9 Messages
Digest #4405
Messages
Fri Feb 19, 2016 7:54 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Masyuk.
bloglist-malaysia.blogspot
cipantapirtenuk.blogspot.
Ngomelan SysOp
Bhai/DeeDee semua.
Hahaha... Memang masyuk.... Bisnes macam inilah bijak... Hahaha.... Sebijik macam bisnes AES...
Bergeliga otak penyamun... Yang bodoh tetap lah Jabatan Imigresen...
Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/2016/02/masyuk.html#ixzz40cv2T45s
Semalam Sign MoU, Hari Ini Tangguh Pengambilan Pekerja Asing - Boleh Percaya Ke Zahid?
bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.net
Kelakar. Kelakar. Kelakar.
Tak sampai 24 jam pun.
Semalam akhbar The Star melaporkan bahawa Malaysia - Bangladesh dah sign MoU untuk pengambilan pekerja asing dari negara Bangladesh bagi memasuki pelbagai sektor pekerjaan di Malaysia secara berperingkat selama 3 tahun. (rujukan)
MoU tersebut menyatakan bahawa pekerja-pekerja asing dari negara berkenaan kini bebas memasuki pelbagai jenis sektor di Malaysia tanpa ada sekatan atau kawalan seperti dahulu lagi. Jika dahulu mereka hanya dibenarkan terlibat dalam sektor perladangan dan perkilangan kini khidmat mereka diperluaskan dalam semua jenis sektor pekerjaan di Malaysia berdasarkan kepada permintaan.
Walaubagaimanapun, memang la undang2 negara kita menghadkan warga asing dari terlibat dalam sektor2 tertentu tetapi secara realitinya mereka dah masuk dalam semua jenis sektor dah pun sebelum MoU dimeterai. So takde beza la. Yang beza pun, jika dulu tak sah dari segi undang2, sekarang dah sah. Sedangkan yang tak sah dari segi undang2 pun takde pemantauan, ini kan pula yang dah sah. Maka, faham-fahamkanlah..
Hehe..
Jumlah yang akan dibawa masuk secara berperingkat ialah seramai 1.5 juta orang. Jika dahulu terhad kepada spesis lelaki kini ia terbuka kepada spesis wanita dari Bangladesh juga.
Gaji minima adalah di antara 800 - 900 sebulan. (rujukan).
Untuk rekod, sampai sekarang kerajaan tak jelaskan secara terperinci apakah pekerja2 warga asing yang dibawa masuk ini perlu la mempunyai skill tertentu jika berkhidmat di sektor yang memerlukan kita berkemahiran tertentu.
Bukan apa, ikut dari cerita member-member, bangladesh-bangladesh ini ada juga yang terlibat dalam sektor pembinaan walaupun kemahiran memang zero. Itu pasal aku perasan juga dalam beberapa tahun kebelakangan neh terbaca berita-berita kematian yang membabitkan pekerja2 binaan dari warga Bangladesh.
Kot ye pun nak jimat kos, kena juga kita fikir nyawa orang. Mungkin bangladesh-bangladesh tu terdesak, sampai sanggup kerja dalam bidang yang dia memang out terus, tapi jangan pula kita manipulasi keterdesakan mereka dengan tujuan mendapatkan keuntungan. Mereka masih manusia dan nyawa mereka bukan boleh dipandang ringan. Sebab tu aku rasa kerajaan perlu perjelaskan sistem apa dan kawalan yang macam mana mereka gunakan untuk memastikan mana-mana majikan tidak memanipulasikan kemasukan warga asing ke Malaysia. Ke dorang fikir janji untung dapat caj levi je ke macam mana?
Dan, tadi ;
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Ashok Zachariah Philip mencadangkan kerajaan supaya menyediakan rawatan kesihatan percuma kepada semua pekerja asing yang sah dan tanpa izin.
Katanya, cadangan itu kerana bimbang apabila ramai pekerja asing mengelak untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan kesihatan kerana tidak mampu.
Keadaan itu, katanya, menjadi punca merebaknya penyakit yang dibawa pekerja asing terutama TIBI.
"Kita menggesa supaya pihak kerajaan memastikan semua pekerja warga asing dididik agar dilindungi oleh insurans kesihatan dan rawatan untuk setiap diagnosis diberikan rawatan percuma.
"Ia penting bagi memastikan pekerja asing tanpa izin juga diberikan rawatan percuma bagi setiap penyakit berjangkit selagi mereka masih di dalam negara," ujarnya lagi.
Katanya, adalah tidak wajar bagi kerajaan menghantar pulang pekerja asing yang didapati menghidap TIBI atau batuk kering. (rujukan)
.
Semalam di berita tv9, aku tengok menteri kemain lagi bercakap. Bahawa kerajaan akan memastikan pekerja2 warga asing yang datang ke Malaysia akan menjalani pemeriksaan kesihatan yang ketat. Selepas disaring barula mereka akan dibenar masuk ke Malaysia. Dan bukan sekali saringan sebaliknya 2 kali. Satu di Bangladesh sebelum dibawa masuk, satu lagi di Malaysia, selepas di bawa masuk.
Tapi kenyataan di atas nampak gayanya berbeza dari apa yang disebut oleh menteri. Betul ke ada saringan? Ataupun saringan tersebut tidak telus?
Pronya kenyataan di atas ialah at least rakyat Malaysia tak terjebak dengan penyakit berjangkit yang dibawa oleh pekerja asing.
Cons nya ialah, siapa tanggung kos rawatan yang dibahasakan sebagai percuma tu?
Memang la warga asing tu bayar levi, tetapi adakah berbaloi dengan apa yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk tanggani PATI dan masalah-masalah berkaitan warga asing? Berbanding dipercumakan, lebih baik MMA cadangkan agar MAJIKAN perlu menanggung setiap kos rawatan yang membabitkan pekerja warga asing masing2. Majikan yang enggan tanggung kos rawatan boleh didakwa dibawah akta tertentu. Ataupun buat la skim macam SOSCO ke KWSP ke tetapi khusus untuk warga asing punya medical checkup. Tiap2 bulan kena potong untuk tujuan kesihatan dan bila mereka sakit, maka kosnya ditolak dari skim tersebut. Pun boleh juga. Tak payah nak percuma2 sangat la, aku rasa orang Malaysia bengang kot baca cadangan MMA neh. Bukan apa, kita sebagai rakyat nak dapat percuma pun payah, siap subsidi kena tarik lagi atas alasan kebajiran warga asing, ini kau nak percumakan kos rawatan untuk warga asing, apa menda. Tapi aku nak tegaskan, bukan aku benci warga asing sebaliknya polisi kerajaan yang menindas warga tempatan dan warga asing tu yang buat aku meluat.
Dan tadi juga, dan-dan si Zahid Hamidi UTURN tentang isu kemasukan 1.5 juta Bangladesh ke Malaysia. Bukan si Zahid aje buat komedi tadi, si menteri Sumber Manusia, Richard Riot pun buat lawak bangang juga.
Laporan The Star menyebut menteri berkenaan menyatakan 1.5 juta pekerja Bangladesh tu bukan untuk pasaran Malaysia aje. Sebaliknya untuk dibawa ke 139 buah negara.
"Tak betul persepsi yang mengatakan 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan masuk ke Malaysia".
"Angka itu sebenarnya ialah bilangan pekerja Bangladesh yang berdaftar dengan kementerian Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh yang mencari pekerjaan di luar negara, termasuklah Malaysia".
Itu Richard Riot yang kata (rujukan).
FOBN macam biasa, laju2 perbodohkan diri
Betul aku rasa Richard Riot neh bukan ketinggalan keretapi aje bahkan ketinggalan beca juga. Slow nak mampos.
Dah hampir setahun kot kita membidas kenyataan Zahid yang nak bawa masuk 1.5 juta pekerja dari Bangladesh, alih-alih dia boleh cakap angka tersebut untuk pasaran 139 negara yang lain. Zahid, elok kau tempeleng rakan sekerja kau. Sebab lembab sangat. Hehhh!
Dan tadi juga, Zahid Uturn.
Berita melaporkan bahawa kerajaan bekukan semua penggambilan pekerja warga asing termasuklah dari Bangladesh (rujukan). Bekukan sementara atas tujuan ;
1. Nak semak bilangan pekerja warga asing yang tak berdaftar = PATI di Malaysia.
2. Bilangan PATI akan diconvert kepada PADI dan seterusnya dibenarkan memasuki pasaran pekerjaan di Malaysia.
3. Nak semak keperluan industri. Apakah benar kita perlu pengambilan pekerja warga asing lagi ataupun bilangan mereka perlu dikurangkan.
Nampak tak kebodohan menteri-menteri kita?
Nak suruh mereka fikir macam di atas pun, perlu rakyat melalak berkali-kali baru nak faham.
Sepatutnya, fikir macam di atas ini la, baru buka pengambilan pekerja warga asing, itupun kalau perlu.
Sebaiknya, halang majikan dari memanipulasikan tenaga manusia atas tujuan memaksimakan keuntungan. Pekerja perlu dibayar upah setimpal dengan apa yang mereka tawarkan. Ini baru keadilan.
Seharusnya, kerajaan berkebajikan perlu memikirkan bagaimana nak mencegah majikan dari menjadi tamak. Bukan menyokong mereka dengan polisi yang menindas. Tapi kalau dah menteri pun tamak, kita nak kata apa lagi.
Sungguh pun Zahid umumkan kerajaan bekukan sementara pengambilan pekerja warga asing, tetapi ianya bersifat sementara. Ringkasnya, kerajaan tangguhkan cadangan tersebut. In fact kalau kerajaan umum batal, pun ianya bersifat sementara. Kerana ada kemungkinan setahun, dua tahun atau tiga tahun selepas itu, cadangan yang sama akan dilaksanakan semula.
Dan lebih pelik, MoU baru sahaja dimeterai semalam di negara Bangladesh, hari ini dan-dan Zahid umum kerajaan bekukan cadangan tersebut.
Apa ke logikkannya?
Korang tak rasa pelik ke? Aku seriyus rasa pelik.
Bukan itu saja. Laporan berita FMT turut menyebut bahawa adik Zahid juga telah menarik diri dari segala jenis bentuk perniagaan berkaitan pengambilan pekerja warga asing (rujukan).
Kelam kabut.
Si Richard tue dah p Dhaka untuk sign MoU tau.
Bukan free.
Pembayar cukai tanggung kos pemergian dia tu.
Atas nama kerja la katakan.
Dan hari neh Zahid kata, tangguh.
Macam mana dalam masa kurang 24 jam mereka boleh buat keputusan macam tu, macam neh?
Dan, secara tiba-tiba dia menukar kata
Buat satu keputusan, tetapi berdasarkan sentimen?
Keputusan tu pula mungkin diambil atas nama nak mendapatkan keuntungan?
Bila orang asyik berkata, kita rasa kita patut holdkan?
At least sampai masyarakat lupa atau hingga kita di undi semula?
Dan selepas itu baru la kita boleh sambung cadangan lama?
Seriyus aku cakap. Selepas Zahid tempeleng Richard, tolong la tempeleng muka dia sama.
Kbai.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.
Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.
Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016
bloglist-malaysia.blogspot
cipantapirtenuk.blogspot.
Ngomelan SysOp
Bhai/DeeDee semua.
Hahaha... Memang masyuk.... Bisnes macam inilah bijak... Hahaha.... Sebijik macam bisnes AES...
Bergeliga otak penyamun... Yang bodoh tetap lah Jabatan Imigresen...
Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/2016/02/masyuk.html#ixzz40cv2T45s
Semalam Sign MoU, Hari Ini Tangguh Pengambilan Pekerja Asing - Boleh Percaya Ke Zahid?
bloglist-malaysia.
amenoworld.net
Kelakar. Kelakar. Kelakar.
Tak sampai 24 jam pun.
Semalam akhbar The Star melaporkan bahawa Malaysia - Bangladesh dah sign MoU untuk pengambilan pekerja asing dari negara Bangladesh bagi memasuki pelbagai sektor pekerjaan di Malaysia secara berperingkat selama 3 tahun. (rujukan)
MoU tersebut menyatakan bahawa pekerja-pekerja asing dari negara berkenaan kini bebas memasuki pelbagai jenis sektor di Malaysia tanpa ada sekatan atau kawalan seperti dahulu lagi. Jika dahulu mereka hanya dibenarkan terlibat dalam sektor perladangan dan perkilangan kini khidmat mereka diperluaskan dalam semua jenis sektor pekerjaan di Malaysia berdasarkan kepada permintaan.
Walaubagaimanapun, memang la undang2 negara kita menghadkan warga asing dari terlibat dalam sektor2 tertentu tetapi secara realitinya mereka dah masuk dalam semua jenis sektor dah pun sebelum MoU dimeterai. So takde beza la. Yang beza pun, jika dulu tak sah dari segi undang2, sekarang dah sah. Sedangkan yang tak sah dari segi undang2 pun takde pemantauan, ini kan pula yang dah sah. Maka, faham-fahamkanlah.
Hehe..
Jumlah yang akan dibawa masuk secara berperingkat ialah seramai 1.5 juta orang. Jika dahulu terhad kepada spesis lelaki kini ia terbuka kepada spesis wanita dari Bangladesh juga.
Gaji minima adalah di antara 800 - 900 sebulan. (rujukan).
Untuk rekod, sampai sekarang kerajaan tak jelaskan secara terperinci apakah pekerja2 warga asing yang dibawa masuk ini perlu la mempunyai skill tertentu jika berkhidmat di sektor yang memerlukan kita berkemahiran tertentu.
Bukan apa, ikut dari cerita member-member, bangladesh-banglade
Kot ye pun nak jimat kos, kena juga kita fikir nyawa orang. Mungkin bangladesh-banglade
Dan, tadi ;
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Ashok Zachariah Philip mencadangkan kerajaan supaya menyediakan rawatan kesihatan percuma kepada semua pekerja asing yang sah dan tanpa izin.
Katanya, cadangan itu kerana bimbang apabila ramai pekerja asing mengelak untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan kesihatan kerana tidak mampu.
Keadaan itu, katanya, menjadi punca merebaknya penyakit yang dibawa pekerja asing terutama TIBI.
"Kita menggesa supaya pihak kerajaan memastikan semua pekerja warga asing dididik agar dilindungi oleh insurans kesihatan dan rawatan untuk setiap diagnosis diberikan rawatan percuma.
"Ia penting bagi memastikan pekerja asing tanpa izin juga diberikan rawatan percuma bagi setiap penyakit berjangkit selagi mereka masih di dalam negara," ujarnya lagi.
Katanya, adalah tidak wajar bagi kerajaan menghantar pulang pekerja asing yang didapati menghidap TIBI atau batuk kering. (rujukan)
.
Semalam di berita tv9, aku tengok menteri kemain lagi bercakap. Bahawa kerajaan akan memastikan pekerja2 warga asing yang datang ke Malaysia akan menjalani pemeriksaan kesihatan yang ketat. Selepas disaring barula mereka akan dibenar masuk ke Malaysia. Dan bukan sekali saringan sebaliknya 2 kali. Satu di Bangladesh sebelum dibawa masuk, satu lagi di Malaysia, selepas di bawa masuk.
Tapi kenyataan di atas nampak gayanya berbeza dari apa yang disebut oleh menteri. Betul ke ada saringan? Ataupun saringan tersebut tidak telus?
Pronya kenyataan di atas ialah at least rakyat Malaysia tak terjebak dengan penyakit berjangkit yang dibawa oleh pekerja asing.
Cons nya ialah, siapa tanggung kos rawatan yang dibahasakan sebagai percuma tu?
Memang la warga asing tu bayar levi, tetapi adakah berbaloi dengan apa yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk tanggani PATI dan masalah-masalah berkaitan warga asing? Berbanding dipercumakan, lebih baik MMA cadangkan agar MAJIKAN perlu menanggung setiap kos rawatan yang membabitkan pekerja warga asing masing2. Majikan yang enggan tanggung kos rawatan boleh didakwa dibawah akta tertentu. Ataupun buat la skim macam SOSCO ke KWSP ke tetapi khusus untuk warga asing punya medical checkup. Tiap2 bulan kena potong untuk tujuan kesihatan dan bila mereka sakit, maka kosnya ditolak dari skim tersebut. Pun boleh juga. Tak payah nak percuma2 sangat la, aku rasa orang Malaysia bengang kot baca cadangan MMA neh. Bukan apa, kita sebagai rakyat nak dapat percuma pun payah, siap subsidi kena tarik lagi atas alasan kebajiran warga asing, ini kau nak percumakan kos rawatan untuk warga asing, apa menda. Tapi aku nak tegaskan, bukan aku benci warga asing sebaliknya polisi kerajaan yang menindas warga tempatan dan warga asing tu yang buat aku meluat.
Dan tadi juga, dan-dan si Zahid Hamidi UTURN tentang isu kemasukan 1.5 juta Bangladesh ke Malaysia. Bukan si Zahid aje buat komedi tadi, si menteri Sumber Manusia, Richard Riot pun buat lawak bangang juga.
Laporan The Star menyebut menteri berkenaan menyatakan 1.5 juta pekerja Bangladesh tu bukan untuk pasaran Malaysia aje. Sebaliknya untuk dibawa ke 139 buah negara.
"Tak betul persepsi yang mengatakan 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan masuk ke Malaysia"
"Angka itu sebenarnya ialah bilangan pekerja Bangladesh yang berdaftar dengan kementerian Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh yang mencari pekerjaan di luar negara, termasuklah Malaysia"
Itu Richard Riot yang kata (rujukan).
FOBN macam biasa, laju2 perbodohkan diri
Betul aku rasa Richard Riot neh bukan ketinggalan keretapi aje bahkan ketinggalan beca juga. Slow nak mampos.
Dah hampir setahun kot kita membidas kenyataan Zahid yang nak bawa masuk 1.5 juta pekerja dari Bangladesh, alih-alih dia boleh cakap angka tersebut untuk pasaran 139 negara yang lain. Zahid, elok kau tempeleng rakan sekerja kau. Sebab lembab sangat. Hehhh!
Dan tadi juga, Zahid Uturn.
Berita melaporkan bahawa kerajaan bekukan semua penggambilan pekerja warga asing termasuklah dari Bangladesh (rujukan). Bekukan sementara atas tujuan ;
1. Nak semak bilangan pekerja warga asing yang tak berdaftar = PATI di Malaysia.
2. Bilangan PATI akan diconvert kepada PADI dan seterusnya dibenarkan memasuki pasaran pekerjaan di Malaysia.
3. Nak semak keperluan industri. Apakah benar kita perlu pengambilan pekerja warga asing lagi ataupun bilangan mereka perlu dikurangkan.
Nampak tak kebodohan menteri-menteri kita?
Nak suruh mereka fikir macam di atas pun, perlu rakyat melalak berkali-kali baru nak faham.
Sepatutnya, fikir macam di atas ini la, baru buka pengambilan pekerja warga asing, itupun kalau perlu.
Sebaiknya, halang majikan dari memanipulasikan tenaga manusia atas tujuan memaksimakan keuntungan. Pekerja perlu dibayar upah setimpal dengan apa yang mereka tawarkan. Ini baru keadilan.
Seharusnya, kerajaan berkebajikan perlu memikirkan bagaimana nak mencegah majikan dari menjadi tamak. Bukan menyokong mereka dengan polisi yang menindas. Tapi kalau dah menteri pun tamak, kita nak kata apa lagi.
Sungguh pun Zahid umumkan kerajaan bekukan sementara pengambilan pekerja warga asing, tetapi ianya bersifat sementara. Ringkasnya, kerajaan tangguhkan cadangan tersebut. In fact kalau kerajaan umum batal, pun ianya bersifat sementara. Kerana ada kemungkinan setahun, dua tahun atau tiga tahun selepas itu, cadangan yang sama akan dilaksanakan semula.
Dan lebih pelik, MoU baru sahaja dimeterai semalam di negara Bangladesh, hari ini dan-dan Zahid umum kerajaan bekukan cadangan tersebut.
Apa ke logikkannya?
Korang tak rasa pelik ke? Aku seriyus rasa pelik.
Bukan itu saja. Laporan berita FMT turut menyebut bahawa adik Zahid juga telah menarik diri dari segala jenis bentuk perniagaan berkaitan pengambilan pekerja warga asing (rujukan).
Kelam kabut.
Si Richard tue dah p Dhaka untuk sign MoU tau.
Bukan free.
Pembayar cukai tanggung kos pemergian dia tu.
Atas nama kerja la katakan.
Dan hari neh Zahid kata, tangguh.
Macam mana dalam masa kurang 24 jam mereka boleh buat keputusan macam tu, macam neh?
Dan, secara tiba-tiba dia menukar kata
Buat satu keputusan, tetapi berdasarkan sentimen?
Keputusan tu pula mungkin diambil atas nama nak mendapatkan keuntungan?
Bila orang asyik berkata, kita rasa kita patut holdkan?
At least sampai masyarakat lupa atau hingga kita di undi semula?
Dan selepas itu baru la kita boleh sambung cadangan lama?
Seriyus aku cakap. Selepas Zahid tempeleng Richard, tolong la tempeleng muka dia sama.
Kbai.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.
Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016
Fri Feb 19, 2016 7:54 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Abu Ammar Hidapi Sakit Tangan Membengkak Meninggal Dunia Pagi Tadi
siakapkeli.my
IPOH: Seorang pemuda yang berjaya meraih simpati netizen baru-baru ini kerana sakit yang dihidapinya, Abu Ammar Mustaqim Abu Bakar,22, disahkan telah meninggal dunia pagi tadi.
Ammar yang menderita tangan membengkak luar biasa akibat barah tulang tahap empat adalah pelajara jurusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Ungku Omar (PUO) itu menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini kira-kira jam 5 pagi.
Bapanya, Abu Bakar Ali, 52, berkata Abu Ammar dikejarkan ke hospital jam 10 malam tadi selepas keadaannya kelihatan pucat.
"Muka dia amat pucat termasuk bibirnya menyebabkan kami membawanya ke hospital, namun Ammar disahkan meninggal dunia jam 5 pagi tadi."
"Sebelum menghembuskan nafas terakhir, dia kelihatan sangat letih," katanya dipetik laporan BH Online.
Abu Bakar berkata, jenazah anaknya dimandi dan dikafankan di HRPB pagi tadi dan dibawa ke Kampung Bukit Setiu di Terengganu, untuk dikebumikan di sana.
Beliau dalam pada itu meminta orang ramai yang berhasrat untuk terus menderma bagi membantu anaknya tidak berbuat demikian lagi kerana Ammar sudah pergi untuk selama-lamanya.
Kanser yang dihidapi Ammar ini dikatakan berpunca kerana terjatuh ketika bermain futsal pada April lalu menyebabkan tangannya berasa sakit dan bertambah buruk kira-kira empat bulan kemudian yang menyebabkan bahunya semakin membengkak. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.
Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016
Fri Feb 19, 2016 7:55 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Rakyat Kian Menderita, Undurkan Najib Segera!
bloglist-malaysia.
greenboc.blogspot
Dicatat oleh Green Boc
'Mahathir mahu semua parti ketepi perbezaan singkir Najib'
Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju supaya semua parti politik mengketepikan perbezaan masing-masing dan berganding bahu untuk menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dedah seorang ahli parlimen PAS.
Bercakap kepada Malaysiakini, Datuk Mahfuz Omar berkata, ini adalah antara keputusan dan isu-isu yang dibincangkan semasa pertemuannya selama sejam dengan bekas perdana menteri itu pagi ini.
"Kedua-
"Kami bersetuju bahawa kita harus mengketepikan perbezaan antara parti dan ideologi, kita harus lihat ke hadapan," katanya.
Menurut Mahfuz, jika isu pengganti dibincangkan ketika ini, ia mungkin menyebabkan pertikaian.
"Idea kami sama iaitu perubahan PM mesti disegerakan, cara bagaimana, bermula dari kesatuan semua pihak, termasuk parti-parti politik.
"Jangan fikir dulu siapa pengganti PM, sebab kalau fikir dulu siapa pengganti PM, makna takkan berlaku... semua pihak akan bertengkar, akan perlu ada kepentingan politik masing-masing,
Ahli Parlimen Pokok Sena juga berkata beliau telah berjumpa Dr Mahathir atas inisiatifnya sendiri dan tidak mewakili PAS.
Menurutnya, pembangkang boleh membiarkan Najib terus menjadi perdana menteri sehingga menimbulkan lebih banyak rasa tidak puas hati dan marah rakyat terhadap Umno dan BN supaya peluang mereka lebih cerah pada pilihan raya umum akan datang.
"Dalam tempoh masa lama itu satu penganiayaan kepada rakyat akan terus berlaku.
"Saya tak sampai peringkat untuk terus menganiayai rakyat yang tertekan di bawah pimpinan Najib," katanya.
Mahfuz berkata susulan perjumpaan pagi tadi, beliau mencadangkan perbincangan lanjut dan meliputi jumlah yang lebih besar.
"Bukan hanya saya dan Tun (Dr Mahathir)... memerlukan pelan tindakan.
"Pemikiran itu sudah ada titik pertemuan. Saya beritahu tadi perlu ada satu pertemuan lebih besar pelbagai parti, NGO dan individu untuk kita rangka pelan tindakan," katanya.
Bagaimanapun beliau mengakui bahawa Mahathir pada pertemuan itu tidak memberi sebarang janji atau jaminan mengenai pelan tindakan berkenaan.
"Dia (Dr Mahathir) ambil maklum. Bagi saya beliau seorang negarawan, walaupun ada perbezaan dalam beberapa hal, tetapi kita ada titik pertemuan pada isu semasa.
"Bagi saya beliau boleh panggil semua pihak bukan saja daripada pembangkang tetapi juga di kalangan individual, BN dan NGO lain," katanya lagi. -mk
Zaid saran perhimpunan 27 Mac bagi desak Najib undur
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menyarankan satu perhimpunan diadakan pada 27 Mac ini untuk mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dalam tulisan di blog, bekas ahli parlimen Umno itu berkata keadaan negara sekarang tidak boleh dibenarkan berterusan dan menggesa rakyat supaya berdiri teguh di belakang Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sudah terlalu lama, katanya, rakyat diselubungi ketakutan berikutan beberapa tindakan oleh Najib.
Zaid menuduh Najib melumpuhkan institusi awam dengan melantik hanya 'pak turut' menganggotai badan-badan seperti Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
"Menteri dan pegawai tinggi kerajaan menutup mata terhadap perbuatannya ini kerana mereka fikir beliau tidak akan bertahan lama. Mereka langsung tidak menyedari bahawa ini amat merosakkan negara.
"Kita tidak boleh membenarkan keadaan ini berterusan walaupun satu minit lagi... Kita secara bersama mesti menunjukkan kepada Najib bahawa kita tidak takutnya," katanya.
Menurut Zaid, alasan berhubung skandal 1MDB adalah bahawa Mahathir kehilangan lebih daripada RM42 bilion kerana salah urus kewangan semasa menjadi perdana menteri dan oleh itu beliau tidak mempunyai hak mengkritik Najib.
Selain itu, beliau berkata, penyokong perdana menteri juga menuduh Mahathir berat sebelah dan hanya membantu rakan-rakan dan anak-anaknya untuk mendapatkan kontrak dan konsesi.
Perbezaan Najib - Mahathir
Mendakwa bahawa Najib melakukan perkara sama, Zaid berhujah bahawa perbezaan antara bekas perdana menteri itu dan perdana menteri sekarang terlalu jauh.
"Mahathir tidak pernah curi wang kerajaan, sama ada menerusi syarikat-syarikat yang berdaftar di Kepulauan Virgin British atau cara licik lain. Tidak satu sen pun.
"Malah beliau juga mencabar Najib untuk menyiasatnya.
"Najib, sebaliknya terlibat dalam pelbagai skandal kewangan, sama ada pembelian kapal selam, 1MDB dan 'derma' yang diterimanya sebagai perdana menteri.
"Najib dan isterinya amat kaya dan gaya hidup mereka seperti raja dan permaisuri. Sebaliknya, Mahathir dan (isterinya) Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali hidup secara sederhana.
"Walaupun Mahathir menyuruh Najib dan polis untuk menyiasatnya, Najib pula sibuk mengarahkan siasatan ke atasnya ditutup. Nampak perbezaannya? " katanya. -mk
ulasan:
Tanpa Nama berkata...
Ada bagus dan ada tak bagusnya cadangan Tuan Mahfuz itu.
Apa yang bagusnya? Najib turun dan pindah segera ke luar negeri. Semua pihak pun maafkan dia. Wah. Enjoy sakanlah dia. Ada 144 negara bersedia terima dia jadi warganegara asalkan dia parking setengah kontena sahaja harta merdak 'dia' tu kat mana2 negara. Yang akan naik jadi PM nanti puak2 assabiah Umno juga. Mampuih lagi la rakyat jelata. PAS pula jadi tukang hias pelamin PM baru. Nampak dah macam Islam sungguhlah ye kerajaan baru nih..
Tak bagusnya adalah, mengapa tidak dicadangkan penurunan PM Najib hendaklah disusulkan pulak dengan kerajaan campuran agar satu pilihan raya umum yang benar2 adil lagi telus dapat dilaksanakan? Ini himpunan segala rakyat jelata. Yang pastinya rakyat pro pembangkang yang paling ramai akan turun. Maka inspirasi rakyat tentunya bukan sahaja hendakkan Najib turun, tapi mahukan sebuah kerajaan yang benar2 adil lagi saksama dapat disegerakan.
Baiklah. Mari kita setuju dengan Tun Dr Mahadhir sebagai ketua perarakan. Tapi dia tidak berhak hendak paksa rakyat bersetuju dengan semua cadangan dan hujah2 dia semata2. Kenapa? Rakyat tahu siapa Mamak ni..
Tanpa Nama berkata...
Siapa bercakap dengan tajuk najib akan disiasat tapi hanya ikan bilis sja bila ikan jerung keluar kenyataan suruh siasat atau saman najib akan alih tajuk dan isue sebaliknya kaki pengampu yang akan memberi kenyataan contoh terdekat anuar musa telah jadi juru cakap baru najib sebabnya mudah iaitu selepas ia dilantik kejawatan yang rakyat tak boleh nak pertikai ini adalah sebabnya najib tolong lepaskan petaka anuar musa yang telah berlaku di Australia sana kita tunggulah nanti apa akan berlaku dengan isue tersebut.Dan sekarang PRN serawak semua pakat serbu ke serawak dan baru tadi TPM telah melluskan peruntukan diSamarahan.
Tanpa Nama berkata...
Wahai pak2 menteri..cuba tanya hati kecil kau..apakah betul kau menjaga rakyat..yg terhimpit dgn bermacam masalah..penganggur
Ling: Negara Kembali Aman, Stabil Jika Najib, Rosmah disingkir
bloglist-malaysia.
greenblacks.
Dicatat oleh G.blacks
Bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik terus membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sebelum ini mengheretnya ke mahkamah atas saman fitnah.
Menurut bekas menteri kanan itu, tidak ada yang apa yang salah dengan Umno dan BN.
"Hanya Najib dan (isteri perdana menteri) Rosmah (Mansor).
"Kita singkirkan Najib dan Rosmah, negara akan kembali normal. Keamanan, kestabilan dan kemajuan akan kembali ke Malaysia," katanya pada sidang akhbar di Kajang, Selangor.
Beliau mengulas soalan berhubung keputusannya untuk terbabit dengan perhimpunan BERSIH, pada Ogos tahun lalu dan tuduhan terhadap Najib mengenai 'derma' RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadinya.
Ling berkata beliau tidak mempunyai masalah peribadi dengan Rosmah, tetapi percaya bahawa beliau terlibat dalam isu-isu bersama-sama dengan suaminya.
"Dua-dua mereka terlibat, saya mungkin salah, tapi jika hanya Najib, Najib lah," katanya.
Bekas presiden MCA turut membidas kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang mendakwa Najib telah mengembalikan RM2.03 bilion kepada penderma berkenaan.
"Semua oang terkejut," katanya apabila diminta mengulas perkara itu.
"Saya sedang makan malam dengan seorang bekas menteri, dia minta saya namakan orang yang diberi RM2.6 bilion dan memulangkan wang itu semula?
"(Ini) tidak mungkin benar, siapa yang percaya? Jika awak pulangkan RM10 yang saya berikan itu adalah okay (tetapi bukan RM2.6 bilion).
"Awak fikir rakyat bodoh," katanya.
[Baca berita penuh]
sumber...mKini
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.
Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016
Fri Feb 19, 2016 7:55 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Tiga Maut, Sembilan Cedera Dalam Kemalangan Babitkan 4 Kenderaan
siakapkeli.my
Jasin, 19 Feb: Tiga maut manakala sembilan lain cedera dalam satu kemalangan yang membabitkan empat kenderaan di Kilometer 176.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran dengan Plaza Tol Lipat Kajang di sini petang tadi.
Kejadian membabitkan sebuah treler, sebuah lori kontena, sebuah kereta Toyota Camry dan sebuah Perodua Myvi.
Laporan Harian Metro melaporkan, dalam kejadian 4.45 petang itu, treler yang dipandu oleh Muhammad Saiful Om, dikatakan hilang kawalan dan terbabas masuk ke laluan bertentangan.
"Ketika kejadian Toyota Camry yang dinaiki empat lelaki bersama dua kenderaan masing-masing Perodua Myvi dan lori kontena yang datang dari arah Kuala Lumpur menghala Johor Bharu yang kebetulan melalui lokasi kejadian dipercayai gagal mengelak dan berlaku perlanggaran.
"Siasatan awal mendapati ketika kejadian keadaan cuaca hujan.
"Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Jasin dan mereka yang cedera dirawat di Hospital Tangkak," katanya.
Pemandu treler tersebut, 31, serta dua penumpang Toyota Camry masing-masing Mohd Nizam Abdul Rahim, 48, dan Halid Haron, 48, maut di tempat kejadian. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.
Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016
Fri Feb 19, 2016 7:56 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Lelaki Bangladesh 'Bermandi Darah' Dibelasah Orang Awam
siakapkeli.my
Kuala Lumpur: Seorang lelaki warganegara Bangladesh bermandi darah akibat dibelasah oleh orang awam yang berang dengan tindakan lelaki terbait merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun di tandas pusat siber di pusat siber di Taman Sri Rampai dalam kejadian yang berlaku semalam.
Dalam kejadian yang berlaku jam 10.30 malam itu, mangsa difahamkan menemai ayahnya ke pusat siber itu sebelum ditarik oleh suspek, 30, ke dalam tandas.
Sumber Harian Metro melaporkan, anak bongsu daripada tiga beradik itu diraba di bahagian kemaluan sebelum dirogol oleh suspek.
Tambahnya lagi, mangsa dipaksa diam sebelum kehilangannya disedari bapanya.
"Bapa mangsa yang menyedari anak tiada terus ke tandas dan mengetuk pintu sebelum mendapati lelaki Bangladesh itu merogol anak perempuannya.
"Berang dengan kejadian itu, bapa mangsa dan orang awam membelasahnya sebelum menghubungi polis," katanya.
Sepasukan anggota polis dari Balai Wangsa Maju kemudian ke lokasi kejadian dan menahan lelaki terbabit.
Remaja kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohd Roy Suhaimi Sarif berkata, suspek didapati tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya sebagaimana lapor portal Harian Metro. - Siakapkeli.my
"Hanya Orang Melayu Yang Bising Kerajaan Bawa Masuk Pekerja Asing," - Anak TPM
siakapkeli.my
Hanya Melayu yang bising, bukan Melayu tidak persoalkan pun usaha kerjaan membawa masuk sejumlah besar pekerja asing ke Malaysia, itulah kata anak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid.
Beliau dalam pada itu berkata orang Melayu sewajarnya tidak merungut dengan kedatangan pekerja asing ke negara ini kerana kaum lain juga mampu berjaya hasil usaha gigih mereka sendiri.
"Kalau hendak bergaduh kamu tidak boleh cari makan di negara sendiri, saya tidak tahulah kepercayaan orang dari luar ini macam mana?
"Orang yang bising ini orang Islam. Ada dengar orang Cina komen? Tidak ada, bukan? Kenapa orang Cina boleh hidup di negara kita? Mereka kerja apa?
"Mereka berniaga kuey tiaw, buka bengkel, tidak bising pun. Kenapa orang Melayu bising? Kenapa orang India tidak bising? Sebab hati," katanya dipetik laporan ProjekMMO malam tadi.
Ketua penerangan Majlis Belia Selangor berkata kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh sebenarnya tidak ahrus dijadikan isu, selagi pekerja asing terus dipandang negatif maka pelbagai persoalan lain yang tidak sepatutnya akan terus dibangkitkan.
"Dulu masa gadis Malaysia lari ke Lombok, marah kerajaan. Sekarang bawa buruh Bangladesh masuk, [buruh] Bangladesh salah.
"Habis, hendak bawa pekerja Korea? Hendak bawa pekerja Korea yang kacak itu bekerja dengan kita, boleh? Isu ini tidak akan selesai sebab hati," katanya. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.
Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016
Fri Feb 19, 2016 7:57 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
INILAH PUNCA RAMAI ORANG MENCARUT BILA MEMANDU KERETA
bloglist-malaysia.
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat
!#@&%!*÷×
comment:
Saadun Sulaiman said...
Itu memang perkara biasa. Ia berlaku kerana terikut ikut akan peranggai para pemerintah kot. Seperkara yang membuat aku menyumpah ada lah apa ada kereta memotong dan tak sampai beberapa depa kereta tersebut membelok ke kiri. Bukan kah itu haramjadah nama nya. Kalau nak di ikut kan banyak perkara "ANEH" yang berlaku. Itu lah pun tahap mentiliti para pemandu di Malaysia BOLEH ni.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.
Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016
Fri Feb 19, 2016 7:57 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Ustaz Bawa Motorsikal Berkuasa Tinggi Cedera Dipukul Polis Di Gurun, Kedah
bloglist-malaysia.
Posted by Jeebond BLM
ALOR SETAR — Seorang guru agama mendakwa cedera di kepala dan tangan setelah dipukul, ditumbuk dan digari oleh dua anggota polis di Balai Polis Gurun pada Selasa lalu.
Mohd Na'im Zakaria, 29, yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Simpang 3, Sungai Daun berkata kejadian berlaku pada kira-kira 10 malam selepas dia yang menunggang motosikal berkuasa tinggi ditahan anggota polis dalam sekatan jalan di hadapan balai terbabit.
"Saya dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Haji Majid, Guar Cempedak selepas menghadiri majlis perkahwinan di Sungai Petani. Sampai di tempat kejadian seorang anggota polis berpangkat sarjan telah meminta lesen memandu untuk diperiksa.
"Anggota polis terbabit menanyakan mengenai kuasa motosikal yang saya tunggang dan apabila saya menjawab pertanyaannya, saya terus dimaki dan dimarahi kerana tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Mohd Na'im berkata sarjan itu dan seorang koperal kemudiannya menggari tangannya dan membawanya masuk ke dalam balai berkenaan tanpa memberitahu kesalahan yang dilakukan.
"Masuk sahaja dalam kawasan balai mereka terus menyepak kaki, menumbuk bahagian belakang dan kepala dan mengheret saya seperti seorang penjenayah.
Selain itu, mereka turut mengeluarkan kata-kata kesat dan memperlekeh kerjaya saya sebagai seorang guru.
"Tindakan mereka itu telah menyebabkan kepala saya berdarah selain mengalami lebam di bahagian tangan akibat digari. Saya juga telah ditahan di lokap hampir lima jam dan ini menyebabkan saya menjadi trauma dan terkilan dengan tindakan dua anggota polis terbabit," katanya.
Katanya dia telah membuat laporan di pondok polis di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada keesokkan harinya (10 Februari) semasa mendapatkan rawatan di hospital itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Md Zukir Md Isa berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dan juga siasatan dalaman dari sudut tatatertib terhadap dua anggota polis itu. — Bernama
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.
Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016
Fri Feb 19, 2016 7:58 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Baru Kali Pertama Berurut, Wanita Perak Ini Maut Di Singapura
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai
SEORANG wanita yang berasal dari Perak, Serene Lim Xinhui, 26, dilaporkan mati selepas menjalani sesi rawatan tradisional Cina, Tuina di Singapura, baru-baru ini.
Menurut laporan portal Asia One, Serene yang menetap dan bekerja di sana pergi mengunjungi pusat rawatan Qing Kang yang terletak di pusat membeli belah Midpoint Orchard pada jam 7.30 malam, 14 Februari lalu.
Ketika mendapatkan khidmat urutan Tuina, badannya tiba-tiba mengigil seperti diserang sawan dan kemudiannya mangsa dilaporkan koma.
Tukang urut kemudiannya terus menghubungi pihak paramedik untuk mendapatkan bantuan.
Mangsa disahkan mati di Hospital Tan Tock Seng pada jam 8.47 malam.
Mayat mangsa telah dituntut keluarga sehari selepas kematiannya dan pihak polis masih lagi menjalankan siasatan bagi menyiasat punca sebenar kematian wanita muda itu.
Ini merupakan kali pertama mangsa mendapatkan khidmat urutan di situ selepas menggunakan diskaun yang diperolehnya menerusi laman web Groupon. – sumber
Read more: http://www.kitabantai.info/2016/02/baru-kali-pertama-berurut-wanita-perak.html#ixzz40cqR5GTO
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.
Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)
Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ? reminder
When: Friday, 19 February 2016 05:00 PM to 06:00 PM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London
Where: http://rokokkesehatan.com/?ref=8429
Notes: Halo sahabat...
Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ?
- . Apakah ingin memiliki Mobil Mewah ?
- . Ingin memiliki Rumah Mewah ?
- . Ingin memiliki Bisnis Besar ?
- . Bebas Finansial ?
- . Hidup Mapan dan Sejahtera ?
TETAPI... Bagaimana CARA meraih itu semua ?
- . Butuh Modal BESAR ?
- . Harus berpendidikan TINGGI ?
- . Harus Bekerja sangat KERAS ?
Mampukah kamu ?
Coba luangkan waktumu sejenak melihat situs ini :
http://goo.gl/1foLME
Di rokokkesehatan.com anda akan mendapatkan penghasilan
milyaran rupiah tanpa perlu bekerja keras!
Menggunakan sistem otomatis yang pasti akan menghantarkan
anda menjadi seorang milyuner! DIJAMIN!
Perlu BUKTI ?
Kunjungi Website saya :
http://goo.gl/1foLME
Sukses Selalu!
Darman
http://goo.gl/1foLME
From: automobil Calendar
Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us
Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments:
Post a Comment