9 Messages
Digest #4499
Messages
Thu May 19, 2016 7:48 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Pesakit Berkeras Minta Keluar Wad Awal Buat Doktor Sebak Bila Dengar Alasannya
siakapkeli.my
Setiap pasangan suami idan isteri mempunyai peranannya masing-masing di dalam rumahtangga, mereka haruslah memainkan peranan dengan penuh tanggungjawab dan juga kasih sayang.
Adakalanya salah seorang perlu mengalah apabila keadaan memerlukan, mengalah demi tanggungjawab dan juga kerana sayang, lebih-lebih lagi bila ada yang tidak sihat.
Dikongsikan oleh seorang doktor bernama Nur Jalila Mohd Ariffin kisah seorang pesakitnya yang membuatkan beliau berasa begitu sebak.
Pesakitnya ini dikatan meminta untuk keluar wad lebih awal walaupun keadaan tidak mengizinkan dengan alasan suaminya berseorangan di rumah.
Jom kita baca untuk lebih detail
"Bed mana patient medical ..?"
Bertanya pada staff nurse gynae ward .
Dah macam mak ayam hilang anak setiap hari isnin. Nak cari pesakit medical yang dah bersepah2 kat ward lain.
"Doktor kat sini."
Impression : UTI
Antibiotic : day 3 iv zinacef
Alamak ada temp lagi.
"Puan, tak boleh balik lagi. Ubat baru 2 hari. Ada demam lagi neh."
Bergenang dah air mata dia. Tau dah, tu riak2 wajah nak mintak balik.
"Puan , antibiotik belum lengkap nanti .. "
Bla bla bla .. Mentioning other few complications.
"Kita habiskan ubat dulu boleh ..?"
"Takpe la doktor, saya sign je surat AOR (At Own Risk discharge) tu. Kesian kat suami, sorang2 tinggal kat rumah."
Pergggh surat AOR pun dia tau. Pernah AOR lettuw.
"Puan kan tak sihat, takkan suami tak faham. Dia tau tk puan nak balik ne? Saya taknak hujung2 puan je nak balik tapi suami nak suruh habiskan rawatan dulu, nanti sudahnye kene kat saya."
"Dia tau je."
Dah macam muka Idris mintak makan pulak dengan mata "puss in boots" tuh. Ai give up.
"Okay. Saya amek surat. "
Pergi nurse station . Selongkar file cari old notes. Under follow up gynae clinic. Hx of PUD 3 kali. AOR 2 kali. Miscarriage 2 kali. Referred to fertility clinic. Haduihhh ..
Jalan balik ke katil pesakit. Cubaan terakhir.
Fuuh .. Hembosss
"Puan, sebenarnye ada masalah lain ke yang menghalang puan duduk hospital lama2 ..? Saya tengok file lama puan banyak kali masuk ward sbb infection. 2 kali tak habis rawatan."
Mata itu berkaca2 lagi.
"Suami saya dh bising la doktor. Sini kene bayar. Dia sebenarnya taknak saya masuk ward. Tapi hari tu sebab saya sakit sangat. Ni hari2 telefon marah2 , suruh bagitau doktor discharge kan saya."
"Kenapa tak pergi hospital kerajaan lain ..?"
"Sbb rekod kat sini. Malas nak pindah2 hospital."
"Kan awak tak sihat. Kenapa nak mendesak sangat keluar awal ..? Hari nak masuk ward hari tu kenapa tak cakap nak pergi hospital lain ..?"
"Ni paling dekat dengan rumah. Suami malas pergi hospital lain."
Waah .. ai kenot brain this.
"Jangkitan kuman berulang pada salur kencing tak elok utk org perempuan ya puan. Saya tahu puan cuba nak conceive. Pernah misscarriage kan sebelum ni ..?"
"Takpela doktor , suami saya lagi suka kalau saya tak mengandung."
Air mata tak dapat ditahankan lagi. Laju meluncur keluar dari kelopak mata yang terbuku kedukaan.
Ai kenot go on anymore. Maka surat AOR dihulurkan.
Berjalan keluar meneruskan pencarian pesakit. Sambil kepala cuba memproses insiden tadi.
Sungguh saya berharap , ada alasan paling munasabah yang menyebabkan suami beliau bertindak begitu.
Sungguh saya berharap kisahnya lebih dari itu.
Sungguh saya cuba bersangka baik mungkin ada cerita disebaliknya yang kita tidak tahu.
Tapi jauh disudut hati, minda tak boleh nak hadam kenapa dalam perkahwinan ada yang harus menghadapi situasi begini.
Selalu dah nampak. Hilang ehsan dan kasih sayang pada pasangan.
Kenapa begitu ..?
Mungkin terlupa sesaat destinasi ijab qabul. Yang seharusnya dituju ke "mardhatillah&
Saya berdoa nakhoda kapal pesakit saya sedar akan perjalanan yang dah terpesong dari destinasi asal dan cepat2 kembali ke laluan utama.
Balik rumah pandang wajah anak2 yang tengah lena bermimpi otromen.
Cerita dengan suami kisah pagi tadi.
" ni otromen2 yang tgh lena ni, bakal pemimpin keluarga semua ni. Berat kerja kita sebenarnya kan .."
"Hmm .." Tak mampu nk bagi jawapan panjang sebab tersedar akan hakikat yang sangat benar itu.
Semoga Allah pelihara baitulmuslim ini dan anak2 kita.
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterang
Ar rum : 21
- Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Thu May 19, 2016 7:48 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
AirAsia Laksana Daftar Masuk Sendiri Sepenuhnya Di KLIA2 Mulai Hari Ini
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai
KUALA LUMPUR: AirAsia melaksanakan proses daftar masuk sendiri sepenuhnya untuk kesemua penerbangan AirAsia dan AirAsia X yang berlepas melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) mulai hari ini, 18 Mei, 2016.
Justeru, kesemua kaunter daftar masuk di klia2 akan ditutup mulai hari ini.
Menurut kenyataan AirAsia pada Selasa, langkah itu adalah sebahagian daripada usaha syarikat penerbangan itu untuk memberi pengalaman perjalanan yang lebih lancar kepada semua pelanggannya.
"Para tetamu dinasihatkan melakukan proses daftar masuk sendiri melalui pelbagai pilihan yang ada seperti web dan aplikasi mudah alih selain menggunakan kios yang terdapat di lapangan terbang, sebelum ke kaunter bagasi untuk mendaftar masuk bagasi," menurut AirAsia.
Bagi penerbangan AirAsia, daftar masuk melalui web dan aplikasi mudah alih boleh dilakukan seawal 14 hari sehingga sejam sebelum waktu berlepas.
Sementara itu, bagi pelanggan AirAsia X pula mereka boleh melakukan daftar masuk melalui web dan aplikasi mudah alih seawal 14 hari sehingga empat jam sebelum perlepasan yang dijadualkan.
Maklumat lanjut mengenai AirAsia boleh dilayari di Facebook dan Twitter AirAsia atau layari airasia.com untuk melihat video tutorial serta mengetahui proses layan diri untuk perjalanan yang lebih cepat dan lancar.
Read more: http://www.kitabantai.info/2016/05/airasia-laksana-daftar-masuk-sendiri.html#ixzz491E6iuZ6
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Thu May 19, 2016 7:48 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Orang Orang Ini Rajin Solat Tapi Mendapat Murka Allah..?? Mengapa??
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.
Rasulullah saw bersabda: Islam dibangun di atas lima hal; bersaksi bahwa tidak ada sesembahan yang berhak disembah dengan benar kecuali Allah dan Nabi Muhammad adalah utusan Allh, menegakkan shalat. (HR Bukhri dan Muslim).
Seorang Muslim tentu sudah paham betul bahwa sholat merupakan tiang dari dien ini. Oleh karena itu, ketika muadzin mengumandangkan adzan, kaum muslimin berbondong-bondong mendatangi rumah-rumah Allah Taala, mengambil air wudhu, kemudian berbaris rapi di belakang imam shalat mereka. Mulailah kaum muslimin tenggelam dalam dialog dengan Allah Taala dan begitu khusyu menikmati shalat sampai imam mengucapkan salam. Dan setelah usai, masing-masing kembali pada aktifitasnya.
Imam Hasan al-Bashri rahimahullh pernah mengatakan: Wahai, anak manusia. Shalat adalah perkara yang dapat menghalangimu dari maksiat dan kemungkaran. Jika shalat tidak menghalangimu dari kemaksiatan dan kemungkaran, maka hakikatnya engkau belum shalat.
Dalam kesempatan lain, Rasulullah saw juga bersabda: Barang siapa yang memelihara sholat, maka sholat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara sholat, maka sesungguhnya sholat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya. (Tabyinul Mahaarim).
Kemudian Rasulullah saw juga bersabda bahwa: 10 orang sholatnya tidak diterima oleh Allah swt, di antaranya:
1. Lelaki yang sholat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Lelaki yang mengerjakan sholat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya
4. Lelaki yang melarikan diri.
5. Lelaki yang minum arak tanpa mau meninggalkannya (taubat).
6. Perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Perempuan yang mengerjakan sholat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba.
10. Orang yang sholatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan munkar.
Sabda Rasulullah SAW, Barang siapa yang sholatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya sholatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah swt dan jauh dari Allah.
Imam Hassan r. a berkata : Kalau sholat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan sholat. Dan pada hari kiamat nanti sholatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.
Subhanallah.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Thu May 19, 2016 7:48 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Muslimah bangga tayang Body Melentik di laman sosial
bloglist-malaysia.
penburukonline.
Kita ni hanyalah seorang manusia yang kerdil, jadi segala nikmat yang telah diberikan oleh Tuhan tu perlu lah bersyukur dan tanpa merungut sikit pun..
Betul tak??
Kalau yang jenis tak tahu bersyukur tu, hanyalah orang yang jenis suka mengubah takdir Tuhan.. Contoh manusia yang tak bersyukur tu adalah seseorang yang suka mengubah ciptaan Tuhan, sesungguhnya itu satu dosa besar bagi siapa yang suka mengubah ini..
Sudah dilahirkan jadi seorang lelaki tu, nak bertukar jadi perempuan pulak dah.. Merasakan Tuhan 'silap' jadikan mereka lelaki, padahal 'jiwa' dan 'naluri' mereka lebih kepada perempuan..
Boleh pulak nak salahkan Tuhan?? Inilah dikatakan antara golongan yang tak tahu bersyukur atas nikmat yang telah diberikan kepada mereka.. Haishhh!
Kalau sempat bertaubat itu kira alhamdullilah sangat, masih sempat untuk memperbetulkan kesilapan yang lalu.. Tapi kalau tidak sempat itu, wallahu a'lam lah..
Lain pulak dengan wanita yang berada dalam gambar di atas itu, baguslah dia 'bersyukur' dengan segala nikmat Tuhan berikan kepadanya.. Tetapi cara dia bersyukur itu, tak berapa nak sopan dan tak sedap mata memandang bila melihat gambar yang dimuat naik di laman sosial itu..
Lebih manis kalau dia memakai baju yang lebih longgar dan tudung itu pakailah tudung yang lebih labuh untuk menutupi apa yang patut disembunyikan.
Janganlah memperagakan 'aset' yang mantap untuk pandangan umum, tidak manis dipandang! Biarlah harga diri itu nampak mahal, sesungguhnya hidayah itu milik Allah.. Semoga dia berubah menjadi muslimah yang lebih baik.. - MissHana/Utaranews.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Thu May 19, 2016 7:49 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Mampu Pakai Kereta Toyota Camry & Tunai Umrah, Ini Nasihat Tukang Kasut Berjaya Kepada Belia
siakapkeli.my
KUCHING – Siapa sangka, benda yang bermula sebagai hobi membaiki kasut lama-kelamaan menjadi minat bagi seorang tukang kasut dan akhirnya memberi pulangan yang lumayan untuknya.
Seorang tukang kasut di RH Plaza di Jalan Lapangan Terbang Kuching, Jamaluddin Hamdan, 49, berkata dia puas berkhidmat untuk masyarakat biarpun khidmatnya itu dipandang hina oleh sesetengah pihak.
"Saya kerja sebagai tukang kasut ni sebab nak tolong orang, yang pertama sebab nak tolong diri sendiri (cari duit) sebab ia merupakan hobi yang mempunyai pendapatan.
"Contoh macam hobi memancing tak ada pendapatan, kalau ada duit banyak tak kisah sebab dengan kerja macam ini ada 'income' dan (paling penting) boleh tolong orang sebab kalau kasut (terutama jenama mahal) rosak sikit tak akan nak buang kalau kaya tak kisahlah," katanya ketika ditemui SuaraTV baru-baru ini.
Lebih menarik lagi, Jamaluddin yang sudah 8 tahun bekerja sebagai tukang kasut kini mampu memiliki kereta mewah Toyota Camry 2.0 dan pergi menunaikan umrah bersama isteri.
"Rezeki Allah yang bagi (yang penting) kena solat, terutama solat sunat Dhuha antara Subuh dan Zohor mohon agar rezeki dimurahkan.
Jamaluddin juga turut berkata, tidak akan rasa nikmat rezeki yang diperoleh jika kita tidak menunaikan solat dengan sempurna.
"Kerja macam mana pun tapi kalau tak solat rezeki yang diperolehi tidak akan rasa nikmat sebab kalau kita tinggal satu waktu (solat) akan rugi seribu waktu yang penting mohon pada yang Esa dan kita jangan sombong dan bongkak," katanya lagi.
Selain itu, Jamaluddin juga menasihati golongan belia khususnya supaya tidak terlalu memilih kerja kerana apa yang penting adalah sumber yang halal.
"Tukang kasut ni kadang-kadang orang tak pandang sangat, ada yang pandang semacam (sebab itu) budak-budak sekarang lebih suka lepak dekat kafe rata-rata tak nak kerja kotor macam ini.
"Mungkin kerana mak (dan) bapa mereka dari kalangan orang senang, jadi mereka pagi buka tangan (minta duit) ayah bagi, petang buka tangan mak bagi jadi sebab itu mereka (anak) rasa tak payah kerja.
"Kalau nak kata kotor memang laa kotor, mungkin sebab itu remaja zaman sekarang malu kerja macam ini," katanya lagi sebagaimana lapor SuaraTV.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Thu May 19, 2016 12:17 pm (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Sabar, Polis Akan Panggil Peniaga Durian Itu untuk Keterangan Dan Siasat Betul Atau Tidak Dia Buat Salah
siakapkeli.my
Kuala Lumpur, 19 Mei: Susulan viral satu video seorang individu yang dituduh orang ramai kerana seoalah-olah meludah pek buah durian ketika pembukusan, pihak polis akan memangil peniaga durian tersebut untuk memberi keterangan.
Harian Metro melaporkan, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata tindakan akan diambil jika ada kesalahan yang dilakukannya.
"Kami akan memanggil peniaga berkenaan dan akan siasat perkara ini. Jika didapati melakukan kesalahan, tindakan akan diambil mengikut undang-undang sedia ada.
"Setakat ini tiada laporan polis dibuat dan tiada penahanan. Unit peronda sudah memantau lokasi malam tadi tetapi peniaga berkenaan sudah tiada," katanya lapor Harian Metro.
Pihak Siakap Keli juga banyak menerima kiriman video tersebut dari orang ramai namun pihak kami bertindak untuk tidak berbuat apa-apa kerana video tersebut tidak boleh dijadikan bukti tuduhan memandangkan ia kurang jelas. Selain itu kami juga beranggapan ia mungkin satu salah faham yang mana peniaga tersebut sebenarnya meniup pek durian bagi membuang debu jalan.
Sejak petang semalam, rakaman video yang didakwa berlaku di Taman Sri Gombak itu menjadi viral di media sosial.
Akibat serangan orang ramai secara terus ke kedainya itu, peniaga tersebut sudah tidak lagi berniaga di situ.
Seorang lelaki yang enggan dikenali ketika ditemui oleh Harian Metro di lokasi berkata, gerai berkenaan sudah beroperasi lebih 10 tahun di situ, dan berlaku sedikit kekecohan, kira-kira 9 malam tadi.
"Selepas rakaman itu viral petang tadi (semalam), orang ramai datang dan marah-marah. Mereka pun berkemas bawa semua barang jualan masuk ke dalam lori," katanya.
Selain itu, pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) cawangan Gombak turut kelihatan membuat tinjauan di kawasan itu. — Siakapkeli.my
Polis akan siasat kes video ludah dalam durian
ismaweb.net
KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil peniaga durian yang video pekerjanya kelihatan meludah pek buah itu menjadi viral di laman sosial petang semalam, untuk memberi keterangan.
Dalam rakaman video itu, seorang lelaki dipercayai pekerja gerai durian di Taman Sri Gombak kelihatan seperti meludah durian yang sedang dibungkus.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata peniaga terbabit boleh dikenakan tindakan jika terbukti melakukan kesalahan.
"Kami akan memanggil peniaga berkenaan dan akan siasat perkara ini. Jika didapati melakukan kesalahan, tindakan akan diambil mengikut undang-undang sedia ada.
"Setakat ini tiada laporan polis dibuat dan tiada penahanan. Unit peronda sudah memantau lokasi malam tadi tetapi peniaga berkenaan sudah tiada," katanya seperti dilaporkan Harian Metro.
Difahamkan gerai durian itu beroperasi di kawasan berkenaan sejak lebih 10 tahun lalu.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)
Thu May 19, 2016 2:53 pm (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Huruf Awalan Baharu Untuk Plat Kuala Lumpur, Putrajaya
siakapkeli.my
Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,19 Mei: Huruf depan baru bagi nombor plate untuk Kuala Lumpur dan Putrajaya akan diperkenalkan mulai Jun dan Julai ini.
Lapor The Sun, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi berkata huruf F akan diletakkan untuk Putrajaya setelah menerima permintaan dari Perbadanan Putrajaya baru-baru ini.
"F" bermaksud persekutuan dan mulai 1 Jun, F akan menjadi huruf baru bagi Putrajaya"
"Bagi Kuala Lumpur, JPJ akan memperkenalkan huruf V selepas Hari Raya, bagi menyenangkan orang ramai dan menggalakkan pemilik kereta membida nombor keemasan, nombor cantik (dua digit) dan nombor popular (empat digit), " tambah Aziz.
Aziz berkata, orang ramai lebih selesa dengan turutan awalan mudah dan nombor dari 1 ke 9999, tidak seperti urutan sekarang.
"Ini berdasarkan kepada penurunan dalam bidaan bagi urutan nombor plat semasa KL. Jadi saya berharap dengan awalan 'V', ia akan mengujakan orang ramai" katanya.
Dengan awalan baru Putrajaya itu, Aziz menjangkakan 'kemeriahan
Timbalan Menteri itu berkata: "Di UK, seorang ahli perniagaan Yorkshire menolak tawaran sebanyak 6 juta pound sterling (RM34.7 juta) dua tahun lalu untuk membeli plat pendaftaran 'F 1' yang dibeli pada harga 440,000 pound sterling (RM2.5 juta) untuk Bugatti Veyronnya pada tahun 2008. "
Sementara itu, JPJ akan mengumumkan tarikh pembukaan tender nombor pendaftaran "F 1" minggu depan. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Thu May 19, 2016 3:18 pm (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
9 cara halau cicak yang suka berak merata di rumah anda
bloglist-malaysia.
jasduit.com
Ada dua perkara yang ramai orang tak suka pada cicak ini. Pertamanya adalah bunyinya yang sekali sekala agak mengejutkan. Anak-anak kecil terutamanya akan terpegun kaku setiap kali mendengar bunyi cicak yang agak lantang di malam sunyi.
Satu lagi perkara yang paling dibenci oleh orang ramai terhadap cicik ini adalah masalah berak. Cicak suka berak merata tempat di mana saja dia suka. Malah kadang kala dia boleh lepaskan taiknya yang busuk semacam tu atas kepala anda.
Jika anda tinggalkan rumah yang ada cicak kosong seminggu atau dua minggu, kepulangan anda nanti ke rumah bakal menyaksikan pesta taik cicak di merata tempat. Atas meja makan, atas kabinet, kat dapur dan sebagainya.
Ringkasnya cicak memang jenis binatang atau makhluk yang ramai manusia tak suka. Dalam industri pest control, masalah cicak sering menjadi antara pertanyaan pelanggan yang mahu hapuskan cicak dari premis mereka.
9 cara halau cicak dari rumah
Jika anda merupakan salah seorang yang sedang menghadapi masalah cicak yang terlalu banyak di rumah, boleh cuba amalkan 9 cara yang dikongsikan di bawah untuk halau cicak dari bermaharajalela di rumah anda.
1. Perangkap cicak
Anda boleh tangkap cicak yang banyak kat rumah dengan menggunakan perangkap cicak. Boleh beli samada di pasaraya atau di mana-mana hardware berkonsepkan DIY. Biasanya perangkap cicak diperbuat dari kertas tebal yang diletakkan gam di permukaannya.
Ada bahan yang boleh menarik minat cicak datang ke perangkap dan kemudiannya cicak akan melekat. Bila kena cicak, anda boleh buang saja perangkap sekali dengan cicak yang ada melekat kat sinu.
Cara ini mengambil masa beberapa hari dan banyak perangkap yang diperlukan untuk mencapai tahap zero cicak di rumah anda.
2. Penghalau cicak
Ada bahan yang diberikan nama sebagai lizard repellent di pasaran. Kalau pergi cari kat pasaraya, anda mungkin dapat jenis gel atau cecair pekat yang perlu disapukan pada tempat yang anda tak mahu cicak datang.
Ada juga jenis spray dan jenis elektronik. Pilihlah mana satu yang anda rasa nak cuba. Bawa balik dan buat percubaan di rumah.
3. Perangkap buatan sendiri
Anda juga boleh buat perangkap sendiri untuk tangkap cicak. Cara paling mudah adalah dengan pergi hardware, dapatkan gam tikus atau yang kurang kuat dari itu. Ambil sekeping kertas tebal dan sapukan gam di permukaan kertas tersebut.
Selepas itu letakkan di tempat di mana cicak ada banyak. Letakkan sikit makanan atau bahan putih seperti serangga kecil di tengah kertas bergam itu. Anda akan dapat lihat banyak cicak terperangkap pada gam keesokkan harinya.
4. Jadikan rumah tidak mesra cicak
Cicak tak suka rumah yang bersih tak ada sampah dan tak ada langsung bahan makanan. Oleh itu bersihkan rumah anda senantiasa. Jangan biarkan rumah bersepah dan tidak tersusun. Buang semua sampah dari rumah terutamanya di bahagian singki.
5. Jauhkan makanan cicak
Salah satu sebab cicak duduk menumpang dan bernak pinak kat rumah anda adalah disebabkan ada punca makanan yang banyak untuk mereka di situ. Oleh itu, jika anda berjaya hapuskan segala punca makanan cicak, mereka akan berhijrah pergi ke tempat lain yang ada makanan.
Makanan yang cicak amat suka ada serangga terbang seperti nyamuk, rama-rama kecil atau ungas terbang kecil yang lain. Pasangkan jaring supaya semua serangga kecil ini tidak ada dalam rumah anda. Tiada makanan, cicak akan belah.
6. Hapuskan ruang tinggal cicak
Buat pemeriksaan di segenap sudut rumah anda. Mana saja terdapat rekahan atau celahan, anda perlu tutup samada dengan Silikon atau Urethane. Jangan kasi runag langsung untuk cicak jadikan pot tempat melepak mereka.
7. Gunakan bawang putih
Anda boleh gantung bawang putih di bahagian-bahagian yang biasanya banyak cicak di rumah anda. Gantung bawang putih kat tingkap dan pintu serta berdekatan dinding yang ada cicak. Cicak tak suka bau bawang putih.
Atau boleh juga anda buat bancuhan bawang putih yang dicampur dengan air. Masukan dalam penyembur dan mula semburkan campuran air bawang putih tersebut ke dinding, tingkap siling dan lain-lain. Rumah anda akan semerbak berbau bawang putih.
Jangan anda sendiri yang pengsan bau bawang putih dan keluar dari rumah sebab tak tahan bau bawang putih sudahlah !
8. Gunakan bulu merak dan kulit telur
Anda boleh juga cuba gantungkan atau lekatkan bulu burung merak pada dinding dan tempat-tempat lainya. kalau tak ada bulu burng merak, boleh juga gunakan kulit telur. Lekatkan atau gantung di tempat yang ada cicak.
Cicak tak suka kulit atau bulu burung besar sebegitu sebab jenis burung sebegitu akan patuk dan makan cicak.
9. Gunakan air ais sejuk
Jika anda nampak cicak di rumah, cuba semburkan air ais yang sejuk gedik supaya terkena pada cicak itu. Sebaik saja cicak terkena air yang amat sejuk, suhu badan cicak akan turun jadi sejuk dan mereka akan kejang tak boleh bergerak.
Bila jadi macam tu, ambil saja cicak yang tengah jem tersebut masukkan ke dalam beg plastik ikat kuat-kuat dan lepaskan ke dalam sungai supaya cicak itu belayar pergi jauh dari rumah anda. Kalau tak mahu cicak belayar, anda boleh terus bunuh saja cicak itu, selesai cerita.
Selamat mencuba !
Sumber tulisan
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ? reminder
When: Thursday, 19 May 2016 06:00 PM to 07:00 PM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London
Where: http://rokokkesehatan.com/?ref=8429
Notes: Halo sahabat...
Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ?
- . Apakah ingin memiliki Mobil Mewah ?
- . Ingin memiliki Rumah Mewah ?
- . Ingin memiliki Bisnis Besar ?
- . Bebas Finansial ?
- . Hidup Mapan dan Sejahtera ?
TETAPI... Bagaimana CARA meraih itu semua ?
- . Butuh Modal BESAR ?
- . Harus berpendidikan TINGGI ?
- . Harus Bekerja sangat KERAS ?
Mampukah kamu ?
Coba luangkan waktumu sejenak melihat situs ini :
http://goo.gl/1foLME
Di rokokkesehatan.com anda akan mendapatkan penghasilan
milyaran rupiah tanpa perlu bekerja keras!
Menggunakan sistem otomatis yang pasti akan menghantarkan
anda menjadi seorang milyuner! DIJAMIN!
Perlu BUKTI ?
Kunjungi Website saya :
http://goo.gl/1foLME
Sukses Selalu!
Darman
http://goo.gl/1foLME
From: automobil Calendar
Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us
Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment