8 Messages
Digest #4696
Messages
Mon Mar 6, 2017 6:58 am (PST) . Posted by:
"~:eSpAcE9808:~" rienacom
Kerajaan perlu bertindak segera
bloglist-malaysia.
wak-labu
Posted by Mohd Sulaiman
NINA FARZUIN MD SHAROM
Dr Fadlan
KUALA LUMPUR - Gabungan Ahli Sunnah Malaysia (Gasma) menggesa kerajaan mengambil tindakan undang-undang terhadap 19 individu yang memfailkan saman mendakwa negara ini melindungi pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik.
Presidennya, Dr Fadlan Mohd Othman berkata, semua individu itu boleh didakwa di bawah seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.
"Kami mohon agar PDRM ambil tindakan berdasarkan peruntukan tersebut kerana mereka sengaja lakukan perkara menyebabkan ketegangan hidup beragama.
"Tindakan mereka juga hanyalah fitnah tanpa bukti kukuh dan hanya merosakkan hubungan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini," katanya pada sidang media Gasma menyokong dan mempertahankan kerajaan Malaysia dan Dr Zakir Naik, semalam.
Baru-baru ini, 19 individu termasuk pengerusi kumpulan Hindraf P Waythamoorthy dan peguam Siti Kasim memfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia kerana mendakwa ia melindungi Dr Zakir.
Mereka mendakwa pendakwah dari India itu boleh mengancam keselamatan dan keharmonian negara.
Mengulas lanjut, Fadlan berkata, tindakan itu juga satu bentuk penghinaan ke atas Yang di-Pertuan Agong.
"Pada 2013, beliau (Dr Zakir) telah diangkat sebagai tokoh Maal Hijrah oleh Yang di-Pertuan Agong dan sudah tentu tindakan mereka ini juga dilihat sebagai satu penghinaan kepada baginda.
"Adakah mereka ingin katakan Yang di-Pertuan Agong beri penghormatan kepada individu digelar ekstremis," katanya.
Menurutnya, pihaknya bukan hanya menyatakan sokongan terhadap Dr Zakir dalam isu ini malah sentiasa bersama memperjuangkan Islam berteraskan prinsip nasihat yang baik dan perdebatan dengan cara diajar Islam.
"Mereka dakwa beliau (Dr Zakir) beri ancaman kepada keselamatan negara kerana penyeru kepada kebencian.
"Hakikatnya, beliau pendakwah bersikap wassatiyah, menyampaikan Islam dan menegakkan tauhid berlandaskan prinsip kesederhanaan. Bahkan, apa yang diajarkan adalah inti pati ajaran Islam yang sebenar berlandaskan Rukun Islam dan Rukun Iman," ujarnya.
Siti Kassim tak berani debat dengan Zakir, anggap cabaran bodoh
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.
KUALA LUMPUR – Peguam liberal yang sering mencetuskan kontroversi, Siti Kasim tidak berani berdebat dengan pendakwah terkenal, Dr. Zakir Naik dan cuba memberikan alasan kononnya ia satu cabaran yang bodoh.
Kenyataan itu dibuat selepas Zakir baru-baru ini menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan dua individu beragama Islam yang menyamannya di mahkamah Malaysia.
Siti dalam status terbaharu di Facebooknya mahu cabaran yang dianggap bodoh itu ditolak ketepi dan menggesa pihak berkenaan berhenti membuang masa beliau.
"Mari kita ketepikan cabaran bodoh perbahasan di antara saya dan Dr Zakir Naik.
"Jika orang-orang bodoh ini berfikir bahawa saya mengalami obsesi tidak rasional dan tidak produktif dengan apa yang orang lain fikir mengenai saya, maka mereka boleh kekal sebagai keldai selama-lamanya. Jadi, berhenti buang masa saya," kata beliau.
Siti turut mendakwa, beliau kini menjadi sasaran dalam apa yang dianggap sebagai isu gender.
"Fakta bahawa beberapa 'keldai' memilih saya dan Asiah amat ketara sekali sebagai isu gender. Terdapat 19 orang sependapat dalam saman itu dan mereka hanya menyerang dua daripada kita.
"Paling penting dalam hal ini, orang-orang bodoh ini tidak sedar ada tindakan undang-undang sedang berlangsung. Mungkin MCP ini perlu menyemak makna sub judice," katanya lagi.
Siti dan Asiah Jalil antara dua individu beragama Islam daripada 19 pihak menyaman sivil untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi mengisytiharkan pendakwah itu ancaman kepada keselamatan negara.
Sebelum ini Pegawai Khas Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahaya berkata, pendakwah kontroversi dari India itu bersedia dengan cadangan beliau agar bertemu dengan Siti bagi membincangkan isu-isu yang dibangkitkan.
Zakir kemudiaan membalas menerusi pesanan WhatsApp dengan menyatakan kesediaan untuk bertemu dengan pihak yang menyamannya. – MalaysiaGazette
Siti Kasim Gagal Beri Maklum Balas Jemputan Bertemu Dr Zakir Naik
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.
SHAH ALAM – Tiada jawapan balas daripada peguam, Siti Kassim berhubung kesediaan penceramah terkenal dari India, Dr Zakir Naik untuk mengadakan pertemuan melalui usaha diatur Pegawai Khas Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahaya.
Menurut Fathul Bari, maklum balas kesediaan Dr Zakir itu dimuat naik menerusi laman sosial Facebooknya sejak kelmarin.
"Namun pihak berkenaan tidak beri apa-apa maklum balas berhubung hal tersebut. Saya pula tidak menghubungi peguam tersebut (Siti) secara langsung," katanya kepada Sinar Harian.
Dalam satu status di Facebook beliau, Fathul Bari menulis: "Saya telah maklumkan kepada Dr Zakir Naik tentang cadangan saya supaya Siti Kassim dan Asiah Jalil bertemu beliau. Dan ini jawapan beliau…"
Fathul Bari kemudian memuat naik paparan skrin aplikasi WhatsApp perbualannya bersama Dr Zakir berhubung usaha mengadakan pertemuan yang belum dipastikan tarikhnya itu.
Dalam paparan berkenaan, Dr Zakir menyatakan kesudian beliau memenuhi permintaan tersebut.
Antara ayat balas yang dinyatakan Dr Zakir berbunyi, "If you think it will be fruitful and their niyyah is good, I would not mind meeting them" (Jika kamu fikir ia membuahkan hasil baik dan niat mereka bagus, saya tidak kisah bertemu dengan mereka).
Fathul Bari berkata, Dr Zakir kini berada di Malaysia dan jika ada persetujuan semua pihak, pertemuan ini boleh diadakan bila-bila masa.
"Sekiranya pihak terbabit bersetuju, boleh sahaja buat secara tertutup, yang penting dapat luahkan apa yang dia (Siti) nak cakap. Perkara ini penting kerana dia (Siti) telah bercakap kepada umum dengan dakwaan tertentu sehingga menimbulkan pelbagai keraguan kepada masyarakat," katanya.
Menurutnya, pertemuan itu adalah satu cara positif dan terpulang kepada kedua-dua pihak ingin mengadakannya secara diskusi, perbincangan biasa mahupun debat.
Jika tidak, Fathul Bari berpandangan, ia sekadar perjuangan yang bersandarkan kepada retorik.
Fathul Bari juga mencadangkan agar pertemuan itu diatur oleh Sinar Harian.
"Sebab saya lihat, Sinar Harian banyak menyiarkan perbincangan mengenai Rang Undang-undang (RUU), jadi daripada fokus kepada RUU sahaja, baik kita aturkan topik ini pula," katanya.
Sementara itu, usaha Sinar Harian menghubungi Siti Kassim tidak berhasil.
Siti Kassim atau nama penuhnya Siti Zabedah Kasim sebelum ini mendakwa Dr Zakir adalah lelaki berbahaya dan ekstremis yang tidak sepatutnya dibenarkan berada di Malaysia.
Beliau bersama 19 rakyat Malaysia yang lain telah memulakan prosiding undang-undang terhadap kerajaan, manakala empat yang lain untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi mengisytiharkan pendakwah Dr Zakir sebagai ancaman kepada keselamatan negara. – Sinar
'Keldai
bloglist-malaysia.
sozcyili.blogspot
Menulis di status Facebooknya, Siti Kasim menyifatkan pihak yang mencadangkan agar beliau dan Asiah bertemu dengan Zakir Naik adalah sebagai "Keldai, bodoh dan buang masa".
"Mari kita ketepikan cabaran bodoh perbahasan di antara saya dan Dr. Zakir Naik.
"Jika orang-orang bodoh ini berfikir bahawa saya mengalami obsesi tidak rasional dan tidak produktif dengan apa yang orang lain fikir mengenai saya, maka mereka boleh kekal sebagai keldai selama-lamanya.
Jadi, berhenti buang masa saya," kata Siti Kasim, seperti yang dipetik dari status Facebooknya.
"Fakta bahawa beberapa 'keldai
Terdapat 19 orang sependapat dalam saman itu dan mereka hanya menyerang dua daripada kita.
"Paling penting dalam hal ini, orang-orang bodoh ini tidak sedar ada tindakan undang-undang sedang berlangsung. Mungkin MCP ini perlu menyemak makna sub judice," kata Siti Kasim lagi dalam status berkenaan.
Siti Kasim berkata demikian bagi mengulas cadangan perjumpaan di antara dirinya, Asiah Abd Jalil bersama Zakir Naik bagi membincangkan perbezaan pendapat di antara mereka.
Cadangan itu pada awalnya dikemukakan oleh Ustaz Fathul Bari dan mendapat respon positif dari orang ramai malahan Sinar Harian bersedia menjadi platform bagi menemukan ketiga-tiga mereka.
Dalam pada itu, tinjauan yang dijalankan di laman sosial, rata-rata netizens mengkritik tindakan Asiah dan Siti Kasim sebagai 'tidak berani, bercakap besar dan cuba alih perhatian dengan berlakon sebagai mangsa keadaan berhubung isu jantina"
Sungguh pun demikian, di Facebook Asiah dan Siti Kasim kedua-dua individu berkenaan masih mendapat sokongan padu dan tidak berbelah bagi oleh pengikut-pengikut setia mereka.
Penyokong Siti Kasim di FB
Isu pertemuan Siti Kasim dan Asiah Abd Jalil bersama Zakir Naik mulai timbul apabila mereka berdua di antara 19 plaintitif yang mengemukakan tindakan saman terhadap kerajaan bagi menghalang Zakir Naik masuk ke Malaysia atas alasan ancaman keselamatan. - Sozcyili
----- Original Message -----
From: ~:eSpAcE9808:
To:
Sent: Sunday, March 05, 2017 8:20 PM
Subject: Fw: mahu Zakir Naik ditangkap, diusir & Siti Kassim
"Jika Niat Mereka Baik, Saya Tak Kisah Bertemu Mereka" - Dr. Zakir Naik Sedia Bertemu Siti Kassim
siakapkeli.my
Kuala Lumpur, 5 Mac - Penceramah terkenal dari India, Dr. Zakir Naik bersedia untuk bertemu dengan Siti Kassim, kata Pegawai Khas Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahaya.
Menurut Fathul Bari, beliau telah menanyakan Zakir Naik mengenai perkara tersebut dan beliau bersetuju jika perkara itu membuahkan hasil yang baik.
"If you think it will be fruitful and their niyyah is good, I would not mind meeting them" (Jika kamu fikir ia membuahkan hasil baik dan niat mereka bagus, saya tidak kisah bertemu dengan mereka)." tulis Zakir Naik dalam mesej balas kepada Fathul Bari.
Sementara itu, Fathul Bari berkata kepada Sinar Online bahawa tiada jawapan balas dari Siti Kassim berhubung kesediaan cadangan pertemuan itu.
"Namun pihak berkenaan tidak beri apa-apa maklum balas berhubung hal tersebut. Saya pula tidak menghubungi peguam tersebut (Siti) secara langsung," katanya.
Fathul Bari berkata, Dr Zakir kini berada di Malaysia dan jika ada persetujuan semua pihak, pertemuan ini boleh diadakan bila-bila masa.
"Sekiranya pihak terbabit bersetuju, boleh sahaja buat secara tertutup, yang penting dapat luahkan apa yang dia (Siti) nak cakap. Perkara ini penting kerana dia (Siti) telah bercakap kepada umum dengan dakwaan tertentu sehingga menimbulkan pelbagai keraguan kepada masyarakat," katanya.
Fathul Bari Mat Jahya
Saya telah maklumkan kpd Dr Zakir Naik tentang cadangan saya supaya Siti Kassim&Asiah Jalil bertemu beliau. Dan ini jawapan beliau......
Sumber: Sinar Online
Tiga Nama Melayu Fail Fail Permohonan Isytihar Zakir Naik 'Ancaman Kepada Keselamatan Negara'
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.
Tiga nama Melayu memulakan prosiding undang-undang terhadap kerajaan dan empat yang lain untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi mengisytiharkan pendakwah Dr Zakir Naik sebagai ancaman kepada keselamatan negara.
Mereka adalah Siti Zabedah Kassim, Asiah Abd Jalil dan Mujahidin Zulkifli.
Permohonan saman yang diketuai P. Waytha Moorthy dan juga pengerusi Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) di Mahkamah Tinggi menuntut perisytiharan bahawa Dr Zakir adalah satu ancaman kepada ketenteraman awam, moral, ekonomi, keharmonian sosial dan pendidikan negara.
Mereka memohon kepada mahkamah untuk segera mengusir Dr Zakir dan untuk mendapat satu perintah sekatan bagi menghalang beliau daripada memasuki Malaysia sebagai pelancong atau melalui apa-apa cara lain.
Mereka mahu perintah mahkamah mengarahkan Ketua Polis Negara untuk menangkap Dr Zakir serta-merta.
Selain itu, mereka menamakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Jabatan Ketua Pengarah Imigresen, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Ketua Polis Negara dan kerajaan sebagai defendan.
19 aktivis fail tuntutan mahkamah mahu Zakir Naik ditangkap, diusir
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.
Sekumpulan aktivis dengan diketuai oleh Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy, hari ini memfailkan tuntutan mahkamah menuntut antara lain, satu perintah penangkapan dan pengusiran pendakwah Zakir Naik.
Saman itu difailkan olehnya bersama 18 yang lain, termasuk ADUN Bingkor Jeffrey Kitingan, peguam Siti Kassim dan Pengarah Center for Policy Initiatives, Lim Teck Ghee.
"(Kami memohon) satu perintah bagi ketua Polis Negara (IGP) untuk segera menangkap Zakir Naik.
"(Juga)
Plaintif juga memohon deklarasi bahawa Zakir adalah ancaman kepada keselamatan, keharmonian dan perpaduan negara ini.
Dalam dokumen mahkamah itu, mereka mendakwa bahawa ajaran Zakir menggalakkan keganasan dan akan merosakkan perpaduan berbilang kaum dan keamanan di Malaysia.
Waythamoorthy berkata, Zakir juga telah diharamkan di beberapa negara, termasuk Kanada dan United Kingdom.
Defendan yang dinamakan dalam saman itu adalah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan kerajaan Malaysia.
Waythamoorthy berkata, mereka telah mengutus surat kepada Kementerian Dalam Negeri, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara serta Jabatan Perdana Menteri mengenai status imigresen Zakir dan kedudukannya di negara ini namun usaha mereka tidak mendapat sebarang maklumbalas.
Bagaimanapun, beliau berkata, mereka percaya bahawa Zakir masih berada di Malaysia ketika ini.
Fathul Bari Sedia Atur Debat Antara Dr Zakir Naik Dengan Siti Kasim
siakapkeli.my
KUALA LUMPUR: Pegawai Khas Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahaya dalam satu temubual hari ini telah mengutarakan cadangan supaya peguam Siti Kassim bersesi dialog dengan penceramah terkemuka dunia, Dr Zakir Naik, lapor Suara.tv.
Beliau telah berkata demikin bagi mengulas mengenai dakwaan beberapa orang aktivis sebelum ini yang mendakwa Dr Zakir Naik sebagai pengganas yang mengancam keselamatan negara.
"Dia masih tidak mengenali siapa Dr Zakir Naik. SayAtura boleh aturkan pertemuan itu (untuk sesi dialog beragama). Saya bukanlah PA dia, tapi saya kenalan dia. Ada yang saya lihat seorang daripada aktivis itu gayanya macam ustazah dan seorang lagi berambut putih (Siti Kassim) tapi saya tak tahulah dia daripada mana," katanya.
Katanya, jika pada zaman Rasulullah s.a.w dahulu, sesi dialog agama sangat diunjurkan untuk kita saling mengetahui berhubung agama lain.
"Saya mohon kepada aktivis-aktivis ini sekiranya ada dalam kalangan orang Islam, agar mereka ini pergi bertemu dengan Dr Zakir Naik," katanya yang turut menyifatkan aktivis yang 'mengutuk' dan mahu menangkap penceramah bebas, Dr Zakir naik sebagai kurang bijak.
Sebelum ini beberapa orang aktivis telah memulakan prosiding undang-undang terhadap kerajaan dan empat yang lain untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi mengisytiharkan pendakwah Dr Zakir Naik sebagai ancaman kepada ketenteraman awam, moral, ekonomi, keharmonian sosial dan pendidikan negara.
Plaintif terdiri daripada peguam, aktivis hak asasi manusia, ahli perniagaan dan juga bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy dan juga pengerusi Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf).
Mereka yang lain termasuklah aktivis Dr Lim Teck Ghee, Datuk Dr Jeffrey Kitingan dari STAR (Parti Solidariti Tanah Airku) Sabah dan peguam Siti Zabedah Kassim. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Mar 6, 2017 6:59 am (PST) . Posted by:
"~:eSpAcE9808:~" rienacom
Penyelesaian Akhir
bloglist-malaysia.
sakmongkol.blogspot
Posted by Ariff Sabri
Ketika Zaaba menulis mengenai bangsa Melayu sekitar tahun 1920an, pemikiran pendita Zaaba pun di perlekehkan oleh orang Melayu. Kalau kita baca buku Jejak2 di Pantai Zaman oleh Prof Ungku Aziz, kita boleh baca perihal ejen pemerintah ketika itu, mengejek tulisan Zaaba. Dan yang menghina itu orang Melayu.
Demikian juga hari ini, ejen2 pemerintah yang enggan berbahas secara beradab, mengejek pandangan kita yang berbeza hanya kerana mereka tidak terdaya menghasilkan hujjah bantahan. Saya sudah kata berulang kali- mereka berhak berpegang kepada pandangan mereka asal sahaja mengiktiraf hak yang sama ada pada yang tidak bersetuju dengan mereka.
Sayang sekali mereka tidak demikian-mereka memilih untuk menggelar lawan dengan nama2 dan gelaran2 yang buruk, , membunuh karakter dan sebagainya. Ada juga yang seolah olah bercakap bagi pihak Tuhan mengingatkan kita bahawa Tuhan akan tanya kita di akhirat kelak. Sikap yang demikian bertolak dari kepercayaan yang berat sebelah yakni bersangkaan bahawa hanya pandangan mereka sahaja yang sempurna. Agak nya golongan ini ada talian lansung dengan Tuhan. Janganlah berlagak sombong menghukum orang yang tidak setuju dengan jalan fikiran kamu.
Saya cukup benci dengan orang yang menyangka bahawa mereka lebih Islam atau lebih morally superior dari kita. Walhal dia baca kitab yang serupa dengan kita, sembahyang pun sama dengan kita.
Fakta nya , ada terdapat sebahagian dari orang kita Melayu yang enggan menerima bahawa musibah yang melanda orang Melayu hari ini dilakukan oleh orang Melayu. Yakni Melayu yang pegang tampuk pemerintahan. Dan Melayu yang berkuasa hari ini ialah orang UMNO.
Kenapa kita salahkan orang lain jika bangsa kita ditimpa musibah dan malapetaka? Kita tuai apa yang kita tanam. Kita mendapat apa yang kita usahakan. lihat Al Quran 53:39-40. Kita sokong dan muliakan pemimpin yang mencuri dan korap- kita dapatlah sebuah kerajaan yang korap dan rasuah. Bukan ada misteri. Kita pilih pemimpin yang koro, maka kemajuan yang kita perolehi ialah bertaraf koro.
Orang Melayu yang menegur pemimpin Melayu kerana melakukan kemungkaran- melakukan demikian bukan sebab dia budak suruhan cina, tapi membenci pelaku kemungkaran.
Sejak 1955, pemerintahan negara kita dikuasai oleh orang Melayu dalam UMNO. Tidak ada orang lain dan tidak ada bangsa lain. Kerajaan yang boleh melakukan kebaikan jugalah yang melakukan kejahatan. Bila melakukan kejahatan, janganlah persalahkan orang lain.
Hari ini, pemerintah melakukan banyak keburukan dari kebaikan. Punca nya ialah pemimpin yang korap dan budaya korapsi sudah menular ke peringkat setiap lapisan pembuat keputusan dan dikalangan mereka yang ada kuasa.
Bayangkan bagaimana ejen2 pemerintah hari ini akan menyula Zaaba bila dia berkata bahawa keadaan orang Melayu disebabkan kezaliman pemerintah raja2 mereka yang dahulu dahulu. Tentu sekali Zaaba akan diwarnakan sebagai 'salah seorang Melayu' yang menjual jiwa kepada tuan2 nya yang anti Melayu dan kafirun. Perhatikan bila tidak ada modal, golongan ini suka menggelar nama buruk keatas saingan mereka. Kafirun, munafiqun dll.
Hari ini kita ada 'raja' Melayu yang berwajah baru. Mereka memerintah secara absolute, menggunakan undang2 dan hukuman untuk mengancam dan mengugut rakyat dan golongan yang menentang mereka. Ejen2 dan penyokong mereka akan menggunakan segala perkakas untuk mengalahkan pihak lawan- mengejek, menghina, mendusta, menggelarkan lawan dengan istilah2 jelek- tali barut, anjing suruhan dan sebagainya. Mereka tidak ada isi penghujjahan untuk berlawan.
Itu sebabnya, kita mesti terus beri penghujjahan, menulis dan sebagainya, supaya orang Melayu boleh menimbang buruk dan baik. Sebab kita mesti melawan penganjur2 nista dan cacian yang bertugas sebagai tong2 kosong.Kita akan teruskan usaha mendedah hipokrasi pemimpin UMNO dan mereka yang bertopengkan Islam.Kita akan terus lawan golongan maki wa hamun.
Penilaian Semula.
Marilah kita orang Melayu memikirkan perkara ini. UMNO kata masaalah orang Melayu sekarang- miskin, mundur, berpendapatan rendah sekali, kurang pencapaian pendidikan, Islam agama mereka tidak dimuliakan- semua ini disebabkan orang Cina. Yang memimpin cina yang anti Melayu, anti Islam dan anti raja Melayu mereka kata ialah DAP.
Seperti kata Sanusi Junid- yang melaksanakan GST bukan DAP, yang menghilangkan tanah resev Melayu bukan DAP, yang mencuri wang melebihi RM4.2 billion bukan DAP, yang mencipta 1MDB bukan DAP, yang menyebabkan 95,000 peneroka berhutang membeli saham FGV dan menanggung hutang, juga bukan DAP. Semua itu dilakukan oleh Najib dan kerajaan nya. Mereka semua Melayu. Yang dikata oleh Wall Street Journal mencuri USD1 billion bukan orang Cina yang bernama Kit Siang tapi Melayu yang bernama Najib Tun Razak.
Menyalahkan orang cina dan DAP ialah naratif atau pengkisahan yang Najib lakukan. Dia akan lakukan apa sahaja untuk mempertahankan jawatan. Bahkan dia tidak peduli jika UMNO memberi laluan kepada PAS. Yang dia pentingkan ialah mengekalkan kuasa kerajaan Federal.
Jadi, walaupun UMNO Kelantan berasa yakin memerintah Kelantan, Najib sanggup mengorbankan Kelantan asal sahaja kerajaan persekutuan dalam genggaman nya. Putihlah mata UMNO Kelantan walaupun mereka mengecam kuat kegagalan kerajaan PAS Kelantan. PAS tahu mereka diperlukan oleh Najib.
Persalahkan orang lain, bukan diri sendiri
Jatuh mulia bangsa Melayu, jatuh mulia agama mereka, jatuh mulia raja Melayu, sebabnya ialah orang Cina. Bagaimana pengkisahan seperti ini, boleh mempengaruhi bangsa Melayu? Sukar untuk saya menerima, bangsa Melayu tidak membaca, tidak berfikir , tidak berdebat dengan rakan dan tolan.
Itulah cerita seram yang disemai dalam minda orang Melayu. Umum mengetahui bahawa fahaman tahyul dan kepercayaan kepada hantu jembalang dan pelesit manjangan, sangat menebal dalam psyche orang Melayu. Jadi bila cina dan DAP itu digambarkan sebagai hantu jembalang, orang Melayu merasa takut. Takut ini takut yang tidak rasional.
Apa yang sudah dilakukan oleh orang Cina? Bagaimanakah nasib dan destiny bangsa Melayu bergantung kepada bangsa lain? Jatuh bangun bangsa kita yang beragama Islam ditentukan oleh orang lain?
Inilah penceritaan atau naratif yang saban hari disibar oleh UMNO dan rakan baru mereka, PAS. Benarlah kata2 seorang ustaz satu masa dahulu- wa halalan jika kongsi sama, wa haramun, jika makan sorang.
Bagaimana solusi nya?
Katalah ini semua benar. Bagaimana kita mengatasi nya? Mulai hari ini kita benam semua cina, humban mereka ke laut, haramkan parti DAP, maka masaalah Melayu yang dikatakan UMNO itu dan sekarang ini disokong pula oleh PAS, selesai?
Cuba beritahu kita, bagaimana menghilangkan bangsa cina menyelesaikan masaalah Melayu miskin? Melayu itu miskin, sebab dia tidak ada tanah, dia tidak cukup modal, dia kurang latihan teknikal dan kemahiran, dia tidak cukup alat kelengkapan minda dan fisikal, Melayu itu miskin sebab sistem ekonomi mengayakan yang kaya dan golongan terplih.
Cina menyebabkan Melayu tidak berumah? Jika harga rumah diluar kemampuan, mustahil lah Melayu membeli nya. Apabila Melayu tak mampu beli rumah yang mahal, quota bumiputera ditukar untuk wang dari pemaju cina. Dan yang melakukan penukaran itu ialah Melayu lah juga.
Johor kata sejak 2013, 3000 unit rumah/kedai untuk Melayu ditukar kepada open title. Johor dapat hasil dan boleh bina 6000 buah rumah melalui membenarkan penukaran status tersebut. Bila jual 3000 unit untuk dapat 6000 unit, tentulah mutu rumah itu rendah dari mutu rumah 3000 unit. Adakah ini bermakna, orang Melayu hanya layak tinggal dalam rebanan ayam? Inikah pencapaian yang dilaungkan oleh pemimpin UMNO?
Melayu berpenghasilan serta berproduktiviti rendah? Ini menyebabkan Melayu miskin dan menyelesaikan masaalah ini, memerlukan peningkatan pendapatan; jika produktiviti rendah, penyelesaian nya memerlukan latihan dan perlengkapan ilmu dan teknoloji.Tidak cukup modal memerlukan pemberian kredit yang dipermudahkan.
Tidak ada orang yang waras pemikiran mereka akan percaya solusi muktamad ialah menghapuskan bangsa bukan Melayu. Hitler and Himmler sahaja yang meyakini the final solution. Adakah kita orang Melayu dan bergama Islam sudah menjadi Nazi?
Sebab orang yang waras berfikir, sedar dan tahu bahawa ini semua usaha UMNO menutup korapsi mereka dan pemimpin mereka. Ianya penceritaan untuk menyembunyikan kemungkaran yang dilakukan.
Kepada orang Melayu silalah sedar- punca kegagalan ialah pada diri sendiri jua. Kalau Melayu gagal dalam berbagai cabang hidup- ianya kerana pemimpin mereka gagal mengatur system kehidupan yang baik. Orang Melayu tidak boleh beroperasi dibawah sistem yang korap yang menyebelahi yang korap dan rasuah.
Kambing hitam untuk UMNO ialah cina dan DAP.Kita orang Melayu hanya perlu tanya soalan ini; menyedari ini semua angkara durjana bangsa Cina, mencukupi untuk sekoyong koyong selesai semua masaalah Melayu? Adakah kesedaran bahawa segala permasaalahan orang Melayu disebabkan oleh cina, ialah kunci ajaib yang menyelesaikan masaalah Melayu mundur, miskin, teraniaya, kurang berumah, kehilangan tanah resev, dan sebagainya?
Mengetahui bahawa semua ini disebabkan oleh orang cina akan segera membaiki pendapatan per kapita orang Melayu, merapatkan jurang pendapatan antara Melayu dengan bukan Melayu, merapatkan kesenjangan pendapatan orang Melayu dengan Melayu, meningkatkan dengan segera kekurangan pencapaain pendidikan Melayu, selesai dengan cepat kesukaan Melayu melakukan jinayah?
Marilah kita melihat kebenaran. Musibah yang menimpa orang Melayu ialah kerana kerajaan orang Melayu itu buas, korap dan rasuah. Kita beri pemimpin amanah, mereka membeloti amanah kita; kita beri mereka kuasa, mereka guna kuasa tersebut untuk mengayakan diri mereka dan menekan rakyat; kita beri dia kebebasan sebagai eksekutif, dia melaksanakan dasar2 yang menyusahkan rakyat.
Sekali lagi, kita tuai apa yang kita tanam.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Mar 6, 2017 6:59 am (PST) . Posted by:
"~:eSpAcE9808:~" rienacom
Yang Di Pertuan Agong Yang Berjiwa Rakyat
bloglist-malaysia.
queachmad.com
Abe nak kongsikan, dalam gambar ni Tuanku Sultan mencemar duli melawat seorang pemuda OKU yang kudung tangannya. Sebelum meninggalkan rumah ni, Tuanku Sultan telah memeluk pemuda ni, dan selepas itu Tuanku telah menyediakan kepada keluarga ini sebuah rumah yang selesa .. Subhanallah.
Sultan yang amat2 menuruti pemerintahan Khilafah Islamiyah zaman kegemilangan Islam dahulu.. Sultan yang begitu zuhud, merendah diri, sentiasa berpenampilan sederhana, berjubah & berkopiah adalah pakaian harian baginda. Sultan yang sentiasa mencemar duli ke ceruk2 kampung menziarahi rakyat.
Ini lah Sultan yang mirip pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz Abad ke-21, baginda adalah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V (Tuanku Muhammad Faris Petra) dan kini baginda ialah Yang Di Pertuan Agong Malaysia.
ALLAHU AKHBAR...
"Kejap.
siakapkeli.my
Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V sememangnya terkenal dengan sifat baginda yang berserdahana dan tidak terlalu mengikut protokol.
Malah hari ini video baginda membuka sendiri botol air sebelum meminum air dari botol terbabit menjadi viral di media sosial.
"Sekejap.
Aksi terbabit disiarkan secara langsung di RTM1 dan rakaman memaparkan ramai Anggota Parlimen tersenyum.
Di media sosial pula, ramai berkongsi video terbabit dan menyifatkan baginda sebagai seorang yang merendah diri.
Sultan Muhammad V hari ini merasmikan Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-13 dan baginda bertitah menegaskan bahawa isu pembangunan perumahan, pendidikan, kesihatan dan keselamatan perlu terus diberi perhatian kerajaan agar rakyat tidak terus terbeban dengan peningkatan kos sara hidup dan terpinggir dengan arus pembangunan.
Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 20 hari hingga 6 April ini sebelum tumpuan beralih kepada persidangan Dewan Negara selama 10 hari dari 17 April hingga 27 April.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from ~:eSpAcE9808:~
1 of 1 File(s)
Mon Mar 6, 2017 7:00 am (PST) . Posted by:
"~:eSpAcE9808:~" rienacom
Masaalah kewangan universiti, 6,000 pensyarah diberhentikan
bloglist-malaysia.blogspot
milosuam.net
SEBELUM ini pernah didedahkan bagaimana Universiti Malaya terjejas teruk dilanda masaalah kewangan sampaikan kemudahan institut pengajian awam itu terabai, dan ada pensyarah yang disuruh berhenti akibat tindakan kerajaan Najib Razak memotong peruntukan penting untuk universiti awam.
Laporan terbaru Akhbar Berita Harian melaporkan perkara serupa di mana pemotongan bajet untuk universiti sebanyak 40 peratus telah menyebabkan hampir 6000 pensyarah diberhentikan.
Hampir 6,000 pensyarah itu termasuk profesor diberhentikan dan tidak disambung kontrak perkhidmatan mereka sejak tahun lalu disebabkan universiti awam dihimpit masalah kekangan kewangan yang meruncing.
Kini dianggarkan hanya tinggal 29,000 pensyarah universiti awam berbanding jumlah seramai 35,000 orang yang direkodkan sebelum ini.
Presiden Kongres Persatuan Akademik Malaysia, (MAAC) Prof Datuk Dr Mohd Idrus Mohd Masirin, berkata pengurangan bajet pada tahun lalu antara 30 hingga 40 peratus untuk setiap universiti awam oleh Kementerian Pendidikan Tinggi memaksa pengurusan universiti tidak menyambung kontrak pensyarah berkenaan.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan ada pensyarah yang diberhentikan sebelum kontraknya tamat.
"Pihak universiti tiada pilihan lain selain terpaksa mengurangkan jumlah kakitangan akademik yang diambil secara kontrak dan sementara,"
Tawar gaji lebih rendah
"Ada universiti terpaksa membekukan pengambilan kakitangan pentadbiran untuk mengurangkan kos malah ada juga di universiti memutuskan untuk tidak memperbaharui atau mengambil staf akademik walaupun secara kontrak atau sementara,"
Jika mengambil kakitangan tambahan sekalipun ia mungkin membabitkan bidang kritikal sahaja, tetapi bukan jawatan tetap kalau sebelum ini pensyarah itu seorang profesor dengan gaji Jusa A mungkin gaji Jusa C yang jauh lebih rendah akan ditawarkan kepadanya.
Pelik tapi benar, semakin banyak cukai GST dikutip semakin negara kita tiada duit. Sampai universiti nak bayar gaji pensyarah pun tak mampu.
Belajar rajin-rajin sampai jadi profesor pun tak guna jika tak pandai mengundi memilih pemerintah negara. Akhirnya pemerintah korup yang dipilih akan mengakibatkan kau kena buang kerja sebab duit rakyat habis kena rembat sampai tak ada gaji nak bayar pensyarah.
Read more: http://www.milosuam.net/2017/03/masaalah-kewangan-universiti-6000.html#ixzz4aYFw2bro
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Mar 6, 2017 7:00 am (PST) . Posted by:
"~:eSpAcE9808:~" rienacom
Niat jual telefon online berakhir dengan duka
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
tranungkite.
KUALA LUMPUR: Individu yang menjual barang atas talian diingatkan supaya sangat berhati-hati dengan pihak yang mengambil kesempatan memperdaya dan mencuri.
Perkongsian melalui Facebook yang tersebar di media sosial baru-baru ini, seorang wanita menceritakan bagaimana iPhone 7 miliknya dirembat oleh seorang lelaki kononnya berminat untuk membeli.
Mangsa, Jazira Salwa Sehak menyifatkan pengalaman itu sebagai "pengajaran terbaik 2017" dan menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan penyangak yang mengambil kesempatan.
Dia mengiklankan telefon pintar dalam satu forum popular atas talian dan kemudiannya menerima panggilan daripada seseorang yang berminat untuk membelinya.
"Dia menghubungi saya pada waktu malam dan berkata beliau mahu bertemu malam itu juga.
"Dia kata akan memasukkan duit ke dalam akaun dan saya percayakannya, tetapi saya menyesal kemudiannya," kata Jazira.
Jazira dan suaminya bertemu lelaki itu di sebuah restoran di Gombak.
"Dia kelihatan normal dan bercerita tentang dirinya dan isteri yang bekerja di Menara DBKL sebagai juruteknik sambilan," katanya.
Mereka bersembang lama sambil menguji telefon pintar tersebut.
"Lelaki itu memasukkan kad SIMnya ke dalamnya telefon pintar saya dan kemudian berkata dia tidak membawa wang untuk bayar kerana dia tertinggal beg duit."
Lelaki itu kemudiannya menelefon seseorang kelihatan seperti abangnya menggunakan telefon pintar yang sama, meminta bawakan wang tunai.
"Segala berjalan seperti biasa sehingga abangnya tiba dengan sebuah Vios hitam dan membunyikan hon," kata Jazira.
"Lelaki itu kemudian menerima panggilan daripada abangnya dan dia berjalan menuju ke kereta itu dan suami saya mengekorinya dari belakang."
Ketika berjalan dengan telefon itu, tiba-tiba lelaki itu terus masuk ke dalam kereta dan mereka memecut.
"Suami saya cuba mengejar kereta itu tetapi tidak berjaya," kata Jazira sambil menambah suaminya sempat menyalin nombor plat kereta tersebut dan mereka telah membuat laporan polis mengenai kejadian itu.
Dia kemudiannya memuat naik video dan screenshot pencuri itu di Facebooknya.
Jazira menasihati orang ramai supaya berhati-hati kerana ada penyangak yang berani mencuri walaupun di tempat yang selamat dan ramai orang.-Fmt
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Mar 6, 2017 7:00 am (PST) . Posted by:
"~:eSpAcE9808:~" rienacom
Bolehkah umat Islam memilih kafir sebagai Ketua?
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.
Bolehkah umat Islam memilih kafir sebagai Ketua sedangkan ada manusia yg Alim?
FIRMAN ALLAH SWT
لَّا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۖ وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللَّهِ فِي شَيْءٍ إِلَّا أَن تَتَّقُوا مِنْهُمْ تُقَاةً ۗ وَيُحَذِّرُكُمُ اللَّهُ نَفْسَهُ ۗ وَإِلَى اللَّهِ الْمَصِيرُ
Yang Maksudnya:
"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi TEMAN RAPAT dengan meninggalkan orang-orang yang beriman dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah dia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu) dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diri-Nya (menyeksa kamu) dan kepada Allah jualah tempat kembali." [Surah Aal-i-Imran, 3 : 28].
FIRMAN ALLAH SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۚ أَتُرِيدُونَ أَن تَجْعَلُوا لِلَّهِ عَلَيْكُمْ سُلْطَانًا مُّبِينًا
Yang maksudnya:
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi TEMAN RAPAT dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu". [Surah An-Nisaa, 4 : 144].
FIRMAN ALLAH SWT
[Surah An-Nisaa, 4 : 138]
.بَشِّرِ الْمُنَافِقِينَ بِأَنَّ لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا
Yang Maksudnya:
138. "Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: Bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;
[Surah An-Nisaa, 4 : 139].
الَّذِينَ يَتَّخِذُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۚ أَيَبْتَغُونَ عِندَهُمُ الْعِزَّةَ فَإِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا
139.(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendaki-
PAS tidak pernah berubah
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
tranungkite.
Oleh KHAIRUL AZLAM MOHAMAD
BESUT: Dasar perjuangan dan matlamat PAS tidak pernah berubah sejak ditubuhkan meskipun kepimpinannya silih berganti. Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani turut menyangkal dakwaan pihak tertentu kononnya PAS telah berubah selepas era kepimpinan Mursyidul Am PAS, Allahyarham Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Katanya, persoalan itu berlegar dalam masyarakat yang dibawa oleh parti serpihan PAS serta golongan kecewa. "PAS yang berubah atau kamu yang berubah? PAS tidak pernah berubah dasar dan matlamat perjuangan parti sejak dari dahulu lagi.
"Memang mereka ini buat onar sewaktu Allahyarham Tuan Guru (Nik Aziz) masih ada lagi dengan menubuhkan Pasma (Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia)," jelasnya pada program Syarahan Perdana sempena Himpunan Harapan Semua-PAS Ganti Umno (Harap-PGU) 3.5 di Dataran Kampung Raja, Kota Putera, Besut, 24 Februari lalu.
Menurutnya, dasar dan matlamat perjuangan PAS sejak sekian lama bagi mendaulatkan syariat Allah SWT. Justeru, kata Ustaz Ahmad Dusuki berilah peluang kepada Islam memerintah bagi memperlihatkan keadilan serta keindahannya.
"Islam itu adil dan cantik. Berilah peluang kepada Islam memerintah. Biar semua orang nampak keindahan Islam, maka akan ramai yang masuk ke dalam Islam," tegasnya di hadapan ribuan hadirin Harap-PGU 3.5 itu.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Mar 6, 2017 7:03 am (PST) . Posted by:
"~:eSpAcE9808:~" rienacom
Maasyaa Allah, bunga ini mekar 5 kali sehari seiring kumandang adzan
bloglist-malaysia.blogspot
ustazcyber
arrahmah
Adiba Hasan Jum'at, 19 Rajab 1436 H / 8 Mei 2015 13:30
BAKU (Arrahmah.com) – Maasyaa Allah, tak habis-habisnya tanda kebesaran Allah di alam ini terabadikan manusia untuk dijadikan pelajaran (hidayah). Salah satunya adalah fenomena mekarnya bunga saat adzan berkumandang, lima kali sehari.
Pada tahun 2013, sebuah stasiun televisi swasta di Azerbaijan, Lider TV, melaporkan bahwa fenomena bunga bermekaran saat berkumandang adzan terjadi di sebuah kebun bunga salah seorang warganya.
Mengetahui hal tersebut, CNN mengirimkan sebuah tim untuk meliput kejadian luar biasa itu. Alhamdulillah, tenyata fenomena "bunga adzan" itu betul-betul terjadi.
"Bunga ini mekar tepat 5 kali sehari seiring kumandangnya adzan." Demikian dilaporkan CNN pada liputannya yang diunggah pada YouTube, Senin (6/5/2013).
"Segala puji bagi Allah, Pencipta yang Mahabesar," ujar narator CNN.
Maka benarlah firman Allah subhanahu wata'ala,
تُسَبِّحُ لَهُ السَّمَاوَاتُ السَّبْعُ وَالْأَرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ ۚ وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ وَلَٰكِنْ لَا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ ۗ إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا
Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun. [Qur'an Surat Al Isra': 44)
(adibahasan/arrahmah.com)
- See more at: https://www.arrahmah.com/2015/05/08/video-maasyaa-allah-bunga-ini-mekar-5-kali-sehari-seiring-kumandang-adzan/#sthash.bKeLNHyj.dpuf
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from ~:eSpAcE9808:~
1 of 1 File(s)
Mon Mar 6, 2017 7:06 am (PST) . Posted by:
"~:eSpAcE9808:~" rienacom
Wanita Cedera Betis Ditusuk Objek Dalam Insiden Eskalator di Pusat Beli Belah
siakapkeli.my
Subang, 5 Mac - Seorang wanita cedera selepas betisnya tertusuk satu objek ketika dia dipercayai sedang meneruni sebuah eskalator di sebuah pusat membeli belah di sini.
Menurut maklumat orang ramai di media sosial, betis wanita terbabit didakwa ditusuk oleh besi yang tiba-tiba terkeluar ketika dia menuruni eskalator terbabit.
Foto yang viral memperlihatkan darah yang terkeluar dari betis wanita terbabit dan objek itu masih lagi tertusuk di betisnya.
Sementara itu, Sunway Pyramid dalam satu kenyataan mengesahkan berlaku satu kemalangan di pusat beli belah itu petang tadi.
"Hari ini sekitar jam 4 petang, seorang pengunjung cedera disebabkan oleh insiden eskalator. Pengunjung itu telah diberi rawatan medikal. Kami sedang menyiasat situasi dan akan mengemaskini selepas mendapat butiran lengkap."
Sunway Pyramid
· Semalam pada pukul 2.48 pagi ·
Dear Shoppers,
Today at around 4pm, a shopper was injured as a result of an escalator incident. The shopper is being given medical treatment. We are currently investigating the situation and will update on any findings as soon as we get confirmed details.
For more information, call 03-7494 3100/3102 or email us at pyramidcares@sunway.com.my
致顾客们,
今天下午四点,有一位顾客在商场内发生电梯意外事故。目前该位顾客已经接受治疗。我们还在调查事件发生的原因。一旦有结果,会尽快公布。
欲知更多相关资讯,请联络03-74943100/3102 或电邮到pyramidcares@sunway.com.my
Sumber: Info Kelab Malaysia
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment