Friday, May 27, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4507[2 Attachments]

11 Messages

Digest #4507
2
Fw: Warga Emas Maut Dihempap Papan Iklan by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
3
Fw: Berlatih Tepuk Tangan Menyambut VVIP. by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
4
6
Fw: Sengsara Disihir Sahabat Baik Sendiri by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
8
Fw: Ribut Kuat Landa Perlis by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
11

Messages

Thu May 26, 2016 7:54 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Rang Undang-Undang Berkaitan Hudud Telah Diusulkan Di Parlimen Hari Ini
siakapkeli.my

Rang Undang-Undang (RUU) Ahli Persendirian pelaksanaan undang-undang jenayah syariah dijadualkan bakal dibentangkan di dewan parlimen hari ini, lapor Astro Awani.

Pembentangan RUU berkaitan Hudud berkenaan dijadualkan akan dibentangkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di dalam Parlimen

Namun, Rang undang-undang berkenaan telah disenaraikan sebagai item No 15, iaitu perbahasan yang terakhir sekali dalam kertas perintah itu, ini bermakna RUU berkenaan mungkin tidak sempat dibentangkan.

Ini kerana, mengikut jadual hari ini merupakan hari terakhir dewan parlimen bersindang.

Ini adalah kali ketiga Abdul Hadi yang merupakan Ahli Parlimen Marang itu mengemukakan rang undang-undang yang serupa ke Parlimen selepas dua cubaan sebelum ini pada 7 April dan 17 Jun 2015, bagaimanapun usulnya tidak dibahaskan di Dewan Rakyat dalam kedua-dua sesi tersebut.

Berdasarkan RUU Hudud yang bakal dibentangkan berkenaan meminta untuk meminda undang-undang persekutuan, Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, untuk memberi laluan kepada pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan dan negeri-negeri lain.

Pada masa ini, Akta itu menghadkan Mahkamah Syariah boleh mengenakan hukuman maksimum penjara tiga tahun, denda maksimum RM5,000 dan enam sebatan rotan.

Iainya dikenali sebagai peraturan 3:5:6 iaitu penjara tidak lebih tiga tahun, denda tidak lebih RM5,000 dan enam sebatan rotan.

Jika pindaan akta ini berjaya, semua kesalahah jenayah syariah boleh dikenakan hukuman yang ditetapkan mengikut undang-undang Islam.

Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun lepas meluluskan usul pelaksanaan hudud dan qisas di negeri itu, namun tersekat kerana kedudukan undang-undang persekutuan yang tidak membenarkan hukuman melebihi daripada yang ditetapkan sekarang. - Siakapkeli.my

KEMASKINI

RUU menambah bidang kuasa mahkamah Syariah di Malaysia telah dibentangkan di dewan rakyat.

Pembentangan Usul Rang Undang-undang (RUU) Persendirian Ahli Parlimen Marang YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah dibacakan pada hari ini di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia.

Namun begitu, usul berkenaan terpaksa ditangguhkan dan akan dibawa ke sesi Dewan Rakyat akan datang untuk dibahaskan, lapor Sinar Harian.

"Terima kasih kepada kerajaan kerana memberi peluang untuk meluluskan usul ini," kata Abdul Hadi kepada pemberita selepas keluar Dewan Rakyat.

Speaker Tan Sri Pandikar Aman Mulia membenarkan Usul Kerajaan untuk RUU Ahli Parlimen Marang didahulukan dalam senarai peraturan mesyuarat.

Rang Undang-undang (RUU) pindaan itu adalah untuk menambah bidangkuasa Mahkamah Shariah di Malaysia.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu May 26, 2016 7:55 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Warga Emas Maut Dihempap Papan Iklan
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

MELAKA: Seorang warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya dihempap sebuah papan iklan ketika berhenti di lampu isyarat persimpangan Jalan Pokok Mangga menghala ke Klebang di sini, pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata Ahmad Yusop Omar, 64, seorang pengawal keselamatan dari Taman Tangga Batu di sini meninggal dunia di tempat kejadian, dalam kejadian 7.15 pagi itu.

"Sebelum kejadian mangsa yang menunggang motosikal dari arah lampu isyarat Jalan Limbongan menghala ke Dataran 1Malaysia berhenti di lampu isyarat di persimpangan Jalan Pokok Mangga kerana lampu merah, sebelum papan iklan berada di bahu kiri jalan tiba-tiba jatuh dan menghempap mangsa.

"Siasatan awal mendapati ketika kejadian hujan lebat dan papan iklan tersebut di bawah penyeliaan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasatdan punca kejadian masih dalam siasatan. -Bernama

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/05/warga-emas-maut-dihempap-papan-iklan.html#ixzz49frOOhcq
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu May 26, 2016 7:55 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Cikgu2 Di Terengganu Dimarah oleh Pengarah Kerana Tidak Tepuk Tangan Semasa Sambut MB Razif

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Tak sangka ye. Selain dibebankan dengan kerja-kerja perkeranian, bersilih ganti module itu module ini, sistem itu sistem ini, cikgu2 sempat juga mengulangkaji silibus baru.

Semoga cikgu2 semuanya berjaya mendapat A+++ dalam 'subjek' tersebut ye.
Peristiwa ini berlaku dalam Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu yang dirasmikan oleh YAB Razif MB Terengganu di Stadium Tertutup Gong Badak, 24 Mei 2016lalu.

Razif kecewa kerana tiada guru tepuk tangan untuk menyambut ucapannya dan menyebut tidak akan memberikan peruntukan kerana tidak tepuk tangan.

Cikgu-Cikgu Kini Perlu Berlatih Tepuk Tangan Demi Menyambut Kehadiran VVIP.
bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.net

Tonton ;

Tak sangka ye. Selain dibebankan dengan kerja-kerja perkeranian, bersilih ganti module itu module ini, sistem itu sistem ini, cikgu2 sempat juga mengulangkaji silibus baru.

Semoga cikgu2 semuanya berjaya mendapat A+++ dalam 'subjek' tersebut ye.

KAHKAHKAH
KAHKAHKAHKAH
KAHKAHKAHKAHKAH

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Thu May 26, 2016 7:57 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pencuri mampu godam sistem immobiliser, larikan kenderaan dalam masa kurang dua minit – JPJ
paultan.org

By Mohd Farid Awaludin

Satu sindiket terancang yang mensasarkan kenderaan tertentu seperti Toyota Alphard, Toyota Camry, Honda Civic dan Honda City, mampu untuk menggodam sistem immobiliser kenderaan terbabit dengan mengesetnya semula agar ia lumpuh dalam masa kurang dua minit, lapor Harian Metro.

Menurut pengarah bahagian kejuruteraan automotif Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Mohamed Dalib, kenderaan yang dilengkapi dengan sistem immobiliser akan mematikan enjin kereta apabila ia mengesan kuncinya tiada pada jarak tertentu.

Dengan ini, sindiket tersebut menggunakan beberapa teknik termasuk menggunakan alat penyesak untuk mematikan sistem immobiliser sebelum menyembunyikan kenderaan yang dicuri pada lokasi tertentu. Untuk immobiliser yang dilengkapi sistem pemantauan satelit pula, Dalib berkata, "pencuri akan menggodam alat tersebut dalam masa lima ke sepuluh minit untuk membuang baterinya bagi mengelakkan ia dikesan."

Menurut Dalib lagi, kenderaan yang dicuri dalam negara akan diseludup ke negara-negara Afrika seperti Kenya dan Uganda.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu May 26, 2016 7:57 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Bersyukur atas nikmat yang diberikan Allah merupakan salah satu kewajiban seorang muslim.
bloglist-malaysia.blogspot
wabillahagro.blogspot
Dicatat oleh Abd Wahab Abdullah

Bersyukur atas nikmat yang diberikan Allah merupakan salah satu kewajiban seorang muslim. Seorang hamba yang tidak pernah bersyukur kepada Allah, alias kufur nikmat, sejatinya adalah orang-orang sombong yang pantas dimasukkan ke nerakanya Allah swt. Allah swt telah memerintahkan hamba-hambaNya untuk mengingat dan bersyukur atas nikmat-nikmatNya. Allah swt berfirman, artinya:

"Karena itu, ingatlah kamu kepadaKu niscaya Aku ingat pula kepadamu, dan bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu mengingkari nikmatKu." [al-Baqarah:152]

Ali Ashshabuni dalam Shafwaat al-Tafaasir menyatakan, "Ingatlah kalian kepadaKu dengan ibadah dan taat, niscaya Aku akan mengingat kalian dengan cara memberi pahala dan ampunan. Sedangkan firman Allah swt, "bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu mengingkari nikmatKu", bermakna: "Bersyukurlah kalian atas nikmat-nikmat yang telah Aku berikan kepadamu dan jangan mengingkarinya dengan melakukan dosa dan maksiyat.

Telah diriwayatkan bahwa Nabi Musa as pernah bertanya kepada Tuhannya: "Ya Rabb, bagaimana saya bersyukur kepada Engkau? Rabbnya menjawab: "Ingatlah Aku dan janganlah kamu lupakan Aku. Jika kamu mengingat Aku sungguh kamu telah bersyukur kepadaKu. Namun, jika kamu melupakan Aku, kamu telah mengingkari nikmatKu". [Mukhtashar Tafsir Ibnu I/142]

Di ayat yang lain Allah swt menyatakan, artinya:

"Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rizki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepadaNya kamu menyembah." [al-Baqarah:172]

'Ulama-'ulama tafsir menafsirkan ayat ini sebagai berikut: "jika kalian benar-benar menyembah kepadaNya, bersyukurlah kalian atas nikmat-nikmatNya yang tidak bisa dihitung itu dengan ibadah dan janganlah menyembah selain diriNya."

Atas dasar itu, bersyukur atas nikmat Allah merupakan kewajiban seorang muslim. Namun, seorang muslim harus memahami bagaimana cara merefleksikan rasa syukur secara benar. Betapa banyak orang merefleksikan rasa syukurnya dengan cara-cara yang bertentangan dengan prinsip-prinsip syukur itu sendiri. Misalnya, ada orang yang mewujudkan rasa syukurnya dengan cara mabuk-mabukkan, pesta pora, pergi ke tempat-tempat maksiyat, bernyanyi-nyanyi hingga melupakan kewajibannya, dan seterusnya. Adapula yang merefleksikan rasa syukurnya dengan cara menyediakan sesaji dan persembahan kepada pohon dan tempat-tempat keramat. Refleksi syukur seperti ini jelas-jelas bertentangan dengan prinsip Islam.

Untuk itu, para ulama telah menggariskan tata cara bersyukur yang benar. Imam Ibnu Katsir menyatakan bahwa syukur harus direfleksikan dengan cara beribadah dan memupuk ketaatan kepada Allah swt dan meninggalkan maksiyat. Pendapat senada juga dikemukakan oleh Imam 'Ali Al-Shabuni.

Ibadah dan taat kepada Allah swt serta meninggalkan larangan-larangan Allah merupakan perwujudan rasa syukur yang sebenarnya. Seorang yang selalu taat kepada Allah swt, menjalani seluruh aturan-aturanNya dan sunnah Nabinya pada hakekatnya ia adalah orang-orang yang senantiasa bersyukur kepada Allah swt. Sebaliknya, setiap orang yang menampik dan menolak dengan keras syari'at Islam, tunduk dan patuh kepada aturan-aturan kufur, termasuk orang-orang yang ingkar terhadap nikmat yang diberikan Allah kepada mereka.

Allah swt telah menyatakan dengan sangat jelas bahwa, orang-orang yang mau bersyukur atas nikmat yang diberikanNya sangatlah sedikit. Kebanyakan manusia ingkar terhadap nikmat yang diberikan Allah kepada mereka. Allah swt berfirman, artinya:

"Sesungguhnya Allah benar-benar mempunyai karunia yang dilimpahkan atas umat manusia, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mensyukurinya." [Yunus:60]

"Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang keluar dari kampung halaman mereka sedangkan mereka beribu-ribu jumlahnya karena takut mati; maka Allah berfirman kepada mereka, "Matilah kamu, kemudian Allah menghidupkan mereka. Sesungguhnya Allah mempunyai karunia terhadap manusia, tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur." [al-Baqarah:243]

Ayat-ayat di atas menunjukkan dengan jelas bahwa, kebanyakan manusia tidak mau bersyukur atas nikmat yang telah diberikan kepada mereka. Tatkala mendapatkan kenikmatan mereka sering melupakan Allah swt. Akan tetapi, tatkala mendapatkan kesusahan mereka mereka ingat dan bersyukur kepada Allah. Namun, setelah terlepas dari penderitaan mereka kembali ingkar kepada Allah swt. Allah telah menyatakan dengan sangat jelas, artinya:

"Katakanlah: "Siapakah yang dapat menyelamatkan kamu dari bencana di darat dan di laut yang kamu berdo'a kepadaNya dengan berendah diri dengan suara yang lembut (dengan mengetakan): "Sesungguhnya jika Dia menyelamatkan kami dari bencana ini, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur." Katakanlah: "Allah menyelamatkan kamu daripada bencana itu dan dari segala macam kesusahan, kemudian kamu kembali mempersekutukanNya." [al-An'aam:63-64]

Ketika manusia ditimpa dengan berbagai macam kesusahan mereka segara berdoa dan berjanji untuk bersyukur kepada Allah jika bencana itu dilepaskan dari mereka. Akan tetapi, ketika Allah menghindarkan mereka dari bencana mereka lupa bersyukur bahkan kembali mempersekutukan Allah swt. Betapa banyak orang menangis, meratap dan merengek-rengek meminta kepada Allah swt agar dihindarkan dari kesusahan hidup; mulai kelaparan, kekeringan, bencana alam dan lain-lain. Mereka rela berpayah-payah memohon kepada Allah dengan penuh keikhlasan dan kerendahan hati. Akan tetapi, ketika Allah menghindarkan mereka dari kesusahan mereka kembali menerapkan aturan-aturan kufur, bahkan menandingi aturan-aturan Allah swt. Bukankah hal ini termasuk telah menyekutukan Allah swt? Bukankah refleksi syukur sebenarnya harus diwujudkan dalam bentuk menerapkan syari'at Islam dan selalu berdzikir kepada Allah swt?

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu May 26, 2016 7:58 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Hanya Kerana Lebih Pandai, Beragama Dan Diminati Ramai, Wanita Sengsara Disihir Sahabat Baik Sendiri
siakapkeli.my

Setiap orang dalam dunia ini ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, jika kita mempunyai kelemahan, ketahuilah disebalik kelemahan itu ada kelebihannya tersendiri.

Sikap cemburu dan dengki yang membawa kepada keburukan haruslah dielakkan, ini kerana sikap dengki berkenaan merupakan perbuatan yang tidak baik dan sudah pasti akan membawa kepada perkara yang tidak elok.

Diskonsikan di laman Facebook IIUM Confessions - BM kisah seorang wanita yang dokongsikan rakannya di mana wanita berkenaan telah sengsara akibat disihir oleh rakan baik sendiri hanya kerana mangsa kuat solat, diminati ramai dan pandai.

jom kita baca kisahnya.

Dengar tajuk pun rare kan? Biasa "kawan makan kawan". Ini kawan santau kawan. Air yang tenang, jangan disangka tak ada santau! Geram pula aku nak cerita. Tapi bila fikir biar semua yang baca ni dapat pengajaran. Aku cuba kawal emosi aku. InshaAllah.

Aku ini student tak duduk hostel. Kira duduk rumah sewa lah. Aku duduk dengan 5 orang kawan aku. Kiranya semua total 6 orang. Dan setiap bilik duduk 2 orang. Aku duduk dengan kawan aku yang aku kenal since sekolah menengah lagi. Yang selebihnya itu aku kenal masa belajar dekat universiti ini. Rasanya patut mention bukan UIA tapi universiti aku ini pun tittle 'islamik' juga.

Aku rasa kena kenalkan nama kawan aku (of course bukan nama sebenar). Biar korang tak keliru. Dan aku pun senang nak cerita. Kalau tak faham. Baca berkali-kali sampai faham. Hadam! Baik, kawan-kawan aku adalah Didi, Mama, Sasau, Fafa, Haha.

Antara kami berenam ini Didi agak unik sikit. Dia boleh nampak makhluk halus. Setiap masa dia boleh nampak atau rasa kehadiran benda itu. Tak semestinya bila dia duduk sorang-sorang.

Nak dijadikan cerita, Didi ini sakit teruk sebab masalah makhluk halus ini. Family dia ada masalah saka, masalah kena santau dengan jiran. Itu yang dia cakap lah. Kitorang iya kan saja. Dan Didi ini satu bilik dengan Sasau.

Satu hari itu, Didi ngadu sakit teruk. Dia balik kampung nak pergi berubat katanya. Jadi kitorang pun relax saja. Hal family dia. Tak nak kacau.

Nak dijadikan cerita, diam-diam Didi ada call Haha. Dia cakap yang dia kena santau dengan housemate dia!

Terkejut aku. Macam tak logik gila. Padahal kitorang selama ini happy-happy je. Makan berjemaah. Kadang share masalah sesama. Dah macam family kot. Tapi, kenapa? Apa masalahnya?

Didi cakap kitorang semua kena pergi berubat sebab kitorang dah termakan 'benda asing'. Makanan kitorang selama ini telah disantau dan selama beberapa minggu ini hanya seorang je yang sentiasa ada masa untuk masak buat kitorang iaitu Sasau.

Didi cakap selama ini dia ada nampak makhluk itu dalam rumah. Cuma dia tak hiraukan sebab nampak macam tak kacau.

Aku sentap kot. Sampai hati Didi rahsiakan. Well, mungkin dia tak nak bagi kitorang risau. Lagipun bukan senang nak cari rumah sewa. Ini pun kami dah berhempas pulas cari. Bila dah jumpa, ujian sebegini pula.

Bila ingat balik, kesian Mama kena usik ketuk-ketuk pintu tandas. Fuh! aku selamat tak ada kena usik. Kalau kena pun bukannya aku rasa. Deria rasa ke-7 aku ni kurang. hahaha.

Didi bagitahu lagi yang semuanya angkara Sasau. Sasau berniat untuk tuju pada Didi. Ya, roomate sendiri yang buat.

Kitorang curious macam mana Didi boleh tahu semua ini? Didi terangkan yang ada malam itu dia pergi berubat dengan orang alim. Makhluk itu masuk ke dalam salah seorang saudara dia.

Makhluk itu cakap yang dia benci dekat Didi. Dia santau Didi sebab Didi ini selalu solat, baca quran, belajar pandai, orang ramai minat dan beberapa sebab keduniaan (aku dah tak berapa ingat).

Orang alim cakap yang orang yang buat itu dekat dengan Didi. Orang itu bawa makhluk itu sekali masa tumpang Didi dari kampung balik kampus.

Plus, dia siap ada letak serbuk apa entah dalam kereta Didi termasuk dalam makanan. Semata-mata nak tengok Didi sengsara.

Dia juga bersekongkol dengan tuan rumah sebab katanya tuan rumah berkenan dengan Didi. Nak ngorat tak dapat, guna cara halus. Siap bagi air putih dengan perfume limau nipis. Konon untuk pedinding padahal entah apa ada dalam itu. Aku pun dah terlanjur minum.Percaya punya fasal.

Patutlah malam yang sama itu dalam rumah ini Sasau dah macam apa dah. Cacing kena panggang kot. Aku tengok dah macam nazak. Tarik nafas tak cukup. Dada berombak-ombak. Ajar syahadah tak nak ikut. Bila temberang Sasau dah pecah. Aku akui kitorang lain sikit dah tak makan dekat rumah berjemaah. Elak dengan masakan dia. Jangan cakap kitorang ini pemalas. Tak nak masak. Sebenarnya selama ini kitorang bergilir masak cuma dia suka lead. Bukannya biar dia terkontang-kanting dekat dapur sesorang. Kitorang ada setiap kali dia masak tapi tak perasan bila dia masukkan. Kalau tak mesti lah dah tanya letak apa dalam makanan itu. Kadang aku geram je nak tanya direct dekat dia.

Tapi bila ingat Didi masih dalam sakit dan takut dia makin buat dekat Didi. Aku sabarkan saja.

Bukti lagi kuat mengatakan Sasau memang dalangnya bila Mama nampak Sasau berdialog seorang diri di depan pintu. Seperti cakap dengan 'sesuatu' lepas itu siap hulurkan tangan macam ambil benda atau salam. Bila ditanya dia buat apa, dia cakap ambil penawar dari nenek dia. Gila! Bukannya nenek kau dah arwah ke? Senyap je lah. Buat-buat macam tak faham.

Aku kesian sangat dekat Didi. Sakit yang dia tanggung sampai banyak kali ponteng kelas. Dekat beribu dah duit habis pergi berubat. (kes buatan orang lain juga). Yang paling aku tak dapat terima bila Didi cerita dia hampir jatuh dari tingkat 2.

Kisahnya bila dia tengah dalam kelas. Dia dengar macam ada orang panggil dia. So dia keluar nak tengok siapa yang panggil. Dia nampak tuan rumah dekat groundfloor. Dia kata tuan rumah melambai panggil dia sampai dia hampir nak jatuh sebab nak pergi dekat tuan rumah. Nasib ada yang tegur dia. Jadi dia sedar balik.

Kitorang pernah test Sasau untuk lafaz syahadah. (Ini pun dari suggestion Didi). Dia boleh sebut "asyhadu an la ilaha illah" tapi next dia berdalih untuk lengkapkan. Means dia tak mampu lafaz "wa asyhadu anna muhammadan rasulullah". Lafaz syahadah dia tak lengkap! Terjemahan bahasa melayu pun dia tak dapat lengkapkan. Innalillah. Takut aku mati dalam munafik. Wa iyyazubillah.

Sejak hari itu kitorang pantau dia. Tak bagi dia duduk sendirian. Kalau masuk waktu solat mesti ada yang duduk pastikan dia selesaikan solat. Apa yang dibacanya itu lain cerita. Kalau berpura-pura pun moga sedar.

Bila dah selalu buat. InshaAllah, terbit rasa insaf. Mudah-mudahan. Doakan lah ya. Bila kata geram memang geram tapi tak ada guna kalau hasad dibalas hasad. Buat sahabat, moga kau temui makna kehidupan untuk pengakhiran yang baik. Buat mereka yang tengah sibuk menyantau. Ingat! Kematian bagaimana engkau idamkan?

Dalam kau sibuk nak mematikan orang. Agak-agak kau tahu bila kau akan mati? Please lah, kembali pada Allah. Jangan bersekongkol dalam kesyirikkan.

Aku cakap sebab aku sayang korang. Memang aku tak rasa hidup dengan makhluk (yang mungkin kau tak nak pada mulanya) tapi cukup lah aku kongsi rasa bila jadi mereka yang disantau. Walau nampak sikit tapi serius hilang nikmat ketenangan.

Diselubungi kegelisahan tanpa sebab. Kadang bunyi-bunyi. Badan pun lesu. Mental weh. Nak lagi asyik ponteng kelas. Terpaksa drop. Extend sem. Lambat grad. Itu belum cerita bab pressure family lagi.

So. Minta-minta bertaubat.

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu May 26, 2016 9:40 am (PDT) . Posted by:



Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ? reminder
When: Thursday, 26 May 2016 06:00 PM to 07:00 PM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London

Where: http://rokokkesehatan.com/?ref=8429

Notes: Halo sahabat...

Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ?

- . Apakah ingin memiliki Mobil Mewah ?
- . Ingin memiliki Rumah Mewah ?
- . Ingin memiliki Bisnis Besar ?
- . Bebas Finansial ?
- . Hidup Mapan dan Sejahtera ?

TETAPI... Bagaimana CARA meraih itu semua ?

- . Butuh Modal BESAR ?
- . Harus berpendidikan TINGGI ?
- . Harus Bekerja sangat KERAS ?

Mampukah kamu ?

Coba luangkan waktumu sejenak melihat situs ini :
http://goo.gl/1foLME

Di rokokkesehatan.com anda akan mendapatkan penghasilan
milyaran rupiah tanpa perlu bekerja keras!
Menggunakan sistem otomatis yang pasti akan menghantarkan
anda menjadi seorang milyuner! DIJAMIN!

Perlu BUKTI ?
Kunjungi Website saya :
http://goo.gl/1foLME

Sukses Selalu!

Darman
http://goo.gl/1foLME

From: automobil Calendar

Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us

Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Thu May 26, 2016 10:38 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



244 rumah rosak dilanda ribut di Perlis

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

Sebanyak 244 buah rumah rosak teruk akibat hujan ribut yang melanda kebanyakan kawasan di Perlis selama hampir tiga jam bermula 1.30 petang semalam.

Jurucakap bilik gerakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis berkata, jumlah tersebut yang direkodkan setakat jam 9.30 malam tadi dijangka meningkat.

Dianggarkan 1,000 penduduk terjejas akibat bencana itu.

JKM sedang mengumpul data dan jumlah tersebut hanya berkaitan bilangan rumah yang terlibat ribut sahaja, katanya ketika dihubungi Bernama.

Pasukan siasatan JKM, tambahnya, sedang bekerja keras untuk menentukan jumlah sebenar yang terlibat.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Perlis Mohd Rizuan Abd Ghani memaklumkan, 82 kes kerosakan telah diterima.

Katanya, anggota operasi melaksanakan kerja pembersihan sejak petang semalam dan kes akan ditangani mengikut keutamaan berdasarkan tahap risiko, misalnya yang melibatkan nyawa dan harta benda.

Hujan berserta angin kencang berlaku bermula 1.30 petang itu mulai reda pada jam 4.30 petang.

Bencana itu menyebabkan berlaku kejadian pokok tumbang melibatkan pelbagai kerosakan harta benda dan premis awam termasuk hospital, sekolah dan gerai jualan.

Antara kawasan terjejas ialah di Kangar, Jejawi, Behor Mali, Kampung Bakong, Santan, Kok Kelang, Ulu Pauh, Abi dan Sungai Batu Pahat.

Kemudahan sukan rosak

Sementara itu, hujan ribut kencang yang melanda Perlis hampir tiga jam petang semalam merosakkan sebahagian besar kemudahan sukan di Stadium Tuanku Syed Putra termasuk papan skor elektronik di kolam renang.

Hujan ribut itu turut merosakkan khemah-khemah di perkarangan stadium sempena Karnival Usahawan Perlis 2016 (KUP 2016) bermula hari ini sehingga 29 Mei.

Pengarah Majlis Sukan Negeri Perlis (MSN) Saiful Rizal Mohd Sukri berkata papan elektronik tersebut berharga lebih RM1 juta dipasang untuk Sukan Malaysia Perlis 2014.

"Papan elektronik itu tumbang mengenai kolam akuatik menyebabkan tebing kolam pecah manakala kanvas di kolam renang koyak selain bumbung bangunan majlis itu," katanya kepada Bernama.

Saiful Rizal berkata pihaknya akan meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) membuat penilaian kerosakan secepat mungkin untuk memohon peruntukan membaik pulih.

Tinjauan Bernama di kawasan stadium mendapati hampir keseluruhan dari kira-kira 300 khemah KUP 2016 di perkarangan stadium diterbangkan. .

- Bernama

Ribut Kuat Landa Perlis - 24 Mei 2016
siakapkeli.my

Perlis, 24 Mei - Perlis hari ini dilanda ribut kuat sehingga menyebabkan beberapa kawasan terjejas teruk dalam kejadian sebentar tadi.

Gambar kejadian dimuat naik oleh orang ramai di media sosial.

Beberapa gambar turut menunjukkan pokok tumbang, jeti dinaiki air, dan bumbung terbang susulan kejadian.

Selain itu, difahamkan cermin di sebuah pasaraya di sini turut pecah akibat angin kuat. - Siakapkeli.my

Gambar & Video : media sosial

Stadium Tuanku Syed Putra

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Thu May 26, 2016 11:52 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Niat Lelaki Untuk Lepas 'Hajat' Terbantut, Kemaluan Cedera Digigit Ular
siakapkeli.my

Seorang lelaki terpaksa menahan kesakitan yang teramat sangat selepas kemaluannya telah digigit oleh seekor ular sawa yang berada di dalam lubang tandasnya, lapor mirror.co.uk.

Ia terjadi ketika, Atthaporn Boonmakchuay, 38, sedang bercangkung di atas jamban duduk sebelum kemaluannya digigit reptilia berkenaan.

Menurutnya, ketika digigit, kemaluannya terasa seperti ditusuk benda tajam, dia terus bangun dan ternampak haiwan berkenaan telah mengigit hujung kemaluannya menyebabkan beliau menjerit meminta tolong.

Jeritan mangsa telah didengari oleh isterinya yang kemudiannya cuba menghalau reptilia berkenaan yang berukuran 11 kaki panjang.

Mangsa yang mengalami banyak kehilangan darah ketika cuba bergelut dengan reptilia berkenaan untuk menyelamatkan diri.

Semasa bergelut, Atthaporn telah mengikat kepala ular tersebut dengan tali di pintu bilik mandi sebelum tidak sedarkan diri.

Reptilir tersebut telah berjaya ditangkap oleh pihak penyelamat dan dilepaskan semula ke dalam hutan.

Mangsa telah dikejarkan ke hospital dan kini telah dilaporkan stabil. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu May 26, 2016 1:55 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



"Mereka Tidak Akan Terlepas, Tunggu Surat Saman Sampai" - Polis
siakapkeli.my

SEREMBAN: Kesemua pemilik kenderaan yang dikesan menggunakan laluan kecemasan ketika insiden kemalangan di Kilometer 228.6 Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Rembau Ahad lalu tidak akan terlepas dari dikenakan tindakan, lapor Sinar Harian.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Negeri Sembilan, Superintendan Md Dali Wahid berkata, kesemua pesalah trafik yang melanggar undang-undang akan dikenakan tindakan di mana semua surat saman akan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

"Saya sangat kesal dengan segelintir pengguna jalan raya yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya dan menggunakan laluan kecemasan dengan sesuka hati.

"Misalnya kes di Kilometer 228.6 tempoh hari, jelas sekali menunjukkan ramai pengguna kenderaan menggunakan lorong kecemasan sehingga menghalang laluan ambulans.

"Ini secara tidak langsung menyukarkan operasi menyelamat, sekali gus memberi kesan kepada mangsa kemalangan yang terlibat," katanya semalam.

Beliau turut menegaskan pihak polis trafik kini sedang giat mengesan pengguna kenderaan yang menggunakan laluan kecemasan tersebut di mana dalam kejadian Ahad lalu, sebuah kemalangan tragis telah mengorbankan nyawa dua beradik.

Kerana sikap pengguna jalanraya memasuki laluan kecemasan, pihak ambulans terpaksa mengambil masa hampir tiga jam untuk tiba di lokasi kemalangan.

Menurut saksi, kedua-dua mangsa kemalangan yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR cedera parah akibat terlanggar sebuah kereta rosak di laluan kecemasan.

Bagaimanapun akibat kelewatan ambulans tiba menyebabkan kedua-dua mangsa lambat dirawat dan disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ). - Siakapkeli.my

"Tolong Ambil Tindakan Terhadap Mereka Yang Salah Guna Lorong Kecemasan Hari Itu" — Harapan Kakak Mangsa Kemalangan
siakapkeli.my

Dua hari lalu kita dikejutkan dengan satu kemalangan jalanraya yang berlaku berhampiran susur keluar Tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka.

Kemalangan berkenaan mengorban dua adik beradik di mana mereka yang menaiki motosikal telah terlanggar sebuah kereta rosak di laluan kecemasan yang juga merupakan laluan motosikal.

Menurut saksi, selepas kemalangan, kedua-dua mangsa dikatakan masih sedar dan memerlukan rawatan secepat mungkin.

Namun kerana sifat pentingkan diri sesetengah pemandu kenderaan yang menggunakan lorong kecemasan, pihak ambulans yang dihubungi mengalami kesulitan untuk sampai menyelamatkan mangsa.

Difahamkan ambulans sepatutnya mengambil masa 20 minit untuk ke lokasi telah terperangkap dalam kesesakan di laluan kecemasan menyebabkan mereka sampai ke lokasi kemalangan hampir tiga jam kemudian di mana mangsa sudah lemah.

Kerana tindakan pemandu kenderaan yang menggunakan lorong kecemasan berkenaan, dua nyawa yang mungkin boleh diselamatkan akhirnya terkorban.

Kejadian ini menyebabkan netizen telah meluahkan perasaan marah dan menggelar mereka ini sebagai pembunuh.

Melalui satu coretan di laman Facebook milik Maisalmah Shadik yang merupakan kakak kepada kedua-dua mangsa, beliau meluahkan rasa kecewanya dengan sikap tidak bertanggungjawab pengguna jalanraya yang menggunakan lorong kecemasan berkenaan.

Berikut adalah luahan hati beliau.

Subhanallah walhamdulilah walailahailallah allahuakbar....

Al fatihah..

Al fatihah

Al fatihah...

Ya Allah lemah hati nie ya Allah...

Kehilangan mereka berdua amat dirasai sangat-sangat... ucapan terakhir masih terbayang-bayang....

Bob Arof , Terima Kasih sentiasa disisi kami... kucing Abang Bob yang dah bunting tu nanti kite cari sape yang boleh jaga... permintaan Abang Bob nak baju raya sedondon warna 'grey' tahun ni tak mungkin lagi..kerana Itulah raya terakhir kite bersama

Alam Iqbal Shadik Kak Ma sayang sangat kat Alam...Alam adalah harapan keluarga... tenanglah disana dik... Alam adik yang sangat baik dan sentiasa myenangkan hati keluarga... tq dik...

Terima kasih kepada semua yang hadir..sedara mara..rakan arwah.. sedekahkan alfatihah pada mereka
Semoga mereka tenang disana dan ditempatkan dikalangan solehin..aaminn..

Sesungguhnya aku redha YA ALLAH ... tapi btol KATA Encik Shariff Mohd Zulhairi...anda yang menggunakan lorong kecemasan adalah PEMBUNUH sekiranya mereka ini 'manusia ' mereka tidak akan menggunakan lorong kecemasan dan menyebab nyawa melayang..mungkin mereka masih dapat menyelamatkn abang dan adik saya...bukan x redha tp sukar diungkap.... indahkan perkatan 'kalau!! Kalaulah mereka menggunakan jalan yang betul...

TOLONGLAH AMBIL TINDAKAN TERHADAP '' MANUSIA-MANUSIA INI'' YANG MENGGUNAKAN LORONG KECEMASAN ... !!! Kerana mereka akan meragut lebih banyak nyawa lagi...

saya minta ambil tindakan bukan kerana mereka adik beradik saya tapi bayangkn keluarga anda ditimpa bnda sama...apa yang anda lakukan??

Banyak benda selalu tag Alam dan abang Bob now makin berkurang jumlah kite...al fatihah...

Semoga roh Bob Arof dan Alam sentiasa dirahmatiNya dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu May 26, 2016 1:56 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Berjaya Tangkap Penjenayah Guna iPhone

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net


SEORANG pengguna Facebook, Hamizan Komeng berkongsikan kisah bagaimana dia berjaya menjejaki semula penjenayah yang memecah masuk rumahnya, dengan hanya menggunakan aplikasi peranti pintar.

Dalam kejadian yang berlaku pada Ahad (22 Mei) di Rembau, Negeri Sembilan itu, mangsa bersama ahli keluarganya sedang tidur nyenyak dan dikatakan langsung tidak mendengar sebarang bunyi ketika pintu rumahnya dikopak oleh penjenayah.
Antara barangan yang hilang ialah dua peranti iPhone, dua iPad dan wang tunai berjumlah RM1,500.

Lebih mengejutkan, kumpulan penjenayah yang dipercayai pengamal ilmu sihir itu turut makan lebihan makanan yang berada di ruangan dapur rumah tersebut.

Hamizan, kemudiannya menyedari dia telah memasang sebuah aplikasi khusus pada iPhone kakaknya yang dapat menjejak semula telefon hilang.

Aplikasi yang dikenali sebagai Find my iphone ini akan memberi maklumat mengenai lokasi peranti itu dilarikan dengan berpandukan sokongan GPS yang dintergrasikan.

Di bawah kami kongsikan pengalaman saudara Hamizan, bersama bantuan pihak polis dan rakan-rakannya menjejaki rumah penjenayah terbabit yang mana secara tidak langsung telah membantu pihak polis dalam menangani isu jenayah pecah rumah yang semakin berleluasa.

Alhamdulillah, asbab iPhone, pencuri berjaya ditangkap! ‪#‎SHAREkan‬

Aku sedar yang rumah telah dipecah masuk ketika aku solat subuh tadi, pintu utama telah dipecahkan. Barang yang hilang 2 biji iPhone, 2 iPad dan wang tunai RM1,500.

Yang paling hebat pencuri tersebut sempat makan makanan di dapur ketika kami sekeluarga tidur. Ayah aku kata ini ilmu pukau.

Nasib baik hp akak aku yang dicuri masih boleh 'detect location' pencuri tersebut. Aku detect guna 'Find My iPhone'.

Aku call kawan aku Zukermi, Aiman dan Taufid minta bantuan. Sebab aku nak pergi sendiri tak berani. Hehe.

Jadi kami bergegas ke location bersama. Bila hampir sampai di location, location tersebut berada di sebuah rumah. Takkan kami nak pecah masuk kan? Jadi kami minta bantuan polis berdekatan.

Bila polis sampai, barulah kami kesan bunyi iPhone tu berada di mana. Akhirnya bunyi di dalam rumah yang kami follow location tersebut. Jadi pihak polis pecah masuk rumah tersebut. Selepas disoal siasat, lebih 10 buah rumah telah dipecah masuk bulan ini sahaja di rembau.

Alhamdulillah. Terima kasih iPhone, polis rembau dan rakan2.

Untuk yang pakai iPhone boleh guna salah satu Apps di bawah;
– Find My iPhone
– Prey
– iLostFinder Anti-theft

Untuk Android boleh guna salah satu Apps di bawah;
– Android Device Manager
– Family Locator
– Cerberus
– Prey Anti-Theft
– Where's My Droid

*Aku sengaja tutup muka sebab dia dah pun berjaya diberkas pihak Polis. Jadi aku nak tutup aib dia, Insya-Allah, Allah SWT tutup aib aku pula nanti.

Tapi kalau dia masih diburu Polis, aku akan buka muka dia siap zoom 20x. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Facebook Hamizan Komeng

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: