Thursday, March 30, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4707

8 Messages

Digest #4707

Messages

Thu Mar 30, 2017 7:55 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Pakatan politik bentuk baharu hadapi PRU 14?

Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
tranungkite.net

Oleh Roslan SMS

PAS sedang menghadapi musim Mesyuarat Agung Tahunan bagi kawasan-kawasannya seluruh negara. Kemuncaknya nanti adalah Muktamar PAS Pusat yang akan diadakan di Alor Setar bermula 29 April ini.

Ini merupakan muktamar PAS terakhir sebelum Pilihanraya Umum ke 14 diadakan.

PAS menjadi tumpuan ramai khasnya para pemerhati politik kerana masa depan pakatan pembangkang samada akan memberikan BN cabaran satu lawan satu dalam PRU ke 14 nanti atau pertandingan pelbagai penjuru sebagaimana pada Pilihanraya Negeri Sarawak atau Pilihanraya kecil di Sg Besar dan Kuala Kangsar kini banyak bersandar pada PAS.

Yang pastinya PAS tiada lagi sebarang kerjasama politik dengan DAP sementara Pan pula, parti serpihan PAS yang bermatalamat kononnya mahu menggantikan PAS, tidak pernah dan tidak sekali-kali akan diiktiraf PAS.

Sudah pasti PAS tidak akan berunding dengan kedua-dua parti ini.

Lalu masih adakah harapan satu lawan satu sebagaimana dahulu?

PAS telah menetapkan bahawa ia hanya akan berkerjasama dengan parti yang menghormati dasar dan prinsip perjuangannya. Penetapan status seumpama ini bukanlah sesuatu yang melampau kerana sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam sejak lebih 60 tahun lalu, sudah pastilah PAS berhak menetapkan perkara ini.

Berkerjasama dalam apa bentuk sekalipun dengan parti yang menentang Islam atau menolak perlaksanaan Islam walau sesama penganut Islam, adalah sesuatu yang mustahil buat PAS, kerana ia bakal menggugat kedudukannya dikalangan ahli dan para penyokongnya.

Oleh yang demikian siapa sahaja yang mahu berpakat dan berkerjasama dengan PAS wajarlah memahami kedudukan ini dan menerimanya, sebagaimana mereka juga sudah semestinya akan mengharapkan PAS menghormati perjuangan dan dasar mereka masing-masing.

PPBM masih menaruh harapan bagi membentuk kerjasama dengan PAS. Mungkinkah mereka bersedia menerima dan menghormati dasar PAS?

Sementara itu PAS setakat ini masih punya tahaluf ataupun kerjasama politik bersama PKR, namun disatu pihak lain PKR bersama DAP dan Pan membentuk Pakatan Harapan, bagaimanakah hubungan PAS- PKR nanti?

Malah sudah ada tuntutan dalam PAS agar mengkaji dan menyemak semula hubungannya dengan PKR , sesuatu yang menurut Presiden PAS akan dilakukan pada atau selepas Muktamar penghujung April nanti.

Dan dalam pada itu PAS telah pun membentuk satu pakatan politik baru yang diberi nama Gagasan Sejahtera yang setakat ini dianggotainya bersama Parti Ikatan.

Barangkali pihak pembangkang merindui seorang "arkitek politik" umpama Tengku Razaleigh Hamzah, yang sebelum ini dalam PRU 1990 telah berjaya menyatukan parti-parti pembangkang melalui dua bentuk pakatan politik yang berbeza, satu dikenali Angkatan Perpaduan Ummah yang menggabungkan Semangat 46, PAS, Hamim dan Berjasa manakala satu lagi dikenali sebagai Gagasan Rakyat yang menggabungkan Semangat 46, IPF, DAP dan PRM.

Semangat 46 menganggotai kedua-dua pakatan sebagai "penghubung" yang memastikan kesatuan pihak pembangkang dalam menghadapi BN.

Mampukah hari ini PKR memainkan peranan itu?

Menantikan kemuncak apa yang dikenali "tsunami kebangkitan Islam" dalam PRU ke 14 nanti hasil kesedaran umat Islam khususnya dalam memartabat dan memperjuangkan agama mereka yang terbukti melalui isu RUU 355, barangkali kebijaksanaan Tengku Razaleigh dahulu boleh dipertimbangkan.

Melahirkan satu pakatan politik yang menggabungkan parti-parti yang mengiktiraf dan bersedia memberi laluan buat umat Islam menganut dan mengamal agama mereka secara aman dan bebas dalam negara Merdeka ini sangat bermakna dalam mahu mematahkan pengaruh Umno, tunggak BN.

Kesediaan meneroka jalan baru ini pasti akan dapat mengutip hasil yang lumayan yang bakal dibuahkan oleh tsunami yang dimaksudkan. Umat Islam yang merupakan majoriti rakyat dan pengundi dalam negara hari ini sudah bosan dan muak dengan kuasa politik pemerintah yang sedia ada, namun mereka berhati-hati kerana mahu menentukan penggantinya nanti biar punya kemampuan membela nasib mereka dan membawa kesejahteraan pada negara.

Pengganti itu nanti jangan liberal apalagi sekular sehingga memporak-perandakan negara dan mencalarkan imej dan harga diri Islam. Kerana itu satu pakatan seumpama ini penting dan sangat relevan.

Samada PAS nanti boleh menerima kelahiran dwi pakatan pembangkang seumpama ini, terserahlah kepada kebijaksanaan pimpinannya, tetapi jika hasil tangan Tengku Razaleigh dahulu boleh diterima, tidak mustahil sesuatu yang seumpama itu hari ini boleh juga barangkali dipertimbangkan.

Timbalan Presiden PPBM Dato Seri Mukhriz Mahathir telah menzahirkan keinginan untuk menjalin berkerjasama dengan PAS, demikian juga Timbalan Presiden PKR Dato Seri Azmin Ali turut melahirkan keyakinan dapat membentuk kerjasama efektif dengan PAS kiranya diberi lebih masa.

Mungkinkah sesuatu yang positif mampu dilakarkan?

PAS sudah pasti akan mengambil kira semua aspek, dan menimbangkan semua perkembangan dengan teliti dan bijaksana berpandukan hukum tertingginya dengan bimbingan Majlis Syuranya. Apa pun keputusannya nanti, kita mahu melihat Islam mendapat kedudukan dan dinobatkan selain nasib dan masa depan kaum dan penganut lain dibela.

PAS diyakini dapat melahirkan sesuatu yang memberi pengharapan yang cerah buat rakyat dan negara khususnya dalam menghadapi PRU ke 14 nanti. Ianya bukan sesuatu yang mudah tetapi ianya tidak mustahil dilahirkan.

Semoga penyelesaian Islam yang diperjuangkan PAS menjadi formula paling kukuh dan ampuh dalam menyelesai kemelut yang dihadapi rakyat Malaysia keseluruhannya.

Gagasan Sejahtera: Suatu Pandangan

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

"

Satu kekuatan GS ialah kesediaan parti IKATAN dan BERJASA berabangkan PAS. Menyoroti BN, kita akan sedari parti dacing ini dapat bertahan hingga hari ini kerana 12 parti komponennya berabangkan UMNO. UMNO yang bersifat pragmatik pula berjaya bertindak sebagai abang dengan nasionalisme liberalnya. PAS tetap PAS. Sifat keabangannya tetap dalam ruang lingkup yang mendokong Islam. Maka hanya pihak yang bersedia menerima situasi dan kondisi itu, wajar merakani PAS dalam GS.
Konsep pemuafakatan dalam Pakatan Rakyat (PR) dan kini Pakatan Harapan (PH), ternyata tidak praktikal dan cacat. Tiada yang dominan untuk menjadi tuan. PAN melidi pun tak sanggup menjadi adik. Semua berlagak abang. Bolehkah diduga bagaimana abang-abang ini menguruskan faraid jika mendapat kuasa nanti? Kerana tiada satu yang dipercayai untuk menjadi abanglah menyebabkan keberantakan koalisi. Tiada satu suara untuk menjadi orang tengah dan dihormati.

Sehingga kini hanya dua parti kecil menjadi pengapit PAS. Walaupun beberapa NGO nampak mula condong kepada PAS, namun GS tidak boleh bergagahkan dengan mereka. Hal ini kerana NGO itu sendiri sebahagiannya terdiri daripada ahli dan penyokong PAS. Bagi NGO yang tidak bernuansakan PAS, bukan semua ahlinya menyokong dan mengundi PAS ketika pilihanraya.

Namun begitu, jangan dipertikaikan peranan dan sumbangan IKATAN dan BERJASA kepada GS. Meskipun sumbangannya tak berapa besar di mata , namun kesediaan untuk berabangkan PAS amat dihargai dan besar ertinya. Kesehaluan ini mampu menjadi teras cendana yang kuat lagi mewangi.

GS ini mesti diarusperdanakan agar disegani keberadaannya. Jujurnya hari ini nama PAS itu jauh lebih mega berbanding dengan GS itu sendiri. Musuh lebih gerun kepada PAS; bukan kepada GS. Realiti ini adalah kerana mereka sedar bilangan keahlian IKATAN dan BERJASA yang kecil. Padang permainannya di pinggiran dan aktivis partinya adalah mantan-mantan dan politikus sepi yang jauh daripada menggapai harapan walaupun satu kerusi tanpa GS. Justeru, bagaimana bisa GS diarusperdanakan?

Antara solusinya ialah perlu diperbanyakkan aktiviti-aktiviti bersama. Juga perlu ada kenyataan dan tindakan saling sokong-menyokong. Dan rasanya tak salah PAS sebagai abang memberi bantuan dalam bentuk-bentuk yang menatijahkan keuntungan bersama. Semua ini perlu digembleng melalui kolaborasi yang berterusan dan terancang.

PAS mesti membina imej sebagai abang yang cakna dan boleh diharapkan. PAS perlu memaklumkan atau mendapat pandangan rakan GS-nya sebelum berunding dengan PPBM dan sesiapa sahaja. PAS wajar menghormati rakan GS-nya agar PAS juga dilayan hormat. Inilah teras kriteria keabangan yang perlu dipraktikkan walaupun kepada seorang adik bongsu yang lebih mampu menerima daripada memberi.

Di mana kekuatan UMNO sehingga boleh dihormati malah ditaati oleh Cina MCA, India MIC dan semua rakan komponennya? Di mana kekuatan UMNO sehingga dapat bertahan lebih separuh abad sejak bersimbolkan perahu layar. Tidak rugi PAS belajar daripada UMNO. Tiru-meniru adalah perkara biasa dalam politik dan kehidupan manusia. Yang pastinya, semua peniru meniru yang baik untuk menjadi lebih baik dan terbaik.

Sehingga kini, tak nampak parti mana lagi yang akan bersama dalam GS. Penulis percaya PAS cekal berusaha dan menawarkan persahabatan. Sehingga ada tendensi-tendensi baru daripada pihak yang mula tertarik dengan budaya politik matang dan sejahtera PAS, perkukuhkan apa yang ada dalam GS. Jenamakan GS sebagai pilihan yang boleh diharapkan untuk menerajui negara. Rakyat sudah muak dengan UMNO/BN tetapi PH yang didalangi oleh DAP bukanlah jawapan alternatif.

Rakyat tak mahu terlepas daripada mulut harimau, terperangkap pula di mulut buaya. Benar rakyat loya amat akan rasuah, kenaikan kos hidup dan penyelewengan, namun perjudian nasib bangsa dan agama kepada pakatan DAP yang anti-Islam bukanlah penyelesaiannya. Ruang itu telah kosong. Rakyat mahu ruang itu diisi oleh kejujuran. Dan PAS-lah memimpin kejujuran itu. H355 adalah buktinya.

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: BayangDiAir
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Pas tidak akan sepentas dan bekerjasama dengan Bersatu-Mohd Amar
bloglist-malaysia.blogspot
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie
PAS tidak lagi berminat berada sepentas dengan Parti Pribumi Persatu Malaysia (Bersatu) sekiranya benar keputusan parti itu menyertai Pakatan Harapan.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata jika itu keputusan rasmi parti itu, PAS menganggap tidak ada hubungan lagi dengan parti itu.

"Ini kerana PAS sejak awal lagi memaklumkan tidak akan sertai Pakatan Harapan," katanya yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, Kota Bharu hari ini seperti dilapor lidah rasmi parti Harakah.

Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mengesahkan partinya menyertai Pakatan Harapan.

"Kalau itulah keputusan rasminya, kita terpaksa membuat keputusan untuk tiada lagi hubungan dengan Bersatu.

"Kerana itu tidak ada lagi perbincangan untuk terus bersama dan ia dianggap sudah selesai," ujarnya.

Bagaimanapun Mohd Amar berkata, beliau menghormati pendirian yang dibuat parti itumenyertai Pakatan Harapan.

Menurut beliau semua pihak boleh membuat keputusan sendiri.

"Kita ada pendirian kita dan orang lain juga ada pendirian sendiri. Kita tidak boleh nak paksa sesiapa ikut kita," tambahnya.

Beliau memberitahu PAS sudah membentuk blok ketiga yang dikenali Gagasan Sejahtera.

Kata beliau gerakan itu akan dilancar secara rasminya pada muktamar tahun ini.

Tiada lagi rundingan kerjasama sekiranya PPBM sertai PH

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net/


KUALA LUMPUR – Rundingan yang dijalankan diantara Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malasyia (PPBM) mungkin tidak akan diteruskan di masa akan datang sekiranya parti serpihan UMNO itu menyertai Pakatan Harapan (PH) dalam menentang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) kelak.

Demikian menurut Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Zuhdi Marzuki terhadap kenyataan terbaru parti itu kelmarin yang seolah-olah akan menyertai gabungan pembangkang.

"Saya dimaklumkan hari ini (kelmarin) ada mesyuarat jawatankuasa tenikal yang telah diumumkan sebelum ini antara Pas-PPBM. Dalam jawatankuasa teknikal itu kita sudah sebut kalau sertai Pakatan Harapan (PH) maka usaha untuk meneroka hubungan antara kedua-dua parti akan terhenti.

"Kalau yang kita telah tegaskan dalam beberapa pertemuan sebelum ini dan kenyataan Presiden Pas sendiri, kita tidak akan bersama dengan mana-mana pihak yang bekerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara (PAN). Jadi itu sudah muktamad," katanya kepada Malaysia Gazette.

Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Selasa menyatakan pendirian mereka untuk bersama gabungan pembangkang itu di bawah satu nama khas malah bersetuju untuk bertanding menggunakan satu logo.

Malah PKR, DAP, PAN dan PPBM akan bernaung di bawah satu manifesto dan memuktamadkan hanya seorang calon pembangkang bagi setiap kerusi yang akan ditandingi mereka pada PRU14.

"Kita bersetuju dengan polisi dan akan membuat satu logo atau simbol untuk pilihan raya.

"Kita juga mahu ada satu manifesto dan bersetuju untuk meletak hanya satu calon sahaja untuk mewakili gabungan ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PPBM kelmarin.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Zuhdi berkata, PPBM dilihat sudah nekad untuk menyertai PH dan perkara itu mungkin mengakibatkan rundingan kerjasama antara kedua-dua parti terhenti.

"Nampaknya ada hitam putih PPBM akan terus bersama PH, bahkan akan bertanding menggunakan satu lambang dan sebagainya maka seolah-olah usaha penerokaan itu sudah berakhir. Cuma belum ada keputusan rasmi (buat masa ini).

"Kalau berdasarkan syarat yang kita bagi kepada PPBM, sekiranya ini berlaku seolah-olah usaha rundingan itu sudah berakhir cuma tidak tahu kerana belum ada keputusan rasmi lagi, boleh jadi keputusan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat," kata beliau.

Pas sebelum ini optimis untuk meneruskan rundingan kerjasama dengan PPBM biarpun terdapat percanggahan antara Presidennya, Datuk Seri Abduh Hadi Awang dan Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. – MalaysiaGazette

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Mar 30, 2017 7:58 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



CHEESE TART
































































"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Mar 30, 2017 7:58 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Selipar tertera kalimah Allah benar, serah KDN untuk dilupus

Dilulus untuk paparan oleh BudakJalanan
tranungkite.net

PUTRAJAYA, — Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Pencetakan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan aduan orang ramai berhubung penjualan selipar yang didakwa tertulis kalimah nama Allah iaitu Ya Hayyu Ya Qayyum adalah benar.

Pengerusinya Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata lembaga itu telah meneliti selipar berkenaan dan mendapati adalah benar tertulis kalimah Ya Hayyu Ya Qayyum yang mempunyai kalimah suci daripada Asma' al-Husna (Himpunan 99 Nama Allah).
"Sehubungan dengan itu, rampasan telah dibuat dan tindakan lanjut sedang dilakukan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri melalui Akta Pencetakan Teks al-Quran 1986," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Pencetakan Teks Al-Quran juga menasihatkan orang ramai yang telah membeli selipar berkenaan supaya menyerahkannya kepada KDN atau Jabatan Agama Islam Negeri untuk tujuan pelupusan, katanya.

Dalam kenyataan berasingan, Harussani berkata semakan dan penelitian Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Pencetakan Teks Al-Quran mendapati tulisan pada tapak kasut jenama Bata yang tular di media sosial tidak menyerupai kalimah Allah.

"Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Pencetakan Teks Al-Quran merakamkan jutaan terima kasih atas keprihatinan rakyat Malaysia yang beragama Islam yang terlebih dahulu merujuk perkara ini kepada kami," katanya. — Bernama

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Mar 30, 2017 7:58 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Sakmongkol Ak47 Antara Adun DAP dipilih Untuk bahas Tolak RUU 355

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net


DAP hari ini menyerahkan tugas menentang pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) dalam perbahasan di Dewan Rakyat kepada dua anggota parlimennya.

Menurut Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, perbahasan itu akan diketuai oleh anggota parlimen Puchong, Gobind Sing Deo dan disertai oleh anggota parlimen Raub Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz yang juga adalah penulis blog Sakmongkol Ak47.

"Kesemua 36 Ahli Parlimen kita akan menentang rang undang-undang (itu).

"Kita akan beri penghujahan kenapa kita tak bersetuju dalam perbahasan itu nanti dan kita telah melantik sekurang-kurangnya dua anggota parlimen.

"Ia akan diketuai oleh MP Puchong serta berkemungkinan besar MP Raub akan diberi peluang untuk mewakili DAP untuk berhujah mengapa kita tak sokong RUU355 dalam perbahasan," kata Anthony dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Mengulas keputusan itu, Mohd Ariff berkata penghujahan bagi menentang RUU355 bukanlah kerana DAP parti anti-Islam.

"RUU355 ini kalau kita tengok adalah satu usaha untuk membuat Islam kembali hebat tapi cara PAS buat kita tak setuju tetapi bila kita tak setuju bukan bermakna kita anti-Islam.

"Kita nak beritahu kedudukan dan pendirian DAP, ini pendirian rasmi pembangkang kita akan tolak RUU355 tetapi kita ada penghujahan sendiri dan kalau didebatkan pun saya akan ambil bahagian," kata Mohd Ariff.

Cadangan meminda undang-undang yang turut dikenali sebagai Akta 355 itu dimulakan oleh PAS melalui usul persendirian presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku anggota parlimen Marang.

Ia bertujuan untuk meningkatkan hukuman maksimum yang dikenakan oleh mahkamah Syariah kepada penjara 30 tahun, 100 sebatan dan denda RM100,000.

Bagaimanapun pada 17 Mac lalu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan kerajaan akan membentangkan sendiri usul pindaan Akta 355 dalam sidang parlimen kali ini.

Pada 23 Mac lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan pertemuan secara berasingan dengan semua pemimpin parti komponen BN berhubung isu pindaan berkenaan.

Namun sehingga hari ini belum ada kenyataan atau pendirian rasmi parti-pati komponen lain mengenainya.

"PAS kena kencing lagi, BN tolak RUU355"

Dilulus untuk paparan oleh BudakJalanan
tranungkite.net

Jika kamu antara manusia yang keluarkan ayat di atas, maaf kata, kamu jahil. Kamu jd jahil sebab kamu malas membaca secara penuh artikel ni.

Ada 2 jenis usul di Parlimen. Usul kerajaan dan usul persendirian.

Pindaan RUU355 dibawa secara usul persendirian oleh YB Marang, Tuan Guru Hadi Awang. Ianya masih kekal sbg usul persendirian sehingga hari ini mengikut Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat.

Keputusan Dewan Tertinggi (DT) BN seperti dilaporkan dlm artikel ini memberi maksud; kerajaan tidak akan menjadikan pindaan RUU355 sebagai usul kerajaan. Bermakna TGHA akan kekal menjadi pencadang usul ini.

Skop perbincangan DT BN malam td terhad berlegar sekitar;
1) biarkan TGHA bentangkan di bawah usul persendirian; atau
2) kerajaan ambil alih dan bentang melalui usul kerajaan

Akhirnya DT BN secara konsensus memilih pilihan 1 dan membuat keputusan utk tidak membawanya di bawah usul kerajaan.

Jadi persoalan kononnya BN menolak RUU355 tidak langsung menjadi isu perbincangan sebaliknya usul ini akan tetap dibentang oleh TGHA apabila tiba masanya mengikut peraturan Dewan Rakyat . #KitaAdaALLAH

BN tidak akan bentang pindaan RUU 355, kekal usul persendirian - PM Najib

Dilulus untuk paparan oleh BudakJalanan
tranungkite.net

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional hari ini membuat keputusan tidak akan membentangkan Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355 di Parlimen.

Keputusan itu diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di Menara Dato Onn, PWTC, di sini.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata keputusan dibuat berdasarkan konsensus dalam BN. "BN memutuskan bahawa kerajaan tidak akan bentang RUU 355 selaras dengan dasar dan amalan bahawa BN buat keputusan berdasarkan konsensus," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat berkenaan.

Jelasnya, dengan pengumuman itu, RUU 355 akan kekal menjadi rang undang-undang persendirian.

"Justeru, rang undang-undang ini akan terus menjadi rang undang-undang persendirian dan terserah kepada speaker untuk menentukan, mengikut pada order paper.

"Kalau speaker putuskan ia akan dibentangkan, maka ia akan dibentangkan. Dan speaker juga akan putuskan peraturan berhubung undang-undang tersebut," katanya lagi.-astroawani.com

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Mar 30, 2017 7:59 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Kenapa Kita Perlu Orang Luar Uruskan KTMB, Tak Cukup Ke Dengan Kemusnahan MAS? - Luah Bekas Kakitangan.

bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.org
Posted by Ameno World
Oleh : Suara RUM

"Assalamualaikum w.b.t, maaf sekiranya sy mencampuri urusan Suara Rum dan KTMB. Ini adalah kerana saya SAYANGKAN KTMB. Saya adalah BEKAS kakitangan KTMB.

Gambar Oleh Google

Apa yang dapat saya perhatikan dan saya kaji... Pembangunan RNAA adalah untuk kebaikan sesetengah pihak yang mempunyai kedudukan dan kepentingan peribadi dengan memberi alasan KTMB mempunyai kekangan kewangan dan tidak mampu menguruskan syarikat.
Ini jelas memberi peluang untuk pihak luar atau pihak ketiga yang selama ini menunggu masa untuk menjajah KTMB. Apakah impaknya???

SEJARAH membuktikan dan saat ini telah dan sedang berlaku. Apa yang dapat kita lihat dan perhatikan, saudara kita yang dahulunya dikenali sebagai Malaysia Airlines Sistem ataupun MAS.

Apakah kita ingin menjadi seperti mereka yang dahulunya 6000 kakitangan telah dibuang kerja? Kini sebahagian daripada mereka ada yang masih bekerja di airport akan tetapi kebanyakan BEKAS kakitangan MAS kini menjadi seorang pengutip sampah. Hinggakan pihak ketiga dapat mewujudkan ramai vendor dan mendapat keuntungan peribadi. Mungkin ini memberikan peluang agar saingan yang sihat untuk pembangunan semula MAB yang kini dikenali dengan nama baru Malaysia Airlines Berhad.

Baru-baru ini, pekerja asing iaitu Bangladesh, Myanmar, Nepal dan warga asing telah dan dengan sebegitu mudah membuat mogok hinggakan bagasi dan kesan terhadap penerbangan dunia mengalami kelewatan dan menyebabkan kerugian. Ini juga secara tidak langsung keselamatan airport tidak terjamin.

Adakah kita mahu KTMB juga akan diuruskan oleh pekerja asing? Wahai kakitangan KTMB terutama pihak pegawai dan pengurusan, janganlah terlalu lena dan bangkitlah kakitangan KTMB agar kita tidak menjadi seperti mereka dimana BANGSA kita sendiri umpama merempat di tanah sendri. Hapuskan RNAA dan banyak lagi pilihan yg lain untuk membangunkan semula kedudukan KTMB.

SaYa SAYANGKAN KTMB.

Sekian."

Read more: http://www.amenoworld.org/2017/03/kenapa-kita-perlu-orang-luar-uruskan.html#ixzz4cj1tUkJV

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Mar 30, 2017 8:00 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Wan Kuzain Cipta Sejarah Melayu Pertama Bermain Di Liga Profesional Amerika, Lakukan Hantaran Tepat Tertinggi Dalam Liga
siakapkeli.my

Kuala Lumpur: Sejarah tercipta buat anak Malaysia apabila Wan Kuzain Wan Kamal,18, telah berjaya membuat kemunculan pertamanya selaku pemain profesional dalam Liga Soccer United (USL) dengan membarisi kesebelasan utama Swope Park Rangers menentang OKC Energy, semalam, lapor Harian Metro.

Kuzain yang pernah mendapat jolokan 'Messi Amerika' telah memakai jersi nombor 75 berjaya mengemudi bahagian tengah pasukan dengan baik di mana berjaya membantu kelabnya itu bangkit daripada ketinggalan untuk merakam kemenangan 3-1.

Ayahnya, Prof Dr Wan Kamal Napi berkata penampilan pertama Kuzain dalam saingan divisyen dua liga utama negara Uncle Sam itu bukan saja melakar sejarah tersendiri, malah turut muncul anak Melayu pertama beraksi.

"Kuzain berjaya memberi impak berbeza dalam persembahan pasukannya dan berjaya mengawal jentera tengah dengan baik dan sempurna."

"Semua jurulatih dan rakan sepasukannya memuji persembahan Kuzain. Mereka berpendapat aksi pertama Kuzain di Liga USL itu sangat baik.

"Saya sendiri biasanya agak sukar untuk memberi pujian ke atasnya, tapi melihatkan permainannya dia berhak diberi kredit biarpun itu adalah penampilan pertama di pentas tertinggi," katanya semalam.

Dalam aksi itu, Kuzain diturunkan dalam kesebelasan utama dan bermain hingga minit ke-75 sebelum dia digantikan pengendali pasukan, Nikola Popovic.

Kurt Austin‏ @kaustin01
#1 passing team in @USL? @SwopeRangers w/ 84% accuracy led by @Kuz_TheAsianWiz 96% @ColtonStorm 95% Dakota Barnathan 91% ...in pro debuts.

Dalam laporan yang dikeluarkan, nama Wan Kuzain telah tercatat sebagai permain yang membuat hantaran tepat tertinggi dalam laporan mingguan dalam Liga USL iaitu 96.1% diikuti rakannya Colton Storm 95.3%.

Wan Kuzain yang pernah mewakili skuad bawah 17 tahun Amerika Syarikat (AS) dan berlatih dengan Sporting KC B-18 selain pernah dijemput menjalani latihan bersama gergasi Liga Eredivisie, Feyenoord di Belanda.

Wan kamal dalam pada itu memberitahu bahawa anaknya itu tidak pernah mendapat sebarang panggilan daripada pihak FAM yang kini sedang melanjutkan pengajian di Universiti Akron.

Adakah dengan perkembangan terkini dalam FAM ini yang diterajui Presiden baru Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan membuatkan namanya dipanggil menyertai skuad kebangsaan? sama-sama kita tunggu. - Siakapkeli.my

Sumber: Wan Kamal

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Mar 30, 2017 8:02 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Menyeksa Siti Noor Aishah

Dilulus untuk paparan oleh BudakJalanan
tranungkite.net

Oleh AMIR ABD HADI
Ini kisah Siti Noor Aishah. Dari jauh aku lihat dia mengesat air mata. Bukan kerana bebanan yang menimpa, tapi rasa malu kerana terpaksa menyusahkan orang lain.

"Terima kasih banyak. Mak cik tak ada duit nak bagi, mak cik malu dengan kamu. Semoga tuhan balas jasa kamu," katanya.

Dia berjalan perlahan-lahan menuju ke arah bas ekspres yang sedang menunggu. Waktu itu aku lihat dia mengesat air mata walaupun sebenarnya dia cuba menyembunyikan kesedihan itu dengan berselindung di celah-celah kereta.

Pak Cik Atam pula masih berdiri di tepi kereta aku. Dia ingin menghulurkan duit. Aku tahu, orang tua ini seorang OKU yang hanya menyara hidup anak isteri hasil wang bantuan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, serta wang pencen Socso sebanyak RM600.

Aku menolak wang yang dihulur itu bukan kerana aku ada banyak duit, tapi langsung tak tergamak mengambilnya.

"Terima kasih banyaklah encik. Pak cik tak tahu dah nak mengadu pada siapa. Di KL ni, kami sekeluarga tak ada siapa-siapa nak mengadu."

Pak Cik Atam Jusof dan isterinya, Mak Cik Saadiah Ibrahim adalah ibu dan ayah kepada Siti Noor Aishah, seorang bekas pelajar Universiti Malaya yang dituduh mengikut Sosma - atau Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 kerana kononnya memiliki 12 buku yang diharamkan.

Mereka aku hantar ke stesen bas sementara Shah Alam untuk membolehkan mereka pulang ke Dungun, Terengganu.

Semalam, anak mereka itu baru saja ditahan semula mengikut Sosma dan dihantar ke Penjara Kajang.

Tidak dapat aku bayangkan jika kedua-dua orang tua itu adalah ibu dan bapa aku. Aku tak tahu sialan apa yang merasuk dalam diri orang yang sanggup mendera mereka sekeluarga.

Disekat dua tahun

Siti Noor Aishah pelajar pintar. Menyambung ijazah di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) walaupun dia sebenarnya menerima tawaran dari universiti lain.

Dia kemudian menyambung pengajian peringkat ijazah sarjana dalam jurusan usuluddin (akidah) di Universiti Malaya. Suka membaca, malah sewaktu berjumpa dengannya, kami sempat bertanya apa harapan jika dibebaskan kelak.

Jawab dia: "Saya harap minat saya untuk membaca tak dihalang".

Aku sempat ke rumah mereka beberapa minggu lalu. Rumah itu cuma ada satu bilik, dan ia tak berpintu pun. Cuma ditutup dengan kain langsir.

Aishah tak pernah keluar dari kediaman itu sejak dikenakan sekatan rumah dan dipakaikan Peranti Pengawasan Elektronik (EMD) apabila dia ditahan kali kedua mengikut Akta Pencegahan Jenayah (Poca). Sekatan itu dikenakan kepadanya selama dua tahun.

Ketika kami datang itulah baru dia keluar. Kata ibunya, wajah Aishah sedikit ceria.

Aishah merupakan anak sulung daripada lima beradik. Seorang daripada daripada adiknya baru menamatkan pengajian di peringkat dan diploma dan bekerja kilang di Senawang.

Dua yang lain bekerja di Shah Alam dan Kerteh, manakala seorang lagi masih menuntut di Institut Latihan Perindustrian.

Di bahu Aishahlah harapan keluarga digantungkan kerana mendapat kesempatan belajar lebih tinggi berbanding adik-adiknya yang lain.

Pada 22 Mac 2016 kira-kira jam 12.25 tengah hari, sepasukan polis Bahagian Counter Terrorism Bukit Aman - lengkap bersenjata M-16 - menyerbu kediaman pasangan Pak Cik Atam dan Mak Cik Saadiah.

Ketika itu Aishah sedang tidur di bilik. Dia kemudian dibawa ke kereta dalam keadaan terpinga-pinga. Sebanyak 25 naskah buku serta telefon bimbit dirampas polis.

"Masuk saja dalam kereta polis, diorang dah mula soal siasat. Polis tanya saya, mana bendera? Mana bom?" kata Aishah.

Selepas itu Aishah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun, sebelum dihantar ke pusat tahanan yang dirahsiakan lokasinya. Di situlah dia ditempatkan selama 28 hari.

Mengikut cerita Aishah, bilik tahanannya sempit, tidak bertilam dan bantal, lampu dibuka sentiasa. Setiap hari, Aishah disoal siasat selama 12 jam. Itulah rutin yang dijalaninya sepanjang 28 hari itu.

"Mereka tak pukul saya, tapi kalau jawapan yang saya beri tidak memuaskan, mereka 'cuma' suruh saya ketuk ketampi, jalan itik dan berdiri separuh duduk.

"Sepanjang 28 hari itu saya beberapa kali mohon kepada polis supaya dapat menghubungi ayah, dan minta dilantik seorang peguam untuk mewakili saya. Polis jawab, mereka sudah beberapa kali maklum pada ayah, tapi tiada jawapan," katanya.

Realitinya, polis tidak memaklumkan apa-apa pun pada ayah Aishah. Malah apabila ayahnya melantik peguam, polis memarahi orang tua itu. Mereka minta Pak Cik Atam tidak melantik peguam mewakili Aishah.

Petaka apakah ni?

Atas dasar ingin memudahkan kerja, kau layan mereka macam sampah. Ayah mana yang akan membiarkan anaknya meringkuk dalam penjara tanpa pembelaan?

Tamat tempoh 28 hari, Aishah di bawa ke Mahkamah Majistret Kemaman pada 19 April 2016, dan dituduh mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan kerana didakwa memiliki buku-buku berunsur keganasan yang berkaitan dengan kumpulan pengganas.

Gagal jalankan fungsi

Aishah ditahan di Penjara Pengkalan Chepa lebih dari sebulan, kemudian dipindahkan ke Penjara Kajang selama hampir lima bulan. Sepanjang perbicaraan berlangsung, Aishah tidak dibenarkan untuk diikat jamin. Memang itulah prosedur di bawah Sosma.

Pada 29 September 2016 Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohamad Sharif Abu Samah, memerintahkan Aishah dibebaskan.

Hal ini kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa buku-buku dimiliki Aishah itu diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri. Malah buku-buku tersebut masih tidak diharamkan sehingga hari ini!

"Apalah ertinya pemilikan buku-buku tersebut yang dikatakan mempunyai kaitan dan unsur-unsur pengganas menjadi suatu kesalahan ke atas sesiapa yang memiliki buku-buku tersebut, walhal Kementerian Dalam Negeri gagal menjalankan fungsi sebenarnya untuk mengharamkan dan seterusnya menghapuskan buku-buku tersebut," kata Mohamad Sharif.

Berikut adalah senarai buku didakwa dimiliki Aishah:

* Visi Politik Gerakan Jihad
Penulis: Hazim Al-Madani & Abu Mush'ab As-Suri
Penterjemah: Luqman Hakim
Penerbit: Jazera

* Generasi Kedua Al-Qaedah: Apa Dan Siapa Zarqawi, Apa Rencana Mereka Ke Depan
Penulis: Fuad Hussein
Penterjemah: Ahmad Syakrikin
Penerbit: Jazera

* Akankan Sejarah Terulang
Penulis: Dr.Muhammad Al-Abdah
Penterjemah: Abas Mansur Tamam
Penerbit: Jazera

* Deklarasi Daulah Islam Iraq
Penulis: Dewan Syariah Daulah Islam Iraq
Penterjemah: Abu Hafsh As-Sayyar & Abu Musa Ath-Thayyar
Penerbit: Islamika

* Merentas Jalan Jihad Fisabillah
Penulis: Shaikh Abdul Qadir Abdul Aziz
Penterjemah: Hassan As-Sayyari
Penerbit: Pustaka Al Alaq

* Misteri Pasukan Panji Hitam
Penulis: Muhammad Abu Fatiha Al-Adani
Penterjemah: H Muhammad Harun Zein
Penerbit: Jasmin Publication

* Turki Negara Dua Wajah
Penulis: Abdullah Azam
Penterjemah: Abdurrahman
Penerbit: Al Alaq

* Masterplan 2020: Strategi al-Qaeda Menjebak Amerika
Penulis: Fahmi Suwaidi
Penerbit: Jazera

* Dari Usama Kepada Para Aktivis
Penulis: Syaikh Usamah Bin Ladin dan Syaikh Yusuf Al Uyairi
Penterjemah: Umar Burhanuddin, Abu Hafs As Sayyar & Syahida Man
Penerbit: Kafayeh

* Dari Rahim Ikhwanul Muslimin Ke Pangkuan al-Qaeda
Penulis: Ayman Az-Zawahiri
Penterjemah: Umar Burhanuddin
Penerbit: Kafayeh

* Ketika Maslahat Dipertuhankan dan Menjadi Taghut Model Baru
Penulis: Abu Muhammad Ashim Al Maqdisiy
Penterjemah: Abu Sulaiman Aman Abdurrahman
Penerbit: Tiada dicatat

* Seri Materi Tauhid for the Greatest Happiness
Penulis: Tiada dicatat
Penterjemah: Abu Sulaiman Aman Abdurrahman
Penerbit: Tiada dicatat

Mengikut kata Mak Cik Saadiah, hakim secara tegas mengarahkan supaya anaknya itu dibebaskan dan tidak ditahan semula.

"Kamu nak tahan dia semulakah? Kamu bebaskan dia segera", kata beliau kepada pendakwaraya. Itu cerita menurut ibu Aishah.

Namun keluar dari mahkamah, Aishah ditahan semula mengikut Poca. Aku tak tahu apa yang berada dalam fikiran mereka. Kali ini, Aishah dituduh mengimport bendera ISIS ke Malaysia. Tapi buktinya? TIADA.

Tanya dijawab tanya

Lebih dari sebulan ditahan didalam solitary confinement di bawah Poca, Aishah diarahkan untuk dikenakan tahanan rumah selama dua tahun dan EMD. Sepanjang tempoh dua tahun itu Aishah mesti hadir melapor diri ke IPD Dungun setiap minggu.

Dia juga dilarang keluar dari kawasan sekatan. Adakah peluang pekerjaaan untuk Aishah? TIDAK ADA.

Kami sempat ke rumah Aishah dan menemubualnya sambil makan petang bersama keluarga. Aishah sedikit ceria.

Keluarga itu kini dibebani hutang ribuan ringgit untuk menguruskan kes Aishah. Orang kampung pula jarang-jarang gagal bertanya mengenai Aishah apabila bertemu dengan keluarganya.

"Pak Cik dah tak tahu nak jawab apa pada orang kampung. Sekarang pak cik bawa keratan akhbar ke mana-mana. Setiap kali orang kampung tanya, pak cik tunjuk keratan akhbar ni," kata Pak Cik Atam.

Pada 27 Mac 2017, Mahkamah Rayuan di Putrajaya meluluskan rayuan pendakwa raya untuk menyebelahi mereka dalam penahanan Aishah mengikut Sosma.

Keluarga gadis itu tidak tahu langsung bahawa dia akan ditahan semula pada hari berkenaan. Tidak ada permohonan tahanan dibuat kepada Aishah di dalam mahkamah.

Selesai perbicaraan, keluarga membawa Aishah keluar untuk menikmati makanan di restoran. Peguam pula sudah dalam perjalanan pulang ke Terengganu.

Ketika itulah baru Pak Cik Atam dihubungi pegawai penyiasat yang memaklumkan supaya anaknya dibawa semula ke mahkamah.

Rupa-rupanya Aishah akan ditahan semula. Pak Cik Atam seorang OKU dan tak dapat berfikir secara lurus. Aku dihubungi, dan dimaklumkan mengenai penahanan semula Aishah.

Pagi itu aku tak sempat ke Mahkamah Rayuan kerana terpaksa bergegas ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk satu lagi kes melibatkan remaja Rohingya berusia 15 tahun yang dipenjara sejak Disember tahun lalu.

Petang itu, aku bawa keluarga Aishah ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) untuk membuat aduan. Perkara paling dirisaukan ialah kedudukan Aishah. Di mana dia sekarang?

Pegawai Suhakam menghubungi pegawai penyiasat untuk bertanyakan lokasi Aishah. Yang diterima bukanlah jawapan, sebaliknya pertanyaan!

"Aishah ditahan oleh siapa? Polis atau mahkamah?" soal pegawai penyiasat kepada pegawai Suhakam.

Seperti bola kamu buat keluarga ini. Tendang ke sana ke mari. Kamu hukum Aishah, kamu hukum keluarga juga.

Kini Aishah ditahan di Penjara Kajang sehinggalah perbicaraannya selesai. Kalau menang sekali lagi pun, pendakwa raya boleh membuat rayuan sekali lagi, dan Aishah akan ditahan lagi. Inilah Sosma, inilah tahan tanpa bicara.

Yang ditahan kebanyakannya orang miskin. Diseksa terus-terusan mereka. Keluarga mereka turut sama diseksa. Sampai bila?

Kalau mereka bersalah, bicaralah dengan adil. Setiap orang ada hak untuk dibicarakan secara adil, bukan? Bukan kita yang perlu menjatuhkan hukuman.

Hari ini keluarga mereka, hari esok, mungkin kita pula…..

----------------------------------------------------------

AMIR ABD HADI ialah penyelaras Suaram serta jurucakap Gerakan Anak Muda Demi Malaysia.

Mohon bantuan Sumbangan Untuk keluarga Siti Noor Aishah

Dilulus untuk paparan oleh BudakJalanan
tranungkite.net

Siti Noor Aishah, pelajar Sarjana Usuluddin (Akidah) Universiti Malaya, yang ditahan SOSMA pada 22 Mac 2016, kerana dituduh memiliki 12 buku yang diharamkan, telah diperintahkan untuk dibebaskan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohamad Shariff Abu Samah, pada 29 September tahun yang sama.

Hal ini kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan. Tiada bukti buku yang dimiliki diharamkan pihak kerajaan.

Siti Noor Aishah kemudiannya ditahan dibawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) pada hari yang sama beliau dibebaskan.

Selepas hampir 2 bulan ditahan tanpa bicara dibawah POCA (tidak termasuk 7 bulan penahanan bawah SOSMA), Siti Noor Aishah dibebaskan dari tahanan pada pagi 26 November 2016.

Namun beliau dipakaikan dengan alat peranti pemantauan eletronik (EMD) dan diarahkan untuk melapor diri ke Bukit Aman setiap hari Jumaat selama 8 minggu.

Beliau kemudiannya diarahkan untuk ditahan di mukimnya di Terengganu dan dipakaikan EMD selama 2 tahun, dan perlu melaporkan diri di IPD Dungun setiap minggu.

27 Mac 2017, Siti Noor Aishah ditahan semula dibawah SOSMA, selepas pendakwaraya membuat permohonan keatas keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Siti Noor Aishah.

*BANTUAN BUAT KELUARGA*

Keluarga Siti Noor Aishah, merupakan sebuah keluarga miskin dari Dungun, Terengganu. Beliau terpaksa mengeluarkan wang untuk urusan pergi balik ke Mahkamah di Kuala Lumpur. Bayaran peguam pula, dibantu oleh orang kampung yang prihatin.

Siti Noor Aishah, hampir sahaja memilih untuk mengaku bersalah kerana tidak sanggup melihat keluarga bersusah payah.

Mewakili SUARAM, dan masyarakat sivil keseluruhannya, kami memohon sedikit sumbangan yang boleh disalurkan terus kepada keluarga. Maklumat akaun peribadi keluarga seperti berikut:

*Bank*: Bank Simpanan Nasional
*No Akaun*: 1100441000154606
*Nama Pemegang Akaun*: Atam bin Jusof (Ayah Siti Noor Aishah)

Sebarang pertanyaan, mohon berhubung dengan Penyelaras SUARAM, Amir Abd Hadi ditalian 012-3744647.

Terima kasih

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Mar 30, 2017 8:03 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Anak-Anak Madrasah Ini Memang Memerlukan Bantuan, Mudir Madrasah Perjelas Mengenai Gambar Viral Dan Siapa Haji Talaki
siakapkeli.my

Sejak semalam manjadi viral di laman sosial sebuah gambar yang telah dimuatnaik ke laman Facebook di mana menunjukkan anak-anak pelajar Madrasah Al-Huffaz Wal-Ulum, Puncak Alam yang tidur dalam keadaan daif di atas lantai.

Pos berkenaan hanya menulis nambor telefon seorang lelaki bernama Haji Talaki dan tidak menyatakan nombor akaun Madrasah menyebabkan ada yang tidak yakin dan menuduh ianya adalah cuba mengambil kesempatan.

Kami telah menghubungi Mudir Madrasah berkenaan, Ustaz Hafizullah Bin Mahmud mengenai gambar viral ini, beliau mengesahkan bahaya apa yang diviralkan adalah betul.

Menurut beliau, Haji Talaki adalah AJK surau kawasan berkenaan yang banyak menolong madrasah tersebut, cuma silapnya pos berkenaan rakan Haji Talaki telah tersilap dengan menulis nombor telefon beliau menyebabkan dia mendapat panggilan terlalu banyak.

"Apa yang disampaikan adalah betul, saya adalah orang baru di kawasan ini, jadi belum kenal selok belok tentang masyarakat di sini, jadi Tuan Haji Talaki penduduk asal dan sebagai AJK Surau kawasan ini banyak menolong kami dan saya sebagai Mudir telah memberi amanah kepadanya untuk mencari dana kepada Madrasah."

"Dia telah banyak menolong kami, di mana dengan usahanya dia telah membawa ramai penderma di mana anak-anak ini kini sudah mula dapat tidur atas toto hasil sumbangan penyumbang yang dibawanya," katanya.

Menurut beliau lagi, madrasah amat memerlukan sumbangan dari orang ramai untuk menampungkan kos perbelanjaan bulanan madrasah di mana kebanyakkan anak-anak ini adalah anak-anak mereka dari golongan susah.

"Untuk membantu keluarga-keluarga susah ini, yuran masuk ke madrasah kami tidak tetapkan bagi tidak menyusahkan mereka, oleh itu kami memerlukan bantuan daripada orang ramai untuk menghulurkan bantuan untuk operasi madrasah," jelas beliau.

Untuk mereka yang ingin membantu dari segi kewangan bolehlah salurkan ke Maybank 5621 3350 6405 atas nama Al Huffaz Wal Ulum Collection.

Bagi mereka yang ingin melawat boleh datang ke alamat seperti dalam gambar,

Madrasah lelaki,

Madrasan Pelajar perempuan

Atau hubungi Mudir Ustaz Hafizullah Bin Mahmud ditalian 018 325 1843. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: