semasa drive,Sayang tak menangis tapi seluruh tubuh Sayang menggigil. Sayang tanya Abang banyak kali, "Macamana Abang bawa motor sampai boleh accident",Abang diam je. Abang menahan sakit.

Sayang teruskan drive, jam hampir 8pagi,jalan agak sesak. Sayang drive laju,mencelah selagi boleh.

Sampai juga depan hospital. Abang terus masuk red zone. Abang diam tak bersuara menahan sakit.

Doctor bergegas buat rawatan,fizikal Abang tak ada luka walau sedikit. Abang jalani Xray,tulang kaki kanan Abang patah. Jam 10pagi lebih kurang,doctor cakap kaki Abang membengkak.

Doctor aturkan CT scan,salur darah dikaki Abang putus. Doctor cakap perlu transfer HKL kerana sini tak ada pakar untuk operations ni. Doctor cakap sebelum jam 1tengahri kena buat operations kalau tak,kaki Abang mesti dipotong. Sayang terus lemah longlai menyembah bumi.

Doctor cakap tunggu ambulance,ambulance tak ada. Jam dah hampir 1tengahari,Sayang sempat bisik ditelinga Abang,apapun jadi lepas ni kita kena redha. Jam 1tengahari baru kita bergerak dari HTAR. Dalam ambulance,oksigen Abang drop,tekanan nadi slow.

Masa tu hujan lebat sangat,jam 1.30t engahari sampai HKL. Doctor pakar terus merawat Abang. Ibu kena keluar sekejap,tiba2 doctor panggil Sayang. Sayang nampak Abang tahan airmata.

Sayang tanya doctor,"Macamana doctor?" Doctor terangkan situasi & next step. Sayang tengok kaki Abang sudah mula membengkak,hitam,tiada darah mengalir. Sayang genggam tangan Abang,Sayang senyum,tiada airmata mengalir,Sayang tahan emosi. Sayang masih tersenyum,Abang tanya, "Macamana Sayang?". Sayang cakap,kita kena redha,macamana pun keadaan Abang nanti,Sayang tetap bersama Abang" Abang cakap,"Abang masih nak bersama Sayang & anak2". Abang terus buat keputusan,"baiklah doctor potong je kalau itu yang terbaik"

Tapi Abang tak terus di operations,Abang kena berpuasa dulu.

Masa tu Anaqi masih menyusu badan,dalam kekusutan tu Sayang masih berusaha untuk perah susu demi Anaqi. Sayang asyik fikirkan anak2 je.

Didalam wad,Abang menahan sakit. 4x doctor cucuk morfin. Doctor tak boleh bagi lebih takut effect teruk. Setiap masa Abang minta air tapi doctor tak bagi minum,Sayang basahkan bibir Abang dengan air sikit2. Sayang tak mampu tengok Abang kesakitan. Sayang ajak Abang beristighfar sama2 hingga akhirnya Abang terlena. Kesakitan terhenti seketika. Jam 1pagi Abang dibawa ke dewan bedah.

Sayang menanti dengan kesabaran. Sayang tertidur atas lantai depan dewan bedah. Jam 5pagi Abang keluar dari dewan bedah,Sayang nampak keadaan Abang disebalik selimut yang menutupi Abang.

Ada kekurangan disitu. Lagi sekali Sayang longlai. Sayang kuatkan semangat. Sayang disisi Abang setiap saat. Jam 10pagi Sayang kejutkan Abang,Abang masih mamai. Sayang cuba tahan sebak & airmata,Sayang tak nak Abang nampak kesedihan itu. Selepas 72jam Abang operations,Abang nak buang air besar. Abang nak.pergi tandas tapi tak boleh,Sayang suruh Abang pakai potty tapi Abang tak nak. Akhirnya Sayang pakaikan Abang pampers. Hehe.. kelakar dah macam Aisy & Anaqi.

Lepas tu Abang tanya Sayang,macamana nak cuci ni? Sayang kan ada,Sayang lah yang cuci. Kita sama2 tahan sebak. Allah eratkan hubungan kita dengan cara yang indah cmni. Hari keenam Abang dihospital,Sayang dah mula bekerja,Sayang berulang alik dari KL ke Klang,masa Sayang tengah kerja Abang call Sayang,Abang nak buang air kecik,Abang malu nak minta bantuan orang lain.

Abang menangis call Sayang,minta Sayang balik cepat,Sayang bergegas balik tinggalkan kerja. Jalan sesak. Abang call jerit2,Abang cakap,"Abang perlukan Sayang,tolong lah cepat!". Abang asyik call,Sayang menangis dalam kereta. Sampai hospital,Sayang berlari naik tangga,sebab lift lambat. Sayang tersungkur kat tangga. Sayang bangun,lari lagi,nak cepat sampai kat Abang. Sampai je katil,Abang cakap Abang dah minta uncle tu tolong. Abang siap senyum2 lagi. Sayang rasa nak lambung je Abang.. Haha..

Lama juga lah Abang ambil masa untuk pulihkan semangat & emosi. Sayang juga belajar untuk kawal emosi. Sayang jadi lebih tabah & sabar.Indahkan Abang aturan hidup kita sebagai suami isteri. Mudah2an kita kekal ke Jannah. Hanya kita yang memahami antara satu sama lain. Orang hanya mampu berkata2,sebaliknya kita yang merasa.

Terima kasih Allah!

- Siakapkeli.my

Pesawat Kecil Terhempas di Pulau Pangkor
siakapkeli.my

IPOH, 15 Nov: Sebuah pesawat ringan yang membawa empat orang penumpang terhempas di tepi pantai di Kampung Tersusun, Teluk Dalam, Pulau Pangkor hari ini.

Pesawat terbabit dipercayai pesawat jenis Piper PA-32.

Menurut Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pulau Pangkor, Hisham Mohd Noor, panggilan kecemasan diterima oleh pihaknya pada jam 1.27 tengahhari tadi.

Kesemua mangsa selamat namun mengalami kecederaan dan telah dibawa ke Klinik Kesihatan Pulau Pangkor untuk rawatan.

"Status kecederaan mereka masih dalam siasatan. Pesawat yang dinaiki mangsa adalah pesawat persendirian," katanya memetik laporan Bernama. - Siakapkeli.my

Pemandu Maut Lelaki Tiba-Tiba Jatuh Atas Bumbung Kereta
siakapkeli.my

Melaka, 13 Nov: Seorang pemandu kereta maut apabila seorang lelaki jatuh keatas kenderaannya yang berada dalam keadaan parkir di sebuah bangunan hotel di Jalan Parameswara, Banda Hilir, Melaka Tengah kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Memetik sumber dari laporan Harian Metro, mangsa dipercayai baru meletakkan kenderaannya sebelum ke tempat kerja.

Namun, secara tiba-tiba seorang lelaki jatuh menghempap kenderaan tersebut menyebabkan bumbung kereta di bahagian pemandu remuk.

"Polis kini sedang menunggu pasukan forensik untuk melakukan pemeriksaan sebelum mayat mangsa dihantar ke hospital.

"Lelaki yang jatuh dari bangunan itu pula dilaporkan parah dan dikejarkan ke Hospital Melaka untuk rawatan kecemasan," katanya. - Siakapkeli.my

Lelaki Maut Troli Hilang Kawalan Rempuh Kereta
siakapkeli.my

Sweden, 10 Nov - Seorang lelaki warga Sweden maut apabila sebuah troli yang dinaiki bersama kawannya gagal dikawal dan merempuh sebuah kereta pada kelajuan yang tinggi sehingga lelaki terbabit tercampak ke dalam longkang, menurut laporan polis.

Kawan lelaki tersebut; yang turut menaiki troli tersebut di bahagian belakang; cedera parah namun dalam keadaan stabil dankini dirawat di Hospital Price of Wales.

Polis berkata kedua-dua lelaki terbabit yang berumur 28 tahun, dipercayai berjalan kaki ke rumah sebelum mereka terjumpa dengan satu troli pasaraya di tengah jalan dan memutuskan untuk menaiki troli terbabit. Malangnya pelan mereka untuk "bersuka-suka" dengan troli tersebut bertukar menjadi tragedi maut, kata Ketua Inspektor Chris Stiles.

Menurut Stils, troli terbabit dianggarkan bergerak dengan kejadian 80km/jam sebelum ia terbabas ke arah bertentangan dan merempuh sebuah kereta yang sedang bergerak pada bertentangan dengan troli tersebut.

Detektif Superintenden Gavin Dengate berkata kedua-dua mereka tercampak dari troli tersebut akibat rempuhan.

"Malangnya kita semua mengenali bagaimana troli pasaraya, ianya sangat susah untuk dikawal", katanya memetik laporan smh.com.au

"Lelaki yang berada di dalam troli maut ditempat kejadian. Seorang lagi lelaki cedera di beberapa tempat dan kini dirawat di hospital. - Siakapkeli.my
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: