7 Messages
Digest #4703
Messages
Wed Mar 15, 2017 2:41 am (PDT) . Posted by:
"~:eSpAcE9808:~" rienacom
Kredit lesap RM4 setiap hari, lelaki mengamuk pecahkan premis telekomunikasi
bloglist-malaysia.
ekeleh.com
RM4 setiap hari dah betul-betul lesap ni, kalau dah sanggup mengambil risiko sehingga mengamuk dengan memecahkan pintu kaca dan telefon bimbit sebuah syarikat telekomunikasi di Sibu tengahari tadi. Bukan satu, dua cawangan dia bantai.
Menurut Berita Harian, lelaki berusia 30 tahun dengan berbekalkan kayu golf melaksanakan operasi amukannya di premis di Jalan Wong King Huo pada jam 1.45 tengah hari. Amukan keduanya di premis telekomunikasi yang sama di Jalan Keranji.
Bagaimanapun dia berjaya ditahan jam 5 petang tadi.
Admin nak pesan, tak nak kredit dipotong, jadilah pengguna ONEXOX. Pesan kepada lelaki tu, biar kawan admin tolong daftarkan. RM10 je!!
Sejak jadi pengguna Onexox, sejak Mac 2014, 1 sen pun kredit tak pernah dipotong sesuka hati.
Dahlah tempoh aktif panjang, panggilan 9 sen/minit semua panggilan, data RM10 1GB sehingga sebulan. Pesan dekat lelaki tu, wasap sini. Tuan-puan yang berminat pun wasap kat sini jugak.
Kalau dengan ONEXOX masih tak jimat jugak, kawan admin tu kata rela dimaki 3 hari!!
Apapun santai-santai, jom tonton video BH di bawah.
Pusat Servis DiGi di Sibu Diserang Seorang Lelaki
bloglist-malaysia.
depalmasp.com
Famili Ceria
Video Pusat Servis DiGi di Sibu Diserang Seorang Lelaki, Digi Center di Sibu Diserang Lelaki Amuk - Di bawah terdapat satu video dan ulasan akhbar Berita Harian mengenai Digi Service center yang diserang seorang lelaki akibat ketidakpuasan hatinya terhadap servis DiGi. Silakan baca laporan akhbar Berita Harian di bawah.
Berang apabila kredit telefon prabayar susut RM4 setiap hari, seorang lelaki mengamuk dengan memecahkan pintu kaca dan beberapa telefon bimbit di dua cawangan sebuah syarikat telekomunikasi di bandar ini, tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Saiful Bahari Abdullah, berkata lelaki berusia 30 tahun itu pada mulanya bertindak merosakkan premis di Jalan Wong King Huo pada jam 1.45 tengah hari.
Lelaki itu kemudian memecut kenderaannya ke sebuah lagi pusat khidmat syarikat telekomunikasi sama di Jalan Keranji dan memecahkan pintu hadapan premis berkenaan.
"Polis berjaya menjejaki suspek yang bekerja di sebuah pusat hiburan di sini dan menahannya di sebuah lokasi di Jalan Belian pada jam 5 petang tadi.
"Kayu golf yang digunakan untuk merosakkan premis itu turut dirampas dan suspek ditahan untuk tindakan lanjut," katanya.
Saiful Bahari berkata, siasatan awal mendapati dia mengamuk hanya kerana tidak berpuas hati kerana mendakwa kredit prabayarnya berkurangan sebanyak RM4 setiap hari.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 dan 427 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, pengawal keselamatan di sebuah premis berkenaan, Kumbang Empera, 54, berkata serangan itu berlaku dengan pantas dan dia turut tercedera di belakang telinga kanan.
"Ketika kejadian, saya menyangka lelaki itu adalah pelanggan biasa. Saya melakukan rutin biasa membuka pintu untuk pelanggan tetapi belum sempat saya buka pintu, suspek menghayun kayu golf ke pintu kaca premis ini.
"Saya tidak sempat mengelak dan serpihan kaca itu terkena belakang telinga sehingga luka sedikit," katanya ketika ditemui di premis itu.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from ~:eSpAcE9808:~
2 of 2 File(s)
Wed Mar 15, 2017 2:41 am (PDT) . Posted by:
"~:eSpAcE9808:~" rienacom
BERITA BAIK
AMAT BAIK
UNTUK WARGA
BANGSA JOHOR
bloglist-malaysia.
tukartiub.blogspot
Posted by Tukar Tiub
Dasar baru China: Johor didakwa bakal hadapi lambakan projek terbengkalai
Berikutan tindakan drastik Kerajaan China mengawal pengaliran keluar modal, ramai pakar ekonomi meramalkan berlakunya lambakan projek hartanah terbengkalai khususnya di negeri Johor.
Timbalan Presiden Amanah, Salahudin Ayub dalam satu kenyataannya berkata, adalah difahamkan projek super mega Forest City yang hampir keseluruhannya mensasarkan pasaran dari negara China akan paling awal terkesan.
Ia adalah akibat daripada dasar Bank Pusat China yang menekan rakyatnya yang membeli hartanah di luar China supaya menghabiskan pinjamannya atau membayarnya di dalam negara China sahaja.
Sebagai bukti jelas, katanya, syarikat pemaju China iaitu Country Garden yang membangunkan projek Forest City telah pun menutup semua pusat jualannya di China.
Ini bermakna, tidak akan ada jualan baru dan padahnya adalah cukup besar untuk mengisi saiz projek Forest City yang luasnya 1,385 hektar, katanya.
"Adakah Kerajaan Negeri Johor di bawah Team Johor pimpinan Datuk Seri Khalid Nordin tidak meneliti Kajian Kemungkinan (feasibility study) terhadap projek Forest City?
"Adakah pentadbiran Team Johor juga tidak sedar akan kemungkinan berlakunya gelembung ekonomi (bubble economic), gelembung spekulasi dan gelembung kewangan yang telah berlaku di Dubai dan Indonesia?" soal Salahudin dalam kenyataan itu.
Menurut beliau, ahli-ahli ekonomi dan pemain sektor hartanah bersekala besar bimbang pasaran tempatan dan Timur Tengah tidak akan mampu mengisi lompang yang ditinggalkan di Forest City.
"Besar kemungkinan projek Forest City akan menjadi "great white elephant" yang akhirnya kelak terpaksa di bailout oleh kerajaan Team Johor.
"Sekali lagi airmata dan keringat rakyat terus menjadi taruhan," katanya bimbang.
BILA PROJEK
BUNGKUS
TANAH WARGA
BANGSA JOHOR
TERUS SELAMAT
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Mar 15, 2017 2:45 am (PDT) . Posted by:
"~:eSpAcE9808:~" rienacom
Lagi Kes Pandu Melawan Arus Di Atas Lebuhraya, Satu Nyawa Tidak Berdosa Melayang Dan Empat Cedera
siakapkeli.my
PERMATANG PAUH: Tindakan seorang wanita yang memandu melawan arus telah menyebabkan seorang lelaki maut dan lima orang cedera dalam satu kemalangan yang membabitkan empat buah kereta, sebuah van kilang dan sebuah motosikal di Kilometer 134 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Sungai Dua pagi tadi, lapor Sinar Harian.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, pihaknya telah menerima satu laporan mengenai kejadian kemalangan ini kira-kira jam 7.50 pagi.
"Siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Proton Gen2 dipercayai memandu dengan melawan arus dari arah bertentangan iaitu dari Sungai Dua menghala ke Butterworth.
"Apabila tiba di lokasi kejadian kereta yang dipandu seorang wanita itu kemudiannya dipercayai melanggar sebuah kereta jenis Perodua Kelisa yang dipandu mangsa yang berumur lingkungan 26 tahun itu.
"Perlanggaran tersebut mengakibatkan kereta yang dipandu mangsa terbabas ke kiri jalan dan pada masa sama berlanggar dengan sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki," katanya.
Katanya, pada masa sama, kereta jenis Proton Gen2 itu hilang kawalan dan menyebabkan ianya berpusing dan melanggar dengan dua buah kereta dan sebuah van kilang.
"Mangsa yang memandu Perodua Kelisa tersebut dikenali sebagai Mohamad Fandi Rosli berusia 26 tahun itu mengalami cedera parah dan disahkan meninggal di tempat kejadian.
"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat," katanya.
Menurut beliau lagi, mangsa lain yang terlibat mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Seberang Jaya.
"Pemandu Gen2 kini masih ditahan dan kini sedang dirawat di Hospital Bukit Mertajam.
"Siasatan lanjut mengenai kes ini masih dijalankan dan kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya lagi. - Siakapkeli.my
----- Original Message -----
From: ~:eSpAcE9808:
To:
Sent: Monday, March 13, 2017 11:21 PM
Subject: Fw: Kereta Dipandu Laju Melawan Arus Menuju Ke Arahnya
Lelaki Terkejut, Sebuah Kereta Dipandu Laju Melawan Arus Menuju Ke Arahnya Di Atas Lebuhraya Di Taiping
siakapkeli.my
Bahaya, itulah yang boleh digambarkan selepas menontoh sebuah video yang dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook bernama Chuah Cheah Choon.
Beliau telah memuatnaik video yang berjaya dirakamnya di mana sebuah kereta jenis Nissan Sentra telah meamndu dengan laju sambil melawan arus di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Taiping, Perak baru-baru ini.
Video yang berdurasi 29 saat itu menunjukkan kereta berkenaan laju menuju kearahnya namun beliau yang terkejut sempat mengelak dan tidak berlaku apa-apa kejadian yang tidak didingini.
Pada minit-minit terakhir dilihat sebuah motosikal milik polis telah bergerak melawan arus menggunakan lorong kecemasan, kemungkinan mengejar kereta berkenaan.
Jom kita lihat video tersebut.
- Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from ~:eSpAcE9808:~
2 of 2 File(s)
Wed Mar 15, 2017 2:45 am (PDT) . Posted by:
"~:eSpAcE9808:~" rienacom
Jemput Datang Ke Kebun Saya Di Kuala Pilah Untuk Habiskan Buah Langsat Secara Percuma, Ada 53 Pokok Berbuah Lebat
siakapkeli.my
Seorang lelaki bernama, Khamaruzaman Yusof telah mempelawa orang ramai yang datang ke Kuala Pilah sempena cuti sekolah minggu depan agar datang ke kebun buah miliknya di mana dia berbesar hati untuk memberikan buah langsat secara percuma untuk di makan sampai puas.
Menurut beliau, terdapat kira-kira 53 batang pokok langsat miliknya berbuah lebat, tetapi mereka yang datang perlulah memanjat pokok berkenaan sendiri di mana pokoknya tidak terlalu tinggi.
"Saya telah tanam pokok ini sejak tahun 1992, ketika ini ada kira-kira 53 batang pokok berbuah lebat, saya rasa ianya cukup untuk mereka yang datang ke sini," tulisnya di laman Facebook.
Untuk mereka yang datang ke kebunnya, mereka dilarang sama sekali untuk mengambil buah langsat untuk dijual, tetapi hanya untuk dimakan, dia rela mereka ambil buah sampai habis.
Beliau juga mengamanahkan kepada orang yang datang ke kebunnya agar tidak mengambil buah durian rendah yang ditanamnya, selain itu dia meminta orang ramai tidak mengganggu sarang kelulut yang ada di kebunnya itu di mana terdapat kawalan CCTV.
DILARANG AMBIL durian rendah dan kacau sarang kelulut.
"Ketika itu saya bermusafir ke Bangkok dan utara Thailand dan tidak tahu balik bila, jadi datanglah ambil buah, buat mcm pokok sendiri."
"Saya mengizinkan buah langsat di kebun saya diambil sehingga habis, tetapi hanya untuk dimakan dan bukannya dijual," tegas beliau.
Untuk mereka yang datang ke Kuala Pilah bolehlah datang ke kebun Encik Khamaruzaman di alamat 20a, kg. Bukit, Senaling, Kuala Pilah. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Mar 15, 2017 2:45 am (PDT) . Posted by:
"~:eSpAcE9808:~" rienacom
Siapa Sangka Kepakaran Anak Malaysia Ini Berjaya Tukarkan Padang Pasir Yang Tandus Menjadi Jadi Ladang Gandum Yang Subur Di Sudan
siakapkeli.my
Siapa sangka, anak Malaysia berjaya menjadi perancang utama, menukarkan kawasan padang pasir tandus menjadi ladang gandum yang cukup subur.
Beliau adalah Tuan Hj Zuraimi Isa di mana telah menjalankan projek wakaf Al Rajhi Group di Sudan di mana hasil kerja jurutera tempatan daripada Malaysia ini membentuk saluran perngairan dan peparitan, beliau telah berjaya menjadikan padang pasir sebagai ladang gandum yang subur.
Jom kita baca kisah hebat ini seperti yang diceritakan oleh Puan Masnira Ramli.
PROJEK WAKAF AL RAJHI GROUP DI SUDAN. KENDALIAN JURUTERA MALAYSIA.
"Dari padang pasir yang tandus bertukar ke ladang gandum yang subur!"
Siapa sangka projek WAKAF yang bakal menyumbangkan 80% hasil keuntungannya kepada negara-negara miskin di seluruh dunia ini mempercayai seorang jurutera Malaysia Tuan Hj Zuraimi Isa sebagai Head Of Deparment- Water Management Service yang terlibat dalam pembinaan pump house, irrigation pump, canal construction dan pivots.
Beliau ternyata sangat hebat mashaALLAh di dalam bidangnya 'mechanical engineering
Namun projek ini lebih memberikan kepuasan lahiriah dan juga rohani apabila khabarnya ia merupakan projek wakaf, kepuasannya berbeza daripada projek mega lain yang pernah beliau terlibat.
Apa yang berjaya membuatkan saya terlalu kagum adalah projek ini berjaya menukar sebuah padang pasir yang tandus di negara panas Sudan menjadi sebuah ladang gandum yang sangat subur dengan kepakaran teknologi kejuruteraan yang digunakan. hebat mashaALLAH!
Bercerita tentang cabaran. Menurut beliau cabaran terbesar yang terpaksa di lalui adalah dalam mendapatkan alat ganti. Kebanyakkan projek wakaf ini berada di pedalaman padang pasir. Jarak terdekat dengan bandar utama adalah 400km. Jadi beliau banyak melakukan modifikasi untuk menyiapkan sesuatu projek berdasarkan apa materials yang terdapat di project site.
Semoga projek ini akan terus berkembang dan melibatkan banyak negara lain khususnya kepada negara-negara miskin di benua africa. amin...
p/s- Jurutera hebat. Anak kelahiran negeri Kelantan, Tuan Haji Zuraimi Isa ini keluaran universiti tempatan tau. Universiti Teknologi MARA - Media FB Rasmi. Syabas tuan. Semoga terus
memberikan insprasi kepada anak-anak muda yang meminati bidang mechanical engineering.
- Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Mar 15, 2017 2:46 am (PDT) . Posted by:
"~:eSpAcE9808:~" rienacom
----- Original Message -----
From: ~:eSpAcE9808:
Sent: Tuesday, March 14, 2017 10:54 PM
Subject: Fw: HANYA KERANA INI BUKAN RUMAH PEMIMPIN
HANYA KERANA INI BUKAN RUMAH PEMIMPIN ATAU RUMAH VVIP...
bloglist-malaysia.
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat
Dikhabarkan sudah 5bln terbiar.... Sebelum dibuat marking tersebut...
Sumber: fb lando zawawi vrus
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Mar 15, 2017 2:46 am (PDT) . Posted by:
"~:eSpAcE9808:~" rienacom
Air Asia Tawarkan 3 Juta Tiket Percuma? Ini Hakikat Disebalik Promosi Yang Anda Patut Tahu..
bloglist-malaysia.
sozcyili.blogspot
Oleh : Geng Suka Travel
Iklan Air Asia - Sumber Google
Bila baca headline AirAsia tawarkan 3 juta tiket percuma, kena ingat hakikatnya..
1) tiket percuma, maksudnya harga tambang kosong, tapi tetap kena bayar cukai lapangan terbang, fi dikenakan, berserta gst sekali (jika ada) dikenakan untuk perjalanan domestik dan lapangan terbang berlepas dari dalam Malaysia
2) tidak termasuk caj dan servis tambahan, kena bayar kos berasingan seperti bagasi untuk di daftar masuk, makanan dan minuman atas kapal terbang, pilihan tempat duduk, dan insurans perjalanan
Tips : boleh beli semua tu masa nak check in nanti, bagasi daftar masuk boleh kongsi2 dengan ahli keluarga atau kumpulan kawan yang travel bersama
3) tiket percuma, maksudnya hanya satu bagasi kabin boleh dibenarkan dibawa masuk yang muatan tidak lebih 7kg diiringi satu handbag / atau beg galas laptop (contoh sahaja)
4) tidak semua destinasi Air Asia terbang, Air Asia tawarkan tempat duduk percuma. Hanya tipikal destinasi yang ditawarkan setiap kali promosi major. Beza dia satu dua destinasi ditukar tukar sahaja. Tak percaya? Terpulang!
5) memanglah tarikh perjalanan untuk setiap kali promosi agak panjang. Tetapi ingatlah bukan setiap hari ada ditawarkan untuk setiap flight dan setiap hari. Tempat duduk percuma agak sukar didapati bila tarikh cuti umum malaysia, cuti sekolah dan cuti hujung minggu. Mungkin ada, sangat sangat terhad dan agak sukar dicari. Kena gigih macam saya? Jom!
6) jadilah ahli Air Asia, setiap kali promo dapat newsletter via email. Sign up je dekat website Air Asia, top right corner of the website. Kelebihan, boleh login dan dapat bookings 24 jam lebih awal. Peluang untuk dapat tempat duduk percuma adalah, walaupun website Air Asia akan mengalami kesesakan macam macet kat jakarta. Gigih macam saya? Jom! Kelebihan, boleh pra isi maklumat penumpang, nama penuh dan tarikh lahir. So setiap kali promosi, senang senarai nama dah ada, tak payah mintak setiap kali promosi muncul. Yang penting, nama penuh dan tarikh lahir kena betul. Kalau pegi overseas, takde passport pon boleh beli dulu tiketnya. No passport boleh dikemaskini masa kemudian, masa nak check in contohnya. Kelebihan, boleh pra isi maklumat kad kredit dan kad debit untuk buat bayaran tetapi baca next point saya ya.
7) tolong beli tiket Air Asia pakai online internet bankings. Sebab apa, dia caj rm4 + rm0.24 gst untuk setiap tempahan. Kalau pakai kad kredit, caj dia rm8 untuk satu hala/satu penumpang. Cuba bayangkan satu keluarga ada 4 orang, rm8 x 2 x 4 x 6% = ?
8) kalau tak silap, maksimum penumpang untuk satu satu bookings hanyalah 9 orang sahaja. Syarikat penerbangan mana-mana pon, sama sahaja.
9) oh ya, tempat duduk percuma bukan ada 100 seat untuk setiap flight/kod penerbangan, hanya ada mungkin maksimum 9/10 atau 15? Bergantung kepada strategi mereka. Kalau destinasi pilihan tu banyak kekerapan flight, apa salahnya beli asing2 janji tarikh travel dan destinasi sama. Janji dapat jumpa kat sana holiday n enjoy sesama.
10) kalau dah tahu awal-awal pasal promosi, sila cari kalendar siap2. Tengok tarikh cuti umum betul2, cuti sekolah dan hujung minggu. Nasib anda baik, dapatlah travel tarikh kombinasi dgn mana2 cuti di atas. Jadi sikit sahajalah pohon cuti tahunan anda yang tak berapa banyak tu. hehe.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment