10 Messages
Digest #4388
Messages
Sun Jan 31, 2016 7:40 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
TERNYATA PM KITA PALING BIJAK DIDUNIA, INI BUKTINYA...
bloglist-malaysia.
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat
PM kita DS Najib selamba jer 2.6B masuk akaun...Rilek jer...Ternyata PM kita terhebat didunia...
Apandi Ali Sekat SPRM Dari Mendapatkan Penyata Bank Luar Negara Berkaitan Derma 2.6b.
bloglist-malaysia.
sozcyili.blogspot
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mesti menjelaskan mengapa beliau tidak membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapatkan penyata bank luar negara yang berkaitan dengan sumbangan RM2.6 bilion yang diterima oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ahli Panel Penilaian Operasi SPRM, Lim Chee Wee berkata suruhanjaya itu memerlukan persetujuan Apandi dalam permohonan mereka mendapatkan bantuan undang-undang bersama (MLA) bagi memperolehi dokumen-dokumen berkaitan.
"Ini akan membantu melupuskan spekulasi cubaan untuk tutup oleh peguam negara dan derma yang didakwa itu adalah kononnya dari Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP)," katanya kepada Malaysiakini dalam e-mel hari ini.
Apandi pada Selasa lalu membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berhubung 'derma' RM2.6 bilion dan isu SRC International.
Menurutnya, oleh kerana tidak ada kesalahan jenayah, maka tidak ada keperluan untuk membuat permintaan bagi mendapatkan MLA untuk tujuan melengkapkan siasatan.
Apandi juga memerintahkan SPRM untuk menghentikan siasatan.
Lim bagaimanapun berkata, peguam negara tidak mempunyai hak untuk membuat arahan sedemikian kerana dari segi undang-undang beliau wajib memberi persetujuan dengan permintaan mendapatkan MLA itu.
"Dari segi undang-undang, AG bersalah untuk mengarahkan SPRM untuk menutup siasatannya. Kuasanya adalah untuk mendakwa.
"SPRM berhak untuk meneruskan siasatan ke atas 1MDB dan bahawa AG mengikut undang-undang wajib memberi bantuannya bagi mereka mendapatkan MLA," katanya.
Lim yang juga adalah bekas presiden Majlis Peguam turut menggesa Apandi untuk menjelaskan mengapa beliau membebaskan Najib daripada sebarang pertuduhan.
Sebagai contoh, penasihat SPRM itu berkata Apandi perlu menjelaskan carta aliran yang dipegang beliau pada sidang akhbar Selasa lalu dan memberikan butir-butir sumbangan yang didakwa telah dipulangkan.
Lim juga mempertikaikan bahawa keputusan peguam negara itu tidak boleh dicabar.
"Keputusan peguam negara untuk mendakwa atau tidak boleh dicabar oleh mana-mana pembayar cukai di mana-mana mahkamah atau juga dipersoalkan oleh sesiapa sahaja di mana-mana ruang tamu, bilik mesyuarat, bilik lembaga, atau kedai kopi.
"AG tidak mempunyai budi bicara mutlak dalam kuasa pendakwaan. Ini adalah kedudukan undang-undang di Malaysia, Singapura dan United Kingdom," katanya.
Lim memberi jaminan kepada Apandi bahawa sekiranya beliau memegangan amanah sumpah jawatannya, beliau akan mendapat sokongan padu daripada rakyat jelata. -Mkini.
Putar belit saga derma RM2.6 bilion Najib
bloglist-malaysia.
OLEH ANISAH SHUKRY
dialograkyat.
Dicatat oleh ELBI RISALAH
Daripada pelawak sehingga artis, blog tempatan sehingga saluran berita antarabangsa, ramai berasa sukar untuk menerima seorang pemimpin sebuah negara demokratik (Datuk Seri Najib Razak) boleh menerima wang berbilion daripada seorang penderma yang tidak dikenal pasti. – Gambar fail The Malaysian Insider.
Apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kontroversi derma RM2.6 bilion sudah "diselesaikan sepenuhnya", reaksi dalam Internet pantas memperlekehkan keputusan peguam negara untuk menutup kes tersebut. Daripada pelawak sehingga artis, blog tempatan sehingga saluran berita antarabangsa, ramai berasa sukar untuk menerima seorang pemimpin sebuah negara demokratik boleh menerima wang berbilion daripada seorang penderma yang tidak dikenal pasti.
Najib menggesa rakyat Malaysia "melupakan" isu itu, tetapi persoalan masih berlegar walaupun peguam negara mendapati tiada bukti mencukupi untuk menyabitkan dakwaan terhadap perdana menteri.
The Malaysian Insider mengimbau kembali apa yang diketahui setakat ini mengenai wang berbilion yang masuk ke dalam akaunnya, sejak 2 Julai tahun lepas apabila The Wall Street Journal (WSJ) membongkar berita yang mendakwa RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.
Jejak Wang A: AS$681 juta antara 21 dan 25 Mac 2013
WSJ mengatakan maklumat diperoleh daripada penyiasat di Malaysia. Ia menunjukkan aliran wang dengan syarikat British Virgin Islands dikenali sebagai Tanore Finance memindahkan AS$681 juta ke dalam akaun Najib dalam 2 transaksi, melalui Falcon Private Bank di Singapura.
Menurut WSJ, Falcon Private Bank ialah bank Swiss dimiliki dana harta Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (IPIC), yang mana pada Mei tahun lepas menyuntik AS$1 bilion untuk 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menyelesaikan pelbagai pinjaman dari sebuah konsortium bank.
Pada 2012, IPIC juga mengeluarkan jaminan kepada 1MDB, yang merupakan hasil cetusan fikiran Najib, bagi pembayaran faedah dan asas bon yang dikeluarkan syarikat pelaburan negara itu.
Jejak Wang B: RM42 juta antara Disember 2014 dan Februari 2015
Jejak ke-2 menunjukkan bekas anak syarikat 1MDB, SRC International memindahkan RM50 juta kepada anak syarikatnya, Gandingan Mentari. SRC International kini milik penuh Kementerian Kewangan, yang diterajui Najib.
Gandingan Mentari kemudiannya memindahkan RM50 juta ke Ihsan Perdana, yang bertanggungjawab menjalankan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk 1MDB.
Daripada Ihsan Perdana, RM42 juta dipindahkan ke dalam akaun Najib di AmBank melalui 3 deposit berjumlah RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta.
Pandangan peguam negara tentang AS$681 juta
Sementara itu, peguam negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada Selasa lalu menjelaskan, wang AS$681 juta itu dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri antara 22 Mac 2013 dan 10 April 2013, dan ia merupakan sumbangan keluarga diraja Saudi.
Dia tidak mengesahkan sama ada wang itu datang dari Tanore Finance melalui Falcon Private Bank di Singapura.
Peguam negara juga berkata perdana menteri memulangkan kembali AS$620 juta (RM2.03 bilion) kepada keluarga diraja Saudi pada Ogos 2013 kerana wang itu tidak digunakan.
Jejak yang lain dari SRC International?
Tetapi Apandi juga tanpa sengaja mendedahkan satu lagi jejak wang yang juga bermula dari SRC International, melalui 3 syarikat, dan akhirnya memasuki 3 akaun peribadi di AmBank.
Syarikat tersebut ialah Putra Perdana Development Sdn Bhd dan anak syarikatnya, Putra Perdana Construction Sdn Bhd dan Permai Binaraya Sdn Bhd.
Daripada jumlah asal RM35 juta yang dipindahkan SRC International melalui 3 syarikat tersebut, RM27 juta akhirnya memasuki salah satu daripada akaun peribadi di AmBank, dengan nombor akaun berakhir dengan "880". Daripada situ, RM20 juta kemudiannya dipindahkan kepada 2 akaun peribadi lain.
Akaun peribadi "880" juga menerima RM10 juta dan RM27 juta pada Disember 2014 dan Februari 2015, masing-masing melalui Gandingan Mentari dan Ihsan Perdana.
Bagaimanapun, Apandi berkata, Najib tidak pernah mengetahui yang SRC International memindahkan duit ke dalam akaun peribadinya dan tidak pernah mengeluarkan arahan supaya transaksi itu dilakukan.
Reaksi Najib
Selepas berita pemindahan wang itu terbongkar Julai tahun lepas, Najib dengan pantas mengisytiharkan dia tidak pernah mengambil mana-mana wang untuk "kepentingan peribadi", dan menuduh pengkritik paling lantangnya, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersepakat dengan media asing untuk menyerangnya.
Alasan itulah yang diulangnya berkali-kali, walaupun para pengkritiknya menyedari dia tidak pernah menafikan wang itu sebenarnya dimasukkan ke dalam akaunnya.
Spekulasi sama ada benar atau tidak Najib menerima dana itu akhirnya selesai apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan wang itu didermakan penderma di Timur Tengah.
Sejak pengesahan SPRM, Najib tidak lagi banyak bercakap mengenai isu itu, hanya berulang kali mendakwa dia tidak melakukan apa-apa kesalahan serta wang itu ialah "derma" dan bukannya datang dari 1MDB.
Malah sesi penjelasan di Dewan Rakyat yang ditunggu semua tidak berlaku seperti yang diharapkan, apabila Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang bercakap bagi pihaknya.
Alasan derma
Pada 11 Ogos, Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata, derma itu datang dari "negara saudara" yang mahu melihat parti tertentu memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana hubungan rapat dan mesra antara mereka.
Empat hari kemudian, Ketua Bahagian Umno Kuantan Wan Adnan Wan Mamat mendakwa derma RM2.6 bilion itu datang dari Arab Saudi bagi menghargai usaha Malaysia "memperjuangkan Islam" dan memerangi kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).
Tetapi pada 22 Ogos, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata derma itu sumbangan "rakan sesama Islam di Timur Tengah" untuk membantu Umno menentang DAP dalam PRU14, kerana parti pembangkang itu dibiayai sebahagiannya Yahudi.
Kemudian, pada hari sama, Zahid berkata dia sudah berjumpa dengan wakil penderma yang memaklumkannya dana itu ialah penghargaan kerana usaha kerajaan memerangi keganasan, dan membantu Barisan Nasional (BN) mengekalkan status Malaysia sebagai negara yang mengikut fahaman ahli sunnah wal jamaah.
Selepas keputusan peguam negara tidak mengambil tindakan ke atas Najib, BBC pada Rabu melaporkan, sumber Saudi yang tidak dinamakan berkata, wang itu didermakan bagi membantu perdana menteri memenangi PRU13 dan memerangi ancaman pengaruh Ikhawanul Muslimin di Malaysia.
Saudi menganggap Ikhwanul Muslimin sebagai pertubuhan pengganas, dan gabungan pembangkang Malaysia ketika itu termasuk PAS, "yang pengasasnya mendapat ilham dari Ikhwanul Muslimin".
Kes tutup, kata peguam negara
Selepas berbulan lamanya siasatan, spekulasi dan kritikan, Apandi mengumumkan pada Selasa lepas, "tiada bukti mencukupi" untuk menyabitkan perdana menteri dan meneruskan pendakwaan kes RM2.6 bilion dan SRC International di mahkamah.
Tetapi persoalan masih belum terjawab, seperti apakah yang berlaku sekiranya sejumlah wang itu tidak dikembalikan Najib kepada penderma Saudi. Serta, walaupun Najib mengatakan dia tidak mengetahui apa-apa mengenai pemindahan wang dari SRC International ke dalam akaunnya, siapa yang akan memindahkan jumlah wang sebegitu besar kepadanya, dan mengapa?
Tindakan panel pemantau SPRM yang meminta badan anti rasuah itu berbincang dengan peguam negara mengenai keputusannya tidak melakukan pendakwaan, dan kenyataan beberapa sumber yang mengatakan ada dakwaan yang disyorkan dikenakan ke atas Najib, menunjukkan mungkin kes RM2.6 bilion itu masih belum ada penamatnya. .
ulasan:
mansor berkata...
tapi bagi spesis UMNO Najib tetap bersih.....hihihihi
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.
Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016
Sun Jan 31, 2016 7:40 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Had Laju Jalan Raya Diturunkan Dari 1 Hingga 16 Februari Ini
siakapkeli.my
KUALA LUMPUR, 29 Jan: Kementerian Kerja Raya (KKR) akan mewartakan penurunan had laju bagi Jalan Persekutuan daripada 90 km/j kepada 80 km/j sempena sambutan Tahun Baru Cina.
Bagi jalan negeri pula KKR mewartakan penurunan had laju dari 80 km/j kepada 70 km/j.
Arahan ini berkuatkuasa dari 1 hingga 16 Februari ini.
Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kapwari, PDRM dan JPJ akan melancarkan Ops Selamat ke-8 serta Ops Bersepadu dalam tempoh yang sama.
"Antara aktiviti utama penguatkuasaan JPJ pada kali ini adalah pemeriksaan ujian air kencing terhadap pemandu bas bersama dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang akan dijalankan di 30 terminal bas di seluruh negara.
"Skop Ops Bersepadu ini juga membabitkan operasi penyamaran sebagai penumpang bas dan pemeriksaan bas di depot dan terminal," katanya sebagaimana lapor BH Online. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.
Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016
Sun Jan 31, 2016 7:41 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Mahfuz: Akuan Bersumpah Anti-Mukhriz Hanya Setaraf 'Kertas Tandas'
bloglist-malaysia.
Posted by Jeebond BLM
Selepas pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan Jemaah Pemangku Sultan Kedah semalam, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, sebarang akuan bersumpah (SD) yang dipersembahkan bagi menyokong desakan supaya menukar Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hanya setaraf 'kertas tandas'.
"Sebarang dokumen Akuan Bersumpah ADUN Umno Kedah yang dipersembahkan ke bawah Duli Tuanku Sultan dan Jemaah Pemangku Sultan Kedah untuk menunjukkan yang Mukhriz tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ADUN Kedah, adalah suatu penghinaan ke bawah Tuanku Sultan (Abdul Halim Muadzam Shah).
"Kertas akuan bersumpah tersebut hanya setaraf 'kertas tandas' kerana diperolehi secara tidak demokratik seperti yang didakwa oleh ADUN Kota Seputih (Datuk Abu Hassan Sarif)," kata Mahfuz dalam satu kenyataan.
Abu Hassan yang dipetik oleh Malaysian Insider minggu lalu sebagai berkata dia hampir jatuh ke dalam laut ketika melarikan diri kerana "diburu" bagi mendapatkan "sesuatu"
Walaupun Abu Hassan enggan mendedahkan sebab sebenar di sebalik kejadian itu, laporan yang sama memetik sumber-sumber yang berkata 19 ADUN telah menandatangani SD untuk menunjukkan mereka hilang sokongan kepada Mukhriz.
"Jika akuan bersumpah ADUN Umno diterima untuk menyingkir Mukhriz sebagai MB, ini bermakna kerajaan baru yang akan dibentuk nanti adalah kerajaan boneka yang tiada moral politik untuk mentadbir negeri Kedah.
"Kerajaan tersebut hanya layak untuk mentadbir dan mengurus sebuah tandas," kata Mahfuz sambil menambah bahawa pengakuan Abu Hassan itu hanya mengesahkan keraguannya terhadap kesahihan SD tersebut.
Sebelum ini dilaporkan bahawa dua ADUN MCA Kedah telah menafikan menandatangani SD, walaupun sumber-sumber mendakwa sebaliknya.
Semalam, Najib berkata pertemuannya dengan Majlis Regency berjalan lancar dan senarai nama yang dicadangkan sebagai pengganti Mukhriz telah diserahkan dan tidak ditolak oleh istana.
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan senarai nama itu dan berkata Mukhriz akan kekal sebagai menteri besar Kedah dan pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri sehingga diberitahu kelak.
Kedah Dewan Undangan Negeri mempunyai 36 ADUN - 21 daripada BN, dan baki 15 daripada PAS, PKR, DAP, dan Parti Amanah Negara.
- mkini
Tidak Dijemput, Mukhriz Diarah Tinggalkan Mesyuarat MT UMNO
siakapkeli.my
Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini yang hadir ke mesyuarat Majlis Tertinggi(MT)
Menurut Menteri Besar Kedah tersebut, beliau telah diarahkan keluar oleh Setiausaha Agung Umno.
Mesyuarat MT yang berlangsung itu dikatakan sedang membincangkan mengenai masa depan Mukhriz yang juga merupakan pengerusi perhubungan UMNO Kedah.
"Mereka kata, pada siapa yang hadir yang tak dijemput untuk beredar. Ia merujuk kepada saya," kata Mukhriz dipetik laporan Malaysiakini.
Ketika ditanya ia adalah arahan siapa, Mukhriz sekadar berkata: "Setiausaha agung," katanya ringkas.
Beliau dilihat keluar daripada dewan sambil melemparkan senyuman kepada wartawan yang sedang tertungu-tunggu berita mengenai nasib Menteri Besar itu.
Spekulasi bertiup kencang sejak pagi tadi apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilaporkan menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Istana Darul Aman, di Kuala Lumpur, pagi tadi.
Tindakan terhadap Mukhriz itu dikatakan ada kaitan dengan kempen berterusan bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menggulingkan Najib. - Siakapkeli.my
Mukhriz Mahathir FC added 3 new photos.
Non-Governmental Organization (NGO) · 137,770 Likes
· Yesterday at 12:23am ·
YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir diminta keluar untuk meninggalkan mesyuarat majlis tertinggi kerana katanya tidak jemput. Malah kerusi untuk beliau juga tidak disediakan.
Komen dari Dato Seri,
"Demokrasi dlm UMNO terkubur. Saya tak dibenar pertahankan diri pun". - MM
#SelamatkanKedah
11,765 Likes · 1,346 Comments · 2,039 Shares
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.
Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016
Sun Jan 31, 2016 7:41 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Sayu, Perginya Imam Muda Ini Pada Malam Jumaat Selepas Bertarung Nyawa Di Hospital
siakapkeli.my
Beberapa hari lalu admin terjumpa satu posting di laman Facebook Tengku Helmy Farhan di mana beliau meminta bantuan orang ramai yang mempunyai darah jenis 'O' supaya tampil untuk menderma darah bagi membantu rakannya seorang imam muda yang sedang kritikal di hospital selepas terlibat dalam kemalangan.
Namun, hari ini berita yang agak sedih diterima apabila dimaklumkan, Imam muda berkenaan, Ustaz Asrul Fahmi Abd Aziz yang merupakan Imam Rawatib Masjid Mahmudi Bachok, Kelantan telah pergi meninggalkan kita selamanya di hari Jumaat yang mulia, penghulu segala hari.
Pemergian anak ke 10 dari 13 adik beradik ini amat dirasai terutamanya penduduk sekitar Bachok, di mana seorang permata agama telah pergi meninggalkan mereka.
Tengku Helmy Farhan
a.. The Big Boss at Empayar Kukubesi Kelate
· 978 followers
· January 26 at 7:34pm ·
Salam.smua..
Dan yang paling penting,sy menyeru smua kenalan beliau or sesiapa yg darah jenis o....mohon jasa baik.anda.utk derma darah jenis O,kerana jenis O hanya mampu menerima O sahaja....
Blh berbuat demikian di hkb dan bgtau nk derma kepada siapa....
Sama2 kita mendoakannya.
#pray4fahmi
Dervish Mawlid Ensemble
Musician/Band · 1,520 Likes
· January 27 at 12:28pm ·
Berat mata melihat,berat lagi bahu memikul...
assalamualaikum.
pada sesiapa yg nk derma darah tidak kira jenis ape tp klu ade jenis o lebih bagus,blh la dtg esok hospital kota bhru dlm kul 11 pagi...segala jasa baik smua hanya Allah saja yg mampu membalasnya.
Mohon sebarkan pada yg berdekatan..
#pray4fahmi
Suhaidi Sulaiman added 2 new photos.
a.. Sek men keb kandis
· January 27 at 4:54pm ·
Salam smua...keadaan Asrul Fahmi Abd Aziz di icu teratai
hkb..... doktor oyat dio ad pndarhn pda hati..jdi loni dio
kekurangan drah..doc ltak gauge/kapas 7 kping dlm bdn tuk
atasi luka tu dlm msa 2 ari dia akn buka blik tu check...
Dan yang paling penting,sy menyeru smua kenalan beliau or
sesiapa yg darah jenis o....mohon jasa baik.anda.utk
derma darah jenis O,kerana jenis O hanya mampu
menerima O sahaja....
Blh berbuat demikian di hkb dan bgtau nk derma kepada
siapa....
Sama2 kita mendoakannya.
#pray4fahmi
146 Likes · 15 Comments · 16 Shares
Semasa beliau kemalangan, keadaanya agak parah di mana dia banyak kehilangan darah, dilihat di ramai mereka yang menyayangi arwah menyebarkan berita meminta bantuan orang ramai supaya menderma darah jenis 'O' yang kita ketahui agak susah untuk diperolehi.
Tapi Allah lebih sayangkan beliau, Ustaz Asrul Fahmi Abd Aziz telah pergi menghadap Maha Pencipta lebih awal pada malam tadi.
Memetik laman Facebook ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary, beliau mengimamkan solat jenazah imam muda berkenaan dan menurut beliau orang ramai hadir untuk solat jenazah begitu ramai sehingga melimpah keluar masjid di Masjid Kg Aur Telong.
Apapun kita sama-sama berdoa semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. - Siakapkeli.my
Ahmad Marzuk Shaary added 5 new photos.
a.. Ahli Parlimen at Member of parliament Bachok at Parti Islam Semalaysia PAS
· 4,356 followers
· January 28 at 8:38pm ·
Alhamdulillah pagi ini berkuliah di Medan Ilmu KB, imamkan solat jenazah Allahyarhamuhu Ust Asrul Fahmi di Kg Aur Telong. Berjanggut putih dalam gambar adalah ayahnya. Anak ke 10 drpd 13 adik beradik pergi mengadap ilahi pd mlm tadi. Jenazahnya disolatkan ramai rakan dan saudara2 mara, sehingga limpah keluar masjid. Semoga Allah merahmati dan mengampuni beliau , memberikan kesabaran kepada keluarganya. AMEEN
507 Likes · 31 Comments · 42 Shares
Masjid Bandar Guchil
Community · 533 Likes
· January 28 at 9:16pm ·
Takziah...
Imam Rawatib Masjid Mahmudi Bachok, Ust Asrul Fahmi Abd Aziz telah meninggal dunia semalam selepas beberapa hari berada di hospital kerana kecederaan parah akibat kemalangan.
Bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah semoga ditempatkan bersama para solihin. AL-FATIHAH..
50 Likes · 2 Comments · 1 Share
4 Comments
Sort by
Oldest
Muhd Firdaus ·
Kuala Lumpur, Malaysia
Allah ambik org yg baik2 mgadap dia awal2...untung bertemu Allah apatah lg dgn bekal yg ckup...tinggal lah aku,kau,mereka & pemimpin yg zalim yg masih bgelumang dosa..Allah bg masa utk brtaubat..bezanya cepat @ lambat kita sedar dri dosa kita..kalo cpt trsedar alhamdulillah.
Like · Reply · 60 · Jan 29, 2016 4:45am
Ahmad Fares ·
Cosmopoint International College of Technology
innalillahiwainnail
Like · Reply · 6 · Jan 29, 2016 9:09am
Roza Hj Zahari
Jgn ditangisi pemergiannya.
Like · Reply · Jan 29, 2016 7:31pm
Qais Kreko ·
SUNY Broome Community College
Pakat2 check siapa yg lebih afdhal utk imamkan solat janazah utk seseorang.
Like · Reply · 14 hrs
Tuan Ahmad ·
Family Advocate at International Islamic University Malaysia
Ayah arwah yg wakilkan pd yb..
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.
Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016
Sun Jan 31, 2016 7:41 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Dalam Diam.. Najib Disuruh Berundur Oleh Adiknya Sendiri?
bloglist-malaysia.
addindeen.com
Posted by Addin Deen
Dalam Diam.. Najib Disuruh Berundur Oleh Adiknya Sendiri? Ini bukanlah kali pertama Nazir Razak, adik kepada Perdana Menteri, Najib Razak yang diselubungi pelbagai isu, meluahkan kebimbangannya mengenai apa yang sedang berlaku dalam negara.
Terbaru, menerusi Instragramnya, beliau berkongsi sebuah poster program TV "Games Of Thrones" yang menunjukkan seseorang berdiri di atas dek kapal semasa ia berlayar dalam keadaan berkabus.
"Saya bimbang dengan masa depan. Saya tidak dapat melihat bagaimana institusi boleh dipulihkan, bagaimana keadaan politik kurang "dicemari"
Dalam Diam.. Najib Disuruh Berundur Oleh Adiknya Sendiri?
Seterusnya, Nazir yang juga Pengerusi Kumpulan CIMB berkata, terdapat keperluan untuk seseorang berhenti seketika, dan memperbetulkan kompas moral seseorang bagi menangani masalah struktur semasa secara holistik.
Siapakah "seseorang&quo
Sumber
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.
Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016
Sun Jan 31, 2016 7:42 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
"Rumah Tangga Saya Runtuh Kerana Reunion Sekolah" — Salih Yakob
siakapkeli.my
KUALA LUMPUR: Pertamuan semula rakan-rakan laman zaman sekolah melalui media sosial seperti Facebook dan "group" Whatapps kadangkala boleh membuatkan rumahtangga yang dibina porak peranda dek terkenangkan kisah laman.
Apa yang dikatakan ini diakui oleh pelawak Salih Yaakob, 55, yang mengatakan itulah punca rumahtangganya dengan isteri kedua, Nor Raha Hamad, 47, runtuh pada September tahun lalu.
"Zaman Facebook, zaman khidmat pesanan ringkas (SMS) ini, orang suka sangat anjurkan sesi reunion dengan kawan-kawan sekolah. Mula-mula seronok sebab dapat imbau semula kenangan zaman sekolah, lelaki dan perempuan. Akhirnya, boleh jadi suka semula dengan kawan lama kita.
"Ini sangat bahaya sebab perkara ini boleh membawa kepada punca perceraian. Buktinya, itulah juga yang terjadi kepada saya dan isteri sehingga kami akhirnya berpisah. Selepas 23 tahun berkahwin, kami berpisah tidak lama selepas acara reunion sekolah dia," jelasnya dipetik laporan Utusan Malaysia.
Saleh yang tidak menafikan kewujudan orang ketiga dalam kes penceraiaannya itu memberitahu bekas isterinya itu telah pun berkhawin dengan lelaki tersebut sebaik sahaja tempoh edah habis pada penghujung 2015.
"Dia mula berubah sikap selepas bertemu semula dengan rakan-rakan lamanya semasa reunion dan ketika itu dia memberitahu yang dia sudah tawar hati dan mohon untuk dilepaskan. Oleh kerana hormat akan permintaan dia, maka saya menceraikan dia secara baik. Saya reda melepaskan dia kerana itu yang dia pilih. Pada usia 47 tahun, dia minta cerai dan saya perlu tunaikan kerana tidak mahu berdosa," katanya.
Salih yang merupakan bapa kepada 13 orang anak itu yakin bahawa apa yang terjadi ini ada hikmah disebalik segala yang terjadi dalam kehidupannya dan isteri-isteri yang lain.
Ditanya adakah Salih akan berkahwin lagi untuk mencukupkan kuota perkahwinannya seperti sebelum ini, Salih seakan-akan tidak selesa.
"Saya percaya, tentu ada sebab mengapa Allah mengaturkan perkara ini. Sebagai hamba Allah, kita perlu percaya dan menerimanya dengan yakin. Tak perlulah kita menghukum mana-mana pihak di sebalik perkara ini.
"Mengenai berkahwin lagi, benda ini tidak boleh diatur-atur atau dirancang. Saya tidak ada jawapan untuk soalan itu kerana saya tidak boleh meramalkan apa yang bakal terjadi pada masa depan, kita terima sahaja bahagian masing-masing yang sudah ditentukan oleh Allah," katanya.
Tiga isteri yang masih setia dengan Salih ketika ini ialah Norlizah Mamat, 51, Norfara Wahida Sulaiman, 37, dan Samihah Syeikh Ali (30).
Hasil perkahwinan Salih dan Nor Raha, dikurniakan lima anak berumur antara 13 hingga 22 tahun, selain dua yang masih bersekolah. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.
Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016
Sun Jan 31, 2016 7:42 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Caruman KWSP: Pekerja Digesa Tidak Pilih 'Potong Tiga Peratus'
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai
PETALING JAYA: Persekutuan Majikan Malaysia menasihatkan pekerja supaya tidak memilih pengurangan tiga peratus caruman dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja kerana ia boleh menjejaskan simpanan persaraan mereka.
Pengarah Eksekutifnya Datuk Shamsuddin Bardan berkata, walaupun wang tambahan mungkin sangat berguna untuk sesetengah isi rumah, caruman KWSP yang lebih rendah akan menghakis kira-kira 70 peratus simpanan persaraan pencarum.
Beliau berkata pekerja sektor swasta menyumbang kira-kira RM18 bilion setahun kepada KWSP dan pengurangan itu diterjemahkan kepada RM540 juta di tangan pekerja.
"Tetapi wang tambahan itu hanya akan menjadi satu jumlah yang kecil untuk penyumbang dari golongan berpendapatan rendah atau orang yang berpendapatan kurang dari RM5,000 sebulan.
"Jika tiada ada sebab untuk mengambil wang tambahan, nasihat saya, mereka perlu memilih mengekalkan caruman mereka," katanya kepada The Star, Jumaat.
Setiausaha Agung Cuepacs Datuk Lok Yim Pheng berkata pekerja perlu membuat pertimbangan terhadap pilihan mereka dengan teliti.
"Jika mereka mampu hidup tanpa wang tambahan, mereka perlu memilih untuk tidak mengurangkan caruman KWSP mereka.
"Mereka hanya boleh melakukannya jika mereka benar-benar memerlukan wang untuk mengimbangi kos hidup yang lebih tinggi," katanya.
Yim Pheng berkata wang tambahan mungkin berguna untuk pendidikan anak-anak atau untuk mendapatkan pinjaman perumahan atau kenderaan.
Setiausaha Agung Fomca, Datuk Paul Selvaraj berkata KWSP merupakan satu-satunya bentuk simpanan paksaan untuk pekerja.
"Alasan mengapa caruman KWSP adalah mandatori adalah untuk memastikan bahawa kita mempunyai simpanan persaraan.
"Pekerja perlu berfikir dengan teliti jika mereka ingin mengurangkan caruman mereka," katanya.
Read more: http://www.kitabantai.info/2016/01/caruman-kwsp-pekerja-digesa-tidak-pilih.html#ixzz3ynJsJ9xj
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook
----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:
Sent: Thursday, January 28, 2016 11:20 PM
Subject: Fw: Pengubahsuaian Bajet 2016
Pengubahsuaian Bajet 2016 : Ini 13 Perkara Yang Perlu Anda Tahu
siakapkeli.my
1 - Program MyBeras diperkenalkan. Program ini akan membekalkan 20 kg beras setiap bulan sehingga 2016 kepada keluarga miskin tegar yang berdaftar.
2 - Potongan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikurangkan kepada 3 peratus mulai Mac 2016 sehingga Disember 2017. Caruman majikan bagaimanapun kekal 13 peratus.
3 - Pelepasan cukai khas sebanyak RM2,000 kepada pembayar cukai individu berpendapatan RM8,000 kebawah untuk tahun taksiran 2015.
4 - Semua penjualan rumah berharga hingga RM300,000 kebawah terhadap kepada pembeli rumah pertama sahaja.
5 - Kerajaan akan menggandakan usaha pematuhan & pengauditan terhadap para pengelak cukai atau tax evaders.
6 - Kerajaan akan lebih berhemah dalam perbelanjaan terutamanya bekalan dan perkhidmatan, meneruskan usaha merasionalisasi pemberian geran.
7 - Program BR1M akan terus dilaksanakan.
8 - Kerajaan akan teruskan pelaksanaan kenaikan gaji tahunan kepada penjawat awam pada 1 Julai 2016 seperti yang dijanjikan dalam bajet 2016.
9 - Program Biasiswa Nasional bagi 20 orang pelajar terbaik lepasan SPM, untuk melanjutkan pengajian di universiti terkemuka seluruh dunia.
10 - Program Khas Kejuruteraan bagi 200 orang pelajar ke Jepun, Korea, Jerman dan Perancis.
11 - Program Lepasan Bursary bagi 744 orang pelajar, untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama di Universiti Awam, dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta di dalam negara.
12 - Pengambilan baharu seramai 8 ribu pelajar akan diberikan biasiswa untuk mengikuti pengajian yang ditetapkan di peringkat Ijazah Pertama Dalam Negara.
13 - Peruntukan pembiayaan PTPTN sebanyak 5 bilion ringgit akan terus disalurkan kepada para mahasiswa.
Untuk melihat transkrip penuh ucapan Perdana Menteri sila ikuti pautan ini : www.najibrazak.
- Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.
Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016
Sun Jan 31, 2016 7:43 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
LUTH - APAKAH MASIH ADA MENTARI UNTUK PENABUNG?
bloglist-malaysia.
gajahmenta.blogspot
DIRECTER Gajah Menta
LEMBAGA Urusan Tabung Haji bukan sekadar institusi yang menguruskan hal ehwal ibadat haji, lebih jauh dari itu, ia memiliki nilai sentimental dan emosional umat Islam negara ini khusus bagi mereka yang mahu menunaikan rukun Islam kelima itu di Mekah.
Namun, di saat negara menghadapi cabaran kewangan kritikal penyusutan mata wang, terrorisme dan imperialisme ekonomi melalui TPPA, mungkinkah sebuah institusi yang dipercayai lebih empat dekad lalu, Tabung Haji bakal dan telah menerima goncangan sama?
Krisis kewangan melibatkan nilai rizab negatif Tabung Haji yang didedahkan melalui surat dari Bank Negara membuka mata ramai pihak wujudnya kelemahan ketara urus tadbir dan perancangan institusi kewangan itu menguruskan amanah hampir 9 juta pencarum umat Islam negara ini.
Dalam surat bertarikh 23 Disember 2015 seperti didedahkan The Malaysian Insider, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz memberitahu Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim bahawa Tabung Haji tidak boleh mengisytiharkan dividen kepada pendeposit jika nilai aset kurang daripada jumlah semua obligasinya.
Gabenor Bank Negara itu dalam surat berasingan memberi amaran kepada Menteri di Jabatan Perdana, Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berhubung kedudukan kewangan Tabung Haji yang boleh memberi kesan kepada kerajaan.
Ini bermaksud, Tabung Haji tidak mampu untuk membayar dividen kepada pencarum tahun ini melainkan pindahan dana awam dari kerajaan kepada mereka. Dan mungkin sebab itu, dalam maklum balasnya, Pengerusi Tabung Haji dengan sukacita berkata dividen akan diberi selewat-lewatnya Mac ini.
Apapun alasan Tabung Haji, mereka tidak boleh lari dari hakikat bahawa institusi kewangan itu terpaksa menanggung kesan dan risiko akibat pengurusan kewangan yang lemah.
Ancaman sebenar
Sudah tentu, kegawatan pengurusan kewangan Tabung Haji menjadi ancaman dalaman terhadap kepentingan orang Melayu dan umat Islam di negara ini; terus kepada batang hidung kita.
Timbul persoalan lain, adakah kerajaan benar-benar menjaga kepentingan orang Melayu dan Islam di negara ini sedangkan, dalam ruang yang berbeza, UMNO melambak pelbagai dongeng ancaman luar terutama DAP terhadap kepentingan orang Melayu dan Islam negara ini.
Memetik kenyataan Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri yang menempelak sikap baling batu sembunyi tangan UMNO dengan memangsakan DAP kononnya menjadi ancaman terhadap Melayu dan Islam.
"UMNO sekarang sibuk bercakap mengenai ancaman yang imaginary seperti 'Cina ambil alih, DAP ambil alih itu ini, tapi hakikatnya Tabung Haji melibatkan kepentingan orang Melayu Islam secara diuruskan mereka!
"Ini menunjukkan kualiti pengurusan kononnya 'orang Melayu' ke atas -institusi yang menjaga kepentingan orang Melayu, buruk," katanya.
Malah, beliau kesal keana UMNO pejam mata dengan segala kemelut bukan sahaja melibatkan Tabung Haji tetapi juga agensi kerajaan lain yang ada hubung kait terus dengan kepentingan orang Melayu dan bumiputera seperti Tanah Rizab Melayu, Felda, Risda, Fama, Tekun dan sebagainya.
"Semua tuduhan ancaman DAP terhadap kepentingan orang Melayu dan Islam tidak benar. Itu sekadar 'ancaman khayalan'. DAP mempunyai sikap righteous defiance, anti pencabulan kuasa, anti rasuah, anti perbuatan zalim," katanya.
Cereka khayalan ini, meski tidak bersandar pada fakta benar, dihadam dan menjadi perosak kepada minda, persepsi dan menumbuhkan kesumat pada sebahagian orang kita. Gila.
Apapun dakwaan terhadap DAP, parti ini diakui mahu menjadikan dirinya sebagai wadah perjuangan kepada seluruh lapisan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, budaya, agama, geografi dan bahasa.
Semua salah DAP?
Kes demi kes yang melanda Tabung Haji melibatkan kepentingan Melayu dan Islam bukti kelemahan mengurus institusi, bukan bank itu. Ya, sudah tentu bukan salah DAP. Tapi, yang menyedihkan, DAP pula mendapat nama buruk akibat dituduh mengganggu gugat kepentingan Melayu-Islam.
Tohmahan itu benar-benar tidak waras, namun, dengan mesin propaganda media arus perdana, orang yang waras boleh bertukar sebaliknya apabila menyentuh isu DAP. Ini satu kejayaan perang persepsi yang diciptakan sejak wujud rangkaian televisyen dan persuratkhabaran tanah air pasca merdeka.
Ambil beberapa contoh. Semalam TPPA yang bakal mengikat Malaysia dengan kuasa Amerika Syarikat diluluskan oleh kerajaan UMNO-BN. Seramai 127 Ahli Parlimen BN dan pro-BN menyokong perjanjian TPPA itu manakala 84 Ahli Parlimen pembangkang termasuk DAP menolaknya.
Siapakah yang menggadaikan kepentingan Melayu dan negara?
Bagaimana pula skandal RM2.6 bilion dan kes pemindahan dana dari SRC sebanyak RM42 juta ke akaun Perdana Menteri? Adakah DAP juga yang menjual hartanah negara Bandar Malaysia kepada kerajaan China?
Tanah Rizab Melayu yang diwariskan British sebelum berambus dari Malaya semakin berkurangan. Daripada tiga juta hektar kini hanya berbaki sekitar 11.9 peratus sahaja. Persoalannya, siapakah yang mempunyai kuasa menggadai tanah-tanah ini?
Bukankah UMNO yang menggugat kedudukan bahasa Melayu dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan sehingga kedudukannya sebagai bahasa rasmi dirombak melalui Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)?
Siapakah yang menghancurkan Bank Bumiputra yang diilhamkan untuk menjaga kepentingan Melayu selepas ditubuh pada 1965 untuk memberi kemudahan kewangan kepada bumiputera mengusahakan perdagangan dan perusahaan?
Siapakah yang mendera ekonomi majoriti rakyat Melayu di Terengganu dan kini di Kelantan begitu juga Sabah dan Sarawak, apabila wang royalti pertroleum di rompak?
Ini hanya sebahagian kecil pengkhianatan UMNO terhadap kepentingan orang Melayu. Masih banyak lagi yang dapat kita senaraikan.
Paling menyedihkan, sebahagian kita masih terperangkap dengan romantisme 13 Mei 1969 mengaitkan Lim Kit Siang meskipun pada waktu berkenaan, Ketua Parlimen DAP itu berada di Kota Kinabalu, Sabah. Segala tohmahan itu semata-mata fitnah, berniat jahat untuk menutup segala kecacatan UMNO yang melancarkan kudeta terhadap pemimpinnya sendiri ketika itu Tunku Abdul Rahman.
DAP hanya ancam kejahatan
Persoalan sama ada DAP mengancam Melayu atau Islam tidak timbul sama sekali. DAP menghormati hak asasi dan kebebasan agama, sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
DAP tidak juga anti-Melayu atau anti-Islam, DAP hanya anti-rasuah dan salah guna kuasa.
Pulau Pinang menjadi contoh terbaik membuktikan hanya dengan polisi baik dan berintegriti mampu mengangkat keadilan di setiap lapisan masyarakat. Sejak menggantikan BN, Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri memastikan umat Islam mendapat layanan dan pembelaan sewajarnya.
Ini dapat dilihat melalui pelbagai usaha termasuk menambah peruntukan kewangan berkali-kali ganda berbanding pemerintahan UMNO BN, melaksanakan tender terbuka sekaligus menggalakkan ramai kontraktor Melayu- Islam yang layak memenangi projek tanpa perlu kabel politik. Semua ini dilakukan tanpa meminggirkan kaum dan agama lain.
Jadi, persoalan yang harus kita jawab sekarang, siapa sebenarnya yang ancam siapa?
Go Hasan Malek, Go!
bloglist-malaysia.
libanglibu.blogspot
Posted by Libang Libu
Melihat kepada kelaku ahli lembaga jembalang Islam dalam Tabung Haji melaksanakan tugas mereka sekarang ini, sekiranya MIC sekali pun jikalau mempunyai kepakaran & berkeupayaan dalam memulihkan Tabung Haji, silakan.
Berpuluh tahun Tabung Haji telah diuruskan orang Islam, sekarang hasilnya hampas. Rugi tahun lepas. Rugi tahun-tahun lepas. Tahun-tahun-
Kalau Habsyi-Yaman pun nak tumpang sekaki merepair Tabung Haji, silakan kalau rasa bagus sangat.
Supaya Tabung Haji tak buat lagi kerja bodoh seperti beli tanah harga mark-up berpuluh kali ganda, sebagai contoh.
Kita mahu Tabung Haji kembali ke tujuan asal. Kumpul duit pendeposit. Cukup tahun pendeposit dapat pergi Mekah. Segala urusan di Mekah, Tabung Haji uruskan. Balik kampung pendeposit dapat title 'Haji'
Duit pendeposit tak digunakan utk beli tanah yg entah hapa kejadah gunanya.
Kalau DAP rasa nak campur-tangan dgn membawa kepakaran mereka orang Cina berniaga. Ahlan wa sahlan!
Usahkan MIC, MCA. Usahkan DAP. Kalau Hasan Malek sekalipun, siap pakai janggut pakai purdah dan beliau ingin campurtangan menangani isu Tabung Haji ini , silakan.
Hasan Malek boleh!! Go, go Hasan Malek!!!
Kahkahkahkah!
comments:
1..
AnonymousJanuary 30, 2016 at 2:36 PM
Balaci from habsyi
Reply
2..
AnonymousJanuary 30, 2016 at 4:06 PM
Go go hassan malek....go go hassan malekkkk....
Reply
3..
AnonymousJanuary 30, 2016 at 4:42 PM
TH rugi. Dap juga yg salah. Setahu aku non muslim juga boleh simpan dlm TH. So ahli dap pun boleh menyimpan. So what balaci habsyi. Pakai nama syed konon. Aku rasa abu jahal abu lahab pon pakai nama syed jugak. Adoi.
Reply
Replies
a..
Libang LibuJanuary 31, 2016 at 7:43 AM
Kompom jap lagi depakaitkan dgn nama Mat Nuar.
Kahkahkahkah!
Reply
4..
tanya sama itu hud hudJanuary 30, 2016 at 7:55 PM
Sepatutnya lantik nik amar yg jd pengerusi tabung haji..
Nanti dia buat magic
Reply
Replies
a..
Libang LibuJanuary 31, 2016 at 7:41 AM
Tak bley, sikit hari lagi Nik Amar nak berperang dgn HAMNO.
Kahkahkahkah!
Reply
5..
AnonymousJanuary 30, 2016 at 10:01 PM
Enter your comment...Mamak pudukang Klau ada idea,, slakan...
Reply
Replies
a..
Libang LibuJanuary 31, 2016 at 7:42 AM
Mamak padukang tercekik kari kambing.
Kahkahkahkah!
Reply
6..
Sam SungJanuary 30, 2016 at 10:09 PM
Yop oiii
Teman kalo boleh nk kan aji adi ngn din chicken..demerr tu hebat tau..kahkahkah
Ape kata walaun..mesti demerr stuju..
kahkahkah
Reply
Replies
a..
Libang LibuJanuary 31, 2016 at 7:40 AM
Walaun nak kerusi PM daa.
Kahkahkah!
Reply
7..
AnonymousJanuary 30, 2016 at 11:38 PM
Kasi le peluang pd mat maslan handle tabung hajeee
Reply
Replies
a..
Libang LibuJanuary 31, 2016 at 7:39 AM
3.85 pointer tuuuuuu...
Kahkahkahkah!
Reply
8..
AnonymousJanuary 31, 2016 at 12:01 AM
knp cina tadbir singapore maju aje. klu nak jahanamkan s'pore bagi melayu umno tadbir
Reply
Replies
a..
Libang LibuJanuary 31, 2016 at 7:38 AM
Dapat kat HAMNO, dah lama Singpore tenggelam dalam Selat Tebrau.
Kahkahkahkah!
Reply
9..
TEROPONG TOK BOMOHJanuary 31, 2016 at 1:44 AM
mungkin ke ada pendeposit simpan duit dlm TH ....duit haram jadah....tu yg hilang berkat tu....yg jaga tu pun haram zadeh agaknya....tu yg habis semua jadi can mali can
Reply
Replies
a..
Libang LibuJanuary 31, 2016 at 7:36 AM
Kahkahkah!
Mungkin ada yg buat money-laundering dgn TH?
Kahkahkahkah! Itu andaian kita saja la.
kahkahkahkh!
Reply
10..
AnonymousJanuary 31, 2016 at 8:07 AM
menatang ape money laundering tu libang?masuk TH bawak batu dua biji keluar bawak ratus juta ke.itu dh sekapal dgn pirate of carribean.
Reply
11..
AnonymousJanuary 31, 2016 at 8:36 AM
My opinion. Duit haram simpan dlm TH boleh. Dgn syarat TH tak tau. TH pun tk tanya duit ni halal ke haram. Dia cuma check duit ori ke palsu. Haha. Tp ini bukan isu. Isu sebenar ialah pengerusi TH dato azeeez raheem tu halal ke harammm?? Kahkah
Reply
12..
AnonymousJanuary 31, 2016 at 8:43 AM
Cina pap tadbir spore. Spore jadi maju. Aku percaya kalu cina dap tadbir msia. Msia lebeh maju drp spore. Amacam hamno?
Reply
13..
AnonymousJanuary 31, 2016 at 11:51 AM
Yg atas tu nama ja syed...keturunan nabi konon..
nabi tak pernah suruh menipu
nabi tak pernah suruh sokong perompak
nabi tak pernah suruh buat ketja bodo.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.
Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016
Facebook: Fanpage Automobil
http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil
http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
Web:
OILYMAN
http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia
http://bloginmalaysia.com
Kataloh
http://kataloh.com
Cari Mudah
http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort
http://besthotelreviews.org
Enplegu.com
http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews
http://besthotelreviews.info
Blog Soccers
http://blogsoccers.com
Google Adsense Program
http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment
http://azamientertainment.com
Din Apartment
http://dinapartment.com
University College Online
http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga
http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info
http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download
http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition
http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker
http://laptopskinsticker.com
Fri Nov 30, 2012 9:22 pm
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
Salam Sejahtera semua.
Mulai 28 November 2012, ahli group Automobil tidak boleh "HIDE ID".
In disebabkan polisi baru Yahoo Groups yang tidak membenarkan menukar alamat email asal seperti sebelum ini.
Jadi kepada sesiapa yang ingin "HIDE ID" sila email dan minta pada kawan-kawan anda untuk melakukan posting sekaligus merahsiakan alamat email syarikat tempat anda bekerja.
Group Automobil juga telah memberikan akses penuh kepada kebanyakan ahli yang aktif terus post email ke group tanpa tapisan moderator tetapi masih di pantau.
Sekian,
Terima Kasih.
Iwan
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment