Thursday, February 25, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4411[1 Attachment]

10 Messages

Digest #4411

Messages

Wed Feb 24, 2016 7:32 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



KALAU BERSIH

KALAU FITNAH

KALAU TOHMAH

HANYA SATU

JAWAPAN:

SAMAN

bloglist-malaysia.blogspot
tukartiub.blogspot
Posted by Tukar Tiub

Najib tidak saman WSJ kerana tahu dirinya bersalah, kata Mahathir

Mahathir Mohamad menyifatkan keengganan Najib menyaman The Wall Street Journal (WSJ) kerana mengetahui dirinya bersalah dan takut kebenaran akan terbongkar.
Mahathir berkata, Najib wajar menyaman WSJ dan tidak memberikan sebarang alasan jika tuduhan yang dilemparkan itu tidak benar.
"Najib patut saman WSJ, saman semua dan bukan WSJ sahaja.
"Sebab dia tidak saman, mungkin beliau ingat WSJ itu betul dan dia (Najib) salah.
"Kamu tidak akan saman kalau kamu rasa kamu yang bersalah," kata Mahathir pada sidang media selepas dirakam keterangan pihak polis berhubung artikel di blognya di pejabatnya di Putrajaya hari ini. - 24 Februari, 2016. – 24 Februari, 2016.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-tidak-saman-wsj-kerana-tahu-dirinya-bersalah-kata-dr-mahathir#sthash.bNkLrVns.dpuf

pasai apa hang

tak saman

hang takut apa?

hanng ini mesti

penipu

KAH KAH KAH

------------
ulasan:

Tanpa Nama berkata...
Biasa lah

Semua orang tahu

BON BON mana nak ngaku pon

batara enam sembilan berkata...
WSJ tu apa? Wagiman Sugianto Johari ka? Kah kah kah kah kah kahmarudin mape...

Tanpa Nama berkata...
Sapa kata panglima bugis penakut....cilaka punya anak iskandar kutty, bukan takut cuma lagi mengkaji undang2 amerika....mana tahu hakim dapat dibeli kah kah kah

Zeti Harap Siasatan 1MDB Selesai Sebelum Tempoh Perkhidmatan Tamat
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz

KUALA LUMPUR: Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berharap siasatan terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan diselesaikan sebelum beliau menamatkan tempoh perkhidmatannya pada April ini.

"Itulah yang saya telah menyatakan dan itulah arah usaha saya, untuk memuktamadkannya semasa tempoh perkhidmatan saya supaya saya boleh menyerahkan rekod yang bersih kepada gabenor akan datang," kata beliau ketika ditanya sama ada beliau yakin siasatan terhadap 1MDB akan dimuktamadkan semasa beliau memegang jawatan sebagai Gabenor bank pusat.

Zeti, yang dilantik sebagai gabenor bank pusat pada Mei 2000, adalah wanita pertama memegang jawatan berkenaan di Malaysia dan meraih beberapa anugerah termasuk ketua bank pusat yang terbaik di dunia pada tahun 2009 oleh majalah terkenal, 'Global Finance'.

Gabenor bank pusat itu enggan mengulas lanjut mengenai soalan tentang kegagalan 1MDB untuk membawa pulang US$1.83 bilion dan beliau berkata:
"Saya tidak boleh membincangkan perkara ini kerana segala-galanya masih belum diputuskan lagi. Terlalu awal bagi saya untuk berkata apa-apa pada peringkat ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa ditemui selepas majlis pecah tanah Asia School of Business dengan kerjasama MIT Sloan School of Management, di sini hari ini.

Sementara itu, ditanya mengenai langkah Fitch Ratings mengesahkan penarafan Malaysia kepada stabil hari ini, kata Zeti dalam tempoh yang tidak menentu ini, ia adalah positif memandangkan agensi itu mengekalkan penarafannya walaupun persekitaran yang mencabar.

"Ini akan menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai tahap daya tahan tinggi walaupun persekitaran yang mencabar.

"Kita mahu menunjukkan bahawa dasar-dasar dan langkah-langkah yang kita sediakan sebelum ini telah menempatkan kita pada kedudukan yang baik untuk menghadapi cabaran semasa," katanya.

-Mstar

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/02/zeti-harap-siasatan-1mdb-selesai.html#ixzz416339mPu
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Feb 24, 2016 7:32 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Wilayah Di China Luluskan Cuti Akibat Datang Bulan

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Wilayah Anhui di China menjadi daerah ketiga di negara berkenaan yang meluluskan undang-undang baharu yang membenarkan pekerja wanita mengambil cuti apabila datang bulan.
Bermula Mac tahun ini, wanita yang mengalami ketidakselesaan atau kesakitan akibat datang bulan (biasa dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai period pain atau period cramp), boleh mengambil cuti sehingga dua hari.

The Daily Mail melaporkan, undang-undang tersebut diluluskan pada Mesyuarat Tahunan Wilayah itu beberapa minggu lalu.

Wanita yang mahu mengambil cuti ini terlebih dahulu perlu mendapatkan surat doktor sebagai syarat untuk cuti itu diluluskan.

Kewujudan undang-undang itu bagaimanapun menerima reaksi yang berbaur dari golongan wanita di negara itu.

Laman sosial terkenal China, Weibo, dipenuhi pelbagai komen, dengan majoriti berpendapat ia satu keputusan yang bertimbang rasa dari kerajaan.

Namun ramai juga yang merasakan ia agak tidak munasabah dan akan menyukarkan wanita mendapatkan pekerjaan.

Golongan pengamal perubatan juga mempersoalkan perkara tersebut dan menyatakan adalah sukar untuk menentukan tahap kesakitan sewaktu datang bulan. Justeru, pemberian cuti atas sebab itu juga disifatkan sebagai 'boleh diragui'.

Anhui menjadi wilayah ketiga di China yang meluluskan cuti seumpamanya, selepas Hubei dan Hainan. Selain China, Taiwan dan Indonesia juga dilaporkan antara yang sudah melaksanakan cuti berkenaan.

- Astro Awani

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Feb 24, 2016 7:33 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Rafizi ikrar dedah rugi besar tiga lagi pelaburan Tabung Haji

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net


Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli akan terus mendedahkan tiga lagi pelaburan Tabung Haji yang mengalami kerugian besar pada minggu ini.

Katanya, sidang akhbar mengenai tiga lagi pelaburan Tabung Haji itu akan dibuat pada hari Selasa, Rabu dan Khamis.

Melalui satu kenyataan akhbar, beliau juga terus mendesak Datuk Seri Azeez Abdul Rahim meletak jawatan sebagai pengerusi Tabung Haji jika tidak mahu badan kewangan itu dipolitikkan.

"Sebagai Ahli Parlimen yang selalu memberi perhatian kepada kedudukan kewangan institusi milik kerajaan, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk terus menyemak kedudukan kewangan dan pelaburan besar Tabung Haji.

"Apatah lagi rekod Datuk Seri Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji dalam menerangkan keputusan-keputusan pelaburan Tabung Haji yang mengundang kontroversi bukanlah baik," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Rafizi merujuk kepada kenyataan Azeez dalam laporan Bernama, Sabtu lalu supaya pihak tertentu tidak mempolitikkan Tabung Haji dan mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang menyebarkan fitnah.

Sekadar menjerit bohong

Azzez dilaporkan berkata tindakan pihak berkenaan cuba meracuni rakyat, terutama pendeposit Tabung Haji dan semata-mata bermotifkan politik.

"Kalau nak serang saya, seranglah saya dari segi politik tapi jangan serang saya melalui isu Tabung Haji tanpa usul periksa... hentikanlah," katanya yang dipetik selepas Program Melestarikan Integriti Tabung Haji Bersama Masyarakat Baling di Dewan Badminton Kupang di Baling.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata beliau tidak pula menampilkan angka-angka untuk menafikan perkara-perkara yang ditimbulkannya selain mengulangi bahawa ia adalah fitnah belaka.

Katanya, pertama kali beliau membangkitkan perkara itu adalah di Dewan Rakyat pada 16 Mac tahun lalu mengenai potensi risiko jika Tabung Haji terlibat dengan 1MDB.

"Semasa saya mula-mula menimbulkan perkara ini, reaksi Azeez di dalam Dewan Rakyat ialah dengan menjerit 'bohong' sedangkan sebulan kemudiannya beliau sendiri terpaksa mengakui bahawa Tabung Haji telah membeli tanah kerajaan yang dianugerahkan kepada 1MDB pada harga yang berlipat kali ganda.

"Sebab itu, jika beliau tidak mahu Tabung Haji menjadi tumpuan politik, maka sebaiknya Tabung Haji tidak boleh ada campur tangan politik.

"Maka saya mengulangi desakan saya supaya beliau meletakkan jawatan agar seorang tokoh bukan politik dilantik menjadi Pengerusi Tabung Haji," katanya.

Minggu lalu, Rafizi pada sidang akhbar Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) mendakwa terdapat campur tangan politik terhadap keputusan Tabung Haji dalam mengekalkan kepentingannya dalam Felda Global Ventures (FGV) walaupun mengalami kerugian atas kertas berjumlah lebih RM900 juta.

Sebagai reaksinya, Tabung Haji berkata saham-saham dalam FGV adalah sebahagian daripada pelaburan strategik jangka panjang.

Ia memberi jaminan kepada pendeposit bahawa simpanan mereka 'tidak hilang' seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. - MK

PELABURAN TABUNG HAJI DI DALAM SYARIKAT ROTI SILVERBIRD: SAHAM DIBELI PADA PREMIUM 177%, KERUGIAN RM90 JUTA
bloglist-malaysia.blogspot
btmmari.blogspot.
Written By canang
Posted by canang

Tempoh hari saya dedahkan pelaburan Tabung Haji di dalam FGV menyebabkan kerugian lebih RM900 juta. Hari ini saya bentangkan pula pelaburan Tabung Haji di dalam syarikat roti Hi-5 yang menyebabkan kerugian RM90 juta. Esok saya bentang syarikat lain. Lusa saya bentang pelaburan lain. Rakyat harus tahu bagaimana simpanan kita diuruskan.

Untuk dokumen penuh laporan tahunan, laporan kewangan, carta harga saham yang dirujuk, lawat pautan:
http://rafiziramli.com/…/pelaburan-tabung-haji-di-dalam-sy…/

PELABURAN TABUNG HAJI DI DALAM SYARIKAT ROTI SILVERBIRD: SAHAM DIBELI PADA PREMIUM 177%, KERUGIAN RM90 JUTA

Salah satu pelaburan Tabung Haji sebelum ini yang mengundang kontroversi ialah pembelian saham-saham di dalam syarikat pembuat roti Silverbird Group Berhad (pembuat roti High-5) di dalam tahun 2007 pada harga yang cukup tinggi sehinggakan menyebabkan kerugian apabila syarikat itu akhirnya diisytiharkan tidak mampu menampung perbelanjaan perniagaan dalam tahun 2012.

Tabung Haji mula membeli saham-saham Silverbird secara agresif dalam masa sebulan di antara September hingga Oktober 2007 sehingga melonjakkan harga saham Silverbird dari 39 sen sesaham (awal September 2007) kepada RM1.08 sesaham pada 16 Oktober 2007. Kesemua saham-saham Silverbird dibeli oleh Tabung Haji dalam tempoh tidak sampai 1 bulan sehingga ia muncul sebagai pemegang saham terbesar Silverbird pada akhir tahun kewangan berakhir 31 Oktober 2007, seperti berikut:
Berdasarkan harga asal saham Silverbird pada 39 sen sesaham, ini bermakna anggaran pelaburan Tabung Haji di dalam Silverbird dalam bulan September 2007 mencecah RM98 juta (mengambil kira Tabung Haji membeli pada ketika harga telah naik mendadak).

Seorang lagi pemegang saham terbesar pada ketika harga saham Silverbird mula naik mendadak (kerana pembelian agresif oleh Tabung Haji) adalah Tan Sri Vincent Tan. Pada akhir tahun kewangan berakhir 31 Oktober 2007, Tan Sri Vincent Tan juga muncul sebagai pemegang saham kedua terbesar Silverbird dengan pegangan (langsung dan tidak langsung) sebanyak 22.79%. Sudah tentu keghairahan Tabung Haji membeli saham Silverbird secara agresif turut sama menguntungkan Tan Sri Vincent Tan yang nilai sahamnya di dalam Silverbird turut naik.

Malangnya, prestasi operasi dan kewangan Silverbird merudum selepas itu dan tidak memberangsangkan. Menjelang tahun kewangan berakhir 31 Oktober 2011, Silverbird telah mencatatkan kerugian terkumpul ("accumulated losses") sebanyak RM44 juta, seperti berikut:

Harga sahamnya terus merudum dan dalam tahun 2012 syarikat ini digantung dan disenaraikan sebagai syarikat berstatus PN17.

Apabila disenaraikan semula, harga sahamnya tidak pernah pulih dan pelbagai masalah pengurusan dan dakwaan penyelewengan kewangan yang timbul menyebabkan prestasi saham dan kewangannya tidak memungkinkan Tabung Haji mendapat kembali pelaburan asal.

Semakan Laporan Tahunan Silverbird menunjukkan Tabung Haji menjual saham-sahamnya di antara 28 Februari 2013 dan 28 Februari 2014 (rujuk Analisa Pemegang Saham yang disertakan di bawah):

Oleh itu, semasa Tabung Haji menjual saham-sahamnya, harga saham Silverbird sepanjang tempoh itu pada puratanya adalah sekitar 10 sen sesaham (rujuk carta harga saham di bawah):

Pada harga tersebut, Tabung Haji diunjurkan mengalami kerugian sekitar RM90 juta dari pelaburan asal asal berjumlah RM98 juta. Sudah tentu jika dana RM98 juta ini dilaburkan di dalam perniagaan yang lebih menguntungkan, nilainya akan bertambah menjelang 2014 dan kerugian yang ditanggung Tabung Haji (mengambil kira kos pelaburan terlepas) adalah lebih tinggi dari RM90 juta.

Oleh yang demikian, kepimpinan Tabung Haji wajar memberi penjelasan-penjelasan berikut:

1. Kenapa Tabung Haji membeli saham Silverbird secara mendadak sehingga melonjakkan harga sahamnya dalam tempoh sebulan dalam tahun 2007 dan menyebabkan Tabung Haji membayar premium 177%?

2. Bagaimana Tabung Haji boleh membuat kesilapan pelaburan sehingga rugi RM90 juta pelaburan asal dalam tahun 2007?

3. Berapa jumlah sebenar pelaburan dan kerugian terkumpul Tabung Haji di dalam Silverbird setakat ini dan siapakah yang telah dibawa ke muka pengadilan akibat kesilapan ini?

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Feb 24, 2016 7:33 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pengsan Selepas Dipatuk Tedung Selar
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

Mangsa yang dipatuk tedung selar kini stabil. FOTO ihsan JPAM

Johor Bahru: Seorang anggota sukarelawan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) pengsan selepas dipatuk tedung selar yang cuba ditangkapnya dalam kejadian di Kampung Singapura Sedili Kota Tinggi kira kira 3 petang tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Tinggi Mohamad Asnizam Tukiman berkata, Mohamad Othman berusia lingkungan 30-an kini dilaporkan stabil selepas dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.

"Mangsa dan tiga lagi anggota JPAM cuba menangkap tedung selar berkenaan selepas mendapat aduan daripada penduduk kira-kira 2 petang dan sampai di lokasi pada 2.25 petang.

"Selepas reptilia itu berjaya dijerut mangsa cuba memasukkannya ke dalam sangkar tetapi jari telunjuk kanannya dipatuk.

"Anggota berkenaan masih sedar namun dalam perjalanan menaiki ambulan ke HSI mangsa pengsan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/02/pengsan-selepas-dipatuk-tedung-selar.html#ixzz40u6GjcWG
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

Kanak-Kanak Dua Tahun Terkunci Dalam Kereta
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

GEORGE TOWN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun terperangkap kira-kira 40 minit dalam kereta ibunya di tempat parkir sebuah pasar raya di Bayan Baru di sini, Isnin.
Maisarah Dhia Ameera Mohd Azlan Shah yang sedang tidur dikatakan terkunci dalam kereta itu apabila ibunya keluar untuk ke pasar raya berkenaan.

Kereta Proton Waja yang dimatikan enjin itu dikatakan terkunci secara tiba-tiba dan ibu kanak-kanak berkenaan mendapati kunci tertinggal dalam kereta selepas kembali semula ke kenderaan itu apabila penggeranya berbunyi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru Zainol Mat Isa berkata anggota bomba dan penyelamat yang menerima maklumat kejadian pada pukul 11.59 pagi terpaksa memecahkan cermin bahagian pemandu untuk menyelamatkan kanak-kanak berkenaan.

"Kami pada mulanya berusaha membuka cermin tingkap kereta itu secara manual tetapi gagal menyebabkan kami terpaksa memecahkannya...kanak-kanak itu tidak cedera kecuali berpeluh kerana kepanasan," katanya ketika dihubungi di sini.
Ibu kanak-kanak itu, Hanim Hashim, 32, ketika dihubungi berkata beliau ke pasar raya itu untuk mengambil barang daripada kawannya dan meninggalkan anaknya yang sedang tidur di tempat duduk penumpang belakang.
"Saya minta tolong orang ramai di situ tapi bila tak dapat buka pintu kereta, mereka telefon bomba. Anak saya yang terkejut menangis sehingga dia diselamatkan," katanya yang masih terkejut dengan kejadian itu. -- Bernama

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/02/kanak-kanak-dua-tahun-terkunci-dalam.html#ixzz40u63lzUw
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

Penjenayah Cuba Larikan Mesin ATM, Tarik Guna Kereta Satu Kilometer
siakapkeli.my

Klang: Segerombolan penjenayah cuba melarikan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) pagi tadi di mana mereka telah menarik mesin berkenaan menggunakan sebuah kenderaan di Jalan Kebun, di sini.

Memetik laporan Harian Metro, kejadian yang berlaku kira-kira jam 5.15 itu berlaku di sebuah kawasan mesin mengeluarkan wang dihadapan sebuah kilang dimana mesin Atm berkenaan diikat dengan kabel sebelum ditarik menggunakan sebuah kereta.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Azman Abdul Razak berkata, mesin ATM berkenaan diseret suspek kira-kira satu kilometer sebelum ianya ditinggalkan di kawasan Bandar Putera, di sini, selepas kabel yang menariknya terputus.

Azman berkata, usaha memburu suspek kini sedang giat dijalankan. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Feb 24, 2016 7:34 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Bergetar Jiwa Najib Baca Berita Ini?
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin Deen

Panel Penilaian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bertemu untuk kali terakhir hari ini, masih berkeras supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didakwa atas skandal kewangannya, kata sumber.

Spekulasi hangat timbul ia mungkin dibubarkan selepas tempoh setahun panel yang terdiri daripada kumpulan 8 individu dipengerusikan bekas setiausaha kerajaan negeri Sarawak, Tan Sri Dr Hamid Bugo berakhir hari ini, selepas mereka tidak menerima surat lanjutan perkhidmatan.

Ahli lain panel itu ialah Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan, Datuk Zamani Abdul Ghani, Datuk Azizah Arshad, Datuk Wan Abdul Wahab Abdullah, Profesor Dr Normah Omar, Dr Sundramoorthy M Pathmanathan dan Lim Chee Wee.

Jawatankuasa ini menggesa siasatan skandal kewangan perdana menteri dibuka semula, selepas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengarahkan kes itu ditutup bulan lepas.

Panel Penilaian Operasi (PPO) merupakan salah satu daripada 5 jawatankuasa pengawasan yang dibentuk berikutan penjenamaan semula SPRM pada 2009.

Terma rujukan PPO antara lain ialah untuk mengemukakan pandangan mengenai kes di mana tiada pendakwaan terhadap tertuduh daripada pendakwa raya.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider panel ini juga kritikal apabila Apandi enggan melakukan pendakwaan terhadap Najib berhubung SRC Internatonal Sdn Bhd milik Kementerian Kewangan kerana "tiada bukti mencukupi".

Mereka juga bimbang apabila Apandi yang juga pendakwa raya, enggan membantu penyiasat SPRM mendapatkan dokumen dan kenyataan dari luar negara sebagai sebahagian daripada siasatan, di bawah inisiatif bantuan undang-undang bersama (MLA), berkenaan lebih RM2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Najib.

Apandi yang dilantik pada Julai lalu, juga mengarahkan SPRM untuk menutup fail 3 kertas siasatan tetapi bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib Othman berkata, beliau tidak mempunyai kuasa tersebut.

"Insya-Allah. Kami turut percaya Najib patut dikenakan tindakan atas kesalahan yang didakwa," kata seorang ahli panel dengan syarat namanya tidak disiarkan.

Ahli panel itu berkata, pegawai SPRM memberikan taklimat kepada mereka dan siasatan teliti dijalankan walaupun berdepan pelbagai cabaran dan halangan.

Di samping itu, sumber berkata, Panel Khas SPRM yang terdiri daripada 5 orang, 3 jawatankuasa pengawasan, ditubuhkan untuk menasihati penyiasat berkenaan 2 kes, SRC dan derma politik RM2.6 bilion.

PPO hanya badan pentadbiran dan pelantikan ahli dibuat perdana menteri. Mereka merupakan pakar mewakili profesion berkaitan dan mewakili kualiti integriti dan kebebasan SPRM.

Sumber berkata, PPO boleh dibubarkan sebagaimana kewujudannya, seperti Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah kerana tidak diperuntukkan di bawah Akta SPRM 2009.

Panel lain yang ditubuhkan secara sah ialah Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Jawatankuasa Khas mengenai Rasuah dan Jawatankuasa Aduan.

Pada 26 Januari, Apandi berkata tidak terdapat "bukti mencukupi" untuk mendakwa Najib berkenaan derma RM2.6 bilion dan SRC International.

Dua hari kemudian PPO dan Panel Khas mengeluarkan kenyataan walaupun mereka mengambil kira keputusan Apandi, mereka masih menasihatkan SPRM berunding dengan peguam negara.

Satu mesyuarat sepatutnya diadakan minggu lalu antara peguam negara dan 3 jawatankuasa pengawasan berhubung kedua-dua kes tetapi ia dibatalkan Jabatan Peguam Negara pada saat-saat akhir tanpa sebarang alasan.

Bekas menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim dan bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan memfailkan semakan kehakiman untuk mencabar keengganan Apandi untuk mendakwa Najib.

Sumber

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Feb 24, 2016 7:36 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Restoran Ini Sajikan Makanan Berasaskan Lobster Hanya Serendah Dari RM25
siakapkeli.my

Bermain difikiran kita ingin menjamah makanan yang sedia maklum mahal seperti udang kara, iaitu sejenis udang batu karang yang agak sukar diperolehi di negara ini kecuali di negeri Sabah.

Oleh kerana itu, udang berkenaan sudah pastinya mahal sehingga menjangkau harga RM100-RM300 sekilo. Jadi sudah pasti ramai hanya boleh berkata "tengok je la, kalau nak makan tak mampu,".

Jadi berita baik untuk peminat udang kara atau Lobster, sebuah restoran makanan ikan bakar di Damansara menawarkan hidangan berasaskan udang kara ini serendah RM 25, murahnya!.

Restoran Hase Ikan Bakar yang beralamat F12, Tok Yem Street Mall, Damansara Damai, 47830 Petaling Jaya, Malaysia ini sudah pasti membuatkan keinginan anda untuk menjamah udang 'mahal' ini tercapai.

Jom tengok menu yang ditawarkan.

Jom kita lihat menu lain yang ditawarkan

Nampaknya harga yang diletakkan tidaklah terlalu membebankan.

Ada orang tanya, "takkan restoran ni hidangkan makanan berasaskan lobster sahaja, kami yang tak makan lobster macammana?"
Jangan risau, ini adalah restoran ikan bakar, pelbagai makanan lain disediakan termasuk masakan barat.

Restoran Hase Ikan Bakar ini beroperasi setiap hari dan dibuka bermula 3 Petang – 12.30 tengah malam, kepada yang hendak rasa nikmat daging udang ini boleh la datang awal kerana dari dengar-dengar orang cerita, pergi lewat, lobster habis. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Feb 24, 2016 7:36 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Belia Ini Sahut Cabaran Kerja Sektor 3 D, Cabar Menteri Naikkan Gaji Minimum
siakapkeli.my

Jika sebelum ini, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencabar belia untuk melibatkan diri dalam sektor 3 D (dirty, difficult dan dangerous) jika tidak mahu pekerja asing dibawa masuk dan dia akan mengusahkan kenaikan gaji sektor berkenaan , kini sudah ramai belia Malaysia menceburi bidang berkenaan, lapor portal Malaysiakini.

Sebelum ini, ramai belia tidak berminat untuk menceburi sektor 3 D ini bukan kerana kerja berkenaan kotor tetapi gaji asas yang ditawarkan terlalu kecil yang tidak lagi relevan dengan keadaan semasa.

Seorang pemuda, Azrolnizam Sidek yang menyahut cabaran bekerja sebagai tukang cuci longkang menyatakan gaji kerja barunya ini hanya RM800 sebulan tidak cukup untuk menampung kos sara hidup yang semakin tinggi.

"Saya cabar beliau untuk ubah keadaan ini. Naikkan gaji minumum daripada RM800 kepada kadar munasabah. Saya sendiri sudah menyahut cabaran timbalan perdana menteri," katanya kepada Malaysiakini.

Ramai menyangka, kebanyakkan graduan berpendidikan tidak akan menceburi bidang ini, tetapi tahukah bahawa Azrolnizam, 24, ini memiliki diploma pengurusan perniagaan dan dia pernah bekerja sebagai pereka grafik dan menjadi sebahagian daripada jutaan warga Kuala Lumpur sejak 2014.

Namun, pada November lalu beliau terpaksa berhenti kerja demi menjaga bapanya yang uzur.

Dalam pada masa yang sama beliau yang mahir di dalam bidang fotografi membuat kerja sambilan sebagai jurugambar tetapi pekerjaan tersebut hanya bermusim.

Foto: Instagram Azrolnizam

Antara Disember hingga Januari dia mencuba nasib menjadi penoreh getah tetapi dengan harga getah yang jatuh teruk sehingga RM1.55 sekilogram itu membuatkan beliau terpaksa mengalah.

"Nak makan apa dengan pendapatan begitu?" katanya.

Kini, belia ini bekerja sebagai pencuci longkang di sebuah kilang simen di Negeri Sembilan di mana dia dan pekerja lain akan berjalan sejauh lapan kilometer setiap hari untuk mencuci longkang demi mencari rezeki.

"Belia negara ini juga bukan pemalas seperti disangka sesetengah orang," katanya merujuk kepada kenyataan dikeluarkan anak Ahmad Zahid, Datuk Nurulhidayah sebelum ini.

Menurut Azrolnizam, dia mempunyai diploma tetapi menyahut cabaran Ahmad Zahid bagi membuktikan bahawa ramai belia tidak terlibat dalam sektor ini bukan kerana malas,

"Salah seorang pekerja yang bersama-sama saya mencuci longkang sekarang adalah remaja lelaki yang baru menghabiskan peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia)," katanya.

Buat masa ini Azrolnizam adalah pencuci longkang 'profesional' dan sesekali menjadi jurugambar apabila ada permintaan.

"Kalau tak percaya, pergilah lihat Instagram saya, @azrolnzam," katanya. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Feb 24, 2016 7:36 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Tutup Jalan Untuk Mat Rempit Berlumba - Satu Lagi Idea Bangang Menteri Utk Susahkan Rakyat.
bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.net

Kata bodoh kang marah. Tapi memang bodoh nak mampos pun.

Memetik laporan dari The Malaysian Insider ;

Kerajaan Barisan Nasional (BN) bakal melaksanakan program mendekati "mat rempit" dengan menutup jalan sebagai tempat untuk golongan tersebut berlumba, kata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, kerajaan akan mengadakan program seperti "Hari Tanpa Kenderaan" untuk memberi laluan kepada "mat rempit" menjalankan aktiviti mereka.

"Kita ada satu program yang dibincangkan bersama kawan kita di Umno dan BN.

"Barangkali kita akan kumpulkan mereka dan berbincang dengan Datuk Bandar dan (program) ini mungkin akan diadakan sehari atau 2 hari dalam seminggu.

"Seperti, kita laksanakan 'Hari Tanpa Kenderaan' tetapi pada malam mat rempit akan berlumba," katanya pada sidang media selepas merasmikan pembukaan jalan dan jambatan menghubungkan Kampung Batu Muda ke Taman Metropolitan Batu, Kuala Lumpur hari ini.

Malah dilihat mengambil pendekatan lebih positif, setiausaha agung Umno itu berkata beliau lebih senang mengelar golongan itu sebagai "mat motor".

Setiausaha agung Umno itu berkata, memberi laluan kepada "mat rempit" berlumba dilihat sebagai penyelesaian mengekang mereka melakukan tindakan menyalahi undang-undang dengan berlumba secara haram.

Katanya, golongan ini suka berlumba kerana ia merupakan cara mereka berhibur tanpa menggunakan kos yang tinggi.

"Dan kerana majoriti 'mat motor' ini mereka bekerja dengan kerajaan sebagai PA (pembantu rendah awam).

"Kita akan memberi tempat sesuai dan mungkin akan menganjurkan festival dengan meletakkan 'food truck' untuk menjual makanan atau apa sahaja supaya membantu mereka untuk tidak berlumba secara haram," katanya.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Ku Nan itu juga menolak kritikan langkah kerajaan itu hanya menggalakkan "mat rempit".

"Tidak, ia tidak menggalakkan kerana kita tengok apa yang orang suka seperti perdana menteri kata kita kena tanya nadi rakyat.

"Jadi inilah nadi rakyatnya," katanya .

Ditanya mengapa kerajaan tidak meletakkan "mat rempit" berlumba di litar, beliau berkata golongan itu lebih gemar melakukan aktiviti tersebut di jalan raya.

Menurut Tengku Adnan, beliau pernah mengusulkan cadangan demikian sewaktu menjadi naib ketua Pemuda Umno negeri tetapi tidak mendapat sambutan daripada "mat rempit".

"Dulu kita minta buat (berlumba) dekat litar Batu Tiga Shah Alam tetapi mereka tidak mahu kerana lebih suka berlumba di atas jalan," katanya.

Menurut Tengku Adnan, beliau mencadangkan program itu mungkin diadakan di sekitar Kuala Lumpur sebagai permulaan.

"Bawaklah motosikal di situ dan baikilah enjin mereka. Kita juga akan memberi alat ganti motor kepada mereka.

"Daripada situ mereka boleh jadi mekanik, boleh buka bengkel," katanya.

Ringkasnya idea Ku Nan begini ;

1. Tutup jalan untuk beri laluan kepada mat rempit berlumba.

2. Mungkin akan diadakan sekali atau dua kali dalam seminggu.

3. Akan berikan mereka alat ganti motor percuma lagi supaya mereka boleh jadi mekanik dan blablaa..

4. Idea Ku Nan tu sejajar dengan nasihat PIEM agar mendengar nadi rakyat.

Nadi rakyat kepala bana kau la Ku Nan woi.

Litar lumba ada berapa banyak?
Sewa litar macam mana?
Memang la takde respon.
Fikir panjang la.
Budak2 neh tak berduit untuk jayakan hobi mereka.
Apa kata ko focus kepada masyarakat terbanyak yang terjejas dengan
kos sara hidup dan harga rumah yang melampau mahal?
Golongan itu majoriti.

Ada ke dengan cara menutup jalan akan menyelesaikan masalah rempit?
Macam mana dengan mereka2 yang terjejas dek penutupan jalan tersebut?
Pukul berapa nak start tutup jalan?
Malam?
Siang?
Tengah malam?
Kau nak galakkan orang berlumba tengah2 malam, biar anak2 orang balik lewat malam ke macam mana?
Kalau berlumba tengah2 malam, boleh berjaya ke idea food truck kau tu?
Bukan ke tengah2 malam kita tak digalakkan makan untuk amalkan gaya kehidupan sihat?
Ke kau nak buat malam2 lepas isyak?
So, tak terjejas ke mereka2 yang perlu guna laluan2 yang kau tutup untuk tujuan perlumbaan?

Ada banyak masalah dengan idea Ku Nan neh.
Tapi yang paling bermasalah ialah Ku Nan itu sendiri.
Dari cantas idea dia, baik cantas dia terus.
Satu sen haram berguna.
Kepada negara jauh sekali.
Apatah lagi kepada rakyat.
Fikir-fikirkanla ek.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Feb 24, 2016 8:40 am (PST) . Posted by:



Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ? reminder
When: Wednesday, 24 February 2016 05:00 PM to 06:00 PM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London

Where: http://rokokkesehatan.com/?ref=8429

Notes: Halo sahabat...

Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ?

- . Apakah ingin memiliki Mobil Mewah ?
- . Ingin memiliki Rumah Mewah ?
- . Ingin memiliki Bisnis Besar ?
- . Bebas Finansial ?
- . Hidup Mapan dan Sejahtera ?

TETAPI... Bagaimana CARA meraih itu semua ?

- . Butuh Modal BESAR ?
- . Harus berpendidikan TINGGI ?
- . Harus Bekerja sangat KERAS ?

Mampukah kamu ?

Coba luangkan waktumu sejenak melihat situs ini :
http://goo.gl/1foLME

Di rokokkesehatan.com anda akan mendapatkan penghasilan
milyaran rupiah tanpa perlu bekerja keras!
Menggunakan sistem otomatis yang pasti akan menghantarkan
anda menjadi seorang milyuner! DIJAMIN!

Perlu BUKTI ?
Kunjungi Website saya :
http://goo.gl/1foLME

Sukses Selalu!

Darman
http://goo.gl/1foLME

From: automobil Calendar

Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us

Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Wed Feb 24, 2016 7:34 pm (PST) . Posted by:

"bashah" bwasi

Admin, Tolong remove spam TARGET ini.

On Thursday, February 25, 2016 12:40 AM, "automobil@yahoogroups.com" <automobil@yahoogroups.com> wrote:


  "Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ?" reminder When Wednesday, 24 February 2016 05:00 PM to 06:00 PM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London
Where http://rokokkesehatan.com/?ref=8429 Notes Halo sahabat...Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ?- . Apakah ingin memiliki Mobil Mewah ?- . Ingin memiliki Rumah Mewah ?- . Ingin memiliki Bisnis Besar ?- . Bebas Finansial ?- . Hidup Mapan dan Sejahtera ?TETAPI... Bagaimana CARA meraih itu semua ?- . Butuh Modal BESAR ?- . Harus berpendidikan TINGGI ?- . Harus Bekerja sangat KERAS ?Mampukah kamu ?Coba luangkan waktumu sejenak melihat situs ini :http://goo.gl/1foLME Di rokokkesehatan.com anda akan mendapatkan penghasilanmilyaran rupiah tanpa perlu bekerja keras!Menggunakan sistem otomatis yang pasti akan menghantarkananda menjadi seorang milyuner! DIJAMIN!Perlu BUKTI ? Kunjungi Website saya :http://goo.gl/1foLME Sukses Selalu!Darmanhttp://goo.gl/1foLME From automobil   Calendar Privacy | Terms #yiv3569765872 #yiv3569765872 -- #yiv3569765872ygrp-mkp {border:1px solid #d8d8d8;font-family:Arial;margin:10px 0;padding:0 10px;}#yiv3569765872 #yiv3569765872ygrp-mkp hr {border:1px solid #d8d8d8;}#yiv3569765872 #yiv3569765872ygrp-mkp #yiv3569765872hd {color:#628c2a;font-size:85%;font-weight:700;line-height:122%;margin:10px 0;}#yiv3569765872 #yiv3569765872ygrp-mkp #yiv3569765872ads {margin-bottom:10px;}#yiv3569765872 #yiv3569765872ygrp-mkp .yiv3569765872ad {padding:0 0;}#yiv3569765872 #yiv3569765872ygrp-mkp .yiv3569765872ad p {margin:0;}#yiv3569765872 #yiv3569765872ygrp-mkp .yiv3569765872ad a {color:#0000ff;text-decoration:none;}#yiv3569765872 #yiv3569765872ygrp-sponsor #yiv3569765872ygrp-lc {font-family:Arial;}#yiv3569765872 #yiv3569765872ygrp-sponsor #yiv3569765872ygrp-lc #yiv3569765872hd {margin:10px 0px;font-weight:700;font-size:78%;line-height:122%;}#yiv3569765872 #yiv3569765872ygrp-sponsor #yiv3569765872ygrp-lc .yiv3569765872ad {margin-bottom:10px;padding:0 0;}#yiv3569765872 #yiv3569765872actions {font-family:Verdana;font-size:11px;padding:10px 0;}#yiv3569765872 #yiv3569765872activity {background-color:#e0ecee;float:left;font-family:Verdana;font-size:10px;padding:10px;}#yiv3569765872 #yiv3569765872activity span {font-weight:700;}#yiv3569765872 #yiv3569765872activity span:first-child {text-transform:uppercase;}#yiv3569765872 #yiv3569765872activity span a {color:#5085b6;text-decoration:none;}#yiv3569765872 #yiv3569765872activity span span {color:#ff7900;}#yiv3569765872 #yiv3569765872activity span .yiv3569765872underline {text-decoration:underline;}#yiv3569765872 .yiv3569765872attach {clear:both;display:table;font-family:Arial;font-size:12px;padding:10px 0;width:400px;}#yiv3569765872 .yiv3569765872attach div a {text-decoration:none;}#yiv3569765872 .yiv3569765872attach img {border:none;padding-right:5px;}#yiv3569765872 .yiv3569765872attach label {display:block;margin-bottom:5px;}#yiv3569765872 .yiv3569765872attach label a {text-decoration:none;}#yiv3569765872 blockquote {margin:0 0 0 4px;}#yiv3569765872 .yiv3569765872bold {font-family:Arial;font-size:13px;font-weight:700;}#yiv3569765872 .yiv3569765872bold a {text-decoration:none;}#yiv3569765872 dd.yiv3569765872last p a {font-family:Verdana;font-weight:700;}#yiv3569765872 dd.yiv3569765872last p span {margin-right:10px;font-family:Verdana;font-weight:700;}#yiv3569765872 dd.yiv3569765872last p span.yiv3569765872yshortcuts {margin-right:0;}#yiv3569765872 div.yiv3569765872attach-table div div a {text-decoration:none;}#yiv3569765872 div.yiv3569765872attach-table {width:400px;}#yiv3569765872 div.yiv3569765872file-title a, #yiv3569765872 div.yiv3569765872file-title a:active, #yiv3569765872 div.yiv3569765872file-title a:hover, #yiv3569765872 div.yiv3569765872file-title a:visited {text-decoration:none;}#yiv3569765872 div.yiv3569765872photo-title a, #yiv3569765872 div.yiv3569765872photo-title a:active, #yiv3569765872 div.yiv3569765872photo-title a:hover, #yiv3569765872 div.yiv3569765872photo-title a:visited {text-decoration:none;}#yiv3569765872 div#yiv3569765872ygrp-mlmsg #yiv3569765872ygrp-msg p a span.yiv3569765872yshortcuts {font-family:Verdana;font-size:10px;font-weight:normal;}#yiv3569765872 .yiv3569765872green {color:#628c2a;}#yiv3569765872 .yiv3569765872MsoNormal {margin:0 0 0 0;}#yiv3569765872 o {font-size:0;}#yiv3569765872 #yiv3569765872photos div {float:left;width:72px;}#yiv3569765872 #yiv3569765872photos div div {border:1px solid #666666;height:62px;overflow:hidden;width:62px;}#yiv3569765872 #yiv3569765872photos div label {color:#666666;font-size:10px;overflow:hidden;text-align:center;white-space:nowrap;width:64px;}#yiv3569765872 #yiv3569765872reco-category {font-size:77%;}#yiv3569765872 #yiv3569765872reco-desc {font-size:77%;}#yiv3569765872 .yiv3569765872replbq {margin:4px;}#yiv3569765872 #yiv3569765872ygrp-actbar div a:first-child {margin-right:2px;padding-right:5px;}#yiv3569765872 #yiv3569765872ygrp-mlmsg {font-size:13px;font-family:Arial, helvetica, clean, sans-serif;}#yiv3569765872 #yiv3569765872ygrp-mlmsg table {font-size:inherit;font:100%;}#yiv3569765872 #yiv3569765872ygrp-mlmsg select, #yiv3569765872 input, #yiv3569765872 textarea {font:99% Arial, Helvetica, clean, sans-serif;}#yiv3569765872 #yiv3569765872ygrp-mlmsg pre, #yiv3569765872 code {font:115% monospace;}#yiv3569765872 #yiv3569765872ygrp-mlmsg * {line-height:1.22em;}#yiv3569765872 #yiv3569765872ygrp-mlmsg #yiv3569765872logo {padding-bottom:10px;}#yiv3569765872 #yiv3569765872ygrp-msg p a {font-family:Verdana;}#yiv3569765872 #yiv3569765872ygrp-msg p#yiv3569765872attach-count span {color:#1E66AE;font-weight:700;}#yiv3569765872 #yiv3569765872ygrp-reco #yiv3569765872reco-head {color:#ff7900;font-weight:700;}#yiv3569765872 #yiv3569765872ygrp-reco {margin-bottom:20px;padding:0px;}#yiv3569765872 #yiv3569765872ygrp-sponsor #yiv3569765872ov li a {font-size:130%;text-decoration:none;}#yiv3569765872 #yiv3569765872ygrp-sponsor #yiv3569765872ov li {font-size:77%;list-style-type:square;padding:6px 0;}#yiv3569765872 #yiv3569765872ygrp-sponsor #yiv3569765872ov ul {margin:0;padding:0 0 0 8px;}#yiv3569765872 #yiv3569765872ygrp-text {font-family:Georgia;}#yiv3569765872 #yiv3569765872ygrp-text p {margin:0 0 1em 0;}#yiv3569765872 #yiv3569765872ygrp-text tt {font-size:120%;}#yiv3569765872 #yiv3569765872ygrp-vital ul li:last-child {border-right:none !important;}#yiv3569765872

Attachment(s) from bashah
1 of 1 Photo(s)
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: