15 Messages
Digest #4395
Messages
Wed Feb 10, 2016 2:48 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Bonus Tabung Haji Lapan Peratus Atau Lima? Pendeposit Keliru Dan Kecewa
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai
Lembaga Tabung Haji membayar bonus berjumlah RM3.236 bilion untuk tahun lepas berbanding RM3.237 bilion pada 2014. ― Foto oleh Yusof Mat Isa
KUALA LUMPUR, 6 Feb — Walaupun Lembaga Tabung Haji (TH) sudah mengumumkan jumlah dividen dan bonus untuk 2015 kelmarin, masih ramai yang keliru dengan jumlah sebenar peratusan yang akan mereka perolehi.
TH mengumumkan bahawa bonus tahunan merupakan 5 peratus, dengan tambahan 3 peratus lagi bagi mereka yang belum menunaikan haji.
Namun, ada beberapa pendeposit, terutama yang sudah menunaikan haji, keliru dengan jumlah bonus 8 peratus itu dan menyangka mereka juga layak, lapor Sinar Harian hari ini.
Tahun-tahun lepas kalau TH kata dapat lapan peratus, memang kami dapat lapan peratus. Cuma tahun ini terkejut sebab dapat sikit.
"Mak cik rasa pelik juga kenapa TH tidak beri bonus yang sama rata kepada semua pendeposit. Adakah duit kami yang disimpan di TH tidak ada nilai? soal Maimon Mohamed, 73, seorang pesara guru.
Maimon, yang sudah menunaikan haji pada 2005, berkata beliau kecewa kerana pengumuman mengelirukan sedemikian tidak pernah berlaku sebelum ini.
Mohamed Nor AR Jamli Mohammed, 76, dari Klang juga melahirkan rasa kecewa beliau kerana terdapat perbezaan bonus tersebut.
"Kenapa mesti ada yang dapat 5 peratus, ada dapat 8 peratus? Pak cik sudah lama simpan duit di TH sejak 1968 lagi, jadi kita harap TH dapat berlaku adil kepada semua pendeposit dengan memberi jumlah bonus yang sama," kata beliau.
Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata keuntungan bersih TH selepas zakat mencecah RM3.53 bilion berbanding RM2.98 bilion pada 2014, tetapi bonus tahunan turun daripada 6.25 peratus ke 5 peratus sahaja.
"Jumlah bonus tahun ini lebih sedikit berbanding tahun sebelum sedangkan TH umum dapat banyak untung," tambah Mohamed Nor, kecewa.
Read more: http://www.kitabantai.info/2016/02/bonus-tabung-haji-lapan-peratus-atau.html#ixzz3zd1qLXAH
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.
Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016
Wed Feb 10, 2016 2:49 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
KALAU TAK NAK KENA SEMBELIH MACAM BRADER NI, JANGAN ON DATA ROAMING SMARTPHONE KORANG BILA DI LUAR NEGARA.
bloglist-malaysia.
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat
N'N:Lebih baik jangan pakai langsung sim kad Malaysia pakai shj sim kad negara yng kita melancong confirm tak kena sembelih sampai RM 12K...
RM15 Ribu Bil Dari Celcom Untuk 4 Hari Penggunaan
bloglist-malaysia.
Posted by Jeebond BLM
Kegembiraan bercuti bertukar menjadi geram apabila seorang pelakon terkejut menerima bil telefon bimbit sebanyak RM15,135 dari Celcom ketika menggunakan perkhidmatan telko itu di London dan Paris.
Wan Raja, 39, mendakwa pihak Celcom telah menganiayanya kerana caj yang dikenakan terhadapnya itu tidak seperti yang dinyatakan dalam pakej yang ditawarkan oleh Celcom ketika berada di luar negara selama 10 hari, November 2015
"Saya terkejut apabila Celcom menghubungi saya memberitahu bil telefon tertunggak berjumlah RM15,135 kerana menggunakan perkhidmatan mereka ketika berada di luar negara.
"Saya rasa tertipu kerana Celcom pada awalnya menghantar tawaran data plan hanya RM38 sehari dan saya hanya menggunakan selama 4 hari sahaja. Tetapi tidak menyangka akan dikenakan caj sebanyak itu," katanya.
"HADIAH TAHUN BARU DARI CELCOM!Terbaca status seseorang yg dicekik dengan harga Rm12k angkara ke Thailand baru-baru ni.Hari ni giliran saya.Tergoda dengan tawaran CELCOM Rm38 sehari untuk data plan di luar negara,ketika di London saya terjebak dengan plan ini.Saya MENGIKUT SETIAP ARAHAN SMS MEREKA KETIKA DI UK, GUNAKAN VODAPHONE DAN KETIKA DI PARIS GUNAKAN LINE SFR tanpa ragu-ragu dan tanpa kesilapan.Pada HARI KEEMPAT line saya di potong (barred).Saya tidak kisah sangat ingatkan bill saya mencecah Rm150.Memang itu pun limitnya.Alangkah terkejut dan sakit hatinya bila dapat bill yg berjumlah Rm15k.Bila saya ke pejabat CELCOM untuk bertanya,saya dituduh tersalah mengambil carrier di Paris dengan menunjukkan yang saya memakai line ORANGE disana.SAYA BELUM BUTA HURUF LAGI! Dan jumlah itu tidak boleh dikurangkan walaupun sesen.Sekarang saya dah tukar nombor,kepada yang mengenali tolong PM untuk nombor terbaru saya,tq.THANK YOU CELCOM FOR THIS NEW YEAR GIFT."
Menurut Wan Raja, dia telah bertemu dengan bahagian perkhidmatan pelanggan Celcom bagi meminta penjelasan dan diskaun, namun gagal. Sebaliknya Celcom mendakwa ia berpunca dari kesilapan Wan Raja sendiri yang tersilap memilih perkhidmatan telekomunikasi di negara yang dikunjunginya itu.
"Saya telah berjumpa dengan pihak Celcom untuk meminta penjelasan terperinci, namun Celcom tetap bertegas meminta saya membayar RM15,135.
"Celcom juga berkata jumlah RM15,135 itu telah diberikan diskaun daripada jumlah sebenarnya adalah RM92,000! Ini tidak masuk akal kerana saya hanya menggunakan data plan untuk memuat naik gambar di Instagram dan aplikasi Waze sepanjang 4 hari itu.
"Jika kredit saya sudah mencapai hadnya, Celcom sepatutnya menyekat akaun saya dari membiarkan ia mencecah puluhan ringgit," katanya.
Masalah itu menjadi semakin rumit apabila nombor telefon itu didaftarkan di atas nama ibunya yang berada di Pulau Pinang.
"Saya terpaksa pulang ke Pulau Pinang untuk menjelaskan perkara ini kepada ibu agar dia tidak terkejut menerima bil tersebut.
Wan Raja kini masih mencari jalan penyelesaian dan akan mengambil tindakan undang-undang jika terbukti Celcom sengaja menganiayanya.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.
Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016
Wed Feb 10, 2016 2:50 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Pekerja Pilih Turun Kadar Caruman 8% Akan Hilang Ribuan Ringgit
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai
PETALING JAYA: Pekerja yang memilih untuk menurunkan kadar caruman Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) daripada 11 peratus kepada lapan peratus akhirnya akan kehilangan ribuan ringgit menjelang tibanya tempoh persaraan.
Walaupun tempoh potongan bulan meliputi tempoh selama 22 bulan, bermula Mac 2016 hingga Disember 2017, kehilangan faedah kompaun ke atas jumlah tersebut akan menjejaskan simpanan KWSP.
Pakar ekonomi bebas, Lee Heng Guei berkata kumpulan berpendapatan rendah antara yang paling terjejas kerana ramai yang belum mencapai tahan simpanan minimum sebanyak RM196,000 yang diperlukan untuk menampung kehidupan mereka sehingga usia 75 tahun.
"Ia mungkin menyediakan wang tambahan tetapi penurunan kadar caruman bermaksud simpan KWSP lebih sedikit sepanjang tempoh 22 bulan.
"Ini bermaksud hilang faedah kompaun untuk jumlah tersebut," katanya dalam satu temubual.
Beliau berkata jumlah yang terjejas akan bergantung kepada potongan berdasarkan gaji pokok pekerja.
Sebagai contoh, Lee berkata seorang pekerja berusia 30 tahun yang memperolehi pendapatan RM4,000 mungkin mendapat wang tambahan sebanyak RM120 untuk tempoh 22 bulan tetapi akan kehilangan RM10,006 pada usia 55 tahun dengan mengambil kira kadar faedah tahunan ditetapkan pada 5.5 peratus.
Melainkan jika ia diwajibkan, Lee berkata adalah lebih baik untuk membiarkan aliran wang masuk ke dalam simpanan KWSP mereka.
Lee berkata bagi pekerja yang memperolehi pendapatan RM5,000 mereka akan mendapat wang tambahan sebanyak RM3,300 bagi tempoh 22 tahun.
Namun, katanya, mereka akan kerugian RM12,813 menjelang tempoh persaraan nanti manakala kerugian mencecah RM25, 168 kepada mereka yang berpendapatan RM10,000.
Pengarah Urusan Penasihat Bebas Whitman, Yap Ming Hui berkata KWSP berfungsi sebagai dana persaraan dan mereka yang bersetuju dengan penurunan kadar 3 peratus hanya akan menjejaskan momentum simpanan mereka.
Tambahnya, terdapat juga risiko sekiranya pekerja mungkin menggunakan wang lebihan itu untuk melabur atau membuat bayaran pembelian secara ansuran.
"Mereka mungkin bergantung kepada wang tambahan tersebut untuk melabur atau membayar pembelian secara ansuran mereka.
"Namun, wang tunai tambahan itu akan berakhir pada Disember 2017, menyebabkan mereka tidak cukup wang untuk menguruskan perbelanjaan," katanya.
Seorang penasihat kewangan yang hanya mahu dikenali sebagai Wong berkata, ramai golongan berpendapatan rendah yang akan merasa kesan penurunan kadar caruman ini.
"Mereka akan membayar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) apabila membelanjakan wang tambahan dan kurang menyimpan dalam simpan KWSP mereka," katanya.
Wong menasihati pekerja supaya mengekalkan kadar caruman asal bagi membolehkan simpanan mereka terus bertambah.
Read more: http://www.kitabantai.info/2016/02/pekerja-pilih-turun-kadar-caruman-8.html#ixzz3zSS4Zukw
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook
----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Sunday, January 31, 2016 11:42 PM
Subject: Fw: Pekerja Digesa Tidak Pilih 'Potong Tiga Peratus'
Caruman KWSP: Pekerja Digesa Tidak Pilih 'Potong Tiga Peratus'
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai
PETALING JAYA: Persekutuan Majikan Malaysia menasihatkan pekerja supaya tidak memilih pengurangan tiga peratus caruman dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja kerana ia boleh menjejaskan simpanan persaraan mereka.
Pengarah Eksekutifnya Datuk Shamsuddin Bardan berkata, walaupun wang tambahan mungkin sangat berguna untuk sesetengah isi rumah, caruman KWSP yang lebih rendah akan menghakis kira-kira 70 peratus simpanan persaraan pencarum.
Beliau berkata pekerja sektor swasta menyumbang kira-kira RM18 bilion setahun kepada KWSP dan pengurangan itu diterjemahkan kepada RM540 juta di tangan pekerja.
"Tetapi wang tambahan itu hanya akan menjadi satu jumlah yang kecil untuk penyumbang dari golongan berpendapatan rendah atau orang yang berpendapatan kurang dari RM5,000 sebulan.
"Jika tiada ada sebab untuk mengambil wang tambahan, nasihat saya, mereka perlu memilih mengekalkan caruman mereka," katanya kepada The Star, Jumaat.
Setiausaha Agung Cuepacs Datuk Lok Yim Pheng berkata pekerja perlu membuat pertimbangan terhadap pilihan mereka dengan teliti.
"Jika mereka mampu hidup tanpa wang tambahan, mereka perlu memilih untuk tidak mengurangkan caruman KWSP mereka.
"Mereka hanya boleh melakukannya jika mereka benar-benar memerlukan wang untuk mengimbangi kos hidup yang lebih tinggi," katanya.
Yim Pheng berkata wang tambahan mungkin berguna untuk pendidikan anak-anak atau untuk mendapatkan pinjaman perumahan atau kenderaan.
Setiausaha Agung Fomca, Datuk Paul Selvaraj berkata KWSP merupakan satu-satunya bentuk simpanan paksaan untuk pekerja.
"Alasan mengapa caruman KWSP adalah mandatori adalah untuk memastikan bahawa kita mempunyai simpanan persaraan.
"Pekerja perlu berfikir dengan teliti jika mereka ingin mengurangkan caruman mereka," katanya.
Read more: http://www.kitabantai.info/2016/01/caruman-kwsp-pekerja-digesa-tidak-pilih.html#ixzz3ynJsJ9xj
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook
----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:
Sent: Thursday, January 28, 2016 11:20 PM
Subject: Fw: Pengubahsuaian Bajet 2016
Pengubahsuaian Bajet 2016 : Ini 13 Perkara Yang Perlu Anda Tahu
siakapkeli.my
1 - Program MyBeras diperkenalkan. Program ini akan membekalkan 20 kg beras setiap bulan sehingga 2016 kepada keluarga miskin tegar yang berdaftar.
2 - Potongan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikurangkan kepada 3 peratus mulai Mac 2016 sehingga Disember 2017. Caruman majikan bagaimanapun kekal 13 peratus.
3 - Pelepasan cukai khas sebanyak RM2,000 kepada pembayar cukai individu berpendapatan RM8,000 kebawah untuk tahun taksiran 2015.
4 - Semua penjualan rumah berharga hingga RM300,000 kebawah terhadap kepada pembeli rumah pertama sahaja.
5 - Kerajaan akan menggandakan usaha pematuhan & pengauditan terhadap para pengelak cukai atau tax evaders.
6 - Kerajaan akan lebih berhemah dalam perbelanjaan terutamanya bekalan dan perkhidmatan, meneruskan usaha merasionalisasi pemberian geran.
7 - Program BR1M akan terus dilaksanakan.
8 - Kerajaan akan teruskan pelaksanaan kenaikan gaji tahunan kepada penjawat awam pada 1 Julai 2016 seperti yang dijanjikan dalam bajet 2016.
9 - Program Biasiswa Nasional bagi 20 orang pelajar terbaik lepasan SPM, untuk melanjutkan pengajian di universiti terkemuka seluruh dunia.
10 - Program Khas Kejuruteraan bagi 200 orang pelajar ke Jepun, Korea, Jerman dan Perancis.
11 - Program Lepasan Bursary bagi 744 orang pelajar, untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama di Universiti Awam, dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta di dalam negara.
12 - Pengambilan baharu seramai 8 ribu pelajar akan diberikan biasiswa untuk mengikuti pengajian yang ditetapkan di peringkat Ijazah Pertama Dalam Negara.
13 - Peruntukan pembiayaan PTPTN sebanyak 5 bilion ringgit akan terus disalurkan kepada para mahasiswa.
Untuk melihat transkrip penuh ucapan Perdana Menteri sila ikuti pautan ini : www.najibrazak.
- Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.
Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016
Wed Feb 10, 2016 2:50 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
JANGAN INGAT KAU PAKAI KERETA AUDI DAN KAD KREDIT KAU TAK PAYAH HORMAT ORANG LAIN.
bloglist-malaysia.
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat
Apa maknanya memiliki kereta besar tapi jiwa kecil,sombong dan bongkak... Boleh jer minta maaf tp disebabkan ada sifat riak langsung tak hormat org lain...
AKSI TERLAMPAU PEMANDU HONDA CITY CETUS KEMARAHAN ORANG RAMAI
bloglist-malaysia.
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat
N'N: Marilah kita bersangka baik, pam minyak tu mungkin bapak dia yng punya...
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.
Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016
Wed Feb 10, 2016 2:51 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
JANGAN TERKEJUT PERDANA MENTERI PERNAH SURUH ISTERINYA BELI TIKET SENDIRI KERANA TAKUT GUNA WANG RAKYAT....
bloglist-malaysia.
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat
Bekas ketua polis negara Tun Mohammed Hanif Omar yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha sulit (ADC) kepada allahyarham Tun Abdul Razak Hussein bercerita mengenai perdana menteri kedua itu pada seminar memperingati Tun Razak di Kuala Lumpur, hari ini.Tun Abdul Razak Hussein seorang yang benci kepada perjudian dan sentiasa berjimat-cermat dalam berbelanja, kata bekas ketua polis negara Tun Mohammed Hanif Omar.
Hanif yang juga bekas setiausaha sulit (ADC) kepada perdana menteri kedua itu berkata, Razak sentiasa berhati-hati dalam menguruskan wang negara, malah tidak berbelanja sewenang-wenang untuk isterinya, Tun Raha Noah. Hanif mengimbau satu peristiwa semasa satu lawatan ke Kaherah, Mesir Razak menyuruh seseorang membawanya ke kedai replika intan untuk membeli cenderahati kepada Raha tetapi tidak jadi membelinya.
"Beliau sangat berhati-hati tentang wang.Beliau mahu membeli intan replika yang murah tetapi orang membawanya ke kedai intan yang asli, tapi beliau beritahu orang itu tidak mampu membelinya di sini kerana tidak sekaya kamu," kata Hanif semasa seminar memperingati Razak yang dianjurkan Asian Strategy and Leadership Institute (Asli) di Kuala Lumpur, hari ini.
Selain itu, Hanif berkata Razak juga tidak suka aktiviti perjudian, mencerminkan ketegasan yang ditunjukkan bekas bosnya itu."Beliau mengarahkan aktiviti perjudian di istana Perak dan Pahang dihentikan, malah mengarahkan menangkap mereka yang terlibat dalam perjudian itu."Apabila sultan datang dan berkata mahu meneruskan aktiviti perjudian, beliau tidak bersetuju," katanya.
Sementara itu, Datin Kalsom Taib, anak perempuan kepada kawan baiknya, Tan Sri Taib Andak menceritakan Razak pernah memberitahu isterinya, Raha mengenai tiket penerbangan sehala yang perlu dibayar jika mahu mengikutnya bersama dalam lawatan rasmi."Beliau sangat prihatin dalam menggunakan wang rakyat sehingga dianggap sangat berhemah," kata Kalsom pada majlis sama.
Kalsom masih teringat mengenai kisah di mana Razak tidak mengizinkan Raha mengikutnya dalam lawatan rasmi ke Kelantan dan Burma kerana tidak mahu membazirkan wang rakyat."Beliau juga tidak mengizinkan Raha mengikutinya ke Kelantan dan menyuruhnya membeli tiket sendiri kerana tidak mahu menggunakan wang rakyat.
"Perkara sama juga berlaku dalam lawatan rasmi ke Burma apabila Razak menyuruh Raha membeli tiket penerbangannya sendiri," kata Kalsom.Katanya, Razak juga tidak mahu menukarkan tirai di kediaman rasminya kerana bimbang membazirkan wang dengan sewenang-wenangnya.
Hari ini genap 40 tahun Razak meninggal dunia selepas menghembuskan nafas terakhir pada 14 Januari, 1976. – TMI
N'N: Malang sekali anak beliau langsung tidak mewarisi sifat beliau...
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.
Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016
Wed Feb 10, 2016 2:51 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
AMANAH tanding kerusi PAS kerana ditolak PKR, DAP
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.
Parti Amanah Negara (AMANAH) tidak mendapat laluan untuk bertanding di kerusi yang dimiliki PKR dan DAP, kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad.
Katanya, disebabkan itu AMANAH berhasrat untuk bertanding di semua kerusi DUN dan parlimen milik PAS pada Pilihan Raya Umum akan datang.
Malah, Exco kerajaan negeri Selangor itu mendakwa PKR dan DAP telah mengeluarkan kenyataan yang keras serta menghina AMANAH bagi mengelakkan kerusi mereka terlepas kepada parti baru itu.
"Kami faham kenapa AMANAH hendak bertanding di semua kerusi PAS. (Kerana) Rayuan mereka untuk bertanding kerusi PKR dan DAP ditolak oleh kedua-dua parti itu.
"Saya juga telah membaca kenyataan keras dan menghina PKR dan DAP apabila AMANAH merayu untuk mendapatkan kerusi dari mereka. Jadi saya faham kenapa mereka terpaksa bertanding di kerusi PAS," tegas ADUN Chempaka itu kepada Malaysiakini.
Terdahulu, Sinar Harian hari ini melaporkan AMANAH Selangor sedia menentang PAS di semua kerusi DUN dan Parlimen yang kini disandang PAS.
Pengerusinya Ir Izham Hashim dilaporkan berkata, usaha mengenal pasti calon-calon mereka akan diperhalusi menjelang bulan Ramadan tahun ini.
'AMANAH dapat layanan buruk'
Mengulas lanjut Iskandar berkata beliau simpati dengan apa yang berlaku kepada AMANAH kini, namun menegaskan PAS sentiasa bersedia berdepan dengan mana-mana parti yang berhasrat menandingi mereka.
"Sebenarnya saya kasihan dengan mereka yang telah dilayan dengan buruk oleh rakan-rakan Pakatan Harapan.
"Oleh itu, kami bersedia (berdepan) dengan AMANAH dan kami yakin akan dapat mempertahankan kerusi-kerusi kami," katanya.
Bagaimanapun, Iskandar berkata AMANAH bukanlah ancaman yang serius kepada PAS.
"PAS tidak melihat PAN (AMANAH) sebagai ancaman yang serius," tambah Iskandar.
PARTI ISLAM (AMANAH) AKAN BERTANDING SEMUA KERUSI KERUSI PAS SELANGOR
bloglist-malaysia.
agendsai
Ramai yang bertanya tentang kesahihan laporan Sinar Harian hari ini tentang hasrat Amanah Selangor nak bertanding lawan PAS dlm PRU 14 akan datang. Jawapan nya betul cuma tak berapa lengkap. Butir-butirnya begini:
1. Kami menganggap pertandingan dalam PRU 14 akan datang adalah hanya antara Pakatan Harapan dan BN sahaja. Di bawah sistem demokrasi, mana-mana calon daripada parti lain atau bebas pun boleh bertanding tetapi kami menganggap itu tidak membawa apa-apa makna kerana mereka tidak berupaya membentuk kerajaan jika menang satu atau dua kerusi sahaja. Justeru itu PH akan meletakkan calon di semua kerusi, DUN dan Parlimen bagi menentang BN kerana kita mahu mengambil alih pentadbiran di negeri-negeri dan Persekutuan.
2. Amanah mengambil keputusan menggantikan PAS dalam PH dan dengan itu secara automatik akan mewakili PH bertanding di semua kawasan yang ditandingi PAS dalam PRU 13 dahulu. Walaubagaimanapun keputusan terakhir bergantung kepada perbincangan sesama rakan-rakan dalam PH yakni PKR dan DAP. Dan PAS TIDAK terlibat dalam perbincangan ini kerana PAS bukan parti komponen PH.
3. Tindakan ini bukan berasaskan dendam atau marah kepada PAS tetapi atas kesedaran bahawa pembangkang perlu bersatu atas satu platform jika ingin menumbangkan Umno/BN sebagaimana yang dibuktikan dalam PRU 12 dan 13. Dan platform yang dimaksudkan ialah Pakatan Harapan. Sehingga hari ini PAS menolak PH dan menyatakan ingin bekerjasama dengan Umno. Maka kami dalam PH menganggap PAS akan menjadi lawan kami dalam PRU akan datang kecuali ada perubahan drastik pada kedudukan PAS sekarang.
4. PH menegaskan sekali lagi bahawa rakyat termasuk pembangkang perlu bersatu untuk menumbangkan Umno/BN demi rakyat dan negara. Umno/BN sudah tidak relevan lagi, sudah rosak "beyond repair" dan mesti ditumbangkan dalam PRU 14. Kami masih membuka pintu pada semua yang sedia bersama PH untuk menentang BN. Tetapi pintu ini tidak terbuka sampai bila-bila kerana PRU 14 makin hampir.
Ir Izham Hashim
Pengerusi Amanah Negeri Selangor
MENANGIS TUKANG RATIB UG DAN PENYOKONG AMANAH BILA BACA KENYATAAN PEMIMPIN AMANAH INI.
bloglist-malaysia.
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat
Sebelum ini penyokong amanah dan peratib ug cukup trauma bila dengan perkataan 'kerjasama
SUMBER
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.
Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016
Wed Feb 10, 2016 2:52 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Serendah Hanya RM55 Anda Mampu Miliki Telefon Pintar LTE Terbaru Tanpa Bayar Harga Penuh
siakapkeli.my
Berita baik bagi pengguna internet dan pengguna telefon pintar di Malaysia apabila syarikat telekomunikasi terkenal negara, Celcom Malaysia Sdn Bhd telah berbaik hati membuat satu tawaran hebat yang amat berbaloi untuk digunakan.
Mana tidaknya, dengan pelan terbaru yang ditawarkan, pengguna dapat memiliki telefon pintar canggih terbaru tanpa perlu membayar harga penuh telefon tersebut selain menikmati internet yang begitu murah iaitu 10GB pada harga hanya serendah RM80. Wow!
Pelan Pasca Bayar FiRST Gold (tawaran terhad)
Apa yang menarik dengan pelan ini? sudah pasti admin katakan memang berbaloi akan anda perolehi apabila menggunakan pelan ini..apa kelebihan pelan ini?
Melalui pelan yang beharga RM80 ini anda akan menikmati 10GB kuota internet untuk sebulan dengan panggilan dan SMS PERCUMA ke semua rangkaian telco di seluruh Malaysia. Anda risau rugi data bila tamat tempoh? jangan risau kerana data anda yang tidak habis itu akan dibawa ke bulan hadapan sehingga 5GB. Malah siap dapat melayari muzik percuma dengan Yonder Music selama 12 bulan.
Apa yang sungguh menarik perhatian admin sendiri adalah tawaran NewPhone™, di mana dengan penambahan yang bermula serendah RM55 anda boleh memilik telefon pintar 4G LTE baru yang ada di pasaran, bahkan anda tidak perlu membayar harga penuh peranti tersebut.
Jika anda setia menggunakannya selama 12 bulan, anda layak untuk menukar peranti yang anda guna itu dengan telefon pintar terbaru tanpa sebarang cas tambahan dan juga sebenarnya anda tidak terikat dengan apa-apa kontrak dengan bayaran bulanan yang munasabah.
Bagi admin sendiri ia adalah pilihan terbaik buat masa kini tanpa anda perlu mengeluarkan belanja yang terlalu besar untuk membeli telefon pintar LTE baru yang mencecah RM3 ribu-RM4 ribu.
Contoh pengiraan.
Harga asal telefon Sumsung Galaxy j7, RM999.
Anda daftar pelan NewPhone™, anda cuma bayar sebanyak RM55 x 12 = RM660 dan selepas 12 bulan anda layak untuk memiliki telefon pinter LTE terbaru yang keluar pada masa itu.
FATTNET daripada Xpax! (Prepaid)
Bagi pengguna setia prepaid, pihak Celcom tidak melupakan anda di mana sempena Tahun Baru Cina kali ini anda perlulah merebut peluang terhad ini.
Dengan FATTNETT daripada XPAX ini akan memberikan pertambahan kuota 8GB/bulan termasuk percuma 88 minit untuk panggilan dan juga 88 SMS percuma beserta dengan Internet Burung Hantu tanpa had!
Sehingga 29 Februari nanti, apa yang menarik untuk pengguna Xpax, anda yang mengaktifkan Yonder Music akan menikmati muzik tanpa had tanpa sebarang kos untuk internet dan dapat tambahan RM10 kredit percuma.
Tawaran terhad Celcom's Millions of Giveaways ini boleh dinikmati oleh pengguna FiRST™ atau Xpax by Celcom yang akan berakhir pada 15 Mac 2016.
Untuk pengetahuan semua, tawaran ini adalah terhad, di mana 'siapa cepat dia dapat'. Jadi apa lagi, jomlah segera dapatkan tawaran terhebat ini sempena Tahun Baru Cina.
Kunjungi outlet Blue Cube berdekatan dan juga rakan Celcom Xclusive Partners terpilih untuk maklumat lanjut atau layari saja www.celcom.com.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.
Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016
Wed Feb 10, 2016 2:52 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Mahasiswa bingung tunggu status pinjaman MARA
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai
Sekumpulan mahasiswa dari institusi pengajian swasta bingung mengenai status permohonan mereka untuk mendapatkan pinjaman Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi membiayai pengajian mereka di universiti masing-masing.
Menurut mereka, sebelum ini MARA memberi pinjaman pendidikan yang sama kepada senior mereka.
Seorang mahasiswa yang mahu dikenali sebagai Mustaqim dari Asia Pacific University (APU) berkata dia sudah tiga semester tidak membayar yuran pengajian kerana mengharap pinjaman dari MARA.
Jelasnya, pusat pengajiannya juga tidak memintanya membayar yuran kerana turut menunggu pinjaman dari pihak MARA.
"Saya sudah tiga semester tidak membayar yuran pengajian dan pihak universiti pun tak minta saya membayarnya buat masa sekarang kerana percaya akan dapat pinjaman dari pihak MARA," katanya kepadaMalaysikini.
Katanya, dia telah pergi sendiri ke Pejabat MARA bagi mendapat penjelasan, namun jawapan yang diterima sungguh mendukacitakan apabila MARA memintanya menunggu pengumuman di talian.
"Saya sudah memohon pinjaman secara online tapi tak ada jawapan sampai sekarang. Saya buat permohonan itu dari semester dua lagi," katanya yang mendakwa sepuluh rakan sekelasnya berhenti kerana tidak mendapat pinjaman dari MARA.
Menurut Mustaqim, pihak APU sudah membuat perjumpaan bagi mencari jalan penyelesaian dan mencadangkan pelajar membuat pinjaman dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk meneruskan pengajian mereka.
"Saya tidak mahu ambil PTPTN kerana PTPTN tidak menyediakan elaun sara hidup, manakala jumlah yang diberikan tidak mencukupi untuk membayar yuran.
"Selain itu terdapat kadar faedah yang akan dikenakan untuk membayar balik pinjaman," katanya.
PTPTN telah mengumumkan pada 2014 pengurangan 15 peratus daripada jumlah pinjaman maksimum bagi institusi swasta kerana kekurangan dana.
MARA pula telah menafikan ia juga kekurangan dana dan berkata biasiswa masih ditawarkan walaupun pembiayaan dikurangkan.
Bagaimanapun, status pinjaman pendidikan MARA masih tidak jelas.
Sementara itu, mahasiswa Universiti Kuala Lumpur (UniKL), yang mahu dikenali sebagai Faris pula berkata, dia kini terkapai-kapai kerana tidak mempunyai wang bagi meneruskan pengajian.
Katanya, dia sudah membuat permohonan secara online pada bulan November tahun lalu bingung, tetapi pihak MARA tidak memberi sebarang maklum balas mengenai permohonannya.
Kerana tidak puas hati, dia pergi sendiri ke pejabat MARA bagi mendapatkan penjelasan namun diarahkan untuk menunggu pengumuman di talian, tapi katanya sehingga kini belum ada sebarang pemberitahuan dari pihak tersebut.
"Saya sudah pergi sendiri ke pejabat MARA tapi mereka minta tunggu sebarang pengumuman di lamanweb MARA.
"Buat masa ini saya bergantung kepada ibu bapa saya bagi teruskan pengajian," kata pelajar jurusan kejuruteraan itu.
Tambahnya, pihak UniKL telah membuat empat kali perjumpaan dengan pelajar namun dan mereka memohon pinjaman PTPTN sebagai jalan akhir untuk meneruskan pengajian.
"Kalau ambil PTPTN, kadar bayaran itu termasuk faedah dan jadi (bayaran) tinggi, lagipun tidak ada elaun bulanan
termasuk nak bayar yuran pun tidak cukup duit," katanya yang menambah hampir 90 peratus pelajar UniKL bergantung kepada pinjaman tersebut.
Manakala pelajar dari APU yang mahu dikenali sebagai Adawiyah pula berkata beliau amat mengharap bantuan dari MARA kerana sekiranya berhenti pengajian, dia harus membayar hutang yuran kepada pihak universiti.
"Mahu tidak mahu kena teruskan pengajian, buat masa sekarang minta dari ibu bapa dulu.
"Kalau berhenti, kena bayar hutang yuran kepada pihak universiti, kalau boleh nak tahu apa status pinjaman ini," katanya belum lagi tidak berfikir untuk berhenti kerana tidak mendapat pinjaman dari MARA.
Dalam sidang media yang turut dihadiri oleh bekas pemimpin mahasiswa Fahmi Zainol, mereka turut mendesak
MARA memberikan maklum balas segera berhubung perkara tersebut supaya masalah itu dapat diatasi secepat mungkin.
Sementara itu Pengerusi MARA Tan Sri Annuar Musa ketika dihubungi Malaysikini tidak mahu mengulas mengenai perkara itu kerana sedang di luar negara.
Malaysiakini sedang menunggu maklum balas dari UniKL dan APU mengenai status pinjaman MARA tersebut.
-malaysiakini
Read more: http://www.kitabantai.info/2016/02/mahasiswa-bingung-tunggu-status.html#ixzz3zSSg7aEK
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.
Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016
Wed Feb 10, 2016 7:22 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Polis kesan mangsa video pukul Papagomo
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.
KUALA LUMPUR : Polis sedang mengesan warga asing yang menjadi mangsa pukul seorang blogger untuk siasatan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, lelaki dalam video berkenaan Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai `Papagomo' telah bertindak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang.
"Tiada sesiapa yang boleh mendahulukan undang-undang.
"Kita ada undang-undang bukan sahaja kes terhadap pekerja asing, terhadap binatang pun tak boleh," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas kursus 'Training of Trainers Bahaya Militan Islamic State' di Saloma Bistro di sini, hari ini.
Khalid menambah, Papagomo seharusnya membuat laporan polis berhubung dakwaannya bahawa terdapat lelaki yang menganggu dua adik perempuannya dan dua rakan mereka yang lain sebelum mengambil tindakan sendiri.
"Dia sepatutnya membuat laporan polis. Kemudian kita akan menyiasat sama ada benar ada serangan seksual.
" Sebab itu kita ada undang-undang. Kalau negara tidak ada undang-undang dah lama kecoh perkara ini," tegasnya.
Baru-baru ini, satu rakaman video yang menjadi viral menunjukkan Papagomo menampar, menolak dan menendang lelaki yang dipercayai warga Pakistan selepas dituduh mengganggu dua adik perempuannya dan dua rakan mereka yang lain.
Kejadian dilapor berlaku pada 29 Januari lepas.
Video itu tersebar luas di media sosial dan memperolehi lebih daripada 50,000 yang menyukainya dan lebih sejuta tontonan.
Di sebalik serangan itu, ramai pengguna Facebook memuji Papagomo kerana melindungi adik perempuannya.
Video Viral Tumbuk & Terajang Pekerja Warga Asing : Ini Penjelasan Dari 'Abang Sado'
siakapkeli.my
Hari ini, viral satu video yang memaparkan seorang lelaki 'sado' menumbuk pekerja warga asing.
Menerusi video yang berdurasi selama empat minit itu yang dimuat naik, pengguna Facebook Sir Azri, tampil memberikan penjelasan tentang tindakannya itu.
Menurut Sir Azri kejadian berlaku pada 29 haribulan dan antara mangsa yang dikatakan menjadi mangsa gangguan seksual adalah adiknya sendiri.
Sir Azri berkata tindakannya itu dilakukan bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku kepada adik-adiknya.
"Aku bukan samseng tapi aku lelaki yang merupakan seorang Abang kepada adik adik Aku. Dah tu takkan aku nak biar benda tak elok berlaku kepada Adik Aku lepas tu baru Aku nak menangis macam Pondan?"
Penjelasan dari Sir Azri :
Isu video yang viral Aku penumbuk dan terajang lelaki pekerja asing. Cerita yang sebenar untuk makluman semua agar kau orang faham :
4 perempuan, 2 orang adalah adik perempuan aku. Sweet sweet or main mata tu biasa pada aku sebab tu lumrah kegatalan orang lelaki. Tapi kalau dah buat aksi melampau dengan kelakuan tak senonoh maka itu sudah melampau dan seharusnya diberikan pengajaran.
Bukan tidak percaya pada pihak Polis tetapi masa yang panjang dan dengan keadaan hari ini yang mana agak susah untuk mengheret pekerja warga asing ini ke balai Polis dan silap silap kes tidak dibawa ke muka pengadilan. Malah lebih teruk lagi pekerja warga asing lari balik ke negara mereka dan kes jadi NFA.
Jadi aku selaku Abang membuat tindakan sendiri yang pada aku pengajaran perlu diberikan kepada pelaku yang membuat gangguan seksual.
Jadi pada 29 hb aku pergi jumpa dengan semua pekerja warganegara asing yang mana 2 orang adik perempuan aku dan 2 orang lagi kawan adik perempuan aku membuat aduan tentang gangguan seksual yang mereka alami.
1 lelaki warganegara Indonesia, 1 lelaki warga negara Bangladesh dan 1 lelaki warganegara Pakistan. Turut sama 1 lelaki Penduduk sementara bertindak selaku supervisor kepada 3 pekerja.
Aku susun semua pekerja dan mintak adik perempuan aku dan kawan nya buat pengecaman yang mana membuat gangguan seksual. So dalam video tu semua boleh tengok aku tidak membuat apa apa tindakan tanpa usul periksa melainkan melakukan mengikut proses keadilan dalam menentukan suspek yang membuat gangguan seksual.
Pekerja warganegara Pakistan yang dicam oleh 2 orang adik perempuan aku dan 2 orang lagi kawan perempuan adik aku. 4 orang buat pengecaman dan atas sebab itu aku buat apa yang aku selaku Abang perlu buat.
Tak perlu aku nak ulas panjang kerana memang aku tak kawal emosi memberikan beberapa das penampar, penumpuk dan terajang kepada pekerja warganegara Pakistan itu. Dan akhir sekali aku minta pekerja warganegara Pakistan itu balik.
Pada waktu kejadian juga ada 3 orang rakan lelaki aku dan 1 orang adik lelaki aku dan juga 2 orang anak saudara aku. Kalau Aku ni jenis harok semua sekali Aku panggil pijak tetapi tu bukan cara aku sebab Aku buat atas kewajipan Aku selaku Abang kepada yang lain.
Jadi kalau kata tindakan aku tu salah maka benarlah ianya salah kerana mengambil tindakan tidak mengikut saluran undang undang. Tetapi selaku Abang dalam membela adik perempuan aku yang berumur 21 tahun, 23 tahun dan dua orang lagi kawanya berumur 23 tahun dan 20 tahun aku berbangga sebab setidak tidaknya aku melaksanakan tanggungjawap sebagai seorang Abang dan juga seorang lelaki.
Aku pun lelaki, pernah mengurat perempuan, kenyit mata, sweet sweet, ejas sikit sikit tetapi tidak lah sampai keterlauan seluk tangan dalam seluar pegang kote aku dan usap tetek aku pamerkan aksi ghairah 18sx semata mata nak ngorat perempuan.
Dan pada aku tak kira warganegara asing atau rakyat Malaysia sekalipun jika ianya gangguan seksual ianya tetap salah. Ini bukan tentang warganegara asing tetapi ini adalah GANGGUAN SEKSUAL yang perlu kita tolak serta ambil tindakan yang sepatutnya.
Aku bukan samseng tapi aku lelaki yang merupakan seorang Abang kepada adik adik Aku. Dah tu takkan aku nak biar benda tak elok berlaku kepada Adik Aku lepas tu baru Aku nak menangis macam Pondan?
- Siakapkeli.my
Sir Azri
Isu video yang viral Aku penumbuk dan terajang lelaki pekerja asing. Cerita yang sebenar untuk makluman semua agar kau orang faham :
4 perempuan, 2 orang adalah adik perempuan aku. Sweet sweet or main mata tu biasa pada aku sebab tu lumrah kegatalan orang lelaki. Tapi kalau dah buat aksi melampau dengan kelakuan tak senonoh maka itu sudah melampau dan seharusnya diberikan pengajaran.
Bukan tidak percaya pada pihak Polis tetapi masa yang panjang dan dengan keadaan hari ini yang mana agak susah untuk mengheret pekerja warga asing ini ke balai Polis dan silap silap kes tidak dibawa ke muka pengadilan. Malah lebih teruk lagi pekerja warga asing lari balik ke negara mereka dan kes jadi NFA.
Jadi aku selaku Abang membuat tindakan sendiri yang pada aku pengajaran perlu diberikan kepada pelaku yang membuat gangguan seksual.
Jadi pada 29 hb aku pergi jumpa dengan semua pekerja warganegara asing yang mana 2 orang adik perempuan aku dan 2 orang lagi kawan adik perempuan aku membuat aduan tentang gangguan seksual yang mereka alami.
1 lelaki warganegara Indonesia, 1 lelaki warga negara Bangladesh dan 1 lelaki warganegara Pakistan. Turut sama 1 lelaki Penduduk sementara bertindak selaku supervisor kepada 3 pekerja.
Aku susun semua pekerja dan mintak adik perempuan aku dan kawan nya buat pengecaman yang mana membuat gangguan seksual. So dalam video tu semua boleh tengok aku tidak membuat apa apa tindakan tanpa usul periksa melainkan melakukan mengikut proses keadilan dalam menentukan suspek yang membuat gangguan seksual.
Pekerja warganegara Pakistan yang dicam oleh 2 orang adik perempuan aku dan 2 orang lagi kawan perempuan adik aku. 4 orang buat pengecaman dan atas sebab itu aku buat apa yang aku selaku Abang perlu buat.
Tak perlu aku nak ulas panjang kerana memang aku tak kawal emosi memberikan beberapa das penampar, penumpuk dan terajang kepada pekerja warganegara Pakistan itu. Dan akhir sekali aku minta pekerja warganegara Pakistan itu balik.
Pada waktu kejadian juga ada 3 orang rakan lelaki aku dan 1 orang adik lelaki aku dan juga 2 orang anak saudara aku. Kalau Aku ni jenis harok semua sekali Aku panggil pijak tetapi tu bukan cara aku sebab Aku buat atas kewajipan Aku selaku Abang kepada yang lain.
Jadi kalau kata tindakan aku tu salah maka benarlah ianya salah kerana mengambil tindakan tidak mengikut saluran undang undang. Tetapi selaku Abang dalam membela adik perempuan aku yang berumur 21 tahun, 23 tahun dan dua orang lagi kawanya berumur 23 tahun dan 20 tahun aku berbangga sebab setidak tidaknya aku melaksanakan tanggungjawap sebagai seorang Abang dan juga seorang lelaki.
Aku pun lelaki, pernah mengurat perempuan, kenyit mata, sweet sweet, ejas sikit sikit tetapi tidak lah sampai keterlauan seluk tangan dalam seluar pegang kote aku dan usap tetek aku pamerkan aksi ghairah 18sx semata mata nak ngorat perempuan.
Dan pada aku tak kira warganegara asing atau rakyat Malaysia sekalipun jika ianya gangguan seksual ianya tetap salah. Ini bukan tentang warganegara asing tetapi ini adalah GANGGUAN SEKSUAL yang perlu kita tolak serta ambil tindakan yang sepatutnya.
Aku bukan samseng tapi aku lelaki yang merupakan seorang Abang kepada adik adik Aku. Dah tu takkan aku nak biar benda tak elok berlaku kepada Adik Aku lepas tu baru Aku nak menangis macam Pondan?
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.
Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016
Wed Feb 10, 2016 7:23 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Kedai Jual Alas Kaki Bertulisan Ayat Quran Diserbu
siakapkeli.my
JOHOR BAHRU:Berikutan pendedahan yang dilakukan sebelum ini mengenai kegiatan dua buah kedai serbaneka yanf tidak menghormati sensetiviti agama apabila menjual ratusan alas kaki mengandungi ayat al-Quran, Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Johor (JAJ) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor telah melakukan pemantauan.
Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd Mutalip Abd Rahim berkata, tindakan telah diambil terhadap dua premis perniagaan yang beroperasi di Taman Teratai dan Johor Jaya, di sini, berdasarkan aduan ramai.
Beliau juga memberitahu kegiatan menjual alas kaki mengandungi ayat Al Quran semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.
"Ia perbuatan menghina dan menjejaskan sensitiviti umat Islam kerana alas kaki untuk dipijak.
"Pihak kami terima aduan melalui WhatsApp pada Selasa lalu dan JAJ terus membuat tinjauan pada sebelah malam untuk mengenal pasti barang tersebut. Satu operasi dilakukan bersama KPDNKK keesokannya,
Abd Mutalip berkata, sebanyak 38 alas kaki yang dikenal pasti mengandungi ayat al-Quran dirampas di bawah Seksyen 14 Akta Percetakan Teks al-Quran 1986.
"Berdasarkan maklumat pemilik kedai terbabit, mereka beritahu menerimanya daripada pemborong di Johor Jaya.
"Operasi diteruskan dan kami mendapati terdapat 360 keping alas kaki dikenal pasti mengandungi ayat al-Quran berada di premis perniagaan di Johor Jaya," katanya.
Menurutnya, berdasarkan maklumat, alas kaki tersebut dihasilkan di sebuah kilang di Melaka sebelum dijual di Johor. - Siakapkeli.my
2 Kedai Serbaneka Jual Alas Kaki Bertulis Ayat Al-Quran, Dihasilkan di Melaka
siakapkeli.my
Johor Bahru: Perbuatan dua pemilik kedai serbaneka di negeri ini yang bertindak menjual ratusan alas kaki yang mengandungi ayat suci al-Quran menyebabkan pengunjung terutamanya orang Islam terkejut kerana menganggap perkara itu sebagai penghinaan.
Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor, Abd Mutalip Abd Rahim berkata, tindakan telah diiambil oleh agensi-agensi berkaitan terhadap premis tersebut pagi semalam.
Mutalip berkata dia yakin tindakan menjual alas kaki yang mengandungi ayat suci al-Quran itu sebagai satu perbuatan yang bermaksud menghina dan menyentuh sensitiviti umat Islam.
Tambah beliau, pihaknya telah merampas barangan-barangan itu setelah menerima aduan dari pelanggan premis perniagaan di Taman Johor Jaya dan Taman Teratai itu.
"Sebanyak 360 alas kaki yang menggunakan pelapik mengandungi ayat suci al-Quran dirampas dan mengikut maklumat, ia dihasilkan di sebuah kilang di Melaka sebelum dijual di Johor.
"Mungkin ramai peniaga di luar tidak memahami soal sensitiviti umat Islam kerana ia bukan sekadar membabitkan makanan halal, malah perkara yang membabitkan penggunaan ayat suci al-Quran," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.
Presiden Persatuan Pemuda Puteri Malaya Bersatu (PERIMAU), Mohd Ridhwan Othman pula berkata, pihaknya menerima aduan orang ramai mengenai perkara itu.
Tambah beliau setiap peniaga perlu berhati-hati berkaitan produk yang dijual supaya kegiatan tidak mereka tidak menjejaskan sensitiviti orang ramai.
Kata beliau juga, perbuatan pemilik kedai tersebut harus dipandang serius dan dikenakan tindakan sesuai supaya dijadikan pengajaran buat peniaga lain.
"Ia bukan saja menjejaskan sensitiviti umat Islam, sebagai masyarakat majmuk kita perlu menghormati agama masing-masing," katanya. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.
Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016
Wed Feb 10, 2016 7:23 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
DUNIA KUTUK BRUNEI KERANA HARAMKAN SAMBUTAN KRISMAS.
bloglist-malaysia.
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat
Itulah tajuk utama media dunia yang berjaya menghasut dunia untuk menghentam Brunei kerana pengharaman sambutan Hari Natal, sekaligus memberi persepsi negatif kepada sebuah negara Islam yang melaksanakan undang-undang syariah (hudud). Tapi apa yang sebenarnya berlaku adalah sebaliknya, seorang individu yang bernama Muhamad Harris Nasril mendedahkan suasana sebenar Sambutan Hari Krismas di Brunei.
Berikut yang tertera didalam akaun facebook beliau disini
N'N: Itulah sebabnya kita perlu Tabayyun...Fakta sebenarnya ialah Brunei hanya Haramkan orang Muslim menyambut krismas dan tidak menghalang org kristian untuk menyambut krismas, tapi media2 jahat melaporkan seolah2 Brunei mengharamkan sambutan krismas di negara itu dan menyekat kebebasan beragama...
Berpuluh Negara Dunia Tidak Beri Cuti Krismas, Tapi Brunei Yang Di'Hentam
siakapkeli.my
Disebalik berita mengatakan kononnya kerajaan Brunei mengharamkan sambutan Krismas di negara tersebut, nampaknya media barat seperti AFP cuma memainkan isu dan menjadi hero dalam hal ini apabila mereka dilihat telah menyerang pemerintahan Brunei mengenai perkara ini.
Kalau dibaca dengan teliti Brunei tidaklah melarang sambutan secara total seperti yang diputarbelit berita antarabangsa, ini kerana Brunei hanya mengharamkan sambutan itu disambut oleh orang Islam kerana menyalahi hukum syarak dan di tempat-tempat awam manakala penganut Kristian masih boleh meraikannya di gereja dan tempat atau premis persendirian.
Muhamad Harris Nasril
a.. Seri Kembangan
I heard a news that christmas celebration was banned in Brunei. So I went to the biggest church in Brunei, about 15 minutes from my place, to see how the ban affects the minority christian in this tiny oil rich country.
For record, 67% of the population in Brunei is Islam. While 13% of the population is Buddhist and another 10% is Christian.The remaining 10% subscribe to various religions, including indigenous religions.
I began my journey to Church of Our Lady of the Assumption which is situated at the heart of Bandar Seri Begawan, the capital city of Brunei. It is the biggest church in Brunei, in front of the church there is another church painted in blue, St Andrews Church. When I reached the destination around 8.30am, the place was jam packed. Cars were park at both sides of the road. There was a few stalls erected along the road near the entrance of the church selling clothes, drinks and foods.
I had a conversation with one lady outside the church, I told her my thought, that christmas celebration in Brunei is banned?
She told me the ban only for the muslims and in public spaces, in churches and in private property, they can celebrate as usual.
Well, that explained a lot why I did not see any Christmas tree in the shopping complex.
I walked curiously to the church compound. This is the first time I went inside a church. Before the entrance to the hall, there was rows of seating arrangement, for the people who did not manage to enter the main hall. On the right, they put a giant Christmas tree decoration, but it does not look like a tree though. You can see in the picture. Lots of people taking picture and selfie at this tree, behind the tree on the right there was a slogan "Peace On Earth". Further back on the left, there was a statue of Mary with both arm opened wide in white dress and a blue cloth hanging from her shoulder.
At the door to the main hall, there was a bowl of water, which i guess it is the 'holy water'. People will touch little bit of the water using their hand, and then they make the gesture of cross on their body before entering the main hall.
In the main hall at 10 am, the mass started. It was full. I can see various types of people inside it, chinese, europeans, philipines, indonesian and few indians. They started to sing few songs with a backup choir with piano and guitar sitting on the first floor. The priest with a walking stick entered the main door accompanied by 8 other priests before him holding the Bible. A beautiful chinese lady then put the book at the centre of the table, while the priest taking his seat infront of the hall. Before he seat down, he gave his walking stick to one child in white robes.
After the singing of a few songs, about 3 peoples taking turn to the pedestal reading a piece from the Bible for a few minutes. The last one was the priest himself, made a mass for about 30 minutes.
At 11am, the ritual finished and i saw few people came out holding a stick with white cloth at the end of it to collect donation.
This is my account on how christian celebrate christmas in brunei despite the banning. I hope it clears some air that thinks christmas was totally ban in Brunei. The ban was only meant for muslims and in public spaces. In churches and private property, the celebration is happening as usual.
-Harris Nasril, 5.25pm 25 Dec 2015-
Terjemahan oleh Fariq :
Saya terdengar berita-berita yang sambutan Krismas dilarang di Brunei. Jadi saya pergi ke gereja terbesar Brunei, kira-kira lima belas minit dari tempat saya, untuk melihat bagaimana pelarangan itu mengesankan minoriti Kristian di tanah kecil kaya minyak ini.
Untuk rekod, enam puluh tujuh peratus populasi di Brunei adalah Islam. Manakalah tiga belas peratus populasi adalah penganut Buddha dan sepuluh peratus lainnya adalah Kristian. Sepuluh peratus lagi adalah penganut-penganut berbagai agama termasuk agama-agama asal.
Saya memulakan perjalan ke Church of Our Lady of the Assumption yang mana terletak di Bandar Seri Begawan, ibu negara Brunei. Ia adalah gereja terbesar Brunei, di depannya ada lagi sebuah gereja bercat biru, St Andrews Church. Pada masa saya tiba di destinasi sekitar 8.30 pagi, jalan-jalan sesak. Kereta-kereta dipakir di kedua-dua bahu jalan. Ada beberapa gerai dibuka sepanjang jalan berdekatan pintu masuk gereja menjual pakaian, minuman dan makanan.
Saya ada berbual dengan seorang perempuan di luar gereja, saya memberitahu telahan saya yang Krismas dilarang sambutannya di Brunei?
Dia memberitahu yang larangannya hanya untuk orang Islam dan di tempat-tempat awam, dalam gereja dan harta swasta, mereka boleh sambut seperti biasa. Itu menerangkan dengan jelas mengapa saya tidak nampak sebarang pokok Krismas di dalam pusat beli-belah.
Saya masuk dengan rasa ingin tahu ke dalam ruang gereja. Ini kali pertama saya memasuki gereja. Sebelum pintu masuk, ada beberapa baris tempat duduk, untuk mereka yang tidak dapat masuk ke dalam dewan utama. Di sebelah kanan, mereka meletakkan segergasi hiasan pokok Krismas, tetapi ia tidak berapa nampak seperti pokok. Anda boleh lihat di dalam gambar. Ramai orang mengambil gambar dan selfie di pokok ini, di belakang pokok itu ada slogan "Peace On Earth" (Keamanan Di Bumi). Jauh ke belakang di bahagian kiri, ada patung Mary dengan tangan terbuka luas di dalam pakaian putih dan ada kain biru tergantung dari bahunya.
Di pintu masuk dewan utama, ada semangkuk air, yang mana saya kira adalah 'air suci'. Mereka akan menyentuhnya sedikit menggunakan tangan mereka, dan mereka akan membuat isyarat salib sebelum masuk ke dalam dewan utama.
Pada pukul sepuluh di dalam dewan utama, upacara bermula. Dewan penuh. Saya boleh lihat pelbagai latar belakang orang di dalamnya, Cina, Eropah, Filipina, Indonesia dan beberapa India. Mereka mula menyanyikan beberapa lagu dengan dibantu oleh pasukan koir dengan piano dan gitar yang duduk di aras pertama.
Paderi berjalan dengan tongkat memasuki pintu utama ditemani lapan paderi lain yang memegang Injil. Seorang perempuan Cina rupawan kemudiannya meletakkan buku itu di atas meja sebelum paderi mengambil duduknya di hadapan dewan. Sebelum dia duduk, dia memberikan tongkatnya kepada seorang kanak yang berjubah putih.
Selesai menyanyikan beberapa lagu, tiga orang mengambil giliran ke kekaki membacakan cebisan daripada Injil untuk beberapa minit. Terakhir sekali adalah paderi sendiri, dalam kira-kira tiga puluh minit pembacaan panjang.
Pukul sebelas pagi, ritual berakhir dan saya nampak beberapa orang keluar memegang kayu dengan dihujungnya diikat kain putih untuk mengutip derma.
Ini adalah pandangan saya tentang bagaimana Kristian menyambut Krismas di Brunei walaupun dilarang. Saya harap ia menerangkan segelintir masyarakat yang menganggap Krismas telah dilarang secara menyeluruh di Brunei. Larangan tersebut hanyalah terpakai kepada orang Islam sahaja dan di tempat-tempat awam. Di gereja dan tempat-tempat persendirian, sambutan berlangsung seperti biasa.
403 Likes · 337 Comments · 271 Shares
Pada 24 Disember lalu, agensi berita antarabangsa AFP yang menjadi sumber rujukan popular media telah mengeluarkan kenyataan yang mengatakan pemerintah negara minyak terkaya rantau Asia tenggara itu melarang sambutan perayaan Krismas oleh rakyatnya.
Untuk pengetahuan semua, peraturan yang ada bukanlah peraturan baru malahan ia sudah dikuatkuasakan sejak tahun lalu lagi selaras dengan pelaksanaan undang-undang ketat jenayah dan syariah Islamiah secara rasmi berperingkat-
Selain itu, negara kecil berkenaan majoritinya penduduk Islam dan kebanyakkan penganut Kristian biasanya melibatkan masyarakat asing atau ekspatriat pegawai dagang luar negara bermastautin di Brunei.
Apa yang lebih memeritkan, AFP sengaja memperbesarkan isu ini dimana ia seolah-olah cuma Brunei sahaja yang tidak meraikan sambutan Krismas.
Antara negara Islam tidak cuti Krismas ialah Arab Saudi, Algeria, Afghanistan, Azerbaijan, Bahrain, Iran, Kuwait, Libya, Maghribi, Oman, Qatar, Somalia, Tajikistan, Tunisia, Turkmenistan, Turki, UAE, Uzbekistan dan Yaman.
Manakala Iraq, Jordan, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Lubnan, Mesir, Sudan dan Syria mewartakan Krismas hanya cuti untuk penganut Kristian serta disambut pada 7 Januari yang turut dikenali sebagai Krismas Kuptik atau Ortodok.
Jangan terkejut, Israel yang terletak dekat sahaja Gereja Nativiti di Bethlehem, Palestin iaitu tempat kelahiran Nabi Isa A.S. atau Jesus menurut kepercayaan masyarakat Kristian Katholik pun tidak bercuti pada hari Krismas!
Bagi negara bukan Islam tiada cuti Krismas pula antaranya Bhutan, China, Jepun, Mongolia, Korea Utara, Laos, Rusia, Taiwan, Thailand dan Vietnam. Mungkin dengar agak aneh atau janggal tetapi itulah realiti sebenarnya.
Ada negara Islam bercuti Krismas iaitu Albania, Bosnia, Kosovo, Bangladesh, Indonesia dan Malaysia, sementara Pakistan pula cuti 25 Disember bukan sebab Krismas tetapi Hari Peringatan Pengasasnya, Muhammad Ali Jinnah.
Ia sudah pasti merupakan agenda tersirat gerakan Zionis antarabangsa yang menghentam Brunei gara-gara melaksanakan Hukum Hudud, Qisas dan Takzir dalam undang-undang jenayah.
Jadi tidak hairanlah media barat ini berjaya mempengaruhi seluruh dunia dengan cerita rekaan mereka kepada seluruh dunia kononnya Brunei teruk yang amat sangat dan wajar dikutuk, hanya sebab 'marah' tindakan Sultan Brunei mahu mentadbir negara itu sebagai model negara Islam.
Ironinya, tidak ramai tahu banyak negara lain termasuk bukan Islam yang juga tidak menyambut Krismas, bahkan perayaan terbesar Kristian itu bukan diwartakan sebagai cuti kebangsaan dalam kalendar rasmi negara mereka. - Siakapkeli.my
Wed Feb 10, 2016 7:24 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
GAMBAR REMAJA BUAT MUKADIMAH JIMAK ATAS JALANRAYA SAMBIL BAWA MOTOR.
bloglist-malaysia.
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat
Nak bersangka baik? Mungkin mereka ni laki bini...Tapi aku rasa laki bini pun tak kemaruk nak buat mukadimah jimak atas jalanraya sambil bawa motor...Ramai orang minta mati dalam keadaan yng beriman tp bagaimana jika pasangan remaja ni adalah pasangan kekasih, dan mereka terlibat dgn kemalangan semasa melakukan maksiat, adakah kematian mereka dalam keadaan yng beriman... Mohon dijauhkan keluarga kita daripada kecelaruan sebegini...
N'N: Kalau nak bersangka baik juga mungkin sahaja si awek itu sedang tolong menggaru kurap yng ada pada telor pakwenya...
GAMBAR REMAJA MELAYU BUAT MUKADIMAH JIMAK DIATAS FERI.
bloglist-malaysia.
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat
Dari Abu Mas'ud Uqbah bin Amr Al Anshary Al Badry radhiallahuanhu dia berkata, Rasulullah shallallahu`
"Sesungguhnya ungkapan yang telah dikenal orang-orang dari ucapan nabi-nabi terdahulu adalah:
Jika engkau tidak malu perbuatlah apa yang engkau suka."
(Riwayat Bukhari).
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.
Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016
Wed Feb 10, 2016 7:25 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
"Saya Tak Percaya Sehingga Nampak Seluar Trek Awa Dikeluarkan Dari Tangki Kumbahan," Luahan Sayu Bapa
siakapkeli.my
Jasin: "Saya tidak percaya selagi tidak nampak jasadnya, jadi saya masih bertenang apabila tiba di sekolah sehinggalah saya nampak seluar trek dipakai ketika anak saya dikeluarkan dari tangki kumbahan.
"Ketika itulah saya pasti yang itu adalah anak saya," kata Raja Mohamad Shahrunnizam Raja Harun, 44, bapa kepada Raja Nur Najjuwa Arianna,7, yang meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam lubang kumbahan di sekolahnya.
Memetik laporan Sinar Harian, Raja Nur Najjuwa Arianna, 7, ditemui meninggal dunia akibat lemas selepas terjatuh di dalam lubang kumbahan di belakang tandas Sekolah Rendah Agama, Parit Penghulu Benteng, Sungai Rambai.
Menurut Raja Mohamad Shahrunnizam Raja Harun, 44, dia memang betul-betul tidak menyangka anak yang dipanggil Awa itu terjatuh ketika berlari dengan kawan-kawannya selepas dimaklumkan guru berhubung kejadian.
"Ustazah telefon beritahu Awa jatuh dan selepas sampai sekolah saya terkejut rupanya dia jatuh dalam lubang kumbahan.
"Mula-mulanya saya tak percaya sampaikan saya nampak seluar trek kepunyaan arwah," katanya selepas ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Penghulu Benteng di sini, hari ini.
Dia dan isteri-isterinya Noor Azlina Roslan, 32, dan Hamimahwati Abu Bakar, 48, masih lagi bersedih dan terkejut dengan pemergian anak kelima dari tujuh beradik itu.
"Kejadian masih baru lagi berlaku, kami tak dapat nak fikir lagi apa-apa. Tapi saya reda dengan cara dia pergi. Ini dah ketentuan," katanya. - Siakapkeli.my
"Cikgu, Ada Budak Masuk Air," Adu Seorang Murid Kepada Guru
siakapkeli.my
JASIN: Sebuah tragedi yang menyayat hati dengan tidak disangka telah menimpa seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun selepas beliau ditemui mati dipercayai terjatuh ke dalam lubang kumbahan najis dalam kawasan Sekolah Rendah Agama JAIM Parit Penghulu Benteng, Sungai Rambai, di sini, semalam.
Ketika kejadian, kanak-kanak tersebut dipercayai sedang bermain-main di kawasan empat lubang kumbahan najis berkenaan sedalam 3.6 meter ketika waktu rehat kira-kira 4.45 petang bersama rakan-rakannya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau, Penolong Penguasa Bomba Masri Ibrahim berkata, seramai lapan termasuk satu pegawai bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan jam 4.53 petang dan sampai 18 minit kemudian.
"Sebaik sahaja sampai, kita dapati keempat-empat lubang kumbahan dihubungkan dalam satu tangki besar yang dipenuhi air najis sedalam kira-kira 12 kaki.
"Sebaik operasi menyedut air dilakukan, anggota bomba mula memasuki ke dalam tangki sebelum menemui mangsa tidak sampai seminit," katanya dipetik laporan Sinar Harian.
Bagaimanapun menurut Masri, kanak-kanak itu disahkan sudah meningal dunia oleh pembantu perubatan Klinik Kesihatan Merlimau dan dibawa ke Hospital Muar untuk dibedah siasat.
Sementara itu, seorang wanita yang enggan dikenali berkata, kejadian diketahui semasa seorang murid memberitahu guru besar yang berada di kantin bersama guru dan murid lain.
"Murid tu kata: 'Cikgu, ada budak masuk air'. Bila ditanya lanjut murid tu beritahu budak berkenaan masuk dalam lubang kumbahan di belakang sekolah sebelum semua bergegas ke situ.
"Lubang ini sebelum ini ditutup dengan fiber (gentian kaca) dan kawasan ini tidak berpagar," katanya ketika ditemui, di sini.
Ketua Polis Jasin, Deputi Superintendan Sampornak Ismail ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata kes diklafikasikan sebagai mati mengejut. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.
Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016
Wed Feb 10, 2016 7:25 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Nama 'Harimau Malaya' Diganti Dengan Nama Baharu, Peraduan Cipta Logo Baharu Dilancar
siakapkeli.my
KUALA LUMPUR, 2 Februari 2016: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini membuat pengumuman untuk mengguna nama baharu untuk skuad bola sepak kebangsaan iaitu 'Harimau Malaysia' berkuat kuasa serta merta.
Sebelum ini, skuad bola sepak kebangsaan dikenali dengan nama 'Harimau Malaya'.
Menerusi laporan di fam.org.my, nama gelaran Harimau Malaysia itu pada asal merujuk kepada penyerang kebangsaan era 1940-an hingga 1950-an, Allahyarham Dollah Don (nama sebenar Abdullah Mohd Don) apabila gelaran tersebut diberikan kepada beliau oleh Presiden Indonesia ketika itu, Sukarno selepas menyaksikan kehebatannya dalam satu perlawanan pada tahun 1953.
Bagi pelancaran era baharu bola sepak Malaysia tahun ini, FAM berpendapat gelaran Harimau Malaya tidak sesuai lagi memandangkan perkataan Malaya itu sendiri tidak diguna secara menyeluruh di negara ini sejak pembentukan Malaysia pada tahun 1963.
Oleh itu, pengenalan nama gelaran baru itu diharap dapat memberi gambaran jelas bahawa skuad kabangsaan adalah milik seluruh rakyat Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak.
"Bagi melancarkan era baharu bola sepak Malaysia mulai tahun 2016 ini, FAM berasakan nama gelaran Harimau Malaya yang sering kali diguna pakai sebelum ini sudah tidak lagi sesuai.
"Ini memandangkan perkataan Malaya itu sendiri tidak lagi diguna pakai secara menyeluruh di negara ini sejak pembentukan Malaysia pada tahun 1963, iaitu kira-kira 53 tahun yang lalu.
"Justeru itu, FAM pada hari ini dengan secara rasmi mengumumkan untuk mengguna pakai nama Harimau Malaysia sebagai nama gelaran baharu untuk skuad kebangsaan.
"Gelaran ini juga bertepatan untuk menggambarkan skuad kebangsaan kita adalah milik seluruh rakyat Malaysia termasuk juga mereka di Sabah dan Sarawak yang mungkin selama ini terasa sedikit tersisih dengan penggunaan gelaran Harimau Malaya.
"Jadi sebab itulah FAM berasakan 2016 adalah tahun sesuai untuk permulaan penggunaan nama gelaran baharu ini bagi menyaksikan skuad Harimau Malaysia kembali bangkit dan menjadi pasukan kompetitif di peringkat antarabangsa" titah Tengku Abdullah dalam satu majlis pengenalan penaja rasmi Harimau Malaysia hari ini.
Empat penaja rasmi yang terus memberi sokongan dan komitmen bersama skuad kebangsaan pada tahun ini terdiri dari Telekom Malaysia, Bank Islam, Nike da 100PLUS.
Satu peraduan mencipta logo Harimau Malaysia juga turut dilancarkan pada hari ini yang mana terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
Peraduan itu memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mencipta imej baharu pasukan kebangsaan dan juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM10,000 serta pengalaman bersama skuad kebangsaan pada kejohanan AFF Suzuki pada akhir tahun ini. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.
Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016
Wed Feb 10, 2016 7:26 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Mahkamah Rayuan batal hukuman mati 149 ahli Ikhwanul Muslimin
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net
KAHERAH, Jumaat – Mahkamah Rayuan membatalkan hukuman mati yang dikenakan ke atas 149 tertuduh – kebanyakannya ahli Ikhwanul Muslimin yang diharamkan rejim Al-Sisi – yang didakwa atas kesalahan membunuh pegawai polis dalam kekacauan yang berlaku tiga tahun lalu.
Mahkamah itu juga dilaporkan mengarahkan semua tertuduh dibicara semula atas dakwaan menyebabkan 13 anggota polis terbunuh pada 14 Ogos 2013 lalu – hari yang sama di mana polis menembak mati ratusan penunjuk perasaan di ibu kota Mesir.
Ratusan penunjuk perasaan, terutama ahli Ikhwanul Muslimin dan penyokong bekas presiden yang digulingkan Mohamad Morsi, ditangkap dalam rusuhan itu dan kebanyakannya dijatuhi hukuman mati melalui siri perbicaraan besar-besaran yang dijalankan bermula Februari tahun lalu.
Mahkamah juga menjatuhi hukuman mati ke atas 37 tertuduh tanpa kehadiran mereka di mahkamah. Bagaimanapun, mereka tidak akan menyerah diri untuk menghadapi perbicaraan semula itu.
Setakat ini, tujuh tertuduh sudah menjalani hukuman mati berikutan kekacauan sejak Morsi digulingkan, termasuk enam yang terbabit dengan gerakan militan.
Tiga tahun lalu, pihak tentera diketuai Jeneral Abdel Fattah al-Sisi menggulingkan Morsi yang dipilih secara demokrasi, sebelum bertindak mengharamkan Ikhwanul Muslimin. – Agensi
Perancis negara pertama wajibkan pasar raya derma makanan tidak habis dijual
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net
PERANCIS: Perancis menjadi negara pertama mewajibkan pasar raya di negara itu mendermakan barangan makanan yang tidak habis dijual kepada mereka yang memerlukan.
Undang-undang itu dilaksanakan selepas menerima undi majoriti daripada anggota Senat pada Rabu.
Membuang makanan, khususnya barangan dapur yang tidak habis dijual, kini merupakan satu kesalahan di Perancis.
Pengurusan pasar raya yang didapati melakukannya akan berdepan hukuman denda sehingga £53,000 (RM319,823).
Semua pasar raya dengan keluasan sekurang-kurangnya 400 meter persegi perlu mematuhi peraturan ini.
Pihak pengurusan pasaraya boleh memilih untuk mendermakan barang-barang berkenaan sama ada ke pusat kebajikan atau bank makanan.
Perancis kini dilaporkan akan cuba meluaskan undang-undang itu ke seluruh Kesatuan Eropah (EU).
SWITZERLAND MEMALUKAN MALAYSIA.....
bloglist-malaysia.blogspot
gajahmenta.blogspot
DIRECTER Gajah Menta
Kedutaan Switzerland di Kuala Lumpur enggan mengulas bidasan Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi ke atas pejabat peguam negara (OAG) negara itu.
Menurut seorang kakitangan di kedutaan itu, ini adalah kerana pejabat OAG Switzerland adalah sebuah badan bebas.
"Kita tidak boleh komen kerana pejabat OAG Switzerland adalah bebas daripada kerajaan.
"Kerajaan juga tidak mengulas mengenai prosiding jenayah terbuka," katanya kepada Malaysiakini.
Menurut laman web OAG, pejabat itu bertanggungjawab terhadap pihak kawal selia yang dilantik oleh cabang perundangan Switzerland, United Federal Assembly.
Zahid semalam berkata AG Switzerland sepatutnya menggunakan saluran "rasmi" untuk meminta bantuan dalam siasatan mengenai dakwaan penyelewengan AS$4 bilion (RM16.6 bilion) daripada dana milik syarikat pelaburan negara, 1MDB.
Dengan membuat kenyataan media, timbalan perdana menteri itu berkata ia bukan sahaja menyebabkan kerenggangan hubungan antara dua negara tetapi juga menyebabkan bias atau memihak dalam laporan media.
OAG kemudiannya berkata pihaknya tidak akan mengulas mengenai kenyataan politik.
Pejabat Peguam Negara Switzerland pada Jumaat lalu membuat kenyataan bahawa siasatannya mendapati ada "tanda-tanda serius" bahawa dana itu telah disalahgunakan.
Ringgit Adalah Matawang Asia Paling Buruk Jatuh Ketika Ini
siakapkeli.my
SINGAPURA: Berdasarkan perkembangan semasa matawang Asia hari ini, ringgit dilihat terus menerajui kejatuhan dalam kalangan mata wang negara membangun Asia berikutan harga minyak mentah terus jatuh dan aktiviti perkilangan global kekal lemah, mengurangkan selera pelabur bagi aset yang lebih berisiko.
Memetik laporan Berita Harian, ringgit juga menerima tekanan lanjut daripada kebimbangan diperbaharui berhubung 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Tingakan pihak berkuasa Singapura yang menahan sejumlah besar akaun bank dalam beberapa bulan kebelakangan ini sebagai sebahagian daripada siasatan berhubung kemungkinan 1MDB terbabit dalam pengubahan wang haram.
Bagi Won Korea pula, ia dilihat susut inflasi Januari semakin perlahan ke paras terendah empat bulan, menambahkan lagi tekanan ke atas bank pusat bagi pengurangan lanjut kadar faedah.
Manakala nilai Dolar Taiwan pula mengalami peningkatan berikutan peningkatan permintaan korporat sebelum cuti Tahun Baharu Cina minggu depan.
Harga minyak meneruskan kejatuhan disebabkan kebimbangan berhubung keadaan ekonomi pengguna tenaga terbesar, China dan pertambahan bekalan.
Pasaran saham Asia jatuh "Aset berisiko termasuk mata wang Asia belum lagi menjumpai momentum kenaikan. Malahan, belum ada kemungkinan untuk kita menyaksikan pengukuhan dalam tempoh singkat dalam data ekonomi," kata Jeong My-young, ketua penyelidik di Samsung Futures di Seoul.
Ringgit semakin jatuh berikutan peningkatan kebimbangan berhubung penyusutan pendapatan minyak dan gas Malaysia dan menyebabkan tekanan kepada atas kewangan kerajaan. Malaysia adalah pembekal utama minyak sawit dan gas asli cecair. - Siakapkeli.my
Switzerland Cadang Bagi £1,700 Sebulan Kepada Semua Rakyat
siakapkeli.my
Rakyat di Switzerland kini bakal mengundi untuk satu cadangan yang mencadangkan agar semua penduduk di negara itu dibayar £1,700 (RM10,000) setiap bulan tidak mengira status pekerjaan mereka.
Jika cadangan tersebut - yang dikemukakan oleh sekumpulan cerdik pandai - diluluskan, Switzerland akan menjadi negara pertama di dunia yang memberi wang kepada penduduk tidak kira sudah bekerja atau tidak.
Bagaimanapun, cadangan itu dilihat tidak menggembirakan ahli politik tidak kira di haluan kiri atau kanan biarpun cadangan itu telah diluluskan untuk pengundian oleh kerajaan persekutuan pada 5 Jun lepas.
Rational disebalik cadangan ini adalah untuk melenyapkan jurang antara pekerjaan dan pendapatan, dimana penduduk akan mendapat pendapatan yang terjamin tidak kira mereka bekerja atau tidak.
Melalui inisiatif itu juga, setiap kanak-kanak juga akan menerima £100(RM920) untuk setiap minggu.
Kerajaan persekutuan menjangkakan inisiatif ini akan menelan kos sebanyak £143 billion (RM846 billion) setahun.
Kumpulan yang mencadangkan inisiatif tersebut - yang terdiri dari artis, penulis dan cerdik pandai - memetik satu survey yang menunjukkan majoriti penduduk Switzerland akan terus bekerja sekiranya cadangan wang percuma itu diluluskan.
Hasil survey itu juga turut menyebut hanya 2 peratus sahaja yang berkata untuk berhenti bekerja, makanala lapan peratus lagi berkata mereka akan "melihat kepada keadaan", lapor the Local. - Siakapkeli.my
Sumber : http://www.dailymail.co.uk
Gempa Taiwan : Polis Siasat Tin Kosong Diguna Sebagai Bahan Binaan Bangunan
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.
TAIWAN - Pihak polis Taiwan kini sedang membuat siasatan selepas tin-tin kosong ditemui di sebalik dinding bangunan yang runtuh akibat gempa bumi di Taiwan baru-baru ini.
Menerusi gambar-gambar yang dimuat naik di Dailymail, kelihatan tin-tin cat digunakan sebagai perantaraan di sebalik dinding pangsapuri tersebut.
Selain dari tin cat, portal Shanghaist pula melaporkan turut kelihatan tin minyak masak digunakan untuk tujuan sama.
Bagaimanapun, pihak kerajaan berkata bangunan itu telah dibina secara sah dan mempunyai permit.
Pada Sabtu lalu, satu gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Ricther melanda Taiwan menyebabkan bangunan pangsapuri 17 tingkat itu roboh.
Sehingga semalam, seramai 126 penduduk pangsapuri itu masih hilang manakala 103 lagi masih terperangkap di sebalik runtuhan.
Seramai 200 mangsa termasuk 41 kanak-kanak sudah berjaya dikeluarkan.
Menurut Datuk Bandar, William Lai, lebih 300 orang awam berada di dalam pangsapuri tersebut kerana menyambut perayaan Tahun Baru Cina. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.
Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment