Wednesday, November 18, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4337[1 Attachment]

6 Messages

Digest #4337

Messages

Tue Nov 17, 2015 7:22 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Update Di FB, "Boringnya, My Husband Out Station Lagi," Antara Salah Satu Sebab Wanita Jadi Perhatian Penjenayah
siakapkeli.my

Semalam, Malaysia dikejutkan dengan pemergian menyayat hati seorang kerani sekolah yang juga merupakan seorang ibu kepada seorang anak yang baru berumur 11 bulan.

Ramai wanita diluar sana mula menjadi bimbang dengan keselamatan mereka ini kerana walaupun berada di rumah kita boleh menjadi mangsa kepada 'manusia bertopengkan syaitan' ini.

Banyak lagi kes yang terjadi sebelum ini, seperti kes guru tadika dirogol, pelajar tingkatan lima mati dibunuh dan banyak lagi.

Apa yang diceritakan ini bukanlah dikaitkan dengan isu-isu ini, apa yang ditulis adalah peringatan kepada wanita diluar sana supaya berwaspada.

Kita tidak tahu perkara yang hendak jadi di masa depan, tetapi tidak salah kita cuba untuk beringat dengan mengambil tindakan yang memungkinkan kita terdedah dengan kejadian ini.

Berikut adalah sedikit nasihat dan tips diberikan kepada wanita diluar sana oleh Cik Puan Nurul supaya anda tidak menjadi perhatian manusia-manusia hidung belang ini.

Berkenaan kes rompak, rogol & bunuh di Muar, Johor. Saya nak ambil kesempatan untuk kongsikan beberapa tips keselamatan difacebook kepada anda semua, terutamanya wanita. Takde kaitan dengan kes tersebut, cuma saya nak kongsikan:

1. Kurangkan selfie.

Kita tak tau kalau2 selama ni tiap kali awak post gambar, ada mata yang sentiasa memerhati. Dah lama jatuh cinta dengan awak. Dah lama imagine nak "bersama" awak. Nak jadikan awak milik dia. Jangan kata mustahil, zaman sekarang ni manusia makin gila.

2. Jangan check in rumah sendiri.

Tolonglah.... jangan check in alamat sendiri. No.1 jalan 2, taman tas, kuantan. Bila-bila masa orang boleh datang rumah awak.

3. Jangan up status tinggal sorang kat rumah.

Dah lah check in alamat sendiri, siap bagitau dunia tengah sorang-sorang kat rumah. "Boringnya. My habibi out station lagi. Tinggal dengan anak bulus je. Ada yang nak teman?" Haaa...jap lagi ada yang datang betul-betul baru tau erti penyesalan. Kalau yang jenis tak pernah check in alamat sendiri, pun perlu elakkan bgtau awak tengah keseorangan. Sebab apa? Ada je kawan diluar alam maya yg tau rumah awak & tak semuanya baik.

4. Jangan post no plat kereta

Ye... tau kereta tu atas nama awak. Hasil titik peluh awak. Kalau nak post gambar, at least tutup no plat. Bahaya. Dari no plat je boleh tau semua personal details kita. Kalau info tu dapat kat orang jahat?

5. Jangan sibuk nak check in semua tempat yang awak pergi.

Sampai pejabat check in, tingkat 73 klcc. Lunch check in, kedai mamak belakang klcc. Habis kerja, pergi jogging check in taman klcc. Nak balik rumah check in jem kat akleh sambil selfie nampak muka cantik & lambang kereta mahal kat stereng. Sampai rumah check in, sampai dah my home sweet home no.38-4-7 kondo mewah, jalan orang kaya, kl.
Bahaya! Bahaya! Bahaya! Nak-nak lagi kalau status tu setting public. Satu dunia boleh tengok.

6. Hadkan apa yang perlu dikongsi difacebook.

Baru beli gelang emas lip lap lip lap macam mami jarum, tak payah post kat fb. Dapat bonus rm10k seeloknya jangan up kat fb. Jangan terlalu pamerkan kemewahan & kekayaan awak kat fb. Bukan sebab taknak orang kata riak, itu isu lain. Tapi demi keselamatan awak.
Harap bermanfaat. Semoga kita semua dilindungi dari perkara buruk & kejahatan manusia.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua di mana bukan sahaja wanita, lelaki terutamanya suami pun harus memainkan peranan demi keselamatan insan tersayang. - Siakapkeli.my

Kerani Sekolah Dirompak, Dirogol Dan Dijerut Hingga Mati, Tinggalkan Anak Kecil
siakapkeli.my

Kejam, itulah satu kata yang boleh digambarkan apabila seorang kerani Sekolah Agama Sungai Raya di Bukit Pasir, Muar yang mempunyai anak kecil berumur 11 bulan ditemui mati dipercayai dibunuh di rumahnya di Sungai Terap, dekat sini, malam tadi.

Memetik laporan Berita Harian, mangsa yang berumur 29 tahun telah ditemui oleh sepasukan polis selepas menerima aduan jiran mangsa yang mengesyaki sesuatu selepas mangsa dikatakan tidak keluar rumah kira-kira jam 7 malam.

Pasukan yang tiba ditempat kejadian mendapati enjin kereta mangsa tidak dimatikan manakala pintu kereta di bahagian depan pemandu terbuka.

Apabila pihak polis memasuki kawasan rumah, mereka telah menemui mayat mangsa terbaring dalam keadaan separuh bogel berhadapan pintu masuk utama.

Selepas pemeriksaan dilakukan, mangsa dipercayai meninggal akibat kesan jerut dileher dan hasil siasatan awal juga mendapati barangan berharga milik mangsa termasuk dokumen pengenalan diri dan telefon bimbit juga hilang.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat dalam pesanan mesej ringkas berkata, mangsa dipercayai dirogol dan dibunuh. - Siakapkeli.my

Bunuh Kerani: Polis Tahan Enam Lelaki Warga Nepal Bantu Siasatan
siakapkeli.my

Muar: Pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah mengesahkan berjaya menahan enam lelaki Nepal berusia 25 hingga 43 tahun untuk membantu menyelesaikan kes siasatan kes bunuh, rogol dan rompak seorang kerani Sekolah Agama Sungai Raya di Sungai Terap di sini.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob, menurut beliau sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada 5 petang semalam, beberapa anggota polis bergegas ke lokasi.

Katanya dipetik laporan Harian Metro, apabila tiba pihaknya menemui seorang wanita terbaring dengan kesan jerutan di leher di depan bilik utama rumah itu.

"Berikutan itu, kami menubuhkan satu pasukan khas bagi menjejak penjenayah berkenaan.

"Pada masa sama, kami menahan enam lelaki warga Nepal berusia 25 hingga 43 tahun yang bekerja di kawasan berhampiran bagi membantu siasatan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar. - Siakapkeli.my

Tue Nov 17, 2015 7:24 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Mata Jadi Merah Selepas Berenang Dalam Kolam Bukan Sebab Klorin Tetapi Air Kencing - Pakar

siakapkeli.my

Tahukah anda, kenapa apabila kita mandi di dalam kolam renang ataupun kawasan air mandi berkolam mata kita akan merah?

Punca simtom berkenaan adalah kerana kolam mandi berkenaan terutama kolam mandi awam yang anda berenang atau selam telah dicemari dengan air kencing yang terlalu banyak.

Perkara ini didedahkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) yang merupakan sebuah institut kesihatan awam terkemuka Amerika Syarikat, menurut mereka kebanyakkan orang orang percaya mata merah dan pedih berkenaan adalah hanya kerana klorin yang dimasukkan ke dalam kolam, tetapi mereka silap kerana berdasarkan kajian ia adalah kerana campuran klorin, air kencing, peluh, kotoran dan juga najis.

Jika kolam berkenaan dicemari kotoran-kotoran ini, ia akan menyebabkan mata anda merah seperti tidak cukup tidur seminggu.

Untuk mengenal pasti kolam berkenaan adakah dicemari kotoran ini, bau airnya kuat di mana sebelum ini kebanyakkan mereka menganggap ia bau klorin.

"Bau klorin di dalam kolam renang anda mandi sebenarnya bukan bau klorin."

"Apa yang anda bau itu sebenarnya adalah bahan kimia yang terbentuk apabila klorin bercampur dengan najis, kencing, peluh dan kotoran dari badan-badan perenang," kata Chris Wiant, pengerusi Kualiti Air Amerika Syarikat dan Majlis Kesihatan.

Jika kolam berkenaan dicemari ia bukan sahaja membuatkan mata anda merah, ianya amat berbahaya kepada pesakit asma dan selain menjejaskan kesihatan.

Ini kerana, kolam-kolam terbuka berkenaan sentiasa dipenuhi oleh orang ramai di mana kebanyakkan perenang ini akan membuang air kecil di dalam kolam itu semasa berenang.

Menurut pakar-pakar U.S. Healthy Swimming Program, campuran-campuran air kencing dan bahan kotor lain boleh menyebabkan terhasilnya gas beracun yang boleh menjejaskan sistem saraf, jantung dan paru-paru.

Berdasarkan kejadian yang dilakukan oleh CDC ia adalah bergantung kepada kepekatan dan berapa lama seseorang terdedah kepada kepada pencemaran berkenaan di mana semakin lama anda terdedah risiko gangguan asma dan masalah kulit untuk masalah saraf dan cirit-birit boleh berkembang.

Dari kajian yang dilakukan oleh pakar-pakar dari Universiti Purdue yang terletak di Indiana, bukan sahaja air kencing, peluh atau najis, tetapi juga bahan kimia farmaseutikal yang datang daripada alat solek, bahan pencegah serangga dan krim pelindung matahari yang digunakan oleh sebahagian perenang sebelum mereka berenang.

Masalah ini bukan sahaja tersebar dengan menyedut udara malah menurut penyelidik dari universiti berkenaan berkata ia boleh merebak melalui pemakanan apabila selepas mandi, badan perenang akan dipenuhi air mereka terus makan. Ia juga merebak melalui penyerapan kulit menyebabkan mereka boleh jatuh sakit.

Untuk mengelakkan perkara ini, Michele Hlavsa iaitu ketua U.S. Healthy Swimming Program berkata, perenang hanya perlu menggunakan kolam untuk berenang, jika hendak buang air kecil pergi ke tandas dan bagi mereka yang hendak berenang tetapi sebelum itu sudah bersolek, mandi terlebih dahulu dengan membersihkan bahan solekan.

Tetapi berapa ramai yang akan mengikuti nasihat berkenaan? - Siakapkeli.my

Rujukan SK:

independent.co.uk

cdc.gov

sciencedaily.com

Tue Nov 17, 2015 7:24 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Cukai Individu : Cukai Pendapatan, Eksais, GST Berjumlah RM82 Bilion VS Cukai Korporat 2016 RM74 Bilion

bloglist-malaysia.blogspot
dialograkyat.blogspot
Dicatat oleh ELBI RISALAH

BERITA SEMASA

Cukai Individu : Cukai Pendapatan, Eksais, GST Berjumlah RM82 Bilion VS Cukai Korporat 2016 RM74 Bilion

Berita baik pada pembentangan Bajet 2016 Malaysia tempoh hari kalangan penerima BR1M akan menerima kenaikan pembayaran BR1M iaitu tambahan sebanyak RM50 lagi setahun atau bersamaan 14 sen satu hari.

Walaubagaimanapun setiap yang naik akan ada yang turun. Jikalau pembayaran Br1M naik, peruntukan untuk subsidi kepada rakyat marhaen semakin berkurang. Apa yang telah berkurang dan semakin meningkat?

Pendapatan Kerajaan Malaysia VS Perbelanjaan Untuk Rakyat Marhaen?
1.. Subsidi minyak telah dihapuskan
2.. Adakah pemotongan subsidi minyak masakan akan menunggu giliran selepas ini? Seperti kenyataan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah bagi mengukuhkan fiskal negara?
3.. Peruntukkan kepada universiti dipotong sejumlah RM1.4 bilion
4.. Kutipan GST terus melonjak naik daripada RM27 bilion pada tahun 2015 ini kepada RM39 bilion pada tahun 2016. Terima kasih kepada sumbangan daripada penganggur, ahli perniagaan, peniaga, kakitangan awam, kakitangan swasta, pelajar, orang miskin, orang kampung, orang bandar dan orang kaya.
5.. Kutipan cukai pendapatan dijangka akan melepasi kutipan cukai korporat
6.. Kutipan cukai eksais termasuk kepada kereta, rokok dan lain-lain lagi meningkat RM200 juta kepada RM12.4 bilion tahun 2016 berbanding RM12.2 bilion tahun 2015
7.. Cukai pendapatan naik kepada RM30 bilion tahun 2016 berbanding cukai pendapatan tahun 2015 sebanyak RM28 bilion
Dan buat pertama akalinya dalam sejarah Malaysia, pada tahun 2016 sumbangan cukai individu meliputi cukai GST, cukai pendapatan dan juga cukai eksasi telah berjaya melepasi cukai korporat.
a.. Cukai individu 2016 (eksais, pendapatan, GST) : RM82 bilion
b.. Cukai korporat 2016 : RM74 bilion
Berdasarkan semakan Berita Semasa terhadap kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh Datuk Ahmad Maslan :
a.. Subsidi minyak 2009 : RM6.2 bilion (minyak USD62)
b.. Subsidi minyak 2010 : RM9.6 bilion (minyak USD80)
c.. Subsidi minyak 2011 : RM20.4 bilion (minyak USD111)
d.. Subsidi minyak 2012 : RM24.7 bilion (minyak USD112)
e.. Subsidi minyak 2013 : RM24.8 bilion (minyak USD110)
f.. Subsidi minyak 2014 : sekitar RM21 billion
Semua angka-angka subsidi ini sudah tiada lagi. Ini bermakna kerajaan sudah banyak berjimat, dan tidak perlu lagi memikirkan perbelanjaan untuk mengurangkan kos pengangkutan kenderaan rakyat Malaysia dan juga pengangkutan logistik di Malaysia. Tidak perlu lagi.

Persoalannya sekarang ini, mana pergi duit subsidi minyak yang bilion-bilion ini? Sehingga ke hari ini tidak diketahui perincian pergi ke mana?

P/S : Tiba-tiba, tertanya-tanya Berita Semasa berapa banyak peruntukkan biasiswa JPA, MARA kepada anak-anak kita rakyat Malaysia yang bakal menjadi pelapis negara di masa hadapan di antara tahun 2010 hingga 2015? Adakah semakin meningkat atau semakin menurun alaupun subsidi minyak dihapuskan? Tiada jawapan dan fakta kelihatan ke hari ini

PP/S : Tun Daim Zainuddin pernah mengatakan rakyat Malaysia tidak peduli pertumbuhan ekonomi 5 peratus, 6 peratus, 7 peratus. Tetapi rakyat Malaysia akan bertanyakan dan persoalkan apa yang mereka dapat daripada apa yang dilaungkan kerajaan atas nama kemakmuran ekonomi Malaysia?

PPP/S : Apa yang rakyat Malaysia mahu? Rakyat mahu peluang pekerjaan, rakyat mahu tahu mengapa inflasi dan kos sara hidup di Malaysia begitu tinggi?

Tue Nov 17, 2015 7:27 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Tukar Agama Kalau Nak Anak Balik – Wanita Ini Bimbang Anak Dilarikan Bekas Suami Mualaf

kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

Seorang guru wanita hanya sempat menatap wajah anaknya yang baru berusia enam hari sebelum bayi tersebut dilarikan bekas suami yang juga seorang mualaf sejak April lalu.
Lebih menyayat hati, dia dihalang untuk berjumpa dengan anaknya yang dipercayai dijaga bekas mentua. Ada syarat yang ditetapkan untuk bertemu semula dengan anaknya iaitu harus menukar agama kepada kristian.
Gagahkan diri walau masih berpantang

Menceritakan peristiwa terbabit, selepas beberapa hari melahirkan bayinya itu Norbaizura Idris pulang ke rumah bersama suami.
Namun tanpa sebarang alasan munasabah bekas suami menceraikannya dengan talak tiga dan membawa bayi tersebut bersama anak sulungnya.

Pada 22 April lalu bekas suami tanpa sebarang alasan yang munasabah menceraikan saya dengan talak tiga sebelum dia bersama bekas ibu mentua membawa Khayla Qaireena dan anak sulung saya, Keisha Qaisarah ke rumah mertua di kuarters di Bukit Chagar di sini pada keesokan harinya tanpa pengetahuan saya.
Saya yang masih berpantang ketika itu menggagahkan diri pergi ke rumah bekas mentua bagaimanapun tidak dibenarkan berjumpa dengan anak-anak saya.
Tukar agama

Wanita ini bagaimanapun berjaya menyakinkan bekas suaminya uuntuk membawa anak keduanya itu ke klinik bagi mendapatkan rawatan demam kuning namun masih tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan kedua-dua anaknya itu.
Malah semenjak itu dia tidak lagi berjumpa dengan bekas suami dan ibu mertuanya didakwa telah melarikan diri bersama kedua-dua anaknya itu.
Bila saya pergi ke rumah bekas mentua, hanya yang tinggal bekas bapa mentua saya sahaja yang seolah-olah tidak mahu membantu saya dan mendakwa tidak mengetahui di mana bekas suami dan anak-anak saya berada.
Apa yang memeranjatkan saya ialah bekas bapa mertua memberitahu saya supaya menukar agama kepada Kristian bagi membolehkan rumah tangga saya diselamatkan sekali gus dapat disatukan kembali dengan anak-anak saya.
Mahkamah sama pada 17 Ogos lalu telah memberikan hak penjagaan penuh kedua-dua anaknya itu kepadanya namun masih lagi tidak dapat bertemu mereka.
Sumber : Utusan

Tue Nov 17, 2015 7:28 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

SIAPA DIBELAKANG TPPA? - SEJARAH GELAP YANG MENGABURI HAKIKAT PENJAJAHAN MELALUI "PERDAGANGAN BEBAS"

bloglist-malaysia.blogspot
kerabubersuara.blogspot
Oleh Wan Fayhsal

Tanggal 14hb November 2015, penulis sempat menghadiri Majlis Penerangan Perdana berhubung 1MDB, TPPA dan Bajet 2016 di PWTC.

Suasana majlis sangat meriah lagi padat kerana rakyat berduyun-duyun hadir untuk mendengar ulasan daripada pemimpin yang diamanahkan menjaga ketiga-tiga perkara tersebut.

Rata-rata yang hadir terdiri daripada ahli UMNO (banyak makcik-makcik tudung merah) dan juga wakil parti komponen BN.

Secara ringkas gambar besar hadirin terdiri daripada orang awam dan penerangan dibuat dalam Bahasa Melayu dalam gaya bahasa yang sangat mudah dan rendah.

Penulis tidak sempat bertanyakan soalan kepada Encik Azrul Kanda, CEO dan Presiden 1MDB kerana tiada kesempatan berbuat demikian dek kerana kepadatan hadirin untuk bergerak menuju ke pentas bertanya soalan.

Adapun demikian penulis sempat bertanyakan satu soalan yang penulis permudahkan dan ringkaskan dengan padat kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri iaitu Dato' Sri Mustapa Mohamed.

Penulis telah diberi peringatan oleh pengerusi majlis, Datuk Ahmad Maslan bahawa soalan harus ringkas dan padat memandangkan masa yang diperuntukkan agak suntuk.

Sebelum sesi soal jawab berlangsung, DS Mustapa menyampaikan pembentangan tentang TPPA pada tahap yang amat mudah untuk difahami. Ianya lebih berbentuk seperti kuliah "Perdagangan Bebas 101" (Free Trade 101) yang penulis fikir sudah pun diketahui ramai akan manfaat pasaran terbuka dan perdagangan bebas yang diajar dalam mata kuliah ekonomi.

Pembentangan DS Mustapa amat pro-TPPA. Tiada langsung penyataan kritis terhadap TPPA. DS Mustapa mempertahankan bahawa dengan menyertai TPPA, ianya tidak akan bawa kepada penjajahan ke atas negara kita.

Penulis berhajat untuk mendapatkan ulasan lanjut daripada DS Mustapa dalam sesi soal jawab tapi penulis sedar keadaan dan hadirin yang ada tidak begitu kondusif untuk dibahaskan secara lebih teknikal.

Penulis hanya sempat bertanya perihal TPPA yang dibandingkan sebagai sama penting seperti sebuah kapal perang besar Amerika yang dinyatakan sendiri oleh Setiausaha Pertahanan (jawatan seperti menteri pertahanan kita) Ash Carter yang merupakan sebahagian daripada strategi "Paksi Asia" yang digagaskan oleh Presiden Obama untuk mengimbangi negara China yang semakin meningkat berkuasa di rantau ini. Penulis membangkitkan kerisauan akan risiko yang bakal diundang ke atas negara dalam keadaan China merupakan rakan dagang terbesar (import dan eksport) buat Malaysia.

Jawapan DS Mustapa seperti dalam video tidak begitu jelas dan amat ringkas. Beliau berhujah bahawa wakil China tidak pernah membangkitkan kerisauan berkenaan kedudukan Malaysia dalam TPPA dalam hubungan dagang dengan China. DS Mustapa juga tambah bahawa kita terlibat sama dalam rundingan blok perdagangan yang ditunjangi China iaitu RCEP.

Jujurnya penulis agak hampa dengan jawapan balas DS Mustapa dan penafian risiko penjajahan oleh beliau melalui TPPA hanya didasari dengan hujah "simplistic" memandangkan pelaburan Malaysia ke Amerika lebih besar berbanding pelaburan yang Malaysia terima daripada Amerika, semua itu kata beliau tidak menunjukkan Malaysia menjajah Amerika.

Penulis fikir ada beberapa perkara yang perlu kita perhalusi berhubung premis DS Mustapa bahawa Perjanjian Perdagangan Bebas TPPA tidak akan menatijahkan sebarang bentuk penjajahan ke atas negara kita. Untuk itu kita harus menilai beberapa premis penting dan juga genesis (sejarah awal) bagaimana perdagangan bebas yang diperjuangkan negara Barat seperti Amerika Syarikat itu bermula dalam sejarah dunia.

BERBAGAI-BAGAI JENIS PENJAJAHAN

Penjajahan tidak boleh disempitkan sekadar kehilangan kedaulatan secara mutlak seperti Palestin yang dirampas banyak hak asasi mereka.

Penjajahan boleh difahami dalam dua bentuk:

(1) Penjajahan Langsung (Formal)
(2) Penjajahan tidak langsung (Informal)

Penjajahan "informal" selalunya timbul melalui pintu ekonomi khususnya melalui jalan perdagangan. Dan kebiasaanya dalam sejarah, penjajahan "informal" ini akan berubah menjadi penjajahan "formal" yang lebih mencengkam.

Penjajahan "informal" juga sering hadir dalam bentuk di mana kedaulatan sesebuah negara menjadi semakin longgar bilamana kuasa mengurus tadbir dan membuat keputusan menjadi semakin lemah akibat tekanan daripada penjajah "informal" ini.

Kes terbaru ialah negara Greece. Biarpun ianya masih wujud sebagai sebuah negara berdaulat, masalah hutang negara yang menggila telah menjadikan Greece seperti sebuah "negara tawanan" (vassal state) kepada peminjam Greece yang terdiri daripada bank-bank Eropah yang turut sama dikawal selia oleh Bank Pusat Eropah (European Central Bank – ECB) yang berpusat di Frankfurt, Jerman).

Dasar-dasar kewangan dan ekonomi negara Greece kini tidak lagi boleh ditentukan oleh kerajaannya di Athens kerana banyak syarat-syarat ketat yang dipaksa oleh ECB ke atas Greece demi memastikan Greece tidak lagi gagal melunaskan hutang tertunggak (defaulted). Maka banyak aset negara Greece seperti pulau, lapangan terbang dipaksa gadai oleh ECB melalui dasar pengswastaan kepada syarikat asing agar kerajaan Greece dapat menjana tunai untuk membayar hutang. Bukan itu saja, kerajaan Greece ditekan oleh ECB untuk memotong bajet negara mereka seperti pemotongan subsidi dan catuan pengeluaran tunai oleh bank tempatan Greece kerana keutamaan bajet negara adalah untuk melangsaikan hutang kepada bank-bank Eropah yang memberi pinjaman kepada Greece.

Hal yang sama pernah berlaku kepada banyak negara-negara Latin Amerika, Afrika dan jiran kita Indonesia kerana gagal membayar hutang. Demi melangsaikan hutang, mereka mengambil pakej bantuan kewangan IMF dan Bank Dunia yang meletakkan syarat bahawa kerajaan mereka harus membuka pasaran dan memotong subsidi agar syarikat dan produk swasta dari luar dapat membeli aset-aset negara mereka dengan harga yang murah.

Akhirnya negara-negara ini walaupun masih punya kedaulatan politik, dari segi ekonomi mereka tidak dapat kawalan sepenuhnya kerana perjanjian yang dimeterai amat merugikan mereka.

Negara-negara tertawan secara "informal" (vassalages) selalunya mempunyai "penawan 'informal'" yang dalam Bahasa Inggeris dipanggil sebagai "suzerain".

Contoh terbaik "vassalages" moden ialah Jerman dan Jepun yang kalah Perang Dunia Ke-2 dan menerima Amerika Syarikat sebagai "suzerain" mereka.

Apa buktinya? Jerman dibawah Perjanjian Postman 1945 yang dipersetujui tiga kuasa besar Bersekutu (Allied) iaitu Amerika, Britiain dan Kesatuan Soviet (kini Russia) telah menubuhkan "Allied Control Council" bagi merencana semula Jerman khusus proses "penyah-Nazi-an" (denazification) dan penyah-ketenteraan (demilitarization). Jepun juga menerima nasib yang sama bilamana perlembagaan baru mereka pasca Perang Dunia ke-2 disusun oleh Supreme Commander Bersekutu dari Amerika Syarikat iaitu General Douglas MacArthur.

Jerman dan Jepun dikawal secara perundangan (perjanjian bersama Amerika Syarikat) juga melalui perlembagaan mereka untuk tidak boleh memiliki badan ketenteraan yang agresif; hanya untuk pertahanan. Jerman di kawal oleh NATO secara kolektif sebagai pertahanan Eropah dan Jepun secara tidak langsung oleh Amerika Syarikat melalui perjanjian "Anpo jōyaku". Kedua-dua negara ini dipaksa menerima pengkalan dan kemudahan (facilities) tentera Amerika Syarikat yang berpuluh-puluh jumlahnya.

Banyak kumpulan yang membantah TPPA khususnya mantan Perdana Menteri Malaysia yang menentang IMF dan Bank Dunia iaitu Tun Mahathir menyatakan bantahan mereka kepada TPPA atas dasar ini iaitu penjajahan "informal" yang datang melalui pintu ekonomi. Rakyat di negara sendiri merempat kerana peluang ekonomi telah diambil oleh orang asing akibat syarat-syarat yang menghalang daripada perlindungan pasaran yang dikenakan pihak yang memberi pinjaman kepada negara.

SEJARAH GELAP PERDAGANGAN BEBAS YANG MENATIJAHKAN PENJAJAHAN LANGSUNG

Benarkah "Perdagangan Bebas" (Free Trade) yang menjadi asas hubungan dagang TPPA ini benar-benar bebas dan adil?

Adakah padang permainan yang peraturannya dilakar oleh Amerika Syarikat selaku pencadang TPPA ini mampu memberi keadilan kepada semua? Yang tersurat, seperti hujah DS Mustapa sudah tentuk beliau kata "ya, TPPA adalah adil dan lebih banyak manfaat daripada mudarat".

Pandangan sebegitu pada hemat penulis adalah versi "sanitized" yakni gambaran yang terlampau optimis dan tidak menggambarkan hakikat sejarah perdagangan bebas.

Untuk memahami hakikat sebenar, kita haruslah faham yang tersirat berhubung peranan perdagangan bebas sebagai alat pengacah untuk menjajah ekonomi seterusnya negara yang kalah dalam berdagang.

Bila bercakap tentang sejarah perdagangan bebas kita tidak dapat lari daripada mengkaji sejarah Syarikat Hindia Timur Inggeris (British East India Company – BEIC).

Britain menjadi kuasa imperial dunia pada satu ketika dahulu kerana mereka merajai laut (controlling the seas) yang merupakan laluan perdagangan utama dunia.

Britain tidak menghantar askar untuk menjajah India, juga Tanah Melayu sebaliknya yang pertama sekali datang dan dihantar oleh keluarga diraja Britain ialah para pedagang BEIC. Sosok seperti Francis Light yang ambil Pulau Pinang daripada Kedah dan Stamfford Raffles yang ambil Singapura [dulu Temasik] daripada Kesultanan Johor adalah pedagang yang berkait dengan BEIC bukannya askar diraja Inggeris.

Keluarga diraja Britain hanya ada kuasa tidak langsung (indirect control) ke atas BEIC yang diberi piagam (charter) seperti satu lesen untuk mereka berdagang ke seluruh dunia khususnya kuasa memonopoli jalan perdagangan di sebelah Timur bagi pihak kerajaan British. BEIC juga diberi lesen untuk memiliki tentera persendirian (private armies) untuk mengawal selia aktiviti perdagangan mereka.

Ringkasnya modus operandi BEIC adalah mendapatkan lesen berdagang juga tempat berniaga yang khusus (trading post) di pelabuhan-pelabuhan penting di Timur. Dari kebenaran inilah mereka mendapat "market access" sama seperti mana yang DS Mustapa kerap pertahankan akan kepentingan TPPA buat Malaysia.

Bermula dengan "trading post", para pedagang BEIC membiasakan diri dengan budaya, bahasa dan perundangan setempat baik di India, China dan Alam Melayu. Lama kelamaan mereka mendapat hati para pembesar tempatan dan membina jaringan persahabatan sampailah kepada istana.

Daripada "trading post" mereka diberi keizinan untuk membina kilang-kilang untuk pengeluaran produk. Bila perniagaan dan perdagangan mereka bertambah maju, askar persendirian mereka juga makin meningkat.

Kekuatan ekonomi dan ketenteraan yang ada pada BEIC ini akhirnya menjadi asas kepada kerjasama erat antara BEIC dan golongan istana dan pembesar. Masing-masing daripada golongan ini cuba mendapatkan bantuan perlindungan daripada BEIC untuk menjaga mereka daripada golongan pemberontak dalam istana mahupun diluar. Seperti contoh golongan Nawab (pembesar Muslim di India) yang mendapatkan bantuan perlindungan BEIC akan memberi konsesi perdagangan kepada BEIC sebagai bayaran perlindungan.

Persaingan Syarikat Hindia Timur daripada negara Eropah lain seperti Perancis yang turut sama memberi perlindungan kepadada pembesar tempatan yang lain. Persaingan sengit antara syarikat-syarikat ini akhirnya menimbulkan permintaan daripada BEIC untuk menaik tarafkan kilang-kilang mereka menjadi kubu-kubu pertahanan (forts – seperti contoh Fort Cornwallis di Pulau Pinang) dengan alasan melindungi kepentingan perdagangan mereka.

Para pedagang BEIC ini juga licik dalam melagakan sesama pembesar tempatan dan istana agar kebergantungan mereka kepada BEIC semakin mengukuh. Bilamana konflik yang dileraikan oleh BEIC untuk pembesar tempatan menunjukkan hasil rasa keberhutangan kepada BEIC menjadi lebih besar.

Persaingan antara BEIC dan Syarikat Hindia Timur Perancis (FEIC) akhinya mencetuskan Pertempuran Palashi (Battle of Plassey) di Bengal pada 1757. BEIC pantas menghidu peluang untuk melemahkan pembesar Bengal Siraj al-Dawlah yang banyak persoalkan keuntungan luar biasa syarikat-syarikat Eropah ini yang menggunakan kekayaan perdagangan mereka untuk memperbesarkan lagi kubu-kubu mereka atas alasan melindungi kepentingan mereka di India. Ada banyak pertempuran lanjutan dan jalan cerita yang kompleks tetapi peristiwa penting ialah BEIC tidak akan mengalah dengan Siraj al-Dawlah. BEIC merasuah Mir Jafar yang merupakan komander tentera Siraj al-Dawlah dan juga berjanji melantik Mir Jafar sebagai pengganti Siraj al-Dawlah maka berlakukah pertempuran sengit dan panjang sehingga akhirnya Siraj al-Dawlah dikalahkan melalui pakatan BEIC dan Mir Jafar.

Seperti kisah pengkhianatan yang biasa kita dengar, Mir Jafar dijatuhkan oleh BEIC dan melantik pemimpin boneka Mir Qasim. Bermula daripada saat itu BEIC berjaya menguasai politik dan ekonomi (melalui kerahan cukai) sehinggalah tiba Akta Kerajaan India 1858 yang diluluskan Parlimen British untuk "mencairkan" (liquidate) BEIC dan mengambil alih India daripada BEIC untuk diletakkan di bawah wilayah jajahan Permaisuri Victoria.

Hal yang sama berlaku kepada China yang kehilangan Hong Kong melalui Perjanjian Nanking 1842. Semuanya bermula kerana atas alasan "perdagangan bebas" untuk mengimbangi semula perdagangan antara China dan Britain. Barangan China seperti sutera, teh dan porselin sangat diminati di Eropah tetapi barangan Eropah langsung tidak diminati oleh China yang tidak bergantung dengan dunia luar untuk hidup. Maka banyak aliran duit perak dari Eropah masuk ke China. China mengawal ketat perdagangan mereka menggunakan "Sistem Kanton" yang menyekat peluang pedagang asing.

Untuk memecah sekatan ini BEIC menjual candu (opium) yang ditanam di India untuk dieksport seludup ke China yang mengawal ketat perdagangan candu. Bilamana candu semakin menjadi ketagihan orang China begitu juga dengan aliran keluar duit perak, kerajaan China di bawah Dinasti Qing telah mengambil tindakan tegas menutup perdagangan dan merampas candu yang diseludup oleh BEIC.

Kerajaan British mengambil langkah drastik menggunakan alasan sekatan perdagangan bebas oleh China untuk melancarkan serangan ketenteraan laut yang memulakan Perang Candu Pertama (1839-42). Kekalahan China di tangan British inilah menatijahkan Perjanjian Nanking yang berat sebelah yang memaksa China membuka pelabuhannya untuk Britain, perlindungan perundangan khusus untuk warga Britain juga hilangnya Hong Kong kepada Britain.

Selepas Perang Candu Kedua, perdagangan Candu telah dipaksa halalkan (legalized) melalui Perjanjian Tianjin 1858 yang bukan saja membuka lebih luas ruang pasaran untuk kuasa Eropah, meningkatkan kadar kemasukan candu ke China yang merosakkan masyarakatnya tapi juga membuka jalan kepada mubaligh Kristian untuk menyebarkan agama Kristian di China secara rasmi!

Malah bank tersohor dunia iaitu Hong Kong and Shaghai Banking Corporation (HSBC) muncul selepas Perang Candu Kedua untuk mengurus simpanan kekayaan BEIC hasil dagangan candu. Disinilah bermula saat pengubahan wang haram (money laundering) melalui bank!

Apa kesannya kepada China? 100 tahun penuh kehinaan yang membuka kepada kejatuhan Dinasti Qing, penjajahan Jepun sampailah kepada Revolusi Budaya Mao Zedong. Semuanya bermula dengan alasan "Perdagangan Bebas".

APA JADI PADA BEIC?

BEIC memang luput dari segi rupa dan bentuk bilamana kerajaan British mengambil alih jajahan mereka di Timur tetapi semangat dan citra mereka masih mekar di The City of London dan seterusnya mula bertapak di Wall Street, Amerika Syarikat.

BEIC adalah benih dan model "Joint Stock Company" (JSC) kepada lahirnya syarikat multinasional gergasi (MNC) yang ada pada hari ini.

Dan syarikat-syarikat inilah yang merangka agenda "Perdagangan Bebas" (Free Trade) dunia bermula dengan General Agreement on Tariffs and Trade (GATT) pada 1947, sampailah kepada NAFTA, WTO dan kini TPPA.

Mereka inilah yang melobi dan mendanai kongres Amerika yang dipimpin oleh Presiden Obama. Maka agenda TPPA ini sebenarnya adalah agenda pewaris BEIC. Mereka ada pengalaman yang panjang dan luas, kelicikan yang tajam dan kepandaian untuk menggunakan jalan perundangan untuk mengaut keuntungan secara tidak adil dengan berselindung di balik nama "Free Trade".

Merekalah yang menjadi "fronts" kepada para bankers di Wall Street dan The City of London.

Mereka juga yang menjadi tiang seri Trilateral Commission dan Bildeberg.

Maka dengan ini saya mengajak para pembaca dan juga DS Mustapa untuk menilai semula hujah bahawa TPPA tidak membawa kepada penjajahan itu adalah satu "underestimation" akan kemampuan pengatur cara perjanjian TPPA yang terdiri daripada pewaris BEIC yang menjajah 2/3 dunia pada satu ketika – termasuklah di Alam Melayu.

Perdagangan adalah peperangan. Nabi Muhammad SAW berpesan bahawa "al-Ḥarb Khadʿah" (peperangan itu adalah tipu daya). Berperang pada zaman moden tidak semestinya dengan senjata tetapi juga melalui "lawfare" iaitu jalan perundangan seperti TPPA.

---

Gambar: Saya menunggu giliran untuk bertanya soalan yang dikelolakan oleh Datuk Ahmad Maslan.

Appendix:

1. Video Q&A tentang TPPA yang saya tanyakan dan dijawab oleh DS Mustapa: https://www.youtube.com/watch?v=tZbR0fcyxB4

2.TPP Won't Balance the Power of China - untuk lihat sendiri pengakuan Presiden Obama kenapa TPPA dilancarkan :https://www.youtube.com/watch?v=x3WNw0xIWM4&feature=youtu.be

Tue Nov 17, 2015 7:30 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

48,000 Tin Arak Dibalut Dengan Plastik Berlogo Pepsi Untuk Diseludup

siakapkeli.my

Walaupun arak dan inuman alkohol diharamkan di Arab Saudi, realitinya ada juga di kalangan rakyatnya yang meminum minuman haram ini kerana pihak kastam negara berkenaan seringkali mematahkan cubaan menyeludup arak masuk ke negara mereka.

Jadi, untuk membolehkan arak-arak berjaya masuk ke sana pelbagai taktik penyeludupan digunakan, terbaru pihak kastam berjaya merampas kira-kira 48,000 tin arak jenis Heineken yang dibalut dengan plastik pepsi kola.

"Sebuah lori melalui pemeriksaan kastam, iaianya seperti lori industri biasa yang dilihat membawa air minuman ringan Pepsi, ia berhenti bagi proses mengenalpasti taraf produk."

"Namun anggota kami berjaya menghidu sesuatu tidak kena. Rupanya tin bir itu ditutup dengan pelekat logo Pepsi." kata Pengurus Al Batha sempadan General Abdulrahman al -Mahna.

Video dikongsi oleh agensi kastam Arab menunjukkan betapa meyakinkan penyamaran adalah. - Siakapkeli.my
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: