15 Messages
Digest #4510
Messages
Sun May 29, 2016 7:54 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Dr. Hajah Najihatussalehah binti Ahmad Calon PAS P067 Kuala Kangsar
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.
Calon PAS Pilihan Raya Kecil P067 Kuala Kangsar ialah Dr. Hajah Najihatussalehah binti Ahmad. AJK PAS Pusat.
Najihatussalehah yang merupakan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat bagi sesi 2015-2017 pernah bertanding pada PRU13 di kerusi Dun Blanja tetapi tewas kepada Datuk Mohd Nizar Zakaria dari BN dengan majoriti 2,963 undi.
Mempunyai sebuah klinik sendiri di Bota, Perak, beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Muslimat Pas Pusat dan Ketua Muslimat Pas Kawasan Parit.
Berdasarkan rekod, Najihatussalehah pernah bertanding di kerusi Parlimen Parit pada PRU12 tetapi tewas kepada Datuk Mohd Nizar Zakaria dengan undi 2,873.
Hadir sama pada majlis pengumuman calon berkenaan, Naib Presiden Pas yang juga Pengarah PRK Parlimen Kuala Kangsar, Idris Ahmad; Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria dan Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Kangsar, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss.
Takbir
Pengistiharan dibuat oleh YB Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man kira jam 11.14 malam tadi.
Dr Abdul Rani Osman Calon PAS P93 Sungai Besar
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.
Yang Berhormat Dr Haji Abdul Rani bin Osman adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Selangor bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan mantan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor di Pilih Menjadi Calon PAS P93 Sungai Besar.
Takbir!!!
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun May 29, 2016 7:54 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Air Suam 85 sen termasuk GST???
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.
Mak ai...
85 sen untuk segelas air suam....
apa kata anda semua.. bukan ke selama ni kalau kita makan selepas tu minta segelas air suam di beri percuma kecuali ais kosong perlu di bayar.
Kredit
Din Gombak
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun May 29, 2016 7:54 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Polis Jalankan Siasatan, Lelaki Dakwa Dia Dan Teman Wanita Ditumbuk VIP
siakapkeli.my
Alor Setar: Seorang lelaki hari ini melalui laman Facebooknya telah mendakwa telah dipukul oleh seorang kenamaan bersama dua orang lelaki yang menyebabkan dia dan teman wanitanya cedera, lapor Harian Matro.
Kejadian berkenaan didakwa berlaku kira-kira jam 5.45 petang 15 Mei dan sebuah video yang berjaya dirakam oleh pengunjung Aman Mall berhampiran telah menjadi viral di laman sosial di mana telah mendapat 293 ribu tontonan dan 9900 kali perkongsian.
Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin telah mengesahkan kejadian tersebut, pihaknya masih melakukan siasatan untuk mengenal pasti identiti individu yang didakwa lelaki berkenaan.
"Siasatan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan sudah dibuka pada tarikh kejadian."
"Sehingga kini orang kenamaan berkenaan gagal dihubungi bagi mendapatkan maklum balas," katanya.
Mangsa yang menggunakan nama Adam Hoonigan melalui laman Facebooknya berkata, ketika kejadian dia memandu keluar dari pusat membeli belah Aman Central dan terus memandu ke lorong tengah menuju ke persimpangan lampu isyarat di hadapan kompleks beli-belah berkenaan.
Namun dakwanya tiba-tiba sebuah kereta jenis Toyota Harrier berwarna hitam yang di pandu oleh lelaki melayu berumur 20an dan di dalam kereta tersebut juga terdapat dua lelaki melayu berusia 20an dan 50an telah membunyikan hon panjang disebelah kiri keretanya.
"Pemandu SUV itu membuat hon panjang dan berada di sebelah kiri kereta saya ketika lampu isyarat berwarna merah. Dia kemudian menurunkan tingkap kenderaan dan berkata 'Kenapa, kenapa... Hang tak kenal lagi aku siapa' berulang kali dan meminta saya turun dari kenderaan, tetapi saya enggan.
"Tiba-tiba lelaki berusia 50-an berkenaan turun lalu membuka pintu dan menarik kunci kereta serta menumbuk mulut saya menyebabkan luka sebelum menarik saya keluar, tetapi saya turut menumbuknya sebaik keluar dari kereta," katanya.
Beliau turut mendakwa ketiga-tiga lelaki berkenaan terus memukulnya, malah teman wanitanya turut ditumbuk dibahagian dada, tangan kanan dan kiri kerana cuba meleraikan pergaduhan.
"Orang ramai yang kebetulan melalui jalan berkenaan bertindak meleraikan pergaduhan, sebelum tiga lelaki terbabit meninggalkan lokasi kejadian.
"Saya kemudian membawa teman wanita ke sebuah pusat perubatan swasta, di sini, kerana mengalami sesak nafas yang sangat teruk," katanya
Satu laporan polis telah dibuat oleh beliau di Ibu Pejabat Polis Alor Star. - Siakapkeli.my
Timbalan Speaker Dun Kedah Nafikan Dakwaan Kononnya Dia Tumbuk Orang Depan Aman Central
siakapkeli.my
Sejak semalam viral di laman sosial seorang lelaki mendakwa dia dan teman wanitanya telah ditumbuk oleh seorang VIP iaitu Timbalan Speaker Dun Kedah, Datuk Azmi Che Husain di hadapan pusat membeli belah di Alor Star 15 Mei lalu.
Rakaman berdurasi 33 saat itu menunjukkan berlaku pergelutan seorang lelai bersama tiga individu lain di mana dakwa lelaki berkenaan Azmi merupakan salah seorang lelaki tersebut.
Kerana dakwaan itu, Azmi telah tampil membuat kenyataan di mana katanya beliau hanya cuba meleraikan keadaan di mana Azmi mendakwa pemuda berkenaan seolah-olah melakukan provokasi dan kemudiannya bertindak memaki hamun anaknya.
"Saya cuba leraikan pergaduhan berkenaan, tetapi saya pula yang dituduh."
"Saya ketika itu dalam kereta dengan dua lagi anak lelaki. Bila kejadian macam tu berlaku, saya turun kereta dan tanya kenapa dia buat begitu kepada anak saya.
"Namun bila disoal, dia bertindak memaki hamun saya. Salam yang diberi sebelum itu pun tidak dijawabnya," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurut Adun Bayu berkenaan, lelaki itu kemudiannya bertindak agresif apabila keluar dari kereta dan menendangnya hingga terjatuh.
"Dua anak yang ketika itu berada dalam kereta keluar untuk mempertahankan saya dari terus dipukul. Siapa yang sanggup tengok ayah mereka dipukul depan mata.
"Jadi berlaku pergelutan antara mereka bertiga, saya yang berada di situ cuba meleraikan pergaduhan, tetapi saya ditumbuk oleh lelaki itu," katanya.
Beliu turut mendakwa lelaki berkenaan cuba memutar belit fakta kejadian sebenarn apabila menuduh beliau dan anak-anaknya menumbuk teman wanitanya di bahagian dada, tangan kanan dan kiri.
"Kejadian itu langsung tidak berlaku seperti didakwa, sebaliknya wanita itu mengalami kecederaan apabila ditolak masuk ke dalam kereta oleh pemuda tersebut sendiri."
"Saya dan anak-anak langsung tidak sentuh wanita itu, tetapi bila dia keluar dari kereta untuk leraikan pergelutan, dia pula yang ditarik dan ditolak masuk ke dalam kereta oleh lelaki berkenaan.
"Jika ada pihak yang masih ragu-ragu dengan tuduhan ini, sila berikan bukti segera bahawa wanita itu benar-benar ditumbuk," katanya.
Azmi dalam pada itu mendakwa insiden yang merupakan salah faham ini sengaja diviralkan oleh pihak yang mempunyai agenda dan perancangan pihak tertentu bagi mencalarkan imej politiknya.
Selain itu, beliau turut mengakui mengenali individu berkenaan yang cuba memburuk-burukkan imejnya dengan merancang insiden berkenaan.
"Kejadian itu berlaku siap dengan rakaman dari kamera, seperti ada sesuatu yang tidak kena.
"ALLAH akan bersama orang yang benar, saya yakin dengan janji-NYA," katanya.
Bagaimanapun katanya, kes berkenaan diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan selanjutnya.
"Saya juga akan membuat laporan polis selepas difitnah, sebelum ini kes ini tidak dilaporkan kerana saya hanya meleraikan keadaan," katanya.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, semasa membuat laporan polis ketika hari kejadian pengadu dikatakan tidak mengenali Adun itu sehingga kes tersebut menjadi viral dalam laman sosial.
Mohd Rozi berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. - Siakapkeli.my
Adakah benar wanita berkenaan ditumbuk, kita saksikan sekali lagi video ini.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)
Sun May 29, 2016 7:55 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
JPJ panggil 91 pemilik kenderaan guna lorong kecemasan
bloglist-malaysia.
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie
KUALA LUMPUR - JPJ telah mengeluarkan 91 notis temu siasat kepada pemilik kenderaan yang didapati menggunakan lorong kecemasan di KM228 Lebuhraya Plus, di Melaka, Ahad lepas sehingga menghalang laluan ambulans.
Timbalan Ketua Pengarah (Perancang dan Operasi) JPJ, Datuk Yusoff Ayob berkata, notis itu dikeluarkan JPJ Melaka pada minggu lepas setelah selesai siasatan terhadap rakaman video orang awam mengenai kejadian berkenaan.
"Semua pemilik kenderaan yang terlibat diberi tempoh 14 hari untuk tampil ke pejabat JPJ dan disiasat mengikut Seksyen 114 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengenal pasti pemandunya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta Kursus Asas Keselamatan Jalan Raya (Marshall) di sini hari ini.
Yusoff berkata, pemilik kenderaan terbabit perlu tampil bagi proses mengenal pasti siapa yang memandu kenderaan berkenaan ketika kejadian, untuk tindakan selanjutnya.
"Kami menghantar notis ke alamat pemilik yang didaftarkan melalui nombor pendaftaran kenderaan yang kita peroleh daripada rakaman video pada waktu kejadian," katanya.
"Sekiranya mereka tidak terlibat dengan perbuatan itu, mereka perlu membuat laporan polis untuk disiasat," katanya sambil menjelaskan kemungkinan nombor pendaftaran itu palsu.
Beliau berkata, mereka yang terlibat akan dikenakan kompaun sebanyak RM300 atau didakwa di mahkamah yang boleh dikenakan denda sebanyak RM2,000 jika sabit kesalahan.
Sementara itu, seramai 48 peserta terdiri daripada anggota sukarelawan Skuad Muda yang mempunyai minat mendalam berkaitan aktiviti permotoran menyertai kursus selama dua hari di JPJ Wilayah Persekutuan, yang bermula semalam.
Turut hadir, Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan, Datuk Md Ziki A. Rahman; Ketua Bahagian Penguatkuasa JPJ Kuala Lumpur, Datuk Norhadzli Mohd Azhar dan Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia, Hamzah Masri.
Yusoff juga berkata, sejumlah 480,000 kes kemalangan jalan raya dilaporkan berlaku di seluruh negara pada tahun lepas, yang kebanyakannya berpunca daripada sikap buruk pengguna seperti memandu secara terburu-buru, melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat. - Bernama
----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:
To:
Sent: Thursday, May 26, 2016 10:56 PM
Subject: Fw: Tidak Akan Terlepas, Tunggu Surat Saman Sampai
"Mereka Tidak Akan Terlepas, Tunggu Surat Saman Sampai" - Polis
siakapkeli.my
SEREMBAN: Kesemua pemilik kenderaan yang dikesan menggunakan laluan kecemasan ketika insiden kemalangan di Kilometer 228.6 Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Rembau Ahad lalu tidak akan terlepas dari dikenakan tindakan, lapor Sinar Harian.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Negeri Sembilan, Superintendan Md Dali Wahid berkata, kesemua pesalah trafik yang melanggar undang-undang akan dikenakan tindakan di mana semua surat saman akan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
"Saya sangat kesal dengan segelintir pengguna jalan raya yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya dan menggunakan laluan kecemasan dengan sesuka hati.
"Misalnya kes di Kilometer 228.6 tempoh hari, jelas sekali menunjukkan ramai pengguna kenderaan menggunakan lorong kecemasan sehingga menghalang laluan ambulans.
"Ini secara tidak langsung menyukarkan operasi menyelamat, sekali gus memberi kesan kepada mangsa kemalangan yang terlibat," katanya semalam.
Beliau turut menegaskan pihak polis trafik kini sedang giat mengesan pengguna kenderaan yang menggunakan laluan kecemasan tersebut di mana dalam kejadian Ahad lalu, sebuah kemalangan tragis telah mengorbankan nyawa dua beradik.
Kerana sikap pengguna jalanraya memasuki laluan kecemasan, pihak ambulans terpaksa mengambil masa hampir tiga jam untuk tiba di lokasi kemalangan.
Menurut saksi, kedua-dua mangsa kemalangan yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR cedera parah akibat terlanggar sebuah kereta rosak di laluan kecemasan.
Bagaimanapun akibat kelewatan ambulans tiba menyebabkan kedua-dua mangsa lambat dirawat dan disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ). - Siakapkeli.my
"Tolong Ambil Tindakan Terhadap Mereka Yang Salah Guna Lorong Kecemasan Hari Itu" — Harapan Kakak Mangsa Kemalangan
siakapkeli.my
Dua hari lalu kita dikejutkan dengan satu kemalangan jalanraya yang berlaku berhampiran susur keluar Tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka.
Kemalangan berkenaan mengorban dua adik beradik di mana mereka yang menaiki motosikal telah terlanggar sebuah kereta rosak di laluan kecemasan yang juga merupakan laluan motosikal.
Menurut saksi, selepas kemalangan, kedua-dua mangsa dikatakan masih sedar dan memerlukan rawatan secepat mungkin.
Namun kerana sifat pentingkan diri sesetengah pemandu kenderaan yang menggunakan lorong kecemasan, pihak ambulans yang dihubungi mengalami kesulitan untuk sampai menyelamatkan mangsa.
Difahamkan ambulans sepatutnya mengambil masa 20 minit untuk ke lokasi telah terperangkap dalam kesesakan di laluan kecemasan menyebabkan mereka sampai ke lokasi kemalangan hampir tiga jam kemudian di mana mangsa sudah lemah.
Kerana tindakan pemandu kenderaan yang menggunakan lorong kecemasan berkenaan, dua nyawa yang mungkin boleh diselamatkan akhirnya terkorban.
Kejadian ini menyebabkan netizen telah meluahkan perasaan marah dan menggelar mereka ini sebagai pembunuh.
Melalui satu coretan di laman Facebook milik Maisalmah Shadik yang merupakan kakak kepada kedua-dua mangsa, beliau meluahkan rasa kecewanya dengan sikap tidak bertanggungjawab pengguna jalanraya yang menggunakan lorong kecemasan berkenaan.
Berikut adalah luahan hati beliau.
Subhanallah walhamdulilah walailahailallah allahuakbar.
Al fatihah..
Al fatihah
Al fatihah...
Ya Allah lemah hati nie ya Allah...
Kehilangan mereka berdua amat dirasai sangat-sangat.
Bob Arof , Terima Kasih sentiasa disisi kami... kucing Abang Bob yang dah bunting tu nanti kite cari sape yang boleh jaga... permintaan Abang Bob nak baju raya sedondon warna 'grey' tahun ni tak mungkin lagi..kerana Itulah raya terakhir kite bersama
Alam Iqbal Shadik Kak Ma sayang sangat kat Alam...Alam adalah harapan keluarga... tenanglah disana dik... Alam adik yang sangat baik dan sentiasa myenangkan hati keluarga... tq dik...
Terima kasih kepada semua yang hadir..sedara mara..rakan arwah.. sedekahkan alfatihah pada mereka
Semoga mereka tenang disana dan ditempatkan dikalangan solehin..aaminn.
Sesungguhnya aku redha YA ALLAH ... tapi btol KATA Encik Shariff Mohd Zulhairi...anda yang menggunakan lorong kecemasan adalah PEMBUNUH sekiranya mereka ini 'manusia ' mereka tidak akan menggunakan lorong kecemasan dan menyebab nyawa melayang..mungkin mereka masih dapat menyelamatkn abang dan adik saya...bukan x redha tp sukar diungkap.... indahkan perkatan 'kalau!! Kalaulah mereka menggunakan jalan yang betul...
TOLONGLAH AMBIL TINDAKAN TERHADAP '' MANUSIA-MANUSIA INI'' YANG MENGGUNAKAN LORONG KECEMASAN ... !!! Kerana mereka akan meragut lebih banyak nyawa lagi...
saya minta ambil tindakan bukan kerana mereka adik beradik saya tapi bayangkn keluarga anda ditimpa bnda sama...apa yang anda lakukan??
Banyak benda selalu tag Alam dan abang Bob now makin berkurang jumlah kite...al fatihah...
Semoga roh Bob Arof dan Alam sentiasa dirahmatiNya dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.
- Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun May 29, 2016 7:55 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
MP minta nombor plat 'F', 'V' percuma atau diskaun
bloglist-malaysia.
ekeleh.com
Nombor plat 'F' dan 'v', ada yang mengatakan tercantik dan menarik perhatian ramai sehingga ada ahli parlimen yang meminta kerajaan memberikan kepada mereka secara percuma atau dengan diskaun.
Seorang ahli parlimen lain pula meminta kerajaan mengkhaskan nombor pendaftaran itu dari 1 hingga 222 hanya kepada anggota Dewan Rakyat, lapor Malaysiakini.
Dengan nada berseloroh, ahli parlimen itu berkata, rasionalnya ialah pihak berkuasa tidak akan menyaman kenderaan mereka kerana tahu plat sedemikian milik siapa.
Cadangan ini dibuat di Dewan Rakyat malam semalam dalam perdebatan Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2016.
"Saya rasa generasi muda sangat meminati pelaksanaan nombor plat ini," kata anggota parlimen BN, Datuk Irmohizam Ibrahim dari Kuala Selangor.
"Jika boleh, biarlah ahli parlimen yang mahu memiliki nombor plat 'F' dan 'V', boleh beli dengan harga diskaun.
"Atau, ada permintaan dari kawan (untuk membolehkan anggota Dewan Rakyat) diberikan nombor plat itu secara percuma jika sesuai," tambah beliau.
Seorang lagi anggota parlimen BN, Datuk Abdul Rahman Mohamad dari Lipis yang bersetuju dengan cadangan itu menggesa kerajaan mengkhaskan nombor plat dengan huruf 'F' atau 'V' kepada ahli-ahli parlimen sahaja sejajar dengan adanya 222 kerusi parlimen.
"Saya cadangkan kepada timbalan menteri supaya nombor plat 1 hingga 222 hanya digunakan oleh ahli-ahli parlimen.
"Maknanya, saya (dari Lipis, disenaraikan sebagai) P79, maka saya kena ambil 'F79'," jelas Abdul Rahman.
"Orang yang dapat nombor plat '1' adalah bertuah… nombor saya tidak cantik," katanya dipetik Malaysiakini.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun May 29, 2016 7:55 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Masih Kita Ingat Mereka Yang Memperjuangkan Akta 355??
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.
Masihkah anda ingat..???
Suatu masa dulu mereka inilah yg paling kuat lawan UMNO mempertahankan HUDUD dan ingin meminda akta 355.
Mereka menulis, berceramah dan berdebat dgn mana2 ahli atau pemimpin UMNO yg menentang HUDUD dan Akta 355.
Itu dulu....
Sekarang merekalah paling kuat MENENTANG HUDUD dan AKTA 355 bila keluar dari PAS dan sertai PAN. Mereka pula berperangai seperti UMNO.
Dulu mereka tentang umno kerana umno tentang hudud dan akta 355... Sekarang mereka JADI perangai umno dan menentang HUDUD dan Akta 355.
Sekejap je Allah bolak balikkan hati mereka.
Kredit
Mohd Zubit Lebai
Akta 355: Sekarang Siapa yang kena 'kencing
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.
SHAH ALAM - "Ada seorang pemimpin Amanah (Parti Amanah Negara) kata Pas kena 'kencing
Beliau mendakwa, terdapat pemimpin Amanah menuduh Pas ditipu Umno ekoran kejayaan parti itu membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 di Dewan Rakyat, Khamis lalu.
"Kita hendak tanya dia pula. Parti dia yang tidak mahu bawa perkara ini, siapa pula 'kencing
Sebelum ini, Idris turut mendakwa terdapat seorang ahli Parlimen yang menulis melalui laman sosial Facebook mengatakan RUU berkenaan tidak akan berjaya namun setelah dapat dibentangkan, pihak berkenaan dilihat mengemas kini status dengan mengatakan Umno dan Pas berpakat menggunakan agama.
Selain itu, DAP lantang mempertikaikan kerajaan yang membenarkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan usul tersebut di Dewan Rakyat.
Dalam pada itu, Idris berkata, meskipun parti Islam itu lemah namun pihaknya cuba sedaya mungkin untuk melaksanakan amanah yang diberi.
"Kami lemah tapi kami buat sekadar kemampuan dan amanah yang diberi kepada kami.
"Penghinaan kamu tidak melemahkan semangat kami," katanya.
Usul itu dibentang bagi meminda Seksyen 2 akta tersebut untuk menyebut Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa terhadap orang Islam dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri di bawah jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan.
Ia juga bagi memasukkan Seksyen 2A yang menyebut dalam melaksanakan undang-undang jenayah di bawah seksyen tersebut, Mahkamah Syariah mempunyai hak untuk menjatuhkan hukuman berkaitan kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen berkenaan selain hukuman mati.
Abdul Hadi turut mencadangkan usul di bawah peraturan mesyuarat 15(5) dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu timbul salah faham apabila Abdul Hadi membentangkan RUU Persendirian itu dengan hudud namun hakikatnya usul itu hanya pindaan untuk meningkatkan kuasa Mahkamah Syariah. - SH
Hudud tu hak siapa?
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.
"
Assalamualaikum,
Satu soalan kepada semua, Hudud tu hak siapa? Yang rajin baca dan hayati makna Al Quran akan sentiasa mendengar ayat yang berbunyi dan bermaksud "Hudud itu dari ALLAH", kalau tak silap ada 14 kali ianya disebut dalam Al Quran.
Sementara tafsirnya pula secara lurusnya bermakna Hudud itu sebenarnya perintah yang wajib dilaksanakan dalam kehidupan harian umat Islam dan tanggungjawab melaksanakan terletak kepada pihak yang dipilih untuk memerintah.Bagi yang mendalami tafsir pasti akan faham makna sebenarnya Hudud dan kepentingannya dalam kehidupan umat Islam.Islam itu umpama beteri atau ubat lampu yang diperlukan untuk menyalakan sebiji lampu picit yang digunakan untuk menerangi jalan.Setiap komponen dalam ajaran Islam boleh diibaratkan sebiji beteri dan Hudud merupakan salah satu komponennya atau sebiji beteri yang diperlukan untuk menyalakan lampu picit kehidupan.Kalau komponen atau sebiji beteri ini dicabut dari lampu picit tersebut maka tidak akan menyalalah lampu picit tersebut dan jalan yang disuluh akan jadi gelap gelita.Demikain pentingnya Hudud yang mahu dilaksanakan di salah satu negeri di Malaysia yang diperintah oleh parti Islam sekalipun banyak ranjau dan duri terpaksa ditempuh.Tapi dengan penuh keyakinan bahawa Hudud itu dari ALLAH, usaha untuk melaksanakannya diteruskan walaupun segelintir umat Islam termasuk dari kumpulan manusia yang pernah menganggotai parti Islam sendiri semakin menyerlahkan diri menentang usaha ini.
Manusia manusia sebegini mahu menunjukkan pandai, biarkan mereka sebab manusia itu sendiri pandai kerana diajar oleh ALLAH, manusia yang perasan pandai ini tidak akan mampu menentukan bagaimana mereka akan mati, bagaimana mengkebumikan diri mereka sendiri dan tidak akan pernah akan mampu untuk menentukan di mana mereka mahu mati.Jadi apa nak diherankan sangat.
Ada di antara mereka mungkin memiliki ilmu yang cukup untuk mengetaethui kedudukan Hudud tetapi kerana sesuatu kepentingan mereka buat buat tak tahu dan buat buat selamba memperlekehkan usaha melaksanakan Hudud samaada sedar atau tidak yang tindakan mereka ini sebenanya turut memperlekehkan perintah ALLAH.
Kalau sebelum RUU dibentang, bukan main lantang lagi mereka mendakwa PAS dipermainkan, ditipu Umno tetapi selepas dibentang, nada dakwaannya berubah kepada kerjasama PAS Umno dan pembentangan ini bertujuan meraih undi di PRK yang akan diadakan.Kemudian berdegar degar dakwaan PAS minta tolong Umno bukan ALLAH agar RUU ini dapat dibentang.
Tapi yang menariknya yang mencadangkan agar RUU dipercepatkan ialah seorang menteri wanita Umno yang tak pakai tudungpun tapi yang memperlekehkannya pula seorang MP wanita bekas ahli PAS yang bertudung penuh.Timbul persoalan di mana rasa takutkan ALLAH ketika mempersoalkan RUU ini.Hanya kerana geram dan marah kepada kemungkinan kerjasama PAS Umno yang hanya satu hearsay, dia sanggup memperlekehkan Hudud tanpa sedar atau dengan sedar, dia sahaja yang tahu, tetapi yang jelas dia yang bertaraf doktor pala sapah pasti tahu bahawa Hudud itu dari ALLAH, bukan dari Presiden PAS.
Begitu juga amalan TGHH yang memohon pertolongan ALLAH menerusi solat sunat dan doa munajatnya tidak dipandang oleh golongan manusia ini, sebaliknya kecerdikan mereka membuatkan mereka percaya TGHH dan PAS meminta pertolongan Umno.Malangnya golongan manusia sebegini dan kehadiran mereka menyebabkan kerugian besar bagi umat Islam yang bercita cita kembali kepada carahidup Islam.
"......
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun May 29, 2016 7:56 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
TUMPOR YEOP, AHLI UMNO NEGERI SEMBILAN TANDING DI KUALE KANGSOR....
bloglist-malaysia.
malaysiansmustknowt
Posted by Mohd. Kamal bin Abdullah
Maklumat yang diterima lewat malam tadi mengatakan calon BN pada pilihanraya kecil Kuala Kangsar iaitu Mastura Yazid, balu Wan Khairil Wan Ahmad, adalah ahli dan AJK UMNO cawangan Chembong dalam bahagian Rembau, Negeri Sembilan.
Ini bermakna, buat pertama kalinya, bukan saja ahli UMNO di luar Kuala Kangsar, bahkan daripada luar negeri Perak dipilih sebagai calon untuk bertanding di kawasan tersebut.
Tiadakah seorang pun daripada ribuan ahli UMNO Kuala Kangsar yang sesuai untuk dijadikan calon?
Tiadakah juga seorang daripada ratusan ribu ahli UMNO daripada 24 Bahagian di seluruh Perak yang layak untuk dipertimbangkan menjadi Ahli Parlimen Kuala Kangsar?
Kalau pun pemilihan Mastura kerana beliau seorang profesional, apakah di Kuala Kangsar dan Perak tiada seorang pun yang berkelulusan tinggi begitu?
Berbeza dengan parti-parti lain, UMNO adalah parti yang bersifat tempatan dan menguasai kerajaan dan oleh yang demikian, ia mempunyai struktur yang lengkap di setiap bahagian bagi mengisi pelbagai ruang dan peluang yang sudah tersedia sebagai sebuah kerajaan.
Parti-parti lain, disebabkan mereka tidak bermula sebagai sebuah kerajaan, maka soal calon tempatan atau calon luar tidak pernah berbangkit sama sekali.
Mereka yang berjuang atau bersengkang mata dalam UMNO, selain untuk mengekalkan kuasa, matlamat lain juga ialah untuk mengejar kedudukan sebagai wakil rakyat, exco kerajaan negeri, timbalan menteri, menteri serta pelbagai nikmat lain yang ada dalam pentadbiran kerajaan negeri mahu pun pusat.
Lantaran itu, dalam soal pemilihan calon wakil rakyat, adalah kelaziman ahli daripada bahagian itu sendiri yang akan dipilih. Kalau pun calon tersebut daripada luar, ia biasanya masih daripada negeri yang sama.
Hanya dalam kes-kes terpilih seperti Syed Hamid Albar dan Aziz Shamsuddin misalnya, pernah berlaku orang negeri lain bertanding di negeri lain. Syed Hamid ketika mula bertanding di Kota Tinggi adalah pemimpin UMNO di Bukit Bintang, tetapi kemudian terus berpindah keahlian ke Kota Tinggi. Aziz Shamsuddin pula dari Gopeng bertanding di Shah Alam.
UMNO memang merasakan hak untuk bertanding di sebuah DUN atau Parlimen atau hak ahli bahagian tersebut. Kecuali dalam kes-kes tertentu dan jarang-jarang berlaku, calon daripada luar yang dipilih sebagai calon.
Sebab itu, boleh dikatakan 99 peratus calon-calon UMNO dalam pilihanraya adalah orang tempatan, baik yang berjawatan dalam parti mahupun daripada kalangan yang agak dikenali oleh masyarakat setempat.
Lebih-lebih lagi dalam pilihanraya kecil, anak tempatan lazimnya lebih diutamakan kerana merekalah yang lebih tahu dan faham segala-galanya tentang kawasan yang mereka bertanding itu.
Sekiranya benar Mastura masih ahli UMNO dalam bahagian Rembau, ini adalah anjakan paradigma yang mengkagumkan sekali, bukan saja buat UMNO Kuala Kangsar tetapi juga buat UMNO Perak secara keseluruhannya.
Untuk masa-masa akan datang, oleh kerana UMNO Perak mempunyai 24 bahagian dan lebih besar daripada Negeri Sembilan yang ada 8 bahagian, mereka bukan saja boleh terus menerima kehadiran calon-calon luar, bahkan juga mesti mampu mengekspot anak jatinya sendiri bertanding di negeri-negeri lain.
Kalau tidak, naya orang Perak dan Kuale Kangsor yeop..tumpor le kite...
Atau mungkinkah Tengku Adnan Tengku Mansor, Setiausaha Agung UMNO akan segera melakukan "silap mata" mengenai keahlian UMNO Mastura? (SH).
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun May 29, 2016 7:56 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Bekas Komando Orang Asli Diangkat Sebagai Hero di Media Sosial Selepas Kisahnya Melawan 10 Perompak Tersebar
siakapkeli.my
PETALING JAYA, 26 Mei: Seorang bekas komando Orang Asli diangkat hero di media sosial apabila kisahnya melawan 10 orang perompak dengan hanya menggunakan sebilah parang dikongsi di media sosial.
Kisah John Bah Tuin itu, seorang bekas komando yang kini membuka Cameron Highlands Rainforest Inn Resort di Ringlet, Cameron Highland dikongsi oleh seorang aktivis hak asasi, Siti Kasim di Facebook.
Menurut Siti, insiden itu berlaku pada malam Sabtu, ketika dia sedang dalam perjalanan dari Mensun ke Ringlet, lapor FMT.
"Dia memberhentikan kereta di tepi jalan apabila tiga buah kereta menghalang laluannya.
"Sekumpulan lelaki itu menyuruh dia keluar dan cuba untuk merompaknya
"Tapi malang buat mereka kerana telah memilih orang yang salah", kata Siti.
Siti berkata lagi, John kemudian menumpaskan kesemua mereka dengan sebilah parang yang sentiasa dibawa olehnya.
John juga telah menetak tangan salah seorang dari mereka ketika pergelutan, kata Siti menceritakan kembali apa yang John telah ceritakan kepadanya.
John juga telah membuat laporan polis susulan kejadian.
"Ini sangat luar biasa... seorang lelaki melawan sepuluh perompak. Ada juga yang hilang tangan"
Siti juga meminta John supaya tidak degil dan pergi berjumpa doktor untuk memeriksa kecederaannya.
"Dia berdarah ketika bercakap dengan saya
"Dia enggan pergi berjumpa doktor. Saya berharap dia OK"
Sementara itu, di Facebook, orang ramai mengangkat John sebagai wira setelah membaca kisah yang dikongsi Siti itu sehingga ada yang menyifatkan apa yang berlaku ibarat dalam filem aksi hollywood. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun May 29, 2016 7:57 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
1,708 kenderaan klon telah disita setakat ini – JPJ
paultan.org
By Izwaashura Sadali
Berikrar mahu membanteras sindiket kenderaan klon hingga ke akar umbi, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) nekad untuk meneruskan operasi mengesan kenderaan mewah klon tersebut. JPJ mendapati, ia masih lagi digunakan pengguna jalan raya di negara ini, laporan Bernama.
Bercakap kepada pihak media semalam, Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata pihaknya masih kekal komited dan operasi besar-besaran akan terus diadakan bagi mengesan pengguna yang masih berdegil menggunakan kereta klon tersebut.
"Semua sedia maklum menggunakan kereta klon adalah salah. Justeru, kami nasihatkan semua pengguna kereta klon agar menyerahkan kenderaan mereka kepada pihak berkuasa sama ada JPJ atau PDRM, sebelum dikesan. Sekiranya dikesan, tindakan undang-undang akan diambil," ujar Ismail.
Katanya lagi, banyak kesalahan yang boleh diambil ke atas pemilik kenderaan klon ini termasuk ia tidak didaftarkan, penggunaan cukai jalan palsu, nombor pendaftaran palsu dan sebagainya.
Jika disabit kesalahan, pengguna kereta klon boleh didenda sehingga RM50,000.
"Namun sekiranya pemilik kenderaan klon menyerahkan kereta mereka, kita tidak akan ambil apa-apa tindakan. Sehingga kini sebanyak 1,708 buah telah disita dan saya yakin masih banyak lagi yang belum disita, dengan jumlah yang tidak diketahui. Mungkin 2,000 hingga 3,000 buah lagi," sambungnya.
Tambah Ismail, beliau yakin sindiket kereta klon akan dapat diselesaikan sepenuhnya selepas pelaksanaan Sistem Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) yang kini sedang dibangunkan.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun May 29, 2016 8:45 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Bimbang Dimarah, Anak Tok Guru Nik Aziz Buat 'U-Turn
bloglist-malaysia.
Posted by Jeebond BLM
Nik Omar (kanan) ketika menjadi panel dalam 'Wacana : Dunia Pendidikan Tok Guru' di Auditorium Karangkraf, di sini, hari ini.
SHAH ALAM - Anak sulung bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Omar memberitahu Allahyarham ayahnya itu seorang yang garang namun masih tetap didekati orang lain.
Hinggakan ada ketika mereka adik beradik sanggup membatalkan niat untuk bertemu dengan Allahyarham gara-gara takut dimarah.
Akui sukar untuk bertemu dengan si ayah, Nik Omar berkata mereka adik beradik telah berpakat untuk pulang setiap minggu pada hari yang sama demi meluangkan masa bersama.
"Kesibukan beliau, kita adik beradik memang rasa. Nak jumpa, bercakap memang susah. Kami pakat balik malam Khamis setiap minggu.
"Masa itulah kita boleh bercakap dan di depan kami yang bercakap itu bukan Musyidul Am Pas, Menteri Besar (Kelantan) tapi seorang ayah kepada anak yang perlukan kasih sayang.
"Tapi kadang-kadang memang rasa takut sebab Tok Guru ini bekeng (garang). Tapi bekeng bekeng dia, orang nak pergi (jumpa). Ada sekali itu kita nampak dia, kita pusing balik sebab takut dia marah," katanya ketika perkongsian pada 'Wacana : Dunia Pendidikan Tok Guru' di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.
Mengimbau kembali kenangan bersama Allahyarham, Nik Omar yang juga merupakan Pengetua Kompleks Pendidikan Darul Anuar berkata, walaupun ayahnya itu kurang sihat, jika topik politik dibuka, ayahnya itu kembali segar.
"Kami bercakap tentang banyak perkara termasuk sukan, isu antarabangsa, pertanian, isu semasa dan dia akan respons
"Tapi kami memang pakat tak cakap hal politik sebab politik ini kalau dia letih pun dia jadi segar. Tapi lepas itu dia demam balik," katanya.
Katanya lagi, ada Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang pelik dengan cara Allahyarham menutup lampu dan kipas sendiri sebelum meninggalkan pejabatnya.
"Tapi kita (keluarga) tidak pelik sebab di rumah juga dia buat begitu. Semua dia tutup sendiri sebelum meninggalkan bilik. Kehidupan dia begitu sederhana.
"Saya pun baru tahu bila Galeri Tok Guru dibuka, dalam bilik air dia ada baldi buruk usia puluh tahun pun masih digunakan.
"Guna air untuk mandi pun sangat minima. Apa Nabi amalkan, Allahyarham ikut. Nasi sebutir pun dia habiskan," katanya.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun May 29, 2016 8:46 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Racun tidak dikesan dalam Quaker Oat pasaran tempatan
bloglist-malaysia.blogspot
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie
PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan mengesahkan produk makanan bijirin oat jenama Quaker Oats yang dijual di pasaran tempatan tidak mengandungi glyphosate iaitu sejenis racun rumpai.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata mengikut sub peraturan 41(3), Peraturan-Peraturan Makanan 1985, kadar maksimum residu glyphosate yang dibenarkan dalam makanan bijirin termasuk oat adalah 30miligram/kilogram (mg/kg).
"Kementerian Kesihatan mengambil maklum isu residu racun perosak glyphosate dalam produk makanan bijirin jenama Quaker Oats yang disiarkan melalui laman web Fox News dan New York Post serta tersebar luas di media sosial kebelakangan ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Katanya laman web itu melaporkan seorang pengguna di Brooklyn, Amerika Syarikat mengemukakan saman ke atas syarikat pengeluar makanan bijirin jenama Quaker Oats kerana syarikat itu didakwa menyembur glyphosate ke atas oat sebagai agen pengering sejurus sebelum oat dituai.
Menurut Noor Hisham, pihaknya sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam keselamatan pengguna melalui penguatkuasaan bersungguh-sungguh dan berterusan demi memastikan tahap keselamatan dan kualiti makanan terkawal.
"Pengguna boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun May 29, 2016 8:46 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
'Amy Lawat Hendak Tunjuk Pada Media' – Yazit Search
bloglist-malaysia.
Posted by Jeebond BLM
Makin lama, makin panas. Itulah yang boleh kami gambarkan tentang konflik yang berlaku antara ahli kumpulan Search dengan pemain dramnya, Yazit Ahmad.
Terbaharu, Yazit, 54, yang merupakan pengasas Search mengeluarkan kenyataan bahawa vokalis kumpulan itu, Amy melawatnya di hospital suatu ketika dahulu tidak ikhlas.
Sebaliknya, dakwa Yazit, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman hanya mahukan perhatian media semata-mata.
Menurutnya, Amy melawatnya di hospital waktu itu ketika dia berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
"Nampak atau tidak muslihat dia? Saya tidak sedarkan diri. Dia ambil tangan saya, bersalam, muka dia senyum tengok kamera. Apa maknanya itu? Dia hendak tunjuk pada media dia bagus.
"Sebagai kawan, dia tidak perlu buat begitu. Sepatutnya duduk sebelah bacakan saya Yaasin kerana saya pada itu koma, 50-50. Itu lebih afdal tetapi hendak glamor juga.
"Dia datang sendiri atau isteri saya hubungi? Isteri saya hubungi minta datang tengok. Lepas itu dia buat cerita lain. Kena paksa [datang] dengan isteri saya, bukan ikhlas,"katanya kepada ProjekMMO sewaktu menjalani rawatan hemodialisis di Setapak, Kuala Lumpur, kelmarin.
Pada minggu lalu, Amy menafikan mengabaikan Yazit sepanjang enam tahun menerima rawatan di hospital.
Jelasnya, dia pernah melawat pemain dram itu dan mempunyai bukti gambar di hospital yang tidak didedahkan kepada umum.
Sementara itu, Yazit turut memberi amaran kepada ahli-ahli Search agar tidak mengeluarkan kenyataan berlebihan jika tidak mahu menerima akibat.
Jelasnya, satu buku mengenai Search akan diterbitkan tidak lama lagi dan sekiranya mereka berlebih-lebih, dia akan mendedahkan segalanya kepada umum.
Konflik antara Yazit dan Amy timbul setelah pemain dram itu mendakwa tidak menerima wang pendahuluan 'Konsert Search 35 tahun' sehingga perkara itu dilaporkan ke balai polis.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun May 29, 2016 8:48 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Memandu Melebihi Had Muatan Dan Merbahaya, Pemandu Lori Sedang Diburu Polis
siakapkeli.my
TEMERLOH: Pihak Polis kini dilaporkan sedang giat mengesan pemandu lori yang membawa muatan berlebihan dan dilihat memandu secara merbahaya, lapor Sinar Harian.
Tindakan pemandu lori berkenaan yang memandu secara merbahaya telah berjaya dirakam oleh pengguna jalan raya dan video berkenaan telah menjadi viral di laman sosial.
Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh, Superintendan Zundin Mahmood berkata, polis menerima maklumat daripada orang ramai dan menerusi media sosial.
Berdasarkan video, pihak polis mengenal pasti lokasi kejadian berkenaan berlaku di jalan Kuala Lumpur-Kuantan dekat simpang Kampung Belengu di sini.
"Kita sudah kenal pasti lori terbabit dan sedang mengesan pemandunya, kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 42 (1) berikutan memandu secara melulu dan berbahaya," katanya.
Berdasarkan rakaman video, lori berkenaan yang membawa muatan berlebihan sehingga melebihi had tinggi telah memandu memasuki lorong bertentangan bagi melalui bawah jambatan di mana lorong bertentangan berkenaan terdapat kenderaan lain di hadapannya.
"Rakaman menunjukkan pemandu lori bertindak masuk lorong bertentangan selepas menyedari muatan dibawa, hampir tersangkut pada jambatan di lokasi kejadian.
"Disebabkan kedudukan struktur jambatan lebih tinggi di laluan bertentangan, jadi pemandu ini mengubah haluan secara tiba-tiba," katanya. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun May 29, 2016 8:48 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Setiap Malam Mengalir Air Mata, Kini Gadis Ini Berjaya Miliki Range Rover dan Audi Pada Usia 24
siakapkeli.my
Kejayaan itu bukan dinilai sebanyak mana seseorang itu memiliki harta tetapi dinilai dengan kegigihan seseorang itu sehingga berjaya mencapai dan memiliki apa yang diidamkan. Itu baru lah dikatakan berjaya.
Itulah kisah yang Siakap Keli ingin paparkan kali ini yang mana seorang wanita, Ainin Sofieya yang latar belakangnya bukanlah dari keluarga yang senang. Jauh sekali untuk memiliki kemewahan seperti yang dikecapinya sekarang.
Namun berkat usaha gigih bermula dari bangku sekolah lagi sehinggalah mampu memiliki sebuah banglo dan kereta mewah. Harapan kami berkongsikan kisah ini supaya dapat dijadikan inspirasi kepada pembaca yang mana hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.
Assalamualaikum.
Saya bukanlah datang dari golongan yang senang dan ianya bukan mudah untuk saya kecapi apa yang saya ada sekarang. Ayah saya telah meninggal sewaktu saya dan adik2 masih kecil. Ibu saya lah yang bertungkus lumus menjaga saya dan adik-adik..
Mencari Duit Seawal Bangku Sekolah
Saya mula mencari duit sampingan seawal umur belasan tahun lagi sewaktu saya dibangku sekolah menengah. Antaranya saya pernah buat servis "rebonding" rambut lepas waktu sekolah. Saya buat dirumah sahaja dan ibu lah yang mengeluarkan modal untuk membeli barangan kelengkapan. Saya juga pernah bantu mak cik dekat rumah saya jual pisang goreng ketika pembantunya tak datang. Saya tak pernah malu untuk lakukan apa pun kerja walaupun bukan kerja "glamour" , asalkan rezeki itu halal. Ibu saya tak pernah sesekali pun menyuruh saya mencari duit sendiri, tetapi dia juga tidak menghalang. Saya mencari duit sampingan bukan kerana saya hidup susah sahaja, tetapi untuk membeli barangan kehendak saya dan juga disebabkan minat yang mendalam dalam bisnes.
Selepas tamat SPM, saya kerja menjual jus buah-buahan di depan sekolah sementara menunggu panggilan untuk sambung belajar. Saya mendapat tawaran daripada UITM dengan kursus Electrical Engineering (Electronic) tetapi terpaksa tolak sebab saya lebih meminati kursus Quantity Surveying di sebuah kolej swasta. Belanja dekat sini bukanlah murah, saya mula aktif berniaga secara online sebagai dropship sahaja.
Mula Berniaga Secara Atas Talian Ketika di Kolej
Pada tahun 2010, satu-satunya kereta keluarga saya iaitu kereta kancil telah "total lost" akibat kemalangan. Ibarat patah kaki, nak kemana-mana pun susah kena tumpang orang. Ibu saya tekad guna duit simpanan untuk beli secara cash kereta secondhand tetapi ditipu rakannya pula. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Akhirnya ibu saya mampu beli sebuah kereta saga lama dengan harga RM2-3 ribu kalau tak silap saya. Kereta tu agak buruk, atapnya pula bocor. Bila hujan air akan menitik masuk dalam kereta. Aircond pula tidak berfungsi. Tiap kali hujan cermin akan berwap, terpaksa lap cermin menggunakan tangan dari sebelah dalam. Kadang-kadang lemas pun ada terpaksa berkurung dalam kereta yang tak ber-aircond, nak buka cermin takut air hujan masuk pula.. Tapi satu je saya salute dengan ibu saya, dia tak pernah merungut walau sekali. Sentiasa tenang dan tersenyum. Tapi hati anak mana yang tidak sedih melihat keadaan itu. Tambahan pula masa tu saya masih lagi belajar, memang sangat sedih teringatkan keadaan ibu dan adik-adik di kampung. Hampir setiap malam mengalir air mata.
Pada masa itu lah turning point saya, saya betul-betul tekad untuk ubah hidup keluarga. Saya nak cukup saya je merasa susah asalkan adik-adik saya senang. Pada umur saya awal 20-an, saya pulun habis-habisan untuk mencari duit. Menjadi dropship memberikan banyak ruang dan peluang untuk saya. Saya tak perlu keluarkan modal, packing dan pos barang. Hanya perlu promote dan melayan customer sahaja. Risiko juga rendah dan sangat sesuai untuk yang baru nak berjinak dalam bisnes online. Tapi saya jenis tak suka berada di takuk sama, saya sentiasa cari cara untuk upgrade setiap apa yang saya buat. Saya mula keluarkan modal untuk ambik stok supaya untung lebih besar dan lebih mudah untuk saya "cash on delivery" (COD) dengan customer. Setiap malam saya tak cukup tidur untuk melayan customer. Habis je kelas saya akan tumpang orang untuk pos barang. Hampir setiap hari kena beratur panjang walaupun untung yang saya dapat tak seberapa. Kat rumah sewa saya penuh dengan stok yang saya borong sedikit demi sedikit.
Berbekalkan RM100, Beliau Menjadi Stokis, Malam Siapkan Tempahan Kek & Biskut
Tamat je belajar saya buka kedai kecil pertama saya. Pelbagai barangan saya jual antaranya pakaian, produk kecantikan, dan juga dessert yang saya buat sendiri. Daripada agent sahaja saya upgrade pula jadi stokis berbekalkan duit keuntungan yang saya kumpul. Bagi saya, kalau nak berjaya dalam bisnes kena berani ambik risiko. Daripada modal serendah RM100, meningkat kepada RM200, RM400 dan meningkat ribuan ringgit ketika saya mula menjadi stokis kepada beberapa produk. Sebelah siang saya jaga kedai dan packing barang untuk dipos. Sebelah malam pula saya melayan whatsapp daripada customer dan menyiapkan tempahan kek dan biskut. Hampir setiap malam saya tidur pukul 3-4 pagi dan kadang-kadang sampai subuh. Maklumlah oven saya kecil je, sekali bakar hanya dapat sebalang dua biskut. Pada bulan puasa pula saya mengambil kesempatan membuka gerai di depan kedai saya, kebetulan kat depan kedai ada mini bazaar ramadhan tiap-tiap tahun. Permintaan biskut juga meningkat pada masa tu sampaikan di malam raya saya tak tidur sampai ke pagi raya siapkan tempahan. Selepas mandi terus hantar kek kepada customer-customer yang ada. Saya bersyukur saya pandai mengambil peluang yang ada di depan mata dan buat sehabis boleh. Walaupun penat dan lenguh-lenguh badan akibat kerja tanpa henti tapi saya tak pernah merungut dan merasa puas bila apa yang saya buat mendapat sambutan. Semuanya saya buat seorang diri, sayalah kuli sayalah bos..
Perniagaan saya semakin lama semakin maju dan saya sudah mempunyai ramai pelanggan tetap. Pada suatu hari saya tekad untuk membuat produk kolagen sendiri. Walaupun saya susah, tapi dah jadi fitrah wanita memang sukakan kecantikan. Saya nak kelihatan cantik dan bantu wanita lain untuk kelihatan cantik. Memang inilah impian saya sejak kecil tak sangka menjadi kenyataan. Saya banyak dibantu oleh kekasih hati saya yang kini dah jadi suami saya. Dialah yang menjadi tulang belakang dan banyak menyumbangkan tenaga serta buah fikiran untuk memajukan bisnes kami. Berkat usaha kami alhamdulillah produk kami iaitu Belleza Collagen semakin dikenali, bukan dikenali kerana iklan dan marketingnya tetapi dikenali kerana ribuan testimoni berjaya.
Jika Dahulunya Hanya Sebuah Kereta Buruk, Kini Beliau Memiliki...
Siapa sangka dari anak kampung yang dulu hidupnya susah, pernah naik kereta berlubang sini sana dan atap kereta bocor kini mampu mempunyai 3 buah kereta iaitu Range Rover Evoque, Audi dan Myvi seawal umur 24 tahun. Kalau dulu saya lah kuli, saya lah bos kini saya mampu menggajikan ramai pekerja untuk memudahkn urusan saya. Kedai saya yang dulunya sempit dan kecik kini dah upgrade kepada yang lebih selesa dan luas. Hidup saya kini berubah hampir 360 darjah! Tak pernah menyangka usaha saya selama ini akan membuahkan hasil. Saya dulu dibenci kini dipuji. Yang dulu menjauh kini datang mendekat. Alhamdulillah syukur, dari zero kini sale bulanan mencecah 6 angka.
Tiada niat walau sedikit pun untuk riak dan takbur. Tetapi saya harap dengan perkongsian saya ini mampu memberi semangat dan inspirasi kepada mereka yang hidup susah seperti mana saya dahulu. Tiada apa yang mustahil jika kita sanggup berusaha. Jangan pernah malu untuk mengubah hidup kita walaupun ada yang menyindir dan mengata. Kesenangan takkan datang bergolek tanpa usaha. Kalau jatuh sekali pun jangan takut untuk kembali bangun. Walau diuji berkali-kali hadapilah dengan tabah insyaAllah yang pahit itu akan ada manisnya nanti. Sekian..
Membaca kisah hidupnya dari zero hingga mengecapi kejayaan seperti ini maka apa pula alasan kita? Dia juga manusia, kita juga manusia. Apa yang penting adalah usaha dan paling penting adalah jalan. Betul perjalanan anda dan gigih usaha kita maka, insyaAllah..
Gambar-Gambar Lain
Pernah Dibuang Daerah Kerana Sertai Kongsi Gelap, Kini Jadi Jutawan di Usia 25 Tahun
siakapkeli.my
SEREMBAN - Ketika usianya 19 tahun, dia pernah dihukum buang daerah atas kesalahan menyertai kongsi gelap, tapi siapa sangka dia kini adalah seorang jutawan hasil menjual sabun anti-jerawat.
Jutawan tersebut, Muhammad Zukermi Edi, 25, menceritakan kisahnya bagaimana hukuman itu menjadi titik perubahan dalam hidupnya.
Kena Lapor Diri 2 Kali Seminggu Selama 2 Tahun
Sepanjang tempoh dua tahun dia dibuang, Zukermi tahun, tidak dibenarkan meninggalkan daerah Rembau dan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan dua kali dalam seminggu.
Lebih dari itu, hidup Zukermi menjadi lebih perit apabila keluarganya di Puchong, Selangor enggan berhubung lagi dengannya. Di Rembau, kehidupan Zukermi tidak tentu arah dan dia melakukan pelbagai kerja untuk menyara kehidupan.
Ibarat Gelandangan
Setiap hari, dia menumpang beg pakaiannya di sebuah kedai di pekan Rembau dan apabila malam berlabuh dia akan mencari kawasan seperti stesen bas atau surau untuk melelapkan mata.
Sepanjang dua tahun yang hitam itu juga, masyarakat sekeliling di pekan itu memandang serong terhadap Muhammad Zukermi kerana mereka mengetahui dia sedang menjalani hukuman buang daerah.
Kembali Selepas Dua Tahun
Selepas dua tahun, Zukermi kembali ke ibu negara selepas tamat tempoh hukuman. Dia kemudian mula mencari kerja di Kuala Lumpur dengan melakukan pelbagai kerja termasuk dengan menjaga parkir kereta.
Dapat Ilham di Kafe Siber
Dek kerana merasakan kehidupan di ibu kota sukar, Zukermi kemudian kembali ke Rembau. Satu hari, ketika dia melepak di kafe siber, Zukermi mendapat ilham untuk menjual produk online. Dia mula menjual produk kesihatan dengan mengiklankannya di media sosial.
Sebaik sahaja menerima tempahan, Muhammad Zukermi mendapatkan produk yang dipesan itu, dan mengeposnya kepada pelanggan. Hasilnya, dia menerima tidak kurang tiga pelanggan setiap hari bermula dari saat itu.
Produk pertama yang dijual ketika itu merupakan barangan kesihatan lelaki. Apabila mendapat sambutan, Muhammad Zukermi mula menjual sabun anti jerawat.
Allah itu Maha Pemurah. Apabila hambanya berusaha, maka akan dianugerahkan rezeki melimpah ruah. Itu jugalah yang terjadi kepada Muhammad Zukermi. Sabun anti jerawat yang dijualnya mendapat sambutan hangat. Justeru, dia mula menjual sabun itu atas jenamanya sendiri, MZ Secret Soap.
Balik Jumpa Ibu Bapa
Selepas perniagannya stabil, Zukermi lantas teringat kepada ibu bapanya. Zukermi kemudian pulang bertemu mereka dengan memandu kereta pertama yang dibelianya iaitu Proton Perdana.
"Pada mulanya, ibu bapa saya langsung tidak percaya saya pulang dengan kereta sendiri. Malah mereka ingat saya dapat duit banyak kerana jual dadah. Tetapi apabila saya katakan saya jual sabun dan menunjukkan kisah saya di keratan akhbar, mereka lega dan percaya.
"Malah mereka datang melawat saya di pejabat. Syukur hubungan saya dan keluarga kini sudah baik. Malah mereka juga menjadi pendorong semangat saya untuk terus berjaya di bidang ini," katanya sebagaimana lapor Utusan Online.
Kongsi Kisah di Facebook
Zukermi tidak malu untuk berkongsi kisahnya di Facebook kerana mahu ia dijadikan pengajaran dan inspirasi buat anak-anak muda yang mempunyai impian namun masih tidak nampak jalan atau peluang.
Masih terngiang-ngiang kata-kata yang pernah dihambur kepadanya suatu ketika dahulu. "Kau budak tak habis sekolah, kerja mencuri sahaja, jangan nak berangan sangatlah. Budak tak guna!". Kata-kata itu, sebenarnya menjadi pendorong yang menguatkan lagi azam anak muda ini untuk terus berjaya tanpa menoleh ke belakang lagi.
Zukermi kini mempunyai syarikatnya sendiri, MZ Secret Sdn Bhd dan memasarkan produk keluarannya sendiri menerusi online.
Selain sabun jerawat, syarikatnya kini turut mengeluarkan beberapa produk lain termasuk Azanis Scar Serum yang dikeluarkan erbsama rakan kongsi yang juga isterinya, Nur Azianis Zulkifli. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun May 29, 2016 8:48 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Honda Malaysia lanjutkan panggilan semula terhadap 58,140 lagi kenderaan keluaran mereka berhubung masalah inflator beg udara bahagian pemandu Takata
paultan.org
By Mohd Farid Awaludin
Honda Malaysia (HM) hari ini mengeluarkan kenyataan panggilan semula terhadap 58,140 lagi kenderaan-kenderaan keluaran mereka berhubung masalah inflator beg udara.
Jumlah kenderaan, jenis kenderaan dan tahun dibuat yang terlibat dalam sesi panggilan semula kali ini adalah seperti seperti jadual diatas.
Unit inflator beg udara bahagian pemandu pada kenderaan-kenderaan yang terlibat dalam panggilan semula ini akan ditukar dengan unit yang baharu. Langkah proaktif ini dilakukan adalah untuk memastikan keselamatan pelanggan.
Kesemua pemilik kenderaan yang terlibat akan diberitahu melalui surat pemberitahuan yang turut mengandungi butiran panggilan semula ini. Pelanggan yang menerima surat tersebut adalah dinasihatkan untuk menghantar kenderaan anda ke pusat servis Honda yang sah untuk diperiksa. Penukaran alat ganti yang terlibat akan dilakukan sejurus selepas alat ganti tersebut diterima. Segala kos alat ganti dan kos buruh juga ditanggung sepenuhnya oleh pihak HM.
Honda Malaysia kesal dengan kesulitan yang dihadapi oleh kesemua pelanggan yang terlibat. Mereka juga turut sekali lagi menyatakan kesemua model yang dijual buat masa sekarang adalah sama sekali tidak terlibat dengan panggilan semula yang dijalankan ini. Mereka juga turut sedang berusaha untuk menggesa semua pemilik kenderaan yang terlibat dengan panggilan semula melibatkan beg udara bahagian pemandu ini agar datang segera ke pusat servis Honda bertauliah untuk diperiksa.
Panggilan semula terhadap unit inflator beg udara Takata ini berlaku di peringkat global. Inflator tersebut dilaporkan pecah dahulu sebelum ia meletupkan beg udara atas beberapa faktor.
Bagi mereka yang mempunyai kenderaan Honda terutamanya yang telah lama tidak berhubung dengan Honda Malaysia, anda digalakkan untuk menyemak kenderaan anda sama ada terlibat atau tidak dengan panggilan semula yang diumumkan di laman web Honda Malaysia atau hubungi talian bebas tol 1-800-88-2020. Anda juga boleh kunjungi mana-mana pusat servis bertauliah Honda untuk menyemak status tersebut.
Honda panggil balik lagi 21 juta kenderaan di seluruh dunia ekoran masalah beg udara Takata – laporan
paultan.org
By Izwaashura Sadali
Honda dalam perancangan untuk memanggil balik lagi 21 juta kenderaan di seluruh dunia untuk menukar beg udara yang dibekalkan oleh Takata. Ia diumumkan oleh Pentadbiran Keselamatan Trafik Jalan Raya Negara Amerika Syarikat (NHTSA), di mana program panggil balik itu adalah disebabkan kegagalan pengepam beg udara buatan Takata.
Dengan peningkatan jumlah kenderaan yang terlibat dalam program balik ini, setakat ini ia telah melibatkan sehingga 51 juta unit. Pembuat kereta berkenaan juga sedang dalam proses mengenalpasti semua beg udara yang terjejas yang dibekalkan oleh Takata. Malah Honda turut telah menggugurkan pembekal beg udara tersebut untuk semua model sejak November 2015.
Dalam laporan yang disiarkan oleh The New York Times, Tetsuo Iwamura, timbalan eksekutif presiden dan pegawai eksekutif Honda, bagaimana pun tidak mendedahkan jumlah kenderaan yang terlibat di Amerika Syarikat atau lain-lain negara. Sementara itu, laporan Australia Drive berkata Honda Australia juga akan mengumumkan lebih banyak panggilan semula ini jika diperlukan.
Sehingga kini, terdapat 13 kematian telah diumumkan di seluruh dunia akibat kegagalan beg udara Takata ini, termasuk dua kes yang berlaku baru-baru ini di Malaysia. Takata dijangka akan melaporkan jumlah kenderaan yang terjejas, dalam masa terdekat ini, laporan BBC.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment