Sunday, November 1, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4326

4 Messages

Digest #4326

Messages

Sat Oct 31, 2015 9:25 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Menteri Kemajuan Bantah Pengharaman VAPE - Ismail Sabri VS Subramaniam.

bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.net

Menteri kesihatan dilaporkan berkata ;

Putrajaya tetap dengan pendiriannya untuk mengharamkan penggunaan 'vape' atau rokok elektronik, atas faktor ia membahayakan kesihatan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam hari ini.

Beliau berkata, langkah meminda dan menggubal undang-undang berkaitan penggunaan rokok elektronik itu, yang kini menjadi 'trend' di negara ini, sudah mula dilaksanakan.

"Pelan jangka masa panjang kita adalah mengharamkan vape. Kita sedang giat menjalankan usaha tersebut, melalui terma-terma perundangan, untuk melaksanakannya.

"Kita akan mengkaji beberapa pendekatan, kita akan pilih yang terbaik. Bagi saya, saya mahu ia dilaksanakan secepat mungkin kerana kita perlu menghentikan penggunaannya sebelum ia menjadi isu besar," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Petikan laporan di The Malaysian Insider.

Pandangan aku?

1. Aku bersetuju. Nak tahu kenapa? Penghisap-penghisap VAPE ini KURANG AJAR!

2. Aku tiada masalah dengan pengguna VAPE sehingga la mereka mendatangkan masalah kepada aku. Aku sikit hari lagi nak meroyan depan masjid Wilayah kalau bukan kerana dek azan. Aku peduli apa. Kalau darah dah naik kat kepala aku, mendidih-didih, aku memang akan meroyan kaw2. Aku malu tak malu dia malu tak malu pergi mampos.

3. Bagi aku ko nak VAPE sampai mampos pun aku TIDAK peduli. Tetapi asap ke wap ke apa jadah semua tue jangan berada di hadapan muka aku atau terkena muka, badan atau diri aku secara keseluruhan kerana itu satu bentuk ganguan.

4. Apabila pengguna VAPE ini telah mula menganggu hak asasi aku menghirup udara tanpa sebarang bentuk ganguan, aku jadi marah. Jadi aku akan sokong segala bentuk pengharaman ke atas VAPE. Lainkali, fikirla. Ko nak VAPE kau punya pasal. Aku taknak hirup sisa-sisa VAPE kau, aku punya pasal. Dan bila kau dah kacau aku punya pasal, maka memang kau cari pasal. So, HARAMKAN aje VAPE. Menyusahkan hidup orang lain je.

KAH KAH KAH

Dari segi kesihatan dan kajian, aku bersetuju VAPE dan ROKOK 2 x 5. Nak tahu kenapa?

Sebabnya, budak2 yang tak merokok pun sibuk nak mengVAPE. Daripada berfungsi sebagai mengubati ketagihan nikotin bertukar kepada menjadi kegilaan anak muda dan trend. Apa la BAHLOL sangat puak2 neh.

Ko dah elok-elok tak merokok. Bagusla. Lepas tue ko sibuk-sibuk nak VAPE untuk rosakkan paru-paru kau? Tak ke ko rasa diri kau tu BAHLOL? Kepada golongan perokok, ada juga asasnya mereka mengVAPE. Tetapi kepada yang tak merokok neh apa JADAHNYA?

Then yang kelakar gila babi juga.

Bila musim jerebu tiba, perli-perli, sindir-sindir kerajaan. Kami juga ada paru-paru. Bukan budak-budak sekolah aje ada paru-paru. Kepala lancau kau. Bila kau VAPE paru-paru kau letak kat mana? Dan kepada golongan perokok tegar, bila kau merokok, paru-paru kau letak kat mana? Membahayakan orang lain, membahayakan diri sendiri tak fikir pula bab paru-paru kau, paru-paru orang lain? Tapi bila musim jerebu tiba, berjemaah maki Indonesia, maki kepimpinan kerajaan sendiri? NAMPAK TAK KEBODOHAN KORANG KAT SITU?

Terasa ke? PADAN MUKA.

Tetapi at least, golongan perokok neh reti juga hormat orang. Rata-rata yang aku jumpa begitu la. Bahkan sesetengahnya siap minta izin. Boleh kah merokok? Kalau kita kata tak boleh, mereka keluar. Mereka rokok kat luar then masuk balik. Tanpa ada rasa emosi atau terjejas sebab mereka tahu hormat perasaan orang lain yang tak suka kepada bau dan asap rokok.

Golongan VAPE pula, belum makan penampar aku. Sebab tu mereka tak reti nak hormat. Itu je aku nak cakap.

KAH KAH KAH

Dan, susulan dari kenyataan menteri kesihatan yang berhasrat mahu haramkan VAPE, ini pula pandangan kementerian kemajuan luar bandar ;

Lari skop sungguh. Macam la kementerian dia dah fully laksanakan kerja. Sibuk nak perjuangkan vape pula.

Hihi.

Oke. Sejujurnya, aku takde facts yang mampu menyokong kenyataan kementerian kesihatan mahupun kementerian luar bandar. Kalau ko tengok google, pergh. Bersepah kenyataan yang pro kepada kedua-dua individu tersebut. Mana satu yang benar2 kukuh dan boleh diterima pakai.. mungkin kedua-dua nya kot?

Tetapi, ini mungkin boleh dilakukan oleh kementerian kesihatan.

1. Hadkan penjualan VAPE. Yang nak beli VAPE mestilah dari golongan perokok dan berhasrat mengurangkan ketagihan nikotin di samping pastikan seperti papan tanda larangan merokok, papan tanda larangan mengVAPE perlu dikuatkuasa di beberapa tempat especially tempat umum. Bukan apa, silap-silap aku masuk jadi tajuk berita. Individu mengamok belasah pengVAPE yang sembur asap/wap ke mukanya. Aku ada satu sikap degil. Selagi aku tak dapat marah mamat yang vape kat masjid Wilayah di mana asap-asapnya memukul2 muka aku, sampai ke sudah aku mengungkit. In fact, aku harap mamat gila tu baca blog neh. Biar dia terasa. Setan.

2. Jangan biarkan penjualan terbuka. Hanya beberapa premis dibenarkan menjual VAPE dengan kebenaran dan setiap pembeli perlu membawa surat kebenaran dari hospital atau klinik kerajaan. Takmo babitkan swasta. Satgi depa buat duit.

Bagi aku ada dua jenis golongan VAPE. Satu jenis yang memang VAPE untuk berhenti merokok atau at least ada hasrat untuk kurangkan ketagihan merokok. Aku langsung takde masalah dengan niat mereka tetapi still, jangan vape kena aku. Macam orang2 bershisha. Aku memang takan dekat. Dan dorang pun bershisha di premis tertentu yang memang tak bawa ke luar. At least dorang tak create masalah. Dorang nak selubung asap pun aku peduli apa.

Satu golongan pula yang macam anak Zahid Hamidi. Aku malas nak ulas lebih-lebih. Lue fikirlah sendiri. So untuk sekat kemaraan, kewujudan dan kelahiran lebih banyak pengVAPE2 yang macam anak Zahid Hamidi tue, elok haramkan saja penjualan VAPE.

Dan point Ismail Sabri tentang rokok. Deii.. rokok memang haram di sesetengah negeri kat Malaysia kot. Ko duduk mana hah. Walaupun rokok haram kerajaan tetap jual juga. Tapi itu tak penting. Apa yang penting, apa kata ko bawa satu usul agar kerajaan Malaysia = kabinet Najib kesayangan kau tue, haramkan terus penjualan rokok tak kira la apa jenis rokok sekalipun. Biar orang kita hisap rokok daun ja. Kurang risiko (atau tak berisiko langsung?) Berani kah kau? Kesan kesihatan ke atas manusia dah terbukti. Bahkan kerajaan belanjakan berjuta ringgit untuk meningkatkan kesedaran umum tentang bahaya merokok. Bazir duit sungguh la. So, berani ke ko bawa usul tentang itu? Almaklumla, golongan perokok di Malaysia dari bangsa-bangsa kau aku juga kan. Mungkin ada yang menganggap menghina ketunanan melayu kot..

KAH KAH KAH

"Kalau Nak Haramkan Vape, Kena Haramkan Rokok Juga" - Dr Hilmi
siakapkeli.my

Berita mengenai kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengharamkan vape nampaknya menjadi semakin panas walaupun perkara itu masih di peringkat kajian.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata, ketika ini kerajaan sedang berbincang untuk mewujudkan undang-undang baharu melibatkan tembakau, rokok elektronik dan shisha.

"Kita akan wujudkan undang-undang baharu, ia masih belum diputuskan sama ada untuk mengawal atau mengharamkan sepenuhnya, masih terlalu awal untuk bercakap mengenainya.

"Sebab kalau kita nak haramkan vape, kita juga kena haramkan rokok, sebab vape juga mengandungi nikotin, sebab kalau tak ada nikotin, tak 'kick' vape tu, jadi kena ada nikotin. Jadi, kalau kita haramkan vape, apa pula tindakan untuk tembakau? Itu isunya di sini," katanya dipetik mStar Online.

Beliau juga berkata, masih terlalu awal untuk mengatakan vape akan diharamkan sepenuhnya.

"Sekarang kami sedang mengadakan perbincangan melibatkan isu ini. Sebab sekarang undang-undang berkaitan tembakau tertakluk di bawah Akta Makanan 1993, itu tidak cukup kuat sebab ia tak melibatkan vape dan shisha.

"Kita akan kaji betul-betul perkara ini dan kita akan keluar dengan keputusan nanti," katanya.

Ditanya sama ada terdapat larangan untuk penjualan vape selagi tiada undang-undang, Dr Hilmi berkata: "Tiada, setakat ini belum lagi."

Dr Hilmi sebelum ini berkata, vape gagal menghentikan perokok tegar daripada menghentikan tabiat buruk mereka itu.

Dr Hilmi juga memberitahu beahawa ramai sebenarnya perokok hendak berhenti merokok dengan beralih kepada vape, pada mulanya berjaya meninggalkan tabiat itu dengan menggunakan vape tetapi berakhir dengan menghisap kedua-duanya, rokok dan vape. - Siakapkeli.my

87 peratus bahan vape berpotensi sebabkan kanser

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Hilmi Yahya bersetuju dengan kecaman Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) bahawa masih ramai anggota parlimen yang terus merokok di sebalik kempen menangani tabiat itu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan sejauh keberkesanan kempen 'Tak Nak Merokok" dan jumlah perbelanjaan serta sejauh mana kerajaan melibatkan MP yang menurutnya masih ramai yang merokok.
"Kita sebagai pengubal dasar, tapi suruh rakyat berhenti hisap rokoh," kata Siti Zailah dalam soalan lisan tambahannnya.

"Dalam hal ini saya bersetuju dengan (YB) Rantau Panjang (berkaitan) ada ahli Parlimen juga merokok," jawab Hilmi di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak mempunyai perangkaan jumlah kes, individu yang telah berhenti merokok termasuk kos perbelanjaan kempen memandangkan ia sudah lama dilaksanakan dan beliau akan memaklukan secara bertulis.

Ditanya mengeni kesan kempen itu di kalangan pelajar dan kanak-kanak yang bersekolah, Hilmi berkata beliau mengakui wujud usaha untuk melibatkan kumpulan itu yang terjebak dengan merokok.

Jualan sisha

Ketika ini, katanya, terdapat kebimbangan pihkanya mengenai usaha penjualan sisha berbentuk pen pada harga RM10 kepada kanak-kanak sekolah.

"Kementerian Kesihatan Malaysia hantar orang. Kita nak beli dia tak mahu jual. Hantar budak sekolah pergi beli, dia jual. Ada usaha melihbatkan kanak sekolah, dan untuk akhirnya dia merokok.

"Ini yang membimbangkan sebab dia mula dengan sisha jenis pen, kemudian (hisap) vape. Dia juga (akhirnya) terlibat dengan mula merokok," katanya.

Menurutnya lagi, masyarakat peru mempunyai kesedaran tentang bahaya merokok dan menghisap vape yang juga mengandungi nikotin turut memberi kesan kepada orang sekeliling.

"Ada hujah menyatakan vape, dia bukan asap, tapi ia vapor. Tapi dia ada nikotin. Kalau tak ada nikotin tak ada 'kick'. Kalau ada nikotin, juga melibatkan orang lain, dan orang lain dapat hidu asap dan risiko juga yang sama (dengan rokok).

"Ada (juga) hujah, kalau rokok ada 7,000 bahan kimia, dalam rokok, 87 peratus daripada bahan itu boleh menyebabkan kanser. Vaper juga ada bahan yang boleh menyebabkan cancer," katanya.

Sat Oct 31, 2015 9:26 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


Orang susah perlu belajar kayuh basikal cari rezeki

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Saya dimaklumkan ada seorang penoreh getah yang kais pagi makan pagi, kasi petang makan petang memerlukan RM600 untuk membaiki motosikalnya yang digunakan untuk mencari rezeki. Kos membaiki motosikal semakin mahal sekarang ini, belum masuk duit minyak, senggaraan, insuran dan sebagainya. Kalau kita bantu RM600, akan datang, motosikal itu akan rosak juga. Saya memberi alternatif, adalah lebih baik kita belikan penoreh getah ini basikal yang harganya antara RM100 ke RM200, kos menjaganya pun murah.

Jarang sekarang kita tengok orang kita kayuh basikal cari rezeki. Yang ramai ialah kayuh basikal sebagai riadah, ada yang harga basikal ini beribu-ribu ringgit.
Orang kita perlu diajar semula untuk kayuh basikal pergi kerja, pergi kilang. Kalau di Senawang ini kita tengok warga asing, warga Nepal, warga Vietnam, warga Bangladesh pergi kerja kayuh basikal berkilometer jauhnya.

Adakah orang kita malu untuk kayuh basikal ke tempat kerja? Rela meminta-minta untuk dibantu?

WARGA EMAS KAYUH BASIKAL 60 KILOMETER CARI REZEKI

BALING 11 Jan. 2012 - Seorang warga emas dari Kampung Lubuk Badak, Weng dekat sini sanggup mengayuh basikal hampir 60 kilometer sehari bagi mencari rezeki untuk menyara keluarganya.

Atas rasa tanggungjawab untuk menjaga keluarga, Saad Bahadun, 64, tabah mengayuh basikal untuk mencari rezeki dengan memanjat pokok kelapa, pekerjaan yang telah dilakukan sejak berusia 15 tahun.

Warga emas ini gigih mengayuh basikal setiap hari dari rumahnya ke pekan Baling untuk memanjat pokok kelapa hanya dengan pendapatan tidak sampai RM15 sehari.

PENGAYUH BASIKAL BUTA CEKAL BERNIAGA, IPAR JADI 'MATA'

TUMPAT 4 Sept 2014 - Mohamed Yusof, 65, yang cacat penglihatan sejak berusia 7 tahun, bersama adik iparnya Rosnah Ngah, 56, yang tidak mampu berjalan, berbasikal sejauh lima hingga 15 kilometer setiap hari mengutip barangan logam selain sayur-sayuran dan menjualnya dari rumah ke rumah.

Menariknya, pengayuh basikal ialah Mohamed Yusof yang tidak dapat melihat. Namun dengan bantuan adik iparnya yang bertindak menjadi pemandu arah atau "mata", mereka dapat bergerak dari kampung ke kampung menaiki sebuah basikal yang direka khas.

Pendapatan hasil jualan mereka tidaklah seberapa, namun memadai. Pada hari biasa, mereka mampu beroleh pendapatan antara RM30 hingga RM40 sehari.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0111&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_17.htm

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pengayuh-basikal-buta-cekal-berniaga-ipar-jadi-mata-43183 "

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: rozmal
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Pengayuh basikal buta cekal berniaga, ipar jadi 'mata'
Astro Awani | September 04, 2014 15:48 MYT

Si abang yang cacat penglihatan dan adik iparnya yang tidak berdaya berjalan mengayuh basikal sejauh antara 5 hingga 15 kilometer sehari mengutip barangan logam untuk dijual - Foto Astro AWANI
TUMPAT : Dalam kesibukan parti politik bersiap siaga sempena kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor hujung bulan ini, kehadiran sepasang Orang Kelainan Upaya (OKU) memerah keringat mencari rezeki di sini mencuri perhatian orang ramai.

Gelagat mereka menyentuh hati masyarakat sekeliling. Walau hidup serba kekurangan, pasangan OKU ini tetap berusaha sendiri tanpa mengharapkan bantuan dan belas ihsan orang ramai.

Mohamed Yusof, 65, yang cacat penglihatan sejak berusia 7 tahun, bersama adik iparnya Rosnah Ngah, 56, yang tidak mampu berjalan, berbasikal sejauh lima hingga 15 kilometer setiap hari mengutip barangan logam selain sayur-sayuran dan menjualnya dari rumah ke rumah.

Menariknya, pengayuh basikal ialah Mohamed Yusof yang tidak dapat melihat.

Namun dengan bantuan adik iparnya yang bertindak menjadi pemandu arah atau "mata", mereka dapat bergerak dari kampung ke kampung menaiki sebuah basikal yang direka khas.

Basikal yang digunakan ini ditempa bagi menempatkan jurupandu di hadapan, manakala bahagian tengahnya pula diguna bagi meletakkan barangan untuk jualan.

Pendapatan hasil jualan mereka tidaklah seberapa, namun memadai. Pada hari biasa, mereka mampu beroleh pendapatan antara RM30 hingga RM40 sehari.

Mohamed atau lebih mesra dengan panggilan Pak Mat sudah lebih 30 tahun mengayuh basikalnya untuk berniaga.

Pak Mat, yang mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak, lebih suka berdikari mencari rezeki dan tidak mahu menyusahkan anaknya demi meneruskan kehidupan.

Anak sulungnya yang kini berusia 40 tahun merupakan seorang guru dan kini mengajar di Kedah, manakala yang lain bekerja sendiri.

Ketika anaknya masih kecil dan bersekolah, merekalah yang menjadi jurupandu arah atau "mata" Pak Mat.
Namun setelah mereka dewasa dan bekerja sendiri, tugas tersebut diambil alih Rosnah iaitu adik kepada isterinya.

Pak Mat bersyukur walaupun tidak data melihat, dia masih mempunyai kudrat untuk berusaha sendiri mencari sesuap nasi.

Sementara itu, adik iparnya Rosnah selesa menjadi jurupandu dan mata kepada Pak Mat. Dengan kecacatan yang dialami, amat sukar untuknya berdikari lantaran hidup sebatang kara.

Namun kesudian Pak Mat mengambilnya menjadi "mata" arah memberinya harapan untuk meneruskan kehidupan walau dengan kekurangan yang ada.

Sat Oct 31, 2015 9:27 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


Adu diekori, polis jawab 'kami bukan superman'

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

SEORANG pelayar bertindak berkongsi kekecewaannya apabila didakwa diberi jawapan yang mengecewakan oleh seorang anggota polis selepas mengadu diganggu sekumpulan mat motor.

Dalam perkongsian semalam, pelayar wanita berkenaan mendakwa diganggu tiga penunggang motosikal yang bertindak mengacah dan menyimbah cecair ke cermin kereta yang dipandu ketika melalui daerah Kahang, Johor.

Walaupun sudah menelefon polis, mangsa terpaksa meneruskan perjalanan sambil diganggu dan akhirnya berjaya singgah di Balai Polis Kahang.

Pelayar berkenaan juga berkongsi dialog perbualan yang didakwa berlaku antara mangsa dengan seorang pegawai polis yang dikatakan berpangkat Inspektor.

Mangsa: Jadi, pihak tuan tidak dapat pergi cari suspek itu sekarang, memandangkan kita ada no plat salah seorangnya, jadi kita boleh kesan alamatnya? Saya risau kalau mereka tidak ditahan sekarang, mereka mungkin mengekori saya lagi sekejap lagi. Keselamatan kami sekeluarga dalam ancaman.

Polis: Saya tahu apa yang saya kena buat puan.

Mangsa: Tapi adakah tuan akan ambil tindakan segera?

Polis: Saya tahu apa yang saya kena buat puan.

Mangsa: Tapi kalau tuan tidak dapat beri kepastian bahawa tuan akan mencari suspek, saya masih risau tentang keselamatan kami.

Polis: Keselamatan puan saya tak boleh jamin. Puan bawalah apa-apa senjata dalam kereta.

Mangsa: ??????. Tuan, saya telefon 999 dan datang buat aduan kerena saya takut dan mengharapkan ada bantuan atau penyelesaian dari pihak tuan. Kalau inilah caranya, saya rasa tak ada guna saya datang minta bantuan polis.

Polis: Oh, kalau puan nak bantuan, puan boleh telefon bomba atau ambulan.

Mangsa: (speechless). Tuan, kalau lah pihak tuan respons segera masa saya telefon 999 tadi, rasanya tak sempat mereka rosakkan kereta saya. Mereka pun mungkin dah boleh diberkas sekarang.

Polis: Eh puan. Kami bukan superman. Bila dipanggil terus ada.

Mangsa: Baiklah.

Selain daripada perkongsian perbualan tersebut, mangsa juga memuatnaik sebuah rakaman video yang menunjukkan tiga buah motor yang dinaiki oleh empat individu yang didakwa mengganggu mangsa.

Perkongsian tersebut menarik perhatian dan dikongsi oleh lebih 10,000 pelayar lain.

Noorhidayu Mohamed Noor

Al-kisah road trip kami sekeluarga baru-baru ini. Kami memandu dari kelantan-hatyai-krabi-hatyai-penang-perak-kl-johor dan pulang ke kelantan.

Alhamdullilah semuanya dipermudahkan walaupun travel dengan 2 kanak2.

Namun otw balik dari johor melalui mersing ke kelantan, di daerah Kahang sesuatu yang tak disangka berlaku. Kakak ipar mengambil alih tugas memandu dari suami aku sekejap. Tiba-tiba ada 3 motosikal mengekori kereta kami. Mengacah2 dari belakang. Mereka memakai topi keledar cover muka. Tapi dari saiz badan, nampak macam budak2 sekolah menengah saja. Sampai satu tempat disimbahnya cecair ke cermin depan keretA.

Mereka memecut laju selepas itu. Namun, mereka tunggu kami ditepi jalan. Kami dikejar lagi. Disimbah sekali lagi. Suami sudah mula berang dan ingin mengambil alih memandu. Tetapi kakak tidak benarkan. Risau kalau diikut darah muda lelaki.

Mereka kejar lagi. Risau dengan keselamatan, aku menelefon 999.

Dalam ketar suara aku, suara dihujung talian berkata 'bertenang puan. Nanti puan berhenti di balai polis berdekatan'.

Tapi ini kali pertama aku lalui jalan ini. Mana tahu dimana balai polis. Kalau apa-apa terjadi sebelum sampai di balai polis??

Mereka terus mengejar. Takut memang takut. Tak Tahu apa yang mereka mahu.
Kami sampai di lampu isyarat. Alamak lampu merah!. Mereka sempat mengejar kami. Lalu disepaknya kedua-dua belah kereta kami. Gila!
Mereka memecut laju kedepan, tapi berhenti disatu tempat. Siap sengih lagi. Kami dapat no plat salah sebuah motor itu, JNT 6305.

Kami teruskan perjalanan dan berhenti di balai polis Kahan. Setelah membuat laporan, saya meminta untuk disambungkan kepada pegawai yang akan mengambil kes saya. Saya disambungkan kepada Inspektor Rizal dari IPD Kluang.

Panjang perbualan kami. Namun antaranya berbunyi begini.

S: jadi, pihak tuan tidak dapat pergi cari suspek itu sekarang, memandangkan kita ada no plat salah seorangnya,jadi kita boleh kesan alamatnya? Saya risau kalau mereka tidak ditahan sekarang, mereka mungkin mengekori saya lagi sekejap lagi. Keselamatan kami sekeluarga dalam ancaman.
P: saya tahu apa yang saya kena buat puan.
S: tapi adakah tuan akan ambil tindakan segera?
P: saya tahu apa yang saya kena buat tuan.
S:........tapi kalau tuan tidak dapat beri kepastian bahawa tuan akan mencari suspek, saya masih risau tentang keselamatan kami.
P: keselamatan puan saya tak boleh jamin. Puan bawalah apa-apa senjata dalam kereta.
S.??????. Tuan, saya telefon 999 dan datang buat aduan kerena saya takut dan mengharapkan ada bantuan atau penyelesaian dari pihak tuan. Kalau inilah caranya, saya rasa tak ada guna saya datang minta bantuan polis.
P: oh, kalau puan nak bantuan, puan boleh telefon bomba atau ambulan.
S: (speechless).
Tuan, kalau lah pihak tuan respons segera masa saya telefon 999 tadi, rasanya tak sempat mereka rosakkan kereta saya. Mereka pun mungkin dah boleh diberkas sekarang.
P: ehhh puan. Kami bukan superman. Bila dipanggil terus ada.
S. Baiklah

Kalaulah ini sikap pegawainya, maka tak perlulah pelik kenapa jenayag makin berleluasa. Kes budak sekolah, road bully macamni pun kau takleh settlekan segera, tak yah cerita kes-kes besar lain. Kalau dibangku sekolah mereka sudah berani buat begini, besar nanti jangan mereka yang mengacukan pistol kat kepala kau sudah.

Beribu batu perjalanan kami, dibumi Malaysia juga keselamatan kami diancam. #syukurmalaysiamasihaman.

— with Azlie Mohamad and Gina Ayim.

Top of Form

October 27 near Pasir Puteh, Kelantan, Malaysia

Azfar Daud, Aeen Ery, Farrah Ffa and 58 others like this.

22,533 shares

Comments

Neni Izazi Tunggu jadi viral dulu baru la ada tindakan...

2 · October 27 at 5:39am

Wan Nur Syahida ya Allah takutnya..kalu husband dr bwk keto lg brat kes ni

October 27 at 5:42am

Noorhidayu Mohamed Noor Betul tu. Ada hikmah kakak ipar yang bawak. Kalau husband bawak rasanya ada yang usung mayat buat balik kot.

1 · October 27 at 6:34am

View more replies

Nurrul Azelan patut ramai p hospital bila ada masalah.doctor suma boley tlg settlekan #pengsan

October 27 at 5:44am

Noorhidayu Mohamed Noor Itulahhh. Ternganga kot dengar respons. Terkedu sampai tak boleh nak menjawab banyak

October 27 at 6:35am

View more replies

Azlie Mohamad xpe2... tunggu jer EN. SUPERMAN buat keje... kalau xbuat kita g kutip sendiri lg cepat. detail owner moto pon dah dapat...

4 · October 27 at 6:00am · Edited

Rafiqi Farhana replied · 1 Reply

Ainul Fazrina Mhd Fadzil Bahaya nya..

October 27 at 6:06am

Noorhidayu Mohamed Noor Sangat...kena berhati2 setiap masa..

1 · October 27 at 6:35am

Hafiezie Daud Nama pegawai polis tu ada tak?

October 27 at 6:06am

Azlie Mohamad replied · 1 Reply

ClaRd LurvlyDurvly Sy pn pnh kena road bully 3thn lps..tp ms bt report katanya peg brtugas xde.so xleh nk amk keterangan..kena tggu dorg call..tp smpi skrg xde apa2 call n tindakan lnjut dr pihak polis.so??klu ada jenayah pasni kita trs call superhero jelah yerr..xyah call polis. Bazir ms je.tp klu time ada bdk jual emas curi cpt2 p cr org yg beli sbb apa sbb nnt blh tuntut duit kopi skali..pastu ugut2 org guna kuasa dia

2 · October 27 at 6:18am

Noorhidayu Mohamed Noor Itu lah. Memang ayu tak call pun untuk follow-up. Buang masa je. Nak tunggu diorang karang report hari tu berjam lamanya. Tapi utk rekod je la koott

October 27 at 6:37am

Azlie Mohamad yang ni pon dia cakap tunggu diorang call... huhuhu..bertanduk laaa

1 · October 27 at 6:24am

Shah Rizan replied · 1 Reply

ClaRd LurvlyDurvly Mmg snyp la jwbnyer...sy hr2 nmpk keta yg bully sy tu sbb sy mmg smpt amk no plat dia..patahkan cermin sisi keta sy..blh dikatankan selalu je terserempak.dh siap srh org trace alamat tuan keta.tp xleh nk amk tndakan sndiri plk nnt kita plk jd kes lain..iktkn hati mmg abis r keta tu kena.tp bila pk balik kang xpsl lg trk kes tu..nasib la..klu vvip br dorg cpt bt keja sbb cpt leh naik nama

October 27 at 6:29am

Dexzmore Dexz Mohon share....

1 · October 27 at 6:45am

Ciknina Wan Noor Hanta siakap keli je sonang. Kasi viral pastu bru menggelabah nk tjuk diorg buat keje..igt kite trauma sesaje ke ape..geram je bace respon

2 · October 27 at 7:01am

Noorhidayu Mohamed Noor Ohhhh geram dengan budak2 samseng tu. Tapi lagiiiiii geram dengai pegawai yang sepatutnya handle kes, tapi macam nak lepas tangan je

October 27 at 1:13pm

Linda Mahmud Bagi viral je..br diorg amek tindakan pastu..

October 27 at 7:17am

Jambang Gorila Silverback Share gop kak yu...berat staro tue gitu gayo...

October 27 at 8:01am

Noorhidayu Mohamed Noor Meme Berat Pih kito setaro ni..mete2 kita ore biasa gak...keselamatan kita ore jeh gitu jah

October 27 at 1:14pm

View more replies

Norzahidah Mohd Khair Mmg tak boleh diharap sgt polis. Ada patient cerita polis minta bayaran untuk make sure tak dikenakan tindakan (sbb dia jual pirated DVD, so mmg tak boleh nak mengadu pada siapa2 la). Mintak sampai ribu ribu. Dia tak tahan, dia tutup kedai. Lps tu ada juga kes polis traffic minta bayaran untuk lepaskan dari kena saman, org tu buka dompet, tinggal RM5 je. RM5 tu pun diorng ambil.

October 27 at 8:09am

Noorhidayu Mohamed Noor Semoga Allah lindungi kita semua dari orang macam ni

1 · October 27 at 1:15pm

Nur Illani Mohd Asri Paling geram dia kata keselamatan puan kami tak boleh jamin.. Apa je dia blh jamin? Dgn polis pun x rasa selamat

October 27 at 9:42am

Noorhidayu Mohamed Noor Itu laaa. Kita duk runsing pasal keselamatan kita, atleast bagi kata2 menenangkan takpe gak..memang silap masa lah

October 27 at 1:16pm

Azlie Mohamad Sabar2... Pihak IPD kluang dah call td. Diorang cakap diorang tgh buat siasatan.. Bagi diorang masa dulu. Tq tuan inspector for the feedback and update the info.

1 · October 27 at 6:29pm

Muhamad Khusairie Ismail Pah sapa duduk pasir Puteh dh ko Azlie Mohamad?

October 27 at 8:27pm

Muhamad Khusairie Ismail replied · 4 Replies

Zulfaiz Zulkifli Hok ah polis, dea viral baru nk amik tindakan, baru nk wat siasatan.. Kalu x gak, pakai xjalan la report ni.

1 · October 27 at 8:36pm

Hisham Jaffar Hok aloh mat yie Azlie Mohamad. Bakpo x panggil abe long Kamarual Rasidi nyo? Btw be strong. InsyaAllah ado penyelesaian utk mu sefamily...

1 · October 27 at 8:58pm

Azlie Mohamad replied · 1 Reply

Kamarual Rasidi Gap Bonjovi, apa kes ni? kat area ko ni....

October 27 at 9:06pm

Hafiezie Daud Masuk sinar harian doh ni..

October 28 at 1:36am

Noorhidayu Mohamed Noor Ehhhh yo ko?

October 28 at 1:40am

Hafiezie Daud replied · 1 Reply

Azlie Mohamad FYI kita punya pihak xde buat ape2 kenyataan kat pihak akhbar tentang kejadian ni. info sinar bagi pon lain dari yg sebenar smile emoticon

1 · October 28 at 4:36am

Afiq Rahim Ambo tolong viralkan untuk demo hidayah. Semoga Allah melindungi kita semua.

October 28 at 6:56am

Tom Mohd Yakkkkkk

October 28 at 12:30pm

Bottom of Form

Sat Oct 31, 2015 9:28 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Tiga Hari Terperangkap Dalam Teksi Jatuh Gaung Sedalam 4.6 Meter

siakapkeli.my

KLUANG, 29 Okt: Selama tiga hari, Johar Kasim, 68, tidak tahu apakah nasib yang bakal menimpanya apabila teksi yang dipandunya terjatuh kedalam gaung sedalam 4.6 meter.

Dalam kejadian yang berlaku pada awal minggu ini, pemandu teksi itu mengundur teksinya di satu jalan yang sempit dan malang menimpa apabila teksi tersebut tiba-tiba jatuh ke dalam gaung tersebut.

Lebih teruk lagi, Proton Saganya itu jatuh menghempas pokok-pokok sebelum jatuh menjunam ke dasar gaung tersebut. Kejadian menyebabkan kaki kanan Johar cedera dan dia tidak mampu memanjat keluar dari gaung tersebut.

Selama dua malam, Johar yang terperangkap di dalam teksi itu terpaksa bergantung kepada air hujan yang turun untuk diminum bagi meneruskan hidup.

Johar kemudian diselamatkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat hari ini menggunakan kren pada jam 4.03 petang tadi hasil maklumat orang awam.

Komander Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Akob Sedek berkata enam anggota bomba dikerahkan ke tempat kejadian dan menemui Johar dalam keadaan lemah dan kelaparan.

"Kaki kanan mangsa cedera. Dia memberitahu kami dia mengundurkan teksinya (sebuah Proton Saga) sebelum kenderaannya itu terjunam ke dalam gaung.

Teksi milik Johar tidak dilengkapi dengan radio. Telefon bimbit milik mangsa juga dikatakan terjatuh ketika kejadian dan menyebabkan beliau sukar meminta bantuan.

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, disini.

"Gaung itu tidak begitu dalam, tetapi kerana kecederaan, dia tidak dapat memanjat keluar," tambah Akob sebagaimana memetik laporan dari NST. - Siakapkeli.my

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: