Friday, February 19, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4404

9 Messages

Digest #4404

Messages

Thu Feb 18, 2016 7:05 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Tak balik lagi bagus, doa rakyat kepada Najib ke Amerika

bloglist-malaysia.blogspot.
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie

Laman rasmi Facebook Perdana Menteri sejak semalam terus dihujani komentar rakyat berbaur makian termasuk berharap supaya Najib Razak tidak pulang lagi ke negara ini.

Presiden Umno itu dalam status yang dimuat naik di Facebook jam 7.01 malam tadi menyatakan Alhamdulillah selepas baharu tiba di Amerika Syarikat (AS) untuk lawatan kerja selama seminggu.

"Insya-Allah, selama di sini (AS) saya akan turut serta dalam Sidang Kemuncak Pemimpin US-Asean, berjumpa dengan golongan profesional dan para pelajar Malaysia yang sedang menuntut di sini," ujarnya.

Walau bagaimanapun, khabar tersebut hanya mengundang cercaan dan sindiran orang ramai daripada majoriti lebih 600 komentar netizen setakat jam 8 pagi hari ini.

Antaranya Zainol Idrus, "Duduk sana terus la jangan balik-balik lagi. Itu yang rakyat harapkan" dan Muhamad Fadhil Suhaimi, "Pergi tak balik pun takpe. Kita orang kat sini ok je."

Selain itu, ujar Man Ah Nan, "Pergilah mana dunia pun. Tak balik lagi bagus" manakala kata Roeshan Gill ringkas, "Jangan balik ya."

Turut berkongsi harapan sama, Azhar Abidin yang menulis, "Kalau tak payah balik Malaysia terus pun takpa aihh. Rakyat Malaysia aman tanpa Najib" serta "Jangan balik-balik dah", tegas Fazriedin Azman.

Kenapa Najib selalu ke Amerika?

Kekerapan Najib melawat AS atas alasan lawatan kerja juga mengundang rasa tidak senang rakyat Malaysia ekoran dasar pro Zionis Israel dan campur tangan kuasa besar dunia itu dalam pergolakan di wilayah bergolak terutama di Timur Tengah.

"Ke Amerika saja kau ni. Lepas tu kau suruh macai-macai abadi (penyokong tegar) kau tuduh Anwar, DAP agen Yahudi. Bangkai betul. Jangan kerjasama dengan orang Yahudi.

"Memang kau tetap senang-lenang. Duit melimpah-ruah walaupun rakyat ramai yang dah kesempitan hidup tapi satu masa nanti kau akan kenal apa itu Yahudi macam Hitler beritahu dulu," bidas Eddrus Iskandar.

Sementara itu, kecam Zul Fadzly, "Tali barut US" manakala Shah Rizal menyindir, "Lawatan perkena rakyat ke?".

Bagi Ammar Aziz pula bertanyakan, "Hang (Kau) nak buat perjanjian onar apa pulak kat sana?" juga sindir Patrickska Muha, "Asyik pergi Amerika je. Bila nak pergi Palestin?"

Jual negara

Kunjungan Najib ke AS tidak lama selepas Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) ditandatangani pada 4 Februari lalu itu turut dianggap sebagai langkah untuk terus menggadai kedaulatan negara.

"Juallah negara. Jijik sungguh. Muka tak malu ke jumpa pemimpin-pemimpin negara dunia?" kutuk Mohamed Yunus Hassan serta Shahrul Effendy, "Buat apa lagi ke sana lepas negara dijual."

Pengguna Facebook kaum Cina turut secara berterus-terang mengkritik Menteri Kewangan itu seperti Jason Cheong JC yang berkata, "Shopping la working. You tipu ah,"; Denzel Loo, "Everyone taking a closer look at the face of a pokerman" serta "Muka tebal. Seluruh dunia tau skandal kamu," oleh Mark Tay Kuan Meng.

Selain itu, komentar orang ramai yang mengaitkan hobi membeli-belah serta bermain golf ketika ekonomi negara merudum juga dapat dilihat pada dinding Facebook Najib bagi statusnya ke AS itu.

"Berapa billion bawak pergi sana Pak Jib? Kak Mah (Rosmah Mansor) tak ikut sekali ke? Tak shopping ke kat sana?" soal Shah Rezza serta "Bawak sekali tak set golf?" tanya Carl Ashraf.

"Kita tengah gawat, yang pi angkut menteri-menteri ikut sama buat apa, habiskan duit pembayar cukai," bidas Osman Jelani pula serta Mike Mack mengulas, "Berapa duit negara habis kau pakai seminggu sana Jibby (Najib). Boleh tanya tukaran dollar dengan ringgit berapa la (sekarang) ni?"

Najib dan Presiden AS, Barack Obama tiba di California Khamis lalu (11 Februari) bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin Asean-AS bersama Sembilan rakan sejawatan dari rantu ini.

Isnin ini, Najib dijadualkan berucap dalam pembukaan sidang kemuncak tersebut selepas ucaptama Obama dan Pengerusi Asean, Thongsing Thammavong yang juga Perdana Menteri Laos.

Terdahulu, Obama pada Sidang Kemuncak Asean di Kuala Lumpur pada November tahun lalu memutuskan untuk meningkatkan hubungan Asean-AS dan mengundang pemimpin 10 negara anggota bagi menghadiri sidang kemuncak yang julung-julung kalinya diadakan di AS. - Malaaysia dateline

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Thu Feb 18, 2016 7:06 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Zeti Tidak Akan Sambung Khidmat Sebagai Gabenor BNM
bloglist-malaysia.blogspot
greenblacks.blogspot
Dicatat oleh G.blacks


Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, beliau tidak akan menyambung khidmat untuk satu lagi penggal sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM).

Proses mencari pengganti sedang dibuat oleh Jawatankuasa Tadbir Urus Lembaga BNM yang terdiri daripada pengarah bebas daripada sektor swasta.

"Saya tidak mempunyai kebebasan untuk membincangkan perkara itu. Pengumuman mengenai pengganti saya akan dibuat tidak lama sekali. Ia sudah tentunya akan berlaku," kata Zeti kepada pemberita selepas melancarkan Platform Akaun Pelaburan (IAP) di sini, Rabu.

Menurutnya, meskipun proses pengganti beliau sedang dijalankan, beliau tidak menerima sebarang permintaan agar terus kekal memegang jawatan itu.

"Sudah pastinya Gabenor seterusnya perlu mempunyai latar belakang dan keupayaan berkaitan, terutamanya pada waktu seperti ini agar peralihan boleh diuruskan dengan baik.

"Individu boleh datang dan pergi," katanya sambil menambah beliau merancang untuk berehat seketika dan kemudiannya mula menulis.

Zeti juga berkata, beliau akan terus menyokong inisiatif pendidikan seperti Pusat Antarabangsa bagi Pendidikan Kewangan Islam, Pusat Kepimpinan dan Tadbir Urus dan sekolah perniagaan baharu yang akan bermula tahun ini.

"Saya tidak akan memegang apa-apa jawatan sudah tentunya," katanya.

Mengenai soalan sama ada ahli politik boleh menjadi Gabenor akan datang, Zeti berkata, tidak ada ahli politik yang menganggotai lembaga pengarah mana-mana institusi kewangan, "apatah lagi bagi Bank Negara.

"Setiap negara memerlukan organisasi seperti bank pusat yang tidak mempunyai sebarang agenda politik. Ia harus kekal fokus memastikan kestabilan makroekonomi, kewangan dan ekonomi.

"Jadi dasar ekonomi dan kewangan akan ditumpukan untuk mencapai apa yang menjadi kepentingan terbaik negara," katanya, sambil menambah BNM sentiasa dihormati dan beliau menjangkakan tanggapan ini akan berterusan.

"Saya percaya bank pusat telah menjadi satu organisasi yang kukuh. Ia mempunyai kekuatan institusi, daya tahan dan diasaskan kepada undang-undang yang sah.

"Akta Bank Pusat memberikan kuasa yang luas dan juga kebebasan. Dengan itu, kami bertanggungjawab bagi keseluruhan mandat seperti yang dinyatakan dengan jelas dalam Akta tersebut," katanya.

Mengenai Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), Zeti berkata, notis nasihat yang dikeluarkan oleh BNM kepada institusi kewangan bukan bank adalah bertujuan untuk memastikan institusi ini terus diurus dengan baik dan melaksanakan peranan tujuan penubuhannya dengan efektif.

"Kami mengeluarkan notis nasihat dari semasa ke semasa. Biasanya, notis-notis ini dikeluarkan sebelum berlaku masalah, jadi sekiranya terjadi masalah, ia boleh ditangani," katanya.

Tabung Haji bukan satu-satunya institusi yang menerima notis nasihat daripada BNM kerana institusi lain turut dikeluarkan notis yang sama, katanya.

"Mereka tidak berada di bawah rangka kerja kawal selia dan rejim kawal selia kami tetapi apa yang berlaku dalam organisasi mereka mungkin akan membawa implikasi sistemik dan berkait dengan institusi kewangan lain," katanya.

Mengenai ringgit, Zeti berkata, prestasi mata wang tempatan itu bergantung kepada perkembangan domestik dan antarabangsa.

"Kami akan mengeluarkan data Keluaran Dalam Negara Kasar suku keempat esok.

"Apa yang penting adalah ekonomi terus berkembang. Asas pendasar penting lain ialah kita mempunyai lebihan perdagangan, kita mempunyai lebihan akaun semasa dan rizab kita kukuh.

"Hutang luar kita juga berada pada paras yang sangat terkawal," katanya sambil menambah semua ini merupakan faktor-faktor yang menyokong ringgit.

sumber...Bernama

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Thu Feb 18, 2016 7:07 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Acu Kapak Lepas Kena Hon : Suspek Sudah Dikenalpasti - Polis
siakapkeli.my

Seremban, 18 Feb: Pihak polis sudah mengenalpasti lelaki bersenjatakan kapak yang cuba menyerang pasangan suami isteri di satu persimpangan lampu isyarat di Jalan Sungai Ujong di sini seperti yang viral di media sosial semalam.

Laporan Harian Metro melaporkan, dalam kejadian yang berlaku pada jam 3 petang itu, lelaki berusia 19 tahun yang memandu proton saga itu tidak berpuas hati setelah mangsa membunyikan hon kerana tidak bergerak apabila lampu isyarat bertukar hijau.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun, kes terbabit bermula dengan pertelingkaran sebelum suspek mengeluarkan kapak dan mengacukan kepada mangsa.

"Tindakan suspek dirakam isteri mangsa sebelum dimuat naik ke laman sosial. Kes itu menjadi viral dan mangsa tampil membuat laporan pada 10.12 malam tadi.

"Hasil laporan itu, siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah. Kita sudah mengenal pasti suspek dan tangkapan akan dibuat," katanya - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Thu Feb 18, 2016 7:07 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



DAH KENAPA DENGAN JKR NI
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Dah elok2 letak hadis sahih tentang orang munafiq tiba2 tiada angin tiada ribut pi padam... Memang ada yang terasa ker?

Signboard Ini Hilang Selepas Gambarnya Viral Di FB - Adakah JKR Terasa Hati?
bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.net

Sebelum itu ;

Selepas viral ;

Signboard masih ada, tetapi kenapa tulisan sudah tidak ada?

Kenapa hilang?

Takan la terasa kot?

KAH KAH KAH

Oke. Kalau baca kat ruangan komen, rujuk sini, ada pengomen bagitau bahawa signboard tue memang hari-hari ditukar ayatnya tapi ada pula yang menafikan bahawa hadis kat signboard tue bertukar hari-hari. Apa yang pasti, kalau hari-hari bertukar kenapa hari tersebut ayat kat signboard tersebut dibiar kosong? Takan takde idea kot? Copy paste je pun.

KAH KAH KAH

Rasanya ramai yang dah kenal team BROTHERHOOD yang kerjanya dok lawan penguatkuasa-penguatkuasa yang gagal menyelenggara dengan baik jalanraya kita di Malaysia neh kot. Brada Lando memang kontroversi sikit kat efbi sebab dok bising kuat-kuat tentang jalan berlubang.

Dua tiga minggu lepas busy 'bercuti', banyak juga cerita-cerita politik dan non politik yang aku ketinggalan zaman. Dalam dok telek-telek efbi brada Lando sekali terjumpa posting
ini ;

Isk.

Kurang hajo punya Ku Nan. Kemain dia berlagak ye. Masa krisis embi Kedah aritu, dengar2 juga geng2 UMNO Kedah dan geng2 UMNO yang pro Mahathir dok kutuk2 Ku Nan jenis menteri berlagak. Takde amek port sangat tapi statement di atas agak senada dengan kutukan geng2 UMNO tentang Ku Nan. Masih ingat kenyataan dia tentang isu harga rumah? Kat situ pun dah nampak aura-aura keberlagakan dia kan. Pelik betul. Macam mana orang berlagak macam dia pun boleh dapat undi, menang jadi wakil rakyat kemudian dilantik jadi menteri. Mulut macam pale B sungguh. Dan itu pun ada yang sokong.

Lepas tu baca ;

Satu lagi. Angkara jalan yang gagal diselanggara dengan baik.

Sumber gambar : sini.

Peruntukan ada. Bahkan sekarang kerajaan tak boleh perlekehkan orang miskin atau orang yang bawa motorsikal atas alasan cukai lagi sebab sekarang semua orang bayar GST kot. Yang jadi pembonceng atau penumpang pun bayar cukai sama. So jalan-jalan seperti ini memang dah tak patut wujud dah.

Tapi pelik tak pelik juga bila kita bagi kritikan untuk tujuan menjaga keselamatan, ada pihak yang beranggapan ia adalah sebagai satu ancaman.

Bila report jalan rosak, siap kena ban pun ada.

Tu pasal aku sokong brada Lando gunakan bahasa kasar kat puak2 saykhai neh. Sebab dorang punya attitude memang macam pale B sungguh.

Best juga aku perati bila JKR dan geng2 seangkatan dengannya mulai cuak dengan sambutan dan sokongan yang diterima oleh brother Lando semenjak kebelakangan neh. Makin lama makin ramai yang menyatakan sokongan. Siap masuk tv lagi. Dapat promosi kaw-kaw. Aku suka bila tengok puak2 neh terasa diperhatikan aje. Bukan apa. Tatau la kalau korang perasan ke tak. Kat Malaysia neh ada dua sebab aje kerosakan jalanraya di Malaysia neh akan dibaiki laju-laju.

Pertama - time menteri2 nak guna. Untuk persidangan ka, lawatan ka, pru ka apa ka. Time tue orang besar-besar akan datang, maka jalan2 yang rosak bertahun2 tiba2 dibaiki cepat2 supaya menteri2 neh dapat lalu tanpa ganguan. Kadang2 baru rosak seminit pun dah kena repair sebab menteri nak lalu la katakan.

Kedua - time ada kemalangan dan isu berkenaan mendapat perhatian masyarakat. Orang bercakap sana sini sehingga timbulkan tekanan ke atas agensi. Masa tu laju2 mereka akan turun padang sambil otak sibuk taip berjela-jela alasan untuk dibacakan di hadapan media. Apa sahaja yang penting agensi penguatkuasa tak pernah bersalah dan takan boleh dipersalahkan.

Itulah dua keadaan yang mana jalanraya yang rosak akan dibaiki laju2.

Selagi yang bakal mati itu orang-orang biasa macam kau dan aku,
Selagi yang bakal mati itu bukan orang2 berkuasa dan bertitle menteri,
Selagi tu berhenti la berharap yang mereka akan peduli.

Sumber gambar : Efbi Lando Zawawi.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Thu Feb 18, 2016 7:08 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



53 Lembu 'Diangkut' Perompak
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

gambar hiasan

TANGKAK: Seorang penternak menanggung kerugian hampir RM200,000 selepas 53 lembu peliharaannya dilarikan sekumpulan lelaki bertopeng di Jalan Paya Mas, Kampung Simpang Bekoh, di sini Selasa.

Penternak lembu itu, Mohd Amadi Ali, 23, berkata ketika beliau berehat di sebuah pondok di ladang ternakan awal pagi tadi, lapan lelaki bertopeng datang ke arahnya.

"Mereka mengarahkan saya tidak berbuat apa-apa dan mengikat tangan serta kaki saya menggunakan wayar.

"Kemudian mereka mengunakan selimut menutup muka saya sebelum melarikan lembu itu mengunakan sebuah lori," katanya kepada pemberita Selasa.

Katanya beliau percaya perompak mengunakan lori 10 tan kerana mendengar bunyi brek angin.

Beliau berkata perompak itu juga melarikan sebuah motosikal miliknya, serta merampas dompetnya.

"Saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana dalam keadaan terikat dan mata tertutup.

"Selepas mendengar perompak itu beredar, saya cuba melepaskan diri dengan meregangkan ikatan pada tangan dan kaki," katanya.

Mohd Amadi berkata beliau terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak kira-kira jam 5.30 pagi bagi membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Supt Mohammad Salleh Abd Razak, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

"Siasatan awal mendapati rompakan itu dipercayai dilakukan sekumpulan lelaki tempatan berdasarkan laporan yang dilakukan mangsa. Polis juga masih melakukan siasatan secara menyeluruh berkaitan kejadian tersebut.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan. Polis juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau membeli daging lembu dengan harga murah supaya menghubungi balai polis berhampiran," katanya.

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/02/53-lembu-diangkut-perompak.html#ixzz40Qnziw00
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

Lelaki Dibelasah Kumpulan Penyamun Curi 53 Lembu
bloglist-malaysia.blogspot
lagiberita.blogspot

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Thu Feb 18, 2016 7:08 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Mustam Kesal Isterinya Yang Bertudung Dicabuli Warga Asing
bloglist-malaysia.blogspot.
greenboc.blogspot
Dicatat oleh Green Boc

Warga asing cabul isteri pemuzik jalanan dipercayai mabuk

PETALING JAYA: Warga asing yang memeluk dan meraba isteri seorang pemuzik jalanan di hadapan kompleks beli belah Sogo malam tadi, dipercayai berbuat demikian dalam keadaan mabuk.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah berkata, perkara itu dimaklumkan oleh anggota polis bantuan (PB) Sogo yang menyatakan lelaki dipercayai warganegara Nepal itu mabuk, berdasarkan caranya bercakap dan bau alkohol pada dirinya.

"Lebih kurang jam 9 malam, PB Sogo perasan bahawa seorang lelaki terbaring ke bawah di Dataran Sogo dalam keadaan berdarah.

"PB Sogo dan seorang pengawal keselamatan telah mengangkat lelaki itu dan memberi rawatan kepadanya. Menurut PB, lelaki yang kelihatan seperti Nepal berkemungkinan mabuk bedasarkan pada cara dia bercakap dan bau alkohol pada dirinya.

"Kecederaan hanya dilihat pada hidung sahaja. Setelah PB memberinya sebotol air untuk mencuci mukanya dan selepas itu lelaki Nepal terus bangun dan berjalan ke arah Kompleks Pertama," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Zainol turut mengesahkan polis menerima laporan yang dibuat penyanyi terbabit yang merupakan vokalis kumpulan Genji Busker, Mustam Mustapa. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

Isu isteri vokalis kumpulan Genji Busker dipeluk dari arah belakang sewaktu hendak membuat 'busking' di Sogo menjadi viral dalam aplikasi Whatsapp.

Mustam yang berang dengan warga asing itu bertindak membelasahnya, menyebabkan warga asing terbabit jatuh dan tercedera serta dibiarkan terbaring di laluan pejalan kaki di Dataran Sogo.

Genji Buskers Mengamuk Tumbuk Warga Nepal Peluk Dan Raba Isteri Depan Mata|Dalam demam isu berkait cadangan menteri atas pengambilan warga asing kemalaysia sudah menjadi perbualan hangat di laman media sosial baru baru ini.
Namun isu yang ingin kami kedepankan bukanlah tetang perkara tersebut,akan tetapi perlakuan seorang pendatang asing yang di dakwa seorang lelaki berbangsa nepal telah ditumbuk oleh salah seorang kumpulan penyanyi Genji buskers akibat warga nepal tersebut telah meraba dan memeluk isterinya ketika setup barang di busking depan sogo baru baru ini.

"HATI2 DENGAN NEPAL… aku tengah setup barang nak busking depan sogo,nepal ni datang dari belakang farah yang tengah berdiri belakang aku terus peluk farah dari belakang guna tangan n jerut tengkuk farah ,tangan kiri dia buat keje.. farah meronta tolak muka dia ,aku trsedar dan trus xsedar keje kan die….depan public depan sogo ok.. terang-terangan pun dia berani buat mcm tu dn aku x bgi org awam lain cmpur tgan.tahu2 die dh tersembam drah memancut.. DIE PELUK BINI AKU! kalau kena kat korang camne?? "

Gambar dan juga info yang dikongsikan oleh genji buskers sendiri di laman facebooknya turut mendapat perhatian dan sokongan ramai pengguna media sosial atas tindakannya menumbuk warga asing tersebut.
"aku just jalankan kewajipan sbg suami sahaja… tak sedar tau2 keras pastu darah meleleh … aku tau malaysia akan melindungi penjenayah macam nepal ni lps ini aku yg kedalam.
salain daripada itu isu tersebut juga di muat naik oleh farah yang menjadi mangsa.

"ALLAH!! nak gugur jantung aku.. tengah2 nak setup barang busking kat sogo datang nepal ke bangla tah dri blakang pluk aku.. aku tkjut cbe tolak die,tbe2 die slamber jerut leher aku pegang trik ikut dia.. ya Allah.. depan suami aku kot.. depan org rmi.. �� terus sesak nafas aku masa tu sbb trkjut.. aku tolak muka dia skuat hati.. baru nk angkat kaki yg berkasut timberland ni,husband aku trus tolak aku tepi n shoot jantan sial tu.. berderau drh aku beb.. bg sedas dua dh terjelepok.. ������ aman kah Malaysia??"

Mangsa masih terauma
Selang beberapa jam selanjutnya farah mengucapkan ribuan terimaksih kepada natizen yang memberi sokongan penuh atas tindakan suaminya yang memukul lelaki berbangsa nepal tersebut ,farah juga mengatakan bahwa mereka sudah membuat aduan kepada pihak polis.

"Salam smua trma ksh krana prihatin pd sy dan suami.. kejadian tu bukan la rekaan .. kalau kenal siapa kami yg slalu busking di sogo pasti anda tahu situasi di sana.. belum bodoh lg nk reka2.. kes ni dah dilaporkan pd pihak polis.. mereka sndri geram dgar sy kena mcm ni.. trma ksh rakan sekalian.. smoga wanita dilindungi sebaiknya.. risau kelak kna kat wanita lain.. doa kan sy ya"
Diharap kepada kaum hawa di luar sana agar lebih berhati hati ketika berada diluar,mungkin rambut sama hitam hati tiada siapa yang tau.
- kredit kepada eberita.org

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Thu Feb 18, 2016 7:09 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kenapa Cerita RM2.6 Bilion Berbeza-Beza?
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

PETALING JAYA: Selepas nama Perdana Menteri, Datuk Seri Seri Najib Tun Razak telah dibersihkan daripada sebarang salah laku melibatkan sumbangan derma RM2.6 billion, kini timbul pula pelbagai versi cerita yang semakin mengelirukan rakyat negara ini.

Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Hussin, memetik dua versi berbeza seperti yang diceritakan seorang pemimpin UMNO dan seorang menteri.

Menerusi blognya,shahbudindotcom.blogspot.my, beliau berkata, versi pertama merujuk kepada kenyataan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa ketika ditemubual akhbar berbahasa Inggeris, Ahad lalu.

Dalam temubual itu, Annuar dilaporkan berkata, derma RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi Najib Razak bukanlah 'suatu jumlah yang besar' untuk menghadapi satu pilihan raya umum.

Katanya, Annuar juga menegaskan, adalah sangat tidak beretika untuk Perdana Menteri dan Presiden UMNO jika parti tidak mempunyai wang yang cukup untuk menghadapi pilihan raya

"Nampak logik dan masuk akal hujah-hujah beliau itu. Soalnya, apakah Annuar terlupa dengan pengumuman Peguam Negara bahawa Najib sudah memulangkan sejumlah RM2.030 bilion daripada wang derma tersebut atas alasan ia tidak digunapakai?

"Bermakna, dengan pemulangan wang itu tidaklah banyak mana yang digunakan untuk menghadapi pilihan raya 2013 lalu dan bagaimana Annuar tetap mengatakan wang RM2,600 juta bukanlah suatu jumlah yang besar?

"Kenapa sebagai Ketua Penerangan UMNO, Annuar memberi jawapan sebegitu dalam usahanya mempertahankan Najib?," soal Shahbudin.

Katanya, versi kedua pula, seorang menteri menjelaskan kepada sekumpulan imam baru-baru yang dijemput menghadiri pertemuan dan mengesahkan wang yang diterima Najib itu memang datangnya daripada keluarga Diraja Arab Saudi.

Shahbudin mendakwa, menteri tersebut mengakui wang itu pula sebenarnya diperolehi hasil daripada faedah simpanan keluarga Diraja Arab Saudi yang diletakkan di pelbagai institusi kewangan di luar negara.

Oleh kerana keluarga Diraja Arab Saudi tidak mahu menggunakan wang faedah itu yang dianggap sebagai riba, maka ia didermakan kepada pelbagai negara untuk projek-projek pembangunan yang mana Najib menerimanya bagi mewakili Malaysia, kata menteri itu.

Shahbudin berkata, penjelasan itu dibuat oleh menteri berkenaan seperti yang diceritakan salah seorang peserta yang hadir.

"Sekali lagi, adakah menteri terbabit juga terlupa dengan penjelasan Peguam Negara bahawa sebahagian besar atau sebanyak RM2,030 juta daripada RM2,600 juta telah dikembalikan semula oleh Najib kerana tidak digunapakai.

"Kalau benar wang itu diberikan untuk projek-projek pembangunan, kenapa pula perlu dikembalikan?

"Sekali lagi, kenapa dalam usaha pelbagai pihak mahu terus mempertahankan wang tersebut, jawapannya sering saja berbeza-beza dan tidak senada?, katanya.

- FMT

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Thu Feb 18, 2016 7:09 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Nenek ini Dedah Rahsianya Kekal Cantik, Lambatkan Penuaan
siakapkeli.my

Siapa sangka, wanita cantik ini adalah seorang nenek yang berusia 50 tahun.

Kerana kecantikan yang mengatasi usia itu, Madam Qin Ling, dari Chongqing, China digelar oleh netizens di China sebagai 'wanita magis yang cantik'.

Madam Qin Ling mula menjadi perhatian ramai apabila dia muncul di dalam satu rancangan TV yang memaparkan persembahan dia dan anaknya sedang menari.

Menurut portal hiburan China, Huan Qiu dan People's Daily Online, nenek glamour itu berkata dia berjaya memperlahankan proses penuaannya dengan menjaga badan dengan baik, mengamalkan senaman dan berhenti makan apabila perutnya mula merasa 80 peratus penuh.

Dia juga berkata rahsia badannya yang langsing dan tona kulit yang cantik adalah tidur tanpa berpakaian sekali seminggu, mandi air panas dan memakai topeng muka buatan sendiri.

Menurutnya lagi, topeng muka itu dibuat menggunakan timun batang, yogurt, madu dan serbuk mutiara.

Sumber : women.asiaone.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Thu Feb 18, 2016 8:40 am (PST) . Posted by:



Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ? reminder
When: Thursday, 18 February 2016 05:00 PM to 06:00 PM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London

Where: http://rokokkesehatan.com/?ref=8429

Notes: Halo sahabat...

Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ?

- . Apakah ingin memiliki Mobil Mewah ?
- . Ingin memiliki Rumah Mewah ?
- . Ingin memiliki Bisnis Besar ?
- . Bebas Finansial ?
- . Hidup Mapan dan Sejahtera ?

TETAPI... Bagaimana CARA meraih itu semua ?

- . Butuh Modal BESAR ?
- . Harus berpendidikan TINGGI ?
- . Harus Bekerja sangat KERAS ?

Mampukah kamu ?

Coba luangkan waktumu sejenak melihat situs ini :
http://goo.gl/1foLME

Di rokokkesehatan.com anda akan mendapatkan penghasilan
milyaran rupiah tanpa perlu bekerja keras!
Menggunakan sistem otomatis yang pasti akan menghantarkan
anda menjadi seorang milyuner! DIJAMIN!

Perlu BUKTI ?
Kunjungi Website saya :
http://goo.gl/1foLME

Sukses Selalu!

Darman
http://goo.gl/1foLME

From: automobil Calendar

Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us

Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: