Monday, March 13, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4700[2 Attachments]

15 Messages

Digest #4700
2
Fw: BANGGA JADI RAKYAT MALAYSIA by "~:eSpAcE9808:~" rienacom
4
8
Fw: Info Mas Kahwin Ikut Negeri by "~:eSpAcE9808:~" rienacom
9
Fw: Sos Itu Bukan Keluaran Adabi by "~:eSpAcE9808:~" rienacom
11
13
Fw: Bergaji RM12,000 Pun Mohon BR1M by "~:eSpAcE9808:~" rienacom
15

Messages

Mon Mar 13, 2017 7:32 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Penahanan Exco: SPRM Rampas 150 Beg Mewah, MPV & Wang Tunai RM41,000
siakapkeli.my

JOHOR BARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merampas 150 beg tangan jenama mewah, wang tunah dan sebuah kenderaan pelbagai guna di kediaman seorang Exco kerajaan negeri Johor selepas beberapa jam ditahan.

Rampasan dibuat dalam satu satu serbuan selepas Exco itu ditahan pada jam 10.50 pagi Khamis.

Antara beg berjenama yang dirampas adalah Chanel, Prada, Gucci, Salvatore Ferragamo dan Louis Vuitton.

SPRM turut merampas sebuah kereta Toyota Vellfire dan wang tunai RM41,000.

SPRM dalam satu kenyataan meminta semua pihak agar tidak membuat spekulasi mengenai perkara itu dan memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan secara telus.

Sumber: MStar

----- Original Message -----
From: ~:eSpAcE9808:~
To:
Sent: Thursday, March 09, 2017 10:12 PM
Subject: Fw: Skandal tanah dan rumah Johor — Exco ditahan SPRM

Skandal tanah dan rumah Johor — Exco kerajaan negeri ditahan SPRM
bloglist-malaysia.blogspot
milosuam.net

AHLI Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri Johor Datuk Abdul Latif Bandi dilapor telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung skandal besar tanah dan rumah di negeri itu.

Abdul Latif dilaporkan telah ditahan kira-kira pada jam 11 pagi tadi, di pejabat SPRM Johor ketika hadir kerana dipanggil oleh suruhanjaya itu untuk soal siasat berhubung skandal terbabit.

Ketua Pengarah SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad telah mengesahkan penahanan tersebut di Menara Star ketika mengadakan lawatan hormat bersama-sama pegawai senior SPRM bersama dengan pihak media.

Abdul Latif merupakan Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor sebelum diarahkan bercuti sementara menunggu hasil siasatan terhadap skandal tanah terbabit.

Minggu lalu anak kepada exco terbabit bersama-sama dengan pegawai khasnya telah ditahan oleh SPRM dalam satu serbuan yang dijalankan oleh suruhanjaya itu.

Sekitar RM15 juta daripada 45 akaun-akaun bank telah dibekukan berhubung tangkapan tersebut. Turut dirampas, 21 buah kereta mewah dan 5 motorsikal berkuasa tinggi.

Seorang peguam dan 2 pemaju bersama-sama dengan seorang lagi suspek telah ditahan dalam siri serbuan pada hari yang sama. SPRM setakat ini telah menyoal siasat lebih 15 orang berhubung kes tersebut.

Read more: http://www.milosuam.net/2017/03/skandal-tanah-dan-rumah-johor-exco.html#ixzz4apcKqx00

----- Original Message -----
From: ~:eSpAcE9808:~
To:
Sent: Sunday, March 05, 2017 8:22 PM
Subject: Fw: Skandal tanah Johor, TH & Felda

Skandal tanah: Exco Johor disoal siasat, sultan 'murka'
bloglist-malaysia.blogspot
dialograkyat.blogspot
Dicatat oleh ELBI RISALAH
MALAYSIAKINI

Exco Jkerajaan negeri Datuk Abd Latif Bandi mula bercuti hari ini untuk suatu tempoh yang belum diputuskan berikutan siasatan rasuah skandal penukaran status hartanah bumiputera.

Menurut Bernama, Abdul Latif yang bertanggungjawab terhadap Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor memohon bercuti daripada Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pagi ini.

"Dia (bercuti) nak uruskan isu yang ada kaitan dengan keluarga dan pegawai dia," kata exco Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Koperasi dan Pembangunan Usahawan Johor Datuk Md Jais Sarday.

"Dia (bercuti) nak uruskan isu yang ada kaitan dengan keluarga dan pegawai dia," kata exco Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Koperasi dan Pembangunan Usahawan Johor Datuk Md Jais Sarday kepada media di Kota Iskandar hari ini.

Katanya susulan itu segala urusan berkaitan portfolio Abd Latif ditangguhkan manakala hal berkaitan pentadbiran akan dirujuk kepada setiausaha kerajaan negeri sementara urusan penting berkaitan dasar dikendalikan oleh menteri besar.

Mengulas lanjut, Md Jais menegaskan permohonan cuti itu bukan bermakna Latif terlibat dalam kes berkenaan.

"Dia (Abd Latif) memang tidak disabitkan dengan siasatan atau dakwaan. Kena jelas tu," katanya sambil menambah isu berhubung rasuah tersebut tidak dibincangkan dalam mesyuarat exco hari ini.

Sementara itu, The Star melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyoal siasat Abdul Latif selama empat jam, semalam.

The New Straits Times yang memetik seorang sumber pula melaporkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, "murka" berhubung perkara itu dan menitahkan exco berkenaan untuk 'menghadap' baginda semalam.

Jumaat lalu, anak exco berkenaan dan pegawai khasnya ditangkap atas dakwaan menerima sogokan untuk menukar lot perumahan bumiputera kepada bukan bumiputera supaya boleh dijual pada harga yang lebih tinggi.

"Ahli exco yang dikaitkan dengan mereka yang ditangkap itu dititahkan menghadap dengan baginda, pagi tadi.

"Baginda (Sultan Ibrahim) murka tetapi saya fikir menteri besar (Datuk Seri Khaled Nordin) lebih berang," lapor NST yang memetik sumber yang tidak dinamakan.

Pemimpin pembangkang telah menggesa Khaled menjelaskan siri tangkapan itu, tetapi menteri besar berkata beliau tidak akan mengulas sehingga siasatan selesai.

SPRM menyoal siasat exco berkenaan sehari selepas mereka menangkap dan menahan reman seorang pemaju berhubung kes itu.

Sejumlah tujuh suspek termasuk seorang peguam dan dua pemaju lain, telah ditangkap dan wang RM15 juta daripada 45 akaun bank dibekukan dalam kes itu.

SPRM turut merampas 21 kereta mewah dan lima buah motosikal berkuasa tinggi dalam serbuan yang berkaitan dengan kes itu.

Rasuah RM15.5 Juta: Suspek Dipercayai Terbabit Aktiviti Tukar Status Rumah Bumiputera Kepada Bukan Bumiputera, Untungkan Pemaju, Susahkan Pembeli Bumiputera
siakapkeli.my

Johor - Enam suspek lelaki yang telah ditahan oleh SPRM berhubung isu rasuah dan penyelewengan membabitkan tanah di negeri ini dipercayai terbabit dalam penukaran status rumah dari Bumiputera kepada bukan Bumiputera.

Lebih mejelekkan lagi, aktiviti penukaran status itu dipercayai dibuat sejak 2013 membabitkan beberapa pemaju di Johor secara langsung menyebabkan mereka yang layak mendapatkan rumah Bumiputera tidak mampu untuk membeli rumah.

"Apabila rumah berstatuskan Bumiputera ditukar kepada bukan Bumiputera harga sesebuah rumah akan meningkat sebanyak beberapa kali ganda daripada harga asal.

"Ini sekali gus apabila penukaran status itu dilakukan ia menguntungkan pemaju dan mereka yang terbabit dalam aktiviti itu, tetapi yang terseksa adalah masyarakat yang ingin memiliki rumah sendiri," kata sumber SPRM menurut laporan Harian Metro.

Mengulas mengenai modus operandi pula, sumber berkata pemaju menyorokkan hampir 30 peratus kuota yang disediakan untuk Bumiputera dari senarai dengan mendaftarkan nama pekerja mereka yang mempunyai status Bumiputera.

Difahamkan juga, pemaju akan membuat permohonan kepada kerajaan negeri untuk menukar status rumah itu dengan alasan ia tidak berjaya dijual, walhal apabila ditanya pembeli, pemaju memberi alasan rumah Bumiputera sudah habis.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato Azam Baki mengesahkan pihaknya sedang menyiasat kewujudan penipuan dalam penukaran status Bumiputera kepada bukan Bumiputera itu.

Beliau berkata, SPRM masih dalam proses menyiasat pejabat suspek untuk mendapatkan dokumen yang boleh membantu mengumpul lebih banyak maklumat berhubung penipuan terbabit.

"Å“Saya tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi akan ditangkap berhubung siasatan kes ini,"€ katanya.

Sumber: Harian Metro

----- Original Message -----
From: ~:eSpAcE9808:~
To:
Sent: Tuesday, February 28, 2017 9:59 PM
Subject: Fw: YG MENJAHANAMKAN MELAYU IALAH ORANG MELAYU SENDIRI...

YANG MENJAHANAMKAN MELAYU IALAH ORANG MELAYU SENDIRI...
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Johor Bahru: Enam suspek lelaki yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu rasuah dan penyelewengan membabitkan tanah di negeri ini dipercayai terbabit dalam penukaran status rumah berstatuskan Bumiputera kepada bukan Bumiputera.

Menurut sumber SPRM, aktiviti penukaran status itu dipercayai dibuat sejak 2013 membabitkan beberapa pemaju di Johor secara langsung menyebabkan mereka yang layak mendapatkan rumah Bumiputera tidak mampu untuk membeli rumah.

"Apabila rumah berstatuskan Bumiputera ditukar kepada bukan Bumiputera harga sesebuah rumah akan meningkat sebanyak beberapa kali ganda daripada harga asal.

"Ini sekali gus apabila penukaran status itu dilakukan ia menguntungkan pemaju dan mereka yang terbabit dalam aktiviti itu, tetapi yang terseksa adalah masyarakat yang ingin memiliki rumah sendiri," katanya di sini, hari ini.

Sumber berkata, modus operandi pemaju menukar status itu adalah dengan menyorokkan hampir 30 peratus kuota yang disediakan untuk pembeli Bumiputera daripada senarai dengan mendaftarkan nama pekerja mereka yang mempunyai status Bumiputera.

Difahamkan, pemaju akan membuat permohonan kepada kerajaan negeri untuk menukar status rumah itu dengan alasan ia tidak berjaya dijual, sedangkan apabila ditanya pembeli, pemaju memberi alasan rumah berstatuskan Bumiputera sudah habis dijual.

Katanya, menerusi maklumat yang dikumpul setakat ini, pemaju akan dikenakan denda pada kadar tertentu yang sepatutnya dimasukkan ke dalam satu tabung khusus yang diwujudkan untuk digunakan bagi tujuan membiayai kemudahan di kawasan perumahan.

Bagaimanapun, hanya sebahagian dari keseluruhan jumlah itu dimasukkan ke dalam tabung berkenaan, manakala bakinya disyaki diseleweng.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato Azam Baki mengesahkan pihaknya sedang menyiasat kewujudan penipuan dalam penukaran status Bumiputera kepada bukan Bumiputera itu.

Beliau berkata, SPRM masih dalam proses menyiasat pejabat suspek untuk mendapatkan dokumen yang boleh membantu mengumpul lebih banyak maklumat berhubung penipuan terbabit.

"Saya tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi akan ditangkap berhubung siasatan kes ini," katanya.

Sumber: h.metro

PEMIMPIN KAKI REMBAT AKAN MELAHIRKAN RAKYAT KAKI REMBAT
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Mar 13, 2017 7:32 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



BANGGA JADI RAKYAT MALAYSIA LEPAS TENGOK GAMBAR NI...
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Mar 13, 2017 7:32 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



90Juta Pas - SPRM Kata Tiada Unsur Teruskan Siasatan
bloglist-malaysia.blogspot
bankami.blogspot

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah meneliti dakwaan PAS menerima RM90 juta daripada Umno, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low.

Bagaimanapun, katanya, penilaian jawatankuasa penilaian mendapati maklumat diterima tidak jelas dan tiada unsur-unsur yang membolehkan siasatan dibuat.

"Bagaimanapun, SPRM mengalu-alukan sekiranya mana-mana orang yang mempunyai maklumat berkaitan dengan isu yang dibangkitkan ini hendak melaporkannya kepada pihak SPRM," katanya dalam jawapan bertulis di parlimen.
Low berkata demikian ketika menjawab soalan anggota parlimen Sepang Hanipa Maidin daripada Parti Amanah Negara (AMANAH) yang mahu tahu sama ada SPRM atau pihak polis menyiasat dakwaan itu.

Laman pembocor maklumat Sarawak Report pada Ogos lalu mendakwa terdapat "spekulasi meluas" bahawa PAS menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bekas naib presiden PAS yang berpaling tadah kepada AMANAH Datuk Husam Musa berkata wang itu dimasukkan ke akaun di Bank Affin, tanpa mendedahkan maklumat lanjut.

PAS menafikan dakwaan itu dan melantik peguam di United Kingdom (UK) untuk menyaman pengendali Sarawak Report Claire Rewcastle-Brown yang beroperasi daripada London.

MK

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Mar 13, 2017 7:33 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Ada Najis Dan Bangkai Tikus Dalam Dapur Tempat Memasak, Restoran Nasi Kandar Terkenal Antara Diarah Tutup
siakapkeli.my

Georgetown: Sebuah restoran nasi kandar terkenal di Pulau Pinang antara dua buah restoran yang diarahkan tutup dua minggu selepas didapati kotor dalam operasi di Jalan Penang, di sini, pagi tadi, lapor Harian Metro.

Ahli Majlis MBPP, Oh Ah Teong berkata, hasil pemeriksaan mendapati tahap kebersihan dua restoran berkenaan tidak begitu memuaskan dimana dibahagian dapur restoran berkenaan terdapat najis dan bangkai tikus serta lipas berkeliaran terutamanya di bahagian stor daput.

Operasi jam 10 pagi hingga 1 tengah hari itu membabitkan sepasukan 20 pegawai dan anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Menurut beliau lagi, kes berkenaan seterusnya akan dipantau Jabatan Kesihatan Negeri Daerah Timur Laut untuk tindakan selanjutnya.

"Tindakan penutupan premis diambil mengikut Seksyen 11B Akta Makanan 1983 dan sabit kesalahan boleh dipenjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

"Kami turut mengeluarkan tiga kompaun berjumlah RM1,340 ke atas sebuah restoran nasi kandar kerana tiga pekerja tidak menerima suntikan selain perangkap serangga tidak berfungsi," katanya. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Mar 13, 2017 7:33 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Isu 136,272 pengundi tiada alamat di Selangor, Hashim kena bertanggungjawab
bloglist-malaysia.blogspot
dialograkyat.blogspot
Dicatat oleh ELBI RISALAH
MSO

Inilah Hashim Abdullah.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Mohd Hashim Abdullah tidak boleh berasa dia tidak bersalah berhubung kes 136,272 pengundi di Selangor yang tidak mempunyai alamat, apabila Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan kerajaan Selangor untuk menyoal balasnya berkaitan perkara itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mendengar rayuan semakan keputusan dibuat kerajaan Selangor memberi alasan untuk tidak membenarkan permohonan kerajaan Selangor memanggil Hashim, kerana Hashim tidak ada maklumat mengenai perkara itu.

Alasan itu betul, tetapi senario yang berlaku dalam daftar pemilih di Selangor itu jelas tempang menunjukkan kelemahan SPR dibawah tanggungjawab Hashim selaku pengerusi di mana atas maruahnya sebagai seorang suruhanjaya bebas beliau kena bertanggungjawab.

Juteru Hashim kena bertanggungjawab dari segi moral dan integriti SPR ke atas ketempangan itu kerana ia akan terus dipersoalkan umum. Ketempangan itu juga akan ditafsirkan dengan berbagai unsur yang menjurus kepada ketidakadilan SPR dalam mengendalikan urusan pilihan raya di negara ini.

Perintah atau keputusan Hakim itu tidak boleh dijadikan lalang untuk melindungi maruahnya.

Ketempangan itu juga menyebabkan minda umum menerima dakwaan Bersih selama ini yang pilihan raya di negara ini tidak dijalankan dengan adil dan saksama serta bias yang jelas. Benarlah desakan mereka agar daftar pemilih terlebih dahulu disucikan sebelum mengakui SPR sebagai bebas dan adil.

Sebagai pengerusi sepatutnya sebelum melaksanakan penyempadanan semula beliau meneliti dan memastikan perkara itu tidak akan berlaku apa lagi sehingga dibawa ke mahkamah. Kalau pun pihaknya ada niat tertentu tetapi janganlah sampai tektik itu terdedah.

Kerana seperti mana dipersoalkan macam mana SPR boleh melakukan penyempadanan semula kawasan dalam keadaan pemilihan tidak diketahui di mana tempat tinggal mereka? Bukankah dengan cara itu menyebabkan pengundi tidak berada dalam lokaliti sepatutnya.

Bukankah pengubahan mereka dengan tidak ada identiti (alamat) itu maka mereka akan diletakkan dalam lokaliti yang tidak sepatutnya, menyebabkan mereka akan memilih calon yang bukan mereka kehendaki. Cara itu juga menyusahkan mereka dan boleh dianggap SPR ada agenda tersendiri?

Yang perlu dimalui oleh Hashim juga, apabila kes 136,272 pengundi yang tidak jelas identiti atau hilang alamat itu, sehinggakan kes itu dibawa ke mahkamah oleh kerajaan Selangor. Tindakan mahkamah itu telah mencabar kredibalitinya sebagai pengerusi SPR yang perlu dilihat adil dan berwibawa.

Sebelum ini tidak ada mana-mana pihak membuat bantahan berkaitan cadangan SPR meminda sempadan, dan kalau ada pun ia tidak sampai ke tangga mahkamah. Ia hanya berlaku dizaman Hashim Abdullah yang mempunyai rekod pernah menjadi pegawai kepada Najib Razak dan Annuar Musa sebelum bersara wajib dalam perkhdimatan awam menjadi pengerusi SPR.

Sekiranya Hashim tidak menjelaskan mengenai masalah 136,727 pengundi di Selangor maka selamanya beliau akan "tercoreng" dengan arang tanggapan umum bahawa beliau berkerja bukan untuk rakyat tetapi untuk orang tertentu.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Mar 13, 2017 7:33 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Wanita Cedera Jari Kaki Dalam Insiden Travelator di Pusat Beli Belah di Subang Jaya
siakapkeli.my

Petaling Jaya: Seorang wanita mengalami kecederaan di ibu jari kakinya selepas tersepit di sebuah travelator di sebuah pusat beli belah di Subang Jaya.

Jurucakap pusat beli belah itu memberitahu The Star bahawa insiden itu membabitkan seorang wanita 38 tahun.

Menurut satu kenyataan di Facebook pusat beli belah berkenaan hari ini, kejadian berlaku ketika wanita itu sedang menyelusuri antara tingkat LG dan B1 menggunakan travelator itu.

Sementara itu, Kosmo! melaporkan Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Hazinan Md. Yusof berkata tujuh pegawai dan anggotanya dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 4.10 petang.

"Sebaik tiba di lokasi itu empat minit kemudian, kami mendapati kaki kiri wanita tersebut masih tersepit dan pihak penyelenggaraan sedang cuba mengeluarkan kaki wanita tersebut.

"Pihak bomba yang berada di lokasi turut membantu dan berjaya mengeluarkan kaki wanita itu kira-kira 10 minit kemudian," katanya.

Foto yang tersebar menerusi WhatsApp menunjukkan sandal yang dipakai oleh wanita tersebut tersepit di travelator berkenaan.

Sumber: The Star, Kosmo!

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Mar 13, 2017 7:34 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



KESIAN RAKYAT KENA GST, MINYAK MAHAL, BARANG MAHAL
bloglist-malaysia.blogspot
mutaligat.blogspot
Posted by Penjana Melaka

Kesian rakyat Malaysia. Dahlah kena bayar GST untuk barangan yang dibeli, minyak naik dan barang semakin mahal.

Hidup susah, mati pun susah, Siapa yang bikin kita susah. Kami pasti tuan-puan semua tahu siapa yang bikin kita susah.

Kasi tukar ini kerajaan dalam PRU14 nanti.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Mar 13, 2017 7:36 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Info Mas Kahwin Ikut Negeri
bloglist-malaysia.blogspot
queachmad.com

Perbelanjaan kahwin semakin lama semakin mahal, harga perbelanjaan naik tak turun-turun, gaji pula naik seciput je..tapi masih ada caranya kalau nak kahwin tanpa buat pinjaman – cuba cara ini [KLIK]
Mampukah anda? Rasanya setakat mas kahwin ramai yang mampu, bab hantaran tu yang pening sikit.
Lebih-lebih lagi kalau kena kategori mak bapak macam nak 'jual' anak tu kan. Mahu kena korek tabung.
Namun, dari satu segi lain pulak, kalau nak ambik anak dara orang, kenalah berbelanja dan berusaha lebih sikit sebagai tanda kesungguhan.
Sebenarnya yang lebih penting adalah keikhlasan membina masjid, bukan duit yang diperlukan untuk bina masjid itu semata-mata.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Mar 13, 2017 8:21 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Sos Itu Bukan Keluaran Adabi - Presiden Adabi
siakapkeli.my

ADABI Consumer Industries Sdn Bhd Malaysia (Adabi) sekali lagi menafikan bahawa Sos Tiram Adabi adalah keluaran syarikatnya.

Presidennya, Adrian Roslan berkata perkara ini sudah lama timbul dan sejak dari itu pihaknya sering membuat penjelasan kepada pengguna.

"Perkara ini sudah lama berlaku, sejak tahun 2000 lagi. Sejak itu, kami sering membuat penjelasan kepada pengguna, ia bukan keluaran Adabi.

Orang ramai terkeliru dengan sos tiram itu kerana ia lengkap dengan logo dan tulisan sama dengan Adabi.

Adrian juga berkata pihaknya telah bertemu syarikat tersebut bagi meminta mereka menghentikan dari terus mengguna nama dan logo Adabi pada produk sos tiram itu.

"Tetapi ia tidak diendahkan. Kes ini sudah pun jadi kes mahkamah. Tahun lalu, kami sudah kemukakan kepada pihak mahkamah supaya syarikat berkenaan menarik semula nama dan logo, namun kes ini masih lagi berjalan," katanya sebagaimana lapor Sinar Harian Online.

Adrian ketika diminta mengulas perkara ini berkata, kerana prosiding mahkamah yang terus berjalan, Adabi mengambil keputusan untuk mengeluarkan satu lagi jenama makanan iaitu Sos Makanan Laut (Seafood Sauce) pada tahun lalu.

Sumber: Sinar Harian

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Mar 13, 2017 8:25 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Lelaki Terkejut, Sebuah Kereta Dipandu Laju Melawan Arus Menuju Ke Arahnya Di Atas Lebuhraya Di Taiping
siakapkeli.my

Bahaya, itulah yang boleh digambarkan selepas menontoh sebuah video yang dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook bernama Chuah Cheah Choon.

Beliau telah memuatnaik video yang berjaya dirakamnya di mana sebuah kereta jenis Nissan Sentra telah meamndu dengan laju sambil melawan arus di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Taiping, Perak baru-baru ini.

Video yang berdurasi 29 saat itu menunjukkan kereta berkenaan laju menuju kearahnya namun beliau yang terkejut sempat mengelak dan tidak berlaku apa-apa kejadian yang tidak didingini.

Pada minit-minit terakhir dilihat sebuah motosikal milik polis telah bergerak melawan arus menggunakan lorong kecemasan, kemungkinan mengejar kereta berkenaan.

Jom kita lihat video tersebut.

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from ~:eSpAcE9808:~
1 of 1 File(s)

Mon Mar 13, 2017 8:25 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



'Saya Tidak Berdebat Dengan Orang Islam' - Zakir

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net


SHAH ALAM: Pendakwah terkenal dunia, Dr Zakir Naik menegaskan, beliau tidak akan berdebat dengan orang Islam.

Beliau berkata demikian berikutan cadangan Pegawai Khas Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahaya, menawarkan diri untuk mengatur pertemuan antaranya dengan peguam, Siti Kasim.

"Saya boleh berdebat, tetapi bukan dengan orang Islam. Saya sedia berdebat dengan orang bukan Islam atau orang Islam yang jelas munafik.

"Ramai mahu berdebat dengan saya, tetapi saya tegaskan prinsip saya adalah tidak akan berdebat dengan orang Islam," katanya, semalam.

Dr Zakir berkata, beliau tidak mengenali Siti Kasim, tetapi percaya wanita itu seagama dengannya.

Terdahulu, Siti Kasim, menerusi status laman sosial Facebooknya berkata, debat yang diusulkan itu hanyalah satu cabaran yang tidak sepatutnya dikeluarkan.

Menurutnya, mengapa hanya dia dan Asiah Abdul Jalil disebut untuk berdebat sedangkan, dalam saman itu terdapat 19 orang mengutarakan perkara sama.

Sementara itu, Asiah dalam satu komen Facebooknya menolak berdebat dengan Dr Zakir kerana katanya, ia akan sub judice terhadap kes sivil saman dikemukakan pihaknya bersama-sama 19 individu yang lain.

Siti Kasim bersama 18 orang, termasuk Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy, fail saman terhadap Kerajaan Malaysia kerana mendakwa melindungi Dr Zakir.

- Sinar Harian

Buktikan jika saya pengganas: Zakir Naik

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

SHAH ALAM, 13 Jamadilakhir 1438H, Ahad – "Saya minta mereka yang tuduh saya pengganas, sila sebut demikian di hadapan khalayak," kata pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik.

Menafikan segala tohmahan yang menganggap dirinya sebagai pengganas, beliau pelik dituduh sedemkian, sedang beliau tidak pernah melakukan apa-apa aktiviti keganasan.
"Saya tidak pernah lakukan pemberontakan atau keganasan terhadap manusia sepanjang hidup. Saya hanya sampaikan mesej kedamaian kepada seluruh manusia

"Ada beberapa pihak yang tidak mahukan kedamaian wujud di dunia ini. Jadi, untuk merealisasikan perkara tersebut, pihak terbabit membuat tuduhan tidak berasas terhadap saya," katanya dalam temu bual eksklusif bersama Sinar Harian.

Bagaimanapun Zakir Naik percaya mereka yang membuat tuduhan terhadap beliau mempunyai agenda tersendiri, demi kepentingan diri atau organisasi.

Katanya, berdasarkan tuduhan yang dilemparkan itu, tidak mustahil pihak yang menggelarnya sebagai pengganas mungkin seorang pengganas.

"Umumnya, ramai mengetahui ribuan penonton yang akan hadir jika saya mengadakan sesi ceramah dan ramai menerima mesej tersebut untuk diaplikasikan dalam kehidupan mereka.

"Ada pihak yang tidak senang dengan tindakan saya, lantas mereka buat tuduhan tidak berasas terhadap saya, sedangkan saya menyampaikan mesej kedamaian kerana Allah SWT.

"Saya tidak hiraukan apa yang dilakukan mereka dan saya akan terus sampaikan mesej ini," katanya.

Di sebalik tuduhan itu, Zakir Naik bersyukur kerana banyak negara Islam menyokong usahanya .

"Jika ditakdir masuk penjara pun saya tidak menyesal bahkan lega kerana menyampaikan mesej untuk kebaikan manusia sejagat," katanya.

----- Original Message -----
From: ~:eSpAcE9808:~
To:
Sent: Monday, March 06, 2017 10:57 PM
Subject: Fw: Siti Kassim tak berani debat dengan Zakir

Kerajaan perlu bertindak segera

bloglist-malaysia.blogspot.

wak-labu

Posted by Mohd Sulaiman

NINA FARZUIN MD SHAROM

 Dr Fadlan

KUALA LUMPUR - Gabungan Ahli Sunnah Malaysia (Gasma) menggesa kerajaan mengambil tindakan undang-undang terhadap 19 individu yang memfailkan saman mendakwa negara ini melindungi pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik.

Presidennya, Dr Fadlan Mohd Othman berkata, semua individu itu boleh didakwa di bawah seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.

"Kami mohon agar PDRM ambil tindakan berdasarkan peruntukan tersebut kerana mereka sengaja lakukan perkara menyebabkan ketegangan hidup beragama.

"Tindakan mereka juga hanyalah fitnah tanpa bukti kukuh dan hanya merosakkan hubungan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini," katanya pada sidang media Gasma menyokong dan mempertahankan kerajaan Malaysia dan Dr Zakir Naik, semalam.

Baru-baru ini, 19 individu termasuk pengerusi kumpulan Hindraf P Waythamoorthy dan peguam Siti Kasim memfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia kerana mendakwa ia melindungi Dr Zakir.

Mereka mendakwa pendakwah dari India itu boleh mengancam keselamatan dan keharmonian negara.

Mengulas lanjut, Fadlan berkata, tindakan itu juga satu bentuk penghinaan ke atas Yang di-Pertuan Agong.

"Pada 2013, beliau (Dr Zakir) telah diangkat sebagai tokoh Maal Hijrah oleh Yang di-Pertuan Agong dan sudah tentu tindakan mereka ini juga dilihat sebagai satu penghinaan kepada baginda.

"Adakah mereka ingin katakan Yang di-Pertuan Agong beri penghormatan kepada individu digelar ekstremis," katanya.

Menurutnya, pihaknya bukan hanya menyatakan sokongan terhadap Dr Zakir dalam isu ini malah sentiasa bersama memperjuangkan Islam berteraskan prinsip nasihat yang baik dan perdebatan dengan cara diajar Islam.

"Mereka dakwa beliau (Dr Zakir) beri ancaman kepada keselamatan negara kerana penyeru kepada kebencian.

"Hakikatnya, beliau pendakwah bersikap wassatiyah, menyampaikan Islam dan menegakkan tauhid berlandaskan prinsip kesederhanaan. Bahkan, apa yang diajarkan adalah inti pati ajaran Islam yang sebenar berlandaskan Rukun Islam dan Rukun Iman," ujarnya.  

----- Original Message -----
From: ~:eSpAcE9808:~
To:
Sent: Sunday, March 05, 2017 8:20 PM
Subject: Fw: mahu Zakir Naik ditangkap, diusir & Siti Kassim

"Jika Niat Mereka Baik, Saya Tak Kisah Bertemu Mereka" - Dr. Zakir Naik Sedia Bertemu Siti Kassim
siakapkeli.my

Kuala Lumpur, 5 Mac - Penceramah terkenal dari India, Dr. Zakir Naik bersedia untuk bertemu dengan Siti Kassim, kata Pegawai Khas Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahaya.

Menurut Fathul Bari, beliau telah menanyakan Zakir Naik mengenai perkara tersebut dan beliau bersetuju jika perkara itu membuahkan hasil yang baik.

"If you think it will be fruitful and their niyyah is good, I would not mind meeting them" (Jika kamu fikir ia membuahkan hasil baik dan niat mereka bagus, saya tidak kisah bertemu dengan mereka)." tulis Zakir Naik dalam mesej balas kepada Fathul Bari.

Sementara itu, Fathul Bari berkata kepada Sinar Online bahawa tiada jawapan balas dari Siti Kassim berhubung kesediaan cadangan pertemuan itu.

"Namun pihak berkenaan tidak beri apa-apa maklum balas berhubung hal tersebut. Saya pula tidak menghubungi peguam tersebut (Siti) secara langsung," katanya.

Fathul Bari berkata, Dr Zakir kini berada di Malaysia dan jika ada persetujuan semua pihak, pertemuan ini boleh diadakan bila-bila masa.

"Sekiranya pihak terbabit bersetuju, boleh sahaja buat secara tertutup, yang penting dapat luahkan apa yang dia (Siti) nak cakap. Perkara ini penting kerana dia (Siti) telah bercakap kepada umum dengan dakwaan tertentu sehingga menimbulkan pelbagai keraguan kepada masyarakat," katanya.

Fathul Bari Mat Jahya
Saya telah maklumkan kpd Dr Zakir Naik tentang cadangan saya supaya Siti Kassim&Asiah Jalil bertemu beliau. Dan ini jawapan beliau...........

Sumber: Sinar Online

Tiga Nama Melayu Fail Fail Permohonan Isytihar Zakir Naik 'Ancaman Kepada Keselamatan Negara'

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Tiga nama Melayu memulakan prosiding undang-undang terhadap kerajaan dan empat yang lain untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi mengisytiharkan pendakwah Dr Zakir Naik sebagai ancaman kepada keselamatan negara.
Mereka adalah Siti Zabedah Kassim, Asiah Abd Jalil dan Mujahidin Zulkifli.

Permohonan saman yang diketuai P. Waytha Moorthy dan juga pengerusi Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) di Mahkamah Tinggi menuntut perisytiharan bahawa Dr Zakir adalah satu ancaman kepada ketenteraman awam, moral, ekonomi, keharmonian sosial dan pendidikan negara.

Mereka memohon kepada mahkamah untuk segera mengusir Dr Zakir dan untuk mendapat satu perintah sekatan bagi menghalang beliau daripada memasuki Malaysia sebagai pelancong atau melalui apa-apa cara lain.

Mereka mahu perintah mahkamah mengarahkan Ketua Polis Negara untuk menangkap Dr Zakir serta-merta.

Selain itu, mereka menamakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Jabatan Ketua Pengarah Imigresen, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Ketua Polis Negara dan kerajaan sebagai defendan.

19 aktivis fail tuntutan mahkamah mahu Zakir Naik ditangkap, diusir

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Sekumpulan aktivis dengan diketuai oleh Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy, hari ini memfailkan tuntutan mahkamah menuntut antara lain, satu perintah penangkapan dan pengusiran pendakwah Zakir Naik.

Saman itu difailkan olehnya bersama 18 yang lain, termasuk ADUN Bingkor Jeffrey Kitingan, peguam Siti Kassim dan Pengarah Center for Policy Initiatives, Lim Teck Ghee.
"(Kami memohon) satu perintah bagi ketua Polis Negara (IGP) untuk segera menangkap Zakir Naik.

"(Juga), satu perintah untuk membatalkan status Zakir sebagai seorang pemastautin tetap Malaysia, jika ada diberikan (dan) satu perintah untuk mengusirnya dengan segera dari Malaysia," katanya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas memfailkan tuntutan mahkamah itu, hari ini.

Plaintif juga memohon deklarasi bahawa Zakir adalah ancaman kepada keselamatan, keharmonian dan perpaduan negara ini.

Dalam dokumen mahkamah itu, mereka mendakwa bahawa ajaran Zakir menggalakkan keganasan dan akan merosakkan perpaduan berbilang kaum dan keamanan di Malaysia.

Waythamoorthy berkata, Zakir juga telah diharamkan di beberapa negara, termasuk Kanada dan United Kingdom.

Defendan yang dinamakan dalam saman itu adalah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan kerajaan Malaysia.

Waythamoorthy berkata, mereka telah mengutus surat kepada Kementerian Dalam Negeri, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara serta Jabatan Perdana Menteri mengenai status imigresen Zakir dan kedudukannya di negara ini namun usaha mereka tidak mendapat sebarang maklumbalas.

Bagaimanapun, beliau berkata, mereka percaya bahawa Zakir masih berada di Malaysia ketika ini.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Mar 13, 2017 8:25 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Kanak-kanak berbasikal kena rempuh kerana masuk laluan kereta
bloglist-malaysia.blogspot
milosuam.net/

SATU lagi kemalangan jalanraya melibatkan kanak-kanak berbasikal dilaporkan berlaku di Johor Bahru — Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dilaporkan tercampak akibat dirempuh oleh sebuah kereta ketika sedang berbasikal secara berkumpulan dari arah Kong-kong menghala ke Masai mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di kepala.

Dalam kemalangan yang melibatkan pelajar tahun enam sebuah sekolah kebangsaan di Pasir Gudang, Johor itu, kanak-kanak berkenaan dikatakan menunggang basikal masuk ke laluan kereta menyebabkan pemandu tidak sempat mengelak sebelum merempuh mangsa.

Kanak-kanak berkenaan dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) sejurus selepas kejadian kemalangan yang berlaku pada 9.40 pagi 10 Mac 2017.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Jokhiri Abd Aziz, kemalangan tersebut dipercayai berlaku apabila mangsa menunggang basikal secara berkumpulan antara 7 hingga 8 orang secara melawan arus sebelum dilanggar sebuah kereta.

"Seorang penunggang basikal masuk ke laluan kereta menyebabkan pemandu yang dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Sentosa di sini tidak sempat mengelak dan melanggar mangsa," katanya.

Menurutnya lagi kemalangan itu telah menyebabkan penunggang basikal tercampak ke kiri bahu jalan dan telah dikejarkan ke HSA oleh orang awam bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Pemandu kereta bagaimanapun disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," tambahnya lagi.

Read more: http://www.milosuam.net/2017/03/kanak-kanak-berbasikal-kena-rempuh.html#ixzz4bD3Y94dI

Remaja berbasikal berlumba masuk lorong laju halang kenderaan
milosuam.net

SEKUMPULAN remaja berbasikal lewat malam bukan sahaja dirakam saling berlumba di jalanraya, malah mereka turut masuk ke lorong tengah jalan sekaligus menghalang pergerakan kenderaan di laluan laju.

Video rakaman itu tersebar di media sosial.

Melalui rakaman tersebut, dapat kita lihat bagaimana kumpulan remaja yang sedang asyik berlumba itu nampaknya langsung tidak peduli meskipun dihampiri oleh kereta yang sedang merakam aksi mereka dari arah belakang.

SCROLL KE BAWAH ARTIKEL UNTUK MENONTON VIDEO

Kalau dilihat daripada rakaman video yang dikongsikan, kumpulan remaja ini mula menunggang basikal ke tengah jalanraya (ke lorong laju) sebaik sahaja tiba di selekoh, sekali gus memaksa pemandu kereta memperlahankan kenderaannya.

Turut kelihatan sekumpulan remaja berkumpul di bahu jalan sebelah kiri dalam keadaan berbahaya yang turut menghalang laluan kenderaan.

Bagi penduduk tempatan, tentu sudah faham benar, ada kawasan-kawasan tertentu mereka perlu lebih berhati-hati ketika memandu melalui jalan ini, kerana ada sekumpulan 'remaja rempit' sedang menikmati lajak kayuhan basikal sambil beraksi bersama rakan-rakan.

Namun bagi orang luar yang baru melalui kawasan ini, sering kali 'berderau darah' kerana hampir-hampir merempuh kumpulan remaja yang mungkin akan menunggang basikal ke tengah jalan secara tiba-tiba, bila-bila masa saja ikut suka hati mereka.

Daripada rakaman ini mungkin dapat memberi bayangan kepada kita bagaimana kejadian awal pagi semalam, di mana sekumpulan remaja berbasikal yang sedang berlumba dirempuh oleh sebuah kereta dari arah belakang.

Tulisan ini bukanlah untuk mengkritik ataupun menyalahkan mana-mana pihak terhadap perkara yang sudah berlaku. Tetapi untuk dijadikan iktibar kepada ibu bapa yang selalu membiarkan anak-anak mereka beraksi di jalan raya seperti ini.

Bak kata Sultan Johor yang melawat keluarga mangsa kejadian itu semalam,

"Biar anak-anak menangis hari ini, jangan ibubapa menangis kemudian hari,"

Berikut video yang dimaksudkan, sila klik button 'play' untuk menonton.

Read more: http://www.milosuam.net/2017/02/remaja-berbasikal-berlumba-masuk-lorong.html#ixzz4bD3s8Xi2

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from ~:eSpAcE9808:~
1 of 1 File(s)

Mon Mar 13, 2017 8:26 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



"Yang Bergaji RM12,000 Pun Mohon BR1M" - Menteri Kewangan
siakapkeli.my

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mendedahkan bahawa ada yang berpendapatan RM12,000 sebulan turut membuat permohanan Bantuan Rakyat 1 Malaysia(BR1M).

Johari mendedahkan perkara tersebut ketika menjelaskan tentang isu banyak permohanan BR1M ditolak baru-baru ini.

Menurut beliau lagi, kira-kira 600,000 permohanan baru BR1M bagi tahun ini ditolak kerana gaji mereka melebihi RM4,000.

"Kita terpaksa tolak 600,000 permohonan sebab gaji mereka melebihi RM4,000. Orang gaji RM12,000 pun ada yang memohon.

"Gaji lebih RM5,000 ada 260,000 orang yang memohon. Gaji dari RM6,000 ke RM8,000 ada dalam 40,000 ke 50,000 orang yang memohon. Dan berbelas-belas ribu orang daripada gaji RM8,000 hingga 12,000 yang memohon.

"Jadi sebab itu kita perlukan pengesahan kerana kita tak mahu kerajaan salurkan RM700 juta (wang BR1M) pada orang yang tak sepatutnya," katanya sebagaimana lapor PRU14TV.

----- Original Message -----
From: ~:eSpAcE9808:~
To:
Sent: Thursday, March 09, 2017 10:10 PM
Subject: Fw: Antara Sebab Ramai Tak Dapat BR1M

BR1M: Jawapan kerajaan di parlimen berbelit

Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
tranungkite.net

OLEH SALMAH MAT HUSAIN

KERAJAAN Kerajaan yang diterajui Umno tidak mampu lagi menyorok ekonomi negara semakin tenat, biarpun mengumpankan rakyat dengan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, pelbagai alasan diberikan di Dewan Rakyat bagi menutup kelemahan pengurusan kerajaan BN.

Katanya, sebelum ini Dewan Rakyat dimaklumkan duit bayaran BR1M melalui hasil kutipan cukai GST tahun ini sebanyak RM47 bilion.

"Hampir RM8 bilion diperlukan untuk membayar BR1M kepada hampir tujuh juta penerima di seluruh negara.

"Bagaimanapun semalam Dewan Negara memaklumkan BR1M dibayar melalui pengurangan kos subsidi minyak sebanyak RM20 bilion," katanya ketika dihubungi di sini.

Isu BR1M kini menjadi tular di media sosial sekarang. Orang ramai merungut kerana tidak lagi mendapat bantuan itu seperti tahun-tahun sebelum ini.

Malah ramai yang kecewa selepas lama beratur di mesin ATM wang BR1M yang dijanjikan tidak masuk dalam akaun mereka.

Siti Zailah yang juga Ketua Muslimat PAS Kelantan berkata pelbagai syarat baru dibuat bagi memastikan tidak ramai lagi yang layak menerima BR1M. – HARAKAHDAILY

Sudah Pergi Ke LHDN, Lelaki Ini Kongsikan Antara Sebab Ramai Tak Dapat BR1M Dan Bagaimana Cara Untuk Buat Rayuan
siakapkeli.my

Nampaknya BR1M telah menjadi bualan hangat hari ini, rata-rata mengeluh kerana tidak dapat wang bantuan kerajaan itu dengan pelbagai alasan terutamanya melibatkan pengesahan pendaftaran SSM.

Ramai tertanya-tanya kenapa boleh jadi begini, ada mereka mencadangkan supaya pergi ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk merujuk mengenai perkara ini.

Berikut adalah jawapan yang diperlolehi oleh saudara Ayie Lantana selepas dia telah pergi ke pejabat LHDN, jadi bagi mana mereka yang gagal untuk mendapat BR1M bolehlah buat rayuan dengan mengemukakan dokumen yang diminta pada tarikh yang dinyatakan.

Saya baru keluar dr LHDN cawangan.. info yang saya peroleh walaupun saya bukan penerima BRIM

1. Yang tidak layak, tak kirelah ape sebab boleh kemuka rayuan bermula 3 April - 31 Mei 2017

2. Kenapa pemohon yang memiliki SSM perlu kemuka dokument perniagaan? Kerana tujuan kerajaan beri BRIM adalah untuk golongan pendapatan rendah, ade peniaga yang kaya raya dapat BRIM hanya kerana mereka tidak membuat potongan kwsp dan tidak membayar cukai, kerajaan tidak dpt kesan pendapatan mereka dan mereka masih terima BRIM.

Pemilik SSM yang berniaga kecil2 boleh buat rayuan dgn kemukan dokumen berkaitan bermula tarikh seperti diatas.

3. Masalah-masalah lain :
Cth 1 : perlu kemuka sijil pengesahan perkahwinan : ade kes pasangan sdh bercerai tp suami masih dpt BRIM RM1050, sepatutnye dpt RM450 shj, ini mengakibatkan bekas isteri gagal dpt BRIM kerana x update dlm sistem ( ini pembelaan kpd hak wanita ) dan kpd yg ade mslh ini boleh kemuka rayuan dan bukti di LHDN sprt tarikh di atas.

Cth 2 : tiada pengesahan berhenti belajar
Mahasiswa yg dpt baucer buku RM250 perlu kemuka dokument tamat belajar utk layak dpt Brim org bujang RM450 ( untung RM200 ), pergi ke LHDN bermula tarikh spt diatas.

Cth 3 : nama anda tersenarai dlm tanggungan pemohon lain
Yang ni semak sendiri, kalau ayh kite dpt, make sure dlm permohonan ayah kite, kite tiada dlm tanggungan jika kite bekerja sendiri.

Dokumen2 yang berkaitan akan dimaklumkan oleh LHDN selepas mendapat taklimat dari MOF, dan bile dah jelas nanti LHDN akan maklum untuk kemudahan pemohon.

Stakat ni dulu sy taip, lenguh pnjg2 dan sy rase korg x bace sgt pon. Hahaha.. yg penting ingat fakta! Rayuan bermula 3 April - 31 Mei 2017 dan bawa dokument berkaitan!.. Bersabarlah semua, rezki rahsia Allah..

# Boleh Share Jika Perlu..

- Siakapkeli.my

Permohonan BR1M Tidak Lulus, Pemohon Tidak Perlu Rujuk Dengan SSM Untuk Buat Sebarang Pengesahan
siakapkeli.my

Bagi mana-mana pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berstatus 'tidak lulus', anda tidak perlu hadir ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk membuat sebarang pengesahan, lapor Bernama.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak SSM, kegagalan permohonan bantuan berkenaan tidak mempunyai sebarang signifikan terhadap pendaftaran SSM yang dilakukan.

"Di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, pemilik perniagaan tidak perlu menyerah simpan penyata kewangan di SSM. Oleh itu, tidak timbul sebarang isu bahawa penolakan BR1M berkaitan dengan pendaftaran perniagaan di SSM kerana tiada apa-apa maklumat disalurkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melainkan perkara itu dimaklumkan sendiri pemohon."

"Pemohon boleh hadir ke mana-mana cawangan LHDN untuk permohonan rayuan sepanjang 3 April sehingga 31 Mei ini atau mendapatkan maklumat di laman portal ebr1m.hasil.gov.my bagi mengelakkan sebarang kekeliruan," kata mereka.

SSM dalam pada itu percaya LHDN mempunyai pendekatan terbaik serta penjelasan tersendiri dalam mengagihkan BR1M.

"Pengagihan BR1M hanya melibatkan isi rumah berpendapatan RM4,000, RM3,000 dan RM2,000 ke bawah untuk kategori bujang. Sesiapa yang berpendapatan melebihi syarat ditetapkan , tidak layak menerima BR1M meskipun seseorang itu penjawat awam, pekerja swasta, pekerja sendiri termasuk memiliki sijil pendaftaran perniagaan SSM dan syarikat," kata kenyataan itu.

Pihak SSM dalam pada itu tampil menafikan dakwaan Skim 1Pelajar 1Pendaftaran Perniagaan (1P1P) mengakibatkan kegagalan permohonan BR1M.

1P1P telah diperkenalkan oleh pihak SSM pada 1 Januari lepas dimana ia membolehkan pelajar mendaftarkan perniagaan secara percuma untuk menggalakkan mereka terlibat dalam bidang perniagaan secara sah. - Siakapkeli.my

Wajah Kecewa Seorang Warga Emas, Awal-Awal Pagi Dia Dah Tunggu Depan Pejabat Untuk Semak BR1M, Tapi Tak Lulus Atas Alasan SSM
siakapkeli.my

Ramai yang mengeluh admin nampak sejak semalam, ramai yang tidak menyangka mereka tidak dapat Bantuan Rakyata 1 Malaysia (BR1M) wang yang kononnya untuk bantuan kepada rakyat yang memerlukan.

Semuanya gara-gara telah mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM) seperti yang telah disarankan oleh kerajaan sendiri jika hendak berniaga walau secara kecil-kecilan.

Rata-rata netizen menyuarakan rasa tidak puas hati ini, kerana ramai yang mendaftar tetapi tidak berniaga atau ada yang berniaga mendapat pendapatan yang terlalu kecil.

Dikongsikan oleh seorang wanita bernama Zalia Hezlin dimana beliau telah memuatnaik sebuah cerita apa yang berlaku di depan pejabatnya.

Katanya seorang lelaki warga emas telah menunggu sejak awal pagi di depan pejabatnya semata-mata tunggu pejabat buka untuk menyemak status BR1M, tetapi apabila diperiksa ternyata tidak lulus kerana pendaftaran SSM.

Jom kita baca,

Tak boleh nak up status happy pagi ni :'(

Pakcik ni awal pagi belum kul 8 dah tunggu depan pejabat nak buat semakan br1m

Umur dia 76 tahun...

Hasil semakan TIDAK LULUS atas alasan perlu membuat pengesahan pendapatan (SSM)

"Aku terus bagi dia kerusi suruh duduk sebelum beritahu yang BR1M dia gagal, rasa tak sampai hati nak suruh dia naik komuter pergi Rawang sana cek kat LHDN apa yang tak kena sebenarnya."

SSM ni apa sebenarnya? cuba bagi keterangan jelas..

Ni warga emas tau!!!! jangan nak seksa dia suruh ke sana ke mari..

Kesiannya melihat raut wajah kecewa dia....

Ini pula seorang lagi warga emas berumur 79 tahun yang kecewa dengan alasan yang sama

Aku terus mencarut2 dalam hati kerana sakit hati yg amat sangat..

Kalau takde duit nak bagi br1m...
Tak payah bagi semua orang...

Next PRU.. silalah buat pilihan BIJAK!!!

#BR1M

*update utk yg GAGAL atas sbb pengesahan pendapatan SSM...
Ini caranya utk buat rayuan

"Saya nk share ..husb bru blik g LHDN tnya pasal status yang pengesahan ssm tu..husban cakap LHDNnak penyata suami isteri 3 bulan.. pastu hantar 3 april 2017

Pastu mereka cakap sekarang ramai daftar SSM.. jadi xleh nak ckp saje2 daftar..so bukti penyata suami isteri tu yg Mereka nk.."

tq Nor Azeyan

- Siakapkeli.my

Permohonan BR1M Tak Lulus , Orang Ramai Banjiri Media Sosial Dengan Hashtag #br1m
siakapkeli.my

7 Mac - Sejak dari petang tadi, hashtag #br1m sekali lagi mula membanjiri media sosial Facebook dan Twitter apabila orang ramai melaporkan permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia yang dipohon mereka tidak diluluskan.

Maklumat dari orang ramai mendapati ada dari permohonan yang tidak diluluskan itu diberi dengan mesej alasan "maklumat pendapatan pemohon / pasangan / tanggungan perlu pengesahan (SSM)".

Selain itu, turut dipaparkan tempoh tarikh rayuan yang bermula dari 3 April sehingga 31 Mei 2017.

Di media sosial, pemohon-pemohon BR1M memuat naik keratan permohonan mereka yang tidak diluluskan dan bertanya kepada rakan-rakan mereka adakah menerima nasib yang sama.

Selain itu, ada juga yang meminta penjelasan disebalik alasan yang diberikan.

Bagaimanapun, ada juga yang melaporkan status permohonan mereka telah diluluskan.

Status permohonan BR1M terbaru boleh disemak di https://ebr1m.hasil.gov.my/DefaultSemakanKeluar.aspx?m=s&y=2016.

Betul ker dapat RM100k?

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

"

Macam2 kisah sekarang ni. Yang tengah panas skrg ni adalah kisah tak dapat duit BRIM. Orang2 kampong yang dah pernah dapat duit BRIM tetiba tak dapat plak tahun ni. Kesian pun ada dengan dorang ni. Nak mengadu kat mana yang tak dapat duit BRIM ni pun tak tau. Bila diselidiiki rupanya yang tak dapat dah tu kerana dah ada nama kat Suruhan Jaya Syarikat Malaysia SSM. Patutlah dulu menteri beria suruh daftar SSM walaupun buat niaga online, rupanya ke sini juga kesan sampinganntya. Tapi ada satu lagi pakej baru yang agak menarik yang aku dengar baru2 ni....

Kisahnya ada sorang ejen cuba menjual pakej geran RM100k. Syaratnya kena ada SSM , bisnes card, akaun bank dan sebagainya utk mendpatkan pakej geran itu.

Maka dianjurkan pakej itu pada anak beranak dengan menyuruh mereka semua pergi SSM daftar company dengan guna nama sendiri sbg nama syarikat. Seharian mereka di SSM mendaftar syarikat sehinggalah siap bisnes card nya disana.

Mereka dijanjikan dengan duit free rm100k , tapi kena tolak 30% sebagai duit upah ejen bila dapat nanti. Ejen tu kata ini duit dari CHina utk rakyat malaysia meniaga. Heran gak aku , PM tak der umum apa2pun dalam TV or dalam FB dia , suruh apply duit geran dari china ni.

Yang lagi mengherankan aku adalah, duit itu boleh dapat sesiapa sahaja yang apply. Aku tengok hari tu dekat 10 company segera siap dibuat yang terdiri dari anak beranak dan saudara mara terdekat. Takkan China nak bagi satu family yang ada 10 orang apply tu jer. Orang lain tak dapat ker? Ejen tu cakap ini rahsia , jangan bagitau orang lain. Kat sini pun aku dah confius. Kalau tak bgtau orang lain, mcmana geran ni nak di habiskan.

Dalam syarat2 yang diberi tu ada terselit part kena buat akaun bank dan buat SI - standing Instruction bank. Bila tanya part tu, ejen tu kata tu dummy jer. Dorang nak bagi free duit tu. Aikkk takkan nak bagi free tapi kena buat SI plak. Orang kampong mana faham pasal SI ni. Ini dah macam kena buat loan jer ni rm100k jer ni.

Kalau betul duit ini dapat dan dalam bentuk loan, matilah orang2 yg aplly tu. Kena bayar balik RM100k + interest, tapi duit yang dapat cuma rm70k je pasal rm30k kena kidnap dgn ejen. Tapi pasal dah diwawarkan kata duit free, sedara mara yg apply tu kata takperlah duit free. rm30k tu apalah sangat , dapat rm70k.

Kalaulah pula duit tu betul duit free dari china,dan nak diberi pada usahawan2 buat modal berniaga, kenapa yang tak pernah berniaga dan tak pernah ada SSM sebelum ini boleh dan layak untuk mohon? Kenapa tak diberi jer pada peniaga2 sedia ada dipasaran yang dah niaga tu. Kenapa kena paksa semua suku sakat buat SSM dan apply pakej tu.

Entahlah, mcm2 orang ada dalam pasaran ni. Yang cerdik orang tengah, yang pening orang hujung jer.

Tapi kalaulah betul dapat rm100k nanti, dengar ada yang nak guna duit tu buat pergi UMRAH. Aku ada pakej umrah yang menarik siap pergi palestin lagi kalau berani.

Yang nampak kesan awal dari program geran china tu ialah nama2 suku sakat yang apply tu dah kena reject BRIM mereka kerana dah ada syarikat sendiri. Nampak tak permainan dorang.

Banyak orang tengah, banyaklah kos kena perah. Kalau ada pakej ini yang korang dengar ditpt korang bolehlah kongsi dengan kami yang fana ini.

Wallahuaklam

modayu73

wwww.cutijom.weebly.com

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: modayu
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Mar 13, 2017 8:26 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Kisah Makcik Jual Kuih Yang Menyentuh Perasaan
bloglist-malaysia.blogspot
depalmasp.com
Famili Ceria

Kisah Makcik Jual Kuih Yang Menyentuh Perasaan - Kisah ni saya jumpa di laman sosial Facebook menceritakan seorang gadis yang ingin membeli kuih di tepi jalan. Ikuti kisah selanjutnya di bawah.

"Makcik, bagi kuih ni 2, yang ni 3," kata Nora.

"Tak nak tambah lagi satu nak bagi cukup tiga ringgit?" tanya makcik itu.

"50 sen satu kuih? Kenapa mahal benar ni cik?" tanya Nora secara berseloroh. "Bolehlah, saya tambah lagi satu biji."

Makcik itu menyepit kuih lapis berwarna merah jambu itu lalu diletakkan di dalam plastik putih, lalu dimasukkan ke dalam plastik kecil berwarna kuning.

"50 sen sebiji pun, untung bukan banyak pun dik," jawab makcik itu.

"Ye ke ni cik?" tanya Nora semula.

"Sebijik makcik jual 50 sen. Untung sebiji paling banyak pun 20 sen, 30 sen, itu pun lepas tolak kos bahan sahaja. Kos masa, kos renyah buat kuih, kos elektrik, semua tu makcik pun tak pandai la nak kira macam mana," jawab makcik.

Makcik itu menghulurkan beg plastik kuning berisi 6 biji kuih itu kepada Nora.

"Adik agak pukul berapa makcik start buat kuih tu?" tanya makcik itu.

"Tengahari, dalam jam 11 macam tu," agak Nora.

"Makcik buat seorang, dari pukul 10 pagi," jawab Makcik tu. "Dalam pukul 3.30 dah kena siap semua, pukul 4 makcik dah ada dekat sini bukak gerai, selalunya dalam 6.30 makcik dah kena tutup, sebab anak-anak nak balik sekolah," beritahu makcik itu.

"Sekarang pukul berapa ni dik?" tanya makcik itu lagi kepada Nora.

"5 suku," jawab Nora.

"Adik pelanggan kedua makcik hari ni," jawab makcik itu. "Berapa ringgit makcik untung jualan atas adik? RM1, RM1.20."

Nora diam sahaja.

"Berapa biji kuih pelanggan pertama makcik beli tadi? Tiga," kata makcik itu sambil mengangkat jari. "Katalah makcik untung dengan dia RM1.00. Dari jam 10 pagi sampai sekarang, makcik baru untung RM2.20."

Tak pernah Nora terfikir semua itu sebelum ini.

"Dulu makcik jual goreng pisang, yang tu untung dia banyak sikit, tapi lepas anak makcik dah masuk sambung belajar, makcik tak larat nak buat," beritahu makcik tu. "Tu kuih ketayap yang adik beli tu, berapa lama adik rasa satu biji kuih tu nak siap?"

"Sejam lebih," agak Nora lagi. "Nampak macam leceh nak membuatnya tu. Maaf makcik, saya nak tanya, kalau tak untung, kenapa makcik meniaga?"

Makcik itu merenung muka Nora.

"Sebab ada ramai orang Melayu nak makan kuih Melayu, kalau makcik tak meniaga, siapa lagi yang nak meniaga kuih Melayu," jawab makcik itu. "Makcik suka meniaga. Lagipun makcik bukan pandai buat benda lain dah sebenarnya. "

Makcik itu menyusun bekas-bekas kuih yang ada, "tapi maaflah dik takut adik terasa, makcik nak kata, orang Melayu kita sekarang ni pelik dik."

Nora terdiam tertanya-tanya. "Pelik macam mana tu Cik?"

"Orang kita makan donut sebijik RM3 tak apa, sushi sebijik RM2 tak apa, tapi bila cerita pasal kuih tepi jalan, 50 sen sebiji, mahal," Makcik itu senyum.

Nora terdiam lagi.

"Adik pernah cuba buat kuih orang kita?" tanya makcik itu tiba-tiba.

"Tak pernah lagi, kuih bahulu ada la saya cuba buat masa raya dulu," jawab Nora.

"Berapa sen adik rasa berbaloi nak jual kuih bahulu sebiji yang adik buat dari mula sampai siap?" tanya makcik tu.

Nora hanya diam. Terkenang penat dan lenguh tangannya memukul telur.

"Pada makcik, tak apa makcik untung sikit, makcik cukup makan, sebab makcik tau, ada ramai orang kat luar sana yang macam adik, nak makan kuih orang kita. Pada makcik, ni semua sumbangan makcik pada anak-anak jugalah," kata makcik itu. "Tapi makcik sedih tengok orang kita, yang dah tak peduli nak jaga apa yang kita ada."

Nora diam sahaja mendengar. Dia hanya merenung melihat makcik itu meneguk sedikit air kosong dari botol air berkarbonat yang dibawa.

"Makcik orang Melayu. Makcik boleh meniaga sushi ke, dorayaki ke, harga pun sebijik 2 ringgit, jual 10 dah macam untung makcik sehari, barang pun ambik dari pembekal, tak perlu renyah-renyah buat semua," kata makcik tu.

"Tapi dik, kalau makcik buat macam tu, siapa lagi nak jual kuih-kuih ni dekat adik?" tanya makcik tu.

"Kalau makcik mati nanti, anak-anak makcik semua dah tak mau buat kuih. Yang perempuan pun tak minat nak belajar macam mana, nanti-nanti takkan la semua orang Melayu nak makan sushi dengan donut aje hari-hari?" Makcik itu menghulurkan duit RM3 semula kepada Nora.

"Eh, makcik, ni kan duit kuih saya," kata Nora.

"Makcik tak nak duit kau dik, makcik sedekah. Tiap-tiap orang yang beli kuih dengan makcik dan dia kata mahal, makcik bagi balik duit kat dia dan makcik sedekahkan," jawab makcik itu.

"Kenapa pula makcik?" tanya Nora kehairanan.

"Sebab kalau orang Melayu tak nak tolong orang Melayu yang tak mampu, tak ada orang lain lagi yang akan tolong orang kita," jawab makcik itu.

"Saya mampu makcik," balas Nora.

"50 sen sebiji adik kata mahal, tak mampu lah tu," kata makcik itu tersenyum, ikhlas.

DIALOG YANG MEYENTUH PERASAAN

# kalau rasa 50sen tu mahal jangan beli
# kek secret resepi mahal.. boleh beli
# harga berpatutan dh, jangan pertikai
# tolong hargai susah payah orang yg buat
# cuba buat sendiri agak2 dpt ke seketul 20sen
# beli kt pasaraya tak minta kurang pon.
# dh murah nk murah lagi

SUMBER

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Mar 13, 2017 8:26 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Rupanya KDN Dan Polis Tidak Ada Maklumat Perisik Asing Dalam Di Negara Ini
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin Deen

Rupanya KDN Dan Polis Tidak Ada Maklumat Perisik Asing Dalam Di Negara Ini. Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak polis tidak mempunyai maklumat berkaitan jumlah agen perisik asing di negara ini.

Ini susulan tiada negara asing mengisytiharkan agen perisikan mereka kepada Malaysia.

"Bagaimanapun, kementerian melalui cawangan khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memperingkatkan lagi usaha untuk mengumpul maklumat risikan bagi menentukan tiada lagi kejadian seperti pembunuhan Kim Jong-nam berlaku di negara ini," kata menteri.

Rupanya KDN Dan Polis Tidak Ada Maklumat Perisik Asing Dalam Di Negara Ini. Perkara itu dijelaskan dalam jawapan bertulis Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi yang menjawab soalan Sim Tze Tzin (Bayan Baru) di parlimen.

Sim mahu tahu jumlah agen asing di Malaysia dan status terkini kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara Jong-un itu.

Berkaitan kes itu, kerajaan bagaimanapun tidak mendedahkan maklumat baru kerana bimbang mengganggu proses siasatan.

SB gagal, kata MP

Sementara itu, Sim dalam kenyataannya selepas itu menyifatkan apa yang berlaku menunjukkan kegagalan pihak polis dan Cawangan Khas (SB) menjalankan tanggungjawab menjaga keselamatan negara.

Rupanya KDN Dan Polis Tidak Ada Maklumat Perisik Asing Dalam Di Negara Ini

Beliau juga menyifatkan jawapan menteri itu sebagai "kurang cerdik".

"Ejen pengintip adalah menjadi kebiasaan dunia pengintipan. Setiap negara di dunia mempunyai ejen pengintip beroperasi di negara lain.

"Memang menjadi tanggungjawab SB dan PDRM untuk mengumpul maklumat ejen pengintip daripada jaringan pengintipan.

"Jika KDN atau PDRM tidak mempunyai maklumat anggaran ejen pengintip yang beroperasi di Malaysia, maka mereka gagal.

"Barangkali ini adalah sebab Kim Jong Nam dibunuh di Malaysia," katanya lagi.

Rupanya KDN Dan Polis Tidak Ada Maklumat Perisik Asing Dalam Di Negara Ini. Beliau justeru berharap pihak polis dan SB dalam menunjukkan usaha terhadap ancaman ejen pengintip luar, daripada mengintip aktiviti pemimpin Pakatan Harapan.- mk

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: