15 Messages
Digest #4697
Messages
Thu Mar 9, 2017 6:10 am (PST) . Posted by:
"~:eSpAcE9808:~" rienacom
Mampukah Malaysia hadapi ancaman Korea Utara?
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net
PETALING JAYA: Berdepan krisis diplomatik paling serius sejak era "Konfrontasi" dengan Indonesia pada 1963, persoalan yang bermain kini adalah bagaimana Malaysia menangani krisis dengan Korea Utara, sebuah negara yang secara terbuka menonjolkan keupayaan tenteranya kepada seluruh dunia.
Ia timbul kerana Korea Utara bukan seperti negara lain. Regim Pyongyang terkenal dengan tindak tanduknya yang kerap mencabar kuasa besar lain terutama Amerika Syarikat.
Hanya beberapa hari lalu, ia menunjukkan kekuatannya dengan melancarkan peluru berpandu jarak jauh ke arah Laut Jepun, ketika musuh ketatnya Korea Selatan mengadakan latihan bersama tentera dengan Amerika Syarikat.
Laporan Institut Antarabangsa Kajian Strategik (IISS) yang berpusat di London, Korea Utara mempunyai bilangan tentera aktif keseluruhan seramai 1,190,000, termasuk 60,000 tentera laut.
Menurut laporan itu, tentera Malaysia yang aktif berjumlah 109,000 dengan 80,000 tentera, 14,000 tentera laut dan 15,000 tentera udara, dan selebihnya separa tentera.
Teknologi peluru berpandu
Seorang penganalisis pertahanan bagaimanapun tidak menganggap negara yang digembar gemburkan memiliki senjata nuklear itu mendapat jalan mudah sekiranya perang mulut bertukar kepada sesuatu yang lebih drastik.
Katanya, Malaysia masih mampu menghadapi ancaman tentera konvensional Korea Utara.
Menurutnya, Korea Utara bukan merupakan negara tentera yang kuat walaupun ia mempunyai tentera darat yang kuat.
"Tapi tidak mungkin digunapakai untuk menyerang Malaysia. Tentera udara dan laut Korea Utara boleh diabaikan. Walaupun Korea Utara ada pelbagai jenis misil balistik, tetapi bukan semua boleh sampai Malaysia," kata penyelidik kanan Institut Kajian Kemajuan Sosial (Refsa), Lam Choong Wah.
Menurutnya, walaupun benar ia memiliki peluru berpandu jarak jauh, ia masih dibelenggu "ketepatan dan kemantapan teknologi yang rendah".
Bagaimanapun, Lam mengakui apa yang perlu dibimbangi ialah serangan bukan konvensional seperti sabotaj, "dirty bomb" dan sebagainya.
Hubungan Malaysia dan Korea Utara kini di tahap paling tegang sejak kedua-dua negara menjalinkan hubungan diplomatik pada 1973.
Ia susulan kematian Kim Jong Nam, abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, selepas diserang 2 wanita, yang dipercayai diupah Korea Utara, dakwaan yang ditolak Pyongyang sejak awal.
Malaysia dan Korea Utara sudah pun menghantar pulang kedua-dua dutanya, dan hari ini kedua-dua kerajaan berkeras menghalang rakyat masing-masing pulang ke tanah air.
Ia mengancam membawa pertelingkahan itu ke tahap baharu menyamai tebusan, ekoran dakwaan polis yang suspek warga Korea Utara yang terlibat dalam pembunuhan Jong Nam masih bersembunyi di dalam bangunan kedutaan di Bukit Damansara.
Bantuan luar
Keyakinan Lam mengenai kesediaan pertahanan Malaysia juga disebabkan Malaysia merupakan salah sebuah negara anggota Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA).
Selain Malaysia, FPDA ditandatangani Britain, Australia, New Zealand dan Singapura, susulan tamatnya jaminan Britain untuk mempertahankan Malaysia dan Singapura seperti mana terkandung dalam Perjanjian Pertahanan Tanah Melayu-British pada 1957.
Di bawah FMDA, kelima-lima negara perlu serta merta berbincang sekiranya Malaysia atau Singapura diserang.
"Ini menjamin Malaysia perlindungan pertahanan daripada United Kingdom, Australia, New Zealand dan Singapura terhadap sebarang ancaman tentera dan dalam kes ini serangan Korea Utara akan mencetuskan tindakan balas daripada FPDA," kata Lam.
Keadaan Tegang Antara Korea Utara & Malaysia: Umat Islam Diseru Adakan Solat Hajat
siakapkeli.my
SHAH ALAM, 7 Mac - Umat Islam di negara ini diseru agar mengadakan solat hajat susulan keadaan tegang antara Korea Utara dan Malaysia.
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Mohamad Raimi Ab Rahim berkata perkara itu perlu bagi mendoakan kesejahteraan 11 rakyat Malaysia yang kini terperangkap dan tidak dibenarkan keluar dari negara terbabit.
"Dalam keadaan ini, Abim menyeru seluruh rakyat Malaysia menyatakan solidariti untuk warganegara kita yang masih berada di Korea Utara.
"Marilah kita sama berdoa bagi keselamatan mereka dan melakukan solat hajat sebagai ikhtiar bersama," katanya sebagaimana lapor Sinar Online.
Dalam masa yang sama, Mohamad Raimi juga menggesa kerajaan Malaysia supaya mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan polemik terkini yang dicetuskan oleh Pyongyang.
"Adalah menjadi harapan seluruh rakyat Malaysia agar kerajaan dapat memanfaatkan setiap kemampuan serta saluran diplomatik untuk menyelesaikan ketegangan diplomatik terkini yang dicetuskan Korea Utara, tanpa mengkompromikan kedaulatan serta keselamatan negara," katanya.
Sumber: Sinar Online
Lawak Antarabangsa Apakah? Hubungan Negara Dengan Korea Utara Tegang, Orang Kita Masih Mabuk Dengan Politik
siakapkeli.my
Nampaknya sejak kebelakangan ini hubungan Malaysia - Korea Utara agak tegang disebalik kes kematian abg tiri kepada pemimpin negara komunis berkenaan, Kim Jong-nam di KLIA baru-baru ini.
Pihak Korea Utara dengan biadap mencampuri hal urusan pihak berkuasa Malaysia apabila menuduh Polis menjalankan siasatan berat sebelah.
Keadaan ini semakin tegang apabila duta besar Korea Utara telah diisytihar "persona non grata", keadaan juga semakin teruk apabila pihak Korea Utara telah melarang rakyat Malaysia meninggalkan negara berkenaan dan turut dibalas oleh Malaysia.
Namun, ada suara-suara tidak sedap rakyat Malaysia sendiri masih mabuk dengan politik, mengaitkan hal keselamatan negara ini dengan politik murahan seperti yang disuarakan oleh saudara Ayman Rashdan Wong ini.
LAWAK ANTARABANGSA
Saya ingat Kim Jong-un (pemimpin Korea Utara) dah kira manusia paling lawak di dunia, rupanya ada yang lebih lawak daripada itu. Mengapa saya kata begitu?
Sebelum itu, mari kita "rewind" dulu pasal drama "Attack on Kim Jong-nam" ini. Kes dia macam ini: Kim Jong-nam abang Kim Jong-un dibunuh di KLIA. Polis Malaysia mahu melakukan bedah siasat. Kedutaan Korea Utara tak bagi, nak tuntut balik mayatnya. Pendirian polis kita ialah sila ikut prosedur Malaysia. Tak puas hati punya pasal, Duta Korea Utara iaitu Kang Chol mempertikaikan undang-undang Malaysia.
Maka Malaysia mengisytiharkan Kang Chol sebagai "persona non grata" (orang yang tidak dihargai), dengan arti kata lain, halau. Korea Utara pula membuat pengumuman bahawa rakyat Malaysia (ada dalam 11 orang, kebanyakan kakitangan di Kedutaan Malaysia di Pyongyang) tidak dibenarkan meninggalkan Korea Utara.
Adakah Malaysia berhak untuk mengisytiharkan Duta Korea Utara sebagai "persona non grata"? Ada. Ia telah diperuntukkan dalam Artikel 9, Konvensyen Vienna Mengenai Hubungan Diplomatik 1961. Yang bersalah dalam hal ini ialah Korea Utara kerana 11 rakyat Malaysia yang berkhidmat dalam Kedutaan (9 orang) dan World Food Programme (2 orang) ditahan itu mempunyai kekebalan diplomatik ("diplomatic immunity"). Dalam undang-undang antarabangsa, diplomat hanya boleh dihalau, tidak boleh ditahan.
Dari permulaan drama ini Malaysia telah bertindak mengikut undang-undang dan norma antarabangsa. Namun, bedah siasat akan mendedahkan kebenaran tentang kematian misteri Kim Jong-nam. Kedegilan Korea Utara dalam memberi kerjasama seolah-olah memberi tanda ada udang di sebalik mee Jajangmyeon.
Apa yang Korea Utara buat sekarang ialah "blackmailing" (peras ugut). Ini bukan kali pertama. Tanyalah jiran Korea Utara iaitu Korea Selatan dan Jepun sudah berapa kali diperas ugut olehnya. Di tahun 2009, Korea Utara juga menahan dua orang wartawan Amerika Syarikat, dan mereka hanya dibebaskan selepas bekas presiden Amerika, Bill Clinton melawat Pyongyang untuk rundingan rahsia.
Zahid Hamidi
pada hari Selasa
Baru selesai Mesyuarat Tergempar Majlis Keselamatan Negara mengenai situasi Korea Utara yg dipengerusikan oleh PM Najib Razak
Dengan menjadikan rakyat Malaysia sebagai tebusan ("hostage"), rejim samseng Korea Utara berharap dapat menebus balik mayat Kim Jong-nam yang mengandungi kebenaran yang mereka cuba sembunyikan. Malaysia tidak mencari pasal dengan Korea Utara, Korea Utara yang mencari pasal dengan kita. Kalau kali ini Malaysia membenarkan Korea Utara membawa balik mayat sesuka hati, apa yang bakal terjadi selepas ini? Orang asing datang membunuh rakyatnya dan membawa balik?
"Battle of the wills" ini menguji siapa yang mengalah terlebih dahulu. Dalam hal ini, orang asing sedang memijak kepala kita kerana kita mempertahankan hak kedaulatan kita, jadi kita harus bersatu sebagai rakyat Malaysia yang bermaruah, bukan memperlekehkan kerajaan sendiri. Kalau di saat ini pun anda masih mahu menjadi zombie politik, mohon berpindah ke Korea Utara.
Dalam drama kali ini, ada sebuah aktor yang nampak berdiam, iaitu China. Sebenarnya China mengalami dilema di antara Korea Utara dan Malaysia: China melihat Malaysia sebagai rakan strategik di rantau Asia Tenggara, namun pada masa yang sama Korea Utara ialah bidak penting dalam percaturan geopolitik Asia Timur. Kalau China menyokong Korea Utara, Malaysia akan tersinggung. Kalau China menyokong Malaysia, Korea Utara pula akan tersinggung. Jadi lebih baik China berdiam.
Tahun 1981, tiga kakitangan Kedutaan Soviet Union diisytiharkan sebagai "persona non grata" kerana disyaki mengintip. Dengar, Soviet Union itu. Malaysia pun tidak gentar. Apatah lagi Korea Utara.
"Ha ha ha… tengok, ada orang Malaysia kutuk kerajaan sendiri disebabkan masalah yang kita timbulkan. 바보 (babo)!" Kata seorang ajumma yang sedang menonton berita TV dalam rumahnya di Pyongyang.
Siapakah lawak antarabangsa sekarang?
- Siakapkeli.my
Malaysia Larang Rakyat Korea Utara Keluar, Korea Utara Larang Rakyat Malaysia Keluar - Krisis Dua Negara Kian Runcing
bloglist-malaysia.blogspot.
amenoworld.org
Posted by Ameno World
Update - 7 Mac 2017 12.40 tengahari.
Ini perkembangan terbaru yang kami terima. Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi sebentar tadi mengadakan satu sidang media tergempar bagi memberikan penjelasan mengenai langkah drastik Korea Utara terhadap rakyat Malaysia di negara berkenaan.
Dalam sidang tersebut, Zahid Hamidi mengesahkan rakyat Malaysia dilarang meninggalkan negara tersebut susulan dari krisis diplomatik yang melanda di antara dua buah negara berkenaan berhubung kematian Kim Jong Nam di Malaysia baru-baru ini.
Sebagai reaksi balas segera, rakyat Korea Utara juga akan dilarang meninggalkan negara ini dan arahan itu berkuat-kuasa serta-merta.
Arahan tersebut melibatkan kesemua rakyat Korea Utara yang berada di Malaysia (kemaskini).
"Kita (Kerajaan Malaysia) berharap tiada sebarang ancaman kepada rakyat kita di sana (DPRK)", kata Zahid Hamidi dalam sidang berkenaan.
Zahid Hamidi juga berkata kerajaan akan memaklumkan jumlah sebenar rakyat Malaysia yang berada di Korea Utara dan kebajikan mereka akan dijaga.
Mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung pada jumaat ini juga akan mengadakan perbincangan lanjut mengenai isu ini, katanya lagi.
-----------
Semua rakyat Malaysia yang berada di Korea Utara kini diharamkan untuk keluar dari negara itu lapor APF. Ini susulan dari tindak-balas terhadap kerajaan Malaysia yang menghalau pulang kedutaan Korea Utara, Kim Chol pada 4 Mac lepas.
Petikan Twitter
"Semua rakyat Malaysia di Korea Utara dilarang dari meninggalkan negara itu sehingga insiden yang berlaku di Malaysia diselesaikan", memetik laporan APF.
Hubungan Malaysia - Korea Utara menjadi tegang disebabkan campurtangan negara berkenaan dalam siasatan pembunuhan Kim Jong Nam, abang tiri kepada Pemimpin tertinggi Korea Utara iaitu Kim Jong Un.
Kim Jong Nam mati dibunuh di KLIA 2 pada 13 Februari selepas diserang dengan senjata kimia berbahaya oleh dua wanita warganegara asing.
Walau bagaimanapun pihak Korea Utara menuduh Malaysia terlibat dalam menyembunyikan fakta kematian sebenar Kim Jong Nam yang menurut mereka sebenarnya mati disebabkan serangan jantung.
Menurut maklumat yang kami terima, ketika ini lebih kurang 11 rakyat Malaysia berada di Korea Utara atas pelbagai urusan. Rakyat Korea Utara juga berada di Malaysia namun tidak dapat dipastikan jumlah sebenar mereka.
Artikel dikemaskini pada jam 2 petang - 7 Mac 2017
Korea Utara haramkan semua rakyat Malaysia keluar dari negara itu
bloglist-malaysia.blogspot.
milosuam.net
PYONGYANG mengharamkan kesemua rakyat Malaysia termasuk diplomat-diplomat daripada meninggalkan Korea Utara lapor sumber berita negara itu.
Rakyat Malaysia yang berada di negara itu berpotensi untuk dijadikan tebusan di tengah-tengah ketegangan diplomatik antara Korea Utara dan Kuala Lumpur lapor The Star.
"Buat sementara waktu semua rakyat Malaysia di DPRK diharam meninggalkan negara sehingga insiden yang berlaku di Malaysia dapat diselesaikan," lapor sumber berita rasmi Korea Central News Agency, KCNA.
Hubungan antara Kuala Lumpur dan Pyongyang mula tegang selepas kematian adik beradik tiri pemimpin utama Korea Utara, Kim Jong Un di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dipercayai melibatkan dua wanita menggunakan ejen saraf VX.
Seol, Korea Selatan menuduh Pyongyang terlibat dalam pembunuhan tersebut, manakala kerajaan Malaysia telah menahan beberapa rakyat Korea Utara untuk soal siasat, namun hanya seorang yang ditahan telah dibebaskan kerana kekurangan bukti untuk mendakwa.
Sebelum ini, Malaysia telah menghalau duta besar Korea Utara di Malaysia Kang Chol kerana gagal menghadirkan diri selepas dipanggil oleh Wisma Putra dengan mengistiharkannya sebagai persona non grata.
Susuran tindakan itu, Korea Utara telah mengambil tindakan yang disifatkan sebagai membalas dendam dengan mengistiharkan duta besar Malaysia di Korea Utara, Mohamad Nizan sebagai persona non grata di negara itu.
Read more: http://www.milosuam.net/2017/03/korea-utara-haramkan-semua-rakyat.html#ixzz4adzc4ibx
Inilah Nasib Rakyat Malaysia Di Korea Utara?
bloglist-malaysia.
addindeen.com/
Posted by Addin Deen
Inilah Nasib Rakyat Malaysia Di Korea Utara? Perdana menteri memanggil mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Negara (MKN), sementara polis menutup Kedutaan Korea Utara di Bukit Damansara, sebagai tindakan balas balik terhadap keputusan Pyongyang melarang rakyat Malaysia meninggalkan negara komunis itu.
"Perbuatan hina ini, menahan rakyat kita sebagai tebusan, adalah melanggar semua undang-undang antarabangsa dan norma diplomatik," kata Datuk Seri Najib Razak dalam kenyataan bernada paling keras setakat ini sejak berlaku krisis diplomatik dengan Pyongyang susulan pembunuhan Kim Jong Nam bulan lalu di klia2.
Inilah Nasib Rakyat Malaysia Di Korea Utara? Najib berkata keutamaannya sekarang ialah melindungi rakyat negara ini di Korea Utara dan Malaysia "tidak akan teragak-agak untuk mengambil segala langkah yang perlu apabila mereka terancam".
"Kami berharap agar ia diselesaikan dengan pantas. Saya menyeru kepimpinan Korea Utara untuk dengan segera membenarkan rakyat kami untuk meninggalkan negara itu untuk mengelakkan sebarang masalah yang selanjutnya," katanya.
Hubungan diplomatik antara dua negara ini semakin tegang hari ini, 3 minggu selepas kematian Jong Nam akibat serangan agen saraf, dipercayai dilakukan 2 wanita yang diupah rejim Korea Utara.
Korea Utara sebentar tadi menerusi pegawai media kawalan kerajaan Korea Central News Korea berkata semua rakyat Malaysia di Korea Utara dilarang buat sementara waktu meninggalkan negara itu sehingga insiden yang berlaku di Malaysia diselesaikan dengan baik.
Inilah Nasib Rakyat Malaysia Di Korea Utara?
Bertindak balas, tidak lama selepas itu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata KDN menerusi Jabatan Imigresen tidak membenarkan mana-mana pegawai atau kakitangan di Kedutaan Korea Utara keluar dari Malaysia dan arahan itu berkuat kuasa serta-merta.
Pada Sabtu, Malaysia mengisytiharkan duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol sebagai pesona non grata. Beliau pulang ke Korea Utara semalam.
Tetapi polis Malaysia percaya suspek dalam kes pembunuhan itu masih bersembunyi di Kedutaan Korea Utara.
Ketegangan tercetus selepas Pyongyang membantah bedah siasat polis Malaysia terhadap mayat Kim Jong Nam, abang sebapa diktator Korea Utara yang dipercayai dibunuh di terminal klia2 pada 13 Februari.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed memberitahu wartawan yang menunggu di luar rumah banglo yang menempatkan Kedutaan Korea Utara hari ini, pihak berkuasa sedang cuba mengenal pasti kakitangan kedutaan.
Inilah Nasib Rakyat Malaysia Di Korea Utara?
"Kami sedang cuba mengenal pasti semua staf kedutaan di sini secara fizikal," katanya kepada Reuters, menambah yang mereka tidak dibenarkan meninggalkan negara "sehingga kami berpuas hati dengan jumlah mereka dan di mana mereka berada".
Dipercayai terdapat 11 rakyat Malaysia berada di Korea Utara pada masa ini. APF melaporkan terdapat kira-kira 1,000 ekspatriat Korea Utara tinggal di Malaysia.
Inilah Nasib Rakyat Malaysia Di Korea Utara? Kebanyakan mereka terbabit dalam perniagaan seperti animasi komputer, pembuatan dan beberapa "aktiviti pasaran gelap", kata laporan itu. - fmt
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Thu Mar 9, 2017 6:11 am (PST) . Posted by:
"~:eSpAcE9808:~" rienacom
BR1M: Jawapan kerajaan di parlimen berbelit
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
tranungkite.net
OLEH SALMAH MAT HUSAIN
KERAJAAN Kerajaan yang diterajui Umno tidak mampu lagi menyorok ekonomi negara semakin tenat, biarpun mengumpankan rakyat dengan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).
Anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, pelbagai alasan diberikan di Dewan Rakyat bagi menutup kelemahan pengurusan kerajaan BN.
Katanya, sebelum ini Dewan Rakyat dimaklumkan duit bayaran BR1M melalui hasil kutipan cukai GST tahun ini sebanyak RM47 bilion.
"Hampir RM8 bilion diperlukan untuk membayar BR1M kepada hampir tujuh juta penerima di seluruh negara.
"Bagaimanapun semalam Dewan Negara memaklumkan BR1M dibayar melalui pengurangan kos subsidi minyak sebanyak RM20 bilion," katanya ketika dihubungi di sini.
Isu BR1M kini menjadi tular di media sosial sekarang. Orang ramai merungut kerana tidak lagi mendapat bantuan itu seperti tahun-tahun sebelum ini.
Malah ramai yang kecewa selepas lama beratur di mesin ATM wang BR1M yang dijanjikan tidak masuk dalam akaun mereka.
Siti Zailah yang juga Ketua Muslimat PAS Kelantan berkata pelbagai syarat baru dibuat bagi memastikan tidak ramai lagi yang layak menerima BR1M. – HARAKAHDAILY
Sudah Pergi Ke LHDN, Lelaki Ini Kongsikan Antara Sebab Ramai Tak Dapat BR1M Dan Bagaimana Cara Untuk Buat Rayuan
siakapkeli.my
Nampaknya BR1M telah menjadi bualan hangat hari ini, rata-rata mengeluh kerana tidak dapat wang bantuan kerajaan itu dengan pelbagai alasan terutamanya melibatkan pengesahan pendaftaran SSM.
Ramai tertanya-tanya kenapa boleh jadi begini, ada mereka mencadangkan supaya pergi ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk merujuk mengenai perkara ini.
Berikut adalah jawapan yang diperlolehi oleh saudara Ayie Lantana selepas dia telah pergi ke pejabat LHDN, jadi bagi mana mereka yang gagal untuk mendapat BR1M bolehlah buat rayuan dengan mengemukakan dokumen yang diminta pada tarikh yang dinyatakan.
Saya baru keluar dr LHDN cawangan.. info yang saya peroleh walaupun saya bukan penerima BRIM
1. Yang tidak layak, tak kirelah ape sebab boleh kemuka rayuan bermula 3 April - 31 Mei 2017
2. Kenapa pemohon yang memiliki SSM perlu kemuka dokument perniagaan? Kerana tujuan kerajaan beri BRIM adalah untuk golongan pendapatan rendah, ade peniaga yang kaya raya dapat BRIM hanya kerana mereka tidak membuat potongan kwsp dan tidak membayar cukai, kerajaan tidak dpt kesan pendapatan mereka dan mereka masih terima BRIM.
Pemilik SSM yang berniaga kecil2 boleh buat rayuan dgn kemukan dokumen berkaitan bermula tarikh seperti diatas.
3. Masalah-masalah lain :
Cth 1 : perlu kemuka sijil pengesahan perkahwinan : ade kes pasangan sdh bercerai tp suami masih dpt BRIM RM1050, sepatutnye dpt RM450 shj, ini mengakibatkan bekas isteri gagal dpt BRIM kerana x update dlm sistem ( ini pembelaan kpd hak wanita ) dan kpd yg ade mslh ini boleh kemuka rayuan dan bukti di LHDN sprt tarikh di atas.
Cth 2 : tiada pengesahan berhenti belajar
Mahasiswa yg dpt baucer buku RM250 perlu kemuka dokument tamat belajar utk layak dpt Brim org bujang RM450 ( untung RM200 ), pergi ke LHDN bermula tarikh spt diatas.
Cth 3 : nama anda tersenarai dlm tanggungan pemohon lain
Yang ni semak sendiri, kalau ayh kite dpt, make sure dlm permohonan ayah kite, kite tiada dlm tanggungan jika kite bekerja sendiri.
Dokumen2 yang berkaitan akan dimaklumkan oleh LHDN selepas mendapat taklimat dari MOF, dan bile dah jelas nanti LHDN akan maklum untuk kemudahan pemohon.
Stakat ni dulu sy taip, lenguh pnjg2 dan sy rase korg x bace sgt pon. Hahaha.. yg penting ingat fakta! Rayuan bermula 3 April - 31 Mei 2017 dan bawa dokument berkaitan!.. Bersabarlah semua, rezki rahsia Allah..
# Boleh Share Jika Perlu..
- Siakapkeli.my
Permohonan BR1M Tidak Lulus, Pemohon Tidak Perlu Rujuk Dengan SSM Untuk Buat Sebarang Pengesahan
siakapkeli.my
Bagi mana-mana pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berstatus 'tidak lulus', anda tidak perlu hadir ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk membuat sebarang pengesahan, lapor Bernama.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak SSM, kegagalan permohonan bantuan berkenaan tidak mempunyai sebarang signifikan terhadap pendaftaran SSM yang dilakukan.
"Di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, pemilik perniagaan tidak perlu menyerah simpan penyata kewangan di SSM. Oleh itu, tidak timbul sebarang isu bahawa penolakan BR1M berkaitan dengan pendaftaran perniagaan di SSM kerana tiada apa-apa maklumat disalurkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melainkan perkara itu dimaklumkan sendiri pemohon."
"Pemohon boleh hadir ke mana-mana cawangan LHDN untuk permohonan rayuan sepanjang 3 April sehingga 31 Mei ini atau mendapatkan maklumat di laman portal ebr1m.hasil.gov.my bagi mengelakkan sebarang kekeliruan," kata mereka.
SSM dalam pada itu percaya LHDN mempunyai pendekatan terbaik serta penjelasan tersendiri dalam mengagihkan BR1M.
"Pengagihan BR1M hanya melibatkan isi rumah berpendapatan RM4,000, RM3,000 dan RM2,000 ke bawah untuk kategori bujang. Sesiapa yang berpendapatan melebihi syarat ditetapkan , tidak layak menerima BR1M meskipun seseorang itu penjawat awam, pekerja swasta, pekerja sendiri termasuk memiliki sijil pendaftaran perniagaan SSM dan syarikat," kata kenyataan itu.
Pihak SSM dalam pada itu tampil menafikan dakwaan Skim 1Pelajar 1Pendaftaran Perniagaan (1P1P) mengakibatkan kegagalan permohonan BR1M.
1P1P telah diperkenalkan oleh pihak SSM pada 1 Januari lepas dimana ia membolehkan pelajar mendaftarkan perniagaan secara percuma untuk menggalakkan mereka terlibat dalam bidang perniagaan secara sah. - Siakapkeli.my
Wajah Kecewa Seorang Warga Emas, Awal-Awal Pagi Dia Dah Tunggu Depan Pejabat Untuk Semak BR1M, Tapi Tak Lulus Atas Alasan SSM
siakapkeli.my
Ramai yang mengeluh admin nampak sejak semalam, ramai yang tidak menyangka mereka tidak dapat Bantuan Rakyata 1 Malaysia (BR1M) wang yang kononnya untuk bantuan kepada rakyat yang memerlukan.
Semuanya gara-gara telah mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM) seperti yang telah disarankan oleh kerajaan sendiri jika hendak berniaga walau secara kecil-kecilan.
Rata-rata netizen menyuarakan rasa tidak puas hati ini, kerana ramai yang mendaftar tetapi tidak berniaga atau ada yang berniaga mendapat pendapatan yang terlalu kecil.
Dikongsikan oleh seorang wanita bernama Zalia Hezlin dimana beliau telah memuatnaik sebuah cerita apa yang berlaku di depan pejabatnya.
Katanya seorang lelaki warga emas telah menunggu sejak awal pagi di depan pejabatnya semata-mata tunggu pejabat buka untuk menyemak status BR1M, tetapi apabila diperiksa ternyata tidak lulus kerana pendaftaran SSM.
Jom kita baca,
Tak boleh nak up status happy pagi ni :'(
Pakcik ni awal pagi belum kul 8 dah tunggu depan pejabat nak buat semakan br1m
Umur dia 76 tahun...
Hasil semakan TIDAK LULUS atas alasan perlu membuat pengesahan pendapatan (SSM)
"Aku terus bagi dia kerusi suruh duduk sebelum beritahu yang BR1M dia gagal, rasa tak sampai hati nak suruh dia naik komuter pergi Rawang sana cek kat LHDN apa yang tak kena sebenarnya."
SSM ni apa sebenarnya? cuba bagi keterangan jelas..
Ni warga emas tau!!!! jangan nak seksa dia suruh ke sana ke mari..
Kesiannya melihat raut wajah kecewa dia....
Ini pula seorang lagi warga emas berumur 79 tahun yang kecewa dengan alasan yang sama
Aku terus mencarut2 dalam hati kerana sakit hati yg amat sangat..
Kalau takde duit nak bagi br1m...
Tak payah bagi semua orang...
Next PRU.. silalah buat pilihan BIJAK!!!
#BR1M
*update utk yg GAGAL atas sbb pengesahan pendapatan SSM...
Ini caranya utk buat rayuan
"Saya nk share ..husb bru blik g LHDN tnya pasal status yang pengesahan ssm tu..husban cakap LHDNnak penyata suami isteri 3 bulan.. pastu hantar 3 april 2017
Pastu mereka cakap sekarang ramai daftar SSM.. jadi xleh nak ckp saje2 daftar..so bukti penyata suami isteri tu yg Mereka nk.."
tq Nor Azeyan
- Siakapkeli.my
Permohonan BR1M Tak Lulus , Orang Ramai Banjiri Media Sosial Dengan Hashtag #br1m
siakapkeli.my
7 Mac - Sejak dari petang tadi, hashtag #br1m sekali lagi mula membanjiri media sosial Facebook dan Twitter apabila orang ramai melaporkan permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia yang dipohon mereka tidak diluluskan.
Maklumat dari orang ramai mendapati ada dari permohonan yang tidak diluluskan itu diberi dengan mesej alasan "maklumat pendapatan pemohon / pasangan / tanggungan perlu pengesahan (SSM)".
Selain itu, turut dipaparkan tempoh tarikh rayuan yang bermula dari 3 April sehingga 31 Mei 2017.
Di media sosial, pemohon-pemohon BR1M memuat naik keratan permohonan mereka yang tidak diluluskan dan bertanya kepada rakan-rakan mereka adakah menerima nasib yang sama.
Selain itu, ada juga yang meminta penjelasan disebalik alasan yang diberikan.
Bagaimanapun, ada juga yang melaporkan status permohonan mereka telah diluluskan.
Status permohonan BR1M terbaru boleh disemak di https://ebr1m.hasil.gov.my/DefaultSemakanKeluar.aspx?m=s&y=2016.
Betul ker dapat RM100k?
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.
"
Macam2 kisah sekarang ni. Yang tengah panas skrg ni adalah kisah tak dapat duit BRIM. Orang2 kampong yang dah pernah dapat duit BRIM tetiba tak dapat plak tahun ni. Kesian pun ada dengan dorang ni. Nak mengadu kat mana yang tak dapat duit BRIM ni pun tak tau. Bila diselidiiki rupanya yang tak dapat dah tu kerana dah ada nama kat Suruhan Jaya Syarikat Malaysia SSM. Patutlah dulu menteri beria suruh daftar SSM walaupun buat niaga online, rupanya ke sini juga kesan sampinganntya. Tapi ada satu lagi pakej baru yang agak menarik yang aku dengar baru2 ni....
Kisahnya ada sorang ejen cuba menjual pakej geran RM100k. Syaratnya kena ada SSM , bisnes card, akaun bank dan sebagainya utk mendpatkan pakej geran itu.
Maka dianjurkan pakej itu pada anak beranak dengan menyuruh mereka semua pergi SSM daftar company dengan guna nama sendiri sbg nama syarikat. Seharian mereka di SSM mendaftar syarikat sehinggalah siap bisnes card nya disana.
Mereka dijanjikan dengan duit free rm100k , tapi kena tolak 30% sebagai duit upah ejen bila dapat nanti. Ejen tu kata ini duit dari CHina utk rakyat malaysia meniaga. Heran gak aku , PM tak der umum apa2pun dalam TV or dalam FB dia , suruh apply duit geran dari china ni.
Yang lagi mengherankan aku adalah, duit itu boleh dapat sesiapa sahaja yang apply. Aku tengok hari tu dekat 10 company segera siap dibuat yang terdiri dari anak beranak dan saudara mara terdekat. Takkan China nak bagi satu family yang ada 10 orang apply tu jer. Orang lain tak dapat ker? Ejen tu cakap ini rahsia , jangan bagitau orang lain. Kat sini pun aku dah confius. Kalau tak bgtau orang lain, mcmana geran ni nak di habiskan.
Dalam syarat2 yang diberi tu ada terselit part kena buat akaun bank dan buat SI - standing Instruction bank. Bila tanya part tu, ejen tu kata tu dummy jer. Dorang nak bagi free duit tu. Aikkk takkan nak bagi free tapi kena buat SI plak. Orang kampong mana faham pasal SI ni. Ini dah macam kena buat loan jer ni rm100k jer ni.
Kalau betul duit ini dapat dan dalam bentuk loan, matilah orang2 yg aplly tu. Kena bayar balik RM100k + interest, tapi duit yang dapat cuma rm70k je pasal rm30k kena kidnap dgn ejen. Tapi pasal dah diwawarkan kata duit free, sedara mara yg apply tu kata takperlah duit free. rm30k tu apalah sangat , dapat rm70k.
Kalaulah pula duit tu betul duit free dari china,dan nak diberi pada usahawan2 buat modal berniaga, kenapa yang tak pernah berniaga dan tak pernah ada SSM sebelum ini boleh dan layak untuk mohon? Kenapa tak diberi jer pada peniaga2 sedia ada dipasaran yang dah niaga tu. Kenapa kena paksa semua suku sakat buat SSM dan apply pakej tu.
Entahlah, mcm2 orang ada dalam pasaran ni. Yang cerdik orang tengah, yang pening orang hujung jer.
Tapi kalaulah betul dapat rm100k nanti, dengar ada yang nak guna duit tu buat pergi UMRAH. Aku ada pakej umrah yang menarik siap pergi palestin lagi kalau berani.
Yang nampak kesan awal dari program geran china tu ialah nama2 suku sakat yang apply tu dah kena reject BRIM mereka kerana dah ada syarikat sendiri. Nampak tak permainan dorang.
Banyak orang tengah, banyaklah kos kena perah. Kalau ada pakej ini yang korang dengar ditpt korang bolehlah kongsi dengan kami yang fana ini.
Wallahuaklam
modayu73
wwww.cutijom.
"......
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: modayu
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Thu Mar 9, 2017 6:11 am (PST) . Posted by:
"~:eSpAcE9808:~" rienacom
Maybank Tawar Cuti Bersalin Setahun Kepada Kakitangannya Sempena Hari Wanita Sedunia
siakapkeli.my
KUALA LUMPUR: Maybank semalam telah mengumumkan tawaran cuti bersalin sehingga 365 hari berkuat kuasa 1 Mac lalu kepada kakitangan wanita mereka yang layak, menerusi dasar baharu institusi kewangan itu, lapor Berita Harian.
Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan Maybank, Nora Manaf berkata, Dasar Penambahan Hari Cuti Bersalin yang dilaksanakan itu membolehkan kakitangan yang layak, menyambung cuti sehingga setahun dengan 90 hari cuti bersalin sedia ada bersama gaji penuh, tambahan tiga bulan lagi dengan separuh gaji, seterusnya enam bulan tanpa gaji.
Nora berkata demikian pada sambutan Hari Wanita Antarabangsa institusi terbabit di sini semalam di mana ia menjadikan Maybank institusi kewangan pertama di Malaysia menawarkan faedah itu.
"Dasar ini memberi peluang kakitangan wanita berdepan tuntutan sebagai ibu dan untuk bayi.
"Mereka perlu mengimbangi keperluan kerja dan kehidupan sebelum kembali ke pejabat dan melaksanakan peranan berkesan di tempat kerja," katanya.
Menurut beliau algi, tempoh cuti bersalin yang dilanjutkan ini sama sekali tidak akan menjejaskan rekod pekerjaan kakitangan, sebaliknya mereka akan turut mendapat perlindungan perubatan dan insurans mengikut gred ganjaran pekerjaan masing-masing.
"Polisi ini adalah sebahagian daripada pelbagai inisiatif Maybank untuk mewujudkan pengalaman tempat kerja yang menarik bagi kakitangan untuk berkembang maju dan memberi kekuatan mereka mengimbangi tuntutan kerja dengan kehidupan berjalan lancar," katanya lagi.
Reaksi kakitangan Maybank
Indra Rani Apparow, 44 "Saya mempunyai dua anak dan berita ini amat bermakna sempena Hari Wanita Antarabangsa kali ini. Ini adalah penghargaan Maybank kepada kakitangannya.
Siti Nur Ain Zainuddin, 24 "Walaupun belum berkahwin, saya gembira dengan tawaran cuti bersalin ini dan wajar direbut kakitangan. Sebagai penghargaan, kami akan bekerja lebih produktif dan bersemangat.
Rozimah Mohd Nazari, 33, "Tawaran ini menarik dan saya berharap, ia membakar semangat wanita bekerja dengan lebih baik dan produktif."
- Siakapkeli.my
Maybank Umum Cuti Bersalin Sehingga Setahun - Taktik Halus Nak Buang Pekerja Kata Netizens.
bloglist-malaysia.
sozcyili.blogspot
Pada semalam Malayan Banking Berhad atau lebih dikenali oleh Maybank telah mengumumkan bahawanya mereka akan menjadi satu-satunya syarikat dan yang pertama di Malaysia memberikan cuti bersalin sehingga setahun kepada kakitangan wanita di syarikat perbankan itu.
Menurut Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan Maybank, Nora Manaf tawaran cuti bersalin sehingga setahun itu dikuatkuasakan mulai 1 Mac lepas.
Berikut syarat-syarat yang termaktub dalam faedah cuti bersalin sehingga setahun oleh Maybank;
1. Kakitangan yang layak akan diberikan cuti selama 90 hari dengan gaji penuh secara automatik;
2. Bagaimanapun jika kakitangan berminat nak sambung cuti, boleh membuat penambahan seperti berikut;
- tambahan 3 bulan cuti dengan separuh gaji (selepas 90 hari tamat)
- tambahan 6 bulan cuti tanpa gaji (selepas tamat 3 bulan cuti separuh gaji)
menjadikan jumlah keseluruhan cuti bersalin yang layak dimohon ialah setahun.
Sudah tentu berita ini mengembirakan kakitangan Maybank terutamanya yang baru pertama kali menjadi ibu. Mereka boleh berehat di rumah menjaga anak pertama tanpa merasa bimbang jika menghantar anak ke pusat jagaan.
Pengumuman yang dibuat oleh Maybank itu juga bersempena Hari Wanita bagi menghargai sumbangan dan peranan wanita di dalam syarikat tersebut.
Ia juga mendapat pujian ramai netizens di laman sosial.
Namun tidak semuanya berpandangan positif dengan pengumuman tersebut. Ada juga yang beranggapan negatif dengan pengumuman yang dibuat oleh Maybank itu.
"Bank dah tak mau staff perempuan. Sebab tu Maybank offer buang kakitangan secara tak langsung. Habis je tempoh cuti bersalin bank akan hantar surat transfer tempat lain alasan bank tempat lama dah full. Terperangkap lalu kecewa. Berapa lama nak bertahan di tempat baru? Jawapannya berhenti le", tulis Tengku Kudin dalam responnya terhadap pengumuman Maybank itu.
Komen itu turut mendapat jumlah like yang tinggi apabila seramai 233 facebookers bersetuju dengan pandangannya itu. - Sozcyili.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Thu Mar 9, 2017 6:12 am (PST) . Posted by:
"~:eSpAcE9808:~" rienacom
Bila Kulit Gatal Jangan Kerap Basuh, Walaupun Dengan Air Sahaja Ia Boleh Menambahkan Iritasi, Doktor Ini Beri Penjelasan Lebih Mendalam Mengenai Ekzema
siakapkeli.my
Ekzema atau penyakit kulit boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, sama ada kanak-kanak atau dewasa, dan ia menyebabkan kegatalan kulit kepada individu yang mengalaminya.
Menerusi siri Tweet di laman Dr Hafsah Sazali, penerangan mengenai ekzema telah dikongsikannya, dan menerangkan akan jenis, bagaimana ia terjadi serta apa yang boleh dilakukan oleh kita untuk mengatasinya.
Mari kita ikuti perkongsian darinya.
Ada yang bertambah baik semakin mereka membesar, tetapi ada juga yang tidak baik sehingga mereka dewasa, namun dengan rawatan yang betul, boleh merawat ekzema.
Untuk merawatnya, atau menanganinya, anda boleh melakukan seperti yang telah dikongsikan oleh Dr Hafsah Sazali ini.
Bagaimana pula simptom-simptom akan ekzema ini?
Jika ada mengalami masalah kulit, atau ekzema, tidak kira anak, atau diri anda sendiri, segeralah rujuk kepada doktor, atau pakar, untuk mendapatkan rawatan yang lebih khusus. Sentiasa 'alert' akan simptom yang dihadapi untuk mencegahnya lebih awal. - Siakap Keli
Sumber: Twitter Dr Hafsah Sazali
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Thu Mar 9, 2017 6:13 am (PST) . Posted by:
"~:eSpAcE9808:~" rienacom
Skandal tanah dan rumah Johor — Exco kerajaan negeri ditahan SPRM
bloglist-malaysia.blogspot
milosuam.net
AHLI Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri Johor Datuk Abdul Latif Bandi dilapor telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung skandal besar tanah dan rumah di negeri itu.
Abdul Latif dilaporkan telah ditahan kira-kira pada jam 11 pagi tadi, di pejabat SPRM Johor ketika hadir kerana dipanggil oleh suruhanjaya itu untuk soal siasat berhubung skandal terbabit.
Ketua Pengarah SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad telah mengesahkan penahanan tersebut di Menara Star ketika mengadakan lawatan hormat bersama-sama pegawai senior SPRM bersama dengan pihak media.
Abdul Latif merupakan Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor sebelum diarahkan bercuti sementara menunggu hasil siasatan terhadap skandal tanah terbabit.
Minggu lalu anak kepada exco terbabit bersama-sama dengan pegawai khasnya telah ditahan oleh SPRM dalam satu serbuan yang dijalankan oleh suruhanjaya itu.
Sekitar RM15 juta daripada 45 akaun-akaun bank telah dibekukan berhubung tangkapan tersebut. Turut dirampas, 21 buah kereta mewah dan 5 motorsikal berkuasa tinggi.
Seorang peguam dan 2 pemaju bersama-sama dengan seorang lagi suspek telah ditahan dalam siri serbuan pada hari yang sama. SPRM setakat ini telah menyoal siasat lebih 15 orang berhubung kes tersebut.
Read more: http://www.milosuam.net/2017/03/skandal-tanah-dan-rumah-johor-exco.html#ixzz4apcKqx00
----- Original Message -----
From: ~:eSpAcE9808:
To:
Sent: Sunday, March 05, 2017 8:22 PM
Subject: Fw: Skandal tanah Johor, TH & Felda
Skandal tanah: Exco Johor disoal siasat, sultan 'murka
bloglist-malaysia.
dialograkyat.
Dicatat oleh ELBI RISALAH
MALAYSIAKINI
Exco Jkerajaan negeri Datuk Abd Latif Bandi mula bercuti hari ini untuk suatu tempoh yang belum diputuskan berikutan siasatan rasuah skandal penukaran status hartanah bumiputera.
Menurut Bernama, Abdul Latif yang bertanggungjawab terhadap Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor memohon bercuti daripada Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pagi ini.
"Dia (bercuti) nak uruskan isu yang ada kaitan dengan keluarga dan pegawai dia," kata exco Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Koperasi dan Pembangunan Usahawan Johor Datuk Md Jais Sarday.
"Dia (bercuti) nak uruskan isu yang ada kaitan dengan keluarga dan pegawai dia," kata exco Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Koperasi dan Pembangunan Usahawan Johor Datuk Md Jais Sarday kepada media di Kota Iskandar hari ini.
Katanya susulan itu segala urusan berkaitan portfolio Abd Latif ditangguhkan manakala hal berkaitan pentadbiran akan dirujuk kepada setiausaha kerajaan negeri sementara urusan penting berkaitan dasar dikendalikan oleh menteri besar.
Mengulas lanjut, Md Jais menegaskan permohonan cuti itu bukan bermakna Latif terlibat dalam kes berkenaan.
"Dia (Abd Latif) memang tidak disabitkan dengan siasatan atau dakwaan. Kena jelas tu," katanya sambil menambah isu berhubung rasuah tersebut tidak dibincangkan dalam mesyuarat exco hari ini.
Sementara itu, The Star melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyoal siasat Abdul Latif selama empat jam, semalam.
The New Straits Times yang memetik seorang sumber pula melaporkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, "murka" berhubung perkara itu dan menitahkan exco berkenaan untuk 'menghadap' baginda semalam.
Jumaat lalu, anak exco berkenaan dan pegawai khasnya ditangkap atas dakwaan menerima sogokan untuk menukar lot perumahan bumiputera kepada bukan bumiputera supaya boleh dijual pada harga yang lebih tinggi.
"Ahli exco yang dikaitkan dengan mereka yang ditangkap itu dititahkan menghadap dengan baginda, pagi tadi.
"Baginda (Sultan Ibrahim) murka tetapi saya fikir menteri besar (Datuk Seri Khaled Nordin) lebih berang," lapor NST yang memetik sumber yang tidak dinamakan.
Pemimpin pembangkang telah menggesa Khaled menjelaskan siri tangkapan itu, tetapi menteri besar berkata beliau tidak akan mengulas sehingga siasatan selesai.
SPRM menyoal siasat exco berkenaan sehari selepas mereka menangkap dan menahan reman seorang pemaju berhubung kes itu.
Sejumlah tujuh suspek termasuk seorang peguam dan dua pemaju lain, telah ditangkap dan wang RM15 juta daripada 45 akaun bank dibekukan dalam kes itu.
SPRM turut merampas 21 kereta mewah dan lima buah motosikal berkuasa tinggi dalam serbuan yang berkaitan dengan kes itu.
Rasuah RM15.5 Juta: Suspek Dipercayai Terbabit Aktiviti Tukar Status Rumah Bumiputera Kepada Bukan Bumiputera, Untungkan Pemaju, Susahkan Pembeli Bumiputera
siakapkeli.my
Johor - Enam suspek lelaki yang telah ditahan oleh SPRM berhubung isu rasuah dan penyelewengan membabitkan tanah di negeri ini dipercayai terbabit dalam penukaran status rumah dari Bumiputera kepada bukan Bumiputera.
Lebih mejelekkan lagi, aktiviti penukaran status itu dipercayai dibuat sejak 2013 membabitkan beberapa pemaju di Johor secara langsung menyebabkan mereka yang layak mendapatkan rumah Bumiputera tidak mampu untuk membeli rumah.
"Apabila rumah berstatuskan Bumiputera ditukar kepada bukan Bumiputera harga sesebuah rumah akan meningkat sebanyak beberapa kali ganda daripada harga asal.
"Ini sekali gus apabila penukaran status itu dilakukan ia menguntungkan pemaju dan mereka yang terbabit dalam aktiviti itu, tetapi yang terseksa adalah masyarakat yang ingin memiliki rumah sendiri," kata sumber SPRM menurut laporan Harian Metro.
Mengulas mengenai modus operandi pula, sumber berkata pemaju menyorokkan hampir 30 peratus kuota yang disediakan untuk Bumiputera dari senarai dengan mendaftarkan nama pekerja mereka yang mempunyai status Bumiputera.
Difahamkan juga, pemaju akan membuat permohonan kepada kerajaan negeri untuk menukar status rumah itu dengan alasan ia tidak berjaya dijual, walhal apabila ditanya pembeli, pemaju memberi alasan rumah Bumiputera sudah habis.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato Azam Baki mengesahkan pihaknya sedang menyiasat kewujudan penipuan dalam penukaran status Bumiputera kepada bukan Bumiputera itu.
Beliau berkata, SPRM masih dalam proses menyiasat pejabat suspek untuk mendapatkan dokumen yang boleh membantu mengumpul lebih banyak maklumat berhubung penipuan terbabit.
"œSaya tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi akan ditangkap berhubung siasatan kes ini,"€ katanya.
Sumber: Harian Metro
----- Original Message -----
From: ~:eSpAcE9808:
To:
Sent: Tuesday, February 28, 2017 9:59 PM
Subject: Fw: YG MENJAHANAMKAN MELAYU IALAH ORANG MELAYU SENDIRI...
YANG MENJAHANAMKAN MELAYU IALAH ORANG MELAYU SENDIRI...
bloglist-malaysia.
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat
Johor Bahru: Enam suspek lelaki yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu rasuah dan penyelewengan membabitkan tanah di negeri ini dipercayai terbabit dalam penukaran status rumah berstatuskan Bumiputera kepada bukan Bumiputera.
Menurut sumber SPRM, aktiviti penukaran status itu dipercayai dibuat sejak 2013 membabitkan beberapa pemaju di Johor secara langsung menyebabkan mereka yang layak mendapatkan rumah Bumiputera tidak mampu untuk membeli rumah.
"Apabila rumah berstatuskan Bumiputera ditukar kepada bukan Bumiputera harga sesebuah rumah akan meningkat sebanyak beberapa kali ganda daripada harga asal.
"Ini sekali gus apabila penukaran status itu dilakukan ia menguntungkan pemaju dan mereka yang terbabit dalam aktiviti itu, tetapi yang terseksa adalah masyarakat yang ingin memiliki rumah sendiri," katanya di sini, hari ini.
Sumber berkata, modus operandi pemaju menukar status itu adalah dengan menyorokkan hampir 30 peratus kuota yang disediakan untuk pembeli Bumiputera daripada senarai dengan mendaftarkan nama pekerja mereka yang mempunyai status Bumiputera.
Difahamkan, pemaju akan membuat permohonan kepada kerajaan negeri untuk menukar status rumah itu dengan alasan ia tidak berjaya dijual, sedangkan apabila ditanya pembeli, pemaju memberi alasan rumah berstatuskan Bumiputera sudah habis dijual.
Katanya, menerusi maklumat yang dikumpul setakat ini, pemaju akan dikenakan denda pada kadar tertentu yang sepatutnya dimasukkan ke dalam satu tabung khusus yang diwujudkan untuk digunakan bagi tujuan membiayai kemudahan di kawasan perumahan.
Bagaimanapun, hanya sebahagian dari keseluruhan jumlah itu dimasukkan ke dalam tabung berkenaan, manakala bakinya disyaki diseleweng.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato Azam Baki mengesahkan pihaknya sedang menyiasat kewujudan penipuan dalam penukaran status Bumiputera kepada bukan Bumiputera itu.
Beliau berkata, SPRM masih dalam proses menyiasat pejabat suspek untuk mendapatkan dokumen yang boleh membantu mengumpul lebih banyak maklumat berhubung penipuan terbabit.
"Saya tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi akan ditangkap berhubung siasatan kes ini," katanya.
Sumber: h.metro
PEMIMPIN KAKI REMBAT AKAN MELAHIRKAN RAKYAT KAKI REMBAT
bloglist-malaysia.
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Thu Mar 9, 2017 6:14 am (PST) . Posted by:
"~:eSpAcE9808:~" rienacom
Nasihat Imam Al Ghazali untuk Orang Kaya
bloglist-malaysia.
detikislam.blogspot
ABU Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali menjelaskan adab menjadi orang kaya dalam salah satu risalahnya berjudul Al-Adabu fid din, persisnya dalam fasal Adabul Ghani (dalam Majmu 'Rasail al-Imam al-Ghazali, Kaherah: al-Maktabah at- Taufiqiyyah)
Imam Al-Ghazali mengulas beberapa poin penting yang harus dilakukan oleh orang berpunya.
Pertama, selalu bersikap tawaduk (luzûmut tawadlu ').
Kedua, menghapuskan sikap sombong (nafyut takabbur). Orang yang mempunyai kelebihan, termasuk kelebihan harta benda, diharuskan untuk memelihara sifat rendah hati, tidak angkuh, terhadap orang lain baik miskin maupun kaya seperti dirinya. Sifat ini boleh muncul jika si kaya menginsafi bahawa kekayaan hanyalah titipan atau sekadar amanat.
Ketiga, sentiasa bersyukur (dawâmusy syukr). Lawan dari syukur adalah kufur alias mengingkari kekayaan sebagai karunia yang sangat berharga. Kufur biasanya dicetuskan oleh sifat tamak, tak puas dengan apa yang sedang dimiliki.
Keempat, terus bekerja untuk kebajikan (at-tawâshul ila A'malil birr). Di antara modal orang kaya yang tidak dimiliki orang miskin adalah kekuatan ekonomi. Kerana itu hendaknya kekuatan ini dimanfaatkan untuk kemaslahatan orang lain, bukan dibiarkan terkumpul, bukan pula untuk kegiatan membazir atau yang menimbulkan mudarat.
Kelima, menunjukkan air muka yang berseri-seri kepada orang fakir dan gemar mengunjunginya (al-basyâsyah bil faqîr wal Iqbal 'alaihi)
Keenam, menjawab salam kepada siapa saja (raddus salâm 'ala kulli ahadin). Orang kaya juga dituntut untuk membalas sapaan yang datang dari setiap orang, terlepas dari latar belakang keturunan, kekayaan, status sosial, profesi, dan lain-lain. Manusia memang diciptakan setara dan sama-sama mulia, dan demikianlah seharusnya tiap orang saling bersikap.
Ketujuh, menampakkan diri sebagai orang yang berkecukupan (idh-Harul kifayah). Artinya, orang kaya tak sepatutnya bersikap bersahaja atau menunjukkan tanda-tanda sebagai orang yang butuh bantuan. Tentu ini berbeza daripada sikap hidup sederhana, yang menjadi lawan dari berfoya-foya dan terlalu bermewah-mewahan.
Kelapan, lembut dalam bertutur dan berperangai ramah (lathâfah al-kalimah wa thîbul muânasah). Artinya, tidak mentang-mentang kaya dan boleh melakukan banyak hal dengan kekuatan ekonominya, orang kaya lantas boleh berbuat apa saja, termasuk berkata kasar dan merendahkan orang lain.
Kesembilan, suka membantu untuk kepentingan-
sumber islampos.com
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Thu Mar 9, 2017 6:14 am (PST) . Posted by:
"~:eSpAcE9808:~" rienacom
Hubungan BERSATU-PAS bertambah baik - Muhyiddin
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.
Presiden Parti Bersatu Pribumi Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, parti itu telah mendapat jemputan daripada PAS untuk rundingan agihan kerusi bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14.
"(Hubungan kami dengan PAS) bertambah baik. Kami dijemput ke majlis (anjuran) PAS setiap hari... ini perkembangan baik.
"Sebelum ini, tiada tetapi mereka sekarang menjemput kami untuk membincangkan agihan kerusi.
"Ini satu kemajuan," kata Muhyiddin dalam satu sidang media di ibu pejabat BERSATU di Petaling Jaya hari ini.
PKR tetap mahu pujuk PAS, kata Azmin
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali merayu untuk diberikan lebih banyak masa bagi membincangkan pembahagian kerusi antara PAS dan Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk memastikan pertandingan satu lawan satu menentang BN dalam pilihan raya umum akan datang.
Jelas Azmin, rundingan pembahagian kerusi tidak boleh diselesaikan dalam seminggu dan merupakan proses yang berterusan kerana tarikh untuk diadakan pilihan raya belum dimuktamadkan.
Beliau mengulangi bahawa PKR akan meneruskan dasar untuk bekerjasama dengan PAS dalam pilihan raya umum ke-14 yang perlu diadakan menjelang bulan Julai 2018 itu.
"Kita tidak boleh berunding dalam rangka HARAPAN semata-mata. Kami mempunyai parti baru dalam persepakatan sekarang, Parti Amanah Negara dan Parti Bersatu Pribumi Malaysia.
"Saya tidak pernah kata ia akan menjadi proses yang mudah tetapi kita mesti mempunyai keberanian, kepimpinan dan rasa rendah diri untuk menerima perbezaan masing-masing dan terus berunding antara satu sama lain dan mendengar pendapat lain," ujar Azmin.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Dataran Keadilan dan Pusat Operasi PKR Permatang Pauh, hari ini.
Sebelum ini, Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz membayangkan persaingan tiga penjuru dalam pilihan raya umum ke-14, hampir pasti.
Beliau berkata, kenyataan terbaru Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak sujud di kaki PAS telah menyudahkan secara tidak rasmi teka-teki hubungan politik antara kedua-dua parti itu.
"Persaingan tiga penjuru dalam politik Malaysia hampir pasti berlaku. Blok ketiga atau Gagasan Sejahtera (GS) yang diwujudkan oleh PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) semakin jelas akan beraksi dengan kekuatannya sendiri sebagai pilihan untuk rakyat Malaysia berhadapan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan," katanya dalam entri di laman Facebooknya.
Detik Mula Krisis PAS-DAP
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.
27 Mac 2014: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Jamil Khir Baharum, memberi jaminan bahawa Kerajaan Persekutuan akan menyokong rang undang-undang persendirian bagi membolehkan Kerajaan Kelantan melaksanakan hudud.
2 April 2014: Menteri Besar Kelantan, Dato' Ahmad Yakob, mengumumkan bahawa mesyuarat Exco Kerajaan Kelantan bersetuju untuk menyiapkan dua rang undang-undang persendirian untuk mendapat kebenaran dan untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 bagi membolehkan Kerajaan Kelantan melaksanakan hudud.
3 April 2014: Bekas Pengerusi DAP merangkap Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor, Karpal Singh, menyatakan penentangan DAP ke atas hudud adalah asas kepada kewujudan DAP, hudud pastinya bukan undang-undang untuk zaman dan waktu sekarang, dan kelulusannya tidak akan mendatangkan manfaat kepada negara.
9 April 2014: Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP merangkap Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua, menyatakan DAP tidak akan menyokong rang undang-undang persendirian bagi membolehkan hudud dilaksanakan kerana hudud bukan sebahagian daripada konsensus Pakatan Rakyat.
11 April 2014: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyatakan semua pihak, terutamanya yang beragama Islam, wajib menyokong rang undang-undang persendirian yang akan dibentangkan bagi membolehkan hudud dilaksanakan.
19 April 2014: Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen PAS Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menyatakan sokongan PAS Pusat kepada langkah Kerajaan Kelantan untuk membentangkan dua rang undang-undang persendirian bagi membolehkan hudud dilaksanakan.
24 April 2014: Ahli Jawatankuasa DAP merangkap Ahli Parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo, menyatakan jika PAS berkeras untuk membentangkan rang undang-undang persendirian bagi melaksanakan hudud di Kelantan, maka ia boleh menjangkakan penentangan penuh, tegas dan terbuka dari DAP.
25 April 2014: Teo Nie Ching, Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP merangkap Ahli Parlimen DAP Kulai, menyatakan inilah masanya untuk PAS Kelantan melihat ke dunia sekeliling dan memahami bahawa hudud adalah bercanggah dengan perlembagaan serta tidak sesuai untuk sebuah masyarakat berbilang bangsa dan berbilang agama seperti Malaysia.
25 April 2014: Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen DAP Bagan, Lim Guan Eng, menyatakan DAP akan menentang sebarang rang undang-undang persendirian, baik dari PAS atau dari UMNO, bagi membolehkan hudud dilaksanakan kerana ia bercanggah dengan perlembagaan.
25 April 2014: Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP merangkap Ahli Parlimen DAP Seremban, Anthony Loke Siew Fook, menyatakan sekiranya PAS bertegas untuk membuat sebarang keputusan dan tindakan yang tidak ada konsensus dalam Pakatan Rakyat, maka langkah yang paling terhormat dan sewajarnya untuk PAS ialah berundur dari Pakatan Rakyat.
26 April 2014: Ahli Parlimen DAP Raub, Datuk Mohamad Arif Sabri Abdul Aziz, menyatakan jika PAS benar-benar bersungguh untuk melaksanakan apa yang ia mahu lakukan, maka ia perlulah membuat tindakan yang wajar, iaitu berundur dari Pakatan Rakyat.
27 April 2014: Ahli Jawatankuasa DAP merangkap Ahli Parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo, menyatakan mungkin PAS perlu dengan seriusnya mempertimbangkan semula kerelevanan kewujudannya dalam Pakatan Rakyat.
30 April 2014: Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai, menyatakan PAS tiada tempat dalam Pakatan Rakyat jika ia terus berkeras dengan agendanya untuk melaksanakan hudud.
DAP Atur kerusi PPBM & PAN Untuk Lemahkan PAS Selangor
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.
Kewujudan PAN dan Parti Pribumi Bersatu sebagai parti sekongkol baru DAP-PKR menyebabkan kehadiran PAS yang telah membantu Pakatan Rakyat menguasai Selangor menerusi 15 kerusi DUN bagi membolehkan Pakatan Rakyat memperolehi 44 daripada 56 kerusi DUN pada PRU yang lalu, dianggap melukut di tepi gantang memandangkan PAS enggan menjalinkan sebarang kerjasama dengan Pakatan Rakyat.
PAS tidak mahu lagi berada di bawah kepimpinan DAP, malah PAS dituduh dan dikempen sebagai musuh utama Pakatan.
Malah DAP dan Pakatan Rakyat melemparkan tuduhan ke atas PAS dengan mengatakan PAS goyah dan tidak sekuat PRU yang lepas. Kononnya daripada 15 kerusi yang dimenangi oleh PAS, 8 daripadanya iaitu Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaraas, Seri Serdang, Chempaka, Meru, Dusun Tua dan Tanjong Sepat dimenangi dengan sokongan daripada pengundi-pengundi bukan Melayu-Islam.
DAP tidak mengambil kira kemenangan 14 kerusi PKR yang dimenangi kerana pengundi-pengundi Melayu-Islam. Begitu juga dengan beberapa kerusi DUN DAP termasuklah di Teratai yang dimenangi dengan bantuan undi-undi Melayu-Islam.
Akhbar Oriental Daily yang berbahasa Cina mendakwa tanpa kerjasama pengundi-pengundi Cina, PAS diramalkan kehilangan 8 kerusi berkenaan dan dalam masa yang sama PAS bakal berhadapan dengan risiko kehilangan dua kawasan luar bandar iaitu DUN Morib dan Tanjung Sepat.
Beberapa bulan yang lalu, Tony Pua yang merupakan Pengerusi DAP Selangor mendakwa DAP akan merampas kelapan-lapan kerusi DUN berkenaan daripada PAS untuk mereka sendiri bertanding. Beberapa orang anak Melayu yang menyanjungi Lim anak beranak telah dipilih sebagai calon mereka, antaranya termasuklah Rara Othman yang dikatakan bakal dipertandingkan di DUN Dusun Tua.
Untuk kerusi DUN Chempaka dan Lembah Jaya, DAP akan meletakkan calon mereka. Bagaimanapun untuk dua kerusi ini, PAN dan Parti Pribumi Bersatu akan mengintai peluang dan kesempatan memandangkan jumlah pengundi Melayu yang lebih ramai apatah lagi kedua-dua kerusi berkenaan pernah menjadi kubu kuat UMNO-BN.
DAP bekerjasama dengan PKR cuba mewujudkan perasaan takut dan ragu-ragu di kalangan pemimpin PAS Selangor walaupun mereka sangat takut sekiranya PAS Selangor terus berpegang kepada pendirian untuk tidak bekerjasama dengan DAP bagi menghadapi PRU-14 akan datang.
Kedudukan PAN dan Parti Pribumi Bersatu sangat lemah dan tidak mampu menarik banyak sokongan. Ini agak menyukarkan PAN dan Parti Pribumi Bersatu untuk membantu DAP dan PKR walaupun PRK Sungai Besar yang lepas.
DAP dan PKR bertungkus lumus membantu calon PAN yang akhirnya memberikan kemenangan besar kepada calon Barisan Nasional, Budiman Mohd Zohdi.
Pada bulan April nanti, DAP dan PKR akan terus memberikan tekanan yang sekuat-kuatnya ke atas PAS dengan cerita-cerita dongeng dan ketinggalan zaman seperti 'Pengundi-pengundi Cina dan Bukan Islam' walaupun pada masa yang sama sebenarnya mereka yang mengharapkan undi-undi Melayu-Islam dari PAS.
Ini disebabkan oleh Ketua Penerangan PAS Nasruddin Hasan menyatakan bahawa PAS akan mengkaji kedudukannya dalam Kerajaan Negeri Selangor. Selain itu membincangkan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan PKR, Nasrudin mendakwa PAS juga akan membuat keputusan sama ada mahu terus kekal bersama Kerajaan Negeri ataupun sebaliknya.
Jika PAS mengambil keputusan untuk keluar daripada Kerajaan Negeri Selangor, Azmin tidak ada pilihan melainkan terpaksa membubarkan DUN Selangor bagi membolehkan Pilihanraya Negeri lebih awal. Ini sememangnya tindakan yang cuba dijauhi DAP dan PKR.
Tekanan demi tekanan akan terus diberikan kepada PAS demi kelangsungan PAN dan Parti Pribumi Bersatu. Kejayaan meletakkan PAN dan Parti Pribumi Bersatu di mana-mana kerusi yang pernah disandang oleh PAS sebelum ini, sebenarnya akan lebih memantapkan DAP, dan bukannya Pakatan Rakyat sebagaimana yang difikirkan oleh PKR.
Sumber FB
Rupa-rupanya Mendiang Karpal Singh Silap....
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.
"
Penulis mahu merumus bahawa satu sebab saja mengapa DAP berani sanggah Islam. Tak lain tak bukan puncanya adalah kerana umat Islam tidak bersatu, bercerai-berai dan asyik bertelingkah dalam hal agama mereka sendiri. Bukanlah kerana DAP ada kuasa. Bukanlah kerana DAP ada suara. DAP hanya umpama tikus melihat besi jika umat ini kuat dan bersatu. Berikut adalah sumber-sumber kekuatan a.k.a kebiadapan DAP.
1. PAN
Parti yang kononnya membawa tema 'rahmatan lil alamin' ini menjadi galang-ganti bagi DAP dalam menghadapi isu-isu yang berkait dengan umat Islam. DAP tak setuju hudud, PAN kata hudud tak perlu kerana negara belum kondusif. DAP lawan RUU355, PAN kata dia ada RUU alternatif. DAP serang ulama, PAN tepuk tangan. PAS serang balas, PAN bangkit, DAP duduk diam. Pernahkan ditemukan berita PAN kontradik dengan DAP yang biadap terhadap Islam?
2. PKR
Ini rakan yang boleh bertolak-ansur dengan kehendak DAP dalam hal agama. Sebab itu mereka boleh sebantal sejak Pakatan Rakyat hingga Pakatan Harapan. PKR tak ada agenda negara Islam yang DAP marah. PKR tak bersedia untuk hudud. PKR ada pendapat sendiri dengan RUU355. PKR tak pernah bising andai DAP nak buat pesta mabuk arak. PKR sendiri pun suka konsert-konsert jemput artis lucah internasional. Pendek kata, citarasa PKR sama sahaja dengan nafsu sekarah DAP.
3. UMNO
Benar DAP dengan UMNO macam kutub utara dengan kutub selatan. Tapi DAP tahu UMNO berfahaman nasionalis. Sebelum ada PAN dan PKR , UMNO-lah nombor wahid dalam menentang agenda Islam yang dibawa oleh PAS. Siapa yang mula-mula tentang hudud kalau bukan UMNO? Siapa yang by hook or by crook tentang agenda negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS? Hingga kini, DAP yakin UMNO tak pernah sealiran dengan PAS dalam bab hudud dan negara Islam ini.
4. ULAMA WAHABI
Ulama yang membawa agenda baru di tanah air kita. Golongan ini gemar menjadikan hal-hal cabang sebagai barang dagangan dan perdebatan. Selagi orang ramai tak ikut kata dan pendapat mereka, selagi itulah mereka membebel. Pandangan-pandangan mereka menjadi punca kekeliruan dalam kalangan umat di negara kita. DAP pantas menyedari dan mengambil kesempatan dari wahabi bertaraf mufti.
5. GOLONGAN ISLAM LIBERAL
Fahaman golongan ini amat sesuai benar dengan selera DAP. DAP selalu mendakwa bahawa mereka tak menentang Islam. DAP hanya mahu Islam tanpa kuasa. DAP hanya tak suka hudud. DAP hanya tak mahu negara ditadbir ikut jalur Islam. DAP hanya mahu Islam yang tak memusuhi LGBT. DAP mahu kebebasan hak asasi. Maka DAP ada Siti Kassim. DAP ada Zaid Ibrahim. DAP ada golongan liberal lagi munafik yang sealiran dengan mereka.
DAP amat sedar 60% umat Islam ada dalam UMNO, PKR, PAN dan parti-parti kecil yang lain di Sabah dan Sarawak. Mereka ini sedia melanyak PAS jika PAS bersikap tegar dengan perjuangan Islamnya. Justeru DAP tahu, apabila mereka menentang agenda negara Islam, hudud dan RUU355, umat Islam daripada lima golongan di atas akan bersama-sama mereka. Paling tidaknya golongan tersebut akan menutup mulut dan membiarkan PAS keseorangan memalu gendang. Senyap-senyap mereka menanti saat untuk menari lenggang.
Mendiang Karpal Singh pernah berkata jika PAS nak buat hudud dan negara Islam langkah mayat dia dulu. Rupa-rupanya mendiang silap. PAS patut langkah mayat lima golongan di atas dulu.
"......
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: BayangDiAir
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Thu Mar 9, 2017 6:14 am (PST) . Posted by:
"~:eSpAcE9808:~" rienacom
Usul Hadi tersenarai dalam urusan mesyuarat dewan
bloglist-malaysia.
idahsalam.blogspot
Posted by indah.com
Harian Metro
7 Mac 2017
Abdul Hadi Awang
KUALA LUMPUR - Usul Rang Undang-undang (RUU) Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) turut tersenarai dalam aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.
Notis usul rang undang-undang itu, yang dikemukakan anggota Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang juga Presiden Pas, tersenarai sebagai perkara ketujuh dalam aturan urusan mesyuarat.
Usul itu bertujuan meminda Seksyen 2 akta berkenaan untuk menggantikan perkataan 'penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi RM5,000 atau sebatan melebihi enam kali' dengan perkataan 'penjara selama tempoh melebihi 30 tahun atau denda melebihi RM100,000 atau sebatan 100 kali sebagaimana ditadbir selaras dengan Tatacara Jenayah Syariah'
Hukuman syariah sekarang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun, denda hingga RM5,000 dan maksimum enam kali sebatan.
Terdapat 39 usul yang tersenarai dalam aturan urusan mesyuarat pada persidangan Dewan Rakyat Penggal Kelima Parlimen ke-13 ini.
Cadangan meminda RUU 355 itu buat kali pertama dibawa ke Dewan Rakyat pada Mei 2016 dan usul itu sekali lagi dibaca Abdul Hadi pada 24 Nov tahun lepas.
Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 20 hari sehingga 7 April sementara Dewan Negara dari 17 April hingga 27 April. - Bernama
Jangan layan orang jahil seperti G25, kata Ridhuan Tee
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.
BANGI, 8 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Ahli Parlimen muslim tidak perlu melayan desakan orang jahil seperti G25 yang mahukan mereka tidak menyokong atau menolak RUU355, kata pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah.
Berasa jengkel dengan kumpulan yang kononnya menggelar diri mereka profesional Melayu itu, Ridhuan Tee berkata, bekas pegawai-pegawai kerajaan pencen yang sudah tidak ada kerja itu mungkin takut mereka atau anak mereka tertangkap atau dikenakan hukuman mengikut RUU355 yang akan dipinda nanti.
"Saya amat yakin ada segelintir mereka dan anak-anak yang masih membawa tabiat lama seperti minum arak, berjudi, main perempuan dan sebagainya. Dengan terlaksananya RUU355 ini, mereka takut akan terkena percikan hukuman tersebut.
"Sebab itu mereka begitu bersungguh-sungguh menentangnya dengan menggunakan hujah-hujah lain bagi menjustifikasikan tindakannya .
"Logiknya, setiap warga Malaysia tidak perlu takut dengan hukuman berat jika mereka tidak melakukan kesalahan. Banyak hukuman berat yang sedang berjalan hari ini, seperti hukuman gantung, kenapa tidak ditentang? Kenapa apabila ada perkara berkaitan Islam ditentang? Apa sebenarnya yang ditakutkan? Mereka ini sebenarnya Islam ke tidak?," katanya ketika dihubungi ismaweb.net, hari ini.
Semalam, menerusi surat yang disiarkan dalam sebuah portal liberal, G25 merayu Ahli Parlimen supaya tidak menyokong atau membatalkan RUU355 yang akan dibahas di Dewan Rakyat.
Kumpulan itu juga bimbang langkah meninggikan taraf Mahkamah Syariah akan mencelarukan penguatkuasaan undang-undang.
Musykil dengan kebimbangan kumpulan pegawai pencen yang dianggotai seramai 25 orang itu, Ridhuan Tee berkata, sepatutnya undang-undang itu tidak perlu ditakuti sekiranya mereka adalah dalam kalangan yang tidak berbuat salah.
Hanya yang berbuat salah sahaja takut kepada undang-undang, katanya.
"Inilah agak saya yang menjadi G25, yang saya tidak pasti berdaftar atau tidak, begitu menentangnya. Jika pertubuhan ini tidak berdaftar, maka lagilah tidak perlu dilayan. Jika berdaftar, apakah hak mereka menggunakan G25? Adakah G itu mewakili Government. Mereka tidak layak?
"Mereka adalah orang pencen yang tidak ada kerja. Jika 25 itu menjadi nombornya, apakah mereka benar-benar mewakili 25 orang? Jika benar, kenapa kita perlu layan cakap-cakap 25 orang yang sudah tidak ada kerja? Saya cadangkan kumpulan ini, dekatkanlah diri dengan tikar sejadah. Kalau tidak tahu, belajarlah mengucap dulu.
"Bimbang juga, bila kejahilan sampai ke tahap murakab, ia akan menjadikan kita terkeluar daripada landasan. Saya tidak kata RUU355 itu seratus peratus Islamik atau tidak menyokong RUU355 menyebabkan kita terkeluar, tetapi tindak-tanduk kita sudah boleh menunjukkan,
Perkasa seru ahli Parlimen sokong usul PAS
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.
PETALING JAYA: Pertubuhan hak Melayu, Perkasa merayu semua ahli Parlimen menyokong rang undang-undang (RUU) yang dicadangkan PAS bagi menambah hukuman syariah, selepas seruan berasingan oleh kumpulan G25 agar wakil rakyat menolak usul itu.
Menurut Perkasa, intipati usul yang dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, terkandung dalam titah Yang Di-Pertuan Agong ketika merasmikan Penggal Keempat Parlimen Ke-13 Isnin lalu.
"Kali terakhir ia dipinda pada tahun 1984 berupa peningkatan dari penjara 6 bulan dan denda RM1,000. Justeru hukuman yang ada sudah lapuk dan tidak langsung menggerunkan pesalah," kata Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam Perkasa, Amini Amir Abdullah.
"Puak G25 tidak memahami bahawa sememangnya sudah sedia wujud 2 set sistem perudangan dan mahkamah yang berbeza iaitu mahkamah sivil dan mahkamah syariah."
G25 yang merupakan kumpulan bekas pegawai kanan Melayu baru-baru ini merayu ahli Parlimen agar tidak menyokong RUU apabila ia dibahaskan di Dewan Rakyat kerana ia tidak berpaksikan Perlembagaan Persekutuan.
Amini berkata cadangan menambah hukuman terhadap pesalah syariah menerima sokongan umat Islam.
"Dan ia adalah hasrat majoriti umat Islam yang percaya dengan kedaulatan Islam sebagai agama negara," katanya.
RUU355: DAP Minta Menteri Bukan Islam Letak Jawatan
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.
KUALA LUMPUR - DAP meminta anggota Kabinet bukan Islam meletak jawatan jika Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 yang bertujuan memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah diluluskan di Parlimen.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, Menteri bukan beragama Islam wajar meletakkan jawatan bagi menunjukkan bantahan mereka jika usul yang dibentangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu diluluskan.
"Jika 15 Menteri bukan daripada UMNO (bukan Islam) meletakkan jawatan maka krisis Perlembagaan boleh berlaku," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
RUU355 dibentangkan oleh Presiden PAS bertujuan meminda Akta 355 sekali gus mempertingkatkan hukuman yang boleh dikenakan ke atas pesalah syariah di negara ini termasuk mereka yang berzina dan minum arak.
Usaha PAS itu bagaimanapun ditentang hebat oleh DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN).
DAP mendakwa RUU355 taktik halus PAS untuk melaksanakan hukum hudud yang bersifat kuno, zalim, menindas dan bias, manakala PKR dan PAN mendakwa RUU355 menimbulkan kebimbangan bukan Islam.
Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin turut membantah usaha PAS tersebut kerana mendakwa Islam melarang menangkap dan menghukum mereka yang berzina jika mereka melakukan perbuatan itu secara sembunyi atau dalam rumah yang berkunci. – MYNEWSHUB.CC
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Thu Mar 9, 2017 6:16 am (PST) . Posted by:
"~:eSpAcE9808:~" rienacom
Tular Dakwa Jerung Berjaya Ditangkap Di Pulau Kapas, Jabatan Laut Nafi Jerung Ditangkap Di Pulau Peranginan Tersebut
siakapkeli.my
KUALA TERENGGANU: Sejak semalam tersebar sekeping gambar dan sebuah video yang memaparkan seekor ikan jerung jenis Bull Shark telah ditangkap oleh nelayan di sekitar Taman Laut Pulau Kapas, Marang.
Video dan dan gambar berkenaan disertakan kepsyen berbunyai "Jerung yang ditangkap di perairan Pulau Kapas dan didaratkan di Jeti Perikanan Marang, Terengganu. Amaran gangguan jerung telah dikeluarkan dan berhati-hatilah ketika melakukan sebarang aktiviti air di perairan Pulau Kapas"
Pihak Jabatan Taman Laut Negeri (JTLN) menafikan perairan pulau peranginan itu kini terdapat gangguan ikan pemangsa itu di mana ramai yang salah erti pulau itu tidak selamat, lapor Berita Harian.
Pengarahnya, Muhammad Nur Ashry Bassari berkata, berita yang disebarkan itu tidak tepat, ini kerana jerung yang berjaya ditangkap oleh nelayan berkenaan adalah di luar kawasan Taman Laut Pulau Kapas iaitu melebihi satu batu nautika dari perairan berkenaan.
"Oleh itu orang ramai tidak perlu bimbang dengan berita yang viral itu kerana setakat ini pihak kami belum mendapat maklumat mengenai gangguan jerung spesies itu, bukan sahaja di Pulau Kapas malah di perairan negeri ini."
"Sebaik dimaklumkan mengenai berita itu, saya meminta pegawai menyiasat dengan merujuk kepada operator pelancongan dan nelayan sebelum mendapati jerung itu ditangkap di luar kawasan Taman Laut Pulau Kapas dan dinaikkan bersama hasil tangkapan lain di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Negeri (LKIN) Marang.
"Ada yang mengambil gambar jerung itu dan menyebarkannya hingga menjadi viral dengan menyatakan ikan itu kini mengganggu perairan pulau pelancongan itu," katanya.
Muhammad Nur Ashry berkata, pihaknya sentiasa melakukan pemantauan jika terdapat gangguan jerung di perairan negeri ini bagi memastikan keselamatan awam terjamin. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from ~:eSpAcE9808:~
1 of 1 File(s)
Thu Mar 9, 2017 6:58 am (PST) . Posted by:
"~:eSpAcE9808:~" rienacom
Isyarat Buat Nazri: Padang Rengas Milik PKR
bloglist-malaysia.
Posted by Jeebond BLM
PKR Perak menegaskan untuk bertanding di kerusi parlimen Padang Rengas pada pilihan raya umum akan datang ketika penyandangnya, Datuk Seri Nazri Aziz, mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad menentangnya di situ.
Ketua Penerangan PKR Perak, Siti Aishah Shaik Ismail, berkata parti itu kini bersedia "menumbangkan&
Katanya, calon terbabit akan menggalas tugas mewakili rakyat yang diabaikan anggota parlimen sedia ada.
"Untuk itu PKR menasihatkan Nazri berhenti mencari populariti dalam politik dan mempersiapkan parti beliau untuk berdepan dengan PKR yang akan bertanding di situ memandangkan itu adalah kerusi tradisi buat kami," katanya dalam kenyataan media semalam.
Pada 4 Mac lalu Nazri mencabar bekas bosnya yang kini menjadi pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk bertanding di kerusi yang diwakilinya sejak 1995 itu.
Nazri mempertahankan kerusi berkenaan selama lima penggal dengan mengalahkan empat calon PKR dan satu wakil Semangat 46.
Pada pilihan raya umum ke-13 lalu Nazri mengalahkan Meor Ahmad Isharra Ishak dengan majoriti 2,230 undi.
Nazri yag juga menteri pelancongan dan kebudayaan membuat cabaran itu selepas dimaklumkan Dr Mahathir akan turun ke Padang Rengas bagi menyertai siri jelajah BERSATU hujung bulan ini.
Cabang hidupkan ranting
Sebaliknya penyokong anak Dr Mahathir mencabar semula Nazri supaya bertanding di Langkawi - kawasan yang dekat dengan bekas perdana menteri itu.
"Mengapa dia mahu saya pergi ke tempatnya? Datanglah ke tempat saya.
"Awak menteri seluruh negara, bukan untuk Padang Rengas saja," beliau dipetik sebagai berkata di Facebook Mukhriz Mahathir FC.
Bekas menteri penerangan yang dekat dengan Dr Mahathir sejak sekian lama, Tan Sri Zainuddin Maidin,kemudian menggelar Nazri"pondan Padang Rengas"
Siti Aishah berkata wakil PKR kini sedang aktif berkhidmat untuk rakyat di parlimen dan DUN di bawah Padang Rengas ketika tarikh pilihan raya masih belum diketahui.
"Jentera cabang PKR berjaya memasuki dan menghidupkan ranting-ranting di kawasan yang sebahagian besar dulunya adalah penyokog Umno," katanya.
PKR juga mengajak pimpinan Pakatan Harapan Perak agak tidak menari mengikut rentak Nazri "yang hanya gemar menggunakan politik adu domba" bagi kepentingan politik peribadinya
"PKR yakin kerusi parlimen Padang Rengas berjaya dimiliki pada pilihan raya umum kali ini," katanya.
Nazri Aziz... chedet.com
bloglist-malaysia.
Posted by Jeebond BLM
1. Nazri mencabar saya supaya bertanding di kawasan Padang Rengas yang ia menjadi wakil rakyat.
2. Syabas saya ucapkan. Cabaran ini menunjuk betapa beraninya Nazri.
3. Sebabnya ialah kerana Nazri tahu saya tidak berhajat untuk bertanding dalam pilihanraya akan datang. Oleh itu cabarannya ialah cabaran kosong.
4. Tetapi jika Nazri hendak sangat mencabar saya, bolehlah kita ada perbahasan terbuka berkenaan 1MDB, RM2.6 billion dalam akaun tuannya, pinjaman RM55 billion untuk keretapi pantai timur atau apa juga tajuk, termasuk BMF. Ini boleh diadakan tanpa syarat.
5. Kata Nazri Proton adalah seekor Gajah Putih. Semasa saya menjadi PM, Proton dapat kumpul tabung keuntungan sebanyak RM4 billion. Proton membina kilang baru di Tanjung Malim dengan kos RM1.8 billion tanpa pinjaman bank atau bantuan Kerajaan.
6. Di masa yang sama Proton membayar RM18 billion cukai kepada Kerajaan.
7. Kemerosotan Proton bermula apabila kereta buatan asing dibenar masuk dengan mudah, walaupun negara-negara pengeluar kereta ini menghalang kemasukan kereta Proton ke negara mereka dengan berbagai alasan.
8. Apakah kereta Proton begitu buruk? Hari ini kereta Proton buatan tahun 1985 masih boleh diguna. Ya. Ada kes tingkap tidak berfungsi. Tetapi itu cerita 10 tahun dahulu. Cermin tingkap Proton sekarang tidak bermasalah. Lain-lain kelemahan kereta Proton sudah diatasi.
9. Demikian juga dengan kereta buatan Korea dan Jepun. Dahulu tidak baik. Sekarang berkualiti. Dahulu dikatakan jika kikis cat akan ternampak label tin milo. Sekarang tidak siapa berani fitnah.
10. Kenaikan harga kereta import bukan disebabkan oleh Proton. Cukai kereta adalah suatu punca dana Kerajaan. Sebelum ada Proton pun harga kereta import memang tinggi jika diambil kira zaman kos sara hidup yang rendah.
11. Hari ini penjualan kereta Proton memang tidak laris. Sebabnya ialah kerana banyak kereta jenama asing boleh masuk dengan mudah. Pengeluar kereta asing adalah syarikat gergasi yang mengeluar berjuta buah setahun. Mereka boleh jual dengan harga yang murah sehingga rugi di Malaysia pun tidak menjadi masalah kerana mereka mendapat keuntungan yang besar dari negara mereka di mana mereka dapat lindungan Kerajaan dan mereka dapat eksport ke merata dunia. Namun kereta jenama asing sukar didapati di negara mereka kerana sekatan.
12. Kerajaan biasanya membiayai dana untuk research and development dalam industri pembuatan. Tetapi walaupun ada peruntukan dana untuk Proton, Kerajaan lambat membekal dan membekal kurang dari peruntukan budget bagi Proton. Namun Proton mengguna duit sendiri untuk develop tiga kereta baru. Ini menyebabkan masalah kewangan Proton.
13. Memang ada kelemahan-kelemahan dalam Proton, tetapi teknologinya sesuai untuk Malaysia, Australia dan Asean. Ada bantuan teknologi syarikat Eropah dalam Proton. Yang menjadi masalah ialah cashflow kerana kemasukan kereta asing memakan pasaran Proton.
14. Saya telah beli ketiga-tiga model baru Proton dan saya tidak menghadapi masalah menggunanya.
15. Saya yakin YB Menteri Nazri boleh beli kereta mewah yang diimport dan berbangga memperkecilkan kebolehan bangsa sendiri. Pada pendapat saya menjadi menteri dalam Kerajaan Najib jauh lebih mudah dari mengeluar kereta. Buat salah, menghilangkan berbillion Ringgit pun okay. TV3, Utusan dan New Straits Times akan lapor duit dapat dari raja yang sudah mangkat.
16. Gajah putih depan mata tak nampak. Semut di seberang laut ternampak uban dikepalanya. Dunia kata awak anggota geng pencuri.
Awak kata awak bukan pencuri, hanya perompak sahaja
Mahathir Cabar Nazri Datang Lawan Di Langkawi
ataspagar.com
Gargantua - 5 Mar 17
Tun M Cabar Nazri Aziz Bertanding Di Langkawi
mysuara.net
BANGI: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Dr Mahathir Mohamad pula mencabar Datuk Seri Nazri Aziz supaya beliau bertanding di Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke-14.
"Saya ajak dia bertanding dengan saya di Langkawi dalam pilihan raya akan datang," kata beliau pada sidang media.
Kata Dr Mahathir, Nazri seharusnya lebih tahu beliau berkhidmat untuk negara, bukan hanya kepada penyokongnya di Padang Rengas.
"Mengapa dia mahu saya pergi ke tempatnya? Datanglah ke tempat saya.
"Awak menteri seluruh negara, bukan untuk Padang Rengas saja."
Semalam, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu mencabar bekas Dr. Mahathir selepas mendapat tahu bekas Perdana Menteri itu akan menyertai lawatan PPBM ke Padang Rengas lewat bulan ini.
Nazri berkata, cabaran itu akan diberikan kepada Presiden PPBM, Datuk Seri Muhyiddin Yassin jika Dr. Mahathir enggan berbuat demikian.
"Saya difahamkan Muhyiddin akan datang ke sini pada 23 Mac dan diikuti oleh Dr Mahathir pada 25 Mac.
"Lawatan itu melambangkan betapa hebatnya saya sebagai seorang ahli politik kerana mereka perlu datang ke sini untuk mengalahkan saya, maka lebih mudah untuk mereka menjatuhkan Umno.
"Saya ingin mengucapkan selamat datang kepada mereka, tapi jangan datang saja tapi bertanding di Padang Rengas pada pilihan raya akan datang."
Nazri berkata, adalah lebih baik jika Dr Mahathir yang bertanding, jika bekas Perdana Menteri itu tidak dapat maka terpaksalah beliau bertanding dengan Muhyiddin.
Bulan lalu, dr Mahathir dilantik sebagai Ketua Bahagian PPBM di Langkawi, Kedah.
Sepanjang tempoh Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri pada tahun 1981, beliau meletakkan tumpuan yang banyak kepada pembangunan Langkawi.
Beliau mengisytiharkan Langkawi sebagai pelabuhan bebas cukai untuk menggalakkan aktiviti perdagangan dan menubuhkan Lembaga Pembangunan Langkawi untuk membawa pembangunan di pulau itu. – FMT
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Thu Mar 9, 2017 6:59 am (PST) . Posted by:
"~:eSpAcE9808:~" rienacom
Celcom Anjur Kejohanan Game Telefon Pintar, Sediakan Hadiah RM1 Juta Untuk Dibedal
siakapkeli.my
Kalau dulu-dulu ramai orang kata main game adalah aktiviti yang membuang masa, kini mereka mungkin sudah perlu mengubah persepsi tersebut.
Terbaru, Celcom sedang menganjurkan 'mobile game tournament' untuk pelanggan-pelanggannya dan menangi wang tunai sehingga RM1,000,000.
Memetik laman rasmi kejohanan tersebut, www.gamehero.my, pemenang tempat pertama akan membawa pulang RM250,000, tempat kedua RM150,000 dan tempat ketiga RM100,000.
Keratan gambar dari Gamehero.my
Selain hadiah-hadiah yang disebut diatas, kejohanan ini juga turut menyediakan peluang memenangi topup percuma menerusi War Chests yang boleh dibuka setiap hari. Yup, bunyinya memang menarik.
Keratan gambar dari Gamehero.my
Mungkin anda tertanya-tanya apa yang perlu dilakukan untuk memenangi hadiah-hadiah ini. Caranya adalah dengan mendaftar di portal Gamehero.my serta muat turun permainan SKY INVASION 3D (yang boleh didapati di Play Store & App Store) dan mula bermain untuk menjadi pemain dengan markah tertinggi.
Sebagai promosi pengenalan, Celcom menawarkan pendaftaran percuma kepada mereka yang membuat pendaftaran awal. Promosi itu sah sehingga 6 April 2016.
Boleh baca terma dan syarat di http://www.gamehero.my/terms-and-conditions sebelum menyertai. Untuk info dan pendaftaran, boleh layari www.gamehero.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Thu Mar 9, 2017 7:00 am (PST) . Posted by:
"~:eSpAcE9808:~" rienacom
Proton Waja Nyaris Kemalangan, Mungkin Akibat Mengantuk
bloglist-malaysia.
depalmasp.com
Proton Waja Nyaris Kemalangan, Mungkin Akibat Mengantuk - Video di bawah menunjukkan sebuah Proton Waja yang hampir sangat-sangat untuk eksiden.
Nasihat untuk anda : Jika terlalu mengantuk, pastikan anda berhenti berehat dan tidur dahulu agar badan menjadi segar dan anda boleh sambung perjalanan anda selepas itu.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from ~:eSpAcE9808:~
1 of 1 File(s)
Thu Mar 9, 2017 7:00 am (PST) . Posted by:
"~:eSpAcE9808:~" rienacom
ISLAM AGAMA KEDAMAIAN
bloglist-malaysia.
wabillahagro.
Dicatat oleh Abd Wahab Abdullah
"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk." (QS. An Nahl:125)
Agama Islam yang disebarkan dan diajarkan oleh Nabi Muhammad saw merupakan agama yang ditujukan demi kesejahteraan dan keselamatan seluruh umat sekalian alam. Kata Islam sendiri yang berasal dari bahasa Arab berarti tunduk, patuh, selamat, sejahtera, dan damai. Maka, agama Islam mengajarkan umatnya untuk selalu menegakkan perdamaian di dunia sehingga persaudaraan dapat terjalin dengan erat.
Sebelum Nabi Muhammad saw diutus oleh Allah swt untuk mengajarkan agama Islam, sejarah mencatat bahwa kehidupan manusia pada waktu itu dikenal sebagai masa Jahiliah. Di zaman Jahiliah itu banyak terjadi kezhaliman seperti pembunuhan, permusuhan, penindasan, dan lain sebagainya. Namun, setelah Nabi Muhammad saw diutus sebagai Rasul Allah dan menyampaikan ajaran Islam, bukti bahwa Islam agama perdamaian terwujud. Pengikut Nabi Muhammad saw berangsur-angsur banyak, Islam menjadi agama yang menjanjikan keselamatan dan kesejahteraan. Hal ini sesuai dengan firman Allah swt, "Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam." (QS. Al Anbiya:107)
Makna Islam membawa kedamaian.
Islam adalah patuh dan menyerah diri sepenuhnya kepada perintah Allah. Secara terminologi pula Islam berasal daripada bahasa Arab iaitu aslama bermakna aman, damai dan harmoni. Allah mempunyai sifat As-salam bermakna membawa kedamaian. Orang yang beriman kepada Allah dan mengamalkan perintahnya disebut Muslim. Muslim adalah membawa kedamaian kepada dirinya sendiri dan juga kepada masyarakat sera alam semesta. Ini sesuai dengan Hadith Nabi Muhammad seperti di bawah ini :
Seorang muslim adalah seseorang yang daripada tangan dan lidahnya semua orang akan menikmati keamanan dan kedamaian/keselamat
Islam membawa kedamaian kepada semua manusia.
Muslim juga sentiasa menghormati sesama manusia adakah muslim atau bukan Muslim. Ini dilaporkan dalam Hadiht di bawah :
Muhammad berdiri memberi penghormatan ketika rombongan membawa mayat seorang yahudi. Sahabat bertanya : Wahai Rasulullah, bukankah dia orang yahudi? Rasulullah menjawab: bukankah dia juga manusia?
Daripada hadith di atas ayat yang berbunyi "bukankah dia juga manusia" menunjukkan Islam adalah agama yang membawa kedamaian kepada kepada semua manusia tanpa mengira bangsa dan agama. Maka muslim yang baik akan menghormati dan menghargai serta membina hubungan baik dengan semua manusia tanpa mengira bangsa dan agama.
Islam membawa kedamaian kepada Alam sejagat.
Bahkan dalam Hadith yang lain dilaporkan :
Sahabat bertanya kepada Muhammad : Bolehkah kami memberi bantuan kepada orang yahudi? Boleh, bukankah mereka juga makhluk Allah dan Allah akan menerima sedekah kita, Muhammad menjawab sambil memuji sifat sahabat tersebut.
Hadith di atas menyatakan bahawa muslim dituntut untuk membawa kedamaian bukan hanya kepada manusia sahaja bahkan juga kepada seluruh alam. Tidak ada halangan yang menghadkan hubungan muslim dengan orang yang berbeza agama, budaya dan status sosial, bahkan kita tidak boleh berlaku tidak adil kepada orang lain hanya disebabkan perbezaan agama seperti dilaporkan dalam ayat di bawah ini :
Janganlah disebabkan kebencian kamu kepada suatu kaum menyebabkan kamu berlaku tidak adil kepada mereka
Islam adalah suka memaafkan kesilapan orang lain.
Sebuah kisah dilaporkan dalam sebuah hadith :
Setiap pagi Muhammad melalui sebatang jalan, dalam perjalanan beliau dileparkan kotoran oleh seorang Yahudi dan juga dimaki hamunnya beliau. Pada suatu hari beliau amat terkejut kerana tidak ada orang yang melempar kotoran ke atas beliau sehingga beliau bertanya kepada jiran Yahudi tersebut. Beliau dimaklumkan bahawa Yahudi tersebut sakit, maka beliau bersegeralah melawat Yahudi tersebut. Alangkah terkejutnya yahudi tersbeut sebab orang yang pertama melawatnya keitka dia sakit adalah orang yang selalu dia lemparkan kotoran. Dengan hati bergetar yahudi tersebut berkata budi pekertimu mencerminkan akhlak nabi. Maka aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan engkau adalah utusan Allah.
Islam agama toleransi kepada penganut agama lain.
Dalam hadith yang lain dilaporkan :
Pada suatu hari 60 nasrani tiba di Madinah, pada waktu ashar mereka masuk ke Masjid Nabawi tempat beliau berada, mereka menunaikan sembahyang di dalam masjid. Beliau bersabda biarkan mereka menghadap ke arah timur untuk menunaikan sembahyangnya.
Hadith di atas menunjukkan Islam begitu toleransi kepada penganut agama lain, islam menggalakkan kedamaian. Masyarakat bukan islam boleh hidup damai di negara-negara yang mengamalkan Islam bahkan zaman Rasulullah dan sesudahnya masyarakat bukan Islam hidup damai di negara-negara islam.
Islam menggantikan kejahatan dengan kebaikan selepas bertaubat.
Bahkan kedamaian dan keselamatan dalam islam dinyatakan oleh Allah dalam ayat di bawah ini :
Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan (Al-Furqaan 25;70).
Ayat di atas menerangkan bahawa sesiapa yang bertaubat daripada kejahatan dengan meninggalkan kesesatan dan menuju kepada kebajikan. Maka semua dosa yang pernah dialakukan sebelum islam Allah akan tukarkan kepada kebajikan. Jadi Islam tidak pernah melihat apa yang pernah dilakukan seseorang selepas dia bertaubat, sebab Allah maha pengasih dan penyayang.
Islam agama keberuntungan
Islam menggalakkan manusia untuk berbuat baik tanpa mengira budaya dan agama. Setiap kebaikan Allah akan membalas dengan 700 kali ganda untuk menggalakkan umatnya berbuat baik. Di zaman teknologi dan materialistik semua orang mahu keuntungan, maka Islam menjanjikan keuntungan yang hakiki yang tidak mungkin diberi oleh apa2 perniagaan sekalipun.
Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jaaln Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya (As-Shaff 61;10-11).
Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada setiap bulir menghasilkan seratus biji. Allah melipat gandakan ganjaran bagi siapa yang dikehendaki-
Adakah perniagaan di dunia ini yang dapat mendatangkan keuntungan berlipat ganda seperti Allah janjikan bagi orang-orang yang beriman (Islam)? Setiap orang berniaga untuk mendapatkan keuntungan tetapi keuntungan yang Allah janjikan tidak ada taranya.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Thu Mar 9, 2017 7:01 am (PST) . Posted by:
"~:eSpAcE9808:~" rienacom
"Aku Dah Lama Tak Percaya Pada Tuhan, Tapi Kau Kereta Rosak Tepi Jalan Kau Kata Allah Baik,'
siakapkeli.my
Ramai antara kita pasti akan mengeluh di mana tiba-tiba kereta yang kita pandu seorang diri jam 5 pagi rosak, pasti ada yang geram dan pasti ada yang tidak berpuas hati sebelum menghubungi pihak lebuhraya atau rakan-rakan untuk bantuan.
Namun, begitu berbeza bagi seorang ustaz ini, kereta yang rosak dipandunya jam 5 pagi baginya adalah satu rahmat, kenapa ianya satu rahmat, jom baca apa yang ditulis oleh Ustaz Ebit Lew ini.
Rahmat Allah. Pagi-pagi ini Allah takdirkan kereta saya, semasa di lorong kanan terlanggar ada besi tengah jalan di plus nkve. Mungkin besi dari mana-mana kenderaan besar agaknya.. Tangki minyak pecah. Saya terus berhenti. Syukur nampak minyak keluar lepas tu dah habis. Niat nak hantar mak ayah mertua ke klia. Terima kaseh Al Faqir Azri Aziz sanggup secara mengejut datang pagi-pagi ini hantarkan mak ayah mertua ke klia. Syukur pada Allah.
Sedang duduk seorang diri di bawah jambatan pukul 5 pagi dah. Seorang abang naik motor berhenti. Dia tanya kenapa. Saya jawab Allah sayang. Dia beri rahmat tangki minyak dah pecah.
Katanya, tadi saya laju juga di kanan. Tak perasan pula. Jawab saya, alhamdulillah saya yang langgar. Saya senyum dan kata padanya. Baik Allah. Sayang Allah. Saya tengah tunggu apa rahmat Allah nak beri. Yang pasti dosa diampunkan dengan musibah begini. Tapi saya dah baca doa keluar rumah. Dan solat 2 rakaat. Dia beri musibah kecil asbab elakkan kita dari musibah yang lagi besar.
Abang tadi tiba-tiba sebak. Saya tanya kenapa. Jawabnya aku dah lama hilang percaya pada tuhan. Kau duduk tepi jalan kereta rosak tapi kau kata Allah baik. Kau puji dia. Aku dah lama tak solat. Aku tak percaya dia..
Kenapa tak puji dia. Siang malam dia jaga saya. Saya bukan seorang diri di sini. Allah bersama saya. Macam mak ayah melihat anak dia belajar berjalan walau jatuh. Mak ayah bahagia lihat anaknya jatuh kerana anaknya sedang berusaha kuat. Sambil senyum dia tengok anak kecilnya. Allah Maha Penyayang. Sayang kita jauh lebih dari ibuayah sayang pada anaknya.
Abang tahu tak bila tengok abang datang tadi saya kata inilah jawapan kepada musibah saya hari ini. Allah sayang abang. Abang nampak orang tepi jalan abang sanggup berhenti dan duduk sini.
Sedangkan abang dah nak pergi kerja. Allah takdirkan kereta saya rosak supaya dapat jumpa abang. Sebab Dia sayang abang. Dia nak suruh kita puji dia tepi highway nie.
Sejak saya belajar kenal Allah saya bahagia. Rasa tenang..jaga solat awal waktu dekat diri pada Allah. Tak lama kita akan balik pada dia..di mana pun kita. Siapa pun kita, tak lama kita akan balik pada Dia..
Dia menangis. Ya Allah dah lama saya tak solat. Semenjak isteri saya lari dengan orang lain. Ya Allah..Sebut Allah pun saya dah tak nak. Saya sebut tuhan jer.
Takper abang. Allah sayang abang. Dia maha pengampun. Dia Maha Baik. Dia tengah tengok kita sekarang.
Ya Allah jadikanlah kesusahan sikit-sikit ini jadi asbab hidayah buat peserta keluarga sunnah sabtu ini. Ramai yang datang dengan harapan ingin bahagia dalam rumahtangga. Pasti ilmu Al-Quran dan Hadis dan kehidupan para sahabah rhum memberi kesan bahagia yang hakiki.
Ketenangan dan penyejuk mata.. Jika konsert lalai pun buat ramai orang terpengaruh. InsyaAllah saya yakin keluarga bawa sunnah pasti bahagia. Bercinta semula. Ya Allah yang ada masalah rumahtangga bantulah selesaikan dan berilah mereka bahagia sampai syurga. Berkati majlis keluargasunnah di MatradeKl.- ebit lew
- Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Thu Mar 9, 2017 7:01 am (PST) . Posted by:
"~:eSpAcE9808:~" rienacom
"Mak, Kenapa Tak Buka Lampu?" ," Mak Kenapa Allah Ambil Balik Mata Abang Chik?"
siakapkeli.my
Betapa sedihnya hati bila terdengar pertanyaan-pertanya
MUHAMMAD FARIZ ZHARFAN B. ROSLAN, 8 tahun, pada 16 November 2015 segalanya berubah, dunianya tiba-tiba kelam sebelum akhirnya bibirnya juga tidak mampu lagi berkata-kata.
" Mak...kenapa mak tak buka lampu "
Berderau darah si ibu. Hancur luluh hatinya.
Dalam linangan air mata...dia mendakap tubuh anak tersayang. Dia tak pernah lupa detik bening subuh itu, saat mengejutkan anaknya dari tidur.
" Mak ..kenapa Allah ambil balik mata Abg Chik ? "
Soalan itu acapkali ditanya Abg Chik. Hati ibu mana yg tidak pilu bila anak yg dulu sihat...berlarian ke sana ke sini...gelak tawanya menghiburkan keluarga...kini menjadi buta tiba-tiba.
" Mak... A bukan macam ni ! Abg Chik tau huruf A "
Memasuki tahun 1 sebagai pelajar buta....bukannya mudah buat Abg Chik. 5 bulan setelah itu ...akhirnya dia semakin lemah dan tidak mampu berjalan lagi. Betapalah berat ujian insan terpilih ini... dalam sekelip mata....dari anak yg sihat, dia tiba- tiba terlantar tanpa mampu bercakap dan bergerak lagi.
Hasil ujian MRI , doktor mengesahkan lemak yang terkumpul di dalam saraf otaknya menyebabkan mata dan anggota tubuh tidak dapat menghantar isyarat ke otaknya lagi.
Anak kepada tukang rumah ini memerlukan dana untuk menyiapkan bilik khas untuknya yang selalu menangis mendengar adik dan abang bermain.
Bagi mereka yang ingin membantu boleh salurkan ke
Roslan bin Adnan 152219080908 Maybank
Nurbaizura binti Zakaria 152023536365 Maybank
Atau pemegang amanah
Natipah Abu 552107617521 Maybank
013-4029609 ( Puan Nurbaizura )
Kredit: Natipah Abu
- Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment