15 Messages
Digest #4485
Messages
Sat May 7, 2016 8:31 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Helikopter bawa rombongan kenamaan terputus hubungan
siakapkeli.my
KUCHING: Sebuah helikopter membawa rombongan kenamaan dilaporkan terputus hubungan sejak empat jam lalu ketika dalam penerbangan dari Betong ke Kuching.
Helikopter berkenaan yang dipercayai turut membawa pegawai kanan sebuah kementerian, sepatutnya di mendarat di Hangar Hornbill Skyways, di sini pada jam 5 petang tadi.
Difahamkan, juruterbang memaklumkan menara kawalan lokasi mereka berada di sekitar kawasan Triso, Sebuyau sebelum terputus hubungan. Usaha sedang digerakkan bagi mengesan pesawat berkenaan. - Bh Online
Budak Perempuan Ditinggal Di Tepi Jalan Dakwa Didera Ibu
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai
BATU PAHAT: Seorang budak perempuan ditemui sedang berkeliaran di tepi jalan selepas ibunya didakwa memukul dan meninggalkannya di Jalan Parit Osman-Parit Sulong di sini.
Orang ramai yang lalu-lalang menghubungi polis selepas melihat kesan-kesan luka di tangannya, kira-kira pukul 6.55 pagi Selasa.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, budak perempuan itu dipercayai berusia kira-kira empat tahun, mendakwa bahawa ibunya telah merotannya di rumah sebelum meninggalkannya di tepi jalan pada malam Isnin.
"Budak itu memberitahu kami bahawa datang dari ladang berhampiran.
"Tetapi dia tidak dapat memberi butir-butir ibu bapanya atau ladang yang dimaksudkannya," katanya, Selasa.
Din berkata, kanak-kanak itu yang kelihatan lemah mungkin kerana keletihan dan kelaparan, sudah menjalani rawatan di Hospital Batu Pahat.
Beliau berkata kanak-kanak itu juga mempunyai kesan calar pada tangan dan kecederaan pada jarinya sudah dibalut dengan kain putih apabila dia ditemui.
"Dia mendakwa kecederaan itu dialami selepas dirotan ibunya tetapi kita masih tidak dapat memastikan cerita ini kerana ibu bapanya masih belum dikenal pasti," katanya.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya menghubungi balai polis berhampiran atau menghubungi hotline polis negeri di talian 07-2212999.
"Kami sedang menyiasat kes itu di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana penyalahgunaan kanak-kanak," katanya.
Read more: http://www.kitabantai.info/2016/05/budak-perempuan-ditinggal-di-tepi-jalan.html#ixzz47hIz90PD
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook
'Cikgu, Ular Patuk Pergelangan Tangan Saya'
siakapkeli.my
JOHOR BAHRU, 5 Mei - Seorang murid tahun 1 di sebuah Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari, dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) selepas dia mendakwa dipatuk seekor ular di bahagian pergelangan tangan kanan.
Guru di sekolah tersebut, Mohd Ridhwan Othman berkata, kejadian itu dikatakan berlaku ketika mangsa dan rakan baru sahaja keluar dari tandas sekolah tersebut kira-kira jam 1.40 petang.
Kata beliau, murid itu bergurau dengan rakannya di luar tandas sebelum terjatuh di kawasan lalang dan dipatuk seekor ular.
"Ketika kejadian pihak sekolah sedang menjalankan majlis bacaan yassin di dewan. Amsyar kemudiannya datang ke saya untuk meminta izin ke tandas bersama seorang rakannya.
"15 minit selepas itu, dia mengadu sakit di pergelangan tangan dan mendakwa telah dipatuk ular yang berada di sekitar kawasan lalang berhampiran tandas yang digunakan," katanya sebagaimana lapor Sinar Online. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sat May 7, 2016 8:38 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Pencetus Ummah Zaid Meninggal Dunia Pagi Tadi
siakapkeli.my
Bekas peserta Pencetus Ummah, PU Zaid atau nama penuhnya Abdul Zaid bin Abdul,31, dilaporkan telah meninggal dunia kira-kira jam 9 pagi tadi dirumahnya di Kampung Tanjung Batu, Tawau.
Anak keempat dari sembilan adik beradik itu,dilaporkan telah pengsan di dalam bilik mandi sebelum disahkan meninggal dunia. Namun punca sebenar arwah pengsan belum dapat kami dipastikan.
Berita tentang pemergian arwah ini turut dikongsikan oleh Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan melalui laman Facebook beliau.
Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan
6 hours ago
Allahurabbi.
إنا لله وإنا إليه راجعون.....
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه...
Kelihatan ramai netizen mengucapkan salam takziah kepada isteri Allahyarham melalui laman Facebook.
Abdul Zaid merupakan peserta Pencetus Ummah musim 2015 yang berasal daripada Tawau, Sabah, di dalam program keagamaan Pencetus Ummah berkenaan berliau selalu menggunakan tagline "Dakwah dari sabah, mesti mau senyum bah."
Allahyarham dijangka akan dikebumikan petang ini di tanah perkuburan Pasir Putih selepas adik beradik yang lain tiba.
Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah. - Siakapkeli.my
Sebab PU Zaid Meninggal Dunia Tersebar
bloglist-malaysia.
addindeen.com
Posted by Addin Deen
Sebab PU Zaid meninggal dunia tersebar. Sebab Pencetus Ummah PU Zaid meninggal dunia pada 5 Mei 2016. Takziah diucapkan kepada PU Zaid atau nama sebenar Abdul Zaid bin Abdul yang berusia 31 tahun telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.00 pagi tadi Khamis di rumah kediamannya di Tanjung Batu Tawau.
Difahamkan, punca PU Zaid meninggal dunia akibat terjatuh di bilik air. Berita mengenai pemergian Allahyarham PU Zaid turut dimaklumkan menerusi rakan seperjuangan PU Sufian dan PU Syed menerusi laman sosial facebook masing-masing. Semoga arwah Allahyarham Zaid ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Bekas peserta program realiti dakwah, Pencetus Ummah, Abdul Zaid Abdul atau lebih dikenali sebagai PU Zaid menghembuskan nafas terakhir selepas dipercayai terjatuh dalam bilik air.
Sebab PU Zaid meninggal dunia tersebar. Difahamkan PU Zaid, 31, dipercayai pengsan dalam bilik mandi sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10 pagi tadi.
PU Zaid, peserta Pencetus Ummah edisi 2015 berasal dari Tawau, Sabah merupakan anak keempat daripada sembilan beradik.
Sebab PU Zaid meninggal dunia tersebar. Hasil pemerhatian menerusi laman Facebooknya (FB), PU Zaid mengalami masalah kesihatan sejak awal bulan lalu menerusi tulisan status daripada pihak admin yang mengendalikan akaun FB miliknya.
Biodata Allahyarham PU Zaid Meninggal Dunia 5 Mei 2016
Nama Penuh: Abdul Zaid Bin Abdul
Umur: 31 Tahun
Asal: Tanjung Batu Tawau, Sabah
Kejayaan: Pemenang Tempat Ketiga Pencetus Ummah Musim Ketiga
Tahun Lahir: 1985
Tarikh Meninggal: 5 Mei 2016
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sat May 7, 2016 8:38 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Mahkamah Kapir Itali Bebaskan Si Pencuri
bloglist-malaysia.blogspot
libanglibu.blogspot
Yusuf Qardawi pernah berkata, dia nampak Islam dalam negara kapir & nampak kapir dlm negara Islam.
Ajaib, sebuah mahkamah di Itali telah membebaskan seorang pencuri keju & sosej atas alasan makanan itu akan dimakan utk meneruskan hidup.
Ajaibnya lagi, pencuri itu berbangsa Romania, bukan org tempatan.
Kalaulah pencuri itu org Rohingya itam legam kurus kering tak cukup zat ditangkap mencuri di negara Islam Malaysia, nescaya telah habislah keluar cirit hijau dari dlm perutnya dikerjakan orang. Kahkahkah!
Di negara Islam Msia, mencuri sebab sesak tak berduit nak beli susu anak pun akan dibalon separuh nyawa. Kahkahkah!
Di negara Islam Msia ini, membalon penyamun yg menyamun kita pun salah. Kahkahkah!
Di negara Islam Msia ini, membalon perogol yg cuba menaiki perut kita pun silap2 ke dalam jel org yg nak kena rogol. Kahkahkah! Perogol boleh cari celah Bedah lain yg tak melawan. Kahkahkah!
Menyampah taw! Berbulu taw! Kahkahkah!
Tapi lagi berbulu celah bedah kalau org dah lenjan bilion2, para pak lebai pak alim pak serban 5kilo para sahibus samahah al fadil, semua main aci nyorok. Kahkahkah!
Semua ambik MC mengadu kena sakit kancing gigi. KAKAHKAH! KAKAHKAH!
Unsur khianat punca histeria
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai
KOTA BHARU - Semua lokasi panas diperiksa. Memang sah ada 'sesuatu' yang mengganggu! Malangnya, ia bukan gangguan biasa namun berbaur unsur pengkhianat hingga menimbulkan huru-hara histeria melibatkan lebih 45 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa 2, baru-baru ini.
Pendedahan itu dibuat Pengerusi Persatuan Darussyifa' Kelantan, Zaki Ya, sepanjang tiga hari berkampung merawat situasi 'panas' histeria dipercayai akibat gangguan jin lebih dua minggu lalu.
"Kami sembilan anggota Darussyifa' Kelantan ke sana kira-kira jam 6 petang Ahad (dua minggu lalu) dan setelah memeriksa beberapa tempat termasuk di tangga pejabat bilik pengetua, di pejabat, kawasan bilik penolong kanan (PK), tingkat tiga dan lima yang dikatakan lokasinya, memang diakui ada 'benda' (jin) ada di situ apabila kami meremang bulu roma, maknanya 'ia' ada di situ.
"Saya pergi sendiri, jadi saya tidak menolak kemungkinan masalah ini berunsurkan pengkhianatan yang dianggap menambahkan keadaan huru-hara dan sehingga kini (semalam), kejadian histeria masih berlaku," dedahnya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.
Katanya, apa yang pelik, histeria itu bukan sahaja melibatkan pelajar perempuan, sebaliknya pelajar lelaki dan guru pun turut sama terkena gangguan apabila mereka menjerit sehingga keadaan menjadi tidak terkawal, juga berjangkit kepada pelajar lain.
"Petang berkenaan juga kami merenjis air bacaan rukyah di tempat yang disyaki dan setelah dirawat, jumlah pelajar yang dirasuk berkurangan dari 45 orang kepada dua hingga tiga orang sahaja. Alhamdulillah… cuma ia masih berlaku sehingga sekarang (semalam).
"Jarang guru terkena histeria, sebab itulah kami tidak menolak kemungkinan ia adalah perbuatan pengkhianatan bertujuan untuk melemahkan pentadbiran sekolah, sebab itulah kes ini berlarutan dan selagi ia tidak dirawat, selagi itulah ia tidak tenang," katanya.
Kata beliau, tempoh rawatan Darussyifa' sekiranya melebihi tiga hari, sepatutnya keadaan menjadi damai semula, namun di sekolah itu, pihaknya mendakwa ada yang menjalankan 'top up' (cubaan menambah kuasa gangguan) untuk terus menjadikan sekolah itu huru-hara.
Cuaca panas penyumbang
Berhubung dengan keadaan cuaca panas berikutan fenomena El-Nino, Zaki berkata, beliau juga tidak menolak faktor tersebut penyumbang sampingan kepada berlakunya keadaan histeria tersebut.
"Cuaca panas juga menjadi faktor pelajar histeria iaitu apabila keupayaan badan lemah, ia memudahkan jin masuk ke dalam badan," katanya.
Katanya, berdasarkan pengalamannya juga, kes histeria juga biasanya banyak berlaku pada tahun genap berbanding tahun ganjil.
"Jin suka pada tahun genap dan kenyataan ini dibuat berdasarkan pengalaman serta rekod kami semasa merawat, contohnya pada 2014, kes paling besar berlaku di SMK Padang Enggang dan tahun 2016 ini di SMK Pengkalan Chepa.
"Wallahuaklam, itu teori sahaja berdasarkan rekod rawatan kami dan jin memang diarahkan berada di satu-satu tempat," katanya.
Katanya, rawatan histeria dan gangguan di SMK Pengkalan Chepa 2 itu akan diadakan secara berterusan dan berharap masalah itu akan reda sebaik-baiknya.
Beberapa lokasi di kawasan pejabat, bilik pengetua, bilik PK dan dataran perhimpunan menjadi tempat tumpuan gangguan di SMK Pengkalan Chepa 2.
ALLAH turun ujian
"ALLAH nak naikkan taraf keadaan di SMK Pengkalan Chepa 2, sebab itulah ALLAH turunkan ujian kepada warga sekolah berkenaan.
Zaki berkata, ujian berkenaan memang ALLAH sudah tetapkan melalui sumber lain yang kita tidak tahu, ALLAH mahu menaiktaraf mereka yang duji sama ada di kawasan rumah atau sekolah.
"Sebelum ini, sekolah itu mungkin tidak menonjol dari sudut pandangan orang, namun selepas kejadian histeria, ujian yang ALLAH SWT turunkan itu adalah untuk menaik taraf, kita pun sama, kalau ALLAH mahu mengangkat taraf lebih tinggi, Dia akan beri dan biasanya ujian berkenaan mampu ditangani dan boleh dipertahankan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan rawatan susulan dalam usaha meredakan histeria yang masih berlaku secara berkurangan di SMK Pengkalan Chepa 2, di sini.
Zaki berkata, dengan ujian tersebut, sekolah itu menjadi tumpuan, terkenal dan tersebar, malah hasilnya akan menambah kebaikan atau kemuliaan, sama ada dalam tempoh cepat atau lambat.
Kata beliau, pihak sekolah diminta menangani ujian terbabit secara positif, jangan berfikir negatif malah pihaknya akan menangani masalah itu dengan memberi perlindungan supaya tidak berulang pada masa akan datang.
Sumber: Sinar Harian
Read more: http://www.kitabantai.info/2016/04/unsur-khianat-punca-histeria.html#ixzz47NxhMIKO
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sat May 7, 2016 8:42 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Wanita Nekad Sekat Penunggang Motosikal Pentingkan Diri Sendiri Dari Guna Laluan Pejalan Kaki
siakapkeli.my
JAKARTA: Nama Alfini Lestari tiba-tiba menjadi sebutan ramai netizen Indonesia selepas ada sebuah page di sana telah memuatnaik beberapa keping gambarnya ke laman sosial Facebook.
Gambarnya menjadi popular kerana memaparkan keberaniannya yang menghalang puluhan buah motosikal dari menggunakan kawasan pejalan kaki di waktu puncak di jalan Jendral Sudirman, Jakarta.
Wanita berusia 32 tahun berkenaan tidak berganjak dari kedudukannya walau diugut akan dilanggar oleh pengguna motosikal yang memasuki lorong pejalan kaki berkenaan, ini kerana tindakan mereka menggunakan laluan berkenaan menyusahkan pejalan kaki yang melalui lorong itu.
"Saya buat tidak tahu saja melihat pengguna motosikal itu, mereka sudah mempunyai jalan sendiri tetapi masih mahu menggunakan laluan pejalan kaki," kata Alfini dipetik laporan Liputan 6.
Tindakan Alfini ini sudah berlaku sejak tiga minggu yang lalu di mana jika dia sempat memandangkan lokasi kerjanya tidak jauh dati situ, dia akan ke tempat berkenaan untuk menghalang pengguna motosikal menggunakannya. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sat May 7, 2016 8:44 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Dapat Notis Pindah Rumah, Ibu Tunggal Jaga Anak OKU Hilang Arah
siakapkeli.my
Butterworth, 5 Mei: Seorang ibu tunggal bingung memikirkan masa depannya kerana rumah yang didiaminya terbabit dengan projek pembangunan sekolah.
Lebih memeningkan lagi, ibu tunggal itu juga perlu menguruskan anaknya, 35, yang kurang upaya (OKU).
Wan Su Darus, 58, dari Kampung Setol, Teluk Air Tawar dekat sini, bergelut sendirian dalam menguruskan anaknya, Jamil Izzuan Abdul Jalil yang memerlukan perhatian yang tinggi kerana seorang lagi anaknya, Shahrul Azman, 26, masih lagi menuntut di Institusi pengajian tinggi manakala anak perempuan sudah pun berkahwin dan tinggal berasingan.
Harian Metro melaporkan, ibu tunggal itu mencari rezeki dengan bekerja sebagai tukang cucu, namun terpaksa berhenti empat bulan lalu selepas terjatuh menyebabkan tulang belakangnya retak.
Pada 15 Mac, ibu tunggal itu mendapat notis pemindahan kerana rumah yang didiami olehnya sejak 13 tahun lalu terbabit dengan projek pembangunan sekolah.
Menurut Wan Su, beliau tidak tahu macam mana tanah pusakanya itu boleh terbabit dengan projek tersebut.
"Tanah yang saya diami asalnya tanah pusaka, tetapi entah macam mana boleh terbabit dengan projek pembangunan sekolah berhampiran.
"Notis berpindah dikeluarkan 15 Mac lalu dan tempoh diberi sehingga 15 Jun depan menyebabkan saya bingung memikirkan di mana hendak tinggal selepas ini," katanya.
Kini, ibu tunggal itu menyara anaknya dengan menggunakan wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (KM) RM300 sebulan dan sedang menunggu keputusan permohonan bantuan Zakat Pulau Pinang (ZPP).
Menurut Wan Su, dia memerlukan RM700 sebulan bagi membeli keperluan anaknya termasuk lampin pakai buang, namun tiada sumber pendapatan sejak empat bulan lalu.
Tambah Wan Su lagi, dia telah ditawarkan pampasan RM24,000 jika rumahnya itu dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek terbabit, namun enggan perpindah kerana tiada rumah lain.
"Kalau boleh saya tak mahu pindah kerana perlu menguruskan Jamil Izzuan termasuk memandikannya setiap hari sedangkan kami tiada tempat bergantung.
"Saya hilang arah tak tahu kepada siapa hendak mengadu sedangkan tempoh berpindah hanya sebulan lagi," katanya yang berharap ada pihak tampil membantu. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sat May 7, 2016 8:47 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Bayi 5 Bulan Maut Tersedak Susu
siakapkeli.my
Melaka, 5 Mei: Seorang bayi perempuan berusia lima bulan meninggal dunia di sebuah pusat jagaan di Ayer Keroh dipercayai akibat tersedak susu, tengah hari semalam.
Dalam kejadian yang berlaku dalam 1 tengah hari itu, bayi terbabit dikatakan telah dibawa kek Klinik Kesihatan Ayer Keroh oleh pemilik pusat tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Sumber Harian Metro berkata, bayi itu dihantar ke pusat jagaan itu bersama abangnya, 3, oleh ibu mangsa kira-kira 7 pagi.
Katanya juga, bayi berkenaan dibawa ke klinik terbabit dalam keadaan tidak sedarkan diri dan badannya lembik.
Doktor juga dikatakan cuba berusaha memberi bantuan kecemasan kepadanya sebelum mengesahkan dia sudah meninggal.
Sementara itu, Ketua Polis negeri Datuk Ramli Din mengesahkan kejadian dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan selain kes diklafikasikan sebagai mati mengejut.
"Dia Tak Ambil, Bank Yang Bagi RM13.8 Juta"
siakapkeli.my
Jiaxin Lee
Sydney: Seorang wanita Malaysia ditahan di lapangan terbang Sydney semalam ketika dia hendak meninggal negara ini kerana didakwa membelanjakan jutaan ringgi membeli barang mewah menggunakan wang AS$4.6 juta (RM13.85juta) yang dimasukkan ke dalam akaunnya secara kesilapan.
Laporan Harian Metro melaporkan, wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun Bank Westpac Christine milik Jiaxin Lee, 21, pelajar kejuruteraan kimia sebagai overdraf pada 2012.
Jiaxin ditahan polis persekutuan Australia di lapangan terbang itu malam tadi dan dikatakan sudah membelanja RM9.9 juta membeli beg tangan serta barangan mewah yang lain.
Hari ini, Jiaxin dihadapkan ke Mahkamah Tempatan Waverley bagi menghadapi pertuduhan curang mengambil kesempatan kewangan biarpun tahu ianya satu kesalahan.
Menurut dokumen mahkamah, Jiaxin Lee yang beberapa kali melakukan kesalahan itu antara Julai 2014 hingga Mac 2015, didakwa gagal memaklumkan kepada bank bahawa dia tidak berhak memilik wang terbabit.
Polis memulakan siasatan pada 2012 namun waran tangkap terhadapnya hanya dikeluarkan Mac tahun ini.
Mahkamah juga diberitahu, wanita itu sedar polis cuba menghubunginya menyebabkan dia memohon pasport kecemasan Malaysia dalam usahanya meninggalkan Australia.
Bagaimanapun, peguamnya menyatakan wanita itu mahu pulang untuk melawat ibu bapanya.
Ketika membenarkan Jiaxin diikat jamin A$1,000 (RM3,000), Majistret Lisa Stapleton berkata: "Ia tidak sampai ke tahap jenayah. Ia mengenai wang yang kita semua inginkan.
"Dia tidak mengambilnya daripada bank. Mereka yang memberi kepadanya."
Menurut majistret itu, jika itu keadaannya, Jiaxin hanya berhutang wang yang sudah dibelanjakannya tetapi tidak melanggar undang-undang.
Wanita itu yang tinggal di Australia sejak lima tahun lalu bersama teman lelakinya di Rhodes, utara Sydney, sekali lagi akan dihadapkan ke mahkamah 21 Jun depan. - Siakapekeli.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sat May 7, 2016 8:49 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Rayuan ikhlas untuk TNB
bloglist-malaysia.
penburukonline.
AMARAN: Bukan semua apa yang dipanggil talian kecemasan boleh membantu ketika anda berdepan masalah. Kerap terjadi apabila dihubungi talian berkenaan anda akan lebih cemas, boleh terkancing gigi.
Pengalaman cemas minggu lalu perlu saya kongsikan. Sekitar jam 10 malam, ketika sedang menonton TV, tiba-tiba bekalan elektrik terputus. Rumah saya dan empat buah lagi rumah jiran gelap.
Saya keluar, ramai jiran panik apabila melihat wayar pada tiang elektrik di tepi jalan terbakar, betul-betul di hujung halaman rumah jiran, hanya beberapa meter dari bilik tidur.
Percikan api dari wayar terbakar itu merecik pada daun pohon di tepi jalan. Ini amat berbahaya, lebih-lebih lagi musim panas dan banyak daun serta rumput kering yang boleh bila-bila masa disambar api.
Segera saya menghubungi beberapa talian untuk mendapat bantuan. Mula-mula elok dipuji talian kecemasan yang baik, cekap dan pantas, iaitu 999.
Apabila mendail nombor berkenaan, segera petugas di hujung talian, seorang wanita, menjawab dengan nada melegakan. Dia meminta maklumat – nama saya, alamat dan lokasi kejadian, waktu kejadian, dan nombor telefon.
Petugas berkenaan juga bertanyakan perincian – keadaan api, berapa jarak dengan rumah, adakah kemalangan jiwa, dan memberitahu langkah-langkah yang perlu diambil sementara bantuan tiba.
Dalam masa tidak sampai 15 minit pasukan Bomba dan Penyelamat sudah tiba di lokasi, dan anggotanya segera melakukan apa yang patut. Syabas, talian 999 memang memahami erti kecemasan.
Wayar yang terbakar sudah padam, tetapi bekalan elektrik belum pulih, dan semua penghuni di rumah terlibat keresahan. Almaklumlah musim panas, bahang siang masih terasa membakar suasana. Dan, malam Jumaat pula!
Saya memanggil talian bantuan kecemasan Tenaga Nasional Berhad, seperti yang tertera pada bil bulanan. Ada bunyi wanita di hujung talian, tetapi bukan petugas sebenar sebaliknya suara rakaman mesin: "Tekan 1 untuk bahasa Melayu, tekan 2 untuk bahasa Inggeris..."
Apabila ditekan 1, mesin juga yang bercakap: "Tekan 1 untuk pertanyaan bil, tekan 2 untuk sekian-sekian, tekan 3 untuk sekian-sekian.
Saya tekan pula nombor untuk bantuan kecemasan, mesin juga yang bercakap, kali ini lebih menyakitkan hati: "Harap maaf, semua petugas kami sedang bekerja, sila tunggu, anda akan dilayan sebentar lagi..."
Sebentar lagi itu bukan seminit, tetapi tiga empat minit, ada pula selingan iklan dan promosi: "Untuk memudahkan bayaran bil bulanan anda sila gunakan khidmat blah, blah, blah... Untuk potongan bayaran bil, blah, blah, blah..." Ada juga iklan insurans dan lain-lain promosi.
Bayangkan kita dalam kecemasan, menunggu tiga empat minit untuk bercakap dengan petugas, tetapi yang melayan kita adalah mesin yang tidak tahu perasaan kita.
Dalam kegelapan dan kepanasan diminta mendengar promosi dan iklan yang entah apa-apa itu. Sumpah, kalau iklan dan promosi untuk beristeri dua pun kita tidak tertarik. Kebimbangan saya dan jiran ialah sekiranya wayar elektrik depan rumah terbakar lagi.
Setelah menunggu lebih lima minit barulah saya dapat bercakap dengan petugas di hujung talian. Saya menceritakan masalah, dan petugas berkata: "Kakitangan kita dari pejabat Subang Jaya akan tiba tidak lama lagi..."
Sepuluh minit berlalu, orang TNB tidak tiba. Tunggu lagi sepuluh minit, 'habuk pun tarak', padahal dari Subang Jaya ke rumah saya, waktu malam tanpa kesesakan, patut boleh sampai dalam masa lima minit.
Apabila sejam tiada bantuan, saya sekali lagi menghubungi talian tadi, orang sama menjawab: "Saya sudah beritahu Subang Jaya, dia orang dalam perjalanan..
Akhirnya, setelah sekian lama menunggu, barulah orang TNB tiba, tetapi tidak boleh berbuat apa-apa, sebab mereka datang hanya dengan van kecil, tangga tidak cukup tinggi untuk memanjat wayar di tiang tinggi. Pulak!
Kena menunggu 15 minit baru lori bertangga tinggi tiba. Petugas membaiki wayar yang hangus. Jam 2 lewat malam, setelah lebih 4 jam – kalau terbakar, semua sudah menjadi abu! – barulah bekalan elektrik dipulihkan.
Cadangan saya: Talian kecemasan perlu petugas sebenar, bukan komunikasi menggunakan suara dari mesin. Tidak perlu iklan dan promosi dalam talian. Ketika cemas orang perlukan bantuan, bukan promosi dan propaganda.
TNB perlu pantas jika ada kerosakan. Jangan pantas hanya ketika memotong bekalan apabila pelanggan terlewat membayar bil!
* bil elektrik aku RM310 bulan ni...
Kecoh! TNB Care Line Buat Apa?
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.
Ramai pengguna melahirkan rasa tidak puas hati apabila mendakwa caj elektrik di rumah mereka naik mendadak sejak kebelakangan ini.
Sejak semalam, laman Facebook TNB Careline menjadi sasaran kemarahan orang ramai dan dihujani dengan pelbagai pertanyaan.
Mereka mendakwa bil elektrik melambung tinggi meskipun penggunaan harian daripada peralatan elektrik yang digunakan adalah sama.
Khairul Jazli berkata "Salam, bil elektrik melambung tahap melampau dari RM200 ke RM400 lebih sebulan. Tarif sama dan ini tak masuk akal," ujarnya.
Seorang pengguna Ah Lun Chew pula menunjukkan bil sebanyak RM357.65 yang diterimanya sedangkan beliau hanya tinggal berdua dalam sebuah rumah.
"Dua orang saja satu rumah, pagi kerja malam baru ada rumah. Bil kena RM357.65. Janganlah macam ni, kita pun makan gaji saja. Bayar bil sudah boleh bayar duit rumah satu bulan dah!" bentaknya.
Seorang pengguna Yong Zhuang berkata "Kenapa rumah saya elektrik bil banyak ah? RM110 tau, biasanya rumah saya RM80 ++ saja, mengapa bulan ini bil elektrik macam ini tingggi? Rumah saya tak ada guna pendingin hawa pun macam ini tinggi. Saya tak mahu dengar apa alasan tentang El-Nino, kamu rasa kita bodoh ke?".
"As salam TNB. Apahal bil elektrik saya mendadak naik sejak 2 bulan ni. Rasanya tak ada pun buat penambahan berkenaan dengan elektrik ni. Aircond pun saya pasang malam je, siang memang tak ada orang pakai dan jarang sekali ada orang dekat rumah," kata seorang pengguna lain, Hairey Zoul FZ.
Susulan itu TNB Careline dalam catatan di Facebook mendakwa cuaca panas terik dan kering yang berpanjangan mempengaruhi tabiat penggunaan peralatan elektrik khususnya pendingin hawa.
Katanya, pengguna lebih cenderung menurunkan suhu pendingin hawa pada tahap lebih rendah, meningkatkan kelajuan kipas pendingin hawa dan menggunakannya untuk tempoh lebih lama.
"Untuk makluman, penggunaan elektrik juga boleh meningkat bagi peralatan lama yang tidak diselenggara dengan baik.
"Kesemua faktor ini akan meningkatkan penggunaan elektrik secara mendadak serta memberi kesan ke atas bil elektrik pengguna. Pengguna yang mendapati bilnya meningkat bukan disebabkan faktor-faktor di atas, dinasihatkan untuk menghubungi pejabat TNB yang berhampiran,
Bagaimanapun, penjelasan tersebut masih tidak memuashati orang ramai dan ada antara mereka berkata tidak menggunakan pendingin hawa di rumah.
Suraya Adam berkata "Mengarutlah TNB Careline kenapa sekarang ni dalam masa yang sama serentak kebanyakan pengguna bil api naik?"
"Tak munasabah langsung jawapan dari kamu TNB Careline. Penggunaan saya macam sebelum El-Nino. Rumah batu sentiasa Panas. Kipas yang sama, kelajuan yang sama. Tiada penambahan kipas dan paling penting tiada aircond.. .tapi untuk bulan ni berganda naiknya," kata Ana Aziz.
Sumber :
FB TNB Care Line
Malaysia Kini
"......
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: solehpolysas
Posted on Friday, April 22 @ 12:52:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:
To:
Sent: Saturday, April 23, 2016 7:21 PM
Subject: Fw: Bill Elektrik Melambung Disebabkan El Nino?
Betul Ke Harga Bill Elektrik Melambung Disebabkan Fenomena El Nino? Baca Penjelasan Ini
siakapkeli.my
Sejak beberapa hari ini menjadi bualan ramai di media sosial dan terdengar keluhan ramai orang yang memberitahu cas tarif elektrik yang naik mendadak secara tiba-tida sedangkan penggunaanya sama seperti setiap bulan.
Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui laman Facebooknya TNB Careline dilihat memberitahu tiada sebarang kenaikan tarif.
Sebaliknya pihak TNB mengatakan fenomena El Nino yang menyebabkan cuaca panas melampau menyebabkan bil elektrik meningkat.
Apa kaitan cuaca panas dengan kenaikan mendadak bil elektrik ini? pasti ramai yang hendak tahu apa kaitanya.
Seorang pengguna Facebook bernama Mohd Fikrie Yahya yang dilihat ariff dalam bidang ini telah tampil menceritakan apa kaitan cuaca panas melampau dengan kenaikan tarif elektrik yang mendadak ini sedangkan penggunaan sama seperti bulan sebelumnya.
Jom kita baca.
Ilmu tariff eletrik
Dah heboh di page sana sini bill elektrik meningkat bulan ni. ilmu yang diajar lecturer dan juga tok guru di TNB aku nak turunkan pada semua warga facebook supaya masing2 akan faham. insyaallah bila tak kedekut ilmu kita akan diberi ilmu lebih lagi.
Saya sertakan satu formula elektric, joule's law
H = i^2 x r X t
Dari formula ni, kita dapat tahu haba akan mengubah jumlah arus.
Dalam situasi harian, suhu di dalam sesuatu kediaman boleh memberi kesan pada aliran arus elektrik dalam rumah. elektrik kita tak boleh nampak jadi saya perlu bagi penjelasan kenapa TNB careline bagi keterangan sebab efek el nino.
Contoh mudah:
Peti ais
Dalam cuaca suhu bilik biasa, 27 darjah celcius. satu peti ais akan menggunakan sejumlah unit elektrik untuk mengekalkan suhu di dalam peti ais dari 27 C ke 0 C. untuk mengurangkan suhu sebanyak 1 C, jumlah tenaga diperlukan ialah 4.19 kJ/kg.C.
Cara kiraan mudah, untuk mengurangkan suhu 200ml air dalam peti ais hingga menjadi ais kiub,
200ml = 200gram
0.2kg x (27-0)C x 4.19 = 26.46 kJ tenaga diperlukan untuk tukar air menjadi ais. ini dalam teori sahaja, dari segi praktikal lebih banyak tenaga diperlukan atas beberapa faktor.
Dalam fenomena el nino, suhu persekitaran bukanya 27 C, tetapi ada yang mencecah 36C hingga 40C.
Jadi dalam situasi sama semasa fenomena el nino,
0.2kg x (36-0)C x 4.19 = 30.168kJ tenaga diperlukan.
Dalam situasi biasa, hanya 26.46kJ je diperlukan tapi bila ada je elnino, terus up jadi 30.168kJ. ni dari segi teori...praktikal pulak lebih dari jumlah ni.
Beza suhu sebegini membuatkan peti ais kita bekerja lebih keras dan guna lagi banyak elektrik untuk kekalkan suhu sejuk.
Nak mudah faham lagi, Bukan peti ais sahaja guna kompressor.. air cond juga sama.
Kita dulu kita set 20°.. sekarang tetap tidak berubah 20°.. tetapi disebabkan cuaca panas. Compressor perlu bekerja lebih untuk mencapai tahap suhu 20°.. sama juga dgn peti sejuk.. kita tidak pernah ubah set suhu sejak dari beli. Tapi bila suhu luar naik memdadak.. compressor perlu bekerja lebih.. ini yang kita perlukan terangkan pada pengguna
Wiring dalam rumah juga memberi kesan pada penggunaan elektrik.
Sesetengah kontraktor tidak membahagikan beban elektrik pada pendawaian rumah. ada situasi wiring tambahan tidak ditarik dari DB tapi disambung pada port soket. j
Jika wayar panas disebabkan penggunaan elektrik yang banyak,ia juga bagi kesan bill elektrik meningkat. kontraktor sebegini menipu pelanggan dan tidak pasang wayar ikut spesifikasi suruhanjaya tenaga. ada kes air cond terbakar sebab wayar terlalu panas.
Sebenarnya ramai pengguna kurang faham dgn tariff elektrik. harga seunit makin tinggi bila penggunaan tinggi mengikut blok tariff. Tujuannya adalah utk menggalakkan penjimatan. Jika kWh makin banyak.
Maka harga blok tarif slps itu juga berbeza. Tarif blok ini hanya utk pengguna domestik shj dan tarif domestik ini masih disubsidikan. Pengguna industri dan komersial berbeza. ramai pengguna yg heboh2 kat media sosial ni berlagak macam pandai tapi tariff letrik utk rumah tak boleh faham.
harap lepas ni rakyat malaysia lebih berilmu dan kurang tunding jari salahkan pihak lain..
- Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sat May 7, 2016 8:50 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Tren Elektrik ETS bertembung Dengan Tren Penumpang Di Laluan Kuala Kubu Bharu
siakapkeli.my
KUALA LUMPUR: Tren penumpang KTM dalam perjalanan dari Butterworth ke Kuala Lumpur bertembung dengan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) di laluan Kuala Kubu Bharu Berhampiran Stesen Komuter Batang Kali kira-kira jam 1.48 tengah hari tadi, lapor Harian Metro.
Menurut sumber, kira-kira seramai 510 orang penumpang terjejas telah dipindahkan ke lokasi selamat.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor memaklumkan, insiden itu menyebabkan tiga penumpang cedera ringan.
"Setakat ini pihak kami sedang berusaha membawa keluar lebih 500 penumpang ke lokasi selamat.
"Hanya tiga daripada 13 gerabak terjejas dalam insiden ini," katanya.
Menurut bomba lagi, mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk menerima rawatan.
Berdasarkan kenyataan di Twitter milik KTMB, berlaku kegelinciran tren menyebabkan kemalangan berlaku di mana jadual perjalanan komuter Rawang - Tanjung Malim - Rawang ditutup buat sementara waktu. - Siakapkeli.my
KTMB 03 2267 1200 @ktmkomuter
Kegelinciran tren di KKB.P.Klng>TG.Malim>P.Klng tamat di Rawang.Tiada tren komuter utk Rwg>Tg.Malim>Rwg.Mohon maaf
Tren ETS, Penumpang Bertembung Di Kuala Kubu Bharu
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai
PETALING JAYA: Dua buah tren milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dilapor bertembung di Kuala Kubu Baru dekat sini pada petang Sabtu.
Menurut laporan awal Pasukan Bomba dan Penyelamat, kemalangan itu melibatkan tren penumpang 13 gerabak dari Butterworth dengan perkhidmatan tren elektrik (ETS) dari Kuala Lumpur menghala ke Ipoh di lokasi.
Jelasnya, terdapat 510 penumpang di dalam kedua-dua tren berkenaan ketika kejadian pada pukul 1.38 petang.
Bagaimanapun hanya tiga penumpang yang mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
Penumpang meninggalkan tren yang terlibat dalam kemalangan.
Read more: http://www.kitabantai.info/2016/05/terkini-tren-ets-penumpang-bertembung.html#ixzz47xoYh5nH
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sat May 7, 2016 8:50 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Hijau Diluar, Oren Didalam Tapi Berulat
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.
Hijau di luar, oren di dalam. Rupanya buruk berulat. Memang patut dibuang.
Kredit
Faizul Abas
Pemecatan ahli/pemimpin PAS bukan pelik– Hadi Awang
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.
PETALING JAYA: PAS mempertahan tindakannya memecat pemimpin sebagai bukan satu langkah yang baharu atau pelik untuk dibincangkan.
Ini kerana PAS sememangnya pernah berbuat demikian terhadap seorang anggota Parlimennya kerana menghadiri program anjuran kerajaan Barisan Nasional (BN) yang melibatkan majlis tari-menari.
Oleh itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan tindakan Jawatankuasa Tatatertib PAS memecat keahlian ADUN Salor, Datuk Husam Musa berkuatkuasa 23 April kerana melanggar disiplin parti bukan pelik.
"Ini bukan lagi perkara pelik dan bukan hanya berlaku sekarang. PAS memecat ahli yang melanggar disiplin parti," katanya di hadapan ribuan penduduk tempatan yang hadir pada ceramah di Dataran Jeli malam semalam, lapor Harakah Daily.
Terbaru, pemimpin PAS Husam Musa dipercayai dipecat kerana tindakannya mencabar dan mengkritik PAS termasuk pemimpin PAS.
Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS Dr Sanusi Daeng Mariok berkata tindakan tersebut diambil setelah mempertimbangkan kes ini daripada semua aspek serta mengambil kira kepentingan parti dan perjuangannya.
Mengulas lanjut Hadi berkata PAS sehingga kini telah mempunyai seramai 1.1 juta ahli yang bernaung di 192 kawasan PAS di seluruh negara.
Katanya, rakyat di Jeli hendaklah mengambil tanggungjawab bagi merampas semula tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen Jeli yang terlepas ke tangan BN beberapa penggal sebelum ini.
Sementara itu, Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi berharap rakyat Kelantan bertenang bagi menghadapi situasi terhadap pemecatan Husam.
Dalam majlis itu turut hadir sama Yang Dipertua PAS Jeli Mohd Apandi Mohamad, Naib Yang Dipertua Mohamad Abdul Hamid dan Ketua Penerangan Suply Abdul Razak.
Pecat Husam tindakan berani pulih imej Pas
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.
KOTA BHARU - Keputusan Jawatankuasa Tatatertib Pas memecat Datuk Husam Musa adalah tindakan berani yang berjaya memulihkan imej parti dari diperkotak-katikkan
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, tindakan ini juga satu tamparan kepada pelbagai pihak yang mendakwa Pas tidak akan mengambil tindakan ke atas Husam kerana bimbangkan pengaruhnya.
"Keputusan Pas memecat Husam memang sangat wajar dilakukan kerana terlalu banyak kenyataan dan tindakan yang dibuat olehnya sejak kalah dalam pemilihan parti pada tahun 2015 yang bercanggah dengan tatatertib parti.
"Husam secara terbuka mengkritik Mursyidul Am Pas Datuk Dr Haron Din, selain mendesak Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hasan meletakkan jawatan.
"Begitu juga pelbagai kenyataan dan tindakan lainnya yang bercanggah dengan arahan atau kepentingan parti, khususnya kerana bersekongkol dengan DAP dan Amanah di dalam mengkritik parti," katanya kepada Sinar Harian di sini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Pas, Dr Sanusi Daeng Mariok mengenai pemecatan Husam dari Pas, hari ini.
Menurutnya, apabila tindakan tidak diambil oleh Pas kepada Husam, maka banyak pihak termasuk Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Rahim Abdullah menyebut Pas takut kepada Husam.
Beliau juga berkata, apabila Husam dipecat maka terbuktilah ketegasan Pas di dalam menguruskan parti, bahawa ia tidak takut walaupun kononnya 10 wakil rakyat akan keluar parti jika Husam dipecat.
"Tindakan Pas ini bagus kerana ia adalah satu amaran kepada semua ahli dan pemimpin Pas lain bahawa walau apa pun kedudukan mereka namun mereka tetap akan dikenakan tindakan jika melanggar tatatertib parti.
Bye bye Husam!
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.
"Assalamualaik
Episod Husam yang usang akhirnya ditamatkan.Husam kini dbebaskan sesuai dengan permintaan,Kini dia bebas mengkritik PAS sama seperti kritikan kritikan lain dari pemimpin PAN yang tidak akan dibawa kepada penilaian menaiktarafkan parti.Sesungguhnya tiada yang sedih dengan pemecatannya walaupun ada juga suara suara sedih mengiringi pemergiaan Husam seolah olah pemecatan Husam merupakan satu kerugian besar kepada PAS.PAS sudahpun membuat keputusan mengenai Husam sejak muktamar yang lalu, jadi sebenarnya tiada kehilangan yang dirasai oleh PAS sama seperti pemecatan DHA dulu.Kesan digigit nyamukpun tak ada.
Husam bukanlah personaliti utama dalam imej PAS, bukan juga peneraju kemajuan bersama kerajaan Islam PAS walaupun dia yang paling banyak melalak mendakwa itu dan ini sebagai kelemahan pentabdiran kerajaan PAS serta melakak kerana mendakwa presiden tidak membawa imej presiden yang sapatutnya namun Husam bukanlah imej yang baik untuk PAS.
Kedudukan Husam dalam PAS agak lama dan selesa.Dia mempunyai peluang yang cukup cukup luas untuk memperbaiki diri dan kembali mengikut arus jemaah tanpa perlu melemparkan tuduhan kepada presiden tetapi Husam enggan walaupun dia mengharap PAS tidak akan memecatnya dan berharap Dr Sanusi Daeng Mariok,pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS ,tidak akan mengendalikan kesnya, tetapi Husam terus bersikap bebal, terus dengan sikap mencabar PAS untuk memecatnya.
Akhirnya keputusan dicapai, apa yang dikehendaki Husam diperolehinya, kenapa menyesal dan sedih? Mungkin ada yang mahu melihat Husam menyertai PAN dan ramai juga mahu lihat kelibat ADUN Kelantan yang berhijrah kepada PAN selepas ini.
Ada juga yang perlekehkan PAS kerana kononnya tak berani pecat Husam, dan tapi sekarang kenyataan rasmi sudah keluar, Husam sudah dipecat dan sama samalah kita nilai sama ada PAS berani atau tidak.
Untuk Husam , bye bye, sumbangan anda kepada PAS selama ini kekal sebagai sejarah yang mungkin akan dikaji semula oleh generasi akan datang.
"......
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Posted on Saturday, May 07 @ 06:51:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sat May 7, 2016 8:50 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
bloglist-malaysia.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sat May 7, 2016 8:50 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Haram dan Berdosa Besar Membeli Secara Ansuran di Courts Mammoth
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.
Riba adalah ziyadah atau increment atau excess pada perkara tertentu lebih menjurus kepada terlebih pada sesuatu iaitu
1) Di dalam hutang
Cth: Beri RM1000, minta bayar balik dalam RM1100, maka RM100 adalah riba samada rasa tertindas atau tidak rasa tertindas
2) Bayaran secara bertangguh
Cth: Perlu bayar RM2000 dalam masa 5 bulan, si penghutang tidak membayar dalam jangkamasa tersebut, lalu si penghutang beri tangguh dengan dikenakan syarat dari RM2000 menjadi RM2050 kerana kelewatan membayar. RM50 itu adalah riba
3) Riba dalam pertukaran barang dengan barang, terdapat 6 jenis barang
Cth: Tukar emas lama iaitu 2g dengan emas baru 3g. Jika ada pertambahan/
4) Bayar emas dalam waktu yang bertangguh
Ulama iaitu Umar Al-Khatab menyarankan untuk kita berusaha bersungguh-sungguh untuk memahami riba.
Umar Al-Khatab: "Aku berharap Nabi Muhammad s.a.w tidak meninggalkan kita dalam keadaan kita tidak didedahkan secara terperinci berkenaan dengan 3 perkara iaitu perwarisan harta cucu oleh datuknya, kalaulah (harta si mati yang tidak meninggalkan waris atau mempunyai waris) dan jenis-jenis riba. (Riwayat Al-Bukhari)
Imam Ibn Kathir (ulama yang sohor): " Bab riba adalah bab yang susah untuk difahami"
Imam Abu Hamid Al-Ghazali: "Bab riba adalah bab yang sukar untuk diajari"
Pengajian bab riba adalah tanda keimanan dan ketakwaan yang tinggi kerana kesukarannya untuk memahami, untuk pelajari dan untuk menjauhinya (ada disebut dalam Surah Al-Baqarah)
Di dalam pengajaran riba ada pandangan ekstrem, tasahul (ringan/mudah) dan wasati (seimbang dan equilibirilium)
Cth pandangan wasati: Tidak riba jika penjual menaikkan harga sesuatu barang
Riba dalam bentuk pinjaman
Dalam bahasa arab 2 jenis pinjaman iaitu
Qar, pinjaman dengan bayaran dalam bentuk yang sama. Cth: Duit seringit dengan duit seringit, beras (long grain) dengan beras (long grain yang sama)
I'arah, pinjaman dengan bayaran dalam bentuk yang berbeza, Cth: iPad2 (umur 2 tahun) dengan iPad2 (1 tahun)
Persepakatan ulama silam, pinjaman dalam bentuk Qar atau I'arah jika disyaratkan pembayarannya samada di dalam bentuk berlainan seperti hadiah, melebihi daripada pinjaman permulaannya adalah haram dan RIBA.
Cth dalam konteks semasa,
Pinjaman wang dengan bank konvensional untuk membeli kereta iaitu RM100K, 10 % bayar deposit dan 90% lagi dari 'loan' bank konvensional. Bank kovensional beri pinjam RM100k yang perlu dibayar dalam jangkamasa 5 tahun dengan pertambahan interest iaitu 4%. Maka 4% itu adalah RIBA. Ada yang menggunakan hujah inflasi bagi menerima interest 4% dengan mengatakan harga RM1 pada tahun 2000 adalah berlainan dengan harga RM1 dalam tahun 2012. HUJAH INFLASI TIDAK DITERIMA DI DALAM ISLAM
PEMBELIAN KERETA DENGAN PINJAMAN DARIPADA BANK KOVENSIONAL ADALAH RIBA.
Sesiapa yang mengambil atau memberi RIBA adalah mengisytiharkan perang dengan ALLAH S.A.W dan RASULLAH S.W.T
Rasullah bersabda, dosa sesiapa yang terlibat dengan RIBA, walaupun sebanyak 1 dirham (RM20) bersamaan dengan berzina sebanyak 36 kali. Akibat dosa begini iaitu riba yang tidak disedari antara punca penyebab solat kurang khusyuk, doa tidak diterima, tidak mahu nasihat dsb.
Rasullah juga bersabda, riba boleh datang dalam 72 pintu, yang paling ringan dosanya umpama seorang lelaki berzina dengan ibunya dan untuk perempuan, umpama berzina dengan bapanya.
Pinjaman untuk rumah yang dibuat dengan bank konvensional selain riba terdapat juga GHARAR (penambahan yang tidak tahu berapa nilainya)
Cth: pinjaman RM200k dengan interest 4% dan pertambahan BLR-2.0%. BLR itu adalah gharar dimana nilainya mengikut ekonomi Malaysia yang tidak diketahui dinilainya.
Maka, dosa meminjam duit dengan bank konvensional untuk membeli rumah adalah LEBIH BERDOSA berbanding dengan beli kereta kerana adanya GHARAR.
Kad kredit dengan bank kovensional. Pembelian barang dengan kad kredit konvensional ada tempoh untuk membayarnya (Cth:20 hari). Jika tidak membayarnya akan dikenakan RIBA. Jika membayarnya dalam tempoh tersebut juga adalah RIBA kerana kita menyokong urusniaga dengan bank konvensional iaitu si penjual (merchant) akan memberi sebanyak 2-3% kepada pengeluar kad konvensional.
SOALAN 1: Pinjaman dengan kad kredit konvensional iaitu sebanyak RM3000 dengan 0% interest selama 3 bulan. Selepas 3 bulan, interest akan dikenakan adalah 6.5%. Adakah 6.5% adalah riba?
SOALAN 2: Pembiayaian dengan Bank Islam ada dinamakan keuntungan dengan akad adakah bersamaan dengan pinjaman dengan bank konvensional yang ada perjanjian?
SOALAN 3: Dalam perjanjian pinjaman konvensional jika kita menanda tangani adalah mengiyakan pinjaman tersebut adakah riba?
JAWAPAN: Kad kredit konvensional yang menawarkan pinjaman yang dikenakan 6.5% selepas 3 bulan adalah RIBA. Maka perlulah selesaikan secepat mungkin jika sudah melakukannya samada masih dalam tempoh atau melebihi tempoh pembayaran kerana kita sudah menyokong urusniaga bank konvensional tersebut.
Rasullah bersabda, akan dilaknati orang yang MEMBERI, MENERIMA, menjadi SAKSI dan PENULIS perjanjian urusniaga RIBA
Pembiayaian dengan bank Islam yang mempunyai akad yang ada kontrak dan rukun dan juga apa yang dijualnya adalah berbeza dengan bank konvensional . Si penerima akad tersebut perlu melihat dengan teliti dokumen tersebut sebelum mengiyakan dan menandatangani perjanjian.
Di dalam Fiqh Islam keredhaan dengan sesuatu pada permulaan adalah juga redha pada pengakhirannya. Maka menandatangi perjanjian pinjaman konvensional yang dimana akan dikenakan riba pada masa akan datang, maka pada ketika itu kita terlibat dengan riba.
SOALAN 4: Apa beza BFR (Islamic housing loan) dengan BLR (Conventional housing loan)?
SOALAN 5: Status Amanah Saham Bank Rakyat?
SOALAN 6: Bagaimana kita hendak menghapuskan dosa lepas kerana melakukan riba?
SOALAN 7: Status pinjaman perumahan dengan menggunakan 'goverment loan' ada kaitan dengan riba atau tidak?
SOALAN 8: Pembelian kereta dengan CIMB Islamik dengan akad adakah terlibat dengan riba?
SOALAN 9: Pembelian rumah dengan pinjaman daripada bank konvensional, hendak membeli dengan cash tidak mampu, maka bagaimana dengan pinjaman tersebut dan alternative untuk mengelaknya?
JAWAPAN: Beza antara BFR (Base Financing Rate) dengan BLR (Base Lending Rate). BLR adalah kadar benchmark untuk kadar pinjaman bank konvensional atau kos pinjaman duit. Bank –bank islam tiada pinjaman, hanya ada pembiayaan. Bank-bank islam menggunakan duit yang didapatkan daripada orang ramai untuk membeli asset dan menjual asset kepada pelanggan mereka. Kebanyakkan orang tidak mengetahui mengenai asset yang dibeli kerana tidak membaca kontrak. Walaubagaimanapun kadar BFR dan BLR adalah sama tetapi BFR adalah halal
Perumpamaan BFR adalah: Membuka kedai daging halal lembu Australia di tempat yang tiada kedai daging halal, si penjual daging halal akan meninjau harga daging semasa dan menjual daging dengan harga yang sama dengan daging di kedai daging tidak halal.
Dividen saham Bank Rakyat adalah patuh syariah dan halal
Maksud dalam surah Al-Baqarah ayat 277-278:
Maka apabila datang peringatan tentang dosa-dosa riba, yang terlibat dengan riba hendaklah dengan SEGERA BERHENTI.
Ada 4 perkara hendak hapuskan dosa jahil tentang riba.
Berhenti dengan segera melakukan perkara RIBA
Minta taubat
Banyakkan sedekah
Perbanyakkan bercerita dan ajari tentang riba dan dosa riba kepada orang lain bagi menunjukkan kita bersungguh-sungguh memerangi riba dan menutup kesalahan kita ketika melakukan riba
Pinjaman perumahan bagi kakitangan kerajaan telah ada 2 bentuk iaitu konvensional dan islamik. Orang Islam MESTI mengambil yang islamik. Status pinjaman yang telah dibuat boleh dirujuk pada kontrak pinjaman perumahan. Kontrak islamik dinyatakan tentang BBA (al-Bai' Bithaman Ajil), jika tiada minta untuk ditukar
Status pembelian kereta dengan CIMB Islamik adalah halal
Perumahan tidak perlu beli dengan cash. Islam membenarkan pembelian secara bertangguh tetapi hendaklah dituliskan hutang tersebut bagi mengelakkan kelupaan. Maka pembelian rumah boleh dibeli dengan bayaran bertangguh dimana rumah tersebut dibeli melalui bank, bank akan melakukan transaksi pembelian dengan pemaju dan menjual semula kepada kita dan kita membayar secara bertangguh. Hanya bank-bank islamik sahaja melakukan transaksi begini. Dengan itu cara selamat mengelak riba adalah melakukan pembiayaan rumah atau refinancing dengan bank-bank islamik.
SOALAN 10: Mengadai emas di kedai pajak yang mengenakan bayaran pajakan 1-2%. Jika tidak membayar dalam tempoh tertentu maka emas itu akan diambil oleh kedai pajak. Adakah perkara itu terlibat dengan riba?
JAWAPAN: Gadai emas perlu dipastikan samada Ar-Rahnu atau kedai pajak biasa. Jika kedai pajak biasa, ada RIBA. Jika Ar-Rahnu maka ia adalah patuh syariah.
SOALAN 11: 2 tahun selepas penyerahan rumah dikenakan bayaran lewat. Bolehkah pemaju kenakan denda tersebut dan adakah ianya riba? Bolehkah ditukar term kerpada denda lewat bayar?
JAWAPAN: Term tidak boleh diubah sendiri kerana berkaitan dengan kontrak dengan penjual. DI dalam akta pembangunan perumahan mungkin terdapat klosa-klosa yang mengenakan denda apabila lewat bayar. Maka orang yang membuat akta tersebut dipertanggungjawabk
SOALAN 12: Kenapa bayaran pembiayaian bank –bank Islam lebih mahal berbanding dengan bank-bank konvensional
JAWAPAN: Sebenarnya pembayaran pembiayaian bank-bank islamik adalah murah. Anggapan mahal itu adalah kerana orang ramai tidak mengetahui cara mengiranya. Boleh rujuk di zaharudin.net.
SOALAN 13: Bolehkan duit dividen KWSP digunakan untuk membayar income tax?
JAWAPAN: Perjelasan dari sudut akademik, wang perlaburan KWSP adalah bercampur iaitu halal dan haram. KWSP mengatakan tidak banyak perlaburan halal dapat dilakukan sedangkan duit di dalam simpanan KWSP orang ramai adalah banyak. Maka duit KWSP dilaburkan di tempat patuh syariah dan yang haram. Jika tidak duit itu akan dorman atau beku jika tidak dilaburkan. Maka dividen yang didapati daripada KWSP adalah bercampur iaitu 30% dari sumber halal dan 70% adalah dari sumber haram. Maka 30% dividen bolehlah diambil dan 70% bolehlah didermakan untuk kegunaan umum. Oleh sebab bayaran income tax adalah berbentuk personal maka dividen KWSP tidak boleh digunakan kerana sebahagian besarnya adalah dari sumber yang meragukan. Apa sahaja duit yang HARAM tidak boleh digunakan untuk peribadi tetapi hendaklah disalurkan kepada kegunaan awam dan fakir miskin.
SOALAN 14: Adakah pertandingan memancing yang menawarkan hadiah yang lumayan tetapi dikenakan yuran penyertaan adalah riba?
JAWAPAN: Jika pertandingan memancing mengenakan yuran penyertaan sebanyak RM50 bagi satu peserta. Pemenang hadiah adalah datang dari duit hasil kutipan yuran penyertaan sahaja maka ianya adalah JUDI. Jika hadiah datang dari penajaan sahaja tanpa melibatkan wang penyertaan maka ianya HARUS kerana wang penyertaan digunakan untuk pendaftaran dan hadiah yang diberikan adalah datang dari sponsor, dan pertandingan itu tidak melibatkan zero sum game and game of luck.
SOALAN 15: Pinjaman dengan bank islamik tetapi yang menguruskan pinjaman tersebut adalah orang bukan Islam dan tidak berlaku akad tetapi semua perjanjian telah ditandatangani. Bagaimana dengan status perjanjian tersebut?
SOALAN 16: Membeli rumah tetapi rumah atas nama isteri. Siapakah perlu membayar rumah tersebut samada suami atau isteri?
SOALAN 17: Bagaimana denifinisi keberkatan dalam hasil pendapatan. Adakah berkat itu diukur dengan banyaknya rezeki yang didapati?
JAWAPAN: Tiada pinjaman dalam bank-bank Islam tetapi hanya terdapat PEMBIAYAAN. Pembiayaan islamik tersebut diuruskan oleh orang bukan Islam adalah SAH. TIADA syarat sah jual beli yang mensyaratkan hanya beli dengan orang Islam.
Cth: Pengurusan masjid boleh meminta orang bukan Islam menjual kuih kepada orang Islam asalkan kuih dan cara penjualan adalah halal.
Rasullah s.a.w bersabda " Tidak boleh kamu bersyarikat atau menjadikan partner kamu adalah orang bukan Islam kecuali urusan jual-beli adalah mengikut cara Islam, bermakna orang Islam boleh mengambil pekerja bukan Islam dan pakaiannya adalah seksi. Pihak pengurusan boleh secara beransur-ansur menyuruh orang bukan Islam berpakaian lebih sopan.
Jika rumah atas nama isteri itu dibeli oleh isteri maka si pembayar adalah antara si suami dan si isteri tetapi tanggungjawab menyediakan penginapan adalah di atas bahu si suami maka suami lebih layak membayar kecuali jika si isteri secara ihsan bersetuju membayar dan rumah itu atas nama si isteri. Maka rumah itu adalah hak si isteri, jika si isteri meninggal, si suami tidak mempunyai hak harta pusaka atas rumah tersebut.
Defini keberkatan dalam rezeki tidak semestinya banyak. Berkat itu tidak terletak pada numbers tetapi ianya terletak pada hati seseorang dimana berkat itu apabila merasakan kecukupannya walaupun sedikit dan apabila banyak rezekinya, orang tersebut lebih suka memberinya. Jika orang yang berharta tetapi bakhil dan tidak mengeluarkan zakat maka rezeki itu adalah tidak berkat.
Rasullah s.a.w bersabda, harta yang baik adalah berada pada tangan orang yang baik dimana orang tersebut suka bersedekah dan membayar zakat.
Contoh terbaik untuk melihat keberkatan adalah daripada Rasullah s.a.w, ketika baginda mendapat apa sahaja barang akan bersedekah barang tersebut. Ada hadis mengatakan, ketika rasullah s.a.w wafat, baginda tidak meninggalkan wang dan harta tetapi meninggalkan ilmu.
Keberkatan dalam perniagaan boleh dilihat semakin banyak keuntungan yang didapati semakin taat dan amanah orang tersebut/ pekerja di dalam syarikat tersebut seperti yang berlaku kepada Nabi Muhammad s.a.w dimana baginda sangat amanah dalam urusniaga dan semakin ramai pelanggan kerana akhlak baginda. Jika perniaagaan untung tetapi pekerja semakin banyak menipu, pecah amanah maka ianya tidak berkat.
KESIMPULAN: Tiada alasan untuk tidak tinggalkan riba. Rasullah s.a.w bersabda, " sesiapa yang meninggalkan perkara syubhah maka dia sudah berjaya menjaga maruah dan menegakkan agamanya dan sesiapa yang terlibat dengan syubhah maka dia akan jatuh dalam perkara haram.
Oleh Zaharuddin Abdul Rahman
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sat May 7, 2016 8:51 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Elakkan Berhutang Dengan Courts Mammoth Malaysia
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net
Ramai juga yang minta saya tulis kisah ini, dan berikan pendapat mengenai dakwaan bahawa Courts Mammoth memperdaya pelanggan dengan tawaran pembayaran menarik tetapi sebenarnya merugikan pembeli. Ok, secara jujurnya saya tiada pengalaman sebenar membeli belah di Courts, tetapi saya pernah dua kali berurusan dengan mereka.
Pengalaman Dengan Courts Mammoth Saya dan isteri pernah cuba nak membeli perabut dari Courts Mammoth. Tempahan masa tu dibuat di Courts Mammoth Bukit Mertajam memandangkan di Parit Buntar tiada lagi pasaraya ini ketika itu. Tawaran diberikan memang menarik, apatah lagi ia menyediakan sistem pembayaran yang sekali pandang nampak melegakan poket yang tidak selalunya penuh.
Kami memang teliti melihat cara dan kadar pembayaran yang ditetapkan. Malahan, kami membuat kira-kira samada pembelian itu benar-benar berbaloi atau sekadar kami membeli sesuatu yang merugikan dalam jangkamasa panjang. Setelah agak lama, kami buat keputusan untuk beli satu set perabut yang saya pun dah lupa apa bendanya tu.
Tapi, nak dijadikan cerita. Setelah tempahan dibuat, kami diberitahu bahawa stok perabut yang kami tempah dan beli itu telah habis di gudang. Mereka minta saya dan isteri untuk berikan tempoh masa lebih panjang, tetapi kami ntah macamana menolak tawaran tersebut. Maka, terselamatlah kami dari berhutang dengan Courts Mammoth.
Pengalaman kedua saya dengan Courts Mammoth adalah apabila saya telah menang baucer tunai Courts Mammoth daripada salah satu peraduan yang saya sertai. Memang tidak sangka saya telah menang peraduan tersebut. Kisah pengalaman saya membeli di Courts Mammoth ada saya ceritakan di sini - Kami Dulu Obses Dengan Segala Macam. Ketika itu, Courts Mammoth telah membuka cawangannya di Parit Buntar. Tetapi cawangan itu beroperasi tidak lama. Saya fikir dalam 3 tahun kot. Apa sebab, itu saya tak pasti.
Jadi, setakat dua pengalaman saya ini, secara amnya tiada ada apa yang tidak kena dengan Courts. Tetapi, saya dapati ramai pelanggan dan pembeli yang membeli di Courts telah menyuarakan ketidak-puashatian berkaitan apa yang telah mereka hadapi.
Isu Terhangat Berkaitan Courts Mammoth Isu terhangat mengenai Courts atau Courts Mammoth ini adalah mengenai sistem dan tawaran pembayaran kredit yang diberikan. Sekali baca, sekali tengok, sekali pandang memang nampak menarik dan mengiurkan. Cuba lihat contoh di bawah ini.
Selalunya untuk kempen-kempen tawaran harga terendah Courts Mammoth, anda akan lihat dan dapati bahawa tawaran-tawaran itu 'dibenarkan' jika anda membayar secara ansuran dengan pembayaran sistem kredit mereka iaitu Flexi-Credit. Sistem yang diperkenalkan pula memberikan interest atau faedah yang berbeza-beza mengikut bilangan bulan kadar pembayaran yang anda mahu buat.
Sistem Kredit Courts Mammoth Merugikan Pembeli Sistem kredit ini bukan hanya digunakan oleh Courts Mammoth sahaja, malah banyak lagi kedai dan pasaraya elektrik dan perabut seumpamanya menggunakan sistem yang sama, cuma nama je lain, kadar faedah lain, dan pengurusan kredit itu juga lain. Tapi sistem kreditnya, pada dasar dan asas adalah sama.
Sistem hutang memang merugikan, dalam apa jua pembelian sekalipun. Kita beli minyak petrol contohnya, dengan kad kredit, kita rugi sebab kena bayar caj kad kredit. Jika lambat bayar, kita akan kenda denda lewat atau caj tambahan.
Elakkan berhutang dengan Courts Mammoth jika anda tidak mahu terperangkap dengan masalah kewangan di masa akan datang. Eloklah bayar secara tunai, walaupun ada kes bilamana Courts Mammoth seperti bertangguh dan kurang memberikan priority kepada pembelian secara tunai ini.
Perkongsian Cerita Dari Bekas Pelanggan dan Pembeli Courts Mammoth Namun, ini bukan hanya isunya. Ada isu lain juga berkaitan pembelian di Courts Mammoth ini. Seorang rakan blogger telah berkongsi pengalaman membeli barangan di Courts Mammoth. Kisah ini ditulis dan diterbitkan sekitar tahun 2013; dan kejadian atau kisah yang diceritakan pula berlaku pada tahun 2010.
Bapa aku ada membeli barangan Courts yang berjumlah hampir RM2,2**.00 tahun 2010. Aku pun tak tau ape yang menyebabkan ayah boleh terjebak membeli barangan Courts ni. Mungkin disebabkan dulu tempat kerja dia dekat dengan kedai Courts ni. Dan yang pasti tindakan tu adalah salah sama sekali tapi apakan dayaku masa itu, hanya mampu berkata tidak. Masa tu ayah masih berkemampuan dan sihat..
Barangan dia aku rasa barangan reject kot, sebab tak sampai 3 bulan macam-macam rosak. Bila mintak service baikpulih dia suruh hantar sendiri lah, nanti lah dia hantar orang. Yang paling best dah sampai depan umah dia taknak pun amik barang, lagi aku tak faham..
Aku dan family berbincang nak settle kan bayaran Courts memandangkan, ayah dah sakit dan tidak lagi berkerja. Bila aku tengok balik transaksi faedah dia berjumlah lebih RM 4,000.00. Total bayaran ikut agreement RM 6,318.85. Gulp.. T_T Tu belum dia caj ko, bayaran collecter ke denda ke dan ape ape lah. - Selanjutnya ....
Pengalaman Courts Mammoth
sha-hafiz.blogspot
Posted by SSA
Hurmmm..
Ada sesiapa yang pernah beli barangan Courts?
Aku rasa mesti ramaikan dan aku percaya ramai yang membeli secara ansuran..
Aku rasa pembelian di Courts ni cekik darah, nak mamp.
Tapi aku tak boleh nak salahkan si penjual tapi si pembeli yang tidak bijak dalam membeli. Atau bodoh..
Al kisah ni bukan aku lah yang beli. Aku dah terdidik dengan cara ibu aku, no money no talk. Kalau rasa setakat nak beli barangan RM2000 ke bawah adalah lebih baik menabung dari berhutang. Bersusah dahulu takpe, yang penting kita dan keluarga kita tak susah kemudian..
Bapa aku ada membeli barangan Courts yang berjumlah hampir RM2,2**.00 tahun 2010.
Aku pun tak tau ape yang menyebabkan ayah boleh terjebak membeli barangan Courts ni.
Mungkin disebabkan dulu tempat kerja dia dekat dengan kedai Courts ni.
Dan yang pasti tindakan tu adalah salah sama sekali tapi apakan dayaku masa itu, hanya mampu berkata tidak.
Masa tu ayah masih berkemampuan dan sihat..
Barangan dia aku rasa barangan reject kot, sebab tak sampai 3 bulan macam-macam rosak. Bila mintak service baikpulih dia suruh hantar sendiri lah, nanti lah dia hantar orang. Yang paling best dah sampai depan umah dia taknak pun amik barang, lagi aku tak faham..
Aku dan family berbincang nak settle kan bayaran Courts memandangkan, ayah dah sakit dan tidak lagi berkerja.
Bila aku tengok balik transaksi faedah dia berjumlah lebih RM 4,000.00.
Total bayaran ikut agreement RM 6,318.85. Gulp.. T_T
Tu belum dia caj ko, bayaran collecter ke denda ke dan ape ape lah..
Hurmmm.. Allah murahkan lagi rezeki ku, ibu ku dan ahli keluargaku.
Gigih gak la nak settlekan bayaran Courts tu.
Alhamdulillah settle. Terima kasih Allah dengan rezeki yang datang..
Note kat sini, aku bukan nak story tentang duit tu tapi nak story tentang bahaya pembelian secara hutang di Courts.
Dan aku juga percaya sebahagian nya adalah kaum aku M dan aku harap korang-korang berfikir dengan lebih dalam dan cari dulu maklumat dan tanya lah dulu kepada yang telah terlebih dahulu membeli di Courts. Aku bukan tak bagi tapi aku nak ko berfikir je dengan lebih dalam. Tapi buat keluarga aku, dah dah cakap awal-awal "AKU HARAM KAN KORANG JEJAK KAKI KAT COURTS"..
Kepada korang-korang jugak, aku nasihatkan jangan sesekali jadi penjamin atau nama rujukan (refer) kat mereka-mereka yang nak membeli di Courts. Atau lebih baik aku cakap, untuk ape sahaja. Korang faham kan maksud aku, kalau si pembeli tak dapat dihubungi dia cari si perujuk. Kesian kat perujuk tu nanti akan macam-macam dia buat. Walaupun korang bukanlah penjamin, sekadar perujuk. Ape yang aku boleh cakap, cara diaorang sama je dengan Along. Nak angkat barangla, nak sita la. Tapi kalau korang dah terkena korang kena tahu hak korang, kena bijak dan jangan cepat gelabah ye..
Nak story banyak sebenarnya, sebab aku banyak cari rujukan dan pengalaman orang kat Google. Tapi baik korang refer kat mana forum-forum yang ada membincangkan hal ni. Kalau korang nak tau lebih lagi Google ye. Aku sekadar berkongsi sedikit info supaya takde kamu kamu kamu kamu terkena seperti mana aku..
Posted by SSA
Ok. Itu satu cerita. Saya nak kongsikan lagi satu kisah yang diambil dari sebuah blog yang lain pula. Sebuah cerita pengalaman membeli juga, dan beli pakai hutang dengan Courts Mammoth.
Kitorang pun gie lah courts mammoth kat DAMANSARA sebelah IKEA. survey punya survey ...tak jumpa pulak tv yang kitorang nak...then sambung pi cari TV kat courts mammoth PJ. at last jumpa jugak TV yang kitorang nak beli..SAMSUNG 5 series 42 inch! Mula2 ingatkan nak beli 32 inch je, pastu tak jadi. Husband aku cakap alang2 beli besar terus je lah baru puas main game KATANYEEE..! Then kitorang tanya lah staff courts mammoth kat situ, nama dia Faizal kalau tak silap aku lah...boleh buat installment without credit card ke tak? Then dia cakap boleh...pastu aku tanya dokumen yang diperlukan. dia cakap "PHOTOSTAT IC & PAYSLIP SEBULAN JE"..hah! kan senang. tak payah nak banyak sangat dokumen. So, tanpa berfikir panjang & berbincang, both of us terus setuju & GRAB! Staff tu cakap "kita masukkan data u dalam computer dulu. Payslip bagi kemudian".. Aku pun apaaaa lagi...senyum lebarrr lahhhhh ingatkan dah boleh angkut terus TV tu balik rumah. rupanya tak. Dia cakap lebih kurang dalam seminggu kemudian baru diorang hantar.Lagi cepat aku bagi payslip lagi cepat lah diorang hantar.
Pastu, bila dia dah masukkan data aku ke dalam computer tu..Tetibe, dia suruh aku sign kat satu agreement ni..TERMS & POLICY. Selalunya jarang orang nak baca TERMS & POLICY yang panjang lebar tu kan.? Aku pun terus sign. Ish! silap aku gak time tu. main terus sign je...Pastu husband aku tanya pasal free gift... Yelah, kata beli TV besar dan mahal kan. RM4500 gituww...takkan takde free gift kut. Pastu mamat tu cakap ada. "Kita bagi HDMI cable free. tapi kita hantar skali ngan TV nanti" Husband aku suka lah tu bila dengar dapat free HDMI cable. Boleh main game!
Then bila dah gerak balik rumah tu, aku baru terperasan kat agreement tu.
Agreement loan 3 years.
TV : RM4,500.00
Interest : RM 2,710.20
Insurance : RM 119.00 (cover untuk setahun je)
Delivery : RM 49.00
Another charges lebih kurang RM700 ++ aku tak ingat ape..
TOTAL : RM8,126.20 !!- Selanjutnya ....
KENAPA PIHAK BERWAJIB TAK SIASAT COURTH MAMMOTH NI EK..
headbomb.blogspot
Dicatat oleh headbomb
kenapa aku kata macam tu.. sebab banyak kes yang kata court mammoth ini macam ah long terancang.. gile sadis dia punya interest beb.. dan cara ugutan mereka boleh buat orang rasa nak bakar je office court ni.. aku nak tanya di mana pihak berwajib sebab yang ramai terkena adalah orang kita orang melayu.. bayangkan lambat bayar sebulan pun mereka ugut macam kita ni ada sangkut bayar berbulan-bulan.. kurang ajor.. so meh baca kes ini.. hehe.. ramai rasanya terkena dengan jibraun pun ah long court mammoth ni..
ah long berlesen dan teragung, tiada siapa berani kacau...
ini ceritanya, dan ramai di luar sana memang dah kena dah cara samseng cara ah long yang court mammoth ni buat...
Tau kenape? Haa.. ni aku nak share sikit pengalaman aku masa beli barang kat courts mammoth. Dah lah penipu. Interest melampau2! Kalau ko bayar lambat je, dia charge interest. Dah macam bank kan?
Tahun 2008, bulan 11 kalau tak silap aku...masa tu aku ngan husband aku pi cari tv..coz TV kitorang time tu dah rosak. Kena sambar petir kut..aku rasalah..coz masa kitorang nak switch on TV tu tetibe TV tu macam tak boleh nak on. Masa time tu, kitorang still pakai TV kotak lagi.. 21 inci..TV tu bapak aku beli masa aku bujang lagi. Jadi buat ape nak beli TV besar2 kan. Zaman tu TV LCD baru2 nak famous & baru keluar... Aku ngan husband aku pun pergilah survey TV...Jalan2 gi cari TV...Hmm..cash tak cukup pulak..Kang bila pakai duit cash, nanti takde duit pulak nak survive kan? So we decide nak buat loan installment memandangkan aku punya credit card pun dah OVER THE LIMIT...
Kitorang pun JALAN-JALAN CARI TV....Kitorang pergi lah survey kat semua kedai peralatan elektrik HARVEY NORMAN, BEST, Jalan Pasar,.Kedai Ah Meng, Kedai Ah Chong, Kedai AH LONG, hUH? AH LONG? hehe dan kedai etc etc...dari KL pusing patah balik ke KL....Semua tempat lah kitorang survey...tapi hampa..takde satu kedai pun accept installment.Semua accept credit card & cash sahaja...
Pastu tiba2 kitorang baru terfikir nak cari kat SENG Q...Haaa! SENG Q! Kitorang gi lah SENG Q.. Kitorang g lah survey TV dulu...then kitorang tanya staff dia, ada buat installment ke tak.. Staff dia cakap ada..tapi kena pakai AEON installment (tapi bukan credit card tau). pastu aku tanya lah dia dokumen yang diperlukan. Pastu dia cakap ;
Photostat IC
Payslip 2 bulan
EPF Statement
EA Statement (Pendapatan Tahunan)
Salinan buku bank cover depan
Bank statement 2 bulan <- lebih kurang macam penyata ringkas la..tapi dia nak yang 2 bulan punya.
Naaahhhhhh...kau! Nak sangat buat installment kan....pastu aku ngan husband aku pun fikir dua kali.. Nak ke tak? Nak ke tak? Hmm..nanti dulu lah kut..Bukan ape, dokumen yang dia mintak tu macam lecehh & malas pulak aku nak sediakan. Pastu kitorang blah dari situ....Then baru terfikir nak gie courts mammoth...
Kitorang pun gie lah courts mammoth kat DAMANSARA sebelah IKEA. survey punya survey ...tak jumpa pulak tv yang kitorang nak...then sambung pi cari TV kat courts mammoth PJ. at last jumpa jugak TV yang kitorang nak beli..SAMSUNG 5 series 42 inch! Mula2 ingatkan nak beli 32 inch je, pastu tak jadi. Husband aku cakap alang2 beli besar terus je lah baru puas main game KATANYEEE..! Then kitorang tanya lah staff courts mammoth kat situ, nama dia Faizal kalau tak silap aku lah...boleh buat installment without credit card ke tak? Then dia cakap boleh...pastu aku tanya dokumen yang diperlukan. dia cakap "PHOTOSTAT IC & PAYSLIP SEBULAN JE"..hah! kan senang. tak payah nak banyak sangat dokumen. So, tanpa berfikir panjang & berbincang, both of us terus setuju & GRAB! Staff tu cakap "kita masukkan data u dalam computer dulu. Payslip bagi kemudian".. Aku pun apaaaa lagi...senyum lebarrr lahhhhh ingatkan dah boleh angkut terus TV tu balik rumah. rupanya tak. Dia cakap lebih kurang dalam seminggu kemudian baru diorang hantar.Lagi cepat aku bagi payslip lagi cepat lah diorang hantar.
Pastu, bila dia dah masukkan data aku ke dalam computer tu..Tetibe, dia suruh aku sign kat satu agreement ni..TERMS & POLICY. Selalunya jarang orang nak baca TERMS & POLICY yang panjang lebar tu kan.? Aku pun terus sign. Ish! silap aku gak time tu. main terus sign je...Pastu husband aku tanya pasal free gift... Yelah, kata beli TV besar dan mahal kan. RM4500 gituww...takkan takde free gift kut. Pastu mamat tu cakap ada. "Kita bagi HDMI cable free. tapi kita hantar skali ngan TV nanti" Husband aku suka lah tu bila dengar dapat free HDMI cable. Boleh main game!
Then bila dah gerak balik rumah tu, aku baru terperasan kat agreement tu.
Agreement loan 3 years.
TV : RM4,500.00
Interest : RM 2,710.20
Insurance : RM 119.00 (cover untuk setahun je)
Delivery : RM 49.00
Another charges lebih kurang RM700 ++ aku tak ingat ape..
TOTAL : RM8,126.20 !!
haa??? Gila dia punya charge sampai dua kali ganda! Boleh beli dua bijik TV!! Kalau aku tau aku beli kat SENG Q je! SENG Q interest dia baru je RM500. ye lah .. walaupun ada interest tapi takde lah melampau2 macam courts mammoth kan...? Dua kali ganda tuuuu....
Sekarang dah masuk 2 tahun lebih kitorang pakai TV tu..Lagi 3 bulan dah nak habis bayar..Adalah lebih kurang RM 684.13 lagi balance. Kalau ikutkan TV tu kitorang dah habis bayar & dah menjadi hak milik kitorang! tapi sekarang ni tinggal nak bayar balance interest je. Sialan punya courts Mammoth! Masa diorang hantar TV tu janji nak bagi HDMI cable..tapi hampeh! takde..aku tak puas hati, aku gie lah jumpa staff dia si Faizal tu.. Boleh pulak dia buat2 tak ingat aku..padahal baru minggu lepas aku beli tv tu. Ramai sangat ke customer ko kena layan sampai ko tak ingat muka customer.? Kalau dah dua tahun kemudian baru aku nak tuntut HDMI cable tu logik gak dia tak ingat aku kan? pastu aku gie lah tanya dia, "Saya ngan suami saya g beli TV samsung ari tu. awak janji nak bagi free gift HDMI cable. tapi masa diorang hantar hari tu diorang cakap takde & diorang tak tau pasal tu. diorang cuma deliver je." pastu dia boleh jawab ape ko tau " Owhhh yang HDMI cable tu memang dah lama takde stock." <--ko tak bengang dia cakap macam tu? kepala hotak dia takde stock! kalau dah tau takde stock tak yah lah janji ngan customer ada free gift kan? kitorang bukannya nak sangat free gift tu. coz husband aku just tanya je..Kalau ade FREE GIFT..ade lah..kalau courts kedekut nak bagi free gift nak buat cam mana. Terpaksalah kitorang beli HDMI cable tu sendiri. Aku terus blah dari tempat tu. nyampah. Started from that day aku benci gila kat courts mammoth.
2 bulan lepas diorang ada call suruh bayar installment yang tertunggak RM340.00 coz masa tu kitorang ada financial problem skit tak leh nak bayar. Pastu yang tak bestnya staff dia call time tengah2 bulan. dia cakap " Puan sila bayar hari ni dalam pukul 12." pastu aku cakap lah " Saya takde duit lah sekarang. masa gaji 25hb nanti saya bayar boleh tak? ".. " Tak boleh puan. nanti kalau puan bayar lambat kita akan charge interest." hm..lantak kau lah. aku pun terus letak phone. malas nak layan...pastu bila dah lepas solat jumaat tu.Aku receive SMS dari courts mammoth. " Kami tidak menerima sebarang bayaran dari pihak anda. Sila jelaskan bayaran anda sebelum jam 5.00 petang. Jika anda gagal membuat bayaran, pegawai kami akan datang ke rumah anda untuk mengutip bayaran." <--wohhhh dah macam AHLONG lah pulak. baca seterusnya di sini klik
LEPAS BACA KORANG SEBAR2KAN.. KASI AJAR SAMA AH LONG BIADAB INI
Dicatat oleh headbomb
Ok. Rasanya dua cerita ini sudah cukup kot untuk anda semua faham mengenai pembelian secara berhutang itu merugikan pembeli. Bukan hanya membeli di Courts Mammoth sahaja, malah di mana-mana kedai yang seumpamanya.
Jalan Penyelesaian Isu Hutang Dengan Courts Mammoth Nasihat terbaik yang boleh saya berikan ialah, elakkan berhutang. Dan jika tak boleh nak elak juga, baca terma dan syarat yang diberikan. Kenalpasti dengan teliti jumlah anda perlu bayar samada secara bulanan, tahunan dan akhir sekali jumlah yang sebenar anda bayar dengan interest dan caj lain jika ada.
Mungkin ada rakan dan pembaca yang telah mungkin terlanjur dengan pembelian di Courts Mammoth, dan kemudian hadapi masalah membayar. Kemudian, didatangkan dengan masalah pengutip hutang (syarikat lain atau pejabat guaman) yang desak anda untuk langsaikan hutang kredit Courts Mammoth; ada jalan penyelesaian kepada isu ini.
[Ads] Ketahui cara nak handle agen pengutip hutang - Download Ebook Ini Sekarang!
Ok. Pertama sekali, seandainya anda dihubungi dengan permasalahan kutipan hutang oleh agen yang dilantik oleh peguam Court Mammoth, saya nasihatkan anda untuk hubungi pihak kredit Courts Mammoth sendiri untuk penjelasan. Anda juga boleh hubungi peguam yang dilantik oleh pihak Courts Mammoth untuk butiran hutang tertunggak. Terutama sekali untuk kes-kes di mana anda sebagai penjamin atau rujukan oleh peminjam (yang selalunya dari orang yang kita kenal contohnya adik beradik dan sedara mara).
Kedua, mohon pertimbangan dari pihak Courts Mammoth untuk menyelidik masalah kredit anda dan cuba dapatkan penyelesaian. Lagipun, nama hutang pun FlexiCredit; takkan tak ada tolak ansur kot? Disarankan anda bertemu pegawai kredit/hutang dan pergi ke cawangan Courts Mammoth yang dinyatakan dalam pembiayaan pembelian.
Namun, seandainya gagal dan anda merasakan ada agen kutipan hutang Courts Mammoth mendesak dan bertindak sehingga dirasakan satu ugutan telah dilakukan, anda boleh mengemukakan laporan kepada pihak polis. Selain itu, anda juga boleh membawa isu ini ke bahagian tribunal pengguna untuk disiasat dan diperincikan. Untuk membawa kes ke bahagian tribunal pengguna, anda mestilah menjadi pembeli dan bukan sebagai perujuk (rujukan) atau penjamin.
Cara Membuat Aduan Pengguna Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,
Aras 5, Podium 2,
No. 13, Persiaran Perdana,Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya.
Toll Free : 1-800-88-9811
Telephone No. : 03-8882 5822
E-Tribunal
Anda juga boleh kemukakan aduan jika dirasakan teraniya dengan sistem hutang Courts Mammoth kepada National Consumer Complaint Centre (NCCC). Aduan boleh dilakukan secara online di sini - E-Aduan NCCC
Orait? Faham? Saya dah sampaikan motif saya iaitu elakkan berhutang dengan Courts Mammoth Malaysia. Saya tak minta anda untuk tidak membeli atau boikot pasaraya Courts ini; cuma anda sebagai pengguna seperti saya perlu berhati-hati supaya tidak terjebak di dalam kancah yang kelak akan merugikan kita.
Sebagai kali akhir, saya nak kongsikan satu kisah yang mana mangsa terlibat iaitu Puan Oya Noraini yang menjadi penjamin atau rujukan tanpa diketahui telah didatangi masalah seperti yang saya ceritakan di atas. Kisah Puan Oya Noraini ini telahpun diselesaikan dengan cara yang baik, walaupun ambil masa dan menghadapi banyak kekangan.
Apapun semoga ia dapat menjadi pengajaran berguna buat semua.
Untuk kisah lengkap cerita dan penyelesaian kepada masalah Puan Oya Noraini ini, anda boleh ikuti di sini - https://www.facebook.com/groups/787953661237699/
Boleh juga baca ini - Sila Berhati Hati Dengan Tawaran Jualan
Sila Berhati-Hati Dengan Tawaran Jualan Murah Courts Mammoth...Ramai Yang Dah Terkena!
billyinfo.blogspot
Posted by BillyNain
Pernah dengar iklan berbunyi seperti ini; 'Tawaran Separuh Harga Courts Mammoth, Pakai Dulu Bayar kemudian', 'Tawaran Hebat Aidilfitri, Diskaun Sehingga 70% dengan cashback sehingga RM 5000!'. Siapa yang tak tergiur bukan bila mendengar tawaran 'hebat' seperti ini? Maka ramailah diantara kita (terutamanya orang Melayu, sadly!) yang berpusu-pusu serbu Courts Mammoth semata-mata 'buta' dengan tawaran murah ini.
Malangnya, tawaran harga murah ini hanya sah sekiranya anda membeli dengan cara berhutang (Flexi credit) dan bukannya secara tunai. Disinilah taktiknya yang menyebabkan ramai orang terperangkap. Bahkan dengan tawaran murah seperti yang dicanangkan, pembeli berkemungkinan perlu membayar sehingga berkali-kali ganda daripada harga asal (sekiranya dibeli secara tunai).
Sebab banyak kes yang kata Court Mammoth ini macam ah long terancang.. gila sadis dia punya interest dan cara ugutan mereka boleh buat orang rasa nak bakar je office court ni..dan ramai yang terkena adalah orang kita orang melayu.. bayangkan lambat bayar sebulan pun mereka ugut macam kita ini ada sangkut bayar berbulan-bulan!
Berikut beberapa kisah yang dikutip dari forum dan blog yang membuktikan ramai yang dah jadi mangsa:
Kisah 1:
tp ni cite bukan lah barang rumah, tp tertipu ngan iklan dalam paper metro last weekend (12hb July, Sabtu). tgk dlm tu promosi 5 unit kamera EOS1100D dengan harga 50% diskaun, jadi dlm RM849 jer.. sape yg takmo kan.. aku pun tgh mencari, so kul 5 sengah dari putrajaya nih, gigih nak cecah sri damansara (sale ni sempena pra pembukaan) so dengan puasa bagai, berjaya sampai dalam kul 7 (time tu sessi utk Telefon S4 pun separuh harga). then beraturlah dengan gigih, wakilkan isteri sbb saya nak tanya wakil jual dia habis2 sbb takmo buang masa lah kan.. nak berbuka lagi karang.. one of the manager tetiba kata wife tak yah beratur amik voucer (5 voucer je utk 5 pelanggan bertuah KONONye) so blh skip queue dan jumpa wakil jualan dia.
Alih2 model lain pula yg dipromosikan, EOS60D (spek tinggi lagi dari EOS1100D, harga pun lagi tinggi lah) tapi ditawarkan pada harga RM999.. (harga asal RM2099 camtulah kalu tak silap).. sape takmo kan? so dia kata kena buat Flexi Credit 60 bulan.. ok fine. aku nak pengiraan terperinci dulu (sbb ingat nak amik, dlm bulan ni dpt duit sket aku akan bayar lumpsum bulan ni jugak) sekali bila dia bagi calculation sebenar, terkejut aku!
aku takde lah terkejut beruk, sbb dulu (10 tahun lepas) mmg penah beli barang ngan Courts ni, beli peti ais yg rege seribu lebih jadi 3 ribu lebih sbb banyar insurans peti ais tu..
so kamera tu dah jadi RM3348 lepas kira semualah, bayaran ansuran utk 60 bulan (5 tahun). giler untung seribu lebih kat situ, tp berkira nak betul2 jual 5 unit kamera untuk pelanggan yang terawal? haram betul. baik aku beli guna kad kredit jer :P saje lah datang tengok, kot2 mmg betul murah kan.. terkena aku. RM3348 tu bayaran kalu nak lumpsum. tak kira ko beli hari ni, esok bayar habis, ttp kena bayar jumlah tu. Ok this is the best part, nak tahu berapa harga total kamera tu kalu bayar ikut rege RM2099? dlm RM8k. Bongok lah. tobat aku tak caya dah. Keep sharing supaya takde org terkena. Dan nasihat aku, tak yah lah amik walau camne terdesak ko nak sesuatu barang tu, ko akan jadi lebih terdesak lagi bila nak bayo nyer. cayelah.. bace jelah pengalaman peribadi yg ada kat sini. Aku percaya semua kisah benar, bukan rekaan.
Kisah 2:
baru2 ni my sis kol i ktanya courts mamoth kol dia pasal hutang x hbs byr.. itupon dah lame.. thn 2005... my sis da byr lump sum.. tp dorang x rekodkn kot. tu yang bru2 ni dorang kol blk. org kol kutip hutang tu pon mmg kurang ajr. dia kta kt akk i.. lau btol da hb byr... bwk jumpa diresitny. giler ape.. mne ade simpn lg lau resit tu thn 2005 dlu. sblom dikol akak i... dia da kol Yah mertuanya... abg iparnye... then bru kol my sis.. pastu siap suh my sis byr 7k tu dlm masa 2hri. lau x... akn dpt surat dr mhkmh utk hadir perbicaraan. org kmpung.. xtaw ape2.. menggelabah la my sis. then i lak bantai kol org tu blk. kebetulan i pon kje kt lawyer firm.. so i bntai la hbs2.. sblom dia nk saman...i kta pihak kami ley saman u dlu coz u da bcerita kpd third party. n xde kes bankrup or naik mahkamah selagi x dpt LOD lettrr dr pihak u. tros trdiam bdk tu. i kta.. lps ni.. lau ade pape... xyah kol akk i.. kol i. n smpai la ni.. lngsung xde berita pape dr dorang. yg kol tu sbnrnye agency mintak hutang je... courts sub kt cmpny lain. n dorang mtk byr sblm hjung bln supaya dorang dpt komisen utk bln tu. tp seriously... courts mamoth punya pemungut hutang... mmg kurang ajar. xde budi ahasa lngsung. tp lau trkena buku ngn ruas..bru dorang akn slowtalk...
Kisah 3:
Ehemm....ni hal aku plak...thun 2011 order tv lcd 37inci hrga rm1799 kbinet tv rm999 bla mreka dh kra2 smua cas ini cas itu bla3....total yg aku prlu byr dlm 5taon yalah rm9k lbihhhhh.....cam kez korng jgk la bla lmbt byr 1 hari je dh kcoh siap main ugut2..hntr sms mcm sial..last2 aku hlang sbr dlm taun 2012 1 jun diaorng tarik tv tu tpi sya tkde kt umh yg ada tnggl abg srng je..kbnet tv diaorng tak trik...pelik....dlm mnggu ni lawyer dia kol aku nk smn aku bla3....bnyk lgi la yg prlu dcrita mls aku nk tlis pnjng2 dlm ini... saat ini sya msih tggu brita lawyer dri courts...aku tunggguuuu..... agi idup agi ngelaban ko iban!
Kisah 4:
As salam....pada kengkawan sekalian....ini kisah saya dgn CM ni....adik saya penah beli barang di CM ni dalam 8 tahun lepas....sofa ajer....guna nama saya sbg penjamin....selepas beberapa hari ada masalah pd sofa ni....(rosak sbb tak berkualiti) sy buat aduan....dan mereka janji akan dtg...tunggu punya tunggu sudah masuk 5 bulan tk dtg2....call dah byk kali....bayar tak penah miss sebulan pon......kebetulan dia ditukarkn berkeja dr jb ke kl.....so adalah termiss sebulan.....pastu CM ni call suruh byr sambil nada kurang ajar....adik sy bengang sbb kerosakn taknak tanggungjwb....tak byr plak tau nk bising2......selepas tu dia suruh sy pulangkn.....jadi sy call CM suruh amik brg.....pon brbulan jugak tak dtg.....selepas 6 bulan br dtg....jadi masa pemulangan tu pegawai dia kata slps pulang kira dah settle.....so dia bg resit pemulangan.....selepas 6 tahun barua diaorg (lawyer) call sambil berckp kasar "kalu dah tahu hutang tu byrla....takkan nk bwak kekubur"....sy ingin jelaskan disini...org melayu bukan bodoh.....dan bukan tak mampu.....tapi memilih perkhidmatan yang mudah untuk mereka dapatkn......kalu tak mampu pon janganlah perdaya org, ambil kesempatan, menipu, mengugut org melayu......kebanyakkn org meminjam ni org baru nak hidup dan berumah tangga......mmgla takde duit sgt....tapi bukanla bangsat sgt sampai taknak byr.....CM tu sengaja melewat pengambilan brg sbb nak charge lebih.......ini cara mereka meniaga......menipu....mengenakan org.....org melayu ni mmg takde duit...tapi berbudi bahasa.....kalu setakat tak bayar satu dua hari tak pelu memaki org.....org melayu ni islam ttp akan byr hutang.....tapi servis kalu tak bgus...brg dah di pulang madih nk mintang utang.....namanya penyamun......mari kita semua boikot CM ni......mana2 barua CM dlm blog ni kita doakn semoga dia tak jatuh miskin....amin
Kisah 5:
Courts mammoth mmg cekik drh..htang brg blh jd 3 kali ganda...bli rm1k jd rm3k...mcm mna nk report psl courts ni haaa..???..hairan dh lma courts ni cekik drh tp x dk spa2 yg siasat...agknya nk kna msuk paper or tv bru diorng siasat..stakat brckp dlm ni mmg x de mkna la...sbgai rkyat mlysia kita ada hak brtndak utk tdk ditndas..tp skrg nmpknya smua brdiam diri dan trus mnjdi mngsa courts..spe yg untung???..yg ssh brtmbh ssh yg sng lg la brtmbh2 sng...mmg la klu x de duit x pyh nk brhtng tp klu x brhtng mmg x de nmpknya brg..at least bila kta byr ansuran lma2 brg jd hak milik kta..tp klu dh brgnda2 mcm courts ni mmg cekik drh..kita ni manusia mmg sntiasa ada keinginan..nk kumpul then pegi bli cash?ckp mmg sng bg yg brduit, bg yg golongan sderhana plk ssh nk kumpul2 ni, bru ja start kumpul ada emrgncy lain plk...so trpksa lh gna duit yg dkumpul tu..at least bla kita buat ansuran kurnglh beban skit..brg pn nmpk..cma cra courts mmg ktrlaluan..and please pda pihak2 yg brtnggjwb..siasat cra bisnes courts ni..knapa prlu mmbyr smpai 3x gnda...ckup2 lh mkn untung skadar yg prlu.....
Kisah 6:
Saya pun ada beli aircond 2 biji dlm tahun 2010.. Tp saya rasa pelik sb saya kena byr RM6890..selepas seminggu saya buat instalment, sy cadang nk bayar sebiji aircond bg ringankan beban tp lepas mintak statmnt settlmnt, pekerja court kata saya kene bayar lebih kurang 5k, makin cpt nk setel makin byk die cas.. Pekerja tu suggest spy saya teruskan bayar bulanan.. Oleh kerana ada sedikit financial poblem, saya tetap byr tp tidak sepenuh amaun.. Pada awal januari, pekerja courts call dan buat ugutan dan sehingga dtg ke rumah menghantar surat utk tarik semula brgn dan beri tempoh 3 hari.. Saya mintak statmnt dan apa yg memeranjatkan saya terdpt byk amaoun yg di key in
31/3-rm3534
1/4 - rm2200
1/4 - rm1200
Semua kenyataan delivery..
Saya cuba buat kira2 sendiri berdasarkan harga aircond LG pd thn 2010
1hp-970
1.5hp- 1250
Jumlah =??? sekiranya interest 24% sethn x 3 thn.. Jumlah keseluruhan baru 4k tp mana dtg sampai 6890?? Kenapa ada 3 kali delivery dlm butiran sedangkan barang cuma dua???
Perlukah saya repot?
Apa perlu saya buat?
Pd siapa sy perlu mengadu?
Kisah 7:
Saya pun kena dgn beli Notebook, sgt terdesak sbb notebook lama tiba2 buat hal. Masa nak beli tu nampak diorang iklankan 1+1, saya tanya apa maksud tu. Diorang explain 1+1 maksudnya setahun bayar bulan2 then lepas setahun boleh terus bayar baki. Dengar time tu excited juga sbb nak beli cash tak mampu, notebook buat hal betul2 lepas kahwin (duit dh kering dh). Diorang suruh sign agreement, ok sign sbb byk kali tanya diorang n confirmkan btul2 pasal 1+1 (percaya sgt lah time tu..) Aleh2 lepas setahun nak trus bayar baki.. tanya baki berapa depa ckp RM 3+++!!!! Gila! harga notebook tu RM 1+++ je kot! tanya punya tanya depa ckp akak ambil yg utk 5 tahun so interest tu kira siap2 utk 5 tahun. Bodoh! kalau aku dh mampu bayar baki awal, buat apa nak kira interest utk 5 tahun kan?? kalau mcm tu baik aku trus sambung je bayar bulan2... so tak jadi bayar walau 1 sen pun! Lagi 1 diorang pandai buat kutipan tgh bulan (dlm 15hb). dia msg2 n ugut2 bgtaw akan dikenakan interest 20%. Interest lagi!!! Strategik buat duit plg keji courts ni. So lepas ni kpd sesiapa yg teringin nk berhutang dgn courts ni, sila study abis2 & baca lah komen2 berguna ni.. COURTS mmg PENIPU!!!
Kisah 8:
Courts Mammoth tu panggil ex2 debt collector yang keje dr company along kot. Bodoh siap nak peras ugut guna nama "Jabatan Perundangan" la, nak sita barang la, dtg takat bwk "NOTIS PEMBERITAHUAN BAYARAN LAMBAT", boleh mengaku tu surat penyitaan. bodoh ke hape? Mana surat Penyitaannya? mana surat mahkamahnya? main peras ugut ngan family member yang xtau pape boleh la kena kencing ngan org courts aka collection agency nih. nasib semua conversation kuang hajaq dorang aku dah rakam siap2. mmg polis report la. Hingat dorang tu financial institution ke hape smpi berani nak ugut nak freezekan akaun la nak bankrupkan la...keje call center tele-collection siap boleh mengaku dari "Jabatan Perundangan"...gile hebat tuh...kelentong x hengat..yang dpt sms2 ke call2 ke cer minta no pendaftaran syarikat dorang, berani bagi x...cer mintak alamat dorang, berani bagi x... sedangkan kat notis yang dorang bagi pon xde alamat...bagi no tepon contact person. No tepon xberdaftar ngan telekom, berurusan guna no hp??? Pelik sungguh...kata pas kat manager, padahal pas kat kwn sebelah meja jer. KELENTONG LEBEY...haha..mcm la kita ni bodoh sgt xtau trick2 kat call center collection tuh...dorang ni akan ckp ape je sbb nak kejar komisen dorang.
Ni aku share no2 yg dorang pakai kelentong org nih. (Ni no Agency Collection dorang nih)
Person In Charge utk satu akaun ramai gile
Mazlina la Ashraf la Shafiq la Jaspal Singh la. dlm sehari smpi 4 person in charge call. gile hebat :D
011-23825127
0174586993
03-42854514
Company
ARUS SELASIH SDN. BHD.
Address:
Menara Maxisegar, Jalan Pandan Indah 4/2, Pandan Indah, Kuala Lumpur
Postcode:
55100
Phone: 0342854514
Caller: ARUS SELASIH SDN. BHD.
Call Type: Debt Collector
Kesimpulannya:
Berhati-hatilah! Dinasihatkan bagi yang nak beli barangan Courts Mammoth secara berhutang cubalah ELAKKAN kecuali beli CASH sahaja (kalau mampu, kalau tak mampu baik jangan beli!).
sumber: http://headbomb.blogspot.com, mforum
Posted by BillyNain
Read more: http://billyinfo.blogspot.com/2014/07/sila-berhati-hati-dengan-tawaran-jualan.html#ixzz47yhRVl4P
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.
p.s: Saya mengambil masa selama 2 jam untuk menulis artikel ini. Jika sudi kongsikan kepada semua. Lebih ramai orang tahu, adalah lebih baik. Bukan untuk memburukkan pihak yang dinyatakan tetapi sebagai peringatan buat kita semua agar menjadi pengguna yang lebih bijak!
Sumber Asal: Elakkan Berhutang Dengan Courts Mammoth Malaysia http://www.hasrulhassan.com/2014/07/elakkan-berhutang-dengan-courts-mammoth.html#ixzz47pW5fEqR
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sat May 7, 2016 8:51 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
ILMU BUKAN PADA POINTER CGPA
bloglist-malaysia.blogspot
detikislam.blogspot
GRED/CGPA VS ILMU
Atas faktor keadaan sekeliling yang mendesak saya untuk berasa terpanggil bagi menyimpulkan pemerhatian saya sejurus tampil mencoretkan penulisan ini buat tatapan semua sahabat-sahabat tentang suatu tajuk yang sangat dikhususkan buat para pelajar.Ini bukan fakta dari mana-mana profesor yang bertauliah. Ini cuma sedikit pendapat peribadi tulus dari hati saya sendiri. Kerana saya juga adalah seorang pelajar.Mungkin apa yang saya terlihat di sudut hati saya, barangkali ia dapat dijadikan sedikit pandangan yang boleh kita renungkan.
Kenapa masih ramai yang mengadu susah untuk lulus dengan cemerlang di dalam peperiksaan, susah menerima ilmu ketika di dalam kelas, tidak dapat menjawab soalan peperiksaan akhir dengan baik? Adakah guru yang ditugaskan mengajar kita ketika itu tidak terlalu cemerlang buat mendidik kita sebagai manusia yang berilmu?
Hidup ini, selain daripada menghabiskan masa tidur dan mengisi perut, kita diciptakan oleh Allah Ta'ala dengan tujuan mencari dan terus mengali di mana kedudukan ilmu itu berada. Kenapa kita perlu hidup untuk belajar?Ramai yang mungkin akan berkata untuk mendapatkan ilmu.Persoalannya adakah demi mendapatkan ilmu atau sijil,kerja,gred peperiksaan yang baik dan lain-lain?
Lantas bila ditanya hampir kesemua jawapannya menghampiri persamaan tetapi cara dipraktik barangkali akan ada bezanya.Ilmu adalah sesuatu sangat bernilai jika hendak dibandingkan dengan emas atau perak sekalipun. Dengan ilmulah seseorang yang digelar bodoh bertukar menjadi seorang yang bijak,seseorang yang dianggap hina berubah menjadi mulia juga yang tidak mengerti mampu memahami.Ilmu akan meninggikan darjat seseorang :
Firman Allah s.w.t : " Allah akan meninggikan darjat orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat .Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan . " ( Al-Mujadalah : 11 )
Allah s.w.t berfirman : Katakanlah Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui ? "Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. ( aZ-zumar : 9 )
Sebaliknya,realiti yang berlaku dikalangan para pelajar zaman kini adalah sesuatu yang sangat berbeza dari tuntas tuntutan.Ini kerana ramai pelajar yang menjadikan ilmu sesuatu yang telah diremehkan disebabkan mereka lebih mengutamakan GRED/CGPA peperiksaaan mereka berbanding kefahaman sesebuah ilmu.Walaupun GRED/CGPA itu sesuatu yang patut dianggap penting tetapi itu bukanlah alat untuk mengukur tahap kepandaian seseorang.
Adakah erti kejayaan ditafsirkan dengan pelajar yang tinggi GRED/CGPA sebaliknya kosong ilmu kefahamannya.Seringkali kita tanamkan sifat taksub kita pada harta kekayaan sehingga membuatkan kita lupa di mana titik punca yang seharusnya kita mulakan di dalam erti hakikat sebenar menuntut ilmu. Erti kejayaan yang kita lihat tidak akan menjadi realiti sekiranya kita terlupa dan terleka untuk terus belajar mendapatkan ilmu demi sebuah kefahaman yang patut dihayati serta disusuli dengan cara mempraktikkannya.
Ilmu akan kekal di atas amalan yang berterusan,Lihatlah pada hari ini,setiap pelajar kini sibuk berlumba-lumba mengejar kejayaan untuk lulus dengan jayanya demi mendapatkan sehelai kertas yang bernama sijil kelulusan sehingga sanggup menipu dan meniru di dalam peperiksaan demi kerjaya makan gajinya,rumah dan kereta besarnya disebalik kontang ilmu kefahaman,idea,nilai dan cara fikir dalam memajukan dirinya dan umat .Siapa yang paling bijak menghafal,meniru dan menipu sebelum dan semasa peperiksaan bakal dijanjikan denganGRED/CGPA yang baik.
Apa yang ada pada kelulusan jika kita gagal mengemudi arah tujunya apabila tamat pembelajaran kelak.Belajar memang merupakan tuntutan agama kita. Atas nama tuntutan juga lah jangan kita jadikan ianya diari hidup sebagai melepaskan batuk di tangga. "aku sudah belajar, jadi aku serah sepenuhnya pada takdir illahi". Belajar untuk sehelai diploma atau ijazah mungkin boleh kita tempelkan di atas resume ketika memohon pekerjaan. Tapi sampai bila ianya akan berguna untuk diri kita sendiri secara berterusan.
Adakah dengan nilai GRED/CGPA yang tinggi cemerlang itu sudah menjaminkan kejayaan hidup kita dan adakah mereka yang gagal itu sudah di takdirkan hidup di dalam kesusahan.Maka tidak hiranlah jika ada juga yang membunuh diri tatkala gagal di dalam peperiksaan.Jika di tanya bagaimana teknik belajar yang cemerlang, jawapannya mudah sahaja. Sebelum anda memikirkan soal lulus dan gagal, ketahuilah dahulu mengapa anda perlu menjadi seorang pelajar.
"Nilai sekeping kertas bernama sijil akan terhapus jika tercampak di dalam longgokan api, sebaliknya ilmu lebih menjaminkan kesederhanaan jika kita tahu menjiwainya"Hidup atas ilmu bermaksud menjalaninya semata-mata atas jihad kepada Allah.Disini ada juga segelintir golongan agamawan yang menyempitkan keluasan ilmu Islam dalam mempelajari sesuatu ilmu dengan menyatakan fisabilillah itu hanyalah pelajar yang belajar dalam bidang agama seperti usuludin,syariah,tahfiz dll sebaliknya menyatakan pelajar yang bukan daripada bidang tersebut tidak fisabilillah sehingga ada juga yang lebih sempit menyatakan itu adalah ilmu sekular dan barat.Jikalau sakitnya mereka doktorlah juga tempatnya dll.
Secara hakikatnya,itu adalah pendapat yang sangat salah dan barangkali akan menjerumuskan kepada kejatuhan umat Islam.Saya sepenuhnya bersetuju,memang bidang agama patut diiktirafkan dan setiap Muslim wajib mempelajarinya serta ia tidak hanya merujuk kepada pelajar yang mempelajarinya sahaja bahkan keseluruhan Muslim tidak kira apa sahaja bidang seseorang itu kerana ilmu agama adalah asas yang patut ada pada setiap pelajar Muslim dalam mencorakkan nilai kebaikan individu yang terdapat pada seseorang.
Islam bukan kekurangan para pelajar agamawan tetapi kurangnya ilmuwan,cendiakawan,golongan bijak pandai,saintis,intelektual dan pakar-pakar dalam bidang tertentu yang soleh dan memenuhi ciri seorang Muslim demi memajukan umat Islam.
"Dan tidaklah sepatutnya bagi orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); mengapa tidak, sekelompok daripada tiap-tiap puak (kabilah) antara mereka memperdalami ilmu agama, dan supaya mereka dapat memberi peringatan kepada kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang itu kembali kepada mereka, mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (daripada melakukan larangan Allah) "(Surah At-Taubat: 122)
Maka,bagaimana akan hadir semua golongan ini jika pelajar hanya lebih mengutamakanGRED/CGPA sebagai penentu hidup sebaliknya mengetepikan peranan ilmu secara hakikat.Terpulanglah kepada diri masing-masing untuk berjihad atas dasar Agama,Bangsa atau apa-apa sahaja berbanding daripada kita belajar tanpa mempunyai kefahaman yang jitu terhadap sesuatu ilmu, belajar sekadar mahu lulus peperiksaan sahaja. Adakah itu berhak untuk dikatakan sebagai seorang pelajar yang berjaya di dunia dan akhirat?
sumber https://diskusitajdid.wordpress.com
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ? reminder
When: Saturday, 07 May 2016 06:00 PM to 07:00 PM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London
Where: http://rokokkesehatan.com/?ref=8429
Notes: Halo sahabat...
Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ?
- . Apakah ingin memiliki Mobil Mewah ?
- . Ingin memiliki Rumah Mewah ?
- . Ingin memiliki Bisnis Besar ?
- . Bebas Finansial ?
- . Hidup Mapan dan Sejahtera ?
TETAPI... Bagaimana CARA meraih itu semua ?
- . Butuh Modal BESAR ?
- . Harus berpendidikan TINGGI ?
- . Harus Bekerja sangat KERAS ?
Mampukah kamu ?
Coba luangkan waktumu sejenak melihat situs ini :
http://goo.gl/1foLME
Di rokokkesehatan.com anda akan mendapatkan penghasilan
milyaran rupiah tanpa perlu bekerja keras!
Menggunakan sistem otomatis yang pasti akan menghantarkan
anda menjadi seorang milyuner! DIJAMIN!
Perlu BUKTI ?
Kunjungi Website saya :
http://goo.gl/1foLME
Sukses Selalu!
Darman
http://goo.gl/1foLME
From: automobil Calendar
Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us
Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
Sat May 7, 2016 6:11 pm (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Anak jati Kelantan belanja RM300,000 benih awan
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net
Amrul Nizar menunjukkan tiga suar digunakan semalam.
"KITA guna tiga kapal terbang kecil bagi membenihkan awan dan saya rasa terpanggil untuk bantu rakyat negeri ini memandangkan tempoh cuaca kemarau sudah lama," demikian luah anak jati Kelantan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif AF Jets Sdn Bhd, Amrul Nizar Anuar, 42.
Usaha percubaan dan kajian pembenihan awan berkenaan yang dimulakan semalam menggunakan kapal terbang jenis Cessna Grand Caravan di sekitar bandar Kota Bharu, menampakkan potensi pembuatan awan akan berhasil.
Operasi pembenihan dijangka berlangsung 10 hari
Awal pagi semalam, bersama tujuh kakitangan AF Jets, pihaknya melakukan percubaan menggunakan kaedah 'weather mod' bagi membenihkan awan dan pada hujung minggu hadapan, operasi pembenihan dijangkakan berlangsung selama 10 hari.
Memperuntukkan kira-kira RM300,000 kos bagi belanja membenihkan awan, AF Jets secara sukarela bekerjasam dengan kerajaan negeri melakukan kerja berkenaan secara percuma bagi membantu rakyat Kelantan.
"Sebatang suar untuk usaha ini berharga kira-kira RM600 dan selepas ini, beribu-ribu batang suar dari Amerika Syarikat (AS) akan sampai untuk memudahkan kerja membenihkan awan.
"Sebelah sayap kapal terbang boleh memuatkan 24 suar, manakala sebelah lagi 24 suar digunakan dalam tempoh tiga hingga empat jam semasa proses berkenaan dijalankan di seluruh daerah di Kelantan," katanya.
Guna 100kg garam tanpa air
Amrul Nizar berkata, kelebihan pembenihan awan yang dijalankan mengikut kajian AF Jets ialah ia menggunakan konsep ubah suai dan membenihkan awan menggunakan rembesan 100 kilogram (kg) garam tidak dicampur air (dry seeding) bagi sebatang suar.
"Kita akan terbang pada awal pagi untuk melakukan proses pembenihan awan kerana waktu pagi, atmosfera akan diubahsuai supaya awan mudah terbentuk," kata anak kepada tentera ini.
Menguatkan usahanya itu, Amrul Nizar berkata, semasa operasi pembenihan awan di Kelantan, terdapat empat kakitangan bertugas sehari, termasuk seorang juruterbang.
"Kita tidak kejar awan, sebaliknya kita 'buat' awan dan tukarkan kepada hujan. Daripada tiada hujan, kita ikhtiar sebaik-baiknya," katanya.
Perlu mula dari sekarang
"Untuk usaha pembenihan awan ini, kita boleh menggunakan kapal terbang kecil, malah saiz kecil lebih baik berbanding besar memandangkan kawasan yang dicari adalah luas.
"Kami akui, tompokan hujan kurang tetapi kita perlu mulakan dari sekarang. Jika tidak, cuaca di negeri ini akan berterusan panas," katanya selepas mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP).
Ditanya bagaimana tercetus hasrat itu, dia mengakui, sebagai anak jati Kelantan biarpun dibesarkan di Kuala Lumpur, dia akui terkesan dengan keadaan cuaca panas yang melanda negeri itu dan timbul hasrat untuk membantu, dengan harapan bumi Serambi Makkah ini dibasahi hujan.
"Saya berbincang dengan ahli keluarga, ibu pun selalu bertanya bila nak bantu anak-beranak yang ada di Kelantan yang menghadapi kesukaran terutama ketiadaan air. Jadi memandangkan kerja kita membenihkan awan, saya sahut hasrat hati ibu.
"Kasihan ibu saudara panas dan ahli keluarga di Kelantan, saya dikhabarkan juga, padi pun tidak boleh tanam waktu ini sebab takut berisiko. Jika tak boleh tanam padi, harga beras pun naik, jadi untuk elak keadaan tambah kritikal, saya ambil inisiatif ini dengan ikhtiar membenihkan awan," katanya.
Doa, solat hajat dan ikhtiar benihkan awan
Menurut cucu dalam Persatuan Tok Wali Che Mud, Pasir Hor ini, usaha itu dilihat berpotensi selain doa sebagai ikhtiar paling baik.
"Di dunia, ikhtiar paling baik untuk satu-satu perkara, yang turunkan hujan adalah ALLAH SWT. Bagusnya di Kelantan ini, ada solat hajat, ada ikhtiar dan usaha ini dikira sudah 100 peratus kita buat.
"Bukan saya tidak mahu buat di negeri lain, cuma negeri lain sudah ada arahan dari pihak majlis dan untuk tunggu Kelantan masuk dalam senarai pembenihan awan, rasanya ia memakan masa agak lama, jadi AF Jets tampil untuk kajian dan tanggung jawab sosial korporat (CSR) ini.
"Saya bukanlah bomoh hujan, tetapi kami tekad berikhtiar memandangkan kami ada kepakaran dalam bidang ini," katanya.
Aliff Syukri Anggap KFA Tak Adil
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai
PETALING JAYA: Pemilik syarikat D'Herbs Holding (M) Sdn Bhd (D'Herbs) Datuk Aliff Syukri Kamarzaman mengakui kecewa kerana tidak dimaklumkan lebih awal mengenai keputusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menolak tajaannya bernilai RM30 juta.
"Jujur sebenarnya saya amat kecewa kerana pengumuman dibuat secara tiba-tiba, tanpa pengetahuan saya langsung!," katanya menerusi kenyataan dalam laman Facebooknya pada malam Rabu.
Beliau berkata, adalah tidak adil baginya untuk tidak dimaklumkan mengenai perkara itu kerana sebelum ini kedua-dua pihak berbincang secara baik.
"Sebelum ini kenapa kita boleh berbincang dengan baik dan bersama tapi kali ini terus dibuat keputusan tanpa pengetahuan saya. Jadi saya merasakan adalah tidak adil untuk saya," katanya.
Pada masa sama, Aliff Syukri menegaskan tidak kecewa kerana gagal menaja Kedah walaupun banyak masa dihabiskan untuk memastikan rundingan tersebut menjadi kenyataan.
"Saya tidak kecewa tidak dapat menaja Kedah walaupun saya dah lama spend masa sehingga ke peringkat akhir," katanya.
Justeru, beliau akan mengadakan sidang media pada petang Jumaat ini bagi menjawab segala persoalan berbangkit mengenai isu tersebut.
"Saya akan beritahu semua isu-isu yang anda nak tahu pada PC (sidang media) itu. Jadi boleh buat kesimpulan masing-masing," katanya.
Usahawan muda yang terkenal dengan tagline 'Terlajak Laris' itu turut memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak membuat sebarang andai mengenai perkara tersebut.
"Yang diluar jangan pandai-pandai buat andaian ya, tunggu kesahihan saya dulu. Macam-macam cerita keluar," katanya.
Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar pada Rabu berkata keputusan penolakkan tajaan itu dibuat selepas mendapati ada beberapa syarat yang ditetapkan oleh pihak penaja sukar untuk diterima badan induk bola sepak negeri tersebut.
"Selepas perbincangan dibuat dalam mesyuarat pengurusan KFA, kami dapati ada beberapa syarat yang ditetapkan oleh D'Herbs tidak boleh diterima dan dilihat boleh menyukarkan pihak KFA, namun isi kandungan syarat tidak boleh diberitahu.
"Walaupun tajaan tidak diteruskan, KFA berterima kasih kepada pihak D'Herbs atas kesudian untuk membantu menaikkan imej KFA dan berharap jalinan kerjasama dapat diteruskan dalam bentuk medium yang lain," katanya dalam sidang media di Stadium Darul Aman pada Rabu.
Pada 23 April lalu, Aliff Syukri mengesahkan D'Herbs bersetuju menaja RM30 juta untuk tempoh tiga tahun untuk program pembangunan bola sepak serta membaiki Stadium Darul Aman.
-mstar
Read more: http://www.kitabantai.info/2016/05/aliff-syukri-anggap-kfa-tak-adil.html#ixzz47mIBn6Sb
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook
Kedah Tolak Tajaan RM30Juta D'Herbs
bloglist-malaysia.
bankami.blogspot
Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menolak tajaan berjumlah RM30 juta untuk skuad Helang Merah daripada syarikat D'Herbs Holding (M) Sdn Bhd atas sebab tertentu.
Setiausaha Kehormat KFA Datuk Aminuddin Omar berkata, setakat ini pihaknya tidak boleh mendedahkan lebih lanjut berhubung perkara berkenaan.
Menurutnya, berdasarkan perbincangan terakhir pada 27 April lalu, Jawatankuasa Pengurusan KFA mengambil keputusan untuk tidak menerima tajaan syarikat kosmetik berkenaan.
"Kita sudah meneliti terma dan syarat berkenaan untuk tidak menerima dengan konklusif dan muktamad tajaan berkenaan.
"KFA mengucapkan terima kasih kepada D'Herbs atas kesudian untuk memberi tajaan berkenaan, selain berusaha mahu meningkatkan imej Helang Merah," katanya pada sidang media di Stadium Darul Aman, di sini, hari ini.
Bagaimanapun, katanya, pihaknya berharap akan dapat bekerjasama dengan syarikat berkenaan menerusi medium lain bagi mempertingkatkan imej pasukan negeri.
"Saya berharap kedua-dua pihak berkaitan tidak membuat komen lanjut berhubung isu (penolakan) tajaan," katanya. (HM)
KFA Tolak Tawaran Tajaan RM30 Juta Dari Syarikat D'Herbs Holdings
siakapkeli.my
ALOR SETAR: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) hari ini dalam satu kenytaan mengumumkan telah membuat keputusan menolak tawaran tajaan bernilai RM30 juta oleh syarikat D'Herbs Holdings (M) Sdn Bhd, lapor Berita Harian.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan, Pembangunan Insan negeri, Datuk Aminuddin Omar berkata, keputusan berkenaan telah dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan Jawatankuasa Pengurusan KFA yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang juga Presiden KFA.
"Penelitian syarat yang diberi pengasas syarikat terbabit, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman ada yang boleh diterima, tetapi ada beberapa yang terpaksa ditolak jawatankuasa.
"Keputusan ini muktamad sebab perkara ini sudah berlarutan beberapa bulan dan kita berharap kedua-dua pihak tidak membuat sebarang kenyataan bagi menjaga imej masing-masing,
Pemilik syarikat D'Herbs Holdings (M) Sdn Bhd, Datuk Aliff Syukri sebelum ini telah mengumumkan akan menaja skuad Hijau Kuning dengan nilai tajaan keseluruhan berjumlah RM30 juta untuk tempoh tiga tahun bagi memberi manfaat untuk pembangunan bola sepak Kedah. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment