9 Messages
Digest #4505
Messages
Tue May 24, 2016 8:10 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Honda Malaysia lancar Program Bantuan Banjir, tawar diskaun sehingga 50% untuk alat ganti tulen
paultan.org
By Mohd Farid Awaludin
Berikutan banjir kilat yang melanda Lembah Klang minggu lalu, Honda Malaysia (HM) kini mengumumkan Program Bantuan Banjir mereka untuk kenderaan-kenderaan Honda yang terjejas dalam bencana alam berkenaan.
Program yang bermula semalam sehingga 10 Julai akan datang ini menawarkan diskaun sehingga 50% untuk alat ganti Honda tulen kepada pemilik Honda. Pelanggan yang mahu mendapatkan pakej bantuan ini perlulah membuat laporan polis terlebih dahulu dan kemudian bawa polisi insuran ke pusat servis Honda bertauliah dalam tempoh masa program ini berjalan.
Walau bagimanapun, tawaran ini hanya sah untuk kenderaan yang dibeli dari pengedar-pengedar sah Honda Malaysia sahaja dan hanya alat ganti yang rosak kerana banjir sahaja diberikan diskaun 50% tersebut. Diskaun tersebut juga tidak diberikan kepada mereka yang menggunakan perlindungan insuran untuk memperbaiki kerosakan. Semua alat ganti tulen yang ditukar turut diberikan waranti enam bulan atau 10,000 km (yang mana sampai dahulu).
Anda juga dinasihatkan untuk tidak cuba menghidupkan kenderaan anda, buka pintu secara manual, elakkan dari menggunakan alat kawalan jauh atau peralatan elektrikal lain dalam kenderaan jika terperangkap di dalam banjir. Kemudian, cabut terminal negatif bateri kenderaan anda. Buat laporan polis terlebih dahulu dan hubungi syarikat insuran anda sebelum menunda kereta ke bengkel.
Selain Honda, Nissan dan Perodua juga menawarkan pakej bantuan khas untuk pemilik jenama-jenama berkenaan yang terjejas dalam banjir kilat ini.
ETCM tawar bantuan untuk pemilik Nissan yang terjejas akibat banjir di Kuala Lumpur minggu lalu
paultan.org
By Izwaashura Sadali
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) dengan kerjasama Tan Chong Express Auto Service Centre (TCEAS) telah mengumumkan Program Bantuan Banjir Nissan untuk semua pelanggan yang kenderaannya terlibat dengan banjir kilat di Lembah Klang pada Khamis lalu.
Program ini bagi membantu para pemilik yang kenderaan Nissan mereka mengalami kerosakan akibat banjir kilat yang berlaku di beberapa jalan utama di ibu kota iaitu di Jalan Duta, Jalan Pantai Bahru, Jalan Semantan, Jalan Bangsar dan Jalan Pudu.
Ia berlangsung serta merta sehingga 30 Jun ini dengan menawarkan 25% diskaun untuk semua alat ganti tulen Nissan, 25% diskaun bagi kos buruh, khidmat tunda percuma sehingga RM150 dan pemasangan upholstery dengan kadar istimewa iaitu RM1,590 (termasuk GST).
"Beribu penduduk di sekitar Lembah Klang terjejas akibat banjir kilat yang berlaku pada Khamis lalu. Kami di ETCM berusaha untuk membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh mangsa. Kami menyeru para pemilik kenderaan Nissan yang terbabit dengan bencana alam ini segera menghantar kenderaan masing-masing ke pusat servis bertauliah Nissan untuk pembaikian," ujar Tan Keng Meng, Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM.
Untuk maklumat lanjut mengenai Program Bantuan Banjir Nissan ini, para pelanggan boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan di talian 1800-88-3838.
Perodua tawar bantuan untuk pemilik Perodua yang terlibat dalam banjir di Kuala Lumpur minggu lalu
paultan.org
By Mohd Farid Awaludin
Perodua menawarkan bantuan untuk pemilik-pemilik kenderaan Perodua yang terlibat dalam kejadian banjir kilat di Kuala Lumpur minggu lalu.
Pengeluar automotif kedua negara itu mengatakan dalam kenyataan media mereka, akan memberikan bantuan dari segi servis trak tunda, diskaun untuk alat ganti terpilih dan pemeriksaan percuma serta menyediakan anggaran kerosakan pada kenderaan-kenderaan tersebut. Pelanggan Perodua yang ingin mendapatkan panduan tersebut digalakkan untuk menghubungi talian perkhidmatan pelanggan percuma 1800-88-6600.
"Pelanggan merupakan keutamaan kami dan servis tambahan nilai ini diberikan untuk menolong sebahagian beban yang ditanggung oleh pelanggan kami ketika mengharungi musibah tersebut," kata CEO dan Presiden Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh.
Untuk bantuan yang disediakan, Aminar berkata Pelanggan Perodua boleh menuntut bayaran balik maksimum RM100 kos trak tunda ke Pusat Servis Perodua berdekatan. Perodua juga menawarkan diskaun sebanyak 20% untuk alat ganti terpilih kepada pelanggan yang kenderaan mereka terlibat dalam banjir tersebut. Alat-alat ganti tersebut termasuk kesemua peralatan elektronik, karpet, tempat duduk, panel pintu dan gasket enjin.
Pada Disember tahun lalu, Perodua turut menawarkan bantuan banjir yang sama seperti dan telah dilanjutkan kepada tarikh yang masih belum diberitahu serta ke seluruh negara.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue May 24, 2016 8:10 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Lelaki Terkejut Powerbank Tiba-Tiba Meletup & Terbakar Ketika Sedang Tidur
siakapkeli.my
KUALA LUMPUR, 23 Mei - Seorang lelaki yang bekerja sebaagi penolong penerbit di sebuah stesen televisyen swasta di sini terpaksa berhadapan dengan pengalaman yang mendebarkan apabila powerbank yang disimpan di dalam begnya tiba-tiba meletup dan terbakar di rumahnya di Bandar Kinrara hari ini.
"Bunyi letupan kecil mengejutkan saya daripada tidur sebelum terhidu bau benda terbakar berhampiran hujung katil saya," kata Dominic Loke Kean Fong, 27, sambil memberitahu beliau bergegas bangun dan memadamkan api dengan air.
"Kejadian itu berlaku tiba-tiba, dan saya tak cas pun powerbank itu, hanya letak dalam beg sejak malam semalam," katanya sebagaimana lapor Bernama.
Loke berkata, kejadian yang berlaku pada awal pagi itu turut menyebabkan beberapa perabot di bilik tidur di rumahnya rosak akibat terbakar.
"Saya bersyukur kerana tidak meletakkan powerbank dan telefon bimbit di sebelah saya ketika tidur dan meletakkannya di hujung katil," kata Loke menerusi Facebook.
Catatan Loke yang bertujuan untuk memberi amaran kepada pengguna lain itu telah menjadi viral di media sosial.
Sementara itu, Timbalan Presiden Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia Dr Lee Nan Seng berkata pengguna harus mengenal pasti keaslian alat itu sebelum membelinya.
Beliau berkata powerbank tiruan boleh menjurus kepada alat itu mudah meletup dan terbakar berbanding barang asli.
"Sesiapa yang mengalami insiden serupa perlu membuat aduan kepada pihak relevan seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia," katanya. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue May 24, 2016 8:11 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Kurangkan penggunaan motosikal mampu elak peningkatan kemalangan maut – KP JKJR
paultan.org
By Izwaashura Sadali
Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) menyeru supaya orang ramai mengurangkan penggunaan motosikal termasuk untuk bersiar-siar bagi mengelakkan kemalangan maut yang semakin meningkat.
Menurut Ketua Pengarah JKJR Abd Ghafar Yusof, sebanyak 62% daripada 6,706 jumlah kes kemalangan yang berlaku pada tahun lalu adalah membabitkan motosikal, laporan Bernama.
"JKJR mahu perkara ini diberi perhatian khusus kerana jika kita berjaya mengurangkan penggunaan motosikal sebanyak 10%, dijangka dapat menyelamatkan 400 nyawa setahun.
"Walau bagaimana pun, penggunaan motosikal bukanlah dihalang kerana ada keluarga yang tidak memiliki pilihan lain selain motosikal sahaja. Tetapi kami nasihatkan, gunakan ia sekiranya perlu dan terdesak sahaja bagi mengelakkan risiko kemalangan," ujarnya selepas merasmikan Program Advokasi Khas Keselamatan Jalan Raya semalam.
Dalam masa yang sama, beliau turut menegaskan, ibu bapa perlu memastikan anak-anak kecil memakai topi keledar yang mempunyai tahap keselamatan yang dibenarkan bagi mengelak ia pecah ketika kemalangan berlaku.
Katanya lagi, "Kami juga menasihati ibu bapa supaya melarang anak-anak mereka menunggang motosikal tanpa lesen yang sah."
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue May 24, 2016 8:13 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
5 Fungsi Yang Ada Pada iPhone Tapi Ramai Pengguna Tegarnya Tak Tahu!
siakapkeli.my
Sudah pasti ramai diluar sana menggunakan telefon pintar iPhone, ada antara mereka yang merupakan pengguna setia iPhone dari awal keluaran sehingga 'latest
Tapi adakah anda sudah cukup 'power
Kepada mereka yang masih belum tahu, admin kongsikan 5 fungsi yang ada pada iPhone kepada pengguna diluar sana masih belum tahu.
1. Anda boleh reka rentak vibration kesukaan anda sendiri
2. Hasilkan 'Shotcut
3. Kawal iPhone anda menggunakan gerakan kepala
4. Sorokkan apps yang anda tak guna tanpa perlu delete
5. Mesej masuk flash akan menyala.
Jadi, kepada mereka yang belum tahu bolehlah mencuba apa yang dikongsikan berkenaan. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)
Tue May 24, 2016 8:29 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Dari Seorang Pekerja Zoo Biasa Dan Bermodalkan Telefon RM300, Zukieee Kini Mampu Hidup Mewah
siakapkeli.my
Nama Zukieee bukanlah perlu diperkenalkan lagi di kalangan pengguna media sosial di Malaysia, video-video lucu yang dihasilkannya menjadi bualan ramai netizen.
Zukiee atau nama sebenarnya Zulkifli Muhammad, 24, kini mampu untuk berbangga dengan pencapaianya, mana tidaknya, selama tujuh bulan video pendek yang dihasilkannya pada awal-awal dulu mampu untuk menangung kehidupan keluarganya yang susah.
"Alhamdulillah
"Saya daripada keluarga yang susah dan ada tujuh adik beradik, dulu saya hanya seorang pekerja zoo dengan gaji RM800 sebulan sahaja," ujarnya dipetik laporan mStar.
Menurut beliau lagi, beliau telah menyimpan lama hasratnya untuk aktif di media sosial untuk membantu nasib keluarganya, namun ianya terpaksa dipendamkan kerana kekurangan modal untuk memulakan kerjaya itu.
Akhirnya tahun lalu, beliau telah berjaya membeli sebuah telefon bimbit dengan harga RM300, dia dapat memulakan rancangannya itu.
"Sebenarnya saya sudah simpan idea-idea untuk jadi viral sejak tahun 2011, tapi saya tidak boleh buat kerana saya tiada telefon bimbit yang boleh buat rakaman.
"Sehingga tahun lalu, saya tekad beli telefon berharga RM300 yang ada video. Daripada situ saya buka akaun laman sosial dan muat naik video-video yang saya lakonkan," ujarnya.
Sehingga kini, Zukieee memiliki telah memiliki sebanyak 420,000 pengikut laman Instagram dan 500,000 di Facebook.
Zukieee turut ditanya tahap penglibatan dalam dunia glamer, menurut Zukieee dia menerima banyak tawaran untuk beraksi di dalam program televisyen dan berlakon drama, namun terpaksa ditolak kerana menjaga eksklusiviti dan jenama dirinya iaitu hanya boleh dilihat di media sosial sahaja.
"Kerjaya saya di media sosial bukan di televisyen, jadi saya terpaksa tolak tawaran-tawaran daripada stesen televisyen yang mahu saya terlibat dalam drama dan program mereka.
"Saya tidak mahu jika terlalu kerap di televisyen membuatkan orang bosan dan tidak mahu menonton saya di media sosial pula," ujarnya.
Selain itu, Zukieee berkata, dia kini mempunyai sebuah syarikat pengiklanan Viral Media Sdn Bhd bagi mempromosi produk di media sosial. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue May 24, 2016 9:01 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
DBKL tidak akan menanggung kos pembaikkan kenderaan yang tenggelam dalam banjir
paultan.org
By Mohd Farid Awaludin
Dalam kejadian banjir kilat yang berlaku di Lembah Klang minggu lalu menyaksikan sekitar 100 buah kenderaan terperangkap dalam paras air yang naik secara mendadak pada beberapa jalan utama, termasuk Jalan Pantai Baru dan Jalan Tuanku Abdul Halim. Banyak kereta dilaporkan tenggelam di dalam air dengan kedalaman sekitar tiga hingga empat kaki, menyebabkan pemilik terpaksa meninggalkan kenderaan mereka.
Pemilik kenderaan-kenderaan tersebut perlu bergantung kepada polisi insuran mereka – jika mereka mengambil pakej perlindungan untuk bencana alam tersebut – untuk menanggung kos pembaikan, kerana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengatakan ia bukan prerogatif kerajaan atau DBKL untuk menanggung kos pembaikan kenderaan berkenaan, lapor The Sun.
"Tidak, kami tidak akan menanggungnya melainkan mereka telah menambah perlindungan dalam insuran mereka. Selain itu, tiada," kata Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Amin Nordin Abdul Aziz semasa memberi respon kepada The Sun berkenaan perkara tersebut.
The Sun juga turut mendapatkan kepastian dari syarikat-syarikat insuran utama berkenaan aspek kerosakan disebabkan banjir, dan mereka mendedahkan syarikat insuran tidak akan menanggung kos kerosakan jika pelanggan tidak membeli perlindungan tambahan dalam polisi insuran mereka.
"Kerosakan disebabkan banjir hanya akan dilindungi jika mereka membeli perlindungan tambahan pada polisi mereka yang turut melindungi bencana alam lain seperti banjir dan sebagainya," kata seorang agen insuran. Laporan tersebut turut menambah, beberapa syarikat insuran utama yang lain juga turut menyatakan struktur polisi yang sama dalam laman web masing-masing.
----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:
To:
Sent: Sunday, May 22, 2016 7:18 PM
Subject: Fw: Mangsa Banjir Kilat Boleh Saman Pihak PBT
Mangsa Banjir Kilat Boleh Saman Pihak PBT - Peguam
siakapkeli.my
Baru-baru ini beberapa tempat di sekitar Lembah Klang telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan ratusan kenderaan rosak kerana dimasuki air.
Namun, tahukah anda bahawa kejadian banjir kilat berkeaan membolehkan mangsa yang terlibat menyaman pihak berkuasa tempatan (PBT) di mahkamah, namun perlu mempunyai bukti yang disokong oleh pakar berkaitan.
Memetik laporan Bernama yang menemubual seorang peguam di firma guaman swasta, Syahredzan Johan berkata, mangsa yang terlibat dalam kejadian itu di mana menyebabkan kerosakan kepada harta benda mereka hanya perlu mengemukakan bukti berkaitan kecuaian atau kelonggaran tanggungjawab oleh PBT sehingga boleh menyebabkan berlaku bencana sebegitu.
"Sebagai contoh, dalam kes ini mangsa boleh dapatkan pakar dalam bidang kejuruteraan yang akan memberi keterangan mewakili pihak mangsa di mahkamah.
"Keterangan yang diberikan adalah berdasarkan bukti-bukti antaranya keterangan daripada saksi, keratan akhbar, gambar insiden dan resit yang melibatkan pembayaran kerosakan aset mereka ekoran kejadian itu," katanya.
Menurut beliau lagi, proses melibatkan pakar berkenaan biasanya akan memerlukan kos yang agak tinggi dan hal ini menyebabkan mangsa terasa terbeban dan seterusnya bertindak 'angkat tangan' untuk menyaman pihak berkuasa.
"Tetapi sekiranya PBT menerima tuntutan saman daripada mangsa, mereka (PBT) tidak boleh tidak mengendahkan saman itu kerana perlu mengikut perintah mahkamah dan selesaikan segala kes yang berkaitan," katanya.
Dalam pada itu, beliau menggesa agar pihak PBT mencari jalan penyelesaiaany dan bukan hanya menunggu sehingga diambil tindakan oleh mangsa, baharu mahu bertindak.
"PBT perlu tengok semula apa yang perlu dibuat untuk selesaikan permasalahan banjir kilat di ibu negara, hal ini kerana ia melibatkan banyak kerosakan dan kerugian orang ramai," katanya.
Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz, berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedia berdepan dengan saman oleh mangsa banjir kilat baru-baru ini.
"Jika mereka nak saman, DBKL hanya menunggu kes didengar di mahkamah nanti. DBKL mempunyai peguam khas untuk menyelesaikan urusan ini," katanya kepada BERNAMA melalui WhatsApp.
Menurut beliua, pihak DBKL dalam masa ini sedang membuat pemeriksaan dan pembersihan keseluruhan sistem saliran di kawasan banjir serta beberapa kawasan lain yang dikenal pasti akan terbabit dengan bencana alam itu. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue May 24, 2016 9:01 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Kutipan tol secara elektronik sepenuhnya akan dilaksanakan di 18 buah lagi plaza tol mulai 1 Jun ini
paultan.org
By Izwaashura Sadali
Mulai jam 12 tengahari 1 Jun ini, sebanyak 18 buah plaza tol bagi enam lebuh raya akan melaksanakan kutipan tol secara elektronik (ETC) sepenuhnya.
Timbalan Yang Dipertua Persatuan Syarikat-syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia Sazally Saidi berkata, pelaksanaan itu dibuat selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan lagi tahap kecekapan pembayaran tol di negara ini, laporan Bernama.
Malah langkah tersebut merupakan inisiatif bagi menggalakkan penggunaan sistem tol elektronik iaitu sama ada kad Touch 'n Go atau SmartTAG untuk melakukan transaksi bayaran tol yang lebih mudah, selesa dan membantu pengguna menikmati perjalanan lebih lancar di setiap plaza tol.
"Untuk melancarkan operasi tol di kesemua plaza tol, pihak konsesi lebuh raya terbabit akan memastikan kemudahan lorong tambah nilai dan penjualan kad Touch 'n Go di lorong beroperasi 24 jam serta kakitangan akan ditempatkan di lorong bagi membantu masalah yang dialami pengguna," katanya.
Lapan belas plaza tol bagi enam lebuh raya yang terlibat adalah Plaza Tol Bagan Ajam, Plaza Tol Perai dan Plaza Tol Sg. Nyior di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Plaza Tol Mines dan Plaza Tol Loke Yew di Lebuhraya Sungei Besi (BESRAYA) serta Plaza Tol Ayer Hitam, Plaza Tol Saujana Putra, Plaza Tol Teluk Panglima Garang dan Plaza Tol Pulau Indah di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).
Selain itu, Plaza Tol Bukit Raja, Plaza Tol Kapar, Plaza Tol Kapar Moc A dan Plaza Tol Kapar Moc B di Lebuhraya Pintas Selat Kelang Utara Baru (NNKSB), Plaza Tol PB2X di Jambatan Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah (JSAHMS) serta Plaza Tol Sungai Ramal, Plaza Tol Bukit Kajang, Plaza Tol Sungai Long dan Plaza Tol Sungai Balak di Lebuhraya Sistem Lingkaran Kajang (SILK).
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue May 24, 2016 9:21 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Pemandu Bas Bawa Lamborghini, Audi R8 Pergi Kerja Cetus Tanda Tanya
siakapkeli.my
China, 17 Mei - Mungkin sukar untuk diterima, tetapi orang 'kaya' di Taiyuan nampaknya bekerja sebagai pemandu bas.
Menurut portal Shanghaiist, beberapa keping gambar telah menjadi viral di media sosial China yang memaparkan seorang pemandu bas awam di bandar itu memandu Lamborghini untuk pergi ke tempat kerja.
Gambar-gambar itu seterusnya mencetus tanda tanya dari mana dia mendapat duit sebanyak itu untuk memandu kereta-kereta mewah itu.
NetEase melaporkan, pemandu itu cuma kelihatan seperti penduduk biasa, yang memandu Lamborghini Gallardo berwarna kuning atau Audi R8 biru ke tempat kerja.
Difahamkan juga, lelaki tersebut adalah ahli dalam kelab pemilik kereta mewah di bandar tersebut.
Taiyuan merupakan ibu kota wilayah Shanxi, yang terkenal dengan perlombongan arang batu dan juga korupsi rasuah sehinggakan pegawai penyiasat rasuahnya sendiri dituduh rasuah sebanyak $31.7 juta (RM 127 juta).
Biarpun begitu, netizen di China tetap terkejut dengan gambar-gambar pemandu itu yang disifatkan terlebih luar biasa.
"Kereta-
"Bagi saya dua kereta seperti tu dan saya akan bawa bas juga", seorang lagi netizen menulis komen.
Lelaki itu patut letak jawatan, kerja seperti ini sepatutnya diambil oleh orang yang lebih memerlukan"
Namun ada juga yang berfikiran positif dengan berkata pemandu bas tersebut menang hadiah loteri. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ? reminder
When: Tuesday, 24 May 2016 06:00 PM to 07:00 PM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London
Where: http://rokokkesehatan.com/?ref=8429
Notes: Halo sahabat...
Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ?
- . Apakah ingin memiliki Mobil Mewah ?
- . Ingin memiliki Rumah Mewah ?
- . Ingin memiliki Bisnis Besar ?
- . Bebas Finansial ?
- . Hidup Mapan dan Sejahtera ?
TETAPI... Bagaimana CARA meraih itu semua ?
- . Butuh Modal BESAR ?
- . Harus berpendidikan TINGGI ?
- . Harus Bekerja sangat KERAS ?
Mampukah kamu ?
Coba luangkan waktumu sejenak melihat situs ini :
http://goo.gl/1foLME
Di rokokkesehatan.com anda akan mendapatkan penghasilan
milyaran rupiah tanpa perlu bekerja keras!
Menggunakan sistem otomatis yang pasti akan menghantarkan
anda menjadi seorang milyuner! DIJAMIN!
Perlu BUKTI ?
Kunjungi Website saya :
http://goo.gl/1foLME
Sukses Selalu!
Darman
http://goo.gl/1foLME
From: automobil Calendar
Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us
Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment