Tuesday, May 31, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4512

10 Messages

Digest #4512

Messages

Mon May 30, 2016 8:26 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



'Ustaz, Apa Hukum 'Left Group' WhatsApp?'
siakapkeli.my

SHAH ALAM, 30 Mei - Apakah hukum meninggalkan (left) grup Whatsapp? Jika anda bertanyakan soalan ini kepada Ustaz Azhar Idrus (UAI) ini jawapannya.

"Bila kita 'left group' bukan kita putus silaturahim...putus silaturahim ini haram dosa besar, berat sangat itu sebagai contoh kalau putus silaturahim ini ada bapa saudara buang bapa saudara 'left group' bukan sampai tahap begitu,"

UAI memberi penjelasan tersebut ketika ditanya mengenai hukum seseorang yang bertindak meninggalkan grup Whatsapp.

UAI juga berkata, jika seseorang berniat untuk meninggalkan grup Whatsapp, mereka disarankan agar memberitahu terlebih dahulu agar tidak menimbulkan sebarang andaian negatif.

"'Left group' ini ada pelbagai alasan, kadang-kadang sebab kita tidak suka keadaan orang yang berbual dalam itu, kadang-kadang kita rasa grup itu tiada faedah, dan kadang-kadang terlalu banyak grup.

"Cuma sebaik-baiknya kalau kita tidak nyatakan sebab biarlah orang tahu sebabnya, bila orang sudah tahu mereka tidak tertanya-tanya... Bila kita nak keluar minta maaf, nyatakan sebab, jadi boleh 'left group' tiada masalah," katanya lagi sebagaimana lapor Sinar Online.

UAI berkata sedemikian ketika menjadi panel dalam Program Bersama Ustaz Azhar Idrus, Aku, Ramadan dan Facebook di Dewan Sultan Muhammad ke V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam.

Dalam pada itu, Azhar Idrus menyarankan agar pengguna media sosial menggunakan platform teknologi itu, untuk menyebarkan dakwah dan perkara-perkara yang baik melaluinya.

"Bukan perkongsian hadis dan dakwah-dakwah sahaja, perkongsian tentang ilmu semasa seperti 'bagaimana untuk memasak dengan baik' juga boleh dikongsi di media sosial," katanya.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon May 30, 2016 8:27 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Anggap MCA Musuh Islam, Ridhuan Tee Umum Keluar Dari MCA
siakapkeli.my

Penceramah bebas Ridhuan Tee Abdullah yang merupakan ahli seumur hidup MCA telah mengumumkan beliau telah keluar dari parti itu bermula hari ini, lapor Malaysiakini.

Tindakan yang dilakukan oleh beliau itu adalah tanda protes kepada MCA yang disifatkannya sebagai sebuah parti yang berterusan menentang hudud.

"Kerana perkembangan akhir-akhir ini (hudud). Saya tidak mahu menanggung dosa berada dalam parti sebegini," katanya.

Dua menteri dari MCA sebelum ini mengugut mahu meletak jawatan selepas kerajaan membenarkan Presiden Pas mengusulkan RUU persendirian di Parlimen yang meminta menambah bidang kuasa mahkamah Syariah.

Selain itu MCA juga telah melancarkan kempen supaya rakyat menentang hudud yang diusulkan oleh Pas.

Ridhuan dalam pada itu memberitahu beliau memohon menjadi anggota MCA pada tahun 1995 atau 1996 tetapi hanya diluluskan pada tahun 2000.

Beliau menyertai MCA kerana bagi membuktikan beliau bukan "masuk Melayu" dan kekal sebagai seorang Cina walaupun telah memeluk Islam.

"Dulu saya masuk MCA sebab saya nak tunjukkan saya bukan masuk Melayu, saya kekal Cina.

"Niat saya untuk berdakwah, menjadi jambatan (pada Islam), tetapi tidak pernah dihargai. Malah mereka melihatnya sebagai ancaman," katanya lagi.- Siakapkeli.my

SEMUA INI HANYA WAYANG
bloglist-malaysia.blogspot
wrlr.blogspot
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR

Satu demi menteri kabinet daripada parti komponen BN mengugut mahu meletakkan jawatan daripada kerajaan sekiranya usul persendirian Hadi Awang yang bertujuan meningkatkan taraf Mahkamah Syariah diluluskan oleh Parlimen.

Mula-mula ia dilontarkan oleh Presiden MCA, Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan, Mah Siew Keong.

Kemudian Presiden MIC, S Subramanian menyertai Liow dan Mah untuk turut mengambil tindakan yang sama sebagai protes terhadap usul tersebut.

Terbaru, dua lagi anggota kabinet daripada MCA iaitu Wee Ka Siong dan Ong Ka Chuan serta seorang timbalan menteri, Chew Mei Fun juga menyatakan komitmen untuk sama-sama meletakkan jawatan mereka.

Walaupun telah diberitahu melalui kenyataan Najib Jumaat lalu bahawa usul Hadi Awang itu bukan usul hudud, para pemimpin komponen BN nampaknya lebih percaya bahawa kelulusan usul tersebut adalah langkah awal ke arah perlaksanaan undang-undang Islam itu di Kelantan.

Malangnya, di sebalik mengugut mahu meletakkan jawatan itu, tiada pula ternampak hasrat mereka untuk membawa keluar parti masing-masing meninggalkan BN.

Jika benar marah kepada kerajaan dan kerana usul Hadi Awang itu dilihat menggambarkan wujudnya kerjasama antara UMNO dengan Pas untuk melaksanakan hudud, mengapa mereka tidak mahu keluar BN?

Sebenarnya semua ini hanya wayang untuk menjaga penyokong masing-masing menjelang pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun depan.

Dalam masa yang sama, tidak kedengaran pula pemimpin-pemimpin UMNO menempelak ugutan yang dilakukan oleh menteri-menteri bukan Islam yang mahu meletakkan jawatan itu.

Pas sebagaimana biasa, lebih menyalahkan dan memarahi DAP berbanding MCA, MIC dan Gerakan berkaitan usul berkaitan hudud itu.

Ya, semuanya adalah wayang belaka di mana masing-masing sedang melakukan pementasan untuk kepentingan penyokong masing-masing yang kesudahan ceritanya hudud tetap tidak ke mana-mana.

Panjang umur sama-samalah kita saksikannya. (SH 29/05/2016).

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon May 30, 2016 8:27 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Jangan Tangkap Orang Yang Hina Saya - TMJ
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai


PETALING JAYA: Tunku Ismail Sultan Ibrahim meminta pihak polis supaya tidak menangkap mereka yang membuat kenyataan berunsur hasutan terhadapnya.

Sebaliknya Tunku Mahkota Johor itu berharap pertemuan dapat diatur antara beliau dan mereka yang terlibat.a

"Saya lebih suka jika pihak berkuasa dapat menganjurkan pertemuan antara saya dengan individu-individu tersebut dan memberikan mereka peluang untuk menyuarakan apa yang mereka mahu katakan kepada saya secara berhadapan," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan yang disiarkan di laman Facebook Johor Southern Tigers pada Isnin.

Baru-baru ini seorang penyokong bola sepak Pahang, Muhammad Masyhur Abdullah ditahan polis kerana dituduh mengutuk Tunku Ismail yang juga pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) di Twitter.

-mstar

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/05/jangan-tangkap-orang-yang-hina-saya-tmj.html#ixzz4A8aoKqqq
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon May 30, 2016 8:28 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Jambatan Runtuh, 6 Kenderaan Hanyut di Cameron Highland
siakapkeli.my

CAMERON HIGHLANDS: Banjir kilat selama sejam yang berlaku di sini awal pagi tadi telah menyebabkan sebuah jambatan yang menghubungkan perkampungan Orang Asli runtuh dan tiga kereta serta tiga motosikal dihanyutkan arus.

Dalam kejadian yang berlaku pada 2.30 pagi itu, sebuah kereta milik pelancong juga rosak akibat dihempap pokok manakala beberapa rumah penduduk dinaiki air setinggi lebih kurang 0.3 meter.

BH Online melaporkan, Ketua Polis Daerah tersebut, Deputi Superintendan Zainal Abidin Othman berkata sebuah jambatan yang menghubungkan jalan raya utama dengan perkampungan Orang Asli Pos Terisu di Batu 49, Kuala Terla, Runtuh selepas dilanda arus deras Sungai Ulu Telom.

"Dipercayai lokasi jambatan yang runtuh adalah tempat di mana laluan arus dua anak sungai iaitu Sungai Tringkap dan Sungai Kuala Terla bertembung masuk ke sungai utama iaitu Sungai Ulu Telom yang terletaknya jambatan itu.

"Dalam pada itu, penduduk sekitar bergotong-royong dengan menggunakan besi untuk dijadikan laluan sementara kegunaan motosikal bagi menggantikan jambatan berkenaan," katanya.

Beliau berkata, tiga kereta dan tiga motosikal yang hanyut itu pula berlaku di Jalan Kolam Air, Brinchang, dengan semua kenderaan itu mengalami kerosakan akibat dimasuki air.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Selain itu, tiada penduduk dipindahkan dan air yang naik surut kira-kira sejam kemudian. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon May 30, 2016 8:28 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Waktu Imsak 2016 Setiap Zon Seluruh Malaysia

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

"

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Waktu Imsak 1437H/2016. Sempena kedatangan Ramadhan Al-Mubarak tahun ini, kami ingin berkongsi jadual waktu imsak dan waktu berbuka puasa setiap zon bagi seluruh negeri di Malaysia.

Jadual yang dipetik dari portal MyWaktuSolat.com yang berpandukan kepada takwin yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Hanya klik setiap pautan zon yang dikehendaki.

JOHOR

a.. JOHOR – Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Pulau Aur & Pemanggil 1437H/2016M
b.. JOHOR – Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Kota Tinggi, Mersing, Johor Bahru & Kulai 1437H/2016M
c.. JOHOR – Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Kluang & Pontian 1437H/2016M
d.. JOHOR – Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Batu Pahat, Muar, Segamat, Gemas & Tangkak 1437H/2016M
KEDAH

a.. KEDAH – Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Kota Setar, Kubang Pasu & Pokok Sena 1437H/2016M
b.. KEDAH – Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Pendang, Kuala Muda & Yan 1437H/2016M
c.. KEDAH – Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Padang Terap & Sik 1437H/2016M
d.. KEDAH – Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Baling 1437H/2016M
e.. KEDAH – Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Kulim & Bandar Baharu 1437H/2016M
f.. KEDAH – Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Langkawi 1437H/2016M
g.. KEDAH – Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Gunung Jerai 1437H/2016M
KELANTAN

a.. KELANTAN – Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai & Mukim Chiku 1437H/2016M
b.. KELANTAN – Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Jeli & Gua Musang (Mukim Galas, Bertam) 1437H/2016M
MELAKA

a.. MELAKA – Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Seluruh Negeri Melaka 1437H/2016M
NEGERI SEMBILAN

a.. NEGERI SEMBILAN – Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Jempol & Tampin 1437H/2016M
b.. NEGERI SEMBILAN – Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Port Dickson, Seremban, Kuala Pilah, Jelebu & Rembau 1437H/2016M
PAHANG

a.. PAHANG – Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Pulau Tioman 1437H/2016M
b.. PAHANG – Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Kuantan, Pekan, Rompin & Muadzam Shah 1437H/2016M
c.. PAHANG – Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Maran, Chenor, Temerloh, Bera, Jengka & Jerantut 1437H/2016M
d.. PAHANG – Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Bentong, Raub & Kuala Lipis 1437H/2016M
e.. PAHANG – Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Genting Sempah, Janda Baik & Bukit Tinggi 1437H/2016M
f.. PAHANG – Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Bukit Fraser, Genting Highlands & Cameron Highlands 1437H/2016M
PERAK

a.. PERAK – Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tapah, Slim River & Tanjung Malim 1437H/2016M
b.. PERAK – Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Sg. Siput & Kuala Kangsar 1437H/2016M
c.. PERAK – Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Pengkalan Hulu, Grik & Lenggong 1437H/2016M
d.. PERAK – Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Temengor & Belum 1437H/2016M
e.. PERAK – Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Teluk Intan, Bagan Datoh, Kg.Gajah, Sri Iskandar, Beruas, Parit, Lumut, Setiawan & Pulau Pangkor 1437H/2016M
f.. PERAK – Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Selama, Taiping, Bagan Serai & Parit Buntar 1437H/2016M
g.. PERAK – Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Bukit Larut 1437H/2016M
PERLIS

a.. PERLIS – Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Kangar, Padang Besar & Arau 1437H/2016M
PULAU PINANG

a.. PULAU PINANG – Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Pulau Pinang 1437H/2016M
SABAH

a.. SABAH – Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Sandakan, Bukit Garam, Semawang, Temanggong, Tambisan, Sukau & Kinabatangan 1437H/2016M
b.. SABAH – Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Pinangah, Terusan, Beluran, Kuamut, Telupit, Jambongan, Paitan & Tongod 1437H/2016M
c.. SABAH – Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Lahad Datu, Kunak, Silabukan, Tungku, Sahabat, Semporna & Tambisan 1437H/2016M
d.. SABAH – Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tawau, Balong, Merotai, Kalabakan & Pulau Sebatik 1437H/2016M
e.. SABAH – Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Kudat, Kota Marudu, Matunggong, Pitas & Pulau Banggi 1437H/2016M
f.. SABAH – Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Gunung Kinabalu 1437H / 2016M
g.. SABAH – Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Papar, Ranau, Kota Belud, Tuaran, Tamparuli, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu 1437H/2016M
h.. SABAH – Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Pensiangan, Keningau, Tambunan, Sook, Sepulut, Nabawan 1437H/2016M
i.. SABAH – Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Sipitang, Membakut, Menumbok, Beaufort, Kuala Penyu, Weston, Tenom, Long Pa Sia 1437H/2016M
SARAWAK

a.. SARAWAK – Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Limbang, Sundar, Terusan, Lawas 1437H/2016M
b.. SARAWAK – Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Niah, Belaga, Sibuti, Miri, Bekenu, Marudi 1437H / 2016
c.. SARAWAK – Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Song, Belingan, Sebauh, Bintulu, Tatau, Kapit 1437H / 2016
d.. SARAWAK – Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Igan, Kanowit, Sibu, Dalat, Oya 1437H / 2016
e.. SARAWAK – Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Belawai, Matu, Daro, Sarikei, Julau, Bitangor, Rajang 1437H / 2016
f.. SARAWAK – Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Kabong, Lingga, Sri Aman, Engkelili, Betong, Spaoh, Pusa, Saratok, Roban, Debak 1437H / 2016
g.. SARAWAK – Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Samarahan, Simunjan, Serian, Sebuyau & Meludam 1437H / 2016
h.. SARAWAK – Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Zon Khas 1437H / 2016
i.. SARAWAK – Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Kuching, Bau, Lundu & Sematan 1437H / 2016
SELANGOR

a.. SELANGOR – Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Gombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling & Shah Alam 1437H / 2016
b.. SELANGOR – Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang & Kuala Langat 1437H / 2016
TERENGGANU

a.. TERENGGANU – Waktu Imsak dan Berbuka Kuala Terengganu & Marang 1437H / 2016
b.. TERENGGANU – Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Besut & Setiu 1437H / 2016
c.. TERENGGANU – Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Hulu Terengganu 1437H / 2016
d.. TERENGGANU – Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Kemaman & Dungun 1437H / 2016
WILAYAH PERSEKUTUAN

a.. WP – Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Labuan 1437H / 2016M
b.. WP – Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Putrajaya 1437H / 2016M
c.. WP – Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Kuala Lumpur 1437H / 2016M
Semoga bermanafaat. -Vianur.com

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: laniismaa
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

SELANGOR – Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Gombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling & Shah Alam 1437H / 2016
mywaktusolat.com

Waktu imsak dan waktu berbuka puasa bagi negeri Selangor Zon Gombak, Hulu Selangor, Rawang, Sepang, Petaling dan Shah Alam tahun 1437H/2016M.

Sumber :JAKIM

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon May 30, 2016 8:29 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Ibu Sedih Dan Tekilan 'Kisah Mata Anak' Disebarkan Menjadi Viral Dengan Kapsyen Palsu
siakapkeli.my

Seorang ibu bernama Pn Nurbustaniah atau nama Facebooknya Intan Hidayah semalam melalui laman Facebooknya meluahkan rasa sedih dan terkilannya dengan sikap tidak bertanggungjawab segelintir netizen yang menyiarkan gambar anaknya dengan kapsyen palsu.

Menurutnya anaknya bukan mengalami sakit parah seperti yang disebarkan di laman sosial.

"Tolong berhenti sebarkan tentang mata anak saya,mata anak saya bukan sakit parah,tolong siasat dulu betul2 sebelum sebar..anak saya sumbing muka bukan sakit parah," tulisnya.

Memetik tulisan di page badan NGO kebajikan berdatar Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial - KELSS, penyebaran tentang 'sakit mata parah' anak Pn Nurbustaniah telah berleluasa dengan kepsyen palsu oleh pengguna FB sejak beberapa hari lalu menimbulkan keresahan pada Pn Nurbustaniah iaitu ibu kepada adik Hidayah.

Menurut Puan Nurbustaniah yang dihubungi krew NGO berkenaan di Perlis, anaknya selamat jalani pembedahan pada 16 Mei lalu di PPUM Petaling Jaya dan semalam telah pulang ke rumah

Gambar terbaru baby Hidayah selepas menjalani pembedahan

Dari pemerhatian dan carian Siakapkeli di media sosial tenyata gambar berkenaan mula disebarkan oleh seorang pengguna Facebook yang sudah banyak kali menyebarkan berita palsu.

Namun orang ramai seperti biasa tanpa usul periksa telah 'share' status berkenaan di mana sehingga kini sudah 4,800 kali kongsian telah di lakukan orang ramai.

Manakala, sehingga kini gambar berkenaan telah menerima lebih 70,000 komen.

Dari pemerhatian kami juga gambar berkenaan kini mula disebarkan oleh lebih ramai netizen dengan kapsyen yang pelbagai.

Kepada mereka yang sudah share atau terlihat gambar berkenaan harap dipadam segera untuk mengelak lebih banyak salah faham dan perkara yang boleh mengguris hati ibu Hidayah. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon May 30, 2016 8:29 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Ajaibnya Pendidikan Sekolah Yayasan Islam Kelantan
bloglist-malaysia.blogspot
kerabubersuara.blogspot.

Nak cerita di Kelantan, sekolah arus perdana biasa tidaklah terlalu popular. Meskipun sekolah tu MRSM. Di Kelantan, lain macam sikit. Sekolah agama jadi buruan...

Nak cerita di Kelantan, sekolah arus perdana biasa tidaklah terlalu popular. Meskipun sekolah tu MRSM. Di Kelantan, lain macam sikit. Sekolah agama jadi buruan para ibu bapa.

Di negeri itu, ada satu yayasan yang menguruskan sekolah-sekolah agama iaitu Yayasan Islam Kelantan. Ada mungkin beratus sekolah agama di bawah kelolaan yayasan ini. Apa yang menakjubkan, yayasan ini bukannya yayasan yang mewah.

Sekolah-sekolahnya pun uzur. Ada sekolah yang tak ada dinding, ada yang papan, ada yang dinding ada tingkap pula tiada, kerusi dan meja masih lagi macam zaman 90-an dulu.

Dulu papan hijau sekarang upgrade sikit ke whiteboard, tapi mungkin ada lagi sesetengah pakai papan hijau. Kantin kecil saja. Kadang-kadang kantin tidak mampu menampung jumlah pelajar yang ramai.

Dari segi gaji guru-guru, murah. Serendah RM700 ke atas mengikut sijil masing-masing. Guru yang dah mengajar lebih 3 tahun baru dapat gaji RM1.5k setelah tolak itu ini dan untuk dapat jawatan guru tetap bukanlah semudah yang difikirkan serta gaji ditawarkan tidaklah lumayan.

Tapi, ajaib Ya Rabb.

Sekolah-sekolah yayasan ni dapat bangunkan Maahad-maahad. Popular di Kelantan, Maahad Muhammadi Perempuan/Lelaki. Kemudian, meniti di bibir rakyat terkini Maahad-maahad Tahfiz Sains antaranya MTS Kok Lanas (L), MTS Tanah Merah (P) dll.

Kecemerlangan yang dicatatkan para pelajar di sekolah-sekolah serba sederhana dan tidak mewah dengan bajet "segalanya perlu berjimat", adalah sangat luar biasa. Ada suatu tahun, menandingi sekolah arus perdana.

Ada suatu tahun, melebihi kecemerlangan sekolah biasa. Ingat tak Nik Madihah yang dapat 20A di Malaysia? Itu dari sekolah Maahad yayasan inilah.

Pelajar-pelajar tidak merungut walaupun yayasan ini boleh diletakkan dalam kategori 'miskin'. Kalau kaya, sudah pasti guru-gurunya gaji mahal. Kadang-kadang nak buat bangunan pun, perlukan sumbangan orang ramai.

Erti Redha

Bukan prasarana jadi keutamaan. Hebat macam mana pun sekolah tu pembangunannya, besar macam mana pun sekolahnya, luas macam mana pun padang sekolahnya, bukan penanda aras modal insan pelajar.

Warga pendidik dan pelajar di bawah yayasan ini, menerima dengan rela hati apa jua keadaan sekolah mereka. Kondisi daif macam mana pun, reda. Kita nak pergi kutip ilmu, bukan nak pergi buat sekolah. Bukan nak pergi makan sedap di kantin, bukan nak dilayan taraf VIP di sekolah.

Yang boleh dipuji warga pendidiknya, gaji sikit tapi ikhlas tu besar. Mana ada manusia sanggup tahan dengan gaji seribu dua dalam ekonomi meleset ni? Patut guru gaji rendah inilah yang mengajar 'cincai-cincai', padanlah dengan gajinya.

Tapi, demi anak bangsa, sanggup. Demi agama, siang malam sanggup korban walaupun gaji tak semenggah. Bukan soal gaji sebenarnya, tapi keikhlasan, pahala dan syurga.

Tarbiyyah Lebih Utama

Agama asas segalanya. Bila kita ingat semuanya dari Allah, rezeki pun dari Allah. Nasib baik ada sekolah je. Nasib baik sekolah ada bumbung saja.

Erti syukur dengan apa yang ada.

Lain beb bila masuk sekolah tarbiyyah ni. Walaupun habis sekolah, habis universiti pun, ajaran di sekolah agama itulah yang masih berbekas dalam diri. Asas agama bercambah di situ. Bertaut di situ. Sesat macam mana suatu hari nanti dalam kehidupan, akan kembali kepada asas cahaya ini.

Sebab itulah, ketika hayat Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, beliau mempertahankan sekolah agama rakyat ini habis-habisan. Inilah masa depan tarbiyyah negeri Kelantan. Anak bangsa yang ada asas keimanan tercetus di sini.

Ulama dulu lahir dari sekolah pondok, pondok usang, pondok kayu. Tapi, ilmu masya-Allah tinggi menggunung namun masih rendah hati.

Ujian penilaian bahasa Arab.

Murid sekarang ada segalanya hatta henfon pun kalau boleh nak diluluskan di sekolah, sekolah pun canggih-canggih sampai ada yang belajar dalam aircond, perhimpunan pun ada kerusi duduk untuk pelajar. Tapi, yang lahir dari sekolah 'ada segalanya' tidak sampai ke tahap ulama atau cendekiawan Islam.

Lahir bangsa raver, hipster, sosial bebas, aurat bebas, pencaci maki dan pengkritik tanpa adab pula. Astaghfirullah.
Keberkatan. Keberkatan. Keberkatan.

Bila sekolah hubungkan hati pelajar dengan Allah, maka ujudlah keberkatan. Bila sekolah hubungkan hati pelajar dengan cemerlang akademik semata-mata di atas kertas dan sijil, maka dapatlah apa yang mereka mahukan.

Moga yayasan yang arwah TGNA kasih ini hidup dan berlaku penambahbaikkan dari semasa ke semasa untuk warga guru khasnya dan pelajar amnya.

Sekolah mahal, bayar ribu-ribu, belas ribu, belum tentu jamin dapat beli akhlak mulia.

Wallahu'alam.

Abg Bikai the spoileretosz

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon May 30, 2016 8:29 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



"Saya Tergerak Hati Untuk Bantu Dia...", kata Koperal Ropi Menceritakan Kejadian Selepas Gambarnya Tolong OKU Jadi Viral
siakapkeli.my

Foto Harian Metro

Kuala Lumpur, 30 Mei: Tindakan seorang anggota polis yang membantu seorang lelaki OKU melintas jalan baru-baru ini mendapat pujian netizen selepas gambarnya menjadi viral di media sosial.

Anggota polis berpangkal koperal itu, Koperal Mohd Ropi Mat Ali, 47, dari Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail berkata ketika kejadian, dia bersama seorang rakan setugas sedang melakukan rondaan di Jalan Mohd Fuad, TTDI, dan ternampak lelaki OKU terbabit cuba melintas jalan.

Seorang anggota polis berpangkat koperal mendapat pujian banyak pihak selepas gambarnya membantu lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) melintas jalan dengan menumpangkan lelaki berkenaan di atas motosikalnya ketika melakukan rondaan, tersebar di media sosial.

"Keadaan jalan ketika itu agak sesak dan sudah pasti sukar untuk lelaki berkenaan melintas jalan kerana dia tiada kaki.

"Saya tergerak hati untuk membantu dengan memboncengkannya dan menghantarnya ke perhentian bas kira-kira 300 meter dari lokasi dia ditemui," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Tindakan koperal itu juga mendapat pujian dari Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berkata : "Syabas Koperal Ropi dari Balai Polis Taman Tun Dr Ismail yang bertugas di Unit Rondaan Bermotosikal kerana membantu seorang lelaki kurang upaya membonceng motosikal beliau semasa sedang membuat rondaan," tulis Khalid. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon May 30, 2016 8:30 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Gorilla 'Rare' Ditembak Mati Selepas Budak Terjatuh Dalam Kandang
siakapkeli.my

Amerika Syarikat, 29 Mei - Seekor gorilla jantan berusia 17 tahun di Zoo Cincinnati ditembak mati oleh penjaga zoo pada Sabtu setelah dia menarik seorang kanak-kanak 4 tahun yang terjatuh ke dalam kandang haiwan itu, kata pegawai zoo tersebut.

Budak lelaki 4 tahun itu memanjat melepasi halangan sebelum terjatuh setinggi 10 kaki ke dalam kandang dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4 petang.

Seorang saksi berkata dia melihat gorilla itu dengan ganas menarik dan membaling kanak-kanak tersebut.

Reuters melaporkan, kanak-kanak lelaki itu 'ditawan' oleh gorilla itu selama 10 minit sebelum penjaga zoo mengambil senapang rifle dan menembak mati gorilla tersebut.

Dua gorilla betina turut berada di dalam kandang itu ketika kejadian.

Pengarah Zoo Cincinnati Zoo, Thane Maynard berkata budak lelaki itu telah dibawa ke hospital oleh pihak Zoo.

Gorilla yang ditembak mati itu, Harambe, dilahirkan di Zoo Gladys Porter di Brownsville, Texas dan dipindahkan ke Zoo Cincinnati pada 2014.

Difahamkan juga, gorilla itu diklasfikasikan sebagai jenis yang hampir pupus dan pihak Zoo bercadang untuk menggunakan Harambe untuk pembiakan. - Siakapkeli.my

Buaya Cuba Makan Kura-Kura, Apa Yang Terjadi Mengejutkan

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

BUAYA sememangnya memiliki sifat ganas dan menggerunkan namun apabila menyentuh soal makanan, haiwan reptilia ini tidak boleh mengunyah.

Oleh itu, pernahkah anda bayangkan bagaimana haiwan yang dikenali sebagai sang bedal ini cuba memakan haiwan yang bercengkerang keras seperti kura-kura?
Seorang jurugambar bernama Lisl Moolman berjaya merakam detik-detik luar biasa apabila seekor buaya cuba membaham kura-kura.

Moolman yang ketika itu sedang bersantai di hadapan Sungai Kruger di National Park, Amerika Syarikat tertarik apabila kura-kura yang tidak ubah seperti bentuk bola kelihatan dilempar ke udara ketika sang bedal cuba membahamnya.

"Saya sedang duduk sambil menyaksikan segerombolan haiwan liar turun untuk minum, sehinggalah seorang pengunjung menunjuk pada seekor buaya yang baru sahaja menangkap seekor kura-kura," katanya.

Oleh kerana cengkerang kura-kura sangat keras, buaya itu berusaha memakannya dengan mengepit sekuat hati namun gagal.

"Melihat rakannya mendapat mangsa, buaya-buaya lain di tepi sungai ikut masuk ke dalam air dan mula mengelilinginya," tambah Moolman.

Mereka dilihat saling berebut mahu memakan kura-kura berkenaan, hinggakan kura-kura itu dilempar ke sana sini seperti bola.

Ceritanya lagi, kura-kura itu kemudian hilang dalam kedalaman air sebelum muncul kembali di permukaan namun segera melarikan diri setelah setengah jam jadi mainan sekawan buaya. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Telegraph

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon May 30, 2016 9:40 am (PDT) . Posted by:



Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ? reminder
When: Monday, 30 May 2016 06:00 PM to 07:00 PM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London

Where: http://rokokkesehatan.com/?ref=8429

Notes: Halo sahabat...

Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ?

- . Apakah ingin memiliki Mobil Mewah ?
- . Ingin memiliki Rumah Mewah ?
- . Ingin memiliki Bisnis Besar ?
- . Bebas Finansial ?
- . Hidup Mapan dan Sejahtera ?

TETAPI... Bagaimana CARA meraih itu semua ?

- . Butuh Modal BESAR ?
- . Harus berpendidikan TINGGI ?
- . Harus Bekerja sangat KERAS ?

Mampukah kamu ?

Coba luangkan waktumu sejenak melihat situs ini :
http://goo.gl/1foLME

Di rokokkesehatan.com anda akan mendapatkan penghasilan
milyaran rupiah tanpa perlu bekerja keras!
Menggunakan sistem otomatis yang pasti akan menghantarkan
anda menjadi seorang milyuner! DIJAMIN!

Perlu BUKTI ?
Kunjungi Website saya :
http://goo.gl/1foLME

Sukses Selalu!

Darman
http://goo.gl/1foLME

From: automobil Calendar

Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us

Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com